Sabtu, 4 Jun 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


15,000 sertai Walkaton D'Raja Kelantan hari ini

Posted:

15,000 sertai Walkaton D'Raja Kelantan hari ini

15,000 sertai Walkaton D'Raja Kelantan hari ini

KOTA BHARU 3 Jun - Walkaton D'Raja Kelantan - Walk With Me 2011 yang akan berlangsung esok dijangka dijadikan acara tahunan sebagai langkah merapatkan hubungan istana dengan rakyat.

Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim berkata, sambutan yang diterima cukup menggalakkan apabila lebih 15,000 rakyat berbilang kaum dijangka menyertai program tersebut esok.

''Hubungan baik di antara pihak istana di bawah pemerintahan Sultan Muhammad V dijangka bertambah erat kerana acara sebegini sentiasa mendapat sokongan semua pihak dan berharap ia akan menjadi acara tahunan.

''Penyertaan yang ramai ini juga akan memastikan hasrat penganjur menyenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai acara walkaton dengan peserta paling ramai akan tercapai," katanya berucap merasmikan karnival sempena Walkaton D'Raja Kelantan - Walk With Me 2011 di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, selain walkaton, acara sampingan yang diadakan turut merancakkan lagi kepelbagaian sumber ekonomi terutama di kalangan peniaga gerai yang mengambil bahagian.

''Di samping itu juga, orang ramai berpeluang menyaksikan lebih 100 kenderaan yang menyertai pameran kenderaan termasuk dari Proton dan Perodua. Turut mengambil bahagian, kenderaan klasik dan kenderaan pacuan empat roda," ujarnya.

Pelbagai acara termasuk pameran koleksi diraja, bazar jualan, persembahan kebudayaan seperti dikir barat, tarian, pertandingan memasak, pertunjukan silap mata, pertandingan pakaian beragam dan cabutan bertuah diadakan bermula hari ini sehingga Ahad.

Katanya, beberapa laluan akan ditutup termasuk, Jalan Mahmood dan Jalan Temenggong selain sekitar laluan utama di pusat bandar.

Kepada sesiapa yang berminat mendaftar untuk menyertai acara tersebut boleh melayari laman web www.walkwithme.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

79 PATI ditahan

Posted:

79 PATI ditahan

79 PATI ditahan

BESUT 3 Jun - Seramai 79 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi oleh Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sekitar daerah ini dan Setiu yang bermula petang kelmarin.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Terengganu, Bakri Sulaiman berkata, dalam operasi selama 14 jam itu, kebanyakan PATI ditahan kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan selain tidak memiliki dokumen pekerjaan.

''Seramai 78 warga Indonesia dalam lingkungan usia 19 dan 40 tahun ditahan di beberapa kawasan projek pembinaan sekitar Hulu Besut, Kuala Besut, Jerteh dan Setiu.

"Seorang warga Filipina pula didapati mempunyai kad pengenalan palsu dan kesemua yang ditahan dihantar ke Pusat Penempatan PATI di Ajil, Hulu Terengganu," katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, seramai 24 anggota dan pegawai Imigresen serta dua pegawai JPN terlibat dalam operasi itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved