Sabtu, 4 Jun 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Diseru dekati Orang Asli

Posted:

Diseru dekati Orang Asli

Diseru dekati Orang Asli


Tahrir Samsuddin (kiri) mengusap pipi salah seorang kanak-kanak Orang Asli sebaik sahaja melafazkan kalimah syahadat bagi memeluk agama Islam di Kampung Simpang Arang, Gelang Patah, Johor, semalam.


NUSAJAYA 3 Jun – Para pendakwah di negeri ini diseru meningkatkan kefahaman Islam di kalangan saudara baru khususnya masyarakat Orang Asli bagi membolehkan mereka mendalami dan menghayati Islam dalam erti kata sebenar.

Pengarah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Elias Hasran berkata, golongan itu wajar didekati sebaik mungkin terutama di kalangan mereka yang baru menganut Islam.

"Selepas proses pengislaman para pendakwah tidak kira dari JAIJ, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam perlu menerapkan nilai-nilai Islam dengan harapan mereka tidak dipengaruhi dengan agama lain.

"Ini merupakan kewajipan untuk membimbing mereka dari perkara asas hinggalah sedalam-dalamnya mengenai ajaran Islam," katanya ketika berucap merasmikan pengislaman 28 Orang Asli di Kampung Simpang Arang, di sini, hari ini.

Pengislaman 12 lelaki dan 16 wanita Orang Asli di kampung tersebut telah disempurnakan oleh pendakwah JAIJ yang diketuai Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsuddin.

Sehubungan itu, Elias memuji langkah Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan NGO-NGO Islam yang banyak memainkan peranan dalam menjayakan majlis pengislaman tersebut.

Sebanyak RM7,000 disumbangkan oleh pelbagai pihak bagi menjayakan program itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anak kapal maut melecur

Posted:

Anak kapal maut melecur

Anak kapal maut melecur

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
pengarang@utusan.com.my


Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili, Komander Abdul Razak Johan memeriksa mayat Amir Mahmud yang terkorban dalam kebakaran atas kapal di Pengerang, Johor, semalam.


KOTA TINGGI 3 Jun – Seorang anak kapal terbunuh setelah terperangkap dalam satu kebakaran di sebuah kapal tangki di perairan Pengerang dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, Amir Mahmud, 29, dari Lombok, Indonesia terperangkap dalam asap tebal dan melecur dari bahagian dada hingga ke pinggang.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang bekerja di bahagian bawah kapal tersebut sebelum berlaku litar pintas yang mengakibatkan kebakaran sehingga api menyambar mangsa.

Berikutan kejadian itu, 11 rakannya yang menyedari kebakaran tersebut beberapa minit kemudian cuba memberi pertolongan namun gagal kerana asap terlalu tebal.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar berkata, mangsa kemudian berjaya ditemui tetapi sudah meninggal dunia.

"Kebakaran itu berjaya dikawal oleh anak kapal tetapi mangsa gagal diselamatkan. Kapal tangki itu berlabuh secara haram kira-kira 3.6 batu nautika (6.6 kilometer) dari perairan Tanjung Ayam, Pengerang.

"Kita sedang menyiasat kehadiran kapal itu di perairan negara ini," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Jeti Penumpang dan Marina Awam Tanjung Pengelih, Pengerang di sini.

Beliau menambah, agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Selatan hari ini menghentikan operasi mencari dan menyelamat tujuh mangsa bot pancung yang karam di Tanjung Ayam, Pengerang di sini kelmarin, setelah peluang untuk menemui mangsa yang kini masuk hari ketiga semakin tipis.

Zulkifli berkata, mangsa berkemungkinan dihanyutkan ke perairan negara jiran atau ke kawasan perairan yang lebih dalam.

"Berdasarkan pengalaman kita, peluang mangsa yang hilang dalam masa tiga hari untuk ditemui hidup adalah tidak mungkin. Operasi yang dilakukan tidak menemui apa-apa pun setakat ini termasuk serpihan, beg atau barangan dalam bot itu.'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved