Isnin, 17 Jun 2013

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran

Mazda CX-5 model CKD turun harga

Posted: 17 Jun 2013 11:10 AM PDT

Mazda CX-5

SHAH ALAM 17 Jun - Bermaz Motor Sdn. Bhd., pengedar eksklusif kenderaan Mazda menawarkan penurunan kos pemilikan kereta sebanyak RM21,000 bagi model CX-5 melalui insentif pemasangan tempatan (CKD) yang ditawarkan kerajaan.

Harga model CX-5 versi CKD yang dilancarkan bulan lalu telah turun sebanyak RM15,000 berbanding model diimport sepenuhnya (CBU) serta Mazda menambah jaminan penyelengaraan dan alat ganti percuma selama tiga tahun bernilai RM6,000 menjadikan jumlah penurunan keseluruhan berjumlah RM21,000.

CX-5 CBU dijual pada harga RM155,219.20 manakala versi CKD hanya RM140,219.20.

Hasil perancangan CKD berkenaan, Mazda turut mampu melancarkan varian baharu CX-5 (mid-spec) dengan harga RM133,219.20 iaitu penurunan sebanyak RM22,000 berbanding model CBU dengan hanya mengurangkan beberapa aksesori premium dan ditambah dengan kos penyelenggaraan dan alat ganti percuma, penurunan adalah RM28,000.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Bermaz Motor, Datuk Ben Yeoh berkata, melalui insentif CKD, Mazda hanya membayar duti eksais kurang daripada 40 peratus sekali gus menaikkan jualan lebih 100 peratus berbanding bergantung kepada model CBU sebelum ini.

"Model CKD kami menggunakan kerangka (casis) dan enjin yang sama cuma berbeza adalah aksesori tidak penting. Kualiti dan prestasinya sama seperti model CBU.

"Kami berjaya mengurangkan harga kereta melalui insentif kerajaan dan ini tidak boleh dinafikan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Yeoh berkata, dasar insentif kerajaan jauh lebih baik berbanding pemotongan duti eksais secara terus kerana dasar berkenaan telah membantu pembangunan keseluruhan industri automotif negara.

Menurutnya, enam kelebihan utama CKD iaitu kemasukan pelabur asing, penubuhan syarikat kerjasama dengan usahawan tempatan, pembangunan vendor tempatan, pemindahan teknologi, ekonomi negara dan kepada rakyat melalui peluang kerjaya serta penurunan harga kereta.

"Berbanding dengan pemotongan duti secara terus, industri yang berkembang hanya pengeluar dan pengedar kereta semata-mata. Daripada segi pembangunan ekonomi secara menyeluruh, CKD lebih banyak membantu berbanding CBU," jelasnya.

"Tanpa program CKD ini, syarikat pengeluar kereta luar hanya perlu menjual kereta sahaja dan tidak perlu membuat pelaburan pengembangan perniagaan secara jangka panjang di sini seperti apa yang berlaku sekarang," jelasnya.

Beliau berkata, penurunan harga kereta boleh datang dalam pelbagai cara seperti promosi, rebat, varian baharu, penyelenggaraan dan alat ganti percuma serta jaminan dalam tempoh yang panjang.

"Pengeluar kereta yang menerima insentif CKD akan berjaya mengurangkan harga kereta secara berperingkat bergantung kepada tambah nilai komponen tempatan.

"Tidak relevan untuk mengumumkan penurunan harga dalam tempoh yang dekat daripada penurunan sebelum ini, kerana akan menjejaskan pelanggan yang telah membuat pembelian.

"Oleh itu, strategi pengurangan kos pemilikan adalah cara terbaik untuk menyalurkan penurunan harga kepada rakyat dan ini diamalkan di oleh banyak pengeluar," ujarnya.

Mitsubishi Concept G4 di Malaysia

Posted: 17 Jun 2013 11:10 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]MANTAP... Mitsubishi Motors buat pertama kali akan membawa masuk dan mempamerkan kereta konsep keluaran terbaharunya, Mitsubishi Concept G4 di negara ini dalam siri jelajah selama dua bulan, bermula bulan...
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah

Tragedi bot: Ujian DNA ke atas mayat lelaki

Posted: 17 Jun 2013 10:50 PM PDT

BELAGA 18 Jun - Mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di Sungai Rajang pada Isnin lalu berdekatan rumah panjang Rh.Lat iaitu perjalanan lebih sejam dari Giam Bungan, lokasi tragedi bot ekspres karam Belaga, pada 28 Mei lepas, dipercayai seorang daripada dua penumpang yang masih hilang.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Bakar Sebau berkata, rakan mangsa datang balai polis di sini setelah mendengar berita penemuan mayat itu.

"Beliau percaya mayat yang telah reput itu ialah Marice Ajan, 22, pekerja penyelenggaraan di sebuah syarikat swasta di Empangan Hidro Elektrik di Bakun dekat sini, dilihat daripada jean biru, jaket kulit hitam dan seluar dalam merah yang dipakai mangsa.

"Berdasarkan rekod kami, mangsa ialah dari Rh.Anthony di Nanga Dap, Kanowit," katanya sebelum meneruskan rutin operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa hari ini.

Menurut Bakar, mayat dihantar ke Hospital Umum Bintulu untuk dibedah siasat.

"Kami amat mempercayai bahawa mangsa ialah Maurice tetapi kita hanya dapat memastikan 100 peratus selepas ujian DNA (deoxyribonucleic) dilakukan. Ibu mangsa berada di sana (hospital) untuk memberikan ujian sampel darah," katanya.

Dalam perkembagan lain, Bakar yang bertanggungjawab dalam operasi SAR itu memberitahu Bernama, bahawa 13 penyelam dan anggota lain daripada pasukan Polis Marin akan pulang ke Lahat Datu, Sabah bagi meneruskan tugas mereka dalam Ops Daulat.

"Mereka telah membantu kami dalam operasi mencari kedudukan bot 'Kawan Mas' yang karam," katanya.

Beliau juga berkata enam penyelam, seorang jurutera tentera laut dan anggota lain dari Therra Horizon, syarikat di bawah Petronas akan cuba untuk menimbulkan bot tersebut di lokasi kira-kira 350 meter daripada tempat ia karam, di Giam Bungan, dijangka tiba, di sini hari ini.

Kapten Khairul Azeman Mokhtar, penasihat teknikal sebelum ini berkata, mereka akan membawa lebih RM2 juta peralatan untuk tugas rumit itu yang dijangka mengambil masa lebih tiga hari, berdasarkan penilaian awal.

Bot 'Kawan Mas' dikatakan membawa lebih 200 penumpang berbanding 64 penumpang yang dibenarkan, apbila terlanggar batu lalu karam di Sungai Rajang pada 8.45 pagi.

Sehingga kini, seramai 213 penumpang dilaporkan selamat, dua masih hilang dan satu disahkan mati. - BERNAMA

Gerakan buru Halimah dipergiat

Posted: 17 Jun 2013 11:10 AM PDT

Oleh ANGELINA SINYANG dan AZRAI MOHAMMAD
pengaran@utusan.com.my

Halimah Hussein

KUALA LUMPUR 17 Jun - Polis bertindak menyerbu tujuh lokasi secara serentak di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor awal pagi ini bagi mengesan seorang suri rumah, Halimah Hussein yang disyaki menganggotai kumpulan pengganas Tanzim Al- Qaeda Malaysia.

Serbuan itu bagaimanapun gagal menemukan Halimah, 52, yang menghilangkan diri setelah dilepas serta dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 20 Mei lalu.

Wanita terbabit sebelum ini pernah ditahan dan didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia bersama bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dan pembantu kafeteria, Muhammad Hilmi Hasim.

Mahkamah Rayuan Putrajaya telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Halimah kerana gagal menghadirkan diri bagi mendengar kes rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur untuk melepaskan dan membebaskannya pada 20 Mei lalu dalam permohonannya untuk membatalkan pertuduhan di bawah Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan.

Pengarah Jabatan Petugas Khas (Operasi dan Anti Pengganas), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, dua individu yang dilepaskan dan dibebaskan bersama Halimah iaitu Yazid, 49, dan Muhammad Hilmi, 33, telah ditangkap semula pada 27 Mei lalu dan dituduh di bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan iaitu menjadi ahli kumpulan pengganas.

"Halimah juga dikehendaki ditangkap semula atas kesalahan sama namun dia masih menghilangkan diri sehingga kini.

"Sehubungan itu, sepasukan polis dari Jabatan Petugas Khas (Operasi/Anti Pengganas) menyerbu tujuh lokasi serentak yang disyaki menjadi tempat persembunyian Halimah awal pagi ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, lokasi diserbu adalah empat di Selangor iaitu Gombak, Kajang dan Ampang serta masing-masing satu di Pandan Indah, Kuala Lumpur dan Masai, Johor Bharu di Johor.

Beliau berkata, kesemua lokasi yang diserbu itu merupakan kediaman ahli keluarga kepada wanita berkenaan tetapi gagal menemukan Halimah, malah anggota keluarga mendakwa sudah lama tidak bertemu suspek memandangkan hubungan mereka yang tidak rapat.

Menurutnya, polis bagaimanapun percaya Halimah masih bersembunyi di negara ini dan merayu orang ramai mempunyai maklumat mengenai wanita itu agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Hasimah Ismail di talian 03-22667026 bagi membantu siasatan dan mengesan suspek.

"Saya juga ingin mengingatkan orang awam bahawa sesiapa yang memberi perlindungan kepada Halimah adalah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 130K Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun atau dengan denda atau penjara seumur hidup.

"Manakala sesiapa yang sengaja tidak memberi maklumat mengenai Halimah adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sampai tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

Halimah merupakan seorang janda tanpa anak dan memiliki ijazah dalam Jurusan Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditahan bersama Yazid dan Muhammad Hilmi pada Februari lalu, kerana dipercayai terlibat merekrut rakyat tempatan dalam kegiatan militan sebelum dihantar ke luar negara bagi menjalankan misi keganasan.

Wanita itu asalnya merupakan seorang kerani namun melanjutkan pengajiannya sehingga memiliki ijazah.

Di Mahkamah Tinggi sebelum ini, Yazid didakwa menggalakkan keganasan dengan niat mengugut orang awam di Syria, tahun lalu manakala Muhammad Hilmi dan Halimah didakwa bersubahat dengan Yazid.

Ketiga-tiga mereka juga disyaki ahli kumpulan sama dengan dua rakyat Malaysia yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda masih ditahan di Beirut, Lebanon iaitu Razif Mohd. Arif, 30, dan Muhamad Razin Sharhan Mustafa, 21.

Mohamad Fuzi berkata, Razif dan Muhamad Razin yang ditangkap oleh pihak berkuasa Lebanon pada 18 Oktober tahun lalu di sebuah hotel di Beirut kerana disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas akan dihadapkan untuk pertuduhan di mahkamah pada 8 November ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan

Revington tarik balik

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

Paul Revington menarik semula keputusan meletak jawatan selepas menemui Khairy dalam pertemuan tertutup di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA - Jurulatih skuad negara Paul Revington menarik balik keputusan peletakan jawatannya dan akan terus membimbing pasukan sekurang-kurangnya sehingga pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Johor Baharu bermula 29 Jun ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama jurulatih kelahiran Afrika Selatan itu di kementeriannya di sini, semalam.

"Saya rasa lega dengan keputusan itu sebab beliau telah kendalikan pasukan kebangsaan dengan baik, pemain pun menghormati beliau. Kita tidak mahu momentum pasukan kita untuk pusingan Liga Hoki Dunia terjejas," katanya.

Pada pertemuan 20 minit itu, Khairy berkata, Revington turut bersetuju untuk mempertimbangkan keputusan terus bersama skuad kebangsaan selepas pusingan Liga Dunia itu.

"Menurut persefahaman antara kami, beliau mungkin akan terus (melatih) juga selepas Liga Dunia itu, cuma saya perlu bincang dengan pihak lain yang terlibat sebelum membuat ketetapan untuk beliau kekal," katanya.

Khairy dalam pertemuan itu juga turut memaklumkan kepada Revington bahawa beliau akan secara peribadi menangani isu itu bersama Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Beliau turut meminta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong untuk meneruskan perjumpaan dengan MHC berhubung perkara tersebut yang dijangka akan diadakan esok di MSN.

"Saya tidak mahu tidak terlalu 'micro manage' perkara ini. Saya memahami pandangan dan kerisauan beliau (Revington). Mengenai masa depan beliau, kita perlu tangani dengan individu yang lain yang ada dalam persatuan," katanya.

Revington pada Sabtu lepas mendakwa wujud campur tangan dalam mengendalikan skuad kebangsaan terutamanya daripada jurulatih skuad jurulatih skuad remaja kebangsaan, Muhamad Dharmaraj Abdullah dan Pengarah Pembangunan Hoki 1MAS, Lim Chiow Chuan yang mendorong beliau untuk meletakkan jawatan sebagai jurulatih hoki kebangsaan.

Revington adalah bekas jurulatih pasukan Ireland dan pernah memenangi anugerah 'Jurulatih Terbaik Dunia 2011' oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH). - BERNAMA

Pemain mahu jurulatih kembali ke padang

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Mereka begitu teruja di dalam latihan, itulah penjelasan penolong jurulatih hoki kebangsaan, Arul Selvaraj mengenai anak-anak buahnya walaupun dikejutkan dengan peletakan jawatan jurulatih Paul Revington.

Menurut Arul, situasi sekarang ini terkawal, pemain sentiasa berusaha menunjukkan kemampuan terbaik mereka di dalam latihan, malah seolah-olah seperti tidak ada sebarang masalah berlaku.

"Paul sudah berjumpa dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tetapi saya masih belum sempat berjumpa dengannya, hanya menghubungi melalui telefon sahaja, saya harap dapat bertemu dengannya malam ini," katanya kepada media selepas sesi latihan di Bukit Jalil, semalam.

Jelasnya, selepas melihat laman akaun Twitter Khairy, masalah tersebut semuanya sudah selesai, namun Arul menegaskan, dia tetap perlu berbincang untuk mengetahui sendiri situasinya sekarang.

"Memang ramai pemain yang kecewa dengan situasi ini, namun saya berulang kali mengingatkan mereka bahawa mereka mempunyai tugas yang lebih penting dan tidak perlu masuk campur hal luar.

"Tugas pemain adalah berlatih sekarang ini tinggal 10 hari lagi, menjelang Liga Hoki Dunia di Johor, inilah peluang terbaik untuk mereka melayakkan diri ke Piala Dunia. Jadi tidak perlu fikir benda yang tidak memberi manfaat," katanya.

Arul berkata, setakat ini dia akan terus mengendalikan latihan pasukan kebangsaan.

"Saya menyusun semua latihan, tidak ada sebarang arahan daripada Revington, saya sudah lama bekerjasama dengannya jadi saya tahu apa yang perlu dilakukan dalam sesi latihan ini," kata Arul.

Sementara itu ketua pasukan, Mohd. Shahrun Nabil Abdullah mengakui bahawa masalah yang melanda sekarang tidak melibatkan pemain, jadi dia dan rakan-rakan terus fokus di dalam latihan.

"Liga Hoki Dunia juga semakin hampir, walaupun ia sedikit terganggu di dalam latihan tetapi kami tetap meneruskannya, saya juga harap Revington kembali secepat mungkin.

"Dia seorang jurulatih yang bagus, memang amat rugi buat negara jika kehilangan jurulatih seperti itu," katanya.

Semalam, Khairy berjaya memujuk Revington menarik balik keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih.

Pertemuan tertutup di Kementerian Belia dan Sukan di sini, turut membentuk persefahaman bahawa jurulatih dari Afrika Selatan itu akan meneruskan khidmatnya untuk sekurang-kurangnya separuh akhir Liga Hoki Dunia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah

Tak mengaku tikam adik ipar

Posted: 17 Jun 2013 11:10 AM PDT

PETALING JAYA 17 Jun - Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencederakan adik iparnya dengan menggunakan sebilah pisau, April lalu.

R. Tanavalan, 45, didakwa mendatangkan kecederaan terhadap S. Bubalan, 39, dengan menikam bahagian muka, mata kiri, dada dan tangan kiri mangsa menggunakan pisau sebagai senjata yang boleh menyebabkan kematian mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di rumah No. 1179, Jalan 18/48, Taman Sri Serdang, Sri Kembangan di sini pada pukul 6.30 petang, 20 April lalu.

Bapa kepada empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aifaa Che Abdullah yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Peguam bela, Nik Muammer Hurrie Mohamad Sukri yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan memandangkan anak guamnya telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa dengan hadir sendiri ke mahkamah hari ini.

Katanya, isteri tertuduh yang hadir sebagai penjamin merupakan suri rumah dan hanya membawa RM2,000.

Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 18 Julai ini.

Pukul lelaki hingga retak bahagian rusuk, dua sahabat dipenjara 40 bulan

Posted: 17 Jun 2013 11:10 AM PDT

DUA sahabat keluar dari Mahkamah Sesyen Melaka semalam selepas dijatuhi hukuman penjara 40 bulan kerana mencederakan seorang lelaki tahun lalu.

MELAKA 17 Jun - Dua sahabat dijatuhi hukuman penjara selama 40 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan memukul seorang lelaki sehingga cedera dan retak bahagian rusuk tahun lalu.

Hakim Datuk Anita Harun menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, S. Sathis Kumar, 24, dari Jalan Kolam Air, Alor Gajah dan A. Veriah, 24, dari Jalan Air Putih Sungai Petai, Alor Gajah selepas kedua-dua mereka mengaku salah atas pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka dituduh bersama tiga lagi yang masih bebas dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada K. Mehendran, 31, berhampiran sebuah rumah di belakang Hospital Alor Gajah pada pukul 12.30 tengahari, 12 November tahun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman sebat dikenakan ke atas mereka namun dalam masa yang sama meminta supaya mahkamah mengurangkan tempoh hukuman penjara.

Timbalan Pendakwa Raya Haslida Isamail yang mengendalikan kes bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukan itu serius hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Anita kemudian memerintahkan kedua-dua tertuduh yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau dipenjara 40 bulan dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 13 November 2012.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang

Janji BR1M tetap akan ditunai

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

Oleh ALI MAHMOOD
utusanktn@gmail.com

TEMERLOH 17 Jun - Kerajaan Barisan Nasional (BN) menafikan dakwaan pembangkang kononnya tidak akan menunaikan janji memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, pembangkang baru-baru ini mendakwa kerajaan BN akan menghentikan pemberian tersebut kerana bantuan yang diberikan sebelum ini adalah untuk memancing undi dalam pilihan raya umum lalu.

Menurut beliau, tindakan pembangkang yang menabur fitnah dilihat satu keadaan terdesak berikutan pelbagai transformasi dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mula diterima rakyat.

"Perdana Menteri dah berjanji nak tambah lagi BR1M hingga RM1,200. Maka kita tunggulah. Takkan janji itu kosong. Tengoklah mana-mana janji pilihan raya umum lalu sedikit demi sedikit dan secara beransur telah dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis penyampaian BR1M 2.0 kepada 98 penduduk dalam kawasan Parlimen Kuala Krau di Dewan Datuk Abdullah Kia Kerdau, dekat sini semalam.

Ismail berkata, pemberian BR1M tersebut kepada mereka yang tercicir daripada senarai bantuan itu sebelum ini membuktikan kerajaan BN tidak mengkhianati rakyat sepertimana dakwaan pembangkang.

"Bukan cara ini kerajaan BN berjanji kosong, apa yang kita janji akan kita tunaikan walaupun ada kalanya lambat sedikit.

"Seperti majlis ini seramai 98 orang yang tercicir daripada menerima bantuan itu tetap kita berikan kepada mereka," kata Ismail yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.

Katanya, BN tidak mengamalkan sikap pilih bulu, malah mereka yang layak akan diberi bantuan tanpa mengambil kira sama ada penyokong kerajaan atau sebaliknya.

Warga pendidik perlu elak dilabel tidak profesional

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

MARAN 17 Jun - Warga pendidik diingatkan supaya mengelak daripada dilabel masyarakat sebagai golongan tidak profesional kerana aktif dengan aktiviti luar yang menjejaskan profesion mereka sebagai guru di sekolah.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, masyarakat tidak boleh dipersalahkan kerana mereka sentiasa memerhati dan menilai setiap tindak tanduk golongan itu sama ada di dalam dan luar bilik darjah.

Menurutnya, mereka masih meletakkan guru pada kedudukan istimewa tetapi jika terdapat segelintir daripada golongan itu menentang arus akan menyebabkan dipandang serong oleh ibu bapa pelajar terbabit.

"Guru bukan sahaja perlu profesional tetapi juga perlu meletakkan diri kelihatan bersih dan tiada cacat cela.

"Dalam hubungan itu, golongan itu perlu kembali kepada teras tanggungjawab dalam membentuk generasi baharu yang berilmu, patriotik, berakhlak, berbudaya dan bersyukur.

"Apatah lagi sebagai sebuah negara majmuk seperti Malaysia, peranan guru membina sebuah masyarakat yang harmoni dan bersatu padu menjadi semakin mencabar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru peringkat daerah Maran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Jengka di sini semalam.

Yang turut hadir Pegawai Pelajaran Daerah, Baharum Samad, Pengerusi Majlis Pengetua Sekolah Menengah Daerah Maran, Datin Fatimah Kasim dan Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Maran, Mat Isa Abdul Rashid.

Ismail yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, antara peranan utama pendidik ialah membina masyarakat bersatu padu, berilmu dan berakhlak mulia menerusi satu sistem pendidikan kebangsaan.

Menurutnya, semua misi dan visi itu hanya akan berjaya jika mereka melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing yang menepati aspirasi negara.

Tanaman padi huma sumber rezeki utama Wan Chik

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

WAN Chik Ibrahim mengetam tangkai padi huma yang menguning di Kampung Pagi, Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang, baru-baru ini.

JERANTUT 17 Jun - Tanaman padi huma masih sinonim dengan petani di pedalaman Hulu Tembeling dekat sini yang menjadikan ia sebagai sumber pendapatan utama untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Jarak antara pedalaman Hulu Tembeling dengan bandar Jerantut yang jauh dan boleh dihubungi dengan bot penambang antara sebab petani di situ masih mengamalkan pertanian bercorak tradisional.

Tanah terbiar di lereng bukit dan berdekatan kampung diusahakan untuk pertanian tersebut walaupun kerap kali diganggu haiwan liar seperti babi hutan, tikus, burung ciak, gajah dan harimau.

Bagi petani di Kampung Pagi, Wan Chik Ibrahim, 45, penglibatannya dalam bidang itu adalah untuk meringankan beban perbelanjaan harian dan sebagai alternatif kepada keperluan barang runcit yang semakin mahal di kawasan itu.

"Kos tambang bot dan bas untuk membeli keperluan runcit di bandar Jerantut memaksa saya menanam padi itu untuk memperoleh beras yang menjadi makanan utama sekeluarga.

"Lagipun, kerja ini amat mudah dilaksanakan dan perlu dijaga selama empat bulan sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di Kampung Pagi, Hulu Tembeling, baru-baru ini.

Wan Chik berkata, benih padi huma diperoleh daripada penduduk Orang Asli Sungai Kiol yang juga mengusahakan tanaman itu sebagai makanan ruji.

Menurutnya, petani di situ berhadapan kesukaran menjaga tanaman tersebut kerana sering diganggu haiwan liar yang keluar dari hutan berdekatan.

"Saya cuma berbelanja membeli dawai mata punai dan plastik untuk memagari kawasan tanaman ini supaya tidak dimasuki haiwan dan memasang 'orang-orang' untuk menakutkan haiwan liar berkenaan.

"Setiap satu hektar, kami memperoleh 600 kilogram padi dan ditumbuk dengan lesung untuk keperluan makanan harian dan selain dibuat emping," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara

Bantah kenaikan harga minyak

Posted: 17 Jun 2013 11:10 AM PDT

Penduduk berdemonstrasi di hadapan bangunan Parlimen bagi menentang rancangan kerajaan untuk menaikkan harga minyak di Jakarta, semalam. - AGENSI

JAKARTA 17 Jun - Beribu-ribu rakyat Indonesia mengadakan demonstrasi di seluruh negara hari ini, bagi membantah rancangan kerajaan untuk menaikkan harga minyak.

Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ketika beratus-ratus penunjuk perasaan cuba menyerbu bangunan kerajaan tempatan di Jambi.

Demonstrasi bantahan tersebut diadakan di ibu negara dan beberapa bandar lain ketika ahli-ahli Parlimen Indonesia bersidang bagi meluluskan perubahan bajet yang akan membolehkan kerajaan mengumumkan peningkatan harga minyak pertama sejak 2008.

Di Jakarta, kira-kira 3,000 penunjuk perasaan berkumpul di luar bangunan Parlimen ketika hujan, untuk membantah kenaikan harga minyak.

Mereka membakar tayar dan mengibarkan kain rentang yang tertera ''Tolak kenaikan harga minyak' dan 'Gantung SBY' (Presiden Susilo Bambang Yudhoyono).

Polis berkata, kira-kira 19,000 anggota polis dan askar dikerahkan di seluruh Jakarta bagi mengawal keadaan.

Jurucakap polis wilayah Jambi, Almansyah berkata, polis terpaksa mengambil tindakan tersebut apabila beratus-ratus penunjuk perasaan cuba merempuh pintu masuk ke bangunan kerajaan tempatan.

''Situasi menjadi sangat huru-hara dan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

''Keadaan terkawal dan tiada siapa berjaya memasuki bangunan tersebut,'' katanya.

Walaupun hanya sejumlah kecil rakyat Indonesia memiliki kereta, rancangan peningkatan harga petrol sehingga 44 peratus dijangka meningkatkan kos keperluan harian.

Penggubalan bajet negara itu yang akan turut menyediakan bantuan kewangan kepada isi rumah miskin, membolehkan Susilo mengumumkan peningkatan harga minyak tersebut.

Persidangan Parlimen bagi membincangkan bajet itu akan berlarutan selama beberapa jam, namun jika diluluskan, Susilo dijangka mengumumkan peningkatan harga minyak malam ini. - AFP

Singapura turut dilanda jerebu

Posted: 17 Jun 2013 11:10 AM PDT

Bandar raya Singapura diselubungi jerebu akibat pencemaran daripada kebakaran hutan di negara jiran, Indonesia. - AFP

SINGAPURA 17 Jun - Singapura diselubungi jerebu hari ini akibat pencemaran daripada kebakaran hutan di negara jiran, Indonesia.

Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) berkata, bandar raya Singapura mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 80 pada petang hari ini iaitu tahap tinggi di peringkat sederhana.

Sebarang bacaan 100 ke atas dianggap sebagai tidak sihat.

Jerebu menyelubungi jalan raya di pusat perniagaan Singapura, tetapi setakat ini masih tidak menjejaskan perniagaan atau pengangkutan udara.

Namun, mereka yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru, warga emas berumur 65 tahun ke atas dan kanak-kanak, dinasihatkan mengurangkan aktiviti di luar rumah, meskipun pencemaran udara berada ditahap sederhana.

"Jerebu dijangka akan berterusan untuk tempoh beberapa hari lagi," kata NEA dalam laman web mereka hari ini.

Malaysia turut dilanda jerebu dengan bacaan IPU mencatat tahap tidak sihat akibat pembakaran hutan hutan di Sumatera, Indonesia.

Masalah jerebu di Asia Tenggara pernah mencatat rekod terburuk pada 1997 hingga 1998 menyebabkan masalah kesihatan serta merugikan berbilion-bilion dolar akibat gangguan kepada aktiviti perniagaan dan pengangkutan. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait

Ascend Mate

Posted: 16 Jun 2013 11:16 PM PDT

Oleh NOOR DIANA AZIS
Gambar AZLAN HADI ABU BAKAR

Tang Siew Wai (dua dari kiri) dan Timbalan Presiden Kumpulan Perniagaan Huawei, Wong Weng Hwa (dua dari kanan) menunjukkan model terbaharu telefon pintar HP Huawei, Ascend Mate pada pelancarannya baru-baru ini.

PEMBEKAL kepada penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkemuka, Huawei baru-baru ini memperkenalkan peranti empat teras dengan skrin sentuh terbesar.

Telefon bimbit pintar Ascend Mate yang bercirikan skrin berdefinisi tinggi (HD) 6.1 inci ini turut dijana oleh pemproses Hi-Silicon empat teras 1.5 giga Herz selain turut dikuasakan oleh bateri berkapasiti tinggi 4050 mAh.

Dengan teknologi kawalan kuasa pantas (QC - Quick Power Control) serta penerimaan automatik tidak berterusan (ADRX - Automated Discontinuous Reception), perkongsian pantas milik Huawei ini membuktikan bahawa peranti bersaiz besar mampu untuk beroperasi dengan baik.

Menurut Pengarah Pemasaran Serantau Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei, Tang Siew Wai, Ascend Mate dilihat mampu memenuhi kehendak pengguna dengan mempamerkan inovasi serta teknologi terhebat yang diusahakan oleh jurutera terbaik Huawei.

"Peranti terbaharu daripada Huawei ini mampu menembusi rintangan dalam penyampaian hiburan, komunikasi serta memberikan pengalaman kreatif bagi semua keperluan peribadi pengguna.

"Daripada segi perkakasan serta reka cipta pula, konsep make it possible diterjemahkan menerusi chipset, penjimatan kuasa, skrin yang lebih besar dan teknologi kamera 8 mega piksel HDR," katanya.

Dioperasikan oleh Android Jelly Bean 4.1, Ascend Mate turut menyediakan teknologi dua mic bagi penapisan bunyi, sistem suara Dolby, rakaman stereo serta perkongsian pantas bagi memuat naik gambar, video dan lain-lain fail.

Acsend Mate kini boleh mula didapati dalam dua warna iaitu hitam dan putih serta dijual pada harga RM1,599.

Tingkatkan prestasi Mac

Posted: 16 Jun 2013 11:16 PM PDT

Saya seorang pengguna komputer riba Mac. Bagaimana cara untuk saya tingkatkan prestasi komputer tersebut?

- Wan, Lanjut.

Nasihat saya, laksanakan rutin penyelenggaraan harian seperti mana komputer yang lain. Antaranya membuang pek-pek bahasa yang tidak diperlukan, membuang ikon-ikon yang tidak diperlukan daripada Mac Dock dan lain-lain.

Sedikit sebanyak cara ini dapat membantu meningkatkan prestasi sistem Mac sekiranya dibuat secara betul dan mengikut jangka masa yang diperlukan.

Namun begitu, terdapat beberapa kaedah yang lebih berkesan untuk meningkatkan prestasi sistem komputer Mac.

Walau bagaimanapun, ada antara kaedahnya yang berkos mahal dan agak sukar untuk dilaksanakan. Antaranya adalah seperti berikut.

1Menaik taraf cakera keras kepada cakera berasaskan cip elektronik atau SSD (Solid State Drive).

Cara tersebut meningkatkan kelajuan operasi baca dan tulis, mengurangkan penggunaan tenaga sehingga berupaya meningkatkan jangka hayat bateri bagi komputer riba dan lain-lain.

Namun begitu, harganya mahal. Kemudian, pastikan komputer sistem Mac yang digunakan menyokong cakera SSD dan berupaya untuk membuat penaikan taraf tersebut.

2Kebiasaannya, komputer berasaskan Mac mempunyai kapasiti memori yang rendah ketika dibeli.

Jadi, tingkatkan kapasiti memori atau RAM pada tahap maksimum yang dibenarkan oleh sistem komputer tersebut.

Dengan ini, ia akan meningkatkan upaya dan prestasi sistem Mac memproses sistem pengoperasian OS X yang digunakan, aplikasi komputer dan lain-lain.

3Buang fungsi automatik buka program komputer dalam sistem Mac atau OS X ketika proses masuk atau login. Ini boleh dikonfigurasikan dalam sistem Mac pada konfigurasi fungsi Login.

Caranya adalah seperti yang berikut. Pergi ker System Preferences > Users & Groups > pilih akaun pengguna tertentu > Login. Nyah tanda pada kotak mana aplikasi yang tidak diperlukan automatik buka ketika login.

4Kurangkan atau buang penggunaan widget dalam sistem Mac. Contoh Widget adalah seperti aplikasi kemas kini cuaca, utiliti Facebook, utility Twitter, keputusan pertandingan sukan, animasi dan lain-lain.

Penggunaan widget ini sama ada ia digunakan atau tidak akan memberi masalah kepada kadar penggunaan sumber-sumber sistem komputer seperti pemproses, memori dan sebagainya.

Bagi menyemak kadar prestasi aplikasi atau widget dalam komputer Mac, boleh pergi ke menu Dashboard yang boleh dicapai di menu Mission Control. Buang mana-mana Widget yang tidak diperlukan di Dashboard.

5Buat pengesahan dari segi kecukupan ruang kosong yang diperlukan bagi penggunaan cakera keras atau storan.

Ruang kosong bagi cakera keras atau storan diperlukan pada kadar tertentu untuk proses-proses tertentu dalam komputer seperti penyimpanan fail, operasi paging, penyimpanan pangkalan data dan lain-lain. Ruang kosong yang tidak mencukupi menyebabkan sistem Mac menjadi perlahan.

Sekiranya berlaku kekurangan ruang kosong pada cakera storan, buang mana-mana fail yang tidak penting atau naik taraf cakera storan kepada kapasiti yang lebih besar lagi.

Saiz yang diperlukan untuk ruang kosong pada cakera kosong ini bergantung kepada keperluan sesebuah komputer.

Bagi penggunaan biasa, sesebuah komputer Mac itu memerlukan sekurang-kurangnya 10 GB saiz ruang kosong cakera storan.

Penggunaan yang berat seperti pengendalian video dan sebagainya memerlukan sekurang-kurangnya 20 GB atau lebih. Penyimpanan fail paging memerlukan saiz ruang kosong cakera storan yang lebih banyak sekurang-kurangnya separuh atau lebih daripada saiz sedia ada.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana

Memperkasa gerakan koperasi

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) telah melalui pelbagai transformasi sejak 2009 yang menyaksikan organisasi itu memberi keutamaan kepada kegiatan pengembangan perniagaan berbanding penganjuran kursus, latihan dan seminar.

Transformasi yang dilakukan itu telah meningkatkan tahap profesionalisme Angkasa sebagai badan puncak yang menaungi lebih 6,000 koperasi ahli di seluruh negara.

Presiden Angkasa, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum (gambar) merupakan tenaga penggerak utama dalam merancang dan menggemblengkan sumber-sumber yang dimiliki organisasi itu dalam menjayakan wawasan menuju kegemilangan.

Dalam wawancara eksklusif bersama wartawan Utusan Malaysia, HUSSAINI AMRAN dan jurugambar, TENGKU MUHAMMAD FAKHRUDDIN di pejabat pengurusan Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (Kopsya) di Kelana Jaya, Selangor baru-baru ini, Mohd. Ali berkongsi pendekatan yang diambilnya bagi memperkasakan Angkasa yang diterajuinya sejak empat tahun lalu.

UTUSAN: Boleh jelaskan secara ringkas pencapaian Angkasa sejak Datuk dilantik sebagai Presiden sehingga sekarang?

MOHD. ALI: Sejak saya dilantik sebagai Presiden pada 2009 sampai kini, banyak perubahan dilakukan oleh Angkasa sebagai gerakan koperasi. Aktiviti yang dijalankan oleh Angkasa memberi kesan positif kepada gerakan koperasi di negara ini.

Pada 2009, kita telah mengadakan konvensyen bagi membincangkan tentang hala tuju Angkasa yang dihadiri kira-kira 3,000 peserta.

Konvensyen itu membincangkan apa yang perlu dilakukan oleh gerakan koperasi pada masa akan datang. Saya sendiri membentangkan kertas kerja dalam konvensyen tersebut. Hasil daripada konvensyen sehari itu, saya melihat banyak cadangan diutarakan.

Cadangan apakah yang dikemukakan pada konvensyen berkenaan?

Pertama, kita mesti mengubah Undang-undang Kecil Angkasa yang pada masa itu tidak begitu fleksibel dan tidak membenarkan kita mempelbagaikan aktiviti.

Bukan Angkasa tidak boleh bergiat dalam aktiviti lain sebelum itu tetapi terdapat kekangan pada Undang-undang Kecil Angkasa. Pada masa itu, kita lebih fokus kepada aspek penganjuran latihan, kursus dan seminar sahaja. Tiada aktiviti perniagaan.

Susulan konvensyen itu, kita membuat keputusan bahawa Angkasa harus berniaga. Kita harus terlibat dalam perniagaan bagi membantu ahli-ahli kita terdiri daripada 90 peratus koperasi kecil dan sederhana serta hanya 10 peratus koperasi bertaraf kelas A yang mampu berdikari contohnya Koperasi Bank Rakyat, Koperasi Felcra, Koperasi Felda, Koperasi Polis Diraja Malaysia dan Koperasi Tentera.

Apabila kita bantu koperasi-koperasi kecil ini, oleh kerana jumlahnya besar, kesannya juga jadi besar. Kita memutuskan Angkasa perlu melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan dan membimbing koperasi-koperasi ahli dalam bidang perniagaan.

Bagi membolehkan perkara ini dilakukan, kita telah meminda Undang-undang Kecil Angkasa pada mesyuarat agung khas di Pulau Pinang pada 2010. Hasil pindaan itu, Angkasa boleh menceburi apa sahaja jenis perniagaan.

Tidakkah berlaku pertembungan kepentingan dengan koperasi-koperasi ahli setelah Angkasa bergiat dalam perniagaan?

Kita telah meyakinkan koperasi-koperasi ahli bahawa perniagaan yang diceburi Angkasa mesti mempunyai impak tinggi di dalam masyarakat. Perniagaan itu juga tidak mengakibatkan pertembungan dengan kegiatan yang dijalankan koperasi ahli.

Sekiranya Angkasa terpaksa menceburi bidang yang sama, kita akan menaik taraf perniagaan koperasi ahli terbabit.

Dengan kaedah itu, kita membantu koperasi ahli dan bukannya menjadi pesaing mereka. Angkasa juga mesti fokus dan mempunyai perangkaan program yang luas bagi membantu gerakan koperasi dan seterusnya membantu mengembangkan ekonomi negara menerusi peningkatan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Untuk tujuan itu, kita telah mencerakinkan apa yang patut dilakukan. Angkasa berfungsi sebagai badan puncak, dan koperasi-koperasi di bawahnya mempunyai pelbagai fungsi. Ada fungsi kredit, perbankan, kepenggunaan, peruncitan, sekolah dan perumahan.

Jadi, kita harus menguruskan semua fungsi itu namun kita tidak dapat melakukannya sekali gus dalam masa terdekat disebabkan kekangan yang banyak. Oleh itu, saya menggunakan prinsip yang diamalkan dalam pengurusan Islam. Kalau kita tidak boleh buat semua, kita jangan tinggal semua. Mesti buat juga walaupun satu.

Bagaimana Angkasa meletakkan keutamaan bidang perniagaan mana yang ingin diceburi?

Keutamaan kita yang paling tinggi adalah sumber dana. Kita tubuhkan Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (Kopsya) tahun lalu bagi membolehkan koperasi-koperasi ahli menyalurkan dana lebihan.

Koperasi juga mendapat dana untuk pembiayaan. Kenapa dinamakan koperasi pembiayaan? Dalam konsep pengurusan Islam, kita tidak boleh menamakannnya koperasi pinjaman kerana tidak patuh syariah. Pembiayaan macam berniaga. Kalau pinjaman bukan berniaga. Bagi pinjam, kalau ambil lebih jadi riba.

Ada dua pendekatan pembiayaan ini. Pertama, koperasi beri kepada kita dan kedua, kita beri kepada koperasi.

Fungsi Kopsya yang ditentukan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ada tiga perkara asas iaitu memberi pembiayaan kepada koperasi kredit untuk mendapat dana bagi pinjaman kredit kepada ahli-ahlinya; memberi pembiayaan kepada koperasi khasnya koperasi perumahan untuk memberi pembiayaan perumahan kepada ahli-ahli mereka dengan menggunakan kaedah muamalah musyarakah mutanafisah (MM) dan membiayai pembangunan aset koperasi contohnya tanah. Alhamdulillah, kita telah melakukan semua itu dan sudah berjaya.

Perkembangan sekarang cukup bagus dan Kopsya kini mempunyai lebih 500 koperasi ahli. Kopsya pun sudah memberi pembiayaan kepada banyak koperasi. Mereka juga mula yakin dengan Kopsya.

Sudah tentu banyak cabaran dalam masa setahun Kopsya berkoperasi. Pendekatan apakah yang Datuk gunakan untuk menangani segala cabaran itu?

Kita kaji kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman terhadap Kopsya dengan menggunakan analisis SWOT.

Bercakap tentang kekuatan, Angkasa mempunyai lapan juta ahli yang berada di bawah kira-kira 6,000 koperasi ahlinya di seluruh negara. Kita akan mempunyai dana yang besar sekiranya ada kaedah untuk mendapatkannya daripada lapan juta ahli itu.

Kelemahan dan ancaman Kopsya pula ialah kita tidak boleh menerima ahli individu secara terus. Kita hanya boleh menerima ahli melalui koperasi sahaja. Keadaan ini seperti satu kerugian kepada kita.

Terdapat kira-kira 10,300 koperasi di Malaysia dan Kopsya menyasarkan kesemuanya sebagai ahli. Bagi mengatasi kelemahan dan ancaman itu, Kopsya telah merancang beberapa program dan produk.

Kita telah mengemukakan beberapa mekanisme kontrak yang wujud dalam syariah sepenuhnya yang tidak ditawarkan oleh pihak lain.

Mereka menggunakan pembiayaan berasaskan hutang tetapi kita lebih kepada pembiayaan aset atau ekuiti yang berteraskan perkongsian.

Contohnya, katakan sebuah rumah berharga RM200,000. Kalau kita menggunakan konsep pembiayaan berasaskan hutang, pihak bank akan membeli rumah itu dan menjualnya kepada pelanggan pada harga RM350,000.

Berbeza dengan konsep pembiayaan aset atau ekuiti yang diamalkan Kopsya. Kita beli rumah pada harga yang sama dengan pelanggan dan Kopsya membiayai 90 peratus daripada harga rumah.

Baki 10 peratus dibiayai oleh pelanggan. Dalam konsep ini, pelanggan yang juga koperasi ahli Kopsya tidak berhutang dengan kita kerana ia dianggap sebagai pelabur.

Kita juga menggunakan pendekatan berunding untuk memastikan pelanggan menepati jadual pembayaran.

Semakin banyak yang dibayar semula, semakin bertambah pegangan pelanggan dalam aset itu. Pada masa sama, pegangan Kopsya semakin berkurangan. Konsep ini tidak membebankan pelanggan kerana mereka membeli aset pada harga pasaran.

Menyentuh tentang peluang, kita telah melancarkan produk pembiayaan membeli rumah pada 15 Jun lalu.

Produk terbaharu ini membuka peluang untuk menyalurkan lebih banyak dana kepada Kopsya. Kita berharap lebih banyak koperasi menjadi ahli Kopsya supaya mereka boleh menawarkan produk ini kepada ahli-ahli.

Pendekatan yang diambil Kopsya ini menyerupai konsep yang diamalkan Kesatuan Koperasi Pengguna Jepun (JCCU).

JCCU melaksanakan konsep ini menerusi perniagaan pasar raya di seluruh Jepun dengan menawarkan produk pada harga berpatutan kepada pelanggan.

Saya berharap melalui Kopsya, Angkasa juga dapat mewujudkan suasana serupa agar ahli-ahli koperasi yang bernaung di bawahnya dapat menerima manfaat secara langsung.

Produk-produk lain yang ditawarkan Kopsya?

Selain pembiayaan ekuiti, kita juga menawarkan kepada koperasi ahli kemudahan pembiayaan sehingga 10 kali ganda daripada dana mereka. Secara tidak langsung, kaedah pembiayaan ini menggalakkan koperasi berlumba-lumba menambah ahli agar lebih banyak dana dapat dikumpulkan.

Lebih banyak dana koperasi itu, lebih tinggi nilai pembiayaan yang boleh diterimanya.

Kita juga menawarkan produk simpanan tetap Al-Wafi yang menawarkan kadar pulangan kompetitif sebanyak 4.5 peratus setahun kepada ahli-ahli koperasi.

Kita mahu mewujudkan kesetiaan ahli terhadap koperasi melalui kaedah ini dan seterusnya mencetuskan minat mereka untuk menggunakan perkhidmatan Kopsya. Kita berhasrat untuk menjadikan kesemua koperasi sebagai cawangan kepada Kopsya.

Di samping itu, Kopsya telah berbincang dengan sebuah institusi kewangan untuk mengadakan penjenamaan bersama. Ahli-ahli boleh menggunakan kemudahan institusi kewangan terbabit seperti cek, mesin ATM dan perkhidmatan bayaran gaji.

Bagaimana dengan kegiatan perniagaan lain di bawah Angkasa?

Kita turut merancang untuk memperkasakan aktiviti peruncitan. Kita telah memulakan rangkaian perniagaan runcit melalui pengambilalihan kira-kira 2,400 koperasi sekolah dengan menaik taraf daripada penjualan alat tulis sahaja kepada barang runcit.

Kempen sedang dijalankan di seluruh negara. Ada koperasi sekolah yang beroleh hasil jualan antara RM800,000 hingga RM1 juta setahun.

Angkasa juga menggalakkan pembukaan koperasi masjid agar peranan institusi itu sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan dapat dipertingkatkan.

Kita merancang untuk membuka sebuah pusat pengedaran peruncitan sendiri bagi membolehkan produk-produk dijual pada harga berpatutan. Perikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) juga merancang untuk membuka rangkaian pasar raya di negara-negara ahlinya dan apabila perkara itu berlaku, Angkasa sebagai badan puncak koperasi ini Malaysia akan turut terlibat.

Angkasa telah menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat untuk memasarkan produk telekomunikasi di seluruh negara. Sebuah lagi syarikat milik Angkasa, MyAngkasa Holdings Sdn. Bhd. telah membuka dua pusat dialisis di Temerloh, Pahang dan Pulau Pinang.

Setiap pelanggan yang datang ke pusat dialisis kami tidak perlu mengeluarkan wang sendiri. Pembiayaan dibuat menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), insurans atau zakat.

Sekiranya tidak berjaya mendapatkan pembiayaan juga, kami akan biayai. Perkhidmatan yang dibuka sejak lima bulan lalu terbuka kepada semua anggota masyarakat.

Jangan memperbodohkan diri sendiri

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

PADA Sabtu lalu, rancangan Majalah 3 terbitan TV3 memaparkan mengenai kehidupan anak-anak muda di Bandung, Indonesia yang terpaksa bermain muzik di jalanan demi mencari sesuap nasi. Mereka yang digelar 'pengamen' berada di jalan-jalan utama di bandar itu untuk meraih simpati berikutan kesusahan hidup.

Mereka tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran atau terkandas dalam pelajaran kerana kemiskinan. Justeru dengan berbekal peralatan muzik seperti gitar atau biola, mereka menyanyi di pinggir-pinggir jalan bagi mencari sumber kewangan.

Tetapi pada hari yang sama di Kuala Lumpur pula, sekumpulan anak muda termasuk antara mereka penuntut universiti mengadakan perhimpunan haram di hadapan pusat beli-belah Sogo, kononnya sebagai 'pemanas' bagi merancakkan kempen untuk menggalakkan orang ramai ke perhimpunan haram pada Sabtu ini di Padang Merbuk.

Jelas sekali, kelompok anak-anak muda ini sudah terpengaruh dengan mainan politik sempit pembangkang sehingga tidak tahu mensyukuri segala nikmat biar pun hidup jauh lebih selesa, aman dan selamat berbanding anak-anak muda di Bandung.

Kelompok ini terpengaruh dengan satu kumpulan yang menamakan diri mereka Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Solidariti ini biar pun mengiktiraf diri mereka sebagai badan bukan kerajaan (NGO) tetapi ia adalah hasil produk 'kilang' perjuangan politik sempit Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mereka inilah yang bertanggungjawab menganjurkan forum yang dipenuhi dengan kata-kata hasutan untuk mengajak rakyat turun ke jalanan kononnya bagi memprotes keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang didakwa dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) melalui penipuan.

Hakikatnya, mereka bukanlah pejuang rakyat apatah lagi penegak keadilan tetapi mereka sekadar menjadi 'hamba' kepada agenda politik sempit PKR yang kecewa berikutan kegagalan pemimpin utama mereka ditabalkan sebagai Perdana Menteri.

Difahamkan, 'flashmob' itu akan diadakan sekali lagi pada Jumaat ini di Jalan Tun Perak dan Puduraya, ia sebelum itu akan dimulakan dengan pidato Perdana di Sungai Besar, Selangor pada Khamis dan di Temerloh, Pahang pada Khamis dan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Aneh sekali, kesemua acara ini diadakan dengan tujuan kononnya untuk membantah keputusan PRU-13 sedangkan ketika puak-puak 'solidariti' dan PKR ini begitu ghairah mahu berbuat demikian dalam masa yang sama kesemua pemimpin pakatan pembangkang sudah sepakat untuk menghadiri majlis angkat sumpah anggota Parlimen pada 24 Jun ini.

Oleh itu, jelaslah anak-anak muda yang kononnya mahu memperjuangkan keadilan tersebut hakikatnya tidak menyedari mereka sekadar boneka yang diperalatkan oleh ahli-ahli politik pembangkang khususnya PKR bagi melahirkan perasaan mereka.

Kalau betullah apa yang diperjuangkan oleh solidariti itu mewakili pakatan pembangkang, kenapakah perhimpunan di Sogo tersebut tidak ada seorang pun pemimpin pembangkang yang hadir? Ketika kesemua mereka disumbat ke dalam trak polis kerana mengingkari arahan supaya bersurai, pemimpin-pemimpin pembangkang bersenang lenang menyaksikan peristiwa itu.

Selain itu, kalau benarlah apa yang diperjuangkan oleh solidariti itu membawa suara anak muda kenapakah anak muda yang hadir hanya 'beberapa kerat' sahaja? Jelaslah nama solidariti anak muda itu sendiri hanya menampakkan sikap 'syok sendiri' sedangkan terdapat majoriti anak muda tidak akan menghabiskan masa mereka dengan aktiviti-aktiviti bodoh seumpama itu.

Turut mendapat perhatian, tidakkah kelompok yang bergabung dalam solidariti itu tidak faham bahawa mereka sedang dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang tanpa disedari. Ia memandangkan kalau betullah pembangkang tidak mengiktiraf keputusan PRU-13, kenapakah mahu mengangkat sumpah anggota Parlimen?

Bukankah dalam sidang akhbar yang dianjurkan oleh pertubuhan tersebut, mereka menyeru supaya semua pemimpin pembangkang tidak berbuat demikian sebagai tanda protes kepada kerajaan BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)?

Justeru janganlah memperbodohkan diri sendiri dan membiarkan diri dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang. Adalah lebih baik soal politik diserahkan kepada orang politik untuk menguruskannya. Janganlah hanya menjadi boneka apatah lagi robot yang boleh diarah melakukan kerja-kerja tidak berfaedah seolah-olah diri kita tidak mempunyai maruah diri.

Kepada pemimpin-pemimpin pembangkang pula, mereka janganlah berasa syok sendiri dengan andaian kononnya perhimpunan haram yang dilakukan oleh anak-anak muda itu menunjukkan golongan muda menyokong mereka. Keputusan PRU-13 sudah membuktikan hanya segelintir sahaja yang menyokong mereka dan pembangkang beruntung apabila kaum Cina yang sudah menerima pelbagai nikmat hasil pemerintahan BN turut mengundi mereka.

Jika benarlah pembangkang memperjuangkan demokrasi, maka gunakanlah saluran demokrasi untuk menyelesaikan masalah bukannya terus menghasut rakyat untuk turun mengadakan demonstrasi pada 22 Jun ini.

Perhimpunan pada tarikh berkenaan sudah sah akan menjadi perhimpunan haram kerana Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan Padang Merbuk digunakan manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula tidak akan mengeluarkan permit.

Oleh itu, kalau pakatan pembangkang mahu juga meneruskan hasrat mereka maka jelaslah mereka bukan sahaja tidak menghormati demokrasi malahan bersedia meletakkan diri dalam kelompok yang tidak tahu menghormati undang-undang.

Berikutan kedegilan tersebut, maka mereka perlu bersedia untuk menerima apa juga tindak balas daripada pihak berkuasa yang akan bertanggungjawab menjaga ketenteraman awam.

Tindakan tegas pihak polis khususnya dalam menyuraikan perhimpunan haram itu pasti akan disokong oleh rakyat yang cintakan keamanan.

Kita tidak mahu huru-hara yang berlaku di negara-negara tertentu akibat demonstrasi yang berasaskan politik merebak ke negara ini. Malah di negara-negara berkenaan, tidak ada polis hanya sekadar menjadi pemerhati, mereka pasti bertindak tegas untuk menyuraikan perhimpunan haram seumpama itu.

Apa pun kepada golongan muda yang bergabung dalam solidariti, jadilah insan dewasa dalam melakukan tindakan. Cukup-cukuplah kita menyaksikan 'kelahiran' beberapa individu yang mendakwa mahasiswa sanggup menggadaikan masa depan mereka semata-mata terhasut dengan politik pembangkang.

Solidariti yang kalian sokong tidak akan mampu mengubah keputusan pilihan raya umum lalu. Kerajaan BN sudah pun mentadbir dan ahli-ahli Parlimen pembangkang sudah bersedia untuk mengangkat sumpah manakala di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, PKR, Pas dan DAP sedang mentadbir tanpa sebarang masalah melalui penubuhan sebuah kerajaan hasil satu pilihan raya umum yang kalian terpekik terlolong di pinggir-pinggir jalan kononnya berlaku penipuan.

Adalah lebih baik jika solidariti yang ditubuhkan itu digerakkan bagi tujuan mensejahterakan negara dan bukannya menganggu gugat ketenteraman awam sehingga gerakan pertubuhan itu dianggap solidariti menghancurkan masyarakat.

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved