Isnin, 17 Jun 2013

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Tak mengaku tikam adik ipar

Posted: 17 Jun 2013 11:10 AM PDT

PETALING JAYA 17 Jun - Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencederakan adik iparnya dengan menggunakan sebilah pisau, April lalu.

R. Tanavalan, 45, didakwa mendatangkan kecederaan terhadap S. Bubalan, 39, dengan menikam bahagian muka, mata kiri, dada dan tangan kiri mangsa menggunakan pisau sebagai senjata yang boleh menyebabkan kematian mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di rumah No. 1179, Jalan 18/48, Taman Sri Serdang, Sri Kembangan di sini pada pukul 6.30 petang, 20 April lalu.

Bapa kepada empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aifaa Che Abdullah yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Peguam bela, Nik Muammer Hurrie Mohamad Sukri yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan memandangkan anak guamnya telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa dengan hadir sendiri ke mahkamah hari ini.

Katanya, isteri tertuduh yang hadir sebagai penjamin merupakan suri rumah dan hanya membawa RM2,000.

Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 18 Julai ini.

Pukul lelaki hingga retak bahagian rusuk, dua sahabat dipenjara 40 bulan

Posted: 17 Jun 2013 11:10 AM PDT

DUA sahabat keluar dari Mahkamah Sesyen Melaka semalam selepas dijatuhi hukuman penjara 40 bulan kerana mencederakan seorang lelaki tahun lalu.

MELAKA 17 Jun - Dua sahabat dijatuhi hukuman penjara selama 40 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan memukul seorang lelaki sehingga cedera dan retak bahagian rusuk tahun lalu.

Hakim Datuk Anita Harun menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, S. Sathis Kumar, 24, dari Jalan Kolam Air, Alor Gajah dan A. Veriah, 24, dari Jalan Air Putih Sungai Petai, Alor Gajah selepas kedua-dua mereka mengaku salah atas pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka dituduh bersama tiga lagi yang masih bebas dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada K. Mehendran, 31, berhampiran sebuah rumah di belakang Hospital Alor Gajah pada pukul 12.30 tengahari, 12 November tahun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman sebat dikenakan ke atas mereka namun dalam masa yang sama meminta supaya mahkamah mengurangkan tempoh hukuman penjara.

Timbalan Pendakwa Raya Haslida Isamail yang mengendalikan kes bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukan itu serius hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Anita kemudian memerintahkan kedua-dua tertuduh yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau dipenjara 40 bulan dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 13 November 2012.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved