Ahad, 30 Mac 2014

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Semangat kepantasan dalam Touareg TDI

Posted: 30 Mar 2014 11:55 AM PDT

Oleh FAUZI JAAFAR
ekonomi@utusan.com.my

KENDERAAN sport utiliti ini seberat kira-kira 2,840 kilogram, agak besar dengan panjangnya 4.795 meter, manakala lebarnya 1.940 meter.

Kali pertama menerima kunci, penulis sudah merasakan sedikit kesukaran untuk mengendalikannya apatah lagi prestasi yang belum diuji dengan pakej badannya yang berat dan lebar.

Lagi memburukkan persepsi ialah Volkswagen Touareg TDI ini didatangkan dengan enjin diesel iaitu TDI 3000 CC dengan kuasa turbocharged.

Duduk sahaja, kerusi kulit pemandu boleh diselaraskan dengan 14 cara secara elektrik berserta memori.

Tiada brek tangan, yang ada hanyalah suis pengganti brek tangan yang menonjolkan kemewahan kenderaan sport utiliti ini. Pendingin hawanya boleh diselaraskan secara automatik atau Climatronic dengan dua zon kawalan.

Terdapat skrin audio simulasi pada papan pemuka dengan empat kamera bagi memaparkan imej kenderaan ini dari atas yang membolehkan pemandu memerhatikan persekitaran sekelilingnya.

Ini seperti pemantauan mata burung atau daripada imej satelit yang memudahkan pemandu melihat objek berhampiran atau kaedah paling mudah untuk meletak kenderaan.

Secara mudah, hiasan dan ciri-ciri elektronik dan komputer di dalam Touareg telah menampilkan elemen kemewahan gergasi Jerman itu.

Menghidupkan enjin tiga liter itu amat mudah kerana perlu menekan butang hidup yang terletak di atas sedikit dari tombol gear sebelah kiri. Secara peribadinya, penulis tidak berapa suka dengan kedudukan butang penghidup enjin kerana sukar dilihat dan dijangkau dengan mudah.

Penulis juga ingin mengucapkan tahniah kepada jurutera Volkswagen kerana enjin Touareg TDI ini begitu senyap dan kurang gegaran berbanding kenderaan sport utiliti diesel yang lain.

Jika berada di dalam kabin gergasi ini, sudah tentu tidak menyangka Touareg ini hanya digerakkan oleh enjin diesel!

Kekaguman penulis tidak berhenti begitu sahaja kerana kenderaaan seberat lebih 2,000 kilogram ini boleh memecut 7.6 saat daripada tahap pegun hingga 100 km/j.

Bagi penulis, gergasi ini umpama kereta sport yang menggunakan acuan pacuan empat roda. Setakat memecut selepas lampu merah, Touareg ini boleh mengancam kehebatan kereta sport lain.

Seperti biasa, penulis menguji gergasi Jerman ini di lebuh raya Kuala Lumpur-Karak sehingga ke Bentong dan Raub.

Prestasinya tidak mengecewakan. Penulis memecut sehingga 170 kilometer dan mudah untuk meninggalkan kereta dan kenderaan sport utiliti yang lain. Cuma tewas kepada Volkswagen Golf Gti.

Kalah kerana bimbangkan hukum graviti antara kenderaaan kenderaan sport utiliti dengan kereta.

Walaupun memecut sehingga 170 kilometer, gergasi ini masih stabil dan boleh memecut sehingga 220 km/j.

Terima kasih kepada sistem brek antikunci (ABS) dengan bantuan brek (BA) serta kawalan kestabilan elektronik (ESC) yang menyuntik keberanian kepada penulis untuk memecut Touareg ini di jalan raya dan lebuh raya.

Penggunaan bahan apinya pula 25 peratus lebih jimat berbanding enjin petrol. Touareg itu merekodkan penggunaan minyak sebanyak 7.2 liter bagi jarak 100 km.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pasangan ditemui mati di rumah

Posted: 30 Mar 2014 11:55 AM PDT

Oleh AZRAI MOHAMMAD
pengarang@utusan.com.my

PASANGAN suami isteri yang hanya dikenali sebagai Selvam dan Anita ditemui mati di kediaman mereka di Blok C, Projek Perumahan Rakyat Muhibbah, Cheras, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR 30 Mac - Sepasang suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher di kediaman mereka di Blok C, Projek Perumahan Rakyat Muhibbah, Kampung Muhibbah di sini malam tadi.

Pasangan suami isteri itu hanya dikenali sebagai Selvam dan Anita.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, si suami terlebih dahulu mengelar leher isterinya dan membunuh dua ekor anjing mereka sebelum mengelar diri sendiri.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh (gambar) berkata, pada mulanya, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai terdapat seorang lelaki cuba membunuh diri di lokasi tersebut.

Beliau berkata, pihaknya yang bergegas ke tempat kejadian menemui mayat lelaki itu dan seorang wanita di sebuah bilik tidur dalam keadaan tertiarap serta berlumuran darah.

"Turut ditemui di bilik sama ialah dua ekor anjing yang telah mati," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohan Singh berkata, pihaknya menemui sebilah pisau berhampiran mayat lelaki terbabit yang dipercayai digunakan untuk membunuh diri.

"Pemeriksaan terhadap mayat mendapati ada kesan kelar pada leher kedua-dua mangsa sepanjang antara 10 ke 15 sentimeter, begitu juga dengan kedua-dua anjing tersebut," ujarnya.

Mohan berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah berlaku dan mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

"Ketika ini siasatan masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut," ujarnya.

Sementara itu, menurut seorang jiran yang enggan dikenali, dia mendengar bunyi bising seperti orang bergaduh dari rumah pasangan itu kira-kira pukul 10 malam.

"Tidak lama selepas itu, saya diberitahu jiran-jiran lain memaklumkan pasangan itu ditemui mati," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut jiran tersebut, pasangan tersebut tidak mempunyai anak dan telah tinggal di situ sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, lelaki terbabit mengendalikan perniagaan pengangkutan manakala isterinya bekerja sambilan sebagai juru dandan.

Seorang lagi jiran memberitahu, dia tidak pernah melihat pasangan itu bergaduh sebelum ini.

Aduan tipu perkhidmatan tertinggi

Posted: 30 Mar 2014 11:55 AM PDT

Oleh MOHAMAD AIZIM BAHARON
utusanN9@utusan.com.my

HASAN Malek bersalaman dengan peserta Seminar Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup di Kuala Pilah, Negeri Sembilan semalam.

KUALA PILAH 30 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerima sebanyak 867 aduan berhubung penipuan perkhidmatan dalam tempoh tiga bulan sejak Januari lalu.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, aduan berkenaan adalah yang tertinggi diterima pihaknya berbanding aduan penipuan lain dengan jumlah keseluruhannya sebanyak 3,508 aduan dalam tempoh sama.

Jelas beliau antara penipuan yang dilakukan oleh syarikat perkhidmatan ialah menjual produk yang tidak berkualiti atau cepat rosak.

"Jumlah aduan itu bukan bermaksud kes penipuan meningkat tetapi tahap kesedaran pengguna berkaitan penipuan ini semakin tinggi.

"Kita percaya pengguna sudah sedar hak mereka dan membuat laporan kepada kementerian melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia bagi mempertahankan hak masing-masing," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup anjuran Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) di Dewan Datuk Bahaman Shamsudin di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Norhayati Omar dan Presiden Kebangsaan PPPM, Datuk Mohd. Firdaus Abdullah.

Selain penipuan perkhidmatan, aduan lain yang diterima melibatkan penipuan harga sebanyak 681 aduan diikuti penipuan transaksi internet (283), jualan bahan petroleum (273) dan tidak meletakkan tanda harga (260).

Mengulas lanjut, Hasan memberitahu, inisiatif persatuan pengguna dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan program-program berkaitan kepenggunaan kepada orang ramai wajar diberi pujian.

"Kerjasama antara kementerian dengan persatuan pengguna penting dalam usaha menyampaikan maklumat dengan berkesan kepada pengguna dan pembeli.

"Kementerian akan terus mempergiatkan lagi program dan kempen sebegini supaya pengguna tahu dan sedar mengenai hak mereka," kata beliau.

Pada tahun lalu, sebanyak 11,843 aduan berkaitan pengguna telah diterima oleh kementerian berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 10,860 aduan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pencarian MH370 tetap diteruskan-Abbott

Posted: 30 Mar 2014 06:46 PM PDT

PERTH 31 Mac - Perdana Menteri, Tony Abbot berikrar pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 akan diteruskan walaupun tindakan tersebut mengalami kesukaran.

Abbott berkata, usaha mencari akan diteruskan walaupun tiada serpihan ditemui di Lautan Hindi sejak lebih tiga minggu.

"Keadaan masih terlalu awal untuk mengurangkan usaha mencari," katanya. - Reuters/Agensi

Pilihan raya Presiden Mesir 26 dan 27 Mei ini

Posted: 30 Mar 2014 12:52 PM PDT

KAHERAH 31 Mac - Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir hari ini mengumumkan pilihan raya Presiden negara akan diadakan pada 26 dan 27 Mei.

Pilihan raya itu akan diadakan untuk pusingan kedua sekiranya tidak ada calon memenangi kerusi namun, Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dijangka akan menjadi calon utama dalam pemilihan jawatan berkenaan berikutan tiada persaingan sengit daripada parti lawan. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Bunuh majikan: Wilfrida diarah bela diri

Posted: 30 Mar 2014 11:55 AM PDT

WILFRIDA Soik di Mahkamah Tinggi, Kota Bharu, Kelantan semalam. - UTUSAN/ZUHARMAN MOHAMAD NOR

KOTA BHARU 30 Mac - Seorang pembantu rumah, Wilfrida Soik, 23, diperintah untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan membunuh majikannya, Yeap Seok Pen, 60, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan demikian hari ini selepas meneliti keterangan 26 saksi pendakwa dan berpendapat pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

"Keterangan daripada saksi-saksi pendakwa yang terdiri daripada pakar dalam bidang perubatan, polis dan orang awam telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Wilfrida.

"Jadi, selepas meneliti secara menyeluruh dan dengan mengambil kira hujah kedua-dua pihak, mahkamah memerintah tertuduh untuk membela diri," kata beliau.

Mahkamah kemudian membenarkan perbicaraan di peringkat pembelaan diteruskan selepas mendengar permohonan daripada peguam tertuduh, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengendalikan kes tersebut.

Semasa perbicaraan pembelaan yang bermula pada sesi petang itu, Wilfrida memberitahu mahkamah untuk memberi keterangan tanpa bersumpah dari kandang tertuduh sebagai kaedah bagi membela diri selepas berbincang dengan peguamnya.

Dalam prosiding hari ini, keterangan tertuduh dibaca oleh Muhammad Shafee dan diterjemah ke Bahasa Indonesia oleh penterjemah yang dilantik oleh pihak pembelaan.

Tertuduh mendakwa, dia melarikan diri dari kampung halamannya untuk datang ke Malaysia kerana seluruh keluarganya menentang untuk bekerja di sini.

Katanya, sepanjang berada di rumah majikannya itu dia telah didera secara fizikal dan mental namun sama sekali tidak menyimpan sebarang niat untuk mencederakan mangsa.

"Saya mengingati dimarahi dan dipukul oleh mami (mangsa) pada hari kejadian tetapi tidak mengetahui bagaimana wanita itu terbunuh," katanya.

Ketika saksi kedua pembelaan dipanggil, Pakar Perunding Forensik Psikiatri dari Hospital Permai Johor Baharu, Dr. Bada'iah Yahya memberitahu mahkamah dalam pemeriksaan berkala yang dijalankan terhadap Wilfrida mendapati dia memiliki tahap kecerdasan (IQ) yang sangat rendah berbanding rakan sebaya.

Tambah beliau, tertuduh yang pernah mempunyai sejarah diserang penyakit sawan sejak dari kecil dan kali terakhir sebelum datang ke sini juga antara faktor yang mempengaruhi tindakan di luar kawalannya.

"Berdasarkan pemeriksaan dan pemerhatian, Wilfrida menunjukkan ketidakupayaan untuk memproses serta menyelesaikan sebarang masalah," kata beliau.

Mahkamah menangguh perbicaraan itu pada kira-kira pukul 5 petang dan menetapkan sesi tersebut akan disambung selama tiga hari bermula Selasa hingga Khamis ini.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim.

Wilfrida yang berasal dari Kampung Kolo Ulun, Daerah Belu, Nusa Tenggara Timur, Indonesia didakwa membunuh warga emas, Seok Pen di sebuah rumah di Kampung Lubok Tapah, Pasir Mas antara pukul 11 pagi hingga 12.30 tengah hari pada 7 Disember 2010.

Dalam kejadian itu, tertuduh yang baharu bekerja dua minggu di rumah mangsa didakwa menggunakan senjata tajam menyebabkan kecederaan parah pada muka mangsa sehingga membawa kematian.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Akta Peniaga Sekendhend dijangka diwarta April ini

Posted: 30 Mar 2014 11:55 AM PDT

KUCHING 30 Mac - Akta Peniaga Sekendhend 1946 dijangka diwartakan April ini, selepas Kerajaan Pusat dan negeri mencapai persetujuan bersama dari aspek perundangan, penguatkuasaan serta pemantauan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar) berkata, beliau yakin peruntukan undang-undang itu boleh dilaksanakan dalam tempoh terdekat selepas kata sepakat antara kedua-dua pihak berkuasa itu dicapai baru-baru ini.

Beliau berkata, sekiranya akta tersebut digazet April ini, penguatkuasaannya akan dilaksanakan sebelum pertengahan tahun ini.

"Akta ini sukar dilaksanakan di Sarawak kerana terdapat beberapa peruntukan undang-undang sedia ada di sini iaitu kadar lesen dan permit bagi menjalankan perniagaan barangan terpakai.

"Walau bagaimanapun, menerusi akta ini beberapa masalah berhubung perniagaan kedai besi buruk dan barang lusuh dapat dikawal dan secara tidak langsung menjadi langkah menangani masalah kecurian kabel dan logam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Misi Sukarelawan Siswa Ke Kampung Beradek di sini hari ini.

Jelas Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong, kecurian kabel elektrik dan besi kebiasaannya berlaku di kawasan pedalaman kerana jauh daripada pemantauan pihak polis.

ada sambutan daripada pembeli, maka gejala itu akan terus berlarutan.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan penasihat undang-undang Kementerian Dalam Negeri supaya peruntukan akta itu dikaji semula.

Katanya, kali terakhir kajian dilakukan terhadap akta itu pada 2006 dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah sangat kecil serta tidak setimpal.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Adnan: Bersatu tangkis tohmahan

Posted: 30 Mar 2014 11:55 AM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

Shahiruddin Ab. Moin (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Adnan Yaakob selepas majlis perjumpaan dengan pemimpin UMNO Bahagian Raub di Raub, kelmarin. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD

RAUB 30 Mac - Pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat perlu bergerak secara bersepadu bagi menangkis serangan berterusan pembangkang yang ternyata menguji kredibiliti kerajaan dan parti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, dakyah itu jika tidak ditangani dengan berkesan akan membentuk persepsi negatif kepada parti sekali gus meracuni pemikiran rakyat khususnya generasi muda.

"Selain itu, pemimpin UMNO juga perlu menonjolkan watak sebenar yang mesra rakyat, pemurah dan sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat melibatkan pelbagai perkara.

"Pendekatan sebegini oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya sangat dibimbangi pihak pembangkang kerana mereka lebih banyak beretorik dalam membentuk persepsi negatif, katanya ketika berucap dalam majlis perjumpaan dengan pemimpin UMNO Bahagian Raub di Bangunan UMNO Raub di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Raub merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin.

Tegasnya, sejak dua pilihan raya umum lalu pembangkang telah melakukan pelbagai serangan kepada UMNO dan BN walaupun bertentangan dengan fakta sebenar.

"Justeru, ahli UMNO perlu menguasai dan mendominasi laman siber bagi menyebarkan maklumat yang betul kepada rakyat di samping menjawab fitnah pembangkang," katanya.

Di samping itu, ujarnya, strategi lain berupa pendekatan mesra dan prihatin terhadap masalah rakyat di peringkat akar umbi adalah nadi kepada jaminan sokongan berterusan terhadap kerajaan.

Tambah beliau, UMNO berkeupayaan untuk mematahkan serangan lawan yang ghairah memburukkan kerajaan jika ahli yang ramai di bahagian serta cawangan bergerak dalam satu pasukan.

"Menguasai sepenuhnya teknologi maklumat dan media sosial juga adalah satu keperluan kerana bahan yang disebarkan melalui laman maya mempengaruhi pola politik negara," katanya.

Pelajar tingkatan lima Semsas derita kanser kelenjar tahap tiga

Posted: 30 Mar 2014 11:55 AM PDT

Wan Azlan Wan Salleh melihat kesan jahitan pada badan Wan Saiful Zulhairi Wan Affandi yang menghidap kanser kelenjar tahap tiga ketika berkunjung di rumahnya di Felda Bukit Kuantan, baru-baru ini. - UTUSAN/SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFIN

KUANTAN 30 Mac - "Saya terima semua ini sebagai takdir, ujar Wan Saiful Zulhairi Wan Affandi, 17, dengan linangan air mata apabila demam dan batuk yang disangka sekadar alahan biasa disahkan sebagai kanser pada 13 Februari lalu.

Pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah (Semsas) yang gemar bermain kriket ini terpaksa menangguhkan minat dan tumpuannya kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana kini perlu berulang-alik mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Anak kedua daripada tiga adik-beradik ini ketika ditemui di rumah neneknya di Felda Bukit Kuantan di sini kelmarin, masih kelihatan tidak begitu bermaya dan seakan-akan bingung dengan penyakit yang dihidapinya.

"Apabila diberitahu oleh ibu tentang penyakit sebenar yang saya hidapi, memang saya tergamam, namun sokongan keluarga dan semua yang ada di sekeliling saya telah menolak salah tanggapan saya itu," kata Saiful yang bercita-cita menjadi jurutera.

Sebelum itu, keluarga pelajar tersebut menerima kunjungan Badan Kebajikan Kemanusiaan Islam Seluruh Semenanjung (BaKKISS) yang diketuai Yang Dipertuanya, Wan Azlan Wan Salleh.

Sementara itu ibu Wan Saiful, Zalina Muhammad, 42, berkata, tidak sampai dua minggu dari hari pertama Saiful dimasukkan ke wad pada 1 Februari lalu, doktor mengesahkan anaknya itu sebenarnya menghidap kanser kelenjar tahap tiga.

"Doktor ada beritahu saya yang Saiful bernasib baik kerana penyakitnya berjaya dikesan lebih awal. Jika tidak, kanser akan mula menyerang bahagian paru-paru dan saya bersyukur kerana penjelasan itu mengurangkan sedikit kerisauan saya," katanya.

Tambahnya lagi, pada awal bulan ini, pembedahan memasukkan laluan tiub kimoterapi telah dibuat sebagai persediaan awal untuk rawatan kemoterapi yang kini dilakukan sekerap dua minggu sekali.

Kata Zalina, kini tugas menghantar dan mengambil anak keduanya itu dilakukan sepenuhnya oleh beliau kerana suami, Wan Apandi Wan Mustafa, 45, perlu mengurus anak-anak di Perak selain bekerja.

"Saya tidak bekerja, hanya suami bekerja, buat masa ini segala perbelanjaan mengurus Saiful kami usahakan sendiri. Kami amat berharap sekiranya bebanan kami dapat diringankan dengan sumbangan daripada mana-mana pihak yang sudi membantu, ujarnya.

Sementara itu, Wan Azlan berkata, pihaknya berjanji akan cuba memanjangkan perkara ini kepada pengetahuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Zakat Negeri Pahang untuk tindakan selanjutnya.

"Seperti juga ibu kepada Saiful, kami juga mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan daripada mana-mana pihak yang boleh meringankan beban yang ditanggung keluarga ini," ujar Wan Azlan.

Bantu suburkan seni silat warisan Melayu

Posted: 30 Mar 2014 11:55 AM PDT

Zakaria Uteh (kiri) menyampaikan Selempang Seri Setia Laksamana Kehormat PSGLM kepada Ahmad Nazlan Idris di Jerantut, kelmarin. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD

JERANTUT 30 Mac - Pihak sekolah diminta menubuhkan persatuan silat bagi membantu menyuburkan aktiviti seni mempertahankan diri warisan orang Melayu dalam kalangan generasi muda.

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, selain itu, pencak silat yang merupakan khazanah negara mempunyai peranan besar dalam membentuk jati diri pelajar.

"Walaupun perubahan zaman menyaksikan manusia obses dengan senjata canggih, tetapi seni pencak silat lebih sinonim untuk pembinaan akhlak dan menyuburkan jati diri Melayu yang dipusakai sejak turun-temurun.

"Kemahiran pencak silat bukan untuk bertempur dan menunjukkan kehebatan, tetapi warisan ini lebih dominan untuk menaikkan imej orang Melayu yang suatu ketika dahulu disegani bangsa dan pedagang lain di seluruh dunia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program persembahan Persatuan Silat Gayung Laksamana Malaysia (PSGLM), di sini semalam.

Yang hadir sama Pengerusi PSGLM, Zakaria Uteh. Sempena majlis berkenaan, Ahmad Nazlan dianugerahkan Selempang Seri Setia Laksamana Kehormat PSGLM yang disampaikan oleh Zakaria.

Menurut beliau, kaum lain juga wajar mempelajari pencak silat kerana seni mempertahankan diri itu boleh menjadi elemen perpaduan nasional.

"Silat merupakan pergerakan yang lengkap pada zahir dan batin dan merupakan seni tempur bela diri yang cukup sempurna serta boleh dijadikan kegiatan untuk memenuhi masa lapang," ujarnya.

Ahmad Nazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerantut berkata, pejabat Ahli Parlimen Jerantut akan memberi sumbangan RM400 kepada sekolah rendah dan sekolah menengah daerah ini yang menubuhkan dan mengaktifkan persatuan silat sebagai kegiatan kokurikulum.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Tunggu keputusan ayah

Posted: 30 Mar 2014 12:19 PM PDT

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my

Emma Maembong

ENTAH disengajakan atau tidak kebelakangan ini seakan-akan kerap kontroversi tergalas di bahu pelakon Emma Maembong.

Meski bukan satu perkara baru hal itu agak ketara memandangkan satu persatu muncul tanpa sempat Emma menarik nafas lega.

Belum reda kontroversi bercumbu mesra dengan Zizan Raja Lawak di dalam kapal terbang, timbul pula cerita lain bersekedudukan dengan teman lelakinya itu.

Sudah terlanjur melangkah ke dunia hiburan, mahu atau tidak, Emma perlu menggagahkan diri untuk menjawab segala hal yang mengusutkan fikirannya itu.

Sehabis daya Emma memberikan jawapan yang terbaik demi menjelaskan keadaan sebenar dan menepis segala anasir jahat yang cuba menjatuhkan imej dan kariernya dengan gosip sedemikian.

Pujian wajar diberikan kepada gadis berusia 22 tahun ini kerana masih bertahan pada saat dirinya sering menjadi bahan serangan banyak pihak yang cuba menguji sejauh mana kentalnya jiwa seorang anak seni.

Emma, sekali pun tidak berundur malah terus melawan arus dengan menjadi diri sendiri biarpun ada sesetengah pihak kurang senang dengan segala penjelasan mengenai kontroversi yang menghentam dirinya.

Saya cuma mahu terus berjalan dan hidup. Tak perlu pandang lagi perkara-perkara lepas apatah lagi tiada satu pun daripada cerita itu yang sahih. Nama pun gosip," kata Emma ringkas.

Kontroversi

Memilih untuk tidak terlalu memikirkan kontroversi itu kata Emma, dia tidak punya kuasa untuk menahan segelintir masyarakat daripada terus berkata-kata mengenai peribadinya sedangkan mereka tidak tahu tentang kebenarannya.

Menjadi pelakon dan artis, ini jalan yang saya pilih maka saya kena terima dengan terbuka apabila satu masa datangnya perkara-perkara tak diingini seperti ini kepada saya.

Kalau diikutkan bukan jadi artis saja, jadi orang biasa pun akan ada orang suka bercerita buruk mengenai kita, akan ada orang yang suka menyampai cerita tak betul mengenai kita. Pendek kata, di mana-mana saja boleh berlaku hal seperti ini.

Cuma bayarannya bergandalah apabila bergelar seorang artis. Orang akan pandang keburukan kita lebih. Kita bercerita hal sebenar pun orang tetap tidak akan percaya. Jadi nak buat macam mana lagi? Tak payah layan," katanya.

Mengaku tidak sekali pun melatah dengan kontroversi yang timbul kata Emma, lebih baik dia bersikap demikian daripada membiarkan diri terbakar dengan api kemarahan yang kemudian hanya merugikan dirinya sendiri.

Tak perlu marah-marah, tak perlu bising-bising. Saya lebih suka menangani hal-hal gosip seperti ini dengan tenang. Bagi saya sekurang-kurangnya itu tidak mengusutkan fikiran saya.

Sebelum jadi artis lagi saya sudah biasa terkena perkara seperti ini. Bukan nak kata saya dah tak hairan tapi saya lebih suka tanganinya dengan cara yang matang.

Asalkan keluarga tahu siapa saya dan tahu hal sebenar, saya tak perlu takut untuk berdepan dengan masyarakat. Ayah dan mak kenal saya. Saya pun memang tinggal dengan mereka, untuk apa saya nak takut? Saya memang tak buat salah.

Namun saya tak akan berdiam diri jika gosip yang menyentuh hati mereka. Saya tak akan biarkan hal itu berlaku," katanya tegas.

Seringkali dikaitkan dengan Zizan, hubungan mereka sebagai pasangan kekasih sebelum ini kononnya begitu eksklusif.

Susah mahu mendengar daripada mulut masing-masing engesahkan mereka kini memang sedang bercinta.

Baik Zizan mahu Emma lebih senang untuk acah-acah melarikan diri daripada soalan itu. Paling tidak pun cuma mengaku sebagai kawan baik.

Namun selama mana mereka boleh menipu? Nah... Sekarang ini cinta mereka bukan lagi satu rahsia. Orang sudah mula bercakap. Malah sudah boleh membaca, meneka, bahkan melihat keintiman mereka berdua yang kini tidak lagi berselindung di sebalik tabir kami cuma kawan baik.

Emma ketika ditanya mengaku lega dengan keadaan sekarang. Terbuka terhadap kisah cintanya dengan Zizan tanpa perlu lagi berteka-teki.

Sebenarnya nak kata saya dan dia sorok-sorok hubungan tak juga. Kami lebih suka menganggap siapa yang tahu, tahulah. Namun nak mencanang mengenai cinta itu tidak sama sekali.

Bukan apa kita bimbang jika perkara yang baik tak jadi. Sebab itu selama ini saya akan cakap dia kawan rapat saya. Sekarang apabila sudah terbuka pun, jangan terperanjat, ada juga yang tak suka. Susah nak puaskan hati semua orang," ujarnya.

Berbicara lanjut kata pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland ini, keterbukaannya mengaku mengenai hubungannya dengan Zizan bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk.

Mungkin ada yang kata saya ini macam menunjuk-nunjuk walhal tidak pun. Saya dan Zizan sudah bersetuju untuk lebih terbuka kerana malas mahu memikirkan tentang kata-kata orang.

Alhamdulillah, saya lega apabila semua sudah tahu mengenai hubungan ini. Tapi saya mohon untuk doakan yang terbaik saja. Yang kenal saya dan Zizan terutama peminat, mereka sokong dan restui hubungan ini, bahkan mendoakan kami.

Ada yang cakap tak sesuai, ada yang tak suka tapi itu semua jodoh. Dengan siapa jodoh kita, kita kena terima dan doakan yang terbaik," katanya.

Alahai Sakinah...

Posted: 30 Mar 2014 12:19 PM PDT

Sharifah Sakinah

ADA yang tidak senang dengan jawapan mudah daripada pelakon Sharifah Sakinah atau Sakinah apabila mereka cipta baju-T yang menggunakan tagline kurang manis untuk program kecergasannya.

Sakinah menjawab ikut suka hati saya apabila ada kalangan peminat yang menegur secara terbuka ideanya itu di laman sosial Instagram baru-baru ini.

Jawapan tak cerdik ini sebenarnya hanya memakan diri Sakinah. Sewajarnya orang berniaga tidak berbuat sebegitu tambahan pula membabitkan perniagaan yang baru dimulakan.

Mungkin Sakinah boleh kata golongan sasarannya adalah kalangan generasi sebaya atau lebih muda dan berfikiran terbuka. Sebab mungkin bagi Sakinah hanya orang yang kolot pemikiran sahaja yang akan menentang usahanya.

Tetapi Sakinah kena fikir juga tentang kedudukan Sakinah sebagai orang dikenali dan menjadi pujaan ramai.

Sedikit sebanyak mungkin ada yang kurang senang apabila Sakinah menggunakan tagline seperti Cantik Tak Bontot Saya dan Jogging Sampai Kentut untuk dicetak di baju T yang bakal dijualnya itu.

Miss J memang sokong usaha Sakinah untuk membudayakan senaman itu dan wajar dipuji sebab tak ramai selebriti Malaysia yang berani tunjuk perut kepada peminatnya secara terbuka.

Kalau ada pun tubuh yang cantik dan solid macam Sakinah mereka akan diam-diam. Tak tayang punyalah sebab sememangnya bertentangan dengan norma masyarakat kita.

Cuma Miss J harap Sakinah akan jadi lebih sensitif terhadap apa yang ingin dilakukan. Sebenarnya yang dibuat Sakinah bagi sesetengah orang memperlihatkan tahap mentalitinya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Maafkanlah Nik Aziz

Posted: 30 Mar 2014 11:55 AM PDT

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika di Muktamar Tahunan Pas kali ke-59 di Stadium Malawati, Shah Alam, November tahun lalu.

APABILA Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di atas segala kesilapannya sepanjang 23 tahun mentadbir Kelantan sebagai Menteri Besar, kita memahami ia dilakukan secara ikhlas dari lubuk hatinya.

Dalam keadaan kesihatan yang semakin merosot dan menganggap ia sebagai kifarat atas dosa yang dilakukan selama memimpin negeri ini, sudah tentulah tiada siapa pun berhak mempertikaikan keikhlasan beliau berbuat demikian.

Sememangnya, sejarah politik negara pasti akan mencatatkan perjalanan hebat Nik Abdul Aziz yang sejak 1967 mengabdikan dirinya dalam perjuangan Pas. Beliau bukan sahaja menjadi Menteri Besar Kelantan paling lama dalam sejarah iaitu bermula 1990 hingga 2013 tetapi juga Mursyidul Am Pas paling kontroversi.

Nik Abdul Aziz satu ketika dianggap simbol kekuatan Pas bukan sahaja di Kelantan malah seluruh negara. Walaupun sering mengalami masalah kesihatan namun demi perjuangan Pas, Nik Abdul Aziz menguatkan diri untuk terus bertanding dalam pilihan raya sehingga beliau membuat keputusan berundur dari kerusi Menteri Besar Kelantan biar pun memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Chempaka.

Mungkin dalam kesempatan berehat tanpa diganggu dengan bebanan tugas memimpin negeri dan parti, Nik Abdul Aziz mempunyai lebih banyak lagi ruang untuk bermuhasabah sehinggalah beliau muncul kelmarin pada majlis kuliah subuh di Kota Bharu untuk menzahirkan permohonan maafnya.

Justeru kita tidak perlu mempolitikkan apatah lagi memandang serong keikhlasan Nik Abdul Aziz berbuat demikian. Sebagai hamba Allah bukan hak kita untuk menghakimi apatah lagi menilai niat seseorang sebaliknya terimalah permohonan maaf Nik Abdul Aziz dengan hati dan fikiran terbuka. Apa pun kita kata kepada Nik Abdul Aziz, beliau tetap mempunyai jasa kepada negara ini.

Kita tidak harus mengikut jejak sesetengah pengikut-pengikut pembangkang yang taksub sehinggakan apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan hatta permohonan maaf daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pun dipandang serong.

Kelompok seumpama ini sudah ditutup mata dan pemikiran mereka dengan politik kebencian dan kepartian melampau sehinggakan apa juga yang dilakukan oleh musuh politik mereka biar pun benar tetap ditolak.

Janganlah kita tergolong dalam kelompok seumpama itu kerana perbuatan tersebut bertentangan dengan ajaran Islam dan hanya akan menyebabkan umat Islam menjadi semakin lemah akibat berpecah belah kerana politik.

Memanglah kalau hendak diikuti pemikiran dan hati yang digoda oleh nafsu politik boleh sahaja kita menolak atau mempertikaikan permohonan maaf Nik Abdul Aziz. Apatah lagi, sepanjang karier politiknya terlalu banyak kenyataan kontroversi yang beliau buat sehingga kadang kala cukup menyinggung perasaan.

Nik Abdul Aziz pernah menolak usaha untuk mewujudkan perpaduan antara UMNO dan Pas, Nik Abdul Aziz pernah memohon doa pecah perut untuk Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pernah menyifatkan Islam yang dibawa oleh UMNO adalah Islam plastik, Nik Abdul Aziz pernah berkata, Pas bersedia berkawan dengan syaitan dan Nik Abdul Aziz juga pernah berkata, tidak bangga menjadi orang Melayu.

Tetapi semua itu beliau kata atau lafazkan ketika berada di kemuncak karier politiknya, biar pun dilihat bertentangan dengan ajaran Islam tetapi kadang kala pertimbangan politik boleh menyebabkan seseorang itu melakukan kesilapan.

Begitulah juga Nik Abdul Aziz, sebagai orang politik dan menjadi pemimpin dalam sebuah parti yang bertentangan dengan parti memerintah sudah tentulah beliau mempunyai pendirian sendiri.

Penulis yang berkesempatan bertemu dengan beliau beberapa kali amat memahami kadang kala, Nik Abdul Aziz berhujah sebagai orang politik bukan `tok guru mahupun ulama.

Namun kini semua itu sudah menjadi sejarah politik negara, Nik Abdul Aziz sekarang bukanlah Nik Abdul Aziz dahulu, Nik Abdul Aziz sekarang sedang mengalami keuzuran kerana masalah kesihatan, berulang alik ke hospital setiap masa dan sudah tidak ada masa lagi untuk memikirkan soal politik.

Berikutan keadaan itu adalah tidak wajar sama sekali jika ada mana-mana pihak masih mahu terus membenci beliau dengan mengungkit kesilapan yang beliau lakukan sepanjang menjadi Menteri Besar Kelantan atau Mursyidul Am Pas.

Persoalannya, siapakah ahli politik yang tidak melakukan kesilapan? Siapakah ahli politik yang tidak melakukan dosa?

Sepatutnya, apa yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz harus dipuji dan dicontohi kerana tidak ramai ahli politik seperti beliau bersedia memohon maaf secara terbuka.

Apa yang kerap kita saksikan ialah ada ahli politik terus mahu bersandiwara, menafikan segala perbuatannya biar pun ada bukti dan terus melakukan tohmahan kepada kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) dan UMNO terhadap apa jua yang berlaku kepada dirinya.

Tetapi Nik Abdul Aziz mengambil kesempatan daripada ruang yang masih diberikan oleh Allah SWT bukan sahaja untuk mengemukakan permohonan maaf tetapi juga menganggap sakit yang dialami "mungkin Allah nak kifarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan.

Soalnya, adakah selepas ini akan wujud ahli politik yang akan mencontohi apa yang Nik Abdul Aziz lakukan khususnya daripada Pas sendiri? Sukar untuk dipastikan tetapi apa yang nyata Nik Abdul Aziz melakukannya dengan ikhlas dan penuh keinsafan.

Justeru adalah tidak wajar jika niat ikhlas beliau dipandang serong apatah lagi disusuli dengan kecaman kerana selagi kita bernama manusia dan selagi kita bergelar hamba Allah selagi itulah kita sentiasa terdedah untuk melakukan kesilapan dan kesalahan sama ada kita sedar atau tidak.

Apa yang penting ialah sejauh manakah kita berkemampuan atau berkesempatan untuk memohon maaf atas apa yang kita lakukan.

Oleh itu, semua pihak khususnya lawan politik beliau perlu berjiwa besar untuk memaafkan Nik Abdul Aziz. Ini bersesuaian dengan perintah Allah SWT seperti mana firman-Nya dalam surah asy-Syura ayat 40 yang bermaksud;

"Maka barang siapa yang memaafkan dan berbuat baik, pahalanya atas tanggungan Allah."

Dan Allah SWT juga berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 263 yang bermaksud:

"Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyabar."

Mahu tidak mahu, siapa pun Nik Abdul Aziz, sehebat mana pun beliau sebelum ini dalam dunia politik dan sejauh manapun berlaku pertembungan dengan musuh politiknya daripada UMNO, akhirnya kita tetap saudara sesama Islam.

Sebagai Islam, kita harus berdoa agar Allah akan memberi ketabahan kepada Nik Abdul Aziz dalam menghadapi ujian-Nya berikutan sakit yang dialami dan semoga Allah memberikan kesejahteraan kepada beliau di dunia dan akhirat.

Jangan biarkan perbezaan politik menjadi virus yang menghapuskan dan melunturkan semangat persaudaraan Islam sesama kita. Oleh itu, terimalah permohonan maaf Nik Abdul Aziz.

Pemilihan PKR: Pi mai pi mai duk tang tu juga

Posted: 30 Mar 2014 11:55 AM PDT

Oleh HASSAN MOHD. NOOR

LANJUTAN drama Langkah Kajang arahan PKR. Kali ini kisah perebutan jawatan. Melihat senarai yang akan bertanding, maka akan kelihatan hebatnya demokrasi dalam parti itu. PKR, asalnya ditubuhkan atas nama reformasi bagi membela Anwar Ibrahim selepas pemecatannya daripada kerajaan dan UMNO pada September 1998. Sehingga kini, Anwar dan keluarga terus berkuasa dalam PKR. Kuasa itu akan terus dipertahankan melalui pertandingan kali ini. Anwar akan mencabar isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan presiden. Menyelak kembali sejarah, PKR adalah gabungan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) yang ditubuhkan pada April 1999 (selepas reformasi yang digerakkan Anwar) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang ketika itu dipimpin oleh Dr. Syed Husin Ali. PRM sebelum itu dikenali sebagai Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM).

Hasil gabungan itu pada Ogos 2003, jawatan presiden disandang oleh Wan Azizah (Keadilan) dan timbalannya disandang oleh Syed Husin. Tidak pasti sama ada komposisi dua parti itu masih wujud dalam PKR atau dimonopoli sepenuhnya oleh bekas pemimpin Keadilan. Apa yang pasti, keluarga Anwar dan sahabat-sahabat terdekat menguasai PKR. Ketika beberapa kerat pemimpin PRM selesa dalam PKR, sekumpulan anggota parti mendaftarkan semula PRM pada tahun 2005. Itu cerita PKR.

Kelmarin, berlangsung pencalonan bagi jawatan-jawatan dalam PKR yang jelas menampakkan sekali lagi episod menarik sepanjang proses pemilihan ini. Bayangkan suami lawan isteri di pentas politik. Satu perkara lagi apabila Tian Chua bertanding dua jawatan - Timbalan Presiden dan mempertahankan Naib Presiden. Tian Chua sebenarnya mahu jawatan apa? Timbalan atau Naib Presiden? Apakah kebarangkalian beliau menang kedua-dua jawatan?

Ketika Karpal Singh yang masih menunggu rayuan kes hasutan mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan, Anwar yang juga sedang menunggu rayuan hukuman kes liwat menawarkan diri bertanding. Kenapa Karpal sanggup berbuat demikian tetapi tidak bagi Anwar? Pelik tetapi inilah drama politik yang sedang dipentaskan. Mungkin lebih hebat daripada Langkah Kajang. Gimik politik ini walaupun nampak seperti satu jenaka tetapi pi mai pi mai tang tu juga. Pi mai pi mai, keluarga Anwar menerajui PKR. Bayangkan jika ada parti politik di pihak Barisan Nasional (BN) yang mempunyai kepemimpinan keluarga seperti ini, sudah pasti `dibelasah habis-habisan. Anwar tidak berani menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang tetapi bersedia mencalonkan diri untuk pemilihan parti. Mungkin risiko calon PRK lebih besar berbanding calon untuk pertandingan dalam PKR. Apabila Anwar dicalonkan, sudah tentu tidak ada orang lain yang berani menawarkan diri. Azmin yang dikatakan akan mencabar Wan Azizah tidak mungkin melanggar mentornya. Akhirnya, Azmin hanya mempertahankan jawatan No.2. Sekiranya, dalam tempoh ke arah pemilihan nanti, Anwar hilang kelayakan bertanding, maka sudah tentu Wan Azizah akan mengekalkan jawatannya tanpa bertanding. Atau Wan Azizah akan memberi laluan kepada pemimpin anugerah Tuhan ini?

Masihkah ingat pemilihan 2007? Cuba selak kembali kongres yang berlangsung di Seremban. Ketika itu, pertandingan sepatutnya melibatkan tiga penjuru - Anwar, Azizah dan Rahman Othman. Anwar menarik diri. Selepas Anwar memberi penjelasan hampir satu jam pada kongres, Abdul Rahman pula menarik diri. Akhirnya Wan Azizah menang tanpa bertanding. Hasrat Anwar untuk bertanding terhalang setelah Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengesahkan Anwar tidak layak bertanding kerana tempoh sekatan politik yang dikenakan ke atasnya masih berjalan hingga April 2008. Alasan penarikan diri juga adalah kerana rata-rata perwakilan mahu memberi laluan kepada Wan Azizah memimpin parti bagi menghadapi pilihan raya umum. Adakah peristiwa yang sama akan berulang? Anwar tentu sedar risiko hilang kelayakan jika menang jawatan itu ekoran hukuman penjara lima tahun yang dihadapinya. Kenapa Anwar tetap menghantar borang pencalonan? Ada yang beranggapan, tindakan itu sebagai usaha memastikan tiada calon lain akan bertanding jawatan No.1 yang disandang isterinya sejak 1998. Ada juga yang bertanya, bagaimana kalau Anwar tetap bertanding dan menang? Mungkin itu rezekinya. Apa pula berlaku jika jawatan itu `gugur dengan sendirinya apabila rayuannya ditolak atau hukuman yang diterima akan tetap menghilangkan kelayakannya?

Sudah tentu, Azmin sekiranya ditakdirkan berjaya mempertahankan jawatan No.2 akan dilantik sebagai Pemangku Presiden PKR. Sejauh mana pula peluang Azmin? Selain Azmin, turut menawarkan diri bagi jawatan timbalan presiden ialah Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang @ Tian Chua, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, bekas calon DUN Batang Kali, K.Ramachandram dan Murali Subramaniam. Kenapa ramai yang menawarkan diri untuk jawatan ini? Jangkaan awal melibatkan Azmin dan Khalid. Adakah calon-calon ini sudah mendapat `lampu hijau untuk `melanggar orang kuat Anwar? Sekali lagi, mungkinkah untuk jawatan No.2 ini akan berlaku episod tarik diri?

Pada pemilihan 2010, Zaid Ibrahim yang disebut-sebut sebagai calon paling layak mencabar Azmin menarik diri, menjadikan pertandingan melibatkan Azmin dan Mustaffa Ayub. Zaid juga meletakkan semua jawatannya dalam PKR. Zaid mengakui tersilap apabila menawarkan diri bertanding kerana menganggap PKR boleh membawa politik yang progresif, mengembangkan demokrasi dan meningkatkan ketelusan. Zaid mendakwa, sepanjang pemilihan PKR, kepemimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

"Akhir sekali, saya berharap peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai spoiler yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka," kata Zaid. Adakah pemilihan yang ditetapkan mulai 25 April hingga 11 Mei depan mampu berjalan lancar? Kita tunggu dan lihat kehebatan parti politik ini dalam tempoh tiga minggu pengundian dan keputusannya yang bakal diumumkan selewat-lewatnya pada 13 Mei.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


'Nikmat' hidup bermadu

Posted: 30 Mar 2014 12:19 PM PDT

SAYA sedih melihat perangai kaum lelaki dan wanita Melayu kita (bukan semua), nama sahaja beragama Islam, tetapi perangai langsung tak menunjukkan mereka Muslim sebenar. Saya tak mahu sentuh bab lain yang lebih teruk, tetapi memadai untuk saya memperkatakan soal nikah kahwin dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri.

Si wanita, bila nak kahwin suami orang, sanggup buat apa saja, macam tak ada maruah, sementara si lelaki berjanji sanggup beri bulan dan bintang. Tapi setelah hajat tercapai atau si wanita sudah dikorbankan, baru kita tahu dia takut bini, bini terkentot langsung tak berani keluar rumah. Itu cerita NorIzzaty dalam e-melnya.

Saya tak cakap pasal orang lain, tetapi inilah perangai kakak saya. Daripada awal lagi kami sekeluarga larang dia kahwin suami orang, dia senyap-senyap kahwin lari ke Siam. Masa rahsia belum terbongkar segalanya manis. Bila bom dah meletup, dan dah dapat anak, suami takut balik rumah, mulalah menangis macam orang meroyan.

Bila dah sakit, emak mesti tak sampai hati, ambil kakak bawa balik rumah, jaga dua anaknya. Bila dah sihat, mulalah cari suami lagi. Bab ni yang saya tak boleh tahan. Dia boleh tinggalkan anaknya suruh emak jaga dan dia ikut suaminya lagi? Kita tahu suaminya bukan suka sangat kat dia, cuma nak seronok dan kakak boleh bagi duit belanja lagi.

Tiga tahun emak jaga anak-anaknya sampai masuk tadika. Bila dia balik sebulan sekali emak nasihatkan suruh ambil anak-anaknya sebab emak dah tua, sebaliknya dia boleh pujuk emak jaga anak dia yang baru berusia tujuh bulan. Emak mulanya marah, tetapi tak sampai hati nak suruh dia ambil anak-anaknya. Waktu itu kami semua bersuara. Maka berlakulah pertengkaran.

Kalau dulu kakak fikirkan cuma keseronokan dapat kahwin dengan lelaki yang dicintai, sekarang baru dia terkedu. Cinta tak boleh beri dia makan, apa lagi tanggung nafkah anak-anaknya. Itu belum masuk bab kena serang dengan isteri pertama dengan anak-anak tiri yang mulut laser. Kerana masalah rumah tangga yang tak pernah aman, kerja pun terganggu. Waktu itu baru kakak balik jumpa emak nak minta nasihat.

Kakak cuma tahu menangis kerana kakak jenis cepat lemah bila suaminya datang pujuk, dia pasti mengelupur pulang ikut suaminya. Kami nasihatkan emak jangan campur urusan kakak kerana kami tahu bila suaminya datang, kakak pasti ikut.

Seperti yang diramalkan lepas tiga hari suaminya datang pujuk, dia kembali ikut suaminya. Tapi dia sempat minta bantuan duit pada emak. Kerana kasihan emak hulur RM300. Saya nasihatkan emak, cara emak salah. Emak bukan mengajar kakak jadi wanita tegas dan kuat semangat, tetapi akan merosakkan lagi hidupnya.

Tepat seperti ramalan kami, dua bulan kemudian kakak datang lagi. Kerana emak mudah kasihan, emak bantu kakak setiap bulan selama lebih setahun. Bila kami dapat tahu, kami beri ceramah panjang pada kakak. Memang nampak kurang ajar, tapi inilah sahaja cara untuk sedarkan kakak yang cepat lentuk dan mengalah pada suami.

Kami tak marah kalau hidup kakak gembira, terjaga makan minumnya, hidup anak-anak sempurna dan hidup kakak tidak terseksa. Sekali lagi kakak merajuk tak balik ke rumah emak setengah tahun, tambahan kalau dia tahu kami ada di rumah emak. Pendek kata, selama lapan tahun kakak hidup bermadu, dia tak pernah balik berhari raya bersama kami.

Banyak sebab kakak tak balik, pertama kerana malu kahwin lari, kedua malu kami tahu dia selalu minta duit emak. Ketiga kakak marah kami larang emak jaga anak-anaknya.

Terseksa

Kami sayangkan kakak dan anak-anaknya, tapi kami tak mahu hidup kakak terseksa lebih teruk lagi sebab tanggung suaminya yang tidak bertanggung jawab itu. Dan kami tak mahu kakak dicerca dan dimalukan depan jiran, dituduh perampas suami orang.

Kami marah apabila suaminya tidak pernah pertahankan kakak bila madunya datang menyerang, sedangkan dia yang menggoda hingga kakak sanggup kahwin lari dan melukakan hati emak dan kami tiga beradik. Kami malu dengan perangai kakak, sepatutnya kakak tunjukkan contoh yang baik kepada kami.

Saya pernah nasihatkan kakak, emak ayah dah beri kita pelajaran dan kita bekerja, kalau tak kahwin pun tak apa, kerana jodoh kita belum sampai. Tak payahlah rebut suami orang. Kata kakak, dia tak mahu digelar andartu, di pejabatnya dia saja yang belum kahwin sedangkan budak perempuan lain baru bekerja dah berkahwin.

Dipendekkan cerita, tahun lepas kakak balik ke rumah emak bersama tiga orang anaknya. Kakak mengaku kalah bahawa dia tidak akan kembali dengan suaminya, dan dia dalam proses minta cerai. Apa yang pelik, suaminya tak mahu ceraikan dia, sedangkan depan isteri dan anak-anaknya sudah berulang kali dia beritahu telah ceraikan kakak.

Kata kakak dia dah bertanya kepada ustaz dan dia disuruh merujuk kesnya ke mahkamah syariah. Kata kakak, dia takut berdosa selagi tinggal bersama suamiya. Sebab sudah berulang kali suaminya mengaku sudah ceraikan kakak depan anak dan isteri pertamanya. Malangnya suaminya tak pernah datang ke mahkamah ketika dipanggil.

Akhirnya, awal tahun ini kakak diceraikan, setelah kami pastikan isterinya terima surat memanggil suaminya ke mahkamah syariah. Masalah kakak kini jadi masalah kami bersama, saya dan adik belum terfikir nak kahwin, kecuali adik bongsu yang akan berkahwin tahun depan. Doa kami, nasibnya tidak seperti kakak kerana dia tidak kahwin lari. Namun perkahwinan direstui ibu dan ayah pun bukan jaminan kebahagiaan dan kekal hingga ke akhir hayat.

Kesimpulannya seperti yang saya katakan, orang lelaki kalau cakap pasal berpoligami kalahkan alim ulama (bukan semua), tetapi bab tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak hampeh!" Itu cerita NorIzzaty melihat kehidupan kakaknya.

Karipap premium di Pavilion

Posted: 30 Mar 2014 12:19 PM PDT

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my

KAMPONG Kravers sesuai untuk pelbagai bangsa.

WALAUPUN semakin banyak pastri dan kek resipi dari luar negara yang menjengah ke Malaysia, tetapi rasanya tiada yang dapat dibandingkan dengan hidangan kuih tradisional kita, karipap yang menjadi pilihan pelbagai bangsa dan usia.

Minum petang anda pasti terasa lengkap apabila dapat menikmati keenakan karipap yang masih panas bersama air kopi atau teh o panas. Malah, tidak keterlaluan untuk menyatakan kuih karipap juga merupakan kuih rasmi dalam mesyuarat kerajaan ataupun swasta.

Namun, bukan mudah sebenarnya untuk menemui karipap yang benar-benar sedap dan berkualiti kerana ramai peniaga yang seolah-olah tidak ikhlas menyediakan hidangan karipap dengan isinya yang sedikit dan kulitnya yang tidak menyelerakan.

Bagi pemburu kuih karipap tegar, apa kata singgah ke Kampong Kravers yang baru saja membuka kiosk di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur. Menyediakan karipap premium pelbagai inti, rasanya yang lengkap segala rempah-ratus pasti tidak akan mengecewakan selera Malaysia anda.

Selain inti biasa seperti ayam, daging sardin dan kentang, mereka turut menyediakan pelbagai perisa inti iaitu daging masala, tuna pedas, sambal ikan bilis, durian, cempedak, cendawan mayonis, kaya, kastard epal, nanas dan mentega kacang. Paling menariknya ia turut disediakan dalam bentuk sejuk beku untuk mereka yang mahu mengulangi rasa enak karipap ketika di rumah.

Karipap didatangi dalam tiga saiz berbeza. Bagusnya lagi karipap pusing digoreng menggunakan teknologi terkini yang menyihatkan iaitu penggoreng tekanan udara yang tidak menggunakan minyak, membuatkan anda dapat menikmatinya tanpa rasa bersalah dek minyak yang tidak elok untuk kesihatan.

Menurut Pengarah komersial Kampong Kravers , Monarr F. Basarrah, kiosk Karipap Kravers yang baru dibuka bulan lalu itu kerana memenuhi permintaan ramai terhadap produk mereka yang sebelum ini dijual di kafe yang terletak di Damansara Kim, Petaling Jaya dan beberapa pasar raya sekitar Lembah Klang.

Kiosk yang baru dibuka ini bertujuan untuk memuaskan keinginan mereka yang datang ke pusat beli-belah ini terhadap snek tradisi Malaysia yang disediakan dalam cara yang kreatif, terkini dan inovasi penyediaan yang menyihatkan.

Ia merupakan yang pertama dan kami bercadang untuk membuka lebih banyak kiosk sebegini pada masa akan datang," ujarnya ketika ditemui di kiosk Kampong Kravers, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain rasanya yang enak, ia juga tidak mengandungi bahan pengawet, perisa dan pewarna tambahan, tiada MSG, rendah kolestrol dan pastinya dijamin halal.

Ujar Monarr, mereka menggunakan teknik blast freeze iaitu karipap yang telah selesai diadun dimasukkan ke dalam penyejuk beku khas yang mencecah suhu serendah -20 darjah Celcius bagi mematikan mikro organisma lalu membuatkan ia tidak memerlukan bahan pengawet untuk tahan lama.

Di kiosk Kampong Kravers, anda juga dapat menikmati pelbagai hidangan tempatan yang menyelerakan di samping menyihatkan seperti nasi lemak kukus yang menggunakan beras Basmathi yang terbukti bagus untuk kesihatan yang kemudian dibalut dengan daun pisang bagi menaikkan bau dan rasanya.

Atau nikmati roti canai yang dihidang dengan pelbagai pilihan bahan untuk dicicah iaitu masala daging, ayam, dal, nutella, durian dan cempedak.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


27 lokasi sampah haram ditutup

Posted: 29 Mar 2014 11:28 AM PDT

Oleh SHOLINA OSMAN
utusanperlis@utusan.com.my

KANGAR 29 Mac - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Perlis telah menutup sebanyak 27 lokasi sampah haram sepanjang tahun lalu dalam usaha meningkatkan lagi tahap kebersihan di negeri ini.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainul Abidin Abdullah berkata, kawasan tersebut akan terus dipantau bagi menggelakkan kejadian serupa berulang.

''Lokasi yang dikenal pasti ini akan dipantau menerusi unit rondaan oleh penguat kuasa PPSPPA dari semasa ke semasa bagi memastikan larangan ini dipatuhi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PPSPPA dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang melibatkan tujuh taman perumahan di sini hari ini.

Taman perumahan terlibat adalah Taman Datuk Setia, Taman Datuk Setia 2, Taman Suriani, Taman Repoh, Taman Repoh Indah, Taman Ceria dan Taman Kampung Guru.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Mat Hassan dan Penolong Pengarah PPSPPA Perlis, Zaidi Tuah.

Zainul Abidin berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika mendapati ada pihak masih berdegil dengan larangan membuang sampah di kawasan yang tidak dibenarkan.

''Sesiapa yang didapati sengaja membuang sisa pepejal atau sampah haram di kawasan larangan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 71, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Selain itu, katanya, MoU tersebut diharap akan menjadi platform untuk penduduk mengubah dan meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab dalam mengekalkan kebersihan.

Pelajar terbaik STPM luar bandar terima sijil penghargaan

Posted: 29 Mar 2014 11:28 AM PDT

Nurul Syuhadah Yakath (tengah) dan ibu bapanya menunjukkan sijil penghargaan yang diperoleh sebagai pelajar terbaik STPM 2013 kategori luar bandar di rumahnya di Kampung Padang Kulim, Kuala Ketil, Kedah, semalam. - MINGGUAN/NORLIA RAMLI

BALING 29 Mac - Seorang calon pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 di sini tidak menyangka akan muncul pelajar terbaik negara bagi kategori sekolah luar bandar.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Ketil, Nurul Syuhadah Yakath, 19, dari Kampung Padang Kulim berkata, dia sebenarnya amat terkejut apabila dimaklumkan tentang berita gembira tersebut.

"Saya terkejut apabila diberitahu menjadi pelajar terbaik untuk STPM ini dan syukur kepada Allah kerana penat lelah selama ini berbaloi.

"Kejayaan ini secara tidak langsung membuktikan pelajar luar bandar juga mampu bersaing hebat dengan pelajar di kawasan bandar sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh," katanya.

Nurul Syuhadah berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang menyampaikan sumbangan dan sijil penghargaan di kediamannya di Kampung Padang Kulim, di sini semalam.

Pelajar cemerlang yang merupakan anak kepada pasangan guru, Yakath Ali SM Habib Mohamad, 52, dan Mahani Abd. Jaafar, 49, itu mencatat keputusan A bagi semua mata pelajaran diambil.

Sementara itu, Abdul Azeez berharap, kejayaan dicapai Nurul Syuhadah itu menjadi ikutan pelajar lain di daerah ini.

"Syabas diucapkan kepada Nurul Syuhadah kerana dia telah membuktikan kepada negara bahawa pelajar cemerlang tidak semestinya datang dari kawasan bandar.

"Pelajar luar bandar juga mampu meraih kejayaan besar sekiranya mereka bertekad dan berazam untuk memperolehnya," kata beliau.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


202 pelajar terima diploma

Posted: 29 Mar 2014 11:28 AM PDT

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada 202 graduan bergambar kenangan selepas majlis konvokesyen di Dewan Politeknik Nilai, Seremban, Negeri Sembilan semalam. - MINGGUan/MOHD. NOOR MAT AMIN

SEREMBAN 29 Mac - Seramai 202 pelajar dari tiga buah politeknik dianugerahkan diploma dalam Majlis Konvokesyen 2014 di Dewan Politeknik Nilai, Bandar Enstek di sini hari ini.

Kesemua mereka dari Politeknik Nilai (Negeri Sembilan), Politeknik Banting (Selangor) dan Politeknik METrO (Kuala Lumpur) menerima diploma Pengajian Perniagaan, Kewangan dan Perbankan Islam, Penyenggaraan Pesawat serta Peruncitan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar berkata, pelajar berkenaan merupakan pengambilan bagi sesi Disember 2012 dan Jun 2013.

"Penerima diploma terdiri daripada pelajar Pengajian Perniagaan (e-Dagang) (67 orang), Kewangan dan Perbankan Islam (70) daripada Politeknik Nilai.

"Turut menerima diploma ialah 30 graduan Penyenggaraan Pesawat dari Politeknik Banting dan Pengurusan Peruncitan seramai 35 orang," katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerja Jabatan Pengajian Politeknik, Mohd. Ghaus Ab. Kadir.

Menurutnya, politeknik kini giat melaksanakan Pelan Transformasi Politeknik 2010 hingga 2020 yang dijalankan dalam tiga fasa.

"Pelan ini menumpukan usaha mempertingkatkan keupayaan inovasi dan kreativiti, penghasilan graduan yang menepati kehendak pasaran selain memperkasakan jenama dan reputasi politeknik.

"Untuk tahun ini, politeknik akan terus menggalas usaha transformasi dengan menawarkan kursus baharu peringkat diploma, lepasan diploma dan ijazah melibatkan bidang tujahan dan teknologi," jelasnya.

Sementara itu, penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum, Abdul Muhaimin Salleh berharap keputusan cemerlang yang diperoleh akan membantunya melanjutkan pengajian di universiti tempatan.

"Saya akan berusaha lebih gigih pada masa akan datang untuk mengecap kejayaan yang lebih manis," kata graduan jurusan Penyenggaraan Pesawat itu yang menamatkan pengajian dengan keputusan purata nilai gred keseluruhan (CGPA) 4.0.

Graduan Kewangan dan Perbankan Islam, Sharifah Nur Jannah Yussof yang turut terpilih menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum pula berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak terutamanya ibu bapa, pensyarah dan rakan-rakan yang banyak membantu dalam pengajiannya.

"Saya akan terus menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dan berharap diterima masuk ke Universiti Sains Islam Malaysia ke arah mencapai cita-cita untuk berjaya dalam industri perbankan Islam," katanya.

66 anak angkat Bistari Melaka terima anugerah

Posted: 29 Mar 2014 11:28 AM PDT

MELAKA 29 Mac - Seramai 66 orang pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 di negeri ini yang juga merupakan anak angkat Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (Bistari) Melaka menerima anugerah masing-masing.

Yang Dipertuanya, Datin Seri Fadilah Abdullah berkata, anugerah tersebut diberikan sebagai suntikan semangat kepada para pelajar terbabit untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

"Kesemua pelajar yang menerima anugerah ini datang dari 23 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) diwakili Barisan Nasional (BN).

"Daripada 66 pelajar itu, seramai 27 orang memperoleh semua A merangkumi lima pelajar mendapat 9A dan 22 pelajar, 8A.

"Seramai 21 pelajar pula memperoleh 6A atau lebih manakala 18 orang lagi mencatat keputusan yang memuaskan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian anugerah itu di Seri Bendahara, Ayer Keroh, semalam.

Yang turut hadir, Penasihat Bistari, Datuk Seri Idris Haron yang juga merupakan Ketua Menteri.

Fadilah berkata, pelajar yang memperoleh 9A menerima sumbangan RM120, 8A (RM100) manakala 6A ke bawah mendapat RM50.

Dalam pada itu katanya, Bistari Melaka tidak akan berhenti untuk terus membimbing anak-anak angkat mereka yang disifatkan sebagai harapan bangsa, agama dan negara.

"Apa yang diharapkan pelajar-pelajar ini tidak leka dengan keputusan cemerlang yang diperoleh sekarang kerana perjuangan hidup sebenarnya baru bermula," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved