Sabtu, 15 Oktober 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Rakyat makin bijak menilai Anwar

Posted:

Rakyat makin bijak menilai Anwar

Rakyat makin bijak menilai Anwar

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my


Ribuan hadirin daripada pelbagai NGO dan rakyat pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Perak di Dewan Merdeka, Kuala Kangsar, semalam.


KUALA KANGSAR 15 Okt. - Rakyat semakin bijak menilai Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui perwatakannya yang hanya licik memainkan sentimen rakyat melalui ucapan berkobar-kobar di pentas ceramah tetapi gagal membuktikan kredibiliti sebagai seorang pemimpin.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menegaskan, rakyat negara ini tidak akan selama-lamanya tertipu dengan budaya politik Anwar yang sering mahu dilihat sebagai pemimpin yang unggul tetapi realiti jelas menunjukkan sebaliknya.

''Sebab itu kita selalu kata, jangan menilai manusia ini (Anwar) melalui kata-kata atau ucapannya yang memang begitu sedap didengar, tetapi kita perlu menilai segala perbuatan dan amalannya.

''Memang mudah berjanji apa sahaja untuk mendapat kuasa tetapi rakyat boleh menilai antara kebenaran dan pembohongan," katanya ketika berucap menutup Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Perak di Dewan Merdeka, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta para pemimpin komponen BN negeri.

Mohd. Shafie menegaskan, Anwar serta pemimpin pakatan pembangkang gagal menghalang momentum sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya mengotakan janji-janji melalui pelaksanaan dasar yang mengutamakan kepentingan rakyat.

''Perdana Menteri menterjemahkan segala janji dengan mendukung kepentingan rakyat dan formula kejayaan inilah yang semakin menggusarkan pembangkang," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, pakatan pembangkang juga tidak dapat menafikan kemampuan kerajaan BN dalam mewujudkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini sehingga mendapat pengiktirafan dunia luar.

Tidak hairanlah, kata beliau, keharmonian tersebut cuba dirosakkan oleh pakatan pembangkang dengan memainkan isu serta sentimen negatif untuk membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan.

''Sekejap setuju, sekejap tidak setuju dan mereka berbalah sesama sendiri. Cukup jelas mereka tiada kesepakatan sehingga menjadikan perjuangan masing-masing sebagai bahan eksperimen untuk menarik sokongan.

''Kita perlu bertanya, bagaimana mereka ini mahu membina sebuah kerajaan yang kononnya memperjuangkan suara rakyat sekiranya suara pemimpin-pemimpin mereka sendiri tiada kesepakatan?," tegasnya.

Sementara itu, Majlis Penerangan Perdana itu mendapat sambutan luar biasa apabila dihadiri lebih 12,000 orang iaitu jumlah tertinggi yang dicatatkan setakat ini sejak program itu dilancarkan September lalu.

Bertemakan penjelasan isu-isu semasa termasuk Bajet 2012, majlis itu dihadiri rakyat pelbagai lapisan termasuk ahli 120 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), 800 pertubuhan belia sekitar Perak, wakil agensi kerajaan serta komponen Barisan Nasional (BN) negeri.

Full content generated by Get Full RSS.

Presiden Pas ulas syor Akta Murtad

Posted:

Presiden Pas ulas syor Akta Murtad

Presiden Pas ulas syor Akta Murtad

KUALA TERENGGANU 15 Okt. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) membayangkan bahawa Akta Murtad tidak diperlukan kerana perkara berkaitan murtad sudah pun terkandung dalam hukum hudud.

Tanpa menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung usaha membendung gejala memurtadkan umat Islam, beliau berkata, apa yang penting sekarang adalah kuasa untuk memerintah.

''Semua hukum sudah ada dan ia boleh dilaksanakan apabila tiba masanya kelak.

''Yang penting kita kena ada kuasa untuk memerintah. Sekarang ini siapa yang memerintah?

''Barangkali awak tidak sempat tahun 60-an. UMNO (ketika itu) cakap tidak boleh laksanakan hudud sebab tidak cukup batu hendak buat jalan raya,'' katanya kepada pemberita pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Badan Perhubungan Pas negeri di Pantai Pandak, Cendering dekat sini hari ini.

Abdul Hadi diminta mengulas gesaan agar Pas tidak berdiam diri berhubung cadangan mewujudkan Akta Murtad bagi membendung gerakan memurtadkan umat Islam di negara ini.

Cadangan mewujudkan Akta Murtad dikemukakan Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria.

Katanya, perbalahan kalangan parti pembangkang berhubung soal itu adalah perbezaan pandangan yang diberikan berasaskan persefahaman.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Tiga regu tumbangkan pasukan gergasi

Posted:

Tiga regu tumbangkan pasukan gergasi

Tiga regu tumbangkan pasukan gergasi

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my


Apit kanan pasukan ATM-JLJ Mohd. Idris Hamid membuat libasan sambil dihalang apit kanan UTM B, Halimi Ismail pada suku akhir Kategori Terbuka Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 di Pusat Sukan UiTM Shah Alam, semalam. - MINGGUAN/Hafiz Johari


SHAH ALAM - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) B, Majlis Perbandaran Taiping (MPT) A dan Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (Pestans) B mencipta kejutan sebagai 'pemusnah gergasi' dengan mara ke separuh akhir kategori Terbuka Peringkat Antara Zon Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 di Pusat Sukan UiTM, Shah Alam, semalam.

Masing-masing menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) JLJ dan Gabungan Sepak Takraw Teluk Paku (Gastep) B 2-1 serta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) A 2-0 pada suku akhir sementara juara Zon Tengah, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) A menepati ramalan dengan mengatasi semula Dinamis 2-1.

Dengan hanya bergelar pemenang ketiga bersama Zon Selatan dan Tengah serta naib juara zon Timur, mereka kini mengiringi MBMB A untuk menghampiri gelaran Terbuka kejohanan edisi kedua ini dan memburu ganjaran termahal dalam sejarah pertandingan tempatan, RM10,000 di The Curve, Damansara, hari ini.

UTM B memerlukan sejam untuk menang 17-15, 9-15, 15-13; begitu juga MPT A yang menang 15-7, 13-15, 15-8 manakala Pestans mendapat kemenangan percuma pada set kedua kerana seorang pemain PKNS A tercedera selepas mereka memenangi set pertama, 15-2.

Kekalahan PKNS A itu bererti mereka gagal mempertahankan gelaran tahun lalu biarpun membariskan pemain yang berlainan dalam edisi ini, begitu juga ATM JLJ yang terlepas peluang untuk mengulangi kemaraan ke perlawanan akhir kali kedua berturut-turut.

Dinamis pula nyaris dapat menebus dendam kekalahan pada perlawanan akhir Zon Tengah di Paroi, bulan lalu apabila memenangi set pertama 15-9 sebelum lawan yang sama di Shah Alam kali ini, MBMB A yang diperkuatkan bekas apit kiri negara, Syafiq Ab. Rahman memenangi dua set terakhir, 15-10, 15-7.

Ketiga-tiga regu yang kalah suku akhir semalam merupakan naib juara Zon Utara di Alor Setar, juara Zon Timur (Kuantan) dan naib juara Zon Selatan (Pasir Gudang) malah ada di antaranya yang memiliki bekas pemain kebangsaan dan negeri terutama sekali di posisi tekong.

Pertembungan separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada pukul 9 dan 9.45 pagi di The Curve bakal menyaksikan UTM B menentang Pestans B sementara MBMB A dan MPT A berentap demi satu lagi tiket ke perlawanan akhir pada sebelah petangnya.

Naib juara kategori yang menjadi perhatian penggemar sepak takraw tanah air ini turut akan menerima ganjaran RM8,000 sementara kedua-dua regu yang kalah separuh akhir, bakal berjuang bagi penentuan pemenang tempat ketiga dan keempat yang masing-masing menjanjikan RM6,000 dan RM3,000.

Kata jurulatih MPT A, Mohamad Harry Herman Mokhtar: "Aksi kami hari ini (semalam) serba menjadi dan servis tekong lawan (bekas pemain pelapis negara, Subha Latip) dapat dijawab dan dipatahkan walaupun kecuali Norshahidan Masri (bertaraf negeri), apit kanan dan kiri kami hanyalah pemain kurang ternama.

"Namun saya rasa kemenangan ini hasil semangat yang meningkat setelah mereka mengejutkan regu Pestans A (memiliki tekong juara Sukan SEA 2005, Normanizam Ahmad, kelmarin) dan Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang A (dengan bekas pelibas Sukan SEA 2009, Taufik Saad)," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pestans, Pelapis Kelantan ke final

Posted:

Pestans, Pelapis Kelantan ke final

Pestans, Pelapis Kelantan ke final

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my


Zaini Hassan (barisan belakang tiga dari kiri) dan Pengarah Pembangunan Pelajar UiTM, Dr. Mohd. Bahrin Othman (tiga dari kanan) bersama regu pemenang tempat keempat Kategori IPTA/S dan Bawah 15 pada Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan di Pusat Sukan UiTM Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Hanya tempat ketiga dengan RM4,000 menjadi penawar kehampaan regu 'tuan rumah', Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT)-Bawah 19 Peringkat Antara Zon Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011, semalam.

Ia angkara malang menimpa sebuah lagi regu mereka yang juga pilihan utama dan juara Zon Tengah, UiTM 'C' gara-gara kecederaan pelibas Ali Almahidi Ayob pada set ketiga perlawanan suku akhir menentang Pelapis Kelantan A di Pusat Sukan UiTM, Shah Alam walaupun sudah mendahului 12-7.

UiTM Shah Alam yang turut dibimbing bekas penolong jurulatih negara, Zaidi Ismail pula terkandas pada separuh akhir dengan disekat juara Zon Timur, Pestans 1-2 (8-15, 15-10, 10-15) sebelum menebus kembali kegagalan itu untuk menundukkan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) D 2-0 (16-14, 15-14).

Pestans dan Pelapis Kelantan yang menewaskan SSTMI D dalam satu lagi separuh akhir, 2-1 (15-8, 5-15, 15-5) bakal berentap demi gelaran kategori ini dan ganjaran juara, RM8,000 di The Curve, Damansara, Petaling Jaya, hari ini.

Kata Zaidi: "Kami sudah cuba sedaya upaya tetapi rezeki nampaknya sampai setakat ini sahaja. Kesilapan awal yang dilakukan jika dapat dielak tadi, mungkin mampu mengubah nasib kami."

Bagi jurulatih SSTMI D, Kasbolah Md. Idris: "Kami akui lawan yang lebih senior banyak membawa perbezaan bagi keputusan perlawanan separuh akhir dan penentuan tempat ketiga-keempat ini. Tekong kami pula kurang tajam dalam menyempurnakan setiap servis yang diperoleh."

Biarpun di tempat keempat kejohanan kali ini, SSTMI D atau dulunya Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor tetap pulang dengan ganjaran RM2,000.

Namun rakan sesekolah, SSTMI A menghidupkan peluang untuk memburu gelaran kategori Bawah 15 Tahun dan ganjaran RM6,000 dengan mara ke perlawanan akhir hari ini sambil akan dicabar Sekolah Sukan Terengganu Bukit Nanas (SSTBN) A.

SSTMI A mengalahkan SSTBN C 2-1 (13-15, 15-7, 15-13) dalam tempoh 65 minit sementara SSTBN A menundukkan Mutiara Impian Pulau Pinang B 2-0 (15-13, 15-13) selepas satu lagi perlawanan separuh akhir selama 40 minit.

Hadiah kepada regu pemenang tempat keempat hingga yang kalah suku akhir kedua-dua kategori disampaikan Pengarah Pembangunan Pelajar UiTM, Dr. Mohd. Bahrin Othman.

Turut hadir menyaksikan ialah Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Datuk Zaini Hassan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Sindiket pelacur Afrika tumpas

Posted:

Sindiket pelacur Afrika tumpas

Sindiket pelacur Afrika tumpas

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my


ANGGOTA polis mengawal seorang wanita Uganda yang diselamatkan daripada sindiket pelacuran dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Bandar Sunway, Petaling Jaya, kelmarin.


KUALA LUMPUR 15 Okt. – Polis berjaya menumpaskan sindiket antarabangsa yang memperdagangkan wanita Afrika secara besar-besaran untuk dijadikan pelacur dan pertama kali dikesan di negara ini, selepas menyerbu sebuah pangsapuri di Bandar Sunway, Petaling Jaya dekat sini semalam.

Dalam serbuan itu, seramai 21 wanita dari Uganda yang dipaksa menjadi pelacur berjaya diselamatkan, manakala masing-masing dua ibu ayam dan seorang penjaga juga warga Uganda diberkas.

Gadis-gadis Afrika terbabit terjerat dengan kumpulan sindiket setelah termakan umpan tawaran kerja bergaji lumayan dalam bidang pembantu rumah di negara ini.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full content generated by Get Full RSS.

Penagih mabuk mati ditikam

Posted:

Penagih mabuk mati ditikam

Penagih mabuk mati ditikam

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Tindakan seorang penagih dadah menyamun sekumpulan lelaki yang sedang menjamu selera di sebuah restoran mamak berhampiran Plaza Puduraya di sini awal pagi ini, mengundang padah apabila dia mati ditikam dalam kejadian tersebut.

Sumber berkata, suspek dalam keadaan mabuk tidak berjaya mengambil apa-apa barang daripada mangsa kerana mereka melawan.

"Seorang daripada lelaki dalam kumpulan yang cuba disamun dipercayai berasal dari Sabah bertindak menyerang kembali suspek menyebabkan lelaki terbabit ketakutan dan melarikan diri," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Sumber berkata, suspek dipukul sebaik sahaja ditangkap dan salah seorang lelaki terbabit bertindak menikam leher kirinya menyebabkan dia maut di tempat kejadian.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Beri manfaat 1.25j ahli tiga negeri

Posted:

Beri manfaat 1.25j ahli tiga negeri

Beri manfaat 1.25j ahli tiga negeri

Oleh MANIRAH ROSEDI
utusanktn@gmail.com


SEBAHAGIAN peserta kursus pengurusan dan pentadbiran Koperasi Pantai Timur bergambar selepas majlis tersebut di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 15 Okt. - Seramai 1.25 juta ahli koperasi di Pantai Timur bakal mendapat faedah menerusi penubuhan Konsortium Koperasi Wilayah Pantai Timur yang akan dilancarkan bulan depan.

Setiausaha Penajanya, Zambree Zakaria berkata, penubuhan konsortium membabitkan tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang itu bakal memberi kelebihan kepada ahli terutama mereka yang berpendapatan rendah.

Menurutnya, pelaksanaan sesuatu projek akan lebih berkesan jika ia bernaung di bawah satu payung menerusi penubuhan konsortium berkenaan.

"Penggabungan modal, pengalaman dan kemahiran melalui konsortium itu akan merintis usaha memajukan pelbagai industri yang boleh meletakkannya menjadi jenama hebat.

"Ia bukan sekadar menjimatkan kos pembelian bahan mentah untuk kegunaan sendiri tetapi turut memasarkan produk berkenaan sama ada di pasaran tempatan mahupun luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas kursus pengurusan dan pentadbiran koperasi tersebut yang dihadiri oleh kira-kira 100 peserta di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Maktab Koperasi Wilayah Timur, Sharina Abdullah.

Kursus itu turut menyaksikan majlis pelancaran kempen penanaman pokok sebagai simbolik sokongan terhadap sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Go Green International Organization (GGIO) Malaysia.

Sementara itu, Presiden GGIO Malaysia, Dr. Ir. Mohd. Yusof Ali berkata, aktiviti tersebut diadakan untuk meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kepentingan usaha pemuliharaan alam sekitar.

Full content generated by Get Full RSS.

Banjir lumpur: Kumpulan ZCM mohon maaf

Posted:

Banjir lumpur: Kumpulan ZCM mohon maaf

Banjir lumpur: Kumpulan ZCM mohon maaf

KUANTAN 15 Okt. – Kumpulan ZCM memohon maaf kepada penduduk di sekitar Sri Jaya, Maran berikutan insiden banjir lumpur selepas dinding sebuah kolam di tapak kilang pemprosesan bijih besi milik anak syarikat itu pecah pada Ahad lalu.

Presidennya, Datuk Seri Tan Hoe Beng berkata, pihaknya mengakui kejadian di kilang Phoenix Lake Sdn. Bhd. yang berkeluasan 68.26 hektar itu menjejaskan aktiviti penduduk dan pengguna jalan raya di sekitar kawasan perlombongan itu.

"Banjir lumpur pada kira-kira pukul 10 malam itu mengakibatkan kerosakan pada dua rumah, sebuah kedai, lapan trak, ladang kelapa sawit seluas 12.15 hektar dan beberapa kebun pisang dan tebu.

"Justeru, sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, kami dengan rendah hati memohon maaf dan bersedia menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada semua pihak yang terlibat," katanya di sini hari ini.

Menurut Hoe Beng, kejadian banjir lumpur itu berpunca selepas dinding sebuah kolam di tapak kilang itu pecah setelah berlaku laluan air bawah tanah.

"Kapasiti takungan air dalam kolam tersebut ialah enam juta gelen (27 juta liter) ekoran hujan lebat selama seminggu sebelum kejadian.

"Kolam itu asalnya ialah sebuah lombong tinggal dan kini dalam peringkat kerja pengukuhan untuk berfungsi semula sebagai kolam pemendapan," jelasnya sambil memberitahu dua kolam lagi tidak terjejas.

Kata beliau, berikutan kejadian itu, arahan menghentikan semua kerja di tapak kilang telah dikeluarkan dengan semua jentera dan mesin dipindahkan bagi membantu kerja-kerja pembersihan.

Full content generated by Get Full RSS.

Kelab Galing dibuka untuk pesara PGA

Posted:

Kelab Galing dibuka untuk pesara PGA

Kelab Galing dibuka untuk pesara PGA

KUANTAN 15 Okt. - Kelab Kem Galing di bawah Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara kini membuka keahlian kepada bekas anggotanya yang telah bersara.

Presiden kelab, Asisten Supritendan Mohd. Saleh Mohd. Hussain berkata, kelab yang dilancarkan pada 1 Oktober lalu itu merupakan alternatif dalam usaha menghilangkan tekanan para anggotanya.

Kata beliau, pelbagai aktiviti disediakan kepada ahli kelab tersebut seperti futsal, bola tampar, bola jaring, sepak takraw, angkat berat dan panggung wayang mini.

Tambahnya, keahlian dibuka kepada setiap anggota dan keluarga mereka selain mengalu-alukan kehadiran bekas anggota PGA untuk turut menyertainya.

"Mereka hanya perlu membayar RM1 sebulan dan boleh menyertai setiap aktiviti yang disediakan," katanya di sini semalam.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Kini merentasi benua

Posted:

Kini merentasi benua

Kini merentasi benua


PENUNJUK perasaan berhimpun menyatakan bantahan ala Occupy Wall Street di Seoul, Korea Selatan, semalam. - AFP


SYDNEY 15 Okt. - Demonstrasi jalanan ala Occupy Wall Street di New York dan The Indignants di Sepanyol bagi bagi membantah ketidaksamaan ekonomi kini merebak ke beberapa negara termasuk Australia, Hong Kong dan Jepun.

Ia merupakan siri demonstrasi terbesar sejak ia pertama kali diadakan pada 15 Mei lalu di Puerta del Sol, Madrid yang seterusnya merebak ke negara-negara lain di seluruh dunia.

Di Rom, Itali, demonstrasi bertukar ganas apabila sekumpulan penunjuk perasaan bertindak memecahkan cermin bangunan bank dan membakar kereta yang diletakkan di tepi jalan raya.

Di Hong Kong pula, lebih 500 penduduk menyertai demonstrasi itu sebagai melahirkan rasa marah terhadap ketidakadilan dan ketamakan kapitalisme.

Begitu juga di Tokyo, Jepun apabila lebih 100 orang berarak di jalanan sambil melaungkan 'Occupy Tokyo' termasuk menyatakan bantahan terhadap pembangunan nuklear di negara itu.

Seorang penuntut di Hosei University, Tomoko Horagushi, 22, berkata, apa yang menjadi kemarahan penunjuk perasaan di New York turut dirasai penduduk di Jepun.

Sementara itu, di Sydney, Australia, beratus-ratus rakyat berkumpul di kawasan perniagaan di Sydney hari ini bagi menjayakan protes ala Occupy Wall Street yang telah diadakan di New York sejak beberapa minggu lalu.

Demonstrasi secara aman itu bagaimanapun berakhir dengan komitmen penganjur untuk terus melakukan piket di hadapan bangunan Reserve Bank of Australia (RBA) selama beberapa hari.

Dalam pada itu, penganjur bergantung sepenuhnya kepada laman Facebook dan Twitter dengan menyatakan demonstrasi akan diadakan di 951 buah bandar di 82 buah negara di Eropah, Amerika Utara, Amerika Latin dan Afrika. - AFP/dpa

Full content generated by Get Full RSS.

Lelaki tiada tangan, kaki jalani hidup baru

Posted:

Lelaki tiada tangan, kaki jalani hidup baru

Lelaki tiada tangan, kaki jalani hidup baru

BOSTON 15 Okt. - Seorang lelaki berusia 65 tahun yang tidak mempunyai kaki dan tangan menerima dua tangan baru selepas menjalani dua pembedahan pemindahan yang jarang dilakukan di Hospital Brigham dan Wanita di sini semalam.

Pembedahan selama 12 jam yang dilakukan terhadap Richard Mangino pada minggu lalu itu melibatkan pasukan pembedahan terdiri daripada lebih 40 orang termasuk doktor, jururawat dan staf perubatan.

Pihak hospital berkata, pembedahan yang merumitkan itu termasuk pemindahan kulit, tendon, otot, ligamen, tulang dan saluran darah di kedua-dua lengan dan tangan Mangino.

Menurut doktor, Mangino sudah mampu menggerakkan jarinya hanya beberapa hari selepas pembedahan dan menganggap ia sebagai satu pencapaian yang membanggakan.

Sementara itu, Mangino berkata, dia kini sedang menyesuaikan diri secara berperingkat dan tidak bimbang lagi untuk melakukan perkara mudah seperti membancuh kopi atau menyarung pakaian.

Katanya, dia sentiasa berdoa untuk memiliki keupayaan tersebut supaya dapat menyentuh muka, membelai rambut dan mengajar cucu-cucunya membaling bola.

Mangino yang berasal dari Revere, Massachusetts kehilangan kedua-dua tangan dan kakinya selepas mengalami kecutan sepsis, sejenis penyakit jangkitan darah pada 2002. - REUTERS

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Kenapa awak ni Julia Ziegler?

Posted:

Kenapa awak ni Julia Ziegler?

Kenapa awak ni Julia Ziegler?



KALAU ada anugerah artis paling panas bulan ni, memang Joyah nak beri pada Julia Ziegler. Bukan dia panas sebab banyak makan durian tetapi panas sebab banyak sangat 'berperang' dengan rakan artis yang lain.

Joyah tak pasti pula Julia ni memang berperangai begitu. Ada yang tak puas hati sahaja terus sembur. Kalau begitu memang Julia boleh kumpul musuh paling ramai dalam industri kita ni.

Dulu Joyah pernah tulis pasal pertelingkahan antara Julia dengan Didie Alias. Tak tahu apa kesudahan cerita perang mereka tu memandangkan masing-masing mahu mempertahan diri sendiri.

Terbaru Julia 'menyerang' Sharifah Shahirah pula akibat rasa tak puas hati terhadap adiknya Sharifah Sakinah. Amboi, tak dapat adik bantai kakak yer? Kelas awak Julia.

Ada yang kata semuanya berpunca rasa iri hati, ada yang kata berebut teman lelaki dan macam-macam cerita. Tapi khabarnya Julia dah buat kenyataan pada sebuah portal yang mengatakan dia bertindak kerana Sharifah Sakinah bawa cerita tak baik perihalnya.

Aduh, apa nak jadi dengan awak semua ni? Tak puas hati sahaja terus main serang-serang. Kalau semua artis macam ni, alamatnya memang ramai yang tiap-tiap minggu Joyah kena tulis hal mereka. Buang yang keruh ambil yang jernih. Tak begitu semua?

Full content generated by Get Full RSS.

Tak goyah tapi bahagia

Posted:

Tak goyah tapi bahagia

Tak goyah tapi bahagia

GELi hati juga Joyah bila dapat tahu ada pihak tak bertanggungjawab sebarkan cerita yang bukan-bukan fasal rumahtangga pasangan artis dan atlet yang didakwa goyah.

Bukan apa, sebab masa tu semua orang kalut tuduh-menuduh rumah tangga siapa yang dimaksudkan tu.

Apa lagi, bukan main ramai yang nak jadi tuang tilik.

Siap buat senarai artis mana yang kahwin dengan atlet. Gigihnya.

Walhal, berapa kerat je artis kita yang kahwin dengan artis.

Pasangan paling panas mestilah Rita Rudaini dan Aidil Zafuan serta Ayu Raudhah dan Zaquan Adha.

Tapi malang terkena pada pasangan Ayu dan Zaquan. Joyah kasihan dengan mereka.

Walhal rumah tangga mereka elok aman bahagia.

Joyah rasa, orang yang buat cerita tak baik tu mesti di kalangan orang yang busuk hati dan tak boleh tengok orang lain bahagia.

Hello..kalau awak tak dapat kahwin baik dengan Ayu atau Zaquan sekali pun, tak perlu nak buat cerita buruk kan.

Kalau iya pun berlakunya pertengkaran antara Ayu dan Zaquan, itu biasalah. Kata suami isteri. Sedangkan lidah lagi tergigit katanya bukan.

Ha...pengajarannya, sila jangan cepat buat tuduhan okey. Seolah-olah mendoakan benda tak baik berlaku pada rumahtangga mereka pula. Tak baik tau!

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Sedia hadapi krisis kewangan

Posted:

Sedia hadapi krisis kewangan

Sedia hadapi krisis kewangan

PENULIS adalah Ketua Urusniaga, Jupiter Securities Sdn. Bhd. dan Pengerusi Eksekutif, Koperasi Prima Selangor Berhad.


PARA aktivis memprotes secara aman di hadapan pusat kewangan terkemuka dunia Wall Street, di New York sebagai bantahan terhadap krisis kewangan dunia yang semakin meruncing. – Reuters


PADA Rabu lalu seramai 100 orang yang berpengaruh dari seluruh Eropah telah menulis surat terbuka kepada ketua-ketua 17 negara kesatuan Eropah. Dalam surat kepada ketua-ketua negara berkenaan, ada menyebut bahawa mereka tidak boleh lagi ambil mudah atau sekadar "menyepak tin kosong di tepi jalan".

Dengan lain perkataan ketua-ketua negara Eropah mesti melakukan sesuatu ke atas masalah hutang yang mereka hadapi termasuk masalah sistem perbankan atau malapetaka akan mendatangi mereka semua.

Pasaran kewangan dan pasaran saham seluruh dunia terus menanti dengan penuh rasa kebimbangan ke atas tindakan seterusnya yang akan diambil oleh pemimpin-pemimpin negara Kesatuan Eropah ini. Langkah yang mereka ambil akan menentukan sama ada pasaran akan kembali stabil atau terus menjunam.

Sejarah krisis kewangan dunia

Kepada sebahagian besar daripada kita sudah tentu masih dapat mengingati bagaimana negara kita terjebak didalam krisis kewangan yang berlaku pada tahun 1997/98 yang dipanggil krisis kewangan Asia. Krisis ini bermula apabila mata wang baht Thailand telah dinilai semula dan ini telah mengakibatkan mata wang negara kita juga terjejas teruk. Pada kemuncak krisis yang berlaku nilai mata wang kita berbanding dolar Amerika hampir mencecah ke paras RM5 pada setiap dolar Amerika. Sistem kewangan kita menjadi tidak menentu dan banyak perniagaan yang gulung tikar terutama yang meminjam dalam dolar Amerika. Hutang mereka sekelip mata menjadi tinggi. Malahan ramai dari kita yang kehilangan pekerjaan ketika itu dan mengalami kerugian besar dipasaran saham.

Sekali lagi krisis kewangan telah melanda dunia pada tahun 2008 yang kali ini bermula di Amerika. Ini adalah disebabkan sistem perbankan mereka telah memberikan pinjaman mudah kepada pembeli-pembeli rumah walaupun mereka sebenarnya tidak mampu untuk membayar balik pinjaman tersebut. Krisis ini juga dikenali sebagai krisis sub-prima.

Kedudukan pasaran saham dunia

Pasaran saham diseluruh dunia telah terjejas sejak beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan oleh ketidaktentuan tentang kestabilan sistem kewangan di negara-negara Eropah. Secara purata bursa-bursa utama diseluruh dunia telah mengalami kemerosotan yang agak banyak. Tidak ada negara yang terlepas dari tempias krisis kewangan di Eropah ini termasuk di Malaysia.

Saban hari pasaran akan sentiasa berada dalam keadaan yang tidak menentu. Berita tentang masalah kewangan di Eropah terus mendominasi sentimen pasaran. Berita-berita yang positif silih berganti dengan berita negatif sehinggakan ramai penganalisis saham sudah tidak berani membuat unjuran tentang prospek pasaran.

Kesan krisis terkini ke atas ekonomi Malaysia

Dalam sidang akhbarnya baru-baru ini, Datuk Charon Wardini Mokhzani, Pengarah Eksekutif CIMB Investment Bank berkata, walaupun terdapat ketidaktentuan arah tuju dan sentimen yang negatif dipasaran saham, ekonomi dan suasana perniagaan di rantau Asia adalah baik dan memberangsangkan.

Beliau berkata ketidaktentuan pasaran adalah disebabkan ketidakpastian bagaimana krisis kewangan di Eropah ini akan diatasi dengan sebaik-baiknya.

Tambah beliau, Malaysia, Asia Tenggara dan seluruh Asia tidak mempunyai sebarang masalah kewangan yang boleh menggugat kestabilan ekonomi di rantau ini.

Pandangan terhadap ekonomi Asia adalah ia akan terus mengalami kemajuan disebabkan oleh perdagangan yang rancak di antara negara-negara Asia itu sendiri. Kerjasama perdagangan ini dilihat sebagai jalan terbaik untuk terus memakmurkan ekonomi rantau ini dimana jumlah penduduk yang tinggi di Asia dengan pendapatan per kapita yang terus meningkat akan menjadikan pengguna mempunyai kuasa beli yang tinggi.

Begitu juga apa yang sedang berlaku di Malaysia dimana usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi akan terus membolehkan rakyat hidup dalam suasana yang lebih baik dan harmoni.

Langkah-langkah yang sedang diambil oleh kerajaan dilihat berada pada landasan yang betul untuk membolehkan seluruh rakyat mengecapi faedah yang terbaik untuk meningkatkan mutu hidup semua golongan. Dengan kuasa membeli yang lebih tinggi diharap negara kita tidak perlu terlalu bergantung kepada eksport ke negara-negara lain termasuk Eropah dan Amerika yang menjadi rakan niaga terbesar kita buat masa ini.

Rangsangan ekonomi dalaman dijangka akan dapat terus meningkatkan rantaian perniagaan yang berdaya saing terutama di dalam negara dan juga dengan negara-negara jiran serantau sebagai rakan niaga baru. Dengan ini kebergantungan kita terhadap pasaran Eropah dan Amerika akan dapat dikurangkan dan sebarang kemerosotan ekonomi yang mereka alami tidak akan terlalu menjejaskan ekonomi negara kita.

Unjuran KDNK negara

Malaysia menyasarkan unjuran KDNK negara pada kadar antara 5 hingga 5.5 peratus untuk tahun 2011 dan 5 hingga 6 peratus untuk tahun 2012. Namun kadar ini dilihat agak tinggi oleh penganalisis ekonomi. Ini adalah disebabkan Malaysia masih agak bergantung kepada eksport luaran. Kegagalan rantau Eropah mengatasi masalah kewangan mereka mungkin akan mengheret Malaysia kepada kegagalan mencapai angka tersebut. Begitu juga kekuatan ekonomi Amerika sangat-sangat diperlukan oleh Malaysia yang masih banyak bergantung kepada pasaran ini.

Kemerosotan ekonomi China juga dilihat sebagai ancaman kepada unjuran yang kita lakukan. Kepada sebahagian dari penganalisa ekonomi mereka lebih melihat unjuran sebanyak 4 peratus untuk tahun 2011 dan 2011 adalah lebih realistik disebabkan oleh faktor-faktor yang disebut tadi. MIER sendiri mensasarkan unjuran KDNK negara pada kadar 4.6 peratus untuk tahun 2011.

Di landasan yang betul

Dasar-dasar yang sedang diambil oleh kerajaan untuk memakmurkan ekonomi negara dilihat sebagai langkah bijak didalam menangani isu kebergantungan negara kepada eksport luaran dan kemungkinan kemelesetan ekonomi di Eropah dan Amerika.

Walaupun sebarang tindakan yang diambil memerlukan jangkamasa yang panjang untuk dilihat keberkesanannya, tetapi kita telah mengambil tindakan proaktif kearah itu. Pelan Transformasi Ekonomi dan Bajet 2012 yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri dilihat dapat meningkatkan permintaan dalam negara. Pendapatan boleh pakai rakyat yang meningkat diharap dapat membantu mereka berbelanja dan merancakkan ekonomi negara.

Struktur sistem percukaian negara mungkin boleh diperbaiki lagi untuk membolehkan negara meningkatkan sumber pendapatan untuk menjalankan projek-projek yang boleh meningkatkan mutu kehidupan rakyat secara berterusan. Kerajaan dilihat sebagai perlu meningkatkan pendapatan negara dari sumber yang lebih menyeluruh dan lebih adil.

Harapan masa depan

Malaysia sebagai sebuah negara yang ingin mencapai taraf negara maju pada tahun 2020 perlu terus berusaha untuk memantapkan ekonomi dalaman dan terus mencari pasaran-pasaran baru untuk terus berdaya saing di dalam menghadapi cabaran ekonomi dunia yang tidak menentu.

Putaran krisis kewangan dunia mungkin akan terus berlaku di masa hadapan dan diharap Malaysia bersiap sedia dengan kekuatan ekonomi dalamannya.

Full content generated by Get Full RSS.

Motif Aziz Bari?

Posted:

Motif Aziz Bari?

Motif Aziz Bari?

Awang tidak terkejut dengan kenyataan pensyarah indang-undang, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari mempersoalkan titah peringatan Sultan Selangor berhubung isu cubaan memurtadkan orang Islam. Ramai tahu siapa sebenarnya Abdul Aziz. Awang bukan mahu membuat tuduhan liar tetapi ia sudah menjadi rahsia terbuka sebagaimana yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Noordin.

Kecenderungan politiknya kepada pembangkang cukup jelas. Pensyarah hebat seperti Abdul Aziz akan selalu mencari kewajaran untuk menjayakan misi politiknya. Tidak boleh secara halus, dibuat secara terbuka tetapi masih berselindung atas nama akademik. Lalu Awang musykil Abdul Aziz yang dianggap pakar perlembagaan oleh sesetengah pihak mempersoalkan tindakan Sultan Selangor sebagai `bukan sesuatu yang lazim dan tidak konsisten'.

Menurut beliau, campur tangan baginda perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam. Memang lain macam nadanya dan amat tidak wajar. Pada Awang, perbuatan Abdul Aziz itu sendiri di luar kelaziman. Maka kita boleh faham mengapa ramai menyifatkan tindakan beliau sebagai biadap.

Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, baginda selaku ketua agama Islam negeri mempunyai hak mutlak terhadap hal ehwal Islam. Telitilah kenyataan Sultan Selangor, ia sedikitpun tiada cacat cela serta tidak terkeluar daripada bidang kuasa baginda.

Sebagai orang Islam, Awang menjunjung kasih ke atas Sultan Selangor kerana komited menjaga kepentingan Islam, yang jelas termaktub dalam Perlembagaan negara. Jadi, tidak timbul sama sekali bahawa tindakan baginda tidak konsisten dan tidak selaras dengan ajaran Islam. Awang melihat tindakan Abdul Aziz sebagai cubaan untuk menutup mulut Raja-Raja Melayu dalam melaksanakan peranan sebenar. Jika Raja dan Sultan tidak boleh menyentuh soal agama, apakah mereka hanya menjadi raja untuk ceremonial semata-mata?

Lagipun, apa yang dititahkan oleh Sultan Selangor berhubung isu murtad itu adalah benar. Sebagai rakyat bertanggungjawab, Abdul Aziz sewajarnya akur dan mendokong kebenaran. Jika beliau mendakwa dirinya pro-kebenaran mengapa bersikap sebaliknya? Apakah siasatan JAIS yang mendapati berlaku usaha memesongkan akidah umat Islam, bukan kebenaran?

Walaupun pendakwaan tidak dilakukan kerana keterangan yang diperolehi tidak mencukupi namun hakikat berlaku cubaan memurtadkan orang Islam, adalah nyata. Kalau bukan JAIS, apakah beliau mahu percayakan pihak yang satu lagi?

BISIK-BISIK MINGGUAN AWANG SELAMAT

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Cerita perkahwinan bahagia

Posted:

Cerita perkahwinan bahagia

Cerita perkahwinan bahagia


(dari kiri) Sharifah Shahirah, Sari Yanti, Pengarah urusan Johnson Malaysia, Susan Manen, Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akshah.


PERKAHWINAN yang bahagia adalah berkat kesabaran dan kasih sayang yang disemai, namun kedua-dua faktor ini sering tidak diendahkan akibat kehidupan dunia moden yang terlalu sibuk. Maka itu, Mandian Susu Johnson's baby membawa kebahagiaan perkahwinan ke setiap rumah melalui dokumentari TV berjudul Semarak Kasih, Seharum Cinta.

Bakal ditayangkan dalam empat episod, dokumentari ini menyingkap kehidupan empat pasangan selebriti tempatan, antaranya adalah Sari Yanti dan suaminya, Mohd Eddy Casmady, Sharifah Shahirah dan suaminya, Ijoy, Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi, serta Susan Manen dan suaminya, Mustapha Kamal.

Setiap episod dokumentari TV ini mendedahkan kreativiti dan usaha pasangan dalam meluahkan kasih sayangnya terhadap suami mereka. Pasangan selebriti ini juga menceritakan kisah cinta mereka. Dengan menunjukkan bagaimana selebriti berusaha supaya cinta mereka kekal membara walaupun telah lama berkahwin dan sibuk dengan anak-anak, Mandian Susu Johnson's baby berharap penonton akan mendapat inspirasi untuk berusaha demi perkahwinan mereka.

"Penyelesaiannya mudah sahaja, iaitu komunikasi. Ini bermaksud, mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh pasangan anda, berbincang bersama, ketawa bersama. Komunikasi bukan sahaja menunjukkan bahawa anda menghargai pasangan anda tetapi juga membantu anda mempelajari tentang dirinya.

Ramai orang beranggapan bahawa mereka tahu segala-galanya tentang suami atau isteri mereka, tetapi satu hari nanti mereka akan sedar bahawa pasangan mereka telah menjadi orang yang asing. Anda perlu menikmati masa bersama dalam perkahwinan. Pasangan yang bertahan lama adalah mereka yang tahu keseronokan bersama dan betapa berharganya keseronokan itu untuk mereka," menurut nasihat Datuk Siti Nor Bahyah.

Ingin mengetahui rahsia selebriti mengekalkan kehangatan cinta dalam perkahwinan? Jangan ketinggalan menonton dokumentari "Semarak Kasih, Seharum Cinta" di TV3, setiap hari Selasa, dari jam 6.00 hingga 6.30 petang, bermula 4 Oktober 2011.

Full content generated by Get Full RSS.

Berkongsi jersi "otai" Perlis

Posted:

Berkongsi jersi "otai" Perlis

Berkongsi jersi "otai" Perlis

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
Foto FAIZAL ABU HASSAN

DIAKUI bahawa sukan bola sepak adalah sebahagian daripada jiwanya. Cukup sebati dan menjadi penyokong kuat permainan tersebut. Sanggup berhabisan dan buat apa saja demi sukan tercinta.

Kegemaran yang dipupuk sejak kecil lagi. Seperti kebanyakan kanak-kanak lelaki bermain bola sepak pada zaman persekolahan mereka.

Namun perasaan itu semakin mendalam sewaktu melangkah ke alam pekerjaan. Apabila kesedaran untuk menyokong pasukan bola sepak negeri kelahirannya, Perlis semakin memuncak pada tahun 1996.

Pekerja kilang gula ini begitu bersemangat sehingga sanggup 'berkorban' demi pasukan negerinya. Sanggup 'terbang' ke Kota Kinabalu, Sabah untuk melihat persembahan permainan bola sepak pasukan kesayangan.

Jadi tidak hairanlah, ahli komiti Kelab Penyokong Perlis yang kini dikenali sebagai Ultras Perlis ini mahu mencari sesuatu untuk kenang-kenangan satu masa nanti.

Menerusi komiti yang disertainya itu, laluan Anuar Che Ahmad semakin luas untuk mendekati barisan pemain pasukan tempatan.

"Saya memilih untuk mengumpul baju jersi yang pernah dipakai oleh pemain bola sepak Perlis sebagai koleksi peribadi," kata lelaki ini membuka bicara dalam perbualan malam Rabu lalu.

Katanya, lebih 100 pasang baju jersi pemain berada dalam simpanannya sehingga hari ini. Bermula dengan pemberian jersi jenama Uslsport daripada pemain legenda Saidin Osman pada tahun 1995. Saidin yang bermain di posisi penyerang itu berbesar hati untuk menghadiahkan Anuar jersi tahun terakhir dia terlibat dalam dunia sukan bola sepak kepadanya.

Kemudian diikuti jersi pemain luar negara pertama yang bersama pasukan Perlis iaitu Adalberto De Souza Sequira pada tahun 2000. Anuar dihadiahkan Anuar jersi sebelum pulang ke tanah airnya, Brazil.

Seterusnya pemberian Suhairi Abdul Karim yang bermain di posisi pertahanan pada tahun 1997, Chepita (2006), Adrin Jurad Chamrong (2006), Amran Omar (2011) dan terkiri V. Marimuthu.

Kesemua koleksi berharga itu disimpan rapi di rumahnya. Ada yang sudah difikir-fikir untuk dibingkaikan. Kesemuanya mempunyai nilai sentimental dan merupakan satu-satunya di dunia.

Ditanya adakah Anuar akan berkongsi koleksi peribadinya, lelaki berusia 43 tahun ini mengiyakan. Hajatnya, dia akan menyerahkan kepada pihak Galeri Stadium Utama Kangar sebagai bahan pameran satu masa nanti. Boleh menjadi bahan bukti kesetiaan seorang anak jati Perlis terhadap negerinya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


438 maut nahas motosikal

Posted:

438 maut nahas motosikal

438 maut nahas motosikal

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my


Jens Reisch (kanan) bersama Noormazura Mat Nawi memakaikan topi keledar yang diberikan secara percuma kepada salah seorang penunggang di Taman Pelangi, Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 14 Okt. - Sebanyak 438 kematian melibatkan motosikal direkodkan di negeri ini dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini berbanding 433 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri, Noormazura Mat Nawi berkata, jumlah kematian yang membabitkan penunggang atau pembonceng motosikal itu meningkat 1.2 peratus.

"Kematian melibatkan motosikal ini konsisten dan menyumbang 60 peratus kadar kematian akibat kemalangan penunggang atau pembonceng kenderaan ini.

"Sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini, keseluruhan kematian kemalangan adalah 717 kes dan lebih separuh daripada membabitkan motosikal," katanya pada Majlis Pembukaan Cawangan Allianz Johor Bahru Synergy di sini semalam.

Pada majlis itu, Allianz Malaysia Berhad (AMB) mengedarkan 50 topi keledar secara percuma kepada penunggang motosikal yang melalui Jalan Serampang, lokasi cawangan ke-19 syarikat tersebut. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif AMB, Jens Reisch.

Noormazura turut memuji inisiatif syarikat itu yang merupakan syarikat insurans pertama menandatangani memorandum persefahaman dengan pihaknya dalam langkah mengurangkan kadar kemalangan sejak 18 Julai lalu.

Beliau berkata, kebanyakan kematian yang melibatkan motosikal akibat kecederaan parah di kepala.

"Kesedaran mengenai pemakaian topi keledar yang menepati piawaian SIRIM dan memakainya dengan betul perlu diberi penekanan.

"Penunggang dan pembonceng motosikal terdedah kepada risiko kemalangan yang tinggi dan dengan perlindungan dan langkah-langkah pencegahan seperti pemasangan pelekat bercahaya, pemakaian topi keledar dapat mengurangkan kadar kemalangan sekali gus kematian," katanya.

Menurut Noormazura, di Johor Bahru seramai 10,000 orang menggunakan motosikal setiap hari.

Full content generated by Get Full RSS.

Bidang pendidikan adalah 'jiwa' Chee Kiat

Posted:

Bidang pendidikan adalah 'jiwa' Chee Kiat

Bidang pendidikan adalah 'jiwa' Chee Kiat


Goh Chee Kiat melambaikan tangan kepada para pelajar selepas majlis meraikan persaraannya di SMK Dato' Jaafar, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 14 Okt. - Kejayaan mengurus sekolah yang mempunyai 736 pelajar dengan cemerlang dan sentiasa menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan memberi kepuasan kepada Pengetua Sekolah Menengah Dato' Jaafar (SMKDJ), Goh Chee Kiat.

Chee Kiat, 56, berkata, bukan semudah yang disangkakan untuk mengurus sekolah yang mempunyai pelajar tingkatan satu hingga enam kerana ia menuntut kesabaran dan ketabahan.

"Ia memerlukan kesabaran, ketahanan fizikal dan mental untuk menangani apa jua permasalahan yang dihadapi serta harus bijak merencana untuk mencapai kecemerlangan sekolah.

"Selain itu, kejayaan juga tidak akan dicapai tanpa kerjasama guru, ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta kakitangan kumpulan sokongan," katanya semasa berucap pada majlis meraikan persaraannya di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Johor, Abdul Aziz Ridzuan dan Penolong Kanan Satu SMKDJ, Arbain Miswan serta guru-guru dan pelajar sekolah tersebut.

Chee Kiat memberitahu, selepas persaraan, beliau akan melibatkan diri secara serius dalam bidang pendidikan sektor swasta.

"Jiwa saya dalam bidang pendidikan sudah sebati. Jadi, apabila bersara saya tidak boleh lari daripada bidang ini demi mencari kepuasan di samping melahirkan anak bangsa yang cemerlang dalam pendidikan," kata anak kelahiran Melaka yang telah berkecimpung dalam dunia pendidikan selama 33 tahun.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Malaysia terima keputusan Australia - Hishammuddin

Posted:

Malaysia terima keputusan Australia - Hishammuddin

Malaysia terima keputusan Australia - Hishammuddin

PUTRAJAYA 14 Okt. - Malaysia menerima dan mengambil sikap terbuka berhubung keputusan Australia membatalkan perjanjian pertukaran pelarian dan pemohon suaka antara kedua-dua negara yang ditandatangani di Kuala Lumpur pada 25 Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, walaupun usaha itu gagal dilaksanakan seperti dipersetujui, usaha gigih kedua-dua pihak telah berjaya menarik perhatian masyarakat antarabangsa.

"Kerajaan Malaysia telah membuat pelbagai perancangan rapi bagi melaksanakan aturan tersebut dengan menjadikan nilai kemanusiaan sebagai asas rujukan utama.

"Pendekatan yang kita ambil termasuk menyediakan kemudahan pusat memproses dan perbincangan serta tindakan yang rapi membuktikan kita bersedia meneroka satu kaedah penyelesaian baru dalam menangani isu tersebut pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, ini secara tidak langsung menunjukkan kemampuan Malaysia untuk membuat keputusan yang boleh memberi impak besar kepada isu berkenaan.

Hishammuddin berkata, sebahagian besar matlamat yang ingin dicapai sebenarnya telah dikecapi apabila masyarakat antarabangsa mula memberi perhatian dan maklum balas berhubung aturan pertukaran tersebut.

"Matlamat asasnya adalah mengenai nasib pelarian dan pencari suaka serta pentingnya kita terlibat secara langsung membanteras pelbagai kegiatan negatif berkaitan perkara ini," katanya.

Beliau yakin keputusan kerajaan Australia itu bukan penamat kepada usaha mencari penyelesaian dalam soal pelarian dan pencari suaka.

Ini kerana katanya, kerajaan mengakui hakikat bahawa Malaysia adalah salah sebuah negara yang berada di tengah-tengah laluan perjalanan pencari suaka dan pihak berkuasa akan melipatgandakan usaha menangani permasalahan itu.

Menurutnya lagi, Malaysia akan memanfaatkan sepenuhnya Mesyuarat Tahunan Kumpulan Kerja Australia-Malaysia Keempat di Sydney bulan depan untuk memperhalusi perkara itu.

Negara tegas beliau, akan terus mengambil pendekatan proaktif dalam menangani isu itu termasuk mengadakan perbincangan dua hala dengan negara-negara lain khususnya negara transit dan destinasi kepada jenayah pemerdagangan manusia.

Full content generated by Get Full RSS.

KDN nafi wujud Unit Risikan Khas

Posted:

KDN nafi wujud Unit Risikan Khas

KDN nafi wujud Unit Risikan Khas

PUTRAJAYA 14 Okt. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan kewujudan Unit Risikan Khas Bahagian Keselamatan Negara yang memberikan kuasa kepada anggotanya untuk menjalankan aktiviti penguatkuasaan termasuk mengutip wang.

Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kegiatan itu terbongkar selepas polis menangkap dua lelaki dan merampas kad kuasa palsu yang digunakan atas nama unit tersebut, baru-baru ini.

"Kedua-dua mereka ditahan apabila memperkenalkan diri sebagai Penolong Pegawai Risikan dari Ibu Pejabat Risikan Khas, KDN Putrajaya.

"Pihak polis kemudian merujuk kepada KDN untuk mengesahkan kewujudan unit tersebut dan saya ingin menegaskan di sini, kita tidak pernah ada unit sedemikian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mahmood berkata, kedua-dua suspek yang menyamar itu menunjukkan kad kuasa jabatan berkenaan lengkap dengan nombor kad pengenalan dan ditandatangan oleh Ketua Pegawai Unit Risikan KDN yang ternyata palsu.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan lengah urusan mohon pemutihan

Posted:

Jangan lengah urusan mohon pemutihan

Jangan lengah urusan mohon pemutihan

PUTRAJAYA 14 Okt. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggesa majikan dan pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak melengahkan urusan permohonan pemutihan bagi mengelakkan ia tertunggak atau lewat diproses.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) KDN, Datuk Alwi Ibrahim berkata, amalan menunggu sehingga saat akhir perlu dielakkan kerana konsep siapa cepat dia dapat akan digunakan dalam meluluskan pemutihan PATI berdasarkan jumlah kekosongan kerja yang ada.

"Sejumlah 1,469 majikan telah hadir ke pusat pemutihan program 6P di Jabatan Imigresen di sini bagi menguruskan permohonan pemutihan 13,369 PATI dari 10 Oktober hingga hari ini.

"Sejumlah 18,761 PATI yang terlibat dalam proses pengampunan di bawah program 6P pula dikesan telah keluar dari negara ini atau kembali ke negara asal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lebih dua juta pendatang asing dilaporkan telah berdaftar di bawah program 6P dengan kira-kira sejuta adalah pendatang yang sah manakala 1.3 juta adalah PATI.

Proses pemutihan Program 6P melibatkan PATI bermula Isnin lalu dan majikan yang degil akan dikenakan tindakan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved