Rabu, 12 Oktober 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Sokongan terhadap UMNO semakin pulih - Mustapa

Posted:

Sokongan terhadap UMNO semakin pulih - Mustapa

Sokongan terhadap UMNO semakin pulih - Mustapa

TANAH MERAH 12 Okt. - Kegagalan kerajaan Pas Kelantan menunaikan janji mereka untuk membantu rakyat dan membangunkan negeri ini menyebabkan semakin ramai penyokong tegar parti itu kini beralih kepada UMNO.

Terbaru, seramai 300 penyokong setia Pas di Ulu Kusial, dekat sini bertekad menyertai UMNO kerana merasa tertipu oleh Pas lebih-lebih lagi pemimpin tempatannya yang dianggap tidak cakna rakyat.

Penyerahan borang keahlian mereka diserahkan sendiri kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Majlis Selamat Tinggal Pas di Taman Perumahan Ulu Kusial, dekat sini malam tadi.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Bekas Ketua Pas Cawangan Kampung Kusial Baharu, Zahari Mamat, 46, berkata, perjuangannya dalam Pas selama ini tidak berguna ekoran pemimpin parti itu yang tidak peka kepada masalah rakyat.

"Saya sudah menjadi ahli Pas ketika berumur 18 tahun dan memegang banyak jawatan dalam cawangan ini dan selama itulah setiap tahun saya akan kecewa dengan Pas.

"Apabila saya fikirkan semula, pemimpin UMNO lebih banyak buat kerja membantu rakyat di kawasan saya. Malah mereka lebih dikenali di sini berbanding pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini," tegasnya.

Rakannya, Kamaruddin Abd. Halim, 48, mengingatkan rakan-rakannya yang taksub kepada Pas agar sedar dan meninggalkan parti itu demi kepentingan keluarga masing-masing.

"Sejak boleh mengundi pada umur 21 tahun, saya menjadi penyokong kuat Pas pada bila-bila sahaja pilihan raya dan kami akan lakukan apa sahaja untuk tewaskan UMNO.

"Tetapi untuk pilihan raya akan datang, kami akan berjuang memberi kemenangan kepada UMNO untuk memerintah negeri ini dan membawa kemajuan di Ulu Kusial," katanya.

Sementara itu, Mustapa ketika berucap pada majlis itu menyatakan kesyukuran dengan kesedaran ramai ahli Pas yang kini mula terbuka hati mereka untuk menyertai UMNO.

"Saya sangat gembira dengan keadaan ini, jika dahulu mereka menjauhi UMNO tetapi sekarang tidak lagi, mereka begitu berminat menyertai program yang kita anjurkan.

"Ribuan penyokong Pas pula menyertai UMNO yang membuktikan sokongan kepada UMNO semakin pulih dan kita akan pastikan nasib mereka terbela," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Penduduk bantah kedatangan Guan Eng

Posted:

Penduduk bantah kedatangan Guan Eng

Penduduk bantah kedatangan Guan Eng

JOHOR BAHRU 12 Okt. – Ratusan penduduk di Segamat berkumpul di hadapan Restoran Siang Hai Kee di Kampung Abdullah petang ini bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng pada satu majlis makan malam anjuran DAP di restoran tersebut.

Rata-rata penduduk berkumpul bagi menyatakan rasa tidak puas hati dengan kedatangan Setiausaha Agung DAP itu ke negeri ini berikutan kelantangan beliau memburuk-burukkan Johor di hadapan diplomat asing di Singapura baru-baru ini.

Bagi memastikan keadaan terkawal, polis turut menghantar Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyuraikan perhimpunan itu.

Penduduk berkumpul sejak pukul 6 petang menunggu ketibaan Guan Eng yang sepatutnya tiba di restoran itu pada pukul 7 petang, namun beliau dilihat muncul pada pukul 8 malam.

Ketibaan pemimpin DAP itu disambut dengan jeritan 'Daulat Tuanku', 'Mohon ampun pada Sultan' selain suara kemarahan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kesemua yang berhimpun bersurai secara aman selepas diarahkan sebaik sahaja pemimpin DAP itu tiba.

"Secara keseluruhannya, tiada sebarang kekecohan berlaku. Mereka hanya berpiket secara aman tanpa berlaku kejadian yang tidak diingini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kemelah, Ayob Rahmat ketika dihubungi berkata, kumpulan penduduk yang berhimpun itu kesal dengan tindakan berani Guan Eng yang tetap datang meskipun dibantah oleh penduduk Johor.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Memang patut layang kad merah'

Posted:

'Memang patut layang kad merah'

'Memang patut layang kad merah'

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Pengadil berpengalaman, Subkhiddin Mohd. Salleh (gambar) mempertahankan tindakan Mohd. Nafeez Abd. Wahab yang melayangkan lima kad merah ketika mengadili perlawanan suku akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Kelantan, Isnin lalu.

Berdasarkan pemerhatian pada perlawanan tersebut, Subkhiddin yang disenaraikan sebagai pengadil pada Piala Dunia 2010 Afrika Selatan menegaskan: ''Pengadil memang tiada pilihan selain melayangkan kad merah atas tindakan (kesalahan) pemain yang terbabit.

''Nafeez adalah seorang pengadil yang bagus, dia adalah antara salah seorang pengadil yang mendapat pengiktirafan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa)," katanya yang dihubungi, semalam.

Pada masa sama, menurut Subkhiddin, penyokong kedua-dua pasukan tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh pengadil gagal menjalankan tanggungjawab, namun perlu melihat semangat permainan bersih yang gagal diterapkan pada malam berkenaan.

''Pasukan yang bermain pada malam itu juga tidak banyak membantu kelancaran perlawanan lantas menjejaskan tumpuan pengadil.

''Jika kedua-dua pasukan mempunyai semangat kesukanan, insiden lima kad merah tidak berlaku.

''Segelintir penonton juga ada yang bukan mahu menonton perlawanan tetapi lebih suka tengok pertembungan atau pergaduhan antara pasukan, sepatutnya penonton bersikap profesional," katanya.

Beliau mengulas insiden lima kad merah dan 10 kad kuning yang dilayangkan pengadil dalam perlawanan Isnin lalu.

Kelantan kehilangan tiga pemain iaitu Shakir Shaari, Daudsu Jamaluddin dan Aziz Ismail sementara Terengganu, Ismail Faruqi dan Zubir Azmi kerana kad merah.

Subkhiddin mengakui ada beberapa keputusan yang boleh diperbaiki pada masa akan datang.

''Memang ada beberapa situasi yang tidak boleh dikategorikan untuk mendapat tindakan disiplin, sebaliknya memadai dengan amaran secara lisan dan sepakan percuma, namun saya faham situasi pengadil pada perlawanan berkenaan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kawalan ketat pertemuan suku akhir kedua di KB

Posted:

Kawalan ketat pertemuan suku akhir kedua di KB

Kawalan ketat pertemuan suku akhir kedua di KB

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan meningkatkan kawalan keselamatan menjelang pertemuan suku akhir kedua Piala Malaysia tuan rumah menentang Terengganu di sini, esok.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, KAFA dan pihak keselamatan akan membuat perbincangan khusus untuk memastikan perlawanan berjalan lancar.

Menurut Annuar, pertemuan kedua-dua pasukan tersebut merupakan perlawanan yang sengit dan dijangkakan menarik lebih ramai penyokong untuk hadir menyaksikan aksi tersebut.

"Kawalan pintu masuk akan diperketatkan dengan kerjasama pihak keselamatan yang akan membuat pemeriksaan rapi untuk memastikan penyokong yang hadir ke stadium (Stadium Sultan Muhammad IV) tidak membawa masuk barangan larangan seperti mercun dan bunga api yang boleh menganggu serta mencederakan orang lain.

"Selain itu, anggota keselamatan yang berpakaian biasa akan ditempatkan dalam stadium sebagai langkah pencegahan untuk mengelak berlakunya sebarang insiden tidak diingini.

"Untuk mengelakkan berlakunya kesesakan, KAFA akan membuka pintu masuk stadium seawal pukul 6.30 petang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Tambahnya, pihaknya berharap para penyokong setia Red Warriors dapat memberikan kerjasama kepada anggota keselamatan untuk memastikan tidak berlaku sebarang insiden yang boleh mencemarkan perlawanan tersebut.

Dalam perkembangan sama, Annuar memberitahu, sebanyak 20,000 keping tiket akan dijual pagi Jumaat ini pada harga RM30 bagi tempat duduk berbumbung (Astaka) dan RM15 terbuka.

"Saya nasihatkan kepada para penyokong Kelantan supaya datang awal untuk mendapatkan tiket-tiket perlawanan bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di kaunter-kaunter jualan.

"Para penyokong juga dinasihatkan supaya membeli tiket di kaunter jualan bagi mengelakkan mereka membeli dengan harga yang mahal dari pihak yang ingin mengambil kesempatan di atas permintaan yang tinggi," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim menasihatkan semua penyokong supaya mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak stadium dan memberikan kerjasama kepada polis.

''Pihak kami akan bertindak tegas kepada mana-mana individu yang melanggar peraturan dan cuba mewujudkan suasana tidak selesa sepanjang perlawanan tersebut.

"Selain itu kita akan menambah jumlah anggota keselamatan untuk mengawal keadaan sepanjang perlawanan tersebut," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Mangsa bukan lagi penjawat awam

Posted:

Mangsa bukan lagi penjawat awam

Mangsa bukan lagi penjawat awam

Oleh ASSIM HASSAN
dan ROZIANAH RISMAN
pengarang@utusan.com.my


Rakan terdekat mententeramkan Suridah Suhardi, isteri kepada Mohd. Irwan Mohd. Ishak yang ditemui mati dipercayai terjatuh dari kediamannya di Selayang, semalam. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 12 Okt. – Seorang lelaki yang ditemui mati dipercayai selepas terjatuh dari tingkat 12 unit kediamannya di Kondominium Magnaville, Selayang petang semalam tidak lagi berkhidmat sebagai pegawai di Jabatan Imigresen.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, berdasarkan rekod perkhidmatan, lelaki tersebut bukan lagi kakitangan di jabatan berkenaan sejak 10 Mei lalu.

"Subjek (mangsa) bukan lagi penjawat awam atau kakitangan di Jabatan Imigresen kerana dia dikenakan tindakan disiplin iaitu buang kerja berkuat kuasa 10 Mei lalu atas kesalahan tidak hadir bekerja," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai seorang pegawai imigresen di Pusat Bandar Damansara ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 kediamannya di Selayang petang semalam.

Dalam kejadian pukul 7.45 petang itu, Mohd. Irwan Mohd. Ishak, 29, dipercayai cuba keluar melalui tingkap unitnya untuk ke tangga berdekatan sebelum tergelincir dan terjatuh di lantai tingkat dua kondominium berkenaan.

Mangsa berbuat demikian kerana dikatakan enggan berjumpa tiga anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Negeri Sembilan berhubung siasatan satu kes penipuan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, polis hari ini mengesahkan bekas pegawai imigresen itu dicari bagi membantu siasatan kes tipu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, bekas pegawai itu dikehendaki bagi membantu siasatan berdasarkan satu laporan polis yang dibuat di IPD Seremban.

Beliau berkata, polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.

Full content generated by Get Full RSS.

Usaha bebas mangsa culik ditingkatkan

Posted:

Usaha bebas mangsa culik ditingkatkan

Usaha bebas mangsa culik ditingkatkan

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
utusansabah@utusan.com.my

KOTA KINABALU 12 Okt. - Polis sedang meningkatkan pelbagai usaha bagi membebaskan rakyat Malaysia, Pang Chong Pong yang diculik di Pondohan Lok Angki, Sitangkai di Kepulauan Tawi-Tawi di selatan Filipina pada minggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, antara usaha yang dilakukan adalah menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi menyelesaikan kes penculikan tersebut.

"Kes ini masih dalam siasatan. Dalam kes penculikan ini, kita tidak mahu mengulas banyak kerana kalau ada proses rundingan, jika ia dihebahkan, ia akan membahayakan mangsa.

"Untuk itu, saya tidak mahu mengulas lanjut. Kita buat apa yang termampu dan apa yang patut kita buat mengikut kuasa yang kita ada," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Ops Utama Perdana Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) peringkat negeri di Lintasan Deasoka di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai.

Utusan Malaysia semalam mendedahkan, Chong Pong dipercayai diculik sekumpulan lelaki warga Filipina ketika membeli ikan di Pondohan Lok Angki, Sitangkai di selatan Filipina.

Mangsa yang sudah berkahwin dan berasal dari Kuching, Sarawak, dikatakan dilarikan kumpulan penculik bersenjata api kira-kira pukul 10 pagi.

Menurut Khalid, pihaknya akan memberi keutamaan kepada keselamatan rakyat Malaysia dalam menyelesaikan kes tersebut.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan rakyat negara ini supaya menghindarkan diri daripada mengunjungi tempat-tempat yang berbahaya di luar negara.

"Saya nasihatkan orang ramai supaya kurang mengunjungi tempat-tempat yang mungkin penjenayah ini boleh mengambil peluang dan kesempatan seperti yang dikunjungi rakyat kita yang diculik ini," katanya.

Beliau berkata, bagi mengelak kejadian seperti ini berulang, polis akan meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa negara jiran.

Selain itu, katanya, polis akan meningkatkan kehadiran di kawasan-kawasan berhampiran negara jiran termasuk di perairan dan pulau-pulau milik negara.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Peluang kerja di sektor awam

Posted:

Peluang kerja di sektor awam

Peluang kerja di sektor awam

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my


Sultan Ahmad Shah mendengar penerangan daripada Norisah Baharom sambil diperhatikan oleh Adnan Yaakob dan Jamaluddin Ahmad Damanhuri pada Karnival Kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Kuantan, Pahang, baru-baru ini. - UTUSAN/MAHATHIR ALI


KUANTAN 12 Okt. - Masalah pengangguran atau kerja tidak sepadan dengan kelayakan pendidikan merupakan antara perkara yang sering diberi perhatian terutamanya bagi golongan muda yang baharu memulakan hidup berdikari.

Bukan sahaja mencari sumber pendapatan untuk membayar hutang ketika melanjutkan pelajaran, kerjaya pertama merupakan langkah besar dalam memulakan hidup dan membina keluarga sendiri.

Tidak ketinggalan juga di kalangan pekerja yang mahu meningkatkan prospek kerjaya masing-masing melalui tawaran kerja lebih lumayan dan bersesuaian dengan kepakaran serta keperluan semasa kehidupan mereka.

Justeru, Karnival Kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC), di sini baru-baru ini adalah platform terbaik bagi rakyat di Pahang menceburkan diri dalam sektor perkhidmatan awam yang menjanjikan masa depan terjamin.

Majlis itu dirasmikan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob serta Pengerusi SPA, Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat SPA, Norisah Baharom.

Program dua hari yang memberikan peluang kepada rakyat negeri ini mendapatkan maklumat mengenai peluang pekerjaan yang membolehkan mereka ceburi dalam sektor awam itu mendapat sambutan ramai apabila kira-kira 10,000 pengunjung hadir pada karnival tersebut.

Rata-rata pengunjung yang hadir berharap supaya SPA dapat meneruskan penganjuran program tersebut pada setiap bulan di negeri ini.

Noorhalijah Mohd. Ali, 21, berkata, rakyat Pahang terutama di Kuantan berterima kasih kepada SPA kerana menganjurkan karnival itu yang akan memberikan mereka maklumat mengenai peluang kerja di sektor awam di negara ini.

Beliau bagaimanapun berharap, penganjuran karnival sedemikian akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa serta diperluaskan di seluruh Pahang.

"Saya berharap program ini dapat diperluaskan ke setiap daerah bagi memberi peluang kepada golongan sasaran (belia) untuk mendapatkan maklumat tentang peluang-peluang pekerjaan yang boleh mereka ceburi dalam sektor awam," katanya.

Siti Zuraini Mohd. Ariff, 25, pula berkata, pembukaan pusat temu duga SPA di Kuantan akan dapat menyalurkan maklumat kepada orang awam seperti mengadakan hari bersama pelanggan, ceramah kerjaya kepada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Katanya, ia merupakan pendekatan yang baik daripada pihak SPA kerana program-program seumpama itu akan dapat mendekatkan lagi suruhanjaya tersebut dengan masyarakat setempat.

"Dengan kata lain, rakyat akan mendapat faedah dan nilai tambah daripada pembukaannya," katanya.

Sementara itu, Noormaslina Ali, 24, berkata, bekerja di sektor kerajaan dapat menjamin pelbagai kebaikan selain berpeluang menikmati pelbagai insentif serta masa depan terjamin.

"Sejak dahulu lagi, saya berharap dapat bekerja di sektor kerajaan dan bagi saya banyak faedah yang disediakan termasuklah pencen.

"Pada masa ini, apa yang lebih penting adalah mencari pekerjaan yang mempunyai masa depan. Jadi, karnival sebegini perlu diadakan setiap masa bagi memberi peluang kepada kami mencari pekerjaan dalam sektor awam," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

SPA lantik 8,882 anak negeri Pahang

Posted:

SPA lantik 8,882 anak negeri Pahang

SPA lantik 8,882 anak negeri Pahang


Orang ramai yang hadir menyerbu untuk melihat peluang pekerjaan sektor awam pada program Karnival Kerjaya SPA Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 12 Okt. - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melantik seramai 8,882 anak negeri Pahang untuk memegang pelbagai jawatan di bawah Pihak Berkuasa Melantik SPA dalam tempoh dua tahun lalu

Pengerusi SPA, Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 1,763 anak negeri Pahang berkelayakan ijazah dilantik ke pelbagai jawatan pengurusan dan profesional gred 41.

"Seramai 2,244 orang dilantik ke pelbagai jawatan gred 27 yang memerlukan kelayakan diploma.

"Selebihnya, seramai 4,875 anak negeri Pahang dilantik ke pelbagai jawatan gred 17 yang memerlukan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sijil," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke-14 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC) di sini baru-baru ini.

Serentak dengan persidangan tersebut, turut dianjurkan Karnival Kerjaya SPA yang diadakan di tempat yang sama.

Pada karnival tersebut, sebanyak 21 gerai pameran sektor awam dibuka antaranya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pertahanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Jamaluddin berkata, dalam usaha memberi kemudahan dan keselesaan kepada calon-calon yang berurusan dengan SPA, pihaknya telah membuka sebuah pusat temu duga SPA di Mahkota Square di sini.

"Pembukaan pusat temu duga SPA Kuantan ini adalah komitmen kami untuk mendekatkan lagi perkhidmatan ke negeri Pahang supaya SPA dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada anak negeri ini.

"Pusat temu duga ini memainkan peranan sebagai pusat sehenti untuk menyalurkan maklumat kepada pelajar-pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan nstitusi pengajian tinggi swasta (IPTS) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini," katanya.

Beliau berkata, pemohon pekerjaan boleh menggunakan kemudahan komputer yang disediakan di pusat temu duga SPA Kuantan untuk mengemukakan permohonan pekerjaan secara dalam talian.

Sementara itu, Jamaluddin berkata, SPA akan melakukan pembaharuan dalam urusan pengambilan kakitangan dari semasa ke semasa.

Menurutnya, ia penting bagi meningkatkan kualiti sumber manusia dalam perkhidmatan awam selaras dengan Model Baru Ekonomi (MBE).

Beliau berkata, suruhanjaya itu kini dituntut untuk memainkan peranan secara proaktif bagi menarik bakat yang terbaik untuk berkhidmat sebagai kakitangan awam.

Full content generated by Get Full RSS.

Pembangkang 'hilang' modal

Posted:

Pembangkang 'hilang' modal

Pembangkang 'hilang' modal

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUANTAN 12 Okt. - Pemimpin pembangkang akan terus memainkan isu pemprosesan nadir bumi yang melibatkan syarikat Lynas Corporation Ltd., kerana mereka kian ketandusan modal politik bagi mempengaruhi orang ramai.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Pahang, Suhaimi Sulong berkata, beliau percaya isu tersebut akan terus dijadikan umpan politik bagi meraih undi menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Mereka akan menggunakan isu ini untuk menunjukkan bahawa mereka membuat kerja dalam membantu rakyat.

"Sebaliknya, tiada usaha pun yang dilakukan untuk membantu rakyat kerana perjuangan mereka hanya demi kepentingan politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas program Himpunan Hijau 109 anjuran Save Malaysia di Taman Gelora di sini Ahad lalu yang penganjurannya dikatakan bertujuan menyelamatkan bumi daripada terus dicemari dengan bahan berbahaya.

Antara yang hadir dalam program itu ialah Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Suhaimi yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota berkata, Himpunan Hijau yang dianjurkan Ahad lalu bukan sahaja berselindung di sebalik tajuknya, malah tidak dapat lari daripada agenda politik pihak berkepentingan.

"Ia kerana program itu turut dihadiri oleh pemimpin pembangkang. Lagi satu, apa kaitan Ambiga dengan program tersebut dan mengapa pula penganjur menggunakan platform Himpunan Hijau itu untuk membangkitkan mengenai isu Lynas," soalnya.

Beliau dalam pada itu berkata, dakwaan bahawa seramai 10,000 orang menghadiri program tersebut adalah tidak benar kerana tidak sampai 1,000 orang yang mengunjunginya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


300 tahanan politik dibebas

Posted:

300 tahanan politik dibebas

300 tahanan politik dibebas

YANGON 12 Okt. - Myanmar hari ini membebaskan sekurang-kurangnya 300 tahanan politik termasuk beberapa tokoh penentang kerajaan.

Pembebasan itu bermakna 1,800 lagi tahanan politik masih meringkuk di dalam penjara di negara ini, yang kini mula mengambil dasar lebih terbuka selepas setengah abad diperintah oleh junta tentera.

Antara yang dibebaskan adalah Zarganar, pelawak yang dipenjarakan kerana mengkritik tentang junta tentera. Beliau dibebaskan dari tahanan di Myitkyiha, Kachin.

Turut dibebaskan, Jeneral Hsay Htin, pemimpin Tentera Negeri Shan, Hsay Htin yang dihukum penjara 160 tahun di penjara Rakhine.

Seorang pegawai kanan penjara memberitahu Reuters, kira-kira 300 penentang kerajaan adalah antara 6,359 tahanan yang dibebaskan hari ini di bawah pengampunan menyeluruh.

"Kami berharap ramai lagi akan dibebaskan dan saya benar-benar berterima kasih kerana tahanan politik dibebaskan," kata pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi.

Suu Kyi sendiri dibebaskan daripada tahanan di rumah selama 15 tahun, pada tahun lalu.

Selepas langkah-langkah luar biasa diambil dalam beberapa bulan lalu, termasuk pelonggaran kawalan ke atas media dan dialog lanjutan dengan Suu Kyi, bilangan yang dibebaskan hari ini tidak sebanyak yang diharapkan oleh beberapa pihak.

"Agak mengecewakan kerana berdasarkan langkah-langkah positif yang diambil sejak beberapa bulan lalu, kami menjangka bilangan yang dibebaskan hari ini adalah jauh lebih besar," kata penyelidik Amnesty International berpangkalan di Bangkok, Benjamin Zawacki.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Rodham Clinton berkata, beliau menyambut baik 'tanda-tanda positif' pembaharuan yang ditunjukkan oleh Myanmar tetapi masih terlalu awal untuk mengumumkan tindak balas Washington.

AS, Eropah dan Australia mahu Myanmar membebaskan kira-kira 2,100 tahanan politik di negara ini sebelum mereka bersedia untuk menimbangkan penarikan balik sekatan yang telah melumpuhkan Myanmar dan mendorongnya menjalin hubungan lebih erat dengan China. - Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Peniaga jangan naik harga barangan – PM Thai

Posted:

Peniaga jangan naik harga barangan – PM Thai

Peniaga jangan naik harga barangan – PM Thai


Pemandangan dari udara merakamkan sebatang jalan utama di wilayah Nonthaburi dinaiki air akibat banjir. Sekurang- kurangnya 269 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh akibat musim monsun di


BANGKOK 12 Okt. – Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra hari ini memberi amaran kepada pemilik perniagaan supaya jangan mengambil kesempatan daripada banjir di negara ini untuk menaikkan harga barangan.

Amaran itu dikeluarkan ketika pembelian panik berlaku di kalangan warga Bangkok yang berebut-rebut membeli barangan keperluan kerana bimbang ibu negara ini akan ditenggelami air beberapa hari lagi akibat hujan musim monsun.

Yingluck yang menjadi Perdana Menteri pada Ogos lalu berkata, beliau telah mengarahkan Kementerian Perdagangan supaya memantau harga barangan runcit.

"Saya ingin merayu kepada pengusaha perniagaan supaya menjual barangan pada harga kos kerana penduduk kini menderita.

"Menaikkan harga barangan akan membawa kepada perbuatan menyorok barangan dan ini tidak akan membantu menyelesaikan masalah," katanya kepada wartawan di sebuah pusat krisis banjir di lapangan terbang Don Muang, Bangkok.

Sekurang-kurangnya 281 orang maut akibat hujan lebat musim monsun, banjir dan tanah runtuh sejak akhir Julai lalu dan 26 daripada 77 wilayah Thai kini ditenggelami air, menurut Jabatan Pencegahan dan Pemulihan Bencana.

Kawasan dataran utara, timur laut dan tengah semuanya teruk terjejas dan Bangkok yang terletak hanya dua meter di atas paras laut berada dalam bahaya apabila air melimpah dari takungan-takungan di utara dan menyebabkan paras sungai Chao Phraya terus meningkat.

Yingluck berkata, pembinaan benteng banjir di tiga kawasan pinggir Bangkok dijangka siap mengikut jadual hari ini.

Pegawai bandar raya Bangkok yakin pembinaan benteng dan penggunaan terusan untuk mengalirkan air dari ibu negara ini boleh mencegah banjir buruk tetapi Gabenor Sukhumbhand Paribatra sudah mengarahkan semua 50 daerah menyiapkan pelan perpindahan sebagai langkah berjaga-jaga.

Selain memaksa kilang-kilang di kawasan perindustrian utama Thai ditutup, banjir turut merosakkan kira-kira 1.55 juta hektar tanah pertanian termasuk tanaman padi, menyebabkan kerajaan mengurangkan anggaran pengeluaran beras daripada 25 juta tan kepada 21 juta tan.

– Reuters

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


PRU13 semakin dekat tetapi bila?

Posted:

PRU13 semakin dekat tetapi bila?

PRU13 semakin dekat tetapi bila?

Oleh AZNAN BAKAR
aznan.bakar@utusan.com.my

"PILIHAN Raya Umum Ke-13 hanya tinggal dua tiga hari lagi." Itu ungkapan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan ketika berucap pada majlis Penerangan Perdana Barisan Nasional Wilayah Persekutuan Ahad lalu.

Tetapi Ahmad tidak bermaksud Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 benar-benar akan diadakan esok lusa. Apa yang dimaksudkan, ia boleh berlangsung pada bila-bila masa. Yang memerlukan semua pihak terlibat sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

Secara perbandingannya pun, PRU13 memang makin dekat. Jika dibanding dengan tahun lalu, tahun ini tentu lebih dekat. Bulan ini pula pasti semakin dekat ke tarikh PRU13 berbanding bulan lepas.

Semakin hari, mandat yang diberikan kepada BN pada pilihan raya umum 2008 semakin mendekati tarikh akhir iaitu Mac 2013. Berdasarkan peruntukan undang-undang, pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas mandat itu tamat.

Mengambil congakan mudah, kerajaan BN sekarang ada masa hingga Mei 2013 sebelum mengadakan PRU13. Tetapi dalam sejarah pilihan raya umum negara, kerajaan tidak pernah tunggu sampai tarikh akhir untuk membubarkan Parlimen.

Selalunya pada penghujung tahun keempat dan awal tahun kelima Parlimen dibubarkan untuk membolehkan rakyat memberi mandat baru kepada kerajaan.

Jadi bila tarikh PRU13? Mulai Mac tahun depan, mandat yang diberikan kepada kerajaan sekarang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) lalu bakal memasuki tahun kelima.

Sebab itu, pelbagai pihak kini mula sibuk meramal dan mencongak. Tetapi tidak siapa mengetahui tarikh sebenar. Ramai orang boleh membuat ramalan dan congakan. Hanya Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak sahaja memiliki ilham bila Parlimen akan dibubarkan.

Tetapi ramai pemerhati dan penganalisis sama ada yang bertauliah atau tidak, meramalkan pemimpin BN tidak akan tunggu hingga tempoh maksimum.

Najib tentunya tidak akan genap lima tahun sebelum menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan.

Persoalannya sekarang, apabila dikatakan PRU13 itu semakin dekat ialah bila?

Berapa dekat yang dikatakan semakin dekat itu? Adakah pada tahun ini? Awal tahun depan? Pertengahan tahun depan? Atau akhir tahun depan?

Setakat ini ramai yang meramalkan PRU13 akan diadakan pada hujung tahun ini. Salah satu tarikh yang diberikan ialah pada November tahun ini. Lebih tepat lagi ialah 11 November.

Alasannya, 11 ialah angka kegemaran Najib. Sama seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memilih angka tiga dan 13 ketika mengumumkan PRU12 lalu.

Tarikh itu masuk akal juga. November ialah waktu cuti persekolahan yang membolehkan sekolah-sekolah digunakan sebagai pusat mengundi. Tetapi tarikh 11 November tidak mungkin kerana ia jatuh pada hari Jumaat.

Beberapa pemerhati pula berkata, November atau Disember terlalu suntuk untuk Perdana Menteri membubarkan kerajaan.

Ini termasuk masih terdapat beberapa negeri yang beliau belum lawati yang mana ia merupakan prasyarat sebelum kerajaan dibubarkan.

Untuk melengkapkan lawatan ke seluruh negara itu, ia sekurang-kurangnya memerlukan masa hingga hujung tahun, iaitu hujung Disember.

Tetapi adakah cukup dengan satu pusingan lawatan sahaja sebelum kerajaan dibubarkan? Bagaimana dengan negeri-negeri yang kritikal? Tentunya ia memerlukan sekurang-kurangnya sekali lagi kehadiran Perdana Menteri.

Selain itu, belanjawan yang dianggap sebagai terbaik yang dibentangkan baru-baru ini juga memerlukan sedikit masa untuk diluluskan.

Tidak mungkin pilihan raya diadakan sebelum apa yang dibentangkan itu diluluskan oleh Parlimen dan manfaatnya diterima oleh rakyat.

Parlimen yang sedang bersidang sekarang pula hanya akan selesai pada Disember ini. Jika faktor itu diambil kira, November sudah boleh dikira terkeluar daripada senarai untuk diadakan pilihan raya.

Jangan pula lupa musim haji yang baru saja bermula. Ini juga perlu diberi pertimbangan dalam mengadakan pilihan raya kerana sejumlah pengundi kini berada di Tanah Suci.

Kumpulan jemaah terakhir hanya akan kembali ke tanah air pada Januari tahun depan.

Adakah mungkin pilihan raya umum diadakan ketika sebahagian daripada rakyat negara ini sedang memberi tumpuan menunaikan Rukun Islam kelima?

Bagaimana pula dengan dua akta baru yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang akan dimansuhkan?

Jika, dua akta itu mahu direalisasikan sebelum PRU13, sudah tentu akan mengambil sedikit masa.

Tentunya, ramai dari kalangan pengundi mahu melihat akta baru tersebut sebelum mereka memilih kerajaan baru. Jika itu yang dihasratkan, sudah tentu ia tidak mampu direalisasikan pada tahun ini.

Pendek kata, untuk mengadakan PRU13 pada penghujung tahun ini, masanya terlalu suntuk.

Bukan sahaja suntuk daripada segi penyusunan jentera oleh BN, tetapi juga dalam melaksanakan segala perancangan yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

Berdasarkan congakan mudah itu, ada yang pendapat paling cepat PRU13 diadakan ialah pada Mac 2012.

Cuti penggal persekolahan pada pertengahan Mac dilihat masa yang sesuai untuk rakyat keluar memilih kerajaan baru. Itu pun, ada pemimpin BN merasakan Mac bukan masa yang sesuai kerana ia masih terlalu dekat. Banyak lagi persediaan perlu dibuat sebelum mereka berhadapan dengan pilihan raya.

Mengenal pasti calon, menyelesaikan masalah dalaman parti-parti komponen dan menggerakkan jentera akar umbi merupakan antara isu yang masih membelenggu BN ketika ini.

Setelah hujah ini diambil kira, maka timbul satu lagi tarikh yang kemungkinan PRU13 akan diadakan iaitu pada penghujung Mei atau awal Jun tahun depan.

Masa itu merupakan cuti persekolahan yang panjang yang akan memudahkan sekolah-sekolah dijadikan pusat mengundi.

Apa pun, seperti yang diperkatakan oleh banyak pihak, PRU13 dianggap yang paling mencabar kepada BN ekoran situasi politik dan ekonomi yang mencabar.

Tamparan hebat pada PRU12 yang menyebabkan BN hilang kelebihan dua pertiga di Parlimen pastinya terasa hingga ke hari ini.

Najib tentunya mahukan mandat yang besar bagi membolehkannya melakukan transformasi seperti yang dirancang. Di bahunya kini terpikul tugas yang cukup berat untuk memastikan BN terus diyakini rakyat dalam memimpin negara.

Begitu juga di pihak Pas, DAP dan PKR. Penguasaan mereka di empat negeri sekarang ini tentunya mahu dipertahankan.

Masa yang panjang hingga sekurang-kurangnya tahun depan sebelum PRU13 diadakan tentunya akan memberi kelegaan.

Yang pasti, tidak ada siapa yang dapat meramalkan dengan tepat bila PRU13 akan diadakan. Ia sentiasa penuh dengan kejutan.

Seperti kata Najib pada majlis penerangan itu, PRU13 boleh berlaku pada bila-bila masa mulai sekarang.

Full content generated by Get Full RSS.

Membina kepercayaan kepada BN

Posted:

Membina kepercayaan kepada BN

Membina kepercayaan kepada BN

PROF. MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia

Sewaktu merasmikan Perhimpunan Agung MCA baru-baru ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa kemenangan BN banyak bergantung kepada sejauh manakah kemampuan jentera parti untuk membina kepercayaan dalam kalangan bukan sahaja penyokong tegar tetapi juga pengundi atas pagar dan keseluruhan rakyat umumnya.

Usaha berterusan dilakukan oleh beliau untuk melahirkan kepercayaan semula ke atas parti yang berhadapan dengan krisis keyakinan dan kepercayaan pasca Mac 2008. Keputusan Mac 2008 memberi isyarat bahawa kelemahan bukan kerana lawan kuat.

Kepercayaan kepada parti BN terhakis kerana wujud pelbagai kekecewaan, perasaan marah, rungutan, spekulasi, tohmahan dan nilai kepimpinan yang dipersoalkan ketika itu. Maklumat dimanipulasi dan mempengaruhi persepsi pengundi menyebabkan BN tersungkur dalam permainan politik angka yang bukan disusun oleh pemainnya tetapi oleh penyokong yang memerhatikan permainan politik dua parti gabungan besar ketika itu.

Proses membina semula kepercayaan bermula pada April 2009 apabila Najib mengambil alih kepimpinan dan memahami segalanya bermula dengan 'kepimpinan'. Beliau mahu diteladani dan diiktiraf sebagai bukan sahaja Presiden UMNO atau Pengerusi BN tetapi lebih daripada itu, Perdana Menteri untuk keseluruhan warga Malaysia. Pelbagai pendekatan digunakan untuk mendekati setiap kelompok masyarakat dan kumpulan sasar berbeza dengan gaya tersendiri.

Setiap yang diperkenalkan ada tempoh masa yang ditetapkan untuk mempertontonkan hasil akhir supaya umum melihat ia bukan sekadar bersifat retorik tetapi ada dokumentasi bukti yang menunjukkan apa sahaja yang dilancar dan dipersetujui sebagai 'Doktrin Najib,' ia akan dilaksanakan. Kesemuanya juga bersifat luaran kerana boleh diukur secara saintifik dan bersifat empirikal.

Yang sama penting dengan pencapaian luaran adalah kemampuan untuk memperbaiki sistem integrasi dalaman yang mempunyai hubungan dengan nilai psikologi kemanusiaan. Ia diperincikan ketika Najib bertemu dengan para penyokong parti BN Wilayah Persekutuan minggu lalu.

Ramai yang kecewa dalam pilihan raya lalu kerana keangkuhan sebilangan pemimpin yang mahu arahan dituruti dan enggan akur kepada kuasa 'pemimpin akar umbi' yang lebih berinformasi serta tahu dan peka ke atas landskap politik lokal. Sabotaj bermaharajalela dengan dikuasai oleh perasaan dendam, ancaman dan merajuk kerana merasakan dirinya dipermainkan oleh kuasa politik atasan. Jurang pemimpin dan penyokong jelas ketara.

Begitu juga dengan pemilihan calon kerana Najib sedar ia adalah petunjuk kepada rakyat bahawa BN sudah bangkit semula. Kini, acapkali Najib menyatakan bahawa biar keputusan dibuat oleh barisan kepimpinan tertinggi kerana masing-masing sudah mengakui diri mereka sebagai calon yang pasti menang.

Najib bersedia mengambil risiko dan bertanggungjawab jika calon yang dipilih dan dirasakan sesuai oleh pasukannya tewas. Hatta, sudah pasti yang dipilih oleh beliau adalah yang terbaik bukan sahaja dirasakan boleh menang tetapi akan memenangkan parti.

Calon yang berkemampuan memenangkan parti bermakna mesti diterima oleh jentera parti dan bersedia 'menggempur' dalam misi hidup atau mati. Calon ini 'dipercayai' oleh pengundi sebagai wakil kepada bukan sahaja penyokong parti tetapi juga masyarakat umum secara amnya.

Membina kepercayaan bergantung kepada pemilihan calon yang tepat barang sesiapa sekali pun tanpa mengira latar belakangnya, calon itu adalah yang terbaik dalam perjuangan politik angka. Misalnya, pemimpin lama yang terlalu lama berjawatan dalam kerajaan biarpun parti, sudah boleh memberi laluan dengan sukarela kepada calon lain.

Perincian membina kepercayaan juga bergantung kepada amalan atau praktis parti kerana kelemahan perlu diminimumkan dan ditonjolkan kekuatan terutama dari aspek kesepaduan dan tindakan kolektif. Kepimpinan atasan BN perlu memapar imej 'perpaduan' dan menjamin nilai 'satu' dalam melentur keselarasan parti-parti komponen.

Jika itu dapat dilakukan dengan pengukuhan nilai 'kepunyaan', maka penyokong pelbagai pemimpin dan parti komponen dengan sendirinya akan akur kepentingan nilai tersebut untuk memulihkan semula imej parti BN dan memperkasakan parti seiring dengan usaha menjamin wujudnya kepercayaan.

Membina kepercayaan barangkali dapat dilakukan tetapi lebih daripada itu adalah untuk memelihara atau mempertahankan kepercayaan. Ia bergantung kepada keupayaan barisan kepimpinan memobilisasi sokongan bertunjakkan kepada nilai kepimpinan Najib dan menggunakannya sebagai nilai tambah kepada parti.

Komunikasi langsung beliau dengan rakyat dan bagaimana siri perjumpaan berterusan baik masyarakat bandar mahupun luar bandar memberi refleksi ke atas kesungguhan beliau untuk membina dan memelihara kepercayaan ke atas parti.

Jika Malaysia mengamalkan pilihan raya memilih Presiden dan Najib bertanding, beliau akan menang dengan pendekatan dan gaya kepimpinannya. Pemasaran politik dan mereka cipta agenda imej beliau sudah memberi impak kepada pentadbiran beliau tetapi sama ada ia akan diterjemah sebagai sokongan kepada parti masih samar-samar kerana 'mood pilihan raya' hanya kelihatan ketika beliau membuat lawatan atau gerak kerja ke kawasan terpilih.

Momentum tersebut sudah masuk fasa kedua dan boleh dimanfaat oleh kesemua 222 kawasan Parlimen jika dirungkai strategi yang bersesuaian sebelum mencapai kemuncak atau fasa ketiga selepas melepasi fasa pertama yang lebih bersifat melahirkan kesedaran, kefahaman dan penerapan aktiviti dan program yang menunjukkan BN sudah berubah di bawah Najib.

Perlu dizahirkan sesuatu yang ada 'umphh' atau melahirkan perasaan 'wow' dalam kalangan pengundi setempat. Tidak perlu diterangkan Pelan Transformasi Kerajaan (PTK), Pelan Transformasi Ekonomi (PTE), Konsep 1 Malaysia atau Rancangan Malaysia Ke-10 mahupun belanjawan 2012 kerana kesemuanya hanya akan difahami bila dihubung kait dengan pencapaian atau hasil dapatan akhir yang menjadi tapak pembinaan keyakinan dan kepercayaan tanpa dilihat bersifat retorik ataupun kosmetik tetapi rangkuman 'janji di kota'.

Disember 2011 atau selepas Mac 2012

Malahan, pilihan raya boleh diadakan sama ada pada Disember 2011 atau selepas Mac 2012. Mengapa Disember 2011 adalah untuk menunjukkan bahawa kesemua hasil akhir termasuk pelaksanaan 'belanjawan rakyat' dapat dilakukan jika diberikan mandat besar melalui cabang pilihan raya.

Mungkinkah Perhimpunan Agung UMNO akhir November dan awal Disember menjadi amanat terakhir Presiden parti untuk memastikan parti benar-benar bersedia untuk bertarung dalam visi 'mempertahankan Putrajaya'?

Tetapi, jika ada yang merasakan memerlukan masa tambahan, maka seeloknya selepas Mac 2012 untuk menunjukkan bahawa Najib komited ke atas reformasi dan pembaharuan termasuk pindaan ISA dengan memperolehi persetujuan di Parlimen dan pada waktu yang sama, memberi petunjuk bagaimana segala yang terkandung dalam Bajet 2012 dilaksanakan dengan baik mulai awal tahun 2012 yang akan membina kepercayaan umum yang mengharapkan kestabilan dan keadaan yang lebih menentu ketika global berhadapan dengan krisis ekonomi yang melarat (jika ramalan benar).

Mengadakan PRU hampir kepada lima tahun tempoh masa matang bukan baru kerana selepas melalui keadaan politik yang tidak menentu di PRU Ke-8 pada 21 Oktober 1990, PRU Ke-9 diadakan pada 25 April 1995 dan BN menang besar.

Apakah Najib mampu lakukannya kerana sudah pasti beliau mahukan mandat keputusan yang jauh lebih baik daripada tahun 2008 serta kembali kepada majoriti dua pertiga untuk menunjukkan beliau sudah keluar daripada lingkaran tsunami 2008?

Ia juga untuk mengelak desus-desus bahawa tidak ada bezanya dengan kepimpinan lalu dan ini merupakan antara cabaran besar beliau dan pasukannya. Apakah pasukan Najib sedar pentingnya PRU Ke-13 kerana ia soal 'kepercayaan' kepada mereka?

Membina, memelihara dan mempertahankan kepercayaan bukan bergantung kepada Presiden parti semata-mata. Masing-masing, baik pemimpin atasan, akar umbi mahupun penyokong ada peranannya jika ikhlas, jujur dan berpegang kepada amanah.

Kedudukan dan pangkat bukan satu anugerah untuk persaingan tetapi adalah tanggungjawab yang andainya dipikul dengan penuh kesyukuran dan rendah diri, maka kepercayaan akan datang dengan sendirinya. Jika tidak merasakan mempunyai integriti, akhlak untuk berjuang kepada rakyat, maka seelok-eloknya beri peluang kepada mereka yang berani mengharungi cabaran PRU Ke-13 demi memenangkan parti.

Ini kerana PRU Ke-13 bukan sebagaimana mana-mana PRU yang lain tetapi ia juga menguji 'kepercayaan' kepada dasar kepartian dalam negara ini supaya rakyat kembali yakin kepada sistem politik tanah air.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Pelakon baru galas Klip 3GP

Posted:

Pelakon baru galas Klip 3GP

Pelakon baru galas Klip 3GP

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF


PARA pelakon filem Klip 3GP bersama Aidil Fitri Mohamed Yunos (duduk)dan Mimi (bertopi) pada sesi fotografi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


FILEM Klip 3GP merupakan filem terbaru terbitan Grand Brilliance yang menampilkan muka-muka baru dalam dunia perfileman tanah air. Daripada pengarah sehinggalah para pelakonnya merupakan pendatang baru dalam bidang ini.

Aidil Fitri Mohamed Yunos pertama kali diberi peluang mengarahkan filem. Begitu juga dengan barisan pelakonnya seperti Sabhi Sadhi, Fikhree Bakar, Adeline Tsen dan Mimi (One Nation Emcees) juga pertama kali muncul dalam filem.

Sungguhpun masih baru di layar perak tetapi mereka berdepan cabaran besar apabila terbabit dalam Klip 3GP. Filem genre seram itu memerlukan mereka melakonkan watak mencabar termasuklah yang menghairahkan.

Hits sempat mengadakan fotografi dengan Aidil Fitri dan para pelakon terbabit baru-baru ini. Pada pertemuan itu mereka berkongsi pengalaman sebelum Klip 3GP ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Nora bakal ke filem?

Posted:

Nora bakal ke filem?

Nora bakal ke filem?

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ASWAD YAHYA dan ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN


PELAKON The Secret Life of Nora bergambar kenangan bersama Muhyiddin Yassin dan Norainee Abdul Rahman di Istana Budaya, Kuala Lumpur, minggu lalu.


NADA suaranya cukup ceria dan teruja saat memperkatakan tentang pementasan terbaru terbitannya, The Secret Life of Nora (Nora) yang kini dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur.

Sejak membuka tirainya pada 29 September lalu, Nora telah mendapat sambutan yang diluar dugaan dan sebagai penerbit, Datin Seri Tiara Jacquelina benar-benar terharu dengan respons positif daripada penonton.

Walaupun cukup sedar akan maklum balas yang pelbagai diterimanya untuk Nora, bagi Tiara, dia melihatnya daripada sudut positif.

Memang dari awal lagi kata Tiara, dia mahu menampilkan kelainan untuk pementasan kali ini dan sebagai penerbit, dia cukup berpuas hati dengan perjalanan Nora setakat ini.

"Kami benar-benar mengambil berat apa yang penonton mahukan. Buktinya, untuk minggu pertama Nora dipentaskan, kami masih lagi melakukan eksperimen untuk apakah sebenarnya yang penonton mahukan terutama dari segi skrip dan dialog.

"Ada ketikanya, kami merasakan dialog yang dilontarkan itu melucukan tetapi penonton pula tidak memberikan respons. Begitu juga sebaliknya apabila senario dan skrip itu tidak mempunyai humor yang menarik tetapi penonton menyukainya.

"Sepanjang tempoh itu, kami sudah mendapat rentak Nora dan selepas itu, kami melakukan apa yang dirasakan terbaik bagi memastikan Nora terus mendapat tempat di hati penonton," ujar Tiara sewaktu ditemui usai pementasan Nora hujung minggu lalu.

Apa yang membanggakan Tiara apabila malam pementasan tersebut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman telah hadir dan sudi meluangkan masa menonton Nora.

Apabila memperkatakan tentang Enfiniti Vision Media (EVM) yang memang sudah terbukti kehebatan mereka menerbitkan dua teater muzikal mega sebelum ini, memang tiada apa yang mustahil boleh mereka lakukan untuk Nora.

Liga

Meneruskan kecemerlangan Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLM) dan P. Ramlee the Musical (PRM), Nora berjaya dalam liga tersendiri.

EVM sememangnya mengambil langkah yang cukup berani untuk mengenengahkan genre komedi yang mungkin dilihat sedikit canggung pada mereka yang mengikuti trek rekod cemerlang EVM sebelum ini.

Sepanjang hampir dua jam menonton Nora, tidak terbit perasaan bosan dan itu membuktikan pementasan arahan Steven Dexter itu berjaya menghiburkan audiensnya.

Dari segi lakonan pula, setiap pelakon utama telah memberikan persembahan yang menghiburkan dan tidak seorang pun cuba membayangi antara satu sama lain.

Sekalung tahniah juga harus diberikan kepada Tiara kerana berjaya menampilkan sisi lain dalam kariernya sebagai seorang aktres. Dia mampu menghidupkan watak Nora dengan unsur lucu dan komedi tersendiri.

"Seperti mana yang saya katakan sebelum ini, watak Nora bukan sesuatu yang mudah saya bawakan. Ia benar-benar mencabar mental dan fizikal saya sebagai seorang pelakon.

"Kalau sewaktu pementasan PGLtM, adalah juga waktu senggang untuk saya menarik nafas dan berehat seketika sementara menunggu babak pelakon lain.

"Tetapi, untuk Nora, semua itu tidak ada untuk saya. Atas alasan itu, saya perlu bijak menentukan masa saya sewaktu menukar pakaian, tata rias dan mencuri nafas sebelum adegan seterusnya," ulas Tiara mengenai cabaran watak wanita primadona bernama Nora yang bertukar menjadi seorang perisik.

Aura

Sesuatu yang menarik untuk memperkatakan tentang Nora adalah keserasian antara Adibah Noor dan Tony Eusoff yang memegang watak Khatijah dan Farouk.

Aura Adibah memang cukup kuat di atas pentas sehingga setiap kali dia muncul, penonton begitu teruja menantikan kehadirannya. Tony pula membuktikan dia seorang pelakon yang versatil dan harus diberikan peluang yang lebih besar untuk terus meneroka bakatnya.

Mungkin ada yang bimbang watak antagonis bernama Mr. J yang dibawakan oleh Aznil akan kelihatan sama seperti Profesor Klon dalam dua filem Cicak-Man sebelum ini.

Tetapi, selepas menonton Nora, Aznil mampu lari daripada imej Profesor Klon dan Mr. J di tangan pengacara ulung negara itu telah dibentuk dengan penuh jayanya.

Apatah lagi dengan gaya percakapan pelat Mr. J, ia sungguh mencuit hati dan menjadikan Mr. J sebagai penjahat yang bukan dibenci sebaliknya disayangi.

Selain itu, dua pelakon muda, Aaron Khaled dan Stephanie Van Driesen juga telah membuka mata audiens dengan lakonan mereka sekali gus membuktikan bahawa sebenarnya industri seni negara tidak pernah ketandusan bakat baru.

Begitu juga dengan kemunculan istimewa pengarah kreatif, Mamat Khalid sebagai ketua agen perisik M15 yang telah meninggalkan impak walaupun seketika.

Menyentuh tentang aspek teknikal pula, pelaburan besar EVM yang menggunakan tenaga kreatif dari West End, London sememangnya berbaloi.

Rekaan set oleh Francis O'Connor cukup ringkas namun unik. Begitu juga dengan permainan teknik cahaya rekaan Nick Richings yang berkesan serta membangkitkan mood pada setiap adegan sepanjang pementasan Nora.

Harapan

Barangkali ada yang meletakkan harapan yang cukup tinggi untuk melihat Nora menjadi sebuah pementasan yang menepati genre spy secara total.

Dalam erti kata lain, jalan cerita dan watak Nora itu pada hemat mereka seharusnya lebih kuat dan mendalam lagi agar kualiti persembahannya setanding dengan PGLtM dan PRM.

Untuk itu, mereka mahu melihat lebih banyak gajet yang ditampilkan dan babak-babak dramatik dalam pementasan itu. Namun, semuanya tidak seperti yang diharapkan lalu menimbulkan sedikit perasaan kecewa.

Menjawab persoalan itu, Tiara tahu pasti akan ada yang cuba membuat perbandingan dengan dua pementasan sebelum ini sementelah PGLtM dan PRM telah menjadi tanda aras sebagai teater muzikal paling berjaya dalam sejarah.

"Peminat tegar PGLtM terutamanya banyak melahirkan rasa tidak puas hati mereka selepas menonton Nora kerana harapan tinggi yang diletakkan.

"Tetapi sebagai penerbit, saya mahu memberikan kelainan dan selepas dua teater yang berat, saya fikir EVM harus melakukan sesuatu yang berbeza.

"Saya berterima kasih dan bersyukur kerana sambutan yang diberikan kali ini juga di luar dugaan kerana ada yang menonton sehingga tiga kali dalam seminggu. Ia benar-benar membuatkan saya gembira," kata Tiara.

Filem

Dalam kegembiraannya itu, hati Tiara sedikit terusik apabila mengenangkan teater muzikal terbarunya ini dipandang sepi oleh syarikat korporat dan swasta.

Hanya syarikat telekomunikasi gergasi negara, Maxis yang menjadi rakan penaja dan berganding bahu bersama-samanya untuk menjadikan Nora satu sukses.

Sekadar bertanya kepadanya apakah kerana kekuatan dan pengaruh EVM itu sendiri mungkin membuatkan ramai yang percaya Tiara dan syarikatnya mampu bergerak sendiri tanpa sebarang penajaan.

Sambil menghela nafasnya, Tiara menjelaskan dia juga harus memikirkan tentang soal untung dan rugi selain perlu membayar gaji pekerja syarikatnya.

Malah, dia sendiri ragu-ragu untuk menerbitkan kembali Nora bagi musim kedua di masa hadapan seandainya perkara ini berterusan.

"Saya bimbang industri seni persembahan negara akan berkubur begitu sahaja. Ketika ini, Nora banyak bergantung kepada penjualan tiket tetapi ia tidak membantu secara total.

"Kalau dihitung, untuk membayar balik kos penerbitan Nora, kami memerlukan tujuh bulan untuk terus mementaskan ia dan di Malaysia, kita tidak mempunyai lokasi yang dapat menampung sebuah persembahan begitu lama.

"Dalam hal ini, saya cukup kagum dengan negara Korea sewaktu industri seni persembahan mereka baru hendak meningkat. Ketika itu, semua syarikat gergasi seperti Samsung, LG dan Hyundai banyak membantu memberikan sumbangan," jelasnya dalam nada yang sedikit tegas.

Selepas menonton Nora, tidak dinafikan penulis seperti tidak puas dan mahu melihat ia dilangsungkan pula ke medium filem.

Sementelah EVM sendiri sudah lama tidak menerbitkan filem baharu selepas Puteri Gunung Ledang pada tahun 2004.

Mengusik Tiara dengan persoalan itu, sambil tersenyum dia memberitahu: "Saya lebih selesa untuk mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja. Kita tidak tahu apa yang akan menanti di masa hadapan."

Bagi mereka yang belum berkesempatan menonton The Secret Life of Nora, pastikan anda berbuat demikian kerana ia akan melabuhkan tirainya pada 16 Oktober ini dan sebuah persembahan istimewa pula pada 20 Oktober.

Sebarang pembelian dan tempahan tiket boleh dibuat menerusi www.airasiaredtix.com atau berkunjung ke kaunter Box-Office, Istana Budaya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Konservasi bahan seni visual

Posted:

Konservasi bahan seni visual

Konservasi bahan seni visual

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


Setiap proses konservasi yang dilakukan pada karya bermasalah akan dilakukan secara seminimum mungkin bagi mengekalkan keaslian karya tersebut.


MEMBELI dan mengumpul bahan seni visual seperti karya lukisan, cetakan, fotografi, catatan, seramik, media baru, arca dan kolaj sering dikaitkan sebagai hobi di kalangan peminat seni.

Namun, ramai yang tidak menyedari aktiviti mengumpul bahan seni itu sebenarnya satu hobi yang menguntungkan dan boleh diwariskan dari satu generasi ke satu generasi.

Apatah lagi nilai koleksi seperti ini akan terus meningkat seiring dengan peningkatan usianya terutama apabila membabitkan karya seni daripada seniman-seniman ternama.

Justeru persepsi sesetengah individu yang menganggap hobi mengumpul karya seni sebagai membazir dan tidak bermanfaat, adalah tidak relevan.

Hakikatnya, hobi mengumpul bahan seni visual tidak jauh bezanya dengan hobi mengumpul bahan lain cuma ada kalanya ia memerlukan belanja yang besar sehingga jutaan ringgit untuk mendapatkan karya agung milik seniman ternama tanah air mahupun artis dari luar negara.

Dalam pada itu, koleksi yang berharga jutaan ringgit kadang-kala umpama tidak bernilai dan langsung tidak dikenali selepas bertahun-tahun 'disembunyikan' pemiliknya yang tidak menjaga kondisi keadaan karya itu.

Tanpa disedari, koleksi lukisan atau arca yang dihasilkan oleh seniman ternama akan hilang satu persatu di telan arus kemodenan.

Tidak kurang juga yang rosak dimakan anai-anai, kulat kulapuk sehingga memaksa ia dibuang begitu saja seperti sampah tidak berharga.

Memelihara khazanah seni visual

Melihatkan kepentingan untuk memulihara karya-karya seni yang bernilai tidak kira koleksi milik syarikat-syarikat mega mahupun persendirian, Balai Seni Visual Negara (BSVN) kini menawarkan perkhidmatan pemuliharaan.

Perkhidmatan dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Seni, Pengurusan Koleksi dan Pemuliharaan, mampu membaik pulih lukisan lama menjadi seakan-akan baru selepas melalui proses-proses tertentu dalam makmal yang terletak di tingkat bawah bangunan BSVN.

Sebaik kaki melangkah masuk ke dalam makmal tersebut, sesiapa pun pasti akan rasa teruja dan kagum melihatkan pelbagai koleksi menarik tersusun kemas di setiap sudut ibarat berada dalam galeri mini yang menyimpan pelbagai barangan seni visual klasik dan moden.

Bezanya, bahan ataupun karya yang terdapat di tingkat tersebut ada di antaranya rosak, terkoyak, warna tertanggal dan tidak kurang juga yang hampir 50 peratus kehilangan rupa asal berbanding karya yang dipamerkan di galeri sebenar.

Bermula pada 1 Oktober 2008, penstrukturan BSVN atau dulu dikenali sebagai Balai Seni Lukis Negara telah mewujudkan bahagian tersebut melalui Waran Perjawatan Bil. JPA(S)253/78-5Klt.2sk2 bertarikh 28 Disember 2002.

Boleh dikatakan bahagian tersebut pada mulanya hanya tertumpu kepada aktiviti memulihara, memelihara, mendokumentasi dan mengadakan penyelidikan terhadap Koleksi Himpunan Tetap Negara sahaja.

Bagaimanapun, fungsi bahagian tersebut semakin berkembang dan mula menerima karya-karya milik persendirian yang berhadapan dengan risiko kerosakan.

Selain itu, ia turut menjalankan kerja-kerja konservasi rawatan basah dan kering, memeriksa dan mendokumentasikan koleksi dan memelihara rekod pemuliharaan.

Ia juga memberi khidmat nasihat pemuliharaan kepada institusi awam, komuniti dan individu, merancang dan menguruskan tatacara perolehan dan penggunaan bahan kimia, menyelaras program kerjasama berkaitan pemuliharaan dengan institusi berkaitan dan menjalankan kerja-kerja pembingkaian.

Menurut, Kurator Konservasi BSVN, Musrizal Mat Isa, peringkat awalnya iaitu sekitar 1990-an tenaga luar dari New Zealand dijemput ke Malaysia bagi melakukan kerja-kerja baik pulih.

Namun selepas BSVN bekerjasama dengan Pusat Pemuliharaan Bahan Budaya (CCMC) dari Melbourne, Australia dan Makmal Penyelidikan bagi Pemuliharaan Kebangsaan (NRLC), India, bidang pemuliharaan semakin berkembang kerana kedua institusi tersebut berkongsi kepakaran dan kajian terhadap cuaca tropika.

"Kebanyakan medium seni yang digunakan di negara ini dihasilkan di negara Barat, oleh itu bahan-bahan tersebut perlu dikaji sama ada ia sesuai digunakan di negara-negara lain dari segi tindak balas terhadap suhu.

"Selepas menganalisis maklumat itu, data yang diterima kembali membolehkan kami untuk mengenal pasti bahan yang sesuai digunakan di negara-negara Asia," jelasnya.

Musrizal berkata, pada tahun 2009, BSVN mula serius untuk mewujudkan sebuah pusat pemuliharaan dan sehingga tahun lepas mereka mula menerima bahan-bahan dari luar.

"Selain Koleksi Himpunan Tetap Negara, kami juga menerima bahan seni visual daripada pengumpul (kolektor) swasta dan orang persendirian yang inginkan perkhidmatan pemuliharaan.

"Malah sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan permintaan semakin bertambah sehingga kami terpaksa mengawal permintaan tersebut kerana objektif utama kami adalah untuk menyokong kepada bahan sedia ada," katanya.

Bahan-bahan yang boleh dipulihara dan dibaik pulih di makmal tersebut ialah bahan daripada medium kertas seperti lukisan, warna air, gambar foto, skrol dan objek-objek arca.

Langkah pemuliharaan perlu dilakukan apabila sesebuah karya hendak dibawa keluar dari BSVN.

Lazimnya ia akan dikuarantin untuk kerja-kerja mencatitkan laporan keadaan karya tersebut.

"Selepas melihat keadaan fizikal karya tersebut kami akan mengenal pasti masalah yang terdapat pada karya itu contohnya karya lukisan.

"Jika ia terkoyak atau catnya tertanggal, kami akan menjalankan proses rawatan dengan beberapa proses pembaik pulih seperti proses cucian kering," ujar Musrizal.

Kertas tisu L2 (jenis bebas asid) akan ditampalkan di atas karya-karya catatan lapisan demi lapisan bagi menguatkan kembali keadaan kertas tersebut.

Bagi karya lukisan yang menggunakan asas kanvas seperti linen, jut, kain kapas dan belacu, proses patching iaitu menampal benang mengikut jalinan laluan asal kanvas tersebut akan dilakukan untuk mengukuhkan kembali struktur lukisan yang terkoyak.

Jika warna karya tersebut tertanggal, proses hatching pula boleh membaiki semula lapisan cat yang bermasalah.

Walaupun demikian, bagi menghormati karya tersebut, bahagian konservasi biasanya meminta artis asal yang menghasilkan karya tersebut untuk datang sendiri ke BSVN untuk proses bancuhan warna.

"Jika artis itu telah tiada, kami akan menghasilkan warna tersebut dan setiap proses pemuliharaan yang akan dilakukan secara seminimum mungkin pada lapisan pertama yang sering berhadapan dengan masalah kepudaran kerana dimakan usia," kata Musrizal.

Beliau berkata, faktor cuaca dan suhu sering menjadi penyebab mengapa sesebuah karya itu mudah rosak.

"Bagi saya, bahan lukisan dan medium berasaskan kertas paling mudah bermasalah dan kami kategorikan masalah tersebut sebagai kritikal, separa kritikal dan stabil.

"Oleh itu, saya nasihatkan agar pengumpun-pengumpul yang menyimpan pelbagai karya perlu menjaganya dengan selalu membersihkan permukaan luar karya itu.

"Jika ia dipamerkan di bahagian ruang tamu, karya itu perlu disimpan ditempat gelap kerana jika ia selalu terdedah kepada lampu tiruan warnanya mudah luntur atau pudar," jelas Musrizal.

Tambahnya, jika bahan seni visual itu dijaga dengan baik maka jangka hayatnya boleh berpanjangan sehingga ratusan tahun.

Full content generated by Get Full RSS.

Muji korban masa jaga warga emas

Posted:

Muji korban masa jaga warga emas

Muji korban masa jaga warga emas

Oleh ZUHAYATI YAZID


Muji Sulaiman (kiri) menerima sumbangan untuk Rumah Orang-Orang Tua Al-Ikhlas daripada Fartini Zaharuddin.


MENJAGA bapa yang sakit akibat strok selama empat tahun membawa makna yang cukup besar kepada Muji Sulaiman.

Pengalaman tersebut dijadikan kenangan terindah dan paling berharga dalam hidup kerana baginya tidak semua anak diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk menjaga sekali gus berbakti pada orang tua mereka sehingga ke akhir hayat.

Malah Muji reda dicerai suaminya hanya semata-mata mahu menjaga orang tuanya yang sedang sakit.

Biarpun sedih mengenang ditinggal suami, ibu tunggal tiga anak ini tidak berganjak daripada niatnya untuk menjaga bapa sehingga nafas terakhir.

Kini biarpun bapa sudah tiada di sisinya, Muji bangga dengan pengorbanan yang pernah dilakukan itu.

Malah dengan pengalaman yang ada dia mampu menjaga lebih ramai lagi warga emas yang sudah tiada keluarga melalui penubuhan Rumah Orang-Orang Tua Al-Ikhlas.

Rumah perlindungan yang ditubuhkan pada 2004 di Puchong, Selangor itu, adalah titik tolak daripada rasa belas dan simpati Muji apabila melihat ramai warga emas yang tiada tempat tinggal selepas mendapatkan rawatan di hospital.

Ibu tunggal itu beriltizam menjadikan rumah tersebut sebagai tempat warga emas berteduh, menumpang kasih serta menghabiskan hari-hari terakhir mereka dengan lebih bermakna.

"Saya menjadi pilu melihat orang-orang tua ini yang kesemua mereka saya anggap seperti ibu dan bapa saya sendiri.

"Biarlah dibuang anak sendiri namun kami tetap membantu untuk menjaga mereka sebelum dijemput Ilahi,'' ujar wanita kelahiran Muar, Johor ini.

Katanya lagi, biarpun perlu bermain dengan najis dan hancing air kencing ibu bapa orang lain, hatinya tetap gembira dengan tugas yang dilakukan sekarang.

"Memang mereka bukan darah daging saya tetapi hati saya tenang dan puas dapat membantu mereka walaupun sesetengahnya hanya dapat saya jaga dalam tempoh yang sekejap sebelum meninggal dunia,'' ujarnya lagi.

Ceritanya, pada awal penubuhan Rumah Orang-Orang Tua Al-Ikhlas , ia hanya mempunyai 10 penghuni sahaja.

"Ketika itu saya hanya dibantu oleh anak-anak sendiri untuk menguruskan jadual seharian warga emas ini.

"Tidak dinafikan masa itu ada yang menganggap saya gila kerana sanggup menjaga ibu bapa orang lain sedangkan anak mereka sendiri tidak mahu membela.

"Apa pun yang orang kata saya teruskan juga perjuangan semata-mata untuk membela orang tua yang disisihkan oleh anak-anak serta yang tiada waris,'' kata Muji sambil menguntum senyum.

Kini selepas hampir lapan tahun berlalu, rumah jagaan tersebut mampu memuatkan 50 orang penghuni yang kesemua tiada keluarga.

Kebanyakan warga emas tersebut adalah pesakit dari hospital-hospital kerajaan yang tiada waris dan menghidapi penyakit yang kronik.

Bagaimanapun, ada juga sebilangan penghuni yang dihantar sendiri oleh anak-anak atas alasan tertentu.

"Semua ini saya anggap amanah Allah. Saya percaya Allah akan tetap membantu kami di sini dan memberi rezeki ,'' ujarnya yang menggunakan bekas surau lama yang telah diwakafkan untuk rumah pelindungan tersebut.

Setakat ini semua kerja-kerja mengurus kan penghuni dilakukan sendiri olehnya dengan dibantu beberapa pekerja.

Katanya lagi, menjaga orang tua memerlukan ketahanan kesabaran yang tinggi memandangkan mereka mudah sensitif dan kerenahnya seperti kanak-kanak.

"Ada juga di kalangan mereka ini nyanyuk dan lupa ingatan, jadi sebagai penjaga kita perlu bersabar dengan kerenah mereka.

"Golongan ini tidak memerlukan apa-apa sekadar mahukan perhatian dan belaian daripada insan yang sayangkan mereka," katanya.

Selain aktiviti harian biasa, penghuni rumah tersebut turut diberikan kelas bimbingan al -Quran serta kuliah agama setiap hari.

"Saya upah ustaz dan ustazah untuk mengajar mereka mengaji selain mengendalikan kelas agama,'' ujarnya lagi.

Mengenai kos pembiayaan rumah tersebut, Muji berkata, setiap bulan dia memerlukan sekurang-kurangnya RM20,000 sebagai perbelanjaan untuk menguruskan semua keperluan .

Bagaimanapun, dia bersyukur sejak penubuhan rumah tersebut sehingga hari ini, rezeki tidak pernah putus.

Ada sahaja bantuan yang diterima bukan sekadar wang ringgit tetapi juga makanan dan keperluan harian daripada golongan korporat serta orang perseorangan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved