Rabu, 12 Oktober 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


13,404 syarikat berdepan tindakan

Posted:

13,404 syarikat berdepan tindakan

13,404 syarikat berdepan tindakan

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 11 Okt. - Sebanyak 49 peratus daripada 27,791 responden atau syarikat yang terlibat dalam pelbagai sektor ekonomi di negeri ini belum memberi maklumat lengkap mengenai kegiatan mereka kepada Jabatan Perangkaan Kelantan.

Pengarahnya, Ab. Rahman Mohamad berkata, 13,404 syarikat terlibat diminta melengkapkan borang Banci Ekonomi 2011 yang telah diedar pihaknya sejak fasa dua bancian bermula Julai lalu.

Menurutnya, pengurusan syarikat diberi masa sehingga November ini iaitu dalam tempoh tidak sampai 50 hari jika tidak mahu berdepan dengan tindakan di bawah Akta Perangkaan 1965 (Semakan 1989).

Jelasnya, sehingga 6 Oktober lalu, hanya 14,387 responden yang ditemui semasa fasa kedua bancian telah memberi maklum balas lengkap kepada pihak jabatan.

Beliau berkata, fasa pertama banci ekonomi tahun ini dijalankan dari Januari hingga Jun lalu melibatkan restoran manakala bagi sektor borong dan runcit pula dilaksanakan pada 2009.

"Banci ekonomi yang kita jalankan lima tahun sekali ini adalah penting bagi menentukan penanda aras pembangunan dan kemajuan dalam negeri. Responden bertanggungjawab memberi kerjasama dan memberikan maklumat tepat semasa ditemuramah pegawai jabatan yang mengunjungi premis atau ketika mengisi borang bancian yang dihantar menerusi pos.

"Maklumat komprehensif mengenai struktur dan profil aktiviti ekonomi akan membantu kerajaan membuat pelan pembangunan dan menentukan pelan ekonomi negara," katanya di sini, hari ini.

Ab. Rahman berkata, sektor yang terlibat dalam fasa kedua banci ekonomi itu adalah pertanian, perlombongan dan kuari, pembuatan, pembinaan, perkhidmatan dan alam sekitar.

Jelasnya, antara maklumat yang diambil adalah profil syarikat, aktiviti utama, pendapatan, perbelanjaan, sumber manusia, kemudahan pembiayaan, pematuhan dan promosi, nilai import dan eksport.

Beliau memberitahu, pihaknya mendapati faktor utama responden lambat dan bertangguh dalam mengisi borang disebabkan perasaan culas dan bimbang ia jatuh ke tangan pihak lain.

"Para responden sebenarnya tidak perlu takut memberi maklumat lengkap kerana kerahsiaan adalah terjamin, segala maklumat yang diberi kepada pihak kami adalah sulit dan tidak akan didedahkan kepada sesiapapun termasuk agensi kerajaan lain contohnya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Edar 2,000 pil syabu, dua sahabat diperintah bela diri

Posted:

Edar 2,000 pil syabu, dua sahabat diperintah bela diri

Edar 2,000 pil syabu, dua sahabat diperintah bela diri


Mohd. Azlan Mat Nor (dua dari kiri) dan Mohd. Hazlani Che Hussin (dua dari kanan) dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu untuk pembelaan diri atas kesalahan mengedar dadah, semalam. - UTUSAN/AIZZUL A. MAJID


KOTA BHARU 11 Okt. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan dua remaja termasuk seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), membela diri atas tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 23.11 gram pada Februari tahun lalu.

Hakim Azman Abdullah memerintahkan demikian terhadap Mohd. Azlan Mat Nor dari Pasir Mas dan Mohd. Hazlani Che Hussin dari Rantau Panjang, kedua-duanya berusia 19 tahun, setelah mendapati pendakwa raya berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Beliau menetapkan 18 Oktober ini untuk tertuduh-tertuduh mula memberi keterangan membela diri.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengedar sebanyak 2,000 biji pil dadah jenis tersebut di hadapan pintu gerbang Masjid Beijing, Rantau Panjang di sini, kira-kira pukul 2 petang, 3 Februari 2010.

Kedua-dua sahabat itu didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta tersebut yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Rehan Mohd. Aris, sementara tertuduh diwakili peguam, Datuk Sukri Mohamed.

Full content generated by Get Full RSS.

Ahli perniagaan minta bapa pulang tengok ibu sakit

Posted:

Ahli perniagaan minta bapa pulang tengok ibu sakit

Ahli perniagaan minta bapa pulang tengok ibu sakit

KOTA BHARU 11 Okt. - Seorang ahli perniagaan, Ashadura Ab. Majid, 38, meminta bantuan orang ramai mengesan bapanya, Ab. Majid Peer Mohamad, 59, yang telah keluar rumah di Taman Seri Gedombak, Pasir Puteh, sejak tiga tahun lalu.

Ashadura, anak sulung daripada tiga beradik memberitahu, kali terakhir bapanya itu pulang ialah pada hari raya pertama 2008 dan sehingga kini, mereka sekeluarga telah terputus hubungan dengannya.

Menurut ahli perniagaan itu, bapanya bertindak keluar rumah kerana dipercayai 'kecil hati' selepas berlaku sedikit perselisihan faham dengan anggota keluarga lain.

"Sebelum ini bapa bekerja di sebuah kilang papan di sini, dan dia berkemungkinan keluar rumah untuk mencari pekerjaan lain.

''Namun, apa yang kami bimbangkan ialah, tahap kesihatannya kerana dia menghisap penyakit kencing manis dan perlu penjagaan rapi bagi mengelak sebarang komplikasi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Ashadura berkata, kehilangan bapanya itu turut menjejaskan kesihatan ibunya, Junaidah Ibrahim 57, yang kini selalu jatuh sakit akibat terlalu bimbang keadaan suaminya.

Jelasnya, mereka sekeluarga pernah berusaha menjejaki bapanya itu sekitar Kelantan, Pahang dan Terengganu, tetapi gagal.

"Kami sekeluarga terutama emak mengharapkan dia kembali pada hari raya lalu, tetapi dia tidak muncul. Ini semakin membimbangkan kami selepas terputus hubungan dengannya sejak tiga tahun lalu," katanya.

Menurut Ashadura, dia pernah dimaklumkan oleh seorang kenalan bahawa bapanya itu pernah dimasukkan ke sebuah hospital akibat kencing manis, tetapi tidak pula memberikan maklumat lanjut apabila diminta.

"Kami sekeluarga mengharapkan kepulangannya, jika terdapat sesuatu yang menyinggung perasaannya sebelum ini, kami mengharap ayah boleh memaafkan," katanya.

Dia berharap, orang ramai yang mungkin mengenali atau melihat bapanya supaya menghubunginya di talian 012-9608140 atau 014-8005459.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved