Rabu, 21 Ogos 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Tunggu sentuhan Teong Kim

Posted: 21 Aug 2013 12:02 PM PDT

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
utusanputrajaya@utusan.com.my

Khairy (kanan) mengucapkan selamat datang kepada Lim Teong Kim selepas mengadakan sidang akhbar di kementeriannya dekat Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA - Bekas penolong jurulatih pasukan akademi kelab gergasi Jerman, Bayern Munich Bawah 19 tahun, Lim Teong Kim dilantik sebagai Pengarah Projek Program Pembangunan Bola Sepak Negara.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ketika mengumumkan perkara itu berkata, pelantikan bekas pemain kebangsaan itu secara tidak langsung dapat meningkatkan pembangunan akar umbi bola sepak di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN).

Beliau berkata, Teong Kim akan ditawarkan kontrak berkhidmat selama lima tahun dan akan memulakan tugasannya pada November ini.

Teong Kim akan memberikan komitmen dan dia mahu pastikan cabaran bola sepak negara pada 2019 dapat dicapai.

Kedudukan sebagai Pengarah Projek merupakan satu tugas yang berat kerana beliau akan bertanggungjawab untuk membangunkan bola sepak secara keseluruhan berbanding dengan Pengarah Teknikal," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Teong Kim adalah pemain bola sepak negara pertama bermain di Eropah bersama kelab Jerman, Hertha Berlin yang beraksi di Divisyen Tiga pada tahun 1987 dan sempat beraksi selama semusim di sana.

Selepas pulang dari Jerman, Teong Kim beraksi bersama Kuala Lumpur yang menyaksikan dia membantu pasukan warga kota itu meraih kejuaraan tiga kali berturut-turut Piala Malaysia pada tahun 1987 hingga 1989.

Kedah menjadi pasukan terakhir yang diwakili Teong Kim pada tahun 1992 dan 1993 sebelum anak jati Melaka ini bersara daripada dunia bola sepak dan memulakan kariernya dalam bidang kejurulatihan bersama skuad Bawah 13 tahun Bayern Munich pada tahun 2000 sebelum kontraknya tamat pada tahun lalu.

Di Bayern, beliau pernah bekerjasama dengan beberapa pemain ternama Jerman pada masa sekarang seperti Thomas Muller, Bastian Schweinsteiger, Diego Contento dan David Alaba.

Sementara itu, Teong Kim berkata, beliau bersedia untuk menyahut cabaran dalam membangunkan bola sepak negara berbekalkan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki.

Tanggungjawab ini merupakan cabaran besar dan saya suka untuk menyahut cabaran tersebut.

Saya harap para jurulatih muda dan para pemain dapat belajar sesuatu daripada apa yang saya miliki ini," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, tempoh lima tahun yang diberikan untuk menggalas cabaran membangunkan bola sepak negara adalah tidak mencukupi.

Sepatutnya perlu lebih daripada itu, untuk menghasilkan pemain seperti Thomas Muller dan David Alaba sahaja memerlukan tempoh lebih lima tahun.

Ini bukan hanya melibatkan proses untuk membangunkan mereka sahaja tetapi kena bagi keseluruhan sistem itu betul," katanya.

Malaysia boleh bersiap ke hoki Piala Dunia 2014

Posted: 21 Aug 2013 12:02 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
sukan@utusan.com.my

Skuad hoki kebangsaan akan mengharungi Piala Asia pada hujung minggu ini yang menyediakan satu tempat ke slot Piala Dunia 2014 di Belanda.

KUALA LUMPUR - Kegagalan Ireland layak ke peringkat separuh akhir Kejohanan Hoki Eropah semalam secara matematiknya mengesahkan tempat Malaysia di Piala Dunia 2014.

Teknikalnya, Malaysia hanya menunggu pengumuman rasmi selepas semua kejohanan antara benua menutup saingan masing-masing.

Ireland menjadi pasukan terakhir yang mampu mencuri tempat ke Piala Dunia selepas Republik Czech dan Poland dari benua Eropah (pasukan yang belum layak melalui kelayakan Liga Hoki Dunia) tersingkir awal selepas mencatat dua kekalahan, namun keputusan seri 2-2 dengan England menyebabkan mereka tercicir tempat ke separuh akhir dan sekadar menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan B, hanya dibezakan dengan perbezaan satu jaringan oleh England yang turut meraih empat mata.

Malaysia yang berada dalam senarai menunggu selepas Sepanyol kini hanya perlu menantikan keputusan secara rasmi kejohanan hoki Oceania yang bakal berlangsung pada 28 Oktober hingga 3 November ini sekiranya gagal menjuarai Piala Asia yang akan bermula pada 24 Ogos ini.

Dalam kejohanan Oceania yang hanya disertai empat negara itu, antara Australia dan New Zealand, salah satunya pasti akan menjadi juara kerana terlalu gagah buat Papua New Guinea (ranking 69 dunia) dan Samoa (ranking 72 dunia).

Mengikut format Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), sekiranya pasukan yang layak menerusi pertandingan Liga Hoki Dunia baru-baru ini menjuarai kejohanan benua masing-masing, slot itu akan diberikan berdasarkan urutan ranking Liga Hoki Dunia.

Sebelum kejohanan mengikut benua bermula, Belgium, Australia, New Zealand, Jerman, Argentina dan England telah layak termasuk Belanda selaku tuan rumah manakala Korea Selatan yang menduduki tempat keempat di Kuala Lumpur berada dalam senarai menunggu pertama diikuti dua pasukan di tangga kelima, Sepanyol dan Malaysia.

Apabila kejohanan Piala Pan American melabuhkan tirainya pada 17 Ogos lalu, Argentina yang telah pun layak muncul juara selepas menewaskan Kanada 4-0 pada perlawanan akhir sekali gus mengesahkan tempat buat Korea Selatan yang menjadi senarai menunggu pertama.

Ini diikuti benua Eropah dengan mana-mana pasukan yang telah layak ke Piala Dunia 2014 menjuarai kejohanan tersebut, slot itu akan diberikan kepada Sepanyol walaupun mereka muncul juara atau sebaliknya.

Seandainya skuad negara menjuarai Piala Asia yang akan berlangsung di Ipoh pada 24 hingga 1 September nanti, India akan menjadi pasukan terakhir layak dalam senarai menunggu selepas Malaysia apabila kejohanan benua Ocenia berakhir nanti.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


4 lelaki senjata parang pecah masuk kedai di Cameron Highlands

Posted: 21 Aug 2013 10:41 PM PDT

KUANTAN 22 Ogos - Seorang pemilik kedai runcit kerugian RM88,000 selepas disamun empat lelaki bertopeng bersenjatakan parang di rumah kedai miliknya di Bertam Valley dekat Cameron Highlands.

Kejadian pada pukul 4 pagi itu disedari S. Umadevi, 23, yang terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi bising, kata Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Supritendan Wan Zahari Wan Busu.

"Wanita itu terkejut lalu menjerit apabila ternampak seorang lelaki berpakaian hitam dan bertopeng meluru kepadanya dan mengacukan sebilah parang.

"Suspek mengarahkan mangsa diam selain bertindak mengumpulkan tiga lagi anggota keluarga mangsa di dalam sebuah bilik sebelum menggeledah rumahnya, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, suspek melarikan barang-barang berharga dan barang kemas bernilai kira-kira RM88,000 dengan van milik wanita itu yang kemudian ditemui ditinggalkan di tepi jalan di Batu 4, Jalan Pahang-Tapah, Perak.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Nahas bas: 14 mayat warga tempatan, 3 dikenal pasti

Posted: 21 Aug 2013 09:25 PM PDT

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Sebanyak 14 warga tempatan dan tiga warga asing telah dikenal pasti daripada 30 mayat mangsa nahas bas di Genting Highlands yang dibedah siasat setakat ini, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk, Dr S. Jeyaindran hari ini.

Beliau berkata, daripada 14 mayat warga tempatan itu, dua adalah Melayu, 11 Cina dan satu Sikh manakala warga asing masing-masing ialah Bangladesh, Nepal dan Korea Selatan.

"Daripada 30 mayat yang dibedah siasat setakat 11 pagi ini, sebanyak 22 adalah lelaki dan lapan perempuan," katanya pada sidang akhbar di Hospital Kuala Lumpur di sini.

Dr Jeyaindran berkata, setakat ini, enam mayat telah dituntut oleh keluarga masing-masing manakala proses untuk mengenal pasti identiti mayat lain masih dilakukan.

Unit Forensik HKL dijangka selesai menjalankan proses bedah siasat ke atas tujuh lagi mayat pada tengah hari ini. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Gempa bumi berskala 6.0 landa Mexico

Posted: 21 Aug 2013 12:27 PM PDT

MEXICO CITY 22 Ogos - Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter melanda bandar ini menyebabkan penduduk terpaksa berpindah dari bangunan dan hotel di pusat peranginan Acupulco, semalam.

Pusat Seismologi Kebangsaan berkata gegaran itu berlaku sewaktu orang ramai sedang bersiap ke pejabat dan ke sekolah. Pusat gegaran direkodkan pada kedalaman 17 kilometer dari barat bandar San Marcos di selatan negeri Guerrero.

Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Gempa susulan dilaporkan menyusul 20 minit kemudian pada kedalaman 14 kilometer di timur laut Acapulco dimana batu-batu dari bukit jatuh di jalan utama dan menyebabkan hotel di kawasan tersebut merekah. - AFP

Polis Indonesia tahan suspek cuba bom kedutaan Myanmar

Posted: 21 Aug 2013 12:25 PM PDT

JAKARTA 22 Ogos - Polis Indonesia menahan empat lelaki yang disyaki terlibat dalam rancangan pengeboman kedutaan Myanmar di sini, semalam.

Rancangan pengeboman itu adalah kerana kemarahan masyarakat Islam Indonesia yang semakin meningkat terhadap penindasan etnik Rohingya Myanmar yang kebanyakannya menganut agama Buddha.

Kami menahan empat suspek yang terlibat dalam (rancangan) pengeboman kedutaan Myanmar," kata jurucakap polis kebangsaan, Ronny Sompie sambil menambah kesemua mereka ditahan dalam serbuan antara Sabtu dan Selasa. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Rafizi tarik balik kenyataan fitnah terhadap Zahid Hamidi

Posted: 21 Aug 2013 12:02 PM PDT

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli hari ini menarik balik kenyataan fitnah yang dibuat terhadap Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kononnya Menteri Dalam Negeri itu terlibat dalam transaksi perolehan tanah dan saham oleh Bousted Holdings Bhd. (Boustead).

Menurut Mohd. Rafizi, beliau menarik balik kenyataan salahnya terhadap Ahmad Zahid yang dibuat dalam blognya bertarikh 29 Disember 2012 ekoran penjelasan bekas Menteri Pertahanan itu, tidak menyalahgunakan kuasanya.

Mohd. Rafizi, 36, yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, Ahmad Zahid juga tiada sebarang peranan dalam keputusan Boustead untuk memasuki transaksi bagi perolehan pembangunan tanah dan saham syarikat, Astacanggih Sdn. Bhd. daripada Awan Megah Sdn. Bhd.

Perkara itu dinyatakan oleh Mohd. Rafizi dalam kenyataan bertulis yang dibacakan sendiri olehnya di Mahkamah Tinggi di sini dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh Ahmad Zahid terhadapnya pada 25 Januari lalu.

Sehubungan itu, Mohd. Rafizi menyatakan, beliau tanpa ragu-ragu mengeluarkan atau menarik balik kenyataan salah yang merujuk kepada Ahmad Zahid daripada artikel tersebut tanpa syarat.

Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong yang sepatutnya mendengar perbicaraan, kemudian merekodkan penyelesaian kes setelah Ahmad Zahid menarik balik saman dan menggugurkan tuntutannya terhadap Mohd. Rafizi tanpa sebarang perintah mengenai kos.

Sementara itu, di luar mahkamah, Mohd. Rafizi yang diwakili peguam Razlan Hadri Zulkifli menjelaskan kepada pemberita, beliau tidak membuat sebarang permohonan maaf kepada Ahmad Zahid.

Menurutnya, ketika kenyataan itu dibuat, tiada pegawai kerajaan yang memberikan penjelasan berhubung dakwaannya itu.

"Setelah kenyataan ini dibuat, Ahmad Zahid sebagai Menteri Pertahanan (ketika itu) yang bertanggungjawab memberi penjelasan, menyatakan tidak terlibat dalam penganugerahan kontrak kepada Awan Megah, saya berpuas hati dengan penjelasan tersebut," katanya.

Ujar beliau, itu adalah sebahagian daripada proses pemerhatian awam dan tidak timbul siapa yang salah dalam hal ini kerana itu merupakan proses yang perlu dimainkan oleh pegawai awam.

Ahmad Zahid yang diwakili peguam Datuk Saseedharan Menon sebelum beredar meninggalkan mahkamah, sempat berseloroh ketika pihak media mahu merakamkan gambar beliau bersama Mohd. Rafizi: "Siapa hendak ambil gambar, bayar RM10 juta".

Kedua-duanya dilihat bersalaman sebelum beredar.

Ahmad Zahid selaku pihak plaintif dalam pernyataan tuntutannya menyatakan, Mohd. Rafizi telah menulis dan menerbitkan artikel dalam blognya yang mengandungi perkataan fitnah dan palsu mengenai diri beliau, pejabat serta pekerjaan sebagai Menteri Pertahanan.

Ahli Parlimen Bagan Datoh, Perak itu juga menegaskan, niat sebenar Mohd. Rafizi yang dinamakan sebagai defendan berbuat demikian untuk memburukkan nama dan menghilangkan keyakinan orang ramai terhadapnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Rogol: Buruh dijel 9 tahun, 3 sebatan

Posted: 21 Aug 2013 12:02 PM PDT

KOTA BHARU 21 Ogos - Akibat mengikut kehendak nafsu, seorang buruh berusia 21 tahun terpaksa meringkuk dalam penjara selama sembilan tahun dan dikenakan sebatan tiga kali yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan merogol teman wanitanya, April lalu.

Perbuatan terkutuk lelaki itu disedari setelah mangsa berusia 15 tahun dan tertuduh tertidur di ruang tamu rumah mangsa dan hanya tersedar apabila ayah mangsa mengejutkan remaja itu ke sekolah.

Mohamad Abdul Latif Mamat dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah merogol mangsa di sebuah rumah di Kampung Raja Jalan, Jalan PCB kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 14 April lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Taman Safari Bukit Gambang

Posted: 21 Aug 2013 12:02 PM PDT

Oleh SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFIN
utusanpahang@utusan.com.my

Singa putih menjadi tarikan utama satu-satunya yang dipamerkan di Malaysia dan merupakan taman pertama di Asia yang mempamerkan singa dari spesies tersebut di Taman Safari Bukit Gambang.

KUANTAN 21 Ogos - Pahang dikatakan memiliki segala produk pelancongan yang mampu menawan hati pengunjung tidak kira pelawat tempatan mahupun luar negara.

Keunikan yang terdapat di negeri ini sememangnya menjadi tumpuan kepada pelancong untuk bercuti sama ada bersama keluarga atau rakan.

Tarikan flora dan fauna serta keindahan pantai menjanjikan keseronokan percutian yang lebih bermakna serta sudah tentu meninggalkan kenangan manis kepada mereka.

Jalinan jalan raya yang baik serta Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) turut merancakkan sektor pelancongan bagi memudahkan pergerakan pelawat singgah ke tempat menarik.

Satu lagi tarikan di Pahang khususnya Kuantan adalah Taman Safari Bukit Gambang (TSBG) yang merupakan taman safari terbesar di negara ini.

Berkeluasan kira-kira 55 hektar (138 ekar), TSBG terbahagi kepada lapan zon antaranya Land of Predators, Bird Valley dan Wild Savannah.

Untuk ke sana, pengguna LPT perlu keluar ke Plaza Tol Gambang dan kemudian mengambil susur ke kanan menuju ke taman tersebut.

Taman itu merupakan taman tema kedua dibangunkan oleh Sentoria Group Sdn. Bhd., selepas Taman Tema Air Bukit Gambang yang terletak di Bukit Gambang Resort City di sini.

Bernilai RM82 juta, semasa di peringkat awal, tiga zon telah dibuka di taman itu, Simba Hill', 'Night Jungle' dan 'Foreign Village' manakala fasa berikutnya akan dibuka sepenuhnya kepada orang ramai menjelang akhir tahun ini.

Beberapa zon safari masih lagi dalam pembinaan seperti Forest Land, Land of Predators, Dessert Land dan Bear Mountain yang dijangka siap sepenuhnya pada awal Disember ini.

Selain itu, pihak pengurusan safari juga merancang membina Taman Marin dan Akuatik yang bakal menempatkan hidupan air seperti ikan, penguin dan anjing laut.

Taman safari tersebut akan dibuka setiap hari dari pukul 2 petang hingga 10 malam, manakala Night Jungle bermula 6 petang hingga 10 malam.

Di sebelah petang pula, terdapat pertunjukan oleh pelbagai jenis haiwan dan sebelah malam turut diadakan persembahan pertunjukan api oleh kakitangan taman itu.

Tarikan utama di situ adalah 'Simba Hill' iaitu mengandungi satu-satunya singa putih di Malaysia dan merupakan taman pertama di Asia yang mempamerkan singa dari spesies tersebut.

Pengurus Taman tersebut, Shahrul Hizal Hamid berkata, TSBG mempunyai binatang yang aktif di waktu malam dan akan dilepaskan di kawasan tertentu bagi membolehkan pengunjung menyentuh dan melihat lebih dekat.

"Safari ini mempunyai 454 spesies hidupan liar. Tarikan utama adalah kehadiran singa putih yang merupakan satu-satunya hidupan liar di sini.

"Selain itu, taman ini juga mempunyai kanggaru putih yang agak unik sebagai daya tarikan dan tatapan pengunjung," katanya baru-baru ini.

Tambahnya, antara haiwan menarik lain yang boleh dilihat secara dekat adalah walabi dan 'northern night monkey' yang hampir pupus.

Tiket dijual pada harga promosi berharga RM38 bagi dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah sehingga Disember ini manakala kanak-kanak mempunyai ketinggian di bawah 90 sentimeter adalah percuma.

214 kes denggi di Kuantan

Posted: 21 Aug 2013 12:02 PM PDT

Oleh SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFIN
utusanktn@gmail.com

Dua pegawai Jabatan Kesihatan Pahang memeriksa jentik-jentik pasu bunga semasa mengadakan Ops Gempur Aedes di Indera Mahkota, Kuantan, kelmarin.

KUANTAN 21 Ogos - Sebanyak 214 kes jangkitan demam denggi dikesan di daerah ini dalam tempoh lapan bulan tahun ini yang memerlukan kerjasama orang ramai meningkatkan kebersihan bagi mencegah wabak tersebut daripada merebak.

Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Abu Hassan Shaari berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 50 peratus berbanding dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Menurutnya, bagi mengekang gejala itu, usaha pembasmian pembiakan digerakkan melalui operasi yang diberi nama Ops Gempur Aedes di sini semalam.

Jelasnya, operasi diketuai Pegawai Kesihatan daerah Kuantan, Dr. Amirullah Mohd. Arshad itu melibatkan 45 pegawai kesihatan dari tiga daerah iaitu Kuantan, Maran dan Pekan.

"Operasi itu dibuat bagi meningkatkan tahap kesedaran kesihatan kepada penduduk daerah ini tentang bahaya pembiakan nyamuk aedes," katanya kepada pemberita selepas mengadakan operasi tersebut di Indera Mahkota di sini.

Menurutnya, selain memeriksa kawasan tertentu yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes, sesi penerangan juga diberikan supaya sentiasa menjaga kebersihan khususnya ditempat bertakung.

Dalam operasi itu, sebuah premis penyimpanan kereta potong di Indera Mahkota 1 di sini diberi notis arahan membersihkan kawasan itu sebelum tindakan diambil.

Pegawai Kesihatan daerah Kuantan, Nurul Huda Nordin berkata, pihaknya mengenal pasti lebih daripada tiga tempat pembiakan nyamuk aedes di sekitar premis tersebut.

"Sekiranya pemilik premis ini gagal mengikut arahan maka mereka akan didakwa di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 pindaan 2000 iaitu jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000," katanya.

Katanya, selain premis tersebut, terdapat dua kawasan perumahan dikenal pasti mencatat kes tertinggi di daerah itu iaitu Taman Skyline di Air Putih dan Taman Tunas Jaya di Setali.

10 rumah rosak teruk dilanda ribut

Posted: 21 Aug 2013 12:02 PM PDT

Ahmad Nazlan Idris (kanan) berbual dengan mangsa ribut di Kampung Jerantut Feri, Jerantut, semalam.

JERANTUT 21 Ogos - Sebanyak 10 buah rumah rosak teruk akibat dilanda ribut di Kampung Jerantut Feri di sini, Sabtu lalu.

Seorang mangsa, Rahim Yusuf, 47, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 malam ketika dia bersama tiga anaknya berehat di dalam rumah.

"Tiba-tiba kedengaran guruh kuat dan angin bertiup kencang. Tidak lama selepas itu, sebahagian bumbung rumah saya diterbangkan angin disusuli hujan lebat.

"Kejadian itu berlaku pantas dan kami tidak mampu berbuat apa-apa," katanya di sini baru-baru ini.

Seorang lagi mangsa, Hussin Ahmad, 72, berkata, ketika kejadian mereka sekeluarga tiada di rumah kerana berada di Senawang, Negeri Sembilan untuk berjumpa dengan saudara-mara.

"Kami pulang keesokan harinya dan melihat 12 keping zink di bahagian bumbung hilang dipercayai diterbangkan angin kencang menyebabkan peralatan elektrik rosak akibat dimasuki air hujan," ujarnya.

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, pihaknya akan menghulurkan bantuan berdasarkan kerosakan yang dialami mangsa terbabit.

Pada masa sama tambahnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membantu mangsa untuk meringankan beban mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Peluang bersaing di peringkat global

Posted: 21 Aug 2013 12:02 PM PDT

Oleh ROHAMI SHAFIE
PENULIS ialah Pensyarah Kanan
Perakaunan dan Kewangan
Pusat Pengajian Perakaunan, Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia

Para perwakilan daripada 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam yang menghadiri Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) ketika mengadakan sidang media bersama di Sabah baru-baru ini. Malaysia diwakili oleh Pengarah Kanan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri J. Jayasiri (lima dari kanan).- BERNAMA

PERJANJIAN Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) menjadi topik paling hangat diperkatakan ketika ini. Kritikan demi kritikan dilontarkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di negara kita. Ramai yang bimbang Malaysia akan terperangkap dengan jerat yang dipasang oleh Amerika Syarikat (AS).

TPP adalah satu instrumen perjanjian perniagaan tempias daripada fahaman globalisasi. Sememangnya setiap yang buruk pastinya ada baiknya.

Persoalan-persoalan mengenai sejauh manakah hak Bumiputera dapat dipertahankan jika kerajaan menandatangani TPP adalah perkara pokok yang sering diketengahkan oleh pihak-pihak yang kurang bersetuju dengan TPP. Begitu juga sama ada TPP akan melenyapkan sama sekali industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan yang telah banyak memberi sumbangan besar terhadap ekonomi domestik negara?

Kedua-dua persoalan ini sering menjadi kebimbangan dalam kalangan pengkritik TPP. Sebagai ahli akademik, penulis juga berkongsi kebimbangan tersebut.

Namun, apabila kerajaan bersungguh-sungguh mengatakan bahawa hak Bumiputera tetap dipertahankan di samping IKS tempatan diutamakan, ia menggambarkan bahawa kerajaan tidak meminggirkan hak rakyat Malaysia.

Walaubagaimanapun untuk memastikan kedua-dua isu ini tidak berpanjangan, kerajaan perlu untuk menerangkan kepada rakyat secara jelas terutamanya kepada kaum Bumiputera dan pemain IKS. Selama ini ramai rakyat yang tidak dapat gambaran sebenar apakah itu TPP dan kesannya kepada rakyat. Apabila ini tidak difahami oleh rakyat, maka timbullah pelbagai cerita negatif mengenai TPP.

Lagi pun sepengetahuan penulis, setakat mesyuarat terkini yang diperbincangkan di kalangan ahli-ahli peserta TPP, isu-isu sensitif sebegini belum lagi diperincikan. Dengan kata lain, kerajaan masih mempunyai masa untuk membuat keputusan sama ada benar-benar ingin menyertai TPP atau tidak selagi isu-isu sensitif ini tidak dimuktamadkan. Dalam konteks ini, kerajaan tentu sekali akan berhati-hati dan berwaspada sebelum bersetuju menandatangani TPP.

Mustahil kerajaan akan memberi keputusan yang tidak menguntungkan rakyat selepas rakyat sendiri memberi pelbagai pandangan dan pendapat mengenai TPP. Jika TPP benar-benar dapat memberi manfaat besar kepada rakyat, negara kita sewajarnya menandatangani TPP, namun, jika sebaliknya, pastinya kerajaan tidak akan meneruskan perjanjian tersebut. Apa yang penting, kepentingan dan kebajikan rakyat diutamakan.

Penulis berpendapat kerajaan perlu juga melakukan satu kajian lengkap untuk melihat apakah ekonomi kita akan lebih baik selepas TPP dilaksanakan dengan mengambil kira semua faktor yang berkaitan dengan rakyat. Kajian ini juga sebaik-baiknya dibentangkan kepada rakyat. Platform terbaik untuk dibentangkan adalah ketika pembentangan Bajet 2014 kelak.

Antara kebaikan yang diuar-uarkan ialah TPP pada asasnya memberi ruang kepada barangan dan perkhidmatan dieksport dengan lebih luas lagi. Pasaran ekonomi negara kita terlalu kecil berbanding negara lain. Dianggarkan penduduk Malaysia hanya sekitar 30 juta orang. Dengan adanya TPP, pasaran ekonomi kita akan lebih luas.

Barangan dan perkhidmatan negara kita tidak boleh berada dalam kitaran negara sahaja. Ia perlu "dijual" merentasi negara-negara lain. Sememangnya ekonomi domestik banyak membantu negara pada masa kini, namun pada suatu hari nanti, perniagaan kecil ini juga akan semakin menjadi perniagaan besar.

Tatkala itulah, perniagaan ini perlu mencari pasaran baru. Terlalu bergantung pada pasaran domestik akan membuatkan kita terpaksa bersaing sesama sendiri dalam pasaran yang kecil. Apabila ini berlaku, ada perniagaan yang tidak mampu memasarkan barangan mereka dengan jumlah yang banyak di pasaran tempatan.

Implikasinya, jualan oleh perniagaan tersebut kekal sama dan statik, keuntungan pula tidak mustahil semakin menurun akibat kos operasi semakin meningkat hari demi hari. Maka, jika ini berkekalan, banyak perniagaan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat-syarikat besar seperti GLC dan akhirnya merugikan mereka. Dengan adanya TPP, syarikat-syarikat kecil mempunyai pasaran baru dan begitu juga bagi GLC. Saingan di Malaysia tidaklah begitu ketara di antara syarikat-syarikat tempatan.

Mungkin ada yang berpendapat kita terpaksa bersaing dengan syarikat-syarikat asing yang lebih besar dan akan kalah dengan mereka. Bagi penulis, selagi kerajaan boleh memberi jaminan hak Bumiputera dan IKS tetap dipertahankan, persaingan sihat di antara syarikat tempatan dan asing akan menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Tidak mustahil harga produk dan perkhidmatan akan semakin menurun dengan persaingan yang kompetitif.

Tatkala ini banyak produk dan perkhidmatan kita terlalu dimonopoli sesuatu pihak sehingga menekan pengguna dengan harga yang tinggi. Jaminan kerajaan bahawa harga produk seperti ubat-ubatan tidak naik jika TPP dilaksanakan juga memberi implikasi positif kepada pengguna untuk memilih produk dan perkhidmatan terbaik pada harga yang sama dan tidak mustahil lebih murah selepas TPP dilaksanakan.

TPP juga memberi ruang kepada rakyat kita untuk berkhidmat di luar negara. Itu adalah intipati utama TPP. Penulis mengambil contoh, dalam bidang perakaunan, akauntan Malaysia dibenarkan memberi perkhidmatan di negara-negara yang terikat dengan TPP. Begitu juga dengan akauntan-akauntan di negara berkenaan dibenarkan memberi perkhidmatan di Malaysia.

Pokok pangkalnya jika akauntan Malaysia berdaya saing dan diiktiraf kepakaran mereka, maka mereka mampu memberi perkhidmatan kepada negara-negara TPP. Selama ini banyak diskriminasi dilakukan terhadap pekerja kita yang ingin menawarkan perkhidmatan kepada negara lain.

Sebaliknya, kita sudah lama menawarkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat asing. Sebagai contoh, dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pun terdapat warga asing yang bekerja dengan kita. Penulis difahamkan mereka ini dibayar dengan gaji yang tinggi. Kita telah lama memberi peluang pekerjaan kepada warga asing, namun, adakah rakyat Malaysia diberi peluang yang sama untuk memberi perkhidmatan di negara-negara asing.

Justeru, sudah sampai masanya kita diberi peluang seadil-adilnya untuk menjual kepakaran kita. Apa yang penting, kita perlu menyiapkan diri untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Bersediakah kita?

OIC sukar campur tangan Mesir

Posted: 21 Aug 2013 12:02 PM PDT

Oleh Azmi Hassan

Jemaah masjid bersama gambar bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi pada Perhimpunan Aman membantah kekejaman tentera Mesir terhadap penyokong Morsi selepas solat Jumaat di Masjid Al Fattah, Kuantan, Pahang, baru-baru ini. Kira-kira 500 orang berhimpun di hadapan masjid bagi mengutuk pemerintah Mesir membunuh penyokong bekas Presiden Mesir itu ketika mengadakan bantahan. - BERNAMA

KEPUTUSAN kerajaan untuk memulakan operasi membawa pulang kesemua 3,300 pelajar Malaysia di Mesir adalah manifestasi bagaimana pergolakan yang bermula 3 Julai lepas sudah mencapai kepada tahap yang begitu berbahaya dan tidak menentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan setelah mendapat laporan daripada pasukan pemantau Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang kini berada di bumi bergolak tersebut.

Saya sudah dapat laporan bahawa keadaan di sana menjurus kepada keadaan yang tidak menentu dan mungkin lebih buruk daripada keadaan pada masa ini.

``Oleh itu, pasukan MKN beri pandangan dan nasihat supaya kita mulakan operasi membawa balik pelajar-pelajar yang ingin kembali secara sukarela dan saya bersetuju dengan pandangan tersebut," tegas Najib.

Mungkin ramai rakyat Malaysia tertanya-tanya apakah sesuatu boleh dilakukan untuk sekurang-kurangnya meredakan keadaan supaya ia tidak menjerumus kepada perang saudara seperti yang sedang menimpa Syria.

Keadaan agak meruncing pada ketika ini kerana kedua-dua pihak yang bertembung iaitu tentera Mesir dan Ikhwanul Muslimin mempunyai pegangan pendirian yang begitu berbeza dan ekstrem.

Ikhwanul Muslimin tetap dengan prinsip supaya Mohamed Morsi yang digulingkan dikembalikan kepada jawatan Presiden. Sementara itu, tentera Mesir pula sudah begitu nyata dengan niat untuk menghapuskan Ikhwanul Muslimin sama sekali dengan melabelkan pertubuhan tersebut dan pengikutnya sebagai terlibat dalam aktiviti keganasan.

Mengharapkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melakukan sesuatu dianggap sebagai satu impian yang sukar dilaksanakan kerana kuasa besar seperti Washington, London dan Paris secara tersiratnya mahu melihat Ikhwanul Muslimin hilang pengaruh bukan sahaja di Mesir tetapi di kebanyakan negara Arab lain. Sementara itu, Moscow dan Beijing pula langsung tidak menzahirkan dasar luar mereka terhadap kemelut yang sedang melanda Mesir.

Ada yang menaruh harapan setidak-tidaknya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memanggil mesyuarat khas untuk membincangkan krisis Mesir. Tetapi OIC yang terdiri daripada 56 negara Islam dinilai begitu sukar untuk mencari jalan penyelesaian kerana beberapa negara berpengaruh dalam pertubuhan itu mempunyai pendirian yang agak berbeza di antara satu sama lain.

Negara terbabit telah mengamalkan dasar luar terhadap pergolakan Mesir secara ekstrem iaitu sama ada menyokong tentera Mesir atau Ikhwanul Muslimin.

Seperti mana Jeneral tentera Mesir dan pemimpin Ikhwanul Muslimin sukar untuk bersemuka di meja rundingan kerana mempunyai pendirian yang berbeza, serupa juga dengan beberapa negara ahli OIC sudah berada dalam situasi yang serupa.

Dalam hal ini Najib memberi reaksi bahawa belum ada persetujuan dicapai bagi mengadakan persidangan khas kerana keputusan itu dibuat oleh OIC selepas kerajaan sementara Mesir menyatakan pergolakan di negara itu sebagai isu dalaman mereka. Begitu nyata sekali OIC begitu terikat dan menghadapi kekangan akibat pertembungan dasar luar beberapa negara ahli.

Kemelut yang sedang melanda Mesir pada ketika ini dan juga Syria yang telah berlanjutan buat sekian lama adalah manifestasi kepada kesan perluasan pengaruh yang sedang menular dalam kalangan negara ahli OIC terutama sekali bagi mereka yang mempunyai kemampuan dana kewangan tanpa batasan yang diperolehi dari sumber minyak dan gas.

Seperti mana Tunisia dan Libya yang telah menjadi mangsa perluasan pengaruh, Mesir juga tidak terkecuali menerima kesan fenomena ini. Keadaan yang semakin buruk di Syria dan penyingkiran Morsi tidak keterlaluan jika diandaikan kerana dorongan yang disabitkan oleh beberapa negara ahli OIC.

Perebutan pengaruh dalam kalangan negara Arab seperti Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Jordan, Kuwait, Qatar dan tidak ketinggalan juga Turki dan Iran sebenarnya telah merosakkan kestabilan rantau Arab.

Ketika satu tahun era pentadbiran Morsi, hanya Qatar dan Turki yang banyak menyalurkan bantuan kewangan kepada Mesir kerana Arab Saudi, UAE, Jordan dan Kuwait mentafsirkan kebangkitan Ikhwanul Muslim adalah ancaman kepada kerajaan mereka. Tetapi sebaik sahaja Morsi disingkirkan, negara Arab yang selama ini tidak membantu Mesir telah mengumumkan bantuan kewangan sebanyak AS$12 bilion disalurkan dengan segera kepada Kaherah sebagai membantu kerajaan sementara Mesir.

Malah Riyadh secara terbuka telah mengisytiharkan jika Washington atau negara Eropah lain menghentikan bantuan kewangan kepada kerajaan sementara Mesir, Arab Saudi akan menampung segala kekurangan tersebut. Malah jika hendak dibandingkan dengan AS$1.3 bilion yang disalurkan oleh Washington setiap tahun kepada tentera Mesir, apa yang dijanjikan oleh Riyadh kepada Kaherah adalah jauh lebih lumayan.

Pertembungan dasar luar oleh negara ahli OIC ini menyukarkan lagi Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu untuk mengadakan perbincangan khas mengenai Mesir walaupun banyak negara seperti Iran, Qatar dan Turki telah mengusulkan cadangan tersebut.

Pertembungan dasar luar anggota ahli OIC bukan sahaja memburukkan lagi keadaan di Mesir dan Syria tetapi yang lebih penting adalah perubahan pengimbangan kuasa di rantau Arab akan berlaku dan jika tidak ditangani dengan betul akan membabitkan kestabilan rantau tersebut secara keseluruhannya.

Menjadi harapan bahawa kelebihan yang dimiliki oleh beberapa negara OIC digunakan secara bersama untuk kebaikan dan kestabilan rantau Arab. Mesir dan Syria yang sedang bergolak adalah manifestasi jelas bagaimana bahayanya jika pertembungan ini melarat ke negara lain. Konflik Palestin-Israel juga tidak mungkin akan berjaya mencari penyelesaian jika status-quo Mesir berkekalan. Ini adalah kerana dalam keadaan sebegini hanya satu pihak yang akan menerima manfaatnya, iaitu Israel.

PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Siti Nurhaliza, Faizal, Melly tenaga pengajar AF 2013

Posted: 21 Aug 2013 03:34 AM PDT

Oleh GARRET DAWUM

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Penyanyi popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza akan bergandingan dengan Faizal Tahir dan Melly Goeslaw sebagai tenaga pengajar program Akademi Fantasia (AF) 2013.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, kehadiran tiga bintang ternama itu sebagai pencetus inspirasi kepada para peserta kelak.

"Program kali ini berbeza kerana tidak ada seorang pengetua yang akan membantu dan membimbing para pelajar.

"Sebaliknya kali ini kami menggunakan istilah pengilham yang mana tiga bintang utama itu akan membimbing yang dimulai oleh Faizal untuk konsert tiga minggu pertama, seterusnya Melly dan akhir sekali Siti Nurhaliza," katanya ketika sidang akhbar AF 2013 di sini, hari ini.

Lain-lain tenaga pengajar yang akan memberi khidmat kepada para peserta adalah Shafizawati Sharif sebagai guru vokal, Alam Wakaka dan Suhaili sebagai koreografer serta Fizz Fairuz sebagai guru seni persembahan.

Sementara itu, seramai 24 orang peserta bakal diperkenalkan dalam tayangan Konsert Prelude Top 24 pada 6 September ini sebelum Konsert Prelude Top 12 pada 7 September yang bersiaran secara langsung pada pukul 9 malam di Astro Ria. - UTUSAN ONLINE

Yazid Serach tidak raih simpati

Posted: 21 Aug 2013 02:36 AM PDT

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Apa yang berlaku adalah salah faham. Pemain dram kumpulan Search, Yazid Ahamd, 52, tidak pernah meminta simpati orang ramai kerana penyakitnya itu.

Yazid yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak 10 Ogos lalu berkata, dia terkilan apabila dituduh menggunakan kesakitan dialaminya iaitu sakit buah pinggang untuk meraih simpati berbentuk kewangan daripada orang lain.

"Orang salah faham sebenarnya. Sebagai seorang pemuzik, saya banyak bergaul dengan ramai orang dan mengenali ramai orang.

"Apabila saya sakit, mereka datang untuk menziarah saya sebagai menjaga hubungan sesama rakan dan menghulurkan sumbangan. Itu sahaja, tapi orang sudah menganggap saya seperti meminta," katanya yang ditemui di wad Urologi dan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini hari ini.

Menurut Yazid, dia boleh pulang ke rumah bila-bila masa sahaja jika ubat yang diberikan kepadanya ketika ini berkesan.

"Alhamdulillah, setakat ini kesihatan saya semakin pulih. Doktor kata saya tinggal lagi satu ubat sahaja dan jika ubat itu berkesan, saya boleh pulang ke rumah," jelasnya. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Ditipu rakan Internet

Posted: 20 Aug 2013 10:42 PM PDT

JIKA diikutkan kejadian penipuan melalui laman-laman sosial memang sudah banyak berlaku dan sudah banyak pula dilaporkan mengenainya di dada akhbar mahupun media elektronik.

Namun, itu belum tentu membuka mata semua pihak tentang keadaan berkenaan yang mana masih ramai yang menjadi mangsa penipuan laman sosial terutamanya wanita yang dilabelkan sebagai kesunyian.

Begitu yang terjadi terhadap Hendrani (bukan nama sebenar), seorang wanita kelahiran seberang namun sudah mendapat pemastautin tetap di sini.

Dia mula berjinak-jinak dengan laman sosial sejak dua tahun yang lalu selepas ditakdirkan berpisah dengan teman lelakinya.

Biarpun sudah menjangkau usia 40-an, Hendrani sebenarnya masih belum berumahtangga mungkin kerana masih belum sampai jodohnya. Pun begitu dalam keadaan umur yang sebegitu, Hendrani sudah berpacaran dengan lebih daripada seorang kenalan lelaki.

"Saya mengakui memang lambat untuk mendapatkan cinta sang pria, tetapi saya ingin juga mencuba mana tahu masih ada yang suka dengan diri saya," katanya ketika ditemui di sebuah pusat membeli-belah di kota raya, baru-baru ini.

Hendrani bukanlah rakan atau teman lama, namun hatinya tergerak untuk berbicara mengenai keadaannya apabila berjumpa kali pertama.

Bertugas sebagai seorang promoter di pasar raya besar, dan tidak mempunyai banyak tanggungan, menyebabkan Hendrani dapat mengumpul wang sedikit sebanyak untuk kegunaannya pada masa hadapan.

Hendrani bukanlah seorang wanita yang dikategorikan sebagai menawan, tetapi tutur katanya yang lembut membayangkan dia juga mempunyai perwatakan yang menarik.

Bercerita lanjut, Hendrani menambah lelaki yang dikenalinya melalui saluran laman sosial sejak enam bulan lalu mungkin menjadi antara penyebab berasa girang seketika memandangkan hatinya mula terisi.

"Dia memperkenalkan dirinya sebagai seorang pekerja kontrak tempatan dan masih bujang berusia lewat 30-an. Dia juga menceritakan keadaan dirinya yang sebelum ini turut terkesan dengan kehilangan seorang wanita dalam hidupnya yang pergi untuk selamanya dalam satu kemalangan maut.

"Dakwanya, sejak kemalangan itu, dia tidak mahu lagi berkenalan dengan mana-mana wanita lagi memandangkan enggan merelai erti perpisahan.

"Dia memberitahu, perkenalannya dengan saya sedikit sebanyak memberi ketenangan memandangkan ciri-ciri yang ada pada saya bersamaan dengan apa yang arwah teman wanitanya tunjukkan," jelasnya panjang lebar.

Kata Hendrani, hari demi hari berlalu setiap hari dia akan saling berbalas e-mel dan ayat-ayat di dalam laman sosial dengan lelaki berkenaan yang dipanggil Din tanpa ada perasaan curiga.

Hatinya yang kosong, kini semakin terisi dek hebatnya kata-kata si Din yang saban hari asyik memuji dirinya.

"Apa yang dimusykilkan setiap kali saya mengutarakan bilakah mereka berdua akan bersemuka, Din banyak mengelak dengan memberi pelbagai alasan.

"Tetapi saya tidak mengesyaki apa-apa memandangkan saya pun belum bersedia sepenuhnya untuk bertemunya," jelas Hendrani.

Kata Hendrani, dia mula membaca e-mel daripada Din yang meminta dia memasukkan wang ke dalam akaunnya kerana dia kekurangan duit akibat kontraktornya lambat memberi gaji kepadanya pada bulan itu.

Pada mulanya, Hendrani tidak percaya dan enggan memasukkan sebarang duit dan bertegas mahu berjumpa dengan Din.

Din bersetuju. Tiba harinya Hendrani pun pergi ke tempat yang dijanjikan. Hampir satu jam Hendrani menunggu namun kelibat Din tidak juga ada.

"Tetapi saya terperanjat apabila seorang wanita berusia pertengahan 30-an tampil dan meminta duit itu daripada saya dengan alasan Din tidak dapat datang kerana kontraktornya tidak mengizinkan.

"Pada mulanya saya tidak setuju. namun apabila menerima panggilan daripada Din, menyatakan kenapa dia tidak boleh hadir pada hari itu saya berlembut hati untuk memberinya wang berkenaan.

"Mujur saya tidak memberikan semuanya kerana masih was-was. Apabila ditanya siapakah wanita itu Din menyatakan wanita berkenaan adalah adik iparnya," kata Hendrani.

Setelah dua minggu Din mula bijak mengatur langkah dengan meminta duit saya sekali lagi dengan memberikan alasan adik iparnya sakit dan perlukan duit untuk buat rawatan.

"Saya tidak tahu bagaimana pertimbangan saya ketika itu dan terus bersetuju untuk membantunya kerana amaun yang diminta tidak banyak.

"Kali ini saya menyalurkannya terus melalui akaunnya. Seterusnya beberapa kali juga dia meminta saya mendahulukan wang untuknya dan berjanji untuk membayarnya.

"Memandangkan jumlah yang dia kehendaki tidaklah banyak, saya boleh memberinya memandangkan duit gaji saya cukup untuk dibuat simpanan," jelas Hendrani.

Setelah beberapa kali menerima duit, Hendrani menyedari Din sudah mula jarang berbual secara maya dengannya. Malah laman sosialnya juga tidak aktif seperti selalu.

Hari demi hari menunggu, Hendrani tetap tidak menerima perkhabaran daripada Din, malah talian telefon juga ditamatkan perkhidmatannya, begitu juga dengan nombor akaunnya.

"Masa itu saya menyedari saya telah kena tipu. Duit yang saya beri kepada Din biarpun tidak banyak, namun dengan jumlah itu sekiranya disimpan lebih memberi faedah daripada diberi pada orang yang tidak pandai menghargai," jelas Hendrani.

Kata Hendrani, selama ini bukannya dia tidak sedar mengenai kes-kes penipuan yang berlaku di laman sosial tetapi dia pun tidak tahu bagaimana dia juga boleh terkena dengan kata-kata manis lelaki berkenaan yang telah mencuri hatinya yang kosong selama ini.

"Di sini saya ingin berikan nasihat, berhati-hati apabila berkenalan dengan kenalan menerusi laman sosial.

"Mujur saya terkena bukannya dengan jumlah duit yang besar sebagaimana kes-kes lain. Namun percayalah sakit hati selepas kita tahu kita telah kena tipu adalah lebih sakit daripada putus cinta secara biasa," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Ganti kepada yang lebih berkualiti

Posted: 20 Aug 2013 11:09 AM PDT

OLEH SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menggantikan lif-lif lama kepada lif baharu yang lebih tahan lasak dan berkualiti tinggi di semua kawasan perumahan bertingkat di bawah penyeliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, beliau sangat mengalu-alukan peruntukan sehingga RM31.5 juta yang disediakan oleh DBKL bagi menggantikan lif-lif yang penggunaannya telah menjangkau 10 sehingga 15 tahun.

"Tetapi mereka (DBKL) hendaklah memastikan lif itu tidak sekadar lif baharu tetapi yang lebih penting mestilah lebih tahan lasak, lebih berkualiti dan mempunyai pelbagai ciri keselamatan yang lebih tinggi termasuk pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV).

"Ini supaya lif-lif baharu tidak akan mengalami nasib yang sama seperti lif lama apabila kualiti yang ada tidak mampu menahan sebarang perbuatan vandalisme dan lain-lain perbuatan yang boleh menjahanamkan lif tersebut walaupun masih baharu.

"DBKL harus membuka tawaran kepada syarikat-syarikat penyediaan lif supaya mendapatkan lif yang lebih menepati keperluan kawasan perumahan padat, yang lazimnya kadar penggunaannya sangat tinggi dan membawa begitu ramai orang setiap masa berbanding penggunaan lif di lain-lain premis seperti di pejabat atau pusat-pusat perniagaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini mengenai masalah lif rosak yang kerap berlaku di kawasan-kawasan perumahan terutamanya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA).

Akibat tidak disenggarakan dengan baik kesan dari perbuatan vandalisme penghuni perumahan itu sendiri telah menyebabkan berlakunya tragedi sehingga meragut nyawa.

Lam Thye berkata, adalah lebih penting juga supaya DBKL sentiasa memantau dan memastikan para pengguna dan syarikat penyenggara lif menjadikan lif itu sebagai 'anak angkat' yang sentiasa dijaga dengan baik.

"Walaupun telah terdapat arahan, skop dan prosedur penyenggaraan daripada DBKL, yang kesemua tanggungjawab itu mesti dipenuhi pihak penyenggara lif, namun lebih kerap lif dipantau maka itu adalah lebih baik di samping tidak pernah terlewat sedikit pun (daripada jadual) untuk tujuan penyenggaraan dan membaiki lif yang rosak," katanya.

Menurutnya lagi semua pihak mesti mengambil iktibar dan pengajaran sepenuhnya daripada tragedi yang menimpa pelajar Khairul Amir Azri Lani yang mati tersepit akibat lif rosak dalam kejadian yang berlaku pada 17 Julai lalu.

"Kita tidak mahu sama sekali kejadian seperti ini berulang kembali atau mengundang padah terutama kepada semua penghuni tanpa mengira latar belakang, umur dan kedudukan supaya mereka menjadi pengguna lif yang baik dan bertanggungjawab demi kemudahan dan kebaikan kepada diri mereka sendiri," katanya.

Kerajaan Pusat perkasa pembangunan Selangor

Posted: 20 Aug 2013 11:09 AM PDT

NOH Omar (kiri) mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor di Pejabat Pembangunan Negeri Selangor di Shah Alam, Selangor semalam.

SHAH ALAM 20 Ogos - Kerajaan Persekutuan akan memperkasakan pelaksanaan projek dan program pembangunan untuk rakyat Selangor ekoran sikap kerajaan negeri yang disifatkan kurang memberi tumpuan dalam soal itu meskipun telah memasuki penggal kedua mentadbir negeri ini.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS), Datuk Seri Noh Omar berkata, usaha itu akan dibuat melalui penglibatan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta tiga Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dilantik sebagai pengerusi penyelaras pelaksanaan program dan projek Kerajaan Persekutuan di negeri ini.

Kata beliau, setiap pengerusi penyelaras yang dilantik akan memainkan peranan masing-masing membantu 44 jabatan termasuk agensi Kerajaan Persekutuan di Selangor bagi memastikan setiap projek serta program pembangunan yang dilaksanakan Kerajaan Pusat sampai kepada rakyat dan memberi manfaat kepada pembangunan negeri ini.

"Matlamat kita ialah untuk memastikan semua peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat di Selangor ini benar-benar dapat dilaksanakan dan memberi kesan kepada pembangunan negeri.

"Kita harapkan rakyat Selangor dapat melihat, menilai dan menghargai sumbangan yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat walaupun negeri ini ditadbir oleh pembangkang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MTPNS di sini hari ini.

Noh berkata, rakyat Selangor perlu jelas bahawa pembangunan selama ini sebenarnya banyak disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan yang bukan hanya melibatkan fizikal malah turut melibatkan usaha memperbaiki taraf hidup setiap lapisan masyarakatnya.

Menurutnya, pada tahun 2012 sahaja, Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion untuk pembangunan di Selangor berbanding kerajaan negeri yang hanya membelanjakan sebanyak RM494 juta untuk tujuan yang sama.

Katanya, pola yang sama turut berlaku pada tahun ini apabila Kerajaan Pusat menyalurkan RM2.8 bilion untuk membangunkan negeri dan rakyat Selangor menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) berbanding daripada kerajaan negeri yang hanya memperuntukan RM633 juta.

"Perangkaan itu termasuk usaha Kerajaan Pusat meningkatkan taraf hidup rakyat di Selangor dengan sebanyak 12,677 keluarga telah berjaya dikeluarkan daripada kepompong kemiskinan," katanya.

Mengulas lanjut mengenai fungsi MTPNS serta peranan pengerusi penyelaras pelaksanaan pembangunan Kerajaan Pusat di Selangor, Noh berkata, perhatian penuh akan diberikan terhadap mana-mana projek atau program terbengkalai, lewat disiapkan atau terpaksa ditender semula.

Beliau menegaskan, projek Kerajaan Pusat di negeri ini harus dilaksanakan dengan sempurna dan telus termasuk dari segi pemberian projek yang diwajibkan dibuat secara tender terbuka dan bukannya rundingan terus.

"Tujuan MTPNS dan kewujudan pengerusi penyelaras pelaksanaan projek pembangunan Kerajaan Pusat bukan untuk menyekat peruntukan di negeri ini. Sebaliknya kita mahu memastikan apa yang dirancangkan kepada rakyat benar-benar dapat dilaksanakan.

"Kita tidak mahu wujud keadaan di mana Kerajaan Pusat salurkan peruntukan untuk pembangunan negeri dan rakyat Selangor tetapi tidak digunakan untuk tujuan itu sebaliknya disimpan atau digunakan untuk tujuan lain.

"Buat masa ini projek dan program pembangunan Kerajaan Pusat akan ditumpukan di 12 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi oleh BN termasuk melaksanakan janji-janji yang dibuat oleh wakil rakyat yang memenangi kawasan tersebut pada pilihan raya umum lalu," katanya.

Sukarnya nak ke pasar TTDI

Posted: 20 Aug 2013 11:09 AM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

ORANG ramai meletakkan kenderaan di atas jalan akibat kekurangan tempat letak kereta di Pasar Besar TTDI, Kuala Lumpur. - UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Untuk mendapatkan petak letak kereta apabila berkunjung ke Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) bukanlah satu kerja mudah, terutama pada hujung minggu.

Malah ada jenaka yang dikaitkan dengan pasar itu iaitu 'hanya kerana sekilo ikan terpaksa berpusing-pusing selama sejam hanya untuk meletakkan kereta'.

Rasa tak berbaloi dengan masa yang terbuang di dalam kereta dengan jumlah barangan yang dibeli.

Namun hakikat itu terpaksa ditempuh oleh penduduk berdekatan pasar berkenaan kerana petak letak kereta yang sangat tidak memadai bagi jumlah pengunjung, terutama pada Sabtu dan Ahad. Keadaan akan semakin teruk menjelang hari perayaan.

Sehubungan itu Persatuan Peniaga Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membina tempat letak kereta bertingkat bagi memudahkan orang ramai untuk berkunjung ke pasar berkenaan.

Persatuan itu turut meminta agar DBKL menyerahkan semula pengurusan tempat letak kereta itu kepada pihak mereka.

Pengerusinya, Jenny Loo berkata, pihaknya sedang dalam usaha mendapatkan status koperasi bagi membolehkan mereka mengambil alih pengurusan tempat letak kereta di pasar tersebut.

"Oleh itu kami minta jasa baik DNKL supaya tidak menyerahkan pengurusan tempat letak kereta kembali kepada syarikat swasta yang kontrak mereka akan habis pada akhir Ogos ini.

Menurutnya, kekurangan tempat letak kereta itu diburukkan lagi dengan tindakan pekerja premis berhampiran yang meletakkan kereta mereka di tempat letak kereta pasar itu.

"Usaha ini adalah bagi menjamin pengunjung pasar ini mudah untuk meletak kenderaan mereka kerana ketika ini kami lihat ramai orang luar yang kerja di syarikat berhampiran meletak kenderaan mereka di dalam bangunan pasar," katanya.

Sementara itu, timbalan pengerusinya, Mohd. Zaini Zainal Abidin berkata, DBKL perlu membina tempat letak kereta bertingkat di pasar tersebut memandangkan yang ada kini tidak dapat menampung keperluan.

"Ketika hari minggu keadaan akan bertambah buruk, jalan menjadi sesak sehingga ke jalan besar.

"Pengunjung pula terpaksa meletak kenderaan mereka di bahu-bahu jalan. Ini menimbulkan risiko kereta dipecah orang atau dilanggar kerana terlalu hampir dengan jalan raya," katanya.

Pandangannya diakui oleh Jenny yang menggesa agar pihak berkuasa mengawal selia keadaan trafik di situ pada hari-hari yang dikenal pasti berlaku kesesakan teruk.

"Polis trafik perlu turun padang untuk pantau jika jalan sesak kerana keadaan itu akan menyukarkan pengguna lain untuk menggunakan laluan yang sama," katanya.

Dalam pada itu, Jenny meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memantau kegiatan anak-anak yatim yang meminta wang daripada orang ramai di pasar itu.

"Saya bimbang mereka ini dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu yang menggunakan mereka untuk mendapatkan keuntungan," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


TNB kesan 2,270 kes curi elektrik

Posted: 20 Aug 2013 11:09 AM PDT

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 20 Ogos - Sebanyak 2,270 kes kecurian elektrik telah direkodkan sepanjang September tahun lalu hingga Jun lalu dengan melibatkan kerugian kira-kira RM15 juta di negeri ini.

Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) negeri, Datuk Ir. Mohd. Aminuddin Mohd. Amin berkata, kesemua kes tersebut melibatkan jenis perniagaan kecil dan sederhana serta kilang.

Beliau berkata, antara kawasan yang mencatatkan purata kejadian kecurian elektrik tertinggi ialah Johor Bahru, Johor Jaya dan Pasir Gudang yang merupakan kawasan industri, membangun dan banyak pusat hiburan.

"Kita boleh tahu penggunaan sesebuah premis dengan melihat pada 'remote metering system' biarpun meter berada di premis tersebut tetapi kita boleh akses meter itu dari jarak jauh dan dengan kaedah tersebut kita boleh tahu penggunaan mereka konsisten atau tidak.

"Kebanyakan yang berani mencuri elektrik ini ialah kilang ais, stesen minyak, bengkel, pusat hiburan dan kafe siber. Malah ada yang tegar mengulang perbuatan yang sama biarpun telah dikenakan tindakan sewajarnya oleh TNB mahupun diheret ke muka pengadilan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Mohd. Aminuddin berkata, bagi kesalahan mencuri elektrik tersebut, pesalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990 kerana mengganggu meter dan menggunakan elektrik secara haram yang memperuntukkan hukuman penalti sehingga RM100,000 atau penjara minimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

"Sehubungan itu, kerjasama orang awam sangat dialu-alukan dalam membanteras jenayah. Orang ramai diminta segera memaklumkan kepada pihak polis sekiranya terdapat sebarang keadaan mencurigakan," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya sedang merancang memperluaskan penggunaan kios pembayaran ke seluruh cawangan TNB negeri ini termasuk di Segamat, Pontian, Kota Tinggi, Mersing dan Ledang pada masa akan datang.

Hingga kini terdapat enam kios pembayaran yang ditempatkan di Pusat Khidmat Pelanggan TNB di Wisma TNB, Johor Bahru; Johor Jaya, Kulaijaya, Kluang, Batu Pahat dan Muar.

"Pembukaan kiosk ini bertujuan memudahkan pelanggan dalam urusan pembayaran bil selain membantu mengurangkan tempoh menunggu di kaunter-kaunter Pusat Khidmat Pelanggan TNB.

"Kios yang mesra pengguna ini beroperasi mengikut waktu pejabat dan sekiranya sambutan yang diterima menggalakkan, kita akan lanjutkan hingga tujuh hari seminggu termasuk cuti umum dengan waktu operasi bermula pukul 8.30 pagi hingga 10 malam," katanya.

Tetap terima peruntukan walaupun pembangkang

Posted: 20 Aug 2013 11:09 AM PDT

NUSAJAYA 20 Ogos - Kerajaan negeri memberi jaminan rakyat negeri ini tetap akan menerima peruntukan pembangunan sewajarnya meskipun kawasan mereka dimenangi oleh parti pembangkang.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) boleh mengemukakan permohonan bagi mendapatkan peruntukan khas daripada Pejabat Menteri Besar.

Beliau berkata, sebelum ini peruntukan itu disalurkan melalui pegawai khas yang dilantik di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pembangkang.

"Sekarang ini semua ADUN boleh kemukakan permohonan dan saya akan berikan pertimbangan sewajarnya khususnya kepada mereka yang memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri," katanya pada sidang DUN Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Pelancongan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, hingga kini terdapat 10 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah diwujudkan di negeri ini dan jumlah itu akan ditambah pada masa akan datang.

Beliau berkata, dua daripadanya terletak di Johor Bahru dan masing-masing satu di Pasir Gudang, Muar, Pontian, Kota Tinggi, Segamat, Mersing, Tangkak dan Kluang.

"Sambutan terhadap KR1M sangat menggalakkan kerana barangan yang ditawarkan 50 peratus lebih murah berbanding harga pasaran dengan tawaran 250 barangan di bawah jenama KR1M.

"Kerajaan juga mengeluarkan produk Co-op 1Malaysia untuk dipasarkan di koperasi-koperasi berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan tawaran harga antara 30 hingga 40 peratus lebih murah berbanding harga pasaran," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved