Ahad, 27 November 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Kehadiran pemerhati dihadkan

Posted:

Kehadiran pemerhati dihadkan

Kehadiran pemerhati dihadkan

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 27 Nov. - Jumlah pemerhati yang dibenarkan untuk memasuki Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di mana berlangsungnya Perhimpunanan Agung UMNO kali ini akan dihadkan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah itu bagi memberi laluan kepada perwakilan UMNO yang dipilih untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

Beliau berkata, ia selepas seramai 191 setiausaha bahagian dipilih secara automatik menjadi perwakilan menerusi pindaan perlembagaan parti yang dibuat pada Perhimpunan Agung Khas UMNO 2009.

"Ramai yang akan hadir untuk saksikan persidangan itu tetapi kerana dewan itu terlalu penuh untuk menampung kehadiran 3,000 orang maka kita akan hadkannya kepada pemerhati.

"Bagaimanapun, mereka masih boleh mengikuti sesi perbahasan tersebut yang akan disiarkan secara langsung di Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr. Ismail," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Khatan Beramai-ramai dan program Rakan Alam Sekitar di sini, hari ini.

Pada majlis itu seramai 130 kanak-kanak sekitar Putrajaya dikhatankan menggunakan kaedah smart clamp.

Dalam pada itu, Tengku Adnan mengingatkan para pembahas perhimpunan kali ini supaya berbahas secara rasional dan tidak menyakiti perasaan kaum lain.

"Kita sedar sebagai parti berasaskan bangsa, soal berkaitan kepentingan bangsa Melayu akan dibangkitkan.

"Dalam masa sama, kita juga tidak hadkan apa jua tajuk perbahasan tetapi jangan sakiti hati orang lain dan jaga sensitiviti semua," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

KULN perlu guna kelebihan bantu pelajar Malaysia

Posted:

KULN perlu guna kelebihan bantu pelajar Malaysia

KULN perlu guna kelebihan bantu pelajar Malaysia

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Kelab UMNO Luar Negara (KULN) perlu menggunakan kelebihan yang dimiliki untuk menjadi pihak pertama membantu para pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara sekiranya mereka berhadapan sebarang masalah.

Menteri Belia dan Sukan yang juga Pengerusi KULN, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, ini kerana kelab itu mempunyai rangkaian yang begitu pantas dan berkesan bagi menghulurkan bantuan dengan segera kepada pelajar Malaysia tanpa mengira kaum dan latar belakang.

"Rangkaian mereka dari segi menghubungi pelajar satu dunia lebih kuat,kerajaan pun tak dapat mengatasinya, maknanya kerajaan ada Jabatan Penuntut misalnya di United Kingdom mungkin hanya dua atau tiga (orang)...manakala sistem kedutaan hanya wujud di ibu kota.

"Tapi KULN ada 74 di satu dunia, di bandar-bandar kecil pun ada, sekecil-kecil St Petersburg (Russia) pun ada," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kursus Kepimpinan KULN: 'Transformasi KULN', di sini semalam.

Ahmad Shabery berkata, jika dahulu KULN yang bertindak sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seringkali dianggap sebagai agenda politik tetapi kini persepsi itu sudah semakin berubah apabila peranannya kepada pelajar Malaysia semakin terserlah.

Terdahulu semasa berucap, Ahmad Shabery menggesa para pelajar Malaysia di luar negara supaya meneruskan usaha menimba pengetahuan serta pengalaman untuk menjadi pemimpin yang disegani serta berkualiti berdasarkan prinsip perjuangan yang diamalkan UMNO sendiri.

Katanya, semua ahli KULN juga seharusnya menghayati konsep transformasi negara yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia bagi membolehkan mereka berhadapan dengan cabaran dunia yang semakin liberal dalam banyak perkara.

"Sekarang mereka perlu lebih bersedia untuk mempunyai kelebihan dan kekuatan dari segi intelektual, dari hujah, gerak kerja, kebajikan dan juga kepimpinan," katanya.

Beliau berkata, proses itu juga akan menjadikan generasi muda pada hari ini sebagai pemimpin yang diyakini rakyat Malaysia tanpa perlu lagi hanya bergantung harap kepada pemimpin generasi terdahulu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Lagi letupan di pusat beli-belah

Posted:

Lagi letupan di pusat beli-belah

Lagi letupan di pusat beli-belah

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my


KEADAAN restoran Noodle Station di pusat beli-belah Maju Junction yang separuh musnah dipercayai akibat kebocoran gas memasak di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 27 Nov. - Dua bulan lalu, negara pernah digemparkan dengan insiden letupan di pusat beli-belah Empire Gallery di Subang Jaya dekat sini, berpunca daripada kebocoran gas memasak di sebuah restoran di situ.

Malam tadi, satu lagi kejadian letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas berlaku di restoran Noodle Station yang terletak bersebelahan pintu masuk utama pusat beli-belah Maju Junction di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.

Mujurlah insiden kali ini tidak mengakibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa kepada orang ramai yang berada di sekitar kawasan pusat beli-belah terbabit kerana ia berlaku kira-kira sejam selepas semua premis perniagaan di bangunan itu menutup operasi.

Namun, letupan kuat itu mengejutkan orang ramai yang sedang menjamu selera di sebuah restoran terletak kira-kira 200 meter di seberang jalan, manakala serpihan dinding kaca restoran pecah berderai dan tercampak sehingga di atas jalan raya.

Letupan mengakibatkan bangunan restoran Noodle Station itu hampir musnah keseluruhannya. Dua lagi restoran terletak bersebelahan iaitu Starbuck dan Pizza Hut bagaimanapun tidak mengalami kerosakan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, orang awam memaklumkan kejadian itu kepada pihaknya pada pukul 11.25 malam tadi.

Beliau berkata, seramai 30 anggota dari Balai Balai Bomba dan Penyelamat Chow Kit termasuk anggota Pasukan Khas Tindakan Bahan Berbahaya (Hazmat) serta forensik kebakaran tiba di lokasi kejadian dalam tempoh tujuh minit.

Katanya, siasatan percaya letupan adalah berpunca dari sistem saluran gas petroleum cecair (LPG) di dapur restoran yang terletak bersebelahan pintu utama pusat beli-belah itu yang menghadap ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.

"Letupan menyebabkan tingkap atau cermin bahagian restoran pecah dan serpihannya tercampak di atas jalan raya.

"Tiada kemalangan jiwa dan pihak bomba telah menjalankan siasatan melalui Unit Forensik Bomba untuk mengesahkan punca letupan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini pagi ini.

Pada 28 September lalu, penghuni pangsapuri studio dan hotel di kompleks bangunan beli-belah Empire Gallery, gempar apabila berlaku letupan kuat dari saluran gas memasak yang menyebabkan kerosakan enam tingkat bangunan dan mencederakan empat mangsa yang berada berhampiran.

Menurut Azizan, pihaknya akan menyiasat sama ada insiden terbabit berpunca akibat kecuaian manusia yang terlupa untuk menutup injap saluran gas memasak dengan betul atau masalah teknikal.

Full content generated by Get Full RSS.

Letupan disangka gempa bumi - saksi

Posted:

Letupan disangka gempa bumi - saksi

Letupan disangka gempa bumi - saksi

KUALA LUMPUR 27 Nov. - "Letupan itu membuatkan saya takut kerana restoran tempat kami makan bergegar seperti dilanda gempa bumi," kata seorang saksi letupan restoran Noodle Station di pusat beli-belah Maju Junction di sini malam tadi.

M. Premila, lingkungan 20-an berkata, dia sedang menjamu selera di sebuah restoran yang terletak kira-kira 200 meter dari bangunan Maju Junction ketika restoran bersebelahan pintu masuk pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman itu meletup pada pukul 11.20 malam.

Menurut Premila, dia bersama kira-kira 50 pengunjung restoran yang lain terkejut apabila mendengar bunyi letupan kuat disusuli gegaran.

"Kami berasa sangat terkejut dan takut kerana kejadian berlaku macam gempa bumi," katanya.

Premila memberitahu, selepas letupan itu, dia dan pelanggan lain menuju ke tempat kejadian dan ternampak serpihan kaca bertaburan manakala bangunan restoran Noodle Station sudah pecah.

Katanya, suasana di tempat letupan waktu itu kelam-kabut dan kelihatan asap tebal dan api dalam bangunan restoran berkenaan.

Seorang lagi saksi, S. Yogeswaran, 20, berkata, dia sedang menjamu selera di restoran yang sama bersama kakaknya semasa insiden tersebut.

"Ketika saya sedang makan kira-kira pukul 11.20 malam, kami dikejutkan dengan bunyi letupan kuat.

"Saya dan kakak pergi melihat apa berlaku dan mendapati pasukan Bomba dan Penyelamat tiba dulu di tempat kejadian selain polis," katanya.

Yogeswaran berkata, pada masa sama, dia melihat anggota keselamatan pusat beli-belah itu turut membawa air untuk membantu memadam kebakaran.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Benarkah wujud jurang maklumat?

Posted:

Benarkah wujud jurang maklumat?

Benarkah wujud jurang maklumat?

Oleh AZMY MOHAMED
pendidikan@utusan.com.my

KES pemotongan bayaran awal bantuan persekolahan yang berlaku di beberapa buah sekolah menimbulkan persoalan apakah wujud jurang maklumat antara sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)?

Sebuah sekolah di Keramat, Kuala Lumpur telah membuat potongan awal bantuan tersebut bagi kegunaan bayaran tahunan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) manakala sebuah sekolah di Sabah pula melakukan perkara yang sama bagi melunaskan yuran komputer lebih awal.

Lebih mengecewakan ialah sebelum insiden tersebut dilaporkan, di Selangor turut berlaku keengganan pihak sekolah untuk membuat bayaran kepada ibu bapa pelajar yang berada di Tahun 6 kerana mengandaikan bahawa mereka akan mendapat bayaran semasa berada di Tingkatan 1 tahun depan di sekolah lain. Pada 2012 hanya murid tahun 1 sahaja yang akan menerima bantuan khas RM100 itu.

Dari perspektif KPM perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana sejak 4 November lalu peruntukan tersebut telah dimasukkan ke akuan sekolah bagi membolehkan para pelajar menerimanya sebelum cuti sekolah bermula.

Malah sebelum itu beberapa taklimat turut diberikan kepada pengetua dan guru besar bahawa bantuan awal persekolahan tersebut hendaklah diberikan sepenuhnya tanpa sebarang pemotongan walaupun murid terbabit berhutang dengan pihak sekolah.

Sekiranya pihak sekolah ingin menuntut sebarang hutang atau yuran tertunggak daripada pelajar, perbincangan hendaklah dibuat supaya satu persetujuan dicapai tetapi bukannya dengan cara memotong wang bantuan tersebut.

Pada dasarnya, guru besar atau pengetua tidak dibenarkan membuat potongan.

Perbezaan tafsiran ketika melaksanakan sesuatu arahan, walaupun arahan itu telah diturunkan secara jelas, masih berlaku. Keadaan ini menyebabkan ramai yang tertanya-tanya bagaimana satu arahan boleh menjadi lebih banyak tafsiran? Apakah kaedah komunikasi yang digunakan tidak berkesan?

Jawapannya ialah kerana ada segelintir guru besar dan pengetua memberikan alasan kerana perkara tersebut sudahpun diputuskan oleh PIBG dalam mesyuarat tahunannya, maka ibu bapa tidak seharusnya merungut.

Sewaktu keputusan itu dibuat, tidak ramai ibu bapa yang hadir dan apabila hendak dilaksanakan, maka ramailah ibu bapa tidak berpuas hati.

Setiap kali permulaan penggal sekolah, rungutan demi rungutan mengenai bayaran tambahan yang dikenakan oleh pihak sekolah menjadi perhatian masyarakat walaupun secara jelasnya KPM telah memansuhkan semua yuran-yuran yang dahulunya terpaksa dibayar oleh pelajar seperti yuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), yuran peperiksaan dan sebagainya.

Belum pun sekolah bermula, ada sekolah telah memberitahu bahawa setiap pelajar mesti membayar sejumlah wang bagi membolehkan beberapa aktiviti sekolah terus berjalan seperti biasa.

Hal ini akan menyebabkan ibu bapa terus beranggapan, sekolah masih mengenakan yuran sedangkan kerajaan telah membuat keputusan memberi pendidikan rendah dan menengah secara percuma dengan memansuhkan semua yuran.

Di sinilah bermulanya salah faham antara ibu bapa dengan pihak sekolah. Maka adalah wajar pihak sekolah memberikan taklimat atau mengeluarkan surat siaran memberitahu ibu bapa bahawa yang mereka pungut bukanlah yuran.

Sekolah memerlukan sumbangan daripada ibu bapa untuk melaksanakan beberapa aktiviti kokurikulum demi membolehkan para pelajar mencapai kecemerlangan dan menjadi modal insan terbaik.

Jika diberi penjelasan secara baik, ibu bapa secara rasional akan memahami kenapa sesuatu sumbangan itu penting. Namun begitu, pihak sekolah tidak boleh melakukan paksaan bahawa semuanya perlu dijelaskan sebelum berakhir minggu pertama persekolahan.

Misalnya untuk sumbangan kepada tabung PIBG, pihak sekolah bolehlah membuat perancangan bahawa ibu bapa boleh menyumbang secara beransur-ansur selama tiga atau empat kali.

Sekiranya ini sanggup dilaksanakan oleh pihak sekolah dan dipersetujui oleh PIBG, salah faham tidak mungkin berlaku.

Full content generated by Get Full RSS.

Akses percuma perkhidmatan pendidikan Maxis

Posted:

Akses percuma perkhidmatan pendidikan Maxis

Akses percuma perkhidmatan pendidikan Maxis

PENERAJU penyedia telekomunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Berhad (Maxis) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menjalin perkongsian bijak untuk menyediakan akses percuma kepada perkhidmatan pendidikan utama Maxis menggunakan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sekolah yang sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Sandip Das berkata, perkhidmatan baru ini menyediakan pelajar sekolah menengah dengan kaedah pembelajaran yang berasaskan pengalaman dan penerokaan yang boleh diakses online secara percuma.

"Kami berharap bahawa ia akan menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan menyeronokkan untuk pelajar.

"Dengan inisiatif ini, kami gembira untuk menyokong usaha kerajaan dalam membina keupayaan, membantu untuk membangunkan sebuah masyarakat masa depan yang celik teknologi, dinamik dan inovatif," katanya dalam satu kenyataan melalui e-mel baru-baru ini.

Kandungan perkhidmatan ini adalah berdasarkan kurikulum pendidikan rasmi yang disampaikan mengikut keperluan pelajar, dan sentiasa diacu untuk menyampaikan satu pengalaman pendidikan yang inovatif.

Kerjasama antara Maxis dan KPM telah dimulakan melalui bengkel sulung yang disertai 120 pengetua dan guru-guru dari 30 buah sekolah di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Semasa bengkel, guru-guru dan pengetua dapat mengalami dan meneroka penyelesaian pembelajaran Maxis serta ditunjukkan cara-cara untuk mengintegrasikan penyelesaian tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) harian mereka.

Untuk mewujudkan rasa teruja menggunakan perkhidmatan ini, Maxis memperkenalkan satu cabaran untuk peserta bengkel yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu cabaran sekolah dan cabaran pelajar.

Cabaran tersebut yang dijadualkan berakhir pada 1 Mac 2012 menawarkan hadiah bernilai sehingga RM10,000 bagi setiap sekolah dan RM1,000 untuk setiap pelajar.

Program ini akan diperluaskan kepada 70 sekolah yang lain untuk menjadikan jumlah keseluruhan 100 sekolah sebelum dilaksanakan di 2,300 sekolah di seluruh negara.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


JPJ buru 'motosikal tak layak'

Posted:

JPJ buru 'motosikal tak layak'

JPJ buru 'motosikal tak layak'

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanktn@gmail.com

TEMERLOH 27 Nov. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri akan memberi tumpuan mengesan motosikal yang 'tidak layak berada di atas jalan raya' dalam operasi di kawasan bandar tidak lama lagi.

Pengarahnya, Datuk Zakaria Man berkata, istilah motosikal tidak layak adalah kenderaan yang ditunggangi individu yang tidak memiliki lesen memandu selain tiada cukai jalan.

"Sepanjang bulan ini, JPJ membuat dua operasi besar di negeri ini dengan memberi tumpuan kepada motosikal dan lebih 60 peratus saman dikeluarkan adalah terhadap penunggang motosikal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai 47 pegawai dan anggota JPJ melakukan operasi bersepadu bersama empat agensi kerajaan yang berkaitan di Jalan Temerloh-Mentakab di sini, kelmarin.

Dalam operasi itu, 118 saman lalu lintas atas pelbagai kesalahan dikeluarkan. Sebanyak 42 daripadanya dikeluarkan oleh JPJ manakala 76 lagi saman dikeluarkan oleh Polis Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Temerloh.

Menurutnya, 49 pemilik kenderaan diberikan notis pemeriksaan kenderaan mereka oleh JPJ kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.

"Operasi itu adalah yang kedua dalam bulan ini dan JPJ akan memberi tumpuan kepada motosikal dalam setiap operasi diadakan nanti," jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zakaria berkata, JPJ akan bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengesan pemandu kenderaan yang memandu di bawah pengaruh dadah.

"Tumpuan akan diberikan untuk mengesan pemandu kenderaan komersial yang memandu jarak jauh kerana berkemungkinan mereka memandu di bawah pengaruh dadah," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Wanita UMNO turun padang

Posted:

Wanita UMNO turun padang

Wanita UMNO turun padang


ZAITON Mat (kiri) melihat bumbung rumah Zariah Mat Ali yang bocor ketika mengetuai kunjungan rombongan Skuad Cakna Wanita UMNO Bahagian Kuantan di Kampung Baru Peramu, Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 27 Nov. - Seorang warga emas di Kampung Baru Peramu dekat sini terharu apabila menerima bantuan daripada Skuad Cakna Wanita UMNO Bahagian Kuantan di sini, baru-baru ini.

Zariah Mat Ali, 73, yang kematian suami sejak 13 tahun lalu menerima bantuan berupa 16 keping zink untuk membaiki atap rumahnya yang usang serta wang tunai dan hamper.

Menurutnya, dia bersyukur dengan bantuan tersebut dan menghargai keprihatinan pergerakan itu yang memahami kesulitan kehidupan mereka sekeluarga.

"Apabila hujan, bahagian dapur yang paling teruk bocor dan memang kena sentiasa bersedia dengan bekas tadahan supaya dalam rumah tidak basah," katanya selepas menerima rombongan skuad tersebut di sini, baru-baru ini.

Kunjungan yang diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Senator Datuk Zaiton Mat bersama Pengerusi Program Cakna,Siti Zainab Abd. Ghani.

Zariah kini bergantung harap dengan anaknya, Rosnani Mamat, 48, yang kini bekerja sebagai tukang cuci kira-kira sebulan lalu.

Rosnani ketika ditemui berkata, dia menghargai bantuan itu yang sedikit sebanyak mengurangkan beban dan kegelisahan terhadap ibunya apabila keluar bekerja.

"Saya juga baru bekerja sebagai tukang cuci dengan pendapatan kasar RM420 sebulan. Sebelum ini saya kerja mencucuk satar dengan upah mingguan kira-kira RM20," katanya.

Dalam pada itu, Zaiton memberitahu, sejak program itu dimulakan pada awal bulan ini, kira-kira 400 orang sudah menerima pelbagai bantuan yang diberikan berdasarkan kesesuaian masing-masing.

Menurutnya, ia adalah aktiviti berterusan sepanjang masa dan mengamalkan konsep 'turun padang' dengan berhadapan golongan sasar yang layak dibantu.

Full content generated by Get Full RSS.

Kempen bahaya rokok terhadap remaja perempuan

Posted:

Kempen bahaya rokok terhadap remaja perempuan

Kempen bahaya rokok terhadap remaja perempuan

JERANTUT 27 Nov. - Kempen kesedaran bahaya merokok perlu diperluaskan di peringkat sekolah kerana jumlah perokok dalam kalangan remaja perempuan kian meningkat berbanding lelaki.

Ahli Dewan Undangan Negeri Damak, Datuk Lau Lee berkata, peningkatan itu amat membimbangkan kerana ia mengundang kepada peningkatan gejala sosial dan jenayah dalam kalangan kaum hawa.

"Semua pihak perlu peka dengan masalah ini dan langkah pencegahan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

"Selain itu, peranan ibu bapa sangat penting untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Nyah Rokok di sini, baru-baru ini.

Kempen yang diadakan di tapak pekan sehari berhampiran Pasar Besar Jerantut itu dianjurkan oleh Panel Penasihat Kesihatan Klinik Kesihatan Jerantut (PPKKKJ).

Lee berkata, pihak berkuasa harus menguatkuasakan undang-undang sedia ada termasuk larangan menjual rokok kepada individu di bawah umur 18 tahun.

"Kita ada undang-undang namun tidak dikuatkuasakan menyebabkan peniaga tidak memandang serius larangan tersebut," ujarnya.

Mengulas mengenai kempen tersebut, beliau berkata, ia sangat wajar selaras dengan usaha Kementerian Kesihatan membanteras tabiat merokok dalam kalangan rakyat negara ini.

Dalam pada itu, Pengerusi PPKKKJ, Ghaffar Abd Talib berkata, pihaknya akan memperbanyakkan kempen tersebut terutama di tempat awam.

"Kita harus sedar bahawa orang lain yang tidak merokok turut menjadi mangsa kerana mereka menyedut asap rokok yang dihembus oleh perokok," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Syria kena sekatan

Posted:

Syria kena sekatan

Syria kena sekatan


Penunjuk perasaan prokerajaan membawa kain rentang tertera gambar presiden Bashar Assad semasa mengadakan demonstrasi di Damsyik, semalam mengecam keputusan Liga Arab mengenakan sekatan ke atas Syria. - AGENSI


KAHERAH 27 Nov. - Menteri-menteri ekonomi Liga Arab, semalam bersetuju mengenakan sekatan ke atas Syria selepas Damsyik tidak mengendahkan tempoh yang diberikan untuk menamatkan tindakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan di negara itu.

Kumpulan menteri ekonomi yang berhimpun di Kaherah bagi menangani krisis di Syria itu berkata, beberapa pegawai kanan negara itu telah disekat daripada melakukan perjalanan melalui lapangan terbang di negara-negara Arab.

"Perdagangan antara kerajaan Arab dengan Syria turut dihentikan, kecuali barangan keperluan penduduk," kata menteri-menteri itu dalam satu kenyataan.

Sebagai sebahagian pakej sekatan, kerajaan Arab akan menghentikan urusan dengan Bank Pusat Syria dan menggantung penerbangan syarikat milik kerajaan negara itu, kecuali untuk membawa barangan keperluan.

Kumpulan Menteri Arab itu turut menuntut negara-negara anggota membekukan aset milik pegawai-pegawai Syria dan menarik balik pelaburan di negara itu.

Menurut kenyataan tersebut, sekatan itu turut dibuat bagi mengelak rakyat Syria menderita.

Menteri-menteri Luar Liga Arab pula dijadualkan mengadakan mesyuarat hari ini berhubung isu Syria yang akan turut dihadiri Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu.

Tempoh akhir yang ditetapkan oleh Liga Arab untuk Damsyik menyokong rancangan membenarkan Liga Arab memantau negara itu, menghentikan kekerasan dan memulakan dialog telah tamat semalam, tetapi tidak diendahkan oleh Syria. - dpa

Full content generated by Get Full RSS.

Pakistan kaji pakatan dengan AS

Posted:

Pakistan kaji pakatan dengan AS

Pakistan kaji pakatan dengan AS

ISLAMABAD 27 Nov. - Pakistan hari ini mengumumkan akan mengkaji semula pakatannya dengan Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), selepas lebih 26 anggota tenteranya terbunuh dalam serangan udara merentasi sempadan oleh NATO.

Pakistan bertindak menutup sempadannya dengan Afghanistan kepada NATO, sekali gus akan menghentikan saluran bekalan bantuan kepada lebih 130,000 tentera asing yang menjalankan operasi memburu Taliban, dan mahu AS meninggalkan pangkalan udara rahsia yang dilaporkan digunakan oleh pesawat tanpa juruterbang milik Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Islamabad turut memanggil Duta AS, Cameron Munter berhubung serangan itu dan menyifatkan serangan itu sebagai melanggar undang-undang antarabangsa serta memberi amaran kepada tentera asing akan menerima akibat yang buruk, tindakan paling tegas yang diambil.

Tentera NATO yang diketuai AS di Afghanistan mengaku 'kemungkinan besar' pesawat mereka yang menyebabkan kematian tentera Pakistan itu semalam, sekali gus memburukkan lagi hubungan antara kedua-dua negara itu selepas pembunuhan Osama bin Laden.

Komander AS di Afghanistan berjanji melakukan siasatan penuh berhubung serangan itu dan mengucapkan takziah kepada mangsa yang terkorban dalam insiden di sempadan Afghanistan dan Pakistan itu.

Upacara pengkebumian akan diadakan pada pukul 9.30 pagi (12.30 tengah hari waktu Malaysia) hari ini di bandar Peshawar.

Menurut Pakistan, helikopter dan pesawat pejuang NATO melancarkan serangan sepanjang malam Jumaat dan Sabtu ke atas dua pos sempadan tentera, menyebabkan antara 24 hingga 26 tenteranya terkorban dan 13 lagi cedera.

Jurucakap NATO bagi Tentera Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF), Brigadier Jeneral Carsten Jacobson mengesahkan, tentera asing yang bekerjasama dengan tentera Afghanistan meminta bantuan serangan udara untuk operasi serangan berhampiran sempadan. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Nilai tinggi kuasa dan gaya

Posted:

Nilai tinggi kuasa dan gaya

Nilai tinggi kuasa dan gaya

Oleh NAZRUL AZIM SHAUDDIN
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED


ULTRABOOKASUS Zenbook mengkombinasikan kesempurnaan kuasa dan reka bentuk cukup menarik.


APABILA kemahiran seni lakur diadun bersama kecanggihan teknologi moden, maka terciptalah produk pengkomputeran yang sofistikated dan cukup sempurna.

Itu ditampilkan pada produk komputer riba ultra terbaru daripada ASUS iaitu Zenbook yang 'melangkah' bergaya memasuki pasaran negara awal November lalu.

Dilihat sebagai model komputer riba ultra terawal diperkenalkan di Malaysia, peranti ASUS generasi baru itu hadir bersama kemasan elegan dan spesifikasi unggul untuk kepuasan operasi maksimum.

Menurut Pengurus Negara ASUS Malaysia, Staney Chen, pembangunan ASUS Zenbook memberi fokus kepada nilai kesederhanaan tetapi penuh bertenaga.

''Kita ingin mencari keseimbangan dalam menawarkan teknologi kepada para pengguna yang mempunyai pelbagai latar belakang dan ia bukan sesuatu yang mudah.

''Justeru, apabila Zenbook mengkombinasi definisi kecantikan dan kesempurnaan kuasa, maka ia menghasilkan sesuatu diluar jangkaan,'' katanya pada pelancaran komputer komputer riba ultra itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

ASUS Zenbook mempunyai binaan luar licin berkilat diperbuat daripada metal aluminium halus berwarna silver metalik yang eksklusif.

Rekaannya juga cukup unik di mana ia mempunyai ketebalan tiga milimeter (mm) di bahagian depan dan sembilan mm di lengkungan belakang serta berat hanya 1.1 kilogram (kg).

Daripada sudut teknikal, model berkenaan dipacu pemproses Intel Core generasi kedua, storan SSD SATA Revision 3.0, sistem operasi Windows 7, Bluetooth 4.0 dan USB 3.0.

Ciri unik lainnya, ia tersedia bersama fungsi menghidupkan semula sistem (resume) hanya mengambil masa hanya dua saat selain dilengkapi teknologi sirip penyejukan berbentuk V diperbuat daripada tembaga untuk penambahbaikan sistem pengudaraan.

Bagi tujuan penjimatan tenaga, ASUS Zenbook terbina bersama teknologi Super Hybrid Engine II untuk fungsi kawalan bateri pintar dan memberi lebih 25 peratus kuasa.

Menerusinya juga, sistem akan menyokong semua fail secara automatik sebaik sahaja kuasa bateri berada di bawah paras lima peratus bagi mengelakkan kehilangan data.

Dengan tawaran harga permulaan RM3,200, ASUS Zenbook didatangkan dalam dua model iaitu UX21 dan UX31.

Full content generated by Get Full RSS.

Dominasi Nikon 1 di Pulau Pangkor

Posted:

Dominasi Nikon 1 di Pulau Pangkor

Dominasi Nikon 1 di Pulau Pangkor

Oleh: ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

NIKON 1, produk baru baru keluaran syarikat pengeluar kamera, bangga memperkenalkan gajet terbaru kamera kompak auto fokus teringan kepada sekumpulan jurugambar dan wartawan di Pulau Pangkor, Perak baru-baru ini.

Seramai 30 peserta yang terdiri daripada pengamal media daripada beberapa agensi media cetak seperti surat khabar, majalah dan televisyen turut diberi peluang untuk menggunakan kamera tersebut.

Malah, kumpulan pengamal media ini juga diberikan tugas khas untuk merakam gambar di dalam bentuk pertandingan secara berkumpulan.

Ia sekali gus menawarkan pengalaman yang terbaik dan menarik dalam merakam gambar seperti model, hidupan marin dan pelbagai lagi gambar yang menarik di sekitar pantai di Pulau Pangkor.

Kamera kompak Nikon 1 merupakan revolusi terbaru dari segi reka bentuk serta teknologi yang amat membantu jurugambar amatur untuk menghasilkan gambar yang setaraf profesional.

Menurut Pengurus Besar Nikon, Davis Ng, Nikon 1 merupakan antara contoh kamera berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh Nikon persis kamera SLR (kamera lensa tunggal).

"Kami menyasarkan pengguna di kalangan amatur yang mahukan kualiti gambar yang lebih baik melalui kamera yang lebih ringan dan mudah untuk dioperasikan.

"Ia juga merupakan sebuah kamera yang berbaloi untuk dimiliki kerana memiliki kelajuan auto fokus yang tinggi dan pemprosesan imej yang lebih cepat," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian sempena program penghargaan Nikon bersama media sebagai usaha menghargai peranan mereka yang telah banyak memberi sokongan kepada syarikat pengeluar kamera itu.

Biarpun ia merupakan acara tahunan yang telah masuk kali ke tiga namun kemeriahan serta keceriaan tetap terasa pada setiap petugas media yang menyertainya.

Kelebihan tersebut juga termasuk keupayaan Nikon 1 merakam video yang sangat baik melalui enjin pemprosesan 'super image' dan penderia yang lebih baik.

"Justeru, program sebegini amat baik dalam usaha merapatkan hubungan antara Nikon dan media di samping dapat memperkenalkan kamera baru Nikon secara lebih terperinci," katanya.

Malah, melalui program tersebut juga Nikon dapat memperolehi maklum balas mengenai kekurangan serta kelebihan produk terbaru daripada pandangan media.

Peserta dibahagikan kepada lima kumpulan yang berlainan sebelum diberikan tugasan menggunakan kamera Nikon 1.

Antara tugasan yang dilakukan oleh media adalah seperti pertandingan merakam video pelahan (slow motion) terbaik, potret terbaik, dan persembahan keseluruhan terbaik.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Mengharap sinar tahun baru

Posted:

Mengharap sinar tahun baru

Mengharap sinar tahun baru

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR dan ihsan SIMPLYSITI


SITI Nurhaliza meletakkan harapan yang cukup tinggi untuk melihat kempen SimplySiti Di Hati berjaya mencapai sasarannya.


APABILA penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengambil inisiatif untuk menerbitkan album Inggeris pertamanya, All Your Love, ada segelintir pihak seolah-olah memperlekeh-lekeh usaha penyanyi itu.

Namun, bagi penyanyi kesayangan ramai itu, dia sedikit pun tidak ambil hati mahupun peduli akan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya.

Apa yang penting bagi Siti Nurhaliza, dia melihat kelahiran All Your Love sebagai satu cabaran selain memperbaiki skil komunikasinya di dalam bahasa Inggeris.

"Segala apa yang diperkatakan tentang usaha itu, saya lebih selesa untuk melihatnya dari sisi positif demi kebaikan diri sendiri.

"Saya sendiri mencabar diri saya untuk ke depan apabila menerima undangan daripada rancangan berbahasa Inggeris seperti Bella dan Hello On Two (HOT) untuk mempromosikan album All Your Love.

"Walaupun ada ketikanya dalam butir bicara saya ketika itu tergagap dan tersangkut, tetapi setidak-tidaknya saya mencuba. Alhamdulillah, saya mendapat maklum balas yang sangat baik terutama daripada peminat," kata wanita yang mesra disapa Siti ini sambil ketawa kecil sewaktu ditemui di Putrajaya, baru-baru ini.

Menyentuh tentang All Your Love, Siti meningkah dakwaan yang mengatakan All Your Love sudah mencatatkan jualan melebihi 40,000 salinan seperti mana yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Katanya, jumlah penjualan album yang sebenar hanya akan diketahui selepas enam bulan ia berada di pasaran.

"Disebabkan itu, saya sendiri pelik bagaimana berita tentang All Your Love yang dikatakan terjual melebihi 40,000 salinan itu boleh tersebar.

"Walhal album itu baru berada di pasaran sekitar dua bulan sejak September lalu. Tetapi apa yang saya diberitahu, All Your Love sudah pun terjual melebihi 10,000 unit.

"Syukur Alhamdulillah, dengan jumlah itu, ia membuktikan percubaan pertama saya melahirkan album Inggeris diterima baik oleh peminat dan pencinta muzik secara amnya.

"Sehinggakan ada beberapa buah lagu sudah pun ditukar muziknya kepada lebih rancak (remix) dan dimainkan di kelab-kelab hiburan. Secara tidak langsung, mereka menerima baik lagu-lagu Inggeris saya," jelas penyanyi kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang ini dalam nada gembira.

Dalam perkembangan lain, Siti juga berkongsi cerita apabila lagu kolaborasinya bersama Sean Kingston, Remember You mendapat tempat di hati pencinta muzik di Indonesia.

Apa yang membanggakan kata Siti, lagu tersebut berjaya menduduki carta lima lagu teratas dalam beberapa buah carta stesen radio di sana.

Ternyata ia berita yang cukup menggembirakan kerana belum pun album itu berada di pasaran republik itu, ia sudah pun mendapat perhatian meluas.

"Insya Allah, jika tiada aral melintang, All Your Love akan berada di pasaran Indonesia dalam waktu terdekat ini. Berkemungkinan besar pada bulan Disember atau awal tahun depan.

"Dalam masa yang sama, pihak What's Up Entertainment juga kini sedang merancang untuk mengadakan siri persembahan istimewa sepanjang tahun depan bagi mempromosikan lagi album ini," ujar Siti tentang perancangan yang telah diatur untuk meluaskan lagi pasaran album yang mendapat edaran Warner Music Malaysia itu.

Melihatkan kepada sambutan hangat yang diberikan kepada album studio ke-15 miliknya, jelas Siti tidak mustahil untuknya menerbitkan album Inggeris keduanya di masa depan dengan sentuhan yang berbeza berbanding album All Your Love.

Konsert tradisional

TAHUN 2011 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan sebagai penyanyi yang tidak betah duduk diam, Siti sudah pun mempunyai agenda tersendiri sepanjang tahun 2012.

Salah satunya adalah untuk mengadakan sebuah konsert tradisional yang sudah lama diimpikannya sejak sekian lama.

Bukan itu sahaja, Siti juga kini sedang menyiapkan dirinya dengan mengumpul material terbaik bagi menerbitkan album Melayunya yang dijangka berada di pasaran selewat-lewatnya sebelum penghujung tahun depan.

"Alhamdulillah, rezeki untuk saya membuat persembahan tidak pernah putus dan saya sendiri mendapat jemputan untuk mengadakan konsert di Singapura terutama konsert tradisional untuk tahun 2012.

"Selain itu juga, saya juga merancang untuk menerbitkan buku biografi bergambar sempena ulang tahun ke-17 pembabitan saya dalam bidang seni.

"Saya hanya mampu berdoa agar semuanya dapat disempurnakan dan berjalan lancar seperti mana yang diharapkan," ujar pemilik trofi Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik sebanyak 11 kali ini penuh mengharap.

Tidak putus berdoa

SEBAGAI penyanyi pujaan ramai, sudah semestinya apa sahaja yang dilakukan oleh Siti akan meraih perhatian meluas dan semuanya mahu diambil tahu oleh peminat serta masyarakat.

Salah satu soalan yang sering dibangkitkan dan diajukan kepada Siti adalah tentang cahaya mata sementelah usia perkahwinannya sudah pun mencecah lima tahun pada 21 Ogos lalu.

Sambil tersenyum dan tidak pernah lelah untuk menjawab soalan berkaitan tentang anak, jelas Siti, sebagai seorang isteri dia sendiri tidak pernah putus berdoa kepada Yang Maha Esa untuk dikurniakan zuriat sendiri.

Meskipun ada yang mengesyorkan kepadanya untuk mengambil anak angkat atau mencuba proses pensenyawaan tabung uji (IVF), namun kata Siti, dia mahu mencuba kaedah normal selagi termampu.

"Bukan tidak pernah terfikir untuk mengambil anak angkat atau mencuba kaedah IVF, tetapi biarlah buat masa ini saya berusaha sendiri dan berdoa kepada Allah.

"IVF misalnya, ia bukanlah proses yang mudah dan tidak semestinya percubaan kali pertama akan membuahkan hasil. Semuanya bergantung juga kepada rezeki," jelas Siti memberikan hujahnya.

Projek amal Siti

BIARPUN sibuk dengan tugas hariannya sebagai seorang penyanyi, Siti tidak melupakan tanggungjawab sosialnya dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Menerusi produk kecantikannya, SimplySiti, penyanyi yang masyhur dengan lagu Biarlah Rahsia dan Bukan Cinta Biasa itu telah melancarkan kempen SimplySiti Di Hati.

Menerusi kempen yang akan berlangsung selama tujuh minggu bermula 1 Disember hingga 15 Januari 2012 itu, ia bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM70,000 bagi membantu dua kanak-kanak penghidap penyakit jantung.

Dengan bantuan Institut Jantung Negara (IJN) menerusi Yayasan IJN, pihak SimplySiti telah mengenal pasti dua kanak-kanak yang memerlukan pembedahan segera pada bulan Disember ini.

Mereka yang terpilih ialah Siti Nur Syahira dan Tan Jia Yong, masing-masing berusia enam dan tiga tahun yang turut hadir pada majlis pelancaran SimplySiti Di Hati di Hotel Marriott, Putrajaya, baru-baru ini.

"Memang dari awal kempen ini digerakkan, saya mahu membantu golongan kanak-kanak daripada keluarga yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka.

"Alhamdulillah, dengan bantuan Yayasan IJN sebagai rakan projek ini, semuanya berjalan lancar dan jika kempen ini mendapat dana yang lebih banyak lagi, maka, ramai kanak-kanak lain yang dapat dibantu," kata Siti dalam nada penuh optimis mengenai kempen yang turut mendapat kerjasama Watson's itu.

Turun padang

Menyentuh tentang idea tersebut, jelas Siti, selama hampir dua tahun SimplySiti berada di pasaran, pihaknya telah menganjurkan aktiviti berbentuk hiburan seperti sesi bertemu peminat dan konsert.

Apatah lagi, Siti sendiri pernah menjadi duta bagi projek amal untuk sebuah gedung membeli-belah sebelum ini lalu ia mencetuskan idea untuk Siti menerusi SimplySiti bagi kempen SimplySiti Di Hati.

Bagi melancarkan kempen ini, Siti juga akan turun padang dan bertindak sebagai perunding kecantikan SimplySiti di tiga cawangan Watson's terpilih iaitu Kuala Terengganu pada 3 Disember; Kangar, Perlis (10 Disember) dan Semua House, Kuala Lumpur (30 Disember).

Selain Watson's, IJN dan Hotel Marriott, Putrajaya, kempen ini turut mendapat kerjasama daripada syarikat penerbangan Air Asia menerusi Air Asia X.

Full content generated by Get Full RSS.

Misi kerja amal Kak Pah

Posted:

Misi kerja amal Kak Pah

Misi kerja amal Kak Pah

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar MOHD. NAIM AZIZ


KAK Pah menerima tiket penerbangan Oman Air daripada wakil syarikat penerbangan itu, Kathleen Leong pada sidang akhbar di kediaman biduanita itu di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.


BIDUANITA Datuk Sharifah Aini antara penyanyi tanah air yang bukan sahaja telah 42 tahun berkecimpung menerusi bidang nyanyian tetapi dia juga masih aktif dalam bidang yang telah sebati dalam dirinya itu sehingga ke hari ini.

Penyanyi yang mesra dengan panggilan Kak Pah ini turut tidak pernah melupakan kerja-kerja amal termasuklah dengan menganjurkan persembahan Majlis Makan Malam Amal Tiga Sahabat yang akan diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 17 Disember ini.

Menurut Kak Pah persembahan amal yang akan dijayakannya bersama dua penyanyi Indonesia, Grace Simon dan Dewi Yull itu bertujuan mengisi tabung Madrasah Tahfiz Tahsin al-Quran, Puchong, Selangor dan Baitul Ehsan, Taman Maluri, Kuala Lumpur.

"Ini bukan kali pertama saya mengadakan persembahan amal tetapi sejak 42 tahun menjadi penyanyi saya telah terbabit dalam hampir 3,000 persembahan dan kerja amal.

"Kali ini ia lebih kepada inisiatif saya dengan kerjasama Seri Dewi Production Sdn. Bhd., Hotel Royale Chulan dan Lime Events Management," katanya kepada Hits.

Pada pertemuan selepas sidang akhbar Makan Malam Amal Tiga Sahabat di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini, Kak Pah berkata, dia terpaksa bekerja bagi menjayakan persembahan itu termasuklah mendapatkan pihak-pihak yang sudi tampil sebagai penaja.

Jelas penyanyi yang popular dengan lagu Seri Dewi Malam itu, dia antaranya berjaya mendapatkan tajaan daripada syarikat penerbangan Oman Air dan Jamu Mak Dara untuk menaja pelbagai barangan termasuklah hadiah cabutan bertuah pada persembahan itu kelak.

"Bagi menjayakan persembahan itu, saya melakukan sendiri kerja-kerja, daripada menulis surat dan mengetuk pintu pejabat banyak pihak bagi mendapatkan tajaan.

"Saya juga menjemput sendiri Grace dan Dewi bagi menjayakan persembahan ini. Apabila saya terangkan kepada mereka akan hasrat saya itu, mereka bersetuju untuk menjayakan persembahan itu bersama-sama saya.

"Selepas sekian lama menyanyi, sudah sampailah masanya saya lebih menumpukan kepada kerja-kerja amal seperti ini," ujarnya.

Selain membantu sekolah agama dan rumah kebajikan, penyanyi bersuara lemak merdu ini menyatakan impiannya mahu menubuhkan sebuah sekolah agama tahfiz al-Quran pada masa depan.

Jelas Kak Pah, waktunya telah tiba baginya berkecimpung dalam kerja-kerja amal yang boleh membawa bekalan pahala di akhirat dengan menggunakan sepenuhnya bakat serta popularitinya dalam bidang nyanyian.

"Sejak kebelakangan ini kerja-kerja amal saya lebih kepada membantu anak-anak yatim.

"Selain itu, saya juga aktif membantu membiayai perjalanan sekolah-sekolah agama terutamanya sekolah tahfiz al-Quran. Saya juga ada menaja pembiayaan pengajian beberapa pelajar di Afrika Selatan, Yemen dan Jordan," katanya.

Penyanyi berusia 57 tahun ini berkata, majlis makan amal itu nanti mengenakan bayaran daripada jualan meja yang berharga dari RM3,500 hingga RM10,000 untuk sebuah meja dengan 10 orang penonton.

"Selain daripada dua penyanyi terkenal itu, saya juga akan mengadakan persembahan pada malam itu.

"Kami bertiga juga akan berduet dalam sebuah lagu lama bertajuk Sepanjang Jalan Kenangan pada persembahan selama dua jam 45 minit itu nanti.

"Para tetamu yang hadir berpeluang memenangi cabutan bertuah antaranya dua tiket penerbangan ke mana-mana destinasi ke Eropah tajaan Oman Air.

"Sebarang pertanyaan berhubung tempahan meja ke majlis itu sila hubungi talian 019-2495277," ujarnya.

Tambah Kak Pah lagi, dia akan menghulurkan kesemua kutipan daripada jualan meja pada persembahan Makan Malam Amal Tiga Sahabat itu selepas ditolak kos penganjuran dan juga bayaran kepada Grace Simon dan Dewi Yull.

Mujurlah jelasnya lagi, banyak pihak yang sudi menaja persembahan itu terutamanya Oman Air di mana itu adalah kali pertama dia menyediakan hadiah cabutan bertuah dalam persembahan yang dianjurkannya itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Soya ganti santan dalam nasi lemak

Posted:

Soya ganti santan dalam nasi lemak

Soya ganti santan dalam nasi lemak

Oleh LAUPA JUNUS
laupa.junus@utusan.com.my
Gambar ihsan UMT


Sampel lauk kari ayam versi Melayu yang digantikan sebahagian santan dengan susu kacang soya.


KEMAKMURAN ekonomi sesebuah negara biasanya dapat dilihat daripada gaya hidup rakyatnya. Gaya hidup itu pula meliputi pelbagai aspek antaranya dilihat daripada di mana mereka menginap, jenis kediaman , jenis pakaian yang dipakai , jenis kenderaan yang dinaiki sehinggalah kepada makanan.

Dengan kayu ukur yang disebutkan itu, tidak sukar membandingkan keadaan bagi rakyat sesebuah negara terutama negara makmur atau negara yang mana penduduk mereka mengalami kebuluran.

Begitupun, negara yang rakyatnya mengalami kebuluran merupakan masalah ketika ini tetapi tanpa kawalan juga, akhirnya rakyat negara kaya mudah terjerumus kepada masalah kerana terlebih makan atau tersalah makan.

Banyak negara maju yang rakyatnya mengalami obesiti atau kegemukan, sama ada disebabkan gaya pemakanan yang salah atau pengambilan makanan berlebihan.

Malah faktor kemiskinan juga boleh mengakibatkan gejala kegemukan kerana gaya pemakanan yang salah.

Negara seperti Malaysia dikategorikan sebagai negara makmur dan sekali gus rakyatnya berdepan dengan gaya pemakanan yang salah termasuk, makan berlebihan atau makanan yang berlemak dan akhirnya masalah kegemukan.

Gemarkan makanan berminyak, berlemak, makan pada waktu lewat malam dan makan tidak mengikut piramid makanan yang betul adalah antara faktor-faktor penyumbang kepada masalah tersebut.

Rakyat Malaysia gemarkan makanan berlemak, berkuah santan atau minyak berlebihan. Hidangan yang pelbagai itu adalah menu rakyat negara ini.

Nasi lemak, roti canai dan bahan cicah serta sambal tumis adalah menu yang dicari pada waktu sarapan pagi. Sebab itu, kelapa seakan tidak mencukupi untuk penduduk negara ini. Santan dianggap sebagai penyedap makanan meskipun ramai sudah mengetahui pengambilan santan secara berlebihan boleh menjadi 'racun' pembunuh secara perlahan dan senyap.

Hari ini, banyak usaha telah dilakukan bagaimana santan kelapa yang begitu diminati perlu diganti kepada bahan lain yang lebih sihat .

Jika terdapat percubaan menggantikan santan kelapa dengan bahan berasaskan susu kacang soya yang dianggap lebih baik, maka itu sebahagian daripada usaha tersebut.

Di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), usaha yang sama sedang rancak dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Jabatan Sains Makanan, Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan.

Projek tersebut menurut ketua kumpulan penyelidiknya, Zuraidah Nasution, dimulakan pada awal tahun ini setelah mendapat peruntukan dana daripada UMT menerusi Tabung Bantuan Penyelidikan Khas 2011.

''Projek ini akan berakhir pada awal tahun 2012 dan kos pembiayaan dana ialah berjumlah RM 20,000 ,"katanya yang diwawancara menerusi emel.

Penyelidikan tersebut bertujuan menggantikan santan kelapa sebagai bahan tambahan utama dalam masakan.

Kajian itu dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggantian santan kelapa dengan susu kacang soya dalam dua masakan popular rakyat Malaysia iaitu nasi lemak dan lauk kari ayam versi Melayu terhadap ciri-ciri fizikal, kimia dan mikrobiologi serta penerimaan pengguna.

Penggantian sebahagian daripada santan dengan susu kacang soya dalam masakan tempatan adalah kerana susu kacang soya mengandungi lemak tidak tepu yang lebih tinggi.

Ini memberi kesan kesihatan yang lebih baik berbanding lemak tepu yang kurang sihat yang terdapat dalam santan.

''Kajian menggantikan santan dengan susu kacang soya dalam peratusan yang berbeza dijalankan oleh tiga orang pensyarah dan enam orang pelajar tahun akhir,"ujarnya. mewakili kumpulan penyelidik berkenaan.

Selain Zuraidah, penyelidik lain yang terlibat dalam penyelidikan tersebut ialah Dr. Mohd Nizam Lani dan Aziz Yusof , selain pelajar terbabit.

Beliau boleh dihubungi di zuraidahn@umt.edu.my

Full content generated by Get Full RSS.

UMT fokus kajian makanan tempatan

Posted:

UMT fokus kajian makanan tempatan

UMT fokus kajian makanan tempatan

Oleh LAUPA JUNUS
laupa.junus@utusan.com.my


Penghasilan pelbagai produk makanan berasaskan bahan mentah tempatan menjadikan UMT dikenali sebagai pusat pengajian yang mengutamakan produk tempatan dan meningkatkan nilai pemakanan.


AGAK menarik untuk melihat pembabitan sebuah universiti yang memberi fokus kepada bidang pemakanan.

Ini kerana, pelbagai keunikan makanan akan ditampilkan menerusi penyelidikan menggunakan produk berasaskan tanaman tempatan.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) antaranya yang memfokuskan penyelidikan makanan tempatan dengan menghasilkan pelbagai jenis makanan sama ada berat atau ringan.

UMT menerusi Jabatan Sains Makanan, Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM) telah memperkenalkan pelbagai jenis makanan yang berasaskan rosel melalui Roselle Special Interest Group (RSIG) seperti ais krim, yogurt, jeruk, gegelung buah (leather bar) dan biskut.

Menurut Ketua Jabatan Sains Makanan, fakulti berkenaan, Dr. Amir Izzwan Zamri, pihaknya telah mengenal pasti tidak kurang enam tanaman tempatan yang diberi fokus untuk dijadikan asas menghasilkan pelbagai jenis makanan seperti nira nipah, buluh madu, coklat, buah-buahan nadir dan produk laut.

''Projek-projek berkenaan bertujuan mempelbagaikan makanan dan mempopularkan semula makanan yang kian pupus," katanya.

Beliau memberi contoh, antara kaedah mempelbagaikan jenis makanan ialah membuat aiskrim daripada rosel yang kini dalam proses ujian pasaran .

Begitu juga penyelidikan mengenai nira nipah yang juga dijadikan bahan asas pembuatan aiskrim, serbuk, gegelung buah, produk biskut, jeli dan juga jem.

Malah produk aiskrim nira (Nira Delights) telah memenangi pingat emas, Platinum dan Anugerah Khas Reka Cipta Terbaik (Kategori Pengguna) daripada The Foundation of Support of Iranian Elites 2008, pada Pameran Reka Cipta British dan perak pada Pameran Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2007. Ini membuktikan bahawa produk nira bukan sahaja diterima di arena tempatan malah di luar negara.

Satu daripada produk tempatan yang dihasilkan ialah menggunakan buluh madu yang mana penyelidikan bertujuan mengenal pasti kandungan aktifnya dan kesesuaiannya untuk dijadikan produk-produk sampingan.

Penyelidikan lain termasuk mengubahsuai penggunaan lemak koko dengan menggunakan bahan gantian lain bagi mendapatkan bahan berguna yang berbeza selain mengurangkan lemak yang terdapat dalam coklat .

Mengenai penyelidikan buah-buahan nadir beliau berkata, ia melibatkan ceri Terengganu, buah mentega dan buah cermai yang digunakan untuk menghasilkan jem, sos, gegelung buah dan lain-lain produk.

Selain itu, penyelidikan mengenai produk perikanan seperti udang lipan, belut, haruan, ketam ragi, kepah dan lokan juga dijalankan untuk menghasilkan banyak produk hiliran dan makanan tradisional.

Kebanyakan sumber perikanan ini mempunyai nilai pemakanan yang tinggi dan tidak digunakan secara komersial.

Aktiviti lain termasuk sebagai penasihat projek Kelab Student in Free Enterprenurship (SIFE) yang memenangi tempat pertama BSN Venture Challenge 2010 dengan projek komuniti berasaskan nira nipah.

Projek berkenaan disasarkan untuk membangunkan penggunaan nira nipah yang pada ketika ini terbatas penggunaannya.

Projek yang dijalankan bersama dengan komuniti di Yan, Kedah dengan bantuan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menunjukkan bahawa aktiviti UMT tidak hanya terbatas di Terengganu malah boleh membantu komuniti di seluruh negara.

Selain itu, fakulti berkenaan juga mengadakan bengkel penghasilan produk makanan komersial serta khidmat nasihat industri kecil.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah bengkel tanggungjawab sosial universiti yang memberikan pendedahan kepada golongan wanita dan ibu tunggal. Mereka diberi latihan secara percuma dalam penghasilan produk-produk hiliran seperti kordial, jem, cincau dan produk-produk berasaskan soya.

Pada masa sama, jabatan berkenaan juga melalui kursus yang diajar menggalakkan pelajar mencuba pelbagai kaedah untuk menghasilkan makanan yang lebih sihat yang menjadi kegemaran penduduk negara ini.

Kejayaan fakulti berkenaan dalam beberapa penyelidikan sebelum ini disokong bukan sahaja oleh tenaga pelajar dan pelajarnya yang semakin kreatif tetapi juga dibantu oleh kemudahan canggih bersesuaian dengan keperluan penyelidikan.

Antara kemudahan yang disediakan adalah lima makmal (Makmal Analsis Kimia, Makmal Sains Makanan, Makmal Teknologi Makanan, Makmal Penyediaan Makanan, Makmal Konfeksionari) dan Restoran Jabatan Sains Makanan.

''Kemudahan ini membolehkan pelajar boleh menjalankan analisis kandungan makanan dengan menggunakan alat-alatan terkini, menggunakan alat-alatan untuk pemerosesan, penghasilan makanan berasaskan tenusu dan coklat serta menjalankan perniagaan secara praktikal di restoran," ujarnya .

Sebagai contoh kata Dr. Amir Izzwan, kajian juga dijalankan untuk menghasilkan nasi lemak yang lebih menyihatkan iaitu menggantikan santan dengan bahan lain seperti kacang soya.

Penyelidikan melalui fasa uji rasa, penyelidikan kandungan nutrient dan jangka hayat makanan. Keputusan menunjukkan bahawa campuran susu soya boleh diterima dengan baik dan meningkatkan nutrient yang ada didalam nasi lemak

Meskipun projek berkenaan masih di peringkat kajian, pihaknya yakin ia boleh diterima sekiranya rakyat negara ini menyedari kepentingan menjaga kesihatan dengan mengambil diet yang sihat.

Selain itu banyak kajian-kajian lain yang dilakukan untuk menghasilkan makanan yang lebih sihat tetapi menyelerakan.

Antaranya, memanfaatkan bahan mentah asas yang akan diteroka adalah ubi-ubian (kanji), produk berasaskan bahan sampingan jagung dan bahan-bahan sampingan pemerosesan ikan.

Pada masa sama, terdapat produk-produk yang didalam fasa perbincangan untuk dikomersialkan.

Pengkomersialan biasa akan diikuti oleh perundingan serta pengawalan kualiti oleh UMT untuk memastikan produk yang dihasilkan adalah berkualiti dan menepati piawaian.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Bukan medan untuk beretorik

Posted:

Bukan medan untuk beretorik

Bukan medan untuk beretorik

oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my


Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada perhimpunan Agung pergerakan wanita, pemuda dan puteri UMNO di PWTC, tahun lalu.


MALAM esok, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meneruskan tradisi merasmikan serentak persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Putra (PWTC).

Bagaimanapun perwakilan daripada tiga sayap itu perlu memahami bahawa persidangan kali ini biar pun diadakan di tempat yang sama, namun ia mempunyai misi yang berbeza.

Kehadiran mereka di Perhimpunan Agung UMNO kali ini bukan untuk memberi peluang melihat tudung siapa yang paling cantik di kalangan Wanita, songket siapa yang paling mahal di kalangan Pemuda dan baju kurung siapa yang paling menawan di kalangan Puteri. Sebaliknya apa yang ingin dilihat ialah sejauh manakah perwakilan ketiga-tiga UMNO itu mampu memberikan impak dan sumbangan kepada persiapan parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Mereka semua sudah sedia maklum bahawa perhimpunan agung kali ini dianggap perhimpunan terakhir sebelum pilihan umum diadakan. Oleh itu, sudah pasti ahli-ahli UMNO dan juga rakyat terutamanya orang Melayu ingin melihat apakah hujah-hujah dan idea yang akan dilontarkan oleh perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri bagi membantu memperkukuhkan persiapan parti menghadapi pilihan raya.

Atas sebab itulah, kesemua perwakilan sama ada Wanita, Pemuda dan Puteri perlu memahami kehadiran mereka ke PWTC bukan sekadar mahu bergaya atau bertemu kawan-kawan sahaja atau lebih buruk lagi untuk melobi menjadi calon.

Sebaliknya, sebagai barisan paling hadapan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) mereka perlu hadir untuk mendengar amanat dan mengumpul sebanyak mungkin ilmu serta bertukar-tukar strategi bagi membolehkan mereka bertempur dalam pilihan raya umum nanti.

Perwakilan dan ahli Wanita, Pemuda dan Puteri tidak harus memandang remeh perhimpunan kali ini kerana dalam pilihan raya umum akan datang peranan mereka cukup penting bagi memastikan kemenangan BN. Ketiga-tiga sayap itu perlu memikirkan bagaimanakah hendak menangkis serangan pembangkang yang sudah pasti akan melakukan apa sahaja cara dan tindakan bagi meraih undi termasuklah melakukan fitnah dan memutar belitkan fakta.

Sekarang ini pun mereka sudah rancak berbuat demikian sehinggakan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menjadi sasaran fitnah jahat mereka.

Selain itu, pembangkang sudah pun membuat pengumuman bahawa mereka akan meletakkan lebih ramai golongan muda dan wanita dalam pilihan raya kali ini.

Kita tahu matlamat mereka ialah untuk meraih undi di kalangan pengundi muda dan wanita kerana kelompok inilah bakal menjadi penentu dalam pilihan raya umum nanti. Namun janganlah pula Wanita, Pemuda dan Puteri menjadikan alasan ini untuk mendesak pucuk pimpinan parti turut berbuat demikian.Kita masih ingat saban tahun dalam perhimpunan agung ada sahaja permintaan-permintaan yang dibuat oleh sayap-sayap UMNO agar wakil mereka diletakkan sebagai calon pilihan raya.

Bagi mereka, seolah-olah kuota yang diberikan masih belum mencukupi sedangkan pucuk pimpinan parti membuat sesuatu keputusan itu berdasarkan pertimbangan semasa dan mengambil kira segala faktor.

Begitulah juga dalam pilihan raya umum akan datang, pucuk pimpinan parti sudah pasti memahami apa yang bakal mereka lakukan dalam soal calon. Lagi pula seperti kata, Presiden UMNO itu, parti merumuskan untuk setiap kerusi, BN akan tampilkan calon yang ada peluang terbaik untuk menang.

''Tapi winnable candidate kita ini bukan sahaja kita lihat daripada segi kebolehan dan rekod kerja yang baik, tetapi juga penerimaan daripada sudut masyarakat tempatan termasuk jentera parti,'' kata Najib, kelmarin.

Oleh itu perwakilan dan ahli Wanita, Pemuda dan Puteri tidak perlu menghabiskan masa di Kuala Lumpur sehingga Sabtu ini untuk 'bergossip', melobi atau menjadi broker dengan matlamat mereka atau orang yang mereka sokong menjadi calon.

Tumpuan utama perhimpunan kali ini ialah melontarkan idea kepada parti bagaimana untuk menghadapi pilihan raya dan bukannya macam mana hendak menjadi calon pilihan raya. Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri perlu faham bahawa mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menyakinkan rakyat terutamanya orang Melayu sepanjang perhimpunan agung berlangsung bahawa UMNO dan BN adalah parti terbaik.

Jika pemimpin dan ahli ketiga-tiga sayap itu masih leka untuk melihat kain yang cantik, gelang paling besar, rambut yang berwarna, tudung bergemerlapan dan songket termahal sepanjang perhimpunan berlangsung maka ia seolah-olah mengiakan pandangan sayap UMNO tidak berubah.

Peluang membahaskan usul seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya untuk melontar idea yang bernas dan mengemukakan cadangan, bukannya sekadar untuk 'syok sendiri'.Perbahasan pula perlulah padat dengan fakta dan nada yang menyakinkan, bukannya bila bagi salam sahaja sudah ada orang yang menguap.

Ingatan ini diberikan kerana kita ingin melihat perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri kali ini benar-benar memberikan kesan dalam menyediakan UMNO menghadapi pilihan raya.

Kita mahu melihat ketiga-tiga sayap itu ikhlas sesama mereka dalam melayari bahtera perjuangan dan bukannya hanya bijak beretorik di hadapan pemimpin-pemimpin utama parti. Tetapi apabila pulang ke kawasan masing-masing bak kata orang utara 'habuk tarak' -masing-masing leka dengan memburu impian masing-masing, sama ada mencari projek atau berusaha menjadi calon. Malahan ada pula yang mungkin benar membuat persiapan menghadapi pilihan raya tetapi bukan untuk mengalahkan parti lawan tetapi untuk 'menumbangkan' rakan dalam parti yang sama.

Atas sebab itulah, segala janji , ikrar, sumpah atau apa sahaja yang dilafazkan di PWTC di hadapan kepimpinan parti harus ditaati dan bukannya hanya omong kosong.

Pemimpin dan ahli ketiga-tiga sayap itu perlu benar-benar menunjukkan ketelusan dan keikhlasan bahawa, kehadiran mereka ini akan memberikan keyakinan kepada pucuk pimpinan, mereka bersedia menghadapi pilihan raya dan meletakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya.

Ingatlah nasihat Najib dalam wawancara dengan Bernama iaitu:

''Kita mesti memperlihatkan iltizam kita untuk melakukan sedikit pengorbanan dan tidak membiarkan perasaan atau perhitungan peribadi kita mengatasi pertimbangan yang lebih besar iaitu kepentingan parti. Ini satu daripada prinsip kita berparti.''

Full content generated by Get Full RSS.

Persefahaman dari Hijrah

Posted:

Persefahaman dari Hijrah

Persefahaman dari Hijrah

Oleh Aziz Jamaludin Mhd Tahir

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menemui rakyat Kelantan pada Rabu lalu membayangkan betapa indahnya jika UMNO dan Pas boleh bersatu menjadi satu pasukan.

Percantuman ini akan memudahkan urusan kerajaan negeri dan Persekutuan kerana perselisihan faham dapat diminimumkan, program pembangunan dapat ditingkatkan untuk kepentingan masyarakat Melayu-Islam sendiri.

Pandangan Muhyiddin itu mempunyai kaitan rapat dengan kegusaran pelbagai pihak tentang rapuhnya hubungan sesama Islam yang berlaku di Malaysia apabila perbezaan fahaman politik mengheret bukan Islam semakin keras membuat pelbagai tuntutan dan desakan. Ada pemimpin politik bukan Melayu mempersoalkan peruntukan terhadap pengurusan masjid yang diberikan oleh kerajaan, penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pelbagai program yang melibatkan orang Islam sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap pemeluk agama lain.

Namun demikian dalam desakan dan tuntutan itu ramai juga pemimpin yang kononnya berusaha mendaulatkan Islam menjadi goyah sehingga sanggup melenturkan asas perjuangan asal.

Perubahan ini bukanlah sesuatu yang boleh membantu memperkukuhkan Islam bahkan dalam sebuah tulisan terbaru, ada yang menyindir bahawa penyatuan orang Melayu bukan menggambarkan perpaduan Islam. Pandangan kabur itu sebenarnya hadir dalam pemikiran segelintir manusia yang lupa diri dan asal usulnya, kerana tidak dapat memahami watak Melayu itu sendiri diikat kuat dengan agama Islam.

Tema sambutan Hijrah pada tahun ini, Persefahaman Asas Perpaduan memberikan kita gambaran betapa pentingnya hubungan erat antara umat Islam perlu dibina semula bagi membangkitkan sebuah kehidupan lebih baik dan sejahtera. Islam memandang berat tentang persaudaraan bahkan sentiasa mengecam sikap sesebuah kelompok yang terlalu menganggap keyakinan politik dan pemikirannya sahajalah yang terbaik.

Peristiwa hijrah oleh junjungan besar, Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat - dari Mekah ke Madinah - merupakan detik kemenangan umat Islam. Ia berlaku di bawah 'payung persaudaraan' yang sewajarnya menjadi ikutan kepada kita dalam menempuh hidup yang kini semakin didorong arah persengketaan dan pertikaian tidak berpenghujung.

Terlalu banyak untaian ayat suci dan hadis tentang persaudaraan dilontarkan tetapi ia bagaikan angin lalu. Ramai yang lebih pentingkan diri dan membanggakan puak masing-masing. Lantas bahasa apakah yang paling memukau dan dapat menggerakkan jiwa untuk memahami dan bertindak sedangkan hakikatnya banyak lagi persoalan belum selesai?

Prinsip jemaah yang berdiri di atas tiang tafaahum (saling memahami), takaful (saling bertanggungjawab), ta'awun (saling tolong menolong) dan tawa'azum (timbang rasa), kini hanya tinggal kenangan. Jiwa kita kini di nista oleh gaya berfikir yang jauh daripada prinsip Islam. Kalau merenung secara mendalam dengan hati seorang mukhlis (ikhlas), apalah erti kehadiran parti-parti Islam dan organisasi Islam kalau bukan membangun persaudaraan Islam?

Bahkan para ulama Islam terdahulu yang kemudiannya dikatakan sebagai pembawa aliran mazhab sentiasa membuat pengakuan, jika ada pendapat lebih baik, maka ikutlah pendapat itu. Ini tidak diambil iktibar oleh umat Islam di Malaysia, sebaliknya terus mempertahankan seseorang sehingga kesalahan pemimpin itu seolah-olah tidak berlaku, lebih bersifat maksum.

Dalam zaman Rasullullah SAW, baginda tetap mengutamakan seseorang yang mahir dan pakar dalam bidang tertentu mengetuainya.

Mencontohi cara Rasullullah SAW menguruskan manusia adalah contoh terbaik bagaimana pengaruh kepimpinan, visi dan membentuk struktur sosial yang mantap sehingga kini terus dikaji sebagai model masyarakat pelbagai agama yang paling berjaya. Ia bukanlah sekadar iltizam politik bersifat retorik, ia melangkaui setiap tahap kehidupan dan dipandu dengan hemah dan bijaksana.

Dalam konteks itulah tema hijrah pada tahun ini boleh dijadikan penunjuk arah atas kesedaran bahawa pergolakan dalam kalangan orang Melayu banyak bersangkutan dengan permasalahan politik kepartian. Telahan Muhyiddin itu membawa makna besar, tetapi malangnya sesetengah pemimpin melihatnya sebagai negatif.

Dalam semangat menyambut hijrah adalah perlu diketengahkan semula semangat persaudaraan, kerjasama itulah memberikan kekuatan kepada Islam sehingga mampu lahir sebagai sebuah tamadun yang paling besar dan lama sepanjang sejarah manusia. Tetapi, malangnya kelunturan semangat penyatuan turut menyumbang kepada kehancuran tamadun Islam.

Kekuatan Islam di Malaysia tentunya lebih besar terletak di tangan orang Melayu. Maka dakwaan perpaduan Melayu tidak dapat menjamin kedaulatan Islam adalah pemikiran yang tercabut dari akar budaya, kerana tidak memahami orang Melayu terikat dengan Islam, meskipun mereka tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.

Menghayati peristiwa hijrah sebenarnya membawa kepada kelahiran semangat yang kental bagi menyucikan jasmani dan rohani. Islam melihat fitrah ciptaan manusia mempunyai dua sisi utama, iaitu jasmani dan rohani. Islam tidak mengiktiraf konsepsi manusia berdasarkan aliran pemikiran behaviorisme psikologi barat, bahawa manusia sebenarnya menuju ke pencapaian material dan kemantapan psikologi, tetapi hakikat psikologi tidak mengarahkan kepada keyakinan beragama. Psikologi hanyalah satu usaha memahami aspek kejiwaan. Ia tidak merangkumi bagaimana jiwa yang tenang itu sebenarnya terlahir daripada kekentalan iman dan dedikasi diri kepada Allah SWT serta bergerak seirama dengan kepentingan masyarakat, visi bangsa dan matlamat negara.

Jika kedatangan tahun baru Islam pun kita tidak memanfaatkannya sebagai saat untuk "memanggil kembali" semangat keagungan ukhuwah Islam daripada keeratan persaudaraan Muhajirin dan Ansar, maka siapakah kita ini sebenarnya?

PENULIS ialah Yang Dipertua Yayasan

Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved