Sabtu, 3 September 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Pengkhianatan paling besar

Posted:

Pengkhianatan paling besar

Pengkhianatan paling besar

Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my


MOHAMED MALIKI


KUALA LUMPUR 3 Sept. - Keengganan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk memohon maaf serta menarik balik kenyataannya berhubung tragedi di Bukit Kepong merupakan pengkhianatan paling besar kepada pejuang-pejuang kemerdekaan negara.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, kedegilan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu tidak lagi boleh dianggap sebagai gimik politik, sebaliknya merupakan jenayah kerana menyokong kumpulan pengganas komunis yang pernah menimbulkan huru-hara di negara ini.

Menurutnya, beliau tidak faham bagaimana Mat Sabu boleh membuat kenyataan menyokong pengganas komunis sedangkan beliau merupakan pemimpin nombor dua dalam sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan agama Islam.

"Adakah beliau tidak tahu bahawa dalam tragedi Bukit Kepong, pengganas komunis telah membunuh 25 anggota polis serta keluarga mereka yang rata-ratanya merupakan orang Islam?

"Jadi bagaimana pula beliau boleh menyokong komunis dan mendakwa golongan tersebut sebagai pejuang sebenar?

"Ini merupakan pengkhianatan kepada para pejuang kemerdekaan negara dan boleh dianggap sebagai satu jenayah kerana menyokong pengganas," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kedegilan Mat Sabu yang tidak mahu memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung tragedi di Bukit Kepong walaupun mendapat desakan daripada pelbagai pihak termasuk sekutu rapatnya sendiri iaitu Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Karpal cuba selamatkan pembangkang

Posted:

Karpal cuba selamatkan pembangkang

Karpal cuba selamatkan pembangkang

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menarik balik kenyataan berhubung tragedi Bukit Kepong membuktikan Karpal cuba menyelamatkan pakatan pembangkang daripada kemarahan rakyat dan seterusnya menjamin sokongan terhadap mereka.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Karpal yang berpengalaman luas dalam politik menyedari tindakan Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu itu dalam menyifatkan pengganas komunis sebagai pejuang negara tidak dipersetujui rakyat terutama anggota pasukan keselamatan dan keluarga mereka.

Katanya, ini kerana kenyataan Mat Sabu itu pastinya merugikan Pas seterusnya memberi kesan kepada pakatan pembangkang kerana ramai anggota keselamatan yang terkorban semasa mempertahankan negara daripada pengganas komunis.

"Sesungguhnya pada masa lampau terdapat satu usaha di kalangan pemimpin Pas untuk mempertahankan pengganas komunis.

"Sebabnya ialah kerana ingin mengurangkan rasa terhutang budi kepada pemimpin UMNO dahulu yang telah dapat membatalkan rancangan Malayan Union oleh British, menewaskan pengganas komunis dan memerdekakan negara," katanya dalam entri bertajuk 'Karpal dan Mat Sabu' di http://chedet.cc hari ini.

Pada 21 Ogos lalu, Mat Sabu dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang antara lain didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas dalam Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaysia (PKM) yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis serta keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong merupakan 'hero' sebenar kemerdekaan negara.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir secara sinis menambah, pendirian para pemimpin Pas tidak akan memberi kesan kepada penyokong fanatik parti itu sungguhpun Pas telah menggugurkan perjuangan menjadikan Malaysia sebagai negara Islam serta melupakan hasrat melaksanakan hukum hudud.

"Tetapi janganlah pula orang lain juga membutakan mata akan kesanggupan Pas dan sudah tentu Parti Keadilan Rakyat (PKR), untuk menidakkan apa sahaja sumbangan pemimpin UMNO dahulu demi mendapat sokongan khususnya DAP dan orang Cina.

"Pas sekarang tidak lagi Pas (pada zaman) Ustaz Zulkifli, Burhanuddin Al-Helmi, Asri Muda. Pas sekarang sanggup membelakangkan Islam pun kerana gila kuasa dan Putrajaya. Nauzubillah," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Devan yakin halang T-Team

Posted:

Devan yakin halang T-Team

Devan yakin halang T-Team

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


K. DEVAN yakin dengan kemampuan anak-anak buahnya menjelang perlawanan peringkat kumpulan piala malaysia menentang t-team pada selasa ini.


KUALA LUMPUR - Tewas dua kali pada saingan Liga Super tidak mengundang rasa gerun jurulatih Selangor, K. Devan terhadap kekuatan yang ada pada T-Team menjelang pertemuan kedua-dua pasukan itu pada saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Selasa depan.

Biarpun mungkin sudah ada peminat melabelkan pasukan T-Team bagaikan pasukan badi kepada Red Giants, Devan masih yakin rekod kurang baik ketika berdepan skuad berstatus kelab dari Pantai Timur itu pada tahun ini mampu diubah.

Bersemangat mahu menghalang pasukan tuan rumah daripada meraih kemenangan, dia menyifatkan perlawanan dengan T-Team adalah antara yang terpenting dalam saingan peringkat kumpulan di samping tidak mahu merendahkan cabaran Kuala Lumpur dan PDRM.

''Jika kita berjaya mencuri satu mata atau mendapat kemenangan ke atas T-Team pada perlawanan ini, ia mungkin akan menjadi titik tolak kepada peluang kita untuk muncul juara kumpulan.

''T-Team adalah pencabar kita yang terkuat dalam Kumpulan D dan pemain harus sedar situasi ini dengan memberikan fokus dan menampilkan prestasi sebenar bagi meraih kemenangan, " katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menamakan Zairo Anuar Zailani sebagai pemain T-Team yang perlu diberikan perhatian, Devan mengakui dia tidak mempunyai strategi tersendiri bagi mengunci tonggak berpengalaman itu selain dua lagi bintang T-Team, Indra Putra Mahayuddin dan Nor Farhan Muhammad.

''Zairo antara pemain yang menjadi watak utama dalam pasukan, dia merupakan perancang kepada pasukan.

''Dua lagi bekas pemain kebangsaan, Indra Putra dan Nor Farhan pula berkemampuan menjaringkan gol dalam situasi tidak diduga dan mampu mengubah keputusan perlawanan.

''Walaupun begitu, saya tidak akan mengarahkan pemain memberikan perhatian khusus kepada mereka bertiga selain beberapa arahan spesifik tertentu," katanya.

Menyentuh mengenai persiapan pasukan, dia amat berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan pemain sepanjang tujuh perlawanan persahabatan yang diaturkan selepas saingan Liga Super berakhir.

''Ada peningkatan permainan berdasarkan apa yang saya perhatikan daripada tujuh perlawanan yang mana kita menang empat kali, seri dua kali dan kalah sekali. Harap petanda positif ini dapat diteruskan dalam saingan Piala Malaysia, " katanya.

Selain itu, Devan melihat persaingan merebut tempat dalam kesebelasan utama pada saingan Piala Malaysia lebih sengit berikutan kehadiran beberapa pemain pinjaman, malah dia turut membayangkan mungkin akan membuat kejutan meletakkan G. Jeevanathan sebagai penjaga gol utama Red Giants sepanjang saingan Piala Malaysia.

''Buat masa ini Jeeva yang dipinjamkan dari USM FC menunjukkan satu permainan menyakinkan namun Iqbal Suhaimi turut kembali mempamerkan peningkatan positif," ujarnya.

Pemain diminta rujuk pengurusan pasukan – FAM

Posted:

Pemain diminta rujuk pengurusan pasukan – FAM

Pemain diminta rujuk pengurusan pasukan – FAM

Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanktn@gmail.com

KUANTAN - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu dua pemain yang akan dipanggil untuk mengikuti sesi latihan ke England merujuk kepada pengurusan pasukan masing-masing sebelum berhajat ke sana.

Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, Queen Park Rangers (QPR) dan Cardiff City perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada pasukan yang diwakili Safiq Rahim dan Safee Sali sekarang.

"Setakat ini tidak ada pihak daripada QPR atau Cardiff mengemukakan permohonan rasmi dengan FAM berhubung perkara tersebut. Saya hanya mendapat berita ini daripada media. Bagaimanapun, saya menyambut baik berita ini kerana usaha mereka memberi pendedahan kepada pemain kita di kelab Liga Perdana England (EPL)," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurutnya, QPR dan Cardiff perlu mengikut saluran yang betul dan mematuhi syarat-syarat tertentu kerana setiap pemain adalah hak milik pasukan negeri atau kelab yang mereka wakili sekarang.

"Dalam isu Safiq dan Safee, kedua-dua pengurusan pasukan tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai tawaran tersebut.

"Saya merayu dan berharap QPR serta Cardiff membuat satu tindakan yang tepat seperti menghantar surat kepada FAM berhubung perkara ini dan ia masih belum terlambat," jelasnya.

Tambahnya, FAM berhak dan mempunyai kuasa menyekat pemergian kedua-dua pemain itu kerana mereka terikat dengan kontrak bersama pasukan masing-masing.

"Masih belum terlambat untuk mereka memilih jalan yang betul dan bukan susah untuk membuat sepucuk surat menyatakan tawaran berkenaan.

"Sehingga ke saat ini apa yang boleh saya katakan bahawa ia (penghijrahan) tidak akan berlaku," jelasnya.

Katanya, beliau amat menyanjung tinggi usaha tersebut, tetapi ia perlu dilakukan dengan betul dan secara rasmi agar FAM dapat sama-sama membantu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Budak ditemui mati lemas

Posted:

Budak ditemui mati lemas

Budak ditemui mati lemas

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


JASMI Ludin bersama anaknya, Nur Syafaa sedih melihat gambar kenangan Syabil Syakirin Jasmi di Kampung Masjid, Jerlun, Kedah, kelmarin. - MINGGUAN/KAMAL BASIR


JERLUN 3 Sept. - Kemeriahan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri sebuah keluarga dari Taman Sri Sanglang di sini bertukar menjadi duka apabila anak bongsu mereka maut selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Masjid, Kuala Sanglang di sini, semalam.

Mangsa, Syabil Syakirin Jasmi, 5, dipercayai gagal mengawal basikal yang ditunggangnya sewaktu berada di atas jambatan kecil di kampung itu yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah mereka sebelum terjatuh ke dalam sungai pada pukul 2.30 petang.

Bapa mangsa, Jasmi Ludin, 39, berkata, anggota keluarganya tidak menyedari Syabil Syakirin keluar dari rumah sehingga dia dimaklumkan oleh anak sulungnya, Nur Syafaa, 8, tentang kehilangan anaknya itu.

Menurutnya, dia kemudian mencari Syabil Syakirin di sekitar kawasan berhampiran sebelum menerima panggilan telefon dari seorang rakan yang memberitahu ternampak selipar dan basikal dipercayai milik anaknya di atas jambatan tersebut.

"Sewaktu saya bergegas ke sana, Syabil Syakirin sudah pun dikejarkan ke klinik berhampiran oleh orang kampung sebelum dibawa ke Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar untuk rawatan.

"Saya diberitahu dia meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke klinik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Menurut Jasmi yang merupakan seorang peniaga ikan, arwah anaknya itu sering bermain di kawasan rumah selain kerap berbasikal ke setor simpanan ikannya berhampiran jambatan berkenaan yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.

"Saya sedih kehilangan Syabil lebih-lebih lagi ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri masih meriah, namun reda kerana ia adalah ketentuan Ilahi," ujarnya sayu.

Sementara itu, saksi, Kamarudin Othman, 48, memberitahu, dia tergerak hati untuk mengetahui dengan lebih lanjut selepas menemui sebuah basikal tanpa pemilik di atas jambatan berkenaan.

Katanya, dia ternampak selipar kanak-kanak di dalam sungai lalu menghubungi abangnya, Zakaria, 54, untuk membantu menyelam ke dasar sungai itu sehingga menemui anak rakannya.

28 lagi kematian dicatatkan

Posted:

28 lagi kematian dicatatkan

28 lagi kematian dicatatkan

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Ops Sikap Ke-24 yang dilancarkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini mencatatkan jumlah kematian tertinggi pada hari ke-11 semalam, dengan 28 lagi kematian.

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian pengguna jalan raya dalam Ops Sikap Ke-24 meningkat kepada 212 orang.

Pengguna motosikal masih mencatat jumlah kematian tertinggi dengan 16 kes selain lima pengguna kereta, masing-masing tiga van dan pejalan kaki serta satu basikal.

Menurut statistik yang dikeluarkan laman web rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kemalangan masih menunjukkan peningkatan apabila mencatatkan 1,211 kes dengan 25 daripadanya membabitkan kemalangan maut.

Selain peningkatan jumlah kemalangan, bilangan saman yang dikeluarkan kepada pesalah lalu lintas juga bertambah kepada 10,682 saman.

Menurut kenyataan itu lagi, kes kemalangan paling banyak berlaku di jalan bandaran iaitu 402 kes, diikuti jalan Persekutuan (351), jalan negeri (273), lebuh raya (94) dan lain-lain jalan (91).

Ops Sikap Ke-24 dilancarkan pada 22 Ogos lalu sempena Hari Raya Aidilfitri dan akan berakhir pada Selasa depan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


UMNO buat laporan polis

Posted:

UMNO buat laporan polis

UMNO buat laporan polis

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my


Ismail Mohamed Said (depan, empat dari kanan) dan ADUN Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar (tiga dari kanan) bersama ahli UMNO dan MCA mengadakan demonstrasi secara aman membantah Mat Sabu menyanjung pengganas komunis di hadapan Balai Polis Kuala Krau, Temerloh, kelmarin.


KUALA KRAU 3 Sept. - Seramai 160 ahli UMNO Bahagian Kuala Krau di sini membuat laporan polis berkaitan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang memberi sanjungan kepada pengganas komunis sebagai pejuang dan wira kemerdekaan negara.

Kesemua laporan polis itu dibuat di tiga balai polis dalam kawasan Parlimen Kuala Krau iaitu Balai Polis Kuala Krau, Bandar Tun Abdul Razak, Jengka dan Kerdau.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, kenyataan timbalan presiden Pas itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu adalah satu penghinaan kepada anggota dan pasukan polis.

"Kenyataan Mat Sabu yang mengagung-agungkan pengganas komunis sebagai wira dalam tragedi berdarah menyerang dan membunuh di balai polis Bukit Kepong, Johor, 61 tahun lalu adalah keterlaluan dan pengkhianat negara.

"Beliau mungkin mempunyai niat tertentu apabila menganggap pengganas komunis sebagai wira tetapi kenyataannya itu menggambarkan beliau buta sejarah sehingga sanggup memperlekeh anggota keselamatan seperti polis," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis bersama-sama 50 ahli UMNO Bahagian di Balai Polis Kuala Krau di sini, semalam.

Menurut Ismail, kenyataan Mat Sabu itu bukan sahaja memperlekeh anggota polis yang mempertahankan balai Polis Bukit Kepong tetapi memperkecilkan peranan keseluruhan anggota keselamatan termasuk tentera yang bermati-matian menggadai nyawa mempertahankan negara.

"Mat Sabu manusia yang lupa daratan dan tidak bersyukur. Jika tidak kerana pasukan keselamatan, masakan dia dapat menikmati hasil kemerdekaan sekarang," katanya.

Aidilfitri: 30 inap desa habis ditempah

Posted:

Aidilfitri: 30 inap desa habis ditempah

Aidilfitri: 30 inap desa habis ditempah

KUANTAN 3 Sept. - Sebanyak 30 inap desa di Bandar Sungai Lembing di sini habis ditempah sempena cuti musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Pengusaha inap desa Lembing Village Resort, Vincen Chow, 60, berkata, kebanyakan pelancong domestik atau asing memilih penginapan itu kerana tertarik dengan budaya hidup dan keunikan di Kampung Sungai Lembing.

Menurutnya, kebanyakan pelancong terlibat datang dari Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Singapura.

"Sejak awal Ogos lagi, hampir setiap hari kita menerima panggilan telefon daripada pelancong yang berminat menginap di sini.

"Kebetulan waktu itu seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri diikuti sambutan Hari Kemerdekaan negara. Mereka pasti tidak mahu ketinggalan menikmati pelbagai aktiviti menarik yang disediakan nanti," katanya di sini, baru-baru ini.

Vincen memberitahu, antara aktiviti pelancongan yang disediakan ialah memanjat Bukit Panorama di Sungai Lembing, Air Terjun Rimbo, melawat Muzium Sungai Lembing dan kawasan tinggalan lombong bijih timah.

Katanya, pada tahun lalu, pihaknya menyediakan pakej termasuk kebun buah-buahan namun keadaan cuaca yang panas ketika ini tidak mengizinkan aktiviti itu diteruskan.

Seorang lagi pengusaha inap desa, S.L. Nature Rest House, Chen Chee Loon, 37, berkata, selain memperkenalkan budaya hidup di sini, penduduk terlibat juga boleh meningkatkan pendapatan mereka.

"Bukan selalu inap desa di sini dipenuhi pelancong, mungkin ia kebetulan cuti panjang disebabkan dua hari cuti umum iaitu Hari Raya Aidilfitri dan ulang tahun Hari Kemerdekaan," katanya.

MDJ tawar RM3,500 reka cipta pintu gerbang paling kreatif

Posted:

MDJ tawar RM3,500 reka cipta pintu gerbang paling kreatif

MDJ tawar RM3,500 reka cipta pintu gerbang paling kreatif

KUANTAN 3 Sept. - Orang ramai dialu-alukan mengambil bahagian dalam pertandingan mencipta reka bentuk pintu gerbang utama masuk ke bandar Jerantut anjuran Majlis Daerah Jerantut (MDJ).

Setiausahanya, Wan Norizan Wan Badaruzzaman berkata, kesemua pelan cadangan reka bentuk pintu gerbang berkenaan perlu dikemukakan ke pejabat MDJ sebelum 30 September ini.

Menurutnya, pertandingan tersebut terbuka kepada penduduk Jerantut dalam menghasilkan rekaan pintu gerbang menarik yang bakal menjadi mercu tanda bandar itu.

Jelasnya, reka bentuk paling kreatif akan dinobatkan sebagai pemenang bakal menerima hadiah berupa wang RM2,000, RM1,000 (tempat kedua) dan RM500 (tempat ketiga).

"Reka bentuk tersebut akan dibina pada tahun depan di bawah bajet pembangunan MDJ. Kosnya pula dianggarkan antara RM200,000 hingga RM250,000," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Wan Norizan berkata, peserta perlu mencipta reka bentuk tersebut bersesuaian dengan bajet itu.

Katanya, MDJ memerlukan konsep ciptaan pintu gerbang tersebut bercirikan moden serta bertemakan Jerantut Bandar Taman Negara.

"Cadangan tapak pintu gerbang tersebut ialah di jalan utama Jerantut-Temerloh iaitu antara Taman Wawasan dengan Masjid Baru Jerantut," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Sambung rundingan damai

Posted:

Sambung rundingan damai

Sambung rundingan damai

MANILA 3 Sept. - Pemberontak komunis Filipina hari ini berkata, rundingan dengan Manila mungkin dapat disambung semula dengan bantuan Norway, sambil mencadangkan perjanjian terhad yang disifatkan akan menamatkan pemberontakan komunis selama empat dekad di negara ini.

Dalam pertemuan yang dianjurkan Norway pada Februari lalu, kedua-dua pihak bersetuju mempercepatkan proses damai untuk menamatkan pemberontakan yang telah berlarutan selama 20 tahun.

Ketua perunding pemberontak, Luis Jalandoni berkata, beliau akan berjumpa dengan ketua perunding kerajaan pada Isnin dan Selasa ini dalam pertemuan yang turut dihadiri wakil khas Norway.

Pertemuan yang bakal diadakan di Manila itu akan cuba menyelesaikan kebuntuan berhubung tuntutan pemberontak yang mendesak 13 pegawai mereka yang ditangkap dibebaskan.

Jalandoni berkata, mereka mempunyai tawaran rahsia kepada Presiden Benigno Aquino iaitu 'kerajaan campuran' yang dianggapnya akan membawa kepada gencatan senjata segera dan persetujuan damai.

"Kami rasa masalah ini boleh diselesaikan dan rintangan dapat diatasi, tetapi ia memerlukan keazaman kuat daripada kedua-dua belah pihak," kata Jalandoni dalam satu sidang media, hari ini.

Ketua perunding kerajaan, Alexander Padilla, bagaimanapun hari ini menuduh pemberontak mempunyai niat jahat.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan rundingan disambung semula. - AFP

Noramfaizul terkena tembakan AMISOM?

Posted:

Noramfaizul terkena tembakan AMISOM?

Noramfaizul terkena tembakan AMISOM?



MOGADISHU 3 Sept. - Seorang anggota sebuah pertubuhan amal dari Malaysia mendakwa seorang jurukamera dari Malaysia terbunuh akibat terkena tembakan daripada pasukan pengaman Kesatuan Afrika di Somalia (AMISOM) dalam kejadian serangan di ibu negara Somalia di sini, semalam.

Muhideen Mohamed, yang bekerja dengan kelab Putera 1Malaysia, berkata, Noramfaizul Mohd. Nor, 39 (gambar), yang bekerja dengan stesen televisyen BernamaTV, terkena tembakan pasukan AMISOM ketika menjalankan kawalan di bandar ini.

"Mangsa mati selepas terkena tembakan dua peluru di bahu yang menembusi paru-parunya, manakala seorang lagi mangsa yang cedera ialah jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, 26, yang terkena tembakan di lengan kanan.

"Kejadian berlaku antara persimpangan Jalan K4 dan lapangan terbang Mogadishu, ketika konvoi kenderaan berperisai AMISOM dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang Mogadishu, yang merupakan pangkalan mereka.

Dalam pada itu, timbalan jurucakap AMISOM, Prosper Hakizimana berkata, pihaknya menyedari kejadian serangan tersebut dan sedang menyiasat pihak mana yang bertanggungjawab melepaskan tembakan, sama ada AMISOM atau kumpulan lain.

Sementara itu, pegawai keselamatan tentera Kesatuan Afrika (AU), Adbukarim Ali berkata, wartawan terbabit terbunuh ketika meletus pertempuran antara tentera AU dan kumpulan bersenjata yang lain di bandar berkenaan.

''Noramfaizul terkena tembakan semasa berada di dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang ke hotel,'' kata Abdulkarim. - REUTERS/AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Rossa takut dibenci

Posted:

Rossa takut dibenci

Rossa takut dibenci

APABILA penyanyi seberang, Rossa dikaitkan punya peminat istimewa dengan orang kenaman di Malaysia, banyak yang bertanya siapakah orang kenamaan yang dimaksudkan?

Kerabat diraja ke, bapak menteri ke atau tokoh korporat terulung yang menjadi penawar luka di hati Rossa?

Dan bukan saja peminat, malah penyanyi anak satu itu sendiri tidak mampu duduk diam.

Khabarnya seharian Rossa menangis bila gosip hubungan dengan kenamaan disiar dalam media Malaysia.

Gusar sungguh hatinya, mengenangkan salah tanggap orang terhadap hubungannya dengan teman-teman rapat di Malaysia.

"Aku itu paling takut kalau menjadi mangsa kebencian peminat wanita yang risau kalau-kalau aku bakal merampas suami mereka. Macam-macam boleh jadi kalau aku dianggap sebagai perampas suami orang, aku tak mahu.

"Justeru, jangan disalah mengerti. Segala persahabatanku dengan sesiapa saja di Malaysia adalah kerana ikhlas atas nama kasih sayang sahabat dan teman. Tidak ada yang berlebih," katanya kepada seorang teman Joyah.

Hmm, mengenali Rossa memang dia ni baik dengan semua orang. Baik kerabat diraja, VIP mahupun orang biasa, memang mudah dekat dengan si genit ini.

Jumpa 10 minit, macam sudah kenal bertahun-tahun. Pendek kata gaya komunikasi Rossa memang mantap dan orang mudah mesra dengannya, mungkin sebab itu timbul macam-macam tanggapan dek sikap manja dan mesra Rossa.

Jadi, kalau ada yang salah erti, tolong betulkan tanggapan anda. Kasihani Rossa yang katanya datang ke Malaysia hanya mahu cari makan, bukan untuk mencari cinta.

Aduh, menyesalnya kahwin artis

Dalam dam-dam dum bunyi mercun, hati Joyah turut dam-dam dum. Berdebar sangat mendengar perkhabaran ini, sampai nak makan lemang pun terbantut sudah, potong selera.

Mana tidaknya, terasa baru sangat mereka bernikah tiba-tiba sudah ada masalah kedengaran dalam pernikahan seorang artis wanita dan VIP di sebuah negeri.

Khabarnya, VIP berkenan sudah mula 'muak' dengan kerenah isteri seksi lagi jelita yang banyak menghabiskan wang ringgit dengan tujuan bukan-bukan.

Sejak bernikah, permintaan artis memang diluar dugaan sama sekali. Seluruh gaya hidup berubah, semua benda mesti berjenama terkemuka dari atas sampai ke bawah.

Orang yang membayarnya, tentulah 'terkebil-kebil' macam cicak berak kapur bila melihat wang keluar macam air. Mahu taknya, kalau setiap bulan mahu beli beg tangan puluhan ribu, tauke emas pun boleh jual kedai cik abang oii.

Belum lagi sikap isterinya yang suka 'menaja' ahli keluarga kalau pergi melancong ke mana-mana. Joyah diberitahu ada-ada saja ahli keluarga akan menjadi 'pak turut' dalam acara melancong si VIP dan isteri.

Manalah orang tu tak geram, kalau setakat seorang tak apa, tetapi pernah diangkut satu keluarga.

Itulah pasal, kalau kahwin tanpa keikhlasan, akhirnya niat sebenar kita akan tertonjol juga.

Kepada VIP berkenaan, nasihat Joyah reda saja. Terimalah segala masalah domestik ini ya bila sudah kahwin dengan orang popular.

Alah, dulu pun tiada sesiapa yang memaksa dirimu bernikah dengan si artis, jadi sekarang masa untuk menerima saja baik dan buruk wanita yang dipuja-puja itu. Kata sayang!

Berhenti mengeji, doakan bahagia

Posted:

Berhenti mengeji, doakan bahagia

Berhenti mengeji, doakan bahagia

Katarsis Kualong

SYAWAL masih bertamu dengan penuh kemeriahan. Keseronokan bertebaran di mana-mana, membawa duka dan nestapa pergi menjauh. Syawal bulan serba indah, apatah lagi selepas dapat mengucup tangan ayah dan bonda, serta bertemu mata dengan ahli keluarga.

Semoga Syawal kali ini sama-sama membawa berkat untuk kita semua.

Sudah pasti, dua artis wanita Faezah Elai dan Memey Suhaiza ketika ini sedang dalam debaran, menanti saat diijabkabulkan.

Faezah akan bernikah dengan kekasih hatinya Heykal Hanifah, seorang pengarah drama.

Dan Memey? Hmmm...tak perlulah saya nak perkenalkan lagi kerana satu Malaysia mengharapkan impian pernikahannya tercapai dengan hero drama itu.

Ada persamaan antara Memey dan Faezah, sebenarnya. Kedua-dua si dara ini pernah dianggap sebagai perosak rumah tangga wanita lain.

Sampailah macam-macam tanggapan dan nama buruk diberikan, baik kepada Memey mahupun Faezah.

Faezah misalnya, tidak mengaku yang dirinya adalah perampas. Katanya dia dan Heykal hanya semakin mesra selepas kena gosip.

Bersama berbincang pelbagai masalah yang melibatkan kedua-duanya, pasangan ini akhirnya jatuh cinta. Okey, kita terima sajalah, kalau itu yang mereka perkatakan.

Memey juga begitu. Kononnya dulu 'bagai nak rak' membuat penafian tak ada hubungan, akhirnya terjatuh juga dalam pelukan pelakon kacak itu.

Hari ini, baik Memey, mahupun Faezah tidak lagi boleh menyembunyikan hakikat bahawa mereka memang benar-benar ada hubungan dengan lelaki yang dimaksudkan.

Kalau tidak masakan mereka bakal ke jenjang pelamin, bukan?

Pada saya, anggap sajalah ini adalah jodoh mereka yang telah disuratkan. Tak perlulah peminat atau orang diluar sana mengeji atau menghina, mendoakan yang bukan-bukan terhadap perkahwinan yang bakal terbina itu. Nanti yang mendapat banyak dosa, kita juga.

Seeloknya hulurkan doa dan berilah mereka harapan yang baik-baik untuk melangkah ke alam baru.

Terimalah kenyataan dan hakikat bahawa jodoh kedua Norman Hakim itu sememangnya dengan Memey Suhaiza dan Heykal pula dengan si pelakon yang sedang meningkat naik itu.

Pertemuan mereka sebenarnya sudah termaktub dalam takdir pertemuan. Segala peristiwa yang berlaku sebelum ini dalam perhubungan persahabatan dan cinta mereka hanyalah faktor pelengkap yang memungkinkan terikatnya satu akad.

Kepada kedua-duanya, semoga pernikahan membawa bahagia. Pertahankan rumah tangga walau dalam apa juga keadaan kerana apabila telah menerima seseorang sebagai pasangan, kita juga perlu menerima segala kebaikan dan keburukannya.

Ia hadir dengan pakej dan tidak semestinya apa yang kita inginkan menjadi kenyataan. Dunia rumah tangga banyak pancaroba dan hanya yang bijak akan berjaya sampai ke garisan penamat.

Sebagaimana besarnya nilai pernikahan mereka, seharusnya sebesar itu jugalah nilai kasih sayang yang mengikat kedua-dua mempelai. Kita tidak mahu berkahwin kecoh satu negara, bercerai pun kecoh juga, yang malu diri sendiri dan keluarga. Mudah-mudahan dijauhkan.

Juga sama-sama kita harapkan agar dua wanita yang pernah bertakhta di hati lelaki berkenaan mendapat ketenangan dan tiada lagi dendam di hati.

Abby Abadi, bekas isteri Norman pun saya lihat sekarang sedang dalam fasa bahagia dengan kekasih hati, pelakon muda kacak, Zulkifli Ariffin. Saya jangkakan, tidak lama lagi Abby juga bakal ke pelamin dengan kekasih tersayang, kita tunggu saja masanya nanti.

Tentang bekas isteri Heykal, Jaja Nadzir, tidak pula saya pasti. Pun saya tahu, Jaja adalah wanita yang kuat dan tidak akan menyesali takdir perceraiannya.

Malah, dengan aset kesempurnaan yang menjadi miliknya, saya percaya Pegawai Perhubungan Awam di KRU Studio itu mampu untuk melangkah dengan yakin dan gagah setelah perceraian.

Mengambil semangat Syawal, kita buangkan segala yang keruh, ambil yang jernih. Kalau bukan untuk diri sendiri, untuk anak-anak dan mereka yang kita sayang.

Maaf zahir dan batin. Selamat menjamu selera di rumah terbuka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kekejaman PKM tetap dirasa

Posted:

Kekejaman PKM tetap dirasa

Kekejaman PKM tetap dirasa

Oleh Ramlah Adam


ORANG Melayu menentang Parti Komunis Malaya kerana serik dengan kekejaman terhadap orang awam yang tidak bersalah.


SERANGAN bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) ke atas Balai Polis Bukit Kepong, 35 kilometer dari Muar, jam 4.30 pagi pada 25 Februari 1950, adalah sangat berkesan dalam sejarah negara.

Serangan itu memperlihatkan kegigihan dan kecekalan anggota polis yang begitu kecil jumlahnya iaitu 20 orang bersama enam Pengawal Kampung (Home Guards) mempertahankan maruah sebuah institusi yang melambangkan keselamatan dan kedaulatan negara dan masyarakat. Mereka memang menjadi sasaran Parti Komunis Malaya yang meletakkan Rejimen 3 dan 4 untuk bergerak dan menguasai Johor. Serangan yang melibatkan 180-200 orang anggota Malayan Races Liberation Army (MRLA), PKM itu telah diketuai oleh Mat Indera. Dalam serangan itu Sarjan Jamil Mohd Noh, Ketua Balai telah mengetuai anak buahnya untuk mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong, Balai Penghulu dan Berek Kelamin Polis daripada ditawan oleh komunis. Mereka tidak mahu menyerah kalah walaupun dipujuk oleh Mat Indera melalui isteri seorang anggota polis yang dapat ditangkapnya di berek kelamin.

Mereka tidak berganjak daripada lubang-lubang kubu pertahanan mereka walaupun seorang demi seorang anggota polis itu tercedera dan tertewas oleh peluru komunis yang datang seperti hujan menimpa bumi. Mereka berjuang selama enam jam tanpa mengira keselamatan nyawa mereka. Ada juga isteri-isteri polis yang cuba melawan membela kematian suami mereka. Namun, kudrat mereka tidak seberapa. Kekejaman komunis mengatasi segala-galanya. Mereka bukan sahaja membakar kompleks balai polis itu menjadi debu, tetapi sanggup membaling seorang anggota polis yang cedera ke dalam api yang sedang membara. Tiga orang isteri polis juga dihumban ke dalam api tanpa belas kasihan. Ada yang terpaksa berpelukan ketakutan menunggu kematian yang menyeksakan itu. Seorang kanak-kanak juga menjadi mangsa kekejaman komunis. Mereka rentong seperti arang. Hanya Yusof Rono, seorang anggota polis yang cedera parah dapat melepaskan diri untuk meminta bantuan. Dato' Onn Ja'afar, Menteri Besar Johor dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, yang telah melawat kawasan itu menyifatkan pertahanan anggota-anggota Balai Polis itu adalah sebagai sesuatu tindakan yang sangat `determined and heroic'. Seramai 25 orang yang terkorban mempertahankan Balai Polis itu; 19 orang anggota polis dan 6 orang pengawal kampuong. Bagi Mat Indera dan PKM, ini adalah satu kejayaan besar. Mat Indera tidak rasa bersalah walaupun mereka yang dibunuh dan dibakar hidup-hidup adalah sebangsa dan seagama dengannya.

Mengapa Mat Indera berada dalam PKM dan terlibat dalam Peristiwa Bukit Kepong? Jika disusuri sejarah politik negara, PKM telah menjalankan satu dasar Malayan United Front iaitu satu dasar yang telah diputuskan sebelum 1948 lagi. Dalam dasar ini, PKM akan cuba menyebarkan pengaruh dan ideologi komunis kepada semua bangsa di Tanah Melayu. PKM yang ditubuhkan pada 1927/1930, selama ini hanya mendapat sokongan daripada satu bangsa sahaja sedangkan orang India dan Melayu terutamanya tidak ramai menjadi anggotanya.

Untuk mencapai tujuan ini, anggota PKM telah meresap masuk dan menubuhkan kesatuan sekerja, parti-parti politik serta badan-badan masyarakat yang lain. Malah mereka juga menyamar dengan nama orang Melayu dan menggelarkan dirinya sebagai Haji seperti Cheng Nan yang menyamar sebagai Haji Hashim dan bergaul dengan masyarakat Melayu di Pahang. Malah untuk menunjukkan imej kerjasama bangsa itu, Musa Ahmad, seorang kelulusan sekolah agama rakyat telah dilantik sebagai Pengerusi PKM. Beliau kemudian digantikan oleh Abdullah C.D. apabila Musa bermastautin di China. Namun, mereka adalah boneka kerana Chin Peng adalah pemegang dasar PKM.

Terpengaruh

Mat Indera dan ramai orang Melayu pada masa itu terpengaruh dengan dasar ini. PKM telah membakar semangat mereka dengan perasaan anti–kolonial dan anti-kuasa Barat. British yang menguasai Persekutuan Tanah Melayu dilihat sebagai penjajah yang mengeksploitasi ekonomi negara. Manakala Raja-Raja Melayu dan pembesar Melayu yang memimpin UMNO dilihat sebagai penyokong British. Ini kerana PKM telah gagal untuk mendapat perhatian British selepas Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948. Sebelum itu PKM telah bekerjasama dengan British untuk menentang pihak Jepun di antara tahun 1942-1945. Ramai anggota Komunis telah diberi penghargaan oleh British. Chin Peng diberi gelaran Sir oleh British. PKM juga menyokong rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada April 1946. Ini kerana Malayan Union bersifat kesatuan dan republik serta menjadi tanah jajahan takluk British. Kerakyatan juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di tanah jajahan takluk British. Rancangan Malayan Union ini dianggap progresif kerana tamadun Melayu yang terbina sejak 1273 atau 1400 dengan Kesultanan Melaka dan kerajaan-kerajaan Melayu yang lain akan terhapus. Seluruh Tanah Melayu akan dikenal sebagai Malayan Union dan diperintah oleh Gabenor yang dilantik oleh Raja England dan Wales. Ketuanan Melayu yang berpaksikan Raja Melayu akan termusnah sama sekali.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Hina mahkamah, di mana batasnya?

Posted:

Hina mahkamah, di mana batasnya?

Hina mahkamah, di mana batasnya?


APABILA memperkatakan tentang `menghina mahkamah' pasti timbul tanda-tanya apa maksudnya yang sebenar. Media sering dikaitkan dengan penghinaan mahkamah atau contempt of court lantaran laporan akhbar yang disifatkan `mengganggu' sesuatu kes yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Soalnya, adakah hanya media tertakluk kepada undang-undang tersebut? Bagaimana pula tertuduh yang bebas dan keterlaluan mengecam serta mengaibkan institusi kehakiman serta hakim yang membicarakan kes beliau?

Peguam terkemuka DATUK SERI DR. MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH ketika ditemui wartawan Mingguan Malaysia, NORAINI ABD. RAZAK menyentuh perihal tertuduh yang `terlepas' begitu sahaja biar pun telah secara lepas laku melemparkan pelbagai tuduhan melampau di mahkamah.

MINGGUAN MALAYSIA: Apakah yang dimaksudkan dengan Penghinaan Mahkamah dan boleh Datuk Seri jelaskan mengapa konsep ini rumit untuk difahami?

MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH: Penghinaan Mahkamah adalah aturan undang-undang substantif dan prosedur yang telah dibangunkan sendiri oleh mahkamah berkurun-kurun lamanya dalam sistem "Anglo-American" supaya mahkamah dapat menghalang secara berkesan sebarang campur tangan yang benar-benar serius terhadap pentadbiran keadilan mahkamah. Proses menghalang campur tangan tersebut adalah mustahak untuk memastikan mekanisme pelaksanaan keadilan melalui mahkamah tidak diganggu-gugat oleh pihak-pihak yang terlibat dalam tindakan mahkamah, peguam-peguam (malah hakim-hakim), wartawan, segala jenis media, ahli-ahli politik dan lain-lain yang mempunyai niat yang sama. Beberapa contoh jelas menggambarkan keadaan penghinaan terhadap mahkamah adalah seperti berikut:

(i) Seorang defendan yang menyerang pegawai undang-undang atau hakim apabila mereka melaksanakan tugas rasmi sebagai pegawai kehakiman atau mengugut dan menghalang saksi daripada memberi keterangan di mahkamah, merupakan perbuatan penghinaan mahkamah yang jelas ;

(ii) gangguan yang sengaja terhadap prosiding mahkamah yang mana gangguan tersebut telah mengganggu fungsi dan tugas-tugas mahkamah dalam apa cara sekalipun, boleh juga menjadi penghinaan mahkamah ;

(iii) Seorang saksi dewasa yang sengaja enggan mengangkat sumpah atau enggan menjawab soalan yang sah daripada peguam atau mahkamah, juga melakukan penghinaan mahkamah ;

(iv) menggunakan bahasa yang penuh amarah dan menghapuskan hormat terhadap mahkamah sama ada oleh saksi atau peguam-peguam yang mana bahasa tersebut boleh membawa kepada pertelingkahan dan mungkin pergaduhan di dalam mahkamah juga adalah perbuatan penghinaan mahkamah ;

(v) menyembunyikan secara sengaja dokumen-dokumen atau keterangan lain untuk menghalang kebenaran daripada tertimbul di hadapan mahkamah dan menyekat keadilan adalah satu penghinaan mahkamah yang jelas. Dalam perkara ini, sesiapa yang melakukan sedemikian sama ada beliau adalah peguam atau pihak pendakwaan atau saksi boleh diambil tindakan menghina mahkamah. Kita mempunyai beberapa kes yang dilaporkan di Malaysia dalam kategori yang serius ini.

Dalam satu kes Inggeris yang agak kelakar, seorang kerani mahkamah yang bosan cuba mengepam gas ketawa (laughing gas) semasa prosiding mahkamah untuk merancakkan keadaan telah diputuskan bersalah melakukan penghinaan mahkamah oleh Mahkamah Tinggi England. Bagaimanapun keputusan itu dirombak oleh Mahkamah Rayuan.

Dalam satu kes di Ipoh (1975) seorang peguam yang tidak puas-hati terhadap suatu keputusan hakim telah mencabar Hakim tersebut bertumbuk di luar mahkamah. Ini diputuskan sebagai satu penghinaan mahkamah yang agak teruk.

Pada 1964 di England, seorang litigan yang marah kerana hujahannya tidak diterima oleh Mahkamah Rayuan, telah berbogel di dalam mahkamah sambil terlentang di atas bangku panjang berhadapan hakim-hakim telah didapati bersalah menghina mahkamah dan dipenjarakan.

Seorang tertuduh dalam kes jenayah yang didapati bersalah atas pertuduhan yang dihadapi, didapati menghina mahkamah apabila beliau bangun dan dengan lantangnya berkata "ini semua sudah dirancang".

Namun contoh di atas adalah kes-kes "Contempt in the face of the Court" yang bererti "Penghinaan mahkamah di hadapan muka mahkamah". Ini di kenali juga sebagai penghinaan secara langsung (direct) berbeza dengan penghinaan-penghinaan mahkamah yang lain. Pendek kata, ini adalah perbuatan penghinaan di dalam kawasan mahkamah di hadapan muka mahkamah dan atas sebab itu terma "Contempt in the face of the Court" digunakan. Bagi kes seperti ini hakim perlu mengambil tindakan segera untuk menghalang penghinaan daripada dilakukan dan supaya prosiding tidak tergendala dan boleh diteruskan tanpa apa-apa gangguan lagi. Terdapat beberapa lagi jenis penghinaan mahkamah.

Seorang hakim yang bersidang juga boleh melakukan penghinaan mahkamah terhadap mahkamah beliau sendiri sekiranya beliau mengucapkan kata-kata yang menghina peguam-peguam atau saksi-saksi di mana ia menghalang kelancaran perjalanan atau pengurusan prosiding mahkamah.

Maka, adalah jelas bahawa dalam semua kes penghinaan mahkamah, mahkamah-mahkamah perlu segera mengambil tindakan penghinaan mahkamah kerana menangguhkannya bertentangan dengan rasional keseluruhan undang-undang penghinaan mahkamah, iaitu untuk memastikan kelancaran prosiding supaya pencarian keadilan dapat dinikmati tanpa lengah dan membendung segala yang memudaratkan prosiding.

Sekiranya mahkamah memerintahkan pihak tertentu untuk melakukan sesuatu atau menghalang melakukan sesuatu, pelanggaran perintah tersebut adalah satu penghinaan mahkamah. Sekiranya arahan atau perintah terbabit adalah berkenaan mereka yang tidak di muka kawasan mahkamah (berlainan dengan mereka yang terikat dengan "Contempt in the face of the Court") umpamanya perintah mahkamah untuk pihak-pihak menyerahkan dokumen-dokumen tertentu dalam tempoh yang ditetapkan; atau mematuhi injunksi menghalang perbuatan mengganggu seseorang; atau perintah menghalang bercampur dengan atau mencabul seseorang, perbuatan-perbuatan penghinaan mahkamah ini biasanya dirujuk sebagai penghinaan mahkamah sivil (Civil Contempt") memandangkan ia berpunca daripada prosiding sivil.

Adakah undang-undang lain yang mengawal keadaan-keadaan yang menyerupai penghinaan mahkamah?

MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH: Tidak menerima atau sengaja mengelak daripada diserahkan dokumen mahkamah, seperti saman untuk hadir atau menyerah dokumen atau keterangan ke mahkamah boleh tertakluk kepada penghinaan mahkamah juga. Penghinaan mahkamah seperti ini adalah juga satu kesalahan d ibawah Kanun Keseksaan, Bab 10, "Contempts of the Lawful Authority of Public Servants" (Penghinaan terhadap kuasa sah Penjawat Awam ) .Penjawat Awam di sini ditakrifkan sebagai termasuk hakim-hakim dan pegawai-pegawai mahkamah).

Di bawah Seksyen 228 Kanun Keseksaan, adalah satu kesalahan untuk mencaci atau menyebabkan sebarang campur tangan yang menghalang hakim atau pegawai kehakiman dalam prosiding mahkamah. Tetapi perkara ini adalah kesalahan jenayah dan bukan penghinaan mahkamah yang biasa walaupun inti pati penghinaan mahkamah dan kesalahan Kanun Keseksaan ini mungkin hampir sama.

Bagaimana pula dengan penghinaan mahkamah oleh media? Kalangan pengamal media sendiri sukar memahami konsep ini dan apakah kaitan antara penghinaan mahkamah oleh media dan peraturan subjudis?

MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH: Memang terdapat satu jenis penghinaan mahkamah lagi yang dipanggil "Penghinaan Mahkamah oleh Media" ("Media contempt") yang agak ruang lingkup serta sempadannya sukar difahami. Dengan perkembangan pesat teknologi media, kesalahan penghinaan mahkamah oleh media mendapat perhatian yang serius. Ia juga menjadi sangat penting kini memandangkan sistem kehakiman mencuba sedaya upaya untuk melindungi badan itu daripada penerbitan-penerbitan oleh media yang boleh mempengaruhi keputusan sesuatu kes.

Terdapat persaingan nilai di sini yang memerlukan pertimbangan serius dan sukar. Keperluan untuk mendapat perbicaraan yang adil tanpa pengaruh media sebenarnya kadang-kala tidak selari dengan hak kebebasan media bercakap dan meluahkan fikiran dan pendapat atau kebebasan pendirian yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan kita yang mana media seharusnya menikmatinya di dalam sistem demokrasi seperti di negara kita.

Kes-kes "media contempt" di Malaysia telah diputuskan dengan corak yang tidak menentu dan tidak konsisten didalam penghakiman melalui pelbagai mahkamah dalam tempoh yang berlainan. Selanjutnya mahkamah-mahkamah Malaysia dilihat tidak mengambil perhatian secukupnya fakta bahawa kita tidak mempunyai sistem juri. Jadi mahkamah kita adalah lebih tegap atau "robust" kerana proses membuat keputusan hanya akan dibuat oleh hakim-hakim yang terlatih dalam bidang undang-undang. Mereka bukan sahaja dilatih melalui pendidikan undang-undang secara formal malah dilatih pada tahap tinggi dalam amalan guaman khususnya dalam membezakan apakah yang relevan dan tidak relevan dalam satu-satu kes. Hakim-hakim juga tahu bahawa dalam membuat keputusan hanya keterangan yang dikemukakan di mahkamah sahaja relevan untuk pertimbangan mereka. Sebarang perkara lain yang berlaku diluar mahkamah termasuk debat atau perbincangan dalam media atau di ruang siber adalah tidak relevan dan perkara-perkara ini akan diketepikan daripada fikiran dan pertimbangan mereka. Mana-mana peguam yang arif sedia maklum perkara ini dan mereka percaya sepenuhnya bahawa hakim-hakim di Malaysia akan dapat mengenepikan maklumat-maklumat luar yang tidak diterima dalam mahkamah daripada menyerapi ruang keadilan di Mahkamah.

Adakah Datuk Seri maksudkan tanpa sistem juri, hakim-hakim kita lebih 'bersedia' membuat keputusan tanpa pengaruh luar?

MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH: Di England dan Amerika Syarikat di mana sistem juri digunakan secara meluas, terdapat kebimbangan bahawa ahli-ahli juri yang merupakan orang biasa dan tidak terlatih dalam undang-undang, mungkin akan terpengaruh dengan tekanan-tekanan luar seperti media. Kita tidak mempunyai masalah itu disini. Mana-mana hakim di Malaysia yang menyatakan bahawa beliau boleh dipengaruhi oleh media adalah tidak layak untuk menjadi hakim. Beliau sepatutnya meletakkan jawatannya sebagai hakim.

Malah di England dan di negara-negara Komanwel yang lain, mahkamah sudah mula mengambil pandangan realistik bahawa juri-juri mereka adalah bebas, cukup matang dan berkemampuan untuk mengambil arahan daripada hakim secara keseluruhan dan secara eksklusif untuk pertimbangan mereka, membebaskan diri mereka daripada pengaruh luar seperti media, seperti mana yang sepatutnya diarahkan dalam arahan hakim kepada juri. Atas alasan ini dan sebagai pakar undang-undang media saya telah mempertahankan idea bahawa penghinaan mahkamah oleh media di negara ini yang bersifat subjudis patut digugurkan. Bagaimanapun penghinaan mahkamah oleh media berkenaan "scandalizing the court" atau yang mengaibkan mahkamah harus dikekalkan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Seni bina terbaik

Posted:

Seni bina terbaik

Seni bina terbaik

Oleh Hafizahril Hamid


DANCING BUILDING di Prague, Republic Czech.


SETIAP kali melihat bangunan-bangunan yang ada di sekeliling, kebiasaannya kita hanya melihat kepada nilai luaran yang mengindahkan ciri-ciri senibinanya. Jarang sekali kita bertanyakan siapa arkitek yang bertanggungjawab dalam pembinaan bangunan tersebut.

Dalam menjayakan sesuatu rekaan bangunan, sentuhan kreatif seseorang arkitek sangat diperlukan namun pastinya ia bukan semudah yang kita lihat. Secara umumnya arkitek merupakan orang yang layak untuk mereka bentuk, menasihat serta menentukan fungsi estetik dan teknikal sesebuah bangunan.

Perkataan arkitek berasal dari perkataan Latin, architectus dan Greek, arkhitekton yang mana ia membawa maksud pembina asal. Arkhi membawa maksud ketua dan tekhton bermaksud pembina atau tukang kayu.

Persekitaran

Dalam melakukan tugasan, seseorang arkitek harus peka kepada persekitaran penghuni sesebuah struktur yang direka bentuk. Ini kerana ia melibatkan pelbagai aspek seperti perumahan, perniagaan dan perindustrian kerana ia penting dalam menghasilkan imej terakhir binaan yang bakal di reka bentuk. Selain itu mereka juga perlu faham dan tahu mengenai keperluan pembinaan agar tidak ada kekeliruan sepanjang sesuatu projek itu berlangsung.

Ilmu seni bina pula adalah gabungan antara seni dan pengetahuan sains namun peranan sejarah dan tamadun sangat mempengaruhi sesuatu karya yang dihasilkan oleh seorang arkitek.

Ini kerana tamadun dan seni bina jika dibandingkan dari segi aspek fizikal dan kehidupan masyarakat adalah begitu saling berkait rapat di antara satu sama lain. Pada awalnya, bidang ini hanya bertujuan untuk pembinaan tempat berteduh dan keselamatan sebelum ia berkembang menjadi satu ikon atau imej kepada sesebuah tamadun mahupun bangsa.

Ketuhanan

Pada peringkat awal sejarah, senibina tamadun Yunani dan Rom mencatat legendanya yang tersendiri dalam bidang ini. Malah ia tetap berterusan menjadi tunjang dalam konsep seni bina sehingga kini. Konsep seni bina mereka begitu menekankan bentuk tubuh badan manusia sebagai garis ukur elemen-elemen selain reka bentuk seni bina klasikal.

Berbeza dengan tamadun terdahulu seperti Mesopotamia dan Mesir di mana seni bina mereka berkait rapat dengan pembinaan tugu ketuhanan. Tamadun ini tidak dapat lari daripada menekankan kekuasaan seseorang raja selain berkait rapat dengan konsep ketuhanan yang dipengaruhi manusia.

Bagaimanapun tamadun Yunani menekankan aspek-aspek reka bentuk sivil seperti teater dan bangunan pusat pemerintahan. Mereka juga memberi penekanan kepada perhubungan antara manusia dan persekitarannya dan percaya kehidupan manusia penting dalam mencorak alam persekitarannya.

Zaman gelap

Dengan kedatangan agama Kristian, sistem seni bina Barat turut berubah apabila sistem ketuhanan sebenar mengambil-alih kepercayaan yang diambil dari tamadun Yunani dan Rom. Sistem ini memberi kekuasaan yang lebih kepada paderi-paderi Kristian dan ia banyak tertumpu kepada pembinaan reka bentuk gereja.

Seni bina ini dikenali dengan gaya Romanesque dan Gothic yang mempunyai reka bentuk basilica. Secara umumnya gereja-gereja menjadi imej utama dalam perancangan bandar mereka. Bagaimanapun zaman ini dikaitkan dengan merudumnya penguasaan Barat dan digelar sebagai zaman gelap (dark ages) kerana sekatan keterlaluan pemimpin agama mereka. Ini menyebabkan kekuasaan beralih kepada tamadun Islam yang berpusat di Timur Tengah. Namun sistem yang berkait dengan keagamaan tetap menjadi sumber dan rujukan penting bukan sahaja dalam bidang seni bina tetapi merangkumi hal lain seperti ekonomi, seni lukis, politik dan sebagainya.

Seni bina Islam

Dalam seni bina Islam, ia bukanlah semata-mata menekankan gerbang dipenuhi ukiran ayat-ayat suci al-Quran atau kubah yang sinonim dengan Timur Tengah tetapi paling penting adalah jenis-jenis bangunan, perancangan ruang, dan komposisi estetika rupa bentuk yang dibina mengikut tradisi binaan setiap kaum yang berlainan tetapi bersandarkan ajaran Islam.

Apa yang dikatakan seni reka Islam sebenarnya merangkumi berbagai rupa bentuk bangunan daripada pelbagai kaum tetapi mempunyai kesamaan dari segi perancangan dan jenis ruang serta aspek penghiasan. Namun yang paling jelas konsep seni bina Islam menolak sebarang perkaitan dengan bentuk makhluk hidup tetapi pada masa sama menzahirkan seni abstrak melalui bentuk-bentuk atau adunan warna-warna yang penuh rahsia tersendiri.

Ciri utama seni reka Islam ialah penggunaan arca di bahagian bumbung, kubah, dan dinding batu yang diukir menggunakan motif bunga, lukisan, dan ayat al-Quran selain mozek yang boleh dilihat pada masjid-masjid. Taj Mahal di India, Masjid Agung Samarra di Iraq dan Hagia Sophia di Istanbul merupakan antara bangunan yang terus dikagumi sehingga kini serta jelas menunjukkan ciri-ciri seni bina Islam.

Seni bina moden

Seni bina pada awal abad ke-20 pula banyak menggunakan besi dan kaca. Sebagai contoh antara bangunan pencakar langit terawal di Amerika Syarikat, Home Insurance Building di Chicago yang dibina pada 1885 dan Empire State Building yang siap pada tahun 1929. Reka bentuk bangunan juga bertambah moden walaupun ada juga bangunan memasukkan elemen seni reka Rom dan Yunani.

Selain itu reka bentuk bangunan moden banyak dipengaruhi fungsi bangunan serta menggunakan teknik dan dinding konkrit pasang siap. Dengan ini pembinaan bangunan lebih menjimatkan masa dan tenaga kerja. Pada hari ini dengan teknologi seni reka yang moden, pembinaan satu-satu bangunan pencakar langit boleh disiapkan dalam jangka masa yang amat singkat.

Segak pada usia 40-an

Posted:

Segak pada usia 40-an

Segak pada usia 40-an

Soalan: Saya seorang lelaki berusia 45 tahun bekerja sebagai pegawai perhubungan awam. Sejak berusia 40-an, saya dapati berat badan saya tidak seperti dahulu, perut semakin buncit dan kulit wajah sedikit kedut.

Adakah faktor pemakanan dan gaya hidup saya menjadi faktor utama? Saya seorang yang gemar makanan bergoreng dan merokok. Harap doktor dapat membantu saya.

Lan, Selangor.

Saudara Lan,

Memang itu adalah fenomena yang biasa bagi kebanyakan lelaki apabila menjangkau umur 40-an. Menjadi kurang tenaga, berat badan meningkat dan perut buncit. Inilah peringkat di mana seseorang lelaki berdepan dengan banyak cabaran. Ini termasuk kerja yang banyak, keluarga mula membesar, mungkin melibatkan tanggungan kewangan dan bermacam-

macam lagi. Pada usia ini juga hormon testosteron yang berkurangan turut memberi kesan. Desakan kehidupan dan kesibukan masa menyebabkan tiada masa untuk menjaga pemakanan yang baik dan seterusnya memburukkan lagi keadaan. Begitu juga dengan faktor stres..

Tetapi kita juga tahu ramai di kalangan lelaki 40-an yang begitu segak, bertenaga dan menjalani kehidupan harian bersama keluarga dengan penuh keyakinan dan keriangan.

Mengapa ini berlaku? Yang pasti cara hidup yang hebat memainkan faktor membezakan antara kumpulan tersebut. Satu kumpulan yang benar-benar aktif dan menjaga kehidupan harian termasuklah beriadah dan satu kumpulan lain yang merasakan tidak penting untuk mengambil berat kesihatan dan cara hidup mereka. Itulah sebabnya sekarang kita dapati penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi, jantung berlaku pada usia yang jauh lebih muda. Saya tidak dapat membantu Lan daripada jauh. Yang dapat bantu Lan ialah Lan sendiri yang dapat menilai tahap kesihatan, tahap stres dan tahap kehidupan lain yang sedang Lan hadapi sekarang.

Cuba baiki dan pulih setiap satu dari masa ke semasa. Contohnya pada peringkat awal ini, elak atau kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Hentikan merokok. Semak berat badan dan tahap kesihatan Lan yang lain. Seterusnya rancang bagaimana untuk mendapatkan kesihatan maksimum dalam satu jangkamasa yang Lan fikirkan realistik. Ingatlah satu langkah positif hari ini akan memberi kesan positif dikemudian hari. Walaupun kita tahu faktor genetik turut memainkan peranan dalam tahap kesihatan, tetapi insya-Allah banyak cara yang kita boleh amalkan untuk mengelakkan penyakit fizikal, mental dan sosial dan seterusnya hidup dengan cemerlang pada setiap masa. Selamat berjaya!

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Jangan salah guna My Distress

Posted:

Jangan salah guna My Distress

Jangan salah guna My Distress

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my


Tun Hisan Tun Hamzah


PETALING JAYA 3 Sept. - Polis memberi amaran kepada orang ramai yang mendaftar dengan aplikasi isyarat jenayah di telefon pintar, My Distress yang dilancarkan polis Selangor baru-baru ini agar jangan menyalahgunakan kemudahan itu jika tidak mempunyai kecemasan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, sejak My Distress dilancarkan, sebanyak 23,857 individu mendaftar bagi mendapatkan aplikasi tersebut untuk membolehkan mereka mendapat bantuan polis dengan segera jika berlaku kecemasan atau jenayah.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat dua kes pendaftar menyalahgunakan kemudahan itu apabila menghantar isyarat kecemasan tanpa sebarang keperluan.

Katanya, apabila polis pergi menemui mereka untuk memberi bantuan, mereka memaklumkan sengaja menghantar isyarat kecemasan itu untuk menguji, tetapi tidak tahu cara menghentikannya.

"Jangan ditanya berapa lama masa diambil oleh polis untuk sampai memberi bantuan, tetapi kita memang cepat tiba di lokasi apabila menerima isyarat kecemasan.

"Saya beri amaran, jangan salah guna kemudahan ini kerana ia diketengahkan khusus untuk menyelamatkan orang ramai dan menangkap penjenayah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini semalam.

Melalui aplikasi My Distress, orang ramai boleh menghantar isyarat kecemasan dengan menekan ikon pada telefon pintar dan isyarat itu dihantar terus ke bilik gerakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor serta lapan IPD di negeri itu.

Kemudahan itu dilengkapi Sistem Pengesanan Global (GPS) yang membantu polis mengesan individu yang menghantar isyarat.

Menurut Tun Hisan lagi, beliau yakin individu yang menggunakan aplikasi terbabit adalah golongan terpelajar, maka pihaknya tidak mahu mendakwa sesiapa setakat ini.

Dalam pada itu beliau berkata, sebanyak 30 kes pecah rumah pada waktu siang dilaporkan berlaku di negeri itu sepanjang musim perayaan ini bermula 26 Ogos lalu sehingga semalam.

"Ia didapati menurun sebanyak 35 kes berbanding 65 laporan diterima dalam tempoh sama tahun lalu. Begitu juga kes pecah rumah pada waktu malam yang mencatatkan 91 kes berbanding 101 kes pada tahun lalu.

"Bagi penduduk yang mengisi borang balik kampung pada cuti kali ini, kita berjaya memastikan rumah mereka dalam keadaan selamat, cuma satu kes kejadian pecah rumah dilaporkan berlaku di Pandan Indah," katanya.

Orang ramai mulai kunjungi pusat pelancongan

Posted:

Orang ramai mulai kunjungi pusat pelancongan

Orang ramai mulai kunjungi pusat pelancongan


orang ramai mengisi masa hujung minggu dengan mengunjungi Zoo Negara, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 3 Sept. - Orang ramai yang ingin menghabiskan cuti hujung minggu sempena sambutan berkembar Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan negara memilih untuk mengunjungi lokasi pelancongan di sekitar ibu negara.

Antara lokasi yang menjadi destinasi kunjungan orang ramai adalah Zoo Negara, Taman Burung dan menara ikonik Menara Berkembar Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Petugas Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Mohd. Lazim Mat Daud, 28, yang mengunjungi Zoo Negara berkata, cuti hujung minggu sempena sambutan berkembar Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan pada tahun ini digunakan untuk membawa seramai 15 anggota keluarga mengunjungi Zoo Negara.

"Keluarga adik beradik saya yang tinggal di Terengganu memilih untuk berhari raya di Kuala Lumpur bersama saya pada tahun ini yang kebetulan jatuh pada hari kemerdekaan negara.

"Oleh itu, saya memilih untuk bersiar-siar bersama sanak-saudara di Zoo Negara yang ternyata lebih ceria dan penuh informasi berbanding kali terakhir saya lawati pada 2008," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Suasana penuh meriah sempena cuti hujung minggu itu turut dikongsi oleh Zulkifly Abdullah, 40, yang melawat Taman Burung, di sini.

"Saya menetap di Jitra, Kedah dan balik pulang berhari raya di rumah ibu bapa saya di Selayang.

"Justeru, masa yang terluang hari ini digunakan untuk membawa empat anak saya termasuk anak buah untuk mengunjungi Taman Burung," katanya

Tambah Zulkifly, duit raya yang dikumpul oleh anak-anak lebih berfaedah digunakan untuk mengunjungi lokasi seperti Taman Burung dan Zoo Negara kerana ia dapat memberi pengalaman terindah kepada anak-anak.

Sementara itu, pelajar sekolah menengah, Nurul Nazwa Alihuddin, 15, yang ditemui bersama dua rakannya di Taman KLCC berkata, cuti hujung minggu kali ini digunakan untuk bertemu rakan-rakan bagi berkongsi pengalaman berhari raya di kampung masing-masing.

"Kami begitu teruja untuk berkongsi pengalaman meraikan hari raya bersama keluarga kerana cuti hari raya kali ini lebih panjang disebabkan jatuh pada hari kemerdekaan negara.

"Bagi menghangatkan suasana hari raya yang masuk hari kelima hari ini, kami membuat keputusan untuk ke KLCC dengan menyarungkan pakaian raya tahun ini," katanya.

Penjaga kebun ditemui mati

Posted:

Penjaga kebun ditemui mati

Penjaga kebun ditemui mati

HULU SELANGOR 3 Sept. - Mayat seorang pekerja kebun ditemui dalam keadaan terlentang di dalam sungai berhampiran jambatan gantung Ulu Yam Lama, di sini hari ini.

Mangsa, Lam Kong, 46, ditemui pukul 1 petang oleh orang awam dengan kesan kecederaan di bahagian mulut dan belakang kepala.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Norel Azmi Affandi Yahya berkata, muka dan kedua-dua belah tangan mangsa bertukar hitam akibat berada di dalam air terlalu lama.

"Pihak forensik mengesahkan mangsa telah mati sejak 36 jam yang lalu. Mangsa yang bekerja sebagai tukang kebun, menetap seorang diri di sebuah pondok di situ," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, unit anjing pengesan (K9) telah dihantar ke kawasan kebun berkenaan bagi membantu siasatan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved