Selasa, 24 September 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


PPDNKK gagalkan cubaan seludup petrol RM10,000

Posted: 24 Sep 2013 11:33 PM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH

TANAH MERAH 25 Sept. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Tanah Merah dengan kerjasama Unit Pengcegah Penyeludupan (UPP) Bukit Bunga berjaya mengagalkan cubaan menyeludup minyak petrol dianggarkan bernilai RM10,000 di sebuah Stesen Minyak di Felda Kemahang 1, di sini pada pagi kelmarin.

Ketua Pegawai Penguatkuasan Daerah, Mazni Abd. Rasid berkata, dalam operasi kira-kira pukul 11.30 pagi itu, pihaknya berjaya menahan dua buah kereta jenis Kenari dan Wira milik penyeludup yang ketika itu sedang leka mengisi petrol.

Menurutnya, bagaimanapun pemilik kereta berkenaan yang berusia 20-an itu berjaya melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kedua-dua buah kereta berkenaan, pihak kami menemui sebanyak 431 liter petrol dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

"Pihak kami turut menemui beberapa tong termasuk sebuah tangki ubah suai yang dipercayai mampu mengisi 500 liter minyak petrol," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

2 ditahan bawa masuk barang berkaitan Chin Peng

Posted: 24 Sep 2013 09:57 PM PDT

Oleh AZHARI ZAINODDIN dan MALINDA ABDUL MALIK

PULAU PINANG 25 Sept. - Polis menahan dua lelaki yang baru tiba di Lapangan Terbang Antrabangsa Pulau Pinang dari Bangkok, Thailand kerana membawa beberapa barangan yang mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Malaya (PKM) malam tadi.

Kedua-dua mereka yang berusia 59 dan 66 tahun ditahan sebaik sahaja tiba dari negara jiran menaiki pesawat Thai Airways yang mendarat pada pukul 9.50 malam.

Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Bayan Baru untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, hasil pemeriksaan polis, dua lelaki itu membawa masuk beberapa barang seperti cakera padat, buku, video, cenderahati yang tertera perkataan 'Kenangan Abadi Almarhum Chin Peng'.

"Polis menahan mereka kerana berada dalam keadaan mencurigakan dan setelah memeriksa dua bagasi yang dibawa, kita menemukan pelbagai barangan itu.

"Buat masa ini kita sedang menyiasat latar belakang dua lelaki ini. Lelaki berusia 59 itu berasal dari Hong Kong manakala yang berusia 66 tahun itu rakyat tempatan," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Bayan Baru lewat malam tadi.

Menurut Abdul Rahim, kedua-dua mereka kini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 2012.

"Kedua dua suspek tiada mempunyai hubungan persaudaraan dan polis sedang menyiasat motif mereka membawa balik barang tersebut," katanya. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Versi baharu Nissan Grand Livina

Posted: 24 Sep 2013 11:52 AM PDT

Dua orang model bergambar bersama Nissan Grand Livina terbaharu Edaran Tan Chong Motor di Zebra Square, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Pengedar jenama Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) hari ini memperkenalkan versi baharu Nissan Grand Livina dengan mengemaskini beberapa ciri dalaman dan luarannya.

Harganya atas jalan ialah dari serendah RM86,880 hingga RM99,880 sebuah, tidak termasuk pakej-pakej tambahan.

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, model jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) itu kali ini menampilkan 50 penambahbaikan baharu bagi memenuhi golongan keluarga serta yang gemarkan aktiviti rekreasi.

Antara ciri-ciri terbaharunya ialah lampu hadapan dan belakang, bamper, gril hadapan serta cermin sisi yang disertakan dengan lampu isyarat belok LED.

Stereng juga dilengkapi dengan butang kawalan radio dengan paparan meter yang terang dan mudah dilihat.

Bagi model 1.8L, ruang dalaman terutama di bahagian papan pemuka menggabungkan kombinasi tona dua warna yang menyerlahkan ciri-ciri kemewahan. Model ini juga dilengkapi kunci wayarles.

Bagaimanapun, versi baharu itu tidak mengalami sebarang perubahan terhadap enjinnya berbanding versi sebelum ini.

MPV itu hadir dalam tiga varian iaitu 1.6L manual, 1.6L automatik, 1.8L automatik dengan lima pilihan warna ditawarkan iaitu biru, hitam, emas, putih dan perak.

ETCM menyasarkan untuk menjual 2,500 buah Grand Livina baharu itu menjelang akhir tahun ini.

Maklumat lanjut mengenai kenderaan terbaharu Nissan ini boleh diperoleh di laman web http://www.nissan.com.my/.

10 cawangan baharu Nasim

Posted: 24 Sep 2013 11:52 AM PDT

Samson Anand George (kiri) dan Vincent Comyn (dua dari kanan) bersama pengurusan kanan Peugeot dan Nasim bergambar selepas majlis perasmian Pusat Pameran Peugeot Nusajaya di Bukit Indah, Nusajaya, Johor, semalam.

NUSAJAYA 24 Sept. - Nasim Sdn. Bhd. (Nasim), pengedar rasmi Peugeot menyasarkan untuk membuka 10 cawangan baharu di seluruh negara membabitkan kos kira-kira RM50 juta tahun depan.

Pembukaan cawangan baharu itu adalah sebahagian daripada perancangan syarikat memperluaskan rangkaian Peugeot di negara ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Samson Anand George berkata, sambutan terhadap kenderaan keluaran Eropah itu semakin tinggi dan tahun lalu sahaja meningkat sebanyak 37 peratus.

"Tahun lalu, sebanyak 6,114 unit kenderaan Peugeot dijual dan tahun ini kita menyasarkan lebih 7,000 unit," katanya pada majlis perasmian Pusat Pameran Peugeot Nusajaya di Bukit Indah, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Wilayah ASEAN Peugeot Automobiles, Vincent Comyn.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Apa lagi pemain mahu'

Posted: 24 Sep 2013 11:52 AM PDT

Oleh SAYED HESHAM IDRIS dan KHAIRUL ABIDIN NUAR
utusanperak@utusan.com.my

IPOH - "Kita sudah berikan segala-galanya, jadi apa lagi yang pemain mahu," luahan kecewa Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Beliau yang kecewa kerana PAFA terpaksa bertindak drastik membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin berkata, tiada alasan untuk pemain mengatur perlawanan kerana persatuan sentiasa menjaga kebajikan mereka.

"Selepas saya mengambil alih kepimpinan PAFA, kami berusaha menjadi majikan yang terbaik, tiada masalah tunggakan gaji.

"Majoriti pemain menikmati gaji lumayan, purata gaji antara RM7,000 hingga RM8,000 sebulan malah ada yang menerima RM20,000 sebulan.

"Kita juga memberikan bonus kepada pemain, jika pemain tak setuju dengan jumlah (bonus) yang diberikan, kita tambah lagi, sedangkan sepatutnya sebagai pemain profesional ia (bonus) tidak perlu.

"Setelah kita melayan kehendak mereka, tetapi keputusannya mendukacitakan. Jadi apa lagi yang pemain mahukan," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Kelmarin, PAFA menggantung kesemua pegawai dan petugas termasuk jurulatih Azraai Khor Abdullah selama dua minggu selepas mengesyaki berlaku rasuah dan sabotaj dalam skuad itu.

PAFA mengambil tindakan tersebut sebaik sahaja Perak gagal ke suku akhir Piala Malaysia.

Pada perlawanan peringkat Kumpulan D bagi saingan Piala Malaysia, Perak mencatat tiga kekalahan iaitu tewas kepada Kedah 0-1 pada 17 September, kalah kepada Lions XII 1-2 (31 Ogos) dan kalah teruk iaitu 1-6 kepada Sarawak, Sabtu lepas.

Zainol turut mendedahkan bahawa PAFA memantau prestasi pasukan dari semasa ke semasa sebelum membuat laporan kepada SPRM tentang kemungkinan berlakunya rasuah.

Beliau berkata, sepanjang musim ini, ada beberapa insiden yang mencurigakan tetapi persatuan itu tiada bukti untuk membuat tuduhan (rasuah).

"Mereka bermain macam budak sekolah, selain itu berlaku juga insiden-insiden yang meragukan sebelum perlawanan, iaitu tindak tanduk yang boleh dipertikaikan.

"Kemuncak kepada semua keraguan ini ialah di Sarawak (Perak kalah 1-6) yang mana kekalahan itu mencabar kesabaran PAFA.

"Sedangkan Perak begitu cemerlang pada pusingan pertama (Piala Malaysia), tetapi kalah dalam semua perlawanan pusingan kedua," katanya.

Mengenai siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM, Zainol berkata, pegawai dan pemain skuad Yob tidak perlu takut jika mereka tidak terlibat rasuah.

Beliau berkata, apa yang dilakukan oleh PAFA bertujuan membersihkan imej skuad Yob supaya tidak timbul tuduhan liar.

"Kita mahu membersihkan imej skuad ini supaya penyokong mendapat jawapan tentang kekalahan Perak," katanya.

Aik Mong letak jawatan

Posted: 24 Sep 2013 11:52 AM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Semuanya seakan kembali jernih selepas barisan jurulatih bersetuju dengan sistem lama yang diperkenalkan semula oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff kelmarin.

Namun, semalam Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG), Tan Aik Mong (gambar) pula menggemparkan badminton tanah air apabila mengumumkan peletakan jawatan.

Berita mengenai peletakan jawatan Aik Mong tersebar di beberapa laman web rasmi akhbar arus perdana dan rangkaian televisyen utama negara ini semalam, tidak sampai 24 jam selepas pengumuman pembaharuan sistem kejurulatihan serta Projek Menang-Menang yang diumumkan Tengku Mahaleel di pejabat BAM.

Sejak kebelakangan ini arena badminton Malaysia sentiasa dikejutkan dengan beberapa berita sensasi termasuk rombakan jurulatih, peletakan jawatan Rashid Sidek, pembongkaran jurulatih menandatangani kontrak dengan pasukan Liga Badminton India (IBL), pengubahsuaian sistem kejurulatihan dan terkini, Aik Mong melepaskan jawatan.

Aik Mong yang merupakan bekas pemain kebangsaan era 70-an dilantik memegang jawatan TMG dan mula membuat beberapa perubahan termasuk sistem kejurulatihan.

Aik Mong membuat keputusan membahagikan pemain kebangsaan kepada tiga kumpulan, Kumpulan A (elit), Kumpulan B (pelapis) dan Kumpulan C (Sekolah Sukan Bukit Jalil).

Malah, ada jurulatih yang ditugaskan melatih pasukan elit dan sebahagiannya mengendalikan pasukan pelapis.

Bagaimanapun, tindakan tersebut dilihat kurang disenangi oleh jurulatih, sehingga membawa kepada pengumuman tergempar jurulatih perseorangan negara, Rashid yang menyerahkan surat peletakan jawatan, Khamis lalu.

Langkah mengembalikan sistem lama dipercayai mendorong Aik Mong untuk meninggalkan BAM.

Penggunaan sistem kejurulatihan lama seakan menidakkan kebolehan Aik Mong dan khidmatnya tidak lagi diperlukan, sedangkan dia dilantik memegang jawatan TMG untuk memberikan sentuhan baharu dalam BAM.

Usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan Tengku Mahaleel dan Aik Mong semalam gagal.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


33 terkorban dalam gempa bumi 7.8 di Pakistan

Posted: 24 Sep 2013 10:43 AM PDT

QUETTA, Pakistan 25 Sept. - Gempa bumi kuat melanda barat Pakistan semalam mengorbankan 33 orang dan memusnahkan beberapa buah rumah lumpur di kawasan pedalaman.

Gegaran itu turut dirasai di New Delhi, yang terletak beratus-ratus kilometer ke timur dan turut menggegarkan bangunan di bandar tersebut.

Pusat Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (AS) berkata gempa berukuran 7.8 pada skala Ritcher melanda tenggara Pakistan di Dalbandin. - REUTERS

Tujuh terbunuh dalam letupan bom kereta di Syria

Posted: 24 Sep 2013 10:20 AM PDT

DAMSYIK 25 Sept. - Sekutang-kurangnya tujuh orang awam terbunuh apabila sebuah bom kereta meletup di selatan negara ini.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria, seramai 15 orang lagi cedera di dalam insiden letupan tersebut yang berlaku di daerah Tadamon.

Televisyen tempatan melaporkan letupan tersebut didalangi oleh "pengganas", satu istilah yang biasanya digunakan oleh pihak kerajaan Assad untuk merujuk kepada penentang kerajaan. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Bersatu jayakan transformasi

Posted: 24 Sep 2013 11:52 AM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

Isa Abdul Samad menandatangani plak sebagai tanda merasmikan Dewan Semai Bakti Felda Jengka 21 pada majlis Transformasi Komuniti Felda di Hati Bersama Pengerusi Felda di Jengka 21, Kuala Krau, Pahang, semalam. Turut kelihatan Ismail Mohamed Said. - utusan/ AHMAD ZAKKI JILAN

KUALA KRAU 24 Sept. - Warga Felda perlu komited dan bersatu menyokong program transformasi kerajaan bagi meletakkan negara pada landasan kukuh dalam mendepani cabaran global.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi program transformasi itu tidak lain bagi mengangkat martabat rakyat pada kedudukan lebih baik.

"Oleh itu, warga Felda perlu memiliki jati diri dan semangat cinta negara dengan meletakkan kepentingan organisasi dan masyarakat bagi menjamin kelangsungan transformasi kerajaan," katanya.

Ismail berkata demikian ketika berucap pada Program Transformasi Komuniti Felda Di Hati bersama Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad di Dewan Semai Bakti Felda Jengka 21 di sini kelmarin.

Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka, Wan Salman Wan Ismail, Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Datuk Saari Din dan Timbalan Pengerusi Felda JKKR Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar.

Menurut beliau, warga Felda merupakan kelompok masyarakat Melayu yang berperanan penting dalam menjayakan program dan agenda kerajaan.

Tegasnya, tambahan pula warga Felda dan penduduk kampung tradisonal adalah teras pembentukan kerajaan yang kukuh.

''Kerajaan sangat menghargai sumbangan dan sokongan warga Felda terhadap Barisan Nasional (BN) sekali gus berjaya menghalang pembangkang daripada memecahbelahkan perpaduan warga Felda," katanya.

Ismail seterusnya mengingatkan warga Felda berwaspada dengan gerakan pembangkang yang berterusan memburuk-burukkan Felda dan pemimpin kerajaan.

Jelasnya, pembangkang akan berusaha dengan tujuan untuk menimbulkan rasa marah dan sangsi terhadap kewibawaan dan keupayaan kerajaan.

Rayuan 50 pekebun Kechau Tui diberi perhatian

Posted: 24 Sep 2013 11:52 AM PDT

Mohd. Soffi Abdul Razak

KUALA LIPIS 24 Sept. - Kerajaan negeri memberi keutamaan rayuan 50 pekebun di Kampung Kechau Tui mengenai masalah perhubungan ke kebun getah berikutan projek menaik taraf jalan raya Central Spine Road (CSR) antara Jalan Kechau Tui ke Chegar Perah di sini.

Masalah pekebun berkenaan disiarkan Utusan Malaysia pada 20 September lalu apabila kerja membina jajaran projek berkenaan telah menutup jalan asal sejauh 1.5 kilometer manakala pembinaan terowong sebagai alternatif tidak relevan kerana terlalu jauh dengan kampung berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, kerajaan negeri sedia mengadakan perbincangan dengan pihak kontraktor dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri untuk menyelesaikan aduan pekebun berkenaan.

"Kita cuba mencadangkan membina sebuah lagi terowong berdekatan laluan asal untuk keselesaan petani ke kebun mereka.

"Saya telah menghubungi Pengurus Besar Kanan CSR JKR, Datuk Che Nor Azman dengan memaklumkan hal ini setelah masalah pekebun ini disiar di media dan beliau memberi jaminan akan meneliti perkara berkenaan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mohd. Soffi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta berkata, kerajaan negeri amat prihatin dan memahami kesukaran yang dihadapi oleh pekebun di Kechau Tui dan jaminan pihaknya adalah menyelesaikan masalah ini sebaik mungkin dengan kerjasama kontraktor dan JKR.

Dalam masa sama, beliau berharap penduduk Kechau Tui dapat bersabar dan tidak perlu terpengaruh dengan pihak tertentu yang cuba mengeksploitasi masalah berkenaan kerana kerajaan negeri mempunyai mekanisme yang terbaik untuk menyelesaikannya dengan cepat.

PSDC latih kakitangan awam

Posted: 24 Sep 2013 11:52 AM PDT

KUANTAN 24 Sept. - Kerajaan negeri akan menjadikan Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC) di Kawasan Perindustrian Semambu di sini sebagai rakan strategik bagi melatih kakitangan berinovasi, kreatif dan bijak berkomunikasi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Multimedia dan Komunikasi negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, ini boleh dilakukan dengan menghantar kakitangan mengikuti kursus jangka pendek Program Kemahiran Transformasi Pada Kepimpinan Berinovasi dan Pembentukan Kumpulan Efektif yang ditawarkan PSDC.

Katanya, program latihan yang dilaksanakan meliputi kursus teknikal, kursus kemahiran bukan teknikal seperti kemahiran berkomunikasi, asas perniagaan dan keusahawanan dan kursus teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) itu cukup sesuai bagi tujuan berkenaan.

Tambah beliau, kecemerlangan PSDC itu telah mengukuhkan lagi kepercayaan Bahagian Latihan dan Kompetensi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang untuk meneruskan kursus kemahiran pada sesi akan datang.

''Ini berikutan maklum balas baik daripada peserta yang telah mengikuti kursus tersebut yang memuji keupayaan PSDC meningkatkan prestasi dan integriti mereka," katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan lawatan ke PSDC di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama Pengarah Esekutif PSDC, Khairur Rizal Ramli.

Sementara itu tambahnya, bagi merealisasikan impian masyarakat yang mahukan pendidikan kemahiran berterusan kepada anak-anak mereka, PSDC telah menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia kepada para pelatih.

Menurutnya, antara program itu ialah Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Sistem Komputer), Diploma Kemahiran Malaysia Pemasangan dan Penyenggaraan Elektrik (Voltan Rendah), Diploma Kemahiran Malaysia Pembangunan Produk Elektronik dan Diploma Kemahiran Malaysia Pembantu Jurutera Perindustrian.

Sementara itu, Khairur Rizal berkata, setelah beroperasi selama 15 tahun, PSDC kini mendapat pengiktirafan sebagai pusat latihan tenaga mahir empat bintang di negara ini.

Menurutnya, PSDC telah dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Menteri Sumber Manusia-Kategori Penyedia Latihan 2010.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


NFC: Keputusan mohon batal pertuduhan ditetapkan 22 November

Posted: 24 Sep 2013 11:52 AM PDT

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 22 November ini keputusan permohonan bekas Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail untuk membatalkan dua pertuduhan pecah amanah berjumlah RM49.7 juta yang dihadapinya.

Hakim Norsharidah Awang menetapkan tarikh tersebut setelah selesai mendengar hujahan peguam, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Mohamad Salleh dan hujah balas Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud hari ini.

Terdahulu, Muhammad Shafee dalam hujahnya menegaskan, pertuduhan yang dikemukakan terhadap anak guamnya adalah tidak berasas kerana afidavit yang dikemukakan oleh pegawai penyiasat hanya berdasarkan kepada dengar cakap.

Katanya, majoriti afidavit terbabit mengandungi kenyataan dengar cakap semata-mata daripada pihak ketiga iaitu pernyataan ahli lembaga pengarah NFCorp., Datuk Dr. A. Manaf Hussin dan Alias Mohd. Yassin serta pernyataan setiausaha syarikat NFC dan juruauditnya atau hasil siasatannya.

"Adalah jelas tiada afidavit yang difailkan oleh A. Manaf, Alias, ahli lembaga pengarah, Mat Ali Hassan, setiausaha syarikat NFC, Soong Yoke Yin, dan Ng Pek Hoon dan juruaudit NFC, L.M. Chan, justeru pihak pendakwaan cuba mengemukakan keterangan bukan dengar cakap," katanya.

Menurut beliau, transaksi yang dipertikaikan melibatkan RM9.7 juta dan RM40 juta daripada keseluruhan lebih RM81 juta telah disahkan oleh ahli lembaga pengarah dalam mesyuarat biasa mereka, justeru tidak timbul isu penyalahgunaan wang berkenaan.

"Wang daripada kerajaan sebagai satu pinjaman telah diberikan. Justeru wang berkenaan adalah milik NFC bukannya wang kerajaan dan NFC adalah sebuah syarikat swasta," katanya.

Sementara itu dalam hujahan balas, Awang Armadajaya menegaskan, permohonan pihak berkenaan untuk membatalkan pertuduhan pecah amanah dan memohon perbicaraan melalui afidavit adalah merupakan bidaah dhalalah (perkara baharu yang sesat) yang tidak pernah wujud dalam perundangan negara.

"Ini adalah bidaah dhalalah yang tidak patut dibenarkan," katanya.

Tegas beliau, pertuduhan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah lengkap mengikut undang-undang malah A. Manaf telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis.

"Pegawai penyiasat telah mengambil keterangan A. Manaf. Justeru ia bukan datang daripada mulut pegawai berkenaan dan sekiranya keterangan ini palsu, saksi boleh didakwa kerana memberi keterangan yang tidak benar," katanya.

Awang Armadajaya juga menegaskan walaupun NFCorp telah mengambil pinjaman daripada kerajaan namun syarikat itu tertakluk dengan satu perjanjian dengan kerajaan Malaysia yang ditandatangani pada 6 Disember 2007.

Beliau berkata, perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dengan NFCorp bagi pinjaman RM250 juta adalah untuk pembiayaan projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan bukan untuk pembelian kondominium.

Malah katanya, pembelian dua unit kondominium One Menerung unit B1-1 dan B1-2 di Bangsar tidak dinyatakan dalam sebarang minit mesyuarat NFCorp.

Mohamad Salleh, 65, didakwa menyalahgunakan RM9,758,140 milik NFCorp untuk membiayai sebahagian daripada harga pembelian dua unit kondominium One Menerung, Parcel B1-1 dan B1-2, Blok B, Bangsar di sini untuk syarikat milik keluarganya, National Meat & Livestock Corporation Sdn. Bhd.

Dia juga didakwa menyalahgunakan RM40 juta milik NFCorp dengan memindahkan wang tersebut melalui sekeping cek dari bank yang sama ke dalam akaun Malayan Banking Bhd. cawangan Solaris, Mont Kiara milik National Meat & Livestock Corporation bagi kegunaan syarikat itu.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di CIMB Islamic Bank Bhd., 138, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail di sini antara 1 dan 4 Disember 2009 serta antara 6 Mei dan 16 November 2009.

Bagi kedua-dua tuduhan tersebut, Mohamad Salleh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan dan denda.

Mohamad Salleh turut didakwa atas dua tuduhan mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat 1965 kerana melakukan kedua-dua transaksi tersebut tanpa kebenaran mesyuarat agung NFCorp pada tarikh dan tempat yang sama.

Pelajar universiti didakwa ugut sebar gambar bogel wanita

Posted: 24 Sep 2013 11:52 AM PDT

MOHD. Hidayat Abd. Ghani (kiri) didakwa di Mahkamah Majistret, Melaka, semalam.

MELAKA 24 Sept. - Seorang pelajar sebuah universiti swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan termasuk mengugut seorang wanita serta memiliki gambar lucah pada bulan lalu.

Mohd. Hidayat Abd. Ghani @ Mukhtar, 23, dari Batu Buruk, Terengganu mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Syajaratudur Abd. Rahman.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan ketakutan terhadap wanita berumur 22 tahun itu dengan mengugut untuk menyebarkan gambar bogel mangsa dengan tujuan mangsa menyerahkan seutas gelang tangan dan rantai leher emas miliknya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pangsapuri Bukit Beruang Permai di sini kira-kira pukul 2.27 pagi antara Ogos dan 2 September lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Bagi pertuduhan kedua pula, Mohd. Hidayat didakwa melakukan pemerasan dan cuba mendatangkan ketakutan kepada mangsa yang sama untuk menyebarkan gambar bogelnya supaya menyerahkan wang tunai RM5,000.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tingkat 15 sebuah pangsapuri di Bukit Beruang di sini pada pukul 10.41 pagi, 17 September lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Sementara bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa memiliki gambar lucah dalam telefon bimbit jenis Samsung S3 Mini miliknya di Pangsapuri Bukit Beruang Permai di sini pada pukul 1 petang, 19 September lalu.

Mohd. Hidayat yang merupakan pelajar kursus kejuruteraan elektronik didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Syajaratudur membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan sebutan kes pada 22 Oktober ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Safri Mohammed Na'aim manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Fiza, Adam AF nikah Khamis ini

Posted: 23 Sep 2013 10:15 PM PDT

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Pelakon Fiza Abd. Halim, 32, bakal bergelar isteri kepada penyanyi Adam AF atau Mohd Aizam Mat Saman, 30, pada 26 September ini.

Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim bakal bernikah buat kali kedua di Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam, pada pukul 10 pagi.

Menurut Fiza yang pernah menganggotai kumpulan Elite itu, mereka berdua telah menjalani kursus perkahwinan di Medan MARA, Kuala Lumpur pada 18 dan 19 September lalu.

"Sebenarnya, saya pun tidak percaya akan bernikah dengan Adam kerana semuanya berlaku begitu pantas. Kami hanya bertukar-tukar nombor telefon pada bulan puasa lalu.

"Bertanya khabar macam rakan artis lain dan baru-baru ini sahaja semakin rapat sebab sering menjayakan persembahan bersama. Sebenarnya masa raya hari itu, saya dan anak-anak ada pergi beraya di rumah Adam di Sabah," ceritanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Tambah Fiza, apa yang membuatkan hatinya terbuka untuk menerima Adam adalah kerana penyanyi itu bijak mengambil hati anak-anaknya, Ferra Aryanna, 5, dan Feeya Adyrra, 4, yang memanggil penyanyi itu dengan panggilan Abie.

"Saya boleh terima Adam pun sebab anak-anak selesa dengan dia, itu faktor utamanya. Bagi saya, yang sudah pernah melalui kehidupan rumah tangga, harap kali ini akan berkekalan hingga akhir hayat. Mungkin ini takdir saya, sebab soal jodoh itu urusan Allah," katanya yang telah bercerai dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, pada 4 November 2010.

Menurutnya, majlis perkahwinan mungkin hanya akan dibuat di sebelah pihak Adam sahaja kerana pihaknya setakat ini tidak bercadang untuk mengadakan majlis berkenaan. - UTUSAN ONLINE

Benci tukar cinta

Posted: 23 Sep 2013 11:14 PM PDT

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI
Gambar SAFIYANA SALIM

STATUS sebagai isteri semestinya menjadi impian dalam hidup seorang wanita. Rasa ingin dicinta akhirnya diikat dengan perjanjian sehidup semati.

Malah, tidak lengkap rasa cinta jika tiada sebarang ikatan untuk bersama-sama mengemudi bahtera perkahwinan menyeberangi lautan cinta yang lebih dalam.

Perjalanan cinta sejati akhirnya menemui jenjang pelamin buat pelakon, Nor Fouziah Mohd Gous, 30, atau lebih dikenali dengan nama Fouziah Gous bersama pasangannya, seorang ahli perniagaan, Md. Zahfran Md. Yusof, 30.

Dengan sekali lafaz, tepat pada pukul 9.42 malam, pasangan ini selamat diijab kabul menjadi sepasang suami dan isteri di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, 21 September lalu.

Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah, Muhd. Sujak Mohd. Dasuki dengan berwalikan abang Fouziah, Abd. Wahab Mohd. Gous serta disaksikan oleh dua lagi abangnya, Nagoor Shah Mohd. Gous dan Syed Baba Mohd. Gous.

Fouziah juga kelihatan anggun pada malam pernikahan yang berkonsepkan musim sejuk Pakistan dengan menggayakan busana rona putih rekaan Altilia Amani.

Pada malam itu, Fouziah telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,112, dan wang hantaran bernilai RM50,000.

Selain itu, Fouziah turut menerima hantaran daripada pihak lelaki berbentuk sirih junjung, set barang kemas, set wangian (Chanel), Al-Quran dan telekung, clutch, kaca mata serta manisan coklat.

Sebagai balasan, pihak mempelai wanita memberikan sirih junjung, cincin, jam tangan, cermin mata dan kafling, tali pinggang, pen dan clutch, set wangian (Chanel) serta manisan.

Pasangan itu bertunang pada 1 Jun lalu di Restoran Asmara Penchala, Kuala Lumpur. Majlis resepsi Fouziah akan berlangsung pada 29 September di Hotel JW Mariot, Putrajaya manakala majlis resepsi pihak lelaki pula diadakan di rumah Zhafran di Bukit Jelutong pada 5 Oktober dengan berkonsepkan tradisional songket.

Kedua-dua mempelai yang ditemui pada sidang akhbar selepas majlis pernikahan itu memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana semuanya berjalan seperti yang dirancang.

"Alhamdulillah, kini saya sudah selamat bergelar isteri dan kehidupan saya menganjak ke satu lagi tahap. Saya juga ucapkan terima kasih pada semua yang hadir.

"Kini, saya berharap supaya majlis persandingan saya yang akan berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancangkan," jelas Fouziah.

Malah, sebelum pernikahan berlangsung, Fouziah mengakui debaran yang dirasakan sangat tinggi walaupun sudah biasa berhadapan dengan orang ramai.

"Memang berdebar, dan itulah istimewanya saat menjelang detik menjadi seorang isteri. Saya cuba tenangkan diri, banyakkan selawat dan mendengar ayat Al-Quran dan alhamdulillah, segalanya berjalan lancar," jelasnya.

Bagi Zhafran pula, saat diajukan mengenai simbolik jumlah mas kahwin yang diberikan, jelasnya, ia adalah satu kejutan buat isterinya.

"Sebenarnya, jumlah wang mas kahwin yang diberikan adalah simbolik kepada hari lahirnya iaitu pada 11 Disember.

"Selain itu, saya sebenarnya ada membuat kejutan iaitu dengan memberikannya set barang kemas sebagai hadiah perkahwinan.

"Sebenarnya dia tidak mengetahui langsung mengenai perkara ini. Malah, petang sebelum bernikah, dia ada bertanyakan kepada saya tentang kotak itu, tapi saya berpura-pura tidak mengetahuinya.

"Memang saya sengaja simpan untuk memberi kejutan padanya dan biar dia tahu saat ketika kami bernikah," jelasnya jujur.

Mengulas mengenai lokasi bulan madu dan perancangan cahaya mata, jelas Fouziah, dia menyerahkan perkara itu kepada tuhan."Soal cahaya mata ini saya serahkan kepada tuhan, saya tidak menolak andai dikurniakan rezeki itu.

"Mengenai bulan madu pula, buat masa ini, kami berdua belum lagi terfikir lokasi tetapi mungkin di Gold Coast, Australia," ujarnya.

Tambah Fouziah, buat masa ini, dia belum berfikir lagi mengenai kedua-dua perkara itu sebaliknya mahu fokus pada majlis persandingan bagi pihaknya dan suami.

"Fikiran saya sekarang ini hanya mahu menyelesaikan kedua-dua majlis itu dahulu. Lepas sudah selesai semuanya, baru saya akan fikir perkara yang lain termasuk kerjaya saya," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Memperkasa usahawan desa

Posted: 24 Sep 2013 11:52 AM PDT

SEKITAR dua pertiga bumi Malaysia masuk di bawah kategori kawasan luar bandar dan rata-ratanya kurang atau belum diterokai dengan aktiviti ekonomi mapan untuk manfaat penduduk setempat.

Era 1960-an hingga ke penghujung 1990-an melihat penghijrahan besar-besaran penduduk luar bandar ke kawasan bandar dan pekan untuk mencari kerja makan gaji. Namun, tidak semua penduduk luar bandar membuat pilihan itu dan ada antara mereka kini bergelar usahawan desa yang berjaya dalam pelbagai sektor.

Dalam wawancara khas bersama wartawan Utusan Malaysia, FAUZIAH AROF dan NURUL ANUAR KARI serta jurugambar SAIFUL BAHARI ASHARI, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, DATUK SERI MOHD. SHAFIE APDAL berkongsi maklumat tentang inisiatif serta program-program anjuran kementerian itu termasuk pelaksanaan Karnival Usahawan Desa (KUD) 2013 sebagai antara agenda memperkasakan usahawan bumiputera desa serta mencapai potensi tertinggi aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar.

UTUSAN: Bila menyebut kawasan luar bandar, umum biasanya tidak mengaitkannya dengan aktiviti ekonomi besar mahupun keusahawanan. Sejauh mana sebenarnya potensi pembangunan aktiviti ekonomi untuk usahawan dan kawasan luar bandar di Malaysia?

SHAFIE: SEPERTI kita semua sedia maklum, keluasan kawasan luar bandar merangkumi 70 peratus muka bumi Malaysia. Ini termasuk kawasan kampung, kawasan pertanian, hutan persisiran pantai, pulau-pulau dan banyak lagi.

Kawasan yang luas ini sebenarnya amat berpotensi tinggi untuk dibangunkan dengan pelbagai sektor perniagaan dan aktiviti ekonomi. Kawasan tanah di luar bandar juga masih banyak belum diterokai.

Contohnya, kawasan luar bandar di pesisiran pantai, pulau-pulau atau di tepian sungai amat berpotensi untuk dibangunkan dalam sektor pelancongan desa dan pengeluaran produk makanan serta minuman.

Kita juga perlu bersyukur kerana negara ini dianugerahkan dengan kepelbagaian dan kekayaan flora serta fauna. Kita memiliki pulau-pulau yang indah dan menjadi kawasan tumpuan pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara. Ini merupakan satu potensi yang amat besar bagi usahawan luar bandar.

Pada 2012 sahaja, lebih kurang 10 juta pelancong asing telah datang ke Malaysia dan menyumbang lebih RM22 bilion kepada pendapatan negara. Rekod kemasukan pelancong ke homestay pada 2012 adalah seramai 307,762 orang, menyumbang RM17,448,500.30 kepada pendapatan pendapatan homestay, iaitu peningkatan 10.4 peratus berbanding 2011.

Di samping itu, negara kita juga merupakan antara pengeluar makanan utama dunia. Dianggarkan jualan runcit global bagi produk-produk makanan ketika ini dalam lingkungan AS$3.5 trilion (RM11.07 trilion) dan dijangka berkembang pada kadar tahunan 4.8 peratus setahun kepada AS$6.4 trilion (RM20.25 trilion) menjelang 2020. Pada 2010, eksport produk makanan Malaysia ke lebih 200 buah negara bernilai RM18.2 bilion. Maka, wajar bagi para usahawan khususnya di luar bandar mengambil kesempatan pasaran besar ini.

Usahawan luar bandar masih dilihat tidak menonjol atau tidak bersifat global. Apakah punca persepsi sedemikian wujud khususnya dalam kalangan komuniti perniagaan negara ini?

Kita sedar bahawa banyak cabaran dan kekangan dalam melahirkan komuniti usahawan yang berdaya saing dan mampu mentransformasikan perniagaan mereka menjadi perusahaan yang besar sehingga ke peringkat antarabangsa. Isu ini sememangnya melingkari sektor keusahawanan di peringkat usahawan kecil dan sederhana (SME). Antara kekangan-kekangan yang dikenal pasti membelenggu golongan usahawan adalah:

i. Taraf pendidikan yang rendah

- Rata-rata penduduk luar bandar berpendidikan akademik sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja; kurang pendedahan mengenai peluang pendidikan kemahiran atau vokasional; penduduk luar bandar yang berpendidikan tinggi pula lebih selesa makan gaji sama ada di sektor awam atau swasta daripada menjadi usahawan; dan persepsi masyarakat terhadap bidang keusahawanan seperti satu bidang untuk yang gagal mendapatkan pekerjaan.

ii. Kurang pendedahan terhadap perniagaan di peringkat global

- Keusahawanan desa dilihat lebih kepada kegiatan sara hidup dan tiada motivasi untuk mengembangkan perniagaan tersebut; tiada pengalaman dan kurang maklumat mengenai pasaran global.

iii. Kekurangan modal atau modal yang terhad

- Akibat latar belakang keluarga yang miskin, kesukaran mendapatkan sumber pembiayaan kerana sesetengah institusi kewangan memerlukan cagaran dan penjamin di samping ada kalanya institusi kewangan tidak berminat menyediakan pembiayaan kepada sesetengah jenis perniagaan.

Selain kekangan itu, kementerian juga mengenal pasti beberapa faktor lain yang turut menyumbang kepada dilema usahawan luar bandar yang masih kurang menonjol di arena antarabangsa, seperti, kualiti produk yang masih rendah atau tidak memenuhi kehendak pasaran, sukar mendapat pengiktirafan GMP, HACCP dan Halal, lokasi premis yang tidak strategik, kekurangan bilangan pegawai pemantau untuk bimbingan usahawan, lokasi golongan miskin tegar yang berselerak dan kurang komitmen golongan miskin tegar untuk menjadi usahawan.

Melihatkan kekangan yang dihadapi usahawan luar bandar, apakah langkah-langkah yang digerakkan pihak kementerian untuk membawa mereka ke dalam pasaran lebih besar mahupun pasaran antarabangsa?

Kementerian ini telah merangka pelbagai strategi untuk meningkatkan pasaran usahawan luar bandar ke peringkat lebih global, antaranya menerusi:

i. Program membina dan membaik pulih premis perniagaan mereka sebagai asas untuk usahawan menghasilkan produk berkualiti tinggi.

ii. Program Conversion untuk melahirkan usahawan dalam kalangan bekas pelajar, golongan profesional dan pekerja bukan teknikal.

iii. Membangunkan Pusat Pembangunan Reka Bentuk (DDEC).

iv. Perkongsian pintar antara agensi-agensi kementerian dengan institusi pengajian tinggi awam dan swasta, agensi awam lain dan pihak swasta bagi membantu usahawan sedia ada meningkatkan produktiviti dan kualiti produk serta perkhidmatan yang mereka tawarkan.

v. Merancakkan lagi rangkaian program Mentor dan Mentee.

vi. Meneruskan program pembiayaan dan memastikan usahawan-usahawan berpotensi dibantu dari segi modal dan kepakaran.

vii. Mewujudkan Pusat Sehenti dengan pelbagai kemudahan dan inisiatif untuk kemudahan para usahawan desa seperti Rural Transformation Centre (RTC) dan Mini RTC.

Bagaimana pula dengan program Karnival Usahawan Desa (KUD) dan apakah objektif utama pelaksanaannya dalam konteks manfaat kepada industri desa serta memperkasakan usahawan Bumiputera di luar bandar?

KUD merupakan inisiatif kementerian ini dalam memajukan sektor keusahawanan luar bandar. Karnival ini dianjurkan secara dwi tahunan atau sekali setiap dua tahun dengan sokongan dan kerjasama jabatan-jabatan serta agensi di bawah kementerian ini.

Karnival ini secara langsung akan memberi pendedahan kepada masyarakat umum tentang sokongan kerajaan dalam usaha membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS) khususnya di luar bandar dengan menyediakan peluang, ruang pasaran serta jaringan perniagaan yang lebih luas bagi mempromosikan produk-produk usahawan luar bandar secara terbuka dan jualan terus kepada pengguna.

KUD juga sebagai satu forum himpunan mega para usahawan luar bandar dalam memperkenal dan menjual produk keluaran mereka.

KUD diadakan untuk membantu usahawan desa memasarkan produk mereka, mungkin sehingga ke luar negara. Inisiatif ini cukup baik kerana rekod KUD sebelum ini menunjukkan peningkatan perolehan melalui tambahan jualan sementara bilangan peserta juga semakin ramai.

Kesannya bukan sahaja kepada peningkatan pendapatan usahawan desa malahan membuka peluang kerja baharu kepada penduduk luar bandar dan peluang ekonomi ini dapat mengelakkan penghijrahan ke bandar. KUD 2013 merupakan landasan terbaik mempromosikan produk dan perkhidmatan usahawan desa ke pasaran lebih besar dalam komuniti perniagaan di dalam dan luar negara.

Kita libatkan seramai mungkin, bimbing mereka, selesaikan masalah seperti isu pembiayaan, akses terbatas, malahan boleh digerakkan usahasama dengan pasar raya besar yang pasti akan menempah produk usahawan desa jika mendapat permintaan tinggi daripada pembeli. Mutu produk perlu dipastikan kekal tinggi dan promosi mencukupi.

Kita juga akan cuba bantu usahawan desa tingkatkan hasil keluaran dan rendahkan kos keluaran pelbagai produk, tingkatkan juga kualiti memproses, pembungkusan dan label produk. Potensinya cukup tinggi, saya yakin jika ada landasan yang komprehensif, kumpulan sasar yang jelas dan sistem bimbingan, pasti dapat capai sasaran sehingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Antara objektif utama KUD termasuk:

i. Membuka ruang pasaran produk luar bandar.

ii. Business Matching bersama pihak pasar raya besar.

iii. Strategic Partnership kluster usahawan dengan agensi awam yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pemasaran seperti SIRIM, MARDI, SMIDEC dan sebagainya.

iv. Jalinan persefahaman bersama institusi kewangan.

v. Mewujudkan jalinan kerjasama dalam lingkungan komuniti usahawan itu sendiri.

Majlis perasmian KUD 2013 akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Laman 1Malaysia, Putrajaya pada 26 September (esok).

Kita telah melaksanakan KUD sejak 2006 dan setiap kali majlis perasmian KUD, pasti ada sesuatu yang menarik menanti para jemputan dan pengunjung. Apa yang menarik pada Majlis Perasmian KUD kali ini ialah Timbalan Perdana Menteri sendiri akan menyampaikan Anugerah Usahawan Cemerlang kepada 10 penerima Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dengan pembiayaan berjumlah hampir RM1 juta.

Di samping itu, Timbalan Perdana Menteri juga akan menyampaikan hadiah kepada 20 pemenang Pertandingan Rancangan Perniagaan (Rural Busines Challenge atau RBC) 2013. Saya pasti pengumuman pemenang bagi RBC ini adalah saat yang amat dinanti-nantikan lebih 500 peserta RBC khususnya mereka yang terdiri daripada kalangan usahawan belia.

Apakah fokus utama KUD pada tahun ini?

Golongan belia merupakan fokus KUD 2013. Kementerian menyedari akan potensi luas golongan belia khususnya belia luar bandar dalam bidang keusahawanan. Belia yang berumur antara 15 hingga 40 tahun merupakan kumpulan yang produktif dan merangkumi sekitar 45 peratus penduduk negara dan kira-kira 3.45 juta penduduk luar bandar (43.1 peratus) terdiri daripada kalangan belia.

Justeru , pelbagai program kementerian kini menjurus kepada memperkasakan belia luar bandar termasuklah melalui program KUD tahun ini. Lebih kurang separuh daripada sekitar 600 usahawan yang menyertai KUD 2013 adalah belia.

Selain itu, kita juga memberi fokus kepada usaha-usaha melahirkan lebih ramai usahawan belia khususnya menerusi program RBC. Untuk itu, terdapat sebuah pavilion atau pentas khas dibina untuk mendekati para pengunjung dan memberi penerangan serta penjelasan tentang program RBC ini.

RBC merupakan satu pertandingan untuk menyediakan Rancangan Perniagaan (RP) dalam kalangan belia Malaysia. Seterusnya, RBC memberi peluang kepada belia khususnya di luar bandar merealisasikan idea-idea bernas dan diterjemahkan kepada satu perniagaan yang berdaya maju sama ada dalam sektor pertanian moden, industri pembuatan, perkhidmatan serta pelancongan desa di kawasan luar bandar.

Antara objektif utama RBC adalah untuk memberi galakan kepada belia, khususnya di luar bandar, agar mereka melihat keusahawanan sebagai satu bidang kerjaya pilihan, berusaha mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan luar bandar dan seterusnya meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

Di kesempatan ini saya menyeru agar orang ramai dapat memeriahkan KUD 2013. Kita amat berbesar hati sekiranya dapat bersama-sama menjayakan program ini bagi menyatakan komitmen kementerian ini sentiasa bersama dengan komuniti luar bandar dalam susah dan senang.

Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera: Menilai strategi politik Pas

Posted: 24 Sep 2013 11:52 AM PDT

Oleh Khairuddin Mohd. Zain

PARTI Islam Se-Malaysia (Pas) pastinya mempunyai strategi yang tersendiri dalam memperhalusi pengumuman pemerkasaan agenda ekonomi Bumiputera baru-baru ini. Sama ada mereka mahu menerima hakikat atau tidak, Pas antara parti politik yang mendapat kesan negatif dalam pilihan raya umum (PRU) yang lalu.

Mungkin kesan negatif kepada Pas tidaklah besar, namun ia cukup untuk menumbangkan beberapa nama besar parti tersebut. Mahu tidak mahu, Pas perlu cepat menyusun kerangka politik yang baru, khusus untuk memastikan undi orang Melayu tidak akan terus merosot.

Namun begitu, dalam konteks agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera, nampaknya Pas masih memainkan strategi yang lebih kurang sama dengan DAP. Tidak jauh beza. Kalau kita menggunakan enjin carian Google, terdapat kurang lebih 2,430 artikel Harakahdaily berkait agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera.

Sepuluh artikel yang pertama nyata sangat negatif dan bersangka jahat. Artikel utama, menganggap agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera sebagai komedi. Malah, akhbar online milik Pas tersebut mengaitkan agenda pemerkasaan ini sebagai Comedy of Errors, bersempena novel klasik Shakespeare.

Kita boleh faham, jika Lim Kit Siang dan komrad partinya bangun di Parlimen dan memburukkan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera. Namun, untuk melihat Pas tidak mencari titik persamaan, sekali gus memperjuang isu yang lebih sealiran dengan UMNO adalah sesuatu yang dirasakan tidak strategik.

Kenapa kita tidak menyaksikan lagi kalangan wakil rakyat Pas yang berani membicarakan isu ekonomi Bumiputera di Parlimen. Apakah isu pemerkasaan ekonomi Bumiputera sudah dijadikan quid-pro-quo politik tinggi tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang?

Agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera bukanlah agenda lawak jenaka dan wajar dipandang sinikal. Apakah strategi pembangunan modal insan - melibatkan latihan teknikal anak muda Bumiputera dianggap komedi? Apakah puluhan ribu anak muda yang bersama dengan program Giatmara (221 pusat) dan hampir dua puluh ribu pengambilan suatu komedi kepada Pas?

Matlamat Pas for All

Keputusan PRU-13 seharusnya memberikan sedikit muhasabah politik kepada Pas bahawa sokongan orang Melayu kepada parti tersebut merosot. Ya, benar, situasi itu tidak berlaku di Kelantan. Sokongan orang Melayu kepada Pas masih mantap. Namun, asas politik sama tidak terpakai di negeri lain.

Kalangan pimpinan Pas yang lebih bersedia untuk bercakap dan memperjuangkan isu pemerkasaan ekonomi Bumiputera pastinya mampu menarik pengundi Melayu. Sayangnya, dalam isu ekonomi Bumiputera, Pas seperti terkunci mati dengan perjanjian politik sesama rakan politik.

Mungkin kalangan pimpinan Pas wajar meninjau semula bagaimana pimpinan Pas dahulu seperti Datuk Mohamed Asri Muda (Kota Bharu Hulu), seperti dalam Hansard Parlimen (25 Februari 1971) yang selesa untuk memperjuangkan isu melibat kepentingan ekonomi Bumiputera.

Mari-lah, Tuan Yang di-Pertua, kita tinjau sa-pintas lalu sa-jauh mana kedudokan orang2 Melayu semenjak kita merdeka. Saya tidak mahu mengupas keselurohan aspek, tetapi saya ingin mengupas kedudokan orang2 Melayu di-bidang2 yang tertentu yang menyentoh dengan kedudokan fasal2 dalam Perlembagaan Persekutuan saperti Fasal 152, 153 dan sa-bagai-nya."

Ayat-ayat begini cukup jarang kita dengar daripada mulut pimpinan Pas. Dalam isu tertentu, termasuk kepentingan ekonomi Bumiputera sekalipun, tidak banyak beza antara pimpinan Pas dan kalangan komrad politik mereka dalam DAP.

Trend ini akan menjauhkan minat orang Melayu-Bumiputera kepada Pas. Penulis pasti, jika post-mortem PRU-13 dilakukan secara ikhlas, Pas dapat melihat bagaimana parti tersebut agak gagal menarik minat pengundi Melayu-Bumiputera.

UMNO juga tidak boleh tampil selesa. Walaupun sokongan pengundi Melayu-Bumiputera di Johor, Sarawak, Melaka dan Negeri Sembilan agak tinggi - sokongan yang agak rendah seperti di Terengganu dan Kedah, sebagai misal, tidak boleh diambil mudah.

Agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera tidak boleh lagi menjadi agenda bermusim dan sekadar penyedap hati. Penulis yakin, lebih ramai rakyat yang mahu melihat agenda pemerkasaan ini dilaksanakan bersesuaian dengan komitmen Perdana Menteri.

Pas yang bersedia duduk semeja dengan UMNO, memberikan pandangan dan perincian mengenai agenda besar pemerkasaan ekonomi ini dirasakan memberi kesan menang-menang kepada kedua-dua parti.

Lebih daripada itu, jika Pas tidak bersetuju dengan agenda sedia ada, inilah masanya menampilkan alternatif yang lebih baik. Pas tidak perlu rasanya aci lut dalam isu ekonomi Bumiputera - dan hanya berada di barisan belakang agenda ekonomi Tony Pua dan Rafizi Ramli.

Kudrat pemikiran kalangan profesional dalam Pas mesti dicerna, bagi memberikan polisi balas yang lebih mantap dalam isu pemerkasaan ekonomi Bumiputera.

Perlu ditegaskan, penulis bukan ahli Pas, namun menjadi harapan penulis bahawa ada titik persamaan yang boleh dijayakan UMNO-Pas dalam agenda ekonomi Bumiputera ini.

PENULIS ialah penganalisis sosio politik.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Jubin inspirasi alam

Posted: 23 Sep 2013 11:14 PM PDT

Oleh NORAZLINA ISMAIL
norazlina.ismail@utusan.com.my
Gambar AZLAN HADI ABU BAKAR

Pelbagai jubin inspirasi kemasan alam semula jadi keluaran Guocera.

HATI pasti terasa damai tatkala melangkah masuk ke dalam rumah jika hiasan dalamannya memenuhi ciri alam semula jadi dari segi warna, corak dan teksturnya.

Jika itu yang anda dambakan, maka jubin Guocera adalah rekaan terbaik untuk memenuhi keinginan tersebut.

Pengilang jubin Guocera baru-baru ini telah memperkenalkan rekaan jubin terbarunya yang menggunakan teknologi digital untuk mencipta kediaman yang berkonsepkan alam semula jadi.

Pemilik kediaman yang berminat untuk menggunakan rekaan jubin terbaru keluaran syarikat itu boleh memilih sama ada untuk menggunakan jubin jenis Glazed Porcelain atau Glazed Ceramic.

Jubin Glazed Pocelain yang mempunyai pilihan rupa dan tekstur semula jadi seperti batuan, kayu, pasir dan klasik didatangkan dengan tiga koleksi iaitu koleksi Parquet, Seta, dan Pietra.

Untuk hiasan lantai yang kelihatan klasik, koleksi Parquet sangat sesuai kerana jubin bercorak Tamara, Mirati dan Kejora boleh membangkitkan aura klasik pada kediaman.

Apabila kaki mencecah lantai yang dihiasi dengan jubin koleksi Parquet anda akan rasakan seolah-olah sedang memijak lantai kayu.

Selain itu, Guocera juga tidak ketinggalan untuk menampilkan jubin Seta dengan tiga siri rekaan iaitu Satin Dolomiti, Satin Vena-Marmo, dan Satin Marfil.

Koleksi Seta menawarkan hiasan yang sarat dengan gaya mewah kerana licin seperti sutera dan kilauan satin yang sesuai sekali untuk hiasan dinding sama ada di ruang tamu, dapur, dan kamar tidur.

Satu lagi koleksi menarik yang diilhamkan Goucera ialah koleksi Pietra yang terdiri daripada Pietra Toscana dan Pietra Dorata.

Dua rekaan ini menampilkan keindahan batuan semula jadi daripada ciri berlapis batu pasir hingga kepada pusaran dan barik batu marmar Itali yang halus.

Bagi mereka yang lebih meminati seramik daripada porselin pula boleh membuat pilihan sama ada memilih koleksi Essentia atau Opulenz.

Koleksi Essentia didatangkan dengan tiga lagi corak jubin dinding iaitu Avida Series (batu loh Turki), Centual Series (pelbagai bentuk rekaan konkrit) dan Belgium Series (simen kusam).

Koleksi Opulenz pula didatangkan dengan dua siri rekaan jubin dinding yang mempersonakan iaitu Soul Series (rekabentuk marmar semula jadi) dan Coburg Series (rekabentuk batu kapur).

Selain warna, corak dan tekstur koleksi jubin kali ini yang mempersona, jubin teknologi digital Goucera juga diilhamkan untuk tahan lasak.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan pelbagai rekabentuk dan kemasan bercirikan alam semula jadi yang sesuai untuk setiap sudut kediaman boleh mengunjungi Goucera Gallery di Wisma Kemajuan Petaling Jaya atau pengedar berdaftar bermula November ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


DBKL didakwa kunci bekalan air

Posted: 23 Sep 2013 12:14 PM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Penduduk menunjukkan notis kunci air yang diterima mereka daripada DBKL di PPR Kampung Muhibbah Fasa Dua, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - UTUSAN/SYEFRY MONIZ

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Hampir separuh penghuni di setiap blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah Fasa Dua di Bukit Jalil kini berdepan dengan kemungkinan terpaksa meninggalkan rumah masing-masing kerana gagal menjelaskan tunggakan sewa.

Malah, ketika ini mereka sudah pun berdepan dengan kepayahan apabila bekalan air ke rumah mereka didakwa telah diputuskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Khamis lalu akibat gagal menjelaskan tunggakan bil air.

Menurut penduduk, mereka telah mendapat notis amaran daripada DBKL yang memberi tempoh 14 hari bermula Khamis lalu untuk menjelaskan kedua-dua bayaran tertunggak itu, tetapi agak mustahil untuk dilakukan kerana jumlahnya mencecah ribuan ringgit.

Akibat ketiadaan bekalan air ke rumah masing-masing, penduduk terlibat berkata mereka terpaksa mendapatkan air dari sumber yang tidak dapat dipastikan tahap kebersihannya selain menerima pertolongan daripada jiran dan saudara-mara.

Sehubungan itu, penduduk yang kebanyakannya golongan susah itu merayu kepada pihak DBKL supaya mengkaji semula tindakan tersebut selepas memberi notis singkat kepada penduduk.

Seorang suri rumah, Sharifah Sharip, 31, mendakwa, dia menerima notis tersebut pada Khamis lalu daripada DBKL.

"Masa terlalu singkat, mana kami nak cari duit untuk bayar tunggakan sebanyak RM4,688 kerana kebanyakan keluarga di sini mengalami masalah kewangan.

"Mereka juga tidak membenarkan kami untuk menjelaskan separuh bil tertunggak. Saya berharap pihak DBKL dapat berbincang dan bertolak ansur dengan kami dalam hal ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui.

Ibunya, Maimunah Abdullah, 56, yang menghuni di blok lain berkata, dia kini sedang menjaga suaminya yang uzur selain enam orang anak yang masih bersekolah sehingga membuatkan wangnya tidak cukup untuk menjelaskan bil-bil itu

"Saya turut mengalami tunggakan sewa dan bekalan air. Kami juga hairan kenapa jumlah bayaran untuk bil air begitu tinggi sedangkan kadar rata yang ditetapkan adalah sebanyak RM25 sebulan.

"Pihak DBKL juga meminta kami menjelaskan sepenuhnya bayaran tersebut atau kami diminta keluar dari rumah ini. Minggu lalu, pihak DBKL terus mengunci paip meter air rumah saya tanpa mengadakan perbincangan terlebih dahulu," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk yang menghuni di tingkat enam, Blok G, Norazizan Ya'acob, 42, mengalami nasib malang selepas paip air di luar rumahnya bocor sejak sebulan lalu.

"Saya telah membuat aduan mengenai perkara ini di Pejabat Kecil DBKL di PPR Kampung Muhibbah Fasa Dua dekat sini, namun tiada tindakan susulan diambil oleh pihak itu.

"Kami amat kecewa seolah-olah mereka tidak mahu mengambil tahu mengenai permasalahan kami. Sehingga kini, air terus mengalir keluar selain menyebabkan pembaziran," ujarnya.

Keistimewaan untuk pemilik

Posted: 23 Sep 2013 12:14 PM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Penghapusan duti setem bagi menukar nama geran hak milik tanah dengan bayaran nominal hanya sebanyak RM1,000, melupuskan cukai-cukai tanah tertangguh antara pelbagai keistimewaan perkhidmatan yang ditawarkan kepada penduduk Kampung Baru oleh Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB).

Selain itu, PKB turut menawarkan khidmat untuk menyelesaikan masalah pusaka dan faraid dalam tempoh empat bulan sehinggalah membantu membiayai hutang tanah yang tercagar di bank kepada pemilik hartanah terlibat.

Semua ini bagi mempercepatkan lagi proses pembangunan dan memajukan Kampung Baru yang agak terhalang disebabkan oleh hampir 50 peratus daripada pemegang dan pemilik 1,381 lot tanah di Kampung Baru masih lagi bermasalah mengenai status tanah masing-masing.

Timbalan Pengerusi Perbadanan PKB, Datuk Seri Matshah Safuan berkata, lazimnya apa juga urusan melibatkan soal pertukaran dan pemilikan geran tanah memerlukan duti setem atau kos guaman yang tinggi, antara RM30,000 dan RM40,000 tetapi kini apa juga urusan dapat diatasi dengan mudah jika penduduk merujuk masalah tersebut kepada PKB.

"Ini kerana masih lagi ada dalam kalangan penduduk Kampung Baru yang menuduh PKB berperanan untuk menjual tanah-tanah milik orang Melayu di Kampung Baru ini sedangkan agensi inilah satu-satunya yang berperanan bagi memastikan tidak ada sebidang pun tanah orang Melayu ini akan tergadai atau terlepas ke tangan pihak asing.

"Berbanding sebelum ini telah ditubuhkan pelbagai entiti syarikat kumpulan sehinggalah kepada penubuhan konsortium yang kononnya bagi memajukan Kampung Baru tetapi didapati bertujuan untuk 'menjual' Kampung Baru. Sedangkan PKB berperanan bagi memastikan kampung ini tetap milik orang Melayu walaupun bakal dimajukan kelak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Sesi Taklimat Pembangunan Hartanah kepada hampir 200 orang pemilik dan pewaris tanah di Kampung Masjid, Kampung Baru yang diadakan di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru baru-baru ini.

Taklimat yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Naharudin Abdullah itu turut dihadiri Pengerusi PKB, Datuk Astaman Abdul Aziz.

Matshah berkata, kini penduduk Kampung Baru diminta supaya memberikan tindak balas positif terhadap draf Pelan Induk Pembangunan yang telah pun siap bagi menjayakan sesi pendengaran awam sebelum pelbagai pindaan dilaksanakan dan selesai pada April 2014.

"Walaupun ditimbulkan pelbagai isu oleh penduduk pada hari ini, namun pada hakikatnya rata-rata mahukan supaya tanah masing-masing dimajukan, hanya kita masih terhalang oleh soal status pemilikan tanah, masalah penyewaan tanah dan hartanah rumah dan sebagainya kepada penyewa, malah ada yang ingin membangunkan sendiri tanah masing-masing, malah tidak kurang menunggu masa 'terbaik' untuk menjual tanah masing-masing," katanya.

Sedangkan katanya pembangunan Kampung Baru ini merupakan satu agenda besar bagi memperkasakan ekonomi bumiputera itu sendiri jika mereka mengkaji dan memahami sepenuhnya bahawa kampung itu akan dimajukan secara berkelompok dan pemilik tanah sekarang tetap menjadi rakan kongsi niaga.

"Kita bukan bercakap soal tanah yang menjadi hak milik kerajaan atau setinggan yang hanya perlu dibayar pampasan sebanyak RM25,000 dan kemudiannya penghuni diminta keluar.

"Kita bercakap soal tanah yang ada pemilik yang hak, jadi wajib kita majukan dengan memberikan pulangan berfaedah berpanjangan kepada pemiliknya.

"Jika dibangunkan mereka bukan sahaja mempunyai aset tetap atau menyewakan aset-aset niaga kepada para pelabur tetapi setiap bulan mereka bakal beroleh pendapatan sehingga RM10,000 yang mengikut nilai hari ini," kata Matshah.

Tambah beliau, rata-rata penduduk Kampung Baru mempunyai saiz tanah yang agak kecil iaitu antara 600 kaki persegi hingga 1,200 kaki persegi yang menyukarkan mereka untuk membangunkan hartanah tersebut dengan binaan melebihi 10 tingkat.

"Dalam masa yang sama, PKB kini dalam usaha untuk mendapatkan seberapa banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan lain-lain yang tidak mempunyai rekod buruk untuk memaju dan membangunkan Kampung Baru.

"Pada dasarnya mereka sangat berminat. Tinggal lagi mereka hendak tahu di mana bahagian kawasan Kampung Baru yang boleh mereka bantu untuk majukan," katanya.

Noh cadangkan tubuh jawatankuasa di blok PPR

Posted: 23 Sep 2013 12:14 PM PDT

Noh Omar (depan, tiga dari kiri) mendapatkan penerangan daripada penduduk mengenai masalah lif yang kerap rosak semasa lawatan kerja di Pangsapuri Desa Mentari, Kampung Lindungan, Petaling Jaya, Selangor kelmarin.

PETALING JAYA 23 Sept. - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan diminta menubuhkan jawatankuasa di semua blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan bandar yang dilihat mampu menjadi penghubung antara penduduk dengan kerajaan, khususnya dalam membuat aduan berhubung masalah setempat.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencadangkan agar jawatankuasa itu setaraf dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) memandangkan sebuah blok PPR mempunyai kira-kira 3,000 penduduk.

Tegas beliau, penubuhan jawatankuasa blok itu perlu terutama dalam menyampaikan segala masalah yang dihadapi penduduk di situ.

"Jika di kawasan luar bandar, di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 3,000 orang adalah sebuah kampung dan di kawasan bandar, khususnya di PPR juga sepatutnya perlu diwujudkan jawatankuasa khas seperti JKKK.

"Jika ahli JKKK mendapat elaun, saya juga cadangkan supaya jawatankuasa blok nanti juga diberi elaun dalam jumlah sama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja di PPR Desa Mentari, Kampung Lindungan di sini semalam.

Dalam majlis itu beliau juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi membaiki lampu jalan serta RM300,000 lagi untuk membaiki lif di PPR berkenaan.

Mengulas lanjut, Noh juga memberitahu, cadangan itu akan dibawa segera kepada kementerian terbabit.

Beliau memberitahu, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM3.2 bilion bagi pembangunan di Selangor pada tahun lalu dan RM2.8 bilion pada tahun ini.

Jelasnya, peruntukan itu empat kali ganda lebih banyak daripada apa yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang.

"Tidak ada guna kerajaan negeri mengaku berjaya menyimpan wang yang banyak tetapi rakyat hidup susah serta menderita," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved