Selasa, 11 Jun 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Tak perlu gantung, pecat terus'

Posted: 11 Jun 2013 10:49 AM PDT

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED dan SAIFULIZAM MOHAMAD
sukan@utusan.com.my

Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR - "Tak perlu gantung-gantung. Suruh dia (FAM) pecat saya terus.''

Demikian tegas bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim yang menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 'membuangnya' terus daripada terlibat dalam arena bola sepak supaya tidak membuang masa memanggilnya untuk dibicarakan selepas mengkritik badan induk itu, baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, di sebalik gesaan tersebut, bekas Menteri Besar Perlis yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melahirkan rasa pelik terhadap sikap FAM yang terlalu 'manja' apabila langsung tidak boleh dikritik.

Sambil menyifatkan undang-undang yang diguna pakai FAM untuk bertindak terhadap pengkritik sebagai 'tidak siuman', tegas Shahidan, FAM seharusnya berterima kasih terhadapnya yang telah mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi menampung perbelanjaan PFA.

"Sepatutnya FAM ucap terima kasih kepada saya, bukannya gantung. Tetapi orang yang cakap sebegini (FAM) tak pernah nak kaji, pandai cakap sahaja.

"PFA minta duit tiap-tiap minggu, setiap kali perlawanan nak kena bayar RM11,000. Patut ucap terima kasih kepada saya (sebab bayar gaji PFA) tetapi sepatah tak ucap terima kasih,'' katanya.

Shahidan sebelum ini mengkritik FAM kerana tidak 'menjenguk' masalah kewangan dihadapi PFA.

Beliau yang sebelum ini lantang mengkritik FAM digantung 30 bulan selain didenda RM39,000 dan hilang status sebagai Presiden PFA, anggota Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM dan anggota Jawatankuasa Kewangan FAM sehingga September 2015.

Kritikan terbaharunya membuatkan Jawatankuasa Tatatertib FAM akan menilai sama ada Shahidan wajar dibicarakan selepas mengkritik badan induk itu biarpun dalam tempoh penggantungan.

Kepada soalan mengapa FAM dilihat seakan sebuah badan kebal sehingga tidak boleh dikritik, Shahidan berkata, beliau akan terus meminta rakyat untuk mengkritik 'perangai' badan induk itu.

"Saya akan minta rakyat terus kritik perangai FAM. Tan Sri Annuar Musa, Datuk K. Rajagobal keluar kenyataan tiap-tiap hari mengenai FAM, tak kena gantung pun.

"Kalau saya (kritik), terus mahu hukum,'' katanya.

Beliau kemudiannya terus membuat penegasan berikut : "Pecat sahaja saya. Tapi dengan syarat, jangan bagi PFA 'kacau' saya lagi (minta bayar gaji pemain). Saya tidak mahu ada apa-apa kaitan lagi dalam persatuan itu.''

Tunku Imran kekal Presiden Kok Chi, Sani Karim dicabar

Posted: 11 Jun 2013 10:49 AM PDT

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

Kiri Tunku Imran, Sieh Kok Chi

KUALA LUMPUR - Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bakal menyaksikan perebutan jawatan kanan antara paling sengit dalam sejarah apabila mesyuarat agung tahunan pemilihan 22 Jun ini menyaksikan Timbalan Presiden dan Setiausaha Kehormatnya dicabar satu lawan satu.

Dengan Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar menang tanpa bertanding selepas tarikh pencalonan ditutup semalam, Datuk Abdullah Sani Karim dan Datuk Sieh Kok Chi perlu mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dan Setiausaha Kehormat majlis.

Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim mengorbankan jawatan Naib Presiden MOM yang disandangnya untuk mencabar Abdullah Sani.

Kok Chi pula bakal ditentang Kumar Thangaraju yang turut memburu kenaikan jawatan daripada Penolong Setiausaha Kehormat majlis yang kini disandangnya.

Empat calon pesaing Naib Presiden MOM ketika ini, Datuk Low Beng Choo, Prof. Datuk Zakaria Ahmad, Datuk Roy Rajasingham dan Datuk Danyal Balagopal Abdullah pula ialah Tan Sri Abdul Halil Abd. Mutalif, Datuk Paduka Mumtaz Begum Abdul Jaffar, Andrew Bryan Perera dan Datuk Tang See Hang.

Persaingan satu lawan satu turut berlaku pada jawatan Bendahari Kehormat MOM antara Yong Choo Kong, yang dicalonkan persatuan pelayaran dan judo dengan Lim Eng Chan.

Tiga lagi jawatan iaitu Penolong Setiausaha Kehormat (lelaki dan wanita) serta Penolong Bendahari Kehormat turut dimenangi Edwin Chong, Moira Tan dan Ahmad Feisal Ahmad Tajuddin tanpa bertanding apabila masing-masing muncul calon tunggal.

Senarai nama calon jawatan berkenaan diumumkan pegawai pemilihan MOM, Datuk Norminshah Sabirin di Wisma MOM di sini, semalam.

Mengulas cabaran daripada Kumar, Kok Chi berkata: "Saya terkejut dan kecewa kerana saya yang membawanya masuk ketika pemilihan 2011 selepas banyak berhubung dengannya mengenai MTA (Persatuan Taekwondo Malaysia)."

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Lelaki maut, isteri, 3 anak maut dirempuh babi hutan

Posted: 11 Jun 2013 11:24 PM PDT

KUANTAN 12 Jun - Seorang lelaki terbunuh manakala isteri dan tiga anaknya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh seekor babi hutan di KM21.5 Jalan Ibam-Rompin, dekat Rompin, malam tadi.

Mangsa, Syed Abdullah Syed Ali, 32, pembantu am pejabat dari Perumahan Mardi, Muadzam Shah di Rompin meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Bagaimanapun, isteri mangsa yang berusia 22 tahun dan tiga anaknya berusia antara satu dan empat tahun hanya cedera ringan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian 8 malam itu, mangsa sekeluarga dikatakan sedang menuju ke bandar Muadzam Shah untuk membeli susu.

"Dipercayai seekor babi hutan tiba-tiba keluar dari semak berhampiran untuk melintas jalan sebelum merempuh motosikal yang dinaiki lima beranak itu sehingga menyebabkan mereka sekeluarga tercampak ke atas jalan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mangsa yang cedera menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah. - BERNAMA

Mayat seorang nelayan hilang ditemui

Posted: 11 Jun 2013 11:18 PM PDT

DUNGUN 12 Jun - Mayat seorang daripada dua nelayan yang hilang semalam selepas bot gentian kaca yang mereka naiki terbalik di perairan Pantai Sura Hujung di sini, ditemui awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Dahlan Mohd. Noor berkata, pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat Halim Hurus, 22, kira-kira 1 pagi ini terdampar di persisir pantai kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

Operasi diteruskan untuk mencari seorang lagi rakan mangsa, Mohd. Saifuddin Shafie, 18, yang masih hilang di laut, katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, operasi itu disertai kira-kira 40 anggota terdiri daripada Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta penduduk kampung.

Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang semalam, tiga nelayan terhumban ke laut setelah bot yang mereka naiki terbalik. Seorang daripada mereka, Mohd. Mazli Mohamad, 30, berjaya diselamatkan penduduk tempatan yang berada di tepi pantai.

Ketika kejadian, ketiga-tiga mereka dalam perjalanan pulang daripada menangkap ikan dan ketika meluncur 300 meter menghampiri daratan, bot yang dikemudi Halim dikatakan membuat pusingan mengelak selepas terlihat ombak kecil di hadapan.

Berikutan itu, bot yang dinaiki mereka dikatakan berpusing sebelum terbalik menyebabkan ketiga-tiga mereka tercampak ke laut. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Dua pesawat tentera India ceroboh Pakistan diusir

Posted: 11 Jun 2013 10:14 AM PDT

ISLAMABAD 12 Jun - Tentera Udara Pakistan (PAF) mengerahkan jet tempur untuk mengusir dua pesawat milik tentera India yang didakwa menceroboh ruang udara negara ini, semalam.

Jurucakap PAF, Kapten Tariq Mehmood berkata, insiden berkenaan berlaku apabila dua pesawat India menceroboh ruang udara Pakistan sejauh tiga batu nautika di wilayah timur Punjab kira-kira pukul 10.40 pagi (1.40 petang waktu Malaysia).

Tindakan PAF menghantar dua jet tempur menyebabkan pesawat India berkenaan keluar dari ruang udara Pakistan," katanya. - DPA

Rundingan Korea Utara, Selatan dibatalkan

Posted: 11 Jun 2013 10:13 AM PDT

SEOUL 12 Jun - Rundingan peringkat tertinggi antara Korea Selatan dan Korea Utara yang dijadualkan berlangsung pada hari ini, dibatalkan selepas Pyongyang hanya menghantar wakil perunding berpangkat rendah.

Kementerian Penyatuan Korea Selatan yang mengesahkan perkara itu semalam berkata, pertemuan penting berkenaan sepatutnya diadakan hari ini dan esok, bagi meredakan ketegangan kedua-dua negara berhubung isu penutupan zon perindustrian bersama Kaesong yang ditutup baru-baru ini.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut tentang tarikh baharu rundingan itu akan diadakan. - DPA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Husam kalah tuntutan saman fitnah RM10 juta terhadap NSTP

Posted: 11 Jun 2013 10:48 AM PDT

Husam Musa

KUALA LUMPUR 11 Jun - Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa hari ini gagal dalam tuntutan saman fitnah RM10 juta yang dikemukakannya terhadap syarikat akhbar The New Straits Times Press (M) Bhd. (NSTP) dan empat yang lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu memfailkan saman tersebut pada 22 Februari 2010 setelah mendakwa artikel bertajuk Husam: They go or I'll quit. Nik Aziz won't allow blue eyed boy to resign even if he wishes yang disiarkan oleh akhbar New Straits Times (NST) memfitnahnya.

Husam mendakwa artikel yang disiarkan di muka surat 10 dalam akhbar bertarikh 23 November 2009 ditulis dengan niat jahat itu telah menjatuhkan dan merendahkan reputasinya.

Keputusan menolak saman itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong di kamar hakim di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Beliau juga memerintahkan Husam membayar kos RM22,000.

Peguam Dr. Zulqarnain Lukman yang mewakili Husam selaku pihak plaintif memberitahu pemberita, mahkamah memutuskan demikian setelah mendapati pihaknya telah gagal membuktikan kes saman tersebut.

Ini kerana, menurut Zulqarnain, Heng Cheong berpendapat, artikel itu lebih berbentuk pujian kepada Husam dan bukannya memfitnah beliau.

''Jika artikel itu berbentuk fitnah sekalipun, mahkamah mendapati, perlindungan bersyarat dan prinsip kewartawanan bertanggungjawab terpakai dalam kes ini,'' katanya.

Dalam saman itu, Husam menamakan NSTP, dua wartawannya, Shuhada Elis (kini bekas wartawan NST) dan Nik Imran Abdullah (kini Ketua Biro NST Kota Bahru); bekas Pengarang Kumpulan NST, Datuk Syed Nadzri Syed Harun dan Ketua Pengarang Urusan Kumpulan NSTP ketika itu, Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa sebagai pihak defendan.

Plaintif dalam pernyataan tuntutannya menyatakan, pernyataan fitnah pihak defendan itu, dibuat dengan niat jahat telah menjatuhkan dan merendahkan reputasinya dalam khalayak umum.

Artikel tersebut menurut plaintif juga didakwa membawa maksud beliau seorang yang suka mengambil kesempatan, menekan orang lain, tidak jujur dan bertelingkah serta berpecah-belah.

Oleh itu plaintif, menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan berjumlah RM10 juta daripada kesemua defendan.

Pihak defendan dalam pernyataan pembelaan menegaskan, kata-kata tersebut mempunyai maksud yang jelas atau biasa dan tiada satu pun daripadanya bersifat memfitnah Husam.

Menurut pihak defendan, pernyataan tersebut membabitkan kepentingan awam, diterbitkan dengan cara adil dan wajar dengan cara yang konsisten dengan kewartawanan bertanggungjawab.

Selain itu, bagi pihak, defendan pernyataan itu membabitkan laporan fakta yang berdasarkan penyiasatan dan tanpa penonjolan atau elemen sensasi yang tidak wajar.

Dua beradik merompak dijel tiga tahun

Posted: 11 Jun 2013 10:48 AM PDT

PETALING JAYA 11 Jun - Dua adik-beradik masing-masing dihukum penjara tiga tahun dan sebatan satu kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjatakan parang dan alat pengunci tambahan motosikal terhadap seorang juruwang, awal tahun ini.

Hakim Suraiya Mustafa Kamal menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohammad Faizal Yahya, 26, yang bekerja sebagai penghantar surat dan adiknya, Muhamad Shamin, 20, pekerja bengkel, berkuat kusa mulai tarikh mereka ditangkap pada 15 Januari lalu selepas kedua-dua mereka mengubah pengakuan kepada bersalah hari ini.

Seorang lagi rakan mereka, Mohd. Aidil Qushari Jalaludin, 22, yang mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan sama, akan dibicarakan mulai esok.

Ketiga-tiga mereka dituduh bersama-sama merompak seorang lelaki warga Bangladesh, Saiful Islam Shamsul Haque dengan melarikan wang RM1,000, empat kotak rokok, satu unit komputer riba dan satu unit telefon bimbit yang semuanya bernilai RM5,000.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di stesen minyak BHP, Taman Bukit Kuchai, Batu 8, Jalan Puchong di sini kira-kira pukul 9 malam, 15 Januari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Irna Julieza Maaras mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Ahli keluarga kedua-dua tertuduh yang hadir di mahkamah dilihat menangis teresak-esak ketika hukuman dijatuhkan. Mereka turut memeluk kedua-dua beradik itu sebaik sahaja prosiding selesai.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Cegah pisang diserang 'Mako'

Posted: 11 Jun 2013 10:49 AM PDT

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

Noraidah Musa (kiri), bersama Pengerusi JKKK Sungai Buloh, Rosdi Jaafar (tiga kiri), Penghulu Mukim Mentakab 1, Alias Nong (empat kanan) dan kakitangan Pejabat Pertanian Temerloh ketika melawat ladang mangga dan tebu di Temerloh, kelmarin.

TEMERLOH 11 Jun - Pengusaha tanaman pisang di daerah ini diminta mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan tanaman mereka diserang sejenis bakteria yang dikenali sebagai 'Mako'.

Pegawai Pertanian Daerah, Noraidah Musa berkata, bakteria tersebut mula dikesan menyerang tanaman pokok pisang di Johor tidak lama dahulu selepas negeri itu pulih daripada banjir besar.

Katanya, walaupun di daerah ini serangan bakteria itu belum dikesan secara serius tetapi para petani yang terlibat perlu sentiasa berwaspada bagi mengelakkan hasil pertanian mereka terjejas.

"'Mako' menyerang dengan lebih pantas apabila pokok pisang mula mengeluarkan jantung dan berbuah.

"Sehubungan itu, saya berharap pengusaha tanaman pisang melaporkan kepada Pejabat Pertanian Daerah jika pokok pisang mereka kelihatan layu yang dipercayai terkena jangkitan 'Mako'," kata Noraidah.

Beliau berkata demikian semasa hadir pada program hari Ladang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Buloh di sini semalam.

Menurut beliau, antara simptom yang boleh dilihat apabila diserang bakteria ini ialah pokok pisang akan bertukar menjadi kuning bermula daripada bahagian pelepah pokok.

Tambahnya, bahagian yang bertukar warna tersebut akan mulai mengering dan pokok akan mati manakala buah akan bertukar menjadi kehitaman dan rapuh.

Noraidah memberitahu, serangan bakteria 'Mako' ke atas pokok pisang juga menyebabkan hampir keseluruhan pokok dan buahnya menjadi rosak dan seolah-olah melecur.

Katanya, serangan penyakit itu telah menyebabkan kerugian bukan sahaja kepada petani malah turut melibatkan pihak pengusaha yang menjalankan perniagaan berasaskan pisang secara komersial.

"Selepas Johor, bakteria yang menjadi punca penyakit tersebut kini dilaporkan mula menular dengan pantas ke negeri-negeri lain.

"Saya menggesa petani dan pekebun kecil yang melihat simptom tersebut berlaku pada tanaman pisang mereka supaya melaporkan segera kepada pejabat pertanian supaya dapat dikawal dan tidak merebak ke kawasan kebun lain," katanya.

Mara perlu bertindak jual lot niaga kepada golongan usahawan

Posted: 11 Jun 2013 10:49 AM PDT

Shahiruddin Ab. Moin (tiga kanan) menyatakan sesuatu kepada kakitangan Mara ketika sesi Taklimat Program Pembangunan Usahawan Mara di Kuantan, semalam. Turut kelihatan, Salemi Yusof (dua kanan).

KUANTAN 11 Jun - Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak boleh sekadar menyediakan premis untuk disewa, sebaliknya harus bertindak menjual lot perniagaan kepada usahawan yang mampu dalam usaha meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera di kawasan bandar.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, untuk itu, sudah masanya Mara membina lebih banyak bangunan komersial dan kemudiannya menjual kepada para peniaga bumiputera agar wujud keseimbangan pemilikan premis perniagaan.

"Dasar Mara sebelum ini yang hanya menyediakan premis untuk disewa perlu dikaji semula dan dibuat penambahbaikan sejajar dengan keperluan semasa seperti menjual terus kepada penyewa berkenaan.

"Pada masa sama, Mara perlu memikirkan untuk membangunkan lebih banyak premis komersial agar wujud persaingan secara sihat supaya satu-satu perniagaan itu tidak dimonopoli oleh satu kaum sahaja," katanya.

Shahiruddin berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat program pembangunan usahawan Mara sempena lawatan kerja beliau ke agensi itu di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Mara negeri, Salemi Yusof.

Menurut Shahiruddin, pengurusan tertinggi Mara juga perlu melakukan pemantauan dengan lebih kerap untuk melihat sendiri prestasi golongan sasaran di bawah mereka.

"Sekiranya lebih kerap pemantauan dilakukan setiap kelemahan pasti dapat diatasi serta diselesaikan segera.

"Saya juga akan berusaha untuk mengadakan pertemuan sebulan sekali dengan semua agensi kerajaan yang terlibat dengan pembangunan usahawan agar pelaksanaan gerak kerja lebih berfokus," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati usahawan bumiputera agar tidak gentar untuk bersaing dengan kaum lain sebaliknya bijak mencari peluang dan belajar daripada kejayaan mereka.

"Seharusnya kita belajar daripada budaya berniaga kaum lain terutama Cina dan kalau bersesuaian kita akan panggil mereka yang berjaya untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman agar sama-sama dapat bersaing secara sihat.

"Apa yang penting, usahawan bumiputera jangan lakukan amalan 'ali-baba' yang hanya menggagalkan apa yang kerajaan usahakan," jelasnya.

Lawatan media Eropah galak pelancong ke Taman Negara

Posted: 11 Jun 2013 10:49 AM PDT

Nathan Vaithi (kanan) bersama pelawat dan penggiat media dari Eropah dan Asia Oceania semasa menyertai perkelahan di Sungai Tembeling, Taman Negara, Kuala Tahan, Jerantut, baru-baru ini.

JERANTUT 11 Jun - Lawatan kerja 25 pengusaha pelancongan dan pengamal media dari Eropah dan Oceania ke Taman Negara Kuala Tahan di sini baru-baru ini bakal merintis kepada usaha membawa lebih ramai pelawat dari dua rantau berkenaan ke destinasi pelancongan terkemuka ini.

Lawatan dua hari dianjurkan Tourism Malaysia dengan Mutiara Taman Negara Resort (MTNR) sebagai tuan rumah kepada tetamu berkenaan yang sebelum ini menyertai program Citrawarna 1Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Pengurus MTNR, Nathan Vaithi berkata, usaha meningkatkan jumlah pelawat dari dua benua tersebut akan dilakukan menerusi perjanjian bersama dengan pihak Tourism Malaysia.

"Pengusaha pelancongan dan media dari Eropah dan Australia akan membantu memasarkan Taman Negara Pahang sebagai produk pelancongan yang menarik untuk dilawati rakyat negara rantau berkenaan," katanya di Kuala Tahan dekat sini kelmarin.

Menurut beliau, menerusi lawatan singkat itu, pengusaha pelancongan dari Eropah dan Oceania bersetuju memasukkan Taman Negara di sini sebagai satu destinasi lawatan bagi kumpulan pelancong dari negara berkenaan.

Sementara itu, wakil media dari Belgium, Dany Van Cauwenbergh, 48, berkata, mereka sangat teruja dengan sambutan kakitangan MTNR dan banyak pengalaman menarik dapat ditulis serta dipromosikan di media negara berkenaan.

"Kunjungan ini merintis jalan bagi pengusaha pelancongan di Belgium supaya membawa lebih ramai pelawat ke Taman Negara Kuala Tahan sepanjang tahun, khususnya menyemarakkan program Tahun Melawat Malaysia 2014," ujarnya.

Katanya, selain menikmati keindahan alam sekitar hutan tropika di situ, mereka juga menyertai acara 'perkelahan' di Sungai Tembeling sambil menikmati makanan tradisional orang Melayu Pahang.

Tambahnya, majlis ramah mesra dan sekalung budi anjuran MTNR di sebuah banglo di Kuala Tahan mengeratkan lagi hubungan antara pengunjung dan kakitangan resort berkenaan, sekali gus memperoleh banyak input tentang destinasi pelancongan bertaraf dunia itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Korporat galak amalan sikap anarkis

Posted: 11 Jun 2013 10:48 AM PDT

TAN SRI ZAINUDIN MAIDIN ialah Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir, Universiti Utara Malaysia.

PENGARAH Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak telah memuji Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani kerana pandangannya yang terus terang terhadap Utusan Malaysia dan Perkasa.

Katanya, sikap terus terang inilah yang menjadikan dia pemimpin besar dengan keupayaannya menunaikan tanggungjawabnya sebagai CEO AirAsia.

Menurut sebuah akhbar, Nazir ketika melancarkan prospektus AirAsia X kelmarin berkata, "sesetengah orang mungkin memikirkan Azran melampau dalam kata-katanya tetapi apakah yang dapat kita harapkan apabila kita mempunyai seorang pengerusi seperti Rafidah Aziz".

Saya tidak tahu dalam soal apakah yang dimaksudkan oleh Nazir sebagai sikap terus terang Azran. Adakah tanggapannya Utusan sebagai akhbar rasis kerana menyiarkan berita 'Apa Lagi Orang Cina Mahu' atau ugutannya untuk menarik iklan AirAsia daripada Utusan Malaysia.

Bagi saya, tanggapan Utusan sebagai rasis adalah subjektif. Ia bergantung kepada aliran pemikiran atau kecenderungan seseorang dan juga latar belakang pendidikannya, dan itu adalah hak masing-masing.

Tetapi yang saya rasa tidak wajar ialah sikap tidak toleransi Azran yang kerana tidak bersetuju dengan pendirian Utusan telah mengugut untuk menarik balik iklan AirAsia daripada Utusan kerana pendirian Utusan bertentangan dengan pemikirannya.

Sentimen dan prajudis telah mempengaruhi tindakannya.

Apakah ini sikap seorang yang terpelajar yang percaya pada kebebasan dan demokrasi, keterbukaan dan globalisasi? Apakah ini bukan merupakan penyalahgunaan kuasa atau tindakan yang tidak rasional?

Pada pandangan saya, oleh kerana Nazir menganggap Azran sebagai seorang pemimpin besar kerana tindakannya itu, maka bererti beliau merestukan amalan sikap anarkis CEO atau Ketua-ketua Pegawai Eksekutif dalam badan-badan korporat atau syarikat besar.

Dalam perkembangan kapitalisme Barat, korporat gergasi dan syarikat-syarikat perniagaan besar semakin berkuasa, malah melebihi kuasa kerajaan dan mengancam kebebasan media atau memperalatkan media dengan kuasa wang mereka.

Inilah kuasa yang tidak kelihatan kepada orang ramai, sebaliknya rakyat hanya nampak kuasa kerajaan yang menekan kebebasan media khususnya akhbar.

Berhubung dengan perkara ini, saya suka memetik sedikit daripada tulisan seorang penulis terkenal British, Anthony Sampson dalam bukunya The Essential Anatomy Of Britian-Democracy in Crisis.

Kata Sampson; "The link between newspapers and big business had a longer- term effect: for journalist have constrained from reporting or criticising the excesses of financial boom, by pressures from owners, advertisers and public relations men, who helped set the agenda of the business pages. Enterpreneurial owners naturally dislike the critical and investigative function of reporters".

Pandangan Sampson ini menepati pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam suatu jamuan makan malam Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) pada tahun 1990 yang mana beliau berkata, bukan sahaja kerajaan yang memberi kesan kepada kebebasan akhbar tetapi juga kepentingan perniagaan, pemilik, pengarah-pengarah dan juga kepentingan populariti.

Utusan sendiri tahu banyak hal yang negatif mengenai AirAsia telah disembunyikan bersama-sama dengan akhbar-akhbar lain demi kepentingan iklan atau wang daripadanya, tetapi nampaknya ini sahaja tidak cukup kepada Azran.

Beliau merasakan bahawa untuk Utusan mendapat iklan daripada AirAsia maka perlulah Utusan mengikuti kecenderungan sosial dan politiknya. Maka tekanan kewangan perlu dikenakan ke atas Utusan.

Tentulah semangat Azran bertambah tinggi dengan sokongan Nazir, adik kepada Perdana Menteri Malaysia yang tidak memahami krisis keyakinan yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga UMNO.

Nazir tidak memahami bahawa tanpa sokongan daripada Utusan Malaysia memerangi anasir-anasir yang menghakiskan keyakinan kepada kerajaan, maka tidak mungkin UMNO akan dapat mengekalkan sokongan orang Melayu kepadanya yang menambahkan kerusi UMNO di Parlimen, menawan kembali negeri Kedah dan Perak dan menambah kerusi di Kelantan.

Barangkali Nazir memikikan tanpa Utusan Malaysia menyerang balas terhadap sikap melampau orang Cina, maka Barisan Nasional akan mendapat sokongan orang Cina.

Sebenarnya Nazir menambah masalah yang dihadapi oleh Najib dan UMNO.

Akta baharu-lama demi keharmonian masyarakat

Posted: 11 Jun 2013 10:48 AM PDT

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) dikatakan sedang mengkaji untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan undang-undang baharu dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Tumpuan akta baharu itu menjurus ke arah pemeliharaan nilai-nilai keharmonian dan perpaduan masyarakat tetapi waktu sesuai untuk ia dibentang di Dewan Rakyat belum ditetapkan.

Bagi rakyat biasa, tentunya apa jua bentuk undang-undang yang dapat menjaga keselamatan, keharmonian dan perpaduan dialu-alukan terutamanya melihatkan senario politik semasa di negara ini.

Akta baharu itu bukan sahaja perlu merangkumi perbuatan menghasut, malahan hinaan khususnya terhadap agama, raja dan pemimpin negara, di samping perbuatan demonstrasi haram mahupun apa juga perbuatan kecil atau besar yang boleh menggugat perpaduan.

Rakyat tidak mahu lagi cakap-cakap kosong seperti dahulu dikatakan pelbagai akta baharu akan dibentuk demi keselamatan dan keharmonian negara tetapi akhirnya senyap dan hilang begitu sahaja.

Apa yang diharapkan adalah fokus dan ketegasan dalam pelaksanaan serta penguatkuasaan undang-undang, tidak kira yang lama atau baharu di samping mendidik rakyat agar pandai menjaga keharmonian yang dinikmati mereka selama ini.

Bagi Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam) dan Pengerusi Khairul Group, Datuk Khairul Anwar Rahmat, walau apa sekalipun namanya, pengamal undang-undang melihat sesuatu akta baharu itu secara positif dalam semangat memelihara keharmonian.

"Dalam Islam, makasid syariah iaitu prinsip undang-undang adalah menjaga nyawa, maruah dan harta benda. Apa yang lebih penting adalah pemantauan dan pelaksanaan undang-undang tersebut.

"Singapura, Australia, Amerika Syarikat dan mana-mana negara pun ada bermacam akta tapi aspek penguatkuasaan yang paling utama. Kita lihat secara rasional akta baharu itu walaupun mungkin ada yang rasakan ia untuk menyekat kebebasan," katanya.

Beliau menegaskan kebebasan juga pada hakikatnya perlu ada had dan batasannya, tidak boleh dibiarkan umpama 'layang-layang tidak bertali' sehingga ada individu berani buat sesuka hati mereka tanpa mengira perasaan orang lain.

Menurutnya lagi, akta baharu itu juga perlu menyeluruh dan fokus kepada aspek pencegahan termasuk terhadap perbuatan fitnah, hinaan dan apa jua yang melampaui batasan seperti provokasi, himpunan haram dan ucapan untuk menimbulkan huru-hara.

"Saya ingin menegur sedikit, kenapa kita kini terlalu apologetik dalam menguatkuasakan undang-undang? Jangan begitu, perlu difikirkan kepentingan majoriti.

"Daripada lebih 28 juta rakyat Malaysia, mungkin sekitar 10 peratus sahaja yang suka timbulkan masalah. Yang perlu diutamakan adalah hak 90 peratus itu, bukannya sibuk dengan kepentingan minoriti yang suka 'buat hal' tersebut," ujarnya.

Beliau juga menolak cadangan menghapuskan Akta Hasutan disebabkan desakan pihak tertentu kerana akta itu masih relevan dalam menjaga aspek-aspek sensitiviti khususnya isu-isu raja, Perlembagaan dan kerahsiaan.

Beliau mengambil iktibar suasana selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan sehingga rakyat tertanya-tanya apa lagi tindakan boleh diambil terhadap pihak yang mengancam keselamatan negara dan rakyat.

"Akta baharu tidak boleh mengongkong tetapi perlu ada tanda arasnya. Saya tidak setuju Akta Hasutan dihapuskan berikutan sejarah dengan penghapusan ISA.

"Kita tidak mahu buka 'floodgate' sehingga dirempuh pihak terbabit, perlu lalui proses kematangan dahulu khususnya kalangan pembangkang yang belum matang," jelasnya.

Beliau mendakwa keengganan pembangkang menerima kekalahan dalam pilihan raya umum (PRU) lalu menunjukkan tahap kematangan mereka, sedangkan di negara lain semua pihak berjabat tangan selepas PRU dan mulakan kerja untuk rakyat sehingga tamat tempoh mandat.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula mempunyai pandangan berbeza dengan melihat sudah sampai masanya Akta Hasutan yang sudah lapuk digantikan dengan akta baharu yang lebih baik.

"Apa yang mahu difokuskan kini bukan sahaja perbuatan hasutan tetapi lebih kepada memupuk keharmonian pelbagai kaum di negara ini, sesuai dengan keadaan semasa.

"Akta baharu itu tujuan dan objektifnya baik untuk kekalkan keharmonian tetapi dalam merumus peruntukannya, kerajaan perlu mendapatkan maklum balas dari seluruh peringkat anggota masyarakat terlebih dahulu," katanya.

Beliau juga setuju aspek penguatkuasaan perlu ada untuk kejayaan pelaksanaan mana-mana akta perundangan dan sesiapa yang melanggar peraturan itu perlu diambil tindakan sewajarnya.

Tambahnya, pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati tetapi tidak semestinya melalui tindakan undang-undang sahaja kerana pendidikan kepada setiap individu warga Malaysia juga amat penting.

"Pencegahan hanya boleh dicapai apabila semua rakyat Malaysia fahami dan laksanakan tanggungjawab masing-masing dalam menjaga keharmonian negara.

"Terapkan juga rasa kasih sayang kepada negara melalui pendidikan khususnya di kalangan generasi muda. Hormati satu sama lain, patuhi undang-undang, dan lebih baik jika dapat amalkan lima prinsip Rukun Negara," tegasnya.

Beliau melihat isu keharmonian bagi negara berbilang bangsa seperti Malaysia terlalu penting dan langkah terbaik mencapainya adalah dengan membudayakan keharmonian dengan kembali kepada asas-asas Rukun Negara dan nilai-nilai murni kemanusiaan.

Selain itu, beliau mahu rakyat belajar bertanggungjawab dalam mengekalkan dan memupuk keharmonian kerana ia bergantung kepada tingkah laku dan iltizam setiap warga Malaysia.

"Semua perlu terima hakikat negara kita ada kepelbagaian dalam segenap aspek kehidupan. Harmoni boleh dicapai bila setiap rakyat fahami dan laksanakan tanggungjawab masing-masing, serta menjauhkan diri daripada isu-isu sensitif.

"Setiap individu tanpa mengira kaum perlu bersatu laksanakan tugas tersebut, janganlah terbabit dengan aktiviti-aktiviti yang merunsingkan pihak lain mahupun sesuatu yang boleh menyinggung perasaan orang," tegasnya.

Walaupun setuju pentingnya penguatkuasaan akta baharu itu, Lam Thye berharap aspek pendidikan rakyat ke arah membudayakan keharmonian turut diberikan keutamaan sewajarnya kelak.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Yakin dengan karya dihasilkan

Posted: 11 Jun 2013 06:06 AM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM, RUSHDI SALLEH dan SHIDDIEQIIN ZON

Persaingan tidak pernah wujud dalam karier pasangan suami isteri ini.

ANUGERAH Tribute P. Ramlee yang julung-julung kali diadakan akhirnya telah melabuhkan tirai. Pengarah Badaruddin Azmi (Bade) muncul sebagai 'hero' apabila telefilem yang dihasilkannya, Miang Buluh Keladi Birah diangkat sebagai Telefilem Terbaik. Telefilem itu memenangi empat trofi daripada keseluruhan sembilan trofi yang dipertandingkan.

Tiga lagi trofi yang menyebelahi karya itu pada majlis yang diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 7 Jun lalu ialah Pengarah Terbaik; Skrip Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Ternyata, Miang Buluh Keladi Birah berjaya mencuri tumpuan juri-juri profesional sehingga membolehkannya menewaskan saingan sengit sembilan buah telefilem lain yang turut bertanding.

Telefilem tersebut adalah Getaran Jiwa arahan Michael Ang; Hanya Dikau (Amie Maziah); Jodoh Kita (Ismail Yaacob); Pelamin Di Pusara (Murali Abdullah); Selagi Cinta Berzikir (Erma Fatima); Siapa Tipu Siapa (Aziz M.Osman); Dimanakan Ku Cari Ganti (Osman Ali); Titisan Kasih (Rashid Sibir) dan Tunggu Sekejap (Along Kamaluddin).

Menariknya, persaingan paling sengit untuk kategori utama seperti Pengarah Terbaik dan Telefilem Terbaik menjadi rebutan antara Bade dan isterinya sendiri, Erma Fatima.

Telefilem arahan Erma turut berjaya merangkul dua kategori utama lain iaitu Pelakon Lelaki dan Pelakon Wanita Terbaik melalui gandingan pelakon berbakat, Beto Kusyairy dan Sharifah Amani.

Ternyata, tuah lebih memihak kepada sang suami apabila Bade bukan sahaja menewaskan isterinya dan pengarah lain, tetapi telah turut memberitahu keyakinan dirinya terhadap naskhah yang dihasilkan itu.

Panel juri memilih Miang Buluh Keladi Birah sebagai pemenang untuk anugerah siri pertama ini setelah melihat kepada keseluruhan mesej yang disampaikan oleh pengarah prolifik itu.

"Bade menyampaikan mesej secara romantis, bukan melalui tragedi, di situ letaknya keindahan dan kelainan. Dalam Miang Buluh Keladi Birah, ia tidak dengan sengaja 'mencederakan' watak dalam naskah ini untuk dikasihani oleh khalayak, tetapi bercakap melalui bahasa romantis yang lebih indah dan tersusun untuk menyampaikan mesej dan kesan," kata Ketua Juri, Profesor Dr. Hassan Hayastani.

Sementara itu, Bade yang ditemui selepas kemenangannya, mengakui, dia sama sekali tidak menyangka akan diangkat sebagai penerima pertama anugerah berkenaan.

Meskipun pernah memberitahu Utusan Malaysia cukup yakin drama tersebut akan menang, menurut Bade ia hanyalah satu gerak hati biasa bagi seorang pengarah sepertinya.

"Benar, beberapa hari sebelum anugerah saya pernah memberitahu bahawa saya yakin naskhah ini akan diangkat menjadi juara. Tetapi sebenarnya saya juga tidak sangka apabila ia benar-benar menjadi kenyataan.

"Mujurlah apa yang saya katakan itu berlaku dan bukan sebaliknya. Jika yang berlaku adalah sebaliknya (kalah), malu juga rasanya nanti," katanya sambil berseloroh.

Jelas Bade, dia amat gembira dengan kemenangan yang berjaya dicapai pada malam anugerah pertama itu, apatah lagi apabila turut bersaing dengan individu-individu yang bukan calang-calang dalam industri ini.

"Kemenangan ini bermakna kerana anugerah ini merupakan pertama kali ia diadakan. Jadi pastinya nama saya akan terus tercatat dalam sejarah sebagai pemenang pertama.

"Walaupun sewaktu diumumkan sebagai pemenang, saya kelihatan 'selamba' seperti tidak terlalu ambil kisah, tetapi sebenarnya dalam hati saya hanya Tuhan yang tahu.

"Ternyata, kemenangan ini amat bermakna buat diri saya dan pastinya saya akan berterusan menghasilkan karya-karya yang lebih hebat lagi di masa hadapan," katanya.

Anugerah lain yang turut dirangkul pada malam itu termasuklah Videografi Terbaik yang dimenangi oleh telefilem Dimanakan Ku Cari Ganti, Anugerah Penampilan Istimewa Terbaik (Datuk Ahmad Tamimi Siregar) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Mislina Mustaffa).

Kami bukan pesaing

Setiap pengarah yang telah berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam karyanya, pasti menyimpan sedikit harapan untuk melihat karya mereka diangkat sebagai juara keseluruhan dalam mana-mana pertandingan sekalipun.

Pastinya itu juga yang dirasakan oleh Erma Fatima apatah lagi setelah dua pelakon utama Selagi Cinta Berzikir iaitu Beto dan Amani telah diangkat menjuarai kategori pelakon lelaki dan wanita.

Namun, kemenangan utama tetap terlepas daripada genggaman, tetapi mujurlah, trofi kemenangan itu tidak 'berlari' terlalu jauh daripada dirinya apabila trofi utama tersebut dimenangi oleh suaminya sendiri.

Menurut Erma, sungguhpun dia dan suaminya melakukan perkara yang sama dan sering bersaing bagi merebut anugerah yang sama, tetapi itu tidak bermakna wujud persaingan antara mereka.

"Hasil karya kami sering bersaing antara satu sama lain bagi merebut anugerah yang dipertandingkan namun itu tidak bermakna persaingan itu wujud di antara kami berdua.

"Walaupun sedikit kecewa, tetapi saya tetap gembira kerana trofi kemenangan itu menjadi milik dia (Bade) dan bukan orang lain.

"Saya cakap begini kerana akhirnya, trofi itu akan dibawa ke rumah kami dan disimpan dalam almari yang sama dengan semua trofi kemenangan yang pernah kami berdua menangi," jelasnya.

Tambah Erma lagi, perkara tewas kepada suami sudah merupakan perkara yang biasa baginya. Ini kerana selama terlibat dalam industri ini, dia tidak pernah menang ke atas suaminya dalam mana-mana anugerah.

"Sebenarnya saya sudah biasa dengan perkara ini. Selama kira-kira 25 tahun kami berkahwin, saya tidak pernah menewaskan dia dalam mana-mana anugerah yang meletakkan kami berdua sebagai calon," jelasnya lagi.

Pahlawan seni lakon

Posted: 11 Jun 2013 06:06 AM PDT

AZIZ dan zaiton (yang mewakili s. shamsuddin) menerima anugerah yang disampaikan oleh seniman datuk mustapha maarof dalam majlis anugerah tribute p. ramlee di istana budaya, jumaat lalu.

DUA bujang lapuk sudah tiada. Kini yang tinggal hanya saya seorang," kata Datuk Aziz Sattar yang sekaligus mengundang keharuan di hati mereka yang mendengarnya.

Aziz dan sahabat bujang lapuknya, Allahyarham S. Shamsuddin menerima anugerah khas sebagai Tokoh Lakon Melayu dalam majlis Tribute P. Ramlee yang berlangsung pada Jumaat lalu di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Menyorot kembali perjalanan seni Aziz yang hari ini berusia 88 tahun, kita pastinya teruja untuk mengetahui pelakon ini asalnya bukan dari sebuah keluarga seni.

Dilahirkan di Surabaya, Indonesia, penghijrahan yang dilakukan kedua ibu bapanya ke Singapura pada 1928 membuka laluan untuk Aziz berada didalam industri awal perfileman Melayu.

Memang benar hanya melalui minat yang mendalam seseorang itu mampu berada di dalam industri ini. Sungguhpun pada awalnya bakat Aziz tidak disedari sesiapa, namun kesungguhan untuk menjadi penghibur itu bermula ketika dia dijemput menjadi pelawak dalam majlis-majlis kenduri sekitar kampungnya.

Memandangkan industri perfileman Melayu awal 50-an agak kecil, peluang buat bakat besar seperti Aziz agak sukar dikesan. Namun Studio Jalan Ampas berjaya menjadi saksi penitian Aziz sebagai pelakon dan hari ini bergelar legenda filem Melayu.

Mula meneroka Studio Malay Film Productions dengan kerjaya sebagai juru alihsuara, kepercayaan itu diluaskan kepada watak tambahan dalam filem Putus Harapan. Namun antara filem yang berjaya meletakkan namanya antara nama penting di Studio Jalan Ampas adalah filem Arjuna.

Bagaimanapun penangan hebat Aziz lebih terkesan melalui lakonannya di bawah arahan Allahyarham P. Ramlee iaitu melalui rangkaian filem Bujang Lapok. Sungguhpun dia kini menjadi ahli tunggal yang masih hidup, Aziz percaya kesinambungan acara filem Melayu itu akan sentiasa membawa semangat yang sama seperti sebelum ini.

Jika P. Ramlee meninggal dunia 40 tahun lalu, pada tanggal 4 Jun lalu, S. Shamsuddin pula menemui Illahi.

Sungguhpun jasadnya kini tidak lagi bersama kita, semangat yang dibawa pelakon berjiwa besar ini akan sentiasa menemani khalayak seni, terutamanya generasi muda hari ini. Gelagat dan perilaku mereka tidak dinafikan, masih terus diperlukan bagi mewarnai dunia perfileman Melayu.

Dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura, pengetahuan awal lakonan S. Shamsuddin bukan bermula sebagai pelakon tetapi diberi peluang bekerja di Studio Malay Productions (MFP) di Jalan Ampas sebagai tukang kayu.

Memiliki kelebihan melalui kepetahan berkata-kata serta mimik muka yang menghiburkan, Sudin (demikian dia mesra digelar) sering menjadi pilihan pengarah untuk membawakan watak komedi.

Dan antara fakta penting yang perlu kita tahu mengenai pelakon hebat ini adalah pendedahan dunia lakonannya bermula dengan tunjuk ajar Daeng Haris.

Sungguhpun Tambak Johor menjadi benteng pemisahan Singapura dan Malaysia, lakonan S. Shamsuddin terus hidup didalam sanubari setiap peminat filem Melayu.

Justeru, penghargaan yang diberikan pihak Tribute P. Ramlee sejajar dengan sumbangan mereka kepada industri perfileman, meskipun kita hanya menyaksikan seorang sahaja daripada trio bujang lapuk yang menaiki pentas menerima Tokoh Lakon Melayu.

Walaupun pada pandangan kasar penghormatan ini lebih kepada keupayaan dua pelakon ini mengemudi dunia perfileman Melayu dari awal kewujudannya, namun apa yang kita perlu tahu semangat yang dibawa dua tokoh ini merupakan amanat penting buat penggiat seni kita kini.

Anugerah yang disampaikan Datuk Mustapha Maarof itu dilihat menepati kesungguhan majlis untuk menyaksikan penghargaan seni ini diberikan oleh karyawan seni kepada karyawan seni yang lain.

Mewakili Allahyarham S. Shamsuddin untuk menerima anugerah tersebut adalah pasangan layarnya Zaiton Abdullah.

Sebagai penerima anugerah berkenaan, masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi penghargaan daripada penganjur.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Kanak-kanak perempuan bukan pengantin

Posted: 11 Jun 2013 06:06 AM PDT

Kanak-kanak perempuan berhak mendapat pendidikan secukupnya bukan dikahwinkan atau dijadikan isteri pada usia terlalu mentah. - Gambar hiasan

KES tersebut mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan penduduk di negara ini. Ramai yang mahu pihak berkuasa memastikan tertuduh tidak terlepas daripada hukuman walaupun dia memilih untuk mengahwini mangsanya.

Isu perkahwinan gadis bawah umur turut menjadi salah satu topik hangat pada perbincangan di Persidangan Woman Deliver 2013 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.

Setiap tahun dianggarkan lebih 14 juta kanak-kanak perempuan telah dikahwinkan sebelum usia mereka mencecah 18 tahun.

Di negara membangun, seorang daripada tiga kanak-kanak perempuan berkahwin pada usia 18 tahun, manakala seorang daripada sembilan orang pula berkahwin pada usia 15 tahun dan ada juga yang berkahwin pada usia semuda lapan dan sembilan tahun.

Sebenarnya, perkahwinan dalam kalangan kanak-kanak berlaku di seluruh negara di dunia tanpa mengira budaya, agama, etnik dan kepercayaan.

Peratusan paling tinggi kes perkahwinan kanak-kanak berusia bawah 18 tahun ialah di Asia iaitu 46 peratus, sub Sahara Afrika (38 peratus), Amerika Latin dan Caribbean (21 peratus), manakala Asia Barat dan Afrika Utara (18 peratus). Selebihnya di komuniti sebelah Eropah dan Amerika Utara.

Isunya sekarang, perkahwinan kanak-kanak ini bukan sahaja memberikan impak negatif kepada kesihatan mereka, malah terhadap pembangunan diri secara keseluruhan.

Kebanyakan kanak-kanak perempuan yang berkahwin tidak lagi meneruskan persekolahan dan mereka juga tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan hak diri sendiri.

Jodoh biasanya ditentukan oleh ibu bapa, dan kanak-kanak tersebut lazimnya tidak mengenali dengan siapa mereka dikahwinkan.

Disebabkan itu juga, maka kebanyakan pengantin kanak-kanak perempuan menganggap bahawa malam pertama mereka sebagai satu pengalaman seksual yang mengerikan malah ada yang secara paksaan.

Lebih menyedihkan kanak-kanak ini juga terdedah kepada penyakit kelamin termasuk HIV/AIDS.

Fakta-fakta mengejutkan ini adalah sebahagian daripada yang didedahkan pada persidangan tiga hari itu oleh Girls Not Bride, satu badan Kerjasama Global untuk Menghentikan Perkahwinan Kanak-kanak

Koordinator Global Girls Not Bride, Lakshmi Sundaram, menegaskan bahawa setiap anggota masyarakat tidak boleh mengabaikan impak terhadap perkahwinan pada usia kanak-kanak.

Kita perlu mengambil serius tentang isu ini. Jika kebajikan kanak-kanak ini tidak dipelihara, dianggarkan sebanyak 152 juta kanak-kanak akan menjadi pengantin menjelang tahun 2020," katanya.

Risiko kesihatan

Katanya, perkahwinan kanak-kanak dan isu kesihatan memang sangat berkait rapat. Komplikasi dalam proses mengandung dan kelahiran adalah punca utama kematian gadis remaja berusia 15 hingga 19 tahun di seluruh dunia.

Berkahwin pada usia kanak-kanak sebenarnya tidak baik kerana tubuh kanak-kanak perempuan belum membesar sepenuhnya, sekali gus meningkatkan risiko mengandung dan ketika proses kelahiran.

Kanak-kanak perempuan yang melahirkan bayi sebelum usia 15 tahun berdepan dengan risiko kematian ketika bersalin lima kali ganda lebih tinggi berbanding dengan gadis yang sudah mencapai usia 20 tahun.

Apabila kanak-kanak perempuan yang sudah bersalin itu selamat bersalin, mereka tetap berisiko mendapat komplikasi lain seperti kecederaan fistula obstetrik.

Malahan sebanyak 65 peratus kes kecederaan fistula berlaku kepada remaja perempuan berusia 18 tahun ke bawah," katanya.

Lakshmi mengakui, memang terdapat persepsi bahawa perkahwinan itu sendiri sebenarnya melindungi perempuan.

Tapi dalam kes perkahwinan membabitkan kanak-kanak perempuan, itu bukanlah isunya kerana apa yang lebih penting masalah yang dihadapi setelah berkahwin seperti tekanan perasaan, seksual, emosi dan beban fizikal yang ramai daripada kita terlepas pandang," ujarnya.

Lakshmi berkata, pengantin kanak-kanak perempuan juga berhadapan dengan tekanan sosial untuk membuktikan kesuburan mereka, yang membuatkan mereka lebih kerap mengandung.

Mereka tidak mengetahui tentang tubuh sendiri dan tahap kesihatan organ reproduktif serta hak mereka untuk mendapatkan perlindungan kontraseptif," jelasnya.

Katanya, mengurangkan jumlah perkahwinan kanak-kanak sekali gus bermakna mengurangkan kadar kematian ketika bersalin

Sementara itu, satu kajian yang dijalankan oleh dua pakar, Prof. Anita Raj dari Jabatan Perubatan Universiti California dan Prof. Madya Ulrike Boehmer dari Sekolah Kesihatan Umum, Universiti Boston, Amerika Syarikat, mendapati bahawa pengurangan sebanyak 10 peratus dalam kes perkahwinan kanak-kanak secara tidak langsung dapat mengurangkan sebanyak 70 peratus kadar kematian kanak-kanak tersebut ketika bersalin.

Kajian tersebut telah diterbitkan dalam jurnal Keganasan Terhadap Wanita pada Mei lalu, yang turut membandingkan kelahiran dan kesihatan kanak-kanak sebagai indikator di 97 buah negara yang menyediakan data perkahwinan kanak-kanak.

Merujuk kepada kes perkahwinan remaja perempuan berusia 12 tahun di Sabah dengan perogolnya, Lakshmi sependapat dengan Gabungan Hak Kanak-Kanak Malaysia, ahli Voice of Children dan Institut Sumber Kanak-kanak Malaysia (MCRI), bahawa perkahwinan pada usia muda, mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada gangguan emosi, psikologi, fizikal dan pendidikan yang tanpa kompromi. - NOOR FAZRINA KAMAL

Beri kejutan manis

Posted: 11 Jun 2013 06:06 AM PDT

Sebagai seorang suami, anda hendak mengejutkan isteri pada majlis ulang tahun perkahwinan anda, ataupun hendak meraikan hari jadinya dan memberikannya hadiah.

Ramai yang memberitahu anda, buatlah sambutan keraian untuk isteri bagi mendapatkan perhatian daripadanya dan sekali gus membuktikan yang anda juga adalah spesies yang romantik dalam kalangan sebagaimana rakan-rakan anda.

Malangnya, anda bukanlah seorang yang dikategorikan sebagai romantik, namun anda cuba juga untuk membuat sesuatu mengikut pemikiran anda untuk melakukan kejutan kepada isteri anda.

Di sini digariskan beberapa panduan untuk menjawab persoalan sama ada anda adalah suami yang romantik - menjadi dambaan isteri, ataupun tidak.

1Beli bunga

Anda hendak membelikan bunga untuk isteri anda, tetapi bunga itu dibeli daripada stesen minyak dan diperbuat daripada plastik. Perlu diingatkan sebagai suami anda tidak perlu berbelanja banyak untuk isteri, petiklah sekuntum bunga untuk isteri anda ketika anda berdua bersama dan dia akan rasa terharu dengan usaha dan perbuatan anda itu.

2 Masak untuknya

Usah hidangkan isteri anda makan malam yang romantik dengan semua jamuannya datang dari dalam tin. Jangan kecewakan hatinya. Kalaupun anda hendak membuat sesuatu yang mengejutkan dalam hidangan anda, ambil resipi dari dalam buku masakan, sediakan satu hidangan yang baik dan raikan isteri anda.

3 Belikan dia coklat

Anda hendak belikan dia coklat sebagai hadiah tetapi mencari coklat yang hanya sedang dijual ketika jualan murah sedang dilakukan.

Janganlah begitu, apa kata belikan isteri anda coklat yang berkualiti sedikit tanpa mengira harganya.

4Makan malam sambil diterangi cahaya lilin

Jangan hanya memikirkan untuk meraikan isteri anda dalam jamuan makan malam sambil diterangi cahaya lilin untuk menjimatkan kos elektrik.

Lakukan makan malam penuh romantik ini dengan mood yang paling bermakna, jangan terlalu kedekut.

5 Keluar jalan-jalan penuh romantik

Anda tidak pernah mengajaknya keluar berdua. Kalau ada pun ketika anda membantu isteri anda hendak membuang sampah di luar pagar. Berjalan berdua penuh romantik ini adalah cara yang terbaik untuk anda berdua gunakan masa bersama, cuba lakukannya sekali-sekala.

6 Belikannya hadiah

Anda hendak membelikan isteri anda hadiah tetapi memikirkan hadiah yang dibelikan itu dapat juga anda gunakan. Hei... ini sudah lebih. Jika hendak belikan isteri anda sesuatu pastikan hadiah itu hanya untuk kegunaan dia seorang. Setidak-tidaknya sekeping kad. Atau belikan yang istimewa seperti jam tangan, beg atau seutas rantai. Usah belikan hadiah seterika, mesin pengisar atau yang boleh digunakan satu keluarga untuk dijadikan hadiah isteri anda.

7 Raikan ulang tahun perkahwinan

Anda hendak membawa isteri anda menyambut ulang tahun perkahwinan anda berdua dalam satu jamuan bufet, dengan orang ramai di sekeliling anda. Anda pun makan sesuka hati anda sampai rasa kenyang tanpa mengendahkan perasaan isteri anda. Apalah salahnya sekiranya anda menempah sebuah meja yang hanya anda berdua sahaja di situ, suasana tenang dan diiringi bisikan biola.

8 Cium isteri

Berikan ciuman dengan penuh ikhlas, rasa sayang dan menyatakan perasaan anda kepada isteri, dia adalah yang teristimewa bagi anda.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Kampung Baru kini lebih bersih

Posted: 11 Jun 2013 10:49 AM PDT

JALAN utama dan lorong di Kampung Baru, Kuala Lumpur kelihatan lebih bersih berbanding sebelum program gotong-royong anjuran Perbadanan Pembangunan Kampung Baru dilaksanakan pada bulan lalu, yang bertujuan menanam kesedaran terhadap penjagaan kebersihan dalam kalangan penduduk. - UTUSAN/NURRAIMI FADHIL ROSLI (Pelatih UNISEL)

KUALA LUMPUR 11 Jun - Usaha Perbadanan Pembangunan Kampung Baru mengadakan program gotong-royong di Kampung Baru, di sini sejak Mei lalu membuahkan hasil apabila kawasan itu kini dilihat lebih bersih dan indah berbanding sebelum ini.

Program yang mendapat kerjasama Alam Flora Sdn. Bhd. serta pihak berkuasa tempatan dan disertai oleh penduduk kampung serta peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) itu memberi impak besar kepada suasana persekitaran dan landskap Kampung Baru.

Jika sebelum ini tahap kebersihannya tidak memuaskan, namun kini boleh dikatakan 80 peratus lebih bersih.

Tinjauan yang dibuat Utusan Malaysia di Kampung Baru hari ini mendapati, walaupun keadaan jalannya sesak seperti biasa dek kerana orang ramai meletak kenderaan di bahu-bahu jalan, namun suasana persekitarannya lebih bersih.

Malah pengusaha gerai makanan juga kelihatan lebih menjaga kebersihan.

Seorang pemilik kedai jamu, Rahman Rahim, 25, berkata, sejak program gotong-royong diadakan di situ persekitaran kampung yang terletak di tengah bandar raya itu cukup bersih.

"Kita juga maklum di sini terdapat banyak gerai makanan yang menjadi tumpuan orang ramai, oleh itu penjagaan kebersihan amatlah penting bagi mengelakkan masalah kesihatan daripada berlaku.

"Saya harap orang ramai terus menjaga kebersihan dan jadikan sebagai satu amalan," katanya.

Seorang pekerja syarikat swasta, Firdaus Norzilan, 28, berkata, orang ramai perlu sentiasa peka terhadap tahap kebersihan bagi memastikan sesuatu kawasan bebas daripada penyakit.

"Bukan sahaja menghodohkan sesuatu tempat, malah keadaan yang kotor juga boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti demam denggi, kencing tikus dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah 2 Bahagian Pengurusan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, Nor Hafizah Mohd. Sabri berkata, program kebersihan di Kampung Baru dan kawasan sekitarnya akan diteruskan oleh pihaknya.

"Selain fokus kepada pewartaan tanah di Kampung Baru, program kebersihan turut diberi keutamaan dalam menjadikan Kampung Baru serta kawasan sekitar bersih dan hijau.

"Program sebegini tidak akan dapat direalisasikan tanpa kerjasama dan sokongan orang ramai," ujarnya.

SPNB agih zakat keuntungan perniagaan 2011, 2012

Posted: 11 Jun 2013 10:49 AM PDT

Dr. Kamarul Rashdan Salleh menandatangani replika cek sambil diperhatikan oleh Mustafa Abdul Rahman (kiri) sebagai simbolik penyerahan zakat perniagaan SPNB di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 11 Jun - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah kira-kira RM562,142 kepada Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Pengarah Urusannya, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh berkata, zakat perniagaan yang merupakan hasil keuntungan SPNB pada 2011 berjumlah RM83 juta itu untuk diagih-agihkan kepada tujuh golongan asnaf yang ditetapkan.

"Ini merupakan kali pertama SPNB mengagihkan keuntungan perniagaan kepada golongan yang memerlukan sejak ditubuhkan pada 1997 sejajar usaha kami memenuhi tanggungjawab sosial kepada masyarakat," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyerahkan replika cek zakat perniagaan SPNB kepada Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Mustafa Abdul Rahman.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi SPNB, Datuk Shamshul Baharain Sulaiman dan Ketua Pegawai Teknikal SPNB, Datuk Ahmad Azizi Ali.

Menurut Kamarul Rashdan, SPNB tahun ini turut akan mengagihkan zakat bagi keuntungan perniagaan pada 2012 berjumlah RM84 juta.

"Kita belum tetapkan tarikh penyerahan zakat untuk 2012 tetapi menjangkakan nilai yang bakal disalurkan mungkin sama dengan 2011," katanya.

Tambah beliau, SPNB turut mengambil pendekatan mengagihkan sendiri zakat kepada tiga daripada tujuh asnaf yang diwajibkan.

Katanya, usaha itu bagi membolehkan pihaknya menyelami sendiri kepayahan serta kesukaran hidup golongan tersebut.

"Dengan kebenaran pihak pungutan zakat, SPNB akan turun padang dan menyampaikan sendiri sumbangan kepada tiga asnaf iaitu golongan fakir, miskin dan pejuang fisabilillah," katanya.

55 kes kemalangan elektrik pada tahun ini - TNB

Posted: 11 Jun 2013 10:49 AM PDT

KUALA LUMPUR 11 Jun - Sebanyak 55 kes kemalangan elektrik dicatatkan oleh Suruhanjaya Tenaga pada tahun ini dengan 28 daripadanya membabitkan kehilangan nyawa.

Pengurus Besar Kanan (Senggaraan Aset), Bahagian Penghantaran Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ho Peng Choong berkata, jumlah itu bagaimanapun menurun sebanyak tujuh kes berbanding tahun lalu.

"Antara punca utama kemalangan elektrik adalah pemasangan dan senggaraan yang tidak sempurna serta prosedur kerja selamat yang tidak dipatuhi.

"Daripada jumlah itu juga, hanya satu kes berlaku di ibu negara dan tidak melibatkan kematian, oleh itu saya mengharapkan Kuala Lumpur akan sifar kemalangan elektrik selepas ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Kempen Kesedaran Keselamatan Elektrik TNB Peringkat Kuala Lumpur yang berlangsung di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abdullah Mad Yunus.

Sementara itu, Peng Choong berharap orang ramai dapat menjadi mata dan telinga TNB untuk memantau dan membanteras perbuatan vandalisme yang boleh mendatangkan masalah terhadap keselamatan elektrik.

"Sifat prihatin dengan menyalurkan maklumat kepada kami atau melaporkan terus kepada polis juga akan dapat membantu mengelak kemalangan dan gangguan bekalan elektrik," katanya.

Dalam pada itu, kempen yang menyasarkan golongan pelajar itu adalah usaha jangka panjang TNB untuk mengurangkan kemalangan elektrik akibat kecuaian.

"Ini merupakan tanggungjawab korporat TNB kepada masyarakat agar lebih peka terhadap penggunaan tenaga elektrik yang selamat dan cara bertindak jika berlaku kemalangan elektrik," kata Peng Choong

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Masalah masyarakat terus didekati

Posted: 10 Jun 2013 11:01 AM PDT

Oleh Haniza Hassan
utusanjohor@utusan.com.my

Asiah Md. Ariff (dua dari kanan) memotong pulut kuning sebagai simbolik Sambutan Hari Ibu Bapa sempena Program Kembara Karisma Peringkat Negeri Johor 2013 di Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor, kelmarin.

JOHOR BAHRU 10 Jun - Program Penempatan Pekerja Pembangunan Komuniti yang merupakan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendampingi rakyat merupakan platform terbaik bagi menentukan pelbagai perkhidmatan disalurkan ke peringkat akar umbi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Asiah Md. Ariff berkata, menerusi program berkenaan, JKM dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi masyarakat setempat sebelum dibawa kepada pihak bertanggungjawab untuk diselesaikan.

Beliau berkata, di negeri ini, sebuah pejabat dibuka di Taman Cendana di sini, sejak November lalu bukan sekadar menjadi jambatan antara penduduk dan JKM, tetapi turut bertujuan membangunkan masyarakat dari segi sosial, ekonomi dan kesihatan penduduk.

"Pejabat yang dikenali sebagai Pusat Rujukan Komuniti ini boleh dijadikan mata dan telinga JKM dalam usaha membanteras gejala sosial di peringkat akar umbi selain sebagai tempat rujukan komuniti untuk mendapatkan khidmat JKM.

"Kita harap masyarakat Taman Cendana dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan kerana pejabat ini adalah satu-satunya yang terdapat di negeri ini," katanya selepas merasmikan Program Kembara Karisma peringkat negeri 2013 di sini semalam.

Yang turut hadir, wakil rasmi Ketua Pengarah JKM, Roslan Baba dan Pengarah JKM negeri, Khatijah Abdullah.

Asiah berharap penduduk setempat mengambil langkah awal dengan berkunjung ke pejabat berkenaan dan tidak hanya menunggu pegawai JKM datang ke rumah.

"Kita minta penduduk jangan tunggu pegawai datang ke rumah, sebaliknya mereka boleh pergi ke pejabat berkenaan dengan membawa masalah yang dihadapi untuk perhatian bersama," katanya.

MCA Gelang Patah pantau kerja ADUN DAP

Posted: 10 Jun 2013 11:01 AM PDT

JOHOR BAHRU 10 Jun - Bagi memastikan penduduk Dewan Undangan Negeri (Skudai) dan Parlimen Gelang Patah mendapat perkhidmatan sewajarnya daripada wakil rakyat DAP di kedua-dua kawasan tersebut, MCA Gelang Patah kini menubuhkan Unit Pemantauan Aduan Awam sebelum memuat naik di laman Facebook yang diberi nama SkudaiTalk.

Ketuanya, Jason Teoh Siew Hock berkata, pasukan dengan 11 sukarelawan itu sebelum ini berkhidmat membantu penduduk namun kekalahan dalam pilihan raya umum lalu memerlukan mereka menukar peranan.

"Unit pemantauan ini akan melihat tindakan yang diambil terhadap aduan awam yang dibuat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai (Dr. Boo Cheng Hau) dan Ahli Parlimen Gelang Patah (Lim Kit Siang).

''Tumpuan diberikan kepada isu yang tidak diselesaikan mereka dalam tempoh masa tertentu, barulah penduduk boleh mengajukan kepada kami.

"Usaha ini bukan bertujuan menyusahkan mana-mana pihak tetapi sebagai check and balance.

''Mereka (penduduk) undi DAP, MCA sebagai pembangkang di sini mahu memastikan sebarang aduan rakyat diselesaikan. Bila ada bukti baru kami muat naik di Facebook," katanya dalam sidang akhbar di Kelab Media Cina di Jalan Maju, di sini hari ini.

Menurut Siew Hock, unit yang dikendalikan Timbalan Biro Aduan Awam MCA Gelang Patah, Lim Soon Hai sudah bergerak sebelum dilancarkan secara rasmi selepas beroperasi sepenuhnya tahun ini.

Namun, kata beliau, pihaknya sudah menerima beberapa aduan penduduk yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kedua-dua wakil rakyat tersebut.

Katanya, penduduk yang mahu membuat aduan kepada unit itu perlu melalui prosedur ditetapkan supaya data yang diperoleh dapat diproses dengan sempurna dan boleh dipercayai seperti nama penuh dan alamat tempat tinggal kerana aduan melalui panggilan telefon tidak akan dilayan.

Tambah Siew Hock, penduduk boleh datang ke pusat perkhidmatan yang kini dibuka setiap Jumaat, Sabtu dan separuh hari pada Ahad.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved