Selasa, 13 September 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


UMNO mahu saman Guan Eng RM30j

Posted:

UMNO mahu saman Guan Eng RM30j

UMNO mahu saman Guan Eng RM30j

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my


Zainal Abidin Osman (tengah) menunjukkan beberapa laporan polis terhadap Lim Guan Eng di Menara UMNO, Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 13 Sept. – UMNO akan memfailkan saman malu berjumlah RM30 juta terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng ekoran tindakannya menuduh parti itu terlibat dalam demonstrasi aman di sekitar Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini dan di atas Jambatan Pulau Pinang, 1 Julai lalu.

Tindakan undang-undang juga dibuat berikutan dakwaan Setiausaha Agung DAP itu bahawa UMNO terlibat dalam kejadian cuba membakar pejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Talipon di sini pada 17 Ogos lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sebagai permulaan, satu notis tuntutan akan dihantar ke pejabat Ketua Menteri esok yang perlu dijawab Guan Eng dalam tempoh tujuh hari atau saman akan difailkan selepas tarikh tersebut melalui firma guaman, Jahaberdeen & Co.

Tegasnya, selain saman malu, pihaknya juga telah membuat beberapa laporan polis sejak bulan lalu berhubung kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Guan Eng itu dan meminta polis menyiasat dakwaan fitnah tersebut mengikut Seksyen 499 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

''UMNO Pulau Pinang sudah cukup bersabar dengan tingkah laku dan keceluparan Guan Eng yang setiap hari membuat tohmahan dan fitnah supaya rakyat benci dan curiga terhadap UMNO. Kesabaran kita ada tahapnya dan kini kita rasa dia telah melampaui batas.

''Peluang yang diberikan kepadanya untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataannya dalam masa tujuh hari sebelum ini juga tidak dipedulikan malahan dia secara bongkak mencabar saya melalui twitter supaya terus menyamannya. Justeru, kita tidak ada pilihan selain mengambil tindakan undang-undang terhadapnya," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Hadir sama, peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili UMNO.

Menurut Zainal Abidin, selain menunjukkan rasa kesal dan sedih terhadap tohmahan yang dilemparkan itu, tindakan saman juga dibuat bagi mententeramkan suasana politik negeri ini supaya semua pihak lebih beretika.

''Saya telah menafikan sekeras-kerasnya penglibatan UMNO dalam kedua-dua kejadian berkenaan namun saya pula dikatakan pembohong dan penipu dan dia terus melemparkan tohmahan dan fitnah terhadap UMNO dalam ucapan dan sidang akhbarnya setiap hari selepas itu.

''Sebagai ketua menteri yang diamanahkan mentadbir negeri ini, sepatutnya dia mewujudkan rasa aman dan tenteram dan bukannya siang malam asyik menuduh dan bermain politik. Justeru, keadaan ini perlu ditenteramkan," katanya.

Tsu Koon perlu dipecat jika BN mahu rampas Pulau Pinang - Tee Beng

Posted:

Tsu Koon perlu dipecat jika BN mahu rampas Pulau Pinang - Tee Beng

Tsu Koon perlu dipecat jika BN mahu rampas Pulau Pinang - Tee Beng

PULAU PINANG 13 Sept. - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon perlu dipecat daripada memegang sebarang jawatan sama ada dalam parti atau Kabinet jika Barisan Nasional (BN) mahu merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, pemimpin tersebut bukan lagi pilihan rakyat negeri ini terutama kaum Cina malah kehadirannya pada program BN hanya mencacatkan usaha bagi memulihkan sokongan terhadap parti.

Tegas beliau, peluang untuk merampas semula Pulau Pinang sebenarnya cerah tetapi ia bergantung kepada sejauh mana seriusnya usaha BN menggantikan Tsu Koon yang kini dilihat hanya menjadi liabiliti besar dalam parti.

''Kita lihat kelmarin, hampir 25,000 orang datang memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka yang diadakan di Guar Perahu meskipun kawasan itu diwakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini satu petanda yang cukup menarik dari segi politik untuk BN.

''Malangnya, kehadiran Tsu Koon pada hari itu tidak dialu-alukan rakyat negeri ini. Berdasarkan maklum balas akar umbi, ramai yang marah dan tidak gembira apabila melihat dia (Tsu Koon) berada di samping Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan kerana yang menentangnya bukan hanya orang Melayu malahan orang Cina sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Tee Beng, sejak dua bulan lalu juga berlaku penentangan hebat bukan sahaja daripada rakyat malah parti komponen BN di negeri ini terhadap kepimpinan Tsu Koon terutama tugasnya sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang yang dilihat tidak berfungsi.

Katanya, mereka sudah muak melihat Tsu Koon yang hanya suka 'mengikut' Perdana Menteri ke sana sini sedangkan tugas hakikinya sebagai menteri dan Pengerusi BN negeri terabai.

''Dia bukan Timbalan Perdana Menteri kedua yang perlu mengikut Perdana Menteri ke sana sini. Tetapi itulah yang dilakukan sejak dulu. Apa guna menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Pengerusi BN negeri jika tidak menjalankan tugas untuk mengembalikan sokongan rakyat.

''Mungkin orang Melayu tidak rasa sangat seperti yang dirasai masyarakat Cina. Mereka sudah terlalu muak dengan Tsu Koon. Justeru, jika mahu mendapat kembali sokongan sepenuhnya daripada mereka, Tsu Koon perlu dipecat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Kejayaan terbesar Kastam

Posted:

Kejayaan terbesar Kastam

Kejayaan terbesar Kastam

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
pengarang@utusan.com.m y


ZAINUL Abidin Taib (dua dari kiri) menunjukkan bungkusan dadah jenis syabu bernilai hampir RM46 juta pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JKDM Narkotik, Nilai, semalam.


SEREMBAN 13 Sept. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan satu sindiket pengedaran dadah terbesar selepas berjaya merampas 183 kilogram syabu yang dianggarkan bernilai hampir RM46 juta dalam dua serbuan berasingan di ibu negara.

Kejayaan itu hasil serbuan yang dijalankan oleh sepasukan anggota penguat kuasa narkotik JKDM ke sebuah rumah di Ampang Jaya, Selangor kira-kira pukul 1.30 petang pada 27 Ogos lalu.

Hasil pemeriksaan, pihak JKDM menemui dadah jenis syabu 94.15 kilogram yang dianggarkan bernilai RM23.5 juta disorok di bahagian bawah 10 peti kayu yang berisi pasu ukir kaca.

Penolong Ketua Penguat Kuasa JKDM (Bahagian Penguatkuasaan), Datuk Zainul Abidin Taib berkata, susulan serbuan itu pihaknya menyerbu sebuah lagi rumah di Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.40 malam tadi.

"Dalam serbuan itu, kami menemui 89 kilogram dadah jenis sama bernilai hampir RM22 juta yang disimpan dalam peti kayu berisi pasu ukir.

"Kita juga turut menahan seorang suspek lelaki warga Iran berusia 29 tahun dalam rumah tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JKDM Narkotik di Kampung Jijan, Nilai, dekat sini, hari ini.

Menurut Zainul Abidin, hasil siasatan awal, kesemua peti kayu yang dirampas dalam serbuan pertama dihantar melalui kargo udara menggunakan penerbangan Mahan Air dari Tehran, Iran ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), manakala bagi serbuan kedua, peti tersebut telah dihantar menggunakan kargo menerusi penerbangan Qatar Airways dari Doha ke KLIA.

"Rampasan ini merupakan yang terbesar dalam sejarah JKDM dan saya mengucapkan tahniah kepada pegawai serta anggota terlibat di atas kecekapan mereka mengesan dan menumpaskan sindiket pengedaran dadah dari negara Timur Tengah ini," katanya.

Tambah beliau, rampasan ini juga disifatkan terbesar bagi tahun ini berbanding 40 kes tahun ini yang hanya melibatkan nilai rampasan sebanyak RM55 juta.

"Suspek kini ditahan reman selama 14 hari mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan," katanya.

Seludup dadah dalam sandal wanita gagal

Posted:

Seludup dadah dalam sandal wanita gagal

Seludup dadah dalam sandal wanita gagal


M. Govinden (tengah) menunjukkan bungkusan bahan kristal dipercayai syabu yang dirampas daripada warga Afrika di KLIA pada sidang akhbar di KLIA, Sepang, semalam.


PUTRAJAYA 13 Sept. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan cubaan menyeludup dadah bernilai RM915,000 melibatkan dua kes berasingan dalam tempoh seminggu.

Pengarah JKDM Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Datuk M. Govinden berkata, kes pertama membabitkan cubaan menyeludup bungkusan mengandungi syabu dan heroin ke Indonesia melalui perkhidmatan pos ekspres, Rabu lepas.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati bungkusan tersebut mengandungi tiga pasang sandal wanita yang pada tapaknya dilekatkan 397 gram syabu dan 211 gram heroin.

"Pengirim menggunakan alamat di Lot 133, Rumah Panjang, Jalan Pasir Ujung yang tidak wujud melalui pejabat pos di Banting dan mengisytiharkan bungkusan itu sebagai kiriman hadiah.

"Nilai keseluruhan dadah yang dirampas dalam kes itu RM140,000," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Govinden berkata, kes kedua pula melibatkan penahanan seorang lelaki warga Afrika berusia awal 30-an semalam yang cuba menyeludup masuk dadah ke negara ini.

Menurutnya, suspek ditahan sebaik sahaja tiba di KLIA dengan menaiki pesawat EgyptAir dari Kaherah sambil membawa satu beg bimbit berwarna coklat pukul 7.30 malam.

"Ketika diperiksa, beg yang dibawa suspek mencurigakan kerana kedua-dua bahagian dinding beg itu kelihatan agak tebal.

"Setelah dibuka dan diperiksa, setiap dinding beg itu menyembunyikan satu bungkusan dadah jenis syabu seberat 3.1 kilogram yang dianggarkan bernilai RM775,000," katanya.

Kata beliau, suspek kini direman selama seminggu mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Dalam perkembangan lain, pihaknya berjaya menumpaskan cubaan untuk menipu hasil kerajaan dengan mengelak cukai bernilai hampir RM170,000 menggunakan dokumen palsu dan mengikrar secara tidak benar.

"Pada 7 September pada pukul 1.30 pagi, sebuah lori yang membawa dagangan yang diikrarkan sebagai 100 karton penyegar udara kereta (membabitkan cukai 10 peratus) ditahan di Zon Perdagangan Bebas (FZC), KLIA.

"Pemeriksaan mendapati dagangan yang dibawa adalah 100 karton tembakau kunyah (Pan Parag) yang melibatkan duti import sebanyak lima peratus bagi setiap 50 kilogram dan 10 peratus cukai jualan," katanya.

Katanya, semua barang rampasan berkenaan disita dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(g) Akta Kastam 1967.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Peruntukan RM26j jika layak

Posted:

Peruntukan RM26j jika layak

Peruntukan RM26j jika layak


Ahmad Shabery Cheek bersalam dengan tetamu sambil diperhatikan atlet negara pada Rumah Terbuka Aidilfitri KBS di Stadium Putra Bukit Jalil semalam.


KUALA LUMPUR – Harapan untuk melihat skuad hoki dan bola sepak negara layak beraksi Sukan Olimpik 2012 begitu tinggi sehingga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan peruntukan simpanan yang berjumlah RM26 juta bagi kedua-dua acara tersebut.

Menurut menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, peruntukan itu juga sebagai persiapan awal sekiranya atlet daripada beberapa jenis sukan berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 London.

"Nilai ini tidak terlalu tinggi, ia adalah peruntukan simpanan kerana kita tidak tahu berapa banyak acara yang akan disertai atlet negara tersebut ke temasya itu," katanya dalam sidang media sempena Rumah Terbuka Aidilfitri KBS semalam.

Jelasnya, pasukan hoki dan bola sepak masih berpeluang untuk melayakkan diri ke Olimpik tahun depan, jadi sebagai sebuah pasukan yang besar mereka amat memerlukan peruntukan yang banyak.

"Dua pasukan ini masih mempunyai potensi untuk ke temasya tersebut, jadi peruntukan simpanan yang ada ini tidak akan diguna langsung. Kita juga bersedia untuk melihat beberapa atlet lain melayakkan diri ke Sukan Olimpik.

"Peruntukan ini perlu kerana tidak mahu tertekan jika memerlukan peruntukan yang banyak. Sekarang kita mahu lebih banyak atlet dapat melayakkan diri dengan acara berbasikal, badminton, terjun dan memanah berada pada landasan terbaik sebelum ke temasya tersebut," katanya.

Kata Ahmad Shabery, sebelum ini Malaysia hanya memenangi satu pingat Sukan Olimpik tetapi sekarang berpeluang untuk meraih lebih banyak daripada jumlah tersebut cuma paling getir adalah meraih emas.

Sementara itu, beliau berpuas hati dengan penajaan biasiswa sebanyak RM75,000 kepada setiap seorang pemain Harimau Muda B bagi tempoh dua tahun oleh Cyberlynx International College (CIC).

Kelima-lima pemain tersebut Muhammad Ariff Zulkifly, Muhammad Akram Mahinan, Mohd Syuhiran Zainal, Ahmad Faizal Sumar dan Muhamad Naim Zakaria akan menyambung pelajaran dalam Diploma Pengajian Bola Sepak di kolej tersebut.

"Ini adalah untuk pembangunan bola sepak negara, selain membantu pemain kita menjadi pemain yang berkaliber dan mahir dalam setiap aspek sebelum berjaya di peringkat yang lebih tinggi," katanya.

CIC menawarkan 10 biasiswa kepada pemain bola sepak kebangsaan dan baki lima pemain lagi akan dipilih kemudian dan perlu memenuhi syarat kemasukan minimum tiga kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

Ahmad Shabery menerima tajaan biasiswa RM1.5 juta untuk diberikan kepada 50 atlet yang cemerlang dalam sukan negara. Majlis penyerahan biasiswa itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Cyberlynx International College (CIC), PB Ashok di Perhimpunan Bulanan KBS di Dewan Komanwel semalam.

KL paksa Selangor kongsi mata

Posted:

KL paksa Selangor kongsi mata

KL paksa Selangor kongsi mata

KUALA LUMPUR - Kuala Lumpur mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Piala Malaysia apabila mengikat Selangor tanpa jaringan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), semalam.

Kejayaan meraih satu mata membantu skuad bimbingan Razip Ismail kekal di tangga teratas Kumpulan D dengan kelebihan satu mata mengatasi T-Team yang menang 4-0 ke atas PDRM.

Jika tidak kerana keputusan kontroversi pengadil, Shukri Nor yang enggan menafikan dua penalti kepada Kuala Lumpur pada penghujung perlawanan, Selangor pasti berputih.

Mengutip hanya satu mata bermakna Selangor jatuh ke tangga ketiga kumpulan, dipintas T-Team yang membelasah PDRM 4-0 di Stadium Ismail Nasiruddin Shah.

Kenduri gol T-Team bermula apabila Zairo Anuar Zailani dan Nor Fazly Alias meledak dua gol pantas pada minit terakhir sebelum rehat dan Mohd Fitri Omar serta Norfarhan Muhamad melengkapkan derita PDRM pada babak kedua.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan mengukuhkan cengkaman di tangga teratas saingan Kumpulan B selepas menang tipis 1-0 ke atas Terengganu hasil jaringan pemain sayap, Shahurain Abu Samah pada minit ke-64.

Satu lagi perlawanan kumpulan sama menyaksikan PKNS turut menang tipis 1-0 terhadap Sime Darby di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Sementara itu, dua pasukan Johor yang bertandang ke Malaysia Timur mengalami nasib berbeza.

Johor FC lega selepas jaringan tunggal Eddy Helmi Abdul Manan tiga minit memasuki babak kedua cukup untuk menewaskan Sarawak di Stadium Negeri, Kuching.

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah meneruskan rentak cemerlang membenam Johor 3-1 menerusi dua jaringan Zainizam Marjan dan Radzi Mohd. Hussin. Gol sagu hati Johor dijaringkan Mohd. Azuwad Mohd. Arip.

Perak pula menundukkan Kedah 2-1 di Stadium Perak, Ipoh.

Muhammad Syafiq Jamal meletakkan Perak di depan pada minit ke-15 sebelum disamakan kedudukan oleh Mohd Khyril Muhymeen Zambri. Kealpaan pertahanan Kedah dihukum dua minit kemudian oleh Mohd. Failee Ghazali untuk memberikan tiga mata kepada tuan rumah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


SMK Pulau Gaya bina replika Jalur Gemilang daripada beras

Posted:

SMK Pulau Gaya bina replika Jalur Gemilang daripada beras

SMK Pulau Gaya bina replika Jalur Gemilang daripada beras


Pelajar SMK Pulau Gaya bersama replika Jalur Gemilang daripada beras di pekarangan sekolah itu di Kota Kinabalu, semalam.


KOTA KINABALU 13 Sept. - Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Gaya (SMKPG) mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi sekolah pertama yang menghasilkan Jalur Gemilang terbesar daripada 200 kilogram beras.

Projek bendera yang dijayakan oleh Kelab Seni sekolah itu berukuran 11.1 x 5 meter panjang dipamerkan di ruang dewan sekolah berkenaan sehingga 19 September ini.

Pengetua SMK Pulau Gaya, Che Rose Bakar berkata, projek replika bendera itu merupakan sebahagian daripada acara sambutan kemerdekaan ke-54 yang diadakan oleh sekolah tersebut.

"Hari Kemerdekaan bukan sahaja dirai di peringkat SMKPG ini tetapi juga seluruh negara. Namun, kami sangat berbangga kerana dapat menghasilkan replika Jalur Gemilang daripada beras berwarna.

''Bagi kami, projek ini dapat menyuntik semangat patriotik dan cintakan negara di kalangan warga sekolah ini khususnya para pelajar," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis pelancaran Program Bulan Kemerdekaan di SMKPG yang dirasmikan oleh Pengarah Penerangan Sabah, Almain Ajirul.

Hadir sama Pengurus Kanan Bernas Corporation Sdn. Bhd. (Bernas) Sabah, Faridah Abu Bakar Titingan dan warga pendidik SMKPG.

Che Rose berkata, beras yang digunakan untuk membuat replika Jalur Gemilang itu disumbangkan oleh Bernas Sabah.

Katanya, proses membuat replika itu mengambil masa seminggu untuk disiapkan menggunakan pewarna makanan dan melibatkan seramai 21 pelajar yang terdiri daripada ahli Kelab Seni SMKPG.

Dalam pada itu, Che Rose menjelaskan bahawa penggunaan beras itu bukan pembaziran kerana ia akan dicuci semula dan diagih-agihkan kepada warga sekolah itu.

Malah, katanya, beras berkenaan diletakkan di papan lapis khas yang bersih yang menempatkan replika itu.

Tetap bersemangat capai 5A

Posted:

Tetap bersemangat capai 5A

Tetap bersemangat capai 5A


HAMAZZATUL Nor Hashikin menunggu kertas soalan peperiksaan UPSR di bilik wad Hospital Alor Gajah, Melaka, semalam.


MELAKA 13 Sept. - Biarpun terpaksa menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di hospital akibat kemalangan, namun Hamazzatul Nor Hashikin tetap bersemangat untuk meraih keputusan cemerlang seperti rakan-rakannya yang lain.

Hamazzatul yang dimasukkan ke Hospital Alor Gajah sejak 22 Julai lalu terpaksa menduduki peperiksaan itu yang bermula hari ini sehingga Khamis ini di hospital bagi memudahkan pergerakannya yang terpaksa bergerak dengan bantuan kerusi roda.

"Kaki kiri saya patah setelah dirempuh sebuah kenderaan ketika sedang berbasikal ke sekolah pada 22 Julai lalu.

"Rasa kurang gembira sebab tiada kawan-kawan sekolah, namun saya akan cuba menjawab semua soalan dengan baik," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Hamazzatul yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Ganun, Alor Gajah di sini adalah antara 14,851 murid di negeri ini yang mengambil UPSR secara serentak di seluruh negara selama tiga hari mulai hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Tidak semua surat diterima

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 13 Sept. - Bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pengangkutan, Datuk Zaharah Shaari berkata, tidak semua surat yang dihantar kepada menteri akan sampai kepadanya, melainkan jika ia untuk perhatian khas ataupun bagi beliau mengambil tindakan.

Keterangan penemuan bahan bukti diterima

Posted:

Keterangan penemuan bahan bukti diterima

Keterangan penemuan bahan bukti diterima

SHAH ALAM 13 Sept. - Usaha pihak pembelaan untuk menyingkirkan keterangan seorang pegawai polis berhubung penemuan barang-barang kes membabitkan pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi di beberapa lokasi selepas dipandu arah oleh dua tertuduh gagal apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini menerimanya sebagai bukti.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan untuk menerima keterangan pegawai soal siasat dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Cif Inspektor N. Govindan sebagai bukti di mahkamah selepas berpuas hati bahawa tiada unsur penganiayaan dan penindasan terhadap T. Thilaiyalagan dan R. Kathavarayan yang mendorong mereka memberi maklumat-maklumat tersebut.

''Dalam hal ini, saya tidak nampak penganiayaan dan penindasan ke atas tertuduh-tertuduh yang membawa kepada penemuan (bahan-bahan bukti).

''Pencarian telah dilakukan jadi saya benarkan maklumat yang diberikan oleh Govindan diterima masuk sebagai keterangan di mahkamah,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat keputusan untuk bicara dalam perbicaraan (TWT) bagi mengetahui keadaan minda serta kemungkinan berlaku penganiayaan dan penindasan terhadap Thilaiyalagan dan Kathavarayan sewaktu disoal siasat sehingga membawa kepada penemuan barang-barang kes.

Prosiding itu diadakan dengan 19 saksi dipanggil memberi keterangan selepas peguam Manjeet Singh Dhillon bersama barisan peguam bela memohon agar bicara dalam perbicaraan diadakan bagi mengenalpasti kemungkinan bukti diperolehi secara tidak adil oleh Govindan daripada tertuduh-tertuduh.

Govindan dalam keterangannya pada 26 Julai lalu memberitahu bahawa pelbagai barang kes termasuk enam keping zink yang dikatakan diguna sebagai alas untuk membakar mayat Sosilawati dan tiga lagi mangsa ditemui selepas diberi maklumat dan pandu arah Thilaiyalagan dan Kathavarayan.

Hakim Akhtar dalam penghakiman lisannya berkata, dakwaan pihak pembelaan bahawa tertuduh-tertuduh tidak diberi makanan yang mencukupi semasa dalam tahanan bukan satu isu walaupun beliau percaya mereka diberi makanan yang sewajarnya.

Beliau juga berpendapat tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan berlakunya penderaan fizikal terhadap Thilaiyalagan dan Kathavarayan memandangkan foto-foto yang dikemukakan tidak menunjukkan sebarang kecederaan.

Lebih-lebih lagi aduan tentang kononnya mereka didera secara fizikal termasuk diacukan pistol oleh pegawai polis hanya dimaklumkan kepada Majistret dan doktor sebulan selepas kejadian.

Berhubung dakwaan tertuduh-tertuduh tidak mendapat rehat yang mencukupi, Hakim Akhtar membidas bahawa orang yang patut merungut di sini ialah anggota dan pegawai polis kerana mereka adalah pihak yang berkerja keras dalam kes ini.

''Bagi saya, peraturan bahawa tahanan perlu berada dalam sel lokap antara pukul 6 petang dan 6 pagi hanyalah panduan bukan undang-undang. Siasatan bukan kerja 9 pagi hingga 5 petang. Lazimnya, siasatan memerlukan tahanan dibawa keluar di luar waktu kerja bergantung kepada keadaan sesuatu kes.

''Seseorang yang benar-benar berkerja di sini ialah polis bukan tertuduh-tertuduh. Jika ada sesiapa yang patut merungut, mereka adalah polis, bukan tertuduh-tertuduh. Sudah tentu kamu tidak harapkan dapat mandi air panas dalam penjara,'' katanya lagi.

Semalam, Hakim Akhtar menolak permohonan barisan pembelaan yang diketuai oleh Manjeet agar pihak pendakwaan dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana mendakwa saksi utama kes pembunuhan jutawan kosmetik itu, U. Suresh atas tuduhan memberi keterangan palsu dalam perbicaraan kes itu.

Keputusan itu dibuat atas alasan tindakan itu tidak menjurus kepada perbuatan menghina mahkamah selain pihak pendakwaan berhak mendakwa mana-mana individu pada bila-bila masa.

Dalam kes ini, bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42, bersama tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20, R. Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Dalam prosiding hari ini, dua saksi daripada syarikat telekomunikasi, Celcom Aviata Bhd. memberitahu mahkamah bahawa mereka mencetak perincian panggilan untuk beberapa nombor telefon berkaitan kes ini atas permintaan pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Ishak Yaakob.

Eksekutif Kanan Unit Perantara, Jabatan Siasatan dan Pencegahan Penipuan, Nor Azlina Ahmad, 30, berkata beliau mencetak perincian transaksi panggilan pelanggan bagi 10 nombor yang diminta.

Sementara Pengurus Besar Bahagian Bil, Abdul Latif Mohamad pula mencetak rekod terperinci termasuk ibu sawat yang menghubungkan panggilan serta panggilan yang masuk ke peti suara bagi nombor-nombor tersebut.

Perbicaraan yang masuk hari ke-31 bersambung Khamis ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


DMMC hospital pelancongan kesihatan

Posted:

DMMC hospital pelancongan kesihatan

DMMC hospital pelancongan kesihatan


Adnan Yaakob diperhatikan Ahmad Shukri Ismail (dua kanan) memotong riben sempena Perasmian Pusat Perubatan Darul Makmur di Taman Kempadang Makmur, Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 13 Sept. - Pusat Perubatan Darul Makmur (DMMC) yang beroperasi hari ini melakar sejarah tersendiri dengan menampilkan konsep pelancongan kesihatan yang pertama di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, DMMC yang dibina dengan kos RM65 juta adalah pusat perubatan berkonsepkan resort itu mempunyai persekitaran yang lebih selesa dan jauh daripada kesibukan bandar.

"Lokasinya di Kempadang Makmur iaitu kira-kira 10 kilometer dari bandar dilihat begitu strategik dan memenuhi keperluan pesakit.

"Sebagai permulaan, DMMC mempunyai 123 katil dan 21 doktor pakar dalam bidang-bidang kritikal seperti ortopedik dan pakar bedah tulang belakang," katanya kepada pemberita selepas majlis Hari Terbuka DMMC di sini, baru-baru ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Turut hadir, Pengarah Bersama DMMC, Tok Kai Boon dan Tok Kai Son; Pengarah Perubatan DMMC, Prof. Madya Dr. Zamzuri Zakaria dan Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Pelancongan dan Warisan, Hal Ehwal Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Shafik Fauzan Shariff.

Menurut Ahmad Shukri, setakat ini DMMC merupakan hospital swasta terbesar di negeri ini dan merancang membuka hospital keduanya di Jengka yang dijangka siap sepenuhnya pada 2014.

"Keperluan perubatan pada masa kini mendorong hospital itu membuka sebuah lagi hospital di Felda Jengka 8 dengan menumpukan kepada pesakit di luar bandar terutama para peneroka.

"Dengan kos RM70 juta, hospital enam tingkat itu akan memuatkan 150 katil dan akan menawarkan caj perkhidmatan yang jauh lebih rendah berbanding caj biasa," jelasnya.

Tambah beliau, perkhidmatan di hospital itu tidak hanya ditawarkan kepada pesakit tetapi terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu menikmati pelancongan kesihatan.

Katanya, lebih menarik, pihaknya akan membina sebuah hotel bertaraf empat bintang berhampiran hospital di Jengka dan ia memudahkan orang ramai untuk mengunjunginya.

"Tambahan pula, lokasi DMMC di Jengka begitu strategik iaitu berhampiran Taman Negara dan Gua Kota Gelanggi," ujarnya.

Talian Internet kafe siber ditamat

Posted:

Talian Internet kafe siber ditamat

Talian Internet kafe siber ditamat

KUANTAN 13 Sept. – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menamatkan talian Internet di 30 kafe siber di sekitar daerah ini kerana didapati terlibat dengan aktiviti perjudian.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, sebelum itu, pihaknya menerima permohonan daripada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membuat pemotongan talian ke atas 34 premis berkenaan yang dipercayai terlibat dengan aktiviti tersebut

"Namun hanya 30 kafe siber sahaja ditamatkan talian Internet dan selebihnya masih dalam proses siasatan Telekom Malaysia (TM) sama ada terlibat dengan perjudian atau tidak," katanya ketika menjawab soalan Datuk Pang Tsu Ming (BN-Semambu) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Tambahnya, selain itu, SKMM dengan kerjasama MPK dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan sedang menyiasat 6 kafe siber yang disyaki terlibat dengan operasi judi haram.

Dalam pada itu, Mohd. Sharkar berkata, bagi tempoh Januari tahun lepas hingga Julai tahun ini, sebanyak 106 premis diserbu kerana disyaki menjalankan premis perjudian mesin berkomputer.

"Hasil serbuan itu berjaya merampas sebanyak 896 komputer yang digunakan untuk tujuan perjudian.

"Seramai 434 pelanggan termasuk penjaga premis ditahan untuk proses dokumentasi dan 16 ahli sindiket diambil tindakan di bawah undang-undang pencegahan," katanya.

Jelasnya, sebanyak 70 premis telah dipohon bagi membatalkan lesen perniagaan kepada MPK manakala 71 premis dipohon bagi pemotongan bekalan elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

207 penjawat awam disiasat SPRM

Posted:

207 penjawat awam disiasat SPRM

207 penjawat awam disiasat SPRM

KUANTAN 13 Sept - Seramai 207 penjawat awam di negeri ini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan pelbagai peringkat jawatan dari tempoh 2006 hingga Julai 2011.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Fong Koong Fuee berkata, daerah ini mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 48 orang diikuti Raub 40 orang, Bentong (30), Pekan (22), Maran (18), Temerloh (15), Rompin (10), Lipis (lapan), Jerantut (tujuh), Bera (lima) dan Cameron Highlands (empat).

"Dalam tempoh sama sebanyak 351 kertas siasatan dibuka dan daripada jumlah itu sejumlah 64 kes perbicaraan dikendalikan yang mana 64 orang disabitkan atas kesalahan rasuah di mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr. Ng Keong Chye (BN-Ketari) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, seramai 36,341 orang didaftarkan sebagai pengundi baru di Pahang tahun ini.

Katanya, daripada jumlah itu, Parlimen Pekan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 7,255 orang diikuti Jerantut (3,099), Temerloh (2,967), Paya Besar (2,508), Kuantan (2,403), Raub (2358), Kuala Krau (2,309), Maran (1,818), Lipis (1,525) dan Cameron Highlands (1,245).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Islam sumber perundangan

Posted:

Islam sumber perundangan

Islam sumber perundangan


MUSTAFA Abdel Jalil melambai tangan kepada penyokongnya selepas menyampaikan ucapan kepada penduduk Tripoli di Dataran Shuhadah yang sebelum ini dikenali sebagai Dataran Hijau di Tripoli, kelmarin. – AP


TRIPOLI 13 Sept. – Islam akan menjadi sumber utama perundangan di Libya selepas berakhirnya rejim Muammar Gaddafi, kata pemimpin kerajaan peralihan Libya dalam ucapan pertamanya di Tripoli, semalam.

Ketua Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Mustafa Abdel Jalil membuat kenyataan itu di hadapan beribu-ribu rakyat Libya yang berhimpun di Dataran Syahid, dua hari selepas beliau tiba di ibu negara ini selepas kejatuhan rejim Gaddafi.

"Kita tidak akan menerima mana-mana ideologi pelampau, sama ada kiri atau kanan.

"Kita orang Islam yang mahukan Islam sederhana dan kita akan sentiasa berada di jalan ini," katanya.

Abdel Jalil tiba di Tripoli pada Sabtu lalu dalam lawatan pertamanya ke ibu negara sejak pemberontakan menentang rejim Gaddafi meletus pada Februari lepas.

"Kamu akan sentiasa bersama-sama kami menentang sesiapa yang mahu mencuri revolusi kita," katanya kepada orang ramai, sambil menggambarkan pembebasan Tripoli sebagai keajaiban tanpa banyak mengorbankan nyawa.

Sementara itu Gaddafi yang masih enggan mengaku kalah, semalam berikrar untuk meneruskan perjuangan sehingga memperoleh kemenangan, ketika tenteranya melancarkan serangan balas di tiga penjuru. – AFP

Liga Arab bantu kempen Palestin

Posted:

Liga Arab bantu kempen Palestin

Liga Arab bantu kempen Palestin

KAHERAH 13 Sept. - Menteri-Menteri Luar Arab pada satu mesyuarat di sini, yang turut dihadiri Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, semalam bersetuju membantu meraih sokongan terhadap kempen Palestin untuk menjadi negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekalipun ditentang oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil al-Arabi berkata, 'rundingan dan komunikasi akan diteruskan bagi mencapai matlamat' keanggotaan Palestin dalam PBB.

Sebelum mesyuarat itu, Abbas menemui ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton di Kaherah, di mana Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, penyokong kuat perjuangan Palestin, tiba malam tadi untuk memulakan jelajah sempena 'Kebangkitan Arab'.

Ashton menghadiri sebahagian mesyuarat itu untuk memaklumkan para menteri Arab mengenai pendirian EU berhubung kempen Palestin di PBB.

Selepas mesyuarat itu, Ashton dipetik oleh agensi berita rasmi Mesir, MENA sebagai berkata, EU menyokong penubuhan sebuah negara Palestin menerusi 'rundingan'.

Bagaimanapun perunding kanan Palestin, Saeb Erekat pada sidang media bersama-sama Arabi berkata, keanggotaan Palestin dalam PBB tidak menjadi penghalang untuk mengadakan rundingan dengan Israel.

"Sebaliknya, keanggotaan dalam PBB meletakkan batu asas bagi prinsip dua buah negara, iaitu Israel dan Palestin," kata Erekat. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Suami pengkritik utama Zizie

Posted:

Suami pengkritik utama Zizie

Suami pengkritik utama Zizie

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR


SIBUK sungguh Zizie dan suaminya melayan tetamu yang hadir ke rumah terbuka mereka di Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini.


BARANGKALI akan ada yang beranggapan selepas aktres jelita berkulit putih gebu ini mendirikan rumah tangga, dunianya sudah jauh berubah.

Kali terakhir lakonannya menghiasi televisyen adalah melalui drama rantaian Suraya yang pernah disiarkan sekitar dua tahun lalu iaitu sebelum dia bergelar seorang isteri.

Selepas itu, dia terus menyepikan diri dan wajahnya kini begitu jarang dapat ditonton di layar kaca sehingga ada yang menyangka Zizie Ezette sudah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia lakonan.

"Selagi saya tidak mengeluarkan kenyataan rasmi dari mulut saya sendiri, selagi itulah saya akan terus bergelar pelakon.

"Saya cukup sedar ramai yang bertanyakan hal itu (bersara) kepada saya. Mana mungkin saya boleh meninggalkan dunia lakonan begitu sahaja selepas hampir 20 tahun bergelumang dalam industri.

"Dengan duit lakonan jugalah saya mampu berdiri teguh sehingga ke hari ini serta dapat membantu ibu dan adik-beradik yang lain menjalani kehidupan yang selesa.

"Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini saya selesa dengan kehidupan saya sekarang sebagai seorang isteri dan sentiasa menemani suami saya," katanya penuh bersungguh.

Zizie atau nama sebenarnya, Zizie Izette Abd. Samad ditemui pada majlis rumah terbukanya bersama suami tersayang iaitu Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang diadakan di kediaman mereka di Taman Sering Ukay, Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini.

Aktres yang mula menempa nama menerusi filem Kekasih Awal dan Akhir pada tahun 1993 itu juga tanpa selindung memberitahu rindunya terhadap dunia lakonan terus membara setiap masa.

Sehinggakan dia sendiri pernah menghabiskan masa yang lama di dalam bilik air dan berlakon di hadapan cermin dengan pelbagai watak yang ingin dilakonkannya.

Tetapi, memandangkan statusnya kini sudah berubah, kata aktres berusia 32 tahun itu, dia perlu mengutamakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri terlebih dahulu.

Begitu juga dengan watak-watak yang ingin dilakonkannya perlulah mendapat keizinan suaminya terlebih dahulu.

"Suami saya tidak membenarkan saya melakonkan watak-watak gedik dan antagonis walaupun saya cuba menyakinkan dirinya bahawa semua itu adalah lakonan semata-mata.

"Bukannya tidak ada tawaran yang saya terima selepas saya bergelar isteri. Cuma, masa yang tidak mengizinkan saya untuk berbuat demikian.

"Alhamdulillah, apa yang boleh saya katakan sejak mendirikan rumah tangga, watak-watak yang mendatangi saya tidak kurang menariknya. Salah satunya adalah drama bersiri Anessa. Tetapi, nampaknya bukan rezeki saya untuk membintangi drama itu," kata anak jati Batu Pahat, Johor itu yang kelihatan semakin elegan dan langsing sejak bergelar isteri.

Dalam masa yang sama, Zizie turut memberitahu suami kesayangannya itu merupakan pengkritik utama khususnya dalam aspek lakonan.

Kata Zizie, kalau ada yang tidak disukainya atau kurang berkenan di hatinya, secara spontan Bung Mokhtar akan memberikan pendapatnya dalam loghat Sabah.

"Disebabkan itulah saya perlu menjadi lebih memilih sekarang dalam memilih watak yang benar-benar sesuai dengan status saya. Tidak mahu nanti suami saya terasa hati pula," ujar pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2003 untuk drama Aduhai Esah ini sambil ketawa kecil.

Semakin selesa

Tarikh 16 Disember ini genaplah Zizie dan Bung Mokhtar bergelar suami isteri. Biarpun dihambat kontroversi di awal perkahwinan mereka, ternyata ia merupakan kekuatan untuk pasangan ini terus melayarkan bahtera perkahwinan mereka.

Zizie yang ditemui pada petang itu tidak putus-putus melafazkan rasa syukur kerana telah dipertemukan dengan seorang lelaki cukup baik, bertanggungjawab dan budiman.

Di awal perkahwinan mereka juga, Zizie pernah memberitahu dia sedikit kekok untuk mengadaptasi dirinya dengan dunia seorang ahli parlimen yang memerlukan dirinya turun padang bertemu rakyat.

Namun, selepas kerap mengikuti suaminya berkempen di Sabah sehingga berbulan-bulan lamanya, Zizie mengakui dia sudah mula dapat membiasakan diri dengan pelbagai situasi.

Malah, Zizie berasa terharu apabila dia sendiri tidak menyangka ada penduduk di kawasan pendalaman khususnya masih lagi mengingati dirinya sebagai seorang pelakon.

"Saya sendiri tidak kisah untuk berpanas dan berhujan dengan suami saya apabila bertemu dengan rakyat dan penduduk di Sabah.

"Apa yang penting, apabila saya turun padang bersama-sama suami, kami tidak meminta untuk diberikan layanan eksklusif mahupun VIP. Biarlah kami sama-sama meredah segalanya dengan mereka.

"Bukan mahu mendabik dada atau sengaja mahu membangga diri, tetapi saya ini boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan dan dengan sesiapa sekali pun.

"Atas alasan itu, apabila saya diundang untuk mengikut suami, saya tidak akan pernah menolaknya," ujar Zizie yang menghabiskan kebanyakan masanya di Sabah untuk setia bersama suami di sisinya.

Dalam pertemuan itu juga, tidak sah seandainya soal cahaya mata tidak diajukan kepada pelakon cantik ini.

Bagai sudah menyangka soalan itu akan ditanya, dengan penuh hemah, Zizie menjelaskan dia dan suaminya masih belum mempunyai rezeki untuk menimang anak.

Dengan penuh jujur dia memberitahu, baik dia mahupun Bung Mokhtar, masing-masing memiliki tahap kesihatan yang baik untuk memiliki anak.

"Bagi saya, semuanya telah diatur dan ditentukan oleh Allah. Mungkin Dia mahu saya dan suami menghabiskan masa berdua sekerap yang mungkin sebelum Dia mengurniakan cahaya mata kepada kami.

"Kami memang mahukan anak dan Insya-Allah, kalau ada rezeki nanti, kami akan menerimanya dengan senang hati," kata pemilik trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Sri Angkasa 1994 menerusi drama Alegori itu lagi.

Hantu Bonceng kutip RM8 juta

Posted:

Hantu Bonceng kutip RM8 juta

Hantu Bonceng kutip RM8 juta

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar HAFIZH KHOSMAT


SEBAHAGIAN daripada wakil-wakil media cetak dan elektronik yang hadir pada majlis rumah terbuka Ahmad Idham yang diadakan di kediamannya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.


AHMAD Idham antara pengarah filem tempatan yang banyak mencatat kejayaan apabila kebanyakan karya arahannya seperti Adnan Sempit mengutip kutipan tiket melebihi RM7 juta sewaktu tayangannya pada tahun lalu.

Bagaimanapun, pengarah berusia 40 tahun itu lebih berbangga dengan Hantu Bonceng apabila filem ke-21 arahannya itu bukan sahaja mencatat kutipan tiket RM8 juta selepas ia ditayangkan seluruh negara sejak 30 Ogos lalu.

Malah, dia juga lebih berbangga kerana filem yang dibintangi oleh Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans itu merupakan filem terbitan syarikat produksinya sendiri iaitu Excellent Pictures Sdn. Bhd. yang ditubuhkannya pada tahun 2004.

"Kalau mengarahkan filem orang maka yang berjaya dan untung sebenarnya adalah penerbit atau syarikat produksi terbabit. Tetapi untuk Hantu Bonceng, saya lebih puas dan bangga kerana ia adalah filem terbitan saya sendiri.

"Saya bangga kerana selepas lima hari tayangan filem itu mengutip kutipan RM5 juta dan sehingga 11 September lalu angkanya mencecah RM8 juta. Ini adalah kejayaan sebenar dan pencapaian saya yang terbaik setakat ini," ujarnya kepada Hits.

Kejayaan filem yang kelima terbitan Excellent Pictures Sdn. Bhd. dengan kos mencecah RM1 juta itu secara tidak langsung telah menyuntik semangatnya bagi mengarah serta menerbitkan filem sendiri pada masa akan datang.

Sehubungan itu, Ahmad Idham berazam untuk menerbitkan sekurang-kurangnya empat buah filem setahun bagi memenuhi permintaan dan kepercayaan para peminat filem Melayu yang semakin meningkat akhir-akhir ini.

"Saya memang telah mengarahkan 21 filem tetapi cuma lima daripadanya yang saya terbitkan melalui syarikat saya. Hantu Bonceng adalah filem kelima terbitan saya sendiri," ujarnya sewaktu ditemui para wartawan hiburan baru-baru ini.

Pada pertemuan di rumah agam yang baru didiami sebulan lalu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu, Ahmad Idham berkata dia semakin yakin dengan keupayaannya selepas Hantu Bonceng mendapat sambutan hangat para peminat.

Jelasnya, biarpun empat filem terbitan Excellent Pictures Sdn. Bhd. sebelum ini kurang mendapat sambutan para penonton tetapi ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus menerbitkan filem sendiri.

"Contohnya, pada tahun 2006 saya telah menerbit dan mengarahkan filem Tipah Tertipu yang menelan kos RM1.1 juta tetapi sayangnya kutipan tiketnya hanya RM700,000. Namun, saya tidak pernah berputus asa.

"Saya kemudiannya banyak mengarahkan filem terbitan MIG Productions seperti Adnan Sempit yang mengutip kutipan lebih RM7 juta. Semua itu memberi semangat dan keyakinan untuk saya menerbitkan filem sendiri," tuturnya.

Tambahnya, ekoran kejayaan Hantu Bonceng yang kini masih ditayangkan di 68 pawagam seluruh negara, dia kini sedang dalam proses pos-produksi bagi menghasilkan lebih banyak filem dalam pelbagai genre pada masa depan.

"Macam yang saya cakap tadi, selepas ini sasaran saya adalah menerbit dan mengarahkan sekurang-kurangnya empat filem melalui syarikat saya itu. Terbaru saya sedang dalam proses untuk mengarahkan filem berjudul Mail Lambong lakonan Zizan Raja Lawak," jelasnya.

Hantu Bonceng boleh dikatakan bertuah kerana bukan sahaja terletak di bawah Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sejak tayangannya penghujung Ogos lalu, tetapi ia juga kurang berdepan dengan saingan.

Ini kerana, sepanjang tempoh itu iaitu selama lebih dua minggu, hanya Hantu Bonceng yang merupakan satu-satunya filem Melayu yang ditayangkan di pawagam sebelum filem Raya Tak Jadi! menyusul mulai 15 September ini (esok).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kenapa persoalkan tauliah ceramah?

Posted:

Kenapa persoalkan tauliah ceramah?

Kenapa persoalkan tauliah ceramah?

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my

APABILA bercakap tentang tauliah ia dilihat seakan-akan menjurus kepada suatu persepsi yang negatif ketika ini. Apa tidaknya, syarat-syarat seseorang yang mahu memberikan ceramah agama, beliau mestilah seorang yang diberi tauliah ataupun diiktiraf pengetahuan keagamaannya, dikatakan dibuat semata-mata untuk mengekang politik Pas.

Lebih buruk lagi, tindakan pihak berkuasa agama sesebuah negeri yang meletakkan syarat tersebut, lazimnya dikaitkan dengan ideologi politik UMNO apabila keinginan mereka dikatakan 'disekat' melalui syarat berkenaan.

Namun sejauh manakah tanggapan ini benar ataupun ia sekadar dakyah yang mengandungi tuduhan tidak berasas sama sekali.

Untuk menjelaskan kekeliruan tersebut, persoalan tentang tauliah diajukan kepada pengamal undang-undang berpengalaman, peguam syarie Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain.

Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menurut beliau, adalah pelantikan bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk mengajar atau memberi kuliah agama Islam di negeri Selangor.

Peraturan ini dibuat agar ajaran mereka dapat diketahui dan dipantau oleh JAIS.

"Ia adalah berdasarkan perkara 8 Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 iaitu Jawatankuasa Tauliah turut mempunyai kuasa untuk menetapkan syarat atau sekatan kepada penerima tauliah," ujar Mohd. Zaidi.

Katanya, tauliah ini penting bagi setiap penceramah kerana ia telah menjadi undang-undang dan peraturan yang wajib dipatuhi.

Seperti undang-undang lain juga wajib dipatuhi oleh setiap individu tanpa mengira pangkat dan kedudukan dan tiada siapa yang boleh mempersoalkan kesahihan perlaksanaan bahkan mereka yang melanggarnya boleh dikenakan penalti di bawah Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Ia memperuntukkan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebih dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut beliau, Selangor bukan satu-satunya negeri yang memperuntukkan undang-undang yang mensyaratkan seseorang penceramah agama mesti mempunyai tauliah.

Malahan katanya, negeri-negeri lain seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Serawak juga memperuntukan syarat yang sama kepada sesiapa yang ingin berceramah tentang agama Islam di negeri-negeri tersebut.

Bahkan sesetengah negeri memperuntukkan denda maksimum sehingga RM5,000 dan penjara tiga tahun bagi mereka melanggar peraturan mengenai tauliah tersebut.

"Perkara yang perlu dibuktikan oleh Pihak Pendakwa Syarie dalam kes membabitkan perlanggaran peraturan tauliah adalah berlakunya ceramah atau apa-apa pengajaran mengenai agama Islam oleh orang yang disyaki secara jelas dan nyata tanpa tauliah. Atau jika dengan tauliah tetapi melanggar syarat-syarat atau sekatan yang dikenakan kepada penerima tauliah tersebut," kata Mohd. Zaidi.

Misalnya pengajaran yang tidak bersumberkan akidah Ahli Sunah Wal Jamaah ataupun berbaur politik sehingga boleh menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat.

Sememangnya undang-undang dan peraturan yang mensyaratkan tauliah, menurut Mohd. Zaidi, antara lain adalah untuk memantau ajaran-ajaran yang bercanggah dengan hukum syarak agar umat Islam tidak diresapi dengan ajaran sesat yang boleh menjejaskan akidah mereka.

Beliau berkata, dengan adanya pemantauan tauliah ini, pengajaran agama yang disampaikan dapat dipastikan selaras dengan dasar-dasar pihak berkuasa agama dan hukum syarak yang bersumberkan akidah Ahli Sunah Wal Jamaah.

"Sememangnya telah jelas tentang larangan oleh Sultan Selangor kepada semua Jawatankuasa surau dan masjid di negeri Selangor agar tidak membenarkan kesucian tempat ibadat orang Islam tersebut dicemari oleh golongan ahli politik yang menggunakannya untuk mencari pengaruh parti masing-masing.

"Ini kerana masjid dan surau adalah tempat untuk kita mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amal ibadat secara jemaah bukannya mencaci maki musuh politik sehingga menimbulkan keresahan dan ketidakselesaan kepada jemaah yang akhirnya boleh membawa kepada kehancuran ummah.

"Saya juga berpendapat bahawa syarat tauliah yang dikenakan itu amat bertepatan dengan kaedah 'fiqh sadd az-zarai' iaitu menutup jalan kerosakan di mana tindakan melarang ahli politik menggunakan masjid dan surau untuk berceramah politik untuk mencegah berlakunya perpecahan ummah," ujar beliau.

Malah mengikut prinsip ini juga sesuatu yang harus (mubah) boleh menjadi haram dan dilarang jika membawa kerosakan.

Oleh itu ahli politik Pas perlu melihat larangan yang dikenakan ini secara holistik dan dengan minda yang terbuka serta tidak berprasangka buruk kerana larangan tersebut bukan dikenakan kepada pimpinan Pas sahaja tetapi kepada semua parti politik.

Jika kita melihat kepada ketaksuban terhadap pengaruh politik kepartian pada hari ini, sekiranya ahli politik dibenarkan menggunakan masjid dan surau untuk berceramah politik, nescaya parti yang dipimpin oleh orang bukan Islam pun akan (bahkan pernah) menggunakan surau dan masjid untuk berkempen.

Jika ini berlaku secara berleluasa, sama-samalah kita renungkan apa yang akan berlaku kepada rumah Allah di muka bumi ini? Sudah pasti ia dicemari dengan maki hamun, fitnah, pembohongan yang berterusan dan akan mengundang kemurkaan Allah SWT, tegas Mohd. Zaidi.

Sebagai pengamal undang-undang Syariah selama 15 tahun di Selangor, beliau sering berurusan dengan pihak JAIS khususnya bahagian Penguatkuasaan dan juga Pendakwaan.

"Secara jujur saya menyatakan bahawa saya tidak melihat sebarang unsur pengaruh parti politik ke atas sebarang tindakan penangkapan mahupun pendakwaan yang dilakukan oleh pihak JAIS. Mereka sangat berhati-hati, telus, berprinsip dan tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam setiap tindakan penguatkuasaan undang yang di ambil ke atas orang yang disyaki melakukan sebarang perlanggaran undang-undang di negeri Selangor," katanya lagi.

Sewaktu UMNO menerajui kerajaan Selangor tiada kedengaran pemimpin Pas ditangkap mahupun didakwa atas kesalahan mengajar tanpa tauliah sedangkan pada masa itu hampir sebahagian besar surau dan masjid di negeri Selangor dikuasai oleh penyokong Pas.

Mereka menggunakan masjid serta surau untuk berceramah, berkhutbah, tazkirah, usrah dan sebagainya untuk menguatkan pengaruh PAS di kalangan masyarakat Islam di Selangor yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri ini di bawah pimpinan UMNO pada tahun 2008.

Oleh yang demikian di mana logiknya dakwaan yang menyatakan bahawa UMNO telah mempengaruhi JAIS untuk mengekang aktiviti Pas di masjid dan surau dalam negeri Selangor sedangkan kuasa eksekutif tidak ada lagi pada UMNO malah kuasa tersebut sekarang dipegang oleh Pas.

Tiada untungnya JAIS mendengar arahan parti pembangkang dalam melaksanakan urusan pentadbirannya kerana EXCO yang bertanggungjawab tentang hak ehwal agama adalah dari parti Pas, sudah tentu tindakan tersebut akan mengundang kesusahan kepada diri mereka sendiri.

"Oleh itu saya melihat sebarang tuduhan dan tohmahan yang dibuat oleh pimpinan Pas terhadap JAIS sebenarnya ibarat meludah ke langit jatuh ke muka sendiri kerana mereka yang menguasai JAIS pada masa ini. Hakikat ini perlu difahami secara rasional bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat," katanya.

Pemimpin Pas dan sesiapa jua yang tidak berpuas hati dengan tindakan JAIS yang menguatkuasakan undang-undang mengenai ketidakpatuhan terhadap tauliah mengajar di Selangor perlu ingat bahawa undang-undang tersebut bukan baru digubal tetapi telah wujud sejak enakmen terawal lagi iaitu Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Selangor 1952 melalui peruntukan Seksyen 166 yang menyebut dengan jelas mengenai keperluan mendapatkan kebenaran bertulis dari kadhi jika mengajar agama Islam di Selangor.

Malahan kegagalan mematuhi perkara tersebut boleh dikenakan tindakan denda ataupun pemenjaraan.

Tiada alasan bagi mereka yang berkelulusan tinggi mahupun yang berjawatan cuba membawa teori konspirasi apabila mereka ditangkap kerana sesiapa pun tidak terlepas daripada tindakan undang-undang jika mereka didapati bersalah.

Kontrak nasional, keselamatan rakyat

Posted:

Kontrak nasional, keselamatan rakyat

Kontrak nasional, keselamatan rakyat

DATUK RUHANIE AHMAD ialah mantan Ahli Parlimen Parit Sulong, Johor dan bekas pelajar pasca siswazah bidang strategi dan keselamatan di Universiti Kebangsaan Malaysia

Kontrak sosial adalah elemen utama kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan yang mentransformasikan Malaysia sebagai negara satu bangsa di era sebelum penjajahan mulai tahun 1511 menjadi negara pelbagai bangsa di era merdeka sejak 31 Ogos 1957.

Dengan ini, kontrak sosial dalam konteks Malaysia adalah kontrak nasional yang melambangkan ikrar dan permuafakatan bangsa Melayu, Bumiputera, keturunan Cina, keturunan India serta lain-lainnya untuk mewujudkan negara majmuk yang aman, damai, makmur dan bersatu padu.

Dengan ini juga, kontrak tersebut bukan bertujuan untuk memelihara, mengekal atau menonjolkan ketuanan Melayu seperti didakyahkan oleh pelbagai pihak yang fobia dengan istilah kontrak sosial di era Malaysia merdeka.

Sebaliknya, kontrak nasional inilah yang melunturkan dominan Melayu di Malaysia kerana menurut kajian keselamatan, sesebuah negara majmuk "cannot be created without destroying, or at least overlaying, old ones." (Buzan 1991:72).

Maksudnya, pembinaan sebuah negara majmuk seperti Malaysia memerlukan pengorbanan pihak yang menjadi penduduk asal dan mereka yang menjadi warganegara menerusi kuat kuasa Perlembagaan.

Pengorbanan ini penting bagi mengelakkan pertelingkahan kaum dan konflik jati diri membabitkan semua warganegara kerana negara majmuk adalah sentiasa terdedah kepada masalah ini jika ia tidak di atasi secara proaktif dan secara berperlembagaan.

Namun hakikat ini adalah suatu kebenaran yang sentiasa dipertikaikan - a constantly contested reality. Ini kerana kegagalan memahami semangat dan falsafah kontrak nasional menerusi perspektif negara majmuk dengan rakyatnya yang berbilang agama, bangsa, sosio-budaya dan berbeza taraf ekonominya.

Sebenarnya kewujudan kontrak nasional di Malaysia adalah dimanifestasikan oleh Perlembagaan Persekutuan serta pelbagai dokumen yang berkaitan dengan pembentukannya.

Antaranya adalah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 dan 131 memorandum daripada pelbagai pihak yang disampaikan kepada para penggubal Perlembagaan Persekutuan pimpinan Lord Reid.

Di peringkat politik, wujud empat jawatankuasa yang menyumbang kepada pembentukan kontrak ini. Pertama, Jawatankuasa Siasah UMNO pimpinan Tun Razak Hussein; kedua, jawatankuasa di peringkat MCA; ketiga, jawatankuasa di peringkat MIC.

Keempat adalah Jawatankuasa Siasah Sementara Perikatan yang menghalusi seluruh perakuan daripada UMNO, MCA dan MIC sebelum disalurkan kepada pihak penggubal perlembagaan berkenaan.

Tunku Abdul Rahman (25 Disember 1965) pula menegaskan, parti-parti pembangkang - Parti Negara, Parti Buruh dan Semangat Pulau Pinang - menyokong penuh usaha Perikatan memperjuangkan kemerdekaan menerusi jalan perlembagaan. Ini bermakna mereka juga memberikan semangat kepada kewujudan kontrak nasional di Malaysia.

Akhir sekali, semangat dan falsafah kontrak ini adalah terkandung dalam pelbagai perakuan dan persetujuan yang dicapai oleh Jawatankuasa Tiga Pihak atau Tripartite Working Party terdiri daripada wakil Perikatan, Raja-Raja Melayu dan pihak British yang menuntas serta merincikan Perlembagaan Persekutuan sebelum ia dikuatkuasakan.

Huraian ini membuktikan bahawa kontrak nasional di Malaysia adalah terbentuk berasaskan semangat dan falsafah permuafakatan bangsa Melayu, bumiputera, keturunan Cina, keturunan India dan lain-lainnya menerusi proses pembentukan Perlembagaan Persekutuan.

Hakikat ini menepati intipati teori yang dipelopori oleh Thomas Hobbes, John Locke dan Jean-Jacques Rousseau bahawa kontrak sosial wujud apabila terdapat permuafakatan, persetujuan dan penerimaan pelbagai pihak terhadap tuntutan masing-masing untuk membolehkan mereka membina satu masyarakat atau negara secara aman, damai dan harmoni.

Dalam konteks Malaysia, kontrak ini muncul dalam bentuk permuafakatan, persetujuan dan penerimaan pelbagai pihak untuk mentransformasikan Malaysia daripada sebuah negara satu bangsa di era penjajah kepada negara pelbagai bangsa di era merdeka.

Inilah sebabnya Perlembagaan Persekutuan menjadi instrumen undang-undang yang melahirkan warganegara Malaysia yang majmuk. Inilah sebabnya Perlembagaan ini perlu dipelihara bagi menjamin permuafakatan bangsa dan survival negara.

Hakikatnya demikian kerana Perlembagaan Persekutuan inilah yang menyebabkan bangsa Melayu dan Bumiputera mengiktiraf keturunan Cina, India dan lain-lainnya sebagai warganegara.

Hakikatnya juga demikian sebab Perlembagaan inilah juga yang menyebabkan keturunan Cina, keturunan India dan lain-lainnya mengiktiraf bangsa Melayu dan Bumiputera sebagai penduduk asal dan perlu diberikan keistimewaan secara Perlembagaan, walaupun paling minimum.

Inilah sebabnya Perlembagaan Persekutuan memaktubkan pelbagai peruntukan bagi mencerminkan permuafakatan rakyatnya dan bagi meregulasikan perpaduan bangsa, keharmonian agama, keadilan ekonomi serta keselamatan nasional berasaskan prinsip-prinsip universal yang disesuaikan dengan keperluan tempatan.

Inilah juga sebabnya kajian keselamatan menyifatkan Perlembagaan Persekutuan sebagai dokumen undang-undang tertinggi yang dibentuk untuk menjamin survival dan keselamatan nasional Malaysia sebagai negara majmuk.

Lantas bila sesetengah peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dicabar ke peringkat maksimum sehingga mencetuskan tragedi 13 Mei 1969, adalah wajar peruntukan berkenaan dipinda untuk menjamin perpaduan, kemakmuran, keselamatan dan survival negara.

Lantas adalah malang bila tindakan ini dipropagandakan oleh parti-parti pembangkang kononnya sebagai usaha melindungi keselamatan politik pemerintah dan untuk melumpuhkan amalan demokrasi di Malaysia.

Tetapi, mulai akhir 1990-an, bila para sarjana keselamatan antarabangsa memperluaskan konsep keselamatan untuk merangkumi keselamatan masyarakat atau societal security, tindakan kerajaan Malaysia ini terbukti proaktif dan mendepani zaman.

Oleh sebab itu, persepsi negatif mengenai pindaan ini perlu dirobah menerusi kewujudan satu badan bebas untuk menyelidik seluruh aspek keselamatan masyarakat dalam konteks Perlembagaan Persekutuan.

Kesimpulannya, Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen kontrak nasional yang menyebabkan Malaysia menjadi negara majmuk. Ia juga satu dokumen susunan masyarakat yang menjamin kesejahteraan bangsa, kemakmuran ekonomi, keselamatan nasional dan kelangsungan negara.

Oleh sebab itu, kerajaan perlu segera mewujudkan badan bebas untuk menyelidik secara berterusan dan mendalam seluruh impak Perlembagaan Persekutuan kepada keselamatan masyarakat, keselamatan negara dan survival Malaysia sebagai negara majmuk di hari muka.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved