Selasa, 30 April 2013

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Isnin, 29 April 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kelantan sasar hos pusingan kedua Piala AFC

Posted: 29 Apr 2013 10:39 AM PDT

KOTA BAHARU 29 April - Kelantan perlu menang ke atas kelab Myanmar, Ayeyawady United di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, esok, agar dapat mengambil kesempatan menjadi hos perlawanan mereka pada pusingan kedua bola sepak Piala AFC 2013.

Kelantan yang menerajui Kumpulan G dengan 10 mata, dijangka berdepan naib juara Kumpulan E, Kitchee FC dari Hong Kong, pada pusingan kedua yang melibatkan 16 pasukan iaitu dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan.

Pada sidang media sempena perlawanan itu di sini hari ini, jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berkata, kesebelasan utamanya esok tetap sama seperti menentang T-Team dalam Liga Super, Sabtu lalu. - BERNAMA

Pemain Kelantan dapat tanah

Posted: 29 Apr 2013 01:27 PM PDT

KOTA BHARU - Barisan pemain The Red Warriors yang membantu pasukan menjulang kejuaraan treble musim lalu akan menerima lot tanah pada 2 Mei ini sebagaimana yang dijanjikan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebelum ini.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya telah melantik sebuah firma perancang bandar dan wilayah bagi membangunkan kawasan berkenaan.

Menurutnya, gambaran pelan terperinci mengenai kawasan tersebut telah disiapkan bagi membolehkan KAFA memulakan proses menamakan lot-lot itu untuk diberikan kepada pemain yang layak dan surat-surat tawaran secara rasmi akan dikemukakan kepada pemain terbabit.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pegawai polis parah, isteri dan 2 anak maut kemalangan

Posted: 29 Apr 2013 09:32 PM PDT

KUALA TERENGGANU 30 April - Seorang pegawai polis cedera parah manakala isteri dan dua anaknya maut dalam kemalangan di KM 27 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang dekat Wakaf Tapai awal pagi ini.

Supritendan Ghazali Daud, 49, yang bertugas di Unit Agama dan Kaunseling Bukit Aman memandu bersama keluarga apabila kenderaan pelbagai guna yang dinaiki hilang kawalan dan terbabas ke sisi jalan dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 pagi.

Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa ketika mengesahkan kejadian itu berkata, akibat kemalangan itu isteri Ghazali, yang dikenali sebagai Haniza, 40, serta dua anak mereka, Ahmad Fahmi Izzudin, 12; dan Nur Aliah Adibah, 10, maut.

Lima lagi anak mangsa, Ahmad Firdaus Izzudin, 11; Nur Aliah Afifah, 7; Nur Aliah Atikah, 6; Aina Yusro, 3; dan Akilah Husna, tujuh bulan, dilaporkan turut cedera.

Jamshah berkata, semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Berang, Hulu Terengganu sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk rawatan lanjut. - BERNAMA

12 keterangan warga JKDM direkod

Posted: 29 Apr 2013 01:27 PM PDT

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

Keratan Utusan Malaysia pada 27 April.

KUALA LUMPUR 29 April - Polis telah selesai merekod sekurang-kurangnya 12 keterangan daripada pelbagai individu berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim di Putrajaya, Jumaat lalu.

Difahamkan, keterangan terbabit diambil daripada warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang terdiri daripada pegawai-pegawainya, keluarga dan rakan mangsa termasuk pemandunya yang menjadi saksi utama pembunuhan Allahyarham.

Sumber memberitahu, setakat ini polis masih berusaha mengenal pasti motif pembunuhan itu dan tidak menolak kemungkinan disebabkan faktor pekerjaan mangsa.

"Mangsa merupakan seorang pegawai kanan Kastam yang bertanggungjawab melakukan pelbagai operasi di seluruh negara. Oleh itu terdapat banyak motif yang boleh membawa kepada pembunuhan itu termasuk berkaitan kes import dan eksport, dadah, penyeludupan barang dan lain-lain.

"Polis juga akan melihat dari sudut lain merangkumi peribadi mangsa. Kita telah mengambil keterangan orang tertentu seperti kakitangan mangsa untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 8.15 pagi itu, Shaharuddin mati ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya iaitu ketika kenderaan dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan, di Putrajaya.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan kes pembunuhan itu berkemungkinan akibat sindiket jenayah penyeludupan yang tidak berpuas hati dengan ketegasan mangsa.

Shaharuddin sebelum ini dikatakan telah banyak kali menggagalkan cubaan menyeludup barangan komersial dari pelbagai negara terutama China melalui laut dan sempadan negara.

Mengulas lanjut, sumber memberitahu, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan polis sedang berusaha untuk memburu dua lelaki yang menembak mangsa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


waran tangkap pengerusi hindraf

Posted: 29 Apr 2013 01:27 PM PDT

KUALA LUMPUR 29 April - Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Pengerusi Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf), P. Uthayakumar (gambar) ekoran kegagalannya menghadiri perbicaraan kes menerbitkan surat berbaur hasutan yang dihadapinya.

Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi memberitahu pemberita, Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain mengeluarkan perintah tersebut selepas penjamin Uthayakumar mengemukakan sijil cuti sakit pada prosiding hari ini.

Menurut Azlina, penjamin itu menyerahkan sijil cuti sakit bagi pihak Uthayakumar bertarikh 2 April hingga 17 Mei 2013 kepada mahkamah.

"Ketika disoal oleh mahkamah kenapa sijil cuti sakit tidak diserahkan pada 2 April, penjamin itu menyatakan, dia menerima sijil cuti sakit itu pada 4 April lalu dan mendapat arahan daripada Uthayakumar supaya mengemukakannya kepada mahkamah hari ini," kata beliau.

Azlina kemudian memohon sapina diserahkan kepada doktor yang mengeluarkan sijil cuti sakit berkenaan untuk meminta penjelasan lanjut.

Uthayakumar, 49, yang juga seorang peguam bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi merebut kerusi Parlimen Kota Raja dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Andalas di Selangor.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu dibicarakan di mahkamah tersebut atas tuduhan menerbitkan satu surat berbaur hasutan di laman web 'Police Watch', empat tahun lalu.

Surat itu, bertarikh 15 November, 2007 adalah daripada Hindraf dan dialamatkan kepada Perdana Menteri Britain, Gordon Brown di No. 10, Downing Street, London.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya.

Perbicaraan kini di peringkat bela diri.

Dua peguam gagal cabar kesahihan penahanan

Posted: 29 Apr 2013 02:21 AM PDT

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA 29 April - Dua bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) gagal meneruskan saman RM200 juta terhadap Perdana Menteri dan lima pihak lagi dalam usaha mencabar kesahihan alasan penahanan mereka selama 514 hari.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak rayuan M. Manoharan dan P. Uthayakumar untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman mereka dan Mahkamah Rayuan yang mengekalkannya.

Rayuan akhir kedua-dua peguam tersebut ditolak secara sebulat suara oleh panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif.

Beliau yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarop, serta Datin Paduka Zaleha Zahari turut memerintahkan kedua-duanya membayar kos RM5,000.

Dengan keputusan itu, Manoharan dan Uthayakumar tiada peluang untuk mempertikaikan sebab-sebab mereka ditahan selama 514 hari di Kem Tahanan dan Perlindungan Kamunting, Taiping, Perak.

Mereka ditangkap polis pada 13 Disember 2007 dan perintah tahanan bermula hari yang sama.

Manoharan mewakili kedua-duanya manakala Peguam-Peguam Kanan Persekutuan, Najib Zakaria dan Azizan Md. Arshad mewakili enam responden termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pengebom berani mati nekad rempuh bas

Posted: 29 Apr 2013 11:54 AM PDT

PESHAWAR, Pakistan 30 April - Seorang pengebom berani mati bertindak nekad merempuh sebuah bas di bandar ini menyebabkan lapan orang mati dan 45 yang lain cedera.

Dua kakitangan pejabat konsulat Afghanistan antara mangsa dalam serangan tersebut, yang menjadikan kakitangan kerajaan sebagai sasaran utama.

Keganasan berdarah tersebut berlaku menjelang pilihan raya yang dijangka diadakan 11 Mei ini.

Sejak 11 April lalu, seramai 58 calon terbunuh dalam serangan ke atas ahli-ahli dan parti politik. - AFP

39 terbunuh dalam siri serangan bom di Iraq

Posted: 29 Apr 2013 10:44 AM PDT

BAGHDAD 30 April - Sekurang-kurangnya 39 orang terkorban dan 89 yang lain cedera dalam beberapa siri serangan bom di seluruh Iraq, hari ini.

Kebanyakan serangan bom berlaku di kawasan yang didiami puak Syiah.

Serangan yang paling besar berlaku di Amara yang terletak kira-kira 400 kilometer di tenggara Baghdad di mana sebuah kereta yang dipenuhi bahan letupan meletup di pasar menyebabkan 16 orang terbunuh dan 25 lagi cedera.

Sementara itu di Diwaniyah, yang terletak kira-kira 150 kilometer di selatan Baghdad, sebuah kenderaan yang diletakkan bahan letupan meletup sekali gus meragut empat nyawa dan mencederakan 33 yang lain. - dpa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Generasi kedua tidak dianak tiri

Posted: 29 Apr 2013 01:27 PM PDT

Oleh M.RIZAL NOR
utusanktn@gmail.com

DR. AHMAD Shukri Ismail (duduk, tengah) bergambar bersama golongan belia di Felda Jengka 10, baru-baru ini.

JERANTUT 29 April - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya generasi kedua Felda Jengka 10 di sini dianaktirikan kerana tidak tersenarai untuk memohon rumah seperti yang diumumkan oleh Felda baru-baru ini.

Beliau yang juga calon kerusi DUN tersebut berkata, kerajaan tidak pernah mengabaikan mana-mana kawasan tanah rancangan Felda untuk projek perumahan bagi golongan tersebut, namun perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat.

"Pembinaan rumah untuk golongan itu bagi fasa pertama akan dilaksanakan di Felda Padang Piol, Kota Gelanggi 1,2,3 dan 4, Sungai Retang, Jengka 9 serta Jengka 12.

"Mereka yang tinggal di kawasan lain perlu bersabar kerana peringkat kedua akan menyusul nanti," katanya ketika berucap dalam program Malam Santai Belia Jengka 10 di sini baru-baru ini dan turut dihadiri oleh Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din.

Ahmad Shukri memberitahu, Felda akan membina sebanyak 20,000 unit rumah generasi tersebut di seluruh negara dalam tempoh lima tahun dengan 4,000 unit dibina setiap tahun.

"Kepada mereka yang belum disenaraikan, jangan cepat melatah kerana nama terbabit akan diundi pada 2014 dan tahun seterusnya jika kerajaan BN diberi mandat di negeri ini," ujarnya.

Pada masa sama, beliau berharap golongan itu akan terus menyokong kerajaan BN bagi memastikan projek perumahan itu dapat diteruskan pada masa depan.

1,000 bakal terima insentif tanam semula di Bera

Posted: 29 Apr 2013 01:27 PM PDT

ISMAIL Sabri Yaakob menunjukkan surat kelulusan Skim Intensif Tanaman Semula untuk 1,000 peneroka dalam sidang akbar di Pejabat UMNO, di Bera, semalam.

BERA 29 April - Sebanyak 1,000 peneroka di Parlimen ini yang masih belum mendapat bayaran Skim Insentif Tanaman Semula (SITS) sawit menerima khabar gembira apabila permohonan mereka sudah diluluskan kerajaan.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan itu, Lembaga Pelesenan Minyak Sawit (MPOB) akan membuat pembayaran tersebut secara berperingkat bermula dengan pekebun di Felda Triang 1 dan Mengkuang tidak lama lagi.

Katanya, keseluruhan bayaran tersebut berjumlah RM4 juta melibatkan RM1,000 untuk setiap hektar yang mana setiap peneroka akan menerima RM4,000.

''Sebab mereka tidak terima sebelum ini kerana tempoh penebangan pokok sawit masih baharu. Mana yang ditebang sebelum 2011, semua telah menerima bayaran masing-masing.

''Selain itu, kesemua permohonan ini melibatkan peneroka yang mengusahakan kebun secara sendiri, tetapi alhamdulillah isu ini sudah selesai dan tarikh pembayaran ditentukan kemudian," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jentera BN di sini hari ini.

Katanya, peneroka Felda yang terlibat ialah di Purun iaitu 32 orang, Mayam (15), Triang 3 (110), Triang 1 (231), Kumai (177), Tementi (102), Rentang (65), Bukit Mendi (251), Bukit Puchong (185) dan Mengkuang, 85 orang.

Menurut Ismail Sabri, dengan pengumuman ini diharapkan pekebun terlibat tidak perlu lagi berasa bimbang kerana permohonan mereka diluluskan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi sepucuk surat bertarikh 10 April lalu.

Katanya, sehubungan itu, mereka tidak perlu mendengar tohmahan pembangkang yang menjadikan perkara ini sebagai isu di Parlimen ini, sebaliknya bersabar sementara menanti bayaran dibuat.

''Jadi, kalau ada masalah bukan pembangkang yang patut mereka cari tetapi kita, kerana sebagai kerajaan, BN mampu menyelesaikan masalah mereka.

''Sebab ada peneroka kadang-kadang terpengaruh dengan janji pembangkang kononnya kalau memerintah permohonan mereka akan luluskan. Namun, kita sekarang sedang memerintah, dan kita luluskan sekarang.

''Yang pembangkang, semuanya kalau tetapi kita ambil tindakan segera," jelasnya.

Penduduk Alor Akar terima geran rumah

Posted: 28 Apr 2013 12:59 PM PDT

Chang Hong Seong (kiri) beramah mesra dengan penduduk yang mendapat hak milik strata rumah mereka di Alor Akar, Kuantan, kelmarin.

KUANTAN 28 April - Hasrat 85 penduduk Rumah Pangsa Alor Akar di sini untuk mendapat hak milik strata rumah mereka akhirnya tercapai selepas penghuninya berjaya melunaskan sewa beli dalam tempoh yang ditetapkan.

Seorang penerima, Abdul Hamid Zainal Abidin, 54, berkata, penyerahan hak milik ini merupakan satu rahmat dan anugerah besar kerajaan kepadanya.

"Ini merupakan satu nikmat bermakna yang tidak pernah dijangka menjadi kenyataan.

"Saya amat gembira dan berterima kasih kepada kerajaan. Sumbangan oleh pihak kerajaan ini tidak akan kami lupa sehingga akhir hayat," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Bagi Mariah Ali, 54, pula melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang mengurniakan hak milik rumah yang telah didudukinya sejak 25 tahun lalu.

"Inilah yang dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Janji Ditepati. Siapa pun yang menyampaikannya, ini adalah satu pemberian yang cukup bermakna dan tiada nilainya ," katanya dengan penuh terharu.

Menurut Senah Mat Daud, 50, dia menunggu detik gembira itu sejak 25 tahun lamanya dan pastinya pemberian hak milik tersebut adalah anugerah Allah yang dinanti-nantikan.

"Saya bersyukur kerana menerima geran ini. Terima kasih kepada kerajaan kerana menjadikan impian ini sebagai kenyataan," katanya.

Sementara itu, calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teruntum , Datuk Chang Hong Seong berkata, dalam majlis hari ini, sebanyak 18 penduduk mendapat hak milik rumah mereka.

"Selebihnya iaitu 69 orang sedang dalam proses dan dijangka siap dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi.

"Saya harap mereka simpan baik-baik geran tersebut. Jangan pula jual sebab sekarang ini nilai hartanah di Kuantan sedang meningkat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Komputer pintar Samsung ATIV

Posted: 29 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

MENAWARKAN jaringan 3G serta peranti Samsung ATIV Smart PC sebagai teknologi terbaru, kerjasama di antara Celcom Axiata Berhad dan Samsung Malaysia Electronics bakal memberikan pelbagai kelebihan kepada pengguna.

Mula dilancarkan sejak Januari lalu, produk Samsung ATIV Smart PC ditawarkan bersama pakej 3G menerusi pengedar terpilih dan juga di stor Blue Cube seluruh negara.

Gabungan bersama peranti komputer riba yang juga sebuah tablet menjadikan pakej tersebut amat sukar untuk ditolak.

Tambahan pula, jaringan 3G yang ditawarkan oleh Celcom merupakan pengendali jaringan data yang terbaik di negara ini.

Komputer riba yang menggunakan platform Windows 8 serta pelan Celcom First Data ditawarkan pada kadar harga cuma RM1758 bergantung kepada pelan dan juga tempoh komitmen yang diambil.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran, Celcom Axiata Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin, pihaknya amat berbangga menjalinkan usaha sama bersama Samsung serta tawaran Samsung ATIV Smart PC.

Peranti ini merupakan peneman yang terbaik bersama jaringan kami yang memiliki kelajuan yang tinggi, sebaran yang lebih luas, serta jaringan mobiliti yang lebih stabil untuk kegunaan pengguna.

Kerjasama ini juga mampu mengukuh serta mengembangkan pilihan rangkaian peranti selular agar pelanggan kami mampu memilih peranti yang terbaik bersesuaian dengan kehendak mereka," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Samsung ATIV Smart PC memiliki pelbagai kelebihan yang menarik antaranya menggunakan pemproses Intel Atom, slot USB, slot kad microSD, slot micro HDMI dan juga soket fon kepala.

Bagaimanapun kelebihan Samsung ATIV Smart PC yang boleh ditukar daripada komputer riba kepada tablet juga menjadikannya mudah untuk disesuaikan sama ada untuk tujuan kerja dan juga santai.

Kelebihan skrin sesentuh lima jari serta jangka hayat bateri yang lebih lama (sehingga 13.5 jam), kamera depan dan belakang, kelebihan teknologi Samsung S Pen dan S Note menjadikan peranti ini amat menarik untuk dimiliki.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web celcom di www.celcom.com.my atau laman web Samsung di www.samsung.com/my.

Huawei tubuh Pusat Inovasi

Posted: 29 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Pusat Inovasi Huawei yang baharu beroperasi di Petaling Jaya, Selangor.

SEBAGAI salah sebuah syarikat yang sedang berkembang serta memiliki cawangan di serata dunia, Huawei kini mengorak langkah mewujudkan pusat inovasi bagi memantapkan pengeluaran produknya.

Seperti mana yang kita ketahui, segmen barangan elektronik pada masa kini merupakan antara segmen yang memiliki persaingan teramai.

Bidang yang sedang giat berkembang di serata dunia itu sentiasa memerlukan idea serta inovasi yang terbaru bagi menambat pengguna.

Menyedari fenomena tersebut, Huawei Enterprise Malaysia juga tidak ketinggalan mengikut perkembangan semasa dengan menubuhkan Pusat Inovasi Huawei di premis Qantrex Corportion, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Menurut Timbalan Presiden Rantau Pasifik Selatan, Huawei Enterprise, Jeff Hwong, pihaknya memiliki hampir 150,000 pekerja di seluruh dunia bersama 14 buah pejabat rantau, 140 cawangan termasuk 16 buah pusat penyelidikan dan pengembangan (R&D) dan juga 45 buah pusat latihan.

Sebagai sebuah organisasi yang menumpukan perhatian kepada inovasi, hampir separuh daripada jumlah pekerja kami menumpukan perhatian terhadap inovasi untuk menghasilkan produk dan juga solusi yang terkini.

Huawei turut menumpukan perhatian kepada pertumbuhan global di masa hadapan bersama pengukuhan kerjaya, enterprise dan pasaran pelanggan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pusat Inovasi Huawei di premis Qantrex Corportion, di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Malah katanya, Huawei juga sedang mempertingkatkan kecekapan dalam setiap segmen pasaran yang diceburi bagi menawarkan produk yang terbaik kepada pengguna.

Kerja keras juga pelaburan yang berterusan dilakukan kini Huawei mulai dikenali oleh pemain-pemain utama industri ini," katanya.

Selain itu, Huawei juga turut menerima pelbagai anugerah antaranya anugerah Corporate use Innovation daripada majalah The Economist dan tersenarai antara lima syarikat Paling Inovatif di dunia oleh majalah perniagaan di Amerika Syarikat, FastCompany.

Oleh yang demikian, kini kami amat komited dalam menghasilkan barisan produk solusi ICT yang berkualiti tinggi kepada penguna," ujarnya.

Pusat Inovasi Huawei di Qantrex Corportion juga merupakan antara pelaburan terbesar yang dilakukan di negara ini.

Pusat tersebut juga bakal menyediakan pelbagai produk dan solusi ICT di dalam satu kawasan khas dan boleh diibaratkan sebagai sebuah pusat sehenti bagi Huawei.

Di sana, pengunjung mahupun pelanggan boleh melihat sendiri pelbagai produk terbaru keluaran Huawei serta membelek sendiri produk tersebut dengan dibantu oleh petugas yang ada.

Menerusi peluang tersebut, pengunjung dapat mengenali Huawei serta produknya dengan lebih dekat.

Malah, dengan bantuan kakitangan Qantrex Corportion sebagai pengiring, pelanggan bebas untuk meneroka serta bertanyakan apa jua soalan berkenaan Huawei serta produk-produknya.

Dalam pada itu, pelbagai produk yang terbaru juga akan dipamerkan bagi memudahkan pelanggan tetap Huawei mengikuti perkembangan syarikat tersebut.

Antara produk-produk lain keluaran Huawei adalah Panoramic Telepresence pertama dunia, produk Video Conferencing semua dalam satu pertama dunia serta inovasi terbaru telefon IP dan produk serta unit penyimpanan komunikasi IP.

Jelas Jeff lagi, produk ICT serta solusi yang dihasilkan oleh Huawei telah banyak membantu organisasi serta syarikat seluruh dunia untuk beroperasi dengan lebih efisyen.

Malah, pelanggan Huawei terdiri daripada pelbagai industri sama ada kerajaan, kewangan, utiliti, pendidikan, pengangkutan, kesihatan, logistik, tenaga dan media.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Qantrex Corportion Sdn Bhd, Denrick Tan berkata pihaknya merupakan pengedar tetap Huawei sejak 2011 lagi.

Huawei merupakan sebuah jenama yang menawarkan solusi yang komprehensif kepada kebanyakan usahawan.

Kami percaya menerusi kerjasama bersama Qantrex Corportion dapat membantu pelanggan dan juga rakan kongsi kami memperolehi kefahaman bagai mana produk solusi yang ditawarkan oleh Huawei berfungsi," katanya.

Qantrex Corportion merupkan syarikat yang lebih dikenali dengan profesionalisme dan kecekapan dalam menyediakan barisan Data Komunikasi, Pemantauan IP, Wireless LAN, Keselamatan dan Solusi Penyimpanan serta Solusi ICT sejak 2001.

Kini, Qantrex Corportion membariskan pelbagai produk Huawei dan juga solusi ICT untuk kegunaan usahawan di pasaran.

Dalam pada itu, Huawei juga turut merangka polisi yang stabil untuk menggalakkan kerjasama dan perkongsian di antara rakan niaganya bagi memastikan situasi menang-menang di antara kedua-dua belah pihak.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Yusof Haslam enggan komen hubungan Syamsul-Puteri Sarah

Posted: 29 Apr 2013 01:19 AM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 29 April - Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam mahu anaknya, Syamsul, 29, yang dikatakan sedang dilamun cinta dengan pelakon Puteri Sarah Liyana menumpukan perhatian kepada pembikinan filem.

Enggan membuat sebarang komen mengenai hubungan itu,menurut Yusof buat masa ini dia mahu Syamsul memberi tumpuan kepada filem arahannya, KL Gangster 2 yang masih di dalam pembikinan.

"Sama ada saya tahu atau tidak saya tidak mahu komen (mengenai hubungan cinta Syamsul).

"Syamsul kini berada di Bangkok, Thailand untuk urusan filem arahannya, jadi saya minta dia tumpukan perhatian untuk menyiapkan filem itu dahulu," katanya.

Ditanya sama ada dia merestui, jika benar anaknya itu menjalinkan hubungan dengan Puteri Sarah, bagi Yusof sebagai seorang dewasa, Syamsul mempunyai hak untuk membuat keputusan.

"Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak mahu komen apa-apa berkaitan hubungan ini.

"Sebagai seorang yang dewasa Syamsul mempunyai hak untuk membuat pilihan hidup, cuma buat masa ini saya mahu dia segera menyiapkan kerjanya dahulu," katanya.

Kisah percintaan Puteri Sarah dan Syamsul mula menjadi perhatian apabila bekas kekasih Puteri Sarah, Ammar Alfian baru-baru ini membuat pengakuan terbuka mengenai hal itu kepada sebuah portal berita. - UTUSAN ONLINE

Tidak tertekan semakin tua

Posted: 29 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
Gambar Jeffri Iran

REZEKI anak-anak, Ziana dipilih sebagai duta terbaru safi rania.

MELANGKAU ke alam 40-an mana-mana wanita juga pastinya akan berasa gusar dengan diri sendiri. Bukan soal tidak mahu menerima kenyataan, namun hal ini akan menjadi lebih rumit jika kesedaran itu tidak hadir melalui pemahaman sendiri.

Melengkapkan pusingan kehidupan manusia, setiap dari kita akan melalui fasa yang sama, tidak kira selebriti mahupun orang biasa. Berbicara soal usia dengan penyanyi yang sudah 22 tahun berada didalam industri ini, dia mengakui tempoh menerima keadaan itu tidak semudah yang disangka.

Mungkin ramai yang beranggapan penampilan penghibur hebat ini sudah cukup sempurna, namun bagi pemilik nama Siti Roziana Zain, 45, reda merupakan perkataan yang tepat untuk menggambarkan keadaannya melepasi saat-saat sukar itu.

Menurut Ziana, soal kecantikan merupakan antara perkara yang tidak ada kompromi. Namun meningkat usia ada sesuatu yang mula membuatkan dia faham mengenai tubuhnya kini. Faham keadaan ini normal, soal takut nampak tua" tidak seharusnya menjadi bebanan buat mereka seusia dirinya.

Sejujurnya, keadaan ini mula meruncing bila saya melahirkan anak kembar.

Melihat keadaan diri ketika itu, memang saya tertekan. Mungkin selama ini sudah selesa dengan penampilan yang lebih ramping, saya jadi tidak keruan. Namun, syukur suami banyak membantu melalui saat-saat sukar ini dengan sentiasa memberikan motivasi terbaik," katanya.

Berkongsi cara untuk mengatasi keadaan itu, menurut Ziana sebagai seorang selebriti, tekanan yang dirasai agak teruk memandangkan persekitarannya sentiasa memerlukan dia nampak cantik.

Hanya melalui disiplin yang tinggi kita mampu melakukan perubahan kepada badan kita.

Namun apa yang kita perlu tahu, badan kita akan sentiasa berubah mengikut umur. Dan jika kita tidak dapat menerima kenyataan itu, ia akan menyebabkan kita terus berada didalam keadaan yang tertekan sampai bila-bila," katanya.

Bukan soal nampak muda yang menjadi perkiraan penting buatnya kini. Apa yang dia mahu ialah kesihatan yang baik merupakan perkara utama yang harus diberi penekanan.

Melalui kesihatan yang baik, barulah kita sebenarnya boleh menikmati kehidupan yang ceria. Dan bila ini berlaku secara automatiknya ia memberi rangsangan yang baik buat kulit wajah kita.

Dan satu perkara yang penting juga adalah untuk memahami tubuh badan kita sendiri. Jangan ikut orang lain, kerana kesannya mungkin tidak akan sama untuk kita," katanya yang sering melakukan yoga untuk mengekalkan kesihatan diri.

Berbicara soal dunia kecantikan moden yang kini menjadi rutin buat artis di negara ini, menurut Ziana dia akui pernah menerima rawatan seperti suntikan vitamin C. Namun setelah mengetahui kesan jangka panjang rawatan tersebut dia kini lebih rela untuk menggunakan produk kecantikan sahaja.

Mula-mula melihat kesannya terhadap kulit mereka yang menggunakan rawatan moden ini memang saya teruja. Malah saya akui pernah mencubanya.

Namun menemui doktor dan bertanyakan sendiri kesan jangka panjang, mereka menasihatkan saya supaya tidak bergantung harap kepada suntikan ini kerana ia bakal menyebabkan saya lebih sengsara pada masa hadapan.

Dan antara kesannya adalah mengalami masalah buah pinggang dan otot muka menjadi kebas," katanya.

Dipilih menjadi duta produk Safi Rania Diamond selama dua tahun, menurut Ziana dia sangat selesa untuk bertemu dengan produk yang sesuai dengan kulit wajahnya. Mengakui agak cerewet tentang soal kecantikan, bagi Ziana jika ada yang bertanyakan sama ada dia memiliki insuran kecantikan, secara jujurnya dia tidak memerlukan lagi.

Produk Safi Rania Diamond merupakan antara produk yang memenuhi setiap permintaan saya. Ini kerana ianya di formulasi untuk kulit wanita yang berumur 40 tahun ke atas.

Cantik itu subjektif, bagi saya apa yang penting adalah untuk sentiasa nampak kemas dan bersih. Soal insuran pula saya tidak nampak ia penting, ini kerana apa yang saya ada kini bukan milik saya. Sebagai peminjam" saya hanya mahu menghargainya sebaik mungkin," katanya.

Rahsia rumah tangga

15 tahun lalu kisah cinta di antara dua kekasih ini diabadikan melalui ikatan yang sah, mengharungi pelbagai kisah suka duka bersama, Ziana dan suaminya Armin Zaharin, 49 kini bahagia dengan kehadiran empat orang anaknya anak mereka. Berkongsi rahsia kerukunan rumah tangga, menurut Ziana sikap bertolak ansur sentiasa menjadi jawapan kepada segala permasaalahan.

Kami berdua datang dari dunia yang cukup berbeza. Apabila berkahwin saya dapat rasakan keadaan itu lebih susah apabila kami berdua tinggal bersama.

Mengambil langkah mudah saya banyak mengalah pada awalnya. Mungkin melalui pengorbanan itu suami saya kini mula menghargai saya dan apa yang agak kelakar, sekarang ini, dia pula yang lebih banyak bersabar," katanya ketawa.

Tidak menafikan pernah melalui saat-saat biasa bermasam muka, menurut Ziana jika difikirkan kembali hanya dengan cara itu sahaja dia dapat mengenali dengan lebih mendalam siapa suaminya. Nasihatnya hanya satu, perlu sentiasa melihat masalah yang timbul itu dengan fikiran yang positif.

Komunikasi yang baik sentiasa menjadi tiang kepada hubungan suami isteri.

Soal saling mempercayai juga sentiasa menamatkan keraguan didalam diri masing-masing. Ini kerana kami tahu tanggungjawab didalam pekerjaan menuntut kami berbuat begitu," katanya panjang lebar.

Melihat beberapa artis seangkatannya sudah melalui episod perceraian, Ziana percaya setiap yang berlaku mempunyai hikmah yang terbaik buat kehidupan masing-masing. Tidak mahu terlalu mengulas mengenai soal ini, dia pasti setiap yang bersabar akan sentiasa mendapat ganjaran yang lebih baik pada masa depan.

Melalui putaran kehidupan, kita dapat melihat soalan itu bukan lagi perkara luar biasa, mungkin ada silap di mana-mana. Tetapi bagi saya apa yang penting adalah sentiasa bersabar dan percaya dengan kelebihan berdoa.

Dan apa yang lebih penting buat saya kuat adalah untuk memastikan anak-anak membesar dengan persekitaran yang bahagia. Apa yang kita perlu tahu hidup ini bukan sahaja mengenai kita, tetapi juga kehidupan anak-anak yang baru mahu mengenal dunia," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Agrochallenge rentas benua

Posted: 29 Apr 2013 02:00 AM PDT

Peserta Agrochallenge bergambar kenang-kenangan sebelum meneruskan program lawatan di Vietnam dan Kemboja.

MENURUT Setiausaha KUAT, Aminuddin Mohamad, Agrochallenge adalah sebuah program lawatan sambil belajar ke sektor pertanian dalam dan luar negara.

Program ini dianjurkan oleh KUAT dan disokong sepenuhnya oleh kementerian dan telah dilaksanakan sejak tahun 2004 lagi.

Program Agrochallenge ke luar negara telah banyak kali diadakan dan kali ini kami ke Kemboja dan Vietnam bagi melihat sendiri kaedah pertanian serta polisi yang diamalkan oleh mereka," katanya.

Berkonsepkan Seeing is Believing, sebelum ini Agrochallenge bukan sahaja menjelajah dan melihat projek-projek pertanian yang berjaya di dalam negara malah turut telah melawat projek-projek pertanian di luar negara yang lain seperti Thailand (Bangkok, Chiang Mai, Chiang Rai).

Antara negara lain adalah seperti Indonesia (Jakarta, Bandung, Surabaya, Makassar), Australia (Melbourne, Sydney) dan lain-lain lagi destinasi pertanian yang menarik.

Hampir setiap misi Agrochallenge disertai oleh wakil daripada kementerian termasuk program ke Kemboja dan Vietnam .

Kunjungan kali ini turut disertai Jabatan Pertanian Jabatan Perikanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Selain itu, program tersebut turut disertai oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Agrobank dan Tekun Nasional.

Jelas Aminuddin, objektif program Agrochallenge ke Kemboja dan Vietnam ialah menyediakan satu landasan terbaik untuk melaksanakan transformasi pertanian negara dengan pelbagai pendedahan projek pertanian di negara-negara tersebut.

Selain itu, kita juga boleh melebarkan jaringan kerjasama dan perniagaan di peringkat antarabangsa," katanya.

Perjalanan program Agrochallenge bermula di ibu negara Kemboja, Phnom Penh, yang mana peserta seramai 30 orang dibawa mengunjungi Muzium Toul Sleng, sebuah sekolah yang ditukarkan menjadi pusat tahanan dan penyiksaan semasa pemerintahan Rejim Polpot.

Keesokannya, peserta dibawa ke perkampungan petani yang dikenali sebagai Kampung Chao Doc yang juga sebuah perkampungan Islam di Vietnam dengan menaiki bot.

Sepanjang perjalanan dapat dilihat kawasan pertanian yang dipenuhi dengan sawah padi serta ladang-ladang sayuran di sepanjang sungai.

Apa yang jelas, selepas era peperangan dan kekejaman rejim Polpot, rakyat Kemboja membangun semula dengan mengambil pendekatan pertanian.

Kemboja mengambil pendekatan tersebut kerana perkara asas yang diperlukan oleh rakyatnya ketika era selepas peperangan adalah makanan.

Oleh yang demikian tidak hairanlah Kemboja menjadikan beras sebagai komoditi utama perdagangannya dengan negara-negara luar termasuk Malaysia kerana rata-rata rakyatnya menanam padi sebagai sumber pendapatan utama.

Selain dijadikan makanan ruji, hasil perdagangan beras juga mampu meningkatkan sosio-ekonomi rakyatnya dan tidak mustahil sepanjang jalan ke Vietnam apa yang dilihat peserta hanyalah kehijauan sawah padi.

Ujar Aminuddin, Kampung Chao Doc tersebut merupakan antara perkampungan yang menjadi perhatian KUAT dalam usaha membantu mereka di sektor pertanian.

Apabila melawat ke sini (Kampung Chao Doc) saya dapati mereka agak ketinggalan dari segi teknologi serta amalan pertanian.

Tidak seperti di Malaysia, mungkin kerana kekurangan pengetahuan serta teknologi yang sesuai menjadikan sektor pertanian di perkampungan tersebut agak ketinggalan," katanya.

Melihat kepada kekurangan tersebut, KUAT bakal menjayakan program khas bagi membantu penduduk tersebut menerusi kerjasama si sektor pertanian.

Kami (KUAT) akan ke sini lagi (Kampung Chao Doc) untuk menjayakan beberapa program kerjasama pertanian bagi membantu penduduk di sini meningkatkan ekonomi mereka," katanya.

Setelah puas beramah mesra bersama penduduk Islam di sana, perjalanan diteruskan dengan lawatan sepanjang Delta Mekong bagi melihat aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh rakyat Vietnam di sepanjang kawasan tersebut.

Setelah bermalam di daerah Chao Doc, perjalanan diteruskan ke banda raya Ho Chi Minh sambil singgah sebentar di pasar berhampiran bagi melihat kerancakan perniagaan sektor pertanian di Vietnam.

Tidak dinafikan Vietnam sedikit ketinggalan berbanding Malaysia namun, sektor pertanian mereka berkembang baik.

Peserta dibawa melihat sendiri aktiviti jual beli membabitkan produk pertanian seperti buah-buahan, makanan ruji serta produk perikanan.

Selain itu, bunga-bungaan juga merupakan antara tarikan utama di Vietnam di mana masyarakatnya amat menggemari tumbuhan tersebut sebagai hiasan.

Oleh yang demikian, motosikal merupakan pilihan utama di tambah pula lambakan kenderaan tersebut yang dibawa masuk dari negara China.

Kesesakan serta kesibukan bandar raya Ho Chi Minh tidak menjejaskan program Agrochallenge dan peserta seterusnya dibawa melawat ke Southern Horticultural Research Institute (SOFRI).

Institut tersebut merupakan antara institusi pertanian yang ternama di Vietnam yang berperanan sama seperti MARDI.

Di institut tersebut, peserta diberi penerangan berkenaan polisi, amalan serta tugas-tugas pusat tersebut dalam membantu mengembangkan sektor pertanian di Vietnam.

Penerangan diberikan oleh Penolong Pengarah, Akademi Sains Pertanian Vietnam, SOFRI, Nguyen Van Hoa.

Menurutnya, Vietnam merupakan negara membangun justeru, sektor pertanian merupakan fokus utama negara itu.

Pusat ini berfungsi membantu rakyat Vietnam yang mengalami masalah dalam sektor pertanian dari segi khidmat nasihat serta kemahiran pertanian, ujarnya.

- ASHRIQ FAHMY AHMAD

Manisan penyeri majlis perkahwinan

Posted: 29 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Buat masa ini Rohana hanya memiliki dua unit dapur yang dibekalkan oleh MARDI.

DIJADIKAN sebagai buah tangan bagi tetamu yang hadir di setiap kenduri kahwin, gula-gula atau manisan Terengganu merupakan antara makanan popular di negeri pantai timur tersebut.

Usahawan industri kecil sederhana (IKS) Rohana Md. Noor, 49 menjadikan manisan tersebut sebagai punca pendapatan utamanya.

Bermula daripada suka-suka akhirnya Rohana membuka sebuah bangsal berhampiran rumahnya untuk membuat manisan yang semakin mendapat perhatian masyarakat kampungnya.

Saya tidak memiliki pelajaran yang tinggi, jadi saya cuba-cuba buat gula-gula ini dan jual kepada pelajar sekolah dan orang ramai sekitar kampung," katanya ketika ditemui dalam program lawatan bersama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini.

Jelas Rohana lagi, gula-gula atau manisan tersebut bukanlah produk baru, malah produk makanan tersebut amat dikenali sekitar Kuala Terengganu.

Manisan ini merupakan makanan tradisional orang dulu-dulu, tetapi saya cuba perbaharui dengan menambah pelbagai perisa lain serta kekacang.

Resipinya saya peroleh daripada ibu saya dan daripada dia jugalah saya belajar membuat manisan ini," katanya.

Menerusi kelainan yang dibuat oleh Rohana, manisannya mendapat perhatian sekitar kampung sebelum ada yang datang dari luar untuk menempah.

Sehingga kini, Rohana tidak menang tangan untuk menghasilkan manisan apabila tempahan yang diterima semakin meningkat.

Jika dahulu, proses pembuatan manisan tersebut hanya dilakukan di dalam rumah dan secara kecil-kecilan.

Namun setelah mendapat bantuan daripada MARDI berupa bantuan pembinaan bangsal, peralatan memasak, rak serta kursus rezekinya semakin bertambah.

Menurut Rohana, dia hanya menggunakan gula kabung, kacang serta perisa bagi mendapatkan kelainan.

Sehari saya akan mengacau (masak) tiga buah kuali yang mana setiap kulai mampu menghasilkan hampir 30 bungkus manisan.

Setiap bungkusan mengandungi 10 biji manisan pelbagai perisa," katanya.

Apa yang menjadi kekangan Rohana adalah, bermula proses mengacau adunan manisan yang memerlukan hampir tiga jam, menguli sehingga kepada pembungkusan adalah dilakukan secara manual.

Buat masa ini, Rohana dibantu oleh adik-beradik serta anak-anaknya bagaimanapun manisan yang dihasilkan adalah terhad serta tidak mampu memenuhi permintaan yang ada.

Rohana pernah menerima tempahan sehingga 1,000 bungkus sehari namun terpaksa menolak dengan cara baik kerana tidak mampu menghasilkan manisan sebanyak itu.

Bagaimana pun, dia bercita-cita untuk memiliki sebuah mesin khas yang mampu membantunya mengacau manisan agar masa memasak dapat dipendekkan.

Selain membantu menyediakan kemudahan peralatan memasak serta bangsal khas untuk membuat manisan, MARDI turut membantu Rohana dalam urusan pembungkusan produk.

Ujarnya, pelekat yang digunakan pada bungkusan tersebut juga turut disediakan oleh MARDI bagi membantu mempromosi produknya.

Dia juga menghasilkan produk sampingan yang dikeluarkan mengikut tempahan dan kebiasaannya tempahan diterima apabila menjelangnya musim perayaan.

Produk manisan Rohana turut dipasarkan keluar Terengganu, namun dia lebih menumpukan perhatian dengan menghasilkan manisan untuk dijadikan buah tangan majlis kenduri kahwin.

Untuk tempahan kenduri kahwin pun kadang kala saya tidak menang tangan, tapi syukurlah usaha saya selama ini semakin membuahkan hasil," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Nasib menantu miskin

Posted: 27 Apr 2013 12:51 PM PDT

MENJALANI hidup berumah tangga, tak selalu bahagia seperti yang dicitakan dan tak semestinya derita seperti yang dibimbangkan. Biasanya latar belakang seseorang menantu memainkan peranan menentukan bahagia atau sebaliknya. Terutama kalau menantu miskin, kehadiran kita tidak disukai mentua. Ini yang saya alami selama sembilan tahun berkahwin.'' Itu cerita Azihani dalam e-melnya.

''Kini saya ada dua orang anak dan saya merancang keluarga sebab bimbang masa depan yang belum pasti, kerana sering diganggu mertua. Saya takut kalau ramai anak. Apa akan jadi kepada mereka kalau ditakdirkan saya diceraikan.

''Saya tiada tempat mengadu, ibu bapa sudah lima tahun meninggal dunia, adik-beradik walaupun ramai bukan tempat meminta tolong sebab mereka bukan berpendapatan tinggi. Jadi saya fikir dengan dua anak saya boleh hadapi hidup, berdikari jika ditakdirkan diceraikan.

''Saya tidak minta diceraikan, tetapi kerana sering diganggu, dihasut saya takut, mana tahu apa yang dibimbangkan jadi kenyataan. Saya bukan kaki melawan, saya pasrah ditakdirkan sesuatu keburukan berlaku ke atas diri saya.

''Memang sekarang suami saya Faiz baik, tetapi saya tak boleh baca fikirannya lima tahun lagi. Manusia boleh berubah. Tambahan pula kehadiran saya dalam keluarganya sejak awal tidak disenangi ibu mertua, Saya berpendapat apa juga masalah yang dihadapi dari dulu hingga sekarang berpunca daripada latar belakang keluarga saya, kami orang susah. Kami warga setinggarden (rumah setinggan).

''Namun bukan semua warga stinggarden susah, ada senang. Malah ada mempunyai kereta dan rumah besar. Tetapi keluarga kami memang susah, ayah jadi buruh adik-beradik pula ramai. Bayangkan kesusahan kami, tetapi saya bangga dapat bantuan pelajaran dari kerajaan hingga masuk kolej, begitu juga adik-beradik lain, ada masuk Giat Mara, politeknik dan kolej. Walaupun tak mewah tapi kami ada pekerjaan dan didikan yang kami terima. Syukur!

''Tapi adik-beradik Faiz, walaupun ayahnya gaji besar, berpangkat, seorang ipar saya tak bekerja sebab tak lulus SPM dan dia tak mahu berkerja. Seorang lagi lulusan kolej tapi dia juga tak mahu bekerja, jadi mereka makan tanggung di rumah. Sebab dari awal kehidupan mereka segalanya disediakan oleh ibu, mereka tak perlu risau. Bukan seperti adik-beradik saya, kami berhempas pulas belajar bila lulus cari kerja, baiki taraf hidup keluarga dan diri sendiri.

''Mungkin kerana perbelanjaan makin meningkat setelah ayah mertua bersara, Faiz jadi sasaran sumber kewangan, janji boleh bantu ibu, itu pesan mertua setiap kali kami berkunjung ke rumahnya.

''Saya tak faham apa sebenar punca kebencian ibu mertua. Dulu saya syak kerana saya miskin dan mereka berada, lepasi tu saya lihat mertua dan ipar saya cemburukan pekerjaan saya, sebab saya lulusan kolej dan saya bekerja di syarikat GLC. Dan sejak itu cerita kekurangan duit semakin menjadi-jadi. Ada saja mintanya.

''Saya tak marah kalau Faiz nak bagi duit pada emaknya kerana itu tanggung jawabnya, tetapi biar berpada-pada, jangan sampai menyusahkan saya, sebab Faiz selalu pinjam duit saya. Itu sudah lebih. Dia patut tanggung kami.

''Walaupun kami suami isteri bekerja, anak dua orang, duduk di pangsapuri, tetapi hidup kami tak senang. Kami selalu tak berduit. Siapa boleh sabar kalau pemberian pada ibunya meningkat dari RM200 kepada RM300 sebulan. Tak masuk bantuan 'sesak' pertengahan bulan.

''Mungkin pada anda jumlah itu kecil, tetapi pada kami perbelanjaan itu besar. Pertama kerana perbelanjaan hidup kami besar, kami bekerja di tempat berbeza, kami memiliki kereta sendiri, anak-anak perlu dihantar ke rumah pembantu, ansuran rumah dan sebagainya, tentu memerlukan perbelanjaan tinggi, walaupun kami tinggal di pinggir KL, tapi semua mahal.

''Dipendekkan cerita, perbelanjaan hidup yang tinggi, membuatkan kami terpaksa berjimat. Dalam masa sama terpaksa menghadapi mertua yang sentiasa tak puas hati dengan kehidupan kami.

''Ketika kami mula beli rumah , katanya rumah yang kami beli terlalu mahal sedangkan ia cuma pangsapuri, sedangkan dia boleh dapat rumah teres yang lebih murah. Mertua salahkan saya kerana tak sabar beli rumah dan sentiasa galakkan Faiz menjualnya dan beli rumah yang akan dicarikan.

''Tak dinafikan rumah ini mahal, sebab kami beli atas tangan orang bukan pemaju, tentu mahal. Tapi masalahnya kami tak sanggup berpindah setiap kali tuan rumah naikkan sewa rumah. Jadi kalau beli tak payah pindah. Sekali lagi saya dipersalahkan kerana tak mahu dengar nasihatnya.

''Dipendekkan cerita kata emak Faiz sejak lapan tahun kami berkahwin, Faiz telah melakukan tiga kesalahan besar kerana tidak menurut cakapnya. Oleh kerana sering kena marah, Faiz melepaskan kemarahannya kepada saya. Ada sahaja salah pada saya, akhirnya tentulah saya naik angin dan kami sering bertengkar.

''Saya pernah beritahu Faiz jika dia rasa saya bukan isteri sesuai dan bukan pilihan ibunya, dia boleh ceraikan saya. Lagi pun saya rasa tak ada guna kami tinggal serumah, jika kehidupan keluarga sering dipersoal dan saya dipersalahkan kerana membeli rumah mahal dan macam-macam lagi, saya rasa kesabaran saya semakin berkurangan. Biarpun saya cuba bersabar.

''Bila bertengkar saya suruh Faiz jual semula rumah yang kami beli, saya rasa hidup saya tak tenteram dan tak aman tinggal di rumah ini. Saya beritahu Faiz jika hidupnya sentiasa diganggu dan dipersoal, dia adalah anak yang amat malang di kalangan adik-beradik. Jadi sebaiknya dia ikut apa juga kehendak dan permintaan ibunya. Saya pasrah.

''Saya rasa sukar untuk bersabar, terutama jika Faiz tidak tahu bertindak apa lagi bersuara mempertahankan saya demi kebahagian hidupnya. Saya tak suruh dia melawan ibunya, sebaliknya saya suruh Faiz berfikir, pilih mana yang boleh menyenangkan hatinya dan hati ibunya.

''Saya tak mahu dia menderhaka semata-mata kerana mempertahankan saya dan rumah tangga . Tetapi fikir dan pilih mana yang baik. Tentang anak-anak Faiz tak perlu bimbang saya boleh besarkannya sendiri, tetapi dia mesti beri nafkah. Kerana itu tanggungjawabnya sebagai ayah.

''Saya rasa kehidupan saya semakin sempit, jika Faiz mahu membantu ibunya hidup senang, saya juga ingin melindungi diri. Saya perlu ada simpanan untuk masa depan yang belum pasti. Tetapi jika saya sentiasa membantu Faiz bagaimana saya boleh menyimpan?

''Saya sudah penat menasihatkan Faiz, tetapi dia masih mendahulukan ibunya, takut menderhaka, tetapi bagaimana dengan saya? Kerana itu saya beri laluan kepada Faiz untuk memudahkan dia buat keputusan, saya sedia berundur daripada 'bermadu' dengan ibunya. Saya pasrah,'' Itu kisah Azihani mengakhiri ceritanya yang masih belum ada keputusan.

Pesan, siap\

Posted: 27 Apr 2013 12:51 PM PDT

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my
Foto ZAKARIA IDRIS

BAK nama restorannya, Restoran Makanan Sedap yang terletak di Bistari De'Kota, Kota Damansara memang sedap belaka masakannya.

Wajar dicuba! Hidangan asam pedas ekor, menu yang sering dihidangkan di kebanyakan hotel. Sajian istimewa dari Melaka ini disediakan sedikit cair seperti sup hingga boleh dihirup begitu sahaja.

Bau harum semerbak dari renehan air asam bersama bunga kantan dan daun kesum pasti membuatkan pelanggan tidak sabar menikmatinya ditambah dengan ekor lembu yang menggantikan lauk biasa seperti ikan atau daging.

Tidak lupa tomyam makanan laut di Restoran Makanan Sedap. Jangan terkejut bila melihat ketam berada di dalam mangkuk tomyam anda dan rasa manis dari renehan ketam yang segar itu menyeimbangkan rasa masam dan pedas hidangan terkena Thailand itu.

Ayam kampung goreng kunyit di restoran ini juga tidak kurangnya. Kesegaran ayam kampung pasti membuatkan anda menambah nasi di pinggan.

Selain masakan Melayu, restoran tiga tingkat ini turut menghidangkan pelbagai masakan Cina dan Barat bagi memenuhi selera pelanggan.

Jangan malu bertanya dengan chef cara masakan atau hidangan lain yang tidak ada dalam menu, kerana apa yang anda idamkan mungkin dapat dipenuhi.

Ujar Ketua Chef, Zul Azuwar, Restoran Makanan Sedap menggunakan konsep pesanan bebas kepada pelanggan mengikut cita-rasa sendiri.

"Orang sekarang semakin pandai menikmati makanan. Jika bahan-bahan untuk hidangan yang dipesan khas ada di dapur, ia boleh diusahakan.

"Konsepnya seperti meminta ibu anda masak mengikut selera anda. Kami juga akan cuba menepati selera pelanggan," ujarnya yang berpengalaman bekerja di beberapa buah hotel terkenal di sekitar Lembah Kelang sebelum ini.

Bagi yang mengidam masakan Barat, boleh mencuba ayam bakar bersama lapisan keju yang dihidang bersama sos BBQ atau lamb chop yang menggunakan daging kambing segar bersama sos rosemary.

Jangan pulang dulu sebelum mencuba manisan mereka iaitu karamel krim atau pai epal bagi melengkapkan kunjungan di Restoran Makanan Sedap yang sungguh tenang dan selesa.

Restoran yang banyak bermain dengan warna tanah dan berkonsepkan semulajadi di dalam tata hias turut menyediakan set makan tengah hari iaitu gabungan nasi putih, air dan pilihan lauk seperti tomyam, ayam paprik dan daging goreng kunyit bermula RM10 bagi memudahkan pelanggan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Kalimah Allah: Zulkifli cabar Khalid

Posted: 27 Apr 2013 12:51 PM PDT

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 27 April- Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin mencabar Khalid Abdul Samad dari Pas untuk menyatakan pendiriannya berhubung desakan DAP agar membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible bahasa Melayu.

Menurut Zulkifli, Khalid diminta membuat kenyataan terbuka kepada penduduk Shah Alam sama ada dia menyokong kenyataan awal pimpinan Pas yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab tersebut atau menyokong keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang tidak membenarkan penggunaannya.

"Saya cabar Khalid Abdul Samad untuk menyatakan pendirian beliau sama ada menyokong keputusan pimpinan awal Pas yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu atau akur kepada keputusan melarang penggunaannya oleh Majlis Syura Ulama Pas yang diputus kemudian.

"Keputusan awal tersebut disokong oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan disediakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Justeru rakyat berhak tahu adakah Khalid masih kekal menyokong keputusan tersebut atau keputusan melarang penggunaan kalimah Allah dalam kitab tersebut oleh Majlis Syura," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program sarapan pagi bersama penduduk Seksyen 8 di rumah bekas Timbalan Pengarah Jabatan Jenayah Komersil, Bukit Aman, Datuk Kamaruddin Desa di Seksyen 8 di sini hari ini.

Zulkifli berkata, masyarakat Shah Alam perlu kenal dengan pemimpin mereka yang dilihat gemar melahirkan komen yang dilihat seperti memperlekeh agama dan pihak yang tidak sehaluan dengannya.

Mengulas sikap Khalid yang suka menyerang peribadi dan memperlekeh beliau, Zulkifli menganggap Khalid pemimpin yang tidak pandai menilai orang lain dan hanya merasakan 'dia bagus.'

"Saya nasihatkan dia (Khalid) jangan amalkan politik menyerang peribadi kerana masyarakat Shah Alam sudah boleh menilai segala tindak-tanduknya.

"Desas-desus yang saya dengar, beliau mengatakan saya tak mahu bersalam dengan dia semasa kami bertembung dalam suatu kempen, sedangkan dia yang tidak mahu bersalam, hentikanlah politik macam budak-budak," ujarnya.

Beliau menambah, ada orang memberitahunya dalam ceramah Khalid mengatakan beliau hanyalah peguam biasa yang cuma pandai menarik beg dan menumpang kehebatan peguam lain dalam pasukan guaman Anwar.

Jelas Zulkifli, jika beliau bukan peguam yang hebat, mengapa beliau menjadi peguam Anwar selama 10 tahun dan Anwar tetap mengharapkan dirinya sedangkan peguam lain semuanya sudah berundur dari mewakilinya.

PPPKM ikrar sokongan kerajaan, bantu kempen

Posted: 25 Apr 2013 01:10 PM PDT

KUALA LUMPUR 25 April - Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu (PPPKM) seluruh negeri berikrar bagi menyatakan sokongan padu terhadap kerajaan Barisan Nasional dan bersedia untuk membantu kempen dalam Pilihan Raya Umun PRU-13 (PRU-13) ini.

Yang Dipertua PPPKM Negeri Sembilan, Datuk Zainul Ishak berkata, beliau dan seluruh exco negeri PPPKM mengambil inisiatif turun padang menemui para penjaja di beberapa daerah bagi memastikan sokongan terhadap kerajaan.

"Kita mempunyai ahli berdaftar seramai 28,000 di seluruh negeri dan kita berharap kesemua ahli mendapat mesej yang jelas mengenai jasa kerajaan BN kepada mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zainul berkata, pelbagai kemudahan telah dinikmati oleh setiap ahli selama mereka bernaung di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Sudah tiba masanya mereka menyatakan penghargaan terhadap kerajaan dengan menyokong calon-calon BN yang bertanding di kawasan masing-masing.

"Tidak timbul isu, keahlian atau pelbagai kemudahan akan ditarik, apa yang penting mereka sedar jika kerajaan BN dipilih lebih banyak manfaat diterima," katanya.

Turut menyatakan pendirian sama, Yang Dipertua PPPKM Kelantan, Abdullah Ibrahim.

Beliau berkata, walaupun kerajaan negeri ditadbir pihak pembangkang, kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan golongan berkenaan.

"Saya sendiri dan anggota exco akan turun padang bertemu setiap ahli bagi menerangkan mengenai pentingnya kepada para penjaja dan peniaga di Kelantan untuk memberikan undi mereka kepada calon-calon BN.

"Kami bukannya menongkah arus di Kelantan tetapi mahu menyedarkan ahli supaya berfikiran lebih terbuka untuk memilih kerajaan yang mempunyai rekod cemerlang," katanya.

Beliau menambah, walaupun kebanyakan peniaga kecil di Kelantan mampu berdiri sendiri tanpa memerlukan bantuan dari mana-mana pihak, jika BN diberi mandat lebih banyak peluang perniagaan diberikan.

Sementara itu Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Sabah, Noortaip Suhaili berkata, sokongan ahli di negeri itu terhadap kerajaan BN amat baik.

Namun katanya, usaha mengingatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan janji kosong pembangkang perlu diteruskan.

Bas komuniti sempena PRU-13

Posted: 25 Apr 2013 01:10 PM PDT

PETALING JAYA 25 April - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menyediakan perkhidmatan bas komuniti sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata, perkhidmatan tersebut hanya melibatkan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas khususnya di Petaling Jaya.

"Mereka boleh menaiki bas tersebut di lokasi biasa yang ditetapkan untuk ke tempat mengundi.

Mereka boleh menunggu bas seawal pukul 9.30 pagi, 11.30 pagi dan 2.30 petang," katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBPJ di sini hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved