Selasa, 19 November 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Beberapa inisiatif seumpama Op Cantas bakal dilaksana - KPN

Posted: 19 Nov 2013 10:29 PM PST

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Beberapa inisiatif khusus menyerupai Ops Cantas akan dilaksanakan oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Sambil tidak mahu mendedahkan lebih lanjut, beliau berkata, inisiatif-inisiatif itu dilihat mampu memberikan keselesaan kepada rakyat dan seterusnya mengembalikan kepercayaan penuh kepada PDRM.

"Ketika ini walaupun keyakinan terhadap pasukan polis semakin meningkat, namun ada segelintir golongan yang terus-menerus menyerang dan menyebarkan dakyah yang tidak betul terhadap pasukan dan ini menyebabkan kepercayaan kepada PDRM akan terhakis.

"Jadi saya percaya inisiatif khas seperti Ops Cantas yang sedang dilakukan sekarang mampu mengembalikan kepercayaan penuh rakyat kepada PDRM.

"Apa pun, kena tunggulah sehingga kita lakukan perkara itu. Tak perlulah saya pukul gong, pukul canang sebelum inisiatif itu dilakukan.

"Macam Ops Cantas, saya tidak hebohkan dulu. Kita laksanakan dan selepas itu biarlah rakyat menilai," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama 'Peningkatan Keselamatan Malaysia ke arah Transformasi Ekonomi' pada Persidangan Keselamatan Perniagaan 2013 di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI), Simon Whitelaw; Pengerusi Majlis Keselamatan Tindakan Bersama (JASCO) MICCI, Rajan Mittal dan pegawai-pegawai kanan PDRM.

Dalam perkembangan lain, Khalid turut membidas media dari Taiwan yang mendedahkan terlalu banyak informasi mengenai kes seorang pelancong lelaki warganegara Taiwan yang ditembak mati di Pulau Pom Pom Sabah pada 15 November lalu.

Menurut Khalid, dengan pendedahan terlalu banyak oleh media Taiwan itu, ia memberi kelebihan kepada penculik untuk membuat tuntutan yang boleh menggagalkan operasi menyelamat oleh polis.

"Saya minta tolong, jangan lapor secara terperinci. Ia tidak membantu polis dalam usaha untuk menyelamatkan mangsa itu. Media anda membantu penculik bukan membantu pihak berkuasa.

"Kita bukan tidur dan menunggu ia diselesaikan. Kita sedang berusaha," kata Khalid ketika ditanya oleh seorang wartawan media Taiwan mengenai perkembangan kes berkenaan.

Dalam kejadian itu, Lin Min Hsu, 57, ditembak mati sekumpulan penjenayah manakala rakan wanita senegaranya, An Wei Chang, 58, diculik ketika bercuti di Pulau Pom Pom.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, setiap perkembangan kes hanya akan dimaklumkan kepada keluarga mangsa sahaja dan tidak akan dibincangkan secara terbuka bagi mengelakkan operasi menyelamat gagal. - UTUSAN ONLINE

Remaja tidur di rumah rakan

Posted: 19 Nov 2013 10:08 AM PST

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my

NORHAYATI Mohamad memeluk anaknya, Mohamad Izzat Izzudin Hussin di rumah mereka di Kampung Hajah Hasnah Majidee, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 19 Nov. - Remaja lelaki yang menggemparkan negara semalam apabila dia dikatakan hilang selepas memasuki banglo terbiar Villa Nabila di sini, ditemui dalam keadaan selamat awal pagi ini.

Kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Hussin yang berusia 16 tahun dan tidak bersekolah itu bukannya disorok makhluk halus di banglo tersebut sebaliknya dia tertidur di rumah rakan dan terlupa untuk memaklumkan kepada keluarga sehingga menyebabkan ibunya panik.

Mohamad Izzat Izzudin mendakwa, dia bersama 30 rakan pergi ke vila berkenaan pada pukul 12.30 tengah malam Ahad lalu dan menghabiskan masa kira-kira 15 minit di premis itu sebelum beredar.

"Sejurus selepas keluar kami terus pergi ke sebuah restoran makanan segera di bandar raya ini untuk makan kerana lapar.

"Saya sudah tiga kali pergi ke vila itu dan tujuan kami ke sana hanya sekadar melewati banglo tersebut. Selesai makan kami semua berpecah kira-kira pukul 6 pagi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Majidee hari ini.

Kehilangan remaja itu menimbulkan kegemparan apabila banglo terbiar berusia 40 tahun itu menjadi tumpuan orang ramai.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dalam sidang akhbar hari ini memberitahu, remaja lelaki berkenaan ditemui di rumah rakannya di rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Desa Mutiara di sini kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

Penemuan Mohamad Izzat Izzudin itu hasil maklumat jiran di kawasan perumahan tersebut yang mengecam muka remaja berkenaan selepas dipaparkan dalam media elektronik semalam.

Mohd. Mokhtar turut menasihatkan orang ramai supaya menghentikan khabar angin mengenai vila berkenaan kerana mengganggu ketenteraman semua pihak termasuk tugasan polis.

Sementara itu ibu remaja berkenaan, Norhayati Mohamad, 39, berkata, dia berasa lega dengan penemuan anaknya itu kerana khuatir anaknya benar-benar 'disorok' oleh makhluk halus.

"Saya sangat lega apabila anak saya selamat ditemui. Sebelum ini saya bimbang kerana anak saya mungkin 'disorok' makhluk halus. Rupa-rupanya Izzat tidur di rumah kawan dan terlupa untuk memberitahu saya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Norhayati, anaknya tidak pernah membuat perangai seperti itu (tidak memaklumkan kepadanya) dan beliau amat lega ada pihak yang menemuinya.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari anak saya dan berharap kejadian yang sama tidak berulang," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Nyawa-nyawa ikan

Posted: 19 Nov 2013 10:08 AM PST

Oleh FERZALFIE FAUZI dan ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

KEKECEWAAN jelas terpancar di wajah pemain negara, Safee Sali selepas kalah 0-1 kepada Qatar dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, malam tadi. - UTUSAN/Abdul Razak Latif

SHAH ALAM - Peluang Malaysia untuk melangkah ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia ibarat nyawa-nyawa ikan selepas tewas kepada Qatar 0-1 dalam aksi kelayakan di Stadium Shah Alam, semalam.

Sebaliknya, Qatar dan Bahrain mengesahkan dua tempat teratas Kumpulan D untuk layak ke pusingan akhir.

Secara matematik, Malaysia masih miliki peluang tipis jika berjaya mengalahkan Yemen dalam saingan terakhir di tempat lawan, 5 Mac tahun depan, namun pada masa yang sama terpaksa bergantung kepada keputusan perlawanan lain untuk menamatkan cabaran selaku pasukan ketiga terbaik.

Dalam pada itu, janji ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mahu memberi kelainan ketika menentang Qatar tidak menjadi.

Jaringan tunggal pemain gantian Qatar, Al-Ali pada minit ke-64 memberi tamparan hebat buat pasukan Harimau Malaya yang dilihat semakin terdesak untuk mencari slot ke Piala Asia 2015.

Pada 20 minit separuh masa pertama berlangsung, jelas sekali Malaysia seperti kehilangan arah. Dua hantaran lintang S. Kunanlan langsung tidak menepati sasaran, manakala Safiq Rahim pula seolah gagal berfungsi sebagai perancang.

Jika menyentuh tentang percubaan berbahaya pula, tidak banyak cubaan menguji penjaga gol Qatar, Saad Al Sheeb, sedangkan pasukan lawan dilihat lebih mengancam dengan kehebatan penyerang naturalisasi, Sebastian Soria.

Safee Sali yang diturunkan dalam kesebelasan utama juga gagal membuktikan kepada pengkritik bahawa dia mampu membantu Malaysia mencatat kemenangan, sementara Norshahrul Idlan Talaha juga tenggelam punca.

Pujian mungkin boleh diberikan sedikit kepada pertahanan negara yang diketuai oleh Aidil Zafuan Abd. Radzak kerana masih mengekalkan corak berdisiplin seperti mana yang dipamerkan ketika tewas kepada Bahrain 0-1, Jumaat lalu.

Bagaimanapun mereka tetap dibolosi lawan pada minit ke-64 apabila Al-Ali berjaya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat selepas menerima hantaran Soria.

Kekalahan ini bermakna Malaysia terpaksa melupakan slot untuk mara antara dua pasukan terbaik Kumpulan D dan perlu bergantung harap menjadi pasukan ketiga terbaik dalam kempen kelayakan ini.

Tetap positif peluang Malaysia

Posted: 19 Nov 2013 10:08 AM PST

SHAH ALAM - Walaupun kekalahan 0-1 kepada Qatar seakan hampir menutup peluang Malaysia untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2015, namun ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal enggan mengibarkan bendera putih, sebaliknya percaya, peluang anak-anak buahnya untuk beraksi di Australia masih ada.

Kalau dihitung secara realistik, kekalahan pada perlawanan kedua terakhir Kumpulan D di Stadium Shah Alam itu hampir melenyapkan harapan Malaysia untuk memburu tiket ke Australia, tetapi Rajagobal menegaskan, selagi peluang masih ada, selagi itu pasukannya akan terus berjuang.

Rajagobal bagaimanapun mengakui, selain perlu menang dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang Yemen di tempat lawan pada 5 Mac, 2014, Malaysia juga perlu mengharap ihsan daripada pesaingnya dalam kumpulan lain.

Kami perlu positif dengan setiap yang berlaku. Selagi belum berakhir saingan peringkat kumpulan, saya percaya peluang untuk ke Piala Asia tetap ada.

Memang saya akui kekalahan ini amat menyakitkan, namun kami tetap menerimanya kerana bagi saya pasukan telah memberikan aksi terbaik pada perlawanan ini," kata Rajagobal.

Rajagobal turut mengakui, Harimau Malaya mempunyai peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa kedua, namun tidak dapat dimanfaatkan dengan baik.

Mereka (Qatar) bermain dengan baik dan perlu diingat bahawa mereka tidak meraih kemenangan ini dengan mudah.

Perlawanan ini amat sengit, malah kami turut berjaya menafikan beberapa percubaan untuk mendapatkan jaringan daripada pihak lawan dengan baik," kata Rajagobal.

Biarpun Malaysia mengalahkan Yemen 2-1 dalam aksi pertama, namun perlawanan seterusnya tidak mudah kerana ia berlangsung di tempat lawan.

Hanya dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak meraih tempat ke Piala Asia 2015 dan satu slot ditawarkan buat pasukan ketiga terbaik daripada lima kumpulan yang ada.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


28 maut militan serang balai polis Somalia

Posted: 19 Nov 2013 12:14 PM PST

MOGADISHU 20 Nov. - Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh di Somalia selepas kumpulan militan merempuh masuk sebuah balai polis di utara ibu negara ini semalam dengan sebuah bom kereta sebelum mereka melepaskan tembakan ke arah anggota pasukan itu.

Kejadian berbalas tembak meletus di balai polis di Baladweyne berhampiran sempadan Ethiopia dengan tentera pengaman Kesatuan Afrika dan tentera Somalia turut membantu menangani serangan pengganas tersebut.

Kumpulan militan al-Shabab yang dikaitkan dengan pengganas al-Qaeda mengaku bertanggungjawab dalam serangan pada waktu pagi itu. - REUTERS

4 maut banjir kilat di Arab Saudi

Posted: 19 Nov 2013 11:53 AM PST

RIYADH 20 Nov. - Banjir kilat akibat hujan lebat di sebahagian besar kawasan padang pasir Arab Saudi mengakibatkan empat orang maut dan 10 lagi masih hilang dalam tempoh dua hari lalu.

Pihak berkuasa dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita SPA semalam berkata, dua daripada kematian serta tujuh lagi yang hilang berlaku di Riyadh manakala selebihnya berlaku di bandar timur laut Arar.

Sejak kelmarin, pasukan kecemasan telah menyelamatkan sebanyak 1,357 penduduk yang terperangkap dalam banjir. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


UMP bantu mangsa banjir di Bertam

Posted: 19 Nov 2013 10:08 AM PST

Oleh SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFIN
utusanktn@gmail.com

Sukarelawan membersihkan lantai sebuah rumah mangsa banjir di Lembah Bertam, Cameron Highlands, baru-baru ini.

CAMERON HIGHLANDS 19 Nov. - Seramai 33 penuntut dan kakitangan Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengadakan program sukarelawan membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Lembah Bertam, di sini baru-baru ini.

Mereka yang tiba pukul 8 pagi itu turut melawat kawasan dilanda banjir sebelum bertemu enam keluarga mangsa yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Ringlet di sini.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Yuserrie Zainuddin, keluarga yang masih tinggal di penempatan itu tidak mempunyai rumah kerana dihanyutkan air dan rosak teruk semasa banjir.

"Sukarelawan dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk membantu memasak, membersihkan kawasan dan memberikan motivasi serta semangat kepada kanak-kanak yang masih bersekolah.

"Penuntut lelaki dalam kumpulan sukarelawan itu dibawa kedua-dua rumah transit mangsa banjir untuk dibersihkan kerana ditenggelami air semasa kejadian tersebut," katanya selepas meninjau kawasan penempatan tersebut.

Beliau berkata, kerja-kerja pembersihan menjadi rumit memandangkan keadaan rumah yang begitu teruk dengan kerosakan barang, berlumpur dan tiada bekalan air.

Yuserrie berkata, pihaknya berjaya mendapatkan sebuah generator bagi membolehkan air disalur kembali ke sungai berdekatan dan kerja pembersihan berjaya diselesaikan dalam tempoh lima jam melibatkan dua rumah transit terbabit.

Dalam pada itu, seorang sukarelawan UMP, Muhammad Naqiuddin Naim Juman, 19, berkata, dia teruja kerana dapat menyertai misi tersebut walaupun terpaksa mengorbankan hari cuti umum.

"Saya berharap bantuan yang kecil ini dapat membantu meringankan beban mereka. Kita turut menyumbang barangan keperluan serta makanan kepada keluarga mangsa terlibat," katanya.

Inovasi, kreatif jadi tanda aras negara maju

Posted: 19 Nov 2013 10:08 AM PST

Zainab Ahmad (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Inovasi dan Simposium Penyelidikan Pendidikan Kolej Komuniti Wilayah Timur di Genting Highlands, kelmarin.

BENTONG 19 Nov. - Rakyat negara ini perlu menjadikan inovasi dan penyelidikan sebagai sebahagian daripada aspek kehidupan jika mahu melihat negara mencapai status negara maju menjelang 2020.

Pengarah Bahagian Dasar Dan Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Tinggi Kolej Komuniti, Zainab Ahmad berkata, rakyat yang berfikiran inovasi dan kreatif menjadi tanda aras sesebuah negara diiktiraf sebagai maju.

Menurutnya, inovasi dapat mengubah persekitaran yang membolehkan rakyat menikmati pembangunan sosioekonomi dengan lebih meluas.

"Kita boleh mengambil contoh seperti rakyat Jepun dan Korea Selatan yang menjadikan inovasi sebahagian daripada kehidupan serta berjaya membawa mereka menjadi sebuah negara maju di Asia.

"Begitu juga dengan syarikat automotif nombor satu di dunia iaitu pengeluar kereta Toyota. Asalnya adalah syarikat keluarga yang menjalankan perusahaan pokok kapas. Namun, anak pengasas syarikat ini bernama Toyoda berfikiran inovasi berjaya mengubah haluan syarikat tersebut menjadi pengeluar kereta," katanya.

Beliau berucap dalam majlis penutup Pertandingan Inovasi dan Simposium Penyelidikan Pendidikan Kolej Komuniti Wilayah Timur di Institut Aminuddin Baki Genting Highlands, di sini semalam.

Katanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan antara individu yang melihat kesungguhan dan budaya rakyat Jepun boleh dicontohi jika mahu melihat Malaysia menjadi negara maju.

Menurutnya, antara inti pati Wawasan 2020 yang diilhamkan bekas Perdana Menteri itu adalah dengan melihat inovasi dan disiplin kehidupan rakyat Jepun.

"Saya berharap rakyat negara ini mempunyai pemikiran sama seperti rakyat Jepun. Inovasi dan penyelidikan sebenarnya menjadi titik tolak bukan sahaja kepada kemajuan sesebuah negara tetapi menjadi tunjang penting bagi meningkatkan maruah rakyat di mata dunia," ujarnya.

Beliau berkata, penuntut Kolej Komuniti dapat menjadi inovasi dan penyelidikan sebahagian daripada perubahan seterusnya mencipta pelbagai produk yang boleh membantu mensejahterakan kehidupan rakyat.

Dua warga PSDC terima Anugerah Belia Negara

Posted: 19 Nov 2013 10:08 AM PST

Adnan Yaakob (tengah) dan Khairur Rizal Ramli (tiga dari kiri) bersama penerima Anugerah Belia Negara peringkat negeri di Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 19 Nov. - Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC) mencatat sejarah tersendiri apabila dua warga kerjanya menerima Anugerah Belia Negara peringkat negeri yang diadakan di daerah ini baru-baru ini.

Pengarah Eksekutifnya, Khairur Rizal Ramli berkata, dua warga kerja tersebut iaitu Zairi Suhardi Mamat dan Mohamad Zakry Hashim menerima anugerah berkenaan sekali gus menaikkan imej institusi itu di negeri ini.

Menurutnya, PSDC menghantar dua penyertaan bagi anugerah tersebut iaitu Projek Inovasi Sistem Semakan dan Pemantauan Online dikenali sebagai Sistem Sepadu serta Projek Inovasi Sistem Pemantauan Pintar yang dikendalikan kedua-dua kakitangan tersebut.

Katanya, penyertaan turut disaingi tiga belia daripada institusi pengajian tinggi (IPT) lain namun kemenangan berpihak kepada mereka menerusi projek Sistem Pemantauan Pintar.

"Anugerah tersebut membolehkan mereka membawa pulaang sijil, plak dan wang tunai berjumlah RM3,000 yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dalam majlis itu," katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, kejayaan itu merupakan kebanggaan kepada warga PSDC sepanjang 17 tahun penubuhannya di negeri ini.

"PSDC menggalakkan kakitangan dan penuntut mencipta inovasi bagi membuktikan keupayaan mereka dalam kemahiran berfikir serta mereka cipta sesuatu produk," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Hukuman penjara: Ibrahim Ali, Zainuddin akan fail rayuan

Posted: 19 Nov 2013 10:08 AM PST

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali akan mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadapnya kerana menghina mahkamah berhubung penyiaran satu artikel berkaitan seorang hakim dalam laman web Perkasa.

Ibrahim memberitahu pemberita selepas dibebaskan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini petang ini, beliau akan mengemukakan rayuan kerana menganggap dirinya tidak bersalah.

"Saya menerima keputusan mahkamah dengan hati yang berat. Saya jenis kalau tidak betul, saya mengaku, dalam kes ini, saya tidak buat dan saya yakin tidak bersalah.

"Saya sendiri tidak ada kena-mengena. Laman web tersebut juga tidak didaftar atas nama Perkasa," kata bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Ibrahim dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM20,000 oleh Hakim Datuk John Louis O'hara setelah didapati bersalah menghina mahkamah berhubung penyiaran artikel tersebut.

Sementara Zainuddin, 45, yang merupakan penulis laman web pula dihukum penjara empat minggu kerana menulis dan menerbitkan artikel serta perkataan-perkataan yang menghina hakim berkenaan.

Mahkamah turut menolak permohonan Ibrahim dan Zainuddin untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan dengan mengarahkan peguam kedua-dua pihak memfailkan permohonan bertulis.

Dalam keputusannya, Hakim O'hara memerintahkan Ibrahim ditahan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini sehingga pukul 5 petang dan sekiranya gagal membayar denda, beliau boleh dipenjara lagi dua bulan.

Ibrahim membayar denda tersebut.

Hakim tersebut memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan perintah menghina mahkamah ke atas Zainuddin dan Ibrahim ekoran penerbitan satu artikel dalam laman web itu yang kandungannya didakwa menyerang keperibadian Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V.T. Singham (kini bersara) pada 7 Januari lalu.

Singham ketika itu sedang mendengar perbicaraan kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terhadap syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd.

Sementara itu, peguam Adnan Seman @ Abdullah yang akan mewakili Ibrahim di peringkat rayuan menggantikan Rajindar Singh yang mengendalikan kes itu di peringkat permohonan memberitahu pemberita, beliau akan memfailkan notis rayuan di sini esok.

"Kita terkejut dengan keputusan ini tapi menerimanya dan ingin saya nyatakan dengan jelas bahawa Ibrahim disabitkan kerana beliau sebagai Presiden (Perkasa) dan bukannya individu yang mengeluarkan artikel tersebut," katanya.

Sementara peguam Mohamed Harmy Yusoff yang mewakili Zainuddin juga memberitahu, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap hukuman tersebut esok.

Terdahulu, Hakim O'hara menjatuhkan hukuman tersebut terhadap kedua-duanya setelah mendapati penerbitan artikel berkenaan dalam laman web itu adalah amat menghina mahkamah secara umum dan Singham secara khusus.

Beliau menyifatkan penerbitan itu sebagai satu serangan terhadap integriti dan kesaksamaan terhadap Singham selain subjudis (kacau ganggu kes-kes yang belum selesai) kerana kes itu pada waktu tersebut masih belum selesai.

"Semua perkara ini adalah amat serius dan untuk menjaga imej mahkamah, mahkamah perlu menjatuhkan hukuman setimpal dengan apa yang kamu lakukan.

"Hukuman yang hendak dijatuhkan hendaklah menjadi pengajaran kepada sesiapa yang menghina mahkamah namun saya juga mengambil kira mitigasi (rayuan) peguam masing-masing termasuk peranan yang dimainkan dalam sebaran terbitan (artikel) itu," kata Hakim O'hara.

Anwar diwakili peguam R. Sivarasa manakala Peguam Kanan Persekutuan, Mohd. Al-Saifi Hashim hadir bagi pihak Peguam Negara dan Steven Thiru bagi pihak Majlis Peguam, masing-masing atas kapasiti rakan mahkamah (amicus curiae).

La Ode didakwa bunuh pegawai AmBank

Posted: 19 Nov 2013 10:08 AM PST

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
pengarang@utusan.com.my

LA Ode Ardi Rasila dikawal ketat anggota polis ketika dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan membunuh di Petaling Jaya, Selangor, semalam.

PETALING JAYA 19 Nov. - Seorang pengawal keselamatan warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh dan melepaskan tembakan terhadap pegawai AmBank di Subang Jaya, Norazita Abu Talib, semasa melakukan rompakan tiga minggu lalu.

La Ode Ardi Rasila, 36, didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa berusia 37 tahun itu di dalam bangunan AmBank No. 5 dan 7, Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya dekat sini antara pukul 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan membunuh, lelaki yang bertubuh sederhana itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sementara bagi pertuduhan melakukan rompakan dan melepaskan tembakan menggunakan 'pump gun' dengan niat untuk menyebabkan kematian kepada mangsa, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati walaupun tiada sebarang kecederaan dilakukan.

La Ode hanya mengangguk kepala tanda faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Ketika pertuduhan dibacakan, lelaki yang memakai bahu T berwarna hitam itu dilihat tenang.

Majistret K. B. Elena Hong Tze Lan juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan serta-merta kedua-dua pertuduhan terhadap lelaki itu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Tertuduh yang berasal dari Sulawesi, Indonesia itu juga tidak dibenarkan diikat jamin kerana pertuduhan terhadapnya melibatkan hukuman mati.

Di mahkamah yang sama, rakan senegaranya Lapolo Lariala, 28, dihukum penjara dua tahun dan sebatan dua kali selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan hilangnya keterangan mengenai sesuatu kesalahan bagi mengelakkan La Ode daripada seksaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pondok pengawal Cosway Malaysia (M) Sdn. Bhd. Wisma Kok, lot 766, Jalan Subang 4, Persiaran Subang, Subang Jaya, kira-kira pukul 4.30 petang, 24 Oktober lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Azari Harun dan Mohd. Asyraf Md. Kamal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara di Mahkamah Sesyen di sini, Lapolo mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki wang tunai RM21,800 milik AmBank Bhd. iaitu harta hasil rompakan bank tersebut pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin mengemukakan pertuduhan itu mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Hakim Yasmin Abdul Razak tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan dan menetapkan 19 Disember untuk sebutan semula kes.

Dalam kejadian pada 23 Oktober lalu, Norazita maut ditembak oleh suspek ketika membuka peti besi di dalam bilik kebal bank itu, sebelum suspek melarikan diri dengan hasil rompakan berjumlah RM450,000.

Pada 10 November lalu, polis dalam satu operasi khas, polis menerusi pasukan Op Cantas Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berjaya memberkas La Ode kira-kira pukul 7 pagi di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor.

Mengikut laporan akhbar, tertuduh yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di beberapa buah bank berdekatan menggunakan kad pengenalan palsu ketika memohon kerja di sebuah syarikat keselamatan itu.

Polis turut menemui senjata api jenis 'pump gun' yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu, beberapa hari selepas penangkapan lelaki itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Azean Irdawaty masuk hospital

Posted: 19 Nov 2013 04:44 AM PST

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Aktres veteran Azean Irdawaty, 63, sekali lagi dimasukkan ke hospital kira-kira pukul 11 malam, semalam.

Anak sulungnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Beny, 35, ketika dihubungi Utusan Online berkata, keadaan ibunya tidak membimbangkan.

"Keadaan mama stabil dan masih mendapat rawatan doktor. Mama bukan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Mama memang seorang yang tabah dan saya harap dia cepat keluar dari hospital. Harapkan doa daripada mereka yang mengenali mama," katanya yang enggan memberitahu di hospital manakah mamanya ditempatkan.

Azean sebelum ini sering keluar masuk hospital kerana penyakit tumor yang dihidapinya dan sehingga kini masih memerlukan rawatan. - UTUSAN ONLINE

Aznil, Nabil pengacara AIM 20

Posted: 19 Nov 2013 01:35 AM PST

Oleh GARRET DAWUM

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi bakal bergandingan dengan pelakon dan pelawak hebat, Ahmad Nabil Ahmad untuk menerajui pentas pengacara dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-20 pada 14 Disember depan di Stadium Putra Bukit Jalil.

Pada tahun ini, AIM dengan tema Meraikan Kemuncak Segalanya dan tema pakaian Elegance Black Tie akan disiarkan bermula pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 135).

Majlis akan bermula dengan acara Karpet Glamor yang disiarkan pada pukul 8.30 malam kendalian Hefny Sahad dan Dahlia Shazwan.

Sementara itu, antara barisan artis yang akan membuat persembahan adalah Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz, Shila Amzah, Najwa Latif, Spider, Ning Baizura, DJ Fuzz, Waris, Aizat dan kehadiran dua penyanyi Indonesia, Datuk Rossa serta Afgan pasti akan menghiburkan penonton.

AIM 20 turut diserikan dengan barisan penyampai antaranya Adi Putera, Nabila Huda, Erra Fazira, Datuk M. Nasir, Amy Search dan ramai lagi.

Sebanyak 17 kategori akan dipertandingkan. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Money Boy

Posted: 18 Nov 2013 09:59 PM PST

Mengakui dia yang hanya bersekolah setakat darjah enam menderita jiwanya semenjak ibu berkahwin lain setelah ayahnya meninggal dunia.

"Tidak seperti arwah ayah, ayah tiri saya seorang yang suka mendera mengakibatkan saya makan hati. Setelah saya tidak mahu lagi bersekolah, ayah tiri memasukkan saya ke sebuah sekolah tahfiz .

"Di sini saya juga kecewa kerana didera oleh rakan-rakan setahfiz menyebabkan saya mengambil keputusan melarikan diri daripada sekolah berkenaan," jelas anak kelahiran Selangor ini.

Berbekalkan duit RM50 Zack yang ketika itu berusia 15 tahun, anak kedua daripada empat beradik memberanikan diri menaiki bas menuju ke Perhentian Bas Klang.

Setibanya di sana dia bertemu dengan rakan-rakan remaja lain yang melepak dan mengajarnya cara untuk hidup di kota besar seperti mencuri, peras ugut, penyeluk saku, dadah dan sebagainya.

Bagi Zack sendiri dia tidak kisah dengan apa yang dilakukannya. Bawah jambatan dan siar raya kaki lima adalah tempatnya untuk tidur, malah dia mengakui semua kerja dia sanggup lakukan untuk menampung kehidupannya di Kuala Lumpur.

"Saya tahu ibu tidak lagi mencari, mungkin sebab dia sukar menghubungi saya dan itu membuatkan saya benar-benar kecewa, namun apa yang saya lakukan ini menjadikan saya puas. Ditangkap atas kesalahan jenayah Seksyen 306 beberapa kali adalah satu keadaan yang lumrah bagi saya," katanya.

Zack yang petah berkata-kata dan fasih membaca doa ini, tidak merasa sebarang kesalahan apabila bercerita pengalamannya bagaimana dia menjadi 'pelacur' remaja bagi mereka yang memerlukan perkhidmatannya.

Setakat yang diketahui dia telah melayan hampir 25 orang lelaki dan wanita. Pelangannya berumur dalam lingkungan 15 hingga 35 tahun. Apabila dia merasakan perkhidmatannya memuaskan dia 'memperbesarkan' perniagaannya dengan menjual gadis berusia 18 dan 35 tahun dengan bertindak sebagai bapa ayam selama dua bulan.

"Kerja seperti ini senang. Selalunya remaja yang menjual tubuh mereka berada di sekitar Jalan Raja Laut. Setelah kereta berhenti, pelanggan dan kami akan berbincang mengenai harga sebelum ke hotel.

"Apabila menjadi bapa ayam pula, harga akan dirunding oleh saya mengikut persetujuan kedua-dua pihak iaitu pelanggan, saya dan anak ayam," katanya jujur.

Zack memberitahu, pekerjaan yang dilakukannya itu diberi jolokan moneyboy atau gayboy, terpulang kepada siapa yang memerlukan perkhidmatannya dengan sekali perkhidmatan dia boleh menerima sehingga RM300.

Selalunya, ujar Zack, pelanggan wanita bermurah hati untuk memberi lebih banyak wang berbeza dengan pelanggan lelaki yang agak lokek.

"Kadang-kadang golongan wanita ini hanya mahukan teman, minum-minum dan berbual sahaja," katanya yang mengakui tidak mengehadkan layanannya kepada satu jantina sahaja.

Apabila ditanya, tidak mahukah dia berubah ke arah yang lebih baik , Zack terdiam sebentar selaku berfikir sebelum berkata, "siapa yang tidak mahu berubah, saya pun tidak mahu selama-lamanya hidup bergelumang dalam dosa seperti ini tetapi masyarakat mahukah menerima keadaan kami.

"Masyarakat selalu memandang kami hina, tetapi tidak mahu pula membantu kami pulang ke pangkal jalan malah menuduh kami yang bukan-bukan sedangkan kehidupan saya ini berpunca daripada sikap orang tua yang menyakiti saya sehingga menimbulkan dendam dalam diri," katanya.

Jual anak kepada bangsa asing

Seorang lagi remaja yang dibesarkan di Melaka, A.J, hanya baru berusia 17 tahun apabila dia sudahpun bergelar bapa kepada anaknya yang tidak sah taraf hasil perhubungan sulitnya dengan seorang gadis berusia 23 tahun.

Anak bongsu daripada empat beradik ini sudah tidak mempunyai ayah dan ibu dan A.J hanya dibela oleh abang-abangnya.

"Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang kucar-kacir, keluarga 69 orang kata. Apabila saya tidak lagi bersekolah pada usia 15 tahun saya membantu rakan-rakan yang kerjanya bertukang rumah sehinggalah menjalinkan percintaan dengan seorang gadis. Hasil hubungan terlarang teman wanita saya melahirkan anak lelaki.

"Keluarga, teman wanita dan saya sendiri tidak mahu membela anak itu dan saya berusaha mencari siapa yang sudi mengambil anak saya menjadi anak angkat.

"Akibat kedangkalan agama dan cetek dengan pengetahuan, saya telah menjual anak saya itu kepada pasangan bangsa asing dengan harga RM20,000 untuk dijadikan anak angkat, kerana merasakan tidak mampu untuk memeliharanya," kata A.J yang memberitahu usia anaknya kini dua tahun.

Setelah memberikan duit itu kepada teman wanitanya, A.J , berhijrah ke Kuala Lumpur dengan harapan untuk bekerja, malangnya apabila sampai di sini keadaan yang sukar menjadikan hidupnya bergelumang dengan gejala sosial lain.

A.J mengakui dia digunakan oleh beberapa orang yang memerlukan perkhidmatannya sebagai seorang kaki pukul dan merompak sementelah dia juga mempunyai pengetahuan seni mempertahankan diri yang dipelajarinya.

A.J menambah, hidup di Kuala Lumpur menjadikan dirinya tabah dan kasar biarpun kehidupan yang dijalaninya penuh dengan onak dan ranjau .

"Sekiranya saya diberi peluang untuk hidup ke arah yang lebih baik, mula-mula saya mahu belajar mengaji kerana alif, ba, ta, pun saya tidak tahu dan kemudian belajar solat.

"Seterusnya saya mahu tebus setiap kesalahan yang dilakukan," katanya. - Rosmah Dain

Realiti kehidupan

Posted: 18 Nov 2013 09:59 PM PST

Dua kisah di atas adalah antara puluhan yang dihadapi oleh remaja jalanan sebagaimana realiti kehidupan yang diharungi golongan berkenaan.

Itulah yang sepatutnya masyarakat kita takuti, apabila golongan ini terjebak dengan masalah sosial dalam usia masih muda, dan sekiranya tidak ditangani dengan segera akan menular ke persekitaran yang lebih teruk pada masa hadapan, mungkin juga ke generasi akan datang yang pastinya melibatkan kemusnahan kepada bangsa, negara dan agama.

Seperti contoh Zack, yang tampil sukarela menceritakan pengalamannya terjebak dalam kemelut money boy, yang sepatutnya perlu ditangani oleh pelbagai pihak agar perkara seperti ini tidak menular.

Mungkin ramai lagi yang bersikap seperti Zack yang perlu mendapat perhatian segera.

Itu yang disuarakan oleh aktivis masyarakat gelandangan yang juga pengasas Teratak Arfidah, Arfidah Abd. Latiff, yang memberitahu terdapat 40 hingga 50 anak-anak remaja gelandangan berumur belasan tahun di sekitar Kuala Lumpur.

"Begitu juga remaja perempuan, terdapat antara 15 ke 25 orang yang hidup liar dan bebas seperti itu yang perlu ditangani dengan segera.

"Daripada hasil outreach yang kami lakukan setiap malam, dilihat masih ramai remaja belasan tahun yang sepatutnya menjadi harapan kepada masyarakat di masa hadapan sebagai pemimpin, berkeliaran di jalan-jalan tanpa haluan.

"Apa yang pihak kami lakukan pada waktu ini ialah mencari mereka, kumpulkan, tumpukan perhatian dan mencari punca apa yang menjadi penyebab sehingga mereka menjadi seperti ini.

"Apabila sudah dapat diketahui jawapannya, kita cuba bimbing mereka sedaya upaya yang boleh, namun bergantung kepada individu berkenaan.

"Dalam ramai-ramai yang kita cuba tarbiyahkan, ramai juga yang akhirnya melarikan diri daripada kita dan membawa hal masing-masing mengikut jalan seperti dahulu," jelasnya.

Dalam hal ini kata Arfidah, keluarga sebenarnya memainkan peranan yang amat penting kerana remaja belasan tahun seperti ini memerlukan kasih sayang dan perhatian sedari awal kehidupan awal mereka.

Berikan juga mereka didikan agama. Apa yang penting berikan mereka sokongan moral dan sentiasa memberikan perhatian kepada mereka.

"Masyarakat juga diminta jangan hanya pandai menghukum tetapi turut serta memberi bantuan dan bimbingan yang sewajarnya kerana sekiranya perkara seperti ini berlarutan pastinya membawa mudarat yang bukan sedikit kepada masyarakat, bangsa, negara dan agama," katanya yang boleh dihubungi di talian 017-3631620.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Pasar Chow Kit kembali kotor

Posted: 19 Nov 2013 10:08 AM PST

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my

Bahan jualan yang telah diproses dan dibungkus di dalam beg plastik diletakkan bercampur aduk dengan barangan lain di bawah meja.

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Tidak banyak perubahan dapat dilihat dalam soal kebersihan di Pasar Raja Bot yang baru sahaja menjalani operasi pembersihan secara besar-besaran apabila premis yang menjadi tumpuan warga kota mendapatkan barang dapur itu nampaknya 'sudah kembali ke keadaan asal'.

Baru seminggu lalu operasi itu dilaksanakan, namun keadaan kotor menunjukkan para peniaga di pasar yang turut dikenali sebagai Pasar Chow Kit itu gagal mengubah sikap mereka dalam soal penjagaan kebersihan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati sampah-sarap kembali bertaburan, mengotori lorong-lorong di celah-celah gerai terutama gerai menjual buah-buahan.

Sampah seperti kertas, plastik membungkus buah dan kulit buah-buahan yang dibuang merata-rata memberikan gambaran pertama yang kurang enak sebaik sahaja melangkah masuk ke pasar yang dibina pada 1955 itu.

Peniaga buah-buahan di pasar itu masih tidak menitikberatkan soal kebersihan walaupun sebahagian daripada mereka 'menikmati' laluan yang baru sahaja diturap oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Orang ramai masih terpaksa bersesak-sesak untuk melalui setiap lorong yang sempit lagi kotor bagi mendapatkan pelbagai barangan yang hendak dibeli.

Hujan lebat memburukkan lagi persekitaran pasar tersebut. Bumbung pasar yang bocor di sana sini menyebabkan para pengunjung terpaksa berjalan dalam hujan di samping terpaksa mengelak lecak dan lopak air di dalam pasar itu.

Seolah-olah berada dalam sebuah lorong gelap yang pengap tanpa cahaya matahari, kucing-kucing yang berkeliaran pula melepaskan najis di merata tempat termasuk di lantai yang sudah pecah-pecah dan kotor.

Namun semua itu tidak menjadi penghalang kepada orang ramai untuk terus mengunjungi pasar tersebut, malah ramai yang menjamu selera di gerai-gerai makan yang kebersihannya juga boleh dipertikaikan.

Ini menyebabkan timbul persoalan mengenai tindakan yang sepatutnya diambil oleh Jabatan Kesihatan DBKL bagi memastikan gerai makanan tersebut benar-benar layak untuk dikunjungi dan menjamu selera di situ.

Minggu lalu pasar tersebut ditutup selama dua hari untuk membolehkan operasi pembersihan secara besar-besaran dilaksanakan oleh DBKL dan Alam Flora serta para peniaga sendiri yang melibatkan kira-kira 1,000 orang.

Kerja-kerja pembersihan itu turut melibatkan penghapusan habitat tikus di sekitar kawasan pasar yang dikatakan menjadi antara tempat pembiakan tikus yang paling tinggi di ibu negara.

Apabila menuju ke pasar basah yang menjual daging ayam dan lembu, keadaan lebih menjijikkan dapat dilihat.

Sisa seperti kepala ayam dan kulit ayam dicampak di sana sini tetapi yang lebih menjijikkan apabila bekalan ayam berbungkus dan tidak berbungkus diletakkan begitu sahaja di atas lantai yang kotor.

Namun yang lebih mengejutkan apabila kami terserempak dengan beberapa ekor tikus yang berkeliaran berhampiran gerai menjual daging dan ayam, mungkin disebabkan hujan tikus tersebut keluar dari sarangnya dan berteduh di celah-celah gerai.

Jaga kebersihan, jangan kejar untung semata-mata - Pengunjung

Posted: 19 Nov 2013 10:08 AM PST

KOTAK dan serpihan potongan daging bercampur aduk di atas meja yang kelihatan kotor di Pasar Raja Bot, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Pengunjung Pasar Raja Bot atau dikenali sebagai Pasar Chow Kit beranggapan tiada apa yang dapat dibanggakan dengan operasi pembersihan premis itu kerana sikap peniaga masih seperti dahulu apabila mereka melonggokkan sampah di merata tempat.

Pengunjung berpendapat, peniaga seharusnya berubah sikap agar lebih menitikberatkan aspek kebersihan dan bukan memikirkan mengenai keuntungan semata-mata.

Adnan Che Kassim, 43, berkata, beliau masih kurang berpuas hati mengenai kebersihan di pasar itu terutama sikap peniaga yang hanya mengejar untung tanpa mempedulikan soal kebersihan.

"Walaupun saya ada nampak sedikit perubahan, agak bersih jugalah sedikit berbanding yang sebelum ini namun saya berharap pihak Penguat Kuasa DBKL dan lain-lain agensi kerajaan yang berkenaan lebih kerap menegur peniaga supaya mengutamakanlah kebersihan.

"Apabila persekitaran lebih bersih, tentu akan menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke pasar ini, maka ketika itu siapa yang akan lebih untung, penjual juga," katanya.

Bagi Firza Isa, 29, beliau yang datang dari Kedah buat pertama kali mengunjungi Pasar Raja Bot dan mendapati pasar itu sebagaimana yang sering didengarinya iaitu kotor.

"Bagi sebuah nama besar di tengah ibu kota, pasar yang kotor seperti ini sememangnya tidak disesuai untuk dikaitkan dengan kecanggihan Kuala Lumpur apabila melihatkan mentaliti peniaga yang tidak menjaga kebersihan.

"Sesetengah pengunjung juga saya lihat turut membuang sampah sesuka hati," katanya.

Tetap laksana cukai baharu 1 Jan.

Posted: 19 Nov 2013 10:08 AM PST

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib menegaskan kadar baharu cukai taksiran kepada warga kota tidak akan membebankan mereka, dan akan tetap dilaksanakan bermula 1 Januari depan.

Beliau menegaskan, kadar baharu tidak boleh ditangguhkan lagi pelaksanaannya selepas 21 tahun tidak disemak semula.

"Saya sendiri mempunyai harta yang dikenakan cukai pintu oleh DBKL. Saya sendiri tidak mahu terbeban dengan kadar baharu yang tinggi tetapi saya tidak boleh menghalang untuk meletakkan kadar baharu apatah lagi menangguhkannya.

"(Cukai baharu) tetap berkuat kuasa pada 1 Januari ini tetapi saya percaya dengan satu kadar yang pastinya mampu dibayar oleh warga Kuala Lumpur kerana kami memahami bebanan yang akan mereka tanggung jika kadar tersebut adalah terlalu tinggi dan dalam keadaan mendadak," katanya.

Malah, katanya, pihaknya bercadang untuk menurunkan kadar cukai 12 peratus kepada lima peratus sahaja.

"Kadar 12 peratus ini adalah sejak dahulu lagi, kami tidak pernah naik atau turunkan kadar tersebut. Jadi jika dengan semakan yang baharu memerlukan kami menurunkan kadar peratus cukai tersebut, mungkin kami akan turunkan, tidak ada masalah," jelas beliau.

Ahmad Phesal berkata demikian semasa sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi DBKL Ke-4 2013 yang bertemakan Inovasi Menerangi Kehidupan di Auditorium DBKL, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai rungutan pelbagai pihak yang tidak berpuas hati mengenai cadangan kadar cukai taksiran baharu DBKL yang didakwa bakal membebankan warga kota, terutama pemilik hartanah dan para penyewa.

Ahmad Phesal berkata, sudah tentu ada dalam kalangan penduduk yang menerima taksiran cukai antara 200-300 peratus sebagaimana yang telah dimaklumkan menerusi Notis Menyemak Semula Senarai Nilaian Hartanah yang diedarkan kepada semua pemilik hartanah sebulan lalu.

Beliau berkata, kenaikan itu kelihatan tinggi tetapi warga kota perlu bersikap rasional kerana cukai taksiran telah tidak dinaikkan selama 21 tahun, yang membuatkan kadar baharu itu kelihatan naik berkali ganda.

"Yang penting sekarang mereka perlu berhubung dan bersemuka dengan pihak DBKL bagi menyatakan bantahan terhadap kadar baharu tersebut. Kami mempunyai barisan panel yang akan membantu bagaimana kadar tersebut dapat dikurangkan mengikut kemampuan pemilik untuk membayarnya," katanya.

Tambah beliau, sebenarnya tidak timbul isu mengenai taksiran cukai yang baharu ini semata-mata untuk menentukan nilai hartanah di Kuala Lumpur pada masa kini.

"Nilai (hartanah) itu telah ada. Cukai dikenakan mengikut nilai yang ada dan tidak timbul isu kononnya DBKL gagal mendapat perolehan hasil dari sumber-sumber lain sebagai pendapatan sehingga perlu menaikkan cukai, isu seperti itu tidak timbul," katanya.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya sempena Hari Inovasi DBKL Ke-4, Ahmad Phesal berkata, sebanyak 425 cetusan idea telah diterima oleh DBKL daripada pegawai dan kakitangannya bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang ramai.

"Setelah ditapis tujuh idea diisytihar sebagai pemenang dan 12 lagi diberi hadiah sagu hati," katanya.

Sementara itu Jabatan Perlaksanaan Projek dan Penyelenggaraan Bangunan DBKL atau dikenali sebagi kumpulan BOLT berjaya menerima Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Datuk Bandar dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000, trofi serta sijil apabila set penyelenggaraan elektrik rekaan mereka berjaya menarik perhatian juri untuk memenangi anugerah tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


JCorp manfaat untuk semua

Posted: 18 Nov 2013 10:34 AM PST

NUSAJAYA 18 Nov. - Kerajaan negeri menafikan dakwaan bahawa Johor Corporation (JCorp) hanya memberi manfaat kepada sesetengah pihak sahaja.

Sebaliknya, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, perbadanan itu banyak membawa perubahan kepada sosio-ekonomi rakyat di negeri itu.

Beliau juga menyangkal persepsi yang menyatakan kerajaan negeri sentiasa memayungi serta memberi keistimewaan kepada JCorp dan menyifatkannya sebagai tidak tepat.

Beliau berkata, kewujudan JCorp terbukti apabila organisasi tersebut berjaya menyediakan lebih 70,000 peluang pekerjaan dan lebih 10,000 daripada jumlah itu bekerja di Johor.

"Melalui aktiviti pembangunan kawasan perindustrian yang diterajui sejak 1972, JCorp sudah membuka lebih 30 kawasan perindustrian yang sehingga kini mewujudkan lebih 150,000 peluang pekerjaan dan menjana lebih RM60 bilion jumlah pelaburan," katanya pada sesi penggulungan perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, di dalam sektor perumahan pula, JCorp berjaya membangunkan lebih 26,000 unit kediaman untuk rakyat negeri ini dengan 40 peratus terdiri daripada rumah kos rendah dan sederhana.

Beliau berkata, dari segi komersial pula, JCorp terbabit dengan projek pembangunan semula bandar raya Johor Bahru dengan menaik taraf dua bangunan milik mereka iaitu Galleria@Kotaraya dan Komtar JBCC.

"Apabila projek ini siap sepenuhnya kelak, sejumlah 4,600 peluang pekerjaan bakal diwujudkan selain ribuan peluang perniagaan akan terus diwujudkan melalui rantaian nilai hasil aktiviti yang dijalankan," katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, kerajaan negeri sudah mengarahkan semua Pegawai Daerah dan wakil rakyat untuk mengenal pasti lokasi sesuai di kawasan masing-masing untuk dibangunkan dengan projek perumahan mampu milik.

Katanya, tapak yang dikenal pasti itu akan dicadangkan untuk dibangunkan sama ada menerusi Projek Perumahan Rakyat, Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) atau skim perumahan yang bersesuaian.

Beliau berkata, sebelum ini kerajaan sudah menubuhkan jawatankuasa khas perumahan di peringkat negeri dan daerah bagi memantau serta merancang keperluan perumahan mampu milik mengikut kawasan.

"Melalui jawatankuasa ini, kerajaan negeri mengarahkan setiap pegawai daerah serta wakil rakyat untuk mencari lokasi sesuai untuk pembangunan projek perumahan mampu milik di kawasan mereka," katanya.

Polis metropolis seiring kemajuan Iskandar Malaysia

Posted: 18 Nov 2013 10:34 AM PST

MOHAMED Khaled Nordin menyampaikan Surat Penghargaan kepada salah seorang pegawai polis sambil diperhatikan oleh Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff pada majlis Malam Penghargaan Menteri Besar Johor kepada PDRM Kontinjen Johor 2013 di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru kelmarin.

JOHOR BAHRU 18 Nov. - Kepolisan metropolis adalah pendekatan yang perlu diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor supaya institusi keselamatan tersebut dapat bergerak seiring dengan perubahan bandar raya ini kepada status metropolis.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sumber manusia yang kompeten dan prasarana yang lengkap adalah penting dalam usaha polis untuk menepati kehendak masyarakat yang mahukan kadar jenayah yang rendah.

"Gunakan aplikasi terkini dan manfaatkan gajet-gajet terbaharu supaya masyarakat lebih dekat dengan polis kerana ini tidak menuntut falsafah PDRM diubah. Kepolisan metropolis yang menepati ciri metropolitan perlu terus berkembang selari dengan perkembangan negara.

"Kawasan bandar yang dulunya kecil, kini semakin membangun dan sotisfikated seperti kepesatan pembangunan yang dialami Iskandar Malaysia," katanya ketika berucap pada Majlis Malam Penghargaan Menteri Besar Johor kepada PDRM Kontinjen Johor 2013 di Berjaya Waterfront Hotel, di sini semalam.

Yang turut hadir adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil; Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Mohamad Aziz; Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Shamsuddin; Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff pula diiringi isterinya, Datin Bibi Zakiah Meraslam yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Kontijen (Perkep) Johor. Hadir sama Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim bersama ketua-ketua jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Ketua-Ketua Polis Daerah dan pegawai-pegawai polis negeri.

Terdahulu, Mohamed Khaled turut menyatakan penghargaan kepada pengorbanan polis dalam membendung jenayah dan mengekalkan keamanan, malah menyifatkan majlis yang diannjurkan beliau sebagai terlalu sedikit jika dibandingkan dengan jasa anggota PDRM Johor.

"Umum semuanya mahu tiada jenayah tetapi kita tidak boleh lari daripadanya kerana negara bebas jenayah memang ideal tetapi realitinya tidak mudah dicapai. Keadaan bertambah parah dengan persepsi buruk masyarakat terhadap polis namun di sebalik tohmahan segelintir pihak, sebahagian besar menghargai peranan polis.

"Kerajaan negeri akan terus mempertahankan polis daripada sebarang tindakan yang mencemar dan memperlekeh institusi penting negeri dan negara ini," katanya lagi.

Sementara itu, Mohd. Mokhtar berkata, polis Johor sedar masyarakat kini lebih maju dan memerlukan pendekatan menyeluruh supaya rakyat menikmati kesejahteraan seiring dengan kemajuan yang dikecapi seperti mana yang disebutkan sebagai strategi kedua dalam Bajet Johor 2014 yang dibentangkan baru-baru ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Urutan payu dara

Posted: 18 Nov 2013 09:59 PM PST

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar safiyana salim

Norsimah Abdul Rajak menunjukkan teknik-teknik urutan yang betul.

TIDAK dinafikan, spa hari ini menjadi pilihan bagi wanita yang bekerjaya untuk merehatkan badan dan pada masa yang sama memanjakan diri setelah berpenat lelah menyempurnakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Kunjungan ke spa bukan lagi ke arah kecantikan semata-mata sebaliknya lebih kepada untuk merehatkan fizikal dan mental dalam usaha memberikan yang terbaik kepada tubuh badan yang telah banyak berjasa selama ini.

Antara rawatan serta perkhidmatan yang sering kita lihat ditawarkan di spa-spa ialah pelangsingan badan, urutan badan, urutan tangan, urutan kaki dan rawatan kecantikan muka.

Menurut pemilik spa Beauty From The East, Norsimah Abdul Rajak, 35, spa yang diusahakan sejak 2009 ini sememangnya menawarkan pelbagai rawatan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan kecantikan mahupun kesihatan seperti spa-spa lain.

Keistimewaan spa yang terletak di GM 20A, Jalan Putra Perdana 5D/1, Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor itu ialah rawatan urutan payu dara.

Katanya, dalam banyak-banyak rawatan yang disediakan, rawatan tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelanggan.

"Kami di Beauty From The East menawarkan pelbagai rawatan seperti yang ditawarkan oleh spa-spa lain tetapi dalam usaha memberikan kelainan kepada para pelanggan, kami turut menawarkan satu rawatan khusus iaitu rawatan untuk payu dara kepada mereka yang memerlukan.

"Rawatan ini mampu mmengembalikan semula keanjalan tisu-tisu di sekelilingnya akibat penggunaan baju dalam yang salah serta faktor umur. Selain menganjalkan payu dara urutan juga mampu membentuk semula payu dara," ujarnya ketika ditemui di spanya, baru-baru ini.

Dengan hanya menggunakan kaedah mengurut yang betul di samping penggunaan losyen khas, Norsimah memberitahu rawatan tersebut mengambil masa antara 45 minit hingga dua jam bergantung kepada keperluan individu terbabit.

Ini kerana, tidak semua tubuh individu memberi tindak balas yang sama setelah rawatan dilakukan.

Katanya lagi, sekiranya inginkan keputusan yang memuaskan urutan tersebut perlulah diulangi dan maksimum urutan yang perlu dijalani pelanggan adalah sebanyak 10 kali.

Mempunyai empat bilik untuk urutan badan, Beauty From The East dibuka setiap hari bermula 9.30 pagi hingga 9.30 malam kecuali hari Sabtu dan Ahad akan ditutup pada pukul 7.30 malam.

Turut menawarkan perkhidmatan urut bersalin untuk para pelanggan sekitar Lembah Klang, Norsimah memberitahu, Beauty From The East turut mempunyai cawangan di Lahat Datu, Sabah yang telah beroperasi sejak tahun 2011.

Sememangnya meminati bidang kecantikan sejak dahulu lagi, Norsimah kini dalam perancangan melancarkan produk kecantikannya sendiri dalam usaha mengembangkan lagi perniagaan.

"Jadi dalam usaha mengembangkan lagi perniagaan ini, kini saya dalam perancangan ingin mengeluarkan produk kecantikan sendiri tahun depan.

"Sebelum itu pada tahun 2011 saya telah mengeluarkan satu krim pelangsingan badan jenama sendiri dan baru tahun ini produk ini dipasarkan kerana sebelum itu hanya digunakan di spa sendiri sahaja," tuturnya lagi.

Spa yang hanya dikhususkan untuk kaum Hawa ini boleh dikunjungi pada bila-bila masa tetapi dinasihatkan agar menghubungi Norsimah terlebih dahulu di talian 016-6262551 untuk temu janji.

Mandian inspirasi Madame Butterfly

Posted: 18 Nov 2013 09:59 PM PST

Mandian Honour oleh Amouge untuk wanita.

HOUSE Of Amouage telah memperluaskan rangkaian Bath & Body Collection dengan memperkenalkan ciptaan unggulnya, Honour untuk lelaki dan wanita.

Wangian yang bersifat intimate, diinspirasikan oleh Madame Butterfly daripada Giacomo Puccini meninggalkan kesan yang lembut di permukaan kulit dengan menyerlahkan suatu campuran anggun bungaan putih yang merangkumi karakter tragis Puccini.

Dipersembahkan dalam pembungkusan mewah warna gading dan putih untuk wanita yang mengandungi koleksi barangan penuh termasuk satu jel mandian harum, sabun, losyen badan, krim tangan dan krim badan yang mewah.

Sementara untuk lelaki, dipersembahkan dalam pembungkusan hitam dan putih untuk jel mandian dan produk sabun yang diwangikan.

Dicipta oleh pakar Peranchis yang terkenal, rangkaian ini mengandungi kadar konsentrasi haruman yang tinggi dan memberikan kelembutan dan kelembapan kepada kulit.

Bagi menampilkan kepelbagaian penggunaan wangian unggul ini, rangkaian Bath & Shower Gel tersebut juga membersihkan badan secara lembut.

Sabun mandi yang harum mengandungi minyak sayuran organik bagi mengekalkan keseimbangan pH semula jadi yang bersesuaian dengan kulit lembut dan sihat untuk lelaki dan wanita.

Losyen badan dan krim tangan mengandungi gliserin, mentega shea, lidah buaya, minyak badan dan silikon dan satu lapisan perlindungan yang membuatkan kulit gebu dan licin, segar serta lembut seperti sutera.

Barangan terunggul dalam koleksi ini adalah krim badan yang mewah yang dipersembahkan dalam bekas yang amat cantik dan eksklusif. Mengandungi ramuan-ramuan aktif seperti algae, gliserin, lidah buaya, mentega shea dan mentega cacao, ia memberikan rawatan intensif bertujuan mengembalikan keremajaan dan melembutkan kulit.

Rangkaian Bath & Body Collection juga boleh didapati dalam rangkaian wangian Amouage yang terlaris termasuk Gold, Dia, Jubilation 25, Reflection, Lyric, Epic dan Memoir.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved