Selasa, 19 November 2013

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


28 maut militan serang balai polis Somalia

Posted: 19 Nov 2013 12:14 PM PST

MOGADISHU 20 Nov. - Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh di Somalia selepas kumpulan militan merempuh masuk sebuah balai polis di utara ibu negara ini semalam dengan sebuah bom kereta sebelum mereka melepaskan tembakan ke arah anggota pasukan itu.

Kejadian berbalas tembak meletus di balai polis di Baladweyne berhampiran sempadan Ethiopia dengan tentera pengaman Kesatuan Afrika dan tentera Somalia turut membantu menangani serangan pengganas tersebut.

Kumpulan militan al-Shabab yang dikaitkan dengan pengganas al-Qaeda mengaku bertanggungjawab dalam serangan pada waktu pagi itu. - REUTERS

4 maut banjir kilat di Arab Saudi

Posted: 19 Nov 2013 11:53 AM PST

RIYADH 20 Nov. - Banjir kilat akibat hujan lebat di sebahagian besar kawasan padang pasir Arab Saudi mengakibatkan empat orang maut dan 10 lagi masih hilang dalam tempoh dua hari lalu.

Pihak berkuasa dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita SPA semalam berkata, dua daripada kematian serta tujuh lagi yang hilang berlaku di Riyadh manakala selebihnya berlaku di bandar timur laut Arar.

Sejak kelmarin, pasukan kecemasan telah menyelamatkan sebanyak 1,357 penduduk yang terperangkap dalam banjir. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved