Ahad, 22 Mei 2011

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Lima sekolah terbaik ke Perancis

Posted:

Lima sekolah terbaik ke Perancis

Lima sekolah terbaik ke Perancis


Eliza Lewin, John Spencer dan Tony Materna membuat pemilihan dan menyediakan Laporan Penuh Keputusan Jawatankuasa Pemilihan Reka Bentuk Kapal Angkasa di Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini.


Jawatankuasa Pemilihan Space Tourism Society (STS) telah memilih lima sekolah yang berjaya menghasilkan reka bentuk kapal angkasa terbaik untuk bersaing di peringkat akhir pada Persidangan Agensi Angkasa Eropah di Paris, Perancis pada Oktober depan.

Lima sekolah itu ialah Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan; Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kubang Pasu, Kedah; Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Selangor; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintang Selatan, Kuala Lumpur dan SMK Bandar Baru Sg. Buloh, Selangor.

Pemilihan lima daripada sembilan sekolah yang telah disenarai pendek itu dibuat oleh satu jawatankuasa yang terdiri daripada Presiden dan Pengasas STS, John Spencer; Timbalan Presiden dan Jurutera Aeroangkasa Bristol Spaceplane, Tony Materna dan Ahli Eksekutif STS, Eliza Lewin.

Ia diadakan pada majlis Penganugerahan Orbit di Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Menurut Tony Materna, kesemua sembilan reka bentuk berkenaan adalah amat mengkagumkan kerana mempunyai ketepatan kejuruteraan yang boleh diterima walaupun bidang reka bentuk kapal terbang angkasa suborbital adalah suatu bidang kejuruteraan yang baharu dan tidak mempunyai ramai pakar.

Malah pertandingan ini, katanya, adalah antara pertandingan yang merintis ke arah pembangunan dan perkembangan bidang kejuruteraan kapal terbang angkasa suborbital.

"Melalui usaha yang berterusan, Malaysia boleh menghasilkan seorang jurutera ataupun pereka kapal terbang angkasa suborbital yang terkenal di dunia," katanya.

Pemilihan dibuat berasaskan lima kriteria iaitu keaslian reka bentuk; kefahaman teknikal dan practicality; mudah untuk dibangunkan; beroperasi secara ekonomi dan inovasi keseluruhan.

Pertandingan Mereka Bentuk Kapal Angkasa Kebangsaan ini anjuran STS Malaysia Chapter (STS-MC) dengan kerjasama Utusan Malaysia dan disokong oleh Kementerian Pelajaran.

Pemenang utama akan berpeluang untuk mengikuti lawatan ke Kem Angkasa di Eropah.

Walaupun ia julung kali diadakan namun sambutan yang diterima amat menggalakkan kerana ia membuka ruang kepada pelajar sekolah menengah untuk mempamerkan hasil kreativiti mereka di peringkat antarabangsa.

Sebanyak 66 penyertaan sekolah dari seluruh negara diterima untuk pertandingan yang bermula pada Januari dan berakhir Mac lalu.

Maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh dirujuk di portal berita www.adap.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Inovasi muzik wayang kulit dalam P&P

Posted:

Inovasi muzik wayang kulit dalam P&P

Inovasi muzik wayang kulit dalam P&P


Mohd Asmawi (bertali leher kuning) bersama ahli kumpulan wayang kulit SMK Sering selepas membuat persembahan di Festival Hari Guru 2011, Kuching, Sarawak, baru-baru ini.


PENGGUNAAN muzik tradisional wayang kulit dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjaya meningkatkan minat pelajar untuk hadir ke sekolah di samping menggalakkan generasi muda untuk mencintai warisan budaya bangsa.

Penerima Anugerah Guru Inovasi Hari Guru 2011, Mohd Asmawi Isa berkata, penggunaan muzik dalam P&P terbukti berkesan dalam menarik minat pelajar datang ke sekolah bagi melibatkan diri dalam aktiviti sebelah petang dan pada hujung minggu.

"P&P luar bilik darjah ini bukan sahaja membolehkan pelajar menguasai notasi muzik dengan cepat dan mudah malah mampu mempromosi Malaysia di mata dunia," kata Guru Muzik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sering, Kota Bharu, Kelantan ini.

Beliau memberitahu, kumpulan wayang kulit sekolahnya telah membuat persembahan di United Kingdom, Bulgaria, Itali, China, Scotland dan Kanada.

"Pendedahan di peringkat antarabangsa ini dapat memupuk minat pelajar untuk menguasai dan memelihara seni budaya bangsa agar tidak pupus," katanya ketika ditemui di Festival Hari Guru 2011 di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Modul pembelajaran notasi muzik wayang kulit ciptaan Mohd Asmawi sesuai digunakan oleh semua peringkat usia dari tahap prasekolah hingga ke universiti termasuk untuk orang dewasa.

Ketika ini, ujarnya, modul tersebut digunakan di Sekolah Seni Sarawak dan Sekolah Seni Johor.

Dalam pada itu, menurut Mohd Asmawi, pelajar boleh menjana pendapatan sendiri melalui persembahan di luar sekolah seperti dalam majlis perkahwinan atau acara sambutan orang kenamaan.

"Pelajar juga diajar kemahiran untuk membuat sendiri peralatan wayang kulit," tambahnya.

Selain itu, modul P&P ciptaannya turut menerapkan kemahiran merentas subjek seperti lukisan, bahasa Melayu, sejarah, matematik dan KOMSAS.

Sebagai contoh, cerita dan asal usul wayang kulit merupakan sebahagian daripada subjek Sejarah manakala bahasa yang digunakan pula satu bentuk pembelajaran bahasa Melayu.

Permainan muzik dan wayang kulit ini turut meningkatkan kemahiran psikomotor melalui pelbagai gabungan pergerakan anggota tubuh pelajar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Terengganu pintas Selangor

Posted:

Terengganu pintas Selangor

Terengganu pintas Selangor


Penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd. Farizal Marlias dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.


KUALA LUMPUR - Jaringan penyamaan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-86 ketika berdepan Harimau Muda A di Stadium Shah Alam sudah cukup buat Kelantan mempertahankan kedudukan sebagai pendahulu Liga Super.

Walaupun satu mata, Kelantan berjaya menghalang Terengganu daripada memintas berdasarkan rekod perbezaan jaringan yang memihak kepada Red Warriors walaupun kedua-dua pasukan terikat pada jumlah mata yang sama iaitu sebanyak 44 sementara Selangor di tangga ketiga, ketinggalan dua mata.

Harimau Muda terlebih dahulu menggegar pada minit ke-13 melalui Izzaq Faris Ramlan sebelum disamakan oleh S. Chanturu, 18 minit kemudian tetapi Izzaq sekali lagi meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-69.

Namun, gol penyamaan oleh Norshahrul empat minit sebelum tamat menghampakan anak-anak buah Ong Kim Swee bagi meraih tiga mata berharga.

Di Stadium Sultan Ismail Nasirrudin Shah, Kuala Terengganu, skuad Peteh terus mempamerkan rentak menyakinkan apabila menang selesa 3-0 ke atas Negeri Sembilan bagi mengekori rapat kedudukan Kelantan.

Abdul Manaf Mamat meledak sebanyak dua kali pada minit ke-24 dan 52 sebelum pemain kebangsaan, Asaari Samsudin menambah derita pelawat dengan satu lagi gol pada minit ke-63.

Namun, cerita berlainan ditampilkan oleh juara bertahan, Selangor yang terus layu selepas mencatatkan kekalahan dua kali berturut-turut, kali ini kepada satu lagi pasukan Pantai Timur, Pahang, 2-1 di Stadium Darul Makmur.

Penyerang Tok Gajah, Azamuddin Akil membuka tirai jaringan pada minit ke-26 sebelum Mohd. Munir Amran mengukuhkan cengkaman pada minit ke-80. Gol menerusi sepakan percuma melalui D. Surendran pada minit terakhir permainan sudah terlambat menghalang Pahang mengutip tiga mata berharga.

Kedah dan Kuala Lumpur pula sekadar seri tanpa jaringan di Stadium Darul Aman manakala T-Team menang bergaya 3-1 di Stadium Likas bagi memintas kedudukan Felda United di tangga ketujuh apabila Felda kalah tipis 0-1 kepada Perak di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, hasil jaringan tunggal Akmal Rizal Rakhli.

Johor FC berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 kepada Perlis di Stadium JCorp.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KBS sambut baik guna padang tiruan

Posted:

KBS sambut baik guna padang tiruan

KBS sambut baik guna padang tiruan

PETALING JAYA - Hasrat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mencadangkan agar padang bola sepak di negara ini menggunakan rumput tiruan perlu diberi pertimbangan sewajarnya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penggunaan padang tiruan telah lama mendapat sokongan daripada FIFA sendiri yang amat menggalakkan teknologi tersebut diguna pakai.

"Bagi saya ia merupakan satu cadangan yang munasabah kerana masalah penyelenggaraan padang rumput asli bukan mudah dan ia turut menelan belanja yang tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa bermain paintball bersama pasukan-pasukan terbaik paintball Malaysia di sini, semalam.

Sebelum ini, FAM telah bertindak melantik agensi dari Jerman dan Belgium bagi membantu pembinaan padang tiruan untuk menggantikan padang rumput di stadium-stadium di negara ini.

Usaha menukar padang rumput kepada padang tiruan itu sejajar dengan galakan FIFA, namun padang tiruan yang dibina mesti menepati prosedur dan piawaian yang ditetapkan oleh badan bola sepak dunia itu.

Kos setiap satu padang tiruan dianggarkan sekitar RM3 juta.

Menurut Ahmad Shabery, mungkin kos permulaan untuk memasang padang tiruan melibatkan perbelanjaan yang tinggi, tetapi pihak pengurusan stadium tidak lagi terbeban dengan kos penyelenggaraan pula.

Ini kerana, jelasnya, jangka hayat atau ketahanan padang tiruan lebih lama berbanding padang yang menggunakan 'cow-grass' dan lebih mudah dijaga serta kos penyelenggaraan lebih murah.

"Namun begitu, saya berharap padang tiruan yang digunakan biarlah menepati syarat FIFA dan mempunyai gred yang bagus," ujarnya.

Malah, beliau memberitahu, penggunaan padang tiruan juga amat selamat dan para pemain bola sepak Malaysia hanya perlu mengambil masa yang singkat untuk menyesuaikan diri mereka dengan gelenggang berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai Kejohanan Paintball Antarabangsa Super Seven 2011, Ahmad Shabery berkata, pertandingan itu akan diadakan bersempena sambutan Hari Belia Negara pada 28 dan 29 Mei ini di Precint 5, Putrajaya.

"Sukan paintball mungkin bukan acara yang dipertandingkan di Olimpik, Sukan Asia atau pun Sukan SEA, tetapi, sukan ini semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia," katanya.

Kejohanan yang dijangka menarik penyertaan 80 buah pasukan dalam dan luar negara itu turut berjaya menarik penyertaan pasukan dari Singapura, Indonesia, Filipina dan Myanmar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Perkukuh jentera pilihan raya

Posted:

Perkukuh jentera pilihan raya

Perkukuh jentera pilihan raya

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


KHAIRY Jamaluddin (kiri) bersalaman dengan anggota perwakilan pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil di Ayer Keroh, Melaka, kelmarin.


MELAKA 22 Mei - Ahli UMNO diminta memberi tumpuan terhadap usaha menguatkan jentera pilihan raya parti, bukannya pemilihan di peringkat bahagian yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, setiap ahli parti bertanggungjawab memperkukuhkan keyakinan dan kepercayaan rakyat agar menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).

''Jangan kita anggap pilihan raya akan datang perkara yang mudah dan memandang ringan soal persiapan menghadapinya.

''Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah soal hidup mati UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil di sini malam tadi.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, sikap mementingkan kedudukan dalam parti hanya akan menghancurkan UMNO yang akhirnya merugikan parti sekali gus membolehkan pembangkang mengambil alih kuasa pentadbiran negara.

''Saya mahu ingatkan, apa guna kedudukan dalam parti jika pilihan raya nanti UMNO dan BN kalah kepada pembangkang dan akhirnya kita tiada lagi mempunyai kuasa," kata beliau.

Malah, katanya, tiada guna memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan jika parti tidak mempunyai kuasa disebabkan pembangkang menguasai pentadbiran negeri.

''Berjuang untuk parti, tiada istilah marah atau kecewa jika tidak dapat kedudukan kerana kepentingan individu hanya memecahbelahkan UMNO, yang penting sekarang kita perlu bekerja keras sebagai satu pasukan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang," ujarnya.

Sementara itu, Khairy meminta mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO di semua bahagian mengemukakan usul membantah keputusan kerajaan menaikkan harga petrol RON97 baru-baru ini.

''Pemuda Bahagian yang belum mesyuarat diminta membuat usul tersebut dan apabila semua sudah selesai, Pemuda BN akan menyerahkannya kepada Ibu Pejabat UMNO bagi membantah kenaikan harga petrol.

''Pemuda UMNO merasakan ini bukan masa untuk kerajaan mengurangkan subsidi dan membebankan rakyat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nik Aziz bertopeng imej warak

Posted:

Nik Aziz bertopeng imej warak

Nik Aziz bertopeng imej warak

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Mei - Tindakan memperalat pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di Kelantan dalam program politik Pas membuktikan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin yang tidak bermaruah.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, tindakan itu juga membuktikan Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin yang tidak mempunyai prinsip dan bertopengkan imej warak untuk memperdaya pelajar sekolah agama di Kelantan.

"Ucapan Nik Abdul Aziz pada Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana, Kota Bharu semalam membuktikan apa yang JMM kata mengenai Menteri Besar Kelantan itu benar." katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tohmahan tidak berasas Pas terhadap UMNO selama ini akhirnya memakan diri apabila Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana semalam menjadi bukti bagaimana parti itu memperalatkan pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di seluruh Kelantan dalam program politik mereka.

Lebih mengejutkan apabila ucapan beberapa pimpinan Pas termasuk Nik Abdul Aziz dalam program tersebut turut meniupkan kebencian dan penentangan di kalangan pelajar terbabit terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Azwanddin berkata, Nik Abdul Aziz merupakan seorang pengecut kerana hanya berani berpidato dan berbohong di hadapan budak-budak kecil yang baru belajar agama.

"Mengapa beliau (Nik Abdul Aziz) tidak berani untuk berpidato dengan tokoh seperti bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Nor Deris," katanya.

Beliau berkata, tidak hairan sekiranya Mursyidul Am Pas itu menjadi tali barut DAP seperti Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu.

"DAP mahu Nik Abdul Aziz dan Mohamad mengunakan Pas sebagai alat memecahbelahkan undi Melayu dengan mengunakan faktor dan sentimen agama bagi mewujudkan kebencian di kalangan orang Melayu.

"Saya setuju bila orang kata undi Pas sama seperti undi DAP," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Penduduk belasah suspek curi

Posted:

Penduduk belasah suspek curi

Penduduk belasah suspek curi

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my


Seorang pemuda digari oleh pihak polis selepas diberkas oleh orang ramai kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal di Bandar Baru Bangi, semalam.


KUALA LUMPUR 22 Mei – Akibat geram kegiatan curi motosikal dan pecah rumah semakin menjadi-jadi, sekumpulan penduduk bertindak membelasah seorang lelaki yang disyaki suspek jenayah itu yang berjaya diberkas sebelum diserahkan kepada polis.

Suspek sudah lama dicari oleh penduduk kerana disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal dan pecah rumah di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi dekat sini.

Menurut sumber, lelaki terbabit bagaimanapun tersilap langkah apabila mengunjungi sebuah restoran di situ semalam untuk membeli minuman yang kebetulan ada pengunjung mengenalinya.

"Para pengunjung restoran kemudian berpakat mengejar dan berjaya memberkasnya di hadapan restoran berkenaan.

"Dia kemudian dibelasah hampir sejam sebelum polis tiba dan membawanya ke balai untuk siasatan lanjut," katanya di sini hari ini.

Sumber itu berkata, suspek yang dibelasah mengalami kecederaan di kepala, tetapi tidak serius.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ah long makin ganas

Posted:

Ah long makin ganas

Ah long makin ganas

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my


JASON Teoh Sew Hock (dua kiri) menunjukkan rumah mangsa, Dieh Hua Ing (tiga kanan) yang disimbah cat oleh along di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 22 Mei – Kumpulan peminjam wang atau ah long kini dilihat semakin mengganas dan seolah-olah mencabar pihak berkuasa apabila turut bertindak menyimbah cat ke rumah individu yang tidak pernah menjadi pelanggan mereka.

Perkara berkenaan didedahkan oleh Pengerusi MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh Sew Hock apabila pihaknya menerima tiga aduan seumpama itu yang berlaku di Taman Ungku Tun Aminah di Skudai dekat sini semalam.

Menurutnya, tindakan sekumpulan ah long yang turut mengunci pintu pagar ketiga-tiga mangsa itu menyebabkan mereka hidup dalam ketakutan kerana khuatir perkara tidak diingini berlaku terutama membabitkan keselamatan keluarga.

"Perkara ini agak membimbangkan kerana semua mangsa mengaku tidak pernah berhutang dengan ah long dan kita juga percaya mungkin mereka tersilap sasaran," katanya kepada pemberita selepas melawat salah seorang mangsa di sini hari ini.

Dalam pada itu, seorang ibu tunggal, Dieh Hua Ing, 54, ketika ditemui mengakui dia kini hidup dalam ketakutan selain trauma disebabkan tindakan dipercayai ah long yang menyimbah cat merah ke rumahnya.

Tambahnya, ketika kejadian, dia bersama anak perempuannya yang berusia 16 tahun tiada di rumah dan insiden tersebut hanya disedari jirannya yang mendakwa melihat dua lelaki menaiki kereta melempar cat merah ke rumahnya pada pukul 1 petang semalam.

"Saya memang tidak pernah berhutang dengan mana-mana pihak terutama ah long tetapi saya tidak tahu mengapa rumah saya menjadi sasaran, mungkin mereka tersalah rumah tapi saya tetap rasa bimbang," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan meminta pihak yang menyaksikan kejadian itu tampil memberi maklumat kepada poliS.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


4,000 liter diesel subsidi dirampas

Posted:

4,000 liter diesel subsidi dirampas

4,000 liter diesel subsidi dirampas

Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL
utusanpahang@utusan.com.my


Anggota PPDNKK memeriksa sebuah tangki mengandungi 4,000 liter minyak diesel subsidi yang dirampas dalam operasi pembalakan di Hutan Simpan Maran, Pahang, kelmarin. - FOTO/KPDNKK


KUANTAN 22 Mei - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri merampas sejumlah 4,000 liter diesel subsidi bernilai RM7,200 yang diselewengkan di Hutan Simpan Maran, semalam.

Bahan bakar itu ditemui berhampiran rumah kongsi pekerja yang dijadikan tempat operasi pembalakan di hutan tersebut.

Menurut Pengarah PPDNKK Pahang, Mohd. Aruwan Ab. Aziz berkata, hasil pemeriksaan dibuat pegawainya bersama dua wakil syarikat teknologi nano mendapati, bekalan itu merupakan minyak diesel subsidi.

"Bahan bakar itu digunakan untuk operasi pembalakan, namun ia sepatutnya tidak dibenarkan dalam sektor tersebut," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya, di sini semalam.

Ekoran itu, katanya, pihak beliau bertindak menyita bekalan tersebut dan mengambil keterangan 15 pekerja yang berada di tapak pembalakan itu.

Tegasnya, kesalahan itu serius kerana kerajaan mengalami kerugian besar di atas subsidi yang diberikan iaitu RM1 bagi setiap liter diesel.

"Siasatan lanjut berkaitan kes itu dijalankan dan mereka yang terbabit boleh didakwa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Menurutnya, tindakan ke atas mereka akan diambil di bawah Perintah Kawalan Bekalan (Penandaan Barang Berjadual) 2006 yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun jika didapati bersalah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kenakan kompaun orang ramai buang sampah sesuka hati

Posted:

Kenakan kompaun orang ramai buang sampah sesuka hati

Kenakan kompaun orang ramai buang sampah sesuka hati

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
utusanpahang@utusan.com.my

KEBERSIHAN Amalan Mulia. Itulah yang boleh disimpulkan dalam ruangan Dari Meja Ketua Biro minggu ini.

Aspek kebersihan bukan sahaja diamalkan masyarakat Islam tetapi juga meliputi seluruh agama yang dianuti kaum lain di negara ini.

Kerajaan melaksanakan pelbagai kempen kebersihan bagi mendidik masyarakat tentang pentingnya mengamalkan perkara itu kerana dapat mengelak manusia daripada dijangkiti penyakit.

Topik yang dibincangkan ini boleh dikatakan antara perkara utama diberi perhatian oleh kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ini kerana ada segelintir masyarakat khususnya generasi muda kurang peka tentang amalan itu sama ada mereka tidak kisah atau buat-buat tidak tahu.

Penulis ingin berkongsi bersama pembaca tentang satu kisah yang penulis alami sendiri semasa mengunjungi sebuah pasar malam di Kuantan.

Pada waktu itu, penulis mahu meletak kenderaan di salah satu tempat di pasar malam tersebut.

Ketika sedang menunggu berbuat demikian, terlihat dua remaja yang baru pulang membeli makanan di pasar tersebut dengan selamba melemparkan bekas minuman di dalam longkang.

Terkejut juga dengan perbuatannya. Lalu penulis terfikir adakah sukar mencari tong sampah yang disediakan oleh PBT di pasar malam tersebut sehingga membuangnya ke longkang?

Dari gaya pemakaian dan perwatakan, penulis percaya dua remaja terbabit adalah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). Sudah tentu mereka telah dididik dengan aspek tersebut sejak di bangku sekolah lagi.

Dalam fikiran penulis mungkin mereka sengaja membuangnya atau malas mencari tong sampah yang terdapat di kawasan tersebut.

Sebagai generasi baru yang akan membentuk masa depan negara cemerlang, mereka sepatutnya menyedari perkara itu kerana ia sebahagian daripada amalan kehidupan.

Bayangkan sekiranya bekas minuman itu dibuang ke longkang, sudah tentu sistem aliran air akan tersumbat yang boleh menyebabkan banjir di kawasan sekitarnya.

Selain itu, ia bertakung dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes yang boleh menyebabkan penduduk akan dijangkiti demam denggi.

Pelbagai kempen dilakukan untuk menyedarkan masyarakat mengenai hal itu dan ada sebahagian masyarakat menyedarinya, tetapi ada segelintir pula tidak endah dalam hal itu.

Tumpuan harus diberikan terhadap kawasan pasar malam kerana ada juga segelintir pengunjung yang membuang sampah di jalanan.

Walaupun bungkusan sampah itu kecil, sepatutnya mereka boleh membuang sampah di dalam tong yang disediakan PBT.

Namun, tidak ramai yang mahu berbuat demikian dan dengan sengaja membiarkan sampah itu dibuang di jalanan.

Keadaan itu boleh diatasi sekiranya terdapat penguatkuasaan dilakukan dengan mengenakan kompaun terhadap mereka yang membuang sampah merata-rata.

Tindakan kompaun tersebut bukan perkara baru di negara ini kerana terdapat PBT di negeri lain telah memulakannya dengan mengenakan denda RM10 atau lebih terhadap individu yang berbuat demikian.

Cadangan itu bukan membebankan tugas PBT, tetapi adalah untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat bahawa tindakan membuang sampah merata-rata bukan suatu sikap yang baik.

Mungkin dengan cara itu masyarakat lebih berhati-hati untuk membuang sampah mereka di tempat yang sepatutnya.

Secara tidak langsung masyarakat turut serta menjaga kebersihan dan bersama-sama dengan PBT untuk menjadikan kawasan mereka cantik dan bersih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ahli UMNO perlu transformasi diri

Posted:

Ahli UMNO perlu transformasi diri

Ahli UMNO perlu transformasi diri

RAUB 22 Mei - Ahli UMNO perlu melakukan transformasi jika mahu parti itu terus kuat dan memenangi pilihan raya umum akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad (gambar) berkata, salah satu cara untuk mencapai kemenangan itu adalah dengan menghentikan sikap dan perangai buruk yang boleh merosakkan parti tersebut.

"Kita tidak boleh mengharapkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja untuk melakukan pelbagai transformasi dalam meneruskan perjuangan bagi memelihara nasib orang Melayu dan rakyat pelbagai kaum.

"Sebaliknya, ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi juga mempunyai peranan membantu pucuk pimpinan supaya rakyat dan orang Melayu terus menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Raub di Kompleks Rakan Muda, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk Shahiruddin Ab. Moin dan timbalannya, Datuk Aziz Mat Kiram.

Mohd. Isa berharap pemimpin di peringkat akar umbi perlu mendekati dan mendengar denyut nadi rakyat supaya mereka dapat merasai kehidupan yang lebih selesa.

Sementara itu, Shahiruddin ketika berucap pada majlis itu menyeru ahli UMNO bahagian tersebut supaya tidak leka kerana daerah itu kini menjadi sasaran pembangkang.

"PKR, DAP Dan Pas menyerang Parlimen Raub habis-habisan kerana mereka merasakan kekuatan BN semakin lemah.

"Kita perlu bekerja keras kerana pembangkang yang bercita-cita untuk menawan Putrajaya membuat pelbagai tuduhan dan fitnah tidak berasas," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Skandal video seks di Turki

Posted:

Skandal video seks di Turki

Skandal video seks di Turki


Tayyip Erdogan


ISTANBUL 22 Mei - Enam pemimpin kanan parti pembangkang Turki, Parti Pergerakan Nasionalis (MHP), semalam meletakkan jawatan ekoran skandal video peras ugut dan seks, sekali gus dijangka mempengaruhi keputusan pilihan raya umum negara ini pada 12 Jun ini.

Media Turki melaporkan, pemimpin kanan pembangkang itu dipaparkan dalam keadaan memalukan dalam rakaman video lucah itu, yang disiarkan melalui Internet.

Awal bulan ini empat yang lain yang juga merupakan pemimpin kanan parti itu telah meletakkan jawatan ekoran rakaman video hampir sama iaitu beberapa orang daripada mereka dipaparkan sedang mengadakan hubungan seks, dipercayai di sebuah rumah yang digunakan oleh anggota parti untuk mengadakan hubungan sulit.

Gelombong kedua peletakan jawatan pemimpin-pemimpin MHP itu mungkin memberi kelebihan kepada Perdana Menteri, Tayyip Erdogan yang memimpin Parti AK yang dijangka mengekalkan kuasa buat penggal ketiga dalam pilihan raya umum pada Jun ini.

Ketika ini, tinjauan pendapat meletakkan sokongan terhadap parti Tayyip berada sekitar 45 peratus.

Ekoran skandal itu, sokongan terhadap MHP juga dijangka merosot.

MHP dijangka tidak dapat meraih sokongan melebihi 10 peratus yang diperlukan bagi mengekalkan mereka dalam Parlimen, ekoran skandal tersebut.

Sokongan terhadap MHP ketika ini berada pada sekitar 10 hingga 15 peratus, kata tinjauan pendapat.

MHP ketika ini menguasai 70 daripada 550 kerusi di Parlimen Turki.

Antara mereka yang meletkkan jawatan ialah Timbalan Pengerusi MHP, Osman Cakir, Umit Safak dan Mehmet Ekici, serta Setiausaha Agung, Cihan Pacaci dan timbalannya Mehmet Taytak.

Mereka meletakkan jawatan sebagai anggota parti dan juga menarik diri daripada dicalonkan bertanding sebagai calon Parlimen mewakili parti itu.

Seorang lagi timbalan pengerusi MHP, Deniz Bolukbasi kemudian turut meletakkan jawatan.

"Saya telah meletakkan jawatan bagi mengelakkan konspirasi ini dan tuduhan palsu ini mengugat MHP pada pilihan raya akan datang,'' kata Bolukbasi dalam satu kenyataan.

Stesen televisyen CNN Turki melaporkan, pihak berkuasa telekomunikasi telah melancarkan siasatan berhubung video tersebut. - AP/Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Presiden Yemen enggan serah kuasa

Posted:

Presiden Yemen enggan serah kuasa

Presiden Yemen enggan serah kuasa


Seorang kanak-kanak Yemen turut menyertai protes antikerajaan di Sanaa bagi mendesak Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh meletakkan jawatan, kelmarin. – REUTERS


SANAA 22 Mei - Diplomat Barat dan negara-negara Teluk gagal memujuk Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh menandatangani perjanjian untuk menyerahkan kuasa hari ini.

"Ia (usaha pujuk Ali serah kuasa) gagal," kata seorang diplomat kepada Reuters, manakala diplomat dari negara Teluk pula berkata, blok daripada Majlis Kerjasama Teluk yang terdiri daripada negara-negara jiran Yemen yang merupakan negara pengekport minyak mungkin menarik diri menjadi pendamai ekoran keengganan Ali itu.

Sebelum ini, Ali dilaporkan akan menandatangani perjanjian penyerahan kuasa, hari ini setelah dua kali mengubah keputusan itu.

Sementara itu, beratus-ratus penyokong setia Ali menghalang jalan raya sebagai tanda protes terhadap berita perjanjian penyerahan kuasa itu dengan melonggokkan batu-batu sebagai penghadang, manakala di kota Sanaa, pula beri-ribu rakyat yang menentang Ali meneruskan protes mereka. – Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Berpecahkah undi ulama?

Posted:

Berpecahkah undi ulama?

Berpecahkah undi ulama?

Oleh ZULKIFLEE BAKARpengarang@utusan.com.my

TIMBALAN Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sudah mengesahkan akan mempertahankan jawatannya dalam muktamar ke-57 parti itu pada 3 hingga 5 Jun ini.

Ia bermakna setakat ini, Nasharudin akan bertembung dengan Mohamad Sabu yang sudah menyatakan kesediaannya mencuba kali kedua selepas berbuat demikian pada tahun 2009.

Tiga lagi calon masih belum menyatakan pendirian mereka biarpun sudah mendapat pencalonan iaitu Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa (yang pernah bertanding pada 2009), Pesuruhjaya Pas Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Naib Presiden Pas dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd. Razak.

Seorang lagi calon, Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub sudah membuat keputusan tidak bertanding.

Walaupun ada lagi dua calon lain, tetapi tumpuan diberikan kepada Mohamad Sabu dan Tuan Ibrahim.

Penulis difahamkan, walaupun ada pandangan Mohamad Sabu mungkin akan memberi laluan kepada Tuan Ibrahim untuk bertanding satu lawan satu dengan Nasharudin, namun ia sekadar harapan.

Ia berikutan penegasan Mohamad Sabu bagaikan membujur lalu, melintang patah pada Sabtu lalu apabila menegaskan,''Tidak kira siapa pun bertanding saya tetap akan menghadapi mereka.''

Dari segi pencalonan, Tuan Ibrahim menduduki tempat ketiga selepas Mohamad Sabu dan Nasharudin.

Jika Tuan Ibrahim mengubah pendirian awalnya iaitu daripada tidak bertanding kepada bertanding, ia bermakna pertandingan di peringkat Timbalan Presiden turut bakal menyaksikan pertembungan antara ulama dengan ulama.

Ramai pemerhati politik Pas melihat jika Tuan Ibrahim bertanding maka akan wujud pertandingan tiga penjuru yang sekali gus akan memberikan keuntungan kepada Mohamad Sabu.

''Ini memandangkan undi golongan ulama akan berpecah dan senario ini pernah dialami oleh golongan profesional pada tahun 2009 apabila Mohamad Sabu dan Husam bertanding menentang Nasharudin bagi jawatan Timbalan Presiden.

''Oleh itu ramai melihat Tuan Ibrahim boleh menjadi penyelamat kepada undi ulama untuk jawatan nombor dua tersebut dengan tidak bertanding,'' kata sumber dalaman parti berkenaan.

Menurut sumber itu lagi, Tuan Ibrahim berada pada kedudukan terbaik untuk menarik diri memandangkan Nasharudin sudah tidak boleh berbuat demikian.

''Ini kerana adalah tidak wajar seorang penyandang jawatan tidak mahu mempertahankan kedudukannya,'' katanya.

Jika Nasharudin bertanding satu lawan satu dengan Mohamad Sabu ia memudahkan perwakilan membuat keputusan.

Apatah lagi perwakilan sudah diberi tunjuk ajar oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kriteria pemimpin yang wajar mereka pilih.

Antara lain nasihat Nik Abdul Aziz kepada perwakilan ialah, ''Saya minta mereka yang akan membuat undian mengambil kira bahawa orang yang dipilih layak memimpin umat Islam dengan tingkah laku dan kata-katanya, sama ada pemimpin A atau B tidak kira, itu terpulang.''

Namun, pertandingan masih terbuka memandangkan pemimpin-pemimpin yang bertanding mempunyai tempoh sehingga 26 Mei ini untuk membuat keputusan sama ada hendak bertanding atau tidak.

Turut menjadi tumpuan ialah pertandingan di peringkat Naib Presiden yang menyaksikan 14 pemimpin dicalonkan.

Selain tiga penyandang iaitu Tuan Ibrahim, Salahudin dan Mahfuz Omar, turut mendapat pencalonan ialah Azizan, Husam, Idris Ahmad, Mazlan Aliman, Mohamad Sabu, Mohd. Amar Abdullah, Mohd. Hatta Ramli, Nasharudin, Nik Zawawi Nik Salleh dan Datuk Seri Nizar Jamaludin.

Seorang lagi pemimpin yang dicalonkan iaitu Mujahid Yusof Rawa sudah membuat keputusan tidak bertanding.

Tumpuan sudah pastilah diberikan kepada Tuan Ibrahim, Salahudin, Husam, Azizan, Idris, Nasharudin, Mohamad Sabu dan Nizar.

Tetapi, jika berdasarkan kepada 'tradisi-tradisi' sebelum ini, tiada pemimpin Pas yang bertanding dua jawatan penting dalam satu-satu masa.

Ia bermakna Nasharudin tidak akan bertanding jawatan Naib Presiden, begitu juga Mohamad Sabu. Tetapi, Tuan Ibrahim akan bertanding jawatan berkenaan jika beliau membuka laluan kepada pertembungan Mohamad Sabu dan Nasharudin bagi kerusi Timbalan Presiden.

Dari segi peluang, sudah pastilah Tuan Ibrahim sentiasa sahaja dilihat berpeluang cerah mengekalkan jawatan Naib Presiden manakala kedudukan Mahfuz dan Salahudin masih samar-samar. Ia kerana saingan dijangka datang daripada Azizan, Idris, Mohd. Amar dan Nizar. Kesemua calon ini dikatakan mempunyai kelebihan.

Mohd. Amar dikatakan pemimpin masa depan Pas Kelantan jika parti itu mahu mengekalkan kepimpinan ulama, Idris dilihat semakin popular sejak menjadi Ketua Penerangan Pas, manakala Nizar dikatakan masih mendapat simpati berikutan isu 'rampasan kuasa' di Perak yang sering beliau mainkan.

Azizan pula dikatakan semakin meningkat namanya berikutan isu kontroversi pajakan tanah Universiti Utara Malaysia (UUM).

Tetapi perwakilan sudah pasti tidak akan menolak penglibatan golongan profesional secara total bagi jawatan Naib Presiden.

Dalam soal ini, walaupun dilihat samar, Salahudin masih mempunyai harapan untuk mengisi salah satu 'slot' Naib Presiden bersama Tuan Ibrahim.

Satu lagi slot mungkin diisi oleh Azizan yang dilihat ada kelebihan memandangkan, perwakilan tidak mahu menghantar isyarat yang salah kepada rakyat jika Menteri Besar tersebut ditolak dalam pemilihan parti.

Namun, setakat ini, Azizan belum menyatakan jawatan apa yang ingin beliau tandingi sama ada Timbalan Presiden atau pun Naib Presiden

Sememangnya jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden memainkan peranan penting untuk Pas menentukan hala tuju parti itu seterusnya.

Ia kerana populariti Pas kini terus berada dalam kedudukan yang cukup tidak selesa berikutan tindakan parti itu yang dilihat semakin 'tenggelam' dalam usaha mempertegaskan perjuangan Islamnya.

Justeru, jika golongan ulama tidak mendapat tempat sewajarnya maka ini akan menimbulkan persepsi bahawa ahli-ahli Pas sememangnya sudah tidak lagi mementingkan perjuangan tersebut demi menjaga persahabatan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pas sudah tentu tidak mahu keadaan itu berlaku dan ia hanya boleh dilakukan jika golongan ulama diletakkan menguasai posisi utama dalam parti berkenaan di samping dibantu oleh golongan profesional yang baik budi pekertinya, sopan santun tingkah lakukannya dan berhemah dalam berkata-kata.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Asiaspace terus kukuh bersaing

Posted:

Asiaspace terus kukuh bersaing

Asiaspace terus kukuh bersaing

Oleh NIZAM YATIMnizam.yatim@utusan.com.my


ABDUL Ghani Abdullah yakin dengan sokongan semua pihak, syarikatnya akan terus berkembang di masa depan.


SEKIRANYA anda sering memandu ke seluruh negara, terdapat kemungkinan besar anda akan dapat melihat menara telekomunikasi yang mempunyai reka bentuk unik menyerupai sebatang pokok.

Menara berkenaan sebenarnya dibina oleh Asiaspace Sdn. Bhd. (Asiaspace), satu-satunya syarikat bumiputera yang berkecimpung dalam industri itu sejak 12 tahun lalu. Antara kawasan yang mempunyai menara berbentuk sedemikian adalah Taman Botani dan Taman Wetland di Putrajaya serta Planetarium Negara dan Bukit Aman di Kuala Lumpur.

Penggerak utama Asiaspace ialah Pengerusi dan pengasas syarikat itu, Datuk Abdul Ghani Abdullah.

Beliau yang berkelulusan undang-undang dari United Kingdom pernah menjadi ahli lembaga pengarah Sirim Berhad, MNI Holdings Berhad dan beberapa syarikat lain yang disenarai di Bursa Malaysia.

Abdul Ghani ialah individu yang mencetuskan idea supaya syarikat telekomunikasi berkongsi menara bagi mengelak bilangan yang terlalu banyak di setiap kawasan.

Idea berkenaan mendapat reaksi positif daripada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kemudiannya mengarahkan beliau membina menara terbabit untuk disewa kepada syarikat telekomunikasi.

Mengulas mengenai perkara itu, Abdul Ghani dalam satu pertemuan dengan Utusan Malaysia baru-baru ini menjelaskan, sehingga ke hari ini pihaknya telah membina 132 menara telekomunikasi di kawasan-kawasan strategik seluruh negara.

''Ia telah disewakan kepada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi pelbagai jenama seperti Celcom, Maxis, DiGi, umobile, P1 dan yes.

"Kami turut membina menara telekomunikasi untuk kegunaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),'' ujarnya.

Selain berpengalaman dalam pembinaan dan pengendalian menara telekomunikasi, Asiaspace kini maju setapak lagi dalam memperkenalkan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar 4G setelah memperoleh lesen spektrum 2.3 gigahertz (GHz) pada Mac 2007 dan 2.6 GHz pada 2010.

Tiga syarikat lain yang turut diberikan lesen untuk spektrum itu bagi menawarkan 4G berasaskan teknologi akses keupayaan saling mengendali bagi gelombang mikro seluruh dunia (WiMAX) adalah Packet One Networks (M) Sdn. Bhd., YTL e-Solutions Bhd. dan REDtone International Bhd.

4G yang menawarkan generasi keempat teknologi jalur lebar tanpa wayar merupakan pengganti kepada standard 3G dan 2G.

Teknologi 4G boleh memberikan 100 megabit sesaat (Mbps), yang membolehkan album muzik dimuat turun sepantas lima saat atau sejam siaran televisyen dalam masa kira-kira 30 saat.

Pada Ogos 2008, syarikat berkenaan telah memperkenalkan perkhidmatan 4G dengan jenama 'amax' yang berasaskan kepada teknologi WiMAX.

Bagaimanapun berikutan perubahan teknologi maka pihak pengeluar peralatan telah menamatkan sokongan terhadap pembangunan teknologi WiMAX.

Oleh itu, syarikat itu memutuskan untuk menghentikan amax yang berasaskan WiMAX pada September 2010 bagi membolehkannya beralih kepada teknologi 4G lebih canggih berasaskan evolusi jangka panjang (LTE).

Jelas beliau, syarikat itu kini dalam proses untuk memasang LTE ujian di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat ini.

4G berasaskan teknologi LTE membolehkan para pengguna memuat turun sehingga 100 Mbps pada telefon mudah alih mereka, berbanding 3G yang membolehkan muat turun sehingga 20 Mbps dan WiMAX sehingga 40 Mbps.

Perkhidmatan 4G berasaskan LTE telah dimulakan secara komersial pada Disember 2009 di Stockholm, Sweden dan Oslo, Norway.

Negara-negara lain yang telah memulakan langkah untuk beralih kepada teknologi LTE ialah Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Korea Selatan, Australia dan Sri Lanka.

Dalam pada itu, beliau melahirkan keyakinan Asiaspace akan berkembang lebih maju pada masa depan setelah ia dipilih untuk dimasukkan dalam Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) Kementerian Kewangan.

Skim berkenaan yang dilaksanakan sejak 2007 bertujuan membantu syarikat bumiputera untuk disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh terdekat ini.

Sementara itu, mengulas mengenai perancangan masa depan syarikat, jelas beliau, pihaknya telah meletakkan sasaran untuk mengambil alih semua menara milik sebuah syarikat telekomunikasi tempatan dengan anggaran kos pengambilalihan sebanyak RM400 juta.

Jelasnya, syarikat berkenaan turut meletakkan sasaran untuk membina 10 menara telekomunikasi baru setiap tahun.

''Kita juga merancang untuk mengembangkan operasi pembinaan menara telekomunikasi ke negara-negara ASEAN dan memastikan 25 peratus daripada menara yang dibina menggunakan teknologi hijau menjelang 2014," ujarnya.

Katanya, syarikat itu juga merancang untuk bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi tempatan dalam memperkenalkan perkhidmatan 4G berasaskan teknologi LTE.

''4G ini akan menggunakan spektrum 2.3 GHz dan 2.6 GHz dengan peralatan dibekalkan oleh Qualcomm Incorporated dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd.," katanya.

Tambah beliau, kejayaan syarikat itu untuk mengembangkan operasi adalah berikutan kerjasama baik yang diberikan oleh SKMM dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Mesin mengasing sabut kelapa

Posted:

Mesin mengasing sabut kelapa

Mesin mengasing sabut kelapa

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Gambar ZULKARNAIN SAIDIN


Mudah mengasingkan sabut kelapa menggunakkan mesin ciptan Dr. Md. Akhir Hamid.


Pokok kelapa dikatakan sebagai pokok seribu guna kerana setiap bahagiannya ada kegunaan tertentu. Batang misalnya boleh dibuat titi, daun untuk ketupat dan lidi penyapu, isi kelapa dan umbut untuk bahan dalam makanan dan terkini santan kelapa boleh menghasilkan minyak kelapa dara.

Biasanya sabut kelapa yang diproses digunakan dalam sektor pertanian terutama kerana ciri-cirinya yang menyerap air selain fiber digunakan dalam industri perabot.

Terdapat dua produk utama yang didapati daripada sabut kelapa adalah cocopeat (habuk sabut) dan coir (fiber panjang).

Biasanya cocopeat digunakan sebagai media tanaman terutama pada sistem fertigasi manakala coir merupakan bahan yang biasa terdapat di dalam tilam, di bawah lapisan karpet, hamparan dan papan penebat.

Kaedah pengeluaran cocopeat dan coir secara tradisional amat merumitkan dan memakan masa yang lama.

Biasanya sabut kelapa akan direndam di dalam kolam selama sebulan kemudian sabut yang diawet tadi diangkat dan ditoskan sebelum dipukul bagi memecahkan dan melembutkannya.

Cocopeat dan coir kemudian diasingkan menggunakan penapis.

Justeru Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah membangunkan mesin mengasing sabut kelapa bagi memudahkan usahawan kecil dan sederhana memproses sendiri sabut kelapa mereka.

Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi MARDI, Dr. Md. Akhir Hamid berkata, mesin mengasing sabut kelapa yang bangunkan amat mudah digunakan dan mesra alam sekitar.

Mesin berkenaan boleh memproses dan mengasingkan cocopeat dan coir amat diperlukan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengusaha ladang kelapa.

"Mesin mengasing sabut kelapa berupaya memecahkan dan melembutkan sabut dan pada masa yang sana memisahkan fiber coir daripada cocopeat dalam satu operasi," katanya semasa ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Semasa proses berkenaan, jelas Dr. Md. Akhir mesin berkenaan berupaya mengasingkan cocopeat dan coir iaitu dua produk daripada sabut kelapa.

Mesin berkenaan telah direka dengan kapasiti memproses 500 kilogram sabut dalam masa sejam.

"Hanya seorang pekerja diperlukan untuk menjalankan operasi berkenaan termasuk membungkus cocopeat dan coir," katanya.

Bagi memudahkan operasi, mesin berkenaan dilengkapi dengan drum berpusing dengan diameter 100 sentimeter (sm), pisau untuk memukul serta roda dan beroperasi menggunakan enjin diesel 10 kuasa kuda.

Mesin berkenaan boleh dibawa ke ladang dengan sebuah traktor mini disambungkan kepada mesin pemisah bagi membolehkannya dibawa ke mana-mana saja di dalam ladang.

Mesin mengasing sabut kelapa boleh beroperasi terus di mana saja kerana tidak menggunakan tenaga elektrik.

Fiber coir dan cocopeat boleh diasingkan secara terus semasa proses pengasingan dan kedua-duanya dikumpulkan dalam kotak yang disediakan supaya dapat mengurangkan masa bekerja.

Mesin berkenaan telah direka sedemikian rupa bagi membezakannya dengan mesin yang biasa digunakan di dalam kilang.

Dr. Md. Akhir berkata, mesin mengasing sabut kelapa amat berguna bagi pengusaha tanaman kelapa dan usahawan media pertanian dan bagi individu yang menghasilkan cocopeat bagi kegunaan nurseri sendiri atau menjualnya kepada pihak lain.

"Mesin berkenaan boleh beroperasi terus dari ladang dan memberikan persekitaran yang lebih sihat," katanya.

Mesin mengasing sabut dijangka dapat membantu petani kelapa meningkatkan pendapatan menerusi

nJualan fiber dan cocopeat terus kepada pelanggan seperti kepada pengeluar kerusi kereta dan nurseri.

nProses pemisahan sabut boleh dilakukan tanpa kilang dan mengelakkan pengumpulan sisa di sesuatu tempat dan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar

nTidak terdapat kos tambahan bagi pengangkutan tambahan

Pengguna yang berpotensi menggunakan teknologi berkenaan seperti petani atau penanam kelapa dalam skala kecil, pengeluar fiber coir dan cocopeat komersial dan usahawan dan kecil dan sederhana.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Teknologi ternak ketam nipah

Posted:

Teknologi ternak ketam nipah

Teknologi ternak ketam nipah


Teknologi penternakan ketam nipah kini semakin dipertingkatkan.


Scylla serrata atau ketam nipah adalah haiwan dari jenis krustacea iaitu bercangkerang seperti udang. Ia juga dikenali sebagai ketam bakau atau ketam lumpur dari keluarga Portunidae.

Secara semulajadi ketam hidup serta membiak di sekitar paya bakau, kuala sungai, tepi pantai atau laut, dalam air payau atau air masin mengikut masa air pasang dan surut.

Menternak ketam menggunakan kolam atau 'membintur' begitu popular terutama di Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Kolam-kolam dibuat sekitar paya bakau atau berdekatan dengan laut kerana memerlukan air payau atau air masin.

Namun teknik ini memerlukan kawasan yang luas.

Proses menggemukkan memerlukan bekas khas untuk mengisi benih ketam secara berasingan kerana ketam adalah dari spesies yang ganas, karnivor dan tahan lasak serta akan memakan sesama sendiri apabila lapar.

Ketam nipah membiak secara bertelur dan boleh membesar sehingga karapasnya mencapai 20 sentimeter atau lebih iaitu dengan berat badan melebihi satu kg (kilogram) hingga empat kg seekor.

Ketam nipah boleh diperolehi dalam tiga warna iaitu hijau, coklat dan merah.

Ketam tersebut mempunyai potensi dalam bidang industri perikanan terutamanya kegiatan separa kultur.

Ketam ini mengandungi sejenis protein yang tinggi serta merupakan penawar denggi yang sangat mujarab.

Ia didapati boleh membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Pengambilan sup ketam sebagai terapi oral iaitu dimasak sebagai sup (500ml hingga 1 liter) akan meningkatkan bacaan platelet dengan kadar yang sangat cepat.

Kenali ketam nipah

Lazimnya sepit ketam jantan adalah lebih besar dari saiz badannya berbeza pula dengan ketam betina yang mana saiz badannya lebih besar dari sepit.

Ketam warna merah selalunya mendapat permintaan yang lebih tinggi disebabkan isinya lebih padat dibandingkan dengan ketam yang berlainan warna.

Kebanyakan haiwan krustasea memerlukan proses bersalin kulit bagi pembesaran dan melengkapkan kitar hidupnya.

Proses bersalin kulit dari kulit lembut kepada keras memerlukan lebih kurang 24 jam.

Teknik merangsang ketam bersalin kulit memerlukan masa ternakan antara tiga dan empat minggu bagi setiap kali bersalin kulit.

Ia dilakukan dengan mengerat semua kaki dan sepit ketam atau dikenali sebagai teknik limb autotomy.

Proses salin kulit bermula pada keadaan biasa apabila mencapai umur 30 hari dan ketika itu, beratnya mencecah 180gm dan ia menjadi cabaran utama sebelum cengkerangnya menjadi keras dalam tempoh enam jam.

Ketam yang bersalin kulit perlu diasing bagi mengelakkan ia dimakan ketam lain memandangkan kulitnya yang lembut. Ketam aktif dan agresif pada waktu malam dan ketam betina lebih sensitif dari ketam jantan.

Cara baru ternak ketam

Cara terkini untuk menternak ketam adalah dengan menggunakan sistem akuarium fiber secara tertutup.

Sistem ini amat ringkas dan sesuai kerana kadar asid, alkali serta ammonia dalam air mudah dikawal.

Ia boleh ditempatkan di mana-mana saja asalkan ada kawasan yang bertutup iaitu beratap, berdinding dan mempunyai punca elektrik.

Ukuran bagi satu set sistem ini adalah tiga kaki (lebar) x 13 kaki (panjang) x 5 kaki (tinggi) mengandungi tiga kotak fiber.

Kotak-kotak fiber disusun bertingkat melalui rak besi serta saluran paip bagi air masuk dan keluar. tiga kotak fiber yang teratas adalah bekas yang mempunyai petak-petak untuk diisi dengan benih ketam. Sekotak kotak fiber boleh memuatkan 40 ekor benih ketam.

Ini bermakna satu set sistem ini boleh memuatkan 120 ekor ketam. Sekotak kotak fiber yang di bawah sekali adalah digunakan sebagai sistem penapis bagi keseluruhan set sistem ini.

Selain air laut, air paip yang telah diproses bagi menggantikan air masin atau air payau juga sesuai untuk ketam nipah.

Sistem ternakan ketam dalam tangki ini tidak memerlukan pengorekan kolam-kolam seperti ternakan lain.

Salah satu kebaikan sistem ini iaitu penggunaan sistem tertutup recirculating water system dimana air paip yang digunakan untuk ternakan ini dikitar semula setelah melalui proses pembersihan/penapisan air mengunakan biofilters.

Sistem ini didapati sangat hygienic dan dapat memenuhi piawaian antarabangsa berbanding dengan sistem ternakan ketam secara konvensional.

Air

Proses penyalinan kulit hanya akan berlaku sekiranya air kolam benar - benar bersih dan air yang kotor boleh menyebabkan ketam mudah dijangkiti bakteria. Kawalan kualiti air dilakukan dari masa ke semasa dengan memastikan parameter air pada saliniti 30 bahagian perseribu (ppt), oksigen terlarut lebih 5 ppm, suhu antara 28-30 °C dan pH (kemasaman) antara 6.5 hingga 7.5.

Penggunaan efektif mikrob (EM) atau probiotik boleh digunakan untuk mengawal mutu air. EM aktif juga berkebolehan meneutralkan air (neutralizesalts) dimana bertindak sebagai klorinator semulajadi dan menghalang pembentukan lapisan kristal di permukaan air.

Kadar dos adalah 1:10000, iaitu satu bahagian EM (probac) bagi setiap 10000 bahagian air. Dos ini disaran untuk diberikan bagi setiap minggu.

Makanan

Manakala dari segi pemakanan untuk ternakan ketam, penggunaan ikan baja antara yang paling sesuai untuk memenuhi diet pemakanan ketam di mana sebanyak antara lima dan enam peratus daripada berat badannya diberikan setiap hari.

Disiplin pemberian makanan perlu dititikberatkan kerana ketam yang lapar boleh menyerang antara satu sama lain.

Selain ikan baja, ikan yang disiang (buang kepala, ekor dan isi perut dan dihiris atau dipotong dan dibasuh) diberikan satu atau dua atau hari hari sekali (mengikut kesesuaian dan bacaan air dalam set sistem akuarium ini).

Ketam nipah memerlukan lebih kurang 52 kg ikan (untuk 120 ekor ketam kulit keras) sebulan dan 96.43 kg ikan (untuk 360 ekor ketam kulit lembut) sebulan.

Penyakit

Ternakan secara sistem tangki tertutup ini mempunyai risiko penyakit yang rendah dan jarang dijangkiti penyakit.

Kebanyakan penyakit berpunca dari kebersihan dan kualiti air yang kurang baik. Oleh itu pengawalan mutu dan kualiti air sangat dititikberatkan.

Kematian juga berlaku semasa dan selepas proses bersalin cengkerang, pemantauan perlu dilakukan pada waktu tengah malam hingga awal pagi antara pukul 11 malam hingga 3 pagi secara lebih teliti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved