Ahad, 22 Mei 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


1,014 terima lesen memandu

Posted:

1,014 terima lesen memandu

1,014 terima lesen memandu

Oleh KAMIL MASLIH
utusanjohor@utusan.com.my


Abdul Ghani Othman menyerahkan lesen memandu motosikal kepada salah seorang penerima di Serom, Ledang, baru-baru ini.


LEDANG 21 Mei - Seramai 1,014 orang penduduk luar bandar di daerah ini menerima lesen memandu motosikal B2 menerusi Program Satu Komuniti, Satu JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) yang diadakan bagi memudahkan urusan perkhidmatan jabatan itu dengan orang ramai.

Hampir kesemua penerima lesen memandu percubaan (P) tersebut terdiri daripada penduduk tempatan yang berusia 45 tahun ke atas selain tujuh Orang Asli berusia 21 tahun ke atas dalam majlis yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan disaksikan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan.

Menurut Abdul Ghani, program yang mengambil pendekatan turun padang itu telah memberi kesedaran kepada masyarakat luar bandar mengenai pentingnya undang-undang jalan raya dipatuhi dan aspek keselamatan diberi tumpuan.

"Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang begitu baik dan ini bermakna masyarakat sedar yang mereka perlu ada lesen memandu.

"Mungkin masyarakat luar bandar mempunyai halangan dan kekangan tertentu untuk mendapatkan perkara itu dan usaha JPJ turun padang memudahkan urusan masyarakat," katanya selepas majlis itu yang berlangsung di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang, Serom di sini kelmarin.

Abdul Ghani berharap JPJ akan memperluaskan program mesra rakyat tersebut di samping terus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Sementara itu, kata Solah, pendekatan Program Satu Komuniti, Satu JPJ membolehkan anggotanya turun ke luar bandar untuk memberi kursus pendidikan pemanduan, latihan menunggang motosikal dan seterusnya membolehkan peserta menduduki ujian tanpa perlu mengikuti latihan di institusi memandu.

Beliau memberitahu, program yang dikhususkan kepada masyarakat berusia 45 tahun ke atas di kawasan kampung dan pedalaman itu akan mendorong golongan dewasa memberi contoh terbaik kepada anak-anak mereka untuk mendapatkan lesen memandu.

"Mesejnya amat jelas, kalau bapa mereka yang sudah berumur 45 tahun atau 60 tahun boleh berusaha mendapatkan lesen memandu, kesedaran ini akan turun kepada generasi muda terutama lepasan sekolah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PBTM mohon guna kuarters lama sebagai pejabat

Posted:

PBTM mohon guna kuarters lama sebagai pejabat

PBTM mohon guna kuarters lama sebagai pejabat

KOTA TINGGI 21 Mei - Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Kota Tinggi memohon agar kuarters lama yang semakin usang dan tanah kerajaan yang terbiar dapat dikurniakan kepada persatuan itu kerana mereka tidak mempunyai bangunan tetap.

Ketuanya, Umar Ibrahim berkata, PBTM buat masa ini menumpang di Bangunan Persatuan Sejarah Kota Tinggi berikutan tidak mempunyai sumber kewangan untuk menyewa pejabat.

"Daripada membiarkan kuarters lama menjadi semakin usang dan tanah kerajaan yang banyak terbiar, eloklah diserahkan kepada yang bersedia menjaganya.

"Oleh itu, pihak berkenaan khususnya pemimpin atau wakil rakyat diharap dapat membantu usaha kami mendapatkan tapak bangunan," katanya ketika berucap sempena mesyuarat agung persatuan itu, di sini baru-baru ini.

Majlis itu dirasmikan Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique serta Yang Dipertua PBTM Johor, Kamis Mohd. Nor; Timbalannya, Khalid Jaafar dan Pengarah Veteran PBTM Johor, Khalil Elias.

Halimah berkata, beliau bersedia membawa hasrat persatuan itu kepada pihak berkaitan memandangkan terdapat enam kuarters kerajaan yang terbiar di Jalan Tajul di sini.

Beliau pada majlis sama turut menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada persatuan itu.

Turut diraikan 13 anak ahli PBTM yang mencatatkan keputusan cemerlang pada Sijil Pelajaran Malaysia dan Penilaian Menengah Rendah tahun lalu serta sumbangan khairat kematian kepada tiga keluarga yang ahli meninggal dunia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved