Selasa, 20 September 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Sekat gejala hidu ubat kebas

Posted:

Sekat gejala hidu ubat kebas

Sekat gejala hidu ubat kebas

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Kegiatan menghidu bahan kimia untuk tujuan khayal dikesan tidak lagi terhad kepada gam bahkan ada kalangan remaja menyalahgunakan ubat kebas dikenali sebagai 'ethylchloride' yang biasa digunakan oleh para atlet.

Difahamkan, terdapat pelajar sekolah termasuk perempuan di sekitar Lembah Klang kini beralih menggunakan semburan 'ethylchloride' ini untuk khayal dan berseronok.

Kegiatan ini membimbangkan kerana pengambilan bahan kimia jenis semburan yang biasa digunakan sebagai ubat bius itu boleh menjejaskan kesihatan sesiapa yang menghidunya.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, kes menghidu 'ethylchloride' untuk khayal bukan perkara baru sebaliknya pernah dilaporkan berlaku di kalangan remaja Singapura sejak 2007.

Bagaimanapun, kata beliau, di negara ini, kegiatan menghidu 'ethylchloride' tidak pernah dikesan kerana mungkin menghidu gam lebih popular.

"Jika benar dakwaan ada remaja Malaysia kini menjadi penagih 'ethylchloride', ia amat membimbangkan dan wajar dibendung segera.

"Ini kerana 'ethylchloride' adalah ubat kebas bagi menghilangkan kesakitan yang hanya digunakan secara luaran dan amat berbahaya jika dihidu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Mazlan, ubat semburan ini jika dihidu boleh mengkhayalkan tetapi ia akan meninggalkan kesan sampingan dan boleh memudaratkan kesihatan setelah meresap ke dalam paru-paru serta darah.

Beliau berkata, di negara ini, penjualan 'ethylchloride' hanya dibenarkan di farmasi tetapi orang ramai yang ingin membelinya tidak memerlukan surat preskripsi daripada doktor.

Katanya, mungkin disebabkan kelonggaran ini, maka ia disalahgunakan oleh remaja untuk mengkhayalkan diri bagi mendapatkan keseronokan.

"Penyalahgunaan 'ethylchloride' sama seperti kegiatan menyalahgunakan dadah jenis ketamin yang digunakan untuk pembedahan di India.

"Walaupun belum ada lagi mangsa dilaporkan mati akibat menghidu 'ethylchloride' setakat ini tetapi tindakan segera patut diambil untuk membendung gejala ini daripada berleluasa," ujarnya.

Ada kewajaran tahan Teresa Kok

Posted:

Ada kewajaran tahan Teresa Kok

Ada kewajaran tahan Teresa Kok

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Seorang pegawai polis yang disaman oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim (gambar), menyatakan bahawa terdapat beberapa alasan yang mewajarkan beliau menahan ahli politik wanita itu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 pada 2008.

Dalam pernyataan pembelaannya berhubung tuntutan tersebut, Deputi Supritendan (DSP) E Kim Tien berkata, pihak polis mempunyai empat alasan untuk mempercayai bahawa kemungkinan wujudnya ketegangan antara kaum dan agama yang disebabkan atau melibatkan Teresa.

Kim Tien dinamakan sebagai defendan ketiga dalam kes saman Teresa yang difailkan pada 13 Mac 2009 terhadap Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara masing-masing ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Tan Sri Musa Hassan serta kerajaan Malaysia.

Teresa selaku plaintif mendakwa, pihak defendan atau ejennya telah secara paksa dan berbahaya menangkapnya di pintu masuk kediamannya di Pearl Tower OG Heights, Jalan Awan Cina, di sini kira-kira pukul 11.15 malam, 12 September 2008.

Dakwanya, kira-kira pukul 2 pagi, keesokan harinya ketika di Balai Polis Wangsa Maju, beliau telah secara rasmi dimaklumkan oleh Kim Tien bahawa beliau telah ditangkap dan ditahan di bawah Seksyen 73(1) akta tersebut.

Ketika ditahan, Teresa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara mendakwa, hanya sekali temu duga singkat telah dibuat oleh pegawai penyiasat iaitu melibatkan isu-isu dalam artikel terbitan Utusan Malaysia pada 10 September 2008 bertajuk, Azan, Jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya yang ditulis oleh kolumnis, Datuk Zaini Hassan.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi bagi setiap tangkapan tidak sah, penahanan salah, tekanan mental, kesakitan dan kesengsaraan. Beliau turut menuntut ganti rugi khas dan am, faedah serta relif-relif lain.

Menurut pernyataan pembelaan terpinda bertarikh 23 Jun 2009, defendan ketiga itu menyatakan, sepanjang penahanan tersebut, plaintif telah disoal siasat mengenai penglibatan yang boleh memudaratkan keselamatan negara dan boleh mencetuskan ketegangan serta pergaduhan antara kaum dan agama.

Pihak defendan sehubungan itu menegaskan, penahanan dan penangkapan Teresa adalah sah di sisi undang-undang dan tiada keperluan untuk mereka memenuhi tuntutan plaintif, malah memohon saman itu ditolak dengan kos.

Ketika pengurusan kes itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md. Arshad memohon untuk meminda semula pernyataan pembelaan defendan tersebut.

Timbalan Pendaftar, Fara Hana Hashim, membenarkan permohonan Azizan dan menetapkan 27 September ini untuk lanjutan pengurusan kes bagi memberi peluang kepada peguam Wan Anuar Shaddat Mohamed Amin yang mewakili plaintif, membalas pembelaan defendan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Mat Sabu diminta henti cakap ‘hentam kromo’

Posted:

Mat Sabu diminta henti cakap 'hentam kromo'

Mat Sabu diminta henti cakap 'hentam kromo'

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor meminta Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhenti 'membuka mulut' kerana setiap cadangan dan idea yang dilontarkan beliau menyerlahkan pemikirannya yang cetek dan sering 'hentam kromo'.

Terbaru, menurut Rahim, gesaan Mohamad supaya kerajaan memohon maaf kepada mereka yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang jelas menunjukkan ketidakcerdikan pemimpin yang menyandang jawatan Timbalan Presiden Pas itu.

Ini kerana, kata beliau, langkah kerajaan memansuhkan ISA bukan bermakna kesemua yang pernah ditahan di bawah akta tersebut termasuk komunis tidak bersalah sehingga kerajaan perlu meminta maaf kepada mereka.

Sambil menyifatkan cadangan Mohamad itu sebagai 'amat dahsyat', Rahim berkata, hanya orang yang tidak berfikir panjang dan memandang remeh semua perkara atau menganggapnya sebagai lawak jenaka akan mengemukakan cadangan seumpama itu.

"ISA bukan dilaksanakan baru-baru ini atau 10 tahun lampau, malah, boleh saja kita katakan bahawa 'kegemilangan' ISA menyamai 'kegemilangan' pergerakan komunis yang pernah mahu menghancurkan negara ini dengan kekejaman yang tidak pernah ada hentinya.

"Malah, ada pesalah ISA terdiri daripada komunis yang bukan dilahirkan di negara ini, adakah itu bermakna Mohamad Sabu mencadangkan agar kerajaan mencari waris-waris mereka di negara luar semata-mata untuk memohon maaf atas kekejaman yang mereka lakukan," kata Rahim kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar yang menyebut Mohamad menuntut kerajaan memohon maaf kepada tahanan ISA sepertinya yang ditahan kerana perbezaan aliran politik dan bukan kerana keganasan terutama mereka yang terlibat dalam Ops Lalang 1987.

Agenda jahat pakatan pembangkang

Posted:

Agenda jahat pakatan pembangkang

Agenda jahat pakatan pembangkang

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Kenyataan wakil rakyat DAP, M. Manoharan yang mahu menukar Jalur Gemilang sekiranya berkuasa memerintah membuktikan pakatan pembangkang mempunyai agenda jahat untuk menimbulkan suasana huru-hara.

Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah itu juga menggambarkan sikap tidak patriotik di kalangan pemimpin pembangkang.

"Ia merupakan kenyataan hilang akal. Pembangkang seolah-olah tidak menghargai pengorbanan datuk, nenek kita dahulu sehingga mahu mengubah Jalur Gemilang yang merupakan kebanggaan rakyat dan negara.

"Niat jahat serta agenda pembangkang semakin hari semakin terdedah. Kini terserah kepada rakyat untuk menilai sendiri tindakan pihak pembangkang selama ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan biadab Manoharan yang mahu menukar Jalur Gemilang sekiranya pembangkang menang dalam pilihan raya akan datang dalam laman sosialnya.

Pemerhati politik tempatan, Prof. Madya Dr. P. Sivamurugan pula berpendapat, tindakan pihak pembangkang mahu menukar Jalur Gemilang sekiranya mendapat kuasa untuk memerintah adalah sangat tidak wajar dan isu berkenaan tidak sepatutnya timbul.

"Tindakan tersebut juga telah mengukuhkan bukti wujudnya perbezaan pendirian di kalangan pembangkang apabila ada pemimpin parti komponennya menolak idea berkenaan," jelasnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Chai Kim Sen mencabar DAP memecat Manoharan kerana kenyataannya boleh dianggap sebagai menghina negara.

Katanya, beberapa ahli DAP pernah dipecat sebelum ini kerana mengkritik pemimpin parti dan adalah sesuatu yang mengejutkan jika tidak ada tindakan diambil terhadap Manoharan yang telah menghina Jalur Gemilang.

"Ahli yang mengkritik pemimpin parti (DAP) dipecat tetapi ahli yang menghina negara masih tidak diambil tindakan. Adakah pemimpin DAP lebih penting daripada bendera kebangsaan?" ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pakar asing mengaku mungkin silap

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 20 Sept. - Selepas tiga hari mempertikaikan kaedah dan hasil ujian analisis asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan oleh salah seorang ahli kimia tempatan, hari ini, pakar DNA luar negara yang dilantik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa mengakui kemungkinan berlakunya kesilapan dalam keterangannya.

Pendakwa persoal kelayakan saksi tidak ikut latihan secara formal DNA

Posted:

Pendakwa persoal kelayakan saksi tidak ikut latihan secara formal DNA

Pendakwa persoal kelayakan saksi tidak ikut latihan secara formal DNA

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Pihak pendakwaan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan kelayakan pakar asing, Dr. Brian McDonald berikutan saksi pembelaan itu didakwa tidak mengikuti sebarang latihan secara formal dalam bidang forensik asid deoksiribonukleik (DNA).

Isu tersebut ditimbulkan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden di Mahkamah Tinggi di sini hari ini semasa sesi pemeriksaan balas terhadap pakar DNA dari Australia itu yang mengakui tidak mempunyai pendidikan formal tetapi mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam bidang tersebut.

Mohd. Yusof memulakan soalan dengan melahirkan rasa kagumnya terhadap kemampuan McDonald menjelaskan dengan terperinci terma-terma dan terminologi dalam bidang DNA selain kelayakannya seperti yang tercatat dalam profil latar belakang kerjayanya.

Beliau bagaimanapun mendakwa McDonald bukan seorang pakar memandangkan kelayakan yang diperolehinya pada tahun 1992 sudah lapuk berbanding lapangan DNA yang telah melalui pembangunan pesat sejak tahun 2002.

McDonald menyatakan, walaupun tidak mempunyai sebarang sijil mahupun mendapat latihan dalam bidang forensik DNA, beliau merupakan penilai makmal forensik bertauliah, National Association of Testing Authorities (NATA) bagi pensijilan ISO 17025.

Disoal sama ada beliau pernah dilatih dalam bidang tersebut secara rasmi dan menjalankan analisis dan melakukan tafsiran (analisis), saksi pembelaan keempat itu berkata: ''Saya dilatih secara sah sebagai seorang saintis.''

McDonald menegaskan, beliau turut memberi latihan kepada individu lain termasuk melalui tafsiran selain mengendalikan latihan makmal di beberapa buah institusi.

MOHD. YUSOF: Boleh beritahu bagaimana anda memperoleh kepakaran dan pengalaman?

McDONALD: Saya bekerja di lapangan (dalam bidang DNA), menjalankan ujian dan melakukan analisis.

MOHD. YUSOF: Bila kali terakhir anda menjalankan ujian DNA?

McDONALD: Bertahun lalu.

Apabila disoal lanjut oleh Mohd. Yusof, saksi tersebut menyatakan, kali terakhir beliau menjalankan ujian DNA adalah pada 2004.

MOHD. YUSOF: Anda selalunya mengambil spesimen dan melakukan ujian?

McDONALD: Pada 2004, saya telah menjalankan sebahagian daripada ujian berkenaan. Ia kini dilakukan oleh robot. Saya merupakan saintis kanan, tugas tersebut dilakukan oleh orang bawahan dan robot. Saya hanya membuat tafsiran.

Dalam pemeriksaan balas itu, Mohd. Yusof turut mengemukakan satu kes bunuh di Brunei yang membabitkan pemindahan DNA dan kes serangan seksual di Australia yang kedua-duanya menyaksikan McDonald telah dipanggil memberi keterangan sebagai saksi pakar.

Dalam kes di Brunei, McDonald menyatakan, beliau tidak bersetuju dengan dakwaan Mohd. Yusof tentang hakim yang kagum dengan keterangan ahli kimia jabatan kerajaan dan mendakwa hakim tersebut tidak menyukai dirinya dan keterangan yang diberikan.

Saksi itu juga mendakwa, bagi kes di Australia Barat, walaupun mahkamah daerah menolak keterangan dan mempertikaikan kelayakan yang diperolehnya, namun keterangan itu kemudian diterima di peringkat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Palestin miliki ‘peluru diplomatik’

Posted:

Palestin miliki 'peluru diplomatik'

Palestin miliki 'peluru diplomatik'


ANGGOTA pengakap perempuan Palestin meraikan ulang tahun badan Pengakap Lelaki Baitulaham sambil memegang bendera 'Ya kepada negara Palestin... Resolusi 194 PBB' di Dataran Manger, Baitulaham, Palestin pada 18 September lalu. – AFP


NEW YORK 20 Sept. – Kempen Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai negara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilihat oleh ramai pemerhati sebagai 'peluru diplomatik' yang ditujukan bukan sahaja terhadap Israel tetapi juga Amerika Syarikat (AS).

Sebarang veto AS untuk menggagalkan permohonan pengiktirafan negara Palestin di Majlis Keselamatan PBB boleh membawa ketegangan Palestin-AS ke kemuncak selepas setahun menyaksikan tiada kemajuan dicapai dalam menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

Presiden AS, Barack Obama dijadual menemui Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semasa Perhimpunan Agung PBB (UNGA) minggu ini, yang dijangka dibayangi oleh kempen negara Palestin itu.

Tiada pertemuan AS diatur dengan Presiden Palestin, Mahmud Abbas, dan wakil Palestin di PBB, Riyad Mansour menuduh pentadbiran AS mengambil 'pendirian negatif' dengan ugutan untuk menggunakan kuasa vetonya.

Pemerhati Palestin berkata, Washington tidak berupaya untuk mempengaruhi Netanyahu berhubung pembinaan kawasan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin dan beberapa isu lain.

AS yang sudah mengancam untuk menggunakan kuasa vetonya terhadap resolusi negara Palestin di Majlis Keselamatan, berpendirian hanya rundingan langsung Israel-Palestin boleh membawa kepada penubuhan negara Palestin.

Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton semalam berkata, AS telah melancarkan usaha 'amat intensif' bagi meyakinkan pemimpin Palestin supaya membatalkan kempen mereka itu, tetapi diplomat Palestin pula berkata, belum ada cadangan AS yang menepati jangkaan mereka untuk mencapai persetujuan yang boleh mengelakkan konfrontasi.

Khaled Elgindy daripada Pusat Saban bagi Dasar Asia Barat di Brookings Institution berkata, tindakan Palestin itu adalah sebagai mesej kepada AS dan masyarakat antarabangsa bahawa Palestin tidak berpuas hati dengan cara Amerika mengurus proses damai.

Abbas dan pemimpin lain dari satu segi cuba memastikan AS menanggung akibat daripada kegagalan itu, katanya.

"Saya tidak fikir pemimpin Palestin mahu menolak sama sekali peranan AS sebagai peneraju atau penaja proses damai.

"Namun mereka mengharapkan peranan lebih saksama daripada Washington dan penglibatan antarabangsa yang lebih luas supaya proses damai tidak didominasi semata-mata oleh AS," ujar beliau. – AFP

Banon mahu seret Strauss-Kahn ke mahkamah

Posted:

Banon mahu seret Strauss-Kahn ke mahkamah

Banon mahu seret Strauss-Kahn ke mahkamah


Tristane Banon


PARIS 20 Sept. - Penulis Perancis yang mendakwa Dominique Strauss-Kahn cuba merogolnya pada 2003, semalam berikrar untuk mengemukakan kes sivil terhadap bekas ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) itu jika tiada pendakwaan kes jenayah difailkan.

Tristane Banon, 32, bercakap dalam siaran televisyen waktu perdana sehari selepas Strauss-Kahn diwawancara buat kali pertama berhubung dakwaan beliau melakukan serangan seksual terhadap seorang pekerja hotel di New York pada Mei lalu.

Strauss-Kahn dalam wawancara itu memberitahu lebih 13 juta penonton beliau tidak menyerang Banon atau cuba merogol pengemas bilik hotel, Nafissatou Diallo.

Polis Perancis masih menyiasat dakwaan Banon bahawa lapan tahun lalu, Strauss-Kahn memanggilnya ke sebuah pangsapuri, mengunci pintu dan cuba merogolnya.

"Saya akan mengemukakan kes sivil," kata Banon kepada stesen swasta Canal+, juga dalam wawancara pertamanya di televisyen sejak skandal itu didedahkan.

Pendakwa raya Paris belum memutuskan sama ada hendak mendakwa Strauss-Kahn berhubung kes Banon itu, tetapi pemerhati undang-undang di sini berpendapat kes itu sukar dibuktikan kerana insiden berlaku lapan tahun lalu dan tidak ada lagi bukti fizikal.

Di New York, pendakwa raya sudah menggugurkan dakwaan terhadap Strauss-Kahn selepas memutuskan kenyataan Diallo tidak boleh dipercayai, meskipun beliau masih menghadapi kes sivil berhubung dakwaan itu.

Strauss-Kahn, 62, dibebaskan dari tahanan di rumah di New York dan dibenarkan pulang ke Perancis pada 4 September lalu.

Kelmarin, semasa wawancara televisyen yang dikendalikan oleh seorang rakan isterinya, Strauss-Kahn mendakwa insiden yang berlaku antara beliau dengan pekerja hotel itu adalah 'kesilapan moral' dan bukan percubaan untuk merogol.

Beliau juga tidak menafikan berlaku insiden dengan Banon tetapi berkata, dalam pertemuan itu tidak ada serangan atau kekerasan, sebaliknya versi yang dilaporkan adalah khayalan dan berunsur fitnah. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Beri peluang guru mentadbir

Posted:

Beri peluang guru mentadbir

Beri peluang guru mentadbir

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

KUANTAN 20 Sept. - Guru sewajarnya diberi peluang mentadbir dalam semua bidang sama ada di peringkat Kementerian Pelajaran, jabatan pelajaran negeri dan daerah sejajar dengan transformasi pendidikan yang dilaksanakan sekarang.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, justeru itu, guru-guru yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas pentadbiran perlu diberi pendedahan pengurusan sesuatu bidang supaya dapat menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin.

"Pada pendapat saya, adalah wajar untuk memilih guru sebagai pentadbir dalam institusi pendidikan kerana sekiranya golongan yang bukan daripada warga pendidik dan tidak mengetahui selok-belok dalam kemahiran pendidikan, berkemungkinan akan membantutkan perjalanan organisasi itu sendiri.

"Oleh itu, guru-guru perlu diberi peluang sebagai pentadbir di semua peringkat kementerian bagi melicinkan pelaksanaan dasar kerajaan dalam organisasi itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam dan perasmian Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kesatuan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KGLMSM) di sini, semalam.

Hadir sama Presiden KGLMSM, Jemale Paiman.

Menurutnya, pihak kesatuan perlu membela kebajikan golongan tersebut supaya tidak menjadikan mereka antara penjawat awam yang kecewa dan membawa kemudaratan dalam sesuatu organisasi, sekali gus merumitkan sistem pendidikan negara.

"Guru bekerja dengan manusia dan mereka bukan jentera. Hati mereka perlu dijaga dan apabila hati seronok, maka segala tugas dapat dilaksanakan dengan sempurna," jelasnya.

Beliau bagaimanapun meminta golongan itu sentiasa bersyukur kerana kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan faedah kepada mereka ketika ini.

Adnan juga berharap guru di semua peringkat terus menabur bakti dan memajukan anak bangsa melalui pendidikan, di samping menjadi ejen perubahan kepada masyarakat setempat.

Guru gesa jangan layan karenah pembangkang

Posted:

Guru gesa jangan layan karenah pembangkang

Guru gesa jangan layan karenah pembangkang

MARAN 20 Sept. - Golongan pendidik di daerah ini meminta kerajaan tidak melayan kehendak pembangkang yang mahu mengubah fakta sejarah dengan mengagungkan pengganas komunis pada zaman darurat dahulu.

Pihak tertentu yang mahu berbuat demikian perlu memikirkan kepentingan bangsa dan negara serta bukan atas tiket politik sendiri.

Pemangku Majlis Guru Besar Daerah Maran, Hamzah Mat Ali, 51, berkata, dia bimbang dengan fenomena tersebut dengan menganggap tindakan pemimpin politik terbabit adalah untuk menyambung 'talian hayatnya' sahaja.

''Mereka yang mahu mengubah fakta sejarah perlu berfikir dengan mendalam kerana ia akan membawa masyarakat kepada situasi tidak tenteram," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Seorang guru, Abdul Latiff Umar, 48, berkata, para pendidik sejak dahulu lagi mengajar murid dan pelajar sekolah berdasarkan fakta sejarah yang ditulis oleh pakar sejarah negara ini.

Katanya, jika kehendak pihak terbabit diikuti, tidak mustahil golongan pelajar akan memahami bahawa komunis menjadi hero sebenar.

Bagi seorang guru, Yasin Maarof, 49, dia bersyukur kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertegas dan tidak akan melayan permintaan golongan terbabit.

''Ideologi komunis tidak dapat diterima oleh orang Melayu Islam kerana ia anti agama dan anti Tuhan. Malah, mereka sanggup melakukan pembunuhan kejam pada zaman darurat dulu,'' katanya.

Pesara guru, Ahmad Sabrey Idris, 55, berkata, buku Sejarah yang diajarkan di sekolah adalah tepat dan diperakui kerana telah melalui kajian serta kesahihan daripada pakar sejarah tanah air.

Penderitaan keluarga Aziz terbela

Posted:

Penderitaan keluarga Aziz terbela

Penderitaan keluarga Aziz terbela


OTHMAN Saari (dua dari kiri) menyerahkan kerusi roda kepada Aziz Mamat untuk kegunaan Mohd. Shahrulnizam di kuarters kilang sawit Lepar Utara Enam, Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 20 Sept. - Tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak tidak ternilai dan tiada putusnya.

Itulah nasib yang ditanggung oleh pasangan Aziz Mamat dan isterinya, Wan Rubiah Wan Mustaffa apabila anak mereka, Mohd. Shahrulnizam, 21, yang sebelum ini normal kini menjadi orang kurang upaya (OKU) dalam sekelip mata.

Menurut Wan Rubiah, keadaan anaknya berubah berikutan terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 8 Julai 2009 apabila kereta yang dipandunya terbabas di Pasar Borong Bandar Tun Razak di Maran.

Katanya, anak sulung daripada lima beradik itu terlantar koma selama tiga bulan di hospital selepas kemalangan tersebut.

''Saya bersyukur dia selamat, tetapi terpaksa menanggung kebajikannya kerana tidak dapat bergerak dan hilang daya ingatan," katanya kepada pemberita di kuarters Felda Lepar Utara Enam dekat sini, baru-baru ini.

Bagi Aziz pula, ketika koma, anaknya mengalami demam panas dan menjadi lumpuh dari paras pinggang hingga ke bawah.

''Saya tidak tahu nasib masa depannya kerana daya ingatannya turut hilang, manakala kaki kanannya tidak boleh dibengkokkan," katanya yang tabah menjaga anaknya itu.

Jelasnya, perbelanjaan menjaga anaknya agak tinggi kerana perlu menyediakan keperluan lampin pakai buang, susu dan berulang alik ke hospital untuk rawatan.

Sementara itu, pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Rancangan (JKKR) Lepar Utara 3 dan pengurusan Kilang Sawit Felda Lepar Utara 6 tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga tersebut.

Ahli JKKR Lepar Utara Tiga, Othman Saari berkata, pihaknya bersama pengurusan kilang tersebut memohon kepada wakil rakyat kawasan itu mendapatkan kerusi roda dan menguruskan bantuan bulanan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini.

Pengurus kilang tersebut, Mohd. Nor Latiff, berkata, pihak pengurusan tidak mengabaikan kebajikan kakitangannya dan berusaha akan membantu kebajikan keluarga tersebut.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan bantuan kewangan menerusi akaun Maybank Aziz bernombor 156741292710.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Akta keselamatan masyarakat majmuk!

Posted:

Akta keselamatan masyarakat majmuk!

Akta keselamatan masyarakat majmuk!

DATUK RUHANIE AHMAD ialah bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Johor dan bekas pelajar pasca siswazah bidang strategi dan keselamatan di UKM.

AKTA Keselamatan Dalam Negeri atau ISA yang dimansuhkan baru-baru ini perlu digantikan dengan satu undang-undang baru yang khusus untuk melindungi kesejahteraan rakyat majmuk di Malaysia.

Negara memerlukan undang-undang baru ini untuk mencegah sensitiviti agama, kaum, bahasa, budaya dan ekonomi supaya tidak dijadikan punca konflik etnik (kaum) dan identiti (jati diri).

Undang-undang ini perlu bagi mengelakkan pertembungan minat yang boleh mencetuskan persengketaan agama dan kaum sehingga menggugat keselamatan nasional dan kelangsungan negara seperti yang pernah terjadi pada 13 Mei 1969.

Malaysia memerlukan undang-undang seperti ini kerana negara-negara membangun, termasuk di Asia, adalah "dibentuk untuk keselamatan dan kelangsungan (survival) negara tersebut" (Sity dan Zarina 2005:18).

Undang-undang ini juga penting kerana konflik etnik dan identiti adalah punca utama yang menyebabkan umat sejagat berasa terancam (Kaufman2008:201). Ini terbukti bila tahun 1990-an tercetus 50 konflik etnik berbanding dua sahaja konflik antarabangsa di serata dunia.

Contohnya adalah konflik etnik dan identiti di Bosnia Herzegovina yang menyebabkan pembunuhan beramai-ramai dan pembersihan etnik tahun 1990-an, dan di Somalia yang menyebabkan ratusan ribu manusia kebuluran dan terkorban hingga ke hari ini.

Lantaran inilah mulai awal 1990-an, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta beberapa sarjana kajian keselamatan memperluaskan konsep keselamatan supaya merangkumi pelbagai ancaman bukan tradisional, termasuk ancaman keselamatan insan, khususnya keselamatan masyarakat di negara majmuk.

PBB dan sarjana Eropah merangkumkan aspek keselamatan masyarakat ini di bawah konsep keselamatan insan dan keselamatan nasional kerana kebanyakan negara mutakhir ini lebih diancam oleh masalah dalaman, bukannya ancaman ketenteraan luaran.

Berdasarkan realiti inilah konsep keselamatan insan versi PBB memfokus kepada ancaman kronik seperti kebuluran, penyakit dan penindasan; dan ancaman serius terhadap kehidupan manusia di rumah, tempat kerja atau di dalam masyarakat (Paris 2000:89). Konsep keselamatan insan versi Eropah, pula adalah berbeza dengan versi PBB.

Walaupun ia menghuraikan aspek keselamatan ketenteraan, keselamatan ekonomi, keselamatan politik, keselamatan alam sekitar dan keselamatan masyarakat, huraian versi Eropah ini adalah dalam konteks keselamatan nasional dan kelangsungan sesebuah negara, khususnya negara majmuk.

Oleh itu, jika ISA mahu digantikan dengan akta baru, akta tersebut perlulah berasaskan konsep keselamatan insan, terutama sekali keselamatan masyarakat. Kerana keselamatan masyarakat adalah membabitkan masalah kaum dan jati diri yang boleh mengancam keselamatan nasional serta kelangsungan negara Malaysia.

Undang-undang keselamatan masyarakat ini wajar berpaksikan Perkara 10 (4) bagi mengawal isu-isu sensitif, termasuk mengenai kebebasan beragama yang termaktub dalam Perkara 11(4), Bahasa Melayu dalam Perkara 152, serta keistimewaan Melayu dan Bumiputera dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Undang-undang keselamatan masyarakat ini juga wajar bersandarkan kepada Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan yang antaranya bertujuan menentang tindakan "menggalakkan permusuhan antara kaum" yang mungkin menyebabkan keganasan di Malaysia sehingga mengancam ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat.

Cadangan ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 15 September 2011, bahawa dua akta baru yang akan menggantikan ISA adalah "bermatlamatkan untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara."

Cadangan ini juga tidak bertentangan dengan prinsip serta amalan demokrasi di Malaysia kerana prinsip ini tidak akan bermakna dan amalan ini akan terancam jika keselamatan masyarakat diabaikan dan keselamatan nasional serta kelangsungan negara tidak dipelihara sepanjang masa.

Hakikatnya demikian sebab negara-negara maju yang kini cuba memaksa negara-negara membangun supaya mengamalkan prinsip hak asasi manusia sejagat dan prinsip demokrasi liberal pun pernah menindas umat manusia dengan dahsyatnya berasaskan kepada warna kulit serta mempunyai undang-undang yang disifatkan kurang demokratik.

Contohnya, Amerika Syarikat (AS) pernah mengamalkan perhambaan serta penindasan ke atas rakyatnya yang berketurunan Afrika dan berkulit hitam. Dalam tahun 1950-an, AS juga mempunyai Internal Security Act (ISA) 1950 yang juga dikenali sebagai Subversive Activities Control Act atau The McCarran Act.

Mutakhir ini, AS mempunyai Patriot Act (Akta Patriot) yang disifatkan sebagai mencanggahi prinsip hak-hak asasi manusia yang dikuatkuasakan demi keselamatan negaranya berikutan tragedi 11 September, di samping melakukan ethnic profiling terhadap umat Islam yang menjadi warganegaranya.

Britain pula mempunyai pelbagai undang-undang pencegahan bagi menjamin keselamatan negaranya termasuk Broadcasting Act (Akta Penyiaran) 1981 dan 1990 serta Official Secret Act (Akta Rahsia Rasmi)1989.

Maka, rakyat Malaysia tidak wajar terpengaruh dengan konsep kemanusiaan, keadilan dan kesamarataan yang dipropagandakan oleh Barat, khususnya AS. Konsep ini adalah taktik mempengaruhi rakyat asing melakukan pertukaran kepimpinan supaya AS boleh menjadikan negara-negara terbabit sebagai satelit atau proksinya atas kepentingan geopolitiknya di abad ke-21.

Kesimpulannya, setelah ISA dimansuhkan, Malaysia memerlukan undang-undang baru untuk menjamin keselamatan masyarakat atau societal security di kalangan warganegaranya yang berbilang agama, bangsa, sosiobudaya dan tahap ekonomi.

Kerajaan Malaysia perlu menghimpunkan pakar keselamatan negara dan sarjana kajian keselamatan bukan tradisional daripada institusi pengajian tinggi tempatan untuk menghalusi, memperincikan serta menggubal undang-undang ini secara menyeluruh dan berkesan.

Pembentukan undang-undang ini penting untuk mengelakkan masalah kaum dan jati diri sebab masalah ini adalah antara ancaman keselamatan insan yang serius dalam era selepas Perang Dingin, terutamanya di negara majmuk seperti Malaysia.

Agenda hapus warisan, sejarah

Posted:

Agenda hapus warisan, sejarah

Agenda hapus warisan, sejarah

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

SUDAH terang lagi bersuluh. Walaupun tiada dokumen rasmi dengan tajuk 'Langkah-Langkah Untuk Menghapuskan Warisan Malaysia', namun tindak-tanduk pemimpin pembangkang sejak 'menang besar' pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 sudah cukup untuk menunjukkan apa yang bakal dilakukan jika memperoleh kuasa.

Jika ditakdirkan memerintah negara ini, mereka akan mengubah segala-galanya yang menjadi identiti kebangsaan Malaysia. Ini termasuk Perlembagaan Persekutuan; lambang utama negara seperti Jalur Gemilang, pemakaian songkok dan batik serta sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan negara ini.

Tidak mustahil akan muncul juga 'idea gila' untuk menggantikan lagu Negaraku dan merobohkan bangunan Parlimen kerana dikatakan mempunyai hubungan secara langsung dengan Barisan Nasional (BN).

Perkiraan mereka cukup mudah. Apa sahaja yang didakwa mempunyai kaitan dengan UMNO dan BN perlu dihapuskan tanpa menghiraukan hakikat bahawa perkara itu tidak sepatutnya dipolitikkan kerana ia telah ditetapkan dan dipersetujui semua kaum sejak merdeka.

Terbaru, melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah daripada DAP, M. Manoharan yang menegaskan pihak pembangkang akan menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa pada PRU akan datang kerana ia mempunyai kaitan dengan BN dan meniru bendera Amerika Syarikat.

Peguam yang membuat kenyataan dalam laman sosial Facebook miliknya pada 15 September lalu bertindak mengedarkan bendera parti politik untuk sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, sebagai ganti kepada bendera Malaysia yang ditentangnya itu.

Sebenarnya, Jalur Gemilang tiada kaitan dengan BN kerana ia dicipta dan dipilih oleh orang ramai menerusi satu pengundian yang dikelolakan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris. Ia kemudiannya diwartakan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja pada 1949, manakala gabungan parti komponen itu ditubuhkan pada 1974.

Pemimpin DAP yang aktif dalam pertubuhan haram, Hindraf itu sebenarnya tidak sunyi daripada kontroversi. Pada 2009, beliau telah meluahkan perasaan tidak gembira dengan syarat pemakaian songkok ketika istiadat pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Menurut beliau, syarat itu tidak perlu dipatuhi kerana orang bukan Melayu tidak diberikan status bumiputera dan masih dilayan sebagai kumpulan berbeza. Sehubungan itu, beliau menuntut kerajaan memberikan taraf bumiputera kepada bukan Melayu di negara ini yang lahir selepas 31 Ogos 1957.

Penentangan terhadap pemakaian songkok turut dikongsi oleh wakil rakyat DAP lain dan ia terbukti pada Jun tahun ini apabila 12 wakil rakyat parti itu tidak mengenakan pakaian rasmi dan songkok pada upacara pembukaan sidang DUN Sarawak Ke-17.

Dalam pada itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim lain pula kerenahnya. Ketika menyampaikan syarahan bertajuk Kebebasan dan Musuh-Musuhnya sempena Festival Salihara 2010 di Jakarta, Indonesia pada Oktober tahun lalu, telah menghina batik yang menjadi warisan negara. Beliau menyifatkan ia sebagai jelik sebab ciri-ciri keseniannya cukup rendah sehingga menyebabkan dirinya lebih gemar memakai batik Afrika.

Pada masa sama, pada awal tahun ini, kerajaan PKR Selangor telah mencuba untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959. Pindaan itu bertujuan memberikan kuasa kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik tiga pegawai eksekutif negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan memastikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hanya memberi perkenan calon yang direstui kerajaan PKR sahaja.

Pengerusi Program Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk yang diminta mengulas trend itu menyifatkan ia sebagai membimbangkan kerana perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama sejak merdeka sepatutnya tidak diubah.

"Perkara-perkara ini seharusnya tidak diubah. Mengapa mempersoalkan kedudukan sultan dan bendera kebangsaan?" katanya.

Tegas beliau, langkah itu membuktikan pihak pembangkang tidak serius untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih baik berbanding kerajaan BN seperti yang dicanang-canangkan.

"Jika ingin mewujudkan kerajaan lebih baik pihak pembangkang seharusnya membangkitkan persoalan dasar dan bukannya mengenai perkara-perkara yang telah disepakati bersama," ujarnya.

Sementara itu, pihak Pas pula mempunyai perancangan lain iaitu bagi mengubah semula sejarah negara.

Ini terbukti dengan kenyataan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu ketika satu ceramah di Pulau Pinang, 21 Ogos lalu, yang mahu pengganas komunis, Muhammad Indera yang mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan. Dalam kejadian menyayatkan hati pada 23 Februari 1950, 25 orang termasuk ketua balai berkenaan, Sarjan Jamil Mohd. Shah terbunuh.

Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd. Na'eim Ajis menyifatkan kenyataan Mohamad itu hanya akan mewujudkan perbalahan dalam masyarakat. Menurut beliau, malah kini telah muncul dua kelompok iaitu yang menyokong dan membantah kenyataan beliau.

''Saya melihat golongan yang menyokong Mat Sabu hanya menerima bulat-bulat apa yang dikatakan oleh beliau tanpa membuat kajian terlebih dahulu tentang fakta sejarah sedia ada," katanya.

Selain gerakan untuk mengubah lambang rasmi dan sejarah negara, terdapat juga trend di kalangan pemimpin pembangkang untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan, walaupun hasrat itu tidak diluahkan secara nyata kerana bimbang tidak mendapat sokongan orang Melayu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika sesi Dewan Rakyat pada Ogos 2008 misalnya telah mempertikaikan mengapa isu ketuanan dan hak-hak Melayu diberi penekanan sejak kebelakangan ini berbanding perpaduan nasional. Isu terbabit sepatutnya tidak dibangkitkan oleh beliau kerana kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara lain yang termaktub dalam perlembagaan tertinggi negara itu yang sering dipertikaikan pihak pembangkang adalah mengenai tanah rizab Melayu, jaminan orang Melayu untuk mendapat lesen, permit dan kuota dalam perniagaan atau pendidikan serta keistimewaan mendapat biasiswa.

Segala tindak-tanduk yang ditunjukkan pemimpin pembangkang itu membuktikan jika mereka berkuasa, hak keistimewaan orang Melayu, budaya warisan bangsa, sejarah dan identiti Malaysia yang menjadi kebanggaan kita akan hilang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Bahagia tanpa lelaki di sisi

Posted:

Bahagia tanpa lelaki di sisi

Bahagia tanpa lelaki di sisi

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH


JIKA tiada aral melintang, album ketiga Maya Karin akan dipasarkan pada penghujung tahun ini atau awal tahun depan.


TERASA pantas benar waktu berlalu apabila sudah hampir satu setengah tahun aktres jelita ini menjalani kehidupan sebagai seorang janda.

Malah, tuan punya badan sendiri juga mengakui perkara yang sama apabila diajukan soalan seandainya dia sudah bertemu dengan teman hidup baru.

"Baru saya sedar yang rupa-rupanya sudah lama juga saya hidup sendirian. Rasa seperti baru semalam sahaja perkara itu berlaku (perceraian).

"Menjawab soalan itu, saya tidak mempunyai mana-mana teman istimewa ketika ini. Jujurnya, saya rasa cukup bahagia hidup keseorangan tanpa lelaki di sisi saya.

"Bukannya hidup saya akan berakhir apabila tiada lelaki yang menemani saya. Soal itu bukan lagi satu keutamaan buat saya.

"Lebih baik hidup sendiri kerana banyak perkara yang boleh saya lakukan seperti menghabiskan masa dengan bercuti yang sudah lama saya tidak berpeluang melakukannya," kata Maya Karin penuh optimis sewaktu ditemui pada Majlis Amal Raya Murai bersama DoubleTree by Hilton di ibu negara, baru-baru ini.

Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke mendirikan rumah tangga dengan seorang guru matematik, Steven David Shorthose pada 14 Ogos 2008 di Bellagio, Itali.

Namun, jodoh mereka tidak panjang apabila Maya diceraikan dengan talak satu pada 16 Julai tahun lalu.

Selepas kembali solo, nama Maya tidak terlepas daripada dikaitkan dengan beberapa artis lelaki popular seperti Remy Ishak dan Yusry Abdul Halim.

Tetapi, semua cerita tersebut dibawa angin lalu apabila Maya memberitahu hubungannya dengan dua jejaka kacak itu tidak lebih daripada sekadar kawan sahaja.

Tenang bercuti

Kalau diperhatikan juga, publisiti tentang Maya begitu kurang dipaparkan di media massa kebelakangan ini.

Tetapi, mengenali Maya dan kredibilitinya sebagai seorang artis yang sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam dunia seni, dia bukanlah seorang yang gemar menjaja cerita kosong semata-mata mahu mengekalkan reputasinya.

Seperti mana yang dijelaskan Maya di awal perbualan, beberapa bulan kebelakangan ini, dia lebih banyak menghabiskan masa dengan bercuti ke luar negara sekali gus menjawab persoalan mengenai 'kehilangannya'.

Kata Maya, dia perlu menghargai dirinya sendiri dan kerana itu, dia perlu bercuti bagi mencari ketenangan selain merehatkan tubuh serta mindanya selepas puas bekerja.

Lantaran itu, tahun 2011 boleh dianggap sebagai tahun percutian untuk aktres yang mula menempa nama menerusi filem Seri Dewi Malam ini apabila sudah banyak negara yang dilawatinya.

Bermula dari awal tahun, Maya sudah ke Jepun dan kemudiannya ke beberapa destinasi menarik di Amerika Selatan, Bhutan dan terbaru, menyambut Aidilfitri di Sydney serta Byron Bay di Australia selama dua minggu.

Melihatkan kulit wajahnya yang kemerah-merahan pada majlis itu, ternyata Maya sedang mengalami selaran matahari (sunburn) gara-gara aktiviti meluncur pantai yang menjadi rutinnya hampir setiap hari ketika di Byron Bay.

"Alhamdulillah, saya berasa sungguh gembira mendapat peluang bercuti sepanjang tahun ini ke negara yang belum berkesempatan saya kunjungi sebelum ini.

"Percaya atau tidak, saya sendiri tidak pernah berpeluang ke Australia sepanjang hidup saya dan apabila ada teman serta saudara yang mengajak saya untuk ke sana, sudah pasti saya tidak mahu melepaskan peluang itu.

"Tetapi jangan ada yang menyangka saya bercuti kerana mahu mencari ketenangan hanya kerana saya sudah hidup keseorangan. Semua itu tidak benar kerana saya mahu lari sebentar daripada kerja.

"Lagipun saya sendiri sudah menyiapkan tiga projek iaitu dua buah filem, Katerina dan Ombak Rindu serta album ketiga saya," jelas Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-20 menerusi filem Anak Halal ini panjang lebar.

Album ketiga tertangguh

Menyentuh tentang album ketiganya pula, anak kelahiran Bayreuth, Jerman itu memberitahu kesemua lapan buah lagu sudah siap dirakamkan.

Diterbitkan sepenuhnya oleh komposer prolifik, Audi Mok, album yang berkonsepkan pop itu sepatutnya akan berada di pasaran sebelum penghujung tahun ini.

Tetapi, kata Maya yang pernah menempa kemasyhuran sebagai penyanyi menerusi lagu Erti Cinta itu, kerana beberapa faktor teknikal, kemungkinan besar album itu terpaksa ditangguh terlebih dahulu.

"Selepas mendengar keseluruhan album itu, ada beberapa bahagian pada sesetengah lagu perlu diperbaiki dari segi susunan muzik dan aspek teknikal yang lain.

"Insya-Allah, jika semuanya sudah selesai, album itu akan dipasarkan juga akhirnya. Begitu juga dengan pemilihan lagu untuk dijadikan sebagai single pertama nanti," kata duta produk kecantikan L'Oreal dan tilam Vono ini penuh harapan.

Sebelum ini, Maya pernah muncul dengan dua buah album Erti Cinta (2001) dan Bukan Qalamaya (2004).

Malah, anak sulung daripada tiga beradik ini juga pernah dicalonkan sebagai Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik pada tahun 2002 namun tewas kepada Sarimah Ibrahim.

Tuah sembilan pelajar

Posted:

Tuah sembilan pelajar

Tuah sembilan pelajar

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
Gambar WAN NUR AMIRAH WAN MOHAMED REDZA (praktikal)


Sebahagian peserta YES bersama Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul W. Jones (duduk dua dari kiri) di Kuala Lumpur baru-baru ini.


BUKAN mudah untuk mengenali sesuatu budaya asing itu jika tidak menyelaminya sendiri. Ini dibuktikan sendiri beberapa pelajar Malaysia yang berkesempatan mengenali dunia baru di negara serba asing pilihan mereka.

Seramai 40 orang pelajar dari sekolah di seluruh negara telah dipilih untuk menyertai Youth Exchange and Study Programmes (YES). Bagaimanapun hanya sembilan daripada mereka berjaya dipilih untuk berkongsi pengalaman ini bersama penonton 8TV.

Peluang yang dikecapi oleh sembilan peserta program realiti Field Trip USA itu juga bukanlah pengalaman biasa kerana kesemua mereka terpaksa menyesuaikan diri di dalam suasana budaya yang jauh berbeza dari Malaysia.

Field Trip USA yang masuk musim kedua tahun ini adalah rancangan realiti mengenai pengalaman sebenar yang dilalui oleh remaja-remaja Malaysia yang terpilih ke negara Uncle Sam itu.

Ditempatkan bersama keluarga angkat di kawasan yang berbeza-beza, kesemua sembilan pelajar itu akan berada di negara berkenaan selama enam bulan dan menjalani kehidupan biasa sebagai seorang remaja di Amerika Syarikat.

Sembilan orang pelajar yang terpilih itu adalah Sanjiv, ditempatkan di Seattle, Washington, Najmin (Oregan, Ohio), Gan (Charlotte, North Carolina), Ammalina (West Palm Beach, Florida), Kwek Thiam Chye (Wisconsin Rapids, Wisconsin), Thessaa (Goldfield, Iowa), Cherlyn (Hagerstown, Indiana), Roderick (Indianapolis, Indiana) dan Satyan (Adams, Minnesota).

Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7 Airin Zainul berkata, program realiti itu bakal menarik minat terutamanya bagi mereka yang suka mengembara.

"Meneroka bumi Amerika Syarikat menerusi mata pelajar-pelajar muda ini pasti membuka mata penonton kami dengan perkara-perkara yang cukup menyeronokkan.

"Pelajar yang terpilih dalam rancangan ini akan berkongsi pengembaraan dan pengalaman mereka di negara asing," ujarnya dalam satu sidang media di sini baru-baru ini.

Sementara itu penerbit program realiti itu Alet Arzuan memberitahu, antara perbezaan yang paling ketara untuk musim kedua adalah pengalaman yang dibekalkan setiap episod buat penonton di rumah.

"Kami berada di Amerika Syarikat selama 35 hari bagi melawat kesemua sembilan pelajar di sana.

"Kesemua negeri atau kawasan yang dilihat penonton dalam rancangan ini adalah berbeza dari musim pertama dan ini adalah satu lagi kelainan yang ingin dibawakan kami," katanya.

Dalam pada itu Ammalin Aisyah Azman antara peserta dalam program ini menyifatkan, pengalaman bersama keluarga angkat di sana sebagai sesuatu yang sangat berharga.

"Pada bulan pertama, saya banyak berkongsi pendapat mengenai agama serta cara kehidupan saya sebagai seorang muslim.

"Syukur ahli keluarga 'baru' saya berfikiran terbuka untuk menerimanya," katanya ringkas.

Program realiti selama 30 minit itu bakal disiarkan pada 28 September ini dan akan bersiaran selama 10 minggu dengan menampilkan Qushairi Razali sebagai sebagai hos rancangan tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Umur sekadar angka - Zaleha

Posted:

Umur sekadar angka - Zaleha

Umur sekadar angka - Zaleha

Oleh ZUHAYATI YAZID


Zaleha Ismail menjadikan buku sebagai 'teman karibnya'.


TUA tidak semestinya sakit, yang menentukan kesihatan diri kita adalah diri kita sendiri,'' ujar matan Menteri Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Zaleha Ismail.

Baginya, umur adalah sekadar angka sedangkan amalan kesihatan seseorang penggerak utama yang menjadikan diri seseorang sentiasa sihat dan cergas.

Bersua muka dengan Zaleha, langsung tidak menyangka bahawa usianya melangkaui 75, tetapi kelihatan masih sihat dan anggun.

Malah pada usia tersebut, beliau dianugerahkan tubuh yang sihat tanpa sebarang penyakit kronik yang lazim dihidapi oleh individu seusia beliau.

Beliau juga jarang diserang demam mahupun sakit-sakit lain, sebaliknya masih mampu membuat tugasan lain yang kadang kala tidak mampu dilakukan oleh mereka yang jauh lebih muda.

"Alhamdulillah, setakat ini memang tidak ada penyakit yang kronik yang lain walaupun ada menghidap kencing manis tetapi terkawal,'' ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Taman Perwira, Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Katanya lagi, soal pemakanan juga penting dalam menentukan kesihatan diri.

Tegas beliau lagi, dalam usianya sekarang penjagaan makan amat dititikberatkan bagi mengelak daripada terkena penyakit-penyakit yang berbahaya.

Malah beliau turut menjadikan buku sebagai 'teman karibnya' yang boleh memberi panduan untuk mengelak terkena penyakit-penyakit lain.

"Memang setiap hari buku adalah perkara wajib yang saya sentuh, jika tidak saya akan gusar malah ia seperti ada yang tidak kena dalam kehidupan saya,'' ujarnya memperihalkan tentang 'sahabat karibnya' itu

Jelasnya, dengan membaca buku, ia bukan sekadar memberikan pengetahuan tetapi turut memberi panduan terutama dalam kesihatan diri.

Tegas beliau lagi, untuk mengekalkan kesihatan seseorang perlulah bergerak aktif dan juga mengamalkan kehidupan yang sihat dan berfikiran positif.

Presiden Yayasan Suara Wanita ini mengakui, ramai di kalangan warga emas mengambil pendekatan yang mudah dan tidak mengamalkan kesihatan yang tidak terurus.

Keadaan ini menyebabkan mereka mudah terjebak dengan penyakit-penyakit yang berbahaya dan sekali gus boleh menjejaskan kesihatan sendiri.

Beliau sendiri mengakui, menghidap kencing manis tetapi hasil amalan gaya hidup yang sihat termasuk bersenam setiap hari berjaya mengawal penyakit tersebut.

"Walaupun jadual harian saya padat, tetapi saya tidak pernah tinggalkan senaman memandangkan ia adalah salah satu cara untuk mengelak penyakit.

"Bukan sekadar membuatkan badan saya rasa ringan, lebih penting menghilangkan rasa malas untuk bergerak ke sana-sini ,'' ujarnya yang turut memegang lima jawatan penting dalam pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Zaleha menambah, dengan bersenam seseorang itu akan berpeluh dan ini akan menurunkan tahap gula dalam darah.

"Ini menunjukkan senaman ringkas sangat penting walaupun hanya 30 minit," katanya yang tidak mengambil makanan manis dalam menu hariannya.

Beliau yang ketika ini turut menyandang jawatan Pengerusi Majlis Kebangsaan Kanak-kanak Malaysia, menasihatkan orang ramai supaya menjadikan amalan pemeriksaan kesihatan secara berkala sebagai satu rutin bagi memastikan kesihatan tubuh badan sentiasa baik.

"Pemeriksaan ini penting supaya kita tahu tentang keadaan badan kita dan dapat mengawal tahap kesihatan kita lebih awal.

"Sama ada sakit atau tidak, kita kena periksa badan kita, tengok ada penyakit atau tidak, dan sekiranya ada penyakit tindakan seterusnya perlu diambil," katanya.

Ditanya mengenai jadual harian, beliau memberitahu, jadual tetap padat walaupun hampir 20 tahun bersara sebagai kakitangan awam.

"Biasanya seawal 5.30 pagi saya sudah bangun dari tidur dan mengamalkan senaman ringkas sebelum solat subuh.

"Selepas bersenam ringkas saya akan akan memeriksa diari temu janji saya sepanjang hari tersebut dan aktiviti-aktiviti lain.

"Dengan rutin harian yang sibuk membuatkan saya lebih aktif dan tidak ada masa untuk saya termenung memikirkan perkara yang bukan-bukan ,'' ujarnya tenang.

Baginya, setiap warga emas harus mengisi waktu mereka dengan sebaiknya supaya tidak berasa bosan sehingga membawa kepada kemurungan.

Anak, cucu peneman di usia tua

Posted:

Anak, cucu peneman di usia tua

Anak, cucu peneman di usia tua


Warga emas bukan memerlukan wang ringgit mahupun sesuatu yang boleh dibanggakan tetapi mereka perlukan belaian kasih sayang daripada anak cucu. - Gambar hiasan


Memang tidak dinafikan menguruskan warga emas adalah suatu cabaran, apatah lagi kalau kesihatan dan keadaan fizikal mereka tidak sekuat seperti ketika muda.

"Keadaan tersebut membuatkan golongan ini mudah menjadi sensitif dan lebih beremosi,'' ujar Pakar Kaunseling Keluarga, Profesor Madya Dr. Saedah A. Ghani.

Bagaimanapun tegas beliau, proses penuaan adalah proses normal yang berlaku kepada setiap individu.

Malah setiap hari kita pasti melalui proses penuaan bermula dari saat dilahirkan lagi.

Menurut pakar psikologi Barat, Erik Erikson (1963), kitaran hidup manusia merangkumi beberapa tahap dalam kehidupan serta mempunyai tugas dan tanggungjawab perkembangan yang perlu dilakukan.

Beliau yang merupakan pensyarah kaunseling keluarga dan perkahwinan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memberitahu, tahap itu bermula dari peringkat bayi hingga tua dan saat kematian.

"Oleh yang demikian menjadi tua adalah suatu yang pasti dan kita tidak dapat mengelak daripada melalui proses tersebut.

"Dalam situasi sedemikian, golongan warga emas ini mahukan anak-anak menjadi peneman. Ketika itu mungkin mereka mahu bercerita tentang kisah-kisah lampau yang boleh memberikan keseronokan pada diri mereka," ujarnya lagi.

Kata Dr. Saedah, keadaan tersebut boleh memberikan seseorang warga emas kembali 'segar' apabila boleh berkongsi cerita dengan orang-orang sekeliling termasuklah anak cucu.

Katanya lagi, dalam situasi tersebut, warga emas bukan lagi memerlukan wang ringgit mahupun sesuatu yang boleh dibanggakan, tetapi mereka perlukan belaian kasih sayang daripada anak cucu.

"Jadi sebagai anak, tidak perlu merungut sekiranya ibu bapa mereka suka mengulang-ulang cerita yang sama kepada anak-anak,'' ujar beliau yang memberitahu itu adalah sikap normal bagi golongan warga emas.

Ditanya mengenai sikap warga emas, Dr. Saedah memberitahu, golongan itu biasanya mudah sensitif dan ada ketika sikap mereka seperti kembali ke alam kanak-kanak.

Tegas beliau lagi, dalam menjaga warga emas, anak-anak perlu bertolak ansur dan banyak mengalah kerana keadaan itu penting dalam menenangkan keadaan.

Malah, apabila seseorang meningkat umur, perangai dan juga tingkah-laku seseorang itu juga turut berubah, malah kadang-kala mereka kembali bersifat keanak-anakan.

"Oleh itu, anak-anak yang menjaganya perlu memainkan peranan dan banyak bersabar," terangnya serius.

Menurut Dr. Saedah, bagi mereka yang pernah berkerja, mereka akan merasa sunyi selepas bersara, keadaan itu akan menyebabkan emosi juga turut berubah dan terganggu.

Kesunyian itu akhirnya akan membelenggu kehidupan seharian mereka jika tidak diuruskan sebaik mungkin.

Katanya lagi, biarpun sudah tidak mampu menyumbang dari segi produktiviti, golongan warga emas merupakan aset kepada negara kerana mereka ada ilmu, sabar dan mempunyai pengalaman yang luas

''Mereka boleh melakukan kerja-kerja mendidik secara tidak formal kepada anak-anak remaja atau cucu-cucu kerana mereka berkeupayaan menjadi penghubung antara generasi yang boleh menegur salah dan silap pembawaan generasi muda,'' katanya.

Tegas beliau, kelebihan warga tua dianggap sebagai penjaga nilai kebangsaan (custodian of national values) dan pengikat kasih sayang keluarga dalam pengukuhan komuniti.

''Untuk itu warga emas itu sendiri perlu berusaha ke arah menjadi warga tua yang lebih baik dengan mengekalkan nilai-nilai murni yang ada dalam peradaban mereka.

''Sebolehnya biarlah minda mereka selari dengan keadaan semasa dan sentiasa peka dengan perkembangan dan mahu pula mengadaptasi perkara-perkara terkini,'' ujar Dr. Saedah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Kampung Baru terima RM8.8j

Posted:

Kampung Baru terima RM8.8j

Kampung Baru terima RM8.8j

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


RAJA Nong Chik Raja Zainal Abidin (tengah) diiringi Johari Abdul Ghani bersalaman dengan penduduk Kampung Baru ketika tiba pada majlis sambutan Merdeka Raya UMNO Titiwangsa di Kampung Baru, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 20 Sept. - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar memperuntukkan sebanyak RM8.8 juta bagi program menaik taraf infrastruktur di Kampung Baru.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, peruntukan tersebut adalah untuk kerja-kerja menaik taraf jalan dan longkang yang kini sedang dalam proses pelaksanaan.

"Jalan yang terlibat adalah Jalan Raja Abdullah, Jalan Raja Musa Abdul Aziz, Jalan Sungai Baru, Jalan Datuk Abdul Malik, Jalan Raja Mahadi, Jalan Raja Ali dan Lorong Raja Muda Musa 2," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan Merdeka Raya anjuran UMNO Titiwangsa di Kampung Baru di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani; Pengarah Urusan Kumpulan Zikay, Datuk Mohd. Khay Ibrahim dan Pengarah Hal Ehwal Korporat Kumpulan Naza TTDI, Mohamed Zahari Harun.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru akan dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini bagi membolehkan pembangunan yang dirancang dilaksanakan dengan lancar.

Jelasnya, input dalam menggubal rang undang-undang tersebut termasuk hasil daripada perbincangan mendalam dengan beberapa pihak berkepentingan seperti badan bukan kerajaan (NGO), pemilik dan pewaris tanah.

Sementara itu, pada majlis tersebut, Kumpulan Zikay dan Kumpulan Naza telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM55,000 setiap syarikat bagi membantu penduduk menaik taraf Flat PKNS Sungai Baru.

Raja Nong Chik berkata, beliau telah mencadangkan supaya Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP-1Malaysia) digunakan bagi tujuan menaik taraf itu kerana ia dilihat berkesan dalam menggembleng komitmen antara penduduk, kerajaan dan pihak swasta.

"Kini, kekangan untuk mendapatkan mendapatkan 10 peratus bagi memperoleh bantuan di bawah TP-1Malaysia telah dapat diselesaikan.

"Ini semua hasil kerjasama erat kerajaan bersama usaha daripada UMNO Bahagian Titiwangsa dan juga keprihatinan pihak korporat," ujarnya.

MPSJ lanjut tempoh kadar rata kompaun tertunggak

Posted:

MPSJ lanjut tempoh kadar rata kompaun tertunggak

MPSJ lanjut tempoh kadar rata kompaun tertunggak

SUBANG JAYA 20 Sept. - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan melanjutkan tempoh bayaran bagi orang ramai menjelaskan kompaun lalu-lintas pada kadar sama rata iaitu RM10 sahaja bagi satu kompaun sehingga 30 Ogos ini.

Dalam kenyataan akhbarnya di sini hari ini, lanjutan tempoh tersebut diberikan berikutan sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai yang diterima sejak Kempen Kadar Rata diperkenalkan bermula Julai lalu.

Sepanjang 74 hari kempen itu dijalankan, sebanyak 116,954 kompaun lalu-lintas telah diselesaikan dan MPSJ telah mengutip sebanyak RM 1,169,540.

"MPSJ mempunyai tunggakan kompaun lalu-lintas sebanyak 1,278,388 kompaun. Terdapat 19,205 pesalah yang memiliki lebih daripada 10 kompaun dan terdapat individu yang memiliki lebih 500 kompaun," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu mengingatkan orang ramai bahawa pihak MPSJ tidak teragak-agak lagi untuk mengambil tindakan tegas dan drastik terhadap mereka yang masih berdegil berbuat demikian selepas kempen itu tamat.

Ini termasuklah melaksanakan kunci saman, melaksanakan operasi mengesan dan menunda kenderaan yang mempunyai rekod kompaun tertunggak.

Selain itu, MPSJ juga akan membawa pesalah trafik ke mahkamah dalam tempoh dua bulan daripada tarikh pemfailan kes serta menghantar senarai kenderaan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk disenarai hitamkan.

"Bagi memudahkan orang ramai, kaunter bergerak dibuka di beberapa kompleks beli belah iaitu di Subang Parade, Subang Jaya pada 17-18 September lalu dan di Tesco, Puchong pada 24 dan 25 September.

"Waktu urus niaga adalah dari pukul 11 pagi hingga 9 malam bagi memberi ruang seluas-luasnya kepada orang ramai menjelaskan tunggakan kompaun mereka,'' kata kenyataan itu lagi.

Anak yatim, ibu tunggal antara dirai sempena Aidilfitri

Posted:

Anak yatim, ibu tunggal antara dirai sempena Aidilfitri

Anak yatim, ibu tunggal antara dirai sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Seramai 300 orang anak yatim dan ibu tunggal di sekitar Lembah Klang diundang oleh Global Mesra Holdings Sdn. Bhd. (GMHSB) ke majlis sambutan hari raya syarikat itu yang diadakan di Kondominium Villa Putra di sini baru-baru ini.

Pengerusi Eksekutifnya, Mohd. Nasir Mohd. Rashid berkata, kemeriahan Aidilfitri seharusnya dikecapi oleh semua umat Islam termasuk mereka yang kurang bernasib baik dan miskin.

Selain disajikan hidangan enak, setiap anak yatim itu turut menerima sumbangan duit raya dan cenderahati daripada syarikat tersebut.

Di Ampang Jaya, lebih 3,000 orang mengunjungi Majlis Mesra Aidilfitri anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Menara MPAJ di sini baru-baru ini.

Mereka dihidangkan dengan pelbagai juadah tradisional dan moden yang disediakan oleh kakitangan MPAJ sendiri yang mewakili setiap jabatan dalam pihak berkuasa tempatan itu.

Selain itu, mereka juga berpeluang beramah mesra dengan Yang Dipertuanya, Datuk Mohammad Yacob, pengarah-pengarah jabatan dan ahli majlis serta dihiburkan oleh persembahan dari kalangan kakitangan MPAJ

Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, pihaknya juga tidak melupakan mereka yang memerlukan dengan menyampaikan sumbangan kepada 60 fakir miskin serta orang kurang upaya (OKU) di lima kawasan Dewan Undangan Negeri.

Sementara itu, hujan tidak menghalang lebih 1,000 tetamu untuk memeriahkan majlis rumah terbuka syarikat konsesi Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) yang berlangsung di perkarangan Wisma Kesas di Subang Jaya baru-baru ini.

Selain menikmati pelbagai hidangan, tetamu turut beramah mesra dengan Pengerusi Kesas, Datuk Mohammed Azlan Hashim dan Ketua Pegawai Operasinya, Imran Gulcharan Abdullah.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved