Rabu, 22 Jun 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Elak peluang bertukar bencana

Posted:

Elak peluang bertukar bencana

Elak peluang bertukar bencana

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Penjaga gol skuad kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (kiri) menjalani latihan bersama dua lagi rakan sepasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, menjelang perlawanan Kelayakan Olimpik menentang Lebanon, hari ini. - UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin


PETALING JAYA - Dalam keghairahan memburu gol awal, Ong Kim Swee mengingatkan anak buahnya supaya mengelak gawang sendiri pula yang dibolosi lebih awal apabila berdepan Lebanon pada aksi timbal balik Kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Jurulatih skuad Olimpik negara itu juga mengingatkan pemain supaya jangan tenggelam dalam keghairahan, jika tidak mahu berputih mata untuk menyempurnakan kelebihan aksi di laman sendiri setelah mengikat pasukan lawan di Beirut, Ahad lalu.

Menurutnya, jaringan awal oleh pasukan lawan bakal memusnahkan peluang skuad negara, kerana ia pastinya menyukarkan pemain untuk bangkit.

Katanya, kelebihan juga sedikit memihak kepada lawan, kerana jika keputusan seri dengan jaringan gol, Lebanon bakal dinobat pemenang berdasarkan peraturan gol di tempat lawan.

"Untuk itu, jika terpaksa saya mungkin meletakkan lima penyerang kerana dalam perlawanan kalah mati ini, kami akan cuba melakukan segalanya untuk menang tetapi dalam masa yang sama tetap berhati-hati ketika menyerang," katanya pada sidang media mesyuarat pengurus pasukan sempena perlawanan Malaysia dan Lebanon di Wisma FAM, semalam.

Skuad negara yang mengikat Lebanon tanpa jaringan di Beirut Ahad lalu, akan mara ke pusingan akhir kelayakan Olimpik jika mengatasi Lebanon.

Cuma kem negara menerima perkhabaran kurang menyenangkan apabila khidmat pertahanan kanan, Mahalli Jasuli terpaksa dilupakan, kerana digantung satu perlawanan akibat mengutip dua kad kuning.

"Ketiadaan Mahalli pastinya akan dirasai kerana dia bukan sahaja pemain utama skuad Olimpik, tetapi berpengalaman luas kerana turut menjadi tonggak pasukan senior kebangsaan.

"Namun, tanpa Mahalli, saya masih boleh menyandarkan harapan kepada pemain lain seperti Mohd. Affize Faisal atau Fandi Othman pada posisi tersebut, " katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee mempertahankan penyerang tinggi lampai pasukannya, Izzaq Faris Ramlan, yang dikritik pada perlawanan dengan di Beirut Ahad lalu, kerana sekadar mempamerkan permainan hambar.

''Dia sebenarnya mempunyai prestasi yang baik dalam Liga Super, juga dalam perlawanan antarabangsa yang dilalui sebelum ini.

"Dia masih memerlukan pendedahan berterusan di peringkat antarabangsa untuk muncul penjaring sejati," katanya.

Kim Swee menyedari skuadnya diletakkan harapan tinggi oleh peminat yang mahu melihat skuad negara layak ke Olimpik seperti pada 1972 dan 1980.

"Peminat sudah semakin yakin terhadap skuad kebangsaan tetapi kita perlu melepasi satu per satu halangan.

"Jika kita mara ke pusingan seterusnya, ia adalah masa yang sesuai untuk memasang impian dan cuba mencipta satu lagi sejarah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lebanon tidak berdepan tekanan

Posted:

Lebanon tidak berdepan tekanan

Lebanon tidak berdepan tekanan


Jurulatih Lebanon, Samir Saad (kiri) berbual dengan pengendali skuad kebangsaan, Ong Kim Swee selepas sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.


PETALING JAYA - Walaupun bakal berhadapan sokongan padu ribuan penyokong setia Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini, ia tidak diendahkan pengendali skuad Olimpik Lebanon, Samir Saad.

Sebaliknya, Samir menganggap sorakan padu penyokong skuad negara boleh bertukar menjadi pembakar semangat kepada pemainnya untuk mempamerkan permainan terbaik.

Malah, Samir mengakui pemainnya bebas daripada sebarang tekanan walaupun skuad Malaysia mengikat mereka tanpa jaringan pada aksi di Beirut, Ahad lalu.

"Sorakan penyokong pasukan anda mungkin mampu menjadi motivasi tambahan buat kami untuk bermain lebih baik.

"Peluang kedua-dua pasukan seimbang, peluang 50-50 untuk layak. Prestasi kedua-dua pasukan tidak jauh berbeza jika dilihat pada pertemuan pertama, " katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, semalam.

Dijangka 20,000 hingga 30,000 penyokong skuad kebangsaan membanjiri Stadium Nasional bagi memberikan sokongan padu kepada skuad Olimpik yang berpeluang melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Olimpik selepas mengikat Lebanon tanpa jaringan di Beirut Ahad lalu.

Tambah Samir, mereka berazam memburu gol awal kerana menyedari ia mampu menjadi senjata untuk membunuh semangat pemain Malaysia.

"Jaringan gol di tempat lawan akan memberikan kelebihan besar kepada kami, jadi saya harap kami dapat menjaringkan gol terlebih dahulu dalam perlawanan esok," katanya.

Dia juga lega kerana pemainnya tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan cuaca panas di negara ini, walaupun baru dua hari di sini.

"Cuaca seperti ini adalah biasa bagi kami, ia tidak jauh berbeza dengan cuaca di negara kami," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


ADUN DAP buat hal, Pas salahkan UMNO

Posted:

ADUN DAP buat hal, Pas salahkan UMNO

ADUN DAP buat hal, Pas salahkan UMNO

KUALA LUMPUR 22 Jun - Dewan Pemuda Pas kesal dengan sikap 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak daripada DAP yang tidak memakai pakaian rasmi pada majlis perasmian Sidang DUN negeri itu, kelmarin.

Bagaimanapun apa yang anehnya, walaupun menganggap tindakan tidak memakai songkok dan baju rasmi tersebut tidak mencerminkan 'kekitaan' di kalangan parti pembangkang, Naib Ketua Pemuda Pas, Raja Ahmad Al-Hiss menyalahkan UMNO.

Beliau mendakwa, UMNO gagal mendidik rakyat Malaysia supaya memahami budaya adat resam dan agama di negara ini.

"Orang Islam tidak faham apa itu Islam yang sebenar sehingga banyak perkara berkaitan Islam telah disalah tafsir oleh orang bukan Islam,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagi menutup sikap biadab ADUN-ADUN DAP yang merupakan sekutu kepada Pas yang kini memperjuangkan negara berkebajikan, Raja Ahmad berhujah, ''UMNO sendiri menghalang hukum Islam daripada dilaksanakan dan UMNO sendiri tidak 'mesra' terhadap hukum hakam agama sehingga orang bukan Islam takut dan gagal untuk memahami terjemahan Islam itu.

''Begitu juga isu songkok yang dianggap elemen keagamaan bagi orang Islam adalah satu contoh kegagalannya,'' katanya.

Namun begitu, Raja Ahmad menegaskan, walaupun perkara itu berlaku di Sarawak, Pemuda Pas kesal kerana keadaan tersebut sedikit sebanyak akan memberi tanggapan yang salah terhadap sokongan rakyat terutama orang Melayu kepada pakatan pembangkang selama ini.

''Kami dengan ini mendesak agar Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat memberikan pemahaman terhadap ADUN-ADUN tersebut agar tindakan ini tidak berulang,'' katanya.

Beliau juga menggesa supaya semua lapisan masyarakat menghormati peraturan dan tatacara yang telah disepakati bersama seperti Peraturan Tetap DUN seluruh negara yang ia sudah disepakati bersama sejak dahulu lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bukti Pas tidak konsisten dalam perjuangkan Islam

Posted:

Bukti Pas tidak konsisten dalam perjuangkan Islam

Bukti Pas tidak konsisten dalam perjuangkan Islam

KUALA LUMPUR 22 Jun - Kesanggupan Pas bekerjasama dengan individu yang dikecam kerana menyokong penubuhan Majlis Antara Agama (IFC) serta menganjurkan 'Forum Memeluk Islam' membuktikan betapa parti itu tidak konsisten dalam memperjuangkan Islam.

Merujuk kerjasama Pas dengan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ia jelas menunjukkan tindakan Pas kini hanya didorong keinginan mendapatkan kuasa.

Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu membuka mata mengenai sikap tidak konsisten Pas itu yang dibimbangi membawa perpecahan di kalangan Melayu Islam.

"Pas mengamalkan konteks agama bermusim dan bertempat. Jika sesuai dengan ideologi politik, mereka akan ikut. Langsung tak konsisten dari segi amalan agama dan politik.

"Sedangkan al-Quran dan Islam itu konsisten dan digunakan dari zaman ke zaman. Bukan haram hari ini dan halal esok. Kita bimbang kecelaruan dilakukan Pas menyebabkan umat Melayu Islam berpecah-belah," katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai cara meningkatkan pendapatan pekebun kecil di Ibu Pejabat Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini hari ini.

Sewaktu menjadi Presiden Majlis Peguam, Ambiga bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan IFC. Beliau turut dikatakan menyokong Lina Joy berhubung kes murtad.

Tidak setakat itu, beberapa pemimpin dan ahli Pas termasuk Naib Presidennya, Salahuddin Ayub bersama ahli UMNO, PKR dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pernah berdemonstrasi di hadapan bangunan Majlis Peguam kerana membantah Forum Memeluk Islam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah membuat kenyataan membantah forum tersebut yang dianjurkan sewaktu Ambiga mengetuai pertubuhan tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd. Shafie berkata, sikap tidak konsisten Pas itu bukan sesuatu yang baru malah, telah lama diamalkan demi kelangsungan parti itu.

"Ia menunjukkan apa yang diperkatakan Mursyidul Amnya pada 1999 bahawa beliau boleh menerima pertolongan sesiapa juga termasuk syaitan bagi membantu perjuangan Pas.

"Begitu juga baru-baru ini apabila Mohamad Sabu memegang jawatan timbalan presiden, beliau kata tidak mahu lagi menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hakikatnya, individu itulah yang dia berikan pelbagai gelaran sebelum ini," ujarnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Hamzah Zainuddin menyifatkan kerjasama Pas dan Ambiga membuktikan bahawa perkataan 'Islam' hanya menjadi slogan kepada perjuangan mereka.

"Mereka hanya mahukan kuasa bagi memerintah negara dan sanggup bergabung dengan sesiapa saja bagi mencapainya. Sebagai contoh, kalau benar mahu perjuangkan Islam, kenapa mesti membiarkan pilihan raya masjid berlaku di Pulau Pinang?.

"Kalau betul pilihan raya tidak bersih, kenapa sanggup terima mandat memerintah di Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah? Tolak mandat itu dan bawa ke mahkamah. Itu lebih baik daripada bawa ke jalanan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Tabung Haji serah e-tutor ke 30 sekolah di Selangor

Posted:

Tabung Haji serah e-tutor ke 30 sekolah di Selangor

Tabung Haji serah e-tutor ke 30 sekolah di Selangor


Md. Ridza Md. Zain (kanan) melakukan Penyerahan dan Taklimat 1D Tutor kepada wakil sekolah terpilih di Kompleks Haji Kelana Jaya, Selangor, semalam.


PETALING JAYA 22 Jun - Tabung Haji (TH) akan menggunakan pendekatan pendidikan bagi membantu melahirkan anak bangsa yang cemerlang.

Pengarah TH Selangor, Md. Ridza Md. Zain berkata, pendekatan yang sejajar dengan Pelan 50 Tahun TH itu juga dapat membantu merapatkan hubungan dengan pihak sekolah.

Beliau berkata, melalui cara ini banyak manfaat boleh diperoleh terutama dalam memupuk budaya menabung bagi tujuan mengerjakan ibadah haji di kalangan generasi muda.

"Harapan TH ialah melalui program pendidikan ia dapat digunakan oleh sekolah dengan semaksimumnya dan bakal memberikan banyak faedah bagi melahirkan anak bangsa yang cemerlang.

"Program pendidikan ini diwujudkan untuk menyatakan terima kasih TH kepada sekolah-sekolah yang banyak membantu dan memberi kerjasama kepada kami," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan dan taklimat ID tutor.com.my keluaran Kumpulan Utusan kepada sekolah pilihan di Kompleks Haji Kelana Jaya dekat sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Kanan Khidmat Pelanggan Tabung Haji, Noorazmima Ismail dan Pengurus Kanan Perfisio Solution Sdn. Bhd., Mohd. Yusni Abdul Ghani.

TH menaja ID untuk 30 buah sekolah di negeri ini dengan setiap sekolah dibekalkan dengan lima ID. Setiap ID bernilai RM150 untuk tempoh setahun.

Dalam pada itu, Md. Ridza berkata, TH membuat tawaran istimewa kepada pelajar yang menjadi ahli Kelab Tabung Haji (Taha) di 30 sekolah terpilih itu apabila mereka hanya perlu membayar RM120 sahaja untuk mendapatkan ID tutor.com.my.

"Tempoh tawaran ini adalah bagi satu tempoh terhad dan boleh dipanjangkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk menikmati keistimewaan ini.

"Di bawah program kerjasama antara sekolah ini, TH akan membantu sekolah mengadakan bimbingan haji kepada pelajar selaras dengan modul Pendidikan Islam bagi pelajar tingkatan empat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Bimbang gajah 'naik minyak'

Posted:

Bimbang gajah 'naik minyak'

Bimbang gajah 'naik minyak'

Oleh M. RIZAL NOR
utusanpahang@utusan.com.my


Kanak-kanak melalui pagar yang roboh akibat rempuhan gajah liar di Kampung Gol, Jerantut, kelmarin.


JERANTUT 22 Jun - Akhir-akhir ini, peristiwa gajah naik minyak atau mengamuk dengan merosakkan harta benda terutama tanaman kerap berlaku di Pahang.

Tindakan kumpulan gajah liar itu sekali gus menimbulkan kebimbangan kepada penduduk luar bandar terutama yang tinggal di tepi hutan.

Bukan puluhan, malah ratusan hektar tanaman musnah akibat perlakuan gajah liar terbabit.

Kejadian gajah naik minyak bukan sahaja berlaku di Pahang atau negara ini, malah menjadi kerisauan kepada seluruh penduduk dunia yang menetap berhampiran kawasan habitat mamalia itu.

Persoalannya mengapa gajah mengamuk?

Ramai yang berpendapat bahawa amukan gajah berpunca apabila habitatnya diganggu oleh manusia.

Kejadian terbaru di Kampung Gol, Tembeling Tengah dekat sini membuatkan seorang peserta Felcra, Abdul Wahab Abu Talib, 43, terpaksa berputih mata melihat tanaman sawitnya musnah diserang haiwan liar berkenaan.

Perasaan sedih dan kecewa menyelubungi Abdul Wahab apabila melihat hampir 40 pokok kelapa sawit miliknya musnah akibat perbuatan gajah itu.

Abdul Wahab memberitahu, kelibat dua ekor gajah mula memasuki kawasan ladang sawitnya seluas 1.6 hektar sejak April lalu.

"Gajah tersebut datang dari hutan seberang sungai berhampiran rumah saya dan memusnahkan pokok sawit yang ditanam sejak tiga tahun lalu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, semalam.

Abdul Wahab sangat terkilan dan sedih melihat pokok sawit yang telah berbuah itu musnah angkara gajah liar.

"Kawasan ini telah dipagar namun gajah liar memusnahkan pagar dan masuk ke ladang sawit beberapa kali dan kali terakhir beberapa hari lalu," katanya.

Menurutnya, kelapa sawit yang ditanamnya itu merupakan aset untuk menyara keluarga dan menampung perbelanjaan tiga anaknya yang masih bersekolah.

Selain tanamannya, katanya, gajah liar terbabit turut memusnahkan lebih 50 pokok sawit milik abang iparnya, Abdul Rahman Ahmad, 50.

"Kebun getah mertua saya turut menjadi mangsa dan penoreh getah di sini mula merasa takut untuk keluar menoreh kerana bimbang dengan keselamatan masing-masing.

"Sebelum ini, haiwan tersebut pernah membuat kacau di kawasan rumah penduduk di sini pada waktu malam, namun belum sampai tahap merosakkan kediaman dan harta benda," katanya.

Kini, katanya, penduduk kampung terbabit bimbang dengan keselamatan mereka kerana gajah tersebut boleh naik minyak bila-bila masa sekali gus mengancam nyawa.

Abdul Wahab memberitahu, dia membuat laporan di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kuala Tahan dekat sini berhubung gangguan haiwan liar tersebut, namun mereka hanya mampu menghalau gajah itu balik ke hutan.

"Saya menghantar surat kepada Pengarah Perhilitan negeri supaya pihaknya menangkap dan mengalih gajah tersebut ke tempat lain, namun sehingga kini belum ada tindakan.

"Sampai bila kami harus berdepan dengan ancaman gajah liar ini? Kerugian yang ditanggung semakin banyak selagi haiwan ini masih berada di sini," katanya.

Abdul Wahab berharap Perhilitan memandang serius masalah tersebut dan mengambil tindakan segera sebelum perkara tidak diingini berlaku ke atas penduduk kampung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perhilitan teruskan operasi tangkap gajah liar

Posted:

Perhilitan teruskan operasi tangkap gajah liar

Perhilitan teruskan operasi tangkap gajah liar

JERANTUT 22 Jun - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang akan meneruskan operasi menangkap gajah liar yang kerap mengganggu dan merosakkan tanaman penduduk di Kampung Gol, Tembeling Tengah, dekat sini.

Pengarah Perhilitan negeri, Khairiah Mohd. Sharif berkata, satu pasukan dihantar ke kampung itu untuk meninjau gajah liar berkenaan.

Beliau berkata, gajah yang merosakkan tanaman penduduk kampung berkenaan datang dari hutan seberang sungai yang terletak berhampiran kediaman penduduk.

"Kita menerima aduan penduduk dan beberapa anggota Perhilitan telah pergi ke tempat kejadian untuk memantau serta mengambil tindakan lanjut.

"Kami menghadapi kesukaran untuk menangkap gajah tersebut kerana haiwan itu lari ke sungai setiap kali melihat kelibat manusia di kawasan berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi semalam.

Menurut Khairiah, pihaknya akan menangkap gajah tersebut secepat mungkin dan penduduk kampung diminta bersabar dan sentiasa berwaspada.

"Kita mahu gajah itu ditangkap hidup-hidup dan tembakan ubat pelali akan menyebabkan gajah tersebut mati sekiranya lari ke seberang dan lemas di sungai," katanya.

Beliau berkata, kerjasama penduduk kampung juga diperlukan supaya segera memaklumkan kepada Perhilitan jika melihat gajah tersebut memasuki kampung terbabit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Empat kedai makan terbakar

Posted:

Empat kedai makan terbakar

Empat kedai makan terbakar

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my


KEPULAN asap tebal menyebabkan suasana di pusat beli-belah Kuantan Parade, semalam agak kelam-kabut. - BERNAMA


KUANTAN 22 Jun - Orang ramai dan pekerja di pusat beli-belah Kuantan Parade di sini bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila empat kedai makan di sebuah medan selera di kompleks itu terbakar hari ini.

Kejadian berlaku pukul 10.10 pagi ketika kebanyakan pekerja dan pemilik premis di pusat beli-belah itu bersiap sedia memulakan perniagaan masing-masing.

Bagaimanapun, tindakan pantas pasukan Bomba dan Penyelamat memadam kebakaran berjaya menyelamatkan kebakaran di pusat perniagaan tumpuan ramai itu daripada merebak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Ubi, Wan Daud Wan Awang berkata, kebakaran itu dipercayai berpunca dari dapur yang tidak ditutup di sebuah kedai makanan barat di medan selera berkenaan.

"Bagaimanapun, semasa kami tiba, api sudah kecil namun asap dilihat banyak keluar dari medan selera itu. Kebakaran berjaya dikawal kira-kira setengah jam kemudian dengan bantuan enam anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Wan Daud memberitahu, sebanyak dua jentera bersama 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Ubi bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan tersebut.

Ketika kejadian, katanya, tiada pelanggan berada di dalam medan selera tersebut. Semua pekerja sempat keluar menyelamatkan diri.

"Kita masih menyiasat punca sebenar kebakaran melibatkan empat kedai itu dan jumlah kerugian buat masa ini dianggarkan kira-kira RM450,000," katanya.

Sementara itu, pengurus pusat beli-belah itu, Azman Saidin berkata, sejak beroperasi selama 15 tahun lalu, kebakaran tersebut merupakan paling teruk.

"Kebakaran ini yang paling teruk sehingga membabitkan empat premis makanan musnah. Bagaimanapun kita akan tunggu laporan siasatan penuh daripada pihak bomba.

"Sekiranya siasatan mendapati punca kebakaran disebabkan kecuaian pemilik kedai terbabit, tindakan akan diambil berdasarkan perjanjian sewa yang telah dipersetujui mengikut kontrak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Spratly: Amaran China pada AS

Posted:

Spratly: Amaran China pada AS

Spratly: Amaran China pada AS


STRUKTUR bangunan yang dibina oleh China di sebuah terumbu di kepulauan Spratly. – REUTERS


BEIJING 22 Jun – China hari ini menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya membiarkan pertikaian wilayah di Laut China Selatan diselesaikan sendiri oleh negara-negara yang mempunyai tuntutan.

Dalam amaran paling berterus-terang kepada Washington, Beijing berkata, pembabitan AS dalam pertikaian itu boleh memburukkan lagi keadaan.

Ketegangan di Laut China Selatan meningkat sejak sebulan lalu disebabkan kebimbangan bahawa China semakin agresif dalam mengukuhkan tuntutannya terhadap perairan yang dipercayai kaya dengan minyak dan gas.

Timbalan Menteri Luar China, Cui Tiankai berkata, AS tidak perlu campur tangan dalam pertikaian itu dan sekiranya AS tetap mahu memainkan peranan, Washington perlu menasihatkan negara-negara yang melakukan provokasi supaya bertindak secara lebih bertanggungjawab.

"AS bukan negara yang mempunyai tuntutan dalam pertikaian di Laut China Selatan, dengan itu adalah lebih baik jika AS membiarkan pertikaian diselesaikan antara negara-negara yang menuntut," kata Tiankai hari ini pada taklimat sebelum rundingan pusingan pertama mengenai hal-ehwal Asia Pasifik di Hawaii pada Sabtu ini.

Katanya, China sangat bimbang dengan provokasi yang kerap dilakukan oleh negara lain di Laut China Selatan.

"Saya percaya negara-negara terlibat sebenarnya bermain api dan saya berharap api itu tidak akan merebak ke AS," menurut menteri itu.

Sementara itu di Manila, pegawai Filipina berkata, tentera Amerika Syarikat (AS) berkewajipan membantu mempertahankan askar, kapal atau pesawat udara negara ini jika mereka diserang di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan.

Jabatan Luar Filipina dalam satu kertas dasarnya berkata, Perjanjian Pertahanan Bersama 1951 menghendaki Washington membantu tentera Filipina jika mereka diserang di kepulauan tersebut.

Sebahagian perairan di Laut China Selatan turut dituntut oleh Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam.

Tuntutan China adalah yang paling besar, dengan kawasan perairan yang dituntut berbentuk U meliputi sebahagian besar daripada Laut China Selatan yang seluas 1.7 juta kilometer persegi, termasuk Kepulauan Spratly dan Paracel.

Di Washington kelmarin, anggota kanan Parti Republikan, Senator John McCain menggesa kerajaan AS meningkatkan sokongan ketenteraan dan politik kepada negara anggota ASEAN untuk menghadapi China dalam pertikaian semakin meningkat di Laut China Selatan.

Menurutnya, AS perlu membantu anggota ASEAN untuk membangunkan dan menempatkan sistem amaran awal serta bot peronda perairan pantai di kawasan yang menimbulkan pertikaian.

– Reuters/AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rusuhan Kristian di Ireland Utara berterusan

Posted:

Rusuhan Kristian di Ireland Utara berterusan

Rusuhan Kristian di Ireland Utara berterusan


KENDERAAN polis Ireland Utara dihujani bom petrol dan batu-batu daripada perusuh antara puak Katholik dan Protestan di Belfast, kelmarin. – AP


BELFAST 22 Jun – Seorang jurufoto cedera ditembak di kaki dan perusuh melontar bom petrol ke arah polis dalam perbalahan antara mazhab Protestan dan Katholik yang masuk hari kedua di Belfast.

Dalam kejadian tersebut, seorang jurufoto agensi berita Press Association terkena tembakan di kakinya yang dipercayai dilepaskan berhampiran kawasan Katholik di daerah Short Strand.

Pertempuran antara dua mazhab itu berlanjutan selama dua malam berturut-turut sejak ia meletus kelmarin berikutan serangan ke atas perumahan di Short Strands oleh pengikut Protestan yang menyokong pemerintahan British.

Dalam pada itu, jurucakap polis menyatakan perbalahan tersebut dicetuskan oleh Pasukan Sukarelawan Ulster (UVF), satu daripada kumpulan separa tentera pro Britain terbesar di Ireland Utara.

"Kira-kira 700 perusuh berkumpul di Lower Newtownards Road dan beberapa bahan api seperti bom petrol, bunga api dan peluru digunakan dalam pertempuran tersebut," katanya. – AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Trio Datuk T didakwa esok

Posted:

Trio Datuk T didakwa esok

Trio Datuk T didakwa esok

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Jun – Trio Datuk T dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat ini berhubung dakwaan membabitkan penayangan video seks seorang lelaki yang dikatakan mirip pemimpin parti pembangkang.

Trio yang terdiri daripada ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu antara lainnya adalah bagi kesalahan menunjukkan secara awam sebarang perkara yang lucah dalam pemilikan mereka.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagaimanapun Utusan difahamkan, mereka akan didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Maklumat pendakwaan tersebut dimaklumkan sendiri oleh Shazryl Eskay kepada media melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kira-kira pukul 1.08 petang ini.

Berikut adalah SMS yang diterima:

'Datuk ''T'' akan dicharge (dakwa) di Mahkamah Jalan Duta pada pukul 8 pagi, 24 Jun 2011. Harap maklum.'

Isu video seks itu timbul selepas 'penayangan' dibuat kepada sekumpulan wartawan di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam satu laporan akhbar sebelum ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.

Pada 17 April lalu, pihak polis telah menyiapkan laporan siasatan rakaman video seks tersebut dan menyerahkannya kepada Pejabat Peguam Negara beberapa hari selepas itu.

Selepas pendedahan mengenai video seks itu dibuat oleh trio terbabit, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail beberapa kali menafikan bahawa pelaku seks tersebut adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh terbabit.

Bagaimanapun, pada 29 April lalu, Eskay telah melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di sini bagi membuktikan Anwar merupakan pelaku di dalam rakaman video seks melibatkan seorang pelacur dipercayai dari China.

Sementara itu, Shazryl Eskay dan Shuib ketika dihubungi berharap pendakwaan terhadap mereka akan mendedahkan kebenaran sebenar mengenai identiti pelaku video seks yang selama ini dirahsiakan oleh pihak berkuasa.

Menurut Shazryl Eskay, beliau akan memberi sepenuh kerjasama kepada pihak mahkamah dan pada masa yang sama, tidak ragu-ragu mengenai identiti lelaki dalam video seks tersebut ialah Anwar sebagaimana dakwaan sebelum ini.

"Saya akur dengan undang-undang dan berharap kebenaran akan terdedah. Jika diminta oleh mahkamah saya akan mengulangi pendirian dengan tegas bahawa lelaki dalam video seks tersebut ialah Anwar," katanya.

Sementara itu, Shuib memberitahu, beliau telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pendakwaan tersebut dan turut menegaskan bahawa tiada sebarang keraguan mengenai identiti siapa pelaku video seks.

"Kita bukan edar video tersebut, kita dedahkan kepada pemberita untuk mencari kebenaran demi Malaysia yang kita semua cintai. Saya secara peribadi tiada masalah dan memang bersedia dengan semua ini.

"Saya yakin pendakwaan terhadap kami akan mendedah kebenaran sebenar. Siapa pelaku video seks nanti akan terdedah dan rakyat boleh menilai sendiri hakikat tersebut kerana pakar dari luar negara pun turut mengesahkan ia tulen," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Laporan Suruhanjaya pada Agong

Posted:

Laporan Suruhanjaya pada Agong

Laporan Suruhanjaya pada Agong

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my


James Foong Cheng Yuen menunjukkan buku laporan Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock pada sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 22 Jun - Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock hari ini menyerahkan laporan penuh prosiding siasatan tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Selain daripada cadangan berhubung cara penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), turut terkandung dalam laporan tersebut ialah punca kematian Setiausaha Politik Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah itu.

Pengerusi Suruhanjaya tersebut, Tan Sri James Foong Cheng Yuen bagaimanapun tidak mendedahkan kepada pihak media punca kematian Beng Hock mahupun cadangan-cadangan yang dikemukakan.

Menurutnya, sama ada laporan tersebut akan didedahkan kepada awam, ia bergantung kepada budi bicara Seri Paduka.

''Kami (panel suruhanjaya) sebulat suara membuat keputusan mengenai perkara tersebut (punca kematian).

''Sama ada, Yang di-Pertuan Agong berpuas hati atau tidak dengan laporan tersebut, masih terlalu awal dan tidak adil untuk membuat andaian tersebut kerana Tuanku baru menerimanya,'' ujar beliau pada sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.

Laporan setebal 124 muka surat itu diserahkan kepada Seri Paduka di Istana Terengganu di sini kira-kira pukul 10.30 pagi ini iaitu dua hari sebelum tarikh akhir penyerahan laporan pada 25 Jun ini.

Selain Cheng Yuen, turut serta sewaktu laporan tersebut diserahkan ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T. Selventhiranathan dan Pakar Perunding Patologi Forensik Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Bhupinder Singh.

Turut hadir ialah Pakar Perunding Psikiatri Forensik/Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom dan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Saripuddin Kasim yang juga setiausaha suruhanjaya terbabit.

Satu salinan laporan itu juga akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai penyediaan laporan tersebut, Cheng Yuen menyatakan, kesemua ahli panel perlu meneliti sejumlah 19,200 muka surat nota keterangan daripada 70 orang saksi dan 256 bahan bukti.

Mereka juga perlu membaca sebanyak 700 muka surat hujahan bertulis daripada pihak-pihak terlibat iaitu Majlis Peguam Malaysia, SPRM dan pegawai-pegawai pengendali di samping sebanyak 1,000 muka surat nas undang-undang.

Laporan tersebut selesai dibuat pada 15 Jun lalu.

Suruhanjaya tersebut pada mulanya dijadualkan berlangsung selama tiga bulan dari tarikh pentauliahan iaitu pada Februari lalu tetapi terpaksa dilanjutkan sehingga Sabtu ini selepas prosiding dan penyediaan laporan tersebut mengambil tempoh yang lebih lama.

Beng Hock, 30, ditemui mati di koridor tingkat lima pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam dekat sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Mencari hala tuju sendiri

Posted:

Mencari hala tuju sendiri

Mencari hala tuju sendiri

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ihsan SONY MUSIC ENTERTAINMENT


ANAK muda berusia 20 tahun ini akan terus berkarya selagi nyawanya dikandung badan.


APABILA nama David Archuleta digugurkan daripada syarikat rakaman, Jive Records, peminat penyanyi comel itu mula mempersoalkan hala tujunya dalam bidang muzik.

Memang perkara yang cukup menggemparkan apabila keputusan itu dibuat oleh syarikat rakaman yang sebelum ini dinaungi ramai penyanyi popular antaranya Backstreet Boys, 'N Sync dan Allison Iraheta.

Bagi mereka, adalah menjadi satu kerugian besar untuk syarikat rakaman popular seperti Jive Records untuk melepaskan bakat istimewa seperti Archuleta.

Apatah lagi dengan gelaran naib juara American Idol musim ketujuh yang disandangnya, sudah pasti ia menjadi satu kelebihan buat Archuleta untuk terus bernaung sebagai artis naungan Jive Records.

Alasan yang diberikan oleh Jive Records berhubung pengguguran Archuleta itu adalah kerana album ketiganya, The Other Side of Down gagal mencapai penjualan yang membanggakan.

Setakat 18 Februari lalu, album berkenaan yang diedarkan oleh Sony Music Entertainment itu hanya mencatatkan penjualan sebanyak 67,000 salinan sahaja.

Angka itu hanya meliputi penjualan di Amerika Syarikat (AS) sahaja dan sudah pasti ia sangat jauh berbeza dengan album pertamanya, David Archuleta yang berjaya terjual hampir satu juta unit sekali gus diiktiraf sebagai platinum.

Bukan itu sahaja, berbanding dengan album sulungnya yang berjaya menduduki tangga kedua dalam carta Billboard 200, album The Other Side of Down hanya mampu berada di posisi ke-13 sahaja.

"Saya sedar ramai yang terkejut dengan berita ini tetapi saya melihatnya dari sudut yang positif. Sebenarnya, pihak Jive ada menawarkan kontrak baru untuk saya terus bersama mereka.

"Tetapi, saya menolaknya kerana dua tahun kebelakangan ini, saya tidak begitu gembira bersama mereka. Ini kerana hala tuju yang saya inginkan dalam bidang muzik ini tidak tercapai seperti mana yang saya harapkan.

"Buat masa ini, saya perlukan masa untuk saya duduk dan fikir semasak-masaknya tentang perancangan seterusnya.

"Walaupun begitu, saya masih lagi menganggap saya sebagai seorang yang bertuah kerana diberi peluang bekerja dengan mereka yang cukup berpengalaman dalam industri," katanya dalam satu temuramah menerusi telefon yang diatur oleh Sony Music Entertainment Malaysia baru-baru ini.

Selepas menyertai American Idol pada 2008 dan mengikat kontrak bersama Jive Records, Archuleta telah merakamkan tiga buah album termasuk sebuah album Krismas berjudul Christmas From The Heart (2009).

Menyambung bicara, Archuleta yang berusia 20 tahun itu memberitahu dia tidak berpeluang menentukan hala tujunya dalam bidang muzik kerana terpaksa mengikut arahan syarikat rakamannya.

Atas alasan itu, dia merasakan dirinya tidak bebas untuk membuat sebarang keputusan yang dirasakan terbaik untuk karier seninya.

Lalu, apabila tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman ketika ini, Archuleta menganggapnya sebagai satu pembebasan untuknya mencari peluang yang lebih baik selepas ini.

Bukan tidak ada syarikat yang mahu mengambilnya menjadi artis rakaman mereka tetapi buat masa ini, kata Archuleta, dia lebih selesa bergerak sendiri.

"Buat apa menjadi artis rakaman tetapi hasilnya tetap sama? Adakah mereka bersedia untuk mendengar dan menerima idea saya dengan terbuka?

"Jadi, adalah lebih baik untuk saya fokus kepada bidang penulisan lagu dan kumpulkan sebanyak mungkin material sebelum saya merakamkan album seterusnya.

"Saya hanya bersedia seandainya lagu-lagu saya diterima dengan baik dan muzik yang saya mahukan bagi memastikan saya terus bertahan sebagai seorang karyawan," jelasnya dalam nada yang sedikit tegas namun penuh diplomasi.

Walaupun berdepan dengan masalah yang dilihat hampir meranapkan kerjaya seninya itu, Archuleta melihatnya sebagai hikmah dan percaya akan ada sinar terang yang menanti di penghujung jalan kelak.

Tidak pernah menyesal dengan jalan yang dipilihnya itu, anak kepada pasangan Jeff Archuleta dan Lupe Marie Mayorga itu menyifatkan perjalanannya sepanjang empat tahun ini penuh dengan warna-warni.

Suka, duka, pahit dan manis semuanya sudah ditempuhinya. Apa yang penting bagi Archuleta apabila mendapat sokongan padu daripada peminat yang tidak henti lelah menyokong dari awal kerjayanya.

Seiring dengan kematangannya itu, pemilik nama penuh David James Archuleta ini mahu memberikan semangat baru dan impak positif kepada dirinya serta untuk peminatnya sendiri.

"Banyak lagu yang saya hasilkan sekarang lebih terarah kepada mesej positif. Semua ini sudah saya lakukan sejak dari album ketiga lagi di mana saya menulis 10 daripada 12 buah lagu dalam album tersebut.

"Walaupun saya sedikit kecewa dengan penjualan album tersebut, sebagai karyawan dan seorang yang melibatkan diri secara langsung dalam penerbitan album itu, saya memang berpuas hati.

"Album The Other Side of Down menampilkan kematangan saya dari segenap aspek dan saya gembira kerana peminat juga dapat menerimanya dengan baik. Malah, saya lebih teruja kerana saya dapat mengumpul peminat baru menerusi album itu.

"Rata-rata komen yang saya terima semuanya tidak menyangka saya menghasilkan muzik seperti mana dalam album itu. Justeru, ia membuktikan usia bukanlah satu halangan untuk menghasilkan muzik yang dapat berbekas di hati pendengar," kata Archuleta yang cukup masyhur dengan lagu-lagu seperti Crush dan A Little Too Not Over You.

Dalam temuramah itu juga, anak muda yang dilahirkan pada 28 Disember 1990 itu turut memberitahu perancangannya menghasilkan lagu baru yang sedang diciptanya sebagai pembuka selera sebelum album terbarunya diterbitkan.

"Saya mempunyai strategi sendiri dalam memajukan karier seni saya. Apa yang boleh saya katakan tiada perancangan untuk album terbaru tetapi berkemungkinan besar sebuah lagu baru.

"Baru-baru ini, saya bertemu beberapa pihak di Los Angeles berhubung perkara ini. Dalam masa yang sama, saya mahu berhijrah ke Nashville dan menghasilkan muzik di sana.

"Ramai yang bertanya apakah saya kini beralih ke genre country . Sudah pasti tidak kerana saya masih kekal dengan identiti saya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kilauan Emas platform orang veteran

Posted:

Kilauan Emas platform orang veteran

Kilauan Emas platform orang veteran

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar RAJA JAAFAR & SAHARUDDIN ABDULLAH


Barisan peserta Kilauan Emas Zon Selatan di Skudai Parade, Johor Bahru.


JIKA selama ini Astro hanya menerbitkan program realiti TV, Akademi Fantasia untuk golongan remaja, tetapi kini stesen berkenaan turut memberi ruang kepada golongan veteran.

Menerusi program Kilauan Emas, Astro buat julung kalinya menerbitkan rancangan hiburan khas untuk mereka yang berumur 45 tahun ke atas bagi mengetengahkan bakat masing-masing.

Baru-baru ini wartawan Hits berpelung mengikuti sesi uji bakat Kilauan Emas di dua lokasi iaitu di Skudai Parade, Johor Bahru dan Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Sungguh memukau kerana pada usia emas, para peserta masih mampu mendendangkan lagu bernada tinggi mengalahkan orang muda.

Kalau diletak peserta Kilauan Emas sebaris dengan orang muda yang dicungkil bakat menerusi program realiti di atas satu pentas, pasti golongan muda kena beri tabik hormat kepada mereka.

Rata-rata yang datang uji bakat Kilauan Emas adalah mereka yang suka menyanyi, cuma tidak berpeluang untuk menonjolkan bakat masing-masing menerusi pertandingan nyanyian kerana faktor usia.

Kebanyakan peserta yang ditemui berterima kasih kepada Astro kerana menganjurkan pertandingan nyanyian khas untuk mereka yang selama ini mendambakan program sedemikian.

Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, beliau tidak menjangka sambutan yang diberi amat menggalakkan kerana ia julung kali diadakan.

Katanya, daripada setiap zon iaitu Selatan, Timur, Tengah dan Utara akan dipilih dua wakil bagi meneruskan saingan pada peringkat separuh akhir.

"Ketika di Johor Bahru untuk Zon Selatan, kira-kira 130 peserta datang untuk uji bakat pada hari pertama dan 10 orang terpilih untuk peringkat seterusnya.

"Sewaktu di Berjaya Megamall, Kuantan, untuk Zon Timur, para peserta yang datang memang hebat-hebat. Saya yang tengok pun tidak percaya pakcik dan makcik ini boleh menyanyi dengan baik," ceritanya.

Beliau yang teruja dengan kehadiran para peserta yang mencecah 330 orang pada hari pertama uji bakat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, baru-baru ini berkata, kehadiran peserta yang diluar dugaan menyebabkan uji bakat yang bermula dari pukul 10 pagi itu berlarutan sehingga ke keesokan harinya, 2.30 pagi.

"Sambutan di Zon Tengah ini di luar dugaan. Sepatutnya uji bakat pada hari Sabtu itu berakhir pukul 6 petang, tetapi disebabkan kami tidak mahu menghampakan peserta yang datang dari jauh, waktu uji bakat dilanjutkan.

"Bayangkan uji bakat berakhir pukul 2.30 pagi, 10 peserta yang terpilih terus memilih lagu untuk hari kedua. Waktu bila mereka berlatih, saya pun tidak tahu, tetapi yang pasti waktu menyanyi semuanya hebat-hebat belaka," katanya.

Nizam berkata, kebanyakan peserta berpengalaman dan kerana itu, persembahan nyanyian mereka pada peringkat saringan tidak sumbang berbanding peserta muda.

Menurutnya, peserta Kilauan Emas bukan sahaja mempunyai suara setanding dengan penyanyi yang pernah merakamkan album, malah ada gaya tersendiri.

Katanya, rata-rata peserta yang datang sesi uji bakat ditemani isteri, anak serta cucu dan ini secara tidak langsung menunjukkan betapa kuatnya ikatan kekeluargaan.

"Dalam usaha untuk mengukuhkan lagi kedudukan Astro Prima sebagai saluran keluarga yang menghiburkan, kami yakin program Kilauan Emas sesuai.

"Kilauan Emas merupakan testimoni kepada saluran ini dalam usaha menawarkan program-program hiburan beraneka genre dan format khusus untuk tontonan ramai," jelasnya tentang program yang mendapat kerjasama Polident itu.

Nizam berkata, para peserta bukan sahaja berpeluang memperlihatkan bakat yang ada malah boleh menggunakan platform yang telah disediakan untuk meningkatkan daya keyakinan, kesungguhan serta keazaman di samping berhibur menerusi program ini.

Program yang menampilkan Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau Kak Engku sebagai pengacara itu bakal menemui penonton di Astro Prima (saluran 105), pukul 9 malam esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Orang Melayu jadi taruhan

Posted:

Orang Melayu jadi taruhan

Orang Melayu jadi taruhan

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

PERHIMPUNAN haram yang dirancangkan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih (Bersih).

Bersih dipengerusikan oleh S.Ambiga, seorang peguam wanita yang pernah mengguris perasaan umat Islam apabila terlibat dalam Suruhanjaya Antara Agama atau Inter Faith Commission (IFC).

Apa yang pernah dituntut oleh IFC yang disokong Ambiga? Antara tuntutan paling ketara ialah ''Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.'' - Terdapat 13 lagi tuntutan lain yang dilihat menggugat agama Islam.

Tetapi Ambiga kini seolah-olah diangkat sebagai heroin oleh orang Islam yang berada dalam Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Alasan yang diberikan ialah apa yang diperjuangkan oleh Ambiga sekarang ada persamaan dengan perjuangan kedua-dua parti tersebut.

Justeru orang Melayu dalam kedua-dua parti ini sudah menyatakan komitmen mereka untuk menjadi benteng utama perhimpunan haram Bersih.

Masing-masing menyatakan kesediaan untuk menggerakkan ribuan orang Melayu daripada parti masing-masing bagi menyertai perhimpunan haram tersebut.

Menurut maklumat diterima penulis, ketika ini orang Melayu dalam Pas dan PKR sedang menyusun strategi bagaimana hendak berhadapan dengan pihak polis pada hari berkenaan.

Mereka juga dikatakan sudah bersedia untuk 'berkampung' di Dataran Merdeka, Masjid Kampung Baru, Masjid Negara dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

Pemimpin-pemimpin utama mereka yang juga terdiri daripada orang Melayu akan turun ke Perak dalam tempoh terdekat bagi melancarkan perhimpunan haram tersebut.

Dari satu pihak lain, dua kelompok orang Melayu iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Pribumi) dan Pergerakan Pemuda UMNO sudah melaungkan amaran bahawa mereka juga akan turun ke jalanan pada 9 Julai ini.

Akhirnya apabila ia menjadi kenyataan, maka orang Melayu akan melihat pertembungan sesama orang Melayu di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur.

Ini belum lagi termasuk orang Melayu yang berhimpun di negeri-negeri bagi tujuan sama, manakala yang akan turut mengalami kerugian ialah peniaga-peniaga Melayu yang mencari sesuap nasi di Jalan Tunku Abdul Rahman yang sudah tentu terpaksa menutup perniagaan mereka pada hari berkenaan.

Sebab itulah Ambiga menolak pelawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk berunding dengan beliau. Ambiga tahu beliau tidak akan rugi apa- apa. Bukanlah beliau atau kaum beliau yang akan terjerit-jerit di jalan raya, memegang poster memaki hamun kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pihak polis.

Begitu juga kaum lain, mereka juga sudah menyatakan tidak akan menurunkan penyokong mereka kerana amat memahami apa yang bakal dilakukan oleh pihak berkuasa memandangkan ia perhimpunan haram.

Kesudahannya yang akan bertembung dan kemudiannya bergaduh ialah orang Melayu, kaum lain hanya akan melihat daripada tingkap-tingkap bangunan dan kaca-kaca televisyen bagaimana orang Melayu yang sudah terkongkong dengan pemikiran politik sempit mereka sedang berkejaran sesama sendiri di jalanan.

Apa yang paling malang, sekumpulan anggota keselamatan yang pastinya juga orang Melayu terpaksa berkorban demi menjaga keamanan akan berdepan dengan orang Melayu yang berhimpun secara haram tersebut.

Dalam soal ini, kita tidak boleh menuding jari menyalahkan orang Melayu dalam Perkasa mahupun Pemuda UMNO.

Kedua-dua kelompok ini turun ke jalanan selepas peringatan mereka kepada orang Melayu yang berada dalam Pas dan PKR supaya tidak menjadi kuda tunggangan kepada individu seperti Ambiga, tidak pedulikan.

Malahan orang Melayu dalam kedua- dua parti itu juga turun ke jalanan akibat mata dan hati mereka sudah ditutup dan dikaburi dengan ketaksuban sehingga mereka terlupa bahawa orang yang bertanggungjawab mencetuskan perhimpunan haram berkenaan tiada pun kaitan dengan politik.

Ambiga bukan ahli politik, beliau tidak pernah bertanding dalam mana-mana pilihan raya tetapi kenapa Ambiga sibuk dengan agenda perhimpunan haram berkenaan.

Tidakkah orang Melayu yang turun ke jalanan untuk menyahut seruan Bersih itu faham bahawa mereka hakikatnya sedang diperbodoh dan diperkotak-katikkan melalui mainan yang aturkan oleh pihak lain yang bertujuan menambahkan lagi keparahan perpecahan di kalangan orang Melayu?

'Permainan' ini diaturkan dengan begitu rapi dan terancang supaya orang Melayu yang menjadi 'benteng utama' Bersih menjadi 'pak turut' kepada pihak lain atas alasan menuntut keadilan dan ketelusan dalam pilihan raya.

Lebih malangnya lagi, gerakan ini disokong oleh pemimpin utama Melayu dalam PKR yang amat gembira dengan apa yang bakal terjadi pada 9 Julai ini.

Ternyata perhimpunan haram Bersih, tidak mendatangkan apa-apa faedah pun kepada orang Melayu. Sebaliknya orang Melayu yang akan mengalami kerugian dari segala segi biarpun sehari sebelumnya mereka juga sama-sama bersolat Jumaat dan sujud kepada Allah yang satu.

Namun semuanya dilupakan kerana api kebencian dan perpecahan yang ditiupkan atas alasan kononnya untuk mewujudkan sebuah pilihan raya bersih dan adil telah melumuri jiwa dan minda orang Melayu ini.

Sememangnya kita tidak pasti sampai bilakah orang Melayu akan terus menjadi alat kepada pihak lain meraih keuntungan.

Mereka juga tidak akan peduli kesannya kepada perpaduan Melayu kerana mereka kini begitu percaya dengan kerjasama erat dengan DAP.

Mungkin orang Melayu yang nekad untuk turun ke jalanan ini sudah tidak boleh dinasihatkan lagi kerana mereka tidak akan mendengar tetapi ingatlah pesanan pantun lama ini:

Kata tua kata bermanfaat,

Banyak manfaat dapat dirasa,

Hina bangsa tiada muafakat,

Tidak muafakat umat binasa!!!

Oleh itu janganlah sampai, akibat menjadi mainan halus kelompok lain, orang Melayu suatu masa nanti menjadi pelarian di tanah air sendiri.

Semua itu tidak mustahil akan berlaku jika orang-orang Melayu di dalam PKR dan Pas masih tidak sedar akan agenda tersembunyi pihak yang tidak sekiblat dengan mereka.

Fikirkanlah!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ISU-ISU AKHBAR CINA

Posted:

ISU-ISU AKHBAR CINA

ISU-ISU AKHBAR CINA

DR. MAHATHIR DAN MUKHRIZ KRITIK PAS

AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 19 Jun 2011 menyiarkan artikel tulisan pengkritik semasa, Loh Hon Chew mengenai komen yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Mukhriz terhadap Pas.

Artikel bertajuk 'Tun Mahathir anak-beranak mengkritik Pas' itu tersiar dalam ruangan Pendapat Yuanlun pada halaman A16 akhbar berkenaan.

Menurut penulis, Dr. Mahathir dan Mukhriz merasa tidak selesa dengan keputusan Pas baru-baru ini untuk meninggalkan perjuangan menubuhkan negara Islam dan beralih kepada negara berkebajikan.

Dr. Mahathir berkata, Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menentang negara Islam telah menang besar kerana puak yang memperjuangkan perkara itu dalam Pas telah dipaksa melepaskan kuasa semasa pemilihan pada muktamar tahunan parti itu yang ke-57.

Mukhriz yang turut memberikan komen, menyifatkan kemenangan golongan pro- Anwar adalah tidak baik kepada perbincangan kerjasama antara UMNO dan Pas serta tidak bagus untuk perpaduan orang Melayu.

Kata-kata Dr. Mahathir itu, jelas menunjukkan beliau sangat geram dan tidak boleh menerima hakikat bahawa Karpal mempunyai pengaruh yang begitu kuat dalam Pas.

Dalam reaksi balasnya, Karpal berkata, beliau langsung tiada pengaruh dalam Pas. Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu turut menuduh bekas Perdana Menteri itu sengaja membuat dakwaan berkenaan bagi mewujudkan pergeseran antara kedua-dua parti.

Sebenarnya, bukan Karpal dan pemimpin DAP sahaja yang membantah penubuhan negara Islam. Jika kita bertanya orang Cina, daripada 10 orang yang ditanya, sekurang-kurangnya sembilan orang akan menyatakan bantahan terhadap langkah itu.

Mereka bukan sahaja membantah negara Islam, malah tidak bersetuju dengan penubuhan negara Buddha dan Kristian. Sebab itu, seluruh masyarakat Cina menyatakan bantahan selepas Dr. Mahathir menyebut ''kita sudah pun menjadi negara Islam'' selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan 2001.

Hanya Presiden Gerakan ketika itu, Tun Dr. Lim Keng Yaik seorang sahaja yang bersetuju dengan kata-kata beliau manakala Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik cuba mengelak daripada menjawab soalan pemberita mengenai kenyataan Dr. Mahathir.

Sehingga sekarang, MCA dan Gerakan membantah penubuhan negara Islam manakala UMNO pula mengambil sikap berbelah- bahagi dalam isu berkenaan. Langkah UMNO yang menyatakan Malaysia kini adalah negara Islam dan tidak menentang secara terbuka cadangan penubuhan negara Islam ala-Pas merupakan taktik politik. Tujuannya adalah bagi menarik pengundi beragama Islam.

Pada masa sama, perubahan yang dibuat Pas juga adalah strategi politik. Parti itu memahami bahawa isu negara Islam tidak boleh lagi menarik minat pengundi, kerana keburukannya lebih besar daripada kebaikan.

Pas meninggalkan perjuangan negara Islam kerana mahu terus hidup. Ia tiada kaitan langsung dengan Karpal, jadi kita tidak perlu mengagung-agungkan Pengerusi DAP itu.

Dalam pada itu, kenyataan Mukhriz bahawa kemenangan golongan pro-Anwar yang menyokong negara berkebajikan adalah tidak baik untuk perpaduan orang Melayu menunjukkan beliau masih mempunyai fahaman perkauman.

Adalah melucukan apabila beliau menganggap cadangan penubuhan negara Islam akan mendatangkan kebaikan kepada perpaduan orang-orang Melayu.

Semua orang Melayu memang beragama Islam. Ini tidak boleh dipertikaikan lagi, tetapi orang Islam tidak semestinya daripada kalangan kaum Melayu sahaja.

Di seluruh dunia ada ramai orang Islam yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Bilangan orang Islam di China lebih ramai daripada jumlah penduduk Malaysia. Orang berkulit putih di Amerika Syarikat dan Eropah juga ada yang beragama Islam.

Oleh itu, mengaitkan Islam dengan perpaduan Melayu adalah salah kerana mana- mana kaum tidak akan bersatu semata-mata kerana ia menganut agama sama.

Rakyat Pakistan misalnya, mereka membunuh orang Pakistan lain yang seagama untuk membalas dendam. Ini jelas menunjukkan agama tidak membawa kepada perpaduan.

Pendapat Mukhriz yang mengaitkan agama dengan perpaduan adalah kesilapan besar. Pemikiran seperti itu adalah lebih mundur berbanding fahaman perwakilan Pas ketika muktamar parti itu, baru-baru ini.

Pendirian kepimpinan baru Pas untuk tidak lagi memperjuangkan negara Islam telah menyatukan rakyat yang berlainan agama. Ia tidak seperti Mukhriz yang mempolitikkan agama dan hanya mencari perpaduan untuk satu kaum sahaja.

PERSAMAAN DUA PERHIMPUNAN BERSIH

Akhbar Sin Chew Daily bertarikh 20 Jun 2011 dalam ruangan Sudut Pendapat menyiarkan artikel mengenai cadangan mengadakan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di ibu negara pada 9 Julai ini.

Artikel bertajuk 'Mari kita semua buat sama-sama' yang ditulis Timbalan Pengarang akhbar berkenaan, Tay Ting Hien disiarkan di halaman 26.

Menurut penulis, tiga kumpulan besar dijangka akan berarak menuju ke Istana Negara ketika perhimpunan berkenaan. Jika dihimbau kembali perarakan Bersih yang pertama kali diadakan tiga tahun lalu, kedua-duanya mempunyai persamaan berdasarkan situasi politik semasa dan masalah-masalah yang dihadapi masyarakat.

Pada penghujung 2007, tekanan inflasi telah menimbulkan ketegangan dan perasaan tidak puas hati orang ramai. Kebetulan ketika itu sudah hampir dengan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Pihak pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menentang kerajaan dapat menghidu peluang-peluang itu dan mereka melancarkan perhimpunan Bersih secara besar-besaran pada 10 November 2007.

Mereka menggunakan isu 'bersih dan adil dalam pilihan raya' kerana ia dianggap sesuai dengan keadaan ketika itu. Matlamat sebenar pihak pembangkang dan NGO berkenaan adalah untuk mencetuskan gelombang besar rakyat supaya menentang kerajaan.

Ketika itu, kita lihat pihak pembangkang terutamanya Pas telah mengerahkan ramai ahli untuk berhimpun. Walaupun, pihak polis telah bersiap-sedia, ia tidak dapat menghalang puluhan ribu manusia yang membanjiri Kuala Lumpur.

Perancangan pihak penganjur perarakan itu amat bijak dan luar biasa. Mereka boleh mengatur perhimpunan dan bersurai secara pantas. Apabila dihalang oleh pihak polis mereka akan berpecah dan bersurai. Jika mendapat ruang dan peluang, mereka akan segera berhimpun semula sambil melangkah maju ke Istana Negara.

Ini menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa bertungkus-lumus untuk mengawal keadaan sehingga mereka keletihan. Pada masa itu, gas pemedih mata dan pancutan air sudah tidak lagi berfungsi untuk meleraikan perarakan itu.

Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga merasa marah dan bingung dengan perhimpunan berkenaan. Bagaimanapun, beliau tidak dapat berbuat apa-apa bagi menyuraikannya.

Perhimpunan itu sebenarnya telah berjaya dan ia menjadi asas kepada bermulanya penyatuan tiga parti pembangkang sehingga berlakunya tsunami politik pada PRU 2008.

Dalam pada itu, perhimpunan Bersih terbaru adalah bagi mengambil kesempatan isu kenaikan harga barangan. Berikutan PRU Ke-13 semakin hampir, pihak pembangkang mahu menyemarakkan keadaan sehingga pilihan raya diadakan.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) kini dalam keadaan serba-salah, tertekan dan bengang. Ia berbelah-bahagi sama ada mahu memenuhi tuntutan pihak pembangkang atau bertindak menghalang perhimpunan berkenaan. Jika berlaku kekerasan ketika menyuraikan perarakan itu, ia akan menyebabkan orang ramai bersimpati dengan pihak pembangkang.

Oleh itu, hanya ada satu jalan sahaja yang boleh dilakukan oleh kerajaan iaitu dengan membiarkan Pergerakan Pemuda UMNO mengambil bahagian dalam gelombang bantahan berkenaan.

Tujuan Pemuda UMNO bukan mahu menyertai perhimpunan Bersih secara langsung, sebaliknya seperti yang dinyata oleh Ketuanya, Khairy Jamaluddin, adalah bagi mempertahankan sistem demokrasi sedia ada dan mendesak diadakan penambahbaikan terhadap proses pilihan raya di negara ini.

Pemuda UMNO mahu mencelah dalam perhimpunan Bersih bagi mengurangkan kekuatannya dan untuk memastikan rakyat tidak melihatnya sebagai perarakan yang disertai pihak pembangkang semata-mata.

Khairy sedar jika perhimpunan Bersih berjaya, ia akan memberi kekuatan luar biasa kepada pihak pembangkang. Pada masa sama, jika kerajaan BN terus memberi tekanan dan menentang bantahan itu, ia akan kehilangan sokongan rakyat.

Jika strategi Pemuda UMNO itu berjaya, ia akan membolehkan Khairy kembali menonjol dalam politik.

Bagaimanakah kita dapat menentukan siapa yang menang dan kalah? Yang menang sudah pasti kumpulan yang paling ramai dalam perhimpunan berkenaan. Harap-harap perarakan ini dapat diadakan dengan baik dan jangan ada pihak yang hilang kawalan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved