Ahad, 8 Disember 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Josiah patah tulang rusuk, selangka

Posted: 08 Dec 2013 10:33 AM PST

Oleh SUFIAN HADI MOHD. SOJAK
sukan@utusan.com.my

KEADAAN Josiah Ng ketika dirawat di Hospital CMQ MAC berhampiran Aguascalientes, Mexico semalam.

KUALA LUMPUR - Sukan berbasikal negara sekali lagi digemparkan dengan berita kemalangan ngeri, kali ini melibatkan jaguh kebangsaan, Josiah Ng yang sedang bertanding pada kejohanan Basikal Trek Piala Dunia di Aguascalientes, Mexico, semalam.

Kemalangan itu menyebabkan tulang selangka pelumba tersebut yang patah tertusuk ke paru-paru.

Dia juga mengalami patah tulang rusuk hingga terpaksa dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital CMQ MAC berhampiran Aguascalientes.

Kejadian itu berlaku sewaktu saringan kedua dalam pusingan pertama apabila Josiah sedang memecut laju menghampiri pelumba Argentina dan secara tiba-tiba pelumba New Zealand menghimpitnya menyebabkannya dia terjatuh sebelum dilanggar pelumba Itali dari belakang.

Kemalangan tersebut menyebabkan Josiah tidak sedarkan diri di tempat kejadian akibat hentakan kuat di kepala dan dia juga tertelan giginya yang patah.

Isteri Josiah, Kim Ong bagaimanapun berkata, dia difahamkan suaminya berada dalam keadaan stabil.

Namun, dia masih menunggu perkembangan lanjut daripada pegawai perubatan Mexico sebelum memutuskan untuk berlepas ke sana bagi melihat sendiri keadaan Josiah.

"Saya ada menghubunginya. Suaranya agak lemah tetapi dia dalam keadaan stabil.

"Saya sedang berkira-kira untuk ke sana, namun memandangkan penerbangan mengambil masa 38 jam, saya risau tidak sempat melihatnya sebaik tiba di sana nanti.

"Jadi, saya masih menunggu maklum balas daripada Gillian (pegawai perubatan), sama ada wajar atau tidak untuk saya datang ke Mexico.

"Josiah akan berada di sana selama seminggu dan buat masa ini, jurulatihnya, John Beasly akan menemani sehingga dia pulih," katanya ketika dihubungi di Australia, semalam.

Tambah Kim, suaminya pernah patah tulang selangka pada 2007 semasa berlumba di Sepanyol dan mendapatkan rawatan daripada doktor di Amerika Syarikat, Howard Marans.

"Beliau merupakan doktor yang pernah bedah Josiah selepas dia kemalangan di Sepanyol enam tahun lalu. Waktu itu, doktor yang merawatnya di Sepanyol kurang memuaskan.

"Jadi, Josiah mungkin akan mendapatkan rawatan daripada Dr. Howard sekali lagi kerana dia pakar dalam bidang ini. Hampir 100 pembedahan pernah dilakukan, lagipun dia juga seorang pelumba basikal trek," ujarnya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada kedutaan Malaysia di Mexico berkenaan perkara tersebut.

"Kita sudah minta kedutaan Malaysia di Mexico City untuk membantu apa sahaja, supaya dapat memberi kemudahan dan perubatan terbaik untuknya," ujarnya ketika ditemui pada Proton Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSM) Cabaran Golf 2013 di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam semalam.

Jangan perlekeh Brunei

Posted: 08 Dec 2013 10:33 AM PST

Ong Kim Swee memberi arahan kepada pemainnya selepas tamat latihan di Stadium Nay Pyi Taw Football Club semalam, menjelang pertemuan dengan Brunei esok.

NAY PYI TAW - Turun dalam perlawanan sulung menentang Brunei bukan satu jaminan yang semua pemain perlu bersikap lewa seolah-olah merasakan tiga mata sudah berada di dalam genggaman.

Itu amanat penting jurulatih Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee, kepada semua pemain menjelang aksi pertama bola sepak Kumpulan B, petang esok di Stadium Zayyar Thiri.

Jelasnya, apa yang berlaku pada Kejohanan BIDC di Kemboja, bulan lalu menjadi pengajaran paling penting bahawa mereka perlu menghormati setiap lawan yang ditemui tanpa mengambil kira sejauh mana kekuatan mereka.

''Soal jumlah jaringan ketika menentang Brunei tidak pernah berada dalam fikiran saya kerana apa yang mustahak adalah kita mesti mendapatkan kemenangan.

''Memang benar kalau boleh saya mahu menyaksikan anak-anak buah saya menjaringkan seberapa banyak gol tetapi itu tidak bermakna kita pandang rendah kepada keupayaan lawan.

''Jika kita terlalu cepat selesa dan berasa terlalu yakin boleh menang, kita pasti akan tercari-cari mendapatkan jaringan seperti mana kita pernah lalui semasa Kejohanan BIDC.

''Semua pasukan perlu dihormati namun itu tidak bermakna kita perlu takut kepada mereka," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan pertama Malaysia di Stadium Nay Pyi Taw FC, semalam.

Kim Swee juga melihat jadual perlawanan yang meletakkan pasukan Malaysia berehat terlebih dahulu memberikan sedikit kelebihan baginya memantau kekuatan pasukan lain yang akan turun lebih awal.

''Hari ini (semalam), saya akan turun ke stadium menonton perlawanan membabitkan lawan-lawan kita supaya saya boleh merangka strategi bersesuaian apabila bertemu mereka.

''Walaupun begitu, apabila berehat lebih awal, kita mesti tahu cara pemulihan kecergasan yang betul kerana kita akan bermain dalam waktu yang cukup rapat antara tiap perlawanan, " katanya.

Selepas menentang Brunei, pasukan negara akan turun bertemu Laos (13 Disember), Singapura (15 Disember) dan menutup tirai Kumpulan B berdepan Vietnam (17 Disember).

Skuad kendalian Kim Swee kali ini membawa tujuh pemain daripada pasukan Sukan SEA 2011 dan dia tidak melihat perkara itu boleh membantu aksi anak-anak buahnya secara keseluruhan.

''Memang saya masih ada tujuh pemain daripada skuad Sukan SEA yang lalu namun kebanyakan mereka beraksi selaku pemain simpanan.

''Hanya Mohd. Fadhli Shas sahaja yang bermain selaku pemain utama pada Sukan SEA lalu tetapi itu tidak menjadi kriteria utama saya untuk diturunkan dalam perlawanan sulung, " katanya.

Selain Fadhli, enam lagi pemain tersebut adalah Mohd. Irfan Fazail, Mohd. Izham Tarmizi, Muhd. Nazmi Faiz Mansor, Zubir Azmi, Izzaq Faris Ramlan dan A. Thamil Arasu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Ekonomi Iran melonjak selepas meterai perjanjian nuklear

Posted: 08 Dec 2013 10:30 AM PST

TEHERAN 9 Dis. - Presiden Iran, Hassan Rohani menegaskan perjanjian nuklear yang termeterai bersama negara-negara kuasa dunia pada bulan lalu telah berjaya meningkatkan ekonomi negara tersebut, ketika beliau cuba meyakin ramai pihak akan kesan baik yang bakal diterima hasil daripada persepakatan itu.

Hassan dalam sesi perbahasan di Parlimen berkata, selepas kejayaan perbincangan tersebut, banyak pelabur berminat untuk menanam modal di sini dan urusan bursa saham mula bergerak aktif.

Aktiviti ekonomi kini sudah beralih kepada urus niaga bursa saham dalam aktiviti penjualan emas, pertukaran mata wang dan hartanah, kata Hassan.

Namun begitu, beliau tidak menyatakan dengan jelas berapa nilai keseluruhan pembangunan ekonomi di Iran. - AGENSI

Imej Jang Song-thaek dipadam dalam satu dokumentari

Posted: 08 Dec 2013 10:29 AM PST

SEOUL 9 Dis. - Imej bapa saudara pemimpin tertinggi Korea Utara, Jang Song-thaek telah dipadam daripada satu dokumentari televisyen tempatan, sekali gus mengesahkan dakwaan Korea Selatan tentang penyingkiran pegawai kedua paling berkuasa itu oleh Kim Jong-un.

Minggu lalu, agensi penyiasat Korea Selatan memberitahu, Song-thaek berkemungkinan telah dilucutkan jawatan selepas dua sekutu rapatnya dijatuhkan hukuman bulan lalu atas kesalahan rasuah.

Imej Song-thaek pernah muncul dalam dokumentari itu pada 28 Oktober lalu, namun dia tidak kelihatan dalam media tempatan sejak sebulan lalu.

Sebelum ini, kerajaan Korea Utara bertindak memadam imej pegawai kerajaannya yang telah tersingkir daripada sebarang rakaman video serta penerbitan, menurut agensi kerajaan Korea Selatan. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Bekalan makanan mencukupi

Posted: 08 Dec 2013 10:33 AM PST

Oleh FANSURINA ABDULLAH
utusanktn@gmail.com

KUANTAN 8 Dis. - Bekalan makanan untuk mangsa banjir di seluruh negeri ini adalah mencukupi walaupun berlaku sedikit kesulitan di beberapa pusat pemindahan pada peringkat awal.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, masalah berkenaan disebabkan dua faktor utama yang berada di luar kawalan pihaknya.

Katanya, perkara itu juga tiada kaitan dengan kekurangan bekalan makanan dalam pasaran sebagaimana yang disebarkan pihak tertentu.

"Faktor pertama adalah pertambahan mangsa banjir yang mendadak. Sebagai contoh, pihak jawatankuasa telah membekalkan makanan untuk 500 mangsa di pusat pemindahan bagi tempoh tiga hari tetapi dalam masa dua jam, bilangan mangsa bertambah menjadi 1,500 orang.

"Faktor kedua pula disebabkan masalah lalu lintas yang melewatkan penghantaran makanan kerana jawatankuasa menggunakan lori besar namun kebanyakan mangsa banjir meletakkan kenderaan di laluan utama," katanya ketika ditemui pemberita di pusat pemindahan banjir Wisma Belia di Indera Mahkota di sini semalam.

Beliau berkata, berdasarkan analisis yang dilakukan, pihaknya mendapati pada 1 hingga 3 Disember lalu, daerah ini menerima jumlah hujan sebanyak 900 mililiter (ml).

Beliau berkata, jumlah itu adalah yang terbesar berbanding bulan yang sama tahun lalu apabila hanya menerima sebanyak 330ml hujan sahaja.

Katanya, peningkatan tiga kali ganda itu mengakibatkan limpahan air ke dalam sistem perparitan sekali gus mengakibatkan banjir di sesetengah kawasan.

"Hal ini adalah di luar jangkaan kerana kerja penambahbaikan perparitan di sekitar daerah ini telah dibuat pada tahun lepas," katanya.

Sementara itu, beliau turut menyarankan semua mangsa banjir mendaftar di pusat-pusat pemindahan berdekatan bagi membolehkan siasatan dijalankan oleh pihak jawatankuasa.

SBJ perlukan ramai sukarelawan, sumbangan

Posted: 08 Dec 2013 10:33 AM PST

Marzuki Mat Lela (enam dari kiri) bersama sukarelawan kelab pacuan empat roda bersiap sedia menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Jerantut, semalam.

JERANTUT 8 Dis. - Skuad Bencana Jerantut (SBJ) memerlukan lebih ramai sukarelawan dan sumbangan keperluan harian untuk diagihkan kepada mangsa banjir di daerah ini.

Pengerusinya, Marzuki Mat Lela berkata, SBJ yang sudah beroperasi tiga hari lalu kini berusaha mengumpul lebih banyak bantuan seperti makanan dan pakaian untuk dihantar ke pusat pemindahan.

"Mangsa banjir di daerah ini semakin meningkat setiap hari dan bekalan makanan diperlukan bagi menampung bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Setakat ini kami mengagihkannya di 10 pusat pemindahan termasuk di Kampung Paya Teh, Sekolah Kebangsaan (SK) Pedah, Kampung Paya Garuk dan Kampung Gajah Mati," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu pihaknya turut mendapat bekalan yang disumbangkan pusat pengumpulan badan sukarela Cakna Anak Pahang yang berpusat di Temerloh.

Beliau berkata, pihaknya juga mendapat bantuan daripada kelab pacuan empat roda (4x4) dari Serdang, Selangor yang menghantar barangan bersama 12 sukarelawan.

Katanya, kehadiran sukarelawan itu amat membantu pihaknya kerana banyak kawasan tidak boleh dilalui menggunakan kenderaan biasa dan hanya kenderaan 4x4 serta bot sahaja yang boleh digunakan.

"Setakat ini terdapat 15 orang sukarelawan dan kita memerlukan lebih ramai lagi bagi memudahkan kerja-kerja menghantar bantuan kepada mangsa banjir dengan cepat," katanya.

Sementara itu, Marzuki berkata orang ramai yang berhasrat membuat sumbangan barangan keperluan boleh berbuat demikian di Pusat Siber AZM berhampiran Tepian Darul Makmur dan D' Kilau Court di sini.

Katanya, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman sosial Facebook SBJ atau menghubungi 017-9686878.

Jalan Kuala Lipis-Jerantut boleh dilalui semua kenderaan

Posted: 08 Dec 2013 10:33 AM PST

KUALA LIPIS 8 Dis. - Laluan Kuala Lipis ke Jerantut melalui pekan Kerambit di sini, boleh dilalui oleh semua kenderaan bermula pagi ini.

Pegawai Daerah Lipis, Datuk Mohamad Noor Abdul Rani berkata, laluan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerambit dan Kampung Tanjung Bungor yang ditutup kepada semua kenderaan sejak Rabu lalu itu kembali pulih selepas air surut.

"Pengguna jalan raya juga boleh menggunakan laluan alternatif bermula di pekan Kerambit melalui Kampung Atong, Kampung Jerangsang dan Kampung Batu Balai untuk ke bandar Jerantut bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

"Bagaimanapun pemandu kenderaan perlu berhati-hati di laluan berkenaan kerana permukaan jalan masih berlumpur, terdapat sampah sarap, digenangi air dan licin selepas banjir," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, jumlah mangsa di daerah ini telah berkurangan kepada 43 orang berbanding 53 orang, semalam.

"Kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terus memantau keadaan mangsa yang masih berada di pusat pemindahan di Mukim Cheka.

"Mangsa banjir juga perlu berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Bukan nak menunjuk-nunjuk

Posted: 08 Dec 2013 05:01 AM PST

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my

PERKAHWINAN Rozita Che Wan, 40, dengan anak muda, Zain Saidin, 29 menjadi bualan masyarakat bukan kerana "cemburu" bersuamikan lelaki muda tetapi majlis perkahwinan yang menelan belanja RM13 juta.

Rozita atau Che Ta yang akan melangsungkan perkahwinan Rabu ini ditegur oleh beberapa tokoh agama supaya berpada-pada berbelanja. Belanja majlis perkahwinan RM13 juta adalah yang tertinggi oleh artis negara ini selepas beberapa pasangan artis lain yang menjangkau berjuta-juta ringgit.

Masyarakat bukan cemburu dengan kekayaan yang Rozita dan Zain miliki kerana mereka berdua membuat hantaran lebih RM100,000 seorang. Tetapi masyarakat tidak mahu perkahwinan yang dituntut oleh Islam menjadi tempat memperagakan kemewahan seterusnya menjadi ikutan.

Tetapi dalam pertemuan eksklusif dengan Pancaindera, Rozita menafikan belanja majlis perkahwinan RM13 juta.

"Orang kata Che Ta belanja besar sampai RM13 juta untuk perkahwinannya, itu silap. RM10 juta itu adalah nilai tajaan barang kemas untuk tiga majlis berasingan (nikah, berinai dan bersanding). Belanja tajaan majlis perkahwinan hanya RM3 juta seperti pakaian, katering, dekorasi, fotografi, cenderamata dan solekan," kata Rozita.

Ini bermakna Rozita mendapat tajaan menganjurkan majlis perkahwinannya sebanyak RM3 juta. Bagaimanapun jumlah itu dianggap terlalu tinggi kecualilah jumlah yang diundang sebanyak Rumah Terbuka Satu Malaysia.

Baru-baru ini beberapa tokoh agama menasihatkan supaya bersederhana menganjurkan majlis perkahwinan kerana bimbang terambil hak orang lain misalnya orang miskin yang tidak diundang untuk menikmati jamuan di majlis berkenaan.

Ada juga dalam kalangan masyarakat secara sinikal berkata, penaja-penaja di negara ini sangat bermurah hati tetapi sedikit kesal kerana tidak kena pada tempatnya. Ini kerana banyak rumah anak-anak yatim yang daif dan tidak cukup makan. Sepatutnya penaja bermurah hati untuk menaja mereka. Tetapi menaja anak-anak yatim tidak adalah publisiti di media seperti menaja perkahwinan artis.

"Kalau anda nak kahwin, dan ada orang datang nak taja, takkan tak nak. Saya bersyukur bila ada orang nak taja perkahwinan saya," tegas Rozita dan menganggap majlis perkahwinannya hanya sederhana sahaja walaupun menelan belanja penaja RM3 juta.

Sebagai wanita yang sudah sememangnya menjalani kehidupan mewah, perkahwinannya sudah pasti dinanti-nantikan. Jadi tidak hairan andai perkahwinan pasangan ini dinobatkan sebagai Wedding of the Year itu.

"Saya tak kejar pun gelaran Wedding of the Year itu. Langsung tidak ada, sebab pada peringkat awal saya mahu majlis perkahwinan secara ringkas. Majlis nikah kecil-kecilan pun tak mengapa." jelas ibu kepada Ammar Effendy, 17, dan Aniq Ezzra, 15, ini sambil menafikan dia jahil agama sehingga berbelanja melampau untuk majlis perkahwinannya.

Apabila tokoh agama menasihatkan mengenai hak- hak yang bukan milik mutlak, misalnya fakir miskin yang tidak dijemput pada majlis perkahwinannya itu, Rozita berkata, "Saya bayar zakat pendapatan setiap tahun. Saya bagi kepada orang yang berhak, seperti anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan. Saya buat pada bulan Ramadan sebab nak keberkatan bulan itu. Takkanlah setiap kebaikan yang kita buat itu perlu dihebahkan? Sebab itu saya yakin tiada yang telah teraniaya sewaktu majlis saya berlangsung."

Tidak riak

MENGULAS tentang perkahwinan mewahnya yang digembar-gemburkan itu, Che Ta turut menyatakan kekesalan kerana mendapat persepsi kurang menyenangkan dalam kalangan masyarakat.

Perkahwinannya yang sepatutnya dikongsi dengan kegembiraan bertukar kepada suatu yang menyesakkan fikiran.

Menyedari semuanya bermula daripada publisiti melampau daripada pelbagai pihak mengenai majlis perkahwinannya.

Gerak hatinya lebih selesa untuk berahsia tentang perincian majlis perkahwinannya seperti wang dan barang hantaran, impian majlis kahwin serta apa juga berkaitan.

"Bila ada media yang buat laporan khas tentang perkahwinan kami, niat asal saya dah berubah. Daripada berahsia, jadi tak. Sebab cerita dah didedahkan. Semua orang dah tahu.

"Saya pula jadi serba salah. Nak tak nak saya kena beritahu juga.

"Jadi tak timbul soal riak sebab memang kalau tahu jadi gembar-gembur macam ini, saya lebih rela berahsia daripada bercerita. Hati kita pun tak sakit apabila orang asyik bercerita yang bukan-bukan," katanya.

Dalam pada itu Zain turut menyatakan rasa kesal apabila masih ada pihak yang tidak berpuas hati dengan perkahwinan dengan Rozita.

Paling membimbangkan andai ada pihak yang melabel mereka sebagai jutawan. Walhal hakikatnya, mereka seperti orang kebanyakan yang perlu bekerja kuat untuk hidup dalam selesa.

"Biarlah orang nak cakap apa pun. Kita jangan terlalu ambil hati atas apa yang orang cakap pada kita. Nanti kita yang susah hati," katanya Zain yang menyediakan hantaran bernilai lebih RM100,000 kepada Rozita.

Ini membuktikan Zain boleh hidup mewah sebagai pelakon, kalau tidak sudah tentu tidak sanggup memberikan hantaran sahaja sudah RM100,000 tidak termasuk belanja lain.

Tasha Shilla ‘tolak’ lelaki Melayu?

Posted: 08 Dec 2013 05:01 AM PST

BARU-baru ini pelakon cantik Tasha Shilla mengaku hatinya sudah tertawan dengan lelaki baharu. Mudah kata cintanya kini sudah beralih kepada lelaki lain.

Kalau dahulu dia berkawan rapat dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli. Sekarang tidak lagi.

Cinta Tasha kini milik peninju Muay Thai bernama Hans. Kalau dilihat secara luaran, penampilan Hans lebih maskulin dan hebat. Badan berketul-ketul siap bertatu lagi!

Selidik punya selidik rupa-rupanya Tasha memang tak suka lelaki Melayu. Sebab cita rasa Tasha lebih kepada lelaki berketurunan Cina. Sebab itu dia tolak cinta Mahali.

Ramai yang minta Miss J sampaikan pada Tasha jangan mempermainkan perasaan orang lain. Sebab kalau hari ini kita buat orang, satu hari nanti orang akan mempermainkan kita semula. Macam hukum karma!

Dan Miss J tak nak campur dalam urusan peribadi Tasha. Lagi pun Tasha dan cukup besar untuk menentukan apa yang terbaik buat dirinya. Tak begitu Tasha?

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Saiz super HTC One Max

Posted: 08 Dec 2013 05:01 AM PST

PENERAJU global dalam inovasi dan reka bentuk mudah alih, HTC baru-baru ini mengumumkan telefon pintar bersaiz super HTC One Max dengan reka bentuk, fungsi dan prestasi yang memberikan pengalaman berlainan kepada peminat telefon bimbit.

Antara ciri terkini adalah Imbasan Cap Jari selain HTC BlinkFeed™, HTC Zoe™ dan HTC BoomSound™ yang digabungkan dengan HTC Sense 5.5 yang baru bagi memberikan pengalaman terbaik pada skrin lebih besar.

Ketua Pegawai Eksekutif HTC Corporation, Peter Chou berkata, tambahan kepada HTC One Max bermakna pengguna kini mempunyai telefon HTC One yang sesuai untuk semua.

Sebelum ini siri HTC One telah dibina di atas kualiti dan inovasi permainan dan HTC One Max tidak terkecuali.

Peningkatan taraf HTC Sense 5.5 memberikan pengalaman mudah alih paling menakjubkan manakala HTC One Max memberikan kuasa dan saiz bagi membolehkan pengguna melakukan apa saja tanpa kompromi.

Besar berkuasa

Paparan skrin 5.9 inci dengan paparan HD penuh 1080p, HTC One Max amat sempurna bagi pengguna menonton gambar, video dan filem di mana-mana sahaja.

Prestasi yang lancar dan cekap daripada pemprosesan quad-core Qualcomm ® Snapdragon™ 600 dan quad -core CPU 1.7 GHz amat mengagumkan bagi menghasilkan video ultra terang dan bunyi yang jelas.

Sama ada anda menonton video dalam HD penuh menakjubkan, bermain permainan atau menyemak apa yang ada dalam talian, HTC One Max menghasilkan bunyi yang menakjubkan, gambar yang jelas dan boleh bekerja apabila diperlukan.

Memori 16GB atau 32GB memori dalaman boleh ditambah dengan slot kad microSD™, serta simpanan tambahan dalam talian Google Drive sehingga 50GB percuma yang ditawarkan secara eksklusif kepada pemilik HTC Max.

Kemudahan hujung jari

Rata-rata orang memeriksa telefon beberapa kali sehari, jadi HTC One Max mengalu-alukan era baru kemudahan dan fungsi terbina dalam pengimbas cap jari.

Terletak di belakang peranti, pengimbas cap jari membolehkan pengguna mengunci atau membuka kunci skrin dan dengan cepat melancarkan sehingga tiga aplikasi kegemaran dengan meletakkan jari pada setiap aplikasi.

l Lebih kandungan

HTC One Max Sense 5.5 dinaik taraf menjadikannya lebih sosial dan peribadi dengan HTC BlinkFeed yang boleh ditapis mengikut kategori topik yang sesuai dan integrasi baru dengan pembekal premium kandungan termasuk Instagram dan Google+.

Dengan ini sehingga 120 artikel boleh dimuat turun untuk bacaan luar talian, menjadikan BlinkFeed lebih baik untuk menyimpan dan kemudian mengakses maklumat di mana dan bila-bila saja.

Imej Terbaik

Ciri teknologi kamera HTC UltraPixel, mod HTC Zoe memaparkan gambar lebih hidup dengan kamera depan 2.1MP.

HTC One Max merakam gambar menakjubkan dan video HD penuh 1080p sama ada anda jurugambar, subjek atau kedua-duanya.

Pengimejan lebih baik diperkenalkan melalui Video Sorotan, yang menggabungkan gambar dan video bagi memudahkan pengguna mencipta sebuah filem mini lengkap dengan lagu dan tema visual pilihan.

l Reka bentuk

Pengguna boleh memilih HTC One Max yang terdapat dalam warna Glasier Silver dan Stealth Black dengan harga RM2,499 di semua pengedar sah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Perkasakan agenda Islam UMNO

Posted: 08 Dec 2013 10:33 AM PST

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

DATUK Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 secara berterus terang meminta ahli-ahli parti itu supaya tidak lupa untuk memakmurkan masjid dan surau.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi membolehkan ahli-ahli UMNO mendekati ramai golongan muda dan yang berpencen yang kini beralih arah untuk kembali mendalami ajaran agama dan beribadat.

"Sekarang ini kita dapati gelombang di mana orang-orang muda dekat kepada agama. Ia juga berlaku kepada orang yang dah pencen, yang mula berjinak-jinak dengan surau dan masjid.

"Justeru, ahli-ahli UMNO rajin-rajinlah mendekati golongan ini. Eloklah juga ramai-ramai memakmurkan masjid dan surau," kata Najib dalam ucapan dasar berkenaan.

Segala saranan Najib itu adalah sebahagian daripada transformasi yang perlu dilaksanakan oleh ahli-ahli UMNO bagi memastikan parti itu terus relevan dan menjadi peneraju kepada hala tuju negara.

Saranan yang dibuat memang kena pada masanya, kerana pada masa kini hanya Pas yang dilihat menjadi juara untuk menarik para jemaah di masjid dan surau supaya menyokong parti itu. Masjid besar dan cantik yang dibina kerajaan UMNO digunakan Pas sepenuhnya untuk menyebarkan dakyah supaya jemaah membenci kerajaan.

Isu utama yang sering digunakan oleh penceramah Pas sama ada ketika khutbah Jumaat atau kuliah-kuliah agama yang diadakan di situ adalah kerajaan UMNO tidak melaksanakan undang-undang Islam.

Bagi mereka UMNO telah menentang Allah SWT apabila mengambil undang-undang ciptaan manusia yang digubal oleh Suruhanjaya Lord Reid. Segala dakyah itu ternyata berjaya menarik sokongan sehingga membuatkan sebahagian umat Islam tidak lagi mengiktiraf sumbangan UMNO dalam menegakkan syiar Islam yang berasaskan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.

Mereka menidakkan segala apa yang disebut Najib dalam ucapan dasarnya itu, iaitu hasil jasa UMNO, Islam di Malaysia kini termaktub sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.

Atas inisiatif UMNO jugalah pengamalan Islam di negara ini bersifat meluas merangkumi bukan sahaja bidang ibadah tetapi juga munakahat, muamalah dan jinayah.

Kata Najib, dari sudut iktisas, 24 institusi kewangan Islam di negara ini berada dalam kelompok 100 yang terbesar di dunia.

Walaupun banyak jasa UMNO dalam menegakkan syiar Islam, peranan itu ditidakkan oleh Pas semata-mata kerana tidak melaksanakan undang-undang Islam.

Ironinya Pas sendiri melengah-lengahkan pelaksanaan undang-undang Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 iaitu hukum hudud walaupun ia mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian.

Mengulas saranan Najib berkenaan, bekas Felo Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, langkah itu akan menyekat Pas daripada meneruskan propaganda mereka di masjid dan surau.

Menurut beliau, langkah memakmurkan masjid dan surau berkenaan tidak harus dibuat semata-mata kerana bagi memenuhi tuntutan transformasi dalam UMNO.

"Ia dibuat kerana itu adalah tuntutan dalam ajaran Islam sendiri yang selama ini mungkin telah terlepas pandang oleh ahli-ahli UMNO. Dengan kembalinya ahli UMNO secara beramai-ramai ke masjid dan surau ia akan dapat menghalang institusi berkenaan digunakan oleh Pas untuk menyebarkan dakyah mereka," katanya yang juga seorang penganalisis politik.

Tambah Mohd. Roslan, beliau bersetuju dengan kenyataan Najib bahawa UMNO yang banyak memperjuangkan syiar Islam di negara ini.

"Pas minta UMNO ditolak kerana tidak melaksanakan hukum Islam seperti hudud, tetapi akhirnya dia sendiri tidak melaksanakan walaupun telah memerintah Kelantan selama puluhan tahun. Ini kerana Pas akhirnya sedar sebelum undang-undang Islam dilaksanakan, rakyat perlu diberi pendidikan dan kefahaman terlebih dahulu untuk menerimanya," ujar beliau.

Dalam pada itu, Mohd. Roslan turut menyambut baik cadangan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2013 supaya Pendidikan Islam Sepanjang Hayat dijadikan dasar utama negara.

Dasar baharu itu akan membolehkan gerakan dakwah dan tarbiyah diperhebatkan dan institusi-institusi agama Islam seperti sekolah pondok dan maahad tahfiz diperkukuhkan.

"Saya melihat usaha ini akan dapat memastikan hanya ajaran Islam yang sebenar yang diajar di sekolah pondok dan maahad tahfiz. Saya lihat UMNO sebelum ini tidak terlalu memberi penekanan kepada institusi berkenaan, sebab itu Pas mudah untuk menyebarkan dakyah mereka di sana.

"Perkara sama berlaku di luar negara apabila institusi berkenaan menjadi lubuk kepada fahaman ekstremis dan pengganas kerana kerajaan tidak membawanya masuk ke aliran pendidikan arus perdana," katanya.

Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kader Talib menyambut baik langkah UMNO untuk menarik penceramah agama, Mohammad Kazim Elias dan bekas Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Dr. Asyraf Wajdi Dasuki untuk bersama parti itu.

"Walaupun Ustaz Kazim menolaknya, kita berharap akan ada penceramah lain yang akan dilantik untuk bersama-sama dalam Majlis Tertinggi (MT) UMNO," katanya.

Beliau berkata, tradisi UMNO yang mesra dengan orang agama bukanlah sesuatu yang baharu kerana sejak zamannya lagi perkara tersebut telah dilaksanakan.

"Tugas para ahli agama ini adalah memberi nasihat dan idea-idea baharu bagi membolehkan syiar Islam terus dimantapkan di negara ini," ujarnya.

Nampaknya Najib telah menggaris secara jelas transformasi yang perlu dilakukan oleh ahli-ahli UMNO dalam meningkatkan syiar Islam. Sudah sampai masanya parti itu berada di barisan depan dalam program-program yang bercorak Islam. Jangan beri ruang kepada Pas terus menyebarkan dakyah songsang dan fahaman Islam liberal mereka.

Penyatuan orang Melayu demi Islam

Posted: 08 Dec 2013 10:33 AM PST

PENYATUAN Melayu dan berjuang demi Islam menjadi agenda paling utama kepada parti selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2013 Sabtu lalu. Selagi orang Melayu bersatu, selama itu UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan menang. Kepada wartawan Utusan Malaysia, Faizah Izzani, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkongsi rahsia bagaimana penyatuan orang Melayu dan Islam melalui UMNO akan memastikan kaum majoriti itu terus kuat dan utuh di bumi sendiri.

UTUSAN : Apakah hasil dan harapan yang boleh diperoleh pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 untuk syiar Islam di negara ini?

IDRIS: Dalam ucapan dasar, Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan dengan jelas bahawa Islam bukan sahaja akan dipelihara, malah akan sentiasa memperkasa maruah dan martabatnya. Usaha akan dibuat secara berterusan tanpa apa-apa had atau sekatan. Ringkasnya, UMNO berani dan nekad untuk meletakkan Islam di persada setinggi-tingginya di Malaysia dengan sokongan kaum lain yang tidak pernah kita larang daripada mengamalkan agama masing-masing. Seorang Islam yang baik adalah seorang jiran atau rakan yang lebih baik untuk penganut agama lain.

Untuk Melayu pula, apakah kemajuan atau pembangunan yang boleh dinanti-nantikan oleh kaum majoriti ini?

Tidak ada cara terbaik untuk menolong orang Melayu melainkan dengan menguatkuasakan seluas-luasnya ajaran dan nilai Islam. Islam menyeru kepada ibadah sambil menyuruh kepada ekonomi iaitu sembilan daripada sepuluh rezeki adalah dalam perniagaan dan kongsi keuntungan dengan orang lain selain berzakat dan sedekah kepada orang yang kurang bernasib baik. Islam juga menyuruh kepada peradaban sosial, menjadi ummah yang budiman dengan menghormati sesama bangsa sendiri dan terhadap kaum lain. Keperluan dunia dan bekalan akhirat wajib diseimbangkan.

Di peringkat parti pula, apakah yang perlu dilakukan supaya UMNO kembali kepada tujuan asal penubuhannya?

Yang paling penting, UMNO perlu sentiasa kuat bersatu hati dan pemikiran. Ahli UMNO akan digerakkan segera untuk menarik lebih ramai ahli terutama golongan muda supaya sebarang kebaikan yang kita dapatkan untuk orang Melayu, boleh diagihkan secara serta-merta dan kepada lebih ramai orang Melayu. Tidak perlu tunggu jabatan atau kementerian, parti akan membantu dan menyelesaikan sendiri masalah ahli-ahlinya. Bilangan ahli adalah lambang kekuatan sesebuah parti politik.

Sebelum ini, Datuk Seri menggemparkan seluruh negara apabila mengumumkan memaafkan orang Cina yang tidak mengundi calon BN sebangsa mereka sendiri pada PRU ke-13, sebaliknya mengundi calon parti pembangkang.

Rasullulah SAW pernah memaafkan orang yang cuba membunuhnya. Berkatnya ialah orang kafir itu terus memeluk Islam kerana melihat kemuliaan budi pekerti Baginda. Adakah kita tidak mahu memaafkan kaum Cina yang silap memilih parti? Atau adakah kita hanya akan berbuat demikian sehari sebelum hari mengundi dengan harapan mereka akan kembali mengundi BN pada PRU ke-14? Jika mereka mengaku telah melakukan kesilapan, kita maafkan. Jika mereka mengaku sengaja melakukan perkara itu, secara tidak langsung menunjukkan kemungkinan mereka mengulanginya, kita tidak perlu maafkan mereka. Dengan itu sekuranya-kurannya kita akan menjadi lebih arif hati budi kaum itu sekarang dan kita dapat merangka strategi yang lebih tepat untuk menang PRU ke-14.

Setakat perkembangan terkini selepas Pemilihan UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO, apakah peluang BN untuk kembali mencapai kemenangan besar?

BN menang besar atau sebaliknya, akan ditentukan oleh orang Melayu sendiri. Selagi Melayu bersatu, selama itulah UMNO dan BN akan menang. Kita menang dalam PRU ke-13 kerana ramai orang Melayu sudah mula kembali ke pangkuan UMNO. Menerusi pemilihan UMNO dimana sesiapa yang cukup syarat mudah, boleh bertanding sebarang jawatan hingga ke kerusi Presiden dan seramai lebih 140,000 ahli memilih, kita telah menunjukkan kepada semua kaum lain di Malaysia, malah di seluruh dunia bahawa UMNO adalah pengamal terbaik demokrasi tulen. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 ini pula kita buktikan kejujuran berbahas mengenai Melayu dan kaum lain secara terbuka dan disiarkan oleh semua media tempatan dan asing tanpa suntingan atau sekatan oleh UMNO.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Ubat gigi serata dunia

Posted: 08 Dec 2013 05:01 AM PST

SEBAGAI doktor gigi, memang patutlah Dr. Val Kolpakov, dari Saginaw, Michigan, Amerika Syarikat cukup mencintai bidang itu sehinggakan hobinya pun berkaitan pergigian. Dia kini ialah pemegang rekod dunia sebagai penyimpan koleksi ubat gigi terbanyak iaitu sehingga 1,800 unit.

Daripada perisa bambu, coklat hinggalah kari, koleksi ubat giginya diperolehi dari seluruh dunia.

Dr. Kolpakov mula tergerak hati untuk mengumpul ubat gigi selepas membaca satu artikel mengenai Carsten Gutzeit dari German yang mengumpul 500 tiub ubat gigi.

Dia merasakan ia suatu hobi terbaik untuk seorang doktor gigi sepertinya lalu terus menghubungi rakan-rakan sejawatan yang berada di negara lain meminta mereka menghantar beberapa ubat gigi tempatan.

Dr. Kolpakov lalu membuka laman web toothpasteworld.com dan mula memburu ubat gigi di laman e-Bay.

Antara koleksi paling berharga miliknya adalah sebuah kotak serbuk ubat gigi antik zaman George iaitu sekitar 1801 yang berharga AS$1,500 (RM4,833).

Menurutnya, zaman itu, ubat gigi belum lagi dicipta.

Satu lagi koleksi menarik Dr. Kolpakov adalah ubat gigi Doramund iaitu sebatian beradioaktif dari zaman Perang Dunia Kedua. Agak pelik bunyinya namun masyarakat ketika itu mempercayai bahan radioaktif dapat membantu membina semula gusi.

Dia turut memiliki semua jenis ubat gigi dari syarikat Breath Pallette sebanyak 31 perisa termasuk teh hijau, puding labu dan kari India.

Dr. Kolpakov juga menyimpan ubat gigi yang menjadi peralatan dalam filem Primary Colors dan drama bersiri Prison Break.

Sebahagian koleksinya dipamerkan di klinik giginya di Michigan.

Setakat ini, Dr. Kolpakov sudah berbelanja AS$30,000 (RM96,700) sepanjang sembilan tahun mengumpul koleksinya dan dia tidak berniat untuk menjualnya.

Kasut klasik untuk lelaki

Posted: 08 Dec 2013 05:01 AM PST

Foto SHAHRIL AZMAN ZAIN

Material dan warna dari Itali.

KASUAL, tahan lasak dan menggoda pada masa sama tampil urban dalam klasik adalah gambaran jenama kasut baharu, Mango Mojito.

Ia semestinya menjadi aksesori wajib bagi lelaki yang inginkan penampilan bergaya.

Dengan potongan kemas dan berkualiti, pastinya penampilan jejaka yang menyarung kasut jenama ini akan lebih segak. Apatah lagi jahitan setiap barangan Mango Mojito juga cukup rapi.

Menyedari kelebihan dan keistimewaan kasut bagi lelaki, jenama ini menawarkan rangkaian sut yang istimewa.

Kasut santai dan but menampilkan kombinasi kulit dan warna grafik yang cukup luar biasa.

Jenama yang berasal dari Thailand ini turut menampilkan kasut pelbagai warna bagi meraikan minat mereka yang gemarkan seleksi warna segar.

Menurut Pengarah Mango Mojito, Silratth Sukwatthanasiri, koleksi istimewa ini menampilkan kasut dengan material berkualiti.

"Jenama ini mengetengahkan konsep klasik tetapi mendapat sentuhan moden. Inspirasi rekaan ini sebenarnya berasal dari Jepun.

"Kami juga menghasilkan rekaan kasut yang mendapat sentuhan Itali menggunakan kulit dengan warna klasik seperti hitam, kelabu dan coklat.

"Istimewanya jenama ini, setiap kasut dihasilkan sendiri oleh tukang kasut kami sendiri," katanya yang ditemui di butik Magazine, 3-1, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Segera naik taraf - Ahmad Fauzi

Posted: 08 Dec 2013 10:33 AM PST

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

Ahmad Fauzi Zahari melihat tangkapan yang diperoleh peserta Pertandingan Memancing Parlimen Setiawangsa di Tasik Taman Seri Rampai semalam.

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta supaya segera menaik taraf Tasik Taman Seri Rampai di Setiawangsa bagi menarik lebih ramai pengunjung beriadah di situ.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, beliau dimaklumkan DBKL bercadang menaik taraf tasik tersebut bermula pertengahan tahun depan, tetapi pihaknya meminta agar projek itu dipercepatkan.

"Saya rasa tempoh naik taraf pada pertengahan tahun depan itu agak lewat kerana jika kita lihat kini keadaan kawasan tasik ini agak suram dan tidak meriah seperti taman-taman awam yang lain. Penambahan seperti kawasan permainan kanak-kanak dan tempat senaman perlu diwujudkan segera.

"Difahamkan kos bagi menaik taraf keseluruhan kawasan tasik ini berjumlah RM4.5 juta. Saya harap jumlah tersebut dapat mengubah keadaan tasik ini kepada yang lebih baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Memancing Parlimen Setiawangsa di tasik itu hari ini.

Pertandingan itu dianjurkan dengan kerjasama Pasukan Pemantau Pencemaran Alam Sekitar dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurutnya, selain menaik taraf Tasik Taman Seri Rampai, lombong di Taman Kejiranan Air Panas juga perlu dinaik taraf bagi kemudahan penduduk di Parlimen Setiawangsa untuk beriadah bersama keluarga.

"Selain itu lampu-lampu jalan sedia ada di kawasan tasik ini yang tidak berfungsi juga perlu diberi perhatian oleh DBKL.

"Apabila lampu tidak berfungsi, kawasan menjadi gelap dan secara tidak langsung mengundang aktiviti yang tidak bermoral," ujarnya.

Mengulas mengenai pertandingan memancing, Ahmad Fauzi berkata, ini merupakan acara tahunan pihaknya dalam mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat selain sebagai satu pendekatan untuk mendekati rakyat.

Pertandingan memancing itu bermula pada pukul 7 pagi dan berakhir 1 petang.

Tempat pertama dimenangi oleh Iman Ahmat, 35, yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000, kedua Othman Ahmad, 55, untuk meraih RM1,000 dan ketiga, Mohd. Shaffiq Zainon, 18, yang menerima RM500. Ketiga-tiga pemenang turut menerima mesin memancing jenama Penn.

Sebanyak 10 peserta terbaik lain menerima hadiah saguhati berupa hamper. Hamper turut diberi kepada tiga peserta yang menangkap ikan paling kecil, ikan ternipis dan menangkap lain dari yang lain iaitu udang.

Sempena pertandingan itu, penganjur turut membuka gerai jualan barang-barang keluaran industri kecil dan sederhana (IKS) dan pameran serta keahlian Pasukan Pemantau Pencemaran Alam Sekitar.

Kadar cukai ditentu selepas bantahan diteliti

Posted: 08 Dec 2013 10:33 AM PST

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Kadar baharu cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya akan ditentukan selepas panel yang dilantik DBKL selesai meneliti semua bantahan yang diterima.

Tempoh bantahan akan tamat pada 17 Disember ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) berkata, panel itu akan meneliti setiap bantahan dan sebarang keputusan yang akan dilakukan atas budi bicara DBKL sebelum dikuatkuasakan 1 Januari depan.

Katanya, kadar baharu itu pastinya tidak akan membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah serta penghuni Projek Perumahan Rakyat.

"Tunggu saya buat keputusan selepas panel yang kita lantik meneliti semua bantahan yang diterima. Keputusan kita rasional yang tidak akan bebankan rakyat," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Kembali ke Sekolah dan majlis pecah tanah Pejabat UMNO Bahagian Batu di sini, hari ini.

Sebanyak 450 pelajar menerima bantuan peralatan sekolah dan wang tunai sumbangan Yayasan Wilayah Persekutuan pada majlis yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani.

Tengku Adnan berkata, selama 21 tahun kerajaan tidak menyemak kadar cukai taksiran namun kadar baharu yang akan ditentukan kelak tidak akan menindas rakyat kerana cadangan itu mengambil kira beberapa keperluan khusus bagi kemudahan penghuni kota.

Setakat 5 Disember lepas, DBKL telah menerima 10,000 surat bantahan berhubung kenaikan tersebut sejak mengeluarkan notis pada pertengahan November lepas kepada lebih 500,000 penghuni kota dengan 56 peratus membabitkan pemilik premis komersial.

LEP: Prasarana harap penyelesaian segera

Posted: 08 Dec 2013 10:33 AM PST

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Kurangnya kerjasama diberikan oleh pihak pengurusan sebuah sekolah di Puchong telah menyebabkan kerja-kerja dalam projek penyambungan jajaran transit aliran ringan (LEP) berdekatan premis itu tergendala sejak 2011.

Keengganan pihak pengurusan sekolah itu memberikan kerjasama menyebabkan pemilik projek LEP, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) menghadapi jalan buntu walaupun pelbagai usaha telah dilakukan termasuk persetujuan dari pelbagai pihak bagi meneruskan projek tersebut.

Naib Presiden Kanan Komunikasi Kumpulan Prasarana, Azhar Ghazali berkata, status projek tersebut disifatkan sebagai tergendala sedangkan perlu diteruskan kerana projek infrastruktur nasional ini bagi meningkatkan mobiliti di Lembah Klang dan negeri Selangor.

"Walaupun telah mendapat kebenaran untuk meneruskan projek tetapi sehingga kini pihak kontraktor kami dan para pekerja LEP masih terus menunggu di luar perkarangan kawasan Sekolah Rendah Kebangsaan (Tamil) Castlefield, Puchong (yang pihak pengurusannya) tidak membenarkan kami memasuki kawasan mereka untuk projek ini diteruskan," katanya dalam kenyataan akhbar.

Azhar berkata, sejak 14 Oktober 2011, Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) sudah memberi kebenaran kepada LEP menjalan kerja di situ dengan mensyaratkan penyediaan alat penyaman udara dan penghadang bunyi dipasang bagi mengurangkan gangguan ke tahap paling minimum kepada perjalanan pembelajaran sekolah.

"Namun, apabila kontraktor sudah bersedia untuk memasuki kawasan kerja mereka, yang melibatkan satu jajaran sepanjang kira-kira 200 meter yang menyusur pinggir padang sekolah berkenaan, pihak Lembaga Sekolah mengubah pendirian dengan membuat satu permohonan baharu pada 14 Disember 2011 untuk (sekolah itu) dipindahkan ke kawasan baharu," katanya.

Tambah beliau, pihak sekolah turut menutup pintu masuk dan menghalang kontraktor daripada memulakan kerja.

Sejak itu projek LEP di situ tidak dapat diteruskan setelah pelbagai usaha lain selepas itu juga menemui jalan buntu, ujar beliau.

Katanya, antara usaha itu termasuklah Prasarana membuat keputusan pada 21 Februari 2012 untuk memindahkan sekolah berkenaan ke lokasi baharu.

"Sekolah berkenaan mahu dipindahkan ke kawasan seluas tiga ekar di sebelah tapak baharu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Cina Kheng Cheng di Lot 433, Taman Wawasan, Puchong namun SRK Tamil Castlefield enggan berkongsi tapak dengan sekolah berkenaan.

"Malah pihak sekolah itu meminta supaya SRK Cina Kheng Cheng dipindahkan ke kawasan lain dan keseluruhan tapak seluas enam ekar itu diperuntukkan secara eksklusif kepada mereka," katanya.

Sepanjang tempoh itu, kata Azhar, mereka tiada pilihan selain daripada terus menunggu, sekali gus menyebabkan pembaziran masa dan pertambahan kos kerana penangguhan kerja.

"Ini turut bermakna penantian yang lebih lama kepada penduduk termasuk di Putra Heights, Bandar Kinrara, Projek Perumahan Bukit Jalil dan di Puchong sendiri yang mahukan infrastruktur pengangkutan awam ini diwujudkan untuk kemudahan mereka secepat mungkin," katanya.

Berdasarkan perancangan, jelas beliau, projek LEP dijadualkan siap pada awal 2016 dengan perkhidmatan sistem transit aliran ringan (LRT) dimantapkan dengan menambah tren-tren baru enam gerabak untuk Laluan LRT Ampang dan empat gerabak untuk Laluan LRT Kelana Jaya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Pemuda Johor bantu mangsa banjir

Posted: 07 Dec 2013 09:59 AM PST

Oleh MOHAMED SAARI
utusanjohor@utusan.com.my

HAHASRIN Hashim (tengah, topi putih) bertanyakan khabar mangsa banjir di pusat pemindahan mangsa banjir di Kampung Pogoh 2, Segamat, Johor, kelmarin. - BERNAMA

SEGAMAT 7 Dis. - Seramai 50 orang sukarelawan Sekretariat Bertindak Bencana Pemuda UMNO Johor turun padang melawat beberapa pusat pemindahan banjir yang masih dibuka di daerah ini semalam sambil menghulurkan sedikit bantuan berupa barangan keperluan harian.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim berkata, usaha sukarelawan sekretariat yang baru ditubuhkan itu bertujuan membantu meringankan beban serta memberi semangat kepada mangsa yang sedang berdepan dengan musibah.

"Secara asasnya, gerakan ini merupakan pertama kali melibatkan setiap ahli Pemuda di peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya negeri untuk turun membantu mangsa-mangsa banjir yang terdapat di pusat pemindahan seperti yang kami lakukan hari ini.

"Antara pusat pemindahan banjir yang kami kunjungi hari ini ialah di Balai Raya Gemereh 4, Kampung Batu Badak dan Balai Raya Kampung Pogoh 2 yang jumlah mangsa banjirnya masih mencatatkan jumlah yang ramai setakat hari ini," katanya kepada Utusan Malaysia.

Yang turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Segamat, Bastien Onn dan Ketua Pemuda UMNO Sekijang, Salleheen Mohamad serta beberapa lagi ketua pucuk pimpinan Pemuda UMNO negeri.

Menurut Hahasrin, sukarelawan sekretariat itu akan bertindak sebagai satu pasukan untuk memberi bantuan sekiranya terdapat sebarang kejadian bencana di negeri ini selaras dengan usaha Pemuda UMNO Pusat yang menubuhkan Briged Kesatria yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Selain itu sekretariat tersebut juga mendapat kerjasama daripada Yayasan Sukarelawan Siswa dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk membantu melaksanakan kerja-kerja sukarelawan.

"Harapan kami ialah apa yang kami lakukan ini dapat memberi semangat serta kekuatan kepada mangsa untuk menghadapi musibah yang menimpa dengan penuh kesabaran dan sumbangan yang kami hulurkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

"Kami juga telah mengadakan perbincangan dengan wakil pusat pemindahan bagi mengenal pasti barangan yang diperlukan dan seboleh-bolehnya tidak mahu sumbangan yang dihulurkan bertindih atau sama dengan sumbangan daripada agensi lain yang turut menghulurkan bantuan," katanya.

Unit khas kawal kebakaran bangunan bakal diwajibkan

Posted: 07 Dec 2013 09:59 AM PST

JOHOR BAHRU 7 Dis. - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan penubuhan Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) di semua bangunan dalam usaha mengurangkan kes kebakaran yang menyebabkan kerugian besar.

Pengarahnya, Datuk Ab. Ghani Daud berkata, pendekatan yang diusulkan tersebut kini diteliti kerana melihat kepentingan unit tersebut dalam tindakan awal memadamkan kebakaran apatah lagi bagi bangunan dalam kawasan perindustrian.

"Jika sebelum ini, pemilik hanya menepati syarat bagi mendapatkan sijil menduduki dengan penyediaan alat pemadam api dan salur bantu mula, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu menggunakannya.

"Menyedari keadaan itu, penubuhan ERT harus dipandang serius kerana boleh memberi bantuan awal selain dapat mengawal kebakaran sekiranya terjadi dan boleh mengurangkan nilai kerugian," katanya selepas melancarkan Kempen Keselamatan Kebakaran dan Latihan Pemantapan ERT di sini semalam.

Menurut Ab. Ghani, buat masa ini sebanyak 1,103 kilang telah menyediakan ERT dan 102 di peringkat permohonan serta 36 dalam tindakan kelulusan.

Beliau berkata, unit tersebut sekurang-kurangnya terdiri daripada 10 orang yang disarankan agar bertugas mengikut syif selama 24 jam.

"Saya juga mencadangkan pekerja yang menyertai ERT diberikan insentif kerana selain menjalankan tugas hakiki sebagai pekerja mereka juga bertindak sebagai anggota penyelamat.

"Majikan juga dinasihatkan membeli kelengkapan, kemudahan dan pakaian sesuai bagi pasukan ERT," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


40,819 mangsa banjir di Pahang

Posted: 07 Dec 2013 09:35 PM PST

KUANTAN 8 Dis. - Jumlah mangsa banjir di negeri ini tidak menunjukkan sebarang perubahan apabila seramai 40,819 mangsa daripada 11,746 keluarga terlibat ditempatkan di 149 pusat pemindahan hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, sehingga pukul 11 pagi ini, Kuantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 34,426 orang yang kini ditempatkan di 42 pusat pemindahan.

Ini diikuti Pekan seramai 3,329 mangsa, Maran (1,034), Temerloh (1,002), Jerantut (520), Bera (189), Rompin (57), Lipis (53) dan Raub merupakan daerah terbaharu mangsa banjir mencatatkan 209 orang.

"Beberapa laluan masih ditutup iaitu Kilometer 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Kilometer 72 Jalan Kuantan-Segamat, Kilometer 62 Jalan Kuantan-Rompin dan Kilometer 14 Jalan Temerloh-Bahau," katanya ketika dihubungi di sini - UTUSAN

Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu mencecah 22,311 orang

Posted: 07 Dec 2013 09:31 PM PST

KUALA TERENGGANU 8 Dis - Keadaan banjir di negeri ini tidak berubah dengan bilangan mangsa mencecah 22,319 orang yang berada di 64 pusat pemindahan.

Kebanyakan mangsa di Kemaman dan mereka ditempatkan di 45 pusat pemindahan manakala selebihnya di Dungun, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.

Semua jalan utama antara Kuala Terengganu-Kota Bharu dan Kuala Terengganu-Kuantan boleh dilalui semua kenderaan.

Kebanyakan sungai utama kini di paras biasa kecuali Sungai Tebak dan Sungai Kemaman masih di paras amaran. - UTUSAN

Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun

Posted: 07 Dec 2013 09:29 PM PST

JOHOR BAHRU 7 Dis. - Jumlah mangsa banjir di Johor menurun kepada 1,160 orang hari ini berbanding 1,538 mangsa petang semalam.

Sehingga pukul 11.45 pagi ini, hanya tiga daerah masih terjejas iaitu Pontian, Batu Pahat dan Segamat dengan jumlah keseluruhan 14 pusat pemindahan banjir beroperasi manakala penduduk di Johor Bahru, Kota Tinggi, Kluang dan Ledang sudah dibenarkan pulang.

Segamat kekal daerah yang paling teruk terjejas dengan 526 mangsa di tujuh pusat pemindahan diikuti Batu Pahat seramai 220 mangsa di empat pusat pemindahan manakala Pontian mencatatkan 414 mangsa yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan. - UTUSAN

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


NS bersedia sambut Kempen TMM 2014

Posted: 07 Dec 2013 09:59 AM PST

SEREMBAN 7 Dis. - Lebih 300 para penggiat industri pelancongan di negeri ini akan menghadiri Negeri Sembilan Tourism Conference 2014 kali kelima di Klana Resort dekat sini, Isnin ini.

Program anjuran Pejabat Tourism Malaysia Negeri Sembilan itu adalah sebahagian daripada persediaan menyambut Kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

Menurut kenyataan pejabat berkenaan, objektif utama penganjuran persidangan itu adalah untuk menyampaikan hasrat kerajaan negeri dalam menggiatkan promosi yang akan dilaksanakan di negeri ini sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2014.

"Ini sejajar dengan usaha untuk mencapai peningkatan sasaran ketibaan pelancong sebanyak lima juta orang dan jumlah pendapatan daripada sektor pelancongan," kata kenyataan itu.

Majlis perasmian persidangan itu akan disempurnakan Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof yang akan turut menyampaikan taklimat pada sesi petang.

Taklimat juga akan disampaikan oleh beberapa agensi seperti Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2014 dan taklimat khas produk pelancongan Muzium Tentera Darat Port Dickson.

Beberapa produk pelancongan akan turut membuka gerai pameran sepanjang majlis berlangsung.

Antaranya Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan negeri; produk industri kecil dan sederhana seperti daging salai, gula enau, rendang pucuk ubi Maklong Timah; NS Galleria Chocolate World; Hospital KPJ Seremban dan Ladang Alam Warisan.

Kolokium sejarah Kampung Bangkahulu

Posted: 07 Dec 2013 09:59 AM PST

SEREMBAN 7 Dis. - Kerajaan negeri melalui Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) akan mengadakan Kolokium Sejarah Kampung Bangkahulu pada Selasa ini bertempat di Balai Raya Kampung Bangkahulu, Gemas.

Pengarah LMNS, Shamsuddin Ahmad berkata, majlis perasmian program yang bermula pukul 9 pagi itu akan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Abd. Razak Ab. Said.

Menurutnya, Kampung Bangkahulu adalah sebuah kampung tradisional yang telah dijadikan projek perintis kepada LMNS bagi menjalankan kajian sejarah kampung dan mengumpulkan maklumat berdasarkan keunikan budaya masyarakat di situ.

Katanya, program keilmuan itu dapat memperkenalkan dan menyebarkan maklumat berkaitan sejarah serta budaya yang diamalkan oleh masyarakat kampung berkenaan di samping memupuk kesedaran kepada orang ramai terutama penduduk tempatan dan generasi muda hari ini mengenai kepentingan mengetahui sejarah tempatan dan menyayangi kampung tradisi.

"Kolokium ini juga adalah usaha murni LMNS untuk mendokumentasikan hasil kajian yang telah dijalankan sebagai bahan rujukan kepada para penyelidik dan pelajar institusi yang terlibat dalam bidang berkaitan dan mengetengahkan antara daya tarikan utama produk pelancongan di negeri ini yang amat sinonim dengan jolokan Negeri Beradat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penceramah kolokium itu ialah Penasihat Persatuan Bengkulu Malaysia, Mohd. Yusof Ghani Riduk dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bangkahulu, Mohamad Salleh manakala moderator adalah Pengerusi Persatuan Bangkahulu Malaysia Cawangan Gemas, Hassan Zuhri Abas.

Pada majlis itu juga akan diadakan pelancaran buku Siri Budaya Sejarah Kampung Bangkahulu iaitu hasil kajian yang telah dijalankan oleh LMNS pada 2008.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved