Ahad, 2 Februari 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Mereka cetus provokasi

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

Penyokong pasukan JDT menunjukkan tiket perlawanan sebagai tanda membantah penangguhan perlawanan Piala FA antara JDT dan T-Team di Larkin, Johor Bahru malam semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mendakwa pemain T-Team melakukan provokasi sehingga membawa pergaduhan sewaktu perlawanan Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos malam semalam.

Selain itu mereka tidak berpuas hati apabila perlawanan itu ditangguhkan separuh jalan akibat pergaduhan yang berlaku di dalam terowong sewaktu perlawanan berehat.

PBNJ dalam laman Facebook rasminya mendakwa, sebaik wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan, jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impaguazzo telah membuat provokasi ke atas ketua jurulatih JDT, Cesar Ferrando Jiminez.

Tiba-tiba pemain import T-Team memakai jersi nombor 16, Evaldo Rodrigues meluru masuk menuju terus ke hadapan muka Jiminez lalu memarahinya dan berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan.

Pihak keselamatan stadium diketuai PDRM Johor berjaya meleraikan masalah," menurut PBNJ di dalam laman sosial itu.

PBNJ mendakwa perlawanan terpaksa ditangguhkan setelah keseluruhan pasukan T-Team membuat keputusan tidak mahu memulakan separuh masa kedua perlawanan

PBNJ turut mendakwa tiada apa-apa insiden buruk berlaku kepada pasukan lawan dan penyokong mereka, malah segala perjalanan dalam perlawanan di tengah padang juga amat cemerlang.

Menurut PBNJ, perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana pasukan T-Team membuat keputusan mengejut dengan menarik diri serta pulang awal sebelum perlawanan separuh masa kedua dimulakan.

Menurut PBNJ lagi, mereka juga tidak bersetuju dengan keputusan perlawanan ditangguhkan kerana apa yang berlaku tidak melibatkan pemain-pemain di tengah padang mahu pun penyokong ketika perlawanan sedang berlangsung.

Insiden sangat serius - Azraai

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Oleh radhuan hussain dan Rosalinda Md. Said
sukan@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU - Jurulatih T-Team, Azraai Khor Abdullah menyifatkan insiden yang menimpa pemainnya, Evaldo Rodrigues yang dikasari pihak pengurusan Johor Darul Ta'zim (JDT) semasa perlawanan Piala FA di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Johor Bahru malam semalam sebagai sangat serius.

Dalam insiden yang berlaku di bilik persalinan sejurus tamat babak pertama perlawanan kedua-dua pasukan itu, jurulatih kecergasan skuad The Titans, Stefano Impagiazzo turut dikasari pegawai keselamatan yang berada di tempat kejadian.

Beberapa saksi mendakwa Impagiazzo ditendang di bahagian kemaluan manakala Evaldo Rodrigues ditumbuk pihak pengurusan JDT sewaktu pemain T-Team menuju bilik persalinan sebaik sahaja tamat separuh masa pertama.

Difahamkan, pemain kelahiran Brazil, Evaldo dan Stefano hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Terengganu semalam untuk membuat laporan polis tetapi menangguhkan hasrat itu untuk sementara.

Turut difahamkan, sebelum itu kedua-dua pemain itu turut dibawa pihak pengurusan T-Team ke sebuah klinik di sini untuk pemeriksaan.

Azraai yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu bagaimanapun berkata, buat masa ini pihaknya sedang menunggu maklum balas seterusnya daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kami masih tunggu apa tindakan daripada FAM berhubung insiden ini, kami telah hantar laporan mengenai kejadian itu kepada badan induk tersebut semalam (malam semalam)," katanya.

Perlawanan antara T-Team menentang JDT di Johor Bahru malam semalam ditangguhkan setelah T-Team mengambil keputusan enggan meneruskan perlawanan separuh masa kedua.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Curi kenderaan: Geng Salim tumpas

Posted: 02 Feb 2014 09:48 PM PST

Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN

SUNGAI BULOH 3 Feb. - Polis berjaya menumpaskan geng Salim selepas menahan tujuh lelaki termasuk seorang anggota tentera dipercayai terlibat dalam kes curi dan meleraikan komponen kenderaan dalam satunserbuan di sebuah rumah di Kampung Melayu Subang, di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, hasil kejayaan itu pihaknya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 13 kes berkaitan di sekitar Sungai Buloh, Petaling Jaya dan Shah Alam.

"Kesemua mereka berusia 22 hingga 33 tahun akan ditahan reman sehingga esok mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam mencuri kenderaan bermotor," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Kampung Baru Subang, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Empat lelaki dikhuatiri lemas dalam terowong air

Posted: 02 Feb 2014 09:06 PM PST

LAWAS 3 Feb. - Empat lelaki dikhuatiri lemas akibat terperangkap dalam sebuah terowong air di Imigresen Bongkalat, Kampung Lintang Baru di sini hari ini.

Pegawai Berkuasa Bomba II, Rary Benji ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 10.52 pagi.

Katanya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas bergegas ke lokasi kejadian lima minit kemudian.

"Jarak antara balai bomba dengan lokasi kejadian kira-kira 28 kilometer.

"Identiti kesemua mangsa masih belum dapat dipastikan kerana ketika ini anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mereka," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Sistem PBS ditambah baik

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Kementerian Pendidikan sedang dalam peringkat pembaikan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan dijadual dapat beroperasi dengan lebih berkesan pada April ini.

Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr. Na'imah Ishak berkata, usaha meningkatkan keberkesanan sistem tersebut sedang giat dijalankan sejak beberapa bulan lalu bagi mengelakkannya menjadi bebanan kepada guru.

Menurutnya, beberapa kaedah termasuk mengganti sistem baharu dan membuat ujian keberkesanan sedang dijalankan sebelum sistem itu dapat berfungsi dengan lebih baik untuk memudahkan guru mengisi data murid.

''Memang sistem PBS menghadapi masalah dan kementerian sedang dalam usaha mengatasi kelemahan ini, ia sedang dalam peringkat pembaikan.

''Pembaikan sistem ini memerlukan sedikit masa lagi sebelum dapat digunakan sepenuhnya pada April kerana yang penting ia dapat membantu guru menjalankan tugas mereka dengan baik dan berkesan tanpa mendatangkan sebarang masalah selepas ini," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya Putrajaya, baru-baru ini.

Pelaporan ini diharap dapat memberi gambaran tentang potensi murid secara holistik dan maklumat tersebut dapat membantu murid membuat keputusan yang lebih tepat dalam pemilihan aliran pendidikan di peringkat menengah atas.

PBS merupakan transformasi sistem pendidikan negara yang sebelum ini berfokuskan peperiksaan diubah kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik namun didakwa membebankan guru ekoran sering tergendala menyebabkan data murid terpaksa dimasukkan pada lewat malam.

Selain itu, Na'imah berkata, berbanding PMR yang mana murid akan diuji pada akhir tingkatan 3 dengan peperiksaan pusat yang dikendalikan Lembaga Peperiksaan, penilaian PBS melalui empat komponen tersebut ditaksir mengikut pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan nilai yang menjurus kepada profil, pencapaian, perkembangan serta penyertaan murid.

''Ibu bapa akan mengetahui tahap pencapaian anak mereka melalui pernyataan keputusan bagi empat komponen PBS yang mengandungi komponen akademik dan bukan akademik yang dikeluarkan pihak sekolah mengikut Band 1 hingga 6.

''Keputusan pernyataan Pentaksiran Pusat (PP) A hingga F iaitu Cemerlang atau belum mencapai tahap minimum masih dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan manakala Pentaksiran Sekolah, keputusan kokurikulum dan inventori murid dikeluarkan pihak sekolah," jelas Na'imah.

Katanya, beberapa penambahbaikan dilakukan dalam pelaporan PBS antaranya termasuklah semua mata pelajaran murid ditaksir menyeluruh dari tingkatan 1, 2 hingga 3 mengikut Band dan pelaporan dijana oleh sistem.

Penilaian melalui PBS itu merangkumi empat komponen iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Menurutnya, konsep PBS menekankan pentaksiran bersifat holistik bertujuan membangunkan modal insan menyeluruh dengan memiliki ciri profil murid PBS, maklumat tentang kebolehan murid dikumpul lebih komprehensif melalui profil dan pencapaian murid.

Tutor Utusan Malaysia jadi pilihan SJKT Jasin

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Guru SJKT Jasin menggunakan akhbar pendidikan Tutor Utusan Malaysia dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah itu di Melaka, baru-baru ini.

Akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor turut menjadi tumpuan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jasin, Melaka dengan melanggan akhbar tersebut untuk dijadikan bahan rujukan pembelajaran murid dan bantuan pengajaran guru sekolah itu.

Guru Besar SJKT Jasin, C. Samupatha berkata, kandungan Tutor yang padat dengan set soalan latih tubi lengkap dan latihan bimbingan menarik minat sekolah itu melanggan Tutor buat pertama kali pada tahun ini.

Menurutnya, sebagai permulaan, sekolah melanggan sebanyak 50 akhbar Tutor UPSR untuk digunakan murid Tahun 5 dan 6 sekolah itu.

''Kita dapati Tutor banyak kelebihan terutama set soalan latih tubinya yang agak lengkap dan menepati keperluan peperiksaan dalam aspek HOTS.

''Kandungan yang terdapat dalam Tutor ini mampu membantu sekolah dalam membuat persediaan murid menghadapi UPSR tahun ini," katanya.

Menurut Samupatha, pencapaian UPSR sekolah itu berada pada tahap terbaik dengan pencapaian GPS sebanyak 1.94 berbanding 2.71 pada tahun 2012.

''Tahun lalu, seramai lapan murid kita mendapat 7A berbanding empat orang tahun sebelumnya, pencapaian ini diraih melalui program-program pembaikan pembelajaran dan motivasi murid yang dijalankan di sekolah sepanjang tahun lalu.

''Antara peningkatan mata pelajaran UPSR tahun lalu termasuklah Pemahaman dan Penulisan Bahasa Malaysia dan kita berharap dengan langganan Tutor ini diharap dapat meningkatkan kualiti pencapaian mata pelajaran terbabit dalam UPSR nanti," katanya.

Sementara itu, guru Bahasa Malaysia, Nafidah Tukimun berkata, kandungan soalan Tutor yang lengkap dengan HOTS dan menepati keperluan format peperiksaan memudahkan guru menjalankan pengajaran dalam bilik darjah.

''Kita sudah menggunakan Tutor ini sejak beberapa minggu lalu dan respons murid amat baik kerana mereka dapat mengikuti pembelajaran menggunakan Tutor.

''Saya berharap penggunaan Tutor sebagai PdP dalam bilik darjah dapat membantu meningkatkan pemahaman murid khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia," katanya.

Selain itu, murid Tahun 5, A. Darshanaa, berkata, dia sudah menggunakan Tutor dalam bilik darjah dan amat tertarik dengan paparan grafik yang terkandung dalam Tutor.

''Saya rasa murid akan seronok dengan Tutor kerana ada juga diselitkan unsur-unsur lucu melalui dialog kartun yang menarik," katanya.

Bagi S. Vibhasheenan Sroe, 12, dia gembira kerana dapat menambah koleksi set soalan mata pelajaran Bahasa Malaysia yang disediakan dalam Tutor.

Hal ini sekali gus, katanya, mencabar dirinya untuk mencuba menjawab soalan yang lebih baik dan tidak lagi hanya bergantung kepada soalan ramalan yang disediakan guru di sekolah atau di Internet.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Toyota Corolla Altis

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Oleh JOHARDY IBRAHIM
ekonomi@utusan.com.my

Toyota Corolla Altis kini tampil lebih bergaya.

TOYOTA Corolla dikenali sebagai satu daripada barisan model popular di dunia dengan lebih 40 juta unit terjual di lebih daripada 150 negara. Sejak pertama kali diperkenalkan pada 1966, Toyota Corolla telah melalui 10 perubahan model.

Evolusi Kereta Global ini telah menyaksikan banyak penambahbaikan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Altis mewakili satu dalam lima kenderaan yang dijual dalam sejarah 76 tahun Toyota.

Altis pertama kali diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada 2001. Hampir 64,000 buah telah terjual sehingga tahun lalu, yang merupakan bukti keyakinan rakyat Malaysia terhadap jenama Toyota

Bagi model terbaharu ini, Toyota telah mengambil pendekatan yang lebih terkehadapan dan dinamik dalam pembangunan Altis ini dan oleh itu, memenuhi kesemua ciri Toyota iaitu kualiti, keselamatan, kebolehpercayaan, prestasi dan nilai cemerlang.

Direka bentuk baharu sepenuhnya, Altis membawa standard baru terhadap kecemerlangan automotif dalam kelasnya. Nadi Altis dibina di atas platform baru, manakala kereta telah diberi penambahbaikan dalam semua aspek bagi menawarkan keselesaan, ruang luas yang terbaik dan standard kualiti tinggi yang lebih baik lagi.

Ruang dalaman Altis menggunakan bahan yang lembut semasa disentuh bagi mewujudkan rupa yang licin.

Altis yang baharu dilancarkan ini mengambil pendekatan segar dengan penambahbaikan yang banyak berbanding model sebelumnya, menawarkan keseimbangan sempurna dalam pakej, prestasi, selain gaya luaran dan dalaman. Dengan ini, model terbaharu dalam keluarga Toyota ini pasti menonjol kepada generasi baru pengguna yang arif dan mengukuhkan kedudukan model ini sebagai peneraju pasaran dalam segmennya.

Gaya luaran prestij moden menghasilkan penambahbaikan yang besar keseluruhannya. Bahagian hadapan kereta menampilkan reka bentuk jeriji trapezoid dengan batang bersalut krom yang melangkaui dari lambang ikonik Toyota hingga ke luar tepi lampu hadapan LED dengan DRL yang merupakan pertama dalam kelasnya, iaitu lampu hadapan yang lebih tahan lama dan cekap tenaga bagi mengurangkan kelesuan semasa memandu di waktu malam. Asas roda (wheelbase) Altis telah ditambah untuk menjadikan kabin lebih luas dan kedudukan pemanduan sport yang lebih selesa.

Altis boleh didapati dalam lima warna bertenaga. Ini merangkumi White Pearl CS, Silver Metallic, Attitude Black dan dua warna yang baru diperkenalkan - Grey Metallic dan Dark Brown Mica Metallic.

Ruang dalaman Altis juga menampilkan penambahbaikan yang banyak. Menggunakan bahan yang lembut semasa disentuh bagi mewujudkan rupa yang licin. Perkakasan dan perhiasan moden dan bersih juga tambah meneguhkan tema Dinamisme Ikonik dalamannya.

Altis juga telah melalui reka bentuk semua bahagian di bawah hud bagi memberikan pengalaman pemanduan lebih lancar dan menyeronokkan, merangkumi paras terbaik kesenyapan dalam kelasnya. Penumpang kerusi belakang dalam varian 2.0V akan menikmati sentuhan tambahan daripada segi keselesaan dan kemewahan yang lazimnya hanya terdapat pada kereta mewah. Ini termasuk kerusi belakang boleh lipat dan pemegang cawan berlampu, iaitu antara penambahbaikan dalamannya yang banyak.

Altis boleh didapati dalam tiga varian. Varian 1.8E berharga RM114,000 sementara varian 2.0G ialah RM123,000. Model tertingginya, 2.0V dijual pada harga RM136,000 (semua harga adalah di atas jalan dengan insurans).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Slovenia terjejas akibat cuaca buruk

Posted: 02 Feb 2014 09:44 AM PST

LJUBLJANA, 3 Feb. - Salji tebal dan hujan beku melanda beberapa kawasan di Slovenia sejak kelmarin, menyebabkan landasan kereta api terkandas dan menyebabkan 90,000 isi rumah terputus bekalan elektrik di seluruh Alpine, semalam.

Di kawasan Postojna, kira-kira 40 kilometer di selatan bandar Ljubljana, jana kuasa elektrik tersekat di pokok dan tidak dapat dibaiki kerana cuaca buruk yang berterus.

Ini merupakan bencana alam berskala besar," kata Perdana Menteri Alenka Bratusek selepas melawat kawasan Postojna semalam, sambil menyatakan kerajaan akan meminta bantuan daripada Kesatuan Eropah dalam menyediakan sebilangan besar penjana kuasa yang diperlukan. - AFP

Pekerja Coca-Cola berarak bantah penutupan kilang

Posted: 02 Feb 2014 09:42 AM PST

MADRID 3 Feb. - Beribu-ribu pekerja dari kilang minuman Coca-Cola di sini berarak semalam, membantah penutupan kilang pembuatan air minuman bergas tersebut yang menyebabkan 750 orang kehilangan pekerjaan.

Perancangan penutupan empat kilang tersebut dijangka menyebabkan 750 orang pekerja diberhentikan manakala 500 yang lain ditawarkan bekerja di lokasi lain.

Bulan lalu, syarikat itu berkata penutupan itu diperlukan bagi meningkatkan kecekapan operasi kilang dan pekerja pula berkata pemberhentian itu tidak wajar kerana syarikat mempunyai keuntungan. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


BN tidak pinggirkan Orang Asli

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

G. Palanivel (kiri) menyampaikan sumbangan wang tunai kepada penduduk Orang Asli di Pos Betau, Kuala Lipis, kelmarin.

KUALA LIPIS 2 Feb. - Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus memberikan fokus terhadap projek perumahan dan kemudahan asas untuk penduduk Orang Asli di Cameron Highlands dan Hulu Jelai di sini dalam melaksanakan transformasi pembangunan sosial serta ekonomi setempat.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Sri G. Palanivel berkata, kerajaan akan memastikan mereka dapat tinggal bersama dalam satu penempatan dengan membabitkan diri dalam sektor pertanian, pelancongan dan keusahawan yang boleh menjamin perubahan kehidupan pada masa akan datang.

Menurutnya, pembinaan rumah berdasarkan Projek Pemajuan Kawasan (PPK) Orang Asli akan diberikan tumpuan di kawasan Tanah Rata, Brinchang, Pos Lernyar, Pos Betau dan pedalaman Hulu Jelai.

"Komitmen saya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail untuk melaksanakan projek ini secara berperingkat dengan mengemukakan perancangan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam masa terdekat.

"Saya akan berusaha membawa menteri berkenaan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal melawat ke perkampungan Orang Asli di Cameron Highlands dan Hulu Jelai bagi meninjau lokasi yang sesuai serta keperluan peruntukan untuk merealisasikan projek ini," katanya dalam majlis penyampaian sumbangan wang tunai kepada tok batin dan penduduk Orang Asli di Pos Betau dekat sini semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Tok Batin Hulu Jelai, Ahmad Selalu.

Pada majlis itu Palanivel dan Wan Rosdy menyampaikan sumbangan bernilai RM6,000 kepada 600 penduduk Orang Asli Pos Betau manakala RM1,800 kepada 18 Tok Batin Orang Asli kawasan Hulu Jelai.

Menurut Palanivel, isu perumahan Orang Asli di Parlimen Cameron Highlands diberi keutamaan sejak berlakunya kejadian tanah runtuh menyebabkan kerajaan bertindak segera menangani masalah berkenaan dan memfokuskan penempatan baharu untuk kaum minoriti itu di semua kampung dalam tempoh lima tahun.

Sehubungan itu, katanya, pelbagai kemudahan termasuk pendidikan dan kebajikan tertentu tetap dirancang serta diteruskan pada masa akan datang.

"Kerajaan BN begitu serius mengenai masalah perumahan penduduk Orang Asli kerana mereka merupakan pemain utama dan penyumbang tenaga dalam sektor pertanian serta pelancongan di Cameron Highlands," ujarnya.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri amat prihatin dengan kebajikan penduduk Orang Asli dan mendengar segala masalah yang dikemukakan oleh tok batin di kedua-dua kawasan berkenaan.

Menurutnya, secara keseluruhannya penduduk Orang Asli di negeri ini sudah menerima pelbagai kemudahan termasuk pendidikan manakala beberapa penempatan di pedalaman yang perlu diberi perhatian kebajikan berkenaan.

Bijak guna hak membeli

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Ismail Abd. Muttalib (tiga dari kiri) melakukan tinjauan harga di sebuah pasar raya di Maran, kelmarin.

MARAN 2 Feb. - Pengguna perlu bijak menggunakan hak dan kuasa membeli sebagai langkah strategik bagi membendung kenaikan harga barangan di pasaran.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata, kenaikan harga barangan turut dipengaruhi oleh sikap pengguna yang tidak ambil kisah tentang harga yang ditawarkan peniaga.

Tambahnya, malah persepsi yang sengaja dimainkan pihak pembangkang dengan menyatakan barangan keperluan naik mendadak turut mempengaruhi minda sebilangan rakyat.

''Sedangkan fakta sebenar kenaikan beberapa barangan tertentu seperti ikan dipengaruhi faktor luaran seperti cuaca manakala ada juga barangan dijual pada kadar yang masih rendah.

''Walau bagaimanapun kerajaan tetap berusaha membantu rakyat dengan melancarkan kempen penurunan harga barangan dari tiga hingga 70 peratus selama enam bulan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan harga di pasar besar dan pasar raya Tunas Manja dengan disertai pegawai Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang cawangan Temerloh di sini semalam.

Ismail yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, keprihatinan kerajaan dalam perkara itu sangat konsisten bagi mengawal harga barangan seperti mewujudkan Skim Harga Kawalan Musim Perayaan.

Menurutnya, skim khas itu bertujuan mengelakkan pengguna dieksploitasi oleh peniaga yang tamak berikutan keghairahan orang ramai berbelanja pada musim perayaan.

''Di sini letaknya kebijaksanaan pengguna berbelanja dalam mengeluarkan setiap wang untuk membeli barangan keperluan di premis perniagaan yang menawarkan harga rendah tetapi berkualiti.

''Pengguna perlu merancang dan berbelanja kepada barangan keperluan sahaja bagi mengelakkan daripada ditipu peniaga untuk mengaut keuntungan," katanya.

Menurutnya, pegawai penguat kuasa PPDNKK akan menjalankan pemantauan setiap masa bagi memastikan tiada peniaga menaikkan harga barangan atau menyoroknya dengan tujuan mengaut untung berlebihan.

Pengawas perlu disiplin diri

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

MARAN 2 Feb. - Pengawas sekolah perlu mendisiplinkan diri sebelum berbuat demikian kepada pelajar lain supaya imej yang dimiliki dapat mempengaruhi pelajar terbabit akur dengan peraturan ditetapkan oleh pihak sekolah.

Pegawai Perhubungan Sekolah Daerah Maran, Inspektor Azuwel Nadzir berkata, pengawas juga perlu mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan baik kepada pelajar lain.

Menurutnya, mereka juga diingatkan supaya tidak berat sebelah dalam tugas harian kerana jika bersikap pilih kasih pengawas terbabit tidak akan dihormati malah diperkeleh oleh rakan-rakan sendiri.

"Mereka juga harus serius dan bersikap positif semasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi demi menjaga imej dan nama baik sekolah. Pengawas tidak kebal mematuhi peraturan sekolah sekali gus mereka patut berusaha mendisiplin diri sendiri kerana merupakan contoh kepada pelajar lain di sekolah,' katanya.

Azuwel yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran berkata demikian ketika berucap dalam majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah 2014 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 18 di Dewan Bakti Jengka 18 di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengetua SMK Jengka 18, Saimah Hasan dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Aminallah Mat Long.

Katanya, pengawas tersebut perlu sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan serta pendapat kepada pengetua atau guru disiplin untuk mengatasi masalah yang timbul.

Tambahnya, golongan itu juga perlu menjadi mata dan telinga untuk mengenal pasti pelajar yang mempunyai masalah disiplin dan cuba sedaya upaya mengubah sikap mereka.

"Pengawas juga perlu memastikan diri sendiri mencapai prestasi cemerlang dalam akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin yang menambah penghargaan rakan. Mereka juga boleh memainkan peranan dalam mempengaruhi rakan lain supaya lebih berdisiplin dan memberikan teguran membina sekiranya didapati melakukan kesalahan," ujarnya.

Menurutnya, mereka juga bertanggungjawab dalam memimpin pelajar supaya dapat mencegah sebarang salah laku termasuk kes jenayah di sekolah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Tercapai jadi puteri

Posted: 02 Feb 2014 07:30 AM PST

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my

MENYOROT kembali zaman kanak-kanak pelakon Nur Fathia Abdul Latiff, 26, mungkin ada yang tidak tahu bahawa gadis ini begitu lasak.

Jika kanak-kanak perempuan sebayanya gemar bermain anak patung dan pondok-pondok, Fathia pula lebih teruja memanjat pokok, bermain basikal dan menyertai apa sahaja aktiviti yang budak lelaki lain lakukan.

"Kalau nak tahu, saya ini macam budak lelaki, baju kurung pun saya tak pernah pakai. Asyik pakai kemeja T dan seluar lelaki. Mak pun tak boleh buat apa-apa dengan saya," katanya dalam tawa kecil.

Pun begitu dalam menjalani warna-warni zaman kanak-kanak, ada satu angan-angan berciri feminin yang akhirnya mampu diraih oleh Fathia kini.

"Saya berangan nak jadi puteri! Tapi puteri yang lasak! Aneh bukan? Ya... tapi itulah yang saya impikan walaupun masa dulu saya ini budak tomboi.

"Tak sangka pula angan-angan itu jadi kenyataan. Dah besar begini dapat juga jadi puteri," katanya membuka bicara mengenai watak Bidasari.

Bakal dipentaskan di Istana Budaya, (IB) Kuala Lumpur pada 10 hingga 17 Februari ini, Bidasari menampilkan Fathia sebagai watak utama selain Raja Azura, Aiman Hakim Ridza, Jalaluddin Hassan dan Radhi Khalid.

Menyaksikan langkah pertamanya ke dalam dunia pementasan teater, Fathia mengaku tidak mampu menyembunyikan debaran dan rasa terujanya.

Tanpa pengalaman menurut Fathia, biarpun Bidasari bakal menguji kredibilitinya sebagai seorang pelakon dia seronok diberi peluang memenuhi impian zaman kanak-kanaknya.

"Bidasari digambarkan sebagai seorang wanita yang sempurna. Cantik, baik hati dan segala-gala tentang Bidasari adalah cerminan aura seorang puteri raja yang memikat mata dan hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

"Siapa yang tak teringin menjadi puteri? Masa kecil, walaupun saya ini lasak, saya suka menonton kartun Disney yang terkenal dengan karakter-karakter puterinya seperti Cinderella, Snow White, Sleeping Beauty dan Rapunzel.

"Selalu saya berimaginasi untuk menjadi seperti karakter-karakter itu," ceritanya.

Berbesar hati menerima tawaran untuk watak Bidasari, Fathia menggambarkan bahawa pementasan itu adalah berkonsep Melayu klasik dan berciri tradisional.

"Bila sebut tentang tradisional dan klasik, paling dekat dengan elemen itu adalah tarian. Ini membuatkan saya semakin teruja sebab saya suka tarian tradisional.

"Semasa di sekolah saya pernah menyertai pasukan tarian tradisional. Meskipun tak begitu pakar dalam bab ini, sekurang-kurangnya saya ada asas tarian.

"Inilah masanya untuk saya asah kembali. Kalau dulu skopnya cuma di sekolah kali ini saya berpeluang menunjukkan bakat tarian tradisional di sebuah pentas berpresij seperti IB. Memang benar-benar mengujakan!" katanya.

Sering terpegun dengan keindahan filem-filem Melayu lama terutama tarian tradisional kata Fathia, dia tidak mampu menafikan hatinya begitu terpaut pada kelembutan dan kehalusan seni tari Melayu yang ditonjolkan di dalam filem-filem lama itu.

Siapa tak suka perhatian?

Mana-mana wanita yang gemar berangan untuk menjadi puteri, menyelami kesempurnaan kehidupan si puteri yang umpama tiada cacat cela, seseorang itu dikatakan sukakan perhatian.

Masakan tidak, kemana-mana pergi seorang puteri itu tidak pernah gagal menerima perhatian ramai dan banyak mata pasti tertumpu pada setiap langkah mereka.

Kalau tak percaya, lihat sahaja Puteri Wales, Diana sewaktu mendiang masih hidup. Tidak pernah sekali pun dia gagal memancing perhatian ramai dalam setiap gerak gerinya.

Adakah Fathia juga sukakan perhatian? Ini jawabnya.

"Seperti seorang puteri, saya juga sukakan perhatian. Tetapi harus difahami, bukan dari segi kontroversi.

"Saya mahu mencari perhatian ramai menerusi bakat seni yang saya ada. Saya mahu orang hargai bakat saya bukan tahu dan bercerita mengenai hal-hal lain," ujarnya.

Bidasari menyaksikan Fathia bergandingan lagi dengan lelaki yang disebut-sebut merupakan kekasihnya, Aiman Hakim Ridza. Bezanya selepas drama Diandra, ini merupakan gandingan pertama mereka sebagai pasangan di pentas teater.

Melihat keadaan itu maka ada yang mula mengusik, tidakkah kekok berlakon di samping kekasih sendiri di pentas? Sedangkan sebelum ini kecoh dikatakan watak Tengku Indra itu sepatutnya dilakonkan oleh pelakon Indonesia, Baim Wong.

Cuma tersenyum dan seboleh-bolehnya menyusun kata sebaik mungkin menurut Fathia, profesionalisme dalam kerjaya menjadikan dia atau Aiman tidak punya masalah bergandingan bersama.

"Sudah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan watak ini dengan baik maka tentu sekali saya dan dia akan berusaha untuk tidak merosakkannya," katanya.

Mengulas lanjut kata Fathia, dia sebenarnya kurang gemar apabila terlalu kerap orang mengaitkan kerjaya dengan hubungan cintanya dengan Aiman yang telah menjangkau usia lima tahun.

Bukan tidak sukakan publisiti cuma bagi Fathia adakalanya terlalu banyak cerita peribadi yang disogokkan boleh membuatkan orang mual.

"Saya tahu saya dan Aiman memang tak boleh menutup mulut orang untuk bercakap mengenai kami. Saya bukan apa, bimbang orang bosan. Balik-balik cinta, cinta, cinta.

"Lagipun bagi saya perkara ini terlalu peribadi. Kadangkala ada perkara yang saya lebih suka untuk simpan sendiri. Namun orang di luar pula seakan-akan lebih tahu.

"Saya tak mahu komen sejauh mana hubungan saya dengan Aiman. Saya cuma akan cakap, kalau menjadi, barulah saya akan beritahu. Maksud saya, kalau membawa kepada gerbang perkahwinan.

"Selagi tidak sampai ke arah itu, saya tak berani cakap lebih-lebih. Nanti bimbang akan memalukan saya sendiri pula. Apa pun, saya cuma boleh katakan, keluarga tak halang persahabatan kami," katanya yang mahu agar masyarakat mengerti keputusannya untuk tidak terlalu bercerita mengenai kisah cinta antaranya dengan Aiman.

Mahu terus bereksperimen

Posted: 02 Feb 2014 07:30 AM PST

Oleh RASDAN AHMAD
rasdan_utusan@yahoo.com

BUKAN mudah menempa nama dalam industri muzik malah tempoh sedekad yang dilalui merupakan antara pengalaman yang paling besar lagi bermakna kepada kehidupan vokalis bernama Azlan ini.

Setelah meraih kejayaan demi kejayaan ternyata Azlan atau nama sebenarnya Norazlan Roslee terus semangat dalam mempertahankan genre muzik rock & roll yang diperjuangkan selama ini.

Masih belum mengalah Azlan yang pernah bersama kumpulan Meet Uncle Hussein (MUH) sebelum menyertai grup Azlan & The Typewriter pada 2009 mengakui ada sesuatu yang menanti para peminat mereka.

Ditemani rakan-rakan yang sudah menjadi teman muziknya termasuk Andy (gitaris), Kee (gitar kedua), Zack (dram) dan Man (bass), penyanyi lagu Tanda Tanya yang tersenarai di dalam kategori lima vokalis lelaki terbaik Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) baru-baru ini mahu menghadiah sebuah album khas kepada peminat setia mereka yang dijangka di pasaran pada bulan ini.

"Album terbaharu ini diperkuatkan dengan single pertama berjudul Bukan Ugutan yang sememangnya mempunyai kekuatan," ujar Azlan.

Masih gemar bermain nada dan ritma yang 'berat' yang mungkin kurang enak didengar oleh peminat yang baru berjinak dengan muzik, Azlan ada alasannya.

"Muzik di dalam album ini mungkin sukar diterima oleh peminat baharu tetapi saya yakin peminat yang mengikuti perkembangan saya sebelum ini, mereka akan suka.

"Untuk album bersama The Typewriter, memang konsepnya 'berat' seperti itu. Kami belum berhajat mahu bertukar genre lain.

"Walaupun sudah masuk album ketiga, kami masih ada banyak idea. Masih belum puas bereksperimentasi. Bila buat kerja bersama-sama lagi banyak idea boleh dihasilkan. Ini yang saya suka apabila bekerja bersama sebuah kumpulan," kata Azlan.

Masih meneruskan ideologi bahawa muzik yang bijak harus diterima penggemar, Azlan berkongsi maksud tersurat dan tersirat di sebalik kesungguhannya menghasilkan sesebuah album.

Pengalaman katanya, merupakan guru yang banyak mendidiknya untuk sedar bahawa jika ingin berjaya, pemuzik tidak boleh bergantung kepada penjualan album semata-mata.

"Saya dan The Typewriter memang buat album studio untuk peminat tegar kami sahaja. Kami buat, rakam, terbitkan dan edarkan sendiri.

"Ringkasnya, album bagi seseorang penyanyi atau grup muzik sekarang tidak ubah seperti kad nama. Kalau seseorang individu mahu menyatakan bahawa dia wakil dari sesebuah syarikat atau perusahaan yang dilakukannya, orang itu akan bagi kad nama.

"Sama macam kami. Mahu perkenalkan diri bahawa kami penyanyi dan pemuzik yang serius, kami hasilkan dan tunjukkan album. Ini semacam identiti sahaja. Selebihnya, survival kami sebagai pemuzik harus datang daripada pelbagai cabang, perlu ada strategi lain," ujarnya.

Hormati yang lama

Masih lagi bercerita berkenaan pengisian dan falsafah yang terkandung dalam album terbaharunya itu kata Azlan, penghasilan muzik dan lirik kali ini lebih matang dan serius.

"Penghasilan album ini seratus peratus bersama band The Typewriter tanpa menjemput pemuzik lain. Kiranya kami memang rock & roll sangat. Liriknya juga tidak terbatas kepada isu Melayu sahaja tetapi tidak bercakap tentang politik.

"Saya banyak masukkan unsur realiti dalam bait-bait lirik tulisan saya. Misalnya (lirik) 'sekarang zaman hilang budaya, tersalah kata pistol jawabnya'. Itu antara lirik yang saya suka dan terkandung di dalam lagu Pasar Karat.

"Bagi penulisan lirik yang saya tulis sepenuhnya untuk album ini, saya banyak membaca tulisan arwah Loloq. Bagi saya bait-bait nukilannya untuk album solo Aku Amy oleh Amy Search cukup hebat.

"Malah saya cukup menghormati 'otai-otai' rock seperti abang Amy dan Awie kerana walaupun dengan kepelbagaian genre yang diketengahkan ketika ini, mereka berdua tetap memperjuangkan muzik yang dibawa selama ini.

"Dan saya mahu menjadi seperti mereka," tegasnya lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Koperasi teropong peluang ekuiti

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

MEMPERKASA ekonomi bumiputera sepatutnya tidak hanya bergantung kepada sektor awam dan swasta malahan mampu didukung sektor koperasi sebagai tunjang ketiga ekonomi negara ini.

Dengan pendapatan tahunan melebihi RM31 bilion dan nilai aset semasa melangkaui RM100 bilion, kerajaan sepatutnya menggunakan koperasi sebagai alat pemerkasaan ekonomi bumiputera memandangkan keberkesanannya yang terbukti, berpotensi besar dan tiada batasan untuk berkembang.

Pengerusi Koperasi Orang Kota Bharu Berhad (Coop-OKB), DATUK SHEIKH AHMAD DUSUKI SHEIKH MOHAMAD dalam wawancara bersama wartawan Utusan Malaysia, RAJMAH HASAN dan SITI AIRUNNISA ALAUI serta jurugambar HALIM KHALID, mengupas kewajaran memberi peluang kepada koperasi membeli saham-saham syarikat milik kerajaan (GLC).

Usaha itu mampu memberi manfaat kepada lebih tujuh juta ahli dalam 10,600 koperasi di seluruh negara yang 90 peratus daripadanya ialah bumiputera," katanya.

UTUSAN: Boleh jelaskan perkembangan sektor koperasi di negara ini?

SHEIKH AHMAD DUSUKI: Sektor koperasi negara kini membangun hampir dua kali ganda berbanding 2008 dengan menyumbang sebanyak RM32 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas.

Di Malaysia, sebanyak 10,600 koperasi meliputi pelbagai jenis perniagaan seperti perbankan, perladangan, perumahan, pengangkutan, perkhidmatan dan perindustrian telah didaftarkan.

Ketika ini, sektor koperasi dimantapkan dengan kekuatan anggota lebih tujuh juta orang yang mempunyai modal dan syer sejumlah RM12.5 bilion serta aset RM106.9 bilion sehingga mampu menjana perolehan RM32.97 bilion dengan kini menyumbang lima peratus kepada KDNK negara.

Keadaan itu jelas menunjukkan bahawa gerakan koperasi di Malaysia terus berkembang sebagai sebuah entiti ekonomi yang berupaya memenuhi keperluan pembangunan sosioekonomi negara.

Kerajaan sendiri mengiktiraf koperasi sebagai enjin ketiga pembangunan ekonomi negara dan mahu sektor berkenaan menyasarkan sumbangan 10 peratus KDNK menjelang 2020.

Selain pengiktirafan itu, apa yang dilakukan koperasi bagi mengekalkan peranan sebagai antara penyumbang terpenting ekonomi negara?

Setakat pengiktirafan sahaja tanpa diberi peluang, sudah tentu agak sukar untuk koperasi merealisasikan matlamat berkenaan.

Dalam hal ini, Coop-OKB menyokong penuh saranan Tokoh Koperasi 2013, Tan Sri Sanusi Junid pada 24 Disember lalu agar GLC memberi peluang kepada koperasi untuk membeli saham-sahamnya.

Cadangan itu ada asasnya kerana sektor koperasi mampu mewakili suara rakyat dalam GLC sekali gus berupaya memastikan perjalanan operasi dan urus tadbir yang lebih baik.

Bagaimanapun, senario hari ini menyaksikan kebanyakan GLC hanya memikirkan keuntungan tanpa melihat secara serius ruang dan peluang perniagaan kepada rakyat.

Kita harap kerajaan beri peluang dan menawarkan kepada koperasi saham dalam GLC. Ini bukan bermaksud kita mahu jadi pemilik tetapi kita mahu ada ekuiti dalam GLC dan berkongsi dengan kerajaan. Langkah penambahbaikan seperti itu perlu.

Sejauh mana pegangan saham dalam GLC ini dapat membantu sektor koperasi sekali gus dimanfaatkan rakyat khususnya bumiputera?

Kita yakin dengan membuka ruang kepada koperasi untuk memiliki ekuiti dalam GLC akan mengurangkan keresahan rakyat yang merasakan suara mereka tidak mendapat perhatian dalam keputusan-keputusan yang dibuat oleh GLC terutama yang berkaitan utiliti.

Contohnya, pengumuman kenaikan tarif elektrik yang secara langsung akan memberi kesan kos sara hidup rakyat. Sekiranya koperasi mempunyai saham dalam Tenaga Nasional Berhad (TNB), keputusan diambil berhubung tarif elektrik akan mengambil kira suara rakyat atau orang ramai yang diwakili koperasi.

Rakyat merasa tidak dipinggirkan dan mereka juga gembira kerana akhirnya akan menikmati keuntungan yang disalurkan menerusi dividen. Kerjasama seperti ini tidak merugikan sebaliknya menepati konsep menang-menang. Ini kerana dalam koperasi, tiada tempat untuk orang tamak.

Koperasi dapat menjadi medan menyemarakkan semangat perpaduan menerusi penglibatan semua kaum dalam aktiviti ekonomi negara.

Dengan adanya pemilikan saham dalam GLC, sektor koperasi negara juga akan mempunyai kelebihan untuk bersaing di pasaran antarabangsa.

Keuntungan daripada perniagaan oleh GLC sudah pasti dapat disalurkan kembali dalam bentuk dividen kepada koperasi dan seterusnya dapat diagihkan kepada ahli-ahli.

Sejauhmanakah cadangan ini berpotensi direalisasikan?

Ini tidak mustahil kerana semua GLC diletakkan di bawah Kementerian Kewangan yang mengawal selia dari segi dasar dan amalannya.

Dalam hal ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan boleh mengeluarkan arahan supaya GLC membuka peluang kepada koperasi memiliki saham dan saya yakin pihak koperasi di negara ini bersedia pada bila-bila masa untuk berbuat demikian.

Perbincangan segera antara GLC dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) perlu diadakan untuk mencari satu mekanisme terbaik bagi membolehkan pembelian saham oleh koperasi ini dilaksanakan secepat mungkin. Berilah peluang kepada koperasi untuk menceburi perniagaan berskala besar menerusi pembelian saham-saham bersesuaian dalam GLC.

Dalam masa sama, melalui semangat persaudaraan yang diamalkan koperasi, proses keadilan ekonomi akan dapat ditegakkan dan dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

GLC perlu mengambil pendekatan mesra rakyat dengan memberi lebih banyak peluang untuk koperasi menikmati kek ekonomi negara secara lebih adil dan telus tanpa melibatkan orang tengah.

Mungkinkah ada kekangan lain untuk ia dilaksanakan?

Landskap politik semasa membuatkan agak sukar untuk menggubal dasar tersebut.

Bagaimanapun saya yakin hasrat ini dapat dicapai kerana gerakan koperasi bukan berasaskan kepentingan individu sebaliknya melibatkan kelompok besar yang mewakili suara rakyat tanpa mengira perbezaan fahaman atau ideologi politik.

GLC milik kerajaan jadi tidak ada sebab kerajaan tidak boleh menggubal satu dasar baharu berhubung perkara ini.

Bagaimana perkongsian pintar ini dapat dilaksanakan?

GLC boleh menetapkan peruntukan khusus jumlah saham yang boleh ditawarkan kepada koperasi, contohnya 30 peratus dan kita boleh beli secara terus saham itu daripada GLC.

Jika perlu, kita wujudkan satu konsortium koperasi yang menggabungkan beberapa koperasi besar serta kecil. Badan inilah yang akan bertindak membeli saham-saham GLC untuk diagih-agihkan kepada ahli.

Bagi koperasi-koperasi kecil, mereka boleh membuat pinjaman daripada bank atau SKM untuk mengambil peluang membeli saham GLC, manakala koperasi besar yang mampu membeli saham, boleh memilih untuk untuk duduk dalam konsortium ini.

Dengan hanya 30 peratus pemilikan saham kepada koperasi, ia tidak akan menggugat pengurusan dan pentadbiran GLC. Secara tidak langsung, sebarang pertukaran polisi yang hendak dibuat GLC akan mengambil kira kehendak dan pandangan rakyat menerusi pembabitan koperasi ini.

Bagaimana maklum balas GLC berhubung cadangan tersebut?

Setakat ini respons diberikan positif dan mereka juga merasakan ia kena pada masanya dalam keadaan ekonomi dan sosial sekarang yang banyak memberi tekanan kepada orang ramai.

Saya tidak nampak sebarang sebab kukuh GLC menolak pelaksanaan ini kecuali ada kalangan mereka yang mempunyai kepentingan sendiri dalam mana-mana syarikat terbabit.

Berapa banyak lagi siri episod 'drama' Kajang?

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Oleh Hassan Mohd. Noor

DAP akan patuh, Pas akur sahaja. Itu kesimpulan yang sudah pasti diambil apabila Anwar Ibrahim dicalonkan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak lama lagi. Pada peringkat awal ini, DAP dan Pas masih boleh bersandiwara dengan memberi pelbagai alasan - tidak tahu-menahu atau tidak dibincangkan bersama rakan-rakan pakatan. Hakikatnya jawapan akhir dalam isu Kajang ini, DAP tetap DAP dan Pas tetap Pas. Apabila Anwar turun ke gelanggang, mana ada pihak yang berani menghalangnya. Suara-suara nakal seperti terkejut, tidak puas hati seperti yang dinyatakan oleh pemimpin pembangkang lain termasuk Setiausaha Agung, Lim Guan Eng (tidak pasti sudah disahkan jawatan atau bekas Setiausaha Agung) akan lenyap begitu sahaja. Mana logiknya Guan Eng berkata, beliau tidak dibawa berbincang atau tidak tahu-menahu hal berkaitan Anwar sebagai calon PRK Kajang. Hakikatnya, ayahandanya, Lim Kit Siang ada bersama Khalid Ibrahim dan Anwar semasa sidang akhbar mengumumkan calon PKR itu. Kalau Kit Siang sebagai tuan penasihat sudah ada, apa lagi yang dapat dilakukan oleh tuan setiausaha?

Begitu juga dengan kenyataan pemimpin muda Pas yang mulanya seolah-olah menentang tetapi kini semakin kendur dan akhirnya menyebabkan Pas angguk sahaja semua keputusan yang dibuat. Anwar akan terus memberi alasan yang meyakinkan sekutunya sehinggalah kepada hari pengundian. Inilah antara siri episod yang sedang dipentaskan dalam drama sandiwara Kajang ini. Malangnya tidak ada pula suara rakan-rakan pembangkang yang menyatakan inilah sandiwara sedangkan apabila berlaku pencerobohan di Lahad Datu, ada yang berkata, semuanya sandiwara walaupun hakikatnya, ada nyawa manusia yang melayang. Begitulah sikap pembangkang yang menganggap diri mereka sahaja benar dan betul dalam segala perkara. Percayalah, dalam episod seterusnya, DAP dan Pas tidak ada masalah untuk bekerja dan bersatu bagi memastikan kemenangan Anwar pada PRK ini.

Ketika itu, ramai pelakon sampingan pada episod awal akan menjadi hero atau pelakon yang memegang watak-watak utama. Ketika itu, tidak ada lagi kata-kata boikot, pengkhianat atau dosa. Semuanya akan bertukar menjadi perjuangan dan mungkin mendapat label jihad. Isu protes ini juga berlaku di Kajang pada PRU lalu tetapi akhirnya semua bersatu untuk memastikan kemenangan calon berkenaan. Apa yang perlu dilakukan oleh pakatan sekarang hanyalah untuk merasionalkan keputusan Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi Kajang. Mereka harus memadamkan persepsi pengundi Kajang bakal dijadikan bahan eksperimen politik semata-mata untuk memberi laluan kepada Anwar.

Bagi Chin Cheh, dia memang tidak ada alasan kukuh untuk mewajarkan keputusannya. Andainya seorang wanita yang sedang mengandung, usia sembilan bulan selepas pilihan raya umum (PRU), wanita itu sudah pasti melahirkan zuriat. Dalam isu Kajang, adakah Chin Cheh tidak mampu bekerja? Jika benar, apakah jaminan wakil rakyat PKR di seluruh negara yang ada sekarang benar-benar boleh bekerja? Adakah PKR sudah tersilap memilih calon di Kajang? Jika benar adakah kesilapan itu juga berlaku di tempat lain? Jika diselak kembali, episod wakil rakyat PKR letak jawatan untuk membuka laluan PRK ini bukan kali pertama. Tanpa alasan kukuh, sudah ada beberapa wakil rakyat PKR meletak jawatan. Lihat sahaja apa yang berlaku di Permatang Pauh dan Penanti (Pulau Pinang), dua kawasan yang menjadi kubu Anwar. Adakah trend Permatang Pauh sudah berjangkit ke kawasan lain dan sebagai permulaan di Selangor?

Ini satu trend yang berbahaya dan merugikan. Adakah demokrasi melalui PRU boleh diliwat, dilacur dan dirogol sesuka hati? Ramai yang masih tertanya-tanya sebab sebenar Chin Cheh meletak jawatan. Pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan kerana timbul pelbagai persoalan dalam isu ini. Hari ini umum letak jawatan, esoknya sudah ada calon gantian. Begitu juga dengan kain rentang ucapan Tahun Baharu Cina yang memaparkan wajah Chin Cheh, seolah-olah wakil rakyat itu belum terlintas mahu meletak jawatan.

Mungkin pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh membuat peraturan baharu iaitu sesiapa yang meletak jawatan tanpa sebab kukuh perlu dikenakan denda. Contohnya, jika pada PRU, SPR telah membelanjakan RM2 juta di kawasan berkenaan, maka wakil rakyat yang meletak jawatan itu perlu membayar balik RM2 juta untuk membiayai PRK itu. Langkah ini perlu bagi mengelakkan parti politik menjadikan seseorang wakil rakyat dan pengundi sebagai bahan eksperimen politik.

Bagi mewajarkan peletakan jawatan Chin Cheh, pihak pembangkang mengalihkan isu ini daripada peringkat tempatan ke peringkat nasional. Isu DUN Kajang bukan bersifat tempatan tetapi nasional. Cuma tujuannya masih sama iaitu menjadikan Anwar pemimpin bersifat negara. Kajang menjadi loncatan ke Putrajaya. Tetapi kenapa sekarang? Kenapa tidak meninggalkan Permatang Pauh pada PRU lalu dan berhijrah ke Hulu Langat atau Serdang? Apa pula nasib pengundi-pengundi di Permatang Pauh? Adakah selepas ini, sekali lagi kerusi Permatang Pauh akan dikosongkan?

Banyak lagi persoalan yang perlu dijawab. Adakah kerana Kajang sudah hampir dengan Putrajaya maka kawasan itu menjadi pilihan? Sebenarnya, paling hampir tentulah di kawasan Serdang, misalnya DUN Bangi yang kini diwakili Pas. Tentunya Anwar tidak berani mengganggu Pas. Kajang pula, pada PRU 1999 pernah diwakili ADUN Pas, Shafie Abu Bakar. Maknanya, sokongan Pas di Kajang masih kuat untuk membantu PKR mengekalkan kerusi itu pada PRK ini. Ada juga yang menjangkakan Anwar sebagai calon Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Walaupun berbuih mulut pihak sebelah sana menafikan tetapi semuanya itu adalah episod drama bersiri Kajang ini. PKR dan Anwar mungkin ada strategi lain lagi.

Seorang pemimpin muda Pas apabila bercakap mengenai perkara ini sedikit-sebanyak sudah menolak Khalid secara terhormat. Jika dulu Khalid sesuai tetapi sekarang dengan tuntutan semasa, Khalid tidak berupaya lagi.

Maka mulalah pemimpin berkenaan merapu tidak tentu pasal dengan mengaitkan pula UMNO pernah melakukan episod peletakan jawatan ini bagi membolehkan Abu Hassan Omar menggantikan Muhammad Muhd. Taib sebagai Menteri Besar. Tahukah kenapa berlaku peletakan jawatan itu? Muhammad yang kini dalam Pas mungkin boleh menjelaskannya. Apakah pandangan Pas ketika itu jika Muhammad masih kekal sebagai MB? Tetapi apa yang berlaku dalam PKR bukan kerana Menteri Besar sekarang menghadapi masalah sama yang dihadapi Muhammad. Maka apa kaitan kerusi Kajang untuk PKR memperbaiki masalah dalaman jika ada? Sejauh mana kerusi Menteri Besar tergugat tanpa mengganggu kerusi Kajang? Apakah implikasinya jika Menteri Besar dikekalkan dan kerusi Kajang tidak diganggu? Sejauh mana pula kerusi Kajang relevan dengan Putrajaya? Masih banyak persoalan yang perlu diselesaikan dalam episod drama Kajang ini. Pengundi-pengundi Kajang dan rakyat seluruhnya masih menanti dengan minat apakah kesudahan drama ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Cinta dan benci bas

Posted: 02 Feb 2014 07:30 AM PST

Kelolaan RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my

GEOFF Price, 63, memiliki hobi yang unik iaitu mengumpul mainan bas dan koleksinya kini lebih 13,000 model. 'Hartanya' ini memenuhi rumah sekali gus melayakkan namanya tertulis dalam Guinness World Records.

Pelbagai model bas dari seluruh dunia berada dalam koleksinya dan ada yang berusia lebih 100 tahun.

Terdiri daripada pelbagai bahan seperti kayu, seramik, kaca dan besi, Geoff turut memiliki mainan bas setinggi 10 kaki.

Namun, walau cinta yang mendalam terhadap mainan bas, ironinya Geoff yang berasal dari West Midlands, England tidak gemar menaiki bas.

Ujarnya, pengangkutan bas tidak boleh diharapkan dan kurang praktikal. Hanya sekali sahaja dia pernah menaiki bas iaitu ketika keretanya rosak.

Walaupun begitu, ia tidak sesekali mengurangkan cintanya kepada koleksi berkaitan bas tidak kira mainan mahupun barang hiasan.

Geoff dan isterinya, Linda sanggup mengelilingi dunia demi memburu koleksi tersebut dan dianggarkan nilai koleksinya melebihi £500,000 (RM2.7 juta)!

Model pertama koleksinya merupakan Dinky Half Cab Coach, hadiah daripada ibu bapanya bersempena hari jadinya pada tahun 1958.

Cerita Geoff, sejak koleksi bas yang dimilikinya semakin bertambah, dia sudah berpindah rumah sebanyak tiga kali bagi mencari rumah yang sesuai untuk menyimpan koleksinya.

Rumahnya sekarang yang mempunyai lima buah bilik tidur tidak dapat menampung jumlah kenderaan miliknya itu.

Geoff lalu mengubah-suai garaj rumahnya menjadi dua tingkat kerana tidak sanggup berpindah lagi.

Linda yang amat menyokong hobi suaminya itu turut bersama-sama memburu koleksi bas dan menyusunnya di sekeliling rumah, kecuali di bahagian ruang tamu yang merupakan `kawasan larangan bas'.

Selain mengumpul mainan bas, Geoff dan Linda turut sering menganjurkan pameran pengumpul mainan di tempatnya.

Slug: 020214-obsesi-bas 0

Nenek kebayan merayau di asrama

Posted: 02 Feb 2014 07:30 AM PST

KEJADIAN ini berlaku di asrama Maktab Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Tengah hari itu, semua pelajar lelaki pergi bersolat Jumaat di masjid berhampiran, kecuali seorang. Pelajar yang agak nakal ini cuba untuk ponteng. Dia menyorok di dalam almari pakaian dengan harapan tidak dapat dikesan warden.

Tetapi entah bagaimana, pelajar tersebut telah tertidur. Apabila sedar, hari sudah lewat petang. Pelajar itu menolak pintu almari, namun gagal. Rupa-rupanya pintu telah terkunci dari luar. Mungkin secara tidak sengaja, atau dikunci oleh rakan-rakan yang tidak sedar dia sedang bersembunyi di dalamnya.

DAM! DAM! DAM!

Pelajar tersebut terus mengetuk pintu almari dan memanggil kawan-kawannya. Sunyi sepi. Namun tidak seperti biasa, hari itu tiada suara yang menyahut panggilannya. Rupa-rupanya, semua penghuni asrama telah pulang ke kampung kerana hari itu adalah hari terakhir persekolahan!

Kini tinggallah dia keseorangan. Tiada siapa dapat membantunya. Akibat suhu yang panas dan kekurangan udara, pelajar berkenaan akhirnya mati kelemasan.

Tragedi itu memulakan kisah misteri yang berlaku di asrama elit tersebut, sampailah hari ini. Kalau ada pelajar tidur di katilnya, arwah akan baring di sebelah mereka. Pintu almari juga akan diketuk-ketuk dari dalam, biasanya pada hari Jumaat dan lewat malam.

Kisah ini belum berakhir. Di sebuah asrama Maktab Rendah Sains Mara di Perak pula berlaku satu kejadian menakutkan. Dini hari itu, seorang pelajar mengejutkan kawan di sebelah katil untuk menemaninya ke bilik air.

"Aku takutlah... aku dengar cerita tandas kita berhantu," kata pelajar yang hendak ke tandas itu.

Sahabatnya tidak menjawab, hanya tersenyum dan menemaninya ke tandas. Selepas membuang hajat, pelajar pertama itu pergi ke singki untuk membasuh muka. Sebaik-baik paip dibuka dia terkejut. Yang keluar bukannya air, tetapi darah!

Dia menjerit memanggil sahabatnya yang masih di dalam bilik air. Tetapi suara yang menyahut panggilannya amat menakutkan. Garau dan pelik. Pelajar yang sedang ketakutan itu terus mengetuk pintu bilik air untuk mengajak kawannya pulang. Dan, kreeet...

Pintu terbuka, tetapi yang muncul bukanlah sahabatnya, sebaliknya lembaga berambut panjang, bermuka hodoh dan bermata merah. Pelajar itu pengsan di situ juga!

Sebuah asrama puteri di Kelantan pula terkenal dengan kisah seorang nenek yang duduk di atas almari sambil menggoyang-goyangkan kakinya.

Mengikut cerita, suatu malam seorang pelajar menyanyi-nyanyi seorang diri. Tiba-tiba pelajar itu terdengar ada suara pelik mengiringi nyanyiannya. Suara itu seperti suara seorang nenek dan alunannya amat meremangkan bulu roma.

Pelajar itu cepat-cepat menarik selimut dan memejamkan matanya. Dia cuba melelapkan mata tetapi gagal.

"Katil nombor satu dah tidur. Katil nombor dua dah tidur. Katil nombor tiga... pura-pura tidur!" tiba-tiba kedengaran suara seorang perempuan tua.

Pelajar itu menjengukkan kepala dan terkejut apabila melihat ada seorang nenek duduk di atas almari sambil menggoyang-goyangkan kaki dan memandang ke arahnya.

Menggerunkan

Anda pernah dengar cerita ini? Pasti pernah, bukan. Semua kisah misteri yang diceritakan itu ialah kisah-kisah seram yang sangat popular dalam kalangan pelajar asrama. Tanyalah kepada para pelajar asrama di mana-mana juga di

negara ini, rata-rata tahu akan cerita tersebut.

Cuma persoalannya, adakah kejadian-kejadian itu benar-benar berlaku? Kalau berlaku, di mana?

Saya sengaja letakkan lokasi asrama-asrama tertentu, tetapi anda pergilah ke asrama berkenaan, pasti mereka menafikannya. Sebab, memang tidak ada kejadian seumpama itu berlaku di sana. Sedangkan, cerita yang sampai ke telinga kita mengatakan, memang kejadian tersebut berlaku di asrama berkenaan.

Mengapa ini terjadi? Dalam bidang kajian paranormal, kisah-kisah itu dikategorikan sebagai urban legends, atau lebih mudah difahami, cerita dongeng seram popular. Di Barat, ia dipanggil urban legends (dongeng bandaran), tetapi dalam konteks negara kita, istilah tersebut agak kurang sesuai.

Kembali kepada topik perbincangan kita: Perhatikan, cerita dongeng seram popular ini mempunyai beberapa ciri.

Pertama, ia berlaku kepada kawan kepada kawan, bukan kepada pencerita itu sendiri. Sebagai contoh, cerita tersebut disampaikan oleh pelajar bernama Maria.

Kata Maria, ia berlaku kepada kawannya, Shima. Apabila ditanya kepada Shima, pelajar itu mengatakan, sebenarnya ia terjadi kepada kawannya yang lain, Aishah. Begitulah seterusnya... tiada penghujung.

Untuk pengetahuan anda, apa yang sebenarnya berlaku adalah dalam rantaian sahabat itu, mereka saling mempercayai. Jadi bagi meringkaskan cerita, si A akan memendekkannya dengan berkata, ia berlaku kepada sahabatnya, B. Sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Cerita dongeng seram popular ini ringkasnya tidak diketahui berlaku kepada siapa, dan di mana. Ia tersebar dari mulut ke mulut, ke serata pelosok daerah.

Kedua, terdapat pelbagai versi. Sebagai contoh, ada versi mengatakan sebenarnya cerita seram di tandas itu berlaku ketika menjelang subuh. Pelajar lelaki itu pula melihat darah keluar daripada paip singki semasa mahu memberus gigi.

Versi lain pula mengatakan dia tidak pengsan di tandas, tetapi di dorm apabila mendapati kawannya itu sebenarnya sedang nyenyak tidur. Begitulah juga dengan kisah-kisah seram lain.

Ketiga, urban legends mengandungi pengajaran moral dan amaran. Misalnya, cerita pertama untuk menakutkan pelajar supaya jangan ponteng sembahyang Jumaat. Cerita nenek di atas almari pula bertujuan menakut-nakutkan pelajar supaya tidur pada waktu yang ditetapkan oleh pihak asrama.

Ciri keempat, cerita itu sangat aneh, janggal dan kadang kala lucu. Perhatikan cerita pertama itu. Tidak logik langsung ada pelajar yang sanggup menyorok di dalam almari untuk ponteng sembahyang Jumaat.

Tidak masuk akal pintu almari boleh terkunci dari luar, begitu juga tidak mungkin pelajar tersebut tidak dengar kawan-kawannya yang lain bergelak ketawa, berbual serta sibuk mengemas barang sebelum pulang ke kampung masing-masing.

Kisah-kisah urband legends ini lebih kurang sama cirinya dengan kisah hantu kum kum, hantu stoking dan lelaki tua penyabit kepala. Kisah-kisah itu sangat menarik dan kononnya ia berlaku di sesebuah tempat. Namun apabila dijejaki, semuanya palsu.

Hakikatnya, apa yang berlaku ialah semua kisah tersebut tersebar kerana ia menjadi bahan cerita paling digemari semasa para penghuni asrama ini berkumpul sebelum memejamkan mata. Ada juga dikatakan, antara cerita itu yang sebenarnya telah diubah suai daripada kisah-kisah urban legends di luar negara.

Anda tak percaya? Kalau ada mana-mana pelajar asrama yang betul-betul pernah mengalami kejadian seram seperti itu, saya cabar... sila hubungi saya sekarang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Galak guna pengangkutan awam

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Sebahagian warga kota yang menyertai KL'xtra Pagi Bebas Kenderaan, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN

KUALA LUMPUR 2 Feb.- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengurangkan penyediaan tempat letak kereta di bangunan-bangunan komersial menerusi penetapan baharu standard piawaian perancangan untuk pembangunan akan datang.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, langkah tersebut diambil dalam usaha mengurangkan kemasukan kenderaan ke pusat bandar.

Menurutnya, berdasarkan syarat baharu itu hanya setiap 1,000 meter persegi sahaja membolehkan satu lot tempat letak kereta diwujudkan berbanding setiap 500 meter persegi sebelum ini.

"Inisiatif berkenaan bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dalam bandar dan amalan gaya hidup sihat.

Ahmad Phesal Talib (hadapan) bersama-sama sebahagian warga kota berbasikal sempena Program Car Free Morning kedua di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, semalam.

"Turut terlibat kawasan-kawasan berhampiran stesen transit aliran ringan (LRT) yang akan dikurangkan sebanyak 30 peratus daripada jumlah lot tempat letak kereta dalam jarak 200 meter dari stesen," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program 'Car Free Morning' kedua, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Trafik Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM), Datuk Naim Mohamad dan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz.

Terdahulu beliau menyertai aktiviti berbasikal bersama kira-kira 2,500 peserta,.

Acara dua jam bermula 7.30 pagi itu disertai peserta yang datang bersama keluarga dan rakan sambil berbasikal, berjalan kaki dan berkasut roda.

Sempena program itu juga beberapa jalan terlibat ditutup.

Antaranya, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang, Jalan P.Ramlee dan Jalan Tun Perak.

Tambah Ahmad Phesal, , penetapan baharu jumlah tempat letak kereta berdasarkan piawaian perancangan pembangunan akan dilaksanakan terhadap mana-mana permohonan pembangunan komersial bermula tahun ini.

"Walaubagaimanapun bagi pengurangan lot tempat letak kereta dari stesen LRT telah pun dilaksanakan sejak lebih setahun lalu," jelasnya.

Mengulas mengenai penganjuran program 'Car Free Morning' beliau berkata, ia membuktikan kesungguhan DBKL dalam menyediakan ruang terbaik di tengah-tengah pusat bandar sebagai lokasi riadah terutama kepada warga kota.

Kempen yang dijalankan pada hari Ahad pertama setiap bulan ini adalah antara langkah untuk mengurangkan pelepasan asap karbon dioksida di dalam bandar.

Hari Wilayah: Warga kota rebut ganjaran

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Orang ramai beratur panjang untuk menaiki bot yang ditawarkan percuma sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan sepanjang Februari ini di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Warga kota tidak melepaskan peluang memanfaatkan ganjaran yang ditawarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepanjang bulan ini sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Antaranya, menaiki bot dan pony ride di Taman Tasik Titiwangsa, penggunaan kemudahan sukan seperti gelanggang futsal, tenis, badminton , squash dan penggunaan tandas awam DBKL.

Turut ditawarkan semua kompaun trafik sebanyak RM30.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati taman berkenaan menjadi tumpuan warga kota membawa ahli keluarga beriadah, walaupun terpaksa beratur panjang untuk menaiki bot disediakan.

Seorang pekerja swasta, Mazlina Rais, 40, menyifatkan tawaran itu sebagai usaha menggalakkan lagi warga kota melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.

"Saya memang selalu datang ke sini bersama-sama ahli keluarga terutama pada sebelah petang setiap hujung minggu.

" Tawaran ini saya anggap sebagai hadiah yang tidak ternilai," kata ibu kepada empat orang anak itu.

Pekerja swasta, Rozaidi Ramli, 38, pula berkata, dia sememangnya tidak sabar untuk menyambut Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Februari setiap tahun itu.

Katanya, ini kerana sempena sambutan itu pelbagai ganjaran menarik ditawarkan kepada warga kota.

"Walaupun tiada insentif baharu ditawarkan tahun ini, usaha DBKL mengekalkan tawaran percuma seperti menaik bot dan pony ride serta semua kompaun trafik sebanyak RM30 ia sudah cukup baik,"katanya.

Turut sependapat dengan Rozaidi, Mekahinda Nasor, 38.

Katanya, pemberian 'goodies' dan penganjuran pelbagai aktiviti melibatkan warga kota itu sekurang-kurangnya memberi peluang mereka menghayati perayaan itu.

"Saya berharap warga kota dapat memanfaatkan tempoh tawaran yang diberikan ini sebaik mungkin,"katanya.

SPUK: Perkasa kemahiran, tambah pendapatan usahawan kecil WP

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

SEBAHAGIAN peserta kursus kecantikan SPUK bergambar selepas penyampaian sijil tamat kursus di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Kira-kira 46 peserta menyertai kursus kecantikan melalui Skim Pembangunan Usahawan Kecil (SPUK) anjuran Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), baru-baru ini.

Pengurus Bahagian Perancangan & Pembangunan Komuniti YWP, Ida Harlina Ikhwan Nasir berkata, program itu merupakan inisiatif berterusan yayasan untuk memperkasakan kemahiran dan menambah pendapatan usahawan-usahawan kecil di seluruh wilayah ini.

"Semua peserta diharapkan dapat mengamalkan teknik dan ilmu yang dipelajari.

"Saya percaya hanya kemahiran akan membezakan tahap marhalah dan pendapatan seseorang usahawan," katanya pada majlis penutupan dan penyampaian sijil kepada 46 peserta di sini.

Kursus yang dikendalikan Akademi Jemari itu memfokuskan kepada dua jenis kursus iaitu Solekan & Dandanan Rambut, Tudung dan Spa & Rawatan Muka.

Sepanjang kursus selama empat hari itu peserta diberi pendedahan secara praktikal bertujuan meningkatkan kemahiran serta kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.

Peserta juga dibekalkan dengan peralatan dan keperluan untuk dipraktikkan dan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, khususnya secara bergerak atau dari rumah.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved