Ahad, 2 Februari 2014

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Exco: Kerajaan Kedah tunggu pengesahan MCA

Posted: 01 Feb 2014 10:59 AM PST

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

Mukhriz Tun Dr. Mahathir mendapat buah limau dari Dewa Keewangan setibanya ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA negeri Kedah di Alor Setar, semalam. - MINGGUAN/ISMAIL KAMADIN

ALOR SETAR 1 Feb. - Kerajaan negeri Kedah perlu menunggu pengesahan MCA Pusat sebelum melantik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu sebagai Exco.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, pihaknya telah bersedia pada bila-bila masa dan tidak keberatan untuk membuat pelantikan tersebut jika menerima pengesahan.

"Saya difahamkan, dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA Pusat (baru-baru ini), ada beberapa keputusan yang mereka buat tetapi masih ada dua tiga perkara yang ingin mereka selesaikan terlebih dahulu.

"Ada juga keputusan yang bersangkut paut dengan pelantikan Exco tetapi saya perlu pengesahan MCA Pusat sebelum pelantikan peringkat negeri dapat dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kedah di Tanjung Bendahara di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Presiden Gerakan, Dr. Cheah Soon Hai; Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dan lain-lain jemputan.

Berikutan prestasi buruk MCA pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu, mesyuarat agung parti itu sebelum ini melarang anggotanya memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

Namun pada 20 Oktober lalu, resolusi mesyuarat agung luar biasa parti itu pula membenarkan anggotanya menerima pelantikan jawatan peringkat kerajaan negeri.

Kedah mempunyai dua ADUN daripada MCA iaitu Dr. Leong Yong Kong (Gurun) dan Chua Thiong Gee (Kulim).

Sementara itu, Mukhriz memberitahu, kerajaan negeri bersedia menjalin kerjasama dengan Dewan Perhimpunan Cina Kedah untuk menganjurkan pesta tanglung dalam usaha mengeratkan hubungan pelbagai kaum di negeri ini.

"Saya telah bercakap dengan Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Kedah, Datuk Cheng Lai Hock mengenai cadangan untuk menjadikan pesta tanglung sebagai salah satu acara yang dapat mengeratkan hubungan antara kaum.

"Saya lihat perkara ini sebagai baik dan meminta pihak beliau mengemukakan kertas kerja untuk kita bincangkan di peringkat Exco," katanya.

Manfaatkan program Jimat Belanja Dapur

Posted: 01 Feb 2014 10:59 AM PST

KANGAR 1 Feb. - Orang ramai disaran mengambil kesempatan berbelanja di pasar tani yang menganjurkan program Jimat Belanja Dapur kerana pengguna ditawarkan dengan penjimatan harga antara lima hingga 20 peratus berbanding pasar awam bagi 20 jenis komoditi terpilih.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian negeri, Ahmad Bakri Ali berkata, antara komoditi itu termasuk cili merah yang 10 peratus lebih murah, kobis bulat (20 peratus), tomato (10 peratus) serta bawang kecil dan bawang besar India (10 peratus).

"Pasar Tani Taman Sena Indah pada setiap Sabtu dan Ahad serta Pasar Tani Simpang Empat pada setiap Khamis merupakan antara 40 pasar tani di seluruh negara yang melaksanakan program Jimat Belanja Dapur di sepanjang tahun," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program Jimat Belanja Dapur 2014 dan Pasar Tani Khas Tahun Baharu Cina peringkat negeri anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Tapak Pasar Tani Taman Sena Indah di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah FAMA negeri, Shahrizal Sudiman dan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, Khairul Amin Talib.

Ahmad Bakri berkata, program Jimat Belanja Dapur merupakan langkah kerajaan untuk menangani kos sara hidup yang semakin meningkat selain mendidik rakyat untuk berbelanja secara berhemah.

Katanya, kenaikan harga komoditi biasa berlaku akibat kekurangan bekalan disebabkan faktor cuaca seperti hujan dan musim tengkujuh.

"FAMA berusaha menangani masalah ini termasuk melaksanakan program Jimat Belanja Dapur di pasar tani terpilih," katanya.

Berikutan itu katanya, FAMA akan mengimport kobis, tomato, cili merah dan bawang India untuk diagihkan bekalan kepada usahawan yang mengikuti program berkenaan.

Katanya, bagi program jangka panjang pula, FAMA akan menyimpan stok untuk komoditi terpilih seperti cili merah dan tomato.

"Stok komoditi ini akan dibeli pada bulan Oktober untuk 'dilepaskan' bagi menstabilkan harga dalam pasaran pada November atau Disember," katanya.

Selain itu katanya, FAMA juga bersedia membekalkan barangan terpilih terus kepada peruncitnya di pasar tani.

"Tujuannya untuk mengurangkan kebergantungan peruncit kepada orang tengah sekali gus dapat menjual dengan lebih murah kepada pengguna," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved