Selasa, 24 Mei 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Isu kos stadium selesai

Posted:

Isu kos stadium selesai

Isu kos stadium selesai

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Isu siapa harus menanggung kos penalti RM500,000 akibat penangguhan kerja memperbaiki trek Stadium Nasional, Bukit Jalil selesai semalam selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akhirnya mencapai formula yang akan menguntungkan kedua-dua pihak.

FAM tidak perlu mengeluarkan wang untuk membayar penalti, sebaliknya badan bola sepak kebangsaan itu akan menyewa stadium berkenaan untuk enam perlawanan dan bayaran sewa tersebut sudah cukup bagi menampung kos penangguhan, kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Perlawanan yang bakal diadakan di Stadium Nasional sepanjang Jun dan Julai nanti adalah final Piala FA di antara Terengganu dan Kelantan (11 Jun), kelayakan Sukan Olimpik 2012 (menentang Lebanon, 19 Jun), kelayakan Piala Dunia (Taiwan, 29 Jun) serta tiga perlawanan melibatkan kelab Liga Perdana England - Arsenal (13 Julai), Chelsea (21 Julai) dan Liverpool.

Malah kata Azzuddin, perlawanan boleh bertambah menjadi tujuh sekiranya Malaysia mengalahkan Taiwan pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia, sekali gus menempah pertemuan dengan Singapura.

Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Putrajaya kelmarin, yang disifatkan oleh Azzuddin sebagai penyelesaian adil dan situasi 'menang-menang' buat kedua-dua pihak.

"FAM akan bayar sewa seperti biasa, termasuk untuk tiga perlawanan menentang kelab Liga Perdana England, tentang bagaimana pihak stadium hendak menyelesaikan pembayaran kos penangguhan kepada kontraktor, itu terserah kepada mereka.

"Bagaimanapun hasil sewa untuk enam perlawanan yang bakal diadakan nanti cukup untuk menampung bayaran RM500,000 yang dikenakan, namun KBS dan pihak stadium masih berunding untuk cuba mengurangkan penalti,'' kata Azzuddin ketika ditemui pada majlis pengumuman Jelajah Arsenal ke Malaysia di sini, semalam.

Jelas Azzuddin lagi, tiada kadar tambahan dikenakan ke atas sewa kesemua perlawanan itu kerana KBS dan FAM berkongsi matlamat yang sama iaitu menyokong bola sepak tempatan.

"FAM ingin menyatakan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan kerana membenarkan kami menggunakan Stadium Nasional, ia adalah demi kepentingan bola sepak negara, pemain serta peminat,'' katanya.

Kenyataan Azzuddin itu turut disokong Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang menganggap isu Stadium Nasional kini selesai dan pembayaran yang diberikan badan bola sepak itu dapat membantu pihak perbadanan stadium.

Mengenai berapa kos sebenar yang perlu dikeluarkan oleh FAM untuk sewa kesemua perlawanan tersebut, Tengku Abdullah menegaskan, perkara tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.

"Yang penting ia selesai dan kami ingin mengucapkan terima kasih di atas kerjasama Menteri kerana membenarkan kami menggunakan stadium tersebut,'' ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gunners janji bawa skuad terbaik

Posted:

Gunners janji bawa skuad terbaik

Gunners janji bawa skuad terbaik


Tengku Abdullah (kanan) menerima jersi Arsenal yang tertera nama baginda daripada Tom Fox pada sidang media mengumumkan kedatangan kelab Liga Perdana England itu dalam Jelajah Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR - Gergasi bola sepak England, Arsenal yakin penyokong Gunners di Malaysia akan menyambut hebat kedatangan mereka ke Kuala Lumpur pada 13 Julai ini, sekalipun kelab London itu diselubungi kemarau gelaran sejak enam tahun lalu.

Juara Liga Perdana 13 kali itu juga mengambil serius aksi persahabatan menentang Malaysia XI di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan memberi jaminan akan membawa skuad terbaik, termasuk ketua pasukan, Cecs Fabregas.

Meskipun pengurus, Arsene Wenger berkata perjalanan jauh menyebabkan pemain keletihan, Arsenal meneruskan rancangan ke Malaysia, iaitu kunjungan pertama ke negara ini selepas 12 tahun.

Gunners percaya pertemuan dengan juara Piala Suzuki AFF, Malaysia mampu memberi persediaan terbaik sebelum memulakan musim baru yang mencabar, kerana mereka memulakan kempen Liga Juara-Juara 2011/2012 dari pusingan kelayakan berikutan kegagalan menamatkan EPL pada kedudukan tiga terbaik.

"Sejarah membuktikan, Arsenal mempunyai penyokong setia sekalipun ketika kami berdepan situasi sukar. Kami mempunyai program pemasaran global yang baik dan memiliki ramai peminat di rantau Asia.

"Ini bukan perlawanan persahabatan biasa tetapi persiapan penting untuk Arsenal sebelum memulakan musim baru, saya percaya, pengurus pasti membawa semua pemain terbaiknya ke Malaysia,"kata Ketua Pegawai Komersial Arsenal, Tom Fox pada sidang akhbar semalam.

Turut hadir Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, Pengarah Komunikasi Arsenal, Mark Gonnella dan Pengarah Urusan ProEvents International Sdn. Bhd., San Boon Wah.

Ini merupakan kunjungan keempat Arsenal ke Kuala Lumpur sejak 1968, namun yang pertama sejak 1999. Malaysia menjadi destinasi sulung mereka dalam jelajah Asia. Kelab London itu turut bercadang mengadakan perlawanan di China.

Tiket berharga RM58, RM68, RM108 dan RM388 (VIP) mula dijual pada Jumaat 27 Mei. Ia boleh diperoleh menerusi talian Ticketpro, 03-78807999 atau laman web, www.ticketpro.com.my, selain butik Nike terpilih. Setiap pembelian tiket mendapat pas latihan percuma.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Hanya satu kes simbah asid

Posted:

Hanya satu kes simbah asid

Hanya satu kes simbah asid

Oleh ROZIANAH RISMAN
pengarangutusan@utusan.com

PETALING JAYA 24 Mei - Polis Selangor menerima banyak laporan berhubung kejadian simbah asid bagaimanapun hanya satu insiden yang dilaporkan benar-benar berlaku di negeri itu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kejadian dilaporkan itu hanya melibatkan mangsa yang disimbah menggunakan cecair pencuci.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Ampang pada Mac lalu.

"Cecair itu tidak memberi kesan kecederaan kepada mangsa. Buat masa ini tiada kejadian terbaru dilaporkan," katanya ketika ditemui pada majlis dialog bersama penduduk Bandar Puteri, Puchong, di sini hari ini.

Sementara itu, pada majlis tersebut beliau menekankan kepentingan komuniti kepolisan di dalam menangani aktiviti jenayah dan semangat kejiranan dalam mewujudkan masyarakat yang selamat.

"Kejayaan polis di dalam membanteras kegiatan jenayah banyak dibantu oleh masyarakat yang cepat bertindak melaporkan sebarang kejadian jenayah.

"Mereka turut menunjukkan sikap sebuah komuniti yang matang dimana mereka saling mengenali antara satu sama lain," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemuda maut, kereta dirempuh lori

Posted:

Pemuda maut, kereta dirempuh lori

Pemuda maut, kereta dirempuh lori

Oleh ROZIANAH RISMAN
pengarang@utusan.com.my


Orang ramai melihat keadaan lori dan sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan maut di Lebuh Raya Persekutuan, Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA 24 Mei - Seorang pemuda maut setelah kereta dipandunya tiba-tiba dirempuh dari belakang oleh sebuah lori yang kerosakan brek sebelum diseret sejauh kira-kira 150 meter di Jalan Kewajipan, di Lebuh Raya Persekutuan, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu berlaku ketika kereta mangsa, Sabaruddin Junus, 34, jenis Proton Saga sedang bergerak perlahan menghala ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS).

Lori yang dipandu laju, kemudian merempuh belakang kereta mangsa sebelum diseret hingga ke tepi jalan.

Berikutan rempuhan kuat itu, Sabaruddin yang berasal dari Sabah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh anggota badan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, kemalangan itu turut melibatkan tiga kenderaan lain di hadapan kereta mangsa.

Katanya, pemandu kesemua kenderaan itu dan lori terbabit berusia 20-an hanya mengalami kecederaan ringan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Undi golongan ulama berpecah

Posted:

Undi golongan ulama berpecah

Undi golongan ulama berpecah

Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 24 Mei - Berpecahkah undi golongan ulama bagi jawatan Timbalan Presiden Pas?

Itulah persoalan yang timbul apabila seorang lagi calon daripada golongan berkenaan mengesahkan bertanding jawatan itu pada pemilihan parti bulan depan.

Ia berikutan keputusan Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan kesediaan merebut jawatan Timbalan Presiden yang akan dipertahankan oleh Nasharudin Mat Isa.

Kedua-dua mereka yang merupakan daripada golongan ulama setakat ini akan bersaing bersama wakil golongan profesional, Mohamad Sabu.

Tuan Ibrahim yang merupakan Pesuruhjaya Pas Pahang dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau akur dengan kehendak para perwakilan menerusi jumlah pencalonan yang diterima walaupun selama ini lebih berminat meneruskan kerja-kerja dalam parti sebagai Naib Presiden.

"Kelmarin saya menerima surat rasmi daripada Jawatankuasa Pemilihan parti yang memaklumkan saya mendapat pencalonan untuk dua jawatan iaitu timbalan presiden dan naib presiden.

"Setelah melihat kepada jumlah pencalonan untuk jawatan timbalan presiden lebih besar maka saya memutuskan memilih pencalonan untuk jawatan timbalan presiden dengan hati yang terbuka dan menyerahkannya kepada perwakilan untuk membuat keputusan," katanya melalui kenyataan yang disiarkan dalam blognya.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau tidak bercadang menyatakan jumlah pencalonan yang diterima sebaliknya menjelaskan jumlah tersebut memerlukan beliau memikirkan sedalam-dalamnya sebelum membuat sebarang keputusan.

"Sebagai seorang pekerja parti, saya melihat keadaan ini sebagai kehendak sebahagian daripada ahli parti di peringkat akar umbi yang perlu dipertimbang, dihormati dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja," ujarnya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang telah mencalonkan beliau sewaktu mesyuarat di peringkat bahagian.

"Dengan rendah diri, saya sedar saya bukanlah calon terbaik berbanding calon-calon lain yang jauh lebih layak daripada saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sejak sekian lama," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Husam umum rebut jawatan naib presiden

Posted:

Husam umum rebut jawatan naib presiden

Husam umum rebut jawatan naib presiden

KUALA LUMPUR 24 Mei — Anggota Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan Pas bulan depan.

"Atas perkembangan dalam dan luar parti, saya dengan penuh rasa rendah diri mengumumkan untuk menerima pencalonan bagi jawatan naib presiden," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau menjelaskan pada mulanya beliau hanya bercadang bertanding jawatan anggota jawatankuasa (AJK) pusat tetapi pengumuman Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersetuju untuk bertanding jawatan timbalan presiden, menyebabkan beliau menimbangkan semula pendiriannya.

"Ini terutamanya pandangan perlunya satu wakil Kelantan di peringkat yang lebih tinggi di dalam parti," jelas beliau.

Selain Husam, penyandang Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan, Idris Ahmad turut menyatakan mereka akan bertanding jawatan naib presiden.

Pemimpin lain yang layak bertanding naib presiden tetapi belum menyatakan pendirian mereka ialah Bendahari Agung, Dr. Hatta Ramli; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; anggota Exco Kelantan, Datuk Nik Amar Nik Abdullah; AJK Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Setiausaha Dewan Ulama, Nik Zawawi Nik Salleh dan Mazlan Aliman.

Mazlan mengesahkan hari ini tidak akan bertanding jawatan naib presiden sebaliknya hanya akan menerima pencalonan bagi AJK.

Kesemua calon untuk jawatan tertinggi mesti mengesahkan kesediaan mereka untuk bertanding sebelum Khamis ini.

Jawatankuasa pemilihan dijangka mengumumkan calon yang layak bertanding Jumaat ini sementara pemilihan akan dijalankan semasa muktamar dari 3 hingga 5 Jun. — BERNAMA.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Ahli MHP kutuk skandal video

Posted:

Ahli MHP kutuk skandal video

Ahli MHP kutuk skandal video

ISTANBUL 24 Mei - Seramai 17 pemimpin cawangan Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) di Baskale, Van mengutuk skandal rakaman video lucah yang menyebabkan 10 pemimpin tertinggi parti itu meletakkan jawatan mereka.

Ketua cawangan parti tersebut, Omer Bozkurt (gambar) berkata, mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti yang tidak pernah memberikan sokongan.

''Kami meletakkan jawatan kami kerana sudah hilang kepercayaan ke atas kepimpinan parti.

''Saya bersama 16 anggota lembaga eksekutif tempatan lain sudah memaklumkan keputusan kami kepada Lembaga Pilihan Raya Daerah semalam,'' katanya di sini semalam..

Sementara itu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa wujud satu 'pergerakan sulit dalaman' yang menjadi mendalangi 'operasi membentuk semula' pentadbiran Parti Pergerakan Nasionalis (MHP).

Beliau yang juga ketua parti pemerintah, Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) bagaimanapun tidak mengulas lebih lanjut mengenai kumpulan yang dirujuknya itu.

"Mereka cuba untuk membentuk semula MHP dengan cara yang kotor iaitu menggunakan skandal video seks.

"Ini adalah satu tindakan yang tidak baik dan berbahaya kepada politik negara ini dan saya minta MHP menamatkan kerjasama dengan Parti Republik Rakyat (CHP) untuk membantu anggota kumpulan ini," katanya di Bursa semalam.

Erdogan turut menggesa pentadbiran dan akar umbi MHP menyokong AKP dalam memerangi kumpulan pergerakan sulit ini.

"Pasukan keselamatan, kumpulan perisikan dan badan kehakiman akan berusaha menghapuskan komplot kotor ini, tetapi saya harap pemimpin dan penyokong MHP akan turut menyokong usaha ini sebelum ia terlambat.

Seramai 10 pemimpin kanan MHPu meletakkan jawatan ekoran skandal video peras ugut dan seks, Sabtu lalu. - AGENSI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

252 penerbangan dibatal akibat gunung berapi Iceland

Posted:

252 penerbangan dibatal akibat gunung berapi Iceland

252 penerbangan dibatal akibat gunung berapi Iceland

LONDON 24 Mei - Sebanyak 252 penerbangan dibatalkan hari ini selepas tiupan angin membawa kepulan debu yang dihamburkan dari gunung berapi di Iceland ke arah Britain.

Tidak sampai setahun letusan gunung berapi di Iceland yang memaksa penutupan besar-besaran ruang udara Eropah, syarikat penerbangan Britain, British Airways merupakan pihak yang pertama menunda penerbangan dari London ke Scotland, hari ini.

Syarikat penerbangan Belanda, KLM; syarikat Ireland, Aer Lingus dan penerbangan tambang murah, Easyjet turut mengambil langkah sama, manakala beberapa penerbangan ke Newcastle turut dibatalkan.

Jabatan Kaji Cuaca memberi amaran kepulan debu itu dijangka tiba di tanah besar Eropah lewat minggu ini, mengancam beberapa acara besar yang dirancangkan termasuk sidang kemuncak Kumpulan Lapan (G8) sehingga perlawanan akhir bola sepak Liga Juara-Juara antara Barcelona dan Manchester United.

Syarikat penerbangan bajet rendah, Ryanair bagaimanapun menyatakan akan terus beroperasi penerbangan ke Scotland sehingga tengah hari walaupun Pihak Berkuasa Penerbangan Ireland (IAA) memberi nasihat agar ia tidak berbuat demikian.

British Airways dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil keputusan sebagai langkah berjaga-jaga untuk tidak meneruskan sebarang operasi penerbangan antara London dan Scotland hari ini ekoran ramalan debu gunung berapi di ruang angkasa Scotland.

''Ketika ini, penerbangan lain tidak terlibat dalam tindakan ini,'' kata kenyataan itu.

Antara mangsa berprofil tinggi kejadian itu adalah Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang terpaksa meninggalkan Ireland semalam, sehari sebelum dijadualkan bagi mengelak terkandas di negara itu.

Obama merupakan antara pemimpin dunia yang dijangka tiba di satu persidangan di Perancis Khamis ini yang dijangka berlakunya gangguan jika kepulan debu itu terus bergerak ke arah selatan. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Diancam bau najis burung walit

Posted:

Diancam bau najis burung walit

Diancam bau najis burung walit

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my


Chang Hong Seong (dua dari kanan) bersama beberapa penduduk meninjau bangunan yang dijadikan rumah burung walit di Jalan Bayam, Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 24 Mei - Premis perniagaan yang diubah menjadi rumah burung walit di kawasan perumahan Jalan Bayam dekat Jalan Wong Ah Jang di sini, bukan sahaja menyebabkan pencemaran bunyi malah penduduk terpaksa menahan bau busuk najis haiwan terbabit sejak tiga tahun lalu.

Penduduk mendakwa, pengusaha burung walit terbabit mengambil jalan mudah dengan membuang najis burung tersebut ke dalam longkang sekali gus menimbulkan bau yang busuk.

Seorang penduduk, Ling Sun Hwa, 54, mendakwa, dia pernah melihat sendiri tindakan salah seorang pengusaha yang melakukan perbuatan itu untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan.

"Saya tidak menuduh membuta tuli sebaliknya mempunyai bukti kukuh. Kita pernah mengadu kepada pihak berkuasa tempatan namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

"Bayangkan keadaan kami di sini yang terpaksa mendengar bunyi bising ditambah pula dengan bau busuk yang meloyakan," katanya ketika ditemui semasa lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk, Lee Choo Goo, 53, berkata, pada awalnya hanya sebuah premis yang dijadikan rumah burung walit di kawasan tersebut.

Bagaimanapun katanya, setelah tiada penguatkuasaan tegas dilakukan, bilangan premis terbabit bertambah menjadi tujuh buah daripada 14 premis rumah kedai yang wujud di kawasan itu.

"Kewujudan rumah burung walit menjadi beban kepada kami kerana setiap malam tidur kami diganggu oleh bunyi bising burung itu selain terpaksa menahan bau najis yang busuk," katanya.

Sementara itu, Hong seong memberitahu, pihaknya pernah berbincang dengan salah seorang pengusaha terbabit yang memiliki lesen berikutan pelbagai aduan yang diterima daripada penduduk.

Katanya, pengusaha terbabit mengaku tindakan membuang najis burung itu dilakukan oleh pekerjanya dan meminta maaf atas tindakan tersebut.

"Saya harap pengusaha itu dapat menghentikan perbuatannya serta merta dan membuang najis-najis burung walit dengan cara yang betul. Mereka juga harus memikirkan kepentingan penduduk di sini," katanya.

Beliau turut menyeru semua pengusaha berkenaan memberikan kerjasama dan lebih prihatin dengan keselesaan penduduk kerana mereka menjalankan perusahaan burung walit di kawasan perumahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan gigih kurangkan jurang digital

Posted:

Kerajaan gigih kurangkan jurang digital

Kerajaan gigih kurangkan jurang digital

MARAN 24 Mei - Usaha kerajaan memperluaskan perkhidmatan jalur lebar ke tanah rancangan Felda, kampung tradisional dan pedalaman bertujuan mengurangkan jurang digital dengan penduduk di bandar.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, perluasan perkhidmatan itu juga bertujuan mengubah gaya hidup penduduk luar bandar ke arah lebih moden.

Sehubungan itu, beliau mengajak penduduk di kawasan terbabit memanfaatkan kemudahan itu demi masa depan mereka.

"Perkhidmatan jalur lebar menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan meningkatkan pengetahuan teknologi komunikasi maklumat pada semua peringkat umur di luar bandar.

"Kemudahan ini merupakan strategi kerajaan untuk merapatkan jurang digital penduduk luar bandar dan bandar selari dengan kemajuan pesat ICT," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia di Karnival Promosi dan Kesedaran Perpustakaan Jalur Lebar (PJL) Kampung Senggora dan Kampung Pantai Chenor Seberang dekat sini baru-baru ini.

Ismail turut mengingatkan semua lapisan rakyat perlu berusaha meningkatkan kemahiran ICT kerana ia kini menjadi keperluan dalam kebanyakan aktiviti.

Tegasnya, melalui ICT, individu dapat mengakses pelbagai maklumat berkaitan pendidikan, politik dan perniagaan.

Di Pahang, katanya, terdapat 64 perpustakaan desa dan 32 daripadanya akan dinaik taraf mendapat kemudahan jalur lebar untuk membolehkan komuniti mengakses maklumat.

Sehingga kini tambahnya, sebanyak 829 perpustakaan desa di seluruh negara dilengkapi jalur lebar bagi kemudahan kepada rakyat di luar bandar.

Katanya, media baru seumpama itu merupakan kemudahan yang sangat diperlukan oleh semua pihak termasuk pelajar bagi tujuan mengakses maklumat pendidikan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hello Komoditi tarik belia ceburi perladangan

Posted:

Hello Komoditi tarik belia ceburi perladangan

Hello Komoditi tarik belia ceburi perladangan

JERANTUT 24 Mei - Program Hello Komoditi akan menjadi pemangkin dalam menarik lebih ramai golongan muda menceburi sektor perusahaan perladangan dan komoditi di negara ini.

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, program tersebut merupakan inisiatif kementerian itu untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai mengenai peluang kerjaya tersebut.

"Golongan muda dilihat tidak berminat menjadi usahawan perladangan dan komoditi. Berdasarkan kajian yang dibuat mendapati mereka tidak mendapat maklumat tentang peluang kerjaya dalam sektor itu," katanya ketika berucap pada perasmian program itu, baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Bahagian Penggalakan Inovasi dan Modal Insan Industri kementerian, Aknan Ehtook.

Program itu turut mengadakan seminar berkaitan tanaman kenaf yang dihadiri 200 orang peserta terdiri daripada semua kaum.

Hamzah berkata, program itu secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai mengenai peluang kerjaya dalam sektor berkenaan.

"Langkah tersebut dapat memupuk minat golongan muda menceburi bidang perladangan termasuk agronomi, kejuruteraan dan keusahawanan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pembantu jualan didakwa rogol pelajar dalam kereta mewah

Posted:

Pembantu jualan didakwa rogol pelajar dalam kereta mewah

Pembantu jualan didakwa rogol pelajar dalam kereta mewah


Khairul Ivan Iqmal dibawa keluar setelah pertuduhan merogol di Mahkamah Sesyen Ampang, semalam.


KUALA LUMPUR 24 Mei - Seorang pembantu jualan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan merogol seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dalam sebuah kereta mewah, dua minggu lalu.

Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 22, didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa terbabit dalam sebuah kereta jenis Toyota Alphard berwarna putih di tepi Jalan Kosas 3/9, Ampang Jaya di sini pada pukul 11 pagi, 11 Mei lalu.

Pemuda tersebut didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hafizah Rajuni tidak mencadangkan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius dan mengelakkan gangguan terhadap mangsa.

Peguam Roslan Hassan yang mewakili Khairul Ivan Iqmal bagaimanapun memohon anak guamnya diikat jamin dengan alasan tertuduh telah bekerjasama dengan pihak polis sepanjang siasatan dijalankan.

Hakim Manira Mohd. Nor membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis yang berhampiran kediamannya pada Sabtu pertama setiap bulan.

Beliau menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan kes tersebut.

Memetik laporan akhbar 12 Mei lalu, tertuduh didakwa mengekori remaja terbabit yang dikatakan sedang berjalan kaki.

Lelaki tersebut yang bersendirian didakwa telah memberhentikan kenderaan di hadapan remaja itu sebelum bertindak menariknya masuk ke dalam kereta tersebut serta merogolnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Seleweng petrol bernilai RM87,006, anggota APMM mengaku tidak bersalah

Posted:

Seleweng petrol bernilai RM87,006, anggota APMM mengaku tidak bersalah

Seleweng petrol bernilai RM87,006, anggota APMM mengaku tidak bersalah

ALOR SETAR 24 Mei - Selepas seminggu mengaku bersalah atas 42 pertuduhan pecah amanah dua tahun lalu, seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini mengubah pengakuan tersebut di Mahkamah Sesyen di sini.

Laskar Kanan Maritim Azman Md. Noh, 48, yang sepatutnya dijatuhi hukuman hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah terhadap semua tuduhan dan memberitahu akan melantik peguam bela mewakilinya.

Pada 18 Mei lalu, Azman dihadapkan pertama kali ke mahkamah atas 42 pertuduhan pecah amanah melibatkan penyelewengan minyak petrol membabitkan sejumlah RM87,006 di Kuala Kedah di sini, dua tahun lalu.

Tertuduh yang berkhidmat sebagai pegawai pengangkutan kenderaan rasmi Maritim Malaysia, Pangkalan Kuala Kedah dibekalkan dengan kad minyak Petronas smartpay didakwa melakukan pecah amanah iaitu menggunakan kad minyak itu bagi membeli minyak petrol untuk kepentingan diri.

Dia dituduh melakukan semua kesalahan itu di Stesen Minyak Petronas Imbang Moden Sdn. Bhd., di Jalan Batas Paip, Kuala Kedah di sini antara 3 Januari 2009 dan 23 September 2009.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda bagi setiap pertuduhan.

Hakim Mohd. Rosli Osman menetapkan 14 Jun ini sebutan semula kes tersebut.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Iznina Hanim Hashim dan A. Hafiz Abu Bakar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kedudukan ulama terancam?

Posted:

Kedudukan ulama terancam?

Kedudukan ulama terancam?

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

''TUAN Ibrahim dah umum untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Tanda-tanda akan berakhirnya kepimpinan ulama dalam Pas.''

Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh penulis sebaik-baik sahaja seorang lagi pemimpin Pas daripada golongan ulama, Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) mengumumkan keputusan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Keputusan itu bermakna Tuan Ibrahim adalah ulama kedua yang akan mencuba nasib selepas penyandang jawatan juga dari golongan ulama, Nasharudin Mat Isa telah berbuat demikian sebelum ini.

Kedua-dua ulama itu bakal 'bertarung' dengan Mohamad Sabu yang dilihat mewakili golongan profesional.

Tuan Ibrahim dikatakan mendapat pencalonan yang cukup signifikan sehingga memungkinkan beliau terpaksa memikirkan kembali keputusan awalnya untuk tidak bertanding jawatan berkenaan.

Seperti mana kata beliau dalam kenyataan medianya, keputusan itu kerana ''sebagai seorang pekerja parti, saya melihat keadaan ini sebagai kehendak sebahagian daripada ahli parti di peringkat akar umbi yang perlu dipertimbangkan, dihormati dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.''

Bagi jawatan Timbalan Presiden, Pesuruhjaya Pas Pahang itu dikatakan menduduki tempat ketiga dari segi pencalonan terbanyak selepas Mohamad Sabu dan Nasharudin manakala bagi jawatan Naib Presiden Tuan Ibrahim dikatakan mendapat pencalonan tertinggi iaitu 97 daripada 146 kawasan.

Sememangnya demokrasi yang diamalkan oleh Pas memungkinkan sesiapa juga yang mendapat pencalonan berhak untuk bertanding jawatan yang dicalonkan.

Tetapi apa yang menimbulkan keresahan di kalangan kelompok pro ulama dalam Pas adalah perpecahan undi yang bakal berlaku.

Ia memandangkan perwakilan yang menyokong ulama akan berpecah, satu kumpulan menyokong Nasharudin dan satu lagi kumpulan menyokong Tuan Ibrahim.

''Keadaan ini akan menguntungkan calon daripada golongan pro profesional,'' kata seorang pemimpin Pas kepada penulis ketika dihubungi bagi menyatakan pandangan berhubung keputusan Tuan Ibrahim.

Namun begitu, soal perpecahan undi tidak akan berlaku jika perwakilan yang menyokong golongan ulama membuat satu keputusan sahaja.

Ia bermakna sama ada mereka menyokong Nasharudin atau Tuan Ibrahim mereka harus memastikan undi dilontar kepada satu calon sahaja daripada golongan ulama dan bukannya dipecah-pecahkan.

Melalui cara demikian menurut pemimpin Pas tersebut ia akan mengelakkan undi golongan ulama terbahagi.

''Tetapi janganlah pula mereka melontar undi begitu sahaja tanpa memikirkan perjuangan Pas dari segi jangka masa panjang.

''Maksudnya, kedua-dua calon tersebut perlu dinilai sebaik-baiknya berdasarkan keupayaan dan pengalaman dan paling penting sejauh manakah apabila terpilih di posisi nombor dua dalam parti ia mampu menyumbangkan kepada kemantapan parti,'' kata pemimpin tersebut.

Menilai perkara ini, pemerhati politik Pas berpendapat, apabila Nasharudin dipilih berganding dengan Abdul Hadi, Pas dikatakan sudah membuat persiapan untuk mengubah wajahnya daripada sebuah parti yang berimej dipimpin oleh 'tok guru' kepada ulama yang lebih moden dan terbuka.

Ia memandangkan Nasharudin mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang undang-undang dan fasih dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Tetapi seandainya Tuan Ibrahim terpilih ia mungkin akan mewujudkan persepsi bahawa Pas kembali ke zaman kepimpinan ulama 'tok guru' .

Namun itulah hanyalah andaian dan ia bukanlah bermakna Tuan Ibrahim tidak layak dipertimbangkan memandangkan dari segi latar belakang politik, beliau bukanlah calang-calang pemimpin.

Kehadirannya pada pemilihan 2009 telah menarik perhatian ramai, sikap sederhana dan sentiasa berhemah ketika berbicara telah menerima perhatian perwakilan.

Tuan Ibrahim juga dilihat tegas dalam menyatakan pendirian berhubung sesuatu isu.

Selain itu salah satu perkara yang tidak boleh dipinggirkan ialah bagaimana wujudnya sentimen atau gerakan yang mahu melihat Nasharudin tidak lagi menjadi Timbalan Presiden Pas yang sekali gus akan memberi kelebihan kepada Tuan Ibrahim.

Imej Nasharudin diburuk-burukkan seolah-olah beliau bagaikan 'musuh dalam selimut' bagi Pas berikutan isu kerajaan perpaduan suatu ketika dulu.

Malahan Nasharudin juga suatu ketika 'tidak dibenarkan' berkempen dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai kerana dianggap 'boneka UMNO' .

Sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang secara terbuka pernah membidas Nasharudin juga dilihat akan memberikan kelebihan kepada Tuan Ibrahim.

Turut akan dimainkan dalam kempen pemilihan kali ini termasuklah bagaimana kegagalan Nasharudin memastikan Pas memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini.

Ini belum lagi gerakan terancang oleh puak-puak Erdogan yang dibantu oleh penganalisis-penganalisis politik mereka menganjurkan pelbagai wacana bagi memburuk-burukkan gandingan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Nasharudin.

Bagaimanapun Pas perlu bersedia kehilangan salah seorang daripada mereka sama ada Nasharudin atau Tuan Ibrahim atau kedua-dua sekali dalam pemilihan kali ini.

Keadaan itu sudah tentulah merugikan kepimpinan ulama di dalam Pas dan sekali gus mampu mengugat kedudukan golongan itu.

Sebab itulah, peranan perwakilan yang menginginkan ulama terus menjadi tunjang kepimpinan dan kekuatan Pas amat penting.

Hanya mereka yang berhak membuat keputusan yang sebaik-baiknya, satu keputusan yang dibuat bukan kerana dipengaruhi emosi apatah lagi elemen-elemen luaran lain.

Mereka perlu faham bahawa ada gerakan terancang untuk menamatkan kepimpinan ulama di dalam Pas dan ia dilakukan atas nama demokrasi dan reformasi.

Pada masa ini di blog-blog pro Pas sudah ada suara-suara yang menuntut sudah parti itu melakukan perubahan menyeluruh dalam kepimpinannya dengan istilah, ''Membawa Pas ke amalan politik baru dan progresif. Pas yang tidak lagi menjadi parti lama; parti serban dan jubah.''

Persoalannya, apakah ia bermaksud sudah berlaku satu gerakan untuk menghakis kepimpinan ulama dalam Pas? Hanya masa menentukannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Belia ubah wajah Putrajaya

Posted:

Belia ubah wajah Putrajaya

Belia ubah wajah Putrajaya

Oleh ZULKIFLI JALIL dan NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

BAHANG kian terasa. Bermula dengan berentapnya ribuan pasukan futsal seluruh negara, himpunan gergasi karikatur, juga layar gergasi menayangkan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Barcelona-Manchester United sehinggalah ke aktiviti sukan ekstrem dari Jepun, Sasuke serta aksi kumpulan K-pop dari Korea, Super Junior M - semuanya akan merubah santai hujung minggu anda.

Ini semua boleh disaksikan di Putrajaya. Selama tiga hari bermula Jumaat ini, wajah Putrajaya akan berubah sama sekali - lari sekejap daripada urusan rutin biasa yang sibuk dengan pelbagai agensi kerajaan.

Semuanya kerana sambutan Himpunan Sejuta Belia dari 27 hingga 29 Mei ini. Dalam sambutan ini nanti, beberapa lokasi akan mula menjadi tumpuan ramai. Ia melibatkan sepanjang Persiaran Perdana dimulai dari Dataran Putra, Presint 1 dekat Masjid Putra hingga Presint 20.

Dalam tempoh tiga hari itu, Putrajaya akan didominasi belia dalam penyertaan lebih 200 program.

Dan jika anda berkunjung ke Putrajaya saat ini, jelas kelihatan para petugas sedang sibuk memasang khemah, pentas dan gerai-gerai pameran menjelang perhimpunan tersebut. Selain itu ialah kelibat para peserta yang akan mengambil bahagian sedang giat melakukan latihan sebagai persiapan akhir.

Apa yang menariknya Himpunan Sejuta Belia kali ini?

Ya, sepanjang sambutan nanti, para belia akan mempamerkan potensi diri dengan menyertai acara-acara berbentuk pertandingan, persembahan, mencuba kemahiran, mencari ruang-ruang peluang pekerjaan dan pengajian serta menguji bakat masing-masing.

Dalam menjayakan program itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri akan turun padang untuk bersama-sama golongan itu.

Beliau akan menyempurnakan Kemuncak sambutan dengan melancarkan Himpunan Sejuta Belia pada Sabtu dan mengisytiharkan 2012 sebagai Tahun Belia Negara.

Perdana Menteri kemudian akan melakukan lawatan dan tinjauan ke sekitar kawasan tapak pameran yang berlangsungnya pelbagai aktiviti, di samping beramah mesra dengan mereka termasuklah ke Kompleks Gelanggang Futsal di Presint 18.

Pada awal pagi Ahad itu, Perdana Menteri akan turut serta bersama-sama menonton perlawanan Piala Liga Juara-Juara di layar gergasi di Dataran Putrajaya yang menyaksikan pertemuan di antara kelab Manchester United (MU) dan Barcelona.

Sudah pasti ia menjanjikan satu pemandangan penuh kemeriahan dengan gegak-gempita sokongan kepada pasukan kegemaran masing-masing.

Penganjuran perhimpunan tahun ini ternyata menampilkan kelainan kerana buat pertama kalinya, artis antarabangsa dari Korea Selatan, kumpulan Super Junior M dijemput hadir untuk menghiburkan para belia.

Peluang tersebut tidak boleh dilepaskan terutamanya buat para peminat kumpulan itu. Justeru, silalah menghadirkan diri ke pentas persembahan di Simpang Empat berhadapan Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada malam Sabtu ini nanti.

Tidak ketinggalan juga persembahan daripada artis-artis tempatan yang akan turut menggamatkan suasana sambutan Perhimpunan Sejuta Belia itu. Antaranya Fabolus Cats, One Nation Emcees, Kristal, Black dan ramai lagi selebriti tanah air.

Secara keseluruhannya, aktiviti sempena Hari Sambutan Belia itu terbahagi kepada 11 segmen utama iaitu Himpunan Sejuta Belia, Modal Insan, Y-Avenue, Malaysia Cergas, MAHA Youth dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Selain itu, ia turut membabitkan aktiviti dalam segmen World Youth Fantasy & Gadget World; Y Central; Karnival Memancing Sejuta Belia; We Care, We Smart, We Young dan Karnival Belia Budaya 1 Malaysia.

Kesemua segmen itu membabitkan 80 acara berbentuk pertandingan (41.4 peratus), kerohanian dan keilmuan melibatkan 93 acara (48.2 peratus). Persembahan dan pertunjukkan pula adalah sebanyak 20 acara (10.4 peratus).

Aktiviti yang menjadi tumpuan antaranya adalah kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! di Presint 18 melibatkan lebih 20,000 orang akan memenuhi Kompleks Gelanggag Futsal itu.

Setakat ini, sebanyak 1,624 pasukan dijadual berentap untuk merebut kejuaraan dalam beberapa kategori dengan jumlah semua hadiah terkumpul melibatkan nilai RM120,000.

Selain itu, Konvoi dan Perkhemahan Transformasi Belia yang membabitkan seramai 5,000 belia dari seluruh negara pasti menjanjikan sesuatu yang menarik pada sambutan kali ini. Ia turut disertai Perkhemahan Jambori Pengakap dan Perhimpunan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang masing-masing melibatkan 10,000 dan 20,000 penyertaan.

KBS pada sambutan kali ini tidak ketinggalan memperkenalkan Sasuke. Sasuke adalah sebuah rancangan TV realiti sukan yang popular di Jepun dan masih bertahan kuat selepas 12 tahun. Ia adalah kali pertama Sasuke diadakan di Malaysia - negara pertama di Asia Tenggara.

Dalam program ini nanti, sejumlah 100 peserta akan bersaing dalam cabaran rintangan untuk memenangi gelaran Juara Sasuke Malaysia atau pada sambutan kali ini dikenali sebagai Jaguh Malaysia.

Kejohanan Larian Ekiden Run juga akan diadakan melibatkan penyertaan seramai 10,000 orang. Dalam menghangatkan lagi suasana sambutan, berbagai acara lain turut dianjurkan termasuklah pertunjukan wayang pacak; robofair Rakan Muda; himpunan gergasi karikatur; pertandingan pasukan sorak; drag kereta dan motosikal; PC fair; persembahan artis dan lelongan amal.

Bagi memupuk kemahiran berniaga di kalangan belia, KBS akan menyediakan ruang niaga yang luas untuk menjual dan mempamerkan produk keluaran mereka.

Jika diperhatikan, sambutan Himpunan Sejuta Belia 2011 ini dibuat dalam skala besar kerana ia melibatkan lebih 200 aktiviti berbanding hanya 88 aktiviti tahun lalu.

Semua itu memerlukan pelan perancangan dan pelaksanaan yang teratur bagi memastikan segala aktiviti serta program direncanakan berjalan dengan sempurna.

Penghargaan dan sokongan wajar diberikan kepada KBS yang mendapat kerjasama daripada 463 agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mereka menyertai acara Himpunan Sejuta Belia dan Sambutan Hari Belia Negara ini dalam bentuk penajaan dan sokongan moral.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Dejavu Breakerz kecewa komen juri

Posted:

Dejavu Breakerz kecewa komen juri

Dejavu Breakerz kecewa komen juri

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar MOHD. SHAHARANI SAIBI


SALAH satu aksi akrobatik yang dipersembahkan oleh kumpulan Dejavu Breakerz pada Konsert Minggu ke-3 Showdown 2011 di i-City Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


KUMPULAN penari Dejavu Breakerz merupakan peserta yang ketiga tersingkir daripada pertandingan tarian Showdown 2011. Kumpulan berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu bukan sahaja kecewa dengan penyingkiran tersebut.

Malah, kumpulan yang dianggotai oleh enam penari remaja itu turut kecewa dengan kritikan pengkritik tetap terutamanya Maple Loo dan Joe Flizzow yang teruk menghentam gaya tarian mereka sebelum ini.

Salah seorang anggota Dejavu Breakerz, Dexston Alinton berkata, dia dan anggota kumpulannya berasa kecewa dengan kritikan dua pengkritik itu yang seolah-olah tidak menyedari perubahan persembahan mereka pada minggu ini.

"Mereka (pengkritik) komen dan suruh kami berubah. Kami sudahpun melakukannya dengan mengubah gaya koreografer kami pada minggu ini. Sayangnya, kami terus dihentam. Mereka kata persembahan kami masih tidak banyak berubah.

"Pada konsert minggu lepas misalnya, Joe Flizzow dan Maple Loo mengkritik kami dengan teruk sekali. Bagaimanapun kami tidak patah semangat dan terus cuba melakukan yang terbaik termasuklah persembahan malam ini. Tetapi mereka seakan-akan tidak nampak.

"Komen-komen seperti itu banyak mempengaruhi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) para penonton terhadap kami. Apa boleh buat setakat ini sahaja rezeki kami dalam Showdown. Kami tidak mahu putus asa dan akan terus menari selepas ini," katanya.

Hadir sama pada sidang akhbar selepas penyingkiran Dejavu Breakerz ialah lima lagi anggota kumpulan tersebut iaitu Hanston Alinton, Mohd. Najib Yosong, Ibrin Anisto, Salimujid Salvadur dan Arnydin Tony yang turut kecewa dengan keputusan yang mereka terima itu.

Dejavu Breakerz merupakan peserta Showdown 2011 ketiga selepas kumpulan Soulution dan E.G.S. yang disingkirkan kerana menerima undian SMS paling rendah daripada para penonton selepas berakhirnya konsert mingguan tersebut.

Dengan penyingkiran itu, Showdown 2011 akan diteruskan oleh sembilan lagi kumpulan iaitu HMC Phlow, Rokusteps, Stepholic, Force 136, Panic, Blazin Squad, Elecoldxhot, Borneo Crew dan Bounce Stepperz pada konsert minggu keempatnya Rabu ini (25 Mei).

Pada minggu ketiga itu, dua pengkritik tetap Showdown 2011 dan juri undangannya, Joe Lee seakan-akan mempunyai peserta pilihan masing-masing di mana ia dapat dilihat berdasarkan kritikan yang diberikan sewaktu konsert itu berlangsung.

Joe Flizzow puji melangit kumpulan Elecoldxhot yang ketika itu menarikan tarian sambil diiringi oleh lagu nyanyian Jay Chou berjudul Tian Di Yi Dou, manakala Maple Loo pula begitu tertarik dengan persembahan Panic yang dianggotai semua wanita.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DBP, Karyawan hidupkan lagu sastera

Posted:

DBP, Karyawan hidupkan lagu sastera

DBP, Karyawan hidupkan lagu sastera

KESUSASTERAAN dan muzik dua bidang yang saling kait mengait satu sama lain. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan agensi yang memperjuangkan Bahasa Kebangsaan, manakala Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) pula aktif dalam bidang seni termasuklah muzik.

Bidang muzik dan kesusasteraan yang mempunyai pertalian yang erat itu menyebabkan DBP dan Karyawan mengambil langkah bekerjasama bagi memperbanyakkan lagi aktiviti berkaitan bahasa serta kesusasteraan Melayu sejak kebelakangan ini.

Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz berkata, pihaknya dan Karyawan misalnya mengadakan program Getaran Jiwa: Irama, Lagu dan Sastera, baru-baru ini.

"Ia merupakan program kerjasama antara DBP dan Karyawan yang akan diadakan secara bersiri di mana pengisiannya dalam pelbagai bentuk kegiatan seperti deklamasi puisi, persembahan lagu puisi, teater, dialog dan forum yang berkaitan sastera serta muzik.

"Gabungan DBP dan Karyawan dalam program seperti ini diharap dapat mempertingkatkan lagi mutu sastera termasuklah lirik lagu-lagu para penyanyi di negara ini pada masa depan," katanya pada sidang akhbar di DBP, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Program itu menyelitkan dialog bertajuk Peranan Karyawan Seni Dalam Memperkasakan Bahasa dan Sastera Tanah Air yang diadakan secara percuma kepada orang ramai.

Barisan panel pula terdiri daripada penulis lirik terkenal, Habsah Hassan, AD Samad, Hairul Anuar Harun dan dipengerusikan oleh pejuang bahasa, Dr. Lim Swee Tin pada sesi yang akan berlangsung selama dua jam.

Jelas Termuzi, idea kerjasama antara DBP dan Karyawan itu mula tercetus pada Februari lalu dan ia merupakan yang julung-julung kalinya diadakan dalam usaha mereka untuk memartabatkan lagi dunia kesusasteraan Melayu di kalangan pencinta muzik.

"Selain projek Getaran Jiwa: Irama, Lagu dan Sastera, kami juga telah bersetuju bekerjasama dalam Sayembara Menulis Karya Adaptasi Drama Pentas Ke TV bagi mempromosikan karya-karya sastera ke medium elektronik yang lebih luas khalayaknya.

"Malah, pada Julai ini kami akan melancarkan Sayembara Menulis Karya Adaptasi Novel Ke Filem, Sayembara Menulis Skrip Drama Pentas dan Sayembara Menulis Skrip Drama Pendek. Ia terbuka kepada orang ramai terutamanya ahli-ahli Karyawan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Terperangkap dalam tubuh lelaki

Posted:

Terperangkap dalam tubuh lelaki

Terperangkap dalam tubuh lelaki

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my

TERPERANGKAP dalam tubuh yang salah - setidak-tidaknya itulah tanggapan golongan 'mak nyah' yang rata-rata percaya mereka adalah wanita tetapi terperangkap dalam tubuh lelaki.

Keadaan ini menjerumuskan golongan ini dalam dilema untuk meletakkan kedudukan diri mereka dalam masyarakat kerana secara fizikal mereka lahir sebagai lelaki tetapi memiliki keinginan, nafsu dan naluri wanita.

Kegagalan menempatkan diri dalam masyarakat membuatkan golongan ini berasa terasing atau mengasingkan diri lalu membentuk kelompok sendiri

Lebih malang apabila golongan ini rata-ratanya terbabit dalam kegiatan tidak bermoral seperti pelacuran dan sebagainya sehingga melekat sebagai stigma yang sukar untuk dikikis dalam masyarakat.

Malah, ada sesetengah golongan ini bertindak keterlaluan apabila mengambil keputusan untuk menukar jantina dengan melakukan pembedahan.

Sudahlah berperwatakan menyerupai wanita hukumnya haram dan dikutuk oleh agama, inikan pula mengubah kejadian Allah tanpa ada sebarang alasan yang dibenarkan oleh Islam.

Berpeluang mendekati golongan ini baru-baru ini ternyata mereka mempunyai cara kehidupan tersendiri selain mempunyai kerjaya tetap untuk meneruskan kehidupan.

Yang pasti, walaupun selesa dengan cara masing-masing, mereka sebenarnya perlu dibantu untuk keluar daripada kepompong seterusnya menjalani kehidupan seperti insan-insan lain di dunia ini iaitu sebagai seorang lelaki sejati.

Apa yang menarik hendak dipaparkan kali ini ialah dilema mereka sebagai seorang mak nyah dan apakah faktor yang menyebabkan mereka menjadi demikian.

Tidak pernah terfikir apatah lagi merancang untuk melakukan pembedahan menukar jantina, tetapi segala-galanya berlaku dengan tiba-tiba.

Itulah yang terjadi kepada Amy (bukan nama sebenar) di mana dia tidak pernah menyangka satu hari nanti dia bukan sahaja merupakan seorang mak nyah yang berperwatakan seperti seorang wanita tetapi turut mempunyai alat kelamin perempuan.

Malah, katanya, walaupun (alat kelamin) tidak boleh berfungsi sepenuhnya seperti mengandung dan melahirkan anak, dia tidak menyesal dengan apa yang telah berlaku malah amat berbangga dengan keadaan dirinya hari ini.

"Pembedahan pertukaran jantina telah dilakukan 15 tahun lalu dan ketika itu saya berumur sekitar awal 30-an.

"Secara jujur saya nyatakan bahawa saya tidak pernah merancang apatah lagi terfikir untuk menukar jantina waktu itu.

"Tetapi segala-galanya berlaku dalam sekelip mata di mana satu hari tiba-tiba sahaja terlintas di fikiran 'saya nak mati sebagai seorang perempuan' dan tidak sampai seminggu segala-galanya berubah,'' ujarnya ketika ditemui di ibu negara baru-baru ini.

Bercerita lanjut mengenai pembedahan yang dilakukan, Amy menerangkan bahawa ia hanya mengambil masa beberapa jam dan tidak sakit seperti yang diuar-uarkan.

Ini kerana, katanya, keesokan hari dia sudah disuruh berjalan oleh doktor dan hari keempat selepas pembedahan dia dibenarkan pulang.

Dia hanya kelihatan pucat dan letih mungkin disebabkan kehilangan banyak darah ketika melakukan pembedahan.

Beberapa bulan selepas pembedahan dilakukan, Amy turut memberitahu bahawa dia juga tidak mengalami sebarang jangkitan kuman di kawasan pembedahan dan sembuh seperti orang lain yang menjalani apa jua pembedahan.

"Di sini saya hendak memberitahu bahawa mereka (mak nyah) yang melakukan pembedahan dan memberitahu bahawa ia sakit macam nak mati adalah bohong semata-mata.

"Saya rasa orang itu tak buat pembedahan sebab saya tidak pula mengalami sakit sedemikian. Malah saya dibenarkan pulang selepas empat hari tinggal di hospital,'' katanya lagi.

Mengimbas kembali detik-detik awal dirinya terpesong menjadi mak nyah, Amy memberitahu segala-galanya bermula sewaktu di alam kanak-kanak.

Menegaskan bahawa dia tidak dipengaruhi oleh adik beradik perempuannya yang lain mahupun keadaan sekeliling, sebaliknya berpunca daripada diri sendiri.

Ini kerana dia memang suka bergaya dan ingin kelihatan cantik seperti seorang wanita termasuk bermain dengan permainan wanita seperti anak patung dan masak-masak.

Bagaimanapun, jelas Amy, pernah terdetik di hatinya sampai bilakah dia akan menjadi sedemikian.

Dia pernah mencuba untuk menjadi lelaki sejati tetapi tidak berjaya.

Ini kerana menurutnya, dia tidak boleh menipu diri sendiri selain hatinya memberontak.

Akhirnya, dia meneruskan kata hati sehinggalah membuat keputusan untuk melakukan pembedahan pertukaran jantina.

Hari ini, Amy bukan sahaja merupakan seorang insan yang berjaya dengan kerjayanya malah dia juga gembira di samping keluarga tersayang.

Amy sememangnya merupakan seorang individu yang amat bertuah kerana walaupun di awal perubahan dirinya ia ditentang hebat oleh keluarga tetapi hari ini dia sudah boleh diterima malah dia juga sudah 'berkahwin'.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sukar terima hakikat lahir sebagai lelaki

Posted:

Sukar terima hakikat lahir sebagai lelaki

Sukar terima hakikat lahir sebagai lelaki

"SAYA mula mengambil pil hormon wanita selepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keputusan tersebut dibuat kerana mahu mengubah bentuk badan.

"Bagaimanapun buat masa sekarang saya tidak terfikir lagi untuk melakukan pembedahan menukar jantina,'' ujar Niza (bukan nama sebenar) ketika ditemui baru-baru ini.

Jika melihat daripada fizikalnya, ternyata Niza telah berjaya mengubahnya tetapi tidaklah secara pembedahan.

Katanya, dia hanya mengambil pil hormon untuk membentuk buah dada dan tidak untuk pembentukan punggungnya.

Begitupun, jangan pandang rendah padanya kerana selain merupakan seorang pelajar yang cemerlang, Niza juga mempunyai kerjaya tetap.

Apabila ditanya bagaimanakah dia boleh 'terbabas' hingga tekad tidak akan menoleh ke belakang lagi, ulas Niza, ibunya memang inginkan seorang anak perempuan dan sehingga saat dia dilahirkan, namanya juga menyerupai perempuan.

Bercerita lanjut mengenai perihalnya, Niza juga tidak menolak kemungkinan faktor genetik yang dakwa diwarisi daripada keluarga datuk dan neneknya.

Tetapi dia turut memberitahu keinginan dan kegemarannya memakai pakaian perempuan serta 'memenuhkan' mukanya dengan solekan sedikit sebanyak memainkan peranan penting kenapa dia ingin menjadi perempuan.

Hari ini, Niza amat bahagia dan gembira dengan apa yang dilakukan di samping dapat memenuhi kehendak nalurinya.

Berbual lanjut bersamanya, ternyata anak kelahiran selatan tanah air ini bijak berbicara termasuk hal-hal agama.

Ini secara tidak langsung membuatkan penulis terfikir, jika dia tahu segala hukum-hukum agama kenapa hatinya boleh dipesongkan menjadi sedemikian rupa.

Mungkin Tuhan mengujinya dan melihat sejauh mana Niza hendak mengikut kata hatinya.

Tetapi apa yang diperoleh daripada Niza, dia memberitahu satu ketika dahulu dia pernah mencuba untuk berubah tetapi segala usaha sia-sia kerana ia tidak dapat bertahan lama.

Ini kerana, selain hati memberontak, dia juga tidak dapat menerima hakikat bahawa dirinya dilahirkan sebagai seorang lelaki.

"Walaupun diri saya begini, saya tetap menjalankan kewajipan sebagai seorang muslim di mana saya tetap mengerjakan ibadat solat dengan cara seorang lelaki Islam yang bersolat.

"Saya ingin sekali mengerjakan solat Jumaat bersama jemaah lain tetapi disebabkan penampilan saya begini saya tidak berani tetapi masih melakukannya di rumah.

"Sama ada ia diterima oleh Allah atau tidak itu antara saya dengan-Nya. Jadi orang lain tidak perlu bersusah payah untuk memikirkannya,'' katanya tegas sebelum mengakhiri perbualan.

Ternyata, dalam kedua-dua kes ini, baik Amy mahupun Niza, mereka amat nekad dengan apa yang telah dilakukan.

Begitupun, apabila ditanya mengenai saat menemui ajal, Amy yang pada awalnya menyatakan ingin mati sebagai seorang perempuan menyerahkan segala-galanya kepada mereka yang hidup untuk menguruskan jenazahnya sama ada sebagai seorang lelaki atau perempuan.

Tetapi berlainan pula dengan Niza di mana ia tidak mahu memikirkan saat kematian kerana dia tidak pernah terfikir akan hal tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved