Selasa, 27 Disember 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Chen Long jadi igauan lagi

Posted:

Chen Long jadi igauan lagi

Chen Long jadi igauan lagi

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my


Chen Long


KUALA LUMPUR - Perjuangan Datuk Lee Chong Wei untuk mengekalkan ranking No. 1 dunia dan mempertahankan kejuaraan badminton Terbuka Malaysia bulan depan, merupakan ujian paling getir apabila sekali lagi dibayangi jaguh muda China, Chen Long.

Hanya beberapa minggu selepas kalah kepada pemain berusia 22 tahun itu pada separuh akhir Siri Super Masters Akhir di Liu Zhou, Chong Wei berpotensi menentang Chen Long pada peringkat yang sama di Stadium Putra, Bukit Jalil, 10 hingga 15 Januari ini.

Turun dengan reputasi sebagai juara empat kali berturut-turut dan tujuh kali keseluruhan, pemain berusia 29 tahun itu menggalas harapan tinggi untuk mengelak kekalahan awal di depan penonton sendiri.

Seandainya berlaku, ia dikhuatiri menjejaskan lagi moral dan keyakinan pemain No. 1 dunia itu, yang sudah pun berada dalam keadaan tidak selesa ekoran kegagalan melayakkan diri ke final dalam tiga kejohanan terakhir, Terbuka Hong Kong, Terbuka China dan Siri Super Masters Akhir.

"Kalah kepada Chen Long pada separuh akhir sesuatu yang cuba dielakkan. Kami sedang bekerja keras ketika ini untuk memastikan Chong Wei dapat bangkit dengan lebih cepat dan mencari keputusan terbaik pada Terbuka Malaysia.

"Sudah tentu, kegagalan melayakkan diri ke final dan kalah di depan penyokong sendiri satu tamparan dan mampu menjejaskan moral dan keyakinannya. Namun kami tidak mahu bercakap tentang kegagalan, sebaliknya mencari jalan untuk membolehkan dia tampil sebagai juara,'' kata jurulatih Chong Wei, Tey Seu Bock.

Dalam undian yang dikeluarkan semalam, Chong Wei memulakan kempen kejohanan Siri Super bernilai AS$400,000 (RM1.26 juta) itu dengan menentang pemain dari pusingan kelayakan, sebelum dijangka berdepan Przemyslaw Wacha dari Poland di pusingan kedua.

Jika ke suku akhir, tiga lawan yang berpotensi menanti, diketuai pilihan kelapan, Nguyen Tien Minh (Vietnam), bekas juara Olimpik dan dunia Indonesia, Taufik Hidayat serta bekas juara remaja dunia, Wang Zhengming dari China.

Chen Long yang mengalahkan Chong Wei tiga kali tahun ini menjadi mimpi ngeri perseorangan negara itu di separuh akhir jika dia berjaya melepasi halangan awal Rajiv Ouseph (England), sebelum berpotensi berdepan Lee Hyun Il (Korea) dan Sho Sasaki (Jepun).

Laluan getir turut menanti pasangan lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong apabila berpotensi menentang beregu yang tidak pernah dikalahkan dalam enam pertemuan, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong dari Korea pada separuh akhir.

Full content generated by Get Full RSS.

Utusan Malaysia A juara golf antara media

Posted:

Utusan Malaysia A juara golf antara media

Utusan Malaysia A juara golf antara media


Para peserta yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Golf Antara Media anjuran Utusan Malaysia di Kelab Golf Impian, semalam.


KUALA LUMPUR - Kejohanan golf antara media yang dianjurkan buat julung kalinya menyaksikan pasukan dari Utusan Malaysia A muncul sebagai juara semalam.

Pasukan yang diwakili Aznan Bakar, Imran Mohd. Nor, Ismail Daud dan Mohd. Ridwan Md. Iman mengumpulkan 107 mata stableford untuk menewaskan pasukan dari RTM yang mengumpul 106 mata.

Tempat ketiga pula menjadi milik pasukan TV3 yang juga mengumpulkan 106 mata.

Namun pasukan RTM diisytihar sebagai pemenang kedua berdasarkan kiraan semula.

Sebanyak 17 pasukan yang mewakili pelbagai organisasi media menyertai kejohanan sulung anjuran Utusan Malaysia itu.

Pasukan yang menyertai kejohanan sulung itu ialah Bernama, Berita Harian, Harian Metro, New Straits Time, RTM, The Star, The Edge, TV3, Nanyang, Kumpulan Media Karangkraf, Tee Times, Kosmo! dan Utusan Malaysia.

Setiap pasukan dianggotai empat pemain dan hanya tiga pemain dengan catatan terbaik dikira untuk menentukan pemenang.

Selain itu, kejohanan yang berlangsung di Kelab Golf Impian itu turut disertai kira-kira 20 pemain jemputan terutama dari kalangan penaja.

Johan membawa pulang sebuah televisyen 32 inci sumbangan Proton dan baucar sumbangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tempat kedua pula membawa pulang telefon pintar BlackBerry sumbangan Pharmaniaga dan baucer sumbangan AmBank.

Penaja-penaja lain ialah Sime Darby, Tourism Malaysia, Syabas, Tesco, PLUS, Westport Sdn. Bhd., Litrak Sdn. Bhd., Worldwide Holdings Berhad, Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (Smart), CIMB Bank, Maybank, RHB Islamic Bank, Celcom, Maxis dan DiGi.

Proton turut menyumbang sebuah Proton Inspira sebagai hadiah untuk pukulan selubang.

Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Ambil tindakan terhadap Hong Seng - Perkasa

Posted:

Ambil tindakan terhadap Hong Seng - Perkasa

Ambil tindakan terhadap Hong Seng - Perkasa

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my


Ibrahim Ali bersama para pemimpin Perkasa pada sidang media berhubung beberapa isu termasuk kenyataan seorang paderi dan perhimpunan membela Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Wan Naqiuddin Wan Yaacob


KUALA LUMPUR 27 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan ke atas Dr. Eu Hong Seng di bawah Akta Hasutan kerana mempersoalkan mengenai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana kenyataan Pengerusi National Evangelical Christian Fellowship (NECF) itu pada majlis minum petang di sebuah gereja di Subang Jaya, Sabtu lalu itu berbentuk provokasi, menghasut dan tidak bertanggungjawab.

Jelasnya, kenyataan itu juga menggambarkan beliau serta mana-mana pihak yang mempertikaikan mengenai perkara tersebut seolah-olah mahu 'bermusuh' dengan orang Melayu dan Islam.

"Perkasa tidak senang hati mengenai kenyataan paderi tersebut. Kenyataannya jelas berbentuk provokasi dan tidak bertanggungjawab.

"Perkara 153 adalah kontrak sosial yang tidak boleh disentuh kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Inilah mereka, kalau kita jawab dikatakan rasis, tetapi siapa yang memulakan dahulu (mempertikaikan Perkara 153)?

"Jangan cuba jolok sarang tebuan dan membuat kenyataan provokasi seperti itu. Kita sudah bersabar cukup lama," katanya pada sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Hong Seng yang antara lain menyifatkan Perkara 153 lebih bersifat 'membuli' jika ia hanya melindungi hak sesuatu kumpulan atau pihak.

Ibrahim berkata, atas dasar itu Perkasa akan membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya.

Beliau kemudiannya menyelar sikap sesetengah pemikir Melayu liberal yang bertindak mempertahankan kenyataan Hong Seng.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, Perkasa tiada masalah untuk menyokong langkah kerajaan memperkenalkan Akta Hubungan Antara Kaum jika ia membawa kebaikan kepada negara.

Full content generated by Get Full RSS.

Anwar perlekeh perundangan negara

Posted:

Anwar perlekeh perundangan negara

Anwar perlekeh perundangan negara

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengheret rakyat dalam kempen Bebaskan Anwar 901 jelas membuktikan Ketua Pembangkang itu memperlekehkan keluhuran sistem perundangan negara,

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, rakyat juga dipergunakan Anwar demi kepentingannya dalam berhadapan dengan keputusan perbicaraan kes liwat pada 9 Januari ini.

"Kenapa nak bawa rakyat? Kita tak tahu (Anwar) bersalah atau tidak. Serahkan kepada mahkamah. Selepas keputusan, kalau bersalah pun dia (Anwar) ada ruang buat rayuan.

"Beri peluang mahkamah buat keputusan. Kita sendiri boleh baca (menilai) sama ada keputusan itu logik atau tidak, tetapi mengapa nak huru-harakan negara? Mengapa nak menyusahkan rakyat seperti apa yang berlaku semasa perhimpunan Bersih 2.0?

"Selama ini dia macam-macam menghina mahkamah. Itu pun dia dapat kebebasan seolah-olah dia manusia bersih dan tiada salah. Kalau (masalah) timpa atas dia, orang lain yang salah dan tuduh ini konspirasi," katanya pada sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini hari ini.

Ibrahim berkata, kerajaan dan pihak berkuasa perlu menggunakan segala 'kekuatan' yang ada bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku dalam perhimpunan terbabit.

"Kita juga mengutuk mana-mana pihak yang merancang mengadakan perhimpunan pada 9 Januari ini yang lebih dilihat untuk menghuru-harakan negara," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Perkasa masih membuka ruang untuk Datuk Dr. Hasan Ali menyertai pertubuhan bukan kerajaan tersebut namun ia terletak kepada keputusan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu.

"Dari segi perjuangan, kita ada persamaan iaitu mempertahankan Islam, Melayu dan raja-raja Melayu. Jika beliau ikhlas dalam perjuangan tersebut, matlamatnya akan jelas.

"Tetapi, kalau ia hanya cakap-cakap politik ekoran tidak dicalonkan dalam pilihan raya akan datang, kita akan tahu kebenarannya nanti dan perjuangannya dalam mempertahankan tiga perkara itu tidak mungkin (berjaya) dengan adanya DAP," tegasnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Empower lonjak akademik pelajar

Posted:

Empower lonjak akademik pelajar

Empower lonjak akademik pelajar

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my


Ho Khai Mun (dua dari kanan); Toantowee Mohd. Lotfie (dua dari kiri), Zulkifli Yaacob (tengah) dan K. Suraindran bersama pelajar cemerlang UPSR daerah Bentong pada program Empower Bentong di Felda Lurah Bilut, Pahang, semalam.


BENTONG 27 Dis. - Program latihan kemahiran akademik tajaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) terbukti berjaya meningkatkan pencapaian akademik pelajar di luar bandar di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lurah Bilut, Datuk Ho Khai Mun berkata, ini dapat dilihat menerusi peningkatan pencapaian pelajar terlibat dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

''ECERDC sangat bijak mengeksploitasi potensi diri pelajar di tiga daerah iaitu Temerloh, Bentong dan Lipis. Ini dibuktikan seramai 512 orang lulus dalam UPSR 2011.

''Daripada bilangan itu seramai 79 orang atau 15 peratus mendapat keputusan A dalam semua subjek yang diambil iaitu 38 orang di Temerloh, 24 pelajar di Lipis dan 17 pelajar di Bentong,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penghargaan kepada pelajar cemerlang UPSR 2011 peringkat daerah Bentong tajaan ECERDC di Felda Lurah Bilut dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Bentong, Datuk Toantowee Mohd. Lotfie, Pengurus Besar Sosial ECER, Zulkifli Yaacob dan Pengarah Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia (PKSM), K. Suraindran.

Seramai enam pelajar yang memperolehi 5A dan 7A menerima barangan berupa peralatan sekolah, pakaian, buku dan sijil di samping wang tunai bagi perbelanjaan awal sesi persekolahan 2012.

Mereka yang mendapat pengiktirafan ECERDC itu ialah Mohd. Sukri Irwan Sabri, Syakirah Maryanty Abdullah, Wong Jing Wen, Chap Lap Fooong, P. Lavanya Laksmi dan M. Kaarrtini.

Sementara itu, Zulkifli berkata, program Empower terdiri daripada dua program utama iaitu latihan kemahiran akademik dan latihan kemahiran keusahawanan membabitkan 900 peserta.

Katanya, kursus kemahiran yang dilaksanakan antaranya ialah solekan dan tatarias pengantin, pembuatan kek, jahitan dan rekaan fesyen, dandanan rambut, masakan, pendawaian dan kerja-kerja pemasangan paip.

Jelasnya, penanda aras ditetapkan menerusi program ini ialah kejayaan 80 peratus peserta dapat memulakan perniagaan dengan pendapatan tambahan antara RM800 dan RM1,500 sebulan.

''Program Empower mempunyai dua misi iaitu mengajar kemahiran terbaru agar golongan sasaran dapat mencari pekerjaan lebih baik dan memenuhi keperluan modal insan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Bersama jayakan kempen penurunan harga

Posted:

Bersama jayakan kempen penurunan harga

Bersama jayakan kempen penurunan harga

JERANTUT 27 Dis. - Pengusaha pasar raya di negeri ini diminta memainkan peranan proaktif bersama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri bagi menjayakan kempen penurunan harga untuk keselesaan orang ramai berbelanja.

Pengarah PPDNKK negeri, A. Aruwan Ab Aziz, berkata, sehingga kini 12 kempen penurunan harga telah dilaksanakan dengan program terakhir pada tahun ini berlangsung di sebuah pasar raya di Raub.

Beliau berkata, kempen yang bermula akhir bulan November hingga Januari depan membabitkan pasar raya yang diberi sijil Kedai Harga Patut, iaitu sebuah di bandar Kuantan, Temerloh (lima), Raub (empat) dan masing-masing sebuah di Jerantut serta Bera.

''Kempen yang dilaksanakan ini untuk membantu pengguna berbelanja dengan harga berpatutan di samping bijak memilih barang yang berkualiti untuk keperluan keluarga.

''Kita berharap pasar raya terbabit memenuhi peraturan kawalan harga kementerian sekali gus membolehkan pengguna dan penduduk di kawasan berkenaan mendapat harga yang murah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Harga Patut dan Jualan Kembali Ke Sekolah di Pasar Raya TF Value-Mart, di Bandar Baru Inderapura, di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, A. Aruwan juga menyampaikan pakaian seragam dan peralatan persekolahan sumbangan TF Value-Mart kepada seramai 80 pelajar miskin menerusi wakil Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jerantut.

Hadir sama Pengurus Pemasaran TF Value-Mart, Yeoh Kee Seng dan Ketua Cawangan PPDNKK Jerantut, Che Hanafi Mamat.

Menurut beliau, konsep kedai harga patut di pasar raya terpilih negeri ini juga untuk membantu ibu bapa berjimat persiapan pakaian seragam sekolah dan peralatan belajar untuk anak masing-masing pada sesi persekolahan tahun depan.

Terdahulu, A. Aruwan berkata, usaha Pasar Raya TF menyumbangkan pakaian seragam sekolah dan peralatan belajar kepada pelajar miskin amat dihargai.

Tambahnya, semua pengusaha pasar raya di negeri ini sewajarnya meneladani usaha TF Value-Mart bandar ini menerusi program kebajikan dan kemanusiaan sejajar pengisian konsep 1Malaysia.

Full content generated by Get Full RSS.

Ibu tunggal terima rumah bantuan JKKK Kg. Penak, GiatMara

Posted:

Ibu tunggal terima rumah bantuan JKKK Kg. Penak, GiatMara

Ibu tunggal terima rumah bantuan JKKK Kg. Penak, GiatMara

TEMERLOH 27 Dis. - Seorang ibu tunggal di Kampung Penak, Mentakab di sini tidak pernah bermimpi mendapatkan sebuah rumah yang selesa memandangkan kesempitan hidup yang dilaluinya sekeluarga.

Namun, Siti Esah Mohamad, 53, kini boleh menarik nafas lega apabila menerima sebuah rumah baru hasil keprihatinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bersama GiatMara yang membantu membina sebuah rumah baru di belakang rumah lamanya.

Menurut Siti Esah, sebelum ini, jika hujan mereka sekeluarga tidak dapat duduk di dalam rumah lamanya kerana atap bocor dan strukturnya juga sangat uzur.

"Selama ini memang saya tidak pernah bermimpi mendapat sebuah rumah baru kerana kehidupan kami sangat susah. Saya tidak bekerja dan hanya ditanggung oleh anak-anak lelaki saya selepas kematian suami.

"Saya mempunyai sembilan orang anak dan dua orang anak perempuan saya sudah mendirikan rumah tangga. Saya tinggal bersama tujuh anak lelaki dan seorang daripadanya adalah orang kurang upaya (OKU)," katanya ketika ditemui di Mentakab dekat sini, baru-baru ini.

Penyerahan kunci rumah tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Datuk Chuah Boon Seong. Hadir sama, Pengurus GiatMara Temerloh, Lokman Awang dan Pengerusi JKKK kampung tersebut, Abdul Rahman Omar.

Siti Esah berkata, anaknya yang tergolong sebagai OKU itu mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, dia bergantung hidup pada anak-anak lelakinya yang membuka bengkel di hadapan rumah secara kecil-kecilan.

"Apa yang menyedihkan saya, semua anak-anak saya tidak pernah bersekolah kerana kesempitan hidup. Alhamdulillah, walaupun begitu mereka ada kemahiran dan membuka bengkel," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pakistan nafi pecat ketua tentera

Posted:

Pakistan nafi pecat ketua tentera

Pakistan nafi pecat ketua tentera


Kiri Yusuf Raza Gilani, Ashfaq Kayani


ISLAMABAD 27 Dis. - Perdana Menteri Pakistan, Yusuf Raza Gilani semalam menafikan laporan media tempatan yang mendakwa beliau merancang untuk memecat ketua pasukan tentera yang berpengaruh dan ketua pengarah agensi risikan.

Desas-desus tentang pemecatan ketua tentera, Jeneral Ashfaq Kayani dan Ketua Pengarah Risikan Antara Perkhidmatan (ISI), Leftenan Jeneral Ahmad Shuja Pasha itu merupakan spekulasi paling baru dalam perselisihan antara ahli politik dan tentera.

"Laporan memecat ketua tentera dan ketua pengarah agensi risikan itu hanyalah satu spekulasi yang direka. Tindakan menyebarkan laporan seperti itu tidak patut dibuat.

"Jika saya tidak suka dengan mereka, sudah tentu saya tidak akan melanjutkan tempoh khidmat mereka. Kenyataannya, saya senang dengan kerja yang mereka lakukan," katanya kepada pemberita yang disiarkan di televisyen.

Gilani berkata, Kayani menyokong demokrasi dan beliau tidak membuat keputusan untuk memecatnya memandangkan negara sedang berperang.

Kerajaan pada tahun lalu melanjutkan tempoh perkhidmatan Kayani sehingga 2013, sementara khidmat Pasha turut dilanjutkan sehingga Mac 2012.

Spekulasi tentang perselisihan antara kerajaan dan tentera bermula dengan penemuan satu memo yang didakwa daripada pihak kerajaan yang meminta bantuan Washington untuk mengekang kuasa tentera selepas tentera Amerika Syarikat (AS) membunuh Osama bin Laden di Pakistan, Mei lalu.

Duta Pakistan ke AS sebelum ini, Husain Haqqani dituduh menulis memo tersebut bagi pihak kerajaan, bagaimanapun beliau menafikan perkara tersebut dan meletak jawatan semasa siasatan dijalankan. - REUTERS

Full content generated by Get Full RSS.

Seoul, Beijing adakan rundingan

Posted:

Seoul, Beijing adakan rundingan

Seoul, Beijing adakan rundingan

SEOUL 27 Dis. - Pegawai-pegawai kanan Korea Selatan dan China mengadakan rundingan hari ini untuk membincangkan mengenai kematian pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il dan kesannya kepada keselamatan di rantau ini.

China adalah satu-satunya sekutu dan sandaran ekonomi bagi Korea Utara dan turut dianggap sebagai satu-satunya negara yang boleh mempengaruhi tindak tanduk Pyongyang.

Timbalan Menteri Luar Korea Selatan, Park Suk-Hwan menyifatkan rundingan itu perlu ketika situasi keselamatan di semenanjung Korea menjadi fokus utama selepas kematian Jong-il.

Beliau dalam ucapan pembukaannya berkata, mengekalkan keamanan dan kestabilan di semenanjung Korea menjadi keutamaan Korea Selatan dan China.

Korea Utara menjadi tumpuan kuasa-kuasa dunia selepas kematian Jong-il pada 17 Disember lalu dengan anak lelaki bongsunya Kim Jong-un disebut-sebut sebagai penggantinya.

Beijing dilaporkan memberi sokongan penuh kepada Jong-un beberapa jam selepas pengumuman kematian Jong-il dan berjanji untuk bekerjasama dengan Pyongyang memastikan keamanan dan kestabilan di negara itu.

Rakan sejawat Suk-Hwan dari China, Zhang Zhijun, bagaimanapun secara tidak langsung menyebut mengenai Korea Utara dalam pertemuan itu tetapi menggesa supaya komunikasi lebih rapat dengan Seoul perlu dilakukan dalam menghadapi 'rantau Asia Pasifik yang dinamik' yang menjadi semakin 'sukar dan serius'.

Sementara itu, Jong-un, semalam menemui rombongan delegasi persendirian dari Korea Selatan ketika beliau cuba mengukuhkan kedudukannya sebagai orang nombor satu di negara itu.

Beliau dilaporkan mengadakan pertemuan singkat dengan delegasi yang diketuai bekas wanita nombor satu Korea Selatan, Lee Hee-Ho yang turut disertai Pengerusi Kumpulan Hyundai, Hyong Jong-un dan beberapa ahli perniagaan penting Korea Selatan bagi menunjukkan kepada Seoul beliau adalah pemimpin nombor satu di negara komunis itu.

Mendiang suami Lee Hee-Ho, Kim Dae-jung yang merupakan bekas Presiden Korea Selatan telah membina hubungan baik dengan Korea Utara semasa pemerintahannya dan mengadakan pertemuan dengan Jong-il pada tahun 2000.

Pyongyang ketika kematian Dae-jung turut menghantar delegasi ke Seoul.

Ketika pertemuan itu, Jong-un mengucapkan terima kasih kepada kumpulan delegasi dari Korea Selatan itu yang memberi ucapan takziah atas kematian bapanya.

Pertemuan itu adalah yang pertama bagi Jong-un dengan Korea Selatan sejak kematian ayahnya. - AGENSI

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Dadah: Pengusaha dobi ke tali gantung

Posted:

Dadah: Pengusaha dobi ke tali gantung

Dadah: Pengusaha dobi ke tali gantung

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


Md. Nazli Sahid dibawa keluar dari Mahkamah Alor Setar, semalam setelah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan mengedar dadah.


ALOR SETAR 27 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang pengusaha kedai dobi selepas didapati bersalah mengedar 1,059 gram kanabis, tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim menjatuhkan hukuman itu ke atas Md. Nazli Sahid, 39, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Md. Nazli yang memiliki sebuah perniagaan dobi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang didapati melakukan perbuatan tersebut di halaman rumah No. 33, Taman Sri Hartamas, Mergong di sini kira-kira pukul 10 malam, 24 Disember 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Md. Nazli yang merupakan bapa kepada seorang anak dilihat menundukkan kepala ketika hukuman dijatuhkan.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Negeri, Datuk Razali Che Ani manakala tertuduh diwakili peguam, J. Martin.

Full content generated by Get Full RSS.

Naib Yang Dipertua 2 Perkim didakwa pecah amanah

Posted:

Naib Yang Dipertua 2 Perkim didakwa pecah amanah

Naib Yang Dipertua 2 Perkim didakwa pecah amanah

SHAH ALAM 27 Dis. - Naib Yang Dipertua 2 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Profesor Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah terhadap dana projek menaik taraf jalan raya yang bernilai RM3.7 juta milik pertubuhan itu antara tahun 2002 dan 2004.

Turut dituduh bersama-sama Ariffin, 74, yang juga bekas Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atas kesalahan itu ialah dua ahli Perkim Cawangan Damansara Utama, Datuk Baharin Baba, 58, dan Abas Adam, 60.

Ketiga-tiganya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

Ariffin bersama-sama Baharin dan Abas sebagai pemegang amanah Perkim Cawangan Damansara Utama didakwa pecah amanah terhadap dana projek menaik taraf laluan B9/FT105 dari Lapangan Terbang Subang ke Hospital Sungai Buloh (Fasa A) membabitkan nilai RM3.7 juta.

Ketiga-tiganya didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perkim Cawangan Damansara Utama, Petaling Jaya dekat sini antara 1 April 2002 dan 22 April 2004.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Sinti mencadangkan setiap tertuduh diikat jamin RM20,000.

Peguam Najah yang juga anak kepada Ariffin memohon mahkamah mengambil kira penglibatan bapanya dalam pelbagai program kebajikan serta peranan utamanya dalam menjaga dan membimbing saudara baru.

Sehubungan itu, beliau memohon agar Ariffin yang menghidap pelbagai penyakit serta sentiasa memberi kerjasama kepada SPRM semasa disiasat sejak tahun 2006, dibebaskan dengan jaminan tanpa cagaran.

Najah yang turut mewakili Abas memaklumkan seorang lagi anak guamnya itu tidak mempunyai pendapatan tetap selain menghidap penyakit angin ahmar, lemah jantung dan gout.

Selain itu, kata beliau, Abas juga mempunyai keluarga besar dan kebanyakan anak-anaknya masih bersekolah dan menuntut di kolej.

Sementara itu, peguam Normala Lot mewakili Baharin turut memohon jumlah jaminan yang lebih rendah untuk anak guamnya.

Asmadi membenarkan setiap tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 beserta seorang penjamin selain mengarahkan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Beliau menetapkan 27 Januari ini untuk sebutan semula kes itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Jenama Boboi ke layar filem

Posted:

Jenama Boboi ke layar filem

Jenama Boboi ke layar filem

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR


Antara persembahan Boboi yang membuatkan penonton tidak kering gusi.


BELUM pun sempat pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) berakhir, tuah nampaknya sudah menyebelahi kumpulan Boboi yang sudah mula mengorak langkah lebih jauh ke depan.

Sama ada mampu bergelar juara atau sebaliknya, Boboi akan terus abadi di fikiran peminat selepas ini.

Tidak mahu nama Boboi terus dilupakan selepas MLM melabuhkan tirai Jumaat ini, kini dua penggerak utama Boboi, Afdlin Shauki dan juga Harun Salim Bachik, optimis jenama tersebut mampu melangkah lebih jauh.

Berdiri di atas keyakinan tersebut, Boboi bakal memulakan penggambaran filem Boboi, Best Friend Forever (Boboi, BFF) pada penghujung Januari nanti.

Belum menyenaraikan mana-mana lagi pelakon yang bakal terlibat dalam filem itu, Afdlin Shauki selaku pengarah, turut menunjukkan minat untuk menggunakan khidmat beberapa individu yang terlibat dalam MLM.

"Mungkin Datuk AC Mizal akan berlakon sekali di dalam filem Boboi BFF nanti.

"Selain itu, saya juga berminat untuk menjemput Osbon dan juga Adlin untuk turut bersama-sama memeriahkan lagi filem tersebut.

"Malah, kalau boleh, kami juga nak ajak Datuk Chef Wan sekali," ujarnya kepada Hits baru-baru ini.

Malah, jika tiada aral melintang, jenama Boboi juga akan turut direalisasikan dalam bentuk animasi dan juga komik.

Mengakui kini mereka sedang bekerja keras dalam memastikan nama Boboi terus subur, Afdlin dan Harun bersependapat bahawa genre komedi sebenarnya sangat berpotensi untuk diperkembangkan.

Menjadikan platform MLM sebagai salah satu langkah promosi jenama Boboi, dalam masa yang sama, mereka juga sebenarnya cuba membawa sifat komedi itu untuk diterjemahkan agar dapat diterima oleh seluruh lapisan masyarakat dan juga umur.

Platform martabatkan komedi

Tidak dinafikan, sebelum menyertai MLM lagi, dua nama di sebalik Boboi sudah mampu berdiri sendiri di atas populariti yang mereka miliki.

Namun, bagi Afdlin, apa yang lebih penting baginya kini ialah martabat komedi itu dapat dinaikkan pada satu tahap yang lebih memberangsangkan.

"Kehadiran kami (Boboi) hadir dalam pentas MLM bukanlah sebagai penghibur semata-mata.

"Apa yang lebih penting sekarang ini ialah, penjenamaan komedi itu sendiri dapat diangkat pada satu tahap yang lebih baik.

"Kami mahu memartabatkan komedi agar orang di luar negara kita mengetahui bahawa jenaka yang kita tampilkan adalah berkualiti.

"Menang atau kalah pertandingan MLM itu nanti bukan persoalannya kerana niat saya hanyalah satu, untuk membantu dan memperjuangkan industri komedi tanah air agar dapat diterima ramai," ujarnya penuh bersemangat.

Kenyataan Afdlin itu juga turut disokong oleh Harun.

"Apa yang kami persembahkan adalah untuk menghargai peminat malah dalam masa yang sama, dapat menghiburkan mereka," tambahnya yang turut mengakui kini sedang sibuk membuat persiapan bersama Afdlin dalam memberikan yang terbaik menjelang MLM peringkat akhir Jumaat ini.

Apabila 'juri' dikritik

Sebelum ini, kedua-dua lelaki ini pernah duduk di barisan juri namun sebaik melangkah ke gelanggang MLM, kini tiba pula giliran mereka untuk dikritik.

Mengakui kadang-kala teguran juri tetap MLM agak berbisa, Afdlin dan Harun sepakat cuba untuk memperbaiki kelemahan mereka berdasarkan teguran tersebut.

Menurut Harun yang juga pernah duduk di kerusi juri Raja Lawak musim kedua, berada di atas pentas untuk dinilai bukanlah perkara yang menyeronokkan.

"Kadang-kadang tercabar juga dengan teguran yang diberikan oleh juri, tapi apa yang lebih penting, kita kena terima dengan hati terbuka.

"Malah melalui teguran tersebut sebenarnya kita dapat memperbaiki mutu persembahan sekali gus memberikan yang terbaik kepada penonton," jelas Harun.

Namun sedikit berbeza dengan Afdlin, baginya, jika ingin mengkritik janganlah sehingga menjatuhkan air muka pelawak itu sendiri.

"Apa yang dinilai mereka di atas pentas ialah pelawak-pelawak otai yang sudah lama berada dalam bidang komedi.

"Sebaik-baiknya biarlah setiap teguran itu dapat menaikkan semangat peserta dan bukanlah sehingga menjatuhkan air muka mereka," katanya ringkas.

Full content generated by Get Full RSS.

Loudspeaker Y2k 11 gabungkan dua generasi

Posted:

Loudspeaker Y2k 11 gabungkan dua generasi

Loudspeaker Y2k 11 gabungkan dua generasi

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM


Dari kiri: Azlan, Mael XPDC, Faizal Tahir, Awie dan juga Ali XPDC ketika menyampaikan lagu Peronda Jaket Biru sebagai penutup tirai konsert.


GABUNGAN dua 'orang lama', Wings dan XPDC, bersama dengan dua lagi jenama baru dalam industri seni, Faizal Tahir dan juga Azlan and The Typewriter, ternyata satu percubaan yang baik. Pilihan pihak penganjur Loudspeaker Y2k 11, Red Garage Group Sdn Bhd (RGGSB), dalam mewujudkan atmosfera baru konsert boleh dipuji.

Sebelum membuka tirai persembahan pada malam itu, konsert tersebut terlebih dahulu dijengah telatah kumpulan yang hadir melalui Maharaja Lawak Mega, Boboi, yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan juga Harun Salim Bachik.

Gelagat Boboi turut ditemani Dira, selaku Pengarah Pengiklanan dan Promosi RGGSB, yang turut mengakui gementar memandangkan konsert tersebut merupakan konsert sulung mereka.

Walaupun jujurnya gandingan dua generasi itu disifatkan sebahagian penonton agak tidak berapa kena, namun bagi Dira, perkara tersebut merupakan salah satu pembaharuan. Kelainan itu yang mereka ingin tampilkan dalam setiap konsert yang bakal dianjurkan lagi.

"Apa yang kami lakukan ini adalah untuk mendidik peminat agar bersatu melalui muzik.

"Mungkin ada pihak yang agak skeptikal dengan apa kami bawakan tapi kami yakin perkara ini pasti dapat diterima tidak lama lagi.

"Jadi, jangan terkejut jika wujud lagi kelainan sebegini dalam setiap konsert yang akan kami anjurkan selepas ini," jelasnya ketika ditemui Hits di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada hari tersebut.

Konsert yang bermula kira-kira pukul 9.10 malam itu terlebih dahulu dimulakan dengan persembahan daripada Faizal Tahir dengan lagu Cuba dan kemudiannya diteruskan lagi dengan lagi Bencinta, Karma serta Selamat Malam.

Usai sahaja Faizal Tahir membuat persembahan, Azlan and The Typewriter pula muncul dengan lagu Kelibat Si Penyair, Apa Ni, dan Lagu Untukmu.

Malah, mereka juga turut menyanyikan semula lagu Teratai nyanyian kumpulan Sweet Charity dengan muzik yang lebih keras berentak metal namun masih tidak lari daripada lagu asal dan diakhiri dengan lagu Jeritan Batinku.

Sebaik sahaja Ali XPDC muncul di pentas, kira-kira 3,000 penonton yang agak pasif sebelumnya bagaikan terjaga dan kembali bertenaga.

Ternyata penangan kumpulan yang sudah 24 tahun berdiri di persada seni tanah air ini masih mampu membuatkan penonton teruja bagai histeria.

Sebaik sahaja Ali menyanyikan lagu Ulat dan Kulat, penonton turut sama bergoyang kepala mengikut rentak keras heavy metal yang dibawakan XPDC.

Persembahan mereka kemudiannya diteruskan lagi dengan lagu Samurai, King El-Mondoque dan Sakinah.

Malah, Mael selaku vokalis asal kumpulan tersebut turut muncul dan menyampaikan lagu Selendang Merdeka, Apa Nak Di Kata, Titian Perjalanan dan juga Semangat Yang Hilang sambil menyanyikan lagu tersebut bersama-sama peminat mereka dengan penuh perasaan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Malaysia dan sensitiviti isu-isu keislaman

Posted:

Malaysia dan sensitiviti isu-isu keislaman

Malaysia dan sensitiviti isu-isu keislaman

Oleh MOHD. ZAIDI ABDULLAH
PENULIS ialah Ketua Penyelidik,
Akademi 'Ulum Pondok dan Pencerahan
Tamadun, Shah Alam, Selangor.

INJAKNYA kaki tentera Napoleon Bonarparte di Mesir pada 1798 boleh dikatakan bermulanya 'mimpi buruk' kepada dunia Islam seluruhnya. Beberapa abad sebelum itu, di Asia Tenggara, bukan sekadar mimpi buruk malah 'kerap mengigau' akibat penjajahan Portugis di Melaka pada 1511 Masehi. Jauh dari pusat utama kebudayaan Islam, Asia Tenggara beberapa buah wilayah terkemuka terpaksa berdepan dengan perancangan-perancangan Portugis, Belanda dan Inggeris.

Cuma Belanda dan Inggeris masih menjalankan aktiviti orientalisme yang mengemudikan sebelum lahirnya hubungan antarabangsa yang dijalankan oleh Amerika terhadap negara-negara Asia Tenggara khususnya.

Isu usaha memurtadkan umat Islam secara faktanya terzahir pada ketika lahirnya penjajah di rantau ini. Arus kemodenan dan pasca-modenisme serta hak asasi manusia dan globalisasi makin terbuka peluang pemurtadan. Dalam pengajian Islam di universiti-universiti Barat masih dibayangi oleh agama lain pada struktur universiti-universiti tersebut. Islam dikaji sebagai agama tetapi dari segi antropologi dan persejarahan misalnya. Melalui program pengajian seperti ini, non-muslim dapat mengenal Islam dan segala aktivitinya melalui fellowship, penulisan tesis dan seumpamanya.

Perakuan bahawa Islam sebagai agama rasmi oleh Barisan Nasional (sebagai pemerintah sekarang) dan Pas (dalam buku Negara Berkebajikan) pastinya akan tergugat dengan cabaran-cabaran profesional yang sering dikatakan sebagai memenuhi hak asasi manusia. Islam dikenal sebagai bahan bacaan (adalah malang jika dibaca tentang Islam menerusi kajian orientalis). Profesionalisme dalam pengkajian-pengkajian Islam diberikan geran sekali di bawah bimbingan non-muslim sebenarnya adalah satu bid'ah yang tidak berlaku sepanjang Islam berada di bayangan Khilafah Rashidin, Khilafah Umayyah, Khilafah 'Abbasiyyah dan Khilafah 'Uthmaniyyah.

Secara logiknya, penulis mengutarakan prinsip bahawa hanya orang Islam layak membicarakan tentang hakikat Islam bukan orang lain. Profesionalisme di kalangan orientalisme adalah satu aktiviti yang tidak diiktiraf oleh Islam itu sendiri. Kajian tesis atau seumpamanya yang dibaca oleh orientalis sekalipun ada yang dikatakan memberi manfaat dari sedar mereka akan agama Islam. Akan tetapi sebaliknya, mudarat lebih besar.

Firman Allah yang mutawatir, "Dan tidak akan reda sesekali Yahudi dan Nasrani akan kamu sehingga kamu mengikuti ajaran mereka…" Nas mutawatir ini patut sentiasa diingati oleh mereka yang suka terlibat diri dalam kerja kepartian.

Kepartian dalam sistem demokrasi jika melebihi had pastinya akan bercanggah dengan Islam. Adalah sesuai dengan realiti Islam dan umatnya di Malaysia dihayati Demokrasi Raja Berperlembagaan. Raja-Raja ini sebagai ketua agama secara eksekutif boleh menyekat mana-mana usaha pelampau hak asasi manusia yang bercanggah Islam seperti program seksual bebas dan pemurtadan.

Dari sudut hubungan antarabangsa, Islam masih dilihat menjadi isu utama sama ada mengekang kemunculan kekuatan pengaruh Islam atau mempropaganda golongan yang disukainya untuk mengenepikan golongan yang tidak disukainya. Islam Liberal atau lain-lain nama.

Memang dalam ajaran Islam kebebasan beragama termaktub dalam al-Quran. Akan tetapi yang jelas sekali mesejnya Islam perlu disebarkan dan menyekat murtad adalah satu tuntutan penting. Inilah sebenarnya yang kurang disenangi oleh pihak yang suka memurtadkan umat Islam dengan alasan hak asasi manusia dan demokrasi.

Tuntutan demi tuntutan untuk keluar dari Islam terdapat di mahkamah. Ini satu bukti usaha memurtadkan umat Islam memang terdapat. Adakah mereka murtad tanpa ada yang memurtadkan ?

Terdapat di kalangan pengusaha murtad ini cuba berhujah seperti orang Islam yang pastinya mereka menerima cara-cara dari hasil kajian yang diperolehi. Dari mana itu? Memang penjajah telah pulang ke tempat masing-masing. Akan tetapi, berapa ramai orang Islam sendiri belajar di universiti-universiti di Barat yang dibayangi oleh agama lain dari struktur penubuhan dan perjawatannya. Adalah malang jika kita terpengaruh oleh mereka pula. Lepas itu cendekiawan muslim bawa pulang ke negara-negara masing-masing. Ini malangnya.

Implikasi penjajahan pula memang termaktub dalam sejarah lalu pecahnya muslimin kepada kaum tua dan kaum muda, modenis dan liberalis, ortodoks dan konservatif atau macam-macam nama lagi.

Orientalis juga suka menimbulkan pendapat yang lemah di kalangan ulama Islam bagi mengetepikan ijma' yang menjadi aspek kekuatan Islam pada satu ketika dulu. Dikatakan ulama tradisional sebagai konservatif atau ortodoks. Ini semua label dari barat yang dibayangi agama lain.

Dalam kajian penulis bertajuk Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal Jamaah: Suatu Keluhuran dan Kemurnian Pegangan Hidup (diterbitkan pada tahun 2000M) dinyatakan antara institusi terawal barat di dunia Islam yang mengkaji Islam dan dunia Islam di barat malah yang diketuai oleh non-muslim patut disangsi muslim sebenarnya. Ini hak kita sebagai orang Islam. Ini seolah-olah campur tangan mereka dalam hal-ehwal Islam. Rasanya pasti ada yang akan menuding saya sebagai tidak terbuka. Akan tetapi, ini satu realiti yang patut diakui . Non-muslim pelajari Islam tetapi terdapat di kalangan mereka cuba mengajar orang Islam.

Kenapakah mereka tidak memeluk Islam dengan pengetahuan yang dimiliki oleh mereka ? Ini satu keraguan. Sering orang bercakap takdir Allah SWT tetapi dalam Ahli Sunnah-Islam pastinya pilih dan usaha perlu disertakan. Seperti orang yang dituduh memasuki rumah seseorang tapi dia boleh bercerita apa jua dalam rumah itu. Pastinya orang dituduh disangsikan pernah memasuki rumah dengan curi atau lain-lain.

Jadi, isu murtad dan kebebasan atas nama hak asasi manusia yang bercanggah dengan Islam tidak patut disebarkan di negara ini. Mana-mana pihak yang berusaha memurtadkan umat Islam patut didedahkan. Ini sebagai keselamatan umat Islam dari segi dakyah dan hasutan.

Full content generated by Get Full RSS.

Madrasah Salihiah bukan isu politik

Posted:

Madrasah Salihiah bukan isu politik

Madrasah Salihiah bukan isu politik

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

CUBA bayangkan apa yang akan berlaku seandainya Kerajaan Pas Kedah ingin merobohkan rumah ibadat penganut agama lain bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks beli-belah?

Penulis percaya sudah pasti Kedah 'tidak aman' kerana penganut agama tersebut akan bersatu tanpa mengira fahaman politik untuk bangkit menentang cadangan berkenaan.

Tetapi situasi ini seolah-olah tidak berlaku dalam isu cadangan merobohkan Madrasah Salihiah Kachut, Alor Setar bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks beli-belah.

Walaupun mendapat bantahan keras daripada pelbagai pemimpin dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam namun Kerajaan Pas Kedah tetap bertegas dengan keputusannya.

Apa yang mengecewakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd.Razak seolah-olah tidak mahu mendengar bantahan tersebut, sebaliknya menegaskan sebagai seorang berkelulusan Universiti Al-Azhar beliau tahu hukum-hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.

Kita tidak menafikan hak dan kuasa kerajaan negeri Kedah untuk berbuat demikian tetapi tidakkah ada sedikit sikap tolak-ansur dalam soal ini?

Memang betul, Majlis Fatwa Negeri membenarkan langkah yang dinyatakan tetapi tidakkah kerajaan negeri mempunyai pertimbangan lain dalam soal ini?

Tanggapan bahawa UMNO mengemukakan bantahan dalam isu tersebut sebagai bermotifkan politik hanyalah jawapan seorang pemimpin yang seolah-olah tidak mahu mendengar pandangan orang lain.

Isu madrasah tersebut bukan isu politik tetapi soal memulihara dan mempertahankan sebuah rumah ibadat yang telah berdiri tegak sejak 1905 lagi.

Kenapakah atas nama pembangunan, madrasah yang tidak pernah sunyi daripada kunjungan anak kariah dan umat Islam itu mahu dirobohkan?

Atas sebab itulah, isu madrasah tersebut sama sekali tidak harus dilihat dari sudut politik, bantahan dilakukan kerana madrasah berkenaan perlu dipertahan dan dibiarkan wujud buat selama-lamanya.

Dalam soal ini, kita ingin mendengar apa pandangan dan pendirian Dewan Pemuda Pas, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama. Apakah mereka rela membiarkan madrasah tersebut dirobohkan?

Apakah mereka akan mendiamkan diri, jika tindakan merobohkan madrasah itu dilakukan oleh kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO?

Sudah pasti tidak, mereka akan menentangnya dan akan melancarkan kempen habis-habisan bagi menyebarkan dakyah kononnya BN dan UMNO cuba menghalang perkembangan Islam. Pas akan berusaha menonjolkan bahawa mereka perjuang Islam sejati.

Mereka bukan sahaja akan mengadakan demonstrasi, solat hajat dan menghantar memorandum, malah akan mengadakan ceramah ke seluruh negara bagi memburuk-burukkan UMNO dalam isu berkenaan.

Tetapi soalnya di manakah suara pemimpin-pemimpin Pas dalam isu Madrasah Salihiah ini? Kenapakah mereka tidak berkata apa-apa? Usahlah memberi alasan, itu urusan kerajaan negeri pimpinan Azizan.

Kalau benar mereka masih mempertahankan parti itu tetap memperjuangkan Islam walaupun haluan parti tersebut sudah berubah dari negara Islam kepada negara berkebajikan maka bersuaralah!

Begitu juga jika benar mereka mengaku pejuang Islam sejati dan dasar Islam terus menjadi matlamat perjuangan maka mereka perlu memiliki keberanian untuk menasihatkan kerajaan negeri Kedah supaya tidak merobohkan madrasah bersejarah tersebut.

Janganlah mengamalkan sikap double standard, kalau orang lain buat salah, kalau orang kita sendiri buat betul? Apakah ini yang dianjurkan oleh Islam?

Begitu juga kepada penyokong-penyokong fanatik Pas di Kedah. Di manakah suara kamu semua? Apakah sudah 'dibisukan' atau sememangnya sengaja mendiamkan diri kerana cadangan merobohkan madrasah itu adalah keputusan keputusan pemimpin daripada parti kesayangan kalian?

Sepatutnya sebagai seorang Islam tanpa mengira fahaman politik, mereka perlu bangkit melakukan bantahan. Ini bukan soal merebut satu kerusi dalam pilihan raya tetapi soal sebuah madrasah yang dianggap rumah Allah mahu dirobohkan.

Apakah membina sebuah kompleks beli-belah mampu membantu pembangunan ummah di dunia dan akhirat?

Kalau hendak bina juga kenapakah tidak mencari alternatif supaya madrasah tidak dirobohkan? Ini termasuklah mengubah suai pelan pembinaan kompleks tersebut atau mencari lokasi lain.

Tetapi alternatif ini tidak mahu dipertimbangkan oleh kerajaan negeri Kedah, apa yang mereka nampak, robohkan madrasah, dirikan kompleks beli-belah, soal madrasah itu bersejarah atau tidak bukanlah perhitungan utama.

Hakikatnya, langkah mempertahankan madrasah tersebut bukannya berkaitan soal bangunan itu lama atau tidak tetapi apakah kerajaan negeri sudah 'kemereh' untuk mencari tempat lain, kenapakah madrasah hendak 'dikorbankan'.

Sebab itulah kita mahu melihat sejauh manakah penyokong-penyokong Pas akan hadir dalam majlis solat hajat yang bakal diadakan pada Sabtu ini di madrasah tersebut.

Jika sebelum ini orang Pas boleh berduyun-duyun menghadiri ijtimak, muktamar dan solat hajat yang bermotifkan politik kekuasaan kenapakah mereka tidak boleh melapangkan masa bagi menghadiri solat hajat itu?

Kehadiran mereka amat penting kerana ia akan menunjukkan lambang perpaduan seluruh umat Islam di Kedah tanpa mengira fahaman politik.

Tetapi jika mereka terus dikuasai pemikiran politik kepartian, percayalah, tiada pihak yang akan menggeruni orang Melayu dan umat Islam kerana mereka melihat dalam soal mempertahankan sebuah madrasah pun kita tidak mampu lakukan.

Apa pun kita masih berharap dan berdoa kepada Allah SWT agar Madrasah Salihiah dapat diselamatkan. Ini bukanlah soal mereka yang menentang langkah merobohkan bangunan itu berkelulusan Universiti Al Azhar atau tidak, pihak luar atau pihak dalam, tetapi soal seperti mana kata Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin:

''Kita bukan tidak mahu pembangunan tetapi sesuatu pembangunan itu harus ada rahmat Allah dan apabila pembangunan didirikan di atas keruntuhan sebuah wakaf masjid pasti ada yang tidak kena.''

Semoga alim-ulama dan mereka yang mengaku pejuang Islam dalam Pas menginsafi pesanan ini dan berusaha menasihatkan Azizan dan kerajaan Kedah.

Kepada umat Islam Kedah di mana juga berada, bangkit dan bersatulah mempertahankan rumah Allah di Kanchut, Alor Setar itu, jangan biarkan Madrasah Salihin menjadi debu akibat 'dihempap' sebuah kompleks beli-belah!

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Perkahwinan rentas sempadan

Posted:

Perkahwinan rentas sempadan

Perkahwinan rentas sempadan

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN


Sharifah Zainab Syed Ahmad memilih lelaki Lebanon, Toufic Mohammad El-Uzeir sebagai teman hidupnya.


Kehadiran warga asing bukan saja telah mengubah iklim ekonomi dengan penggantungan terhadap tenaga kerja luar dalam sektor-sektor tertentu. Malah sedikit sebanyak telah mencorak semula sosio budaya di kalangan masyarakat negara ini.

Ini berlaku apabila ramai rakyat tempatan tidak kira lelaki mahupun wanita berkahwin dengan warga asing sekali gus mewujudkan percampuran pelbagai budaya.

Kalau dulu kita hanya dengar perkahwinan campur antara Melayu dengan Cina dan India begitu juga sebaliknya, tetapi kini perkahwinan campur semakin berwarna-warni.

Bukan sedikit wanita-wanita tempatan yang berkahwin dengan lelaki Indonesia, Bangladesh, Vietnam dan yang terkini dari rantau Arab serta Afrika.

Ibarat pepatah Melayu, ikan di laut asam di darat dalam kuali bertemu jua. Jika sudah dikatakan jodoh, walau di benua mana pun tetap akan bertemu.

Sejujurnya, tabik kepada wanita-wanita ini yang cukup berani untuk mendepani cabaran perkahwinan campur dengan perbezaan negara, budaya, agama, gaya hidup dan latar belakang.

Tanpa keyakinan yang kuat, cabaran-cabaran ini mampu menjadi penghalang kepada perjalanan rumah tangga bagi pasangan rentas sempadan ini.

Sebagai contoh, Sharifah Zainab Syed Ahmad yang juga tidak pernah menyangka bahawa jodohnya adalah seorang lelaki berasal dari Lebanon.

Walaupun punya susur galur keluarga bergelar Sharifah dan Syed, namun beliau tidak sesekali cuba mencari suami yang berketurunan Arab.

Baginya apa yang berlaku adalah secara kebetulan.

Sharifah Zainab yang ditemui baru-baru ini berkata, perkenalannya dengan suami, Toufic Mohammad El-Uzeir hanyalah sebagai kenalan biasa di tempat kerja.

Selama dua tahun kedua-duanya tidak pernah menyimpan perasaan.

Bagaimanapun tanpa dirancang, mereka mula rapat dan dalam tempoh dua bulan itu, Toufic menyatakan perasaannya pada Sharifah Zainab dan ingin melamarnya.

Hasrat yang dinyatakan kepada kedua-dua buah keluarga diterima dengan baik tanpa bantahan.

"Ibu saya menerima Toufic begitu juga dengan keluarga Toufic. Pada mereka, asalkan Toufic berkahwin dengan wanita Islam sudah bagus kerana jika wanita yang menjadi pilihan Toufic bukan Islam, sukar hendak dididik," kata Sharifah Zainab yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik.

Menurut Sharifah Zainab, walaupun dalam keluarganya cuma beliau yang berkahwin dengan lelaki warga asing namun tidak banyak masalah yang timbul.

Ini kerana, Toufic menerima Sharifah Zainab seadanya dan pandai menyesuaikan diri dengan keluarganya, masyarakat sekeliling sehinggalah kepada soal makanan dan adat orang Melayu.

Beliau yang kini merupakan pemilik Restoran AlRawsha bersama Toufic melayari bahtera rumah tangga dengan aman damai.

Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran tiga orang cahayamata comel, iaitu Fatma Zahra, 11 , Muhammad, 10, dan Ali, 7.

"Selepas berkahwin, hubungan saya dengan keluarga Toufic bertambah mesra. Ibu dan kakak Toufic selalu datang ke Malaysia. Abang Toufic, Fayaed El-Uzeir juga kini tinggal di Malaysia dan sama-sama mengusahakan restoran.

"Kami sering berhubung melalui telefon. Jika mereka datang ke Malaysia mereka pasti akan membelikan hadiah atau jika ada keluarga di sana yang datang ke sini pasti ada sahaja barang yang mereka kirimkan.

"Setahun atau dua tahun sekali kami sekeluarga akan pulang ke Lebanon bertemu dengan keluarga di sana.

"Sebagai suami isteri, bertegang leher kerana hendak menegakkan pendapat masing-masing adalah biasa tetapi kami tidak pernah bergaduh besar.

"Saya memang bahagia dengan perkahwinan saya walaupun Toufic bukan orang Melayu. Saya tidak pernah berasa dia orang luar,'' ujar Sharifah Zainab ramah.

Walaupun ada ketikanya beliau mendengar kata-kata negatif mengenai suami warga asing namun kata beliau, Toufic adalah suami yang baik, bertanggungjawab, tidak pernah meninggi suara apatah lagi berkasar dengannya.

Ujarnya lagi, Toufic merupakan seorang yang ramah dan rajin bertegur sapa dengan jiran-jiran dan jiran-jiran amat mengenali Toufic kerana dia juga sering ke surau.

Sementara itu kata Toufic pula, walaupun terdapat lelaki Arab yang bersikap kasar dan tidak menghormati wanita namun itu adalah sikap yang tidak baik.

Katanya, suami yang memukul isteri adalah suami yang zalim. Jika ada sebarang masalah, eloklah berbincang dan memberi atau meminta nasihat bukannya memukul isteri kerana itu bukan ajaran Islam.

"Saya menganggap perkahwinan saya dengan Sharifah Zainab adalah jodoh yang telah ditentukan dan satu amanah. Jadi saya harus menjaga jodoh ini dengan baik kerana jika kita reda dengan jodoh kita, sudah tentu Allah akan memberkati perkahwinan kita," ujarnya.

Sementara itu, Liza Ismail, yang berasal dari Wakaf Stan, Kubang Kerian, Kelantan, juga percaya kepada jodohnya dengan lelaki warga asing.

Ini kerana suami yang dikahwininya sekarang merupakan lelaki warga asing ke empat yang telah dipilih untuknya.

Namun lelaki yang ke empat itulah yang menjadi suaminya dan bahagia hingga ke hari ini.

"Ketiga-tiga lelaki yang dipilih untuk saya sebelum ini adalah warga Mesir. Namun mungkin kerana tidak ada jodoh, hubungan kami tidak panjang.

"Saya kemudian diperkenalkan dengan suami saya, Mohammed Abdo Mohammed yang berasal dari Yemen.

"Bapa saudara saya yang juga beristerikan wanita Mesir, membawa Mohammed yang ditemani oleh seorang kawannya berjumpa ibu bapa saya.

"Mohammed kata dia hendak berkahwin dengan wanita Melayu. Mungkin kerana dia hendak tinggal di Malaysia.

"Saya kenal dia tak lama kerana sebulan selepas itu kami dinikahkan. Bagi saya kalau boleh tak mahu berkahwin dengan lelaki asing tetapi kerana bapa saudara yang mencarikan, saya tidak boleh menolak.

"Mula-mula dulu saya takut juga jika selepas berkahwin suami membawa saya balik ke negara asal dan mendapat layanan buruk. Saya tanya kepadanya tetapi katanya dia memang hendak tinggal di Malaysia.

"Kata suami, Malaysia aman dan senang mencari rezeki berbanding di Yemen yang selalu bergolak, berperang dan harga barang-barang mahal," kata Liza, 36, anak keenam daripada sembilan beradik.

Tambahnya, semasa berkahwin, keluarga Mohammed tidak datang, namun suaminya telah menghantar surat kepada mereka dan memberitahu akan berkahwin dengan wanita Melayu.

Jelasnya, keluarga tidak membantah kerana Mohammed tahu apa yang dilakukan kerana dia pun telah matang.

Menurut Liza lagi, sebelum berkahwin, beberapa kali dia dirisik oleh lelaki Melayu namun tidak menjadi dan senyap begitu sahaja.

Kata Liza lagi, walaupun Mohammed berbeza umur 15 tahun namun dia menerima suaminya itu seadanya.

Perbezaan umur bukan menjadi masalah dalam hubungan perkahwinan antara Liza dan Mohammed yang telah sembilan tahun tinggal di Malaysia kerana mereka bijak menyesuaikan diri.

"Ketika baru-baru berkahwin suami tidak faham sangat bahasa Melayu. Kami banyak guna bahasa isyarat. Namun dia cuba belajar begitu juga dengan saya yang boleh faham sikit-sikit bahasa Arab.

"Di rumah kami bercakap campur Melayu dan Arab supaya anak-anak faham kedua-dua bahasa. Kami tidak mahu anak-anak kami hanya faham satu bahasa.

"Sekarang Mohammed sudah fasih berbahasa Melayu dan saya sudah boleh bercakap Arab sikit-sikit. Dia pun suka sangat dengan masakan tomyam,'' kata Liza yang merupakan ibu kepada Abdullah, 7, Ally Iskandar, 5, dan Ameerah Sajeeda, 3.

Mengenai perawakan anak-anaknya yang mirip kepada anak Arab, kata Liza, satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan ialah apabila orang bertanya kepadanya sudah berapa lama dia menjaga anak orang atau menjadi pengasuh.

Namun dijawab oleh Liza dengan baik bahawa ketiga-tiga kanak-kanak itu adalah anak-anak kandungnya yang mirip dengan rupa bapanya yang berketurunan Arab.

Full content generated by Get Full RSS.

Batik Malaysia tarik minat ratu cantik

Posted:

Batik Malaysia tarik minat ratu cantik

Batik Malaysia tarik minat ratu cantik

Oleh ZUHAYATI YAZID
Gambar AMIN FARIJ SIRAJ


Keindahan batik ini menarik minat para peserta.


Batik Malaysia sememangnya terkenal dengan keunikan yang tersendiri, malah keindahan dan kehalusan seninya membuatkan ia tidak pernah gagal untuk mempesonakan mata yang memandang.

Lebih Menarik, fabrik warisan negara itu menjadi produk pelancongan yang sentiasa diketengahkan dalam pelbagai promosi sama ada di dalam mahu pun luar negara.

Keindahannya turut memikat mata sekumpulan ratu cantik yang menyertai lawatan dan aktiviti interaktif kraf dalam majlis Sepetang Bersama Batik dengan Penampilan Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2011 di Laman Wau, Kompleks Kraf, baru-baru ini.

Majlis tersebut merupakan sebahagian aktiviti sempena Pertandingan Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2011 yang menyaksikan penyertaan lebih 54 jelitawan dari seluruh dunia.

Majlis petang itu berlangsung dalam suasana santai khusus untuk memperkenalkan batik Malaysia kepada para peserta.

Rata-rata para peserta kelihatan kagum dan teruja menyaksikan kehalusan dan keindahan batik.

Malah kesemuanya tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri mencanting batik.

Dalam masa yang sama ada yang mengambil peluang untuk membeli produk tempatan untuk dibawa ke negara masing-masing.

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Mohd. Kamil Mohd. Ali, berkata, lawatan ini bukan sahaja dapat mengembangkan industri batik tetapi juga sebagai cara mempromosikan batik kepada negara luar.

"Dengan adanya lawatan ini ia bukan sahaja dapat mempromosi produk kebanggaan kita tetapi juga sebagai membantu industri pelancongan negara dan sebagai usaha mempromosikan rekaan fabrik berasaskan batik ke peringkat dunia,'' ujarnya.

Sementara itu, ratu Cantik dari Kosovo, Albulena Mazreku memberitahu, amat teruja apabila berpeluang sendiri melihat bagaimana batik dihasilkan.

"Jika sebelum ini saya hanya melihat di buku ataupun di televisyen tentang kehebatan dan kehalusan fabrik batik ini tetapi hari ini saya sendiri berpeluang untuk membuat batik,'' ujarnya yang begitu teruja dengan kehalusan produk dari Malaysia ini.

Dia yang merupakan pelajar Undang-undang dari Universiti Rocnymegan Notherland memberitahu, akan menjadikan batik sebagai hadiah kepada ibu dan adik apabila kembali ke tanah airnya.

"Saya sangat menyukai fabrik bercorak batik yang terdapat di Malaysia dan saya juga tidak sabar untuk memperagakan hasil rekaan fesyen batik yang pastinya menarik," jelasnya.

Tambah Albulena, dia tidak menyangka motif batik yang disaksikan sebelum ini dihasilkan sepenuhnya dengan mengguna tangan.

"Kerja-kerja mereka sungguh halus dan berseni. Saya juga tertarik apabila melihat rakyat yang pelbagai bangsa di Malaysia menggunakan fabrik batik sebagai pakaian tradisi dan juga pakaian rasmi negara ," jelasnya yang pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia.

Katanya lagi, berada di Malaysia membuatkan dia sangat seronok, malah kemesraan dan keramahan rakyat negara ini membuatkannya tidak berasa kekok sepanjang berada di negara ini.

Dalam pada itu, wakil ratu cantik negara, Aileen Gabriella Robinson, 22, berkata, walaupun berasal dari negara ini namun inilah kali pertama dia berpeluang untuk melihat secara dekat tentang pembuatan batik.

"Hari ini saya sangat teruja kerana dapat menunjukkan hasil kebanggaan negara kita iaitu batik kepada orang luar,'' ujarnya graduan dari Sunway Universiti ini

Malah gadis kacukan Pulau Pinang dan England ini memberitahu, dia banyak memberitahu kepada rakan-rakan seangkatan mengenai keunikan Malaysia sebagai negara berbilang kaum.

"Saya sering jelaskan kepada mereka bagaimana negara kita yang berbilang kaum mampu hidup dengan aman serta toleransi antara kaum yang sangat baik dan ternyata mereka kagum melihat perkara itu," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved