Rabu, 15 Mei 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Amanah cukup berat'

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR - Khairy Jamaluddin mengakui beliau memikul amanah yang berat apabila dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan semalam, menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang berpindah ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Melalui laman sosial, Twitter miliknya sebaik sahaja pelantikan semalam, beliau berkata: Alhamdulillah dan terima kasih semua atas mesej tahniah.

Amanah yang berat. Mohon idea dari rakan-rakan semua untuk masa depan sukan dan belia."

Sementara itu, ketika dihubungi, beliau berkata tumpuannya sudah tentu kepada pembangunan belia dan sukan.

Saya akan cuba melakukan transformasi orang muda yang mana saya berperanan untuk lebih rapat dengan golongan tersebut," katanya.

Menurutnya, beliau memerlukan masa dua minggu untuk mendengar pandangan daripada pelbagai pihak sebelum membuat sebarang perancangan.

Saya akan cuba melakukan transformasi dengan membawa suara anak muda ke dalam Kabinet," ujar beliau.

Khairy, yang dilahirkan pada 19 Januari 1976 adalah Menteri Belia dan Sukan paling muda yang pernah dilantik memegang jawatan tersebut.

Khairy pertama kali bertanding di Parlimen Rembau, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada PRU-13 lalu.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, pernah memegang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2007 hingga 2010.

Khairy pernah terbabit dalam rancangan realiti sukan popular, MyTeam. Pasukan itu beraksi dalam Liga Perdana pada 2007 sebelum bergabung dengan Perak UPB dan dikenali sebagai UPB-MyTeam.

Beliau menjadi Presiden pasukan tersebut sehingga berjaya muncul naib juara Liga Perdana 2007 dan beraksi dalam Liga Super pada 2008.

MSN, MOM sambut baik pelantikan Khairy

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my

Zolkples Embong, Sieh Kok Chi

KUALA LUMPUR - Pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam disambut baik oleh pemimpin sukan tanah air.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, pelantikan Khairy memegang portfolio tersebut merupakan keputusan yang tepat memandangkan beliau mempunyai hubungan yang akrab dengan generasi muda.

Tahniah saya ucapkan. Pemilihan orang muda untuk menerajui Kementerian ini merupakan satu pilihan yang tepat. Beliau merupakan pemimpin yang sering terlibat secara langsung dalam bidang belia dan juga sukan.

Malah, kedudukan beliau sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO menjadikan beliau begitu dekat dengan golongan tersebut.

Bagi saya ini bukan satu bidang yang baru buatnya. Saya tidak sabar untuk bekerja dengan beliau," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Khairy sebagai Menteri Belia dan Sukan, sementara Timbalannya Datuk M. Saravanan.

Menurut Zolkples, ramai sudah sedia maklum, Khairy juga merupakan individu yang sangat aktif dalam bidang sukan, baik sebagai atlet mahu pun pemimpin.

Beliau pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan merupakan seorang atlet yang baik dalam bola sepak, futsal serta polo. Beliau juga menubuhkan sebuah kelab bola sepak MyTeam.

Semua itu sudah cukup membuktikan kemampuannya menerajui kementerian ini," ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, sebagai pemimpin muda, Khairy merupakan calon yang sangat sesuai untuk berkomunikasi dengan generasi tersebut.

Beliau memiliki pengalaman luas dalam bidang sukan. Pernah memegang jawatan penting dalam FAM, jadi kalau Khairy boleh memahami bola sepak, saya rasa dia juga boleh faham sukan lain," ujarnya.

Kok Chi amat berharap, pendekatan melalui perundingan dapat ditingkatkan lagi oleh kementerian bagi mengatasi sesetengah isu dalam sukan bagi mengelak berlaku salah faham.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis rampas syabu terbesar di Kedah babitkan nilai RM6.3 juta

Posted: 15 May 2013 09:50 PM PDT

ALOR SETAR 16 Mei - Polis Kedah merampas dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM6.3 juta ketika melakukan rondaan di Lebuhraya Utara-Selatan, Kubang Pasu dekat sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, kejayaan tersebut merupakan antara rampasan terbesar yang dilakukan oleh pasukan keselamatan itu dalam tempoh lima tahun di negeri ini.

Berikutan rampasan itu, katanya, polis menahan seorang lelaki, Lim Lek Kiea, 47, bagi membantu siasatan kes berkenaan. - UTUSAN ONLINE

12 pengikut 'Tuhan Harun' diburu

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

Raflie Ab. Malik menunjukkan dokumen mengenai Azida Mohd. Zol yang dikehendaki pihak JAIP bagi sebutan kes dan siasatan lanjut ketika sidang akhbar di Kuantan, Pahang, semalam.

KUANTAN 15 Mei - Seramai 12 pengikut kumpulan ajaran sesat dikenali sebagai 'Tuhan Harun' diburu pihak berkuasa berikutan kegagalan mereka hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam untuk sebutan kes dan siasatan lanjut.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Raflie Ab. Malik berkata, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka yang berusia 12 hingga 41 tahun.

Katanya, mereka dikehendaki hadir ke pejabat JAIP segera bagi membantu siasatan atas dakwaan menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak, bulan lalu.

"Mereka yang dikehendaki merupakan isteri ketiga ketua kumpulan berkenaan, Azida Mohd. Zol, 30, dari Kuala Terengganu dan empat anak 'Tuhan Harun' iaitu Mahni, 12, Saufi, 18, Lukman, 20, beralamat di Shah Alam, Selangor dan Muhammad, 21, (Ketereh, Kelantan).

"Selain itu, Khairul Amir Akasah, 34, (Port Dickson, Negeri Sembilan); Mohd. Tirmizi Othman, 17, (Sungai Petani, Kedah); Mohamad Ghazali Fitri Mohd. Azam, 25, (Shah Alam); Norhairi Harun, 41, (Skudai, Johor); Norhafizah Mohd. Azam, 28, (Shah Alam) dan Farhaien Othman, 22, (Sungai Petani, Kedah).

"Turut diburu adik ipar 'Tuhan Harun', Shuzliana Mokhtarudin, 29, (Slim River, Perak)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam akhbar melaporkan enam lelaki dipercayai pengikut kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' didakwa di Mahkamah Rendah Syariah atas tuduhan menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak, bulan lalu.

Pada 24 April lalu pula, seorang lelaki, Harun Mat Saad, 47, dipercayai ketua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' didakwa di Mahkamah Syariah di sini atas 11 pertuduhan termasuk menyebarkan ajaran sesat dan menghina agama Islam dengan mengaku sebagai Tuhan.

Menurut Raflie, beliau percaya kesemua mereka masih berada di dalam negara dan berharap segera menyerah diri bagi membantu JAIP melengkapkan siasatan.

"Kita turut mendapatkan bantuan daripada jabatan agama Islam seluruh negara, pasukan polis dan agensi kerajaan bagi membantu mengesan lokasi terakhir mereka berada.

"Ini berikutan mereka gagal dikesan atau dihubungi selepas dibebaskan dengan dua orang penjamin pada 5 Mei lalu," jelasnya sambil memberitahu, terdapat seramai 312 ahli kumpulan berkenaan di seluruh negara.

Tambah Raflie, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk memanggil beberapa orang penting dalam masa terdekat yang dipercayai dapat menyelesaikan kes berkenaan.

"Beberapa nama telah dikenal pasti dan kita akan mohon waran untuk memanggil mereka kerana merupakan antara individu penting dalam gerakan tersebut.

"Dalam masa sama, pihak berkuasa sentiasa memantau premis yang digunakan mereka sebelum ini iaitu di Taman Tas, Indera Mahkota 16 dan Jalan Bukit Ubi di sini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Menyelami kehidupan etnik pedalaman

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

S.K. Devamany (kiri) bersama rombongan penuntut ASEAN melihat kualiti air selepas memasang penapis di kepala paip di sebuah rumah Orang Asli di Pos Pantos, Kuala Lipis, baru-baru ini. - utusan/HARIS FADILAH AHMAD

KUALA LIPIS 15 Mei - Berkunjung ke sesebuah negara yang mempunyai kelainan etnik dan resam hidup adalah antara pengalaman unik yang dikongsi pelancong asing dari negara-negara ASEAN.

Selain itu, perkongsian intelektual dan kepakaran dalam kalangan pelancong terbabit dapat dizahirkan menerusi kegiatan kemanusiaan dan sukarelawan membabitkan kaum etnik di pedalaman negeri ini.

Pengalaman itu turut dikongsi sebanyak 40 penuntut daripada universiti dan politeknik empat negara ASEAN iaitu Malaysia, Singapura, Thailand dan Myanmar menerusi program inap desa dan kerja kesukarelaan di Kampung Orang Asli Pos Pantos di sini baru-baru ini.

Program itu turut disertai sebanyak 10 penuntut tempatan daripada Universiti Tekonologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Selangor (Unisel) yang bertindak sebagai sukarelawan.

Dikendalikan Yayasan Antarabangsa Singapura (YAS), program itu bertujuan merapatkan hubungan persaudaraan antara penuntut negara ASEAN menerusi bidang akademik berkaitan pembangunan teknologi pengurusan air, alam sekitar dan keusahawanan.

Lawatan mereka diselenggarakan sukarelawan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang juga menjadi tuan rumah pakej program inap desa Kuala Medang serta lawatan sehari ke Pos Pantos di pedalaman Jelai.

Yang hadir sama, bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk S.K. Devamany, Exco MBM, Ahmad Daniar Ismail dan Penolong Pengarah Komunikasi Korporat YAS, Priscilla Teo.

Kunjungan ke Kampung Orang Asli Pos Pantos meninggalkan kesan kepada penuntut berkenaan kerana berpeluang mendalami cara hidup masyarakat Orang Asli Semai iaitu memasak nasi dan ubi kayu dalam buluh dan memasak ikan kering menggunakan daun.

Priscilla ketika ditemui Utusan Malaysia berkata, program itu dapat menjalin hubungan kerjasama budaya dan teknologi antara penuntut negara ASEAN yang bergabung di bawah kegiatan sukarelawan anjuran YAS.

"Lawatan ini menjurus kepada kegiatan sukarela dalam membantu penduduk pedalaman di sini mengurus serta merawat air bersih secara betul dan menggunakan peralatan murah sekali gus memacu taraf kesihatan yang baik dalam kalangan penduduk Orang Asli di sini.

"Kita mengaplikasi bidang teknologi berasaskan rawatan air bersih kerana penduduk pedalaman ASEAN kini berhadapan dengan ancaman global khususnya usaha membaiki taraf kesihatan dan alam sekitar," katanya.

Menurutnya, semasa kunjungan ke rumah Orang Asli berkenaan, ahli rombongan terbabit memasang penapis di kepala paip untuk membolehkan penghuni berkenaan memperoleh air bersih bagi keperluan minuman dan masakan.

Tambahnya, menerusi pakej lawatan Program Inap Desa Kuala Medang, para penuntut berpeluang mengenali pelbagai adat resam etnik Semai termasuk penduduk Melayu Pahang di pesisiran Sungai Jelai.

"Lawatan itu amat berguna kepada penuntut yang turut merasai pengalaman seperti menyumpit, memasak nasi dan ubi kayu dalam buluh termasuk mencuba menyalai ikan menggunakan kaedah tradisional," katanya.

Sementara itu, katanya, majlis suai kenal dan program Kenali Orang Asli Pantos turut diadakan bersama penuntut dengan penduduk terbabit yang dihadiri Devamany.

Menurut Devamany, lawatan penuntut universiti daripada beberapa negara ASEAN menerusi program berkenaan dapat mendekatkan hubungan diplomatik menerusi pendidikan, kesihatan, kebudayaan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

"Kerajaan berterima kasih kepada Kedutaan Singapura yang menguruskan lawatan sukarelawan YAS kerana dapat menjalin hubungan erat dengan negara jiran ini khususnya sesama penuntut berkenaan," ujarnya.

Beliau berkata, pemilihan Pos Pantos adalah tepat kerana destinasi berkenaan mempunyai pelbagai aset budaya serta kesenian yang belum tercemar dan perlu diketengahkan kepada pelawat antarabangsa.

Dalam pada itu, Ahmad Daniar berkata, program berkenaan merupakan kolaborasi antara MBM dengan YAS bertujuan menerapkan kesedaran dan perkongsian bijak dalam kalangan penuntut antarabangsa.

"Sebagai sukarelawan, MBM mendidik penuntut terbabit melaksanakan kerangka hubungan antarabangsa dengan penuntut negara lain khususnya berkongsi pengalaman serta kemahiran sesuatu bidang pengajian," katanya.

Hapus saki baki kemiskinan

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

JERANTUT 15 Mei - Kerajaan negeri mempunyai strategi yang tersusun bagi membangunkan kampung-kampung tradisional di pinggir Sungai Pahang dan Sungai Tembeling di daerah ini untuk dimajukan menerusi sektor pertanian dan pelancongan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, langkah ini bertujuan membantu mengubah kehidupan penduduk yang berpendapatan rendah dan menghapuskan saki baki kemiskinan berasaskan transformasi pembangunan bidang tertentu.

Beliau berkata, agensi seperti Felcra, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan akan membantu penduduk yang mempunyai tanah terbiar untuk melaksanakan projek perladangan getah, kelapa sawit, tanaman kontan dan ternakan ikan air tawar bagi menambah pendapatan mereka.

"Selain bagi meningkatkan pendapatan penduduk, pada masa sama kita mahu menarik golongan belia kembali ke kampung masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menziarah warga emas dan pesakit kronik, di Kampung Kedondong, Pulau Tawar, dekat sini baru-baru ini.

Menurut beliau, kerajaan menyediakan kemudahan asas di kampung tradisional di pinggir sungai berkenaan dengan membina jalan raya dan jeti untuk keselesaan petani memunggah hasil kampung ke bandar Jerantut dan tempat pengumpulan hasil pertanian.

"Tanggungjawab sosial kerajaan BN telah diterjemahkan sejak sebelum dan selepas pilihan raya umum yang lepas dengan membina banyak projek kemudahan asas membabitkan kos yang tinggi di kampung-kampung tradisional," ujarnya.

Justeru, kata Ahmad Shukri, usaha itu akan diteruskan berasaskan Aku Janji Barisan Nasional (BN) setelah rakyat memberi mandat sekali lagi kepada BN untuk meneruskan pemerintahan negeri ini.

"Usaha murni kerajaan BN negeri menerusi pelbagai program telah terbukti apabila kemiskinan tegar berjaya dikurangkan sehingga tiga peratus sahaja sejak dua tahun lepas.

"Bagi DUN Pulau Tawar, Projek Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS) di Bukit Rang di sini iaitu penempatan sebanyak 100 keluarga miskin telah terbukti mengubah pendapatan peserta dan kini mereka bebas daripada belenggu berkenaan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan BN juga telah merancang membahagikan lot tanah di Bukit Rang dan kampung tradisional lain untuk belia berkeluarga membina rumah dan memudahkan mereka menumpukan perhatian kepada bidang pertanian dan usahawan sebagai sumber pendapatan.

Tambahnya, usaha membina penempatan setempat untuk Orang Asli di DUN Pulau Tawar telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan di samping membabitkan penyertaan aktif golongan minoriti di sini dalam sektor pertanian dan pendidikan.

Kerajaan serius laksana pembangunan

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

KUALA KRAU 15 Mei - Pembangunan pesat di kawasan Parlimen Kuala Krau di sini membuktikan kerajaan serius dalam melaksanakan projek pembangunan seimbang dan menepati keperluan rakyat.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said (gambar) berkata, kawasan Parlimen itu berjaya menampakkan pembangunan selari dengan kepesatan negara.

Menurut beliau, Pekan Kuala Krau dan Bandar Tun Abdul Razak Jengka yang terletak di dalam kawasan Parlimen itu menunjukan arah aliran pembangunan memberangsangkan berikutan kewujudan jambatanKuala Krau yang menyeberangi Sungai Pahang.

"Pembangunan yang dilaksanakan di kawasan penempatan kampung tradisional, pekan, tanah rancangan Felda, ladang dan perkampungan Orang Asli semakin memberangsangkan hasil perancangan jitu kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya di sini baru-baru ini.

Jelasnya, projek pembangunan bernilai lebih RM250 juta di Bandar Tun Abdul Razak sedang dilaksanakan seperti Stadium Jengka, Kompleks Terminal Pengangkutan Bersepadu, masjid baharu Jengka dan lain-lain.

Katanya, kewujudan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jengka Pahang di Bandar Tun Abdul Razak menambahkan lagi variasi dan keindahan kawasan Parlimen Kuala Krau.

"Wakil rakyat daripada BN telah membuktikan komitmen dan kesungguhan luar biasa berkhidmat untuk rakyat dengan pelbagai program sejak lima tahun lalu," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Kehilangan Sosilawati, rakan bukan kebetulan

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

SHAH ALAM 15 Mei - Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi hari ini memohon Mahkamah Tinggi di sini mengambil kira wujudnya persamaan fakta kes itu dengan kehilangan dua lagi individu, Shafiq Davendran Abdullah dan Allal Kathan Muthuraja.

Ini kerana, ujar Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin, terdapat keterangan-keterangan baharu seperti laporan polis dan keterangan bekas peguam. N. Pathmanabhan (tertuduh pertama) yang mengesahkan sendiri akan kewujudan kedua-dua ahli perniagaan terbabit dan keterangan pekerja ladangnya, R. Kathavarayan, 32.

''Kami menegaskan bahawa saksi pendakwaan (SP) ke-96 (Samson Nahar Mohamed Dali) dan SP ke-101 (S. Usharani) telah mengesahkan suami mereka telah pergi ke Banting untuk berjumpa dengan Pathmanabhan atas urusan perniagaan. Selepas itu, mereka tidak lagi dapat menghubungi suami masing-masing.

''Kewujudan mereka bukanlah satu kebetulan. Dokumen Shafiq ditemui dalam kenderaan pikap tertuduh pertama. Dalam satu fail yang dirampas oleh Asisten Supritendan Khoo Fei Chow menemukan Surat Kuasa Peguam di bawah nama Muthuraja.

''Menurut SP ke-33 (Siti Hamidah Karnas), dia ada melihat Shafiq dan Muthuraja datang ke ladang diikuti api besar sebagaimana dalam kes Datuk Sosilawati. Selepas itu, Shafiq dan Muthuraja tidak lagi dilihat di mana-mana.

''Oleh itu kami menghujahkan, terdapat persamaan fakta yang kesemua mereka berjumpa dengan tertuduh pertama di Ladang Gadong dan kesemua mereka hilang selepas itu,'' katanya.

Saiful Edris turut memohon mahkamah mengambil kira persamaan fakta apabila kesemua individu yang hilang itu mempunyai kaitan dengan tertuduh-tertuduh terutamanya Pathmanabhan.

''Lebih penting lagi, kehilangan Datuk Sosilawati dan tiga lagi bukanlah satu kebetulan dan mempunyai kaitan dengan kesemua tertuduh dalam kes ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam penggulungan hujah di akhir kes pembelaan pada perbicaraan kes bunuh Sosilawati, 47; pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Dalam kes itu, Pathmanabhan didakwa bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 21; R. Matan, 22, dan Kathavarayan, 32.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd. Ghani pula menghujahkan, pihak pembelaan gagal menyangkal keterangan SP ke-62, Dr. Nurliza Abdullah yang mengesahkan sebanyak 19 daripada 26 spesimen yang dijumpai di Ladang Gadong kemungkinan besar adalah tulang manusia.

Ini kerana, pihak pembelaan tidak memanggil pakar mereka sendiri untuk menafikan penemuan tulang-tulang tersebut.

Barisan pembelaan diwakili oleh peguam-peguam bela, Pushpa Ratnam, Amer Hamzah Arshad dan Hasshari Johari Mawi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung Selasa ini.

Wanita dituduh culik, peras ugut

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

KUALA LUMPUR 15 Mei - Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menculik dan melakukan peras ugut terhadap dua lelaki warga Bangladesh, bulan lalu.

Noor Sabreena Salleh, 22, didakwa bersama seorang yang telah dituduh pada bulan lalu dan dua yang masih bebas dengan niat sengaja menculik dan melarikan seorang peniaga pakaian, Nasir Gazi, 26, bagi tujuan mengurung mangsa secara sulit dan salah.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya di Restoran Durbar, Jalan Midah 1, Cheras di sini kira-kira pukul 9 pagi, 11 Mac lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Wanita itu turut didakwa bersama seorang yang telah dituduh bulan lalu dan dua yang masih bebas melakukan peras ugut dan menyebabkan seorang pekerja kilang bernama Manir, 26, berada dalam ketakutan dengan mengatakan pembunuhan atau cedera parah akan berlaku kepada Nasir.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di No 8, Jalan Midah Besar, Taman Midah, Cheras di sini kira-kira pukul 10.30 pagi, 11 Mac lalu.

Bagi pertuduhan itu, Noor Sabreena didakwa mengikut Seksyen 386 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa, Asisten Supritendan Zulkifli Osman yang mengendalikan pendakwaan menawarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Hakim Dazuki Ali membenarkan tertuduh yang diwakili peguam, Ahmad Ridza Mohd. Noh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pas kerja warga Malaysia dibatal

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

sebahagian daripada beratus-ratus rakyat Malaysia keturunan Cina yang mengadakan perhimpunan haram di Taman Merlion, Singapura, baru-baru ini. - AGENSI

SINGAPURA, 15 Mei - Pihak berkuasa Singapura membatalkan pas kerja seorang daripada 21 rakyat Malaysia yang ditahan kerana menyertai perhimpunan haram di Merlion Park pada 11 Mei lalu.

Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan, hari ini berkata. SPF berkata, baki 18 individu rakta Malaysia terbabit, pas kerja mereka akan disemak semula oleh pihak berkuasa Singapura, sebaik-baik siasatan lanjut selesai, selain majikan mereka akan dimaklumkan tentang perkara itu.

"Amaran bersyarat turut dikeluarkan kepada semua 21 rakyat Malaysia yang ditahan itu," kata SPF.

SPF turut menegaskan bahawa Singapura tidak memihak kepada mana-mana parti politik di negara lain dan akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang membentuk kerajaan di negara itu.

Katanya, warga asing yang tinggal atau bekerja di Singapura perlu mematuhi undang-undang negara ini dan tidak membawa masuk isu-isu politik di negara asal mereka ke Singapura.

SPF berkata, ini merupakan prinsip yang dipegang sekian lama yang telah membantu mengekalkan keharmonian dan ketenteraman awam di Singapura serta hubungan baik dengan negara-negara lain. - BERNAMA

ICC siasat komando Israel serang flotila

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

THE HAGUE 15 Mei - Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), semalam membuka kertas siasatan terhadap kes serbuan komando Israel ke atas flotila antarabangsa ke Gaza pada 2010 yang mengakibatkan sembilan aktivis Turki maut.

Pendakwa Raya ICC, Fatou Bensouda dalam kenyataannya berkata, siasatan itu dijalankan untuk meneliti sama ada tindakan rejim Zionis Israel itu telah melakukan jenayah perang atau jenayah kemanusiaan.

"ICC akan melaksanakan siasatan awal ke atas kes berkenaan bagi menentukan kriteria kes itu sebelum siasatan penuh dilakukan," jelasnya.

Sembilan aktivis Turki maut dalam insiden itu, selepas komando Israel menyerbu enam buah kapal yang menyertai flotila keamanan ke Gaza pada 31 Mei 2010.

Bensouda berkata, beliau turut mengadakan pertemuan dengan barisan peguam di Turki yang akan membantu ICC dalam kes tersebut.

"Selepas melakukan analisis secara teliti berdasarkan maklumat yang diperolehi, saya akan mengumumkan tentang proses kes ini kepada umum," katanya.

Barisan peguam yang menyerahkan kes setebal 17 muka surat itu berkata, serangan ke atas flotila itu telah memberi kesan yang serius kepada masyarakat antarabangsa dan ICC merupakan sebuah institusi yang sesuai untuk menegakkan keadilan.

Jelas mereka, tindakan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) itu secara jelas menunjukkan dasar rejim Zionis Israel sanggup menggunakan kekerasan bagi menghalang misi kemanusiaan ke Gaza.

"Serangan IDF ke atas flotila dilihat sebagai jenayah perang dan jenayah kemanusiaan," kata mereka. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Berpengalaman, teknokrat, muda

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Oleh Zulkifli Jalil

BARISAN Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyenaraikan seorang pun anggota yang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu. Ini berbeza dengan Kabinet 2009 yang masih ada elemen berkenaan.

Ternyata Barisan Nasional (BN) membalas kepercayaan mandat rakyat dengan menampilkan Kabinet yang akan lebih berkhidmat untuk rakyat.

Kabinet kali ini menampilkan gandingan muka lama dan baharu dalam usaha meneruskan agenda transformasi negara. Mereka terdiri daripada 29 menteri dan 27 timbalan menteri bagi 24 kementerian.

Selain terdiri daripada mereka yang berpengalaman, teknokrat dan wakil golongan muda, Kabinet yang dibentuk 10 hari selepas PRU-13 itu meskipun membarisi Bumiputera namun ia merupakan Kabinet Malaysia yang boleh berkhidmat untuk semua kaum.

Lagi pun, Bumiputera turut merangkumi pelbagai etnik, budaya agama termasuk Kristian di Sabah dan Sarawak. Sesuatu yang menyerlah dalam barisan baharu ini adalah keanggotaan ramai wakil Sabah dan Sarawak.

Ia merupakan satu penghargaan kepada parti-parti komponen BN kedua-dua negeri itu yang telah membentuk lebih 30 peratus atau 47 kerusi daripada keseluruhan 133 kerusi Parlimen yang dimenangi BN di peringkat Persekutuan.

Dan jika sebelum ini Kabinet menampilkan empat menteri dari Sabah, kini bertambah dua, menjadikan enam. Sarawak pula menyaksikan tujuh menteri berbanding tiga sebelum ini.

Antaranya muka baharu, Datuk Abdul Rahman Dahlan (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya), Datuk Richard Riot (Sumber Manusia), Datuk Rohani Abdul Karim (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Datuk Dr. Ewon Ebin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi).

Selain itu yang dikekalkan, Datuk Seri Anifah Aman (Menteri Luar), Datuk Seri Douglas Uggah Embas (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Datuk Seri Maximus Ongkili (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau) dan Datuk Seri Idris Jala (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Pada PRU-13, BN Sarawak menyumbang kemenangan 25 kerusi daripada 31 kerusi Parlimen yang dipertandingkan manakala Sabah menang 22 daripada 25 kerusi Parlimen.

Semalam, Najib turut memperkenalkan kabinet yang mantap dengan mengurangkan bilangan kementerian kepada 24 daripada 25, dan menyelaras beberapa aktiviti dan bidang tugas kementerian-kementerian.

Antara kementerian yang diselaraskan ialah Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi yang digabungkan menjadi Kementerian Pelajaran yang akan diterajui dua orang menteri.

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar diselaraskan menjadi Kementerian Wilayah Persekutuan manakala portfolio kesejahteraan bandar di bawah kementerian itu digabungkan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Fungsi kementerian diyakini mempunyai sinergi agar lebih efektif. Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pula diselaraskan menjadi Kementerian Komunikasi dan Multimedia, manakala elemen kebudayaan dicantumkan dengan Kementerian Pelancongan.

Dengan keyakinan untuk meneruskan momentum transformasi nasional di samping dapat meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan, Kabinet baharu ini diyakini memiliki kewibawaan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai anggota pentadbiran serta mempunyai tingkah laku yang disukai rakyat.

Selain diperkukuhkan oleh dua wakil generasi muda, Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan) dan Abdul Rahman Dahalan, Najib turut membawa masuk Presiden Transparency International Malaysia Datuk Paul Low, yang dilihat sebagai bukti keseriusan beliau untuk mempertingkatkan lagi integriti dalam kerajaan dalam usaha memerangi rasuah.

Pemilihan Presiden Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar menganggotai Kabinet juga dilihat sebagai usaha serius Perdana Menteri untuk meneruskan pelaksanaan agenda transformasi ekonomi negara.

Pengalaman Abdul Wahid sebagai teknokrat dalam bidang perbankan dipercayai dapat membantu kerajaan menjayakan lagi program transformasi. Paul Low pula akan menumpukan kepada pengukuhan integriti menerusi Institut Integriti Nasional (IIN) dan menangani hal-hal berkaitan Biro Pengaduan Awam.

Ketiadaan wakil MCA dalam Kabinet kali ini semua maklum kerana pendirian parti itu untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan setelah prestasinya pada PRU-13 lebih teruk daripada PRU-12.

Pada PRU-13, MCA hanya menang tujuh daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandingi, dan hanya 11 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Pada 2008, parti itu memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi negeri. Bagaimanapun kedudukan MCA dalam Kabinet menerusi satu slot untuk portfolio Menteri Pengangkutan akan ditentukan kemudian.

Sebelum Parlimen dibubar pada 3 April lepas, MCA mempunyai empat menteri penuh dalam Kabinet iaitu Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen (Menteri Pelancongan); Datuk Seri Kong Cho Ha (Menteri Pengangkutan); Datuk Seri Chor Chee Heung (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) dan Datuk Seri Liow Tiong Lai (Menteri Kesihatan). Chee Heung dan Tiong Lai menang dalam PRU-13.

Selain itu terdapat tujuh timbalan menteri dari MCA iaitu Datuk Seri Donald Lim Siang Chai (Kementerian Kewangan); Datuk Chua Tee Yong (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani); Datuk Lee Chee Leong (Kementerian Dalam Negeri), Datuk Ir. Wee Ka Siong (Kementerian Pelajaran); Gan Ping Sieu (Kementerian Belia dan Sukan); Datuk Dr. Hou Kok Chung (Kementerian Pengajian Tinggi) dan Datuk Heng Seai Kie (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Dalam pada itu, Gerakan yang turut gagal meraih sokongan kaum Cina dalam PRU-13 tidak mengisi slot dalam Kabinet. Sebelum ini, Gerakan mempunyai seorang menteri penuh apabila Presidennya, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang dilantik sebagai senator diberikan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada masa sama, sebelum ini dua lagi anggota parti itu iaitu Senator Kohilan A.Pillay sebagai Timbalan Menteri Luar dan Datuk Tan Lian Hoe sebagai Timbalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.

Penyertaan enam wakil India dalam Kabinet Najib - dua menteri dan empat timbalan menteri - juga adalah julung kali dilakukan Perdana Menteri. Ini termasuk memberi keutamaan dan kepercayaan kepada dua wakil yang bukannya dari MIC, yang membawa perubahan besar terhadap kedudukan sosioekonomi masyarakat India.

Mereka ialah Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P.Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Pulau Pinang Datuk Loga Bala Mohan, yang akan dilantik sebagai Senator, dipilih sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.

Sementara itu, mengetuai barisan wakil MIC dalam Kabinet ialah Presiden parti itu Datuk Seri G.Palanivel yang dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan timbalannya Datuk Seri Dr. S.Subramaniam pula dilantik sebagai Menteri Kesihatan.

Ketiadaan menteri dari Selangor dalam Kabinet, dengan pengguguran Datuk Seri Noh Omar yang sebelum ini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, dipercayai ada kaitan dengan prestasi merudum BN Selangor dalam PRU-13.

Ketiadaan Datuk Shaziman Abu Mansor (penyandang Menteri Kerja Raya) dalam Kabinet baharu ini dikatakan dari keputusannya sendiri yang menarik diri. Kabinet kali ini juga menyaksikan Datuk Seri Idris Jusoh kembali menganggotai Kabinet manakala Datuk Seri Shahidan Kassim dari negeri ke Pusat. Yang naik pangkat dari timbalan menteri ke menteri pula ialah Datuk Hasan Malek dan Rohani.

Sementara itu, penyertaan kali pertama Khairy yang lompat terus ke jawatan menteri sememangnya diramalkan banyak pihak dan pemerhati. Dan lebih ketara lagi, Khairy mampu mendampingi golongan muda.

Dalam keadaan sekarang suara anak muda tidak boleh dipinggirkan kerana kuasa dan pengaruh mereka dalam politik negara mewakili jumlah yang bukan sedikit. Dan buktinya, keputusan PRU-13 baru-baru ini turut dipengaruhi oleh pengundi muda yang rata-ratanya dilihat ke sebelah sana.

'Kabinet Global' di bawah kepimpinan Najib

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Oleh Azmi Hassan

PENGUMUMAN barisan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bukan sahaja mengambil kira suasana politik tempatan yang telah berubah secara mendadak, tetapi menyesuaikan dengan keadaan geopolitik serantau dan juga antarabangsa yang kadang kala begitu berkait rapat dengan perjalanan politik tempatan.

Begitu malang sekali buat rakyat Malaysia yang telah melaksanakan tanggungjawab demokrasi dengan sempurna pada 5 Mei lepas tetapi masih berhadapan dengan segelintir golongan yang masih tidak mahu menerima keseluruhan keputusan pilihan raya.

Malah begitu ironis sekali golongan yang sama juga telah mengadu kepada Washington supaya melakukan sesuatu dalam usaha golongan tersebut untuk menggambarkan bahawa proses demokrasi di Malaysia telah tercemar dengan penipuan dan manipulasi.

Ironis kerana tidak sampai 48 jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Patrick Ventrell iaitu Pembantu Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri dan Barisan Nasional kerana berjaya mengekalkan pentadbiran kerajaan.

Begitu juga tahniah diberikan kepada rakyat Malaysia kerana berjaya melaksanakan tanggung jawab dalam suasana pilihanraya paling sengit pernah dilalui. Ventrell juga bagaikan menempelak bantahan pihak pembangkang. Beliau menyeru semua pihak menghormati keputusan yang telah di buat oleh pengundi.

Tidak cukup dengan kenyataan daripada Jabatan Negara AS, pada 8 Mei berikutnya White House mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan keputusan pilihan raya dengan ucapan tahniah kepada Najib di atas kejayaan BN dan Washington mengharapkan hubungan dua hala dapat dipertingkatkan lagi demi kepentingan serantau.

Jika dua kenyataan rasmi daripada Jabatan Negara AS dan White House masih tidak mencukupi untuk meyakinkan pembangkang supaya menerima dengan hati terbuka keputusan pilihan raya, maka panggilan telefon daripada Presiden Barack Obama kepada Najib kelmarin sudah cukup untuk meyakinkan proses pilihan raya Malaysia telah terlaksana mengikut peraturan.

Begitu jelas Obama menegaskan dalam perbualan telefon bahawa beliau memahami dan menerima proses serta keputusan pilihan raya.

Panggilan telefon Obama jelas mempamerkan betapa AS menghormati Malaysia di bawah kepimpinan Najib sebagai negara yang mempunyai pengaruh, bukan sahaja di rantau Asia tetapi juga dalam kalangan negara Islam.

Jika pentadbiran Najib dianggap tidak sah masakan pula Obama boleh menyatakan persetujuan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 11 dan 12 Oktober ini.

Paling menarik, perbualan telefon kedua-dua pemimpin ini juga menyentuh isu pengawalan senjata nuklear sedangkan Malaysia tidak mempunyai kemampuan teknologi nuklear.

Tetapi perlu ditegaskan Obama telah lama mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mampu memainkan peranan dalam isu ini kerana pada Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang diadakan di Washington pada April 2010, status Malaysia sebagai negara Islam yang berpengaruh jelas terbukti.

Ini adalah kerana hanya dua pemimpin negara Islam iaitu Raja Abdullah dari Jordan dan Najib telah diberi penghormatan mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden AS.

Ramai yang sangsi dan mempunyai prasangka tidak baik kerana perhatian yang diberikan oleh Washington terhadap Kuala Lumpur mungkin melebihi apa yang diterima oleh sekutu kuat AS sedia ada seperti Manila, Bangkok malah Singapura sekali pun. Ada pula yang beranggapan pandangan positif tersebut disebabkan kepimpinan Obama dan bukannya kerana Najib.

Walau apa pun pandangan sinis tersebut, hakikatnya adalah sebaik-baik sahaja Najib dilantik Perdana Menteri pada tahun 2009, persepsi Washington terhadap Kuala Lumpur mula berubah.

Ketika menyampaikan ucapan kepada dunia Islam di Kaherah pada 4 Jun 2009, Presiden Obama telah mentafsirkan Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan progresif tetapi masih mampu mengekalkan ciri-ciri kesederhanaan dan patut dijadikan contoh oleh negara Islam yang lain.

Ucapan Kaherah dan pandangan Obama terhadap Malaysia adalah kritikal dan penuh makna kerana ucapan tersebut dianggap sebagai manifestasi Washington untuk membuka ruang rundingan kepada semua negara Islam, tidak kira lawan atau kawan. Malaysia yang telah digunakan sebagai contoh negara Islam yang terbaik adalah manifestasi tadbir urus Najib.

Pembentukan kerajaan oleh Najib dengan pengumuman barisan menteri Kabinet semalam jelas mempamerkan betapa pentingnya pengamalan dasar luar yang pragmatik. Malah dalam Aku Janji Pilihan Raya BN telah diperincikan dengan jelas hala tuju dasar luar kerajaan. Paling menarik ialah penggunaan pendekatan kesederhanaan melalui Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) sebagai teras dasar luar negara apabila berhadapan dengan masalah antarabangsa.

Begitu juga pentadbiran Najib secara tegas menyokong usaha penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka adalah dasar yang sememangnya disanjung oleh rakyat Malaysia dan sudah pasti pentadbiran Najib lima tahun akan datang bakal menyaksikan lebih banyak program kemanusiaan dilaksanakan di wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, selatan Thailand dan Mindanao.

Kesinambungan kepimpinan Najib dan pasukan menteri Kabinet beliau bukan sahaja penting untuk kesejahteraan rakyat Malaysia tetapi kritikal juga untuk negara Islam dan juga negara kecil yang lain di mana suara mereka sukar untuk diketengahkan di pentas global.

Sebagai sebuah negara Islam yang maju, progresif dan dihormati berserta dengan GMM, Malaysia melalui kepimpinan Najib mampu sekurang-kurangnya menjadikan PBB lebih adil dan saksama. Ini adalah kerana Najib telah berikrar akan berusaha untuk memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam jangka masa lima tahun akan datang.

PENULIS ialah Geostrategis Institut

Geospatial dan Sekolah Perdana

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Ain Nordin akui bukan lagi tunangan pemain bola

Posted: 15 May 2013 02:05 AM PDT

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

AIN NORDIN

KUALA LUMPUR 15 Mei - Pengarah, pelakon dan penerbit muda Nurul Ain Nordin, 25, kecewa apabila gambar majlis pertunangannya dengan Mohd Fazli Abdul Rahim, pemain bola sepak Liga Perdana disebarkan di internet.

Pengarah filem Oh Mak Kau yang akan menemui penonton di pawagam esok berkata, gambar tersebut dirakam dua tahun lalu dan kini tidak membawa sebarang erti kepadanya.

"Memang saya pernah bertunang tetapi hubungan itu putus di tengah jalan begitu sahaja dan ikatan itu tidak diputuskan secara rasmi. Sebenarnya saya malas nak beri kenyataan pasal perkara itu kerana ia melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Cukuplah kalau saya beritahu, buat masa sekarang saya solo dan tidak menjadi tunangan atau kekasih sesiapa kerana ingin memberi tumpuan pada produk pertama syarikat saya bersama rakan, Star Scope Production Sdn. Bhd." katanya kepada Utusan Online hari ini.

Bagi Ain, apa sahaja cerita tentang dirinya yang keluar sebelum filem Oh Mak Kau ditayangkan di pawagam dianggap sebagai satu dugaan.

Katanya, adalah lebih manis kalau cerita-cerita itu menjurus kepada usahanya sebagai pengarah dan penerbit baru yang sedang menimba pengalaman.

"Kalau asyik keluar cerita yang bukan-bukan tentang diri saya, nanti orang akan anggap saya cari publisiti murahan. Sedangkan, saya lebih senang untuk bercerita tentang produk.

"Apa pun saya bukan jenis yang mengelak daripada kenyataan. Kalau orang tanya, saya jawab. Saat ini saya mohon doa daripada orang ramai agar buah tangan pertama saya itu menjadi," katanya penuh harapan. - UTUSAN ONLINE

Bahagia bersama anak-anak

Posted: 15 May 2013 12:24 AM PDT

Oleh GARRET DAWUM
garret.dawum@utusan.com.my
Gambar WAHIDIN SALIM

DIDAMPINGI anak-anak muda, Atiq (kiri) dan Lim (kanan) yang berbakat dalam bidang seni, semangat positif dikongsi oleh pengacara popular ini.

MACAM anak dara. Begitulah yang terlihat pada susuk tubuh dan penampilan pengacara serba boleh, Raja Azura.

Memang tidak dinafikan Raja Azura yang juga mesra disapa Kak Engku sangat menitik beratkan soal kesihatan diri walaupun sudah mempunyai tiga orang anak.

"Kesihatan itu penting untuk kita kekal bertenaga. Lagi pula, kerjaya seperti saya memerlukan banyak tenaga," kata wanita berusia 41 tahun ini.

Ditanya mengenai rahsia kecantikan, Raja Azura menafikan bahawa dia menggunakan suntikan ataupun sebarang ubat-ubatan untuk kelihatan 'segar' dan awet muda. Apa yang penting, pandai menjaga pemakanan.

"Saya pasti itu yang membuatkan kita akan kelihatan cantik. Selain itu, kita juga perlukan senaman dan rehat yang cukup untuk minda yang cergas," katanya lagi.

Kini, Raja Azura yang sudah bergelar seorang ibu tunggal sudah bangkit semula untuk membina kehidupan baru bersama tiga orang anaknya yang semakin membesar.

Mengenai perkahwinan yang dibina atas dasar cinta pada 10 Mac 2001 dan akhirnya runtuh pada 28 September 2010, semuanya sudah menjadi lipatan sejarah buat diri Raja Azura.

"Semua orang tahu bahawa kami sudah tidak sehaluan dan cerita perceraian itu juga adalah sesuatu yang memeritkan buat saya," kata Raja Azura yang pernah diasak pelbagai persoalan ketika kisah perceraian bersama bekas suami dan mendapat perhatian pelbagai pihak.

Namun, pelakon dan penyampai Sinar FM itu tenang dan matang menyusun setiap kata-kata untuk menjawab soalan yang diajukan media.

Pernah merahsiakan kisah perceraian bersama suami, Adzmin Osman, 40, daripada diketahui anak-anak, Raja Azura yang mesra disapa Kak Engku mengakui perkara tersebut demi kebahagiaan anak-anak.

"Sudah tentu saya tidak mahu anak-anak terabai, bahkan perceraian ini masih kami rahsiakan daripada pengetahuan anak-anak. Saya masih merahsiakan perceraian kami dari anak-anak kerana tidak mahu emosi mereka terganggu.

"Mereka masih terlalu kecil untuk faham dan mengetahui situasi kami," beritahu Raja Azura.

Secara peribadi, Raja Azura mengakui dia sudah dapat menerima hakikat perceraian yang berlaku itu serta dia dan bekas suami tetap berkawan baik sampai sekarang.

Ternyata pemilik nama sebenar, Raja Azura Tengku Ahmad Tajuddin adalah seorang wanita yang gigih dalam menjalani kehidupan dan bersyukur kerana tugas Adzmin sebagai bapa tidak diabaikan sebegitu sahaja.

"Hubungan Adzmin dengan anak-anak cukup rapat. Selepas bercerai, kami buat hak penjagaan anak-anak bersama dan dia memang berjumpa dengan anak-anak sebulan sekali.

"Mungkin orang tidak akan percaya dengan hubungan rapat kami walaupun sudah bercerai. Kalau ada masa dan cuti, kami memang akan keluar bersama anak-anak.

"Saya bertuah kerana Adzmin adalah bapa yang baik dan bertanggungjawab. Dia juga pastikan keperluan anak-anaknya mencukupi dari segi pendidikan dan keperluan lain.

"Terus terang, tiada siapa pun yang dapat memisahkan kasih sayang sejati kami yang ikhlas daripada hati itu," luahnya.

Ditanya sama ada dia merancang untuk rujuk semula dengan bekas suami, Raja Azura yang tampil langsing hanya menyerahkan pada ketentuan Tuhan.

"Kalau mula-mula kami bercerai dulu, memang saya ada menaruh harapan untuk rujuk semula. Tetapi sekarang saya hanya boleh kata, kalau ada jodoh, adalah. Saya juga bahagia dengan kehidupan solo bersama anak-anak," jelas Raja Azura.

Sibuk uruskan 'anak-anak' lain

Sudah mempunyai tiga orang anak, kini Raja Azura juga dilihat sibuk menguruskan anak-anak barunya.

Anak-anak baru yang dimaksudkan adalah peserta-peserta sebuah program realiti, Bintang Mencari Bintang (BMB) terbitan TV3 yang telah dipilih Raja Azura untuk mengembalikan zaman kegemilangan arena lawak tanah air terutama golongan pelawak wanita.

Dalam program tersebut Raja Azura telah tampil sebagai satu-satunya mentor wanita dan memilih untuk mendidik dua kumpulan iaitu Kelawak yang dianggotai Syed Atiq Wan Long dan Muhd. Maaruf Zamani Lim serta kumpulan wanita tunggal, Awok yang menggandingkan Ain dan Fiza.

Merupakan satu-satunya sifu wanita, Raja Azura mengakui dia sedang menggalas tugasan besar kerana mempunyai duo wanita yang harus digilap dan diasah dalam membuat komedi dan menyanyi sekaligus dapat melahirkan lebih ramai penghibur.

Bagi Raja Azura selaku mentor, sebelum program BMB bermula dia memang menginginkan wanita akan menjadi salah satu peserta. Ini kerana dia menyimpan hasrat agar peserta BMB dapat menjadi pelapis dalam industri seni tanahair memandangkan dunia komedi tempatan kurang penyertaan golongan wanita dan didominasi oleh lelaki.

Mengakui penampilan Awok dalam pentas BMB adalah kerana bakat, Raja Azura berharap agar penonton tidak cepat mengutuk atau menilai tetapi terus memberikan peluang kepada wanita untuk beraksi.

"Jangan cepat menyampah. Tengok dulu sampai habis. Memang dalam sesuatu benda, tidak mudah untuk kita puaskan hati orang.

"Setiap cerita yang kita lakonkan perlu bersesuaian dan ada pengajaran selain menghiburkan orang terutama penonton," ujarnya.

Langsung tiada pengalaman membuat persembahan komedi, sebaliknya suka membuat lawak dalam kalangan rakan-rakan, Awok buat permulaan sudah tentu berasa agak kekok.

"Bagaimanapun, saya harap ia tidak menjadi satu halangan buat mereka untuk tampil dengan persembahan yang terbaik.

"Saya akan curahkan segala ilmu dan pengalaman yang dimiliki agar dapat melahirkan penghibur yang berkualiti," kata Raja Azura.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Dugaan kasih ibu, anak

Posted: 15 May 2013 12:24 AM PDT

Oleh SITI AISHAH YUSOFF

JIKA melibatkan masalah wang ringgit mak cik tiada masalah untuk membantu, tambahan sudah biasa hidup senang dan susah bersama-sama suami, tetapi apabila berkaitan dengan soal hati dan perasaan memang mak cik sudah tidak mampu untuk menanggungnya lagi."

Itulah luahan hati seorang ibu, Sakinah (bukan nama sebenar), 65, yang tidak sanggup melihat penderitaan dan dugaan yang ditanggung anak tunggalnya sejak dimadukan 17 tahun dahulu.

Tambahan, bukan sahaja anaknya, Arfah (bukan nama sebenar), 39, terpaksa merasai derita perit dimadukan, malah situasi tersebut turut dirasai Sakinah bersama suaminya, Hassan (bukan nama sebenar), 69, apabila mereka mula tinggal serumah dengan anaknya itu sejak empat tahun lalu yang terletak di Selangor.

Bercerita lanjut ketika ditemui dalam satu majlis kesyukuran, ujar Sakinah, dia bersama suami yang baharu sahaja bersara daripada agensi kerajaan di Perak, telah mengambil keputusan untuk tinggal bersama anaknya itu apabila telah dipelawa beberapa kali.

"Selepas pencen, kami tinggal di kampung. Arfah yang tidak bekerja jarang pulang ke kampung kerana suaminya sibuk sebagai seorang ahli usahawan.

"Tambahan Arfah terpaksa berkongsi kasih bersama madunya sejak suaminya berkahwin lain ketika usia perkahwinan mereka memasuki tiga tahun.

"Pada mulanya kami tanpa berfikir panjang, bersetuju untuk tinggal dengan Arfah dan suaminya kerana hanya dengan cara itu kami berpeluang menumpang kasih dengan cucu yang seramai tujuh orang itu," katanya.

Sakinah berkata, selepas setahun tinggal bersama anaknya, baharu dia mengetahui pergolakan yang berlaku dalam rumah tangga Arfah.

"Sebelum ini, memang kami mengetahui Arfah hidup bermadu. Tetapi apabila mula tinggal sebumbung baharu saya mengetahui perangai sebenar menantu.

"Tidak dinafikan menantu kami adalah seorang yang bertanggungjawab dan adil terhadap Arfah dan anak-anaknya walaupun mempunyai isteri kedua yang juga tinggal dalam satu kawasan yang sama.

"Namun, menantu kami ini sebenarnya seorang yang panas baran dan cepat naik tangan apabila berlaku pertengkaran antara mereka berdua," katanya.

Jelasnya lagi, pada mulanya dia dan suami agak terkejut apabila setiap kali Arfah dan suaminya bergaduh, menantunya akan bertindak di luar kawalan seperti membaling barangan rumah yang berdekatan dengannya.

"Yang paling sedih apabila saya tidak sanggup mendengar Arfah dimaki hamun. Tidak cukup dengan itu, kadang-kadang Arfah terpaksa menanggung kesakitan apabila dipukul oleh suaminya.

"Kadang-kadang pertengkaran mereka berlaku di hadapan anak-anak yang semakin meningkat dewasa.

"Walaupun saya dan suami tinggal bersama, tetapi kami tidak mampu menyelesai masalah dan menenangkan mereka setiap kali mereka bergaduh. Saya hanya mampu melihat sambil air mata berlinangan jatuh di pipi kerana terlalu sedih dengan nasib yang menimpa Arfah.

"Hanya sesekali apabila keadaan terlalu teruk, suami saya akan cuba menasihati dan menghalang daripada menantu saya terus memukul Arfah.

"Beberapa kali juga kami dimaki oleh menantu dan cuba menghalau kami keluar dari rumah jika masuk campur dalam rumah tangga mereka," katanya.

Sakinah berkata, selalunya mereka bergaduh melibatkan isu orang ketiga yang cuba memporak- perandakan rumah tangga anaknya.

"Walaupun Arfah sudah lama bersabar dengan kerenah suaminya yang suka memainkan perasaan wanita, tetapi hati isteri mana yang sanggup menanggung perasaan apabila jiran sekeliling bercerita tentang suaminya yang didakwa telah berkahwin buat kali ketiga.

"Apabila dipanjangkan soalan tersebut, suaminya tidak mengaku dan mengatakan bahawa itu hanya fitnah yang bertujuan meruntuhkan rumah tangga mereka," katanya.

Ujar Sakinah lagi, bukan dia dan suami tidak pernah terfikir untuk kembali menjalani kehidupan di kampung, tetapi apabila mengenangkan keselamatan dan simpati dengan nasib anak dan cucu-cucunya, mereka pendamkan sahaja hasrat tersebut dan terus bersabar untuk tinggal bersama-sama Arfah.

"Dalam sebulan beberapa kali mereka akan bertengkar. Jika bertengkar, suara mereka pasti dapat didengari jiran-jiran. Mula-mula saya sangat berasa malu dengan kejadian yang menimpa, tetapi lama-kelamaan perasaan itu semakin terhakis.

"Tambahan, saya menghidap penyakit darah tinggi dan saya perlu memastikan penyakit saya ini tidak membawa mudarat akibat terlalu susah hati dengan apa yang berlaku kepada rumah tangga Arfah," katanya.

Sakinah mengakui, walaupun mereka tinggal bersama menantu, mereka tidak mengharap semua keperluan ditanggung oleh menantu.

"Kami juga punya pendapatan sendiri hasil duit pencen suami," katanya.

Finalis hadapi tugasan akhir

Posted: 15 May 2013 12:24 AM PDT

Harun Ar Rasheed Ibrahim (barisan tengah, enam dari kiri) bersama Aznan Bakar (tengah) dan Mohd. Radzi Zin (barisan tengah, empat dari kanan) bersama para finalis Peraduan Gerbang Cinta Utusan Malaysia Musim Keempat di Rumah Seri Kenangan, Seremban, Negeri Sembilan.

BIARPUN hanya sebentar dapat 'bersama' keluarga angkat masing-masing tetapi kesemua pasangan dapat melaksanakan tugasan yang diberikan sebaik mungkin.

Setiap pasangan juga dilihat tidak kekok untuk melayan keluarga angkat ketika berkunjung ke Rumah Seri Kenangan, Seremban, Negeri Sembilan, dan Rumah Anak Yatim Nur Hikmah, Kajang, Selangor, baru-baru ini.

Bagi tugasan pertama di Rumah Seri Kenangan, setiap pasangan diberikan tanggungjawab untuk mendekati ibu bapa angkat mereka selain melayan warga emas ini ketika menikmati hidangan tengah hari.

Selain itu, setiap pasangan turut diberikan tugasan mencipta sajak serta mendeklamasikannya kepada ibu atau ayah angkat masing-masing dengan penuh perasaan.

Bagi 'ibu atau bapa angkat', masa yang singkat diperuntukkan untuk mereka 'menumpang kasih' bersama finalis Gerbang Cinta tidak disia-siakan apabila turut memberikan sepenuh kerjasama.

Walaupun mereka menyedari kehadiran para peserta Gerbang Cinta hanyalah untuk sementara waktu, tetapi sedikit pun tidak menghalang mereka mengenali antara satu sama lain dan menjalinkan kemesraan.

Menurut Penguasa rumah tersebut, Harun Ar Rasheed Ibrahim, kunjungan para peserta Gerbang Cinta walaupun hanya untuk melaksanakan tugasan akhir tetapi sebenarnya dilihat mampu mengeratkan hubungan sesama manusia.

Katanya lagi, program sedemikian merupakan salah satu cara untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan anak muda supaya dapat menilai pengorbanan yang dilakukan kedua ibu bapa mereka.

"Menerusi pertemuan singkat ini, secara tidak langsung mereka juga mampu memperoleh sedikit sebanyak ilmu rumah tangga daripada penghuni rumah ini.

"Walaupun penghuni di sini kurang bernasib baik tetapi sekurang-kurangnya para peserta dapat pengajaran serta iktibar daripada apa yang berlaku.

GEMBIRA... finalis Peraduan Gerbang Cinta Utusan Malaysia Musim Keempat bersama sebahagian kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Nur Hikmah, Kajang, Selangor.

"Apa yang diharapkan selepas ini semua ibu bapa akan lebih dihargai oleh anak masing-masing," ujarnya ketika ditemui pada program berkenaan, baru-baru ini.

Tambahnya, penghuni di sini akan mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang mengunjungi mereka kerana mereka jarang dikunjungi pelawat mahupun sanak saudara terdekat.

Yang turut hadir pada program tugasan peringkat akhir ini ialah Pengarang Mega, Aznan Bakar, Pengarang Meja Keluarga dan Wanita, Siti Zaleha Jorimai, Pengarang Meja Prosesan, Mohd. Radzi Zin dan beberapa wakil penaja.

Dalam pada itu, kesemua 10 finalis yang melakukan tugasan akhir tersebut dipilih daripada 30 pasangan peraduan berkenaan yang telah disenarai pendek.

Peraduan Gerbang Cinta kali keempat anjuran akhbar Utusan Malaysia ini masih lagi mengekalkan beberapa penaja yang sama sebagai rakan strategik seperti Mastar Catering (penaja jamuan), Kampung Pengantin (lokasi dan jamuan), Afidah Khamis Makeup and Stuff (solekan), CJ Print (kad kahwin), Dios Astana Bridal (pakaian pengantin).

Selain itu, turut menaja Precious Moments (pelamin), Suri Permai Spa (spa) dan D'Sayang Entertainment (sistem siar raya), Sweet and Sour Photo Design (fotografi), Poto Travel (pakej bulan madu) dan Utusan Online. - MARIATUL QATIAH ZAKARIA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Pembangunan semula bermula

Posted: 14 May 2013 11:49 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusan.com.my

Inilah tapak yang akan didirikan pasar sementara untuk menempatkan sebahagian besar peniaga di Pasar Raja Bot. - Utusan/Ghazali Basri

KUALA LUMPUR 14 Mei - Bangunan di hadapan Plaza Safuan di Jalan Raja Alang di sini telah dirobohkan, yang menandakan akan bermulanya Projek pembangunan semula Pasar Raja Bot.

Perobohan bangunan itu bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan pasar sementara untuk menempatkan para peniaga di pasar yang lebih dikenali sebagai Pasar Chow Kit itu.

Pengunjung pasar itu yang ditemui melihat pembangunan semula pasar tersebut bukan sahaja akan mengangkat taraf peniaga di situ tetapi juga kawasan Chow Kit itu sendiri.

Mereka meluahkan harapan agar bangunan pasar baru nanti setanding dengan pasar-pasar di luar negara yang jauh lebih moden dan selesa sekali gus menjadi tarikan pelancong di ibu kota.

Seorang pengunjung pasar berkenaan, Juriah Ahmad, 57, menyambut baik usaha kerajaan bagi membangunkan pasar tersebut.

"Saya merupakan pengunjung yang selalu ke sini untuk membeli barangan keperluan harian. Lokasinya mudah dikunjungi dengan pengangkutan awam.

"Saya menyokong pembangunan pasar ini kerana ia sudah usang dan kotor jadi tidak sesuai untuk para pelancong luar lihat. Di samping itu, pasar ini terkenal di merata tempat," katanya ketika ditemui.

Seorang lagi pengunjung, Rohyah Sahad, 55, menyifatkan pembangunan semula pasar itu dapat menarik lebih ramai pelanggan kerana keadaannya kelak pasti lebih selesa.

"Saya sokong 100 peratus dengan usaha mencantikkan semula pasar ini. Dengan keadaan pasar ini yang sudah berusia, sudah tiba masa ia dinaik taraf," jelasnya.

Sementara itu, tinjauan mendapati pemindahan kumpulan pertama sebanyak 25 orang daripada 205 penjaja di Pasar Raja Bot ke tapak sementara telah selesai dan mereka menjalankan perniagaan seperti biasa.

Seorang peniaga roti canai, Jaafar Said, 55, berasa lega berikutan pemindahan ke tapak sementara selesai.

"Pemindahan bagi peniaga gerai makan dilaksanakan pada 25 Mac lalu. Saya bersyukur kerana semua kemudahan seperti dapur, gerai, bekalan elektrik dan air disediakan.

"Aktiviti perniagaan kami berjalan seperti biasa sementara pembangunan semula dilaksanakan. Saya telah berniaga roti canai selama 35 tahun di sini dan saya mahu para peniaga dan pengunjung selesa apabila pasar baharu siap kelak," ujarnya.

Peniaga santan, Awaludin Adam, 46, berharap kerja-kerja pembangunan semula itu nanti dapat dilakukan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

"Apabila pindah ke tapak sementara di sini, pelanggan agak kurang sedikit berbanding dahulu. Bagaimanapun, saya yakin Pasar Raja Bot yang berwajah baharu nanti akan dapat menarik lebih ramai pelanggan dan kami dapat berniaga dengan lebih selesa," katanya.

Airport Limo tidak terkubur

Posted: 14 May 2013 11:49 AM PDT

Oleh HASHNAN ABDULLAH
kota@utusan.com.my

PEMANDU-PEMANDU Airport Limo yakin keputusan SPAD membenarkan teksi bandar menurun dan mengambil penumpang di KLIA tidak akan menjejaskan perkhidmatan mereka.

SEPANG 14 Mei - Para pemandu teksi dan limousin (Airport Limo) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ) di sini percaya perkhidmatan mereka tidak akan 'terkubur' berikutan keputusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membenarkan teksi bandar mengambil dan menurun penumpang di KLIA mulai esok.

Wakilnya, Sahran Abdul Hamid (gambar) berkata, para penumpang di KLIA, termasuk pelancong asing akan tetap memilih Airport Limo berdasarkan polisi dan rekod perkhidmatan mereka yang baik selama 15 tahun di lapangan terbang terbabit.

Beliau berkata, pihaknya juga akan turut melancarkan pelbagai program dan promosi bagi memperkukuhkan lagi jenama Airport Limo di kalangan penumpang di KLIA dan pelancong asing.

"Kami amat kecewa dengan keputusan kerajaan itu tetapi tetap akur dan tidak akan mogok atau melakukan demonstrasi yang boleh menjejaskan imej kerajaan.

"Saya percaya dalam tempoh dua tiga bulan akan datang, perkhidmatan Airport Limo akan menjadi satu jenama yang boleh dipercayai oleh orang ramai, termasuk pelancong asing," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mulai esok, kerajaan membenarkan teksi bandar menurun dan mengambil penumpang di KLIA dan juga KLIA2 dengan syarat pemandu teksi itu menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV).

Keputusan tersebut selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan pemandu-pemandu teksi itu dapat menyediakan kenderaan yang sesuai bagi kemudahan dan keselesaan penumpang, termasuk pelancong asing.

Namun begitu, Sahran melahirkan kesangsian berhubung sikap para pemandu teksi bandar terhadap penumpang yang rata-ratanya dilaporkan agak negatif oleh media massa.

"Selama ini kami berjuang untuk memastikan Airport Limo menjaga imej negara dan rakyat dengan memberi maklumat yang betul kepada pelancong asing supaya mereka terus datang ke Malaysia tanpa rasa takut.

"Sudah pasti kami tidak mahu perjuangan selama 15 tahun itu menjadi sia-sia," katanya.

XMIT 500 teknologi baharu pungut sampah

Posted: 14 May 2013 11:49 AM PDT

MD. RAIS Mansur (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Mauri E. Leonen sambil diperhatikan oleh Matti Pullinen (tengah), Dr. Judin Abdul Karim (kanan sekali) dan Dr. Mohd. Fadzil Man (kiri) pada majlis menandatangani MoU antara AWSM dengan Ecosir Group di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR 14 Mei - Program Pemindahan Teknologi Sistem Pungutan Sampah Bersepadu menggunakan teknologi XMIT 500 yang melibatkan teknologi hijau bakal memberi manfaat kepada rakyat di negara ini.

Pengerusi Automated Waste System (M) Sdn. Bhd. (AWSM) Dr. Mohd. Fadzil Man berkata, teknologi dari Finland itu bukan sahaja baik kepada alam sekitar malah mewujudkan persekitaran hidup yang lebih sihat.

Jelasnya, teknologi XMIT 500 merupakan alternatif bagi memindahkan sampah daripada bangunan tinggi ke bekas pembuangan sampah secara automatik tanpa menggunakan khidmat kerja manusia.

Sisa sampah akan dipindahkan menggunakan vakum secara automatik dari bangunan dengan lebih cepat, mudah dan bersih.

Proses yang menggunakan paip bersaiz 500 milimeter itu mampu mengumpul dan memindahkan sisa pada kelajuan melebihi 20 meter per saat ke pusat pembuangan sampah yang disediakan sebelum dipindahkan ke tempat pelupusan sampah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Ecosir Group Oy Ltd. di sini hari ini.

Yang turut hadir, Duta Besar Finland, Matti Pullinen dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim.

Tambahnya, sistem pemindahan sampah tersebut turut mengurangkan bau dan risiko pencemaran jika dibandingkan dengan cara pengurusan sisa sampah secara tradisional," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ecosir Group Oy, Mauri E Leponen berkata, penggunaan teknologi moden tersebut membawa penjimatan besar terutama dalam kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan bangunan.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved