Rabu, 9 April 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis rampas dadah bernilai RM5.7j di Rantau Panjang

Posted: 09 Apr 2014 08:50 PM PDT

KOTA BHARU 10 April - Polis Kelantan merampas 199,791 biji pil

kuda dan 350 botol disyaki mengandungi dadah jenis heroin

bernilai 5.7 juta di sebuah rumah di Kampung Lubuk Gong, Rantau Panjang

di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu, anggota Jabatan Siasatan

Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Pasukan

Gerakan Am (PGA) Tanah merah turut menahan lima sekeluarga termasuk

kanak-kanak berusia 2 tahun yang berada dalam berada rumah tersebut.

Bagaimanapun Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata,

suspek utama yang juga bapa kepada kanak-kanak terbabit berjaya melarikan diri.

Tambahnya, suspek yang berusia 47 tahun dikatakan berada di selatan

Thailand dan operasi memburunya sedang giat dijalankan dengan kerjasama

polis negara jiran itu.

Ini merupakan rampasan dadah terbesar di negeri ini pada tahun ini. - UTUSAN ONLINE

Dua lelaki Afrika tembak polis

Posted: 09 Apr 2014 11:53 AM PDT

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

SEPANG 9 April - Jenayah membabitkan pendatang warga Afrika dilihat semakin ganas apabila mereka turut menggunakan senjata api termasuk melepaskan tembakan ke arah anggota polis bagi meloloskan diri daripada ditahan.

Dalam kejadian pada pukul 2.28 pagi tadi, dua anggota polis nyaris maut apabila dua warga Afrika yang ditahan melepaskan satu das tembakan ke arah mereka dalam satu insiden di sebuah kawasan apartmen di Taman Putra Perdana, Puchong di sini.

Ketua Polis daerah, Supritendan Mohd. Yusoff Awang berkata, sebelum itu anggota polis peronda terlibat telah mengejar kedua-dua lelaki terbabit sejauh kira-kira 15 kilometer bermula dari sebuah pusat beli-belah di Puchong sehingga ke apartmen berkenaan selepas mereka tidak mengendahkan arahan supaya berhenti untuk diperiksa.

Katanya, kedua-dua suspek berusia 30-an yang menaiki sebuah kereta Perodua Myvi itu dikatakan telah melepaskan tembakan tersebut ketika cuba melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran selepas melanggar kereta Perodua Kancil di apartmen berkenaan.

Bagaimanapun tembakan itu tidak mengenai sasaran.

Mohd. Yusoff berkata, kedua-dua mereka hampir ditangkap oleh anggota polis berkenaan tetapi dapat meloloskan diri selepas melepaskan tembakan.

Keterangan daripada anggota terlibat mengatakan mereka tidak nampak suspek memegang senjata api semasa melarikan diri tetapi terdengar bunyi seperti tembakan dilepaskan dan mereka juga tidak nampak percikan api," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan sedang menjalankan gerakan memburu suspek.

Pasukan forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) telah dipanggil ke tempat kejadian untuk membuat pengesanan," katanya.

Tambahnya, kereta Myvi yang digunakan oleh kedua-dua suspek tersebut didaftarkan di atas nama seorang wanita dari Segamat, Johor dan siasatan lanjur sedang dijalankan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Persoalan terungkai hari ini?

Posted: 09 Apr 2014 11:53 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Tumpuan pemerhati bola sepak tempatan kini tertumpu kepada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah sama ada akan mempertahankan jawatan disandang semenjak 30 tahun lalu apabila baginda dijangka mengumumkan hasratnya pada hari ini.

Walaupun sebelum ini terdapat sumber yang kuat mengatakan baginda masih berminat menjadi presiden buat tempoh empat tahun lagi iaitu hingga 2018, masih tiada pendirian rasmi daripada Sultan Ahmad Shah mengenai perkara berkenaan.

Apa jua kenyataan yang dizahirkan oleh baginda pada hari ini pasti akan melenyapkan segala spekulasi mengenai kedudukannya sejak dua nama lain, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang merupakan Timbalan Presiden FAM dan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut dikaitkan berminat memikul jawatan berkenaan.

Jika seperti diramalkan baginda akan mempertahankan kedudukan selaku presiden, ramai pemerhati meramalkan tiada perebutan bagi jawatan berkenaan dengan Tengku Abdullah yang merupakan anakanda baginda dan Tunku Ismail pasti tidak akan mencabar kerusi paling panas di FAM itu.

Jika ayahandanya membuat keputusan untuk kekal, Tengku Abdullah pasti akan mempertahankan jawatan selaku Timbalan Presiden manakala Tunku Ismail yang tidak menerima sebarang pencalonan bagi jawatan nombor dua di FAM, mungkin tidak akan bertanding pada kali ini.

Selain itu, pendirian Sultan Ahmad Shah dilihat cukup penting bagi sesetengah calon yang masih memikirkan jawatan mana untuk ditandingi sebelum membuat keputusan akhir agar tidak tersalah langkah.

"Jika Sultan Ahmad Shah dan Tengku Abdullah kekal di jawatan masing-masing, persaingan sengit pasti akan berlaku bagi mengisi satu lagi kerusi Timbalan Presiden yang kosong dengan tiga calon, Datuk Seri Subahan Kamal, Datuk Seri Afandi Hamzah dan Datuk Mokhtar Ahmad antara nama yang paling mencuri tumpuan.

"Namun andai kata berlaku sebaliknya dengan Tengku Abdullah mahu menawarkan diri bertanding presiden, perebutan kerusi timbalan presiden pasti lebih terbuka dan kemungkinan lebih ramai calon yang layak akan tampil berbuat demikian.

"Bagi naib presiden, tiada siapa yang dilihat ke hadapan buat masa ini dan semua nama yang layak bertanding dilihat mempunyai kedudukan seimbang untuk menang," kata sumber yang rapat dengan FAM.

Exco FAM yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Status, Datuk Takiyuddin Hassan dan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Datuk Sudarsono Osman, dikhabarkan antara nama yang mendapat pencalonan tertinggi bagi jawatan naib presiden.

Semua calon akan membuat keputusan akhir selewat-lewatnya pada 19 April ini kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin sama ada mahu bertanding dan jawatan mana akan ditandingi.

Setakat ini, Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Mukhriz Mahathir dan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengesahkan mereka menolak pencalonan sebagai Timbalan Presiden FAM.

Mohamad: Pilih orang berkaliber terajui FAM

Posted: 09 Apr 2014 11:53 AM PDT

MOHAMAD HASAN

SEREMBAN - Jangan pegang jawatan hanya untuk menunjuk-nunjuk pangkat dan memanaskan kerusi dalam organisasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana apa yang diinginkan orang ramai adalah perubahan demi memastikan lonjakan dalam arena bola sepak negara dapat dilakukan.

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan yang mahu pemilihan untuk mengisi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden FAM dalam kongres pada 25 Mei ini dijadikan sebagai medan untuk memilih calon berkaliber.

Kepada semua ahli gabungan dalam FAM inilah masanya untuk memilih mereka yang kita rasakan benar-benar layak dan mampu membawa perubahan kepada arena bola sepak kita. Pilih orang yang berkaliber untuk memandu FAM ke tahap yang lebih tinggi.

Apa yang saya katakan ini bukanlah untuk memilih orang baharu buang orang lama. Orang lama pun bagus tetapi dia mestilah bekerja dalam satu pasukan.

Kalau menang tetapi tidak sehaluan dan tidak boleh bekerjasama itu tidak bolehlah. Kita tawarkan diri jadi Presiden atau Timbalan Presiden mesti boleh bekerja dalam satu pasukan dan jangan buat hal sendiri, dan apabila digantung marah kepada FAM,'' katanya.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma negeri di sini semalam.

Beliau juga memberitahu telah menolak pencalonan untuk dirinya bagi bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden (FAM) biarpun telah mendapat pencalonan daripada ahli gabungan dalam FAM.

Ditanya sebab beliau menolak jawatan berkenaan, Mohamad berkata, beliau hanya mahu melonjakkan prestasi bola sepak di negeri ini selain menumpukan sepenuh masa beliau untuk tugas rasmi selaku Menteri Besar.

Bagaimanapun selaku Presiden PBNS, katanya, beliau akan menyokong sesiapa sahaja yang layak dan mampu untuk membantu dan menyumbang kepada kegemilangan bola sepak tanah air.

Saya pun tidak suka pegang banyak sangat jawatan sebab sekarang ini pun dah banyak jawatan saya pegang.

Bola sepak di negeri ini pun kadang-kadang memeningkan kepala saya,'' katanya sambil berseloroh.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


3 penarik kereta dituduh curi wang mangsa maut nahas

Posted: 09 Apr 2014 11:53 AM PDT

RASAH 9 April - Tiga penarik kereta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini atas tuduhan mencuri wang tunai RM1,000 milik seorang pemuda yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat sini, Rabu lalu.

Mohd. Fared Md. Isa, 26, Mohamad Fairoll Shahroll Anuar, 25, dan Muhammad Anuar Mustaffa, 31, masing-masing mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka oleh jurubahasa di hadapan Masjistret Siti Khairiah Abd. Razak.

Kesemua tertuduh didakwa bersama-sama mencuri wang tunai milik Muhammad Hasbollah Mohamad, 23, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 252, lebuh raya Plus menghala utara berhampiran Senawang, dekat sini kira-kira pukul 11 malam, 2 April lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sara Afiqah Zulkipli manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Siti Khairiah membenarkan ketiga-tiga tertuduh masing-masing diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 15 Mei ini bagi membolehkan mereka melantik peguam.

Muhammad Shafee wakili ROS hadapi DAP

Posted: 09 Apr 2014 11:53 AM PDT

KUALA LUMPUR 9 April - Peguam terkemuka, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah (gambar) akan mewakili Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam menghadapi tindakan DAP yang memaksa ROS mengiktiraf pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dalam Kongres Khas parti itu pada 29 September 2013.

Ketika ditemui di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili DAP memberitahu pemberita, pihaknya mengetahui mengenai pelantikan Muhammad Shafee itu pada hari ini.

DAP pada Februari lalu, mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman dalam usaha memaksa ROS mengiktiraf pemilihan CEC tersebut.

Parti tersebut mengadakan pemilihan semula CEC dalam Kongres Khas itu di sini pada tarikh tersebut selepas diarah berbuat demikian oleh ROS yang tidak mengiktiraf keputusan pemilihan pada 15 Disember 2012.

Pada 26 Mac lalu, Hakim Datuk Zaleha Yusof memberi kebenaran kepada DAP bagi memulakan satu permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan ROS tersebut.

Terdahulu, Gobind hadir pada pengurusan kes tersebut di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Arun Nova Dass.

Menurut Gobind, mahkamah menetapkan 11 Jun ini bagi lanjutan pengurusan kes itu dan mengarahkan DAP menyerahkan dokumen yang berkaitan sebelum tarikh tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


K1M digesa kuasai media sosial

Posted: 09 Apr 2014 11:53 AM PDT

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

SEBAHAGIAN Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung tekun mendengar ucapan penutup Program Pemantapan Pengurusan Komuniti 1Malaysia 2014 di Bukit Gambang Resort, Kuantan, kelmarin. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 9 April - Komuniti 1Malaysia (K1M) di negeri ini diminta menguasai media sosial bagi membantu kerajaan menyampaikan maklumat yang bukan sahaja tepat malah sahih kepada rakyat di kawasan didiami mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, penguasaan media sosial itu juga penting demi memastikan K1M dapat menyalurkan masalah rakyat dengan segera kepada kepemimpinan di sesuatu kawasan.

"Jadi, saya sendiri telah meminta pihak Jabatan Penerangan negeri melatih ahli jawatankuasa K1M dengan memberikan pengetahuan kepada mereka bagaimana cara yang betul bagi menggunakan media sosial.

"Memang terdapat K1M yang telah mengambil inisiatif sendiri dengan mewujudkan laman sosial tetapi belum ada penyelarasan, jadi mungkin selepas ini setiap K1M akan memiliki laman sosial sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menutup program Pemantapan Pengurusan K1M Peringkat Negeri anjuran Jabatan Penerangan negeri di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Penerangan negeri, Mohd. Sabri Abdullah dan Pengerusi Majlis Pemuafakatan K1M negeri, Mohd. Razaki Abdul Razak.

Program yang bertujuan menambah pengetahuan dalam mengendalikan organisasi komuniti disertai kira-kira 400 ahli jawatankuasa K1M negeri ini.

Shahaniza berkata, kehidupan masyarakat kini semakin berubah dan banyak bergantung kepada media sosial.

"Sebagai contoh, jika mengalami masalah bekalan air, saluran pertama yang akan mereka luahkan adalah menerusi laman media sosial, jadi menjadi tanggungjawab K1M memantau dan memaklumkan kepada pihak berwajib," katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, sehingga kini, terdapat kira-kira 101 K1M di negeri ini dengan setiap komuniti mempunyai 40 ahli jawatankuasa.

"Kesemua mereka ini akan membantu menjelaskan dasar kerajaan ke akar umbi dan penting mereka menguasai media sosial," katanya.

Tengku Muda Pahang rasmi Arena Maran

Posted: 09 Apr 2014 11:53 AM PDT

MARAN 9 April - Premis Dewan Terbuka Arena Maran bernilai RM1.3 juta di sini perlu dimanfaatkan bagi membina sebuah masyarakat yang bersatu padu, harmoni dan bersyukur.

Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berkata, kemudahan seumpama itu dibina bagi penganjuran majlis yang terbuka, santai serta lebih menceriakan pengunjung.

Katanya, dengan adanya Arena Maran bermakna daerah ini bertambah makmur dan maju kerana penduduk mempunyai banyak pilihan lokasi untuk bertemu dan menganjurkan program berskala besar.

"Dewan Arena Maran yang berkapasiti lebih 1,000 orang sangat sesuai untuk program seminar, mesyuarat agung, program penutup sukan, majlis perkahwinan dan lain-lain kerana reka bentuknya yang unik.

"Dengan beroperasinya Arena Maran, diharap lokasi Maran Golf Resort dan Taman Tasik di sini akan lebih menarik pengunjung dan bersantai ke destinasi yang menjadi kebanggaan penduduk daerah Maran,'' katanya,

Tengku Abdul Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Arena Maran dan menyampaikan hadiah pertandingan golf Piala Tengku Muda 2014 di sini kelmarin.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd. Muttalib; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Nor Hidayah Mohd. Shahaimi; ADUN Chenor, Mohamed Ariffin Awang Ismail dan Pegawai Daerah Maran, Datuk Fadzila Saleh.

Dalam pada itu, Tengku Abdul Rahman optimis Maran Golf Resort dan Taman Tasik Maran di sini akan terus menjadi destinasi pilihan bagi pelancong domestik dan luar.

Menurut Tengku Muda Pahang itu, ini berikutan keindahan tasik di situ yang menarik untuk seisi keluarga bersantai di samping lapangan golf di kelab berkenaan dianggap terbaik di negeri ini.

Sokong pelaksanaan POCA

Posted: 09 Apr 2014 11:53 AM PDT

KUANTAN 9 April - Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) negeri menyokong penuh pelaksanaan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 khusus untuk membanteras jenayah terancang dan berat.

Setiausahanya, Rafai Abd. Kadir berkata, pelaksanaan itu akan memudahkan pihak polis menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan khususnya dalam menangani jenayah terancang yang boleh menggugat keamanan negara.

Pelaksanaan undang-undang ini tepat kerana pada hari ini terutamanya selepas pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), banyak pihak yang berani mencabar undang-undang dengan sengaja bagi menimbulkan huru-hara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pertubuhan dakwa PBB abai keselamatan pelarian Sudan

Posted: 09 Apr 2014 10:40 AM PDT

JUBA, Sudan Selatan 10 April - Pertubuhan Doctors Without Borders (MSF) semalam mendakwa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) enggan memindahkan 21,000 pelarian dari sebuah kem ke tempat lebih selamat sebelum musim tengkujuh melanda.

MSF mendakwa, pihak PBB tidak mempedulikan keadaan pelarian yang boleh terdedah kepada masalah penyakit bawaan air disebabkan musim tengkujuh yang bakal tiba.

Bagaimana pun, jurucakap PBB di Sudan Selatan, Arianne Quentier menjelaskan, PBB mengambil perhatian serius terhadap masalah itu dan seramai 1,500 pelarian di kem Tamping di sini telah dipindahkan. - AP

Myanmar akhirnya akui kesilapan

Posted: 09 Apr 2014 11:53 AM PDT

Sebahagian kotak yang berisi bekalan bantuan, bersepah selepas sebuah gudang milik Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) diserang dalam keganasan agama di Sittwe, negeri Rakhine, Myanmar pada 28 Mac lalu. - REUTERS

YANGON 9 April - Myanmar buat pertama kalinya mengakui, lambat memberikan tindak balas terhadap keganasan di Rakhine sehingga memaksa kumpulan-kumpulan bantuan kemanusiaan keluar daripada negeri itu bulan lalu.

Keadaan itu mengakibatkan penduduk terutamanya etnik Rohingya Islam berdepan masalah kekurangan bekalan makanan dan air bersih.

Kerajaan Myanmar mengakui tidak memberi maklum balas segera dan berkesan untuk melindungi kumpulan-kumpulan bantuan di Sittwe.

Kami berjanji akan menyediakan kawalan keselamatan berkesan kepada rakyat asing, kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan sukarelawan bantuan antarabangsa," jelas kerajaan Myanmar dalam satu kenyataan.

Kenyataan dikeluarkan menerusi laman web Pejabat Presiden itu merupakan yang pertama seumpamanya, mengambil kira sikap Myanmar yang sering berdolak-dalik berhubung isu membabitkan etnik Rohingya sebelum ini.

Keganasan di Rakhine mengakibatkan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menghubungi Presiden Myanmar, Thein Sein dan merayu supaya Yangon memberi perlindungan kepada orang awam dan pekerja bantuan antarabangsa di situ.

Selain itu, Amerika Syarikat (AS) turut menyuarakan kebimbangannya terhadap layanan ke atas pekerja bantuan asing manakala Britain kelmarin, memanggil duta Myanmar bagi menzahirkan 'kebimbangan mendalam mereka' tentang perkara tersebut.

Lebih 170 pekerja bantuan asing meninggalkan Rakhine selepas serangan keganasan tercetus akibat tindakan seorang kakitangan kumpulan bantuan perubatan Jerman, Malteser International menurunkan bendera Buddha di hadapan rumah sewanya.

Kumpulan bantuan antarabangsa mendapat tekanan hebat daripada penduduk Buddha di Rakhine yang menuduh mereka berat sebelah dan memihak kepada penduduk Rohingya. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


CAB buka lembaran baru Filipina

Posted: 09 Apr 2014 11:53 AM PDT

Oleh SALLEH BUANG

Benigno Aquino III, menyampaikan ucapan pada upacara menandatangani Perjanjian Komprehensif Bangsamoro (CAB) di Istana Malacanang di Manila, Filipina pada 27 Mac lalu dengan disaksikan oleh Najib Tun Razak dan Al Haj Murad Ebrahim. - AP

Pada Khamis 27 Mac 2014 lalu, satu perjanjian bersejarah ditandatangani di Filipina. Perjanjian yang dipanggil Perjanjian Komprehensif Bangsamoro" (Comprehensive Agreement on the Bangsamoro, CAB) itu ditandatangani oleh kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dalam satu upacara rasmi di perkarangan Istana Malacanang.

Ketua panel perdamaian Filipina, Miriam Coronel-Ferel, menandatangani dokumen itu bagi pihak kerajaan Filipina, manakala pengerusi panel perdamaian MILF, Mohagher Iqbal, menandatanganinya bagi pihak MILF.

Presiden Filipina, Benigno Aquino III dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir dalam upacara bersejarah itu.

Matlamat utama perjanjian ini adalah mewujudkan satu entiti politik baru dikenali sebagai Bangsamoro. Entiti baru ini menggantikan entiti lama, Wilayah Autonomi Islam Mindanao.

Perjanjian ini mengakhiri konflik bersenjata puluhan tahun di Selatan Filipina. Mengikut Miriam, perjanjian ini amat penting bukan hanya untuk Bangsamoro, bahkan juga untuk penduduk Mindanao dan seluruh warga Filipina.

CAB adalah satu dokumen 5 halaman yang mengandungi 12 perkara, merupakan perjanjian perdamaian mutakhir antara kerajaan Filipina dan MILF. Ia merupakan noktah atau penghujung perundingan perdamaian selama 17 tahun antara dua pihak itu, bagi membolehkan terwujudnya satu entiti politik berautonomi Bangsamoro.

CAB menegaskan lagi komitmen kedua-dua pihak untuk terus melaksanakan Kerangka Perjanjian Bangsamoro (Framework Agreement on the Bangsamoro, FAB) yang ditandatangani pada 12 Oktober 2012 lalu. Kerangka ini menggariskan penyelesaian politik" antara kedua-dua pihak serta proses peralihan dari Wilayah Autonomi Muslim Mindanao kepada satu entiti politik berautonomi Bangsamoro.

Selain kerangka yang disebutkan di atas tadi, CAB juga menegaskan komitmen kedua-dua pihak untuk terus menghormati dan melaksanakan Empat Lampiran (Four Annexes) dan Tambahan (Addendum) kepada Kerangka itu, iaitu -

a. Annex on Transitional Modalities and Arrangements (ditandatangani pada 27 Februari 2013), yang menggariskan proses peralihan bagi penubuhan Bangsamoro. Ia memperincikan penubuhan satu Suruhanjaya Peralihan, satu Undang-Undang Asas Bangsamoro, dan satu Pihakberkuasa Peralihan Bangsamoro.

b. Annex on Revenue Generation and Wealth Sharing (ditandatangani pada 13 Julai , 2013), yang menyenaraikan sumber membina kekayaan dan kemudahan kewangan bagi entiti baru itu.

c. Annex on Power Sharing (ditandatangani pada 8 Disember 2013), yang membincangkan hubungan antara kerajaan pusat, kerajaan Bangsamoro dan unit kerajaan tempatan di bawah Bangsamoro

d. Annex on Normalization (ditandatangani pada 25 Januari 2014), yang menjadi asas utama bagi anggota MILF meletakkan senjata mereka dan peralihan mereka kepada kehidupan sebagai orang awam biasa. Normalization" merupakan proses di mana kelompok masyarakat yang terjejas oleh konflik bersenjata di Mindanao itu boleh kembali kepada kehidupan yang aman damai serta tenteram.

e. Addendum on the Bangsamoro Waters and Zones of Joint Cooperation (ditandatangani pada 25 Januari 2014), yang memperincikan keluasan perairan di bawah bidang kuasa Bangsamoro (iaitu 12 batu nautika dari pantai) dan Zon Usahasama Bersama atau kawasan perairan dalam wilayah Filipina tetapi tidak dalam wilayah Bangsamoro

Entiti politik berautonomi Bangsamoro

Entiti baru ini menggantikan entiti lama iaitu Wilayah Berautonomi Muslim Mindanao (ARMM) mulai 2016. Ia merupakan kerajaan berbentuk kementerian. Ia bukan satu negara Islam.

Keluasan wilayahnya yang sebenar akan hanya dapat diselesaikan selepas satu plebiscite diadakan mengenai Undang-Undang Asas Bangsamoro (Bangsamoro Basic Law).

Apa yang boleh dikatakan mengenai wilayah itu setakat ini, berasaskan pelbagai dokumen yang ditandatangani sebelum ini, adalah seperti berikut - provinsi yang ada sekarang di bawah ARMM, termasuk Marawi City, Cotabato dan Isabela, 6 munisipaliti Lanao del Norte (Baloi, Munai, Nunungan, Pantar, Tagoloan and Tangkal) dan beberapa perkampungan (Kabacan, Carmen, Aleosan, Pigkawayan, Pikit and Midsayap) yang semuanya setuju menjadi sebahagian dari wilayah ARMM pada 2001.

Kerajaan berkementerian yang akan dibentuk akan mempunyai satu Dewan Perundangan, seorang Menteri, dan mempunyai hubungan asymmetric" dengan kerajaan pusat.

Undang-Undang Asas Bangsamoro, yang pada masa ini sedang dalam proses penggubalan, akan menyatakan secara terperinci hubungan antara kerajaan pusat, kerajaan Bangsamoro dan unit kerajaan tempatan.

Sistem mahkamah sivil akan diteruskan bagi kepentingan penduduk bukan Muslim, sementara Mahkamah Syariah akan ditubuhkan bagi masyarakat beragama Islam.

Kerajaan Bangsamoro akan diberi hak mengutip cukai serta hasil, seperti halnya dengan ARMM dulu. Kerajaan Bangsamoro diberi hak mengutip dana dari fi dan caj, geran dan derma, pinjaman serta sumber-sumber hasil yang lain. Mengenai cukai negara, fi dan caj yang dikutip oleh kerajaan pusat dalam wilayah Bangsamoro, 75% akan diserahkan kepada kerajaan Bangsamoro. Lama-kelamaan, kerajaan Bangsamoro tidak perlu bergantung lagi kepada dana dari kerajaan pusat.

Melihat ke depan

Dalam ucapan rasminya mengalu-alukan pemeteraian perjanjian ini, Presiden Filipina Benigno Aquino menyatakan - Sekiranya kita boleh mengekalkan momentum kedamaian ini, pada 2016 kelak MILF akan dapat menggugurkan identitinya sebagai satu angkatan bersenjata, dan membentuk semula sebagai satu identiti politik, mampu memainkan peranan penting merebut kerusi dalam pilihan raya Bangsamoro".

Aquino menambah ,sekiranya Bangsamoro dapat terus kukuh dan matang, ia akan menjadi pintu masuk perdagangan, pelaburan dan pertukaran budaya dalam kawasan pertumbuhan Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipna, sekali gus mewujudkan era keamanan, keselamatan, pembangunan dan kemajuan bagi seluruh rantau ini.

Hari ini, Bangsamoro bangkit bersama Mindanao, negara kita, wilayah ini dan seterusnya seluruh dunia", kata Aquino lagi.

Pengerusi MILF, Murad Ebrahim, menyatakan bahawa Perjanjian yang baru dimeterai ini merupakan kemuncak kejayaan perjuangan Bangsamoro. Beliau menambah bahawa kerajaan baru yang akan ditubuhkan nanti bukan kerajaan MILF, tetapi kerajaan Bangsamoro.

Undang-Undang Asas Bangsamoro

Kita difahamkan bahawa draf Undang-Undang Asas Bangsamoro ini akan diserahkan kepada Presiden Aquino pada bulan ini atau selewat-lewatnya Mei depan.

Pada waktu ini deraf ini sedang disemak dan dihalusi secara terperinci oleh Suruhanjaya Peralihan Bangsamoro. Suruhanjaya ini terdiri dari 15 anggota, iaitu 8 orang wakil MILF dan 7 orang wakil kerajaan pusat.

Mengikut Timbalan Pengerusi MILF, Ghazali Jaafar, draf ini kemudian dibentang dalam Kongres untuk mendapatkan kelulusan.

Setelah mendapat kelulusan Kongres (Dewan Perwakilan dan Senat) dan kemudian disahkan oleh Presiden, undang-undang baru ini dirujuk kepada seluruh rakyat Bangsamoro (pengundi berdaftar) menerusi satu plebiscite.

Sebaik sahaja ia diratifikasi oleh rakyat (disetujui oleh majoriti pengundi berdaftar), entiti terdahulu, ARMM) akan dimansuhkan, dan PihakBerkuasa Peralihan Bangsamoro (Bangsamoro Transition Authority, BTA) ditubuhkan.

Pilihan raya akan diadakan pada 2016, di wilayah Bangsamoro dan di seluruh Filipina. Dalam pilihan raya ini, pengundi berdaftar akan memilih pemimpin mereka yang akan membentuk Kerajaan Bangsamoro.

Pendek kata, perjanjian bersejarah yang baru ditandatangani ini merupakan asas kukuh untuk membentuk satu Kerajaan Bangsamoro bagi wilayah yang bergolak untuk sekian lama. Kita sama-sama doakan Mindanao yang akan wujud di masa depan akan terus aman, maju dan sejahtera - tidak lagi satu wilayah yang daif dan serba kekurangan, yang pernah saya lihat sewaktu menziarahinya dulu dalam pertengahan tahun 80-an.

Perbandingan kos SAR MH370 tidak adil

Posted: 09 Apr 2014 11:53 AM PDT

Oleh AZMI HASSAN

SUDAH mula kedengaran desas-desus mengenai jumlah kos yang telah dibelanjakan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 kerana selepas satu bulan lamanya masih belum ada bukti fizikal yang mampu menjerumus bahawa penerbangan tersebut sememangnya berakhir di Lautan Hindi.

Tetapi apa yang kurang enak didengar adalah terdapat cubaan untuk membandingkan kos SAR MH370 dengan satu lagi peristiwa yang selari iaitu penerbangan Air France AF447 yang terhempas di Lautan Atlantik pada tahun 2009.

Terdapat pihak yang membuat analisis sinis dengan berhujah SAR AF447 yang berlarutan sehingga 2 tahun lamanya hanya menelan belanja sebanyak AS$50 juta sedangkan SAR MH370 yang telah masuk hari ke 35 besar kemungkinan melepasi angka AS$50 juta tersebut. Tetapi apa yang paling nyata adalah kos pencarian MH370 dijangka tertinggi dalam sejarah penerbangan awam.

Tidak adil untuk membandingkan kos dengan menggunakan dua analogi jangkamasa dua peristiwa iaitu 2 tahun dan 1 bulan kerana kedua-dua misi SAR AF447 dan MH370 adalah jauh berbeza senarionya di antara satu sama lain.

Walaupun SAR AF447 mengambil masa 2 tahun bermula dari 1 Jun 2009 dan berakhir secara rasmi pada 3 Jun 2011 tetapi operasinya berjalan secara berperingkat dan tidak berterusan.

Secara khususnya misi SAR tersebut yang berjalan dalam lima peringkat berasingan sebenarnya mengambil masa 10 minggu lamanya. Ini adalah kerana dalam jangka masa 2 tahun operasi tidak dapat dijalankan secara berterusan kerana masalah logistik dan juga terpaksa mengubah kaedah pencarian beberapa kali.

Tetapi berbeza dengan misi SAR MH370 bermula pada hari pertama di kawasan pencarian Laut China Selatan, kemudian beralih ke Laut Andaman dan Selat Melaka dan seterusnya kemuncaknya di Lautan Hindi, operasi pencarian tersebut berlaku secara berterusan dan hanya sekali sekali tergendala kerana masalah cuaca buruk.

Operasi pencarian AF447 hanya melibatkan aset ketenteraan seperti pesawat dan kapal dari empat negara iaitu Perancis, Sepanyol, Brazil dan Amerika Syarikat (AS). Berbeza dengan misi SAR MH370 ia bukan sahaja melibatkan jumlah negara yang lebih besar iaitu sebanyak 26 kesemuanya, tetapi juga jumlah aset ketenteraan yang digunakan jauh melebihi apa yang digunakan dalam mencari AF447.

Jika digabungkan kawasan pencarian MH370 di Laut China Selatan, Laut Andaman, Selat Melaka dan Lautan Hindi ia merangkumi lebih dari 3 juta km persegi keluasannya. Berbeza pula dengan AF447 kawasan pencarian di Lautan Atlantik tidak melebihi 400,000 km persegi.

Dengan perbezaan keluasan kawasan pencarian menghampiri 8 kali ganda maka sudah pasti aset dan kelengkapan yang digunakan dalam mencari MH370 akan mengatasi SAR AF447. Kos operasi sama ada yang terbit secara langsung seperti penggunaan bahan bakar atau tidak langsung (seperti gaji anggota tentera) aset ketenteraan bukan sesuatu yang murah harganya.

Australia yang mengetuai operasi SAR di Lautan Hindi dikatakan memperuntukkan AS$750,000 sehari dalam menampung kos pencarian itu. Begitu juga dengan China dan AS yang banyak menggunakan pesawat peninjau dan kapal perang milik negara masing-masing adalah antara negara yang menyediakan peruntukan yang agak besar. Penggunaan imej satelit yang disediakan oleh AS, Perancis, China dan Thailand turut menyumbang kepada jumlah kos pencarian yang agak tinggi.

Tetapi apa yang paling menarik adalah kos yang terpaksa ditanggung oleh setiap negara tidak pernah diungkit pemimpin negara berkaitan.

Perdana Menteri Australia, Tony Abbot menegaskan, Australia akan tetap meneruskan operasi pencarian dan peruntukan kewangan secukupnya akan disediakan oleh kerajaan beliau supaya misi tidak terbantut. Begitu jua dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak seiring dengan pendirian Abbot bahawa kos SAR setakat ini bukan menjadi isu kritikal.

Begitu juga dengan AS yang pada awalnya telah memperuntukkan AS$4 juta khusus untuk kos SAR MH370, telah menambah peruntukan sebanyak AS$3.6 juta untuk digunakan sebagai menampung kos pencarian di dasar laut.

Tidak adil bagi sesetengah pihak menimbulkan isu kos dan lebih tidak adil jika dibandingkan dengan SAR AF447. Ini adalah kerana kos dan perbelanjaan yang terbit dari SAR MH370 atau pun AF447 adalah sebahagian dari kos harian untuk memastikan setiap angkatan tentera tidak kira dari AS, China atau Australia dan juga dari negara kecil lain seperti Malaysia, Indonesia atau Singapura sentiasa siap siaga dalam misi operasi SAR kerana itu adalah sebahagian dari tanggung jawab mereka.

Sebab itu juga latihan ketenteraan untuk menguji kecekapan dan persefahaman mengendali operasi SAR sentiasa diadakan dalam kalangan angkatan tentera dari negara berbeza.

Umpamanya latihan ketenteraan yang dinamakan Kerjasama Kesiagaan dan Latihan (CARAT), iaitu latihan SAR di laut di antara tentera laut AS dengan beberapa negara seperti Bangladesh, Brunei, Kemboja, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan juga Malaysia adalah khusus diadakan untuk menghadapi situasi SAR MH370. Kali terakhir CARAT di antara AS dan Malaysia diadakan pada Jun 2013 selama satu minggu lamanya.

Perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh setiap negara untuk menjayakan CARAT adalah tinggi terutama sekali untuk negara yang mempunyai peruntukan perbelanjaan pertahanan yang agak terhad. Tetapi jarang sekali dipersoalkan tentang kos kerana apa yang dilakukan adalah untuk persediaan masa depan supaya setiap operasi SAR berjalan lancar.

PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Yana jawab gosip

Posted: 08 Apr 2014 11:22 PM PDT

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF

SELEPAS bebas daripada MIG, Yana kini mahu kembangkan lagi bakatnya dalam bidang lain termasuklah nyanyian.

SEPANJANG 10 tahun menjadi pelakon dan penyanyi, Yana Samsudin telah melalui pelbagai pengalaman dalam bidang yang penuh mencabar itu termasuklah pernah digosipkan bercinta dengan beberapa pelakon popular.

Pelakon berusia 29 tahun ini antaranya pernah digosipkan mempunyai hubungan intim dengan Pierre Andre dan Farid Kamil disebabkan dia berkawan rapat dan pernah berlakon dalam beberapa buah filem dengan mereka.

Terbaharu, Yana sekali lagi digosipkan bercinta tetapi kali ini dengan adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari yang mana berita itu mula tersebar luas terutama di Internet sejak beberapa minggu lalu sehingga merimaskan fikirannya.

Menurut pelakon filem Adnan Sempit ini, cerita itu timbul pada suatu sidang akhbar yang dihadirinya baru-baru ini yang mana gosip itu telah diperbesar-besarkan oleh seorang penulis blog tanpa pengetahuannya.

Saya tidak berkata saya sedang bercinta dengan Fadzil ataupun mengulas lanjut perkara itu. Cuma ada seorang penulis yang telah menokok tambah dan memperbesar-besarkan cerita tentang gosip saya dan Fadzil itu.

Sedangkan ketika itu ada ramai lagi wartawan dari surat khabar harian dan tabloid yang pada masa sama menemu bual saya. Mereka (media lain) mendengar apa yang saya katakan dan saya tidak kata macam yang penulis blog itu tulis.

Saya kesal kerana pengakuan saya itu ditokok tambah. Sedangkan wartawan-wartawan akhbar lain tidak menulis pun tentang gosip itu," katanya kepada Hits sewaktu ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, dia berasa kesal kerana hubungan rapatnya dengan Fadzil telah diperbesar-besarkan oleh segelintir penulis yang dilabelkannya kurang beretika dan tidak bertanggungjawab.

Katanya, ekoran daripada berita yang disiarkan itu ramai anggota keluarga, kawan-kawan dan wartawan-wartawan lain yang telah menghubunginya bagi bertanyakan tentang gosip yang sedang hangat diperkatakan itu.

Sampaikan Fadzil sendiri telah menghubungi saya apabila timbulnya gosip itu. Bapa saya juga telah menghubungi saya selepas mendapat tahu tentang berita itu. Mereka mahukan kepastian tentang cerita itu ataupun gosip sahaja.

Malah, ada seorang wartawan dari surat khabar tabloid harian yang menghubungi saya selepas itu. Katanya, dia telah dimarahi oleh penyuntingnya gara-gara tidak mendapat berita eksklusif tentang hubungan saya dengan Fadzil seperti yang diperoleh penulis blog berkenaan.

Saya kesal dengan penulis yang menulis sesuka hati. Mungkin mereka belum ada akta atau undang-undang macam Akta Mesin Cetak dan Elektronik yang boleh menjadikan mereka beretika sedikit," ujarnya.

Bagaimanapun Yana tidak menafikan telah lama berkenalan dengan Fazdil iaitu sewaktu dia masih belajar dan mula menjadi pengarah filem Remp-It terbitan MIG yang mana ketika itu Fadzil merupakan pembantu peribadi Farid Kamil yang menjadi pengarah filem tersebut.

Bebas selepas

10 tahun

Tanpa disedari pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Layar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini sudah sedekad menjadi pelakon dan kini sedang mengorak langkah untuk mengembangkan bakat nyanyiannya pula.

Namun, tarikh 26 Februari lalu paling meninggalkan nostalgia buat Yana kerana tarikh itu adalah genap sedekad dia menjadi pelakon filem dan drama yang kebanyakannya diterbitkan oleh syarikat produksi MIG.

Malah, tarikh itu juga amat penting bagi Yana kerana itu adalah penanda aras untuknya berdikari selepas dia tidak mahu menyambung lagi kontraknya bersama syarikat milik penerbit terkenal David Teo tersebut.

Cukuplah setakat itu sahaja saya bersama MIG. Sekarang adalah masanya untuk saya berdikari. Sejak habis kontrak itu saya uruskan diri sendiri. Saya juga telah menubuhkan syarikat sendiri iaitu Yana Super Friend Talent pada Mac lepas.

Saya gunakan nama itu daripada nama kelab peminat saya di Facebook, Twitter dan Instagram yang berjumlah hampir 30,000 orang. Selepas bebas tanpa kontrak saya perlu lebih bekerja keras dalam bidang lakonan dan nyanyian.

Cara ini membolehkan saya bebas buat kerja-kerja lain termasuklah menceburi bidang nyanyian secara lebih serius lagi," katanya yang pernah merakamkan album solo bertajuk Yana Ceria beberapa tahun lalu.

Terbaharu Yana telah selesai merakamkan sebuah lagu duet dengan Tomok berjudul Cinta Tak Pergi yang mana lagu dalam konsep irama pop itu telah pun mula disiarkan di banyak saluran radio tempatan sejak akhir-akhir ini.

Malah, dia juga baru sahaja menjalani penggambaran untuk klip video lagu Cinta Tak Pergi untuk disiarkan di televisyen itu bersama Tomok selama beberapa hari di pulau peranginan Bali, Indonesia baru-baru ini.

Saya juga semakin sibuk dengan bidang lakonan termasuklah sedang menjalani penggambaran drama Kalau Hati Ini Rama-Rama. Penggambaran drama ini akan disambung di Sarajevo, Bosnia Herzegovia pada pertengahan bulan ini.

Penggambaran di sana mungkin mengambil masa hampir dua minggu. Saya rasa teruja kerana ini kali pertama saya akan ke Sarajevo yang mana ramai orang kata pemandangan di sana sangat cantik sekali," jelasnya lagi.

Katy Perry jumpa pakar mental

Posted: 08 Apr 2014 11:22 PM PDT

JOHN Mayer sudah tidak peduli tentang diri Katy Perry ketika ini.

WALAUPUN hubungan dengan penyanyi John Mayer telah berakhir hampir dua bulan lalu, Katy Perry dilaporkan masih lagi berduka kerana tidak dapat menerima keadaan tersebut.

Menurut petikan daripada sebuah portal hiburan antarabangsa, Perry dikatakan terlalu bersedih hinggakan kelihatan tidak terurus dan dinasihatkan oleh seorang rakannya agar mendapatkan khidmat terapi mental.

Kami telah memasuki fasa yang paling serius dalam perhubungan tersebut. Telah banyak perbincangan dilakukan untuk mendirikan mahligai yang kami impikan. Tiba-tiba, hubungan kami terputus dan dia pergi begitu sahaja.

Ia amat memeritkan. Otak dan minda saya terlalu sakit untuk memikirkan apa yang telah dan sedang berlaku. Seolah-olah semua ini tidak berlaku, tetapi hakikatnya semua telah hancur musnah," kata Perry kepada portal tersebut.

Lebih menyedihkan, menurut Perry, bekas kekasihnya itu langsung tidak terkesan dengan insiden tersebut, malah sedikit pun tidak mengambil peduli tentang dirinya lagi.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Firework itu cuba untuk melupakan Mayer apabila sesekali dilihat berpacaran dengan beberapa lelaki, namun semuanya tidak menjadi.

Saya mencuba tetapi tidak boleh. Jadi, saya terpaksa berjumpa dengan pakar terapi mental agar dapat menangani masalah ini. Saya tidak mahu ia berterusan dan merosakkan karier saya," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Gangguan makhluk halus

Posted: 08 Apr 2014 11:22 PM PDT

Kisah Anis (bukan nama sebenar), 29, menanggung gangguan makhluk halus membuka minda kita betapa gangguan bersifat mistik tetap memberi kesan yang buruk kepada penanggungnya.

Betapa ketika gadis seusia sedang sibuk mengejar cita-cita dan mencari jodoh, Anis pula bergelut dengan ketidakselesaan yang berlaku dalam dirinya.

Bukan baharu, malah telah hampir enam tahun dirinya mengalami gangguan makhluk halus. Kehidupan Anis menjadi langsung tidak ceria apabila terlalu kerap memikirkan kematian.

Untuk pengetahuan, setiap hari saya rasa sungguh teruk, dari pagi hingga malam, sampai ke tidur saya tidak pernah berasa selesa dengan keadaan diri saya.

Jika di siang hari saya mudah berasa penat, sakit kepala, pening, sesak nafas, dan apabila hendak tidur rasa seakan dicekik dan apabila tidur pula saya akan bermimpi yang bukan-bukan hingga menyebabkan saya makin takut. Tidur malam tidak pernah lena, siang pula sentiasa penat," luah Anis yang berasal dari Ipoh, Perak.

Tambah Anis, dia bukan tidak pernah ke hospital malah sudah melakukan pemeriksaan di empat buah hospital (dua hospital kerajaan dan dua hospital pakar swasta) yang mana pemeriksaan dilakukan dari tahap pernafasan, ujian imbasan jantung, ujian kiraan penuh darah, ujian stres dan MRI untuk menguji apa penyakit yang dialami anak sulung daripada enam beradik ini.

Semua doktor mengatakan saya sihat secara fizikal, malah ada yang menyarankan saya berjumpa pakar psikiatri. Pakar tekak, hidung dan telinga pula menyarankan saya mengambil cuti dan melakukan terapi yoga.

Saya bersetuju untuk berjumpa psikiatri dan melakukan sesi terapi selama 10 kali, saya merasakan kelegaan dan mengambil ubat terapi, namun selepas satu ketika perasaan itu datang kembali," imbas Anis.

Tidak keruan

Apa yang dialami Anis menyebabkan dirinya tidak keruan malah ketakutan dan keletihan mengganggu bukan saja emosi malah fungsi fizikalnya sama sekali.

Contohnya rasa berdebar, lemah anggota badan, sakit bahu, badan, perut dan sebagainya. Apa yang menyebabkan saya mengatakan bahawa saya lebih kronik ialah, kerana penyakit ketakutan itu telah menjalar hampir ke seluruh tingkah laku saya. Saya sedar akan perubahan tersebut tapi kadangkala ketakutan dan kerisauan tersebut lebih menguasai.

Cuba bayangkan, saya akan menjadi tidak selesa dan amat takut apabila melalui kawasan perkuburan, kedai membuat batu nisan, terlihat van jenazah, majlis tahlil dan apabila orang menyebut tentang kematian," katanya.

Tahap yang paling kronik dia rasakan apabila mula takutkan lalat, serta bunyi cengkerik di luar rumah kerana sering mengaitkan kedua-dua perkara ini dengan kematian.

Di malam hari pula, dia risau hendak tidur kerana asyik termimpikan perkara yang bukan-bukan dan apabila bangun, dia akan memerah otak memikirkan maksud ataupun alamat yang dibawa oleh mimpi-mimpi tersebut.

Semua ini berlangsung selama berhari-hari dan membuatkan saya rasa semakin tidak bersemangat," kata Anis yang ditemui di sebuah pusat rawatan Islam di ibu negara.

Dia datang ke tempat rawatan tersebut sambil ditemani rakannya.

Setiap tempat rawatan yang dia pergi akan mengatakan bahawa dirinya diganggu oleh makhluk halus.

Sukar untuk dia menerima alasan tersebut kerana dirinya memang sukar meyakini sesuatu yang bukan nampak di depan mata selain tidak akan mudah terpengaruh.

Namun, setiap apa yang saya baca tentang kematian, tanda kematian atau apa saja berkaitannya, di dalam akhbar atau pun buku, perkara tersebut akan menghantui saya, dan merasakan seolah-olah perkara yang dikatakan di dalam bahan bacaan itu sedang berlaku kepada saya. Tidak semena-mena tanda-tanda itu seakan berlaku pada saya dan menambah ketakutan saya," ujarnya yang telah putus tunang semenjak penyakit misteri berlaku pada dirinya.

Berhenti kerja

Sejak terkena penyakit misteri iaitu ketika usianya 23 tahun, Anis sudah hampir empat kali juga berhenti kerja atau bertukar ke pekerjaan baru. Syukurlah dengan kelulusan yang dimilikinya memudahkan dia memohon sebarang pekerjaan di ibu kota.

Tapi semangat kerja saya juga tidak konsisten, adakalanya saya boleh bekerja dengan baik, adakalanya saya rasa lemah selemah-lemahnya. Daripada menyusahkan kawan-kawan dan majikan saya segera mengambil keputusan berhenti kerja.

Memang semua kerja yang saya pohon mudah diterima tapi dek kerana sering berhenti, akhirnya saya fikir lebih baik saya jangan bekerja lagi. Biarlah badan betul-betul sihat barulah saya boleh fikirkan tentang masa depan saya," katanya yang mengakui ada ketika rakan-rakan sepejabat memahami dan ada juga mempersendakan keadaannya.

Hikmah

Anis mengakui semenjak terkena gangguan makhluk halus dia berubah menjadi lebih baik. Manakan tidak, dari tidak bertudung kepada menutup aurat, begitu menjaga solat dan membaca al-Quran juga lebih kerap.

Saya kini berjinak-jinak dengan solat berjemaah, solat hajat, dan sebagainya. Tetapi bisikan itu masih ada, cuma kadangkala bila saya terlalu sibuk, saya akan lupa untuk terlalu memikirkan perkara tersebut.

Saya tahu, mati itu pasti, walaupun tiada persediaan, ia tetap akan berlaku. Cuma saya terlalu tertanya-tanya, bila?

Bila berubat, ada kalanya saya semakin baik dan adakalanya saya menjadi semakin teruk. Apa yang saya harapkan kini ialah agar saya diberikan kekuatan menempuhi ujian dan dugaan ini, kerana bukan mudah bagi semua orang yang tidak mengalami apa yang saya alami ini memahami keadaan saya. Doakan saya sihat ya kak," pintanya.

Jauh di sudut hati, saya memikirkan hikmah yang Allah beri untuk tiap musibah memang besar hingga tidak terjangkau dek pemikiran kita hamba-Nya yang lemah. Sebelum pulang saya sempat bersolat jemaah di pusat rawatan itu dan mendoakan semoga Anis dapat dibebaskan daripada belenggu gangguan dan menikmati kehidupan ini sebagaimana kebanyakan gadis seusianya, Insya-Allah.

NOTA: Kepada mereka mahu berkongsi kisah untuk ruangan Pengakuan ini boleh emelkan kepada pengakuan.mega@yahoo.com

Lindungi kanak-kanak

Posted: 08 Apr 2014 11:22 PM PDT

IBU bapa adalah orang pertama dan utama yang diharap untuk melindungi anak-anak mereka. Kasih sayang ibu bapa tiada sempadannya dan secara fitrahnya, ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja untuk melindungi anak-anak mereka. Ibu bapa juga tidak akan mencederakan anaknya atau menganiaya anak-anak mereka.

Ibu bapa adalah aukawalun atau pelindung kepada anak-anak. Sebagai pelindung mereka mempunyai tanggungjawab melindungi anak-anak bukan saja daripada sesuatu yang merbahaya tetapi memastikan anak-anak selamat daripada gangguan emosi.

Akta Kanak-kanak 2001 sangat mesra kanak-kanak. Akta ini dalam mukadimahnya mengiktiraf:

(i) Bahawa seseorang kanak-kanak bukan sahaja merupakan suatu bahagian penting masyarakat tetapi juga merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran masyarakat itu.

(ii) Bahawa seseorang kanak-kanak, oleh sebab ketidakmatangannya daripada segi fizikal, mental dan emosinya, memerlukan perlindungan, pemeliharaan dan bantuan khas, selepas kelahiran, untuk membolehkannya turut serta dalam dan menyumbang secara positif ke arah membentuk suatu masyarakat Malaysia madani yang unggul.

(iii) Bahawa tiap-tiap kanak-kanak berhak untuk mendapatkan perlindungan dan bantuan dalam segala hal keadaan tanpa mengira apa-apa jenis perbezaan, seperti ras, warna kulit, jantina, bahasa, agama, asal usul atau kecacatan fizikal, mental atau emosi atau apa-apa status lain;

(iv) Bahawa keluarga merupakan kumpulan asas dalam masyarakat yang menyediakan suasana semula jadi bagi pembesaran, penyaraan dan kebajikan semua anggotanya, khususnya kanak-kanak, supaya mereka boleh membesar dalam suasana aman, bahagia, kasih sayang dan persefahaman untuk memperoleh keyakinan penuh, maruah dan nilai diri seseorang manusia;

(v) Peranan dan tanggungjawab keluarga dalam masyarakat, supaya mereka diberi bantuan yang perlu untuk membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka sepenuhnya sebagai sumber pemeliharaan, penyaraan, pemulihan dan perkembangan kanak-kanak dalam masyarakat

Jika dilihat kepada preamble (mukadimah) akta ini, ia jelas satu akta yang menyeluruh atau holistik yang melihat kanak-kanak sebagai insan yang perlu diberi perhatian khas dan dilindungi. Kita tahu kanak-kanak bukan saja perlu dilindungi daripada didera, dianiaya dan diabai, mereka juga perlu dilindungi daripada terdedah kepada stigma dan fitnah.

Berapa ramai orang yang tahu bahawa adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang dalam membuat laporan terhadap sesuatu kes melibatkan kana-kanak, menamakan kanak-kanak tersebut atau menunjukkan gambarnya atau menunjukkan ahli keluarganya yang menyebabkan orang akan tahu identiti kanak-kanak tersebut.

Ini dapat dilihat dalam seksyen 15 yang berbunyi:

(1) Walau apapun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa-apa laporan media massa mengenai:-

(a) Apa-apa langkah yang diambil terhadap seseorang kanak-kanak yang terlibat atau berupa sebagai terlibat dalam apa-apa perbuatan atau peninggalan jenayah, sama ada langkah-langkah itu pada peringkat sebelum perbicaraan, perbicaraan atau selepas perbicaraan;

(b) Mana-mana kanak-kanak yang berkenaan dengannya jagaan diambil di bawah Bahagian V;

(c) Mana-mana kanak-kanak yang berkenaan dengannya mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama telah atau disyaki telah dilakukan; atau

(d) Mana-mana prosiding di bawah Bahagian VI,tidak boleh mendedahkan nama, alamat atau institusi pendidikan, atau memasukkan apa-apa butir yang direncanakan untuk membolehkan dikenal pasti mana-mana kanak-kanak yang terlibat sedemikian sama ada sebagai orang yang terhadapnya atau yang berkenaan dengannya tindakan sedang diambil atau sebagai seorang saksi dalam tindakan itu.

(2) Gambar:-

(a) Mana-mana kanak-kanak yang terlibat dalam mana-mana perkara yang disebut dalam subseksyen (1); atau

(b) Mana-mana orang, tempat atau benda lain yang mungkin membolehkan dikenal pasti mana-mana kanak-kanak yang terlibat sedemikian, tidak boleh disiarkan dalam apa-apa akhbar atau majalah atau disampaikan melalui apa-apa perantara elektronik.

(3) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, dalam apa-apa kes:-

(a) Boleh, jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu berpuas hati bahawa adalah demi kepentingan keadilan untuk berbuat demikian; dan

(b) Hendaklah, dalam hal sesuatu permohonan oleh atau dengan kebenaran Pelindung, mengetepikan kehendak seksyen ini setakat yang difikirkan suai manfaat oleh Mahkamah.

(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(5) Bagi maksud seksyen ini, menyampaikan" termasuklah menyiarkan melalui radio atau televisyen.

Seksyen 15 jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak yang dianiaya, yang hendak dijadikan anak angkat atau penjagaannya direbutkan, menjadi saksi, yang melakukan jenayah atau ahli keluarganya didakwa melakukan jenayah tidak boleh dikenali secara terbuka.

Radio, televisyen, surat khabar atau media massa atas talian atau kertas semua dilarang mengambil gambar kanak-kanak tersebut. Mereka perlu dilindungi kerana mereka adalah mangsa. Mana-mana orang yang melanggar peruntukan seksyen 15 boleh dikenakan denda tidak melebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

Namun jika diamati, tiada satu kes pun yang pernah kita lihat akhbar, televisyen atau radio didakwa menyiarkan nama atau gambar kanak-kanak yang terlibat seperti di atas. Dari semasa ke semasa, akhbar dan televisyen tersiar" gambar kanak-kanak atau keluarganya yang mana identiti kanak-kanak tersebut boleh dikenali.

Dalam kes penderaan kanak-kanak yang dilakukan oleh ibu bapa atau penjaganya, maka sebenarnya identiti ibu atau bapa atau penjaga tidak boleh disiarkan kerana ia boleh membawa kepada identiti kanak-kanak tersebut.

Bayangkan dalam kes sumbang mahram di mana seorang bapa merogol anak perempuannya sendiri, di mana bapa itu didakwa dan namanya disiarkan. Tentulah jiran tetangga atau sahabat handai yang mengenali keluarga itu mengetahui mangsa dan masa depan mangsa sangat kelam jika umum mengetahui zaman silamnya.

Kanak-kanak yang dirogol atau dicabul bukan sahaja mengalami trauma tetapi mengalami stigma, walaupun ia hanya seorang mangsa yang tidak pernah meminta untuk dirogol oleh ayahnya. Sama juga dengan seorang anak yang didera oleh ibu bapanya.

Apabila ia diselamatkan dan ibu bapa akan didakwa, sudah tentu ia mengalami gangguan emosi kerana dia adalah penyebab ibu bapanya dipenjarakan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Kampung Desa Aman tidak aman

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

KEGIATAN mengangkut pasir di kawasan berhampiran landasan kereta api menimbulkan kebimbangan penduduk di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh semalam. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ

KUALA LUMPUR 8 April - Situasi di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh dekat sini boleh dikatakan sudah tidak aman.

Ini ekoran dakwaan penduduk bahawa beberapa kawasan yang dipercayai tanah rezab Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) di perkampungan itu menjadi lokasi kegiatan perniagaan oleh pihak tertentu sejak kebelakangan ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di perkampungan itu di sini hari ini mendapati, ada kegiatan mengangkut pasir dijalankan hanya beberapa meter dari landasan kereta api sekkali gus mengundang bahaya kepada para penumpang KTM Komuter yang melalui kawasan itu.

"Penduduk yang menggunakan jalan di kawasan berkenaan turut berdepan risiko kerana jentera-jentera berat digunakan untuk mengisi pasir ke dalam lori.

"Bayangkan, jika seketul batu tercampak ke atas landasan kereta api ekoran kerja-kerja memunggah pasir, pastinya akan mengakibatkan kerosakan kereta api atau paling buruk kemalangan," kata seorang penduduk yang enggan dikenali ketika ditemui di sini.

Katanya, terdapat juga premis lain yang menjalankan perniagaan menjual pasu bunga, semaian bunga dan bahan binaan di bawah pencawang elektrik dan situasi itu boleh mendatangkan bahaya jika tidak dipantau oleh pihak berkuasa.

"Saya kecewa kerana tanah yang terletak berdekatan landasan kereta api dan pencawang elektrik dijadikan lokasi untuk membuka perniagaan.

"Penduduk rasa kurang selesa dengan kehadiran lori dan kenderaan berat serta pelbagai risiko yang mungkin berlaku pada masa depan," katanya.

Menurutnya, puluhan kenderaan yang keluar masuk ke kawasan itu juga menyukarkan penduduk ketika melalui sebuah terowong sempit yang merupakan laluan utama ke kawasan tersebut.

Katanya, dia kecewa kerana tiada pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk pihak yang bertanggungjawab terhadap pencawang elektrik dan landasan kereta api di kawasan itu.

"Kenapa pihak TNB dan KTMB tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap individu yang menjalankan perniagaan sesuka hati di tanah rezab mereka," katanya.

Sementara itu, pihak TNB ketika dihubungi berkata, mereka akan menjalankan siasatan terhadap aduan penduduk terbabit.

Jalan tidak rata, berlubang

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup.com

masalah jalan yang berlubang dan tidak rata dan terdapat sisa konkrit sudah berlaruan sejak sekian lama di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 8 April - Bukan setahun dua, tetapi sudah bertahun-tahun pengguna jalan raya di sekitar Jalan Chan Sow Lin, di sini terpaksa berhadapan dengan jalan rosak dan berlubang.

Masalah itu seakan-akan tiada penghujungnya dan pengguna semakin bosan kerana biarpun jalan sudah diturap, ia kembali rosak malah kadangkala lebih teruk lagi.

Mereka mendakwa, kerja-kerja turapan yang dilakukan tidak sempurna, seolah-olah seperti melepaskan batuk di tangga.

Turut menjadi punca masalah itu adalah kenderaan berat yang menjadikan kawasan itu sebagai laluan utama dan sering memuntahkan sisa konkrit di atas jalan raya.

Tinjauan Utusan Malaysia di sepanjang Jalan Chan Sow Lin baru-baru ini mendapati, masalah jalan rosak bagaikan sudah sebati bagi kebanyakan pengguna terutama pekerja di kilang dan pejabat berhampiran.

Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan jalan tersebut mempunyai kesan yang baru diturap, tetapi tidak sempurna.

Difahamkan, kerja-kerja menggorek dan menimbus jalan oleh syarikat utiliti sering dilakukan di kawasan berkenaan.

Disebabkan kelemahan pemantauan dan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam memastikan kerja-kerja penurapan, keadaan jalan bertambah teruk.

Keadaan diburukkan lagi dengan tumpahan sisa konkrit yang berselerak di permukaan jalan.

Situasi yang berlarutan walaupun pernah disiarkan oleh media, menyebakan kebimbangan kerana ia bukan sahaja boleh merosakkan kenderaan tetapi juga menyebabkan kemalangan.

Jika musim hujan, banjir akan berlaku di kawasan terbabit. Begitu juga dengan musim kemarau yang akan menyebabkan kawasan itu dipenuhi habuk dan debu sehingga mengganggu penglihatan penguna jalan raya.

Selain itu, tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah di persimpangan Jalan Tiga, Chan Sow Lin di sini turut menjejaskan imej kawasan itu.

Utusan Malaysia difahamkan, longgokan sampah itu dibuang oleh peniaga di kawasan berhampiran. Perbuatan itu dilakukan pada waktu malam selepas operasi perniagaan mereka tamat.

Difahamkan, kedegilan peniaga membuang sampah di situ disebabkan kurangnya pemantauan oleh DBKL.

Biasanya selepas kerja-kerja pengutipan dan pembersihan dilakukan Alam Flora Sdn. Bhd., (Alam Flora), longgokan sampah akan kembali membukit sekali gus menyebabkan bau busuk.

Sewajarnya, tindakan penguatkuasaan dilakukan oleh DBKL bagi mendisplinkan mereka agar tidak mengulangi perbuatan membuang sampah sesuka hati.

Pengguna mahu DBKL pantau, bertindak segera

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

KUALA LUMPUR 8 April - Rata-rata pengguna jalan raya terutama mereka yang bekerja di sekitar Jalan Chan Sow Lin, di sini mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan pemantauan berterusan seterusnya mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menjadi penyebab kerosakan jalan di kawasan itu.

Seorang pekerja,M. Alosamy, 63, berkata, tindakan itu bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.

Menurutnya, kerosakan jalan di sini benar-benar mengancam keselamatan, ditambah pula dengan pemilik kenderaan yang suka meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan sehingga menyesakkan lagi jalan di situ.

"Apabila tiba musim hujan, jalan di sini sering dilanda banjir kilat dan ini mengundang bahaya kepada mereka," katanya.

Tambahnya, dia tidak menafikan pihak DBKL sering memperbaiki jalan di kawasan itu, namun sampai bila tindakan perlu diambil.

"Ia bukan sahaja membazirkan wang DBKL, malah memberi gambaran pihak berkuasa itu tidak tegas dalam menangani masalah ini," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga kedai runcit, K.R. Vadiveloo, 73, tidak menolak kejadian banjir kilat dikawasan itu disebabkan longkang tersumbat akibat tumpahan sisa konkrit dan pasir.

Katanya, terlalu sukar untuk melihat jalan di sini sempurna mememandangkan kawasan itu dipenuhi kilang.

"Bagaimanapun sebagai warga kota, kita berhak untuk mendapat jalan raya yang baik dan sempurna.

"Keadaaan ini bukanlah suatu perkara baharu kepada mereka yang sering menggunakan laluan ini kerana tumpahan pasir yang banyak tanpa disedari pemandu lori," katanya.

Pandangannya turut dipersetujui, seorang pekerja di kawasan berkenaan, Iskandar Mohd. Taib, 32.

Katanya, pelbagai insiden melibatkan penunggang motosikal sering dilihatnya ekoran keadaan jalan di situ.

"Kes seperti kereta yang tayarnya pecah juga pernah berlaku dan jalan rosak ini terjadi sejak lebih kurang 10 tahun lalu. Mungkin aduan kurang diterima DBKL menyebabkan kawasan kilang dan pejabat ini menghadapi masalah tersebut," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved