Rabu, 9 April 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kerajaan Pas Kelantan mesyuarat pertama jawatankuasa hudud

Posted: 09 Apr 2014 01:28 AM PDT

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

KOTA BHARU 9 April - Kerajaan Pas Kelantan hari ini mengadakan mesyuarat pertama Jawantakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kota Darulnaim di sini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Yang turut hadir, Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh; Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan pengarah-pengarah jabatan negeri ini.

Mohd. Amar berkata, mesyuarat selama dua jam itu mengambil maklum balas dan beberapa cadangan dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa.

Selain itu, katanya, ia turut membincangkan mengenai beberapa halangan halangan daripada segi undang-undang, pentadbiran dan birokrasi dalam melaksanakan undang-undang Islam itu.

"Hari ini kita tidak bincang secara keseluruhan, cuma melihat beberapa halangan mengenai pelaksanaan hukum itu disamping memberi pandangan-pandangan kaedah mengatasinya.

"Apabila semua ini selesai kita akan mula mengatur kaedah seterusnya," katanya. - UTUSAN ONLINE

TPM lancar pavilion pendidikan Malaysia di Dubai

Posted: 09 Apr 2014 12:34 AM PDT

Daripada MARHAINI KAMARUDDIN

MUHYIDDIN Yassin disambut oleh Sheikh Nahyan Mubarak Al Nahyan dan Humaid Mohammed Al Qatawi untuk melancarkan pavilion Education Malaysia di Pameran Getex 2014 di Dubai, hari ini. - UTUSAN/MARHAINI KAMARUDDIN

DUBAI 9 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan pavilion Education Malaysia di Pameran Pendidikan dan Latihan Teluk (Getex) 2014 di sini.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan diiringi Menteri Pembangunan Kebudayaan, Belia dan Sosial Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Nahyan Mubarak Al Nahyan dan Menteri Pendidikannya, Humaid Mohammed Al Qatawi.

Pavilion Malaysia disertai 25 universiti awam dan swasta dari dalam negara.

Getex 2014 dirasmikan oleh Sheikh Nahyan. Getex dianjurkan sejak 1983 dan merupakan forum pendidikan, latihan korporat dan pembangunan kerjaya terbesar di rantau Asia Barat.

Malaysia menyertainya sejak 2004. Sehingga kini lebih 25,000 pelajar dari rantau ini melanjutkan pengajian di Malaysia.

Terdahulu, Muhyiddin mengadakan pertemuan dua hala dengan Sheikh Nahyan and Humaid. - UTUSAN ONLINE

Rang undang-undang persendirian dibentang Disember ini

Posted: 09 Apr 2014 12:05 AM PDT

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

KOTA BHARU 9 April - Kerajaan Pas Kelantan melalui ahli Parlimen parti itu akan membawa usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan.

Pengerusi Jawantakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya kini sudah menyiapkan draf untuk tujuan tersebut dan cuma memerlukan sedikit penambahbaikan serta pandangan daripada pakar perundangan.

"Draf rang undang-undang ini sudah ada cuma kita masih memerlukan pandangan dan akan diperkemaskan lagi sebelum dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat.

"Kalau tidak ada halangan, usul tersebut sudah boleh dibentangkan pada Jun ini atau selewat-lewatnya Disember depan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawantakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved