Isnin, 30 September 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Jangan tuduh sebarangan'

Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT

Oleh ZAAIN ZIN dan MUHAMMAD DAYNE AZMIN
sukan@utusan.com.my

Aseh Che Mat, Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM

KUCHING - Berang dikaitkan dengan kegiatan menjual perlawanan, Pengurus Pasukan Sarawak, Datuk Mohamad Abu Bakar Marzuki menganggap dakwaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai melulu dan mahukan penjelasan segera.

Semalam dalam Mesyuarat Jawatankuasa Integriti FAM, Pengerusinya, Tan Sri Aseh Che Mat mendedahkan, selain Perak, Sarawak juga disyaki terlibat dalam mengatur keputusan perlawanan yang menyaksikan skuad Bujang Senang menang besar 6-1 di Stadium Negeri, 21 September lalu.

Terkejut dengan dakwaan tersebut, Abu Bakar berkata, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) tidak tahu menahu langsung mengenai perkara itu dan akan menghubungi FAM untuk mendapatkan penjelasan.

Malah tegasnya lagi, FAM sepatutnya bertindak lebih profesional dengan merujuk kepada FAS terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan sebegitu kepada pihak media.

"Saya tidak tahu mengenai perkara ini, namun (dakwaan) memang tidak berasas.

"Saya mahu dengar penjelasan FAM terlebih dahulu esok (hari ini) sebelum memberi komen selanjutnya mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Biarpun mengesahkan maklumat itu, namun Aseh berkata, mereka tidak akan terburu-buru untuk terus menghukum Sarawak kerana perlu mengikut prosedur memandangkan masih belum ada sebarang bukti fizikal yang nyata sehingga setakat ini.

Jelasnya, Jawatankuasa Integriti FAM turut akan meminta kerjasama daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis dalam merungkai isu itu bagi mendapat gambaran sepenuhnya.

''Sebenarnya, kita ada menerima maklumat mengenai perkara itu (unsur-unsur rasuah dalam pasukan Sarawak) namun siasatan lanjut akan dijalankan terlebih dahulu sebelum kita bercakap lebih lanjut.

''Mengenai isu ini, pihak FAM sama sekali tidak akan bertolak ansur dan sekiranya betul serta kami mendapat maklumat yang kukuh, kami akan terus ke sana (Sarawak) untuk melakukan siasatan mendalam.

''Atas faktor itu, objektif terhadap siasatan ini perlu dibuat terlebih dahulu di samping saya menaruh kepercayaan kepada SPRM selain pihak polis yang mengikuti kes ini mampu berbuat sesuatu sekiranya sebarang tindakan boleh diambil, " kata Aseh.

Sarawak yang mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia selaku juara kumpulan menang ketiga-tiga perlawanan di tempat sendiri dengan dua lagi kemenangan dicapai ketika menang 5-0 ke atas Kedah dan 2-1 semasa berdepan Perak.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) telah bertindak menggantung ketua jurulatih Perak, Mohd. Azraai Khor Abdullah dan pegawai yang lain selama dua minggu selain 12 pemain turut dipanggil untuk disoal-siasat.

Dalam masa sama, Aseh tidak mahu mengulas lanjut status terkini mengenai pasukan Perak ekoran tidak mahu mengganggu siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak SPRM dan polis.

"Apa yang saya boleh cakap, kita telah menghantar pegawai kita ke Perak dan mendapat banyak maklumat mengenai PAFA dan selain daripada itu, saya tak dapat mengulas lebih lanjut.

"Saya takut kalau saya, siasatan ini akan terganggu dan kalau ada pihak-pihak yang terlibat, mereka seharusnya dibawa ke muka pengadilan, " katanya.

Mengenai isu berlainan, Aseh mengumumkan satu taklimat dan sesi bertukar pandangan dengan Jawatankuasa Integriti di peringkat negeri akan diadakan pada 17 Oktober depan sambil mengesahkan semua persatuan negeri masing-masing telah menubuhkan Jabatan Integriti seperti yang disarankan.

"Mereka telah mula menggerakkan jawatan integriti di peringkat negeri dan kita lihat ada pihak sudah mula bertindak seperti PAFA, jadi bagi tujuan penyelarasan, jawatankuasa induk akan mengadakan satu taklimat di peringkat negeri pada 17 Oktober serta mahu mendengar apa masalah yang dialami oleh mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Integriti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Aseh Che Mat hari ini mendedahkan, selain Perak, Sarawak juga disyaki terlibat dalam mengatur keputusan perlawanan yang menyaksikan skuad Bujang Senang menang besar 6-1 di Stadium Negeri, 21 September lalu.

Aseh bagaimanapun berkata, FAM tidak boleh terburu-buru menghukum Sarawak kerana perlu mengikut prosedur lebih-lebih lagi masih belum ada sebarang bukti fizikal yang nyata sehingga setakat ini.

Rasuah bola sepak tak parah - Tengku Abdullah

Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

Tengku Abdullah

CAMERON HIGHLAND - Walaupun skuad Perak dihambat kontroversi bersabit tuduhan rasuah dan sabotaj ketika ini, namun ia tidak menggambarkan situasi bola sepak negara negara secara keseluruhan, kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, semalam.

Malah, Tengku Abdullah menegaskan, situasi bola sepak negara tidak seteruk seperti yang diperkatakan dan beliau menggesa semua pihak agar berhenti daripada membuat sebarang tuduhan melulu.

Sebaliknya tegasnya, biarkan perkara itu diuruskan oleh pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis yang sedang menjalankan siasatan.

''Jangan buat tuduhan melulu, tetapi apa yang telah dibuat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) itu harus kita tunggu.

''Kalau ada bukti yang kukuh kita akan buat tindakan lebih drastik.

"Jadi kita harap lebih ramai tampil dan bagi bukti dan bukannya membuat tuduhan sewenang-wenangnya kerana ini tidak menggambarkan bola kita.

"Bola kita sekarang boleh diibaratkan dalam keadaan alhamdulilah ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Lencongan Sungai Bertam Projek Hidroelektrik Ulu Jelai, semalam.

Tengku Abdullah mengulas keadaan rasuah yang berlaku dalam kancah bola sepak negara berikutan tindakan PAFA menggantung kesemua pegawai dan petugas termasuk ketua jurulatihnya, Azraai Khor Abdullah selama dua minggu selepas mengesyaki berlaku rasuah dan sabotaj dalam skuad itu.

Persatuan itu turut membuat laporan kepada pihak polis danSPRM berhubung isu tersebut.

Keputusan drastik menggantung tugas semua pegawai pasukan dan membuat laporan polis dan SPRM itu ekoran kekalahan memalukan Perak 6-1 kepada Sarawak dalam saingan Piala Malaysia, 21 September lalu.

Sementara itu, ketika ditanya, adakah keadaan rasuah yang melanda bola sepak negara ketika ini seteruk yang berlaku pada tahun 1987, Tengku Abdullah berharap ia tidak berlaku seperti keadaan tersebut.

Timbalan Presiden FAM itu berkata, analisis mengenai perkara itu juga masih tidak boleh dilakukan selagi tiada bukti kukuh dikemukan pihak berkuasa mengenai dakwaan yang dibuat terhadap mereka yang terlibat.

''Jangan terlalu cepat melenting dan cepat menuduh, kita tunggu tindakan susulan daripada pihak berkuasa khususnya SPRM dan polis," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis cari majikan suspek kes bunuh pengasas Ambank

Posted: 30 Sep 2013 08:31 PM PDT

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai majikan kepada suspek utama kes pembunuhan pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki berusia 53 tahun itu gagal dikesan selepas dipercayai melarikan diri ke Australia.

Katanya, lelaki itu diperlukan polis untuk membantu siasatan selepas suspek utama ditahan di Taiping, Perak baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

Tiga maut keracunan makanan

Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT

Oleh SAFINA RAMLI, OPAT RATTANACHOT, SHAHNI FARHANA MAT SAHIR dan ABD. RAZAK OSMAN
utusankedah@utusan.com.my

Dua daripada mangsa keracunan makanan menerima rawatan di Hospital Yan, Kedah, semalam.

JERAI 30 Sept. - Tiga maut, tiga kritikal manakala 59 yang lain dimasukkan ke hospital ekoran keracunan makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Merbok, Kedah pada Sabtu lalu.

Nurshazana Mohd. Rashid, 24, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong pada pukul 1 petang hari ini manakala Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut maut ketika mendapat rawatan di Hospital Yan.

Mangsa ketiga, Ibrahim Mohammad, 62, dari Kampung Huma meninggal dunia pada pukul 6.30 petang di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Kesemua mangsa dirawat di Hospital Yan dan Hospital Sultan Abdul Halim.

Mereka dipercayai memakan ayam masak merah yang dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung pada majlis perkahwinan berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Ismail Abu Taat berkata, ketiga-tiga mereka meninggal dunia disebabkan mengalami kekurangan air yang teruk kerana keracunan makanan.

"Mangsa lewat mendapat rawatan kerana mereka tidak ke hospital dengan segera selepas mengalami cirit-birit dan keracunan makanan.

"Saya ingin nasihatkan mereka yang telah menghadiri kenduri tersebut segera mendapatkan rawatan jika mengalami tanda-tanda keracunan makanan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu menurut ibu Mohd. Nor Rahmat, Che Norma Khalid, 45, anak tunggal lelaki daripada lima beradik itu menghadiri majlis kenduri kahwin tersebut bersama suaminya, Yusof Ariffin, 50, yang turut mengalami sakit perut, namun tidak serius.

"Selepas balik dari rumah kenduri, anak saya belum rasa sakit, dia mula rasa pada waktu malam dan hari ini lebih teruk.

"Kami bawa dia ke Hospital Yan pagi tadi selepas mendapati dia tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 petang," katanya ketika ditemui.

Che Norma berkata, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Singkir itu dikatakan makan nasi bersama ayam masak merah.

Sementara itu sepupu Nurshazana, Hairul Azhar Harun, 33, berkata, mangsa mula berasa sakit perut setelah pulang daripada kenduri tersebut dan sakitnya bertambah teruk pada hari Ahad sehingga dia enggan keluar dari bilik.

"Kami ingat hari ini nak bawa dia (Nurshazana) ke klinik tetapi pagi tadi dia pengsan dalam keadaan tertiarap dalam bilik dan kira-kira pukul 12.45 tengah hari disahkan meninggal dunia.

"Ibu dan adik-adiknya ada juga rasa sakit tetapi tidaklah seteruk dia," katanya.

Dalam pada itu, tuan rumah majlis perkahwinan tersebut, Yusuf Ahmad, 55, tidak menyangka acara perkahwinan anak keduanya bertukar menjadi tragedi apabila tiga orang jemputan meninggal dunia dipercayai akibat keracunan makanan.

Beliau berkata, pihaknya hanya menghidangkan ayam masak merah, gulai ikan talang, kerabu pucuk paku dan sambal ikan bilis bersama kacang yang dimasak secara bergotong-royong bersama penduduk kampung.

"Yang masak sebahagian daripada makanan itu kakak saya, Solehan Harun dibantu saudara-mara yang lain, saya tidak sangka kes seumpama ini boleh berlaku," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, kira-kira 2,000 orang diundang menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya, Haslina Yusuf, 22, dan pasangan, Mohd. Fauzan Zakaria, 26.

"Saya amat terkejut bila mengetahui ada kalangan mereka yang makan kenduri itu alami cirit-birit dan muntah, termasuk dalam kalangan anggota keluarga sendiri," katanya.

Yusuf berkata, isterinya, Fauziah Nawawi, 40, dan dua anak mereka turut menerima rawatan di Hospital Yan akibat peristiwa itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Graduan perlu ada nilai tambah

Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

Adnan Yaakob menyampaikan Diploma Syariah Undang-undang kepada Nurul Atika Rosli dari Sekolah Pengajian Islam pada Majlis Konvokesyen Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah di Kuantan, semalam.

KUANTAN 30 Sept. - Mahasiswa digesa melengkapkan diri dengan nilai tambah bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan selepas menghabiskan pengajian di universiti.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, nilai tambah pengetahuan amat berguna kepada para graduan sebagai kelebihan setelah tamat pengajian.

"Contohnya bakal siswazah boleh melengkapkan diri mereka dengan belajar lebih dua bahasa seperti bahasa Mandarin dan Arab.

"Nilai tambah ini mampu meletakkan mereka satu tingkat lebih tinggi berbanding graduan lain dalam kebolehpasaran pekerjaan," katanya ketika berucap dalam Majlis Konvokesyen Ke-12 Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Ishak Muhamad.

Majlis konvokesyen yang diadakan selama sehari itu melibatkan sebanyak 255 graduan yang menamatkan pengajian di peringkat diploma.

Menurut Adnan, masalah utama graduan pada masa kini adalah kurang berkeyakinan ketika temuduga dan sukar menyatakan pendapat mereka dengan jelas.

"Ini adalah disebabkan kemahiran komunikasi mereka tidak baik. Jadi, sebelum habis pengajian mereka mempelajari cara komunikasi yang baik," katanya.

Katanya, beliau berharap setiap graduan perlu mempunyai cita-cita meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

"Diploma yang dimiliki tidak boleh dianggap sebagai noktah dalam penerokaan ilmu pengetahuan.

"Kemahiran berkomunikasi dan personaliti yang menarik adalah penting untuk bersaing dalam sektor pekerjaan yang mencabar," katanya.

Tinggalkan segera ajaran Syiah - Tengku Abdullah

Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diberi penerangan oleh Pengurus Kawasan TM Salini Consortium, Leopoldo Carlesimo ketika melawat tapak Projek Hidroelektrik Ulu Jelai di Cameron Highlands, semalam.

CAMERON HIGHLANDS 30 Sept. - Rakyat di negeri ini yang mengamalkan ajaran Syiah digesa supaya segera meninggalkan amalan tersebut dan kembali ke pangkalan jalan.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, mereka yang terlibat perlu sedar kesan ajaran itu yang bertentangan dengan agama Islam yang sebenarnya.

Baginda yang merupakan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) bertitah, kerajaan negeri perlu sentiasa memantau pergerakan rakyat yang dipercayai mengamalkan ajaran tersebut bagi mengelakkan umat Islam berpecah-belah.

"Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan mengambil tindakan terhadap mereka kerana dipercayai terbabit dalam menyebarkan ajaran Syiah berdasarkan enakmen yang diwartakan oleh kerajaan negeri.

"Saya tidak berani buat spekulasi terhadap individu terlibat. Ini bukan kes pertama berlaku dan mungkin banyak lagi dikesan dan berharap mereka harus sedar kesan ajaran tersebut," titah baginda.

Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Empangan Hidroelektrik Ulu Jelai di Kampung Susu di sini hari ini.

Tengku Abdullah mengulas tangkapan seorang imam berusia 64 tahun dipercayai mengamalkan ajaran Syiah di kuarters kakitangan Ladang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Pekoti Timur di Muadzam Shah, Rompin, Jumaat lalu.

Dalam operasi itu, JAIP turut merampas beberapa buku disyaki berkaitan Syiah termasuk tasbih daripada tanah Karbala, sebungkus tanah Karbala, tiga biji batu turba dan sehelai kain kafan yang digunakan penganut ajaran itu.

Lelaki itu yang berasal dari Kelantan itu ialah peneroka di Felda Selancar 1, dipercayai mengamalkan ajaran tersebut sejak enam tahun lalu dan menjadi imam di masjid ladang di situ lebih 20 tahun.

Wanita perlu bijak pilih pemimpin

Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT

Zaharah Sulaiman

KUANTAN 30 Sept. - Ahli Wanita UMNO perlu bijak memilih pemimpin yang mampu membawa perubahan dalam menghadapi cabaran lebih besar terutama dalam pilihan raya umum akan datang.

Calon Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Siti Zaharah Sulaiman berkata, pemilihan parti yang akan bermula bulan depan membariskan calon berkaliber serta berpengalaman yang mampu membawa sayap UMNO itu mencipta kejayaan lebih besar.

Sehubungan itu, katanya, ahli Wanita perlu memilih pemimpin terbaik demi masa depan sayap parti tersebut dalam membawa perubahan serta kekal relevan bagi membantu parti mengharungi cabaran mendatang.

Ahli wanita perlu mempunyai pendirian dalam memilih calon yang layak menerajui kepimpinan Wanita sekali gus merealisasikan matlamat parti memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Bagi mengharungi cabaran akan datang perlu mempunyai barisan kepimpinan yang mantap supaya momentum tersebut dapat dikekalkan pada masa depan," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


39 tebusan pasar raya Westgate masih hilang

Posted: 30 Sep 2013 10:59 AM PDT

JOHANNESBURG 30 Sept. - Palang Merah Kenya semalam mengesahkan bahawa seramai 39 orang masih hilang ekoran krisis tebusan di pasar raya Westgate di Nairobi pada minggu lalu.

Menerusi satu laporan, Palang Merah berkata, hasil siasatan mendapati seramai 39 orang dilaporkan masih hilang sejak krisis itu bermula.

Krisis tebusan yang berlarutan selama empat hari itu disahkan berakhir pada Selasa lalu. - DPA

Lagi rusuhan tercetus di Myanmar

Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT

Dua lelaki memerhatikan api besar yang memusnahkan kediaman-kediaman dalam satu daripada siri rusuhan agama di Myanmar. - AGENSI

YANGON 30 Sept. - Penduduk Islam Myanmar yang ketakutan terpaksa bersembunyi di rumah masing-masing hari ini selepas polis menyuraikan kumpulan perusuh Buddha yang membakar kediaman serta mengepung masjid di bandar Thandwe, barat laut negara ini, malam tadi.

Menurut sumber keselamatan, keganasan agama terbaharu itu meletakkan situasi semasa bandar yang terletak 260 kilometer dari Yangon di wilayah Rakhine itu, menjadi tidak menentu selepas polis berjaya mengawal rusuhan yang mula tercetus, semalam.

Pengerusi Parti Islam Kaman, Kyaw Zan Hla berkata, kira-kira 200 orang pengikut Buddha menyertai rusuhan itu dengan ada di antara mereka yang memakai topeng dan membawa obor.

Jelasnya, beliau turut terlibat dalam pertengkaran selepas membantah tindakan seorang lelaki Buddha meletakkan motosikal di hadapan rumahnya kelmarin dan khabar angin mula merebak selepas itu dengan menyatakan beliau menghina agama Buddha.

"Kami sekarang ketakutan dan bersembunyi di dalam rumah kami, sama seperti yang berlaku sebelum ini,'' kata ahli politik Islam itu ketika dihubungi Reuters.

Zan Hla berkata, rusuhan semalam dipercayai berpunca daripada pertelingkahan kecil yang kemudian sengaja diperbesar-besarkan.

Sementara itu, polis berkata, tiada kematian atau kecederaan berlaku akibat rusuhan tersebut di bandar yang menempatkan lapangan terbang yang digunakan pelancong untuk melawat pantai popular Ngapali.

Pertempuran antara penganut Islam dan Buddha mengakibatkan sekurang-kurangnya 237 penduduk terbunuh, manakala lebih 150,000 penduduk kehilangan tempat tinggal sejak Jun tahun lalu. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


379 tuduhan terima RM940.4j

Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT

Oleh MARZITA ABDULLAH dan SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Lima individu dan sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 277 pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram daripada syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva (M) Sdn. Bhd. (GMSB), berjumlah melebihi RM937 juta.

Pengarah syarikat Ng Adventure Sdn. Bhd. (NASB), Ng Wan Yee, 34, dan adiknya yang juga Pengarah Eksekutif syarikat itu, Ng Yee Yaw, 32, serta NASB masing-masing menghadapi 82 pertuduhan.

Suri rumah, Chiew Soo Ling, 49, menghadapi 26 pertuduhan; Alex Yew Soo Hun, 37, (tiga pertuduhan); dan Tony Yao Kee Bon, 52, (dua pertuduhan).

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Shah Alam dekat sini, Wan Yee, Yee Yaw, Soo Ling, Alex dan Pengarah GMSB, Datuk Philip Lim Jit Meng, 56, serta GMSB menghadapi 102 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM3.4 juta, dua tahun lalu.

Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan masing-masing.

Soo Ling merupakan isteri kepada Philip manakala Yee Yaw dan kakaknya, Wan Yee merupakan anak kepada penasihat GMSB, Datuk Ng Poh Weng

Pada Jumaat lalu, Philip dan Poh Weng, bersama-sama empat tertuduh lain, GMSB dan syarikat Success Attitude Sdn. Bhd., didakwa atas 913 pertuduhan pengubahan wang haram dan 10 pertuduhan menerima deposit tanpa lesen melibatkan urus niaga bernilai hampir RM5.5 bilion serta tiga tuduhan membuat pernyataan palsu dalam iklan.

Di Mahkamah Sesyen di sini, Wan Yee, Yee Yaw, NASB, Soo Ling, Alex Yew Soo Hun dan Tony didakwa menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM937,604,400 daripada GMSB di antara awal 2011 dan Disember 2012.

Wang tersebut kemudian didakwa dipindahkan ke beberapa akaun syarikat lain dan juga akaun peribadi mereka.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang membawa hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mardizatun Nisa Ahamadul Kaber manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, A.S. Dhaliwal.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan Wan Yee dan Yee Yaw masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000 berserta dua penjamin manakala Soo Ling diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin.

Soo Hun dan Kee Boon pula dikenakan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 27 November ini.

Di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Philip, Soo Ling, Yee Yaw bagi pihak dirinya dan NASB, Wan Yee dan Alex didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang sebanyak RM3.4 juta yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di beberapa tempat antaranya HSBC Bank Malaysia, Jalan Sultan, Petaling Jaya dan CIMB Bank Bhd., Jalan PJU 1/3..Sunwaymas Commercial Centre, Petaling Jaya, dan CIMB Bank Bhd., Jalan USJ 9 UEP Subang Jaya, dekat sini antara Januari 2011 dan Oktober 2012.

Philip , Soo Ling dan NASB masing-masing menghadapi 22 pertuduhan melibatkan RM1.1 juta, Wan Yee dan Yee Yaw masing-masing menghadapi 19 pertuduhan melibatkan RM1.1 juta dan Alex menghadapi satu pertuduhan melibatkan RM100,000.

Timbalan Pendakwa Raya, Mardziatun Nisa Ahamad Kabir mengemukakan pertuduhan mengikut subseksyen 4(1)(a) AMLATFA turut memohon agar kes semua tertuduh berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di ibu negara.

Hakim Datuk Noradida Ahmad membenarkan Philip diikat jamin RM80,000; Yee Yaw (RM60,000); Soo Ling (RM30,000); Wan Yee (RM80,000) dan Alex (RM20,000) dengan seorang atau dua penjamin dan pasport masing-masing diserah kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.

Beliau turut membenarkan kesemua kes tertuduh itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini dan wang jaminan dibayar sebelum pukul 3 petang esok berikutan kes berkenaan bermula lewat petang.

Ahli perniagaan, suri rumah didakwa terbabit gubah wang haram

Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT

IPOH 30 Sept. - Seorang ahli perniagaan dan seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas 31 pertuduhan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram melibatkan wang berjumlah RM763,800 dan empat kilogram jongkong emas yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva (M) Sdn. Bhd. (GMSB).

Lim Kah Heng, 42, yang merupakan pemilik tunggal kepada dua syarikat iaitu Buycom Network dan Visiotec Marketing mengaku tidak bersalah atas 28 pertuduhan melibatkan wang berjumlah RM367,000 antara April 2011 dan Ogos 2012.

Pada Jumaat lalu, Kah Heng yang juga Pengurus Besar GMSB didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 16 pertuduhan pengubahan wang haram dan dua pertuduhan menerima deposit tanpa lesen.

Suri rumah, Lee Mei Jen, 34, dari persiaran Pakatan Jaya 4, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan wang haram melibatkan wang tunai berjumlah RM196,800, satu deposit bank bernilai RM200,000 dan empat kilogram jongkong emas.

Tertuduh yang merupakan ibu kepada tiga anak itu didakwa menerima wang berjumlah RM97,490.10 dan RM99,318 yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya daripada akaun bank kepunyaan GMSB antara 19 Mei dan 6 Julai 2011.

Wanita tersebut turut didakwa memiliki wang haram dalam akaun peti simpanan keselamatan berjumlah RM200,000 dan empat kilogram jongkong emas di Public Bank Berhad, Persiaran Bercham Selatan 2, Taman Desa Kencana pada 31 Disember 2012.

Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslinie Hashim mengemukakan kesemua pertuduhan itu mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun.

Hakim Madihah Hairullah membenarkan Kah Heng diikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin manakala Mei Jen diikat jamin RM20,000 berserta seorang penjamin dan dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.

Mahkamah turut membenarkan wang jaminan itu dibayar esok pada pukul 2 petang. Kedua-dua tertuduh diwakili peguam J. Kuldeep Kumar.

Madihah menetapkan sebutan kes pada 25 Oktober ini selain membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar kedua-dua kes berkenaan dipindahkan untuk dibicarakan bersama kes terhadap Kah Heng di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Gaya Butterfly

Posted: 30 Sep 2013 12:46 AM PDT

Oleh MASZUREEN HADZMAN

SYARIKAT komunikasi HTC Sdn. Bhd. Malaysia baru saja mengumumkan kemunculan model terkini mereka iaitu HTC Butterfly S peranti bergaya dan dikuasakan ciri-ciri terbaru untuk pasaran Malaysia.

Pada awalnya kemunculannya diumumkan akan berada di pasaran Malaysia bermula pertengahan Ogos lalu.

Telefon yang menarik dengan skrin bersaiz 5 inci ini dikuasakan oleh pemproses empat teras berkelajuan 1.9GHz. RAM 2GB dan ciri-ciri menarik HTC BlinkFeed™, HTC Zoe™ dan HTC BoomSound™ yang telah diperkenalkan buat pertama kali pada HTC One.

Telefon ini juga dilengkapkan dengan HTC Sense 5 dan sistem operasi Android Jelly Bean, dengan bateri dengan kapasiti 3,200mAh, sekali gus menjanjikan keupayaan dan ketahanan yang lebih lama.

Pengurus HTC Asia Selatan, Jack Yang berkata, pihaknya telah mengambil inisiatif untuk menambah baik prestasi telefon pintar HTC Butterfly ini dengan menggabungkan piawaian baru yang ditetapkan oleh HTC sendiri.

Jelasnya lagi, telefon pintar HTC Butterfly S ini telah mengalih persepsi orang ramai dengan HD penuh yang pertama di dunia dengan skrin 5 inci yang membawa kepada pengalaman menonton yang lengkap.

Selain itu, HTC Butterfly S dikuasakan oleh kapasiti bateri yang tinggi. pengguna kini boleh mengambil gambar, menonton video dan mendengar muzik tanpa perlu bimbang tentang kehabisan bateri.

Pengguna boleh dapatkan HTC S ini dalam beberapa pilihan warna iaitu fervour merah, putih dan glamour metallic grey di semua pengedar HTC yang diberi kuasa.

Harga rasmi bagi HTC Butterfly S adalah RM2,399 dan hanya boleh didapati di pengedar-pengedar rasmi HTC yang sah. Maklumat lanjut mengenai telefon ini sila ke laman sesawang www.htc.com

Legria mini baharu

Posted: 30 Sep 2013 12:46 AM PDT

Susunan ASHRIQ FAHMY AHMAD

MERUPAKAN kategori baharu dalam barisan Legria mini bakal memaparkan pengalaman baharu dalam merakam video terutamanya buat penggemar blog.

Bersaiz kecil namun amat bergaya, Legria Mini mewarisi kecanggihan teknologi optikal Canon yang terbaik serta sokongan Wi-fi untuk memudahkan perkongsian serta penghantaran fail serta data.

Kamera video itu juga merupakan satu-satunya yang memiliki lensa sudut luas binaan dalam dan juga tripod khas untuk kegunaan rakaman bebas tangan.

Menurut Presiden Canon Marketing (Malaysia), Melvyn Ho, Legria Mini direka khas untuk memenuhi kehendak pengguna dalam merakamkan memori terindah dan berkongsi bersama rakan dan saudara mara di Internet.

''Memecahkan tradisi perakam video lama, Legria mini lebih kecil, ringan serta memiliki lensa sudut luas yang tidak diperolehi mana-mana kamera video sebelum ini.

"Seperti juga kamera video lain, Legria mini dilengkapi paparan skrin sesentuh berputar pelbagai arah serta kelebihan sambungan WiFi," katanya.

Lensa sudut luas binaan dalamnya memudahkan rakaman dilakukan dalam ruang yang terhad merangkumi 170 darjah bagi imej pegun dan 160 darjah bagi rakaman video.

Selain kualiti imej, rakaman suaranya juga turut diperbaharui menerusi mikrofon-stereo binaan dalam dan boleh diaturkan mengikut gaya rakaman yang dikehendaki.

Pelarasan bunyi boleh dilakukan dalam mod Audio Scene Select yang mana mengandungi Standard, Music, Speech, Forest, dan Birds serta tambahan Noise Suppression.

Noise Suppression boleh digunakan untuk mengurangkan bunyi bingit dan bising sekeliling seperti suara orang ramai, bunyi kenderaan sedang bergerak dan juga keriuhan taman permainan.

Lebih ringan dan kompak, Legria mini dilihat mampu memenuhi gaya hidup masa kini yang serba pantas serta aktif bergerak ke sana ke mari.

Tripod binaan dalamnya juga amat membantu bagi memudahkan rakaman bebas tangan dilakukan.

Menerusi kamera Legria Mini baharu itu juga, pengguna boleh merakamkan video dalam pelbagai sudut antaranya sudut rendah, sudut tinggi malah rakaman terbalik dengan lebih mudah dan ringkas.

Sedia untuk berkongsi, kelebihan sambungan WiFi memudahkan pengguna menghantar video (rakaman format MP4) dengan lebih pantas ke laman sosial menerusi peranti mobil.

Sebagai tambahan, Legria mini juga boleh dikawal menggunakan peranti lain menerusi aplikasi CameraAccess App.

Selain itu, Canon turut mempertaruhkan kesan kreatif (creative effects) seperti rakaman 'Slow Motion' (1/4 dan 1/2) dan 'Fast Motion' (2x dan 4x), rakaman selang, petikan video dan pelbagai lagi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Canon LEGRIA Mini, layari laman web Canon di www.canon.com.my.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Pemain baharu, permainan sama: Bergelut dengan paradoks

Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT

Terima kasih Khazanah Nasional, kerana menjemput saya sekali lagi, untuk berucap pada tahun ini dalam forum terkemuka ini. Khazanah Nasional sememangnya telah melaksanakan tugas yang menakjubkan sejak lapan tahun Megatrend mula diadakan pada tahun 2000. Tahniah, saya ucapkan.

Secara peribadi, saya percaya dengan pengecualian hanya satu kategori tunggal paradoks, semua yang lain di dunia ini boleh diberi penjelasan. Alam paradoks boleh dikelaskan kepada dua kategori:

(a) Paradoks yang kita tidak mampu jelaskan kerana kita belum mempunyai ilmu pengetahuan atau teknologi untuk memahaminya. Dengan itu, ia hanya mengambil masa untuk kita merasionalkannya, atau;

(b) Paradoks yang selama-lamanya akan kekal misteri untuk Tuhan Yang Esa pilih ia kekal begitu. Dalam kes ini, kita perlu mempunyai keyakinan terhadap kepercayaan diri ia memang begitu.

Apa pun, berdasarkan apa yang saya katakan tadi, saya akan cuba sebaik-baik mungkin untuk merasionalkan sebuah paradoks yang dikemukakan untuk forum ini - sama ada negara membangun semestinya mengikut sejarah corak pembangunan dan model ekonomi negara-negara maju? Jawapan mudahnya... ya dan tidak.

Ya kerana terdapat satu turutan model pembangunan - daripada ekonomi berasaskan komoditi dan pertanian berkembang kepada industri dan seterusnya kepada ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan.

Meskipun begitu, kita kini mempunyai beberapa ahli ekonomi berdebat bahawa India melonjak daripada pertanian terus kepada ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan. Tambahan pula, Amerika Syarikat (AS) kini mahu membawa kembali sebahagian daripada aktiviti berasaskan industri miliknya ke dalam negara mereka.

Jelas sekali kelajuan perubahan yang meningkat dan terus meningkat ini mencipta banyak cabaran kepada mana-mana pembuat dasar sesebuah negara. Saya hanya boleh katakan bahawa situasi dinamik global semasa sejak 10 tahun lalu, termasuk dalam kalangan ekonomi terbesar dunia, perlu lincah dan fleksibel untuk bergerak ke hadapan.

Peranan kerajaan AS terhad kepada peruntukan kerangka peraturan untuk mengehadkan persaingan tidak adil, perlindungan pengguna, alam sekitar dan perkara lain yang ditetapkan sebagai tinggi kepentingan awam, dengan input daripada kuasa pelobi yang sangat kuat. Sudah tentu kita semua tahu bagaimana perkara itu telah memberi kesan kepada ekonomi AS sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Malaysia berdiri di antara dua model yang disebut tadi. Kita kini dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh dan kita mempunyai bajet tahunan untuk melaksanakan pelan induk tersebut secara berperingkat.

Bagaimanapun, seperti yang anda semua tahu, kesan berterusan daripada krisis ekonomi global pada 2008-2009 telah menyebabkan kita bertindak balas dalam pelbagai cara yang tidak dijangkakan semasa kita merangka Rancangan Malaysia Kesepuluh pada 2011.

Kita juga mempunyai Pelan Transformasi Ekonomi yang bergerak selari, sebuah rancangan yang secara asasnya beberapa siri sasaran untuk membawa kita ke tahun 2020 apabila kita dijangka menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.

Terdapat ahli ekonomi yang mencadangkan kita patut melihat kepada Korea Selatan sebagai sebuah model. Saya hanya boleh bersetuju kepada satu tahap yang terhad.

Gabungan pengalaman kesusahan yang melampau, trauma emosi yang besar dan keperluan membina sebuah negara daripada abu-abu Perang Korea telah membentuk sebuah masyarakat yang sangat berdisiplin, jika boleh saya tambah sebuah masyarakat sama bangsa, yang tidak jauh bezanya dengan masyarakat Jepun.

Terdapat semangat yang kental, keghairahan, keazaman kuat, semua sehingga ke peringkat individu di bawah, yang mendorong Korea Selatan ke kedudukannya kini. Korea Selatan kini memegang kelebihan sebagai sebahagian daripada sebilangan kecil negara yang berjaya transit daripada ekonomi pertengahan kepada ekonomi tinggi.

Kita perlu beringat bahawa satu kajian tentang sebuah ekonomi yang berjaya tidak boleh dihadkan kepada kes polisi awam, model pentadbiran awam, polisi kewangan dan fiskal serta pelbagai institusi dan amalan sesebuah negara.

Satu kajian tentang kejayaan sesebuah negara tidak boleh dipisahkan daripada pemahaman mendalam tentang corak perilaku masyarakat ekonomi tersebut, jiwa kebangsaan, sejarah dan juga warisan budaya mereka. Kenapa saya katakan ini, kerana ia adalah rakyat, warganegara itu sendiri yang akan melaksanakan polisi-polisi dan menjalankan pelan induk tersebut.

Kita boleh mempunyai satu demi satu pelan induk kebangsaan yang sangat bijak tetapi jika kita tidak mempunyai rakyat yang mempercayainya, melaksanakannya, mempunyai kemampuan menggerakkan seluruh negara ke depan tepat dalam arah tuju yang ditetapkan itu, maka pelan induk yang terbaik sekalipun ditakdirkan boleh gagal.

Mari kita lihat kepada kemungkinan model-model lain. Saya fikir model-model paling hampir yang kita boleh turuti adalah di negara-negara Nordic iaitu Denmark, Finland, Norway dan Sweden. Di setiap ranking antarabangsa, keempat-empat negara memegang kedudukan sepuluh terbaik untuk kesihatan, demokrasi, pendidikan, pendapatan per kapita, kualiti hidup, kualiti alam sekitar - saya boleh terus nyatakan banyak lagi.

Dengan pengecualian minyak di Norway, negara-negara Nordic mempunyai sumber asli yang terhad. Walaupun mempunyai jumlah penduduk yang kecil, mereka telah lahirkan pemenang-pemenang Hadiah Nobel, syarikat bertaraf dunia dan industri eksport berasaskan pertanian yang kukuh. Mereka mempunyai kadar jenayah yang rendah dan perpaduan masyarakat yang kuat. Rakyat mereka menikmati kualiti hidup antara yang tertinggi di dunia.

Tentu sekali, melihat kepada semua statistik ini, negara-negara Nordic merupakan model-model contoh. Berapa hampirnya Malaysia kepada keempat-empat negara ini?

Pertama - Populasi kita hampir sama dari segi saiz, kita 29 juta, gabungan mereka 26 juta.

Kedua - Warga Nordic melalui krisis kewangan, krisis hutang pada 1990-an. Seperti kita juga, mereka melakukan pembaharuan yang meluas.

Ketiga - Di sebalik banyak kecenderungan politik mereka, ahli-ahli politik mereka mengguna pakai pendekatan yang pragmatik untuk menyelesaikan masalah. Pembuat dasar Malaysia juga melakukan perkara yang sama.

Keempat - Peratusan besar tenaga kerja mereka adalah dalam sektor awam - 30 peratus. Kita 10.2 peratus, tinggi jika mengikut standard rantau ini.

Kelima - Mereka mempunyai syarikat bertaraf dunia dengan jenama global - Ikea, Lego, Carlsberg, Alfa Laval dan banyak lagi. Kita mempunyai jenama serantau - antaranya CIMB, Felda Global Ventures dan AirAsia.

Keenam - Warga Nordic bersedia mencuba sesuatu yang baru. Mereka antara yang awal menerima teknologi telekomunikasi dan mereka merupakan pendahulu e-kerajaan di Eropah.

Dalam kes kita, Malaysia adalah pendahulu serantau dalam penggunaan teknologi untuk penyampaian perkhidmatan awam dan kita mempunyai antara kadar penembusan jalur lebar tertinggi di kawasan membangun Asia, 60 peratus.

Tetapi di sinilah persamaan itu berhenti. Jika Malaysia mahu berjaya dalam cita-citanya menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, kita akan menjadi negara pelbagai kaum pertama melakukannya - pertama di dalam sejarah dunia. Ia bakal menjadi pencapaian bersejarah.

Apabila negara maju beralih ke ekonomi berpendapatan tinggi, rakyat mereka bersatu dalam menggerakkan semua sumber diperlukan untuk mencapai sasaran unggul itu - didorong oleh naluri asas manusia - untuk memperbaiki diri, peningkatan untuk keluarga sendiri, dalam kekayaan dan kebahagiaan.

Kita bukan seperti Jepun, Korea mahupun China di mana penduduknya sangat berdisiplin, dibentuk daripada keperluan masyarakat yang sangat kuat untuk mengikut satu corak tingkah laku yang ketat dan nyata.

Kita juga tiada kemewahan masa seperti dimiliki Eropah barat, AS, Kanada, Australia dan New Zealand - mengambil 20 ke 30 tahun untuk beralih daripada status pertengahan kepada berpendapatan tinggi. Kita mempunyai enam tahun sahaja lagi - kurang 2,300 hari. Itu bukan masa yang banyak.

Sejak 2009, perbelanjaan kerajaan merangkumi satu peratusan besar KDNK kita, dengan purata 23.5 peratus setiap tahun. Ini jelas sekali tidak mapan; bukan sahaja secara fiskal tetapi lebih penting lagi, ia bukan satu polisi amalan yang baik.

Sektor swasta secara keseluruhan, daripada konglomerat besar sehingga kepada syarikat sederhana dan kecil, perlu menyumbang. Kita perlu bergerak ke atas dalam rantaian nilai itu, dapatkan produktiviti lebih tinggi dan menjana aktiviti ekonomi lebih tinggi. Semua warga Malaysia perlu bersatu untuk mencapai sasaran bersama yang bersejarah ini.

Kerajaan akan memainkan peranannya tetapi fungsi asas kerajaan adalah untuk mewujudkan persekitaran terbaik mungkin untuk sektor swasta membangun. Ia bukan fungsi kami untuk berniaga.

Kami menampan kesan ancaman dari luar. Kami mempunyai dasar kewangan menyokong untuk membantu pembangunan pelaburan. Kami mengawal inflasi agar tidak menghakis simpanan kita semua. Ia bukan kerja mudah tetapi Alhamdulillah, kami telah berjaya mengharunginya setakat ini.

Tetapi, seperti saya nyatakan tadi, semua perancangan sukar menjadi kenyataan jika kita tidak mempunyai pembelian dalaman, sokongan pihak pelaksana, sokongan rakyat yang menerima manfaat akhir.

Perlu ada semangat dan perlu ada rasa sayang. Perlu ada satu keperluan untuk kita semua turut serta dalam satu aspirasi lebih tinggi, mengatasi politik harian, mengatasi perdebatan harian - demi Malaysia.

Saya akan cakap secara jelas. Satu tinjauan mudah ke atas mana-mana negara maju akan menunjukkan kepada anda bahawa tanpa keamanan dan kestabilan jangka panjang, tidak akan ada pembangunan ekonomi yang mapan. Tanpa pembangunan ekonomi, tidak akan ada penambahbaikan menyeluruh dalam kehidupan masyarakat, dalam jangka hayat rakyatnya.

Kita perlu menjamin, kita perlu mengunci asas-asas negara yang menyokong keamanan dan kestabilan jangka panjang dalam negara ini. Dan saya boleh katakan kepada anda bahawa satu tunggak asas, tiang tunggal mendukung beban itu, adalah keselamatan ekonomi.

Tinjauan negara-negara maju juga akan memberitahu anda bahawa di kesemua negara itu, kumpulan etnik majoriti memegang majoriti kekayaan. Sehingga ini dicapai, sejarah mengajar kita bahawa keamanan dan kestabilan tidak boleh dijamin untuk tempoh lama jika terdapat ketidakadilan pembahagian kekayaan negara.

Pada 1970, kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baharu (DEB). Jika ada di antara anda sudah lupa, DEB diperkenalkan untuk menjamin kestabilan dan keamanan jangka panjang negara ini, untuk manfaat semua rakyat Malaysia. Ini asas paling penting.

Kita tidak boleh menikmati kestabilan dan keamanan jangka panjang sehingga kaum bumiputera mempunyai keselamatan ekonomi dan rasa terjamin itu hanya boleh datang apabila tiada lagi ketidakadilan pembahagian kekayaan di negara ini.

Kita kini mempunyai 'Program Permerkasaan Bumiputera' atau PPB. Sebab asas untuk kerajaan terus memperjuangkan objektif ini tetap tidak berubah - untuk membentuk lapangan persaingan lebih saksama kepada kumpulan 67 peratus itu.

Kaum bumiputera bukannya menuntut pembahagian 50:50 - cuma satu pertiga daripada kekayaan untuk dua pertiga populasi negara. Kaum bumiputera menerima definisi ini- satu pertiga untuk dua pertiga - sebagai pembahagian yang saksama.

Pendapatan Negara Kasar (PNK) kita tahun lalu sebanyak RM905 bilion. Menjelang 2020, dijangkakan akan mencapai RM1.7 trilion. Antara sekarang dan tahun itu, tambahan pendapatan RM830 bilion akan diwujudkan. Perkembangan kekayaan ini akan memberi manfaat kepada semua warga Malaysia.

Oleh itu, kita perlu mempercepatkan usaha untuk mencapai sasaran 30 peratus itu kerana asas, saiz kekayaan negara akan menjadi lebih besar.

Tugas kita tidak berhenti pada 1 Januari 2020. Kita akan terus membentuk semula ekonomi negara dan melalui proses itu, masyarakat kita akan dibentuk semula sewajarnya. Apa yang diterima sebagai norma hidup akan tamat. Apa yang dahulunya aneh dan tidak terfikir akan menjadi satu perkara biasa.

Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum. Kepelbagaian yang kita ada di negara ini telah membawa banyak rahmat - dengan setiap kumpulan etnik banyak menyumbang kepada pembangunan negara sehingga membawa kepada kedudukan kita kini - sebuah ekonomi pendahulu di ASEAN dan sangat dihormati dunia.

Kepelbagaian ini juga bermakna terdapat banyak sistem budaya di negara ini, setiap satu dengan nilai tersendiri, perbezaan kepercayaan, aspirasi dan harapan.

Satu kajian di Amerika Syarikat telah menunjukkan bahawa faktor tunggal paling penting dalam asimilasi pelbagai etnik adalah kesaksamaan pendapatan. Mereka yang berada dalam kumpulan ekonomi yang sama lebih mudah mengaitkan diri dan memahami antara satu sama lain. Ini termasuk mereka yang berada dalam kumpulan etnik yang sama.

Mereka yang berada dalam kumpulan sama kadar pendapatan akan berkongsi aspirasi, pengalaman dan harapan serupa termasuk masalah, isu-isu dan kebimbangan serupa.

Untuk mengurangkan jurang antara yang kaya dan miskin, tidak pernah menjadi polisi kerajaan menyekat orang kaya mencari kekayaan. Kami berusaha untuk menaikkan mereka yang di bawah. Dalam hal ini, kami telah berjaya. Pendekatan 'menaikkan yang di bawah' ini berterusan diperakui sejak beberapa dekad lalu oleh organisasi-organisasi pelbagai hala.

Walaupun kita bersatu pada satu tahap dalam rasa hormat bersama dan kesetiaan kepada negara dan simbol-simbolnya dengan Raja-Raja Melayu, bendera kebangsaan dan lagu Negaraku; untuk kita benar-benar bersatu dalam kehidupan seharian, jurang kesaksamaan pendapatan antara mereka yang ada dan tiada perlu dikecilkan. Ia akan menjadi penyatu yang boleh mengikat kita semua bersama.

Sebentar tadi, saya nyatakan pembuat dasar kami pragmatik dan kami bersedia mencuba sesuatu yang baru. Tentu sekali kami bersedia. Kami merupakan antara beberapa negara yang pertama di dunia mengangkat penswastaan sebagai satu alat polisi.

Dimulakan pada 1980-an, peranan sektor awam dalam ekonomi negara jauh lebih besar daripada sekarang. Kami telah menswastakan banyak entiti, besar dan kecil, dan menutup ribuan syarikat rugi yang sepatutnya tidak dimulakan.

Namun, kerajaan hari ini percaya bahawa masih ada peranan penting untuk syarikat-syarikat berjaya yang dahulunya merupakan entiti awam dalam menyokong usaha kebangsaan untuk menjamin kestabilan dan keamanan jangka panjang negara ini - untuk manfaat semua warga Malaysia, untuk semua generasi pewaris kita.

Kita masih banyak kerja perlu dilakukan. Jika kita semua bekerjasama menjamin keamanan dan kemakmuran negara, saya yakin banyak perkara baik akan menyusul, Insya-Allah, dengan izin Tuhan.

Umat Melayu menghadapi krisis pemikiran, kepercayaan

Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT

MENELITI perkembangan aliran pemikiran dan kepercayaan dalam kalangan umat Melayu terlihat kekacauan yang amat merimaskan. Ia juga menyumbang kepada krisis umat yang tidak mudah untuk dileraikan.

Terlihat kini, masa habis terbuang menghadapi kerenah aliran pemikiran dan kepercayaan yang pelbagai sesama warga umat menyebabkan umat Islam semakin hilang fokus.

Bermula dengan aliran kepercayaan al Arqam dan banyak ajaran sesat yang lain belum dapat dileraikan dengan baik hinggalah kepada kepercayaan politik yang terhubung dengan aliran pemikiran dan pendirian yang mendalamkan lagi krisis yang ada.

Aliran pemikiran Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang menjadi sumber landasan pegangan kalangan umat Melayu semakin jelas tercabar. Pendekatan Wahabiyyah yang mengambil cara membidaah warga umat walaupun hal-hal ranting atau furuk yang mengharuskan kita berbeza cuba meresap masuk dalam pemikiran umat.

Ajaran Syiah yang sedang merebak mengambil pendekatan menyalahi ibadah dan syariat Ahlus Sunnah Wal Jamaah sedang menjadi isu. Ia tidak mudah untuk dibendung kerana antara ajarannya ialah taqiyyah dan amalan mutaah.

Faham liberal dan pluralisme agama juga sedang menjadi cabaran. Menyamakan semua agama itu sama bercanggah dengan ajaran al-Quran. Isu kalimah Allah yang cuba disamakan dengan konsep Triniti dalam memahami makna Tuhan belum lagi selesai. Lebih-lebih lagi bila isu ini menjadi dukungan parti politik tertentu kekacauan menjadi semakin serius.

Ia belum lagi termasuk faham mengenai hal asasi manusia ikut acuan Barat yang tidak berlandaskan syariat. Aliran ini sangat selari dengan era pasca modernisme yang menolak autoriti dan hierarki dan mengamalkan faham anarki (disorderly).

Lebih menjelikkan lagi ialah kekacauan sebahagian orang Melayu terhadap Chin Peng dan kematiannya. Bagi mereka Chin Peng adalah hero dan abunya patut dikuburkan di Malaysia.

Kalau sesetengah parti politik cauvanis Cina mengambil pendirian sedemikian boleh kita fahami kerana perjuangan sosialis yang mereka dukung.

Dalam mencari erti beragama di Malaysia, faham atau aliran Ahlus Sunnah Wal Jamaah sudah menjadi faktor pemersatu sekian lama. Aliran ini diterjemahkan dalam bidang syariat, muamalah, ilmu dan pendidikan dengan baik sekali.

Ia menghasilkan tidak saja kekuatan rohaniah yang amat dituntut tetapi tradisi ilmu dan perubahan yang selari dengan maksud al-Quran dan Sunnah.

Ia amat penting diperkukuhkan dalam sistem pendidikan negara kita supaya landasan wahdah atau kesatuan dalam kalangan warga umat berlaku.

Membangun aliran dan kefahaman pemikiran dan kepercayaan yang sifatnya menyalahi amat berbahaya bagi kekuatan umat Melayu dan umat Islam di negara ini.

Tetapi bila perkara asas dalam akidah, ibadah dan syariah sifatnya menyimpang, ia bakal menghasilkan perpecahan dalam kalangan warga umat. Masa akan terbazir dengan perbezaan, polemik dan pertentangan dan tidak mustahil tragedi bunuh-membunuh boleh berlaku seperti yang berlaku di negara-negara umat Islam yang lain. Justeru kembali kepada ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah jawapan terbaik isu-isu yang berbangkit.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Tauke lembu fidlot

Posted: 30 Sep 2013 12:46 AM PDT

K.R. Thiagu memeriksa lembu seberat 220kg yang sedia untuk dipasarkan di ladangnya di Semenyih, Selangor.

Berlatar belakangkan pendidikan dalam bidang kejuruteraan serta sumber manusia tidak menghalang minatnya untuk memelihara lembu biarpun pada peringkat awalnya hanya untuk suka-suka.

Kini Thiagu mampu mengimport hampir 1,000 ekor lembu dalam satu-satu masa yang mana kosnya mencecah jutaan ringgit.

Jelasnya, apa jua jenis perusahaan pasti ada cabarannya namun bagi Thiagu mengusahakan ternakan lembu memberinya satu kepuasan yang berlainan.

"Saya susah untuk terangkan namun bidang ini (penternakan lembu) memang merupakan minat saya, malah saya juga ada menjalankan perniagaan lain tetapi selepas mengusahakan bidang ini perniagaan saya yang lain turut semakin maju," katanya.

Selain membekalkan lembu, Thiagu turut memiliki perniagaan dalam bidang perfileman, industri keluli tahan karat dan juga farmasi.

Apa yang menarik, Thiagu hanya membekalkan lembu jantan sahaja kerana menurutnya lembu tersebut lebih mudah untuk dijual selain mendapat permintaan yang tinggi di kalangan umat Islam di negara ini untuk tujuan ibadah korban.

"Di sini saya hanya menjual lembu hidup dengan tahap kesihatan yang terbaik.

"Malah, prosedur untuk mengimport lembu yang ditetapkan oleh kerajaan juga mengkehendaki lembu yang sihat sahaja dibawa masuk," katanya.

Thiagu mengimport lembu dari negara Kemboja, Thailand dan Myanmar dan akan dikuarantin di pusat kuarantin di cawangannya di Kelantan dan Kedah sebelum dibawa masuk ke Selangor.

Tambah Thiagu, dia hanya mengimport lembu jantan muda yang telah cukup umur sahaja dan disimpan dalam kandang menggunakan sistem fidlot.

"Di kandang kita tidak dapat simpan lama kerana permintaan yang tinggi. Kita akan simpan minimum dua minggu dan maksimum selama sebulan.

"Tetapi selalunya stok akan cepat habis kerana kita juga membekalkan lembu kepada hampir 60 buah pengusaha lembu sekitar Selangor," katanya.

Selain Selangor, Kedah dan Kelantan, dia juga turut memiliki cawangan di Melaka dan Negeri Sembilan bagi memudahkan kos penghantaran kepada pelanggan di negeri-negeri tersebut.

Antara resipi kejayaannya mudah. jika benar-benar meminati sesuatu bidang itu, laksanakan dengan bersungguh-sungguh Thiagu membuktikan dia berjaya biarpun tanpa bantuan mana-mana agensi swasta mahupun kerajaan.

Bagaimanapun Thiagu hanya menjual stok lembu yang diimport dan tidak menjual lembu tempatan kerana lembu yang diimport telah diperiksa tahap kesihatannya oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan selamat berbanding lembu tempatan yang rata-rata jarang mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Memiliki kapasiti mengimport sehingga 1,000 ekor lembu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai dan sasaran tersebut merupakan antara motivasinya bagi tahun ini.

Jika tahun lepas, Thiagu berjaya menjual hampir 500 ekor lembu kini sasarannya semakin tinggi dan dia bercita-cita untuk membekalkan lembu hingga ke tahap 3,000 ekor pada tahun 2014 akan datang.

''Bukan mudah untuk mengimport lembu dalam jumlah yang banyak kerana lebih banyak lembu yang dibawa masuk lebih tinggi kos yang perlu ditanggung.

''Bayangkan untuk mengimport lembu berjumlah 3,000 ekor saya perlu menyediakan kos sebanyak RM12 juta."

"(Namun) JP Farm terus berjaya atas sokongan pelanggan-pelanggan khususnya di kalangan orang Melayu yang sentiasa menyokong terutama semasa musim perayaan,'' kata Thiagu.

Sebagai contoh, kos pengangkutan bagi 45 ekor lembu sahaja mampu mencecah sehingga RM145,000 bagi menyewa sebuah lori treler.

Sehingga kini stok yang sedia ada di cawangan Bangi, Selangor sebanyak 350 ekor telah habis ditempah oleh pelanggan. namun Thiagu tetap menyediakan sejumlah 300 ekor lagi di cawangannya di Banting juga di Selangor.

Tambahan pula kini umat Islam sedang bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya Aidiladha menyebabkan stok lembu laris.

Ditanya adakah dia berminat untuk mengusahakan ternakan lembu secara tradisional, katanya amalan ternakan lembu secara fidlot membolehkan pusingan modal diperoleh dengan lebih pantas.

"Menternak lembu cara biasa iaitu dari kecil perlu menunggu dalam jangka masa yang agak lama, mencecah bertahun-tahun dan kaedah tersebut kurang sesuai dilakukan masa kini.

"Sistem fidlot lebih mudah kerana lembu yang dibawa masuk telah sedia untuk dijual kepada pelanggan dalam masa yang singkat," kata Thiagu.

Biar pun tidak mengharapkan bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta namun beliau pernah menerima tawaran JPV namun ditolak dengan cara yang baik dengan alasan dia mahu berdikari.

"Saya bukan sombong tapi mahu mengajar diri sahaja agar sentiasa gigih berusaha tanpa perlu mengharapkan bantuan," katanya.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan lembu daripadanya, anda boleh menghubungi Thiagu di talian 017-3221551 atau datang terus ke ladangnya di Kampung Sungai Purun, Bangi, Selangor. - ASHRIQ FAHMY AHMAD

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Isteri nafi Aaron Aziz mati ketika main ski

Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT

AARON AZIZ

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Berita yang tersebar berhubung kematian pelakon popular Aaron Aziz ketika bermain ski di sebuah resort terkenal di Switzerland adalah palsu.

Isteri kepada pelakon berusia 37 tahun itu, Diyana Halik berkata, berita tersebut tidak benar sama sekali kerana Aaron kini berada di Afrika Selatan dan bukannya di Switzerland.

"Berita itu palsu, Aaron sihat dan berada di Cape Town untuk penggambaran rancangan Fear Factor untuk terbitan Astro. Dia bukannya di lokasi disebut dalam artikel tersebut," jelas Diyana melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia.

Berita berhubung kematian pelakon tersebut mula tersebar sejak semalam melalui sebuah artikel keluaran Global Associated News yang turut mendapat perhatian di laman sosial lain dan boleh dibaca melalui aaron. aziz.mediafetcher. com/news/top_stories/actor_skiing. php.

Pelakon kelahiran Singapura itu juga dikatakan gagal mengawal ski sebelum terlanggar sebatang pokok ketika meluncur dengan laju dan gagal diselamatkan akibat kecederaan parah.

Berita itu palsu, Aaron sihat di Cape Town - Isteri

Posted: 29 Sep 2013 10:27 PM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI

BERITA 'kematian' pelakon Aaron Aziz seperti disiarkan laman web Global Associate News yang ternyata ia hanya laporan palsu.

AARON AZIZ

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Laporan berhubung kematian pelakon popular Aaron Aziz ketika bermain luncur salji di sebuah resort terkenal di Switzeland adalah palsu semata-mata.

Isteri kepada pelakon berusia 37 tahun itu, Diyana Halik berkata, laporan tersebut tidak benar sama sekali kerana Aaron kini sedang berada di Cape Town, Afrika Selatan dan bukannya di Switzerland.

"Berita itu palsu, Aaron sihat dan berada di Cape Town untuk penggambaran program Fear Factor untuk terbitan Astro. Dia bukannya di lokasi disebut dalam artikel tersebut," jelas Diyana melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Online hari ini.

Berita berhubung kematian pelakon berasal dari Singapura itu tersebar sejak semalam selepas laporan itu dikeluarkan oleh laman web "Global Associated News" yang kemudian mendapat perhatian meluas di laman-laman sosial lain.

Menurut laman web berkenaan, pelakon itu dikatakan gagal mengawal papan luncur salji sebelum terlanggar sebatang pokok ketika meluncur dengan laju dan gagal diselamatkan akibat kecederaan parah.

Bagaimanapun Utusan Online mendapati "Global Associated News" yang menggunakan pautan networkedblogs.com/PyyPs itu merupakan sebuah laman web palsu. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


'Kami beri tempoh sebulan'

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

Oleh AZIAN AZIZ
kota@utusangroup.com.my

Sebahagian pembeli rumah teres kos sederhana Taman Alam Megah, Ijok mengangkat sepanduk bagi mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan berhubung kelewatan penyerahan kunci rumah kepada pembeli di Kuala Selangor, Selangor, semalam.

KUALA SELANGOR 29 Sept.- Kira-kira 200 pembeli rumah teres kos sederhana Taman Alam Perdana, Ijok dekat sini mendesak Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan berhubung kelewatan penyerahan kunci rumah sedangkan projek perumahan itu telah siap sepenuhnya.

Wakil pembeli, Kapten (B) Amiruddin Abdullah, 55, berkata, ini kerana projek itu telah diambil alih oleh anak syarikat kerajaan negeri iaitu Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB) sejak 15 bulan lalu tetapi kunci masih belum diserahkan oleh Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

"Kami percaya masalah ini akan selesai sekiranya beliau (Abdul Khalid) campur tangan kerana LPHS dan PNSB itu sendiri dibawah kuasa kerajaan negeri.

"Sebenarnya Menteri Besar patut selesaikan isu ini seperti yang dijanjikan semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dahulu, tetapi selepas menang sekali lagi pada PRU-13, masalah ini masih berterusan," katanya ketika ditemui semasa mengetuai sesi bantahan aman di Taman Alam Perdana di sini.

Menurut Amiruddin lagi, alasan kunci rumah di situ tidak boleh diserahkan kerana timbul beberapa masalah antara PNSB dengan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.(IWK) membabitkan spesifikasi pembetungan dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) tidak boleh diterima lagi.

Ini kerana dakwanya, sebanyak 365 unit rumah teres kos sederhana di kawasan itu telah diserahkan kepada peneroka pada April lalu dengan alasan mereka membelinya secara tunai.

Sehubungan itu, Abdul Khalid diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikan masalah tersebut sebelum pihaknya menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu menanganinya.

Sementara itu, seorang pembeli, Azli Mokhtar, 39, berkata, dia telah membayar ansuran pinjaman rumah di Taman Alam Perdana itu sejak 13 tahun lalu dan pada masa yang sama terpaksa menyewa rumah lain.

"Sampai bila kami terpaksa menjalani kehidupan seperti ini.Sudahlah rumah dibeli tidak boleh diduduki, pada masa sama bayaran pinjaman dengan pihak bank perlu dijelaskan setiap bulan,"katanya dengan nada kesal.

DBKL perlu laksanakan pemantauan berterusan - Lam Thye

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta melakukan pemantauan secara berterusan jika semua jejantas pejalan kaki berbumbung di ibu kota dijadikan sebagai zon larangan merokok.

Aktivis masyarakat,Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pemantauan itu bagi memastikan tiada individu yang melanggar peraturan ditetap DBKL.

"Bukan itu sahaja, ia juga bagi menjamin kesihatan mereka yang tidak merokok.

"Individu yang terdedah dengan asap rokok lebih berisiko mendapat penyakit berbanding si perokok. Oleh itu DBKL perlu pastikan usaha untuk menjadikan jejantas bebas rokok tercapai," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan DBKL menjadikan semua jejantas pejalan kaki berbumbung di ibu kota sebagai zon larangan merokok.

Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup dalam laporan yang disiarkan Utusan Malaysia pada Jumaat lalu berkata, langkah tersebut bagi memastikan keselesaan dan keselamatan orang awam terutama pejalan kaki.

Lam Thye berkata, langkah itu merupakan satu usaha yang baik diambil oleh DBKL dan orang ramai perlu memberi sokongan dengan mematuhi peraturan bagi menjayakan usaha tersebut.

Dalam perkembangan lain, Lam Thye berkata, budaya merokok di dalam tandas awam juga dilihat semakin membimbangkan.

Budaya itu, menurutnya, perlu dikekang sebelum bertambah buruk.

"Selain jejantas, saya harap DBKL turut pantau tandas-tandas awam di ibu kota supaya tidak dijadikan tempat merokok," ujarnya.

Kempen kurangkan jenayah curi motosikal

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

PUTRAJAYA 29 Sept. - Perbadanan Putrajaya (PPj) melancarkan Kempen Kunci Motosikal sebagai inisatif mengurangkan jenayah curi motosikal di sekitar kawasan kediaman Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, PPj akan melaksanakan sistem tempat letak motosikal berkunci dan menggalakkan penggunaan kunci pendua bagi menjayakan kempen tersebut.

Beliau berkata, orang ramai perlu menggunakan kemudahan tersebut dan menggunakannya sebaik mungkin bagi mengelakkan berlakunya kejadian kehilangan motosikal daripada terus berlaku.

"Sehingga Ogos ini, sebanyak 247 kes jenayah telah direkodkan, di mana jenayah melibatkan kecurian motosikal mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 82 kes diikuti pecah rumah dan curi sebanyak 50 kes," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bandar Selamat, Ke Arah Putrajaya Sifar Jenayah 2018 di Perumahan Penjawat Awam Fasa 1C, Presint 16 di sini hari ini.

Yang hadir sama, Presiden PPj, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata, pada tahun lepas melalui Jawatankuasa Bandar Selamat Putrajaya telah melaksanakan Sistem Pemantauan Bandar (SPBS) menggunakan Pemetaan GIS Jenayah untuk membantu polis menganalisis bentuk jenayah dan mengenal pasti pola jenayah di Putrajaya.

Beliau berkata, melalui SPBS, PPj berupaya mengenal pasti langkah awal pencegahan jenayah di kawasan sekitar.

"Antaranya dengan menambah baik sistem pencahayaan, pemasangan pagar, cermin keselamatan, tempat letak motosikal berkunci dan papan tanda peringatan di kawasan berisiko tinggi berlakunya jenayah," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, hasil daripada program tersebut purata indeks jenayah pada tahun lepas semakin berkurangan di Putrajaya.

"Sebanyak 12.83 peratus dengan 360 jenayah direkodkan berbanding 413 kes pada 2011," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved