Jumaat, 2 September 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Pas mahu tulis semula sejarah negara?

Posted:

Pas mahu tulis semula sejarah negara?

Pas mahu tulis semula sejarah negara?

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Jika sebelum ini isu Bukit Kepong hanya berkisar kepada kenyataan peribadi Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu tetapi ia seolah-olah menjadi pendirian rasmi parti itu menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).

Ia jelas apabila beberapa pemimpin tertinggi parti itu termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan kenyataan Mat Sabu.

Terbaru, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik cuba menidakkan fakta bahawa Mohammad Indera adalah anggota komunis yang bertanggungjawab membunuh 25 anak bangsa sendiri dalam tragedi itu apabila mendakwa pengganas tersebut adalah guru agama.

Abu Bakar menuduh UMNO yang melabelkan Mohammad Indera sebagai komunis sedangkan mengikut fakta 'guru agama' itu memang menyokong dan menjadi ahli komunis sehingga diangkat mengetuai Kompeni Pasukan Keempat Parti Komunis Malaya (PKM).

Malah, Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat itu juga secara terbuka mengesahkan bahawa parti itu akan 'mengkaji' semula sejarah negara apabila berkata: "Kita akan mengkaji dan menilai balik sejarah, antaranya kes Mohammad Indera yang akan kita kaji semula."

Sementara itu, dalam usaha mengiktiraf Mohammad Indera, Abdul Hadi pula cuba mengaitkan tragedi Bukit Kepong dengan peristiwa menawan Mekah oleh Rasulullah SAW.

Presiden Pas itu mempersoalkan apakah Nabi Muhammad SAW juga akan diiktiraf sebagai pengkhianat kerana berbuat demikian.

Ini kerana, katanya, Rasulullah SAW menyerang bangsa dan tanah airnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian.

"Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan daripada jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi (Muhammad) SAW," jelasnya.

Ia kemudian disusuli dengan kenyataan seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Mujahid Yusof yang seolah-olah 'menghalalkan' pembunuh di Bukit Kepong apabila mendakwa, serangan oleh 200 anggota komunis itu adalah bagi menyerang sarang British.

Mengulas perkara itu, Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Shamrahayu Ab. Aziz berkata, kegilaan Pas sehingga sanggup berbuat apa sahaja demi politik, hatta mengubah sejarah kemerdekaan bakal mendatangkan bahaya kepada negara.

Katanya, tindakan Pas mewarna sejarah negara mengikut selera politik sehingga mengagungkan komunis yang membunuh 24 orang Melayu dan seorang lelaki Cina dalam tragedi Bukit Kepong adalah bertujuan untuk membangkitkan semangat memberontak di kalangan generasi muda.

"Tindakan ini adalah penyelewengan dalam pentafsiran sejarah Malaysia. Walaupun anggota keselamatan yang dibunuh itu adalah polis yang bertugas ketika zaman British tetapi adakah mereka mabuk darah seperti komunis? Atas justifikasi apa nyawa mereka halal dibunuh?.

"Atas fakta apa komunis layak diangkat sebagai hero? Saya tidak fikir ada seorang pun pakar sejarah kemerdekaan negara yang setuju dengan kenyataan dangkal Mat Sabu (Mohamad Sabu). Fakta sejarah kekal sebagai hakikat sebenar yang tidak boleh ditafsir mengikut selera politik.

"Apa sumbangan komunis sehingga diiktiraf sebagai hero. Apakah membunuh 25 nyawa anak watan perbuatan seorang hero? Apakah dengan membunuh ribuan anggota keselamatan semasa darurat perbuatan seorang hero," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kenakan tindakan tegas ke atas Mat Sabu – UMNO Pekan

Posted:

Kenakan tindakan tegas ke atas Mat Sabu – UMNO Pekan

Kenakan tindakan tegas ke atas Mat Sabu – UMNO Pekan


Ahli UMNO dan NGO mengadakan bantahan terhadap Mat Sabu di Bangunan UMNO Pekan, Pahang, semalam.


PEKAN 2 Sept. – UMNO Bahagian Pekan meminta pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berhubung kenyataannya mengenai tragedi Bukit Kepong.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ishak Muhamad berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu itu jelas menunjukkan ia untuk kepentingan diri sendiri bagi meraih populariti.

"Kenyataan itu juga jelas menunjukkan beliau menafikan perjuangan pejuang terdahulu dalam memerdekakan Malaysia daripada penjajah.

"Kami berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan keras terhadap Mohamad bagi memberi pengajaran kepada pihak lain agar tidak membuat kenyataan seperti itu lagi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan perhimpunan di Bangunan UMNO Pekan bagi membantah tindakan Mat Sabu yang mendakwa komunis sebagai hero sebenar tragedi Bukit Kepong.

Kira-kira 200 ahli UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai perhimpunan itu di sini hari ini.

Selepas selesai mengadakan perhimpunan bantahan itu, mereka berarak ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan untuk membuat laporan polis.

Mat Sabu mencetuskan kemarahan pelbagai pihak apabila menyifatkan mereka yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai hero sebenar dan bukannya anggota polis yang terkorban dalam peristiwa itu.

Ishak berkata, UMNO Pekan menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap tindakan Mohammad itu yang jelas mengguris hati ahli keluarga mangsa tragedi Bukit Kepong.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Budak 6 tahun maut digilis bas

Posted:

Budak 6 tahun maut digilis bas

Budak 6 tahun maut digilis bas

IPOH 2 Sept. - Seorang kanak-kanak perempuan terbunuh selepas digilis bas apabila dia terjatuh dari motosikal yang ditunggang ibunya di Kilometer 40, Jalan Teluk Intan-Sitiawan dekat Perak Tengah semalam.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 3.20 petang semalam, Nor Ezwin Mohd. Erwan, 6, berasal dari Kampung Bakar Arang, Kota Setia, Sungai Renggam, Perak Tengah.

"Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa membonceng motosikal yang ditunggang ibunya, Rodiah Abdullah, 40-an dalam perjalanan dari Sitiawan ke Teluk Intan apabila dirempuh dari belakang oleh sebuah motosikal lain.

Katanya, akibat kejadian itu mangsa tercampak di atas jalan dan gilis bas yang datang dari arah belakang, manakala ibu mangsa terselamat.

Sementara itu seorang wanita terbunuh selepas kereta yang dipandu suaminya terbabas dan merempuh penghadang jalan di Kilometer 285.6, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini pada pukul 3 petang semalam.

Mangsa Rohaya Darus, 41, berasal dari Taman Mulia, Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, manakala suami mangsa terselamat dalam kejadian itu.

Ketika kejadian mangsa bersama suaminya dalam perjalanan dari utara ke selatan apabila satu tayar kereta yang mereka naiki meletup lalu terbabas dan merempuh penghadang jalan. - BERNAMA

6 ditangkap tebuk dinding terlibat 7 rompakan lain

Posted:

6 ditangkap tebuk dinding terlibat 7 rompakan lain

6 ditangkap tebuk dinding terlibat 7 rompakan lain

PETALING JAYA 2 Sept. - Enam lelaki yang ditangkap polis semasa sedang asyik menebuk dinding sebuah kedai gambar untuk memasuki kedai pajak gadai bersebelahan di Sungai Way di sini awal pagi semalam, disahkan terlibat dalam tujuh lagi kes rompakan kedai emas, bank dan pajak gadai lain di Selangor pada tahun ini.

Malah, sebelum dicekup semalam, kumpulan penjenayah terbabit sempat merompak sebuah kedai emas di Banting dekat sini pada malam hari raya pertama menggunakan modus operandi sama iaitu membuat lubang menggunakan gerudi dari bangunan bersebelahan untuk masuk ke premis tersebut.

Selain kes di Sungai Way dan Banting, mereka juga dikenal pasti terlibat dalam kejadian rompakan di Sungai Buloh, Rawang, Gombak, Shah Alam dan beberapa lagi premis lain di daerah ini serta luar Selangor termasuk Perak dan Pulau Pinang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kumpulan penjenayah yang mempunyai ramai anggota itu dikesan mula aktif melakukan rompakan sejak 2006 dan salah satu kes membabitkan mereka pada tahun tersebut ialah pecah masuk sebuah bank di Seri Kembangan dekat sini yang mana ada antara anggotanya berjaya ditangkap polis.

"Berikutan laporan yang diterima itu, maka kita melancarkan operasi khas dianggotai 86 pegawai dan anggota dinamakan Ops Tebuk pada Aidilfitri ini untuk memburu kumpulan penjenayah yang memfokus kepada kegiatan menebuk lubang untuk merompak kedai emas, pajak gadai dan bank.

"Kumpulan ini memecah masuk ke premis terbabit dengan menebuk dinding bangunan bukan dari premis yang mahu dirompak tetapi bersebelahan atau bangunan bersambung," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.40 pagi di Sungai Way semalam, enam perompak yang sedang asyik menebuk dinding sebuah kedai gambar untuk memasuki kedai pajak gadai bersebelahan dicekup polis setelah terperangkap apabila alat penggera keselamatan premis itu berbunyi.

Menurut Tun Hisan, suspek menggunakan alat gerudi khas berharga RM10,000 yang dibeli dari sebuah kedai perkakasan di ibu negara untuk menebuk dinding tebal termasuk yang dipasang batang keluli dan jumlah lubang ditebuk bergantung kepada saiz badan mereka yang masuk melaluinya iaitu mungkin satu atau lebih.

Beliau berkata, suspek berusia 32 hingga 53 tahun mempunyai pekerjaan berbeza termasuk seorang yang arif dalam bidang pembinaan dan menggunakan alat menggerudi, manakala lain-lain bekerja sebagai tukang urut, penarik kereta serta penjual video cakera padat digital (VCD).

"Suspek berasal dari Mentakab, Pahang; Segamat, Johor dan Selangor kini direman mengikut Seksyen 117 dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan sehingga Khamis depan," katanya sambil memberitahu empat orang didapati mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes jenayah dan dadah termasuk dua orang dikehendaki terlibat dalam rompakan.

Tun Hisan menasihatkan pemilik bangunan bersebelahan kedai emas, pajak gadai dan bank supaya memasang alat penggera yang sesuai di premis mereka dan membuat pemeriksaan jika ia berbunyi.

"Penjenayah tidak akan mematikan alat penggera yang berbunyi kerana tidak mahu menimbulkan curiga, malah ada membawa mangga kunci sendiri untuk menggantikan yang dipotong," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Cabaran boling wanita dunia bermula

Posted:

Cabaran boling wanita dunia bermula

Cabaran boling wanita dunia bermula

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Meskipun mempertaruhkan barisan serba muda yang menampilkan tiga muka baru, ketua jurulatih, Holloway Cheah penuh yakin pasukan bimbingannya mampu mencipta kejutan pada Kejohanan Boling Dunia Wanita (WWC) 2011 yang membuka tirainya di Hong Kong Bowling City, hari ini.

Holloway, 67, juga mengharapkan skuad enam pemain yang dianggotai anak perempuannya, Esther, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi, Sharon Koh, Zatil Iman Abdul Ghani, Jacqueline Jenelee Sijore dan Sin Li Jane yang secara purata berumur 23 tahun, dapat menebus kembali maruah setelah pulang tangan kosong dari Las Vegas, Amerika Syarikat, dua tahun lalu.

Keputusan hambar pada 2009 itu bermakna Malaysia kali pertama kempunan pingat sejak Helsinki 1987.

Malaysia mencatat keputusan terbaik menerusi Esther yang meraih pingat emas acara perseorangan pada 2005 di Aalborg serta dua pingat emas acara berpasukan (Monterrey 2007 dan Kuala Lumpur 2003).

Walaupun tidak menetapkan sebarang sasaran di Hong Kong, tegas Holloway, ini tidak bermakna anak-anak buahnya boleh menarik nafas lega.

"Kita mungkin dianggap 'underdog', namun tiada alasan untuk pemain-pemain tidak berasa tertekan. Saya memberi tekanan kepada mereka untuk mencapai kejayaan.

"Kalau pergi bertanding tanpa menganggap diri mampu bersaing, apa gunanya berlatih bersungguh-sungguh setiap hari sepanjang bulan lalu.

"Tetapi saya percaya setiap mereka mempunyai keazaman tinggi untuk bersaing merebut pingat dalam kesemua acara. Saya dapat lihat menerusi komitmen ditunjukkan mereka ketika latihan," ujarnya.

Tatkala segala tumpuan mungkin terarah kepada dua negara pilihan iaitu penyandang juara keseluruhan, Korea Selatan dan pasukan bintang-bintang Amerika Syarikat (AS), Holloway berpendapat semua pasukan bertanding termasuk Malaysia memiliki peluang sama rata.

"Saya ramal saingan sengit akan datang dari jiran kita, Singapura, Taiwan, Colombia serta negara-negara Scandinavia seperti Sweden, Finland dan Denmark, semuanya berpeluang," jelasnya.

Ujian kepimpinan Esther di Hong Kong

Posted:

Ujian kepimpinan Esther di Hong Kong

Ujian kepimpinan Esther di Hong Kong

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my


Esther Cheah


KUALA LUMPUR - Ketiadaan Shalin Zulkifli yang sedang cuti bersalin meletakkan Esther Cheah selaku pemain paling senior dalam skuad enam pemain yang akan beraksi pada Kejohanan Boling Dunia Wanita (WWC) 2011 yang bermula hari ini di Hong Kong.

Walaupun tiada kapten dilantik selama ini, Shalin sentiasa dianggap sebagai pemimpin dalam pasukan berdasarkan pengalaman yang dia miliki. Maka, tanggungjawab itu bagi edisi kali ini secara tidak langsung disandang di bahu Esther, 25.

Selain Zandra Aziela Ibrahim Hakimi dan Sharon Koh yang pernah beraksi dalam dua edisi sebelum ini di Monterrey 2007 dan Las Vegas 2009, Zatil Iman Abdul Ghani, Jacqueline Jenelee Sijore dan Sin Li Jane adalah muka baru dalam skuad kebangsaan.

Esther yang bakal membuat penampilan keempat di WWC sejak di Aalborg pada 2005, sedar tugas berat menantinya di Hong Kong apatah lagi pasukan tersebut diletakkan harapan untuk menebus aib setelah pulang tangan kosong di Las Vegas, dua tahun lalu.

"Saya sendiri mempunyai pengalaman sebagai orang baru dalam skuad dan sememangnya dengan adanya bimbingan pemain senior, saya berasa lebih tenang dan yakin.

"Semasa di Aalborg dahulu, saya adalah pemain termuda dalam pasukan berpengalaman yang menampilkan Shalin, Sarah (Yap), K.N Lai (Lai Kin Ngoh), Wendy (Chai) dan (Choy) Poh Lai, ia memberikan motivasi untuk saya beraksi lebih baik," katanya merujuk kejayaan mengejut meraih pingat emas acara perseorangan di Aalborg yang merupakan penampilan sulungnya ketika itu.

Bagaimanapun, Esther percaya Zatil Iman, Jacqueline dan Li Jane mampu menyerap tekanan kerana mereka sudah dilengkapkan dengan pengalaman bertanding di peringkat antarabangsa.

"Mereka mendapat pendedahan beraksi di pertandingan antarabangsa seawal peringkat remaja lagi, jadi tidak sepatutnya mereka berasa tertekan dan bermain seperti kebiasaannya," jelasnya.

Zandra juga menyatakan kesediaan membimbing rakan-rakan sepasukan dengan segala pengalaman yang dimiliki untuk membantu mereka supaya tidak berasa cemas.

"Saya tidak berasa tertekan sebagai senior dalam pasukan, sebaliknya ia satu cabaran bagi saya," katanya yang merupakan salah seorang anggota yang menjuarai acara berpasukan pada 2007.

Sementara itu, Shalin yang telah mewakili negara dalam enam Kejohanan Dunia sebelum ini berharap, gandingan campuran tiga senior dan tiga muka baru akan membawa pulang beberapa pingat.

"Esther dan Zandra harus membimbing mereka yang beraksi buat kali pertama kerana saya merasakan mereka ada kecenderungan untuk berasa gemuruh pada permulaan kejohanan.

"Mereka mesti bersabar kerana bermain dalam keadaan tertekan akan mengakibatkan mereka hilang rentak," kata Shalin yang melahirkan seorang bayi perempuan, Aleya pada 28 Jun lalu, hasil perkahwinannya dengan Azidi Ameran yang juga bekas pemain elit lelaki kebangsaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Noda tampilkan Kabinet muda

Posted:

Noda tampilkan Kabinet muda

Noda tampilkan Kabinet muda


Renho


TOKYO 2 Sept. – Perdana Menteri baru Jepun, Yoshihiko Noda mengumumkan barisan Kabinet pertamanya hari ini, sebelum memulakan usaha untuk menyatukan partinya yang berpecah-belah dan memantapkan program pemulihan berikutan gempa bumi dan tsunami pada awal tahun ini.

Noda, Perdana Menteri keenam Jepun dalam tempoh lima tahun, memberikan jawatan-jawatan Menteri Luar dan Kewangan kepada ahli Parlimen berusia lewat 40-an, dianggap muda dalam politik negara ini bagi portfolio sedemikian.

Paling muda ialah Goshi Hosono, 40, berperanan sebagai Menteri Alam Sekitar yang bertanggungjawab menyelesaikan krisis loji nuklear Fukushima.

Kabinet Noda menampilkan dua wanita iaitu Renho, 43, yang menggunakan hanya satu nama sebagai Menteri Pemerkasaan Kerajaan dan bekas tonggak stesen NHK, Yoko Komiyama, 62, sebagai Menteri Kesihatan.

Jun Azumi, 49, dilantik ke jawatan Menteri Kewangan sementara Koichiro Gemba, 47, menjadi Menteri Luar.

Azumi yang berasal dari Miyagi, wilayah timur laut yang musnah dilanda gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu, pernah bekerja sebagai wartawan stesen NHK sebelum melancarkan kerjaya politiknya.

Beliau menjadi ketua hal-ehwal Parlimen Parti Demokrat di bawah Perdana Menteri sebelum ini, Naoto Kan.

Sebagai Menteri Kewangan, jawatan pertamanya dalam Kabinet, Azumi menghadapi tugas sukar untuk melindungi ekonomi Jepun daripada kesan mata wang yen yang kukuh dan menangani hutang awam yang makin meningkat apabila penduduk yang semakin tua menyebabkan kos keselamatan sosial bertambah.

Menteri Luar baru, Gemba ialah Menteri yang bertanggungjawab terhadap dasar negara dalam Kabinet sebelum ini.

Yoshio Hachiro, 63, dilantik sebagai Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri.

Noda dipilih sebagai Perdana Menteri pada Selasa lalu, untuk mewarisi cabaran getir bagi melaksanakan program pemulihan selepas bencana, menamatkan krisis nuklear, mengatasi kesan lonjakan nilai yen dan menyelesaikan masalah hutang awam yang menimbun.

Kan meletakkan jawatan selepas 14 bulan menjadi Perdana Menteri, ekoran kritikan hebat kerana kerajaan beliau gagal mengendalikan proses pemulihan selepas bencana dan mengatasi krisis nuklear yang berlarutan. – AFP

Aset Libya bernilai RM44.5 bilion dicairkan

Posted:

Aset Libya bernilai RM44.5 bilion dicairkan

Aset Libya bernilai RM44.5 bilion dicairkan

PARIS 2 Sept. - Pemimpin-pemimpin dunia semalam mencairkan aset Libya bernilai AS$15 bilion (RM44.5 bilion) untuk membantu pemberontak membina semula negara itu ketika pemimpin Libya Muammar Gaddafi menyeru pengikutnya melancarkan serangan gerila.

Wakil-wakil kanan dari lebih 60 negara menemui pemimpin-pemimpin pemberontak semalam bagi memberi sokongan dan menawarkan bantuan praktikal.

Bagaimanapun dalam pertemuan yang diadakan di Paris itu, mereka turut mengingatkan pemimpin Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) supaya berusaha mencari perdamaian, walaupun Gaddafi mengeluarkan mesej mahu melancarkan perang gerila.

Persidangan itu adalah satu kejayaan besar kepada NTC, meskipun Rusia, China dan Algeria sebelum ini pernah ragu-ragu untuk bersetuju menyokong pentadbiran baru itu.

Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy mengumumkan bahawa berbilion-bilion dolar aset Libya di luar negara yang dibekukan sebelum ini akan dicairkan.

"Kira-kira AS$15 bilion (RM44.5 bilion) telah dicairkan dengan segera kerana kami mahu memberikan kembali wang itu kepada rakyat Libya," kata Sarkozy.

Beliau dalam pada itu turut menggesa NTC memulakan 'proses damai dan pengampunan'.

Presiden NTC, Mustafa Abdel Jalil berkata, rakyat Libya telah 'membuktikan keberanian dan keazaman' mereka dengan menumbangkan rejim Gaddafi, tetapi beliau turut menyeru kestabilan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Anders Fogh Rasmussen dalam sidang itu memberitahu, tentera bersekutu akan meneruskan misi enam bulan mereka di Libya selagi rakyat awam di negara itu dalam bahaya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pula berjanji akan bekerjasama dengan Majlis Keselamatan untuk meluluskan misi segera PBB bagi menangani kemungkinan krisis kemanusiaan dan membantu membina semula Libya. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Penduduk dapat masjid baharu

Posted:

Penduduk dapat masjid baharu

Penduduk dapat masjid baharu

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

TEMERLOH 2 Sept. - Penduduk di daerah ini menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meluluskan peruntukan sebanyak RM25 juta untuk membina masjid dan menaik taraf Dewan Tun Razak di sini.

Mereka menyifatkan peruntukan itu secara tidak langsung akan mengubah landskap pembangunan di daerah ini.

Seorang penduduk dari Lanchang, Zainor Rashid Abdullah berkata, perkara itu menepati aspirasi rakyat untuk melihat sebuah masjid baru yang lebih moden sekali gus meningkatkan syiar Islam di negeri ini.

"Ia adalah khabar gembira buat umat Islam di sini kerana mereka dapat menjalani ibadah dengan lebih selesa apabila masjid baru siap kelak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Najib dalam ucapannya semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di sini baru-baru ini meluluskan peruntukan khas sebanyak RM20 juta untuk membina masjid baru dan RM5 juta bagi menaik taraf dewan tersebut.

Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Pahang, Suhaimi Tan, 41, berkata, masyarakat daerah itu terharu berikutan keprihatinan Perdana Menteri terhadap kebajikan rakyat.

''Peruntukan terhadap dewan itu akan membolehkan ia menjadi pusat aktiviti penting membabitkan program peringkat daerah, negeri dan nasional," katanya.

Bagi penduduk Temerloh, Mahadi Daud, 50, dia kagum dengan cara kepimpinan Perdana Menteri yang mengutamakan keperluan rakyat yang membuktikan pemimpin pertama negara sentiasa mendengar keluhan mereka.

Seorang pemandu teksi, Awang Mat Chu, 59, berkata, dia bertuah kerana dapat bersama Perdana Menteri dalam program tersebut.

''Penyaluran peruntukan khas membina masjid baru dan menaiktaraf Dewan Tun Razak sebagai nilai tambah bahawa program berbuka puasa bersama PM bersama rakyat menjadi kenangan penduduk di negeri ini,'' katanya.

Seorang lagi penduduk, G. Sathiasurai, 59, berkata, peruntukan terhadap dewan tersebut akan memberi manfaat kepada semua kaum yang boleh digunakan dalam aktiviti tertentu.

RM20,000 untuk golongan Asnaf Lipis

Posted:

RM20,000 untuk golongan Asnaf Lipis

RM20,000 untuk golongan Asnaf Lipis


ABDUL Rahman Mohamad menyampaikan sumbangan hamper makanan kepada seorang warga emas di pekarangan Masjid Tunku Mahmud, Lipis, Kuala Lipis, baru-baru ini.


KUALA LIPIS 2 Sept. - UMNO Bahagian Lipis memperuntukkan sebanyak sebanyak RM20,000 kepada golongan asnaf dan pesakit di daerah Lipis sempena hari raya Aidilfitri tahun ini.

Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, seramai 500 orang golongan tersebut menerima peruntukan itu menerusi dana kebajikan yang disediakan oleh parti berkenaan.

Menurutnya, sumbangan yang diberikan sejak awal Ramadan lalu bagi membuktikan keprihatinan UMNO terhadap golongan tersebut bagi membolehkan mereka menyambut hari raya dengan selesa.

''Dana itu diperoleh menerusi sumbangan ahli UMNO, tokoh korporat dan syarikat swasta untuk meringankan beban golongan asnaf termasuk mereka yang menerima rawatan di hospital," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat 60 pesakit di Hospital Lipis di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimi Samat dan Pengarah Hospital Lipis, Dr. Sharifuddin Saad.

Abdul Rahman berkata, bantuan itu juga disalurkan menerusi majlis berbuka puasa dan moreh sebelum ini serta menziarah ke rumah golongan asnaf di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Lipis.

Beliau juga meminta Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) dan tok imam masjid segera melaporkan kepada pejabat UMNO Bahagian Lipis jika masih terdapat golongan asnaf yang tercicir daripada menerima bantuan.

Katanya, UMNO juga sedang mengesan keluarga miskin, ibu tunggal dan warga emas untuk disenaraikan sebagai penerima bantuan baharu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma).

Seorang warga asing maut selepas melancong

Posted:

Seorang warga asing maut selepas melancong

Seorang warga asing maut selepas melancong

KUANTAN 2 Sept. - Seorang pelancong asing terbunuh selepas teksi yang dinaiki bersama dua rakannya terbabas ketika menuruni sebuah bukit di Kilometer 4.7 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, mangsa, Abu Bakar Abdullahi Mohamad, 17, dari Arab Saudi maut di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala.

Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/ Trafik Negeri, Asisten Supritendan Zainalabidin Othman berkata, mangsa yang duduk di hadapan bersama dua rakannya berusia dalam lingkungan 20-an dalam perjalanan dari arah pusat pelancongan itu ke Kuala Lumpur.

"Teksi jenis Proton yang dipandu lelaki berusia 30 tahun itu dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit lalu terbabas di sebuah selekoh sebelum merempuh penghadang jalan di sebelah kanan.

"Akibatnya, mangsa tercampak keluar dari teksi itu lalu jatuh ke atas jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang di sini, hari ini.

Katanya, pemandu teksi pula mengalami kecederaan di bahagian muka manakala dua rakan mangsa yang turut cedera di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

Kes tersebut, jelas beliau, disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Perceraian ada hikmah

Posted:

Perceraian ada hikmah

Perceraian ada hikmah

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar AMIN FARIJ HASAN
Pakaian kanak-kanak Gingersnap


Abdul Warits (kiri), Abdul Wafri berebut untuk bersalam dengan Anne yang sedang memangku Nazhakah Afroza.


MESKIPUN Anne atau Nasriah Ngasri, 26, mempunyai sosok tubuh yang kecil namun secara zahir, dia merupakan seorang yang berjiwa besar dalam menempuh kehidupan ini.

Ketabahan dan kegigihan itu dapat dilihat dalam usahanya untuk membesarkan tiga orang cahaya mata, Abdul Warits Abdul Wafi, 5, Abdul Wafri, 3, dan Nazhakah Afroza, 10 bulan.

Kata Anne, sejak bercerai talak tiga dengan bekas suaminya, Abdul Wafi Hassan, 29, pada 25 Jun 2010, dia perlu menjadi ketua keluarga.

Anne yang menyambut raya kali kedua tanpa suami di sisi berkata, sejak bergelar ibu tunggal, dia lebih mengutamakan keperluan anak-anak berbanding kepentingan sendiri.

"Bagi Anne tidak ada bezanya beraya bersama suami atau tidak. Tahun ini tidaklah sedih seperti dulu, sebab ini tahun kedua Anne beraya tanpa suami.

"Ada seronoknya juga sebab ini kali pertama Anne, Warits dan Wafri beraya dengan Afroza. Sebab itulah, apa-apa hal pun Anne lebih utamakan anak-anak," katanya tersenyum.

Tambahnya, walaupun sudah bercerai namun hubungan bekas suami dengan anak-anak tidak pernah putus dan Wafi boleh bertemu dengan anak-anak pada bila-bila masa.

Lantaran persefahaman itulah, anak-anak tidak pernah merasai yang mereka kehilangan seorang ayah.

Menurut Anne, apa yang berlaku ke atasnya bukanlah musibah tetapi lebih kepada hikmah kerana ramai yang memberi sokongan kepadanya.

"Walaupun hidup sendirian, Anne tidak pernah rasa sunyi. Tengoklah (rujuk gelagat anak-anak), masa bila nak sedih-sedih. Kalau setengah jam mereka boleh duduk diam, itu sudah kira baik.

"Anak-anak adalah penyeri hidup Anne dan mereka adalah keutamaan dalam apa juga yang Anne lakukan," jelasnya yang beraya dengan kedua ibu bapanya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Katanya, selepas beraya di Kuala Lumpur, ahli keluarganya akan berangkat ke Johor untuk beraya dengan sanak saudara di sana.

Menurut Anne, setiap kali mengenangkan masa depan anak-anak itu yang membuatkan dia bersemangat untuk bekerja keras tanpa mengira waktu.

Dalam waktu yang sama kata Anne, rezeki berlakon datang tidak henti dan ada ketikanya dia tidak terdaya memenuhi tawaran tersebut.

Anne yang turut berlakon drama Hostel Ramadan yang disiarkan di TV AlHijrah sepanjang Ramadan lalu berkata, sejak menjadi ketua keluarga, banyak perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini dilakukan sendiri.

"Kalau dulu, Anne lebih memberi tumpuan pada keluarga kerana tahu mencari nafkah adalah tanggungjawab suami dan sebab itulah Anne tidak banyak berlakon.

"Sekarang ini perlu bekerja keras dan lakonan merupakan punca pendapatan Anne untuk membesarkan anak-anak. Alhamdulillah, sehingga kini rezeki Anne dalam bidang lakonan tidak pernah berhenti," katanya lega.

Belum fikir jodoh

Sebagai ibu tunggal yang menjadi perhatian ramai dek lakonan drama, Anne tidak dapat lari daripada diintai kaum Adam.

Biarpun ada yang cuba untuk mendekati hatinya, namun Anne tidak mudah jatuh cinta kerana matlamat utamanya ketika ini adalah anak-anak.

"Macam baru sangat nak cari pengganti. Biarlah Anne besarkan anak-anak dulu. Soal jodoh itu, biar ia datang sendiri. Nak beria sangat pun Anne sudah ada tanggungjawab, bukan boleh main terima sahaja.

"Bila sudah ada anak-anak, penerimaan Anne juga turut berbeza. Anne mesti fikir, mahukah lelaki itu menerima anak-anak seperti mana dia terima Anne. Apa pun setakat ini, Anne belum terlintas untuk kembali berumahtangga," katanya terus terang.

JYJ lambang anak muda cekal

Posted:

JYJ lambang anak muda cekal

JYJ lambang anak muda cekal


JEJAKA kacak yang berbakat.


JENTAYU, patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertongkat siku, patah siku bertongkat dagu, patah dagu bertongkat kuku – lirik lagu Sheila Majid dan Nora yang diambil daripada puisi Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang ini tiba-tiba terlintas di fikiran apabila memikirkan JYJ.

Bagi penulis, tiga jejaka ini ~ Jaejoong, Yoochun dan Junsu ~ ialah lambang anak muda yang cekal dan tidak pernah menyerah kalah.

Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan kekangan dalam karier nyanyian sejak meninggalkan DBSK pada 2009 – termasuk 'dibatalkan' kemunculan di saat-saat akhir baik di televisyen mahupun pentas persembahan – mereka tidak pernah putus harapan!

Dan hasilnya, bakat mereka diiktiraf oleh pelbagai pihak dalam industri hiburan Korea Selatan.

Park Yoochun baru-baru ini terpilih sebagai Aktor Paling Popular Asia untuk Anugerah Drama Seoul 2011, menewaskan 115 calon lain dengan memperoleh 480,000 undian.

Dia yang membintangi drama KBS, Sungkyunkwan Scandal tahun lalu telah pun memenangi Anugerah Bintang Baru, Anugerah Netizen dan Anugerah Pasangan Terbaik.

Tahun ini, Yoochun muncul sebagai watak utama dalam drama MBC, Miss Ripley bergandingan dengan Lee Da Hae.

Kim Junsu pula menyerlah sebagai pelakon pentas menerusi teater muzikal hit seperti Mozart! dan Tears Of Heaven.

Sementara Kim Jaejoong yang serba berbakat bukan setakat berlakon dalam drama Jepun, Hard To Say I Love You bahkan mengarahkan sendiri Konsert Jelajah Dunia JYJ 2011 dari Asia hingga ke Amerika Utara.

Buat masa ini, kemunculannya dalam drama SBS yang sedang ditayangkan, Protect The Boss walaupun bukan sebagai hero, mendapat pujian ramai.

Kerja keras sebagai satu kumpulan yang bukan sekadar bersandarkan paras rupa cukup berbaloi apabila populariti JYJ kini berkembang sehingga ke Amerika Syarikat malah berpeluang bekerjasama dengan Kanye West dan Rodney Jerkins untuk album mereka.

Semangat juang inilah yang dikagumi peminat mereka dan mungkin patut dipelajari oleh artis Malaysia!

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Prinsip UMNO tidak berubah

Posted:

Prinsip UMNO tidak berubah

Prinsip UMNO tidak berubah

APAKAH pendirian UMNO dalam memperjuangkan orang Melayu sudah berubah selepas tsunami politik 2008?

Inilah persoalan yang bermakna di fikiran banyak pihak memandangkan sejarah sudah membuktikan bahawa UMNO turut memerlukan undi bukan Melayu untuk menang dalam pilihan raya.

Bagi menjawab persoalan ini, wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan dan MOHD. ASRON MUSTAPHA menemubual Naib Presiden UMNO, DATUK SERI MOHD. SHAFIE APDAL bagi mengupas pendirian parti itu dalam memelihara kepentingan Melayu meskipun ketika berhadapan dengan persekitaran politik baru ini.

UTUSAN: Bagaimana Datuk Seri melihat kedudukan UMNO hari ini selepas tiga tahun dikejut tsunami politik?

SHAFIE: UMNO sebenarnya banyak berjasa kepada negara kita. Walaupun sekarang ini terdapat usaha untuk menganggu-gugat kesatuan serta perpaduan orang Melayu, UMNO tetap dengan perjuangan terasnya dan kita tidak pernah lari daripada mempertahan kepentingan Melayu.

Malangnya, dalam usaha pihak tertentu untuk menganggu-gugat kesatuan ini, ia bukan hanya datang daripada orang bukan Melayu tetapi turut tumpang sekaki bagi menghancurkan perpaduan bangsa kita ialah segelintir orang Melayu itu sendiri.

UMNO cuba dilumpuhkan oleh parti yang berteraskan pelbagai kaum terutama DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas. Namun jati diri dan prinsip kita tetap tidak berubah, walaupun Pas sudah bersalin kulit apabila membuka parti itu kepada bukan Melayu, UMNO tetap di situ.

Selagi ada Melayu, kita tidak galakkan kaum lain bertapak dalam UMNO. Melayu teras parti ini kerana konsep perkongsian kuasa kita adalah melalui Barisan Nasional (BN) dan terbukti formula itu berjaya membangunkan negara ini.

Secara realistiknya di mana UMNO sekarang? Adakah sudah di landasan tepat untuk terus dianggap relevan membela rakyat dan seterusnya memenangi pilihan raya umum akan datang?

Saya yakin kalau kesedaran di kalangan orang Melayu dapat dipertingkatkan, UMNO sentiasa berupaya memerintah negara kerana kita jangan memandang ringan sokongan akar umbi terhadap parti keramat ini.

Kita mempunyai jutaan ahli yang tidak semudah itu untuk membunuh UMNO. Pada saya UMNO sudah berada di landasan sepatutnya tetapi perjuangan kita sudah tentu memerlukan penyelarasan politik secara berterusan kerana persekitaran politik berubah.

Buktinya kita sudah lihat apabila tujuh siri pilihan raya kecil terakhir semuanya dimenangi UMNO dan BN, termasuk di negeri pembangkang sendiri dan ia bukan diperolehi hasil penipuan sebagaimana didakwa pembangkang.

Ia hasil pertimbangan yang dibuat pengundi selepas membandingkan corak dan kemampuan pemerintahan kita berbanding pembangkang yang diberi peluang mentadbir beberapa negeri selepas 2008 lalu.

Lihat saja apa sudah jadi dengan orang Melayu di Pulau Pinang selepas ditadbir DAP? Kedudukan Islam di Pulau Pinang apa jadi? Keadaan di Kedah dan Selangor macam mana?

Sejauh mana UMNO dapat memberi jaminan bahawa parti ini tidak akan menari mengikut rentak Pas sehingga sanggup melukakan hati orang Melayu?

Pegangan UMNO tidak akan berubah apatah lagi bila ia membabitkan soal kepentingan orang Melayu dan akidah. UMNO sentiasa konsisten dan tidak ralat sedikit pun untuk mendaulatkan perjuangan Melayu.

Kalau ada tuntutan daripada komponen BN sekalipun, kita katakan jangan sampai menjejaskan kepentingan Melayu. Pendirian ini tidak pernah terhakis, maknanya kita jaga segala kepentingan yang terjamin di bawah Perlembagaan.

Soal Pas, saya sendiri sedih dengan perkembangan terkini parti itu sehinggakan dalam isu akidah pun mereka masih nak berpolitik dengan menyalahkan UMNO. Sedangkan isu akidah ini timbul akibat perbuatan musuh Islam.

Sepatutnya, kita sebagai parti Melayu bersatu dalam isu teras seperti ini. Begitu juga dalam isu terbaru yang melanda Pulau Pinang, yang membangkitkan perkara sensitif ialah DAP tetapi yang bertelagah siapa? Sesama Melayu.

Komponen BN khususnya situasi MCA dan Gerakan begitu kritikal, sejauh mana komponen ini dapat membantu BN mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum akan datang?

Parti komponen kena terima hakikat bahawa mereka berhadapan dengan cabaran getir. Belum pernah dalam sejarah sokongan pengundi pudar kepada parti komponen tetapi dalam pada itu, ada juga yang meningkat.

Sokongan masyarakat India kepada MIC meningkat berbanding dengan dahulu tetapi dalam senario sekarang, semua parti komponen termasuk UMNO sendiri harus berpegang pada kenyataan bahawa kalau kita nak terus memerintah selepas pilihan raya umum nanti, kita harus letak calon yang dikehendaki oleh pengundi.

Kita tidak boleh menegakkan benang yang basah dengan mendakwa ini kawasan tradisi parti kami sedangkan rakyat mahu calon yang baru. Semua pihak dalam komponen BN kena terbuka dan kita mesti meletakkan calon yang boleh menang.

Maknanya Datuk Seri setuju perlu ada pertukaran kawasan?

Ya. Semua parti kena melihat dari kerangka realistik. Apa juga kita lakukan perlu ada fleksibiliti bagi membolehkan BN menang di kawasan itu sama ada melalui pendekatan pertukaran kerusi atau sebagainya.

Setiap parti komponen perlu meredakan sesuatu kerusi itu ditandingi oleh mana-mana pihak yang boleh memenangi pilihan raya. Kalau kita berterusan cuba menegak benang yang basah, tidak akan menang kita dalam pertarungan selepas ini.

Namun, usaha ini perlu berteraskan semangat perkongsian kuasa. Kalau semua kerusi UMNO bolot mana boleh. Kita mesti ber timbang rasa.

Kesatuan antara masyarakat hari ini berada pada tahap cukup lemah selepas berlakunya tsunami politik pada 2008. Bagaimana Datuk Seri melihat pembangkang dalam konteks ini?

Saya bimbang mainan politik pembangkang. Mereka bukan berpolitik berlandaskan perjuangan untuk kepentingan rakyat dan negara. Mereka sanggup memperalatkan agama dan sebagainya.

Parti yang dulu mendakwa parti Islam pun hari ini kita lihat sanggup melonggarkan soal akidah bila timbul isu murtad, bantahan terhadap azan dan banyak lagi. Saya melihat pembangkang itu sudah tiada batasan lagi dalam berpolitik. Sepatutnya pembangkang melontarkan idea apa yang mereka boleh lakukan lebih baik daripada apa yang sudah dan sedang dilaksanakan kerajaan.

Jadi, apa mesej Datuk Seri kepada seluruh rakyat dan parti politik terutamanya ketika kita berada dalam bulan kemerdekaan ini.

Saya berharap rakyat dan seluruh parti politik mengambil pengajaran daripada pergolakan di beberapa negara khususnya di Asia Barat dan rusuhan di London baru-baru ini. Kita kena bersatu dan bukannya didorong oleh hasutan dalam konteks agama, kaum dan harta kerana akhirnya ia akan memundurkan negara kita sendiri. Bersatulah untuk memajukan negara dan menghadapi cabaran ekonomi global.

Jangan terlalu asyik berpolitik. Kalau banyak sangat politik tidak akan ada masa untuk kita mencapai sebuah negara maju menjelang 2020.

Transformasi dalam pemilihan menteri

Posted:

Transformasi dalam pemilihan menteri

Transformasi dalam pemilihan menteri

Saranan Salleh

KITA sering mendengar diperkatakan yang arahan masa kini adalah bakat dan merit. Kita juga sedang melalui transformasi pelbagai jenis ekonomi dan politik.

Kalau dinilaikan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) hari ini tidak lagi boleh disamakan dengan masa dulu yang mana integriti dan amanah adalah sifat-sifat yang boleh diharapkan oleh rakyat daripada pegawai PTD. Mungkin dari segi kelayakan kita boleh bandingkan dengan pegawai-pegawai hari ini yang memiliki sehingga sarjana dan kedoktoran.

Oleh itu, suatu transformasi dalam perkhidmatan kerajaan juga patut dilakukan. Transformasi yang patut dilakukan ini meletakkan bakat dan otak terbaik untuk setiap jawatan penting dalam kerajaan daripada Ketua Setiausaha Negara ke bawah.

Tiada siapa berhak mendapatkan sesuatu jawatan hanya disebabkan sudah lama dalam perkhidmatan. Rekod pencapaian seseorang pegawai itu wajar dinilai dahulu sebelum dilantik atau dinaikkan pangkat dan bukan semata-mata giliran seseorang pegawai itu.

Bagi jawatan-jawatan penting orang luar juga yang bukan pegawai PTD wajar dilihat sekiranya mempunyai kemahiran, pengalaman dan kelayakan. Ertinya, kita mendapatkan the best talent untuk jawatan-jawatan penting dalam kerajaan, tidak kira bangsa.

Mereka patut diberi gaji dan kemudahan yang setanding dengan apa diperolehi oleh ketua-ketua syarikat berkaitan kerajaan. Begitu juga hakim-hakim kita. Patut diberi gaji yang tinggi dan kemudahan yang membanggakan seperti kereta Mercedes atau BMW berkuasa tinggi. Barulah mereka tidak terpengaruh dengan rasuah.

Kita sedar bahawa rasuah sudah menular sehingga ke jawatan-jawatan tinggi kerajaan dan kalau ia tidak dibanteras negara ini akan hancur.

Seorang rakan saya, pengimport barang- barang misalnya menceritakan bagaimana apabila syarikatnya tidak mahu lagi membayar RM800 untuk setiap kontena didatangi oleh pegawai penguat kuasa yang mengenakan denda atas kesalahan yang bukan-bukan. Bayaran yang diminta mula-mula RM200 setiap satu kontena, kemudian naik RM300 sehinggalah ke RM800 satu kontena.

Begitu juga mereka yang bertanggungjawab atas pemeriksaan kenderaan seperti bas, lori dan trak. Mudah saja untuk dibuktikan. Bawa bas yang patut diperiksa dan diberi kebenaran ke tempat pemeriksaan dan usah berikan duit suapan. Bas itu boleh berlapuk di situ berhari-hari.

Rasuah ini macam pelacuran. Semua orang tahu berleluasa tetapi tiada siapa yang hendak bercakap tentangnya. Kita dipenuhi dengan perempuan dari macam-macam negara. Sebut saja negara mana, Eropah tengah, China, Asia dan negara-negara yang kita tidak biasa dengar.

Kita hairan bagaimana misalnya kita mempunyai penduduk asing begitu ramai dalam negara ini. Ramai juga yang dikatakan belajar tetapi buat kerja lain dan keadaannya kita lihat seperti tidak terkawal lagi.

Kita dengar orang dari Iran misalnya ditangkap kerana mengedar dadah bukan sekali tetapi berkali-kali. Kita juga dengar mereka dari negara Afrika melakukan pelbagai jenayah dan gangguan kepada masyarakat tetapi mereka masih ada lagi dalam negara ini. Macam-macam serbuan dilakukan tetapi pelacuran masih menjadi-jadi.

Kita juga wajar memikirkan transformasi kepada pelantikan ahli-ahli Kabinet. Menteri sepatutnya terdiri daripada mereka yang terbaik dalam bidang yang perlukan. Latar belakang mereka mestilah sesuatu yang tidak boleh dipersoalkan. Begitu juga kemahiran, pengalaman dan kelayakan mereka.

Ertinya bagi setiap kementerian, menteri kita terdiri yang terpilih daripada "creme de la creme" terbaik bakatnya dalam negara ini. Mereka tidak sepatutnya terdiri daripada ahli politik, jadi tidaklah lagi ada perebutan jawatan atau kompromi yang tidak diingini dalam mana-mana parti pemerintah.

Peruntukan berdasarkan parti masih boleh lagi dilaksanakan berdasarkan kemenangan di pilihan raya. Kalau UMNO menang banyak, ia berhak memilih sejumlah menteri, begitu juga lain-lain parti komponen.

Menteri kita juga patut dibayar gaji dan kemudahan setimpal dengan mereka di sektor swasta dan tidak campur dengan hal-hal politik supaya dia boleh memberikan tumpuan kepada bidang kementeriannya. Sekali setahun, dibenarkan melancong keluar negara bersama keluarga atas perbelanjaan kerajaan.

Sesiapa yang hendak dipilih perlu disaring oleh suatu jawatankuasa yang akan meneliti latar belakang setiap calon untuk sesuatu jawatan dari segi pencapaian, kelayakan, pengalaman, kemahiran dan karektor.

Mereka yang tidak begitu bersih dari segi kelakuan dan latarbelakang tidak patut dipertimbangkan langsung. Ahli-ahli jawatankuasa ini terdiri daripada bekas hakim atau mereka yang mempunyai kedudukan dan reputasi yang tidak tercemar.

Kita sering terdengar betapa kita ingin beralih kepada merit dan rekod pencapaian. Inilah masanya kita memikirkan transformasi tersebut patut berlaku dalam pemilihan menteri juga.

Walaupun kita kerap terdengar betapa politik wang patut dibanteras tetapi hakikatnya politik wang sudah menjadi darah daging dalam parti.

Lihat saja semasa musim pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian. Ada yang tidak segan-silu menceritakan betapa banyak yang diperlukan untuk memenangi sesuatu jawatan dalam parti.

Kalau menteri tidak ada kaitan dengan politik, tidak payah risau tentang hendak menjaga atau bela orang-orangnya. Serahkan politik kepada orang politik. Apa yang kita lihat hari ini adalah setiap isu yang penting kepada negara dipolitikkan, jadi masalah sebenar menjadi kabur dalam membuat keputusan kerana kena ambil kira politik.

Ahli politik Malaysia telah membawa politik ke suatu dimensi yang belum pernah dilihat di masa-masa dulu. Jarang sekali sesuatu isu tidak dipolitikkan. Lagi pun kita menyaksikan menteri kita terlalu sibuk menangani soal-soal politik kerana sentiasa memikirkan soal tidak mahu menyisih hati pengundi.

Mekanisme perubahan ini perlu diteliti sebaik-baiknya tetapi banyak baiknya daripada buruknya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca dan maaf zahir batin.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Cerita raya Chef Sopi

Posted:

Cerita raya Chef Sopi

Cerita raya Chef Sopi

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR


Daging masak kicap merupakan antara hidangan istimewa yang disajikan di Restoran Ibunda, Kuala Lumpur.


BERTUGAS pada Hari Raya Aidilfitri merupakan perkara biasa bagi mereka yang bekerja dalam bidang masakan dan perhotelan termasuklah mereka yang bekerja sebagai chef.

Mahu atau tidak, sudah pasti hati tersentuh pilu apabila pada saat orang lain saling kunjung-mengunjungi pada hari raya, diri sendiri masih lagi melakukan tugasan seperti biasa.

Namun bagi Chef Eksekutif, Mohammad Sopi Lazim, hati yang sedih akibat tidak dapat bercuti raya segera terubat apabila menyambut pagi hari raya bersama rakan-rakan di tempat kerja.

Sebab itu, beliau tidak kisah jika bertugas pada hari raya demi menunaikan tanggungjawab kepada syarikat.

Beliau berkata, hari raya yang disambutnya bersama teman sekerja tetap meninggalkan kenangan indah kepadanya ketika bertugas di pagi raya walaupun kini beliau berkerja di tempat baru.

Hari raya bersama keluarga

lebih bermakna

Berasal dari Setiawan, Perak , Chef Sopi tidak lagi merasai kesyahduan bertugas pada hari raya terutama pada pagi raya pertama berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Biarpun mengakui hati sedikit sebanyak tercuit sayu apabila mendengar alunan takbir yang indah, perasaan itu segera dibuang jauh-jauh apabila sedang bekerja.

Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang masakan terutamanya masakan Melayu asli sepanjang berkhidmat selama 18 tahun di beberapa hotel sekitar utara tanah air dan Kuala Lumpur, tidak dapat melupai suasana hari raya apabila dia dan rakan-rakannya memakai baju Melayu dan baju kurung sambil berpakat membawa juadah seperti lemang, ketupat dan rendang ke tempat kerja.

"Tahun ini, saya bernasib baik kerana dapat bercuti pada hari raya kerana saya kini bertugas di restoran Ibunda di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

"Kalau dulu ketika berkerja di hotel susah nak dapat cuti tetapi di restoran kebanyakan warga kota pulang ke kampung maka kami pun mengambil peluang ini untuk menutup operasi selama seminggu," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, kepulangan pada hari raya akan digunakan sepuas-puasnya untuk menikmati juadah kegemaran seperti ketupat dan lemang.

Menurut Chef Sopi, tahun ini beliau akan pulang beraya di kampung halaman di Setiawan, Perak dan telah menjadi kebiasaan jika beliau pulang ke kampung segala juadah akan disediakan beliau.

"Selalunya bila saya pulang ke kampung, saya selalu masak untuk seluruh keluarga dengan dibantu oleh saudara mara yang lain dan dapur tempat kami memasak juga akan meriah seperti berada di dapur tempat saya bekerja.

"Saya rasa bidang masakan telah sebati dengan jiwa saya dan saya berkeyakinan dengan masakan saya," jelasnya.

Menari bersama kanvas

Posted:

Menari bersama kanvas

Menari bersama kanvas

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my
Gambar AMIN FARIJ HASAN


Raja Azhar sedang menerangkan pergerakan lukisan yang dihasilkan berdasarkan pengalaman beliau dalam bidang seni tarian.


MENCALIT berus lukisan atas kanvas sambil diiringi bunyi muzik yang sesuai dengan langkah gerak tari perlahan dan pantas banyak mempengaruhi koleksi karya Memoir- The Dance Journey yang dihimpunkan oleh Raja Azhar Idris sejak 1985 hingga 2011.

Ketika melihat karya tersebut dalam pameran solonya baru-baru ini di Galeri Art Case, Great Eastern Mall, Ampang, ia cukup mempersonakan.

Bukan mudah seseorang pelukis menghasilkan lukisan berdasarkan gerak tari jika dia bukannya seorang penari yang boleh menghayati gerak-gerak tarian tradisional seperti Zapin, Inang, dan tarian Sufi yang terkenal di negara-negara Arab.

Menurut Raja Azhar yang terkenal dengan hasil kesenian arca yang diperbuat daripada bahan seramik atau kaca berwarna, pameran Memoir- The Dance Journey amat bermakna buatnya lebih-lebih lagi ia mengimbau kenangan lalu ketika menetap di Melbourne, Australia.

"Selepas menamatkan pengajian di Victorian College of the Arts, saya menyertai Australian Contemporary Dance Company yang dikelola oleh Ron Baker.

"Dari sana saya belajar menari dan kesemua lukisan ini juga dilukis berdasarkan pengalaman saya dalam bidang tarian dan kesenian," katanya.

Mengimbau kenangan lalu

Beliau berkata, tahun ini merupakan tahun yang paling sesuai buatnya untuk mempamerkan buat pertama kalinya memori yang disimpan selepas 26 tahun.

"Sudah lama saya merancang untuk mengadakan pameran ini tetapi tertunda kerana banyak menghasilkan karya menggunakan kaca.

"Melukis dengan buat arca kaca amat berbeza. Kerja-kerja penghasilan arca banyak menggunakan teknik untuk membentuk dan melukis di atas kanvas memerlukan banyak teknik dan daya kreativiti.

"Walaupun kedua-dua medium itu tidak sama ia masih memberikan kepuasan kepada saya untuk menghasilkan karya-karya yang bertenaga," jelasnya.

Bagi Raja Azhar, walau apa pun bahan kesenian yang dihasilkan dan digunakan, seniman tersebut perlu menghormatinya kerana secara tidak langsung ia mengajar mereka mengenai disiplin, kesabaran dan ketelitian.

"Bila saya fikir kembali, melukis atas kanvas membuatkan saya berzikir dan bersemangat ketika melukis karya seperti Sufi Mevlana Dance II-Zikir for Fadilah dan ketika melukis karya dalam siri Zapin pula, saya menari sambil melukis berdasarkan rentak lagu tersebut.

"Ketika lagu laju, saya pun ikut melukis dengan lebih pantas dan boleh dikatakan saya melukis mengikut irama dan tarian mengikut rentak lagu. Kalau lagu laju, strok saya makin laju," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Permit pasar tani dipajak?

Posted:

Permit pasar tani dipajak?

Permit pasar tani dipajak?

Oleh ROSLAH OTHMANkota@utusan.com.my


JASMAN Tugiman yang sudah dua tahun menjadi pembantu di Pasar Tani Kampung Pandan tidak pernah melihat ada peniaga warga asing di pasar itu, sekali gus menafikan dakwaan ada peniaga yang memajakkan permit mereka.


KUALA LUMPUR 2 Sept. - Isu peniaga memajak lesen dan permit perniagaan mereka kepada warga asing bukanlah perkara baru, malah isu itu sudah mula ditangani oleh kerajaan melalui tindakan tegas agensi-agensinya sejak dahulu lagi.

Peniaga tempatan menyedari perkara itu adalah satu kesalahan tetapi kerana mahukan keuntungan segera, mereka menutup mata dan merelakan hati untuk melakukannya.

Peniaga pasar tani kelolaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) tidak terkecuali daripada turut didakwa memajakkan permit mereka kepada warga asing.

Bagaimanapun, tinjauan yang dilakukan oleh Utusan Malaysia ke lokasi yang didakwa terlibat itu iaitu di Kampung Pandan, gagal menemui peniaga warga asing dikatakan itu.

Pasar tani yang beroperasi dua kali seminggu iaitu Isnin dan Khamis bermula pukul 4 petang hingga 10 malam itu menempatkan 71 peserta yang menawarkan pelbagai barangan harian segar.

Seorang peniaga, Rahimah Riduan, 45, berkata sepanjang menjalankan perniagaan di situ tidak pernah timbul isu permit perniagaan disewa kepada warga asing.

Dia yang sudah hampir 13 tahun berniaga pisang di situ mengakui di kalangan rakan-rakan niaganya, kesemua yang dikenali terdiri daripada warga tempatan.

"Saya tidak percaya kerana FAMA sendiri begitu teliti dan hanya individu yang benar-benar layak sahaja diberikan permit dan tidak mungkin perkara ini terjadi di sini," ujarnya yang berasal dari Sabak Bernam.

Kenyataannya turut disokong Jasman Tugiman, 45, pembantu di salah sebuah gerai daging di pasar tani berkenaan.

Katanya, sepanjang dua tahun membantu majikannya berniaga di situ, dia tidak pernah melibat kelibat warga asing mengambil alih berniaga di situ.

"Tidak mungkin FAMA terlepas pandang kerana setiap kali pasar beroperasi mereka ada menempatkan pegawai bertugas bagi memantau operasi di setiap lokasi," ujarnya.

FAMA sangkal peserta pajak permit

Posted:

FAMA sangkal peserta pajak permit

FAMA sangkal peserta pajak permit

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyangkal dakwaan pihaknya terlepas pandang sehingga ada peserta pasar tani yang melanggar syarat termasuk memajakkan permit mereka kepada warga asing.

Pengarah Pasar Taninya, Rosilawati Abu Hassan berkata, siasatan yang dijalankan di Pasar Tani Kampung Pandan, lokasi yang didakwa berlaku perkara itu, mendapati tiada permit dipajakkan kepada warga asing.

Menurutnya, bagi memastikan peserta tidak melanggar syarat, pihak FAMA sentiasa membuat lawatan ke tapak-tapak pasar tani seluruh negara selain cuba mendapatkan maklum balas daripada pengguna dan pelanggan pasar tani.

"Sepanjang tempoh peserta menjalankan perniagaan mereka di tapak pasar berkenaan, mereka tertakluk kepada peraturan, polisi serta undang-undang yang ditetapkan oleh FAMA.

"Ini termasuklah tidak membenarkan menggunakan pekerja atau pembantu warga asing yang tertakluk di bawah Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan) 2002,'' katanya.

Katanya, perkara itu turut termaktub dalam Peraturan Perniagaan di Pasar Tani di bawah Perkara 24 yang menyebut menggaji warga asing atau pendatang tanpa izin sebagai pembantu jualan di pasar tani yang mengakibatkan peserta mengumpul mata kesalahan sebanyak 40 mata.

Katanya, jumlah mata itu boleh membawa kepada tindakan penggantungan atau pembatalan permit perniagaan di pasar tani.

"Pengeluaran permit dibuat pada setiap akhir tahun dan setiap peserta perlu memperbaharui permit menerusi system e-pasar tani menggunakan MyKad,'' ujarnya.

DBKL hantar atlet ke Sukan Paralimpik Esfahan

Posted:

DBKL hantar atlet ke Sukan Paralimpik Esfahan

DBKL hantar atlet ke Sukan Paralimpik Esfahan


Ahmad Fuad (kiri) bergambar dengan sebahagian daripada 23 atlet paralimpik yang akan menyertai Kejohanan Sukan Paralimpik Antarabangsa di Esfahan pada majlis penyerahan bendera kepada kontinjen DBKL di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 2 Sept. - Seramai 23 atlet paralimpik dan pegawai yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosial Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz akan ke Iran untuk menyertai Kejohanan Sukan Paralimpik Antarabangsa Esfahan dari 6 hingga 13 September ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, kejohanan yang diadakan buat julung kalinya itu menampilkan sukan orang kurang upaya seperti bola tampar duduk, menembak dan ping pong.

Menurutnya, DBKL dengan kerjasama Majlis Paralimpik Malaysia telah mengenal pasti atlet-atlet yang berbakat dan mempunyai pengalaman untuk menyertai kejohanan tersebut.

"Penghantaran kontinjen ke kejohanan ini adalah atas jemputan dan ia diharap dapat merapatkan lagi hubungan antara bandar raya Esfahan dan Kuala Lumpur yang sudah sedia terjalin sebagai bandar raya berkembar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bendera kontinjen kepada Mhd Amin Nordin yang turut disaksikan Setiausaha MPM, Tony Kassim.

Ahmad Fuad menambah, bagi menuju status bandar raya, tanggungjawab pihak berkuasa bukan bukan sahaja menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur untuk golongan kurang upaya tetapi juga memberi sokongan kepada kebajikan dan aktiviti golongan tersebut.

"Pada kejohanan tersebut, kontinjen DBKL akan menyertai acara bola tampar duduk bagi kategori lelaki dan wanita," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved