Jumaat, 2 September 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Mat Sabu perlu bertaubat - TPM

Posted:

Mat Sabu perlu bertaubat - TPM

Mat Sabu perlu bertaubat - TPM


Muhyiddin Yassin menaikkan bendera Jalur Gemilang semasa upacara sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 yang diadakan sempena rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di Kompleks Seri Pekembar di Pagoh, Johor, kelmarin. - BERNAMA


PAGOH 1 Sept. — Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu perlu balik ke landasan yang betul dan berpegang kepada prinsip takwa.

Sebagai seorang pemimpin Islam, beliau berkata, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu patut selalu berfikir terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan sentiasa bercakap benar.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan Mat Sabu memutarbelitkan kenyataan adalah satu dosa.

"Kalau dah tersasul dia kena mohon ampun pada Tuhan dan bertaubat supaya tak melakukan sesuatu seperti itu lagi," katanya kepada pemberita semasa rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di Kompleks Seri Pekembar di sini, semalam.

Muhyiddin berkata demikian semasa diminta mengulas tindakan Mat Sabu menafikan mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan tragedi pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Muhyiddin kesal dengan kenyataan Mat Sabu dan menyifatkan pemimpin Pas itu lebih berpolitik dan tindakan Mat Sabu menafikan membuat kenyataan itu dan berhasrat menyaman akhbar Utusan Malaysia hanyalah psikologi politik bagi memperbetulkan keterlanjurannya.

"Bagi saya, saya tak tahu ini gambaran Pas yang sebenarnya atau perlakuan peribadi Mat Sabu tetapi yang pastinya apabila seseorang seperti beliau berucap, beliau bercakap dalam kapasiti sebagai Timbalan Presiden (Pas)," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kalau itu menjadi trend Pas pada masa akan datang, ia telah lari daripada asas perjuangan parti berkenaan. — BERNAMA.

Peningkatan kemalangan menyedihkan

Posted:

Peningkatan kemalangan menyedihkan

Peningkatan kemalangan menyedihkan

PAGOH 1 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa sedih dengan peningkatan jumlah kemalangan di jalan raya pada musim perayaan ini.

Beliau berkata, peningkatan itu terutama sekali di jalan-jalan negeri dan bandaran tidak sepatutnya berlaku kerana pelbagai kempen telah diadakan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai, sehingga Jabatan Keselamatan Jalan Raya ditubuhkan bagi menangani perkara itu.

Jumlah kes kemalangan jalan raya terutamanya yang melibatkan motosikal membimbangkan kerajaan, katanya.

"Saya rasa sedih.., paling banyak kes melibatkan motosikal. Kempen dah lama kita jalankan sehingga kita tubuhkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya tetapi malangnya perkara ini masih berulang sama ada pada musim perayaan atau bukan musim perayaan," katanya.

Muhyiddin diminta mengulas mengenai peningkatan kemalangan jalan raya di musim perayaan ini semasa ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Kompleks Seri Pekembar di sini semalam.

Sebanyak 15 kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal dicatatkan pada hari kelapan Ops Sikap-24, semalam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus meneliti langkah terbaik bagi mengurangkan kadar kemalangan di negara ini dan meskipun langkah memperketatkan peraturan mungkin menerima bantahan banyak pihak.

Pengguna jalan raya, kata beliau boleh menyalahkan jalan yang berlubang-lubang atau sempit sebagai punca kemalangan namun ia boleh dielakkan jika mereka berhati-hati dan tidak memandu laju.

Justeru, Muhyiddin menasihati pengguna jalan raya agar lebih bertanggungjawab, menghargai nyawa, menghormati satu sama lain dan ingat kepada orang yang disayangi ketika memandu. - BERNAMA.

Singapura serah loji air kepada Johor

Posted:

Singapura serah loji air kepada Johor

Singapura serah loji air kepada Johor


Sultan Ibrahim melawat loji air Gunung Pulai sebelum majlis menandatangani perjanjian bagi penyerahan dan penerimaan sempena tamatnya perjanjian air Johor-Singapura 1961 di Loji Air Gunung Pulai, semalam.
Turut mengiringi, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura Dr Vivian Balakrishnan.


JOHOR BAHRU 1 Sept. — Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam menyaksikan majlis penyerahan kemudahan loji rawatan air dan rumah pam secara rasmi oleh Lembaga Perbekalan Awam Singapura (PUB) kepada kerajaan negeri Johor.

Majlis menandatangani penyerahan dua loji rawatan air dan dua rumah pam milik PUB disempurnakan secara bersama oleh Pengerusi PUB Tan Gee Paw dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Obet Tawil, di Loji Air Gunung Pulai di sini.

Turut hadir pada majlis bersejarah itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Sekitaran dan Sumber Air Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.

Selain Loji Air Gunung Pulai, PUB menyerahkan Loji Air Sungai Skudai, Rumah Pam Tebrau dan Rumah Pam Pontian berikutan kontrak bekalan air selama 50 tahun tamat antara PUB dan kerajaan negeri Johor di bawah Perjanjian Air 1961 hari ini.

Dalam ucapan pada majlis itu, Abdul Ghani mengucapkan terima kasih kepada PUB kerana mengurus dan menjaga semua kemudahan loji rawatan air dan rumah pam berkenaan dalam keadaan baik sepanjang tempoh perjanjian tersebut.

"Loji rawatan air Gunung Pulai adalah berkualiti tinggi dan kerajaan Johor bercadang meneruskan usaha baik PUB itu," katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri menimbang untuk menaiktaraf semua kemudahan berkenaan demi menampung permintaan bekalan air bagi penduduk Johor Baharu dan Pontian.

Keputusan untuk menyerahkan kemudahan air itu secara percuma dicapai semasa pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya Lee Hsien Loong pada 24 Mei tahun lalu.

Sebelum ini, dilaporkan penyerahan kemudahan air oleh PUB itu akan menghasilkan tambahan 681 juta liter air bersih sehari untuk negeri Johor.

Ekoran tamatnya perjanjian itu, Johor akan mengurus 43 daripada 44 loji rawatan air di negeri itu manakala PUB akan terus menguruskan Loji Rawatan Air Sungai Johor dan Empangan Linggiu di Johor.

Terdapat dua Perjanjian Air Johor-Singapura iaitu Perjanjian Air 1961 yang tamat pada 31 Ogos 2011 dan Perjanjian Air 1962 yang akan tamat pada 2061. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved