Sabtu, 11 Januari 2014

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Ringan beban ibu bapa

Posted: 11 Jan 2014 11:45 AM PST

Oleh M.RIZAL NOR
utusanpahang@utusan.com.my

ABDUL Kassim Abdul Rahman (belakang, tiga dari kanan) bersama sebahagian ibu bapa dan murid yang menerima sumbangan di Sekolah Kebangsaan Felda Kota Gelanggi 1, Jerantut, semalam. - MINGGUAN/M.RIZAL NOR

JERANTUT 11 Jan. - Seramai 52 murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi 1 menerima sumbangan kelengkapan persekolahan daripada Yayasan Felda di sini semalam.

Pengurus tanah rancangan berkenaan, Abdul Kassim Abdul Rahman berkata, sumbangan tersebut merupakan program tahunan Yayasan Felda bagi membantu meringankan beban ibu bapa.

"Setiap murid menerima beg sekolah, sepasang kasut, dua pasang uniform sekolah, sepasang pakaian sukan dan satu set alat tulis.

"Sumbangan ini diberikan kepada semua murid tahun satu tanpa mengenakan syarat serta latar belakang ibu bapa atau penjaga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan berkenaan yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Abdul Rahman Ghani.

Menurutnya, biar pun sumbangan tersebut diberikan setelah sesi persekolahan 2014 bermula namun setidak-tidaknya mampu mengurangkan beban ibu bapa.

"Saya yakin sumbangan ini sudah mampu membuat ibu bapa tersenyum kerana mereka boleh menjimatkan wang perbelanjaan," katanya.

Bagi seorang bapa, Rosli Mat Nawi, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada Yayasan Felda kerana sumbangan tersebut boleh mengurangkan bebanannya untuk menguruskan persekolahan anak-anak.

"Bantuan ini pastinya melegakan kami ibu bapa. Apatah lagi ketika ini kos yang perlu ditanggung setiap kali sesi baru persekolahan agak tinggi terutama bagi mereka yang mempunyai ramai anak," katanya.

13 PIBG terima agihan bantuan RM40,000

Posted: 11 Jan 2014 11:45 AM PST

KUALA LIPIS 11 Jan. - Pejabat Ahli Parlimen Cameron Highlands memperuntukkan RM40,000 untuk diagihkan kepada 13 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai di Sungai Koyan, dekat sini.

Agihan itu melibatkan bantuan RM3,000 kepada 12 buah PIBG sekolah rendah manakala PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Koyan menerima sebanyak RM4,000.

Penyampaian cek bantuan PIBG itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Seri G. Palanivel kepada Pengerusi PIBG berkenaan.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dan Pegawai Pendidikan Lipis, Misnan Mohd. Damin.

Menurut Palanivel, bantuan berkenaan antara strategi pejabat Ahli Parlimen Cameron Highlands untuk memantapkan pengurusan PIBG sekolah kampung tradisional kawasan Jelai termasuk di pos Orang Asli pedalaman tahun ini.

"Kita mahu pengurusan PIBG bekerjasama dengan pentadbir sekolah untuk memfokuskan program akademik, kokurikulum dan bina insan antara misi transformasi bidang pembangunan modal insan," katanya di Sungai Koyan dekat sini kelmarin.

Menurut Palanivel, bantuan dana berkenaan untuk mengurangkan beban kewangan pengurusan PIBG sekali gus merangsang lebih banyak program ke arah kecemerlangan akademik pelajar di DUN Jelai.

Sementara itu, Wan Rosdy meminta pengurusan PIBG menggunakan wang berkenaan untuk program yang lebih signifikan memajukan para pelajar serta membantu pentadbir sekolah melonjak kecemerlangan akademik, kokurikulum dan bina insan.

22 keluarga mangsa banjir di Padang Tengku dipindahkan

Posted: 11 Jan 2014 11:45 AM PST

KUALA LIPIS 11 Jan. - Sebanyak 22 keluarga membabitkan 107 penduduk di lima buah kampung di dalam Dewan Undangan Negeri Padang Tengku dipindahkan ke pusat pemindahan berikutan banjir melanda kawasan itu hari ini.

Kampung-kampung terlibat adalah Kampung Beralas, Kampung Seberang Jelai, Kampung Dusun, Kampung Aur Gading dan Kampung Chegar Perah.

Jalan Jerantut ke Kuala Lipis juga terpaksa ditutup kepada kenderaan ringan berikutan air naik di laluan itu setinggi kira-kira satu meter.

Jurucakap polis ketika dihubungi berkata, kenderaan yang mahu menuju ke daerah ini diminta menggunakan laluan alternatif dari bandar Jerantut ke Benta atau dari Kampung Jerangsang, Atong ke pekan Kerambit.

Dalam pada itu, sebanyak 30 sukarelawan UMNO Bahagian Lipis diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long melakukan misi menyelamat dengan membantu pasukan penyelamat memindahkan mangsa-mangsa banjir ke tempat selamat.

Sementara itu Mustapa berkata, banjir berpunca akibat air Sungai Jelai, Sungai Tanum dan Sungai Kechau melimpahi tebing dan memasuki kawasan rumah penduduk sehingga setinggi dua meter.

"Sehingga kini, mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan dan ada yang menumpang di rumah saudara-mara. Dijangkakan lebih ramai penduduk akan dipindahkan berikutan paras air di ketiga-tiga sungai tersebut semakin naik," katanya selepas meninjau keadaan banjir di Kampung Seberang Jelai di sini.

Mustapa dalam pada itu meminta ketua kampung melaporkan segera kejadian banjir kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Lipis dan pihak-pihak berkuasa yang lain bagi memudahkan bantuan dapat dihantar kepada mangsa banjir.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


5 dipercayai kumpulan militan ditahan di Rusia

Posted: 11 Jan 2014 11:33 AM PST

MOSCOW 12 Jan. - Seramai lima anggota dipercayai kumpulan militan ditahan semalam, di bandar Nalchik, selatan negara ini.

Bandar Nalchik, terletak di kaki bukit Gunung Caucasus, kira-kira 300 kilometer dari bandar Sochi, iaitu lokasi berlangsung Sukan Olimpik Musim Sejuk pada bulan depan.

Presiden Rusia, Vladimir Putin, mengarahkan langkah-langkah keselamatan dipertingkatkan di seluruh negara ini, sejak pengebom berani mati yang mengorbankan 34 orang pada bulan lalu, di Volgograd, yang juga terletak di selatan Rusia. - REUTERS

Filipina, Vietnam kutuk undang-undang perikanan China

Posted: 11 Jan 2014 11:30 AM PST

MANILA 12 Jan. - Filipina dan Vietnam semalam mengutuk undang-undang perikanan China yang memerlukan nelayan asing mendapat keizinan daripada pihak berkuasa Beijing, untuk memasuki Laut China Selatan.

Jabatan Luar Filipina dalam satu kenyataan semalam menyatakan, undang-undang baharu itu meningkatkan ketegangan, merumitkan situasi di Laut China Selatan dan mengancam keamanan serta kestabilan di wilayah itu.

Sementara itu, Jurucakap Menteri Luar Vietnam, Luong Thanh Nghi pula berkata, undang-undang dan peraturan baharu itu menyalahi undang-undang dan tidak sah serta melanggar kedaulatan Vietnam. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Mahkamah Persekutuan lupus 127 kes tahun lalu

Posted: 11 Jan 2014 11:45 AM PST

ARIFIN Zakaria (depan) mengetuai perarakan Hakim-Hakim dalam Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2014 di Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 11 Jan. - Mahkamah Persekutuan telah melupuskan sebanyak 127 daripada 270 kes yang tertunggak sepanjang tahun lepas.

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria berkata, untuk kes jenayah, sebanyak 145 daripada 616 kes tertunggak berjaya dilupuskan.

"Bagi permohonan kebenaran merayu, Mahkamah Persekutuan telah melupuskan sejumlah 839 daripada 1,443 kes yang tertunggak pada 2013.

"Berlaku peningkatan kes berdaftar sebanyak 27 peratus berbanding tahun sebelumnya, ini dijangka disebabkan berlakunya peningkatan ketara dalam pelupusan kes rayuan di Mahkamah Rayuan," katanya ketika berucap merasmikan majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2014, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Shariff; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.

Sementara itu, Arifin berkata, Mahkamah Rayuan pula telah melupuskan sebanyak 5,054 daripada 8,395 kes tertunggak sepanjang tahun lalu.

"Bagi kes jenayah, Mahkamah Rayuan telah melupuskan sebanyak 893 daripada 1,773 kes tertunggak," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, badan kehakiman telah mengambil pelbagai langkah bagi menambah baik prestasi dan kualiti perkhidmatan pada tahun lalu untuk meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap institusi tersebut.

"Antaranya dengan menganjurkan latihan dalaman untuk hakim dan pegawai kehakiman, serta menghantar mereka menghadiri seminar sama ada di dalam atau luar negara.

"Ini adalah sebahagian daripada usaha pendidikan perundangan secara berterusan untuk meningkatkan pengetahuan undang-undang dan kemahiran kehakiman," katanya.

Peguam Negara sedang teliti kes Andrew

Posted: 11 Jan 2014 11:45 AM PST

Abdul Gani Patail (kiri) bersama Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong pada majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2014 yang disempurnakan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria di Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 11 Jan. - Jabatan Peguam Negara sedang meneliti kertas siasatan berhubung kenyataan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew supaya semua gereja Katolik di Selangor terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan menggunakan bahasa Melayu oleh penganut agama tersebut.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, setakat ini pihaknya belum membuat keputusan sama ada akan meneruskan kes tersebut ke mahkamah atau sebaliknya.

"Beri saya masa untuk meneliti kertas siasatan tersebut memandangkan saya baru sahaja pulang dari Kota Kinabalu tengah malam tadi," katanya ketika ditemui selepas majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2014 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai status kertas siasatan kenyataan Andrew mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 yang telah dihantar oleh pihak polis setelah 99 individu dipanggil bagi membantu melengkapkan siasatan dijalankan.

Kelmarin Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu, Pejabat Peguam Negara telah memulangkan kertas siasatan tersebut dan meminta siasatan lanjut dilakukan.

Ketika ditanya mengenai gesaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diwujudkan semula, Abdul Ghani berkata, perkara tersebut perlu diserahkan kepada kerajaan.

Menurut beliau, pihaknya hanya akan mengambil tindakan sekiranya kerajaan memutuskan untuk menguatkuasa semula akta tersebut.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Gani berkata, Jabatan Peguam Negara sedang bekerjasama dengan Majlis Peguam, badan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengkaji semula beberapa peruntukan undang-undang keganasan terhadap kaum wanita.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar badan guaman melatih lebih ramai peguam yang mempunyai kemahiran dalam bidang undang-undang keluarga untuk mentransformasikan akta tersebut.

"Satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengenalpasti punca keganasan kaum wanita dan kita akan membuat tindakan susulan menerusi perbincangan tersebut," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Penerusan transformasi negara

Posted: 11 Jan 2014 11:45 AM PST

Dr.Rais Yatim

TAHUN 2014 baharu berusia 12 hari. Gema gemilang bunga api di Putrajaya dan Dataran Merdeka berlalu sudah. Berjuta mesej sistem ringkas (SMS) selamat tahun baharu yang berlintasan di telefon bimbit berjuta manusia kini juga sudah reda, seperti mana redanya musim tengkujuh dan bah.

Jeritan sumbang pembangkang di Dataran Merdeka juga sudah terbenam. Kini kumpulan hilang punca itu membuktikan lebih ramai Melayu daripada anggota masyarakat Malaysia yang lain. Seperti mana halnya dengan politik tanah air, Melayu lawan Melayu kini sudah menjadi amalan yang tampaknya sedikit pun tidak dihiraukan oleh Melayu pembangkang.

Dalam persekitaran beginilah kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kena bergelut dan berhempas-pulas untuk meneruskan agenda transformasinya. Transformasi dalam kerajaan, transformasi politik, transformasi minda dan transformasi capaian pelbagai sektor.

Transformasi bererti mengubah sifat daripada satu keadaan kepada keadaan baru yang membawa penambahbaikan kehidupan baik dari segi imej mahu pun dari aspek hasil.

Transformasi yang dipimpin Najib semenjak hampir lima tahun lalu boleh dimengertikan sebagai meneruskan perjuangan Wawasan 2020 cetusan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Rakyat masih ingat - Wawasan 2020 disasarkan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun tersebut. Wawasan 2020 menganjurkan 9 matlamatnya yang meliputi, antara lain, negara bersatu teguh, keadilan sosial menyeluruh, capaian ekonomi yang saksama, masyarakat berasaskan budaya penyayang, mewujudkan masyarakat demokratik pelbagai kaum yang liberal dan bertolak ansur, negara yang tersedia dengan kebanggaan dan kedaulatannya sendiri, masyarakat bermoral dan beretika, masyarakat berorientasikan pengetahuan saintifik dan teknologi tinggi serta masyarakat majmuk yang berteraskan falsafah kesejahteraan untuk semua.

Kerajaan pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi melalui Islam Hadhari juga memperjuangkan hampir kesemua intisari Wawasan 2020 melalui 10 prinsip asasnya walaupun ternyata, tempoh 5 tahun tidak cukup untuk merealisasikan pengisian yang genap.

Najib amat memahami intisari Wawasan 2020 dan kandungan Islam Hadhari. Beliau juga memahami - sesuatu wasasan memerlukan tempoh masa yang cukup, dan terpenting - rakyat mesti memahami dan menerimanya jika di akhir tempoh sesuatu transformasi mahu mencapai kejayaan.

Jika falsafah transformasi pimpinan Najib hendak disimpulkan, rumusan berikut boleh dianggap menepati intisarinya:

mentransformasikan kerajaan bagi mencapai Wawasan 2020, yang menjadi sasaran bagi negara kita. Walaupun Malaysia sudah bergerak maju sampai ke tahap ini, ekonomi kita masih berada dalam risiko kekal sebagai ekonomi pendapatan sederhana. Kerajaan dan rakyat mesti melaksanakan penambahbaikan signifikan bagi mengurangkan kadar jenayah dan rasuah, mempertingkatkan tahap pendidikan, infrastruktur asas luar bandar dan pengangkutan awam di bandar, dan meningkatkan pendapatan isi rumah berpendapatan rendah. Semua ini perlu dilaksanakan, sebelum Malaysia dapat menjadi sebuah negara maju sepenuhnya. Pihak kerajaan, sebagai penggerak utama dalam pembangunan Malaysia, perlu melalui proses transformasi bagi memastikan Malaysia dapat mencapai Wawasan 2020"

Mencapai matlamat

Di bawah gerak kerja Gagasan 1Malaysia kesemua falsafah dan intisari Transformasi Kerajaan pimpinan Najib dialur dan disalurkan. Huruf-huruf potong (akronim) seperti NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara), NKEA (Bidang Ekonomi Utama Negara), GTP (Program Transformasi Kerajaan), ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan sedozen yang lain dihuraikan ulang berulang. Para Menteri dan pimpinan perkhidmatan awam diberi markah yang dipanggil KPI (indeks pencapaian utama). Ada yang cemerlang, ada yang tidak begitu cemerlang.

Pekikan 1Malaysia yang saban hari dan malam dikumandangkan RTM dan media elektronik swasta menepati sasarannya. Rakyat faham apa itu 1Malaysia walaupun perkara-perkara berkaitan kos kehidupan dan masalah jenayah muncul sebagai cabaran utama.

Kejayaan Pilihan Raya Umum Ke-13 banyak bergantung kepada 1Malaysia dan program transformasi yang dibawa melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Program Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M), Kedai 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Teksi 1Malaysia dan puluhan program pembelaan rakyat yang lain.

Transformasi yang dibawa Najib ternyata diterima baik di Sabah dan Sarawak dalam suasana Melayu berpecah politik tiga segi. Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu terus menjadi simpanan tetap Barisan Nasional (BN). Budi rakyat kedua-dua negeri itu dibalas Najib dengan majoriti jawatan menteri diagihkan ke sana.

1Malaysia dan transformasi mencapai matlamat sekalipun masyarakat Tionghua terpesong dengan dendangan beracun DAP, PKR dan Pas. Walaupun dasar pilih calon boleh menang (winnable candidate) banyak menghilang ditelan hiruk-pikuk retorika kempen calon mutakhir, produk transformasi Najib terbukti diterima. Capaian 88 kerusi Parlimen UMNO, peningkatan kerusi MIC dan komponen BN di Sabah dan Sarawak ialah paparan dalil yang tidak boleh disangkal.

Pada peringkat ini amat perlu bagi wakil rakyat, khasnya daripada UMNO melaksanakan transformasi dalaman: pimpinan membawa teladan yang berdisiplin tinggi, mengawasi dan mematuhi undang-undang penguatkuasaan yang berupaya mewujudkan budaya tinggi.

Dalam menjaga warisan perjuangan yang unggul, UMNO khasnya perlu transformasikan Fasal 3 Perlembagaan UMNO yang juga mendukung cita-cita bahasa dan budaya Melayu.

Apa pun, keutuhan ekonomi Bumiputera perlukan transformasi segera supaya satu hari nanti dapat kita lihat saudagar terkaya di Malaysia ialah Melayu dan Bumiputera. Transformasikan minda supaya jangan khianat terhadap Melayu yang berjaya.

Dan terpenting, jangan malu mengamalkan budaya Melayu sekalipun Barat sudah semacam mendahului mempengaruhi nilai-nilai kehidupan kita. Hilang budaya hilang bangsa. Merosot ekonomi tergadai maruah.

Kritikan terhadap Najib yang tidak adil dijangka akan berterusan dalam hal-hal tertentu, khasnya melalui dunia siber anjuran pembangkang. Mereka juga tak akan sunyi daripada melemparkan tohmahan dan fitnah. Amalan pepatah berani kerana benar, takut kerana salah akan sentiasa membawa kesejahteraan dan keadilan.

Suara majoriti dijangka akan terus mahukan Najib dan pembaharuan yang dipeloporinya. Air muka serta pimpinannya yang membawa bayangan sayangkan rakyat sudah cukup membawa isyarat dan jaminan bahawa transformasi yang belum selesai harus terus dibantu melalui dokongan dan sokongan rakyat.

Dalam perjuangan berparti dan berkerajaan, keadaan sempurna tidak akan tercapai. Yang tercapai ialah kebaikan dalam kesederhanaan. Ini sudah dicapaikan oleh Najib dan rakan-rakannya.

Selamat Tahun Baharu 2014.

Semarakkan cinta acuan Nabi

Posted: 11 Jan 2014 11:45 AM PST

Oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Perarakan sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan di Putrajaya. - Gambar hiasan.

TERLALU banyak isu melibatkan Islam yang begitu menggamit perasaan kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sesetengah isu yang tidak terlintas pun dalam benak kita boleh wujud di bumi bertuah ini, seperti kalimah Allah yang dituntut Gereja Roman Katolik kini timbul bagaikan tiada kesudahan.

Kadang kala pelik dan penuh tanda tanya kenapa baru hari ini pihak gereja bersungguh-sungguh bahkan berani buat tuntutan untuk guna pakai kalimah Allah, sedangkan isu ini tidak pernah timbul sejak mereka bertapak di Tanah Melayu Islam lebih 500 tahun dulu.

Tidak cukup dengan isu ini, kumpulan yang disahkan Kementerian Dalam Negeri sebagai pertubuhan haram COMANGGO pula tergamak mengkhianati negara ke peringkat antarabangsa dengan membuat pelbagai tuntutan dan hujah palsu mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama negara atas nama pencabulan hak asasi manusia.

Bagi penulis, tiada guna selamanya hendak menyalahkan orang lain apabila isu sensitif sebegini ditimbulkan. Sering kali kita lupa hakikatnya apa yang berlaku merupakan musibah Allah ke atas umat Islam di Malaysia lantaran tingkah dan olah (akal) mereka sendiri sebagaimana Surah Ar-Ruum ayat 41:

Telah nampak kerosakan di darat dan laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."

Tidak sukar mencari punca segala kemelut yang melanda negara ketika ini. Malah tidak susah mengenal pasti sebab keberanian luar biasa puak minoriti kecil berkepentingan sanggup menggadaikan keharmonian yang ada untuk membuat tuntutan sehingga membelakangkan Perlembagaan yang disepakati sejak sekian lama.

Tentu sekali jawapannya amat terkait dengan keadaan umat Islam yang terus-menerus berantakan sesama sendiri daripada sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar isu. Lebih menyedihkan dalam hal yang menyentuh kepentingan bersama khususnya melibatkan agama dan bangsa sekalipun, umat kekal celaru dan tidak bersatu.

Ada manfaatnya jika dalam penulisan bersempena Sambutan Maulidur Rasul Selasa ini, penulis memfokuskan isu mendasar menyentuh aspek kegersangan nilai yang melanda umat hingga tidak lagi mengikuti ajaran Nabi SAW.

Ramai yang mendakwa pengikut Nabi tapi hakikatnya tidak meneladani dan mengikuti jalan Nabi. Tidak kurang juga berdegar-degar dengan slogan retorik hendak perjuangkan Islam tapi langsung tidak mencerminkan akhlak dan adab Islam anjuran Nabi.

Mereka lupa pesanan Nabi SAW agar teguh berpegang kepada Sunnah atau petunjuk baginda bagi mendepani senario umat akhir zaman yang bakal berantakan dan berselisihan sebagaimana Hadis riwayat Abu Daud: Barang siapa yang berumur panjang, pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh itu, kamu wajib berpegang dengan sunnahku".

Jika ditelusuri antara sunnah terpenting yang mendasari prinsip akhlak dan menerasi jiwa Nabi SAW yang semakin dikesampingkan kini ialah sifat kasih sayang yang sering diulang-ulang dalam al-Quran. Allah berfirman: Muhammad itu utusan Allah dan orang yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang kafir (yang bermusuh dengan Islam) tetapi berkasih sayang sesama mereka. (Al-Fath: 29).

Dalam ayat lain, Allah sekali lagi menekankan jiwa kasih-sayang Nabi SAW: Telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu, sangat mengambil berat dia terhadap sesuatu yang mendatangkan mudarat kepada kamu, amat sangat menginginkannya semua perkara yang baik bagi kamu dan kepada orang mukmin amat sayang baginda terhadap mereka. (At-Taubah: 128).

Dalam kedua-dua ayat tersebut, al-Quran menggunakan perkataan Rauf dan Rahim untuk menegaskan maksud kasih sayang yang menjadi teras keperibadian Nabi terutamanya dalam hubungan sesama golongan yang beriman.

Dalam sesetengah tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir, perkataan Rauf ini disebut sebagai Shiddatur Rahmah atau kasih sayang yang mencapai tahap tertinggi berteraskan keimanan seutuhnya kepada Allah.

Elemen terpenting

Ini bermakna kasih sayang dalam pengertian hubungan sesama umat Islam diikat atas asas keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT semata-mata. Malah perkataan Ar-Rauf dan Ar-Rahim sendiri merupakan sebahagian daripada nama-nama Allah yang membawa makna Maha Pengasih dan Penyayang.

Sebab itulah dakwah Nabi SAW sendiri bermula dengan menzahirkan budaya kasih sayang (cinta) sebagai asas terpenting pembentukan umat Islam yang hebat. Malah aspek kasih sayang merupakan elemen terpenting yang memperkuat dan memperteguh umat Islam hingga mampu membina tamadun umat yang hebat pada suatu ketika.

Sebaliknya apabila nilai kasih sayang dipinggirkan sedang sifat benci dan dendam yang lebih membudaya dan mengakar, maka dengan sendirinya kekuatan umat Islam akan melebur. Sejarah jelas membuktikan bagaimana tamadun Islam akhirnya hancur sama sekali lantaran serakah manusiawi yang membelakangi nilai kasih sayang sesama umat.

Persoalannya, apakah budaya kasih sayang masih membudaya dalam diri umat Islam Malaysia ketika ini? Atau apakah dunia politik umat kini sedang mengalami krisis kekeringan makna dan kegersangan nilai kasih sayang hingga menyebabkan gejala budaya dendam dan benci yang membinasakan?

Hakikat yang sukar untuk dinafikan, budaya dendam dan benci masih kekal membarah dalam diri penggiat-penggiat parti politik. Malah kepentingan merebut kuasa seringkali menjadikan penyokong parti hilang pertimbangan rasional. Ramai pemuja dan pendokong politik Islam sendiri ikut hanyut dalam arus budaya dan amalan politik Machiavelli yang menghalalkan segala cara demi mencapai cita-cita.

Perlakuan seumpama ini secara jelas membelakangkan prinsip akhlak dan nilai keagamaan. Sistem demokrasi umpamanya tidak lagi dijadikan alat, malah dalam banyak keadaan, fahaman liberal demokrasi dipertuhankan dengan harapan kuasa dapat dikecap dengan apa cara sekalipun.

Dengan gejala budaya politik yang mengalami pendangkalan nilai dan etika kini, pastilah ia mudah menghakis jati diri dan membunuh idealisme perjuangan sejati. Penyimpangan budaya politik ini jugalah yang sering membelakangi prinsip kasih sayang hingga gejala budaya politik berasaskan kebencian pastinya mampu meleburkan perpaduan dan memporak-porandakan negara.

Justeru, kehidupan politik umat harus segera diselamatkan sebelum terlambat. Amalan berparti dan berpolitik yang ada memerlukan usaha pendewasaan agar umat tahu batasan dan sempadannya di samping meletakkan asas agama dan akhlak sebagai teras dalam apa jua bentuk percaturan.

Pemikiran yang diselaputi sentimen marah dan benci lantaran terlalu taksub berparti harus dijernihkan agar umat mampu kembali membudayakan nilai kasih sayang sesama mereka. Janganlah kerana perbezaan parti kita sanggup meruntuhkan kekuatan ukhuwah yang sedia terjalin.

Sesungguhnya maruah umat Islam hanya mampu ditebus apabila kita bersedia untuk melupakan perselisihan demi agenda bangsa dan agama yang lebih besar. Harga dan nilai bangsa hanya mampu dimartabatkan apabila kita benar-benar menjiwai nilai dan prinsip Islam sekali gus membudayakan kasih sayang sebagaimana keperibadian junjungan Nabi SAW.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Casio EX-10 kecil-kecil cili padi

Posted: 11 Jan 2014 04:38 AM PST

Walaupun kecil Casio Exilim EX-10 mampu menjana gambar berkualiti setanding kamera profesional lain di pasaran.

BUKAN sahaja tampak kecil dan menawan, kamera kompak Casio Exilim EX-10 yang dilancarkan untuk pasaran Asia baru-baru ini merupakan salah satu kamera yang cukup hebat untuk diperkatakan.

Casio Exilim EX-10 merupakan kamera kompak pertama di dunia yang menggabungkan kombinasi fungsi kelajuan dan kemudahan dalam penggunaannya dijangka berada di pasaran pada bulan ini.

Pihak Casio percaya bahawa Exilim EX-10 berada dalam kelasnya tersendiri dan mampu untuk bersaing dengan mana-mana model seumpamanya kerana kemampuan serta kualitinya dalam mengambil gambar cukup terbukti.

Dijangka dijual pada harga sekitar RM2,700, kamera ini mempunyai pelbagai ciri-ciri inovatif termasuk beberapa mod gabungan seperti fokus, aperture, kecerahan, imbangan gambar serta kontra dan warna gambar.

Kamera ini juga mampu menghasilkan sembilan kali penangkapan gambar secara berterusan dengan hasilnya yang cukup berkualiti tinggi dengan satu bidikan butang shutter sahaja.

Dengan keupayaan yang dimilikinya, Exilim EX-10 mampu menghasilkan gambar berkualiti walaupun berada dalam satu keadaan yang agak sukar.

Dicipta menggunakan magnesium ringan yang tahan lama, kamera digital 12 megapiksel ini turut dilengkapi dengan kanta zoom optik 4x 28mm kanta zoom sudut dengan bukaan maksimum F1.8 dan 5 paksi fungsi penstabilan imej yang akan memastikan penggunanya mendapat hasil imej berkualiti walaupun mengambil gambar dalam keadaan bergerak.

Exilim EX-10 juga dicipta bersama satu alat kawalan tanpa wayar yang dikenali Exilim Remote bagi memudahkan pengguna mendapatkan hasil gambar yang diingini.

Bukan itu sahaja, kamera ini juga dilengkapi dengan fungsi kamera video berdefinasi tinggi HD untuk memudahkan pengguna merakam detik-detik istimewa mereka. - RASDAN AHMAD

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Syarikat khidmat sokongan disiasat

Posted: 11 Jan 2014 11:45 AM PST

Oleh SHEILA RANI CHANDRASEKARAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Kementerian Kesihatan akan menjalankan siasatan menyeluruh ke atas syarikat konsesi yang menyediakan khidmat sokongan bukan klinikal kepada hospital berhubung beberapa masalah yang timbul di Hospital Sungai Buloh baru-baru ini bagi memastikan syarikat itu memenuhi syarat kontrak.

Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam (gambar) berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap syarikat terbabit jika didapati tidak memenuhi syarat kontrak sejurus siasatan penuh berhubung kejadian itu selesai.

"Pihak kami sudah menerima maklumat berkaitan insiden ini dan akan mengadakan siasatan terperinci berdasarkan bukti dan laporan yang diterima.

"Jika syarikat konsesi itu didapati bersalah, maka mereka akan dikenakan tindakan tegas di bawah klausa kontrak yang dipersetujui kedua-dua pihak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena sambutan Pesta Ponggal anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Insan Setia Selangor di dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Way dekat sini malam ini.

Semalam, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan sebanyak 12 daripada 22 bilik pembedahan am di Hospital Sungai Buloh terpaksa ditutup akibat kerosakan pendingin hawa yang disebabkan oleh kebakaran Khamis lalu.

Ekoran itu hospital terbabit telah menangguhkan semua pembedahan elektif dan kini menggunakan enam bilik pembedahan am hariannya bagi merawat kes-kes kecemasan.

Menurut laporan itu, kejadian itu berlaku hanya selepas beberapa hari isu sampah tidak dikutip dan masalah kebersihan tandas timbul di hospital berkenaan.

Tahira, suami terpilih daki Greenland

Posted: 11 Jan 2014 11:45 AM PST

TUJUH peserta yang berjaya mengikuti ekspedisi KE7B Greenland Felda dari kiri: Mohd. Akasyah Jamaludin, Muhammad Irwan Yusuf Abdullah, Abdul Rahman Abu Hasan, Tahira Najmunisaa Mohd. Zaid, Yanizam Mohd. Supiah, Mohd. Fakhrul Munir Mohd Isa dan Mohd. Shaiful Hisyam Abd Aziz selepas pengumuman di Stadium UiTM Shah Alam, Selangor, kelmarin.

SHAH ALAM 11 Jan. - Tiada ucapan yang dapat menggambarkan perasaan gembira dan bangga seorang isteri kerana dapat menyertai suami tersayang untuk mendaki puncak tertinggi di Greenland, April ini.

Menurut Tahira Najmunisaa Mohd. Zaid, 24, memang menjadi impian beliau untuk menyertai ekspedisi menjelajah dan mendaki ke benua asing itu, namun tidak menyangka akan terpilih bersama suami, Abdul Rahman Abu Hassan, 31, untuk menjayakan misi tersebut.

"Saya dan suami memang berkongsi minat yang sama dalam aktiviti rekreasi seperti mendaki gunung dan saya sendiri aktif dalam sukan tahan lasak seperti triathlon dan aktiviti kembara lain.

"Suami dan saya sama-sama bersaing untuk menempatkan diri sebagai peserta Ekspedisi Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B) Felda Greenland 2014 dan alhamdullillah, kami berdua terpilih mengikuti ekspedisi ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengumuman peserta ekspedisi tersebut di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di sini, semalam.

Sementara itu, Presiden KE7B, Muhamad Muqharrabin Mohktaruddin berkata, kesemua tujuh peserta yang terpilih sebagai pendaki utama dan empat pembantu pendaki akan menjalani latihan selama lebih kurang dua minggu di New Zealand bagi menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk di Greenland.

"Tujuh orang peserta utama dan empat pembantu yang terpilih ini adalah yang terbaik dari 117 calon yang mencuba nasib untuk menjadi peserta ekspedisi ini," katanya.

Lima lagi peserta utama yang terpilih adalah Mohd. Shaiful Hisyam Abd. Aziz, 25 (ketua pasukan), Yanizam Mohd. Supiah, 26, Mohd. Akasyah Jamaludin, 24, Muhammad Irwan Yusuf Abdullah, 33, dan Mohd. Fakhrul Munir Mohd. Isa, 32.

Ops Buku: Mari Membaca mula digerakkan

Posted: 11 Jan 2014 11:45 AM PST

SHAH ALAM 11 Jan. — Pembudayaan amalan membaca semasa menunggu dan menaiki pengangkutan awam menjadi sasaran program Ops Buku: Mari Membaca anjuran Kumpulan Media Karangkraf dengan kerjasama 1Malaysia For Youth (1M4U) yang mula digerakkan hari ini.

Sebagai pembuka tirai aktiviti yang dijadual berlangsung dua kali sebulan sepanjang 2014, sekumpulan 20 penuntut institusi pengajian tinggi melakukan flash mob dengan membaca buku dan novel di Stesen KTM Komuter Seksyen 19 di sini.

Pengurus Bahagian Acara dan Integrasi 1M4U, Shaffique Ahmad Zehnun berkata, program itu bertujuan memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat, terutama pelajar, agar masa terluang dapat dimanfaat sepenuhnya.

"Masyarakat, terutama golongan muda hari ini, masih kurang menerapkan budaya membaca ketika ada masa terluang seperti itu sedangkan ia masa terbaik yang boleh dimanfaat untuk menambah ilmu pengetahuan kita," katanya.

Beliau berkata program itu akan diteruskan di stesen komuter atau LRT terpilih.

Shaffique juga berkata, pihaknya menggalakkan lebih ramai golongan muda, terutama pelajar, menyertai acara itu agar objektif pembudayaan amalan membaca lebih meluas dalam kalangan masyarakat dapat dicapai. — BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Rekaan untuk ibu muda

Posted: 10 Jan 2014 12:09 PM PST

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar SYEFRI MONIZ

TIDAK mahu tertumpu kepada satu golongan sahaja yang boleh memakai koleksi rekaan pakaiannya, Nur Salffa Diyana Jamaludin menerusi butik Heaxa Bell menghasilkan rekaan yang boleh dipakai, baik oleh golongan muda, pertengahan atau ibu muda yang masih menyusukan bayi.

Nur Salffa atau ringkas dengan panggilan Amoi yang berniaga dalam talian sejak tiga tahun lalu ini memilih rekaan seperti maksi atau jubah yang pada pendapatnya ramai menyukai rekaan sebegini.

Namun terdapat juga pilihan lain seperti palazzo, skirt labuh dan blaus yang boleh dipadankan antara satu sama lain. Rekaan sebegini merupakan rekaan yang dipakai sepanjang masa dan di mana sahaja.

Amoi juga peka dengan masalah ibu muda yang menyusukan bayi, yang juga mahu nampak bergaya dan dalam masa sama berkesempatan menyusukan bayi mereka.

Kata Amoi, beliau mendapat banyak permintaan bagi membuat baju menyusu kerana semakin ramai ibu muda kini mahu menyusukan sendiri bayi mereka.

Bagaimanapun terlalu kurang baju menyusu di pasaran yang cantik dan fashionable sehinggakan ibu muda tidak mempunyai pilihan dan terpaksa memakai baju yang dilihat tidak menarik.

Untuk itu, beliau menghasilkan maksi yang boleh dibuka pada bahagian depan bagi memudahkan proses penyusuan tanpa perlu mengangkat baju dari bawah.

Baju menyusu ini dibuat berzip dan si ibu hanya perlu membuka zip apabila menyusukan bayi dan apabila zip ditutup, baju ini nampak seperti baju biasa.

Menurut Amoi lagi, 90 peratus daripada koleksi yang terdapat di

butik beliau adalah rekaan sendiri dan 10 peratus lagi diimport dari China dan Vietnam.

Pelanggan juga boleh menempah baju menyusu bayi mengikut rekaan mereka atau baju yang lebih eksklusif untuk ke majlis malam. Namun skirt dan maksi merupakan pilihan ramai pelanggan dan sememangnya butik Heaxa Bell dikenali kerana koleksi demikian.

Memilih fabrik lycra, syifon dan denim bagi koleksi beliau, Amoi turut memberi penambahan labuci atau songket pada bahagian lengan dan hujung tangan.

Setiap satu atau dua bulan, pasti terdapat koleksi terbaru bagi pelanggan tetap mahupun yang masih baharu. Selain pelanggan datang ke kedai, ramai juga yang membeli secara dalam talian dan pelanggan termasuklah dari Brunei, Singapura, Thailand dan Filipina.

Suzi impikan syarikat produksi sendiri

Posted: 10 Jan 2014 12:09 PM PST

SUZILA IDAYU YAACOB

BUKAN mudah untuk berjaya menjadi seorang wartawan penyiaran sekiranya tidak mempunyai minat mendalam serta keyakinan diri yang tinggi ketika menceburi dunia itu.

Malah mereka yang menceburi bidang itu juga perlu berani menanggung risiko dan sanggup berfikir di luar kotak, di samping mampu menyerap segala tekanan yang datang.

Hasil semua itu, Suzila Idayu Yaacob, 26, gadis manis berperwatakan matang yang menyerikan ruangan Gadis S2 minggu ini kini mampu berdiri 'gah' sebagai seorang wartawan penyiaran.

Suzila anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu kini bertugas di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kelantan sebagai wartawan penyiaran dan pembaca berita.

Suzila atau lebih mesra disapa Suzi berkata, sebenarnya bukan mudah menceburi bidang yang penuh dengan 1,001 cabaran itu sekiranya tidak mempunyai minat mendalam serta keyakinan diri yang tinggi terutamanya ketika berhadapan dengan orang ramai.

Namun katanya, pengalaman pernah terlibat dalam bidang teater, lakonan dan nyanyian ketika mengikuti pengajian, Diploma Seni Lakon di Fakulti Teknologi Artistik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) banyak membantu kerjayanya sekarang.

Katanya, pengalaman berkenaan telah diaplikasikan dan ia banyak membantu ketika dia berhadapan dengan pelbagai orang daripada latar belakang berbeza ketika bertugas.

"Semasa belajar dahulu, saya banyak terlibat dengan teater dan lakonan termasuk pernah membuat persembahan di hadapan ribuan orang di Istana Budaya (IB). Dari situ, saya mempunyai keberanian dan keyakinan diri yang tinggi ketika menjalankan tugas pada hari ini.

"Elemen yang terdapat dalam dunia seni lakonan sememangnya berkait rapat dengan bidang kewartawanan dan ia memudahkan saya menghadapi apa jua situasi.

"Ketika di lokasi, saya sudah boleh bayangkan apa yang akan disampaikan. Ketika bercakap di hadapan kamera, ia berjalan dengan sempurna," kata anak bongsu pasangan Yaacob Hassan, 63, dan Hasiah Harun, 57. itu.

Tambah Suzi, bidang kewartawanan merupakan pekerjaan yang menarik dan tidak membosankan kerana setiap hari akan menempuh pelbagai perkara yang berbeza.

"Wartawan juga mengajar kita menjadi seseorang yang lebih terbuka, matang dan berupaya meningkatkan keyakinan diri," katanya.

Sementara itu, ketika diajak berkongsi harapannya di masa depan, pemegang kelas pertama Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan, UiTM itu memberitahu dia ingin menjadi seorang pengacara dan membuka produksi sendiri selain menyimpan hasrat mengikut jejak keluarganya membuka perniagaan sendiri.

Dalam pada itu, Suzi berkata, dalam hidupnya, dia menjadikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai idola untuk terus berjaya di masa hadapan.

Jelasnya, sifat kepimpinan dan semangat cekal Tun Dr. Mahathir mentadbir negara dalam menghadapi cabaran menjadi pembakar semangat buat dirinya.

"Tun Mahathir juga telah mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang begitu dikagumi dunia dan jasa Tun sememangnya tidak boleh dilupakan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Penduduk tiga kampung rimas

Posted: 10 Jan 2014 12:10 PM PST

Oleh Zulhisham Isahak
utusanjohor@utusan.com.my

OMAR Saad menunjukkan saki baki pisang tanduk dipercayai dicuri oleh pekerja asing di Kampung Parit Lanjut dekat Pagoh, Muar, Johor, kelmarin.

PAGOH 10 Jan. - Segelintir daripada 20,000 pekerja asing di tiga kampung berhampiran Kawasan Perindustrian Bukit Pasir di Sungai Terap dekat sini yang sebelum ini menimbulkan masalah sosial, terutamanya maksiat kini semakin tidak terkawal.

Kehadiran mereka semakin merimaskan kira-kira 1,500 penduduk di tiga kampung iaitu Kampung Pergam, Parit Lanjut dan Kampung Jalan Raja kerana sudah mula mencuri hasil tanaman penduduk setempat.

Pekerja asing berkenaan berlagak seperti berada di 'kampung sendiri' apabila mencuri apa sahaja buah-buahan seperti rambutan, pisang, durian atau sayur-sayuran milik penduduk.

Seorang petani, Omar Saad, 57, dari Kampung Parit Lanjut yang mengusahakan tanaman pisang tanduk di kawasan terletak kurang 100 meter dari asrama penginapan pekerja asing itu mendakwa tanamannya sering dicuri tanpa mengira musim.

Dia berkata, sejak adanya asrama penempatan pekerja asing berhampiran kebun tanamannya yang seluas kira-kira 0.5 hektar, pendapatannya terjejas teruk.

"Ini kerana hasil tanaman tidak sempat dikutip atau dijual kerana kebanyakannya lesap dicuri. Sebelum kehadiran ribuan pekerja asing di sini, saya mampu meraih pendapatan sehingga RM1,000 hasil jualan tanaman pisang.

"Namun kini jumlah itu jauh berkurangan. Ini adalah sumber pendapatan utama keluarga dan saya sangat sedih kerana mereka (pekerja asing) sewenang-wenangnya mencuri hasil tanaman," katanya ketika ditemui di kebunnya di sini semalam.

Walaupun kawasan itu dipagar, keadaan tersebut tetap tidak dapat membendung kecurian malah sejak akhir-akhir ini semakin kerap terutama ketika pisang di kebunnya berbuah.

Dia mengesyaki perbuatan itu dilakukan pekerja asing kerana jarak kebun pisangnya dengan asrama mereka agak hampir selain beberapa penduduk kampung pernah terserempak sekumpulan pekerja asing merayau-rayau di kebun mereka dengan membawa parang.

"Mereka menjadikan kampung ini seperti kampung mereka. Kelakuan mereka yang tidak terkawal bukan sahaja menakutkan masyarakat setempat, malah menjejaskan pendapatan penduduk yang kebanyakannya bergantung hidup dengan hasil pertanian," katanya.

Bapa kepada enam anak itu berkata, kejadian mencuri hasil tanaman bukan sesuatu yang baharu di beberapa perkampungan sekitar kawasan perindustrian berkenaan.

"Adakah ini yang mereka balas dengan kebaikan kami selama ini? Saya harap pihak majikan atau pemilik kilang peka dengan masalah berkenaan dan segera menasihati pekerja mereka kerana kesabaran penduduk kampung juga ada batasannya," katanya.

Kampung Tembioh bakal dimaju medan ikan bakar

Posted: 10 Jan 2014 12:10 PM PST

KOTA TINGGI 10 Jan. - Kampung Tembioh, perkampungan tradisional Melayu pinggiran bandar di sini bakal dimaju sebagai pusat tumpuan ekonomi untuk menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan tersebut.

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd. Noorazam Osman berkata, perkampungan yang kini didiami kira-kira 20 keluarga itu perlu 'keluar' daripada stigma banjir yang sering melanda kawasan tersebut.

Menurutnya, perkampungan tersebut perlu dibangunkan kerana mempunyai potensi sebagai medan ikan bakar seperti di Muar.

"Saya juga telah berbincang dengan Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) dan wakil rakyat untuk mencari peruntukan atau cara pembiayaan mahupun menerusi penswastaan bagi menjadikan perancangan ini sebagai realiti," katanya ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke kampung ini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Amal Al-Insan Kota Tinggi, Mohd. Zain Arif.

Noorazam berkata, pihaknya juga mempunyai perancangan untuk membina jambatan gantung bagi menghubungkan kampung tersebut dengan kawasan bandar.

Beliau berkata, dengan pembinaan jambatan gantung itu juga secara tidak langsung dapat membantu penduduk terutamanya nelayan meningkatkan ekonomi mereka.

"Kita juga mahu melaksanakan perkara sama di Kampung Makam agar selain tempat tumpuan sejarah, kawasan itu juga akan menjadi tumpuan ekonomi.

"Usaha tersebut bagaimanapun bukan dapat dilakukan dalam sekelip mata. Justeru, saya telah meminta pihak MDKT untuk membuat satu pelan bagi merealisasikan usaha itu," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Bekalan ikan dijamin pulih

Posted: 10 Jan 2014 12:10 PM PST

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my

ALOR SETAR 10 Jan. - Harga ikan yang sebelum ini melambung di sekitar negeri ini dijangka stabil ekoran jumlah bekalan bekalan tersebut kembali pulih.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, Mohd. Sakri Saleh berkata, pemantauan dilakukan pihaknya mendapati harga 'ikan rakyat' seperti kembung dan selayang dilihat kembali pada paras normal iaitu sekitar RM4 sekilogram.

"Saya akui sebelum ini memang berlaku kenaikan sehingga ikan kembung dijual RM13 sekilogram. Begitu juga dengan barangan segar lain seperti ikan selar putih, udang dan sayuran yang mengalami kenaikan sehingga 20 peratus.

"Bagaimanapun, tinjauan kami kelmarin mendapati keadaan sudah 80 peratus pulih disebabkan nelayan sudah kembali ke laut.

"Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) juga sudah memberi jaminan bahawa bekalan ikan akan pulih sepenuhnya menjelang Mac apabila keadaan laut akibat perubahan iklim pulih," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Sementara itu, beliau mengakui terdapat khabar angin kononnya harga daging akan meningkat sehingga RM30 sekilogram akibat kekurangan bekalan.

"Sebenarnya perkara itu tidak berlaku. Apa pun, ada kemungkinan khabar angin itu berpunca daripada peniaga juga kerana mereka bimbang dengan cakap-cakap kononnya Thailand selaku pembekal lembu hidup terbesar ke negara ini dikatakan mula beralih arah ke China ekoran harga ditawarkan lebih tinggi," katanya.

Maritim Malaysia tahan bot pukat tunda

Posted: 10 Jan 2014 12:10 PM PST

PEGAWAI Operasi Maritim Malaysia Pangkalan Maritim Kuala Kedah, Lt. Madya Meor Hamzah Badrishah (dua dari kiri) memeriksa pukat tunda yang digunakan secara haram di Pangkalan Maritim Malaysia Kuala Kedah, kelmarin. - BERNAMA

ALOR SETAR 10 Jan. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Utara berjaya menahan sebuah bot nelayan pukat tunda berhampiran pantai Kuala Sala di sini semalam kerana menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan.

Ketua Pangkalan Maritim Kuala Kedah, Mohd. Khairi Abd. Aziz berkata, bot ronda Maritim Malaysia mula mengesan bot tersebut kira-kira pukul 8.35 pagi ketika sedang melakukan aktiviti menangkap ikan.

Beliau berkata, bot itu berjaya ditahan kira-kira pukul 8.45 pagi pada jarak 1.2 kilometer dari pantai Kuala Sala di sini dan turut ditahan semasa operasi tersebut ialah seorang warga tempatan yang berumur sekitar 30-an dan telah di bebaskan dengan jaminan polis.

"Aktiviti penggunaan pukat tunda di kawasan penangkapan di Zon A tidak di benarkan kerana banyak memberi kesan terhadap kemusnahan ekosistem di perairan negara.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut tidak mempunyai lesen, tiada nombor pendaftaran dan menggunakan peralatan yang tidak di benarkan (pukat tunda kecil)," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Mohd. Khairi, bot yang di tahan dibawa ke Pangkalan Maritim Kuala Kedah untuk siasatan serta pendakwaan dan kes itu akan di siasat di bawah Akta Perikanan 1985.

"Maritim Malaysia memandang serius aktiviti -aktiviti nelayan yang menyalahi undang-undang Maritim dan akan terus meningkatkan rondaan di sekitar kawasan perairan negeri ini,"jelasnya.

Selain itu, katanya, pihak Maritim Malaysia juga memerlukan bantuan daripada orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini.

Geng Lombok pecah rumah tumpas di Parit

Posted: 10 Jan 2014 12:10 PM PST

MOHAMAD Fakri Che Sulaiman (dua dari kanan) menunjukkan antara barang kes yang turut dijumpai ekoran penahanan enam suspek kes samun dan pecah IPD di Perak Tengah, Perak, kelmarin.

PARIT 10 Jan. - Polis percaya dapat menyelesaikan kes samun dan pecah rumah di sekitar daerah Perak Tengah dengan tertangkapnya enam warga Indonesia, pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Dalam serbuan pukul 3 pagi itu, kesemua suspek berasal dari Lombok, Indonesia yang berselindung sebagai pekerja ladang sawit, dipercayai aktif menyamun di sekitar daerah ini sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supritendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, polis bagaimanapun masih memburu tiga lagi suspek melibatkan dua warga Indonesia bersama seorang rakyat tempatan yang dipercayai menjadi dalang dalam Geng Lombok berkenaan.

"Kesemua suspek yang ditahan berusia dalam lingkungan antara 20-an hingga 30-an. Dengan penangkapan enam individu ini, polis percaya telah berjaya menyelesaikan empat kes samun dan pecah rumah di sekitar Bota dan Seberang Perak.

"Kita juga percaya suspek turut terlibat dalam tiga kes lagi melibatkan samun sehingga membawa kepada kematian serta cubaan rogol di kawasan Seberang Perak berdasarkan barang kes yang ditemui serta pengecaman oleh mangsa," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Dalam pada itu, Mohamad Fakri berkata, hasil serbuan berkenaan, polis telah menemui beberapa barang kemas termasuk wang tunai bernilai RM2,260, telefon bimbit, komputer riba serta peralatan yang digunakan untuk memecah masuk rumah.

Katanya, semua suspek direman selama 14 hari bermula 3 Januari lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun secara berkumpulan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Muzakarah Ulama putuskan haram sokong tuntutan Comango

Posted: 11 Jan 2014 03:26 AM PST

Oleh Mohd. Shariza Abdullah

BANGI 11 Jan. - Muzakarah Ulama anjuran Majlis Ulama Ikatan Muslimin (MUIS) Malaysia hari ini mencapai beberapa resolusi termasuk menyetujui bahawa banyak tuntutan asasi Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) bertentangan dengan syarak, undang-undang dan norma antarabangsa.

Muzakarah berkenaan turut memutuskan bahawa adalah haram untuk mendukung dan menyokong tuntutan Comango dari segi syariah, selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

Masyarakat Islam juga perlu menyedari bahawa tuntutan berkenaan boleh merosakkan akidah, jati diri ummah dan meruntuhkan cara hidup Islam keseluruhannya.

Resolusi tersebut dibacakan Pengerusi MUIS, Dr. Aznan Hasan selepas Muzakarah Tuntutan Comango Mengikut Perspektif Syarak di sebuah hotel di sini.

Selain golongan ulama, muzakarah berkenaan turut disertai pakar-pakar syariah dan undang-undang Islam, wakil majlis agama Islam negeri dan mufti antaranya Mufti Sabah, Bungsu@Aziz Jaafar; Mufti Terengganu, Zulkifly Muda serta Pensyarah Kanan Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Prof. Dr. Abd. Aziz Hanafi. - UTUSAN ONLINE

2 NGO bekerjasama bantu golongan memerlukan

Posted: 11 Jan 2014 02:48 AM PST

Oleh NURULANUAR MANSOR

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Golongan memerlukan terutamanya gelandangan, fakir miskin dan ibu tunggal perlu diberi bantuan yang akhir dapat menjadikan mereka berdikari dan bukannya bergantung kepada orang lain semata-mata.

Menyedari hakikat ilmu itu lebih penting daripada bantuan kewangan, dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Majlis Jaksa Pendamai Selangor (MJPS) dan Kelab Lions Georgetown Mutiara (KLGM) telah berganding bahu memberikan bantuan bentuk baharu berkenaan kepada golongan yang memerlukan.

Menurut Ketua Komunikasi MJPS, Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail, kerjasama yang dijalankan mencakupi aspek pengumpulan dan pengagihan dana serta jenis bantuan yang akan disampaikan.

"MJSP dan KLGM mempunyai objektif, strukur pertubuhan dan pengalaman yang hampir sama yang membolehkan satu usaha dalam aktiviti kebajikan dijalankan.

"Berdasarkan pengalaman terkumpul yang ada, kami berasakan lebih bermanfaat bagi golongan yang memerlukan jika bantuan difokuskan untuk membantu mereka berdikari," katanya dalam sidang akhbar pengumuman kerjasama berkenaan di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar yang sama, Raja Ahmad Niza turut memaklumkan sebagai permulaan kerjasama mereka, kedua-dua NGO berkenaan akan menganjurkan satu majlis makan malam amal di Hotel Corrus Kuala Lumpur 22 Mac ini.

Majlis untuk mengumpulkan dana bagi aktiviti-aktiviti kebajikan yang menyediakan 50 buah meja itu akan membuka penjualan tempat duduk pada harga RM150 satu kerusi.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai majlis itu boleh menghubungi wakil penganjur, Munir Ghazali di talian 012 217 4446. - UTUSAN ONLINE

Elak helang, angin kuat punca Cessna terhempas

Posted: 11 Jan 2014 02:22 AM PST

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Kejadian pesawat Cessna 172 yang terhempas di kawasan Empangan Batu, Ulu Yam semalam dipercayai ada kaitan dengan percubaan mengelak dua burung helang ketika terbang dalam keadaan angin kencang.

Perkara itu diceritakan Syed Haidhar Syed Zulkifli, seorang dari tiga mangsa yang terselamat dalam kejadian itu, kepada ibunya Sharifah Hatun Hanisah Syed Abd Rahman yang menemuinya di Wad Kecemasan Hospital Selayang di sini hari ini.

"Menurut anak saya, semasa mengelak (burung helang) tiba-tiba datang angin kencang yang membuatkan pesawat hilang imbangan," kata Sharifah Hatun ketika ditemui pemberita di hospital itu. - BERNAMA ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


2 premis curi air digempur SAINS

Posted: 10 Jan 2014 12:10 PM PST

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

Kakitangan SAINS memotong saluran paip haram di sebuah rumah yang sedang diubahsuai ketika mengadakan operasi di Seremban, baru-baru ini.

SEREMBAN 10 Jan. - Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) kelmarin melakukan serbuan ke atas dua premis di sini dan Jelebu yang melakukan penyambungan bekalan air secara haram.

Pengurus Besar Sains, Zulkifli Ibrahim memberitahu, operasi disertai sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Penguatkuasaan Sains serta anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

"Serbuan di sebuah premis di sini pada kira-kira pukul 11.30 pagi mendapati bekalan air daripada penyambungan digunakan bagi membancuh simen dan kegunaan harian penghuni premis berkenaan," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini semalam.

Tambahnya, dalam serbuan kedua pada pukul 2.45 petang yang melibatkan sebuah pusat hiburan di Jelebu mendapati pemilik premis itu melakukan penyambungan iaitu menggunakan paip getah bersaiz 16 milimeter.

Jelasnya, para pegawai penguat kuasa telah menjalankan ujian klorin di lokasi berkenaan dan terbukti bekalan air yang digunakan adalah air terawat milik Sains sebelum bertindak menyita paip mudah lentur tersebut sebagai bahan bukti.

"Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Pengaduan dan Penguatkuasaan SPAN dan Ketua Operasi, Mohadir Hid telah mengeluarkan notis memaklumkan kesalahan kepada pemilik premis berkenaan," katanya

Katanya, kedua-dua kes itu disiasat di bawah Seksyen 89(9) Akta Industri Perkhidmatan Air Negara (AIPA) 2006 yang memperuntukkan denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Malah, katanya, tindakan tegas itu merupakan salah satu langkah berterusan bagi mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan kes kecurian air sekitar negeri ini diharap menghubungi talian bebas tol Sains iaitu 1-800-88-6982," katanya.

Tapem beri amaran kepada 430 peminjam

Posted: 10 Jan 2014 12:10 PM PST

Nordin Ali menunjukkan dokumen yang merekodkan jumlah pinjaman hutang Tapem pada sidang akhbar di pejabatnya di Bangunan Kota Cemerlang, Ayer Keroh, Melaka, kelmarin.

MELAKA 10 Jan. - Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap 430 peminjam kerana tidak menjelaskan sebarang pembayaran balik pinjaman yang keseluruhan berjumlah RM5.5 juta.

Pengurus Besarnya, Nordin Ali berkata, Tapem sedang mengesan peminjam-peminjam berkenaan berikutan kegagalan mereka tampil memberi maklum balas setelah panggilan telefon dan notis amaran dikeluarkan.

Menurutnya, usaha menjejaki peminjam terus dilakukan dengan mengenal pasti kesemua peminjam berkenaan supaya mereka dapat hadir ke pejabat Tapem bagi melakukan perbincangan bersama.

"Selain itu, kita cuba menyelesaikan secara rundingan terhadap 816 peminjam yang telah tamat tempoh 10 tahun pembayaran balik kerana mereka masih gagal membayar habis pinjaman berjumlah RM2.4 juta.

"Bagi peminjam ini, Tapem minta mereka datang untuk berunding bagi penjadualan semula pembayaran agar tidak timbul sebarang masalah," katanya dalam sidang akhbar di pejabat Tapem, Bangunan Kota Cemerlang, Ayer Keroh di sini semalam.

Nordin berkata, setakat ini hanya 4,542 peminjam melibatkan nilai hutang RM52.2 juta masih meneruskan pembayaran balik pinjaman.

Justeru katanya, Tapem sedia berbincang dengan mana-mana peminjam bagi penjadualan semula pembayaran bagi meringankan beban mereka.

Beliau menambah, Tapem menawarkan pelbagai insentif bagi menggalakkan peminjam melunaskan bayaran balik termasuk pengecualian bayaran bagi pelajar cemerlang dan diskaun sebanyak 25 peratus bagi pemegang ijazah kelas kedua atas.

"Sebagai contoh, sebanyak 78 peminjam ijazah kelas pertama telah dikecualikan pembayaran balik dengan jumlah RM983.060 dan 647 orang pula diberi potongan 25 peratus dengan jumlah RM2.6 juta antara tahun 2000 hingga 2013," katanya.

Nordin berkata, Tapem turut menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus kepada semua peminjam sekiranya mereka membuat bayaran penuh pinjaman sehingga Julai ini.

Dalam pada itu, beliau menambah, Tapem menyasarkan pungutan sebanyak 15 peratus tahun ini berbanding RM7.4 juta tahun lepas bagi bayaran balik.

Tambahnya, pada tahun lalu Tapem juga berjaya mencatatkan peningkatan pungutan pinjaman sebanyak 5.11 peratus dengan jumlah RM7.4 juta berbanding RM7.1 juta pada 2012.

Pesakit teruja terima kunjungan Tunku Ampuan Besar NS

Posted: 10 Jan 2014 12:10 PM PST

Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud (kiri) diiringi Lily Mushahar (dua dari kiri) berbual dengan seorang pesakit yang menjalani rawatan dialisis di HTAN, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, kelmarin.

KUALA PILAH 10 Jan. - Sebanyak 30 pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis dikejutkan dengan kehadiran Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini semalam.

Turut berangkat dua putera baginda, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-Abidin.

Baginda turut berkenan menyumbang lima buah kerusi dialisis melalui Yayasan Munarah untuk kegunaan pesakit buah pinggang bagi memberi keselesaan kepada mereka.

Pakar Perunding Nefrologi HTAN, Dr. Lily Mushahar berkata, perkhidmatan rawatan di unit berkenaan telah bermula sejak 20 April 1998 dengan kapasiti 10 buah mesin dialisis.

Katanya, sebanyak 30 pesakit tetap yang menerima rawatan di situ setiap bulan melalui tiga sesi waktu rawatan dari pukul 7 pagi hingga 8 malam, di samping mesin diselenggarakan oleh Syarikat Medivest.

Kemudahan rawatan ini diberi kepada pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang selepas disahkan oleh doktor," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zailan Adnan dan Pengarah HTAN, Dr Harlina Abdul Rashid.

Ujar Lily, di peringkat negeri pula, sebanyak 235 pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan ini dan hampir setiap tahun jumlah pesakit akan meningkat.

Statistik ini menimbulkan kegusaran ekoran kebanyakan pesakit yang mengalami masalah buah pinggang adalah mereka yang juga menghidap diabetis dan 57 peratus pesakit diabetis memerlukan rawatan dialisis di sini.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved