Sabtu, 10 Disember 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Najib tegur pergelutan dalaman SUPP

Posted:

Najib tegur pergelutan dalaman SUPP

Najib tegur pergelutan dalaman SUPP

KUCHING 10 Dis. - Pergolakan dalaman SUPP berikutan pemilihan parti itu sehingga berlakunya insiden boikot oleh kumpulan seorang calon Presiden, Datuk Seri Wong Soon Koh ditegur oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) sehubungan itu menasihatkan semua ahli SUPP supaya bersatu selepas pemilihan berakhir.

Tegas beliau, semua pihak perlu sedar bahawa kumpulan yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua kerana musuh politik sebenar adalah pembangkang dan bukannya sesama ahli parti.

"Saya hadir hari ini meskipun SUPP sedang melalui ujian yang amat besar dalam pemilihannya kali ini kerana sebagai Pengerusi BN, keadaan setiap parti komponen adalah amat penting bagi diri saya dan saya juga hadir kerana Sarawak amat penting kepada BN.

"Saya tidak ada tujuan dan niat yang lain, jauh sekali untuk mencampuri urusan dalaman mana-mana parti komponen BN kerana saya cuma ingin melihat SUPP yang kuat dan dihormati oleh masyarakat Sarawak," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan SUPP Ke-22, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abang Johari Tun Openg yang mewakili Pengerusi BN negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Presiden SUPP, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam.

Najib berkata, ahli SUPP perlu sedar bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 sedang menanti dan beliau mahu parti itu bersedia apabila tiba masanya.

"Apabila ia selesai, saya mahu melihat Sarawak menjadi sebuah negeri yang membangun.

"Saya akan bekerjasama dengan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud supaya Sarawak akan terus membangun dan saya memberi jaminan Sarawak akan terus maju dan rakyatnya menikmati kehidupan yang lebih baik di bawah BN," katanya.

Pergolakan dalaman SUPP tercetus apabila kumpulan yang diketuai Soon Koh yang juga Timbalan Setiausaha parti itu mempertikaikan proses pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian dan mahu pemilihan di peringkat pusat ditangguhkan.

Jumaat lalu, Soon Koh yang ditentang seorang lagi calon Presiden iaitu Setiausaha Pengelola SUPP, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui mengumumkan pihaknya memboikot proses pemilihan parti yang berlangsung esok.

Sementara itu, Perdana Menteri pada majlis berasingan selepas merasmikan persidangan SUPP turut melancarkan buku berjudul What Now? mengenai pengalaman kerjaya politik Hong Nam.

Dalam ucapan ringkasnya, Najib berkata, beliau yakin buku tersebut akan dapat memberi manfaat serta peringatan kepada anggota-anggota SUPP dalam menghadapi nasib serta cabaran parti itu pada masa depan.

''Hong Nam telah menyumbang jasa yang besar sejak penglibatannya dalam politik serta pemimpin baik di peringkat parti mahupun kerajaan negeri sebagai Timbalan Ketua Menteri bagi tempoh yang lama," katanya.

Hong Nam yang menyertai SUPP pada 1979 dan menjadi presiden parti selepas pilihan raya negeri 1996 telah mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkan buku tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Belia yakin kredibiliti UMNO

Posted:

Belia yakin kredibiliti UMNO

Belia yakin kredibiliti UMNO

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Golongan muda semakin percaya dengan kredibiliti kerajaan ekoran pelbagai program yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu golongan belia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, bantuan seperti Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia memberi kelebihan kepada golongan muda untuk memiliki rumah di kawasan bandar.

"Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) juga memberi peluang kepada golongan muda mendapatkan kerja selain sebagai langkah meningkatkan lagi ekonomi negara," katanya pada majlis konvokesyen Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics dekat sini hari ini.

Menurut beliau, perkembangan itu berbeza berbanding senario pada 2008.

"Sokongan diberikan oleh golongan muda adalah bukti mereka mulai sedar kerajaan tidak pernah mengetepikan bantuan-bantuan untuk mereka," ujarnya.

Katanya, usaha Perdana Menteri meluangkan masa bersama golongan muda juga secara tidak langsung menarik minat mereka kepada UMNO kerana ia menggambarkan beliau seorang pemimpin yang sangat dekat dengan rakyat.

"Kalau dahulu golongan muda suka tulis ABU (Aku Bukan UMNO), tetapi kini mereka sudah ubah maksud tersebut menjadi Aku Bersama UMNO," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pemuda libas bapa dengan pisau

Posted:

Pemuda libas bapa dengan pisau

Pemuda libas bapa dengan pisau

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
utusansabah@utusan.com.my

PENAMPANG 10 Dis. - Seorang pemuda tergamak mengamuk dan melibas bapanya yang berusia 69 tahun dengan pisau sehingga cedera hanya kerana marahkan isterinya yang tiada di rumah mereka di Kampung Meruntum, di sini kelmarin.

Difahamkan, berikutan bimbang keselamatannya, mangsa, Kamlen Jamil yang cedera di dagu terpaksa terjun ke laut untuk menyelamatkan diri setelah dikejar anaknya itu yang berusia 31 tahun.

Kejadian berlaku pukul 4 petang semasa suspek pulang ke rumahnya dan mencari isterinya lalu bertanyakan kepada bapanya yang kemudian menjawab tidak tahu.

Berang dengan jawapan bapanya, suspek bertindak memecahkan cermin tingkap rumahnya selain menyerang warga emas itu dengan pisau.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ratan Kumar Singh berkata, suspek ditahan polis pukul 10 malam hari yang sama di sebuah rumah tidak bernombor berhampiran tempat kejadian.

"Hasil pemeriksaan menemui pisau sepanjang 28 sentimeter yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian itu.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya di sini hari ini.

Katanya, suspek sebelum ini pernah dipenjarakan selama dua bulan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Full content generated by Get Full RSS.

Lelaki nyaris maut kereta rempuh lembu

Posted:

Lelaki nyaris maut kereta rempuh lembu

Lelaki nyaris maut kereta rempuh lembu


Azral Mazlan (kanan) melihat keretanya yang remuk selepas merempuh dua ekor lembu yang melintas secara tiba-tiba di Jalan Felda Sendayan, Seremban, semalam.


SEREMBAN 10 Dis. - Seorang pemuda nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya merempuh dua ekor lembu di Jalan Felda Sendayan-Seremban, dekat sini semalam.

Mangsa, Azral Mazlan, 31, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Felda Sendayan ke Seremban atas urusan kerja.

Katanya, sampai di lokasi kejadian secara tiba-tiba dua ekor lembu melintas jalan.

"Saya tidak sempat brek dan mengelak menyebabkan saya merempuh dua ekor lembu terbabit.

"Kenderaan saya hilang kawalan tetapi bernasib baik kerana tidak terbabas ke dalam longkang di tepi jalan raya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Katanya, rempuhan itu menyebabkan salah seekor daripada lembu berkenaan mati.

Menurutnya, akibat rempuhan itu keretanya tidak dapat bergerak kerana mengalami kerosakan serius di bahagian enjin.

"Saya kesal kerana pemilik haiwan itu membiarkan ternakan mereka berkeliaran," katanya.

Dalam kejadian itu juga, seorang penunggang motosikal, Nor Azmi Mohd. Ali, 37, terjatuh selepas tidak dapat mengelak dua ekor lembu yang dilanggar kereta Azral.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Zulfadli dahagakan juara Terbuka India

Posted:

Zulfadli dahagakan juara Terbuka India

Zulfadli dahagakan juara Terbuka India

KUALA LUMPUR– Selepas berjaya mendapatkan gelaran remaja dunia kini pemain badminton muda berbakat besar Zulfadli Zulkifli mahu menutup tirai 2011 dengan sasaran melakukan kejutan pada Kejohanan Terbuka India minggu depan.

Zulfadli berkata, kejohanan tersebut dijangka menjadi lebih mencabar dengan penyertaan pemain seperti Taufik Hidayat serta Simon Santoso dan suasana pertandingan juga berbeza daripada kejohanan remaja yang pernah disertai.

Sekiranya dia mampu melangkah ke separuh akhir pemain yang diramal menentangnya pada saingan tersebut adalah Simon.

Kali terakhir menentang pemain dari Indonesia itu ialah pada Terbuka Macau bulan lalu yang menyaksikan Zulfadli tewas di pusingan kedua.

"Sejak saya memperoleh gelaran dunia remaja baru-baru ini semangat untuk melakukan yang terbaik semakin meningkat dan ayah saya selaku jurulatih yang membimbing saya sejak mula bermain badminton juga banyak membantu.

"Dalam kejohanan tersebut saya diundi menentang pemain Itali dan selepas ini bakal menentang pemain tuan rumah dan sekiranya dapat melangkah ke suku akhir juga sudah cukup baik bagi saya," kata Zulfadli.

Juara Kejohanan Remaja Dunia pada Oktober lalu itu kini tidak mahu memandang kebelakang dan cuba untuk memberikan saingan terbaiknya dalam setiap kejohanan berstatus terbuka yang bakal disertai.

Kejohanan di India ini juga dianggap penting buat Zulfadli terutama untuk mengumpul mata bagi melayakkannya beraksi dalam All England pada tahun depan.

Malah, Zulfadli mengakui peluangnya untuk melakukan yang terbaik pada kejohanan yang bermula pada 20 hingga 25 Disember ini adalah 50-50.

"Kebanyakan yang beraksi dalam kejohanan ini adalah pemain hebat dan tentu sekali peluang itu tetap ada buat semua pemain.

"Sungguhpun kejohanan di India ini adalah penutup bagi tahun ini tetapi saya tidak boleh anggap ia sebagai medan pemanas badan untuk menghadapi tahun depan kerana menjelang tahun baru misi saya akan menjadi lebih lagi," kata Zulfadli.

Full content generated by Get Full RSS.

Fadhli serasi bersama Amer

Posted:

Fadhli serasi bersama Amer

Fadhli serasi bersama Amer

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR- Kehilangan rakan gandingan di bahagian pertahanan, Mohd. Muslim Ahmad yang membuat keputusan berhijrah ke skuad Liga Super Terengganu pada musim depan tidak menggusarkan Mohd. Fadhli Mohd. Shas.

Bakal membawa cabaran Harimau Muda dalam saingan Liga Singapura, Fadhli berkata, dia menghormati keputusan rakan sepasukannya tersebut yang mahu mencurahkan bakti kepada negeri kelahirannya namun yakin dengan kemampuan seorang lagi pemain pertahanan, Mohd. Amer Saidin.

Malah, Fadhli mendedahkan Amer bukanlah seorang yang asing buat dirinya kerana telah lama bersama dan mempunyai persefahaman yang baik ketika di Harimau Muda B.

''Biarpun Muslim tiada lagi pada musim akan datang semasa kami beraksi di Liga Singapura, saya tidak kisah kerana kami masih ada ramai pemain yang berkebolehan bermain di tempatnya.

''Antaranya Amer Saidin, saya dan dia telah bersama lebih lama iaitu selama dua tahun dalam Harimau Muda B, dia adalah seorang pemain yang bagus.

''Saya juga serasi dengan Amer sebagaimana saya dengan Muslim kerana tahu kekuatan dan kelemahan permainannya, jadi ketiadaan Muslim bukan satu persoalan besar," katanya pada sesi latihan dan pemilihan pemain Bawah 22 tahun negara yang akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan di Sydney, Australia.

Muslim dan Fadhli merupakan dua pertahanan muda negara yang sering digandingkan bersama sama ada di pentas pasukan senior atau Bawah 23 tahun negara.

Tidak terkecuali di saingan Liga Malaysia ketika bersama Harimau Muda A, kedua-dua pemain ini dianggap antara pertahanan terbaik negara dalam masa dekad ini.

Menyentuh perancangannya selepas ini, dia berkata masih belum merancang mahu beraksi dengan mana-mana pasukan lain kerana mahu menimba seberapa banyak pengalaman berharga bersama Harimau Muda.

''Bersama Harimau Muda, saya banyak mendapat pengalaman berharga di samping cara permainan saya semakin baik walaupun baru berusia 20 tahun.

''Masih banyak lagi yang saya perlu belajar, satu lagi, jika tidak kerana Harimau Muda mungkin saya tidak berada di tahap seperti hari ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


FAMA sasar RM40j jualan hasil tani

Posted:

FAMA sasar RM40j jualan hasil tani

FAMA sasar RM40j jualan hasil tani

Oleh ALI MAHMOOD
utusanktn@gmail.com

BENTONG 10 Dis. - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang yakin mampu mencapai sasaran jualan pasar tani sehingga RM40 juta sehingga akhir tahun ini membabitkan 36 pasar tani di seluruh negeri ini.

Pengarahnya, Ibrahim Mahmood berkata, sehingga Oktober lalu, agensi itu berjaya mencapai jualan sebanyak RM33.3 juta menerusi sebuah pasar tani kekal di Jerantut, dua pasar tani mega dan 34 pasar tani biasa.

Katanya, usaha FAMA menyediakan khidmat urus setia bagi memenuhi permintaan peserta dan para pengunjung antara faktor yang berjaya meningkatkan nilai hasil pasar tani di negeri ini setiap tahun.

''Selain mendapat sambutan pengguna yang bertambah setiap tahun, nilai pasaran pasar tani terus meningkat apabila mendapat sambutan menggalakkan daripada pelancong yang turut berbelanja di pasar ini.

''Berdasarkan sambutan tersebut, kita yakin akan dapat menambah nilai jualan RM50 juta tahun depan apabila FAMA dalam perancangan untuk menambah 13 lagi pasar tani dengan membabitkan 383 peserta," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke pasar tani Bukit Piatu dan Agro Bazaar Benus di sini baru-baru ini.

Menurutnya, di daerah itu sahaja terdapat lima pasar tani yang beroperasi di Benus, Bukit Piatu, Felda Mempaga, Simpang Pelangai dan Taman Kolej dengan nilai jualan RM3.7 juta sehingga Oktober lepas.

Mengenai Agro Baazar, beliau memberitahu, matlamat FAMA menubuhkan kedai rakyat itu adalah sebagai tempat mengumpul, membeli dan menjual hasil-hasil pertanian yang diusahakan oleh orang kampung.

Katanya, penubuhan kedai itu merupakan salah satu mekanisme menangani kemiskinan dan memberi mereka peluang menambah pendapatan.

''Kedai rakyat itu menawarkan barang keperluan asas dan pelbagai produk pertanian pada harga berpatutan bagi mengawal inflasi serta memudahkan masyarakat mendapat bekalan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pasangan suami isteri terima cek insurans

Posted:

Pasangan suami isteri terima cek insurans

Pasangan suami isteri terima cek insurans


JAMEL Ibrahim (empat dari kiri) menyampaikan cek insurans kepada Hasnah Abd. Karim di pejabat Atlas Edible Ice di Mentakab, Pahang, baru-baru ini.


MENTAKAB 10 Dis. - Sepasang suami isteri yang sedih atas kematian anak mereka akibat kemalangan jalan raya sejak dua tahun lalu menerima cek insurans sebanyak RM50,000 daripada Syarikat Atlas Edible Ice di sini baru-baru ini.

Wang tersebut disampaikan oleh Penyelia Atlas, Jamel Ibrahim pada satu majlis ringkas yang diadakan di syarikat itu di sini.

Menurut Othman Nong Deraman, 60, anaknya, Helmizam, 36, merupakan anak sulung daripada lima beradik.

Katanya, arwah banyak membantu keluarganya terutama adik-adik yang masih bersekolah dan memerlukan kewangan untuk menampung perbelanjaan mereka.

"Arwah berkerja dengan syarikat itu selama dua tahun dan pemergiannya kami reda sebagai satu dugaan dalam hidup," katanya.

Menurut Othman, isterinya, Hasnah Abd. Karim, 55, masih belum dapat melupakan kejadian kemalangan menimpa anaknya itu namun menerima dugaan itu dengan reda.

Katanya, dia bersama isteri berterima kasih terhadap syarikat itu yang prihatin terhadap mereka sekeluarga dan akan menggunakan wang tersebut sebaiknya.

Dia tidak menyangka menerima cek tersebut dan menghargai syarikat terbabit kerana mengambil berat kebajikan setiap pekerjanya.

Full content generated by Get Full RSS.

ECERDC perluas projek Empower

Posted:

ECERDC perluas projek Empower

ECERDC perluas projek Empower

TEMERLOH 10 Dis. - Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) akan memperluas projek pembangunan modal insan dikenali Program Empower ke daerah-daerah lain di Pahang, Terengganu dan Kelantan tahun depan.

Pengurus Besar Bahagian Sosialnya, Zulkifli Yaakob berkata, perluasan projek itu sebagai tambahan kepada daerah sedia ada yang sedang dilaksanakan di Bentong, Lipis dan Temerloh di Pahang serta Jeli (Kelantan) dan Kemaman (Terengganu).

Menurutnya, program yang dilancarkan dua tahun lalu berjaya mengubah taraf hidup isi rumah keluarga miskin dan pendidikan bagi pelajar dianggap lemah dalam akademik.

''Penduduk terlibat dalam program Empower dapat menyesuaikan diri dan sama-sama terbabit dalam pembangunan kesan daripada limpahan yang dibawa oleh ECER.

''Sejak dilancarkan fasa pertama di Bentong dua tahun lalu, kini hampir 3,000 penduduk dan pelajar mendapatkan manfaat menerusi program ini dengan membabitkan daerah Temerloh, Lipis, Jeli dan Kemaman," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perasmian program Empower Temerloh yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Datuk Chua Boon Seong di sini baru-baru ini.

Zulkifli berkata, program yang diperkenalkan di Bentong pada 2010 menunjukkan perkembangan positif apabila 480 usahawan berjaya dilahirkan selain memberi manfaat kepada penduduk.

Selain latihan kemahiran usahawan selama 15 bulan, katanya, program itu turut menawarkan tuisyen kepada pelajar sekolah rendah dan menengah bagi mempertingkatkan lagi prestasi akademik mereka.

Katanya, ECERDC bukan sahaja memberi tumpuan kepada pembangunan semata-mata tetapi turut berperanan melahirkan masyarakat seimbang daripada segi kemahiran dan pendidikan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


13 maut pesawat terhempas di Manila

Posted:

13 maut pesawat terhempas di Manila

13 maut pesawat terhempas di Manila


Anggota bomba mengalihkan sekeping zink yang menghempap mayat-mayat selepas sebuah pesawat ringan yang terhempas menyebabkan kebakaran di kawasan penempatan di daerah Paranaque, Manila, semalam. - AFP


MANILA 10 Dis. - Sebuah pesawat ringan empat tempat duduk terhempas di sebuah kawasan penempatan di Filipina hari ini, mencetuskan kebakaran yang membunuh 13 orang termasuk dua kanak-kanak, sementara sekurang-kurangnya 20 yang lain cedera.

Setiausaha Agung Palang Merah Kebangsaan, Gwendolyn Pang berkata, pasukan penyelamat menemui mayat-mayat yang rentung di lokasi kejadian di daerah Paranaque, berhampiran dengan lapangan terbang Manila.

"Sekurang-kurangnya 50 buah rumah turut terbakar akibat nahas itu. Ia adalah pondok-pondok yang diperbuat daripada bahan mudah terbakar," katanya.

Menurutnya lagi, mereka yang disahkan terbunuh termasuk juruterbang, pembantu juruterbang dan penghuni rumah.

Pesawat jenis Beechcraft itu dilapor berlepas dari lapangan terbang Manila beberapa minit sebelum terhempas.

Pang berkata, api terus merebak ke sebuah sekolah rendah berdekatan, tetapi keadaan agak terkawal memandangkan sekolah tersebut kosong kerana cuti hujung minggu.

Datuk Bandar Paranaque, Florencio Bernabe berkata, sekurang-kurangnya 20 orang orang yang cedera telah dibawa ke hospital.

Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina, Ramon Gutierrez pula berkata, juruterbang itu ada meminta kebenaran melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Manila sebaik saja ia berlepas.

Punca kemalangan masih belum diketahui. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Kebakaran hospital: Enam didakwa

Posted:

Kebakaran hospital: Enam didakwa

Kebakaran hospital: Enam didakwa


Seorang pesakit yang dipindahkan diberi rawatan di sebuah bangunan lain berikutan kebakaran di Hospital Amri yang mengorbankan 90 nyawa di Kolkata, kelmarin. - AFP


KOLKATA 10 Dis. - Seramai enam ahli lembaga pengarah Hospital Amri yang menyaksikan 90 orang pesakit maut akibat kebakaran semalam, ditangkap dan didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh.

Mereka yang didakwa termasuk SK Todi dan RS Goenka yang merupakan pemilik hospital tersebut.

Todi dan Goenka sebelum ini menyerah diri di sebuah balai polis tempatan semalam selepas kejadian tersebut.

Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee berkata, tragedi itu merupakan jenayah yang tidak dapat dimaafkan dan berikrar hukuman berat akan dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Beliau berkata, hospital itu sebelum ini gagal mengemaskini prosedur keselamatan walaupun diarahkan berbuat demikian beberapa bulan lalu.

Kebakaran bermula di tingkat bawah tanah hospital itu sebelum waktu subuh semalam dan kakitangan hospital dilapor telah melarikan diri daripada tempat kejadian.

Banerjee berkata, pihak berkuasa pada September lalu memberi amaran kepada pentadbir hospital mengenai tingkat bawah tanah itu di mana peralatan radiasi disimpan.

Beliau turut membatalkan lesen operasi hospital tersebut.

Menteri Pengurusan Bencana Alam, Javed Khan berkata, Hospital Amri yang baru-baru ini dikategorikan sebagai yang terbaik di Kolkata oleh sebuah majalah India juga tidak mempunyai peralatan kebakaran lengkap.

Pihak hospital menafikan dakwaan mengatakan ia tidak mematuhi sebarang pendekatan keselamatan. - AP/Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Bila artis tak datang majlis

Posted:

Bila artis tak datang majlis

Bila artis tak datang majlis


NORISH KARMAN


BARU-baru, teman Joyah ke sidang akhbar penganjuran sebuah teater sempena Festival Monodrama 2011 di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur. Cuaca hujan masa itu tapi digagahkan juga ke tempat berprestij di Jalan Tun Razak yang terkenal dengan kawasan jammed.

Bagaimanapun, bila dah sampai, darah teman Joyah yang membara itu bertambah mendidih bila dikejutkan dengan berita daripada penganjur yang ketiga-tiga artis terlibat dalam teater itu iaitu Norish Karman, Misha Omar dan Yasmin Hamid tak dapat datang.

Teman Joyah itu kecewalah, penat memandu ke IB tak habis lagi ditambah bengang sebab artis tak datang majlis.

Buat apa wartawan datang sedangkan tak ada artis yang hendak ditemuramah? Mestilah ada banyak soalan yang hendak ditanya tentang persiapan sebelum lakonan dan macam-macam lagilah.

Kemudian pula itu, tiga artis yang terlibat dalam teater tu bukan calang-calang orang, semuanya top dan banyak peminat!

Bila tak datang ke sidang akhbar, jadi macam ada sesuatu nak disembunyikan. Tapi kalau pun seorang saja artis yang bermasalah dalam teater tu, yang ada cerita kontroversi tersendiri, takkan lagi dua orang artis tu tak boleh datang mewakili kawan lagi seorang tu!

Joyah yakin, takkan lah tiga-tiga artis yang dah berpuluh-puluh berlakon drama dan filem ni sengaja buat hal. Joyah pun kenal dengan mereka.

Tapi apa yang Joyah tak faham, kenapa mereka tak paham lagi kerja wartawan yang selama mencari artis untuk dapatkan berita.

Kalau tak nak datang sekali pun, jangan cakap nak datang pada penganjur yang selalunya tempat rujukan para wartawan. Sebab penganjur selalunya nak suruh wartawan ni datang cover majlis dia dan bila semua wartawan dah sampai, tiba-tiba kata artis tak ada. Rasa macam ada konspirasi pula.

Kes artis tak datang sidang akhbar ni kalau ditanya kepada pihak penganjur biasanya alasan klise keluar: "Maaf ye, semua artis tak dapat datang sebab masing-masing ada jadual shooting. Saat-saat akhir terpaksa batal datang ke PC sebab dah terikat dengan komitmen lain."

Alahai... sedangkan semua tahu yang artis adalah penting pada sidang akhbar itu. Tak apalah, lepas ini penganjur di luar sana kena pastikan surat jemputan itu hanya tercatat nama artis yang sudi nak datang saja. Senang wartawan nak tapis siapa artis yang betul-betul 'ikhlas' dalam industri ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Kemelut Ombak Rindu

Posted:

Kemelut Ombak Rindu

Kemelut Ombak Rindu

SEBENARNYA Joyah gembira dengan perkembangan filem Ombak Rindu yang disifatkan sebagai fenomena ketika ini. Banyak orang yang dah pergi menonton sibuk memberitahu filem tersebut memang benar-benar meresap ke dalam jiwa mereka.

Dari satu sudut Joyah memang gembira. Dah lama rasanya tak ada fenomena yang berlaku macam ni. Kalau dulu filem Hantu Kak Limah Balik Rumah pun, situasinya agak sama dengan apa yang berlaku pada Ombak Rindu.

Lantas menyebabkan ramai yang pergi menonton buat kali kedua walaupun kedua-dua genre ini memang berbeza. Yang akan jadi masalah kalau penonton ke panggung tetapi apabila mereka pulang masing-masing senyap. Itu bahaya.

Tapi dalam orang seronok memperkatakan Ombak Rindu begitu meruntun jiwa, tiba-tiba penulis novel berkenaan mula buka mulut tentang isu bayaran. Soal bayaran ni memang sensitif.

Apa yang diungkit oleh Fauziah Ashari mungkin ada asasnya. Tapi kenapa baru sekarang nak ungkit semua itu? Kenapa bila filem berkenaan kutip lebih RM5 juta, baru Fauziah nak cakap soal bayaran.

Seharusnya daripada awal lagi Fauziah perlu tahu perkara ini. Yang menjadi masalah kenapa dalam kontrak dulu tak disebut syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh penerbit filem sekiranya naskhah itu berjaya atau sebaliknya? Itu hak mereka.

Ini yang menjadi kemusykilan Joyah. Joyah juga tidak berpihak kepada penerbit filem tersebut. Kalau sudah dapat berjuta-juta apa kata mereka berbincang secara baik dalam menyelesaikan kemelut yang melanda ini.

Nasihat Joyah kepada mana-mana penulis yang hebat agar lebih peka dalam soal macam ni. Ini bukan pertama kali berlaku.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Tahun penuh cabaran

Posted:

Tahun penuh cabaran

Tahun penuh cabaran


Sultan Sharafuddin Idris Shah



SULTAN Sharafuddin Idris Shah genap berusia 66 tahun hari ini. Dalam usianya itu, Sultan Selangor tetap sibuk seperti dulu - bertemu rakyat, melayani aduan serta membaca satu persatu dokumen yang dikemukakan kepada istana.

Dalam suasana sekarang yang disifatkan baginda bagai 'menghadapi ombak yang kuat', Sultan Selangor mengakui sangat letih dan berharap dapat 'melabuhkan sauh' tahun depan.

Tahun ini memang tahun penuh cabaran buat Sultan Selangor. Satu demi satu isu timbul. Tetapi menggunakan analogi seorang pelayar, baginda berjaya mengharunginya dengan amat baik sekali.

Saban waktu tanpa jemu, baginda terus menyeru rakyat terutama orang Melayu supaya bersatu.

Baginda tidak mahu orang Melayu terus bertikai. Baginda sedih sesama umat Islam berbalah. Apa yang diharapkan oleh baginda ialah rakyat pelbagai bangsa dan agama di negeri ini hidup dengan aman dan makmur.

Kepada Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad, Zulkefli Hamzah dan Helmi Mohd. Foad, Sultan Selangor meluahkan isi hati dan pemikiran baginda itu dalam wawancara eksklusif di Istana Mestika, Shah Alam, Selasa lalu.

"Kerana politik kita bergaduh tidak berguna," titah baginda yang dalam wawancara kali ini berpenampilan berbeza dengan pakaian seragam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Baginda yang juga Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) semasa wawancara itu sedang bersiap-siap untuk ke Langkawi bagi menghadiri Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011.

MINGGUAN: Sempena keputeraan Tuanku ke-66 dan juga 10 tahun sebagai Sultan Selangor ini, apakah yang ingin Tuanku nyatakan?

Sultan Sharafuddin: Apa yang mustahak sekali saya mahu negeri Selangor ini aman. Kalau rakyat dapat berikan itu, saya anggap ia sebagai satu hadiah kepada saya. Aman makmur, tidak ada pergolakan, tenteram dan rakyat boleh bergerak dengan selesa, itu yang paling mustahak.

Apa guna menjadi Sultan Selangor sedangkan negeri Selangor tidak aman, asyik bergaduh dan rakyat ketakutan. Bukan orang Melayu sahaja tetapi berbilang kaum dalam erti kata rakyat berbilang kaum saling hormat menghormati. Ada hak masing-masing, macam hak agama, jangan disentuh. Kalau bergaduh isu sensitif berkenaan agama dan bangsa, sangat susah untuk henti dan pulihkan. Jangan benarkan ia berlaku.

Saya tidak mahu itu berlaku. Kerana politik kita bergaduh, tidak berguna. Selangor sangat bertuah, kemajuannya pesat. Kek Selangor yang besar masing-masing boleh merasa.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full content generated by Get Full RSS.

Bisik-Bisik Mingguan

Posted:

Bisik-Bisik Mingguan

Bisik-Bisik Mingguan

Bernafsu lagi

NAFSU tidak mengenal usia termasuk nafsu untuk bergayut kepada jawatan. Orang yang menampilkan imej ulama dan tok guru juga tidak terkecuali.

Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang sudah uzur, mahu bertanding lagi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Macam tak percaya tetapi itulah realitinya.

Keputusan mengenai perkara itu telah pun dibuat. Sudah 40 tahun jadi wakil rakyat, apa nak lagi. Suatu ketika dulu, Nik Aziz perlekeh beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang dianggapnya sebagai gila kedudukan.

Rupa-rupanya beliau lebih teruk daripada itu. Awang tidak kisah kalau tok guru masih sihat dan cergas. Teruskan. Tetapi akuilah bahawa fizikalnya kian lemah, pemikiran tidak secerdas dulu, pendengaran dan pertuturannya juga semakin tidak jelas. Khabarnya, untuk menyampaikan taklimat kepada beliau, juga agak payah kerana keuzurannya itu.

Itu belum bercakap tentang prestasi kepimpinan yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat. Sejak menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990, tidak banyak pencapaian dan kemajuan. Kehebatan Nik Aziz hanyalah berceramah sambil menutup kelemahannya dengan asyik menyerang pihak lain.

Semua orang tahu bagaimana keadaan Kelantan di bawah pentadbiran Pas yang diterajui oleh Nik Aziz. Tiada yang boleh dibanggakan. Malah perihal keperluan asas untuk rakyat - air bersih - masih belum dapat diselesaikan walaupun sudah berlarutan 20 tahun.

Baru-baru ini Utusan Malaysia mendedahkan mengenai isu tersebut yang mencetuskan keresahan dan kemarahan ramai penduduk Kelantan. Seperti biasa, ia dijawab dengan seribu satu alasan oleh kerajaan negeri.

Walaupun lebih dua dekad memerintah, kerajaan Pas mengakui hanya membina sebuah masjid di negeri itu, yang lainnya dibina oleh kerajaan UMNO. Lagi tamparan buat kepimpinan Nik Aziz. Itupun beliau masih riak dan tanpa rasa malu mendakwa Pas lebih Islam daripada UMNO.

Awang tertanya-tanya apakah motif Nik Aziz mahu bertanding lagi? Apakah beliau fikir Pas Kelantan akan terus bergantung kepada auranya bagi mempertahankan pemerintahan di negeri itu?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau dilihat banyak merapu dan membuat silap dalam kenyataannya, yang menjatuhkan imej Pas dan mencemarkan Islam.

Soalnya, apakah ada lagi aura Nik Aziz atau aura itu yang akan bertukar membawa musibah kepada Pas?

Pas sayap DAP

Apabila Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa parti itu tidak akan memasukkan hukum hudud dalam manifesto pakatan pembangkang pada PRU13 maka pekong terdedah lagi.

Ia jelas membuktikan bahawa Pas terus tunduk dengan desakan sekutunya iaitu PKR dan DAP.

Sebelum ini kerana tekanan kedua-dua parti itu juga, Pas menggugurkan perjuangan negara Islam dan menggantikan negara berkebajikan.

Awang hairan dengan kenyataan beberapa pemimpin Pas yang berdegar-degar mahu melaksanakan hukum hudud beberapa minggu lalu. Apa sekalipun yang akan terjadi, kononnya mereka tidak akan sedikitpun berganjak laksana jihad di medan perang.

Kalau sudah tidak berani untuk menyatakan perkara itu dalam manifesto, elok tutup muka dengan sarung bantal sajalah. Buat malu kepada ahli dan para penyokong.

Awang sedih kerana belum pernah dalam sejarah, Pas sedayus ini. Prinsip dan maruah Islam dilacurkan. Parti itu tidak ubah seperti organisasi sayap dalam DAP. Masyarakat Islam sudah lama kecewa dan memberikan mesej jelas kepada Pas tetapi tidak dipedulikan.

Di sebalik akur kepada percaturan DAP, Pas sendiri menjadi mangsa. DAP telah merancang untuk meletakkan calon Melayunya sendiri di sebahagian kawasan majoriti Melayu.

Dengan kata lain, DAP tidak hormat kepada Pas dan lebih daripada itu, tidak yakin kemampuan Pas untuk mendapatkan majoriti undi Melayu. Strategi Pas bagai senjata makan tuan.

Maka terjadilah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Tahniah. Akhirnya terperangkap dengan kebodohan sendiri.

Bangkitlah!

Jika sebelum ini, ADUN DAP Nga Khor Ming menghina Menteri Besar Perak, Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai hitam metalik, baru-baru ini beliau labelkan pula Perak sebagai Darul Kartun.

Mengapa nama negeri juga menjadi sasaran? Nama Darul Ridzwan berunsur keislaman, telah diperkenankan oleh Sultan Perak yang mencerminkan kedaulatan negeri. Ia bukan seperti nama rumah urut, disko atau tempat perjudian, yang boleh diperkotak- katik sesuka hati.

Sememangnya Kor Ming biadap dan melampau. Beliau bagaikan orang gila talak selepas DAP tidak lagi menjadi kerajaan negeri. Sanggup menghina dan mencerca apa sahaja bagi melepaskan geram.

Mungkin selepas ini, apabila kenyataannya menjadi kontroversi dan menerima banyak bantahan, Khor Ming akan meminta maaf tetapi seperti biasa nada dan lenggoknya tidak ikhlas.

Semua ini sepatutnya memberi pengajaran kepada rakyat terutamanya orang Melayu. Begitulah sikap DAP, apabila memperolehi sedikit kuasa, sudah besar kepala.

Awang juga ingin menegur para pemimpin BN negeri terutama UMNO agar tampil dengan lebih berani dan agresif melawan serangan Kor Ming.

Dalam berdepan dengan parti paling rasis dan mempunyai agenda untuk menulis semula Perlembagaan, janganlah bersikap terlalu budiman dan mengambil strategi bertahan.

Begitu juga kepada pertubuhan- pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri yang pro BN, usahlah lesu. Sampai bila mahu agama, bangsa, institusi raja dan pemimpin kita dihina? Bangkitlah... melainkan memang kita merelakan itu semua.

Fenomena

Sama ada disedari atau tidak, ada sesuatu yang kini menjadi fenomena di tanah air kita. Di merata-rata tempat, boleh dilihat orang ramai daripada semua kaum - dewasa, remaja, kanak-kanak mahupun wanita - memakai jersi pasukan bola sepak Malaysia.

Kerap kelihatan seisi keluarga bersiar-siar dengan seragam menyarungkan jersi jalur hitam -kuning dan biru-merah-putih yang menjadi warna rasmi Harimau Malaya dan Harimau Muda.

Malah makin banyak aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai pihak meliputi universiti, majikan, NGO dan sekolah seperti pertandingan debat, hari keluarga, gotong royong dan banyak lagi, dengan memakai jersi yang sama.

Awang tersentuh. Fenomena penyatuan hati dan rasa bangga rakyat terhadap negara ini sudah lama tidak tercetus. Semuanya bermula dengan bibit-bibit kejayaan skuad negara. Mendapat pingat emas Sukan SEA Laos pada 2009 dan lebih manis menjuarai Piala AFF di Jakarta tahun lalu.

Lebih gemilang ialah kejayaan kali kedua menewaskan Indonesia di gelanggang tuan rumah dan dapat mempertahankan pingat emas acara bola sepak Sukan SEA, bulan lalu.

Keyakinan dan kekuatan mental para pemain membangkitkan semangat rakyat Malaysia. Penghinaan dan cercaan terhadap negara, rupa-rupanya menjadi azimat buat para pemain yang akhirnya pulang dengan kejayaan.

Biarpun skuad Harimau Muda kemudian tewas bagi kelayakan Olimpik, rakyat Malaysia masih meletakkan penghargaan yang tinggi atas pencapaian di Sukan SEA 2011 di Indonesia.

Sekali lagi terbukti betapa kecemerlangan dalam sukan boleh menyemarakkan nasionalisme, yang tidak semestinya melalui peperangan atau ucapan berapi-api pemimpin.

Dalam pada itu, Awang lega kerana orang muda kita tidak lagi 'dikuasai' dengan jersi lambang pasukan luar seperti England, Brazil, Sepanyol, Jerman dan Itali.

Begitu juga keghairahan terhadap jersi kelab ternama antaranya Manchester United, Barcelona, Real Madrid, Inter Milan, Manchester City, Liverpool, Chelsea dan Arsenal, yang kini sedikit reda.

Semuanya kerana kita sudah punya pilihan lain, yang lebih istimewa iaitu jersi sendiri. Malaysia.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Mengenang koleksi datuk

Posted:

Mengenang koleksi datuk

Mengenang koleksi datuk

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
Foto RASHID MAHFOF & KOLEKSI RIFKIAN


Antara porselin Dinasti Ming dan Song peninggalan datuk yang berusia beratus tahun.


MAJLIS pemberian nama gelar sebagai penghulu melibatkan allahyarham datuknya iaitu Dato' Ariffin Alias Rajo Angek di Padang Panjang, Sumatera Barat Indonesia pada tahun 1979 pernah singgah di telinganya.

Cerita daripada ibu, Puti Zahrah Ariffin, 53, itu juga menerbit rasa bangga kerana dia adalah cucu kepada seorang lelaki yang berkarisma dan banyak berjasa kepada ramai orang tanpa mengira latar belakang.

Apabila arwah datuknya itu menjadi antara orang kepercayaan ketika zaman pemerintahan jajahan Belanda sewaktu berkhidmat sebagai kapten kapal di Melaka pada tahun 1940.

Memikul tanggungjawab berat berkenaan memberi dia banyak peluang untuk bertemu dengan pelbagai lapisan golongan bangsa sebelum Jepun mengibarkan bendera putih.

Arwah datuk Mohammad Rifkian Shah ini ringan tulang dan tidak pernah meminta balasan atas pertolongan yang diberikan semasa di Melaka.

Selepas zaman gelap berakhir, arwah datuknya diminta pulang bertugas ke Jakarta, Indonesia di Interpol Indonesia sebagai Malim 1.

Bersejarah

Takdir Tuhan kemudiannya menemukan allahyarham Arifin dengan salah seorang lelaki bersama keluarganya yang pernah dibantu ketika ke Tanjung Balai, Indonesia pada tahun 1950.

"Lelaki itu memberi arwah datuk kain songket yang sangat cantik dan tidak diketahui dari mana asal datangnya lantaran ketelitian seni tenunan," katanya.

Bertitik tolak dari situ juga arwah datuknya menerima macam-macam pemberian yang berupa keris, pisau Arab, porcelin dari Dinasti Ming dan Song, almari, kerusi, kain batik, piring dan jam berusia beratus-ratus tahun.

Kesemuanya disimpan baik di tiga rumah berasingan iaitu di Kuala Lumpur, Dubai dan Jakarta, Indonesia dengan baik.

Bapanya, Shamsudin Mentor, 60, adalah kapten kapal yang bekerja di Dubai dan adik bongsunya, Muhammad Zulfarouq Shah turut melanjutkan pengajian kejuruteraan sivil di situ. Sementara Rifkian bersama dua beradiknya yang lain mengikuti pengajian di Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain, lelaki berusia 24 tahun memberitahu bahawa tujuan dia berkongsi koleksi arwah datuk yang jarang ditemui sebagai tanda peringatan buatnya. Itu juga tanda seorang cucu yang cukup merindui datuk setelah berpisah dengannya sejak tahun 2001.

Full content generated by Get Full RSS.

Gabungan Timur dan Barat

Posted:

Gabungan Timur dan Barat

Gabungan Timur dan Barat

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my
Foto WAHIDAH ZAINAL


Ruang tamu utama dan ruang santai di belakangnya gabungan moden dan oriental.


SESEKALI menyelit idea oriental dalam sesebuah kediaman mampu menyuntik kelainan yang bukan sedikit. Misalnya seperti kediaman contoh Marbella, satu projek di bawah Lebar Daun Dev. Sdn. Bhd yang terletak di D'Kayangan, Seksyen 14, Shah Alam.

Dikendalikan oleh sebuah syarikat rekaan dalaman, Benua Unit Design. ia akan dilancarkan kepada tidak lama lagi kepada pengunjung.

Pengarahnya, Mohd Nizar Manaf berkata, hiasan dalaman kediaman tersebut berkonsep moden oriental yang menggabungkan elemen Timur dan Barat pada setiap sudut supaya ia kelihatan seimbang.

"Kalau diperhatikan, saya hanya meletakkan sedikit sahaja sentuhan Oriental kerana ingin memberi kelainan. Contohnya dengan menyelitkan pinggan porselin bermotif Cina pada sebuah meja kayu yang moden ini," katanya.

Sebagai sebuah kediaman contoh, Marbella katanya, tidak boleh terlalu sarat dengan hiasan. Justeru Mohd Nizar perlu menggunakan kebijaksaan untuk mengaplikasikan kemahirannya pada setiap ruang supaya ia kelihatan kemas dan selesa.

Gabungan sofa berwarna putih tiga tempat duduk dipilih menghiasi ruang tamu utama. Ia digabungkan dengan kerusi sisi dan bangku dari material serta warna yang sama. Permaidani berwarna jingga di pilih bagi menaikkan seri ruang. Di belakang ruang tamu utama, Mohd Nizar mencipta kelainan dengan membina ruang santai daripada material kayu. Kerangka besi dipilih menjadi rak yang unik, menempatkan pelbagai hiasan.

Ruang makan dan ruang dapur dipisah menggunakan kaca. Menurut beliau, kaca memang menjadi keutamaannya dalam menentu susun atur kediaman kerana faktor keluasan. Di tengah-tengahnya, beliau sengaja meletakkan lukisan Picasso untuk mencipta kelainan.

"Walaupun ada yang berkata tidak sesuai saya menggandingkan lukisan Picasso dengan konsep sebegini, namun bila diamati dengan teliti ia sebenarnya memberi kelainan dan ada keserasian," katanya.

Teras kepada pemilihan warna kediaman tersebut adalah semula jadi di mana banyak bermain dengan warna alam seperti putih, krim, coklat dan kelabu.

Pemilihan perabot yang minimum di bahagian dapur menjadikan ruang tersebut kelihatan luas walau hakikatnya tidak terlalu besar.

Kemas dan menawan

Sengaja menambah elemen ekstravaganza pada beberapa sudut kediaman seperti bilik tidur utama, Mohd Nizar berkata ia dibuat berdasarkan kriteria pasaran.

"Tidak semua pembeli gemar kepada konsep moden ketika ini yang sangat minimalis. Jadi kami gabungkan elemen kedua-duanya agar memenuhi cita rasa semua," katanya.

Pemilihan chandelier berwarna hitam menambah gaya elegan kepada bilik tidur utama yang sangat luas. Aspek kekemasan dititikberatkan di mana pemilihan setiap perabot diberi perincian. Ruang persalinan yang dipisah dari bilik menjadikan ia kelihatan kemas dan tidak berserabut.

Dua bilik lagi di tingkat atas turut menerima sentuhan yang sama. Ruang tengah yang dijadikan tempat menonton keluarga juga diberi sentuhan moden.

Ruang membaca pada satu sudut mencipta kelainan dengan pemilihan dinding kaca yang menjadikan pemandangannya tidak tertutup di situ.

Secara keseluruhan, walaupun kelihatan ringkas, namun unsur kelainan tetap menyerlahkan kediaman tersebut. Sesuai dengan cita rasa pemilik kediaman kini yang gemar kepada konsep minimalis namun tetap elegan dan menawan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Warga emas dapat diploma

Posted:

Warga emas dapat diploma

Warga emas dapat diploma

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my


Zainal Ahmad (tiga kanan) bersama isterinya Hamidah Mohd. Salleh meraikan kejayaan mereka sambil diperhatikan rakan-rakan lain selepas menerima sijil masing-masing di Palm Garden Hotel, Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 10 Dis. - Biarpun bergerak dengan menggunakan bantuan kerusi roda ketika usia sudah pun menjangkau 70 tahun, semangat menuntut ilmu tidak pernah luntur dalam jiwa seorang warga emas, Hamidah Mohd. Salleh.

Hamidah merupakan salah seorang peserta program Persatuan Pembelajaran Sepanjang Hayat untuk Warga Emas (U3A) Kuala Lumpur dan Selangor, mengikuti kursus bahasa dan muzik dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau berkata, program yang diikuti bersama-sama suaminya, Zainal Ahmad, 75, itu memberinya peluang mendapatkan ilmu pengetahuan dan mengisi masa lapang.

"Saya gemar belajar dan tidak boleh duduk diam sahaja di rumah biarpun lumpuh separuh badan sejak 1993. Setiap ilmu yang diperoleh tidak boleh dilepaskan kerana ia memberi banyak faedah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hari Terbuka Program U3A di Palm Garden Hotel di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Harjeet Sigh dan Pengarah Institut Gerontologi UPM, Profesor Dr. Tengku Aizan Hamid.

Seramai 196 peserta menerima sijil masing-masing pada majlis dianjurkan oleh Institut Gerontologi, UPM itu.

Sementara itu, Zainal berkata, penyertaan dalam program tersebut memberinya peluang menambah ilmu pengetahuan dalam bidang agama Islam, bahasa Arab dan seni muzik.

"Berkongsi minat yang sama dengan isteri, menyebabkan kami tidak jemu untuk datang mempelajari kursus yang ditawarkan U3A.

"Masa yang ada tidak boleh dibiarkan begitu sahaja di rumah," kata bekas kakitangan Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) itu yang sering menemani isterinya.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Institut Gerontologi UPM, Profesor Dr. Tengku Aizan Hamid berkata, pihak pengurusan tertinggi universiti akan sentiasa memberi sokongan kepada program tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

1,000 graduan Cybernatics terima diploma

Posted:

1,000 graduan Cybernatics terima diploma

1,000 graduan Cybernatics terima diploma

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Gelaran Datuk serta perniagaan yang dimiliki tidak membataskan usaha seorang usahawan untuk mendapatkan segulung diploma dari Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics.

Datuk Said Nazar Abu Bakar (gambar), 40-an, yang hanya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak malu menyertai anaknya belajar di kolej itu sehingga berjaya memperoleh Diploma Eksekutif Pengajian Perniagaan pada majlis konvokesyen kolej itu di sini hari ini.

Kata usahawan itu, sedari dahulu beliau memang berhasrat menyambung pelajaran, namun kemiskinan keluarga menghalang cita-cita itu.

"Saya berasal dari kampung, keluarga tidak mempunyai wang untuk menghantar saya ke universiti. Namun, berkat usaha gigih saya akhirnya berjaya meneruskan hasrat itu," katanya yang menerima Anugerah Graduan Cemerlang.

Beliau merupakan antara 1,000 graduan kolej itu yang menerima diploma masing-masing pada majlis konvokesyen berkenaan.

Menurut Said Nazar, beliau tidak pernah berasa malu untuk bergaul dengan penuntut yang jauh lebih muda, malah banyak berkongsi ilmu serta pengalaman mengenai selok-belok perniagaan bersama rakan-rakan sekuliah.

Beliau merancang meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang perniagaan bagi meluaskan lagi ilmunya dalam bidang itu.

Full content generated by Get Full RSS.

4 lelaki larikan barang kemas

Posted:

4 lelaki larikan barang kemas

4 lelaki larikan barang kemas

KLANG 10 Dis. - Empat lelaki bersenjatakan kapak dan parang melarikan sejumlah barangan kemas bernilai kira-kira RM10,000 dalam rompakan nekad di sebuah kedai emas di Jalan Tengku Kelana, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, kejadian berlaku pukul 8.15 malam semasa pemilik kedai itu berada di dalam premisnya bersama tiga pekerja lain.

Menurutnya, empat lelaki dengan dua daripadanya dipercayai warga Indonesia secara tiba-tiba meluru masuk ke dalam premis.

"Seorang suspek bersenjatakan kapak memecahkan cermin pameran dan mengambil dua utas rantai emas, dua bentuk cincin dan dua pasang anting-anting emas. Suspek turut mengarahkan pemilik kedai dan pekerjanya meniarap.

"Suspek kemudian melarikan diri dengan kereta Proton Saga berwarna hitam yang menggunakan nombor pendaftaran palsu. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan," katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian Isnin lalu, sekumpulan perompak menebuk dinding dua buah kedai emas di Jalan Pos Baru, Klang Utara, sebelum melarikan sejumlah barangan kemas bernilai RM300,000.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Elaun noja, imam naik 100%

Posted:

Elaun noja, imam naik 100%

Elaun noja, imam naik 100%

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

NUSAJAYA 9 Dis. - Bagi menghargai keprihatinan dan komitmen tenaga kerja yang mengimarahkan masjid, surau serta pengembangan Islam, kerajaan negeri bersetuju menaikkan elaun pegawai masjid dan surau melebihi 100 peratus bermula tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, kenaikan yang akan diberi menerusi Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) itu melibatkan 793 noja masjid, 1,803 imam surau dan 1,803 bilal surau di seluruh negeri Johor.

"Dengan kenaikan itu katanya, noja masjid akan menerima elaun sebanyak RM960 setahun, imam surau sebanyak RM1,200 setahun dan bilal surau RM600 setahun iaitu purata kenaikan melebihi 100 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Johor 2012 yang bertemakan, Menjana Pendapatan, Berbelanja Demi Rakyat pada siang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Pada masa ini, noja masjid menerima elaun sebanyak RM30 sebulan iaitu RM360 setahun, imam surau RM50 sebulan (RMM600 setahun) dan bilal surau sebanyak RM20 sebulan (RM240 setahun).

Tambahnya, pada masa sama kerajaan juga bersetuju menaikkan elaun 56 penggerak masjid dan surau yang berperanan sebagai penasihat di masjid dan surau kawasan DUN kepada RM1,200 sebulan iaitu kenaikan sebanyak 70 peratus.

Bagaimanapun Abdul Ghani katanya, kadar tersebut akan ditentukan oleh pihak JAIJ.

Menurutnya, kerajaan negeri juga bersetuju menaikkan elaun mengajar Al-Quran bagi 2,013 orang guru Al-Quran bertauliah sebanyak 100 peratus kepada RM100 bagi setiap kelas.

"Pada dasarnya kita juga bersetuju dengan pelaksanaan pangkat secara tempoh masa kepada guru-guru agama negeri Johor mulai 2012 dan seramai 800 guru agama dijangka terlibat dengan kenaikan yang memperuntukkan sebanyak RM2 juta ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

400 pelatik PDK seluruh negeri 'berkampung' di Dataran Segamat

Posted:

400 pelatik PDK seluruh negeri 'berkampung' di Dataran Segamat

400 pelatik PDK seluruh negeri 'berkampung' di Dataran Segamat


Seorang pelatih PDK memeluk A. Rahim Nin sambil diperhatikan Sukardi Mohd. Tahir (tiga dari kiri) selepas perasmian Karnival Produk dan Kesenian PDK di Dataran Segamat, baru-baru ini.


SEGAMAT 9 Dis. - Seramai 400 pelatih dari 63 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) seluruh negeri dan Taman Sinar Harapan Jubli serta Taman Sinar Harapan Tampoi berkampung di Dataran Segamat sempena Karnival Produk dan Kesenian PDK Peringkat Negeri Johor 2011.

Timbalan Dipertuan Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Johor (Juita), Datin Sukardi Mohd. Tahir berkata, Johor menempatkan bilangan pelatih PDK kedua paling ramai di seluruh negara dengan jumlah 3,532 orang.

"Selain itu, terdapat 63 buah PDK yang mana angka ini melepasi sasaran awal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak 40 buah seluruh Johor. Saya harap hubungan baik yang terjalin antara Juita dan JKM dalam menjayakan pelbagai program yang melibatkan pelatih PDK akan berterusan di masa akan datang.

"Semoga usaha murni ini mampu melahirkan golongan kurang upaya sebagai individu yang bukan sahaja dapat seiring dengan masyarakat dalam apa jua bidang malah, menyumbang kepada negara," katanya ketika merasmikan karnival di Dataran Segamat di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jementah, Datuk Dr. Lee Hoon Tee; Pegawai Daerah Segamat, A. Rahim Nin dan Pengarah JKM negeri, Khatijah Abdullah.

Karnival selama empat hari itu bertujuan mewujudkan platform bagi memperkenal bakat serta produk yang dihasilkan PDK kepada umum selain memberi peluang untuk peserta saling bergaul secara sihat dengan masyarakat melalui pelbagai aturcara dan aktiviti termasuk pameran di 20 gerai.

Peserta juga diberi peluang menunjukkan bakat mereka melalui persembahan kesenian dalam acara nyanyian solo, duet, persembahan tarian, pertandingan pakaian beragam, pertandingan mewarna dan pertandingan gerai kreatif.

Sementara itu, Khatijah turut melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan pusat dan negeri kerana menyalurkan peruntukan berjumlah RM10.2 juta JKM tahun ini.

"Di PDK kami tidak hanya melatih peserta untuk pembelajaran akademik tetapi membentuk mereka menjadi insan yang mampu berdikari atau sekurang-kurangnya mengurangkan kebergantungan kepada keluarga dalam menguruskan keperluan seharian," katanya.

Jelasnya, peserta juga diajar menghasilkan pelbagai produk termasuk produk makanan dan kraftangan berasaskan penternakan dan pertanian dengan harapan dapat melatih mereka menghasilkan sesuatu yang boleh dimanfaatkan masyarakat.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved