Sabtu, 10 Disember 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


FAMA sasar RM40j jualan hasil tani

Posted:

FAMA sasar RM40j jualan hasil tani

FAMA sasar RM40j jualan hasil tani

Oleh ALI MAHMOOD
utusanktn@gmail.com

BENTONG 10 Dis. - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang yakin mampu mencapai sasaran jualan pasar tani sehingga RM40 juta sehingga akhir tahun ini membabitkan 36 pasar tani di seluruh negeri ini.

Pengarahnya, Ibrahim Mahmood berkata, sehingga Oktober lalu, agensi itu berjaya mencapai jualan sebanyak RM33.3 juta menerusi sebuah pasar tani kekal di Jerantut, dua pasar tani mega dan 34 pasar tani biasa.

Katanya, usaha FAMA menyediakan khidmat urus setia bagi memenuhi permintaan peserta dan para pengunjung antara faktor yang berjaya meningkatkan nilai hasil pasar tani di negeri ini setiap tahun.

''Selain mendapat sambutan pengguna yang bertambah setiap tahun, nilai pasaran pasar tani terus meningkat apabila mendapat sambutan menggalakkan daripada pelancong yang turut berbelanja di pasar ini.

''Berdasarkan sambutan tersebut, kita yakin akan dapat menambah nilai jualan RM50 juta tahun depan apabila FAMA dalam perancangan untuk menambah 13 lagi pasar tani dengan membabitkan 383 peserta," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke pasar tani Bukit Piatu dan Agro Bazaar Benus di sini baru-baru ini.

Menurutnya, di daerah itu sahaja terdapat lima pasar tani yang beroperasi di Benus, Bukit Piatu, Felda Mempaga, Simpang Pelangai dan Taman Kolej dengan nilai jualan RM3.7 juta sehingga Oktober lepas.

Mengenai Agro Baazar, beliau memberitahu, matlamat FAMA menubuhkan kedai rakyat itu adalah sebagai tempat mengumpul, membeli dan menjual hasil-hasil pertanian yang diusahakan oleh orang kampung.

Katanya, penubuhan kedai itu merupakan salah satu mekanisme menangani kemiskinan dan memberi mereka peluang menambah pendapatan.

''Kedai rakyat itu menawarkan barang keperluan asas dan pelbagai produk pertanian pada harga berpatutan bagi mengawal inflasi serta memudahkan masyarakat mendapat bekalan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pasangan suami isteri terima cek insurans

Posted:

Pasangan suami isteri terima cek insurans

Pasangan suami isteri terima cek insurans


JAMEL Ibrahim (empat dari kiri) menyampaikan cek insurans kepada Hasnah Abd. Karim di pejabat Atlas Edible Ice di Mentakab, Pahang, baru-baru ini.


MENTAKAB 10 Dis. - Sepasang suami isteri yang sedih atas kematian anak mereka akibat kemalangan jalan raya sejak dua tahun lalu menerima cek insurans sebanyak RM50,000 daripada Syarikat Atlas Edible Ice di sini baru-baru ini.

Wang tersebut disampaikan oleh Penyelia Atlas, Jamel Ibrahim pada satu majlis ringkas yang diadakan di syarikat itu di sini.

Menurut Othman Nong Deraman, 60, anaknya, Helmizam, 36, merupakan anak sulung daripada lima beradik.

Katanya, arwah banyak membantu keluarganya terutama adik-adik yang masih bersekolah dan memerlukan kewangan untuk menampung perbelanjaan mereka.

"Arwah berkerja dengan syarikat itu selama dua tahun dan pemergiannya kami reda sebagai satu dugaan dalam hidup," katanya.

Menurut Othman, isterinya, Hasnah Abd. Karim, 55, masih belum dapat melupakan kejadian kemalangan menimpa anaknya itu namun menerima dugaan itu dengan reda.

Katanya, dia bersama isteri berterima kasih terhadap syarikat itu yang prihatin terhadap mereka sekeluarga dan akan menggunakan wang tersebut sebaiknya.

Dia tidak menyangka menerima cek tersebut dan menghargai syarikat terbabit kerana mengambil berat kebajikan setiap pekerjanya.

Full content generated by Get Full RSS.

ECERDC perluas projek Empower

Posted:

ECERDC perluas projek Empower

ECERDC perluas projek Empower

TEMERLOH 10 Dis. - Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) akan memperluas projek pembangunan modal insan dikenali Program Empower ke daerah-daerah lain di Pahang, Terengganu dan Kelantan tahun depan.

Pengurus Besar Bahagian Sosialnya, Zulkifli Yaakob berkata, perluasan projek itu sebagai tambahan kepada daerah sedia ada yang sedang dilaksanakan di Bentong, Lipis dan Temerloh di Pahang serta Jeli (Kelantan) dan Kemaman (Terengganu).

Menurutnya, program yang dilancarkan dua tahun lalu berjaya mengubah taraf hidup isi rumah keluarga miskin dan pendidikan bagi pelajar dianggap lemah dalam akademik.

''Penduduk terlibat dalam program Empower dapat menyesuaikan diri dan sama-sama terbabit dalam pembangunan kesan daripada limpahan yang dibawa oleh ECER.

''Sejak dilancarkan fasa pertama di Bentong dua tahun lalu, kini hampir 3,000 penduduk dan pelajar mendapatkan manfaat menerusi program ini dengan membabitkan daerah Temerloh, Lipis, Jeli dan Kemaman," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perasmian program Empower Temerloh yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Datuk Chua Boon Seong di sini baru-baru ini.

Zulkifli berkata, program yang diperkenalkan di Bentong pada 2010 menunjukkan perkembangan positif apabila 480 usahawan berjaya dilahirkan selain memberi manfaat kepada penduduk.

Selain latihan kemahiran usahawan selama 15 bulan, katanya, program itu turut menawarkan tuisyen kepada pelajar sekolah rendah dan menengah bagi mempertingkatkan lagi prestasi akademik mereka.

Katanya, ECERDC bukan sahaja memberi tumpuan kepada pembangunan semata-mata tetapi turut berperanan melahirkan masyarakat seimbang daripada segi kemahiran dan pendidikan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved