Sabtu, 10 Disember 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Elaun noja, imam naik 100%

Posted:

Elaun noja, imam naik 100%

Elaun noja, imam naik 100%

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

NUSAJAYA 9 Dis. - Bagi menghargai keprihatinan dan komitmen tenaga kerja yang mengimarahkan masjid, surau serta pengembangan Islam, kerajaan negeri bersetuju menaikkan elaun pegawai masjid dan surau melebihi 100 peratus bermula tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, kenaikan yang akan diberi menerusi Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) itu melibatkan 793 noja masjid, 1,803 imam surau dan 1,803 bilal surau di seluruh negeri Johor.

"Dengan kenaikan itu katanya, noja masjid akan menerima elaun sebanyak RM960 setahun, imam surau sebanyak RM1,200 setahun dan bilal surau RM600 setahun iaitu purata kenaikan melebihi 100 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Johor 2012 yang bertemakan, Menjana Pendapatan, Berbelanja Demi Rakyat pada siang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Pada masa ini, noja masjid menerima elaun sebanyak RM30 sebulan iaitu RM360 setahun, imam surau RM50 sebulan (RMM600 setahun) dan bilal surau sebanyak RM20 sebulan (RM240 setahun).

Tambahnya, pada masa sama kerajaan juga bersetuju menaikkan elaun 56 penggerak masjid dan surau yang berperanan sebagai penasihat di masjid dan surau kawasan DUN kepada RM1,200 sebulan iaitu kenaikan sebanyak 70 peratus.

Bagaimanapun Abdul Ghani katanya, kadar tersebut akan ditentukan oleh pihak JAIJ.

Menurutnya, kerajaan negeri juga bersetuju menaikkan elaun mengajar Al-Quran bagi 2,013 orang guru Al-Quran bertauliah sebanyak 100 peratus kepada RM100 bagi setiap kelas.

"Pada dasarnya kita juga bersetuju dengan pelaksanaan pangkat secara tempoh masa kepada guru-guru agama negeri Johor mulai 2012 dan seramai 800 guru agama dijangka terlibat dengan kenaikan yang memperuntukkan sebanyak RM2 juta ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

400 pelatik PDK seluruh negeri 'berkampung' di Dataran Segamat

Posted:

400 pelatik PDK seluruh negeri 'berkampung' di Dataran Segamat

400 pelatik PDK seluruh negeri 'berkampung' di Dataran Segamat


Seorang pelatih PDK memeluk A. Rahim Nin sambil diperhatikan Sukardi Mohd. Tahir (tiga dari kiri) selepas perasmian Karnival Produk dan Kesenian PDK di Dataran Segamat, baru-baru ini.


SEGAMAT 9 Dis. - Seramai 400 pelatih dari 63 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) seluruh negeri dan Taman Sinar Harapan Jubli serta Taman Sinar Harapan Tampoi berkampung di Dataran Segamat sempena Karnival Produk dan Kesenian PDK Peringkat Negeri Johor 2011.

Timbalan Dipertuan Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Johor (Juita), Datin Sukardi Mohd. Tahir berkata, Johor menempatkan bilangan pelatih PDK kedua paling ramai di seluruh negara dengan jumlah 3,532 orang.

"Selain itu, terdapat 63 buah PDK yang mana angka ini melepasi sasaran awal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak 40 buah seluruh Johor. Saya harap hubungan baik yang terjalin antara Juita dan JKM dalam menjayakan pelbagai program yang melibatkan pelatih PDK akan berterusan di masa akan datang.

"Semoga usaha murni ini mampu melahirkan golongan kurang upaya sebagai individu yang bukan sahaja dapat seiring dengan masyarakat dalam apa jua bidang malah, menyumbang kepada negara," katanya ketika merasmikan karnival di Dataran Segamat di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jementah, Datuk Dr. Lee Hoon Tee; Pegawai Daerah Segamat, A. Rahim Nin dan Pengarah JKM negeri, Khatijah Abdullah.

Karnival selama empat hari itu bertujuan mewujudkan platform bagi memperkenal bakat serta produk yang dihasilkan PDK kepada umum selain memberi peluang untuk peserta saling bergaul secara sihat dengan masyarakat melalui pelbagai aturcara dan aktiviti termasuk pameran di 20 gerai.

Peserta juga diberi peluang menunjukkan bakat mereka melalui persembahan kesenian dalam acara nyanyian solo, duet, persembahan tarian, pertandingan pakaian beragam, pertandingan mewarna dan pertandingan gerai kreatif.

Sementara itu, Khatijah turut melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan pusat dan negeri kerana menyalurkan peruntukan berjumlah RM10.2 juta JKM tahun ini.

"Di PDK kami tidak hanya melatih peserta untuk pembelajaran akademik tetapi membentuk mereka menjadi insan yang mampu berdikari atau sekurang-kurangnya mengurangkan kebergantungan kepada keluarga dalam menguruskan keperluan seharian," katanya.

Jelasnya, peserta juga diajar menghasilkan pelbagai produk termasuk produk makanan dan kraftangan berasaskan penternakan dan pertanian dengan harapan dapat melatih mereka menghasilkan sesuatu yang boleh dimanfaatkan masyarakat.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved