Khamis, 28 Julai 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Harimau berputih mata

Posted:

Harimau berputih mata

Harimau berputih mata

Oleh FERZALFIE FAUZI, TAN MING WAI dan DAYNE AZMIN
sukan@utusan.com.my


Gol tunggal Malaysia jaringan Mohd. Safee Sali (kiri) belum cukup melemahkan kesebelasan Singapura yang akhirnya memusnahkan harapan skuad negara apabila menjaringkan gol penyamaan menerusi Shi Jiayi, malam tadi. - UTUSAN/ASWAD YAHYA


KUALA LUMPUR - Malaysia terpaksa menunggu empat tahun lagi untuk beraksi semula di peringkat kelayakan Piala Dunia apabila ditunjukkan jalan keluar oleh Singapura pada perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, semalam

Stadium Nasional Bukit Jalil dan 90,000 penyokong Harimau Malaya menjadi saksi detik kejatuhan Harimau Malaya apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 untuk membawa kepada kekalahan agregat 6-4.

Jaringan Safee Sali pada minit ke-57 tidak mampu untuk meningkatkan semangat rakan-rakannya yang lain apabila Singapura berjaya menjaringkan gol penyamaan 13 minit kemudian melalui Shi Jiayi.

Aksi sederhana pada separuh masa pertama boleh menjadi punca utama skuad negara gagal untuk menyaingi Singapura, di tambah dengan ketiadaan pemain perancang dan ketua pasukan, Safiq Rahim.

Safiq digantung perlawanan apabila menerima kad merah pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar yang menyaksikan Malaysia tewas 3-5.

Anak buah Datuk K. Rajagobal ternyata kurang selesa dengan kelebihan yang ada pada pemain Singapura iaitu kekuatan fizikal dan hantaran jauh.

Rajagobal mengakui, pasukannya tidak bermain agresif pada babak pertama, malah mengakui kealpaan benteng sekali lagi menghukum mereka ketika membenarkan Singapura merobek gawang pada separuh masa kedua.

"Kami tidak kalah, kami seri malam ini tetapi kami gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Kami tidak bermula agresif walaupun ada masanya kita membuat serangan, cuma di separuh masa kedua pemain mula menunjukkan permainan lebih baik tetapi ia tidak mencukupi.

"Saya rasa, apabila Aidil (Zafuan Abd. Radzak) terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan, ia menganggu perancangan pasukan. Dia keluar terlalu awal dan memaksa kami memasukkan Muslim,'' kata Rajagobal.

Hasrat untuk melihat pemain pertahanan berpengalaman, Aidil beraksi selama 90 minit tidak tercapai apabila dia dikeluarkan pada minit ke-27 dan digantikan dengan Muslim Ahmad apabila mengalami kecederaan.

Harapan menggunung penyokong Harimau Malaya untuk melihat Malaysia bangkit pada separuh masa kedua gagal dijelmakan manakala Singapura ampuh bertahan hasil permainan mantap pemain pertahanan Daniel Bennett.

Pemain tengah, Ismail Faruqi seperti kekeringan idea untuk merencanakan serangan bahaya tatkala Singapura mengharapkan kehebatan pemain kelahiran China, Jiayi dan Qiu Li.

Gandingan Safee dan Abd. Hadi Yahya juga tidak begitu menjadi apabila tidak mempunyai keserasian yang mantap tatkala S. Kunanlan gagal mempamerkan permainan lincah seperti dalam perlawanan sebelum ini.

Ibarat jatuh sudah ditimpa tangga aksi penutup perlawanan Malaysia Singapura dicemari dengan layangan kad merah kepada pemain gantian negara, Ahmad Fakri Saarani pada masa kecederaan.

Bagaimanapun, pujian layak diberikan kepada penjaga gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat yang beberapa kali menyelamatkan percubaan merbahaya pihak lawan.

Apa-pun kita perlu menerima hakikat bahawa masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki jika berhasrat untuk beraksi pada peringkat yang lebih jauh pada kelayakan Piala Dunia 2018.

Sementara itu, penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat berkata, Singapura berhak melayakkan diri ke pusingan seterusnya kerana menunjukkan permainan yang lebih baik. "Kita tidak kalah malam ini, cuma kita seri. Singapura lebih layak dan berhak ke pusingan seterusnya,'' kata Khairul Fahmi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

90,000 pulang kecewa

Posted:

90,000 pulang kecewa

90,000 pulang kecewa

Oleh FERZALFIE FAUZI, MUHAMMAD DAYNE AZMIN dan TAN MING WAI
sukan@utusan.com.my


Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan percubaan Singapura pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.


KUALA LUMPUR – Malam yang sepatutnya menjadi pesta buat hampir 90,000 penyokong Harimau Malaya semalam, bertukar hampa apabila Malaysia kalah kepada Singapura pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia.

Keghairahan untuk menyaksikan Malaysia mara ke pusingan ketiga tidak kesampaian apabila Harimau Malaya kalah dengan agregat 4-6. Begitupun Stadium Nasional menyaksikan terciptanya sejarah apabila hampir 90,000 penyokong menyaksikan perlawanan tersebut.

Jumlah penonton yang begitu ramai memang sudah diduga apabila kesemua tiket untuk perlawanan tersebut habis dijual kelmarin.

Penonton mula memenuhi stadium sejak awal petang dan memenuhi segenap ruang stadium sejak awal petang.

Suasana gamat yang disaksikan bukan saja mereka yang berada di stadium, bahkan jutaan yang menonton menerusi siaran langsung di kaca televisyen adalah bukti terbaik menunjukkan bola sepak kebangsaan kembali mendapat kepercayaan mutlak rakyat.

Sokongan padu ditunjukkan oleh peminat ketika bola sepak Malaysia memasuki fasa baru selepas merangkul pingat emas Sukan SEA 2009 dan Piala AFF tahun lalu.

Suasana semalam sesuatu yang jarang dilihat dalam tempoh dua dekad lalu dalam sebarang perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan (tidak termasuk kehadiran kelab Liga Perdana Inggeris), khususnya pra-Piala Dunia.

Ketika Malaysia melayan kunjungan Bahrain pada aksi timbal balik kelayakan Piala Dunia 2010 di Stadium Shah Alam pada 27 Oktober 2007, hanya 2,000 orang yang hadir.

Jumlah kehadiran semalam juga jauh melebihi angka gabungan tiga perlawanan kelayakan edisi 2006 Malaysia beraksi di laman sendiri, 12,000 di Stadium Darul Makmur, ketika Malaysia tewas 1-3; 9,327 juga di Stadium Darul Makmur (Malaysia 0-2 Kuwait) dan 14,000 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang (Malaysia kalah 0-1 China).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Siasatan kes Mat Sabu dakwa dilanggar selesai

Posted:

Siasatan kes Mat Sabu dakwa dilanggar selesai

Siasatan kes Mat Sabu dakwa dilanggar selesai

GENTING HIGHLANDS 28 Julai - Polis telah melengkapkan siasatan kes Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa dilanggar oleh sebuah kereta Proton Waja milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika perhimpunan haram di ibu negara, 9 Julai lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, kertas laporan berkenaan telah siap dan dihantar ke pejabat Peguam Negara (AG), baru-baru ini.

"Saya tidak ingin mengulas lanjut, namun kertas siasatan telah siap dan dihantar kepada AG," katanya ketika ditemui pemberita selepas menutup Bengkel Pembangunan Aplikasi Siasatan Trafik di sini, hari ini.

Khalid turut memberitahu, beberapa kertas siasatan lain berkaitan penganjuran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) juga telah dihantar kepada AG.

"Ada kertas siasatan telah dihantar kepada AG, malah ada juga yang dipulangkan semula kepada pihak polis dan kita akan hantar kembali dalam masa terdekat.

"Setakat ini apa yang boleh saya beritahu adalah siasatan kini pada peringkat akhir," jelasnya.

Ditanya tentang tarikh pendakwaan terhadap beberapa individu yang terlibat secara langsung dengan Bersih, Khalid menjelaskan, ia bergantung kepada keputusan AG.

"Terpulang kepada AG dan kita masih menunggu keputusan itu, setelah pihak mereka menilai kertas siasatan yang dilakukan polis," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Shuhardi dicari bantu siasatan

Posted:

Shuhardi dicari bantu siasatan

Shuhardi dicari bantu siasatan

GENTING HIGHLANDS 28 Julai – Polis menasihatkan Shuhardi Md. Isa (gambar), individu yang dikatakan berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai lalu, supaya tampil dan bekerjasama membantu siasatan pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini, Shuhardi masih belum dijumpai dan dipercayai menyembunyikan diri.

"Saya nasihat dia tampil ke hadapan membantu polis dalam siasatan ini, kenapa pula dia perlu bersembunyi tanpa sebab.

"Kita ingin tahu sebab dan siapa yang menyuruh dia (Shuhardi) melakukan perkara itu, malah jika dia beri alasan munasabah kelakuannya itu, kita tetap akan menerimanya," katanya kepada pemberita selepas menutup Bengkel Pembangunan Aplikasi Siasatan Trafik di sini, hari ini.

Khalid memberitahu, setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang rakaman video atau gambar daripada orang awam berhubung perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


400 pelajar Cheras terima komputer riba 1Malaysia

Posted:

400 pelajar Cheras terima komputer riba 1Malaysia

400 pelajar Cheras terima komputer riba 1Malaysia


SYED Ali Alhabshee bersama penerima komputer riba 1Malaysia di Cheras, semalam.


KUALA LUMPUR 28 Julai - Seramai 400 pelajar dari sembilan sekolah di Cheras menerima komputer riba 1Malaysia menerusi fasa kedua pengagihan kemudahan itu, hari ini.

Komputer berkenaan diserahkan kepada mereka oleh Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Syed Ali Alhabshee dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh Pengarah Wilayah Tengah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohd. Fadhillah Mohd. Nor.

Cheras merupakan kawasan Parlimen pertama di Wilayah Persekutuan menerima agihan komputer riba 1Malaysia bagi fasa kedua.

Sebanyak 5,623 unit komputer riba 1Malaysia diperuntukkan untuk Wilayah Persekutuan dan selepas Cheras, pengagihan akan dilakukan di Putrajaya dan Bandar Tun Razak.

Dalam ucapannya, Syed Ali berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang kepada pelajar di Wilayah Persekutuan untuk menerima kemudahan itu.

Beliau meminta ibu bapa supaya memantau penggunaan komputer itu oleh anak-anak mereka terutama ketika melayari Internet.

Mohd. Fadhillah pula berkata, SKMM akan mengadakan program Penggunaan Internet Secara Positif di sekolah-sekolah yang memohon untuk mengadakan program itu bagi mengurangkan penyalahgunaan komputer riba 1Malaysia di kalangan pelajar.

Ditanya mengenai beberapa laporan yang diterima SKMM mengenai penjualan komputer itu katanya, pihaknya masih lagi menyiasat kesemua laporan tersebut.

"Jika benar perkara ini berlaku, kami akan mengenakan tindakan yang tegas terhadap mereka yang terlibat," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Ku Li dipelawa terajui pembangkang

Posted:

Ku Li dipelawa terajui pembangkang

Ku Li dipelawa terajui pembangkang

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


ZAHRAIN Hashim mengadakan sidang akhbar mengenai Tengku Razaleigh Hamzah di Hotel One World, semalam.


PETALING JAYA 28 Julai – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan dipelawa oleh pihak pembangkang memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, maklumat mengejutkan itu diterimanya pagi ini daripada rakan-rakannya yang masih berada di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, pucuk pimpinan pembangkang dikatakan telah menemui Tengku Razaleigh baru-baru ini bagi membincangkan perkara tersebut memandangkan kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya adalah besar.

''Saya terkejut menerima maklumat ini kerana tanpa disangka-sangka mereka tawarkan jawatan ini kepada seorang pemimpin lama UMNO. Saya penuh yakin dan percaya Tengku Razaleigh tahu tentang perkara ini.

''Selain menjadi Ketua Pembangkang, saya percaya ini juga sebagai persediaan pihak pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Mereka amat memerlukan seorang pemimpin yang berkaliber bagi menggantikan Anwar,'' katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zahrain berkata, berdasarkan pengamatannya tindakan terbaru pihak pembangkang itu turut dikaitkan dengan keperluan kepada seorang pemimpin yang mampu meneutralkan Pas dan DAP seperti mana peranan Anwar selama ini.

''Saya juga diberitahu keputusan ini telah dibuat secara kolektif antara pemimpin Pas, DAP dan PKR. Nampaknya, kriteria untuk menjadi Ketua Pembangkang mestilah dalam kalangan pemimpin yang telah lama berkhidmat di dalam UMNO.

''Inilah realiti yang berlaku sekarang. Di dalam pembangkang sendiri tidak ada pemimpin yang boleh menggantikan Anwar. Jika dilantik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah tentu Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak bersetuju dan begitu juga sebaliknya,'' katanya.

Dalam pada itu Zahrain berharap Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu menolak pelawaan tersebut jika benar ia berlaku demi masa depan orang Melayu yang kini semakin berpecah.

''Di saat orang Melayu yang semakin berpecah, pelantikan Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang akan memburukkan lagi keadaan. Perpaduan orang Melayu akan bertambah parah,'' katanya.

Zahrain berkata, pihak yang pasti gembira dengan perkembangan terbaru itu sudah tentu DAP kerana sememangnya parti berkenaan mahu melihat orang Melayu berpecah-belah.

Ketika ditanya sejauh mana kesahihan maklumat tersebut, Zahrain berkata, beliau yakin perkara tersebut berlaku dan sekiranya dakwaan itu tidak benar, Tengku Razaleigh perlu tampil menjelaskan kedudukan sebenar.

Beliau turut yakin perkembangan terbaru itu juga menunjukkan saat kehancuran PKR semakin hampir apabila parti berkenaan ketandusan pemimpin berkaliber.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Biometrik: PM bidas pembangkang

Posted:

Biometrik: PM bidas pembangkang

Biometrik: PM bidas pembangkang

ALOR SETAR 28 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas sikap pembangkang yang menolak langkah kerajaan mahu memperkenalkan penggunaan biometrik bagi mengesahkan pengundi pada pilihan raya.

Tegas Najib, pihak pembangkang hanya mahu membantah apa sahaja keputusan yang dibuat kerajaan sama ada menggunakan dakwat kekal atau biometrik bagi menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.

"Mereka sekadar mahu membantah apa juga yang kita lakukan. Mereka mahu jadikannya isu kontroversi dan mencari kesalahan. Tiada pendirian konstruktif di pihak mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Belia 1Malaysia di Mini Stadium Pendang di sini hari ini.

Najib berkata, parti pembangkang sebenarnya bukannya mahu mencari sesuatu yang dapat menambah baik sistem sedia ada tetapi mereka hanya mahu mencari kelemahan dalam sistem berkenaan.

Katanya, apabila kerajaan mahu memperkenalkan biometrik, mereka mengatakan penggunaan dakwat kekal adalah lebih baik dan beliau percaya jika kerajaan mahu menggunakan dakwat kekal maka pembangkang akan mengatakan biometrik lebih baik.

Beliau berkata, kerajaan memutuskan untuk menggunakan sistem biometrik kerana ia merupakan sistem yang saintifik dan tidak boleh dimanipulasi berbanding dengan dakwat kekal.

"Bagi dakwat kekal, anda boleh kenal pasti sumbernya... Anda boleh dapat daripada sumber-sumber lain dan buat perkara yang sama. Ia satu kerugian kepada rakyat yang tidak dapat pergi (mengundi)," katanya.

Dalam ucapannya, kerajaan BN tidak bergantung kepada slogan atau retorik seperti parti pembangkang hingga terpaksa mengubah dari mahu membentuk negara Islam kepada negara kebajikan.

Menurut beliau sebaliknya, BN sentiasa mementingkan perancangan teliti untuk melaksanakan perubahan besar kepada rakyat dan negara.

Katanya, ini kerana kerajaan sentiasa berpegang kepada maqasid syariah iaitu untuk menjaga agama, nyawa dan harta benda agar kehidupan rakyat sentiasa terpelihara.

Namun tegas beliau, tindakan pihak pembangkang adalah sebaliknya kerana hanya suka memburuk-burukkan kerajaan dan negara serta berbohong kepada rakyat seperti perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Bekas Ketua Pengarah Felcra kekal bebas

Posted:

Bekas Ketua Pengarah Felcra kekal bebas

Bekas Ketua Pengarah Felcra kekal bebas

Oleh NORLIZAH ABAS
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 28 Julai – Setelah hampir 12 tahun 'terikat' dengan kes pecah amanah wang RM40 juta milik Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), bekas ketua pengarahnya lega apabila beliau akhirnya bebas daripada tuduhan itu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Sulaiman Daud yang bersidang hari ini bersama Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Mohamed Apandi Ali sebulat suara memutuskan demikian terhadap Datuk Mustapa Juman (gambar), 64, setelah menolak rayuan akhir pendakwa raya.

Justeru, keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang membebaskannya daripada tiga tuduhan pecah amanah serta Mahkamah Tinggi yang mengekalkan keputusan itu, tidak berubah.

Hakim Sulaiman ketika membacakan keputusan ringkas itu menyatakan, panel tersebut tiada sebab untuk mengganggu fakta dan dapatan kes oleh mahkamah terdahulu berhubung penglibatannya dalam pindahan wang.

Mustapa selaku responden yang ditemani ahli keluarga dan sahabat handai, kelihatan merah mata menahan tangis kerana gembira dengan keputusan tersebut.

Beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga tuduhan melakukan pecah amanah wang Felcra berjumlah RM40 juta di Pejabat Felcra, Tingkat 3, Bangunan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 6, 7 dan 9 Mei, 1997.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Pada 30 Mac 2006, Mahkamah Sesyen memerintahkan Mustapa dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan itu setelah mendapati keterangan pembelaannya berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Seterusnya, pada 15 Mei 2009, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan itu setelah menolak rayuan pendakwa raya yang menimbulkan alasan pembelaan responden adalah lemah dan sengaja dirancang.

Kedua-dua mahkamah terdahulu berpuas hati bahawa keterangan tiga saksi pendakwaan yang dipanggil adalah tidak benar kerana mereka merupakan rakan-rakan sejenayah yang telah memberi keterangan dengan motif untuk melepaskan diri daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Selain itu, mahkamah sepakat bahawa responden tidak terlibat dalam transaksi pengeluaran cek dan tidak menandatangani cek-cek berjumlah RM40 juta yang dikeluarkan daripada akaun Felcra.

Mustapa diwakili oleh dua peguam, V. Rajadevan dan Mohd. Fozi Md. Zain manakala rayuan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kes memperdagangkan bayi pada 19 September ini

Posted:

Kes memperdagangkan bayi pada 19 September ini

Kes memperdagangkan bayi pada 19 September ini


GULAB Jan Abdul Jabir (kanan) keluar dari Mahkamah Seksyen selepas sebutan kes memperdagangkan seorang bayi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, semalam.


KUALA LUMPUR 28 Julai - Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 19 September ini untuk perbicaraan kes seorang bekas pembantu jururawat yang dituduh memperdagangkan seorang bayi berusia lapan bulan di sebuah hospital swasta, tahun lalu.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain menetapkan tarikh tersebut selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nor Amalina Ismail menyerahkan ikatan dokumen kepada peguam bela, Gerald Lazarus yang mewakili tertuduh, Gulab Jan Abdul Jabir di hadapannya hari ini.

Gulab Jan, 49, yang bertudung hitam dan berbaju kurung merah hadir di mahkamah dengan ditemani dua ahli saudara terdekatnya.

Pada 16 Jun lalu, wanita terbabit yang masih bujang mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdagangkan bayi bagi maksud eksploitasi di Hospital Taj, No. 462, Batu 3, Jalan Ipoh di sini pada pukul 2.10 petang, 1 November tahun lalu.

Tertuduh yang dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Pemerdagangan Orang 2007 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda.

Sebuah akhbar tempatan tahun lalu mendedahkan mengenai serbuan Unit Pemerdagangan Orang Ibu Pejabat Polis Bukit Aman terhadap sebuah hospital swasta di ibu negara yang disyaki terlibat dalam sindiket penjualan bayi.

Dalam serbuan itu, polis berjaya menahan enam individu selepas mereka selesai menjalankan urusan jual beli seorang bayi perempuan berharga RM21,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Baiki segera paip bocor

Posted:

Baiki segera paip bocor

Baiki segera paip bocor


Soosai menunjukkan paip yang bocor berdekatan Ladang Bee Yong, Kerdau yang berlarutan hampir setahun lalu.


Saudara Pengarang,
JABATAN Bekalan Air (JBA) Pahang diminta membaiki segera paip bocor berdekatan Kampung Ladang BeeYong ke perkampungan Orang Asli Paya Pelong, dekat Kerdau, Temerloh.

Masalah itu berlaku hampir setahun dan keadaan itu menyebabkan berlakunya pembaziran air.

Walaupun tiada laporan rasmi dibuat kepada JBA, tetapi kami pernah menyuarakan kepada kakitangan jabatan itu yang berulang-alik melalui jalan itu menuju ke perkampungan Orang Asli berdekatan setiap hari.

Saya rasa terpanggil untuk melihat paip ini dibaiki.

Kita perlu mensyukuri nikmat air untuk kehidupan. Air banyak kegunaan dan masalah ini menyebabkan air bersih yang dirawat itu membazir begitu sahaja.

Jalan itu merupakan laluan utama penduduk terutama masyarakat Orang Asli untuk keluar masuk ke pekan Kerdau bagi mendapatkan barangan dapur.

Paip bocor itu menyebabkan berlaku tekanan rendah dan pengguna tidak dapat menggunakan kemudahan air dengan sebaiknya untuk kerja-kerja seharian.

Jika paip itu dibiarkan, kita bimbang ia akan menjadi lebih serius dan mengalami kebocoran yang lebih besar. Sebab itu kita harap masalah ini mendapat perhatian segera JBA.

Saya harap paip yang bocor itu dibaiki segera.

A. SOOSAI,

Ketua MIC Cawangan Ladang

BeeYong, Temerloh

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Rumah ‘cantik’ jadi tanda tanya

Posted:

[unable to retrieve full-text content]Saudara Pengarang, SAYA ingin menarik perhatian mengenai status sebuah rumah yang begitu cantik dibina di tengah-tengah Bandar Lama Jerantut yang masih belum diduduki atau digunakan untuk tujuan tertentu.

Terabai dan membazir!

Posted:

Terabai dan membazir!

Terabai dan membazir!

AHMAD SEMANTAN, Raub


Kemudahan sukan yang terbiar dan tidak diselenggarakan di persimpangan masuk Kampung Gesing berdekatan Jalan Raub ke Benta.


Saudara Pengarang,
BARU-BARU ini, saya pulang ke Kampung Gesing, Raub, untuk menziarahi keluarga dan bercuti.

Saya singgah di sebuah kedai makan berdekatan Jalan Raub ke Benta yang suatu ketika dahulu menjadi tempat saya bersantai bersama rakan pada waktu petang sebelum bermain bola sepak.

Kebetulan padang bola sepak di kompleks sukan terletak di persimpangan masuk ke Kampung Gesing yang turut dilengkapi sebuah astaka, gelanggang badminton dan bola jaring kebetulan terletak di belakang kedai makan berkenaan.

Di situlah penduduk kampung terutama belia beriadah pada waktu petang dan hujung minggu menyaksikan pertandingan dan permainan selain majlis keramaian.

Bagaimanapun, saya agak terkejut apabila melihat padang bola sepak dan gelanggang berkenaan terbiar apabila dilitupi rumput tebal dan semak samun setinggi 150 sentimeter.

Saya bertanyakan perkara itu kepada peniaga kedai makan itu dan dia memberitahu kemudahan di situ sudah tidak digunakan lagi sejak beberapa tahun lalu akibat tidak diselenggara dengan betul.

Sebagai penduduk asal Kampung Gesing, saya tertanya-tanya kenapa kemudahan permainan yang diwujudkan dengan peruntukan yang banyak terbiar begitu sahaja.

Tidak boleh dijadikan alasan kemudahan itu gagal diselenggarakan lantaran ia jarang digunakan oleh penduduk dan belia di Kampung Gesing dan kawasan berhampiran.

Semak samun dan rumput yang semakin meninggi mengundang pertanyaan dan rasa jengkel di kalangan pelawat dan pemandu yang melalui yang singgah berehat di kedai makan berkenaan.

Saya tidak tahu pihak mana yang sepatutnya menyelenggarakan kemudahan berkenaan.

Sehubungan itu, wakil rakyat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pertubuhan belia wajar menangani segera dengan membersihkan semula kemudahan itu supaya dapat digunakan semula dengan selesa.

Menerusi ruangan Rakan Pahang ini, bukan saya mahu menyalahi mana-mana pihak, tetapi kemudahan sukan berkenaan jika diselenggarakan dengan baik, pastinya dapat memberi manfaat kepada penduduk untuk beriadah.

Ia bertepatan dengan usaha kerajaan negeri menggalakkan penyertaan penduduk dalam kegiatan riadah dan rekreasi selaras dengan amalan gaya hidup sihat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


APM 2011 terakhir untuk Faizal

Posted:

APM 2011 terakhir untuk Faizal

APM 2011 terakhir untuk Faizal

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar FATAH SULAIMAN


BUKAN mahu berlagak, tetapi sebagai seorang karyawan muzik, Faizal Tahir berhak memberikan justifikasi.


BIARPUN Anugerah Planet Muzik 2011 (APM 2011) sudah berlalu pada 15 Julai lalu, namun ramai yang masih lagi memperkatakan tentang acara hiburan yang telah diadakan di Singapura itu.

Lebih banyak yang negatif daripada positif yang dikhabarkan tentang APM 2011. Namun, penganjuran APM kali ini nampaknya telah memberikan tamparan yang cukup hebat buat penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir.

Ternyata, APM 2011 telah meninggalkan impak yang bukan kecil untuk Faizal apabila dikritik dan dikecam hebat gara-gara gagal memberikan persembahan yang mampu membanggakan negara.

Alam maya cukup sesak pada waktu itu apabila ramai yang mempersoalkan tindakan Faizal yang dilihat telah mencalarkan namanya sendiri.

Mana tidaknya. Sebelum ini, trek rekod Faizal memang cukup cemerlang dalam mana-mana acara anugerah seandainya dia diberi peluang membuat persembahan.

"Saya sebenarnya cukup kecewa dengan apa yang berlaku. Seboleh-bolehnya saya juga tidak mahu lagi mengulas lanjut tentang isu ini kerana saya menganggapnya sebagai mimpi ngeri yang mahu dilupakan dengan segera.

"Apa yang boleh saya katakan di sini, APM 2011 adalah yang terakhir untuk saya dan tidak mungkin saya akan membuat persembahan di acara itu lagi.

"Jika selepas ini, pihak penganjur tidak lagi mahu menyenaraikan karya saya untuk dipertandingkan, saya sudah tidak kisah lagi. Bagi saya, apa yang berlaku telah menjejaskan maruah saya sebagai seorang penghibur.

"Persembahan pada malam itu juga saya sifatkan sebagai persembahan terburuk saya sepanjang saya bergelar seorang penyanyi," katanya dalam nada tegas namun penuh diplomasi.

Faizal yang merupakan naib juara One In A Million musim pertama itu ditemui pada majlis pelancaran Sesuci Fitrah TV3 dan Ramadan Di Hatiku TV9 di Restoran Ibunda, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menyambung bicara, bapa kepada empat orang cahaya mata itu menjelaskan masalah sistem bunyi telah mencacatkan perjalanan persembahannya malam itu.

Bukan hanya dirinya, malah pemuzik pengiring Faizal iaitu The Royal FT Force juga berdepan dengan masalah serupa sehingga menyebabkan nyanyiannya kedengaran sumbang sewaktu menyampaikan lagu Hanyut dan Selamat Malam.

Apabila memperkatakan tentang perihal ini, Faizal memberitahu kesilapan terletak kepada pihak produksi yang disifatkannya tidak begitu profesional menjalankan tugas mereka dengan baik.

Sehinggakan, Faizal sendiri tidak sedar apabila namanya diumumkan sebagai Artis Lelaki Terbaik memandangkan tiada pihak yang memberi arahan kepadanya untuk bersiap sedia naik ke pentas.

"Sudahlah jarak dari bilik menunggu ke pentas jauh sehinggakan saya terpaksa berlari. Kemudian dalam keadaan tercungap-cungap itu jugalah saya perlu bersedia untuk membuat persembahan selepas itu.

"Mengenai persembahan saya pada malam itu, belum pernah saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Masalah mula timbul sejak dari hari latihan lagi apabila apa yang saya mahukan tidak dipenuhi oleh mereka.

"Akhirnya, ia tidak berjalan dengan lancar seperti mana yang saya mahukan apabila bukan satu tetapi lapan monitor tidak berfungsi dengan baik pada malam acara itu," cerita Faizal yang kini cukup popular dengan lagu Karma ciptaannya bersama Audi Mok.

Disebabkan kekecewaan yang teramat sangat itu, penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu Sampai Syurga dan Mahakarya Cinta itu tertinggal trofi kemenangannya di bilik hotel.

Dalam masa yang sama, Faizal juga menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia mahu menunjuk lagak atau pun bersikap seperti seorang rockstar apabila mengeluarkan kenyataan seperti ini.

"Saya lakukan bersebab dan semuanya justifikasi daripada pihak saya berhubung dengan apa yang berlaku. Saya percaya kalau artis lain yang berdepan dengan masalah serupa, pasti akan melahirkan rasa tidak puas hati mereka," ujar bekas anggota kumpulan nasyid, Mirwana ini dengan maksud yang cukup dalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Cinta baru Eira Syazira

Posted:

Cinta baru Eira Syazira

Cinta baru Eira Syazira

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
Gambar RIDUAN RIZAL


Eira teruja dengan kelahiran album pertamanya, Di Hati Ini.


BERMULA dengan hanya menyanyikan lagu tema drama bersiri Cinta Balkis, Eira Syazira membuka langkah berani dengan terjun ke dalam bidang nyanyian.

Walaupun sedia maklum industri muzik pada ketika ini berada pada tahap yang tidak memuaskan, namun bagi Eira, dia percaya setiap penyanyi mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

Optimis dengan peluang yang terbuka luas, Eira Syazira atau nama sebenarnya Syazira Shuhaimi yakin dengan sambutan yang bakal diberikan terhadap album sulungnya itu.

Menjadikan penghibur ternama negara, Datuk Sheila Majid sebagai idolanya, Eira tidak mahu ambil pusing dengan kata-kata masyarakat yang cuba memperlekehkan bakat nyanyiannya.

"Bagi saya, kita tidak perlu takut dalam mencuba sesuatu yang kita yakin mampu untuk lakukan. Setiap peluang yang datang kepada kita, tidak harus dibiarkan berlalu pergi begitu sahaja.

"Untuk itu, saya amat bersyukur dengan peluang yang diberikan dan berjanji akan mencuba sebaik mungkin," ujarnya anak kelahiran Kuala Lumpur ini penuh semangat.

Menyedari untuk menjadi seorang penyanyi yang baik bukanlah satu proses yang mudah, aktres berusia 27 tahun ini telah menghadiri kelas vokal di bawah bimbingan Siti Hajar Ismail.

Selepas mengikuti beberapa kelas bersama guru vokal ternama itu, barulah Eira sedar bukan mudah untuk menjadi seorang penyanyi.

"Saya perlu menyiapkan diri saya sebaik mungkin untuk menjadi seorang penyanyi. Untuk itu, saya amat menitik beratkan soal latihan vokal dan nyanyian.

"Kalau ada masa terluang dan tidak sibuk dengan lakonan, saya akan menghabiskan masa dengan berlatih menyanyi," ujar pelakon yang mula menempa nama menerusi drama rantaian, Meniti Bara terbitan Skop Productions tidak berapa lama dulu.

Eira yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman FGM itu mempertaruhkan single pertama, Di Hati Ini dalam menarik perhatian pendengar tempatan.

Antara lagu lain yang turut dimuatkan dalam album pertamanya itu termasuklah Sememangnya, Nour El Ain, Sisi Duka dan Bukan Mimpi Kesiangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Mengejar politik matang

Posted:

Mengejar politik matang

Mengejar politik matang

Oleh KHAIRUDDIN MOHD ZAIN
PENULIS ialah pemerhati sosio-politik.


Seorang petugas program (dua dari kanan) cuba menenangkan keadaan yang menjadi sedikit kecoh sewaktu majlis wacana ilmu yang membincangkan 'Apa Selepas 9 Julai?' yang diadakan di Shah Alam, baru-baru ini.


BERDASARKAN apa yang berlaku dalam wacana 'Apa Selepas 9 Julai'? di Shah Alam Selasa lalu, nampaknya perjalanan kita untuk mencapai 'politik matang' masih lagi jauh. Kebanyakan daripada kita masih terkongkong dengan pandangan kepartian dan gagal melihat isu secara objektif dan tidak memihak.

Kita enggan memberikan ruang penjelasan seluas-luasnya, malahan pantas mengejek, mencemuh dan mengeji seorang yang luar biasa berani berdepan dengan khalayak yang masih 'sentimental' dengan kononnya kejayaan membawa aspirasi rakyat ke jalanan. Penerangan dan penjelasan yang dikemukakan oleh pihak lain dianggap sebagai tidak benar dan tidak perlu didengar.

Ironi, Selasa lalu khalayak yang 'objektif' membenarkan Datuk S.Ambiga membentangkan kes dan pandangannya dengan tenang. Walaupun kebanyakan 'kehendak dan kemahuan' Bersih sudah pun kita ketahui - namun Ambiga masih diberikan ruang secukupnya untuk memberikan pandangan.

Apa yang nyata, ada juga khalayak yang marah dan tidak berpuas hati. Malahan, seorang peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang berdekatan dengan penulis memang datang dengan perasaan marah dan mahu memaki hamun Ambiga. Namun, dia tidak diberikan ruang bercakap oleh penganjur.

Ambiga dan mereka yang bersama dengan Bersih 2.0 mestilah menjadi kumpulan yang lebih objektif dan bijaksana. Mengejek seorang wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mahu memberikan penjelasan mengenai limitasi peruntukan undang-undang dalam melakukan perubahan - dicemuh. Perangai dan fiil kita pantas menjadi kanak-kanak. Kita datang dengan sentimen dan niat melakukan kekacauan dan menampilkan kekuatan politik. Inilah yang menjadi penghalang kepada amalan politik matang.

Secara perbandingan, jika apa yang berlaku di wacana itu dibandingkan dengan satu acara lain yang dinamakan 'Debat Remaja Perhimpunan BERSIH 2.0 - SALAH SIAPA?' yang sudah pun dimuat naikkan di media baru - kita wajar berasa malu dan tercabar.

Empat orang anak muda lebih mampu membicarakan isu dengan lebih terbuka tanpa diganggu gugat oleh hadirin yang terlalu emosional. Apakah ini membawa makna kelompok anak muda lebih mampu mendokong 'politik baru' dan 'politik ilmu' daripada generasi lebih dewasa?

Sebagai rakyat biasa, ramai juga yang mahu SPR diberi ruang menjawab. Sama ada SPR bersifat defensif atau tidak itu bukan soalnya. Mereka harus diberikan ruang luas dan tenang dalam memberikan jawapan yang sepatutnya. Ini tidak berlaku petang 26 Julai itu.

Penulis beranggapan, usaha membawa gelombang 'politik baru' atau 'politik ilmu' yang banyak diperkatakan masih lagi jauh. Kita adalah bangsa yang sangat emosi dan sentimental. Walaupun emosi dan sentimen itu tidak semestinya negatif - namun jika ia menutup ruang kebenaran; maka dengan sendirinya ia menjadi sesuatu yang tidak wajar.

Pimpinan politik, tidak kira di pihak kerajaan mahupun pembangkang mesti komited memperteguh politik ilmu. Literasi politik, sosialisasi politik yang positif dan lebih membuka ruang membicara dan mengartikulasi ketidakpuasan hati mesti diperluaskan.

Pengamalan politik matang ini memerlukan kefahaman isu dan ilmu yang sedikit tinggi. Kita tidak boleh berbicara dan mengambil amalan politik zaman jurasik dan terlalu jelas 'mengampu'. Ia amat membosankan dan mampu membuatkan orang menyampah.

Antara contoh mutakhir mengenai amalan ini adalah memperbesarkan isu kononnya ada pihak yang mendapat hampir 1.2 juta tandatangan menyokong kepimpinan. Bukannya kita tidak membenarkan ruang ekspresi dan sokongan - namun apakah ia perlu pada ketika kita masih lagi berdepan masalah inflasi, ekonomi tidak menentu, kenaikan harga barang dan sebagainya.

Apakah 1.2 juta tandatangan benar-benar mewakili 'suara rakyat Malaysia'? Elemen sokongan yang bersifat beginilah sebenarnya membuatkan ramai rakyat di luar sana muak dan malas untuk berada di garis perdana bidang politik.

Antara ciri utama pengamalan politik ilmu adalah mengetepikan amalan sokongan bersifat lampau dan tidak menyelesaikan isu yang ada. Mana-mana parti politik mestilah lebih bijak dalam mencari isu yang mampu membuka mata rakyat. Istilah 'berjuang untuk rakyat' mestilah dimaknai dengan sikap, amalan dasar yang menjurus kepada hasrat itu.

Apakah Barisan Nasional (BN) terlalu lemah dalam bab ini? Jawapannya tidak. Sebagai generasi muda, saya mengikuti dengan penuh minat bagaimana Pemuda BN bersungguh-sungguh dengan usaha 'BN Youth Job Fair' yang berlangsung baru-baru ini; bukan sahaja di Lembah Klang malahan di Kedah dan Kuantan.

Ini adalah contoh bagaimana 'politik' boleh dan mampu dijuruskan kepada menyelesaikan masalah anak muda dan rakyat. Pemikiran dan amalan politik beginilah yang mampu menjadi 'pemberat' dalam pada kita rakyat membuat keputusan parti mana yang perlu dipilih kelak.

Rakyat menantikan pengzahiran amalan politik yang lebih matang dan bijak. Amalan politik yang tidak membangkang hanya kerana mahu mengisi niat 'membangkang'. Amalan politik baru dan berasaskan ilmu, turut meletakkan beban memperbaiki dan memberikan cadangan yang lebih baik dan positif. Itu lebih membawa makna dan digemari oleh rakyat.

Benar, kita boleh menggunakan sentimen dan emosi rakyat demi keuntungan politik. Bersih 1.0 telah pun berjaya mengisi matlamat ini. Maka, tidak hairanlah jika Bersih 2.0 mempunyai matlamat politik yang sama. Ia perlu diulang tayang bagi memberikan impak dan matlamat politik yang diinginkan.

Secara umum, kebanyakan rakyat mengharapkan amalan politik yang lebih bertanggungjawab dan proaktif. Ini perlu digalas oleh semua parti daripada kumpulan politik mana sekalipun.

Beban untuk memperoleh keyakinan rakyat bukan lagi tugas mudah. Kebergantungan berlebihan kepada 'kehebatan politik lampau' dan 'sentimen amarah rakyat' belum tentu menjamin sokongan dan dokongan rakyat yang positif.

Maaf kata, rakyat sudah bertukar daripada kumpulan 'pengguna politik pasif' kepada 'pengguna politik aktif dan kritis'. Kita perlu berdepan dengan kelompok rakyat dan pemilih yang lebih terdidik dan terdedah dengan maklumat. Hakikat ini wujud apabila kita mempunyai jumlah kelas pertengahan yang semakin tinggi dan berpengaruh.

SPR sememangnya menggalas beban yang bukan mudah. Mengurus pilihan raya ketika mana 'suhu' politik berada di tahap yang tinggi sememangnya amat mencabar. Bersesuaian dengan keadaan itu, SPR tidak boleh lagi menggunakan 'suara, platform dan kaedah' lama dalam mendepani persepsi rakyat.

Penulis tidak setuju bahawa SPR berada dalam fasa 'krisis kepercayaan'. Ia tidak sampai ke peringkat itu. Apa yang diperlukan oleh SPR adalah peneguhan elemen komunikasi dan pertemuan berkualiti dengan pihak berkepentingan yang tepat. SPR tidak boleh lagi menikmati zaman 'tenang dan sifar tribulasi' yang dinikmatinya selama ini. Para pegawai SPR mestilah di kalangan mereka yang berintegriti tinggi dan tidak terlalu membawa imej 'kerajaan'.

Penulis sedar bahawa ini bukanlah mudah dan boleh dibuat sekelip mata - namun ia wajar menjadi jalan ke hadapan yang perlu difikirkan. SPR perlu bersikap proaktif dan mencadangkan perubahan peruntukan undang-undang yang mampu menzahirkan SPR yang lebih dihormati dan dihargai oleh rakyat. Sampai bila kita mahu menyalahkan sistem dalam memastikan daftar pemilih menjadi 'suci' dan tidak dicemari dengan data yang boleh mendatangkan keraguan.

Tidak ada mana-mana parti politik pun yang boleh menerima bahawa wujudnya elemen keraguan dalam sebuah daftar yang menjadi asas kepada pembentukan sebuah kerajaan. Dalam pada mencari jalan menyelesaikan isu asas seperti daftar pemilih, SPR juga perlu mencari jalan menyelesaikan isu yang lebih besar seperti 'Penggunaan Dana Asing' dalam pilihan raya.

Negara seperti Singapura sudah mengesan bagaimana wujudnya kumpulan tertentu yang menerima peruntukan luar dalam membantu urusan pilihan raya. Perkara seperti ini lebih bahaya sehinggakan Singapura mewujudkan 'Political Donations Act' dalam memastikan perkara seperti ini tidak berlaku.

Dalam menjawab soalan 'Apa selepas 9 Julai?' memerlukan iltizam, semangat dan komitmen perubahan yang tinggi daripada semua pihak.

Beban ini bukan beban SPR sahaja. SPR yang dicemuh, dikeji, diejek dan dimalukan akan membayangkan amalan politik yang kumpulan 'kurang ilmu' dan terdesak mengejar kuasa. Semuanya boleh diselesaikan dengan tenang dan menggunakan medium yang lebih molek.

Dalam sebuah wacana, tidak ada yang menang dan kalah. Namun, ia secara jelas memberikan gambaran mengenai tahap kematangan dan kesediaan kita berbicara isu politik dengan lapang dada dan pemikiran.

Sayangnya, itu tidak berlaku kelmarin kerana kita meletakkan SPR sebagai bahan ejekan dan cemuhan. Kita harus cepat berkejar mencapai amalan politik matang atau kita terus dibebani dengan amalan politik sentimen dan taksub.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Karnival kerjaya untuk semua

Posted:

Karnival kerjaya untuk semua

Karnival kerjaya untuk semua

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my


Seorang remaja, Nor Azra Suhada Md Azam gembira menerima risalah BN Youth Job Fair 2011 yang disampaikan oleh Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Husin di sekitar Kuantan, Pahang, baru-baru ini.


PELUANG kerja atau pengangguran merupakan antara perkara paling utama dalam kehidupan rakyat mana-mana negara sekalipun, terutamanya bagi golongan muda yang baru memulakan hidup berdikari.

Bukan sahaja mencari sumber pendapatan untuk membayar hutang ketika melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang, kerjaya pertama merupakan langkah besar dalam memulakan hidup dan keluarga sendiri.

Tidak ketinggalan juga di kalangan pekerja yang mahu meningkatkan prospek kerjaya masing-masing melalui tawaran kerja lebih lumayan dan bersesuaian dengan kepakaran serta keperluan semasa kehidupan mereka.

Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2011 yang bergerak dari Kedah, Pahang dan Melaka, kini berkunjung pula ke Sabah di Pusat Perdagangan Sabah (STC) bermula 29 Julai 2011 (Jumaat) melibatkan penyertaan beratus syarikat yang menawarkan beribu-ribu jawatan.

Peserta dari negeri-negeri jiran sebelum ini dilaporkan mengambil peluang datang dari jauh untuk mencuba nasib di karnival tersebut seperti dari Pulau Pinang, Perlis dan Perak di karnival kerjaya Kedah; dari Kelantan dan Terengganu di Pahang; serta dari Johor dan Negeri Sembilan di Melaka.

Ketua Penyelarasnya, Nazir Hussin Akhtar Hussin menjelaskan, karnival di Sabah dari Jumaat hingga Ahad ini melibatkan lebih 100 syarikat yang menawarkan lebih 7,000 peluang pekerjaan.

"Sebanyak 31 syarikat datang dari Semenanjung Malaysia sementara bakinya adalah syarikat tempatan Sabah.

"Siri karnival kerjaya ini diadakan bagi memenuhi tuntutan dan keinginan rakyat Malaysia khususnya golongan muda di luar Lembah Klang untuk mencari pekerjaan yang baik dan bersesuaian dengan kepakaran mereka seterusnya menjamin sosioekonomi dan masa depan," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkata, karnival itu bukan sekadar menawarkan jawatan kosong tetapi dipenuhi program sampingan dalam membantu menyediakan graduan mencari kerja. Ini termasuk klinik resume, ceramah kerjaya, khidmat nasihat menghadapi temuduga dan sebagainya.

Menurut beliau, berdasarkan pemerhatian ahli jawatankuasa, sebahagian besar pengunjung adalah graduan berkelulusan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang belum mendapat pekerjaan sesuai memandangkan banyak peluang kerja adalah dalam bidang kejuruteraan dan teknikal.

"Kita akan cuba menjemput lebih ramai majikan yang boleh menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang termasuk pentadbiran, pengurusan dan perbankan," ujarnya.

Nazir Hussin menambah, para pencari kerja bagaimanapun dinasihatkan agar mempersiapkan diri sebelum mengunjungi karnival tersebut memandangkan terdapat sebilangan syarikat yang akan menjalankan temuduga secara terus di tapak karnival.

"Pastikan dokumen penting termasuk resume dibawa bersama selain mengenakan pakaian sesuai untuk ditemuduga. Kita bukan nak bersaing dengan agensi atau pihak lain sebaliknya cuma mahu membantu golongan muda mencari kerja yang sesuai dengan kelayakan dan kepakaran mereka," jelasnya.

Tegasnya, karnival itu juga diharap dapat mengubah persepsi buruk rakyat bahawa kadar pengangguran di Malaysia sangat teruk sedangkan ia cuma berada pada kadar tiga peratus sahaja.

"Bagi pekerja yang menghadapi masalah berkaitan Akta Buruh dan Akta Industri, kami turut menyediakan kaunter aduanpekerja.my bagi memberi khidmat nasihat dan bimbingan guaman percuma.

"Antara permasalahan yang banyak diajukan sebelum ini adalah berkenaan gaji yang terlalu rendah dan tidak bersesuaian dengan jawatan serta masalah-masalah pemberhentian kerja tanpa pembayaran gaji oleh pihak majikan," ujarnya.

Tambahnya, karnival itu turut menawarkan program atau Skim Latihan 1Malaysia yang dikendalikan oleh syarikat milik kerajaan (GLC).

Beliau memberitahu, Skim Latihan 1Malaysia itu melibatkan tempoh latihan selama satu tahun yang diberikan kepada graduan berkelayakan.

"Sekiranya syarikat GLC terbabit berpuas hati dengan prestasi pemohon itu, mereka mungkin akan diserapkan terus sebagai pekerja tetap kelak.

"Mereka juga akan diberikan elaun dengan graduan yang berkelulusan diploma menerima elaun latihan sebanyak RM900 sebulan manakala bagi ijazah pula sebanyak RM1,200 sebulan," katanya.

Nazir Hussin juga mendorong bakal graduan yang akan menamatkan pengajian dalam tempoh terdekat agar mendaftar untuk skim latihan 1Malaysia itu.

Sehubungan itu, beliau mengajak penduduk dari seluruh Sabah terutama yang masih menganggur menghadiri karnival itu yang membuka pintu tawaran pekerjaan kepada semua peringkat pendidikan hingga lepasan universiti.

"Kita akan terus pantau sambutan berpuluh ribu peserta karnival dan beribu-ribu jawatan kosong yang berjaya diisi dalam siri jelajah tahun ini agar tahun depan kita dapat teruskan program ini dengan lebih baik lagi.

"Saya juga mahu menegaskan karnival ini adalah untuk membantu semua rakyat Malaysia tanpa mengambil kira ideologi politik, bangsa atau agama kerana kita mahu semua warganegara membantu dalam membangunkan dan mencapai hasrat negara maju menjelang 2020," tegasnya.

Oleh itu, para graduan yang mencari kerja pertama mahupun pekerja yang merancang meningkatkan prospek kerjaya perlu menggunakan platform dan peluang yang ditawarkan karnival kerjaya ini.

Sekalipun tidak mendapat tempat dan jawatan yang diharapkan, gunakan program sokongan ini untuk menyediakan diri sebaiknya untuk alam pekerjaan dan peluang yang mungkin kunjung tiba kelak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Membantu rakyat Palestin di bulan Ramadan mulia

Posted:

Membantu rakyat Palestin di bulan Ramadan mulia

Membantu rakyat Palestin di bulan Ramadan mulia

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
Gambar ISMAIL KAMADIN
dan IHSAN AQSASYARIF MALAYSIA


Sebahagian dari sukarelawan Aqsa Syarif Malaysia bersama dengan Dr Hafidzi yang akan berlepas ke Gaza bagi menjayakan Konvoi Misi A2G2 Ramadan 2011.


AHLAN wa sahlan ya Ramadan! Marhaban ya Ramadan, Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqqobalahu Ya Karim, Marhaban Ya Ramadan Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan… Amin."

Demikianlah doa yang dibaca oleh umat Islam setiap kali tibanya bulan Ramadan, bulan penuh berkah, yang insya-Allah akan mula disambut lusa.

Marilah kita memulakan satu perlumbaan untuk merebut ganjaran yang Allah limpahkan sepanjang bulan Ramadan ini.

Antaranya, umat Islam tidak sahaja wajib menunaikan puasa, malah bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

Perlu diingat, zakat fitrah sahaja tidak memadai bagi tujuan untuk membantu mereka yang susah ini. Ini kerana kita lebih daripada mampu.

Justeru, menjadi satu pemandangan yang cukup indah apabila kita paparkan terutamanya didada-dada akhbar anak-anak yatim dan miskin diraikan di sepanjang bulan Ramadan ini.

Mereka mendapat pemberian yang cukup lumayan daripada pelbagai pihak yang mampu membuatkan mereka tersenyum lebar.

Begitu juga dikalangan keluarga-keluarga miskin terutamanya ibu-ibu tunggal turut dipanggil untuk dirai dan menerima bantuan supaya dapat meringankan beban mereka.

Namun persoalannya, tidakkah anda mahu melihat suasana bahagia seperti itu dirasai anak-anak yatim dan keluarga miskin daripada saudara kita di Palestin?

Sanggupkah kita berbuka dengan lambakan juadah, tetapi mereka sekadar mengunyah roti kering yang dicelup dalam air kosong?

Tidakkah kita sudi untuk membantu meluputkan sedikit kesedihan balu-balu Palestin yang para suami mereka syuhada dengan menghulurkan pakaian baru walau sekadar sehelai berbanding kita di sini, sepasang baju raya tidak memadai?

Secara peribadi, adalah menjadi impian penulis untuk menatap wajah ceria anak-anak yatim dan miskin di Palestin sebagaimana yang dinikmati oleh golongan yang senasib itu di sini.

Tetapi bagaimana semua ini dapat kita jadikan satu kenyataan?!

Alhamdulillah pertubuhan NGO Malaysia yang sering menjadi jambatan menghubungkan rakyat Malaysia dengan rakyat Palestin, iaitu Pertubuhan Aqsa Syarif sedang berusaha mengumpulkan sebanyak RM1 juta untuk dibawa ke Gaza dalam misi membantu rakyat Palestin di sana.

Mereka akan bertolak pada 20 Ogos ini dan akan berada selama lapan hari di Gaza, Palestin bagi menyampaikan pelbagai bantuan daripada rakyat Malaysia sempena sambutan Ramadan dan Syawal. Bukan itu sahaja, malah mereka juga akan menyumbangkan bantuan untuk anak-anak yang masih belajar yang mana sesi persekolahan di sana akan bermula pada September ini!

"Kami berjanji akan membawa pulang foto-foto anak-anak yatim yang gembira dan ceria mendapat hadiah dan duit raya sebagaimana yang sering kita tatap di sini,"kata Pengerusi Aqsa Syarif, Profesor Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor.

Membawa pulang foto-foto tersebut menjadi sebahagian daripada misi kepada lapan anggota sukarelawan Aqsa Syarif. Mereka akan berada di sana selama 10 hari terakhir Ramadan di bumi Palestin, bumi suci umat Islam yang masih dicengkam oleh si Zionis Israel.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Misi penuh risiko

Posted:

Misi penuh risiko

Misi penuh risiko


Hasil sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM600,000 telah membolehkan sebuah kilang roti didirikan dan beroperasi di Jabalia, Palestin.


Aqsa Syarif telah memutuskan penghantaran Konvoi Misi A2G2 seramai 12 orang sukarelawan yang diketuai oleh Profesor Madya Mohd. Zin Kandar sebagai salah satu misi penting di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Mereka akan menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia untuk bantuan kemanusiaan dan projek-projek kritikal di Gaza, Palestin.

Kerjasama dengan beberapa buah organisasi tempatan di sana, The Welfare Association for Palestin & Lebanese Families (WAFRAH) dan Takaful for Child Welfare (Takaful) mereka mengenalpasti lebih daripada 2,700 anak-anak yatim dan keluarga miskin yang tinggal di Palestin sebagai kumpulan sasar yang bakal menerima bantuan sumbangan daripada rakyat Malaysia.

Aqsa Syarif dalam usaha untuk mengumpulkan sebanyak RM1 juta untuk dibawa ke sana dalam misi kali ini bakal melalui sempadan di Mesir, iaitu dari pintu masuk Rafah.

Sebelum ini, Aqsa Syarif telah berkerjasama dengan pelbagai pihak tempatan di Palestin bagi mengusahakan pelbagai projek ekonomi dan sosial bagi membantu penduduk Palestin. Bantuan diberikan kerana mereka hilang punca pendapatan akibat tekanan rejim Israel termasuk serangan yang telah menyebabkan Gaza pernah menjadi mangsa serangan pada Disember 2008.

Orang ramai, khususnya umat Islam masih berpeluang untuk menjayakan misi ini dengan menghulurkan sumbangan mereka melalui;

1) SKIM ANAK YATIM

l Pembiayaan RM170 sebulan

untuk seorang anak yatim Palestin

2) SKIM KELUARGA MISKIN

l Pembiayaan serendah RM35

sebulan untuk sumbangan kepada

keluarga miskin.

Segala maklumat mengenai penajaan dan pembiayaan ini boleh diperolehi melalui laman web http://www.aqsasyarif.org.my atau menelefon talian 03-87334636

Sehingga kini menurut Pengerusi Aqsa Syarif, Dr. Hafidzi Mohd. Noor seramai 700 individu dan keluarga di Malaysia telah bersetuju untuk menaja perbelanjaan anak-anak yatim Palestin dan 300 individu lagi untuk menaja keluarga miskin di sana.

"Manakala tidak ada jumlah yang tertentu bagi sesiapa yang ingin membantu menjayakan projek kilang roti, ternakan lembu, ikan air tawar dan lain projek-projek yang masih memerlukan dana besar bagi memenuhi keperluan rakyat Palestin," katanya.

Melalui misi ini, setiap umat Islam di negara ini tanpa mengira strata ekonomi, kaya atau miskin berpeluang untuk memperoleh ganjaran atau saham akhirat dengan membantu saudara mereka yang teruk tertindas di Tanah Suci Palestin ini.

"Sepanjang Ramadan ini juga pihak Aqsa Syarif bersedia menerima sebarang undangan dan jemputan untuk sama-sama berkongsi maklumat mengenai misi ini dan situasi yang begitu memerlukan bantuan di Gaza itu.

"Jemputan untuk sesi penerangan ini merupakan antara tazkirah-tazkirah yang dikira sangat bermanfaat untuk mengisi masa-masa terluang semasa rehat tengahari, sebelum berbuka puasa dan selepas menunaikan solat sunat Terawikh!" kata Dr. Hafidzi.

Tidak dinafikan misi ini bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran yang getir dan mengancam keselamatan.

"Tetapi insya-Allah setiap langkah adalah umpama jihad dan semua ahli konvoi telah menanamkan niat-niat suci mereka untuk menyampaikan bantuan kepada umat Islam di Gaza.

"Disamping hendak mengambil keberkatan untuk 10 hari-hari terakhir Ramadan, kita percaya ganjaran yang menanti atas setiap sumbangan yang diberi adalah berlipat kali ganda dan tidak mungkin peluang seperti ini boleh diperolehi lagi," katanya.

Tambah beliau, setiap keluarga rakyat Palestin adalah mereka yang diharapkan agar terus kekal menetap di tanah suci itu walaupun mereka teruk menderita sehingga kini.

"Mungkin untuk keluar dari penderitaan ini, mereka boleh berhijrah ke negara lain atau menjadi pelarian.

"Tetapi jika akhirnya semua akan keluar meninggalkan tanah suci, maka siapa yang akan tinggal dan menguasai setiap inci bumi yang begitu suci.

"Maka sebab itu, sumbangan dari rakyat Malaysia sangat besar maknanya bagi memastikan bumi Palestin tetap didiami oleh para pejuang yang akan berjuang sehingga Masjid Al Aqsa bebas dan seluruh Palestin kembali kepada pemilik yang sebenar, iaitu umat Islam," kata Dr. Hafidzi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved