Selasa, 5 November 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


PGA rampas 11 guni daun ketum bernilai RM32,000

Posted: 05 Nov 2013 10:44 PM PST

Oleh SHOLINA OSMAN

PADANG BESAR 6 Nov. - Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup sejumlah 400 kilogram daun ketum bernilai kira-kira RM32,000 berhampiran stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sini awal pagi ini.

Ketua Kompeni B, Batalion 18 pasukan itu, Asisten Supritendan Azmi Abd. Aziz berkata, daun ketum yang dimuatkan dalam 11 guni berwarna putih itu ditemukan dalam keadaan berlonggok di kawasan sempadan itu.

"Rampasan ini merupakan yang terbesar pada tahun ini selaras dengan usaha kita untuk mencegah kegiatan menyeludup daun ketum ke negara jiran yang semakin berleluasa," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya. - UTUSAN ONLINE

Seludup dadah dalam labu yang sudah dijampi

Posted: 05 Nov 2013 09:30 PM PST

Oleh ANGELINA SINYANG

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Cubaan seorang lelaki warga Benin menyeludup dadah jenis syabu seberat 4 kilogram (kg) dalam sebiji labu yang sudah dijampi dengan darah ayam bagi mengelak dikesan gagal apabila dia ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di Sepang dekat sini semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kes tersebut merupakan tangkapan pertama membabitkan 'keldai dadah' warga Benin dan menggunakan khidmat ilmu hitam untuk menyeludup dadah ke negara ini.

Beliau berkata, selain lelaki Benin itu, polis turun memberkas dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia bersama 40.5 kg dadah jenis ekstasi dalam dua serbuan di Selangor pada Ahad lalu.

"Hasil tangkapan terhadap dua sindiket ditumpaskan itu, polis berjaya merampas dadah bernilai RM18.5 juta", katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Macam zaman dinosaur!

Posted: 05 Nov 2013 10:39 AM PST

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Khairy Jamaluddin mencuba pistol sewaktu melawat sesi latihan atlet menembak sebelum merasmikan Kejohanan Menembak Asia Tenggara Ke-37 di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, semalam. - UTUSAN/Aizzul A. Majid

SUBANG - Kegagalan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengendalikan penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 dengan lancar mendapat kecaman Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menganggap badan bola sepak itu masih pada zaman dinosaur.

"FAM masih di zaman 'jurassic'..apa ini?. Sepatutnya mereka perlu memastikan ada pembaharuan dalam penjualan tiket bola sepak," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Menembak Asia Tenggara Kali Ke-37 di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan di sini semalam.

Masalah kaedah penjualan, ulat tiket dan tiket palsu terus gagal diselesaikan oleh FAM.

Pada final Piala Malaysia antara Kelantan dengan Pahang di Stadium Shah Alam, Ahad lalu pula menyaksikan lebih 1,000 penyokong yang memiliki tiket sah tidak dapat masuk untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Menurut Khairy, sebelum ini beliau telah memberikan cadangan bahawa perlu ada sistem baharu dalam penjualan tiket terutama melibatkan perlawanan akhir dalam saingan Liga Malaysia.

"Sekarang ini kita sudah berada di abad ke-21, sudah boleh melaksanakan sistem penjualan secara talian atau apa sahaja jenis sistem lain yang berbeza berbanding sistem yang diguna pakai sekarang.

"Bagaimanapun setiap tahun ada sahaja masalah yang sama tentang penjualan tiket, memang perkara ini di bawah FAM, tetapi sebagai Menteri saya hendak memberikan sedikit teguran kepada mereka kerana keluhan ini datang daripada penonton dan peminat bola sepak," katanya yang juga pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Presiden FAM dari 2007 hingga 2010.

Khairy yang sebelum ini pernah menempelak FAM di atas kelemahan mereka, termasuk insiden limpahan penonton pada separuh akhir Piala FA antara Johor Darul Takzim (DT) dan Pahang, Mei lalu berkata, sampai bila penonton harus berbaris panjang untuk mendapatkan tiket perlawanan.

"Kita berada di zaman teknologi sekarang, sepatutnya FAM menggunakan tindakan yang lebih tegas bagi membanteras ulat tiket yang berada di luar stadium.

"Kalau mereka tidak boleh menyelesaikan masalah ini beritahu, bukannya beri kepada 'orang yang sama' yang tidak mahu membuat sebarang pembaharuan.

"Jika mereka beritahu, kita boleh cadangkan supaya ada prosedur baharu dalam sistem penjualan tiket," katanya lagi.

Sebelum perlawanan akhir Ahad lalu FAM telah berjanji untuk memberi tahap pengawalan keselamatan terbaik, termasuk menggunakan lebih kurang 2,500 anggota keselamatan termasuk polis, bomba dan penyelamat, Jabatan Sukarelawan (Rela) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Bagaimanapun, mereka dilihat gagal memberi kawalan keselamatan terbaik sehingga zon penampan yang memisahkan antara kedua-dua penyokong di stadium tersebut perlu dibuka dan ia mungkin disebabkan kebanjiran penonton yang melebihi jumlah tiket yang dijual.

Dalam pada masa yang sama terdapat juga penjualan tiket palsu menjelang perlawanan sehingga ada antara penonton berasa tertipu tatkala mereka perlu meredah perjalanan beratus kilometer untuk memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan masing-masing.

'Ia bukan khabar angin'

Posted: 05 Nov 2013 10:39 AM PST

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

PENYERANG Selangor, Mohd. Amri Yahyah antara nama besar yang berada dalam senarai skuad baharu Johor Darul Takzim untuk musim 2014.

JOHOR BAHRU - Senarai lengkap skuad Johor Darul Tazkim (Johor DT) musim 2014 yang disiarkan di internet baru-baru ini bukan khabar angin, biarpun ada beberapa pemain yang dikaitkan dengan Harimau Selatan itu menafikan bakal menyertai pasukan tersebut.

Walaupun senarai lengkap pemain belum diumumkan secara rasmi, namun ia telah dimuat naik di laman Facebook rasmi pasukan Johor DT dan Johor menerusi akaun JOHOR Southern Tigers pada 2 November lalu.

Dalam senarai tersebut, lima tonggak Kelantan dan empat Selangor dikatakan bakal menyarung jersi merah biru yang menjadi simbol kebanggaan, harapan, kekuatan dan maruah pasukan berkenaan.

Lima pemain Red Warriors yang terlibat adalah Norfarhan Muhammad dan Mohd. Shakir Shaari (tengah) serta Azizi Matt Rose, Mohd. Daudsu Jamaluddin dan S. Subramaniam, yang beraksi di posisi pertahanan.

Empat tonggak Red Giants yang dikhabar bakal berhijrah ke Johor DT adalah peledak berbisa, Mohd. Amri Yahyah, dua tonggak pertahanan, Mohd. Asraruddin Putra Omar dan Mahali Jasuli, selain penjaga gol, Norazlan Razali.

Bintang tengah Pahang yang membantu Tok Gajah menjulang Piala Malaysia minggu lalu, Mohd. Amirulhadi Zainal turut berada dalam senarai tersebut, selain pemain sayap lincah Negeri Sembilan, Mohd. Nazrin Nawi.

"Semua pemain ini sudah menandatangani persetujuan untuk menyertai Johor DT, tetapi ada antara mereka terpaksa membuat penafian kerana kontrak mereka (bersama pasukan sekarang) hanya akan berakhir pada November dan Disember," kata sumber Johor DT.

Norfarhan sebelum ini menafikan dia bakal menyertai Harimau Selatan musim depan, manakala Amirulhadi menegaskan, dia sudah menandatangani kontrak baharu bersama Pahang.

Johor DT, yang mensasarkan sekurang-kurangnya satu kejuaraan musim depan, sebelum ini membawa masuk tiga pemain import, diketuai bekas bintang Benfica, Pablo Aimar, Braulio Nobrega Rodriguez, yang pernah beraksi bersama Atletico Madrid dan pemain LionsXII, Hariss Harun.

Skuad Harimau Selatan juga mendapat sentuhan pemain Harimau Muda, Mohd. Irfan Fazail dan Mohammad Fadhli Shas, manakala nama besar seperti Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim, Mohd. Nurul Azwan Roya, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak masih dikekalkan.

Bagaimanapun nama bintang penyerang kebangsaan, Safee Sali yang sebelum ini dipinjamkan dari kelab Indonesia, Arema FC dan bekas pemain kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak tiada dalam senarai berkenaan.

Misi besar Johor DT untuk memburu kegemilangan musim depan bakal diketuai oleh pengendali baharu, Cesar Ferrando Jiminez.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman web rasmi Johor DT dan Johor mengingatkan pemain baharu untuk membuktikan kenapa mereka layak bersama pasukan itu.

"Kepada bakal pemain Johor, anda perlu membuktikan anda layak menggalas tanggungjawab dan penghormatan menyarung jersi merah dan biru itu. Fahamlah bahawa para penyokong Johor memberikan sepenuh sokongan kepada anda dalam setiap perlawanan.

"Sudah tiba masanya anda menghargai sokongan padu yang mereka berikan dan membalasnya dengan baik. Menang atau kalah bukanlah segalanya, asalkan anda berusaha 110 peratus di padang," katanya di www.johorsoutherntigers.com.my.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


470,395 calon duduki peperiksaan SPM hari ini hingga 5 Dis.

Posted: 05 Nov 2013 10:39 AM PST

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Sebanyak 470,395 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai esok hingga 5 Disember.

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan memberitahu, sebanyak 415,509 calon terlibat adalah dari sekolah kerajaan, 8,054 calon (sekolah di bawah agensi kerajaan selain kementerian) dan 8,325 calon (sekolah menengah agama negeri).

Selain itu, menurut Lembaga Peperiksaan, turut menduduki peperiksaan tahun ini ialah 11,261 calon (sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian), 1,389 calon (sekolah menengah agama rakyat) dan 25,857 calon (persendirian).

"Sebanyak 30,863 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar," katanya dalam satu kenyataan.

Lembaga Peperiksaan turut mengingatkan calon supaya merujuk jadual peperiksaan tentang waktu peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan.

"Jadual peperiksaan yang telah diedarkan ke sekolah boleh dimuat turun melalui laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lp.

"Calon turut diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar,'' kata kenyataan berkenaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Serangan hendap militan bunuh 5 pegawai polis

Posted: 05 Nov 2013 10:10 AM PST

GAUHATI, India 6 Nov. - Kira-kira 30 anggota militan bersenjatakan senapang menyerang sekumpulan pegawai polis di timur laut India, semalam mengorbankan lima anggota polis.

Majistret daerah, Chinmay Gotmare berkata, militan tersebut yang menggunakan senapang jenis AK-47 dan beberapa senjata lain, menyerang para pegawai berkenaan berhampiran perkampungan Bangajakona di negeri Meghalaya ketika sedang mengambil banduan untuk dipindahkan.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab berhubung serangan tersebut. - AGENSI

Lima penganut Ahli Sunnah mati ditembak

Posted: 05 Nov 2013 08:52 AM PST

KARACHI 6 Nov. - Seorang lelaki bersenjata menembak mati lima menganut Ahli Sunnah Wal Jamaah di sini semalam, sehari selepas enam penganut minoriti Syiah mati dibunuh di bandar yang sama.

Polis berkata, kesemua mereka yang dibunuh merupakan anggota pergerakan Deobandi atau pun kumpulan ekstrem yang diharamkan.

``Mereka menjadi sasaran kerana mazhab yang dipegang, kata pegawai polis, Muneer Shaikh kepada AFP.

Ujar Muneer lagi, kejadian pembunuhan itu berlaku di satu kawasan di Karachi, namun beliau enggan mengulas sama ada serangan tersebut bermotifkan balas dendam. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


PSDC sedia jadi pusat animasi

Posted: 05 Nov 2013 10:39 AM PST

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

Khairul Rizal Ramli (lima dari kiri) bersama pensyarah dan pelajar dalam majlis penyampaian sijil di Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang, Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 5 Nov. - Seramai 13 warga Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC) mengikuti kursus animasi perisian teknologi Toon Boom di sini baru-baru ini.

Pengarah Eksekutif PSDC, Khairul Rizal Ramli berkata, animasi Toon Boom dari Kanada itu sangat dikenali dalam dunia animasi serta industri perfileman.

Tambahnya, peserta terdiri daripada lapan pelajar kursus Program Peningkatan Kemahiran Industri dan selebihnya ialah pensyarah bidang animasi di PSDC.

"Kursus selama lima hari itu merupakan anjuran PSDC dengan kerjasama sebuah syarikat animasi dari Selangor iaitu Nadi Ayu Technologies Sdn. Bhd.

''Kursus ini juga mendapat sokongan padu Multimedia Development Corporation (MDEC),'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tambah Khairul Rizal, PSDC bersedia dijadikan pusat pengembangan bidang animasi di Pahang dan Pantai Timur kerana mempunyai kemudahan yang diperlukan selain tenaga pengajar berpengalaman.

Menurutnya, kursus yang berlangsung dalam bentuk amali bagi memastikan peserta memahami perisian ini dengan lebih mudah.

Selain itu, tambah beliau, peserta kursus turut dilatih oleh dua tenaga pengajar bertauliah perisian animasi Toon Boom dari Nadi Ayu Technologies Sdn Bhd.

'' Peserta didedahkan dengan perisian Toon Boom Harmony 2D Animation dan Toon Boom Storyboard Pro yang membolehkan mereka memperoleh kemahiran industri animasi semasa khususnya yang membabitkan animasi dua dimensi," katanya.

Menurutnya, bagi memastikan kelancaran penganjuran pada tahun hadapan, pihak PSDC telah mula mengambil langkah awal ke arah itu apabila memilih seramai lima orang pensyarahnya mengikuti kursus Pengajar Bertauliah ini.

''Adalah diharapkan bidang animasi ini dapat dikembangkan di Wilayah Pantai Timur, khususnya negeri Pahang dengan penganjuran kursus profesional ini pada tahun hadapan," katanya.

UMP raih sepuluh pingat dalam BioMalaysia 2013

Posted: 05 Nov 2013 10:39 AM PST

Mashitah Mohd. Yusoff (duduk, tengah) bersama penyelidik yang mencatat kejayaan memenangi pingat dalam Pameran BioMalaysia 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru, baru-baru ini.

KUANTAN 5 Nov. - Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya meraih tiga pingat emas, tiga perak dan empat gangsa dalam Pameran BioMalaysia 2013 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru, Johor baru-baru ini.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Mashitah Mohd. Yusoff, kejayaan penyelidik UMP ini diharapkan dapat memberi perangsang dan motivasi kepada penyelidik lain untuk terus maju dalam bidang penyelidikan.

"UMP turut berbangga apabila gerai pameran universiti berjaya memenangi tempat pertama rekabentuk gerai terbaik dan pameran paling inovatif," katanya.

Pameran BioMalaysia 2013 yang bertemakan Convergence of Ideas, Confluence of Opportunities itu dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dalam pameran tersebut, lebih daripada 126 penyertaan daripada pelbagai agensi termasuk institusi pengajian tinggi (IPT) serta syarikat dari dalam dan luar negara.

Katanya Mashitah, pingat emas yang dimenangi UMP ialah daripada penyelidik Fakulti Sains Industri & Teknologi (FSTI), Dr. Gaanty Pragas Maniam dengan projek penyelidikan beliau bertajuk Novel Utilization of Decanter Cake as a Feedstock for Biodiesel Production.

"Beliau menemui kaedah penggunaan hasil buangan sisa pepejal dari proses penjernihan minyak kelapa sawit iaitu Decanter Cake yang mampu menghasilkan minyak biodiesel.

"Pingat emas juga diraih oleh Prof. Jose Rajan dari FSTI dengan tajuk penyelidikan A Green Supercapacitor Device Employing Waste to Wealth dengan hasil penyelidikan beliau yang menemui tempurung kelapa sawit terbuang serta dijadikan medium karbon di dalam kapasitor yang membolehkan dicas dengan pantas," jelasnya.

Tambahnya, satu lagi emas milik Dr. Essam A. Makky dari FSTI dengan penyelidikannya bertajuk Biotechnology of Hazardous Waste Management for Nano Particle Production.

"Penyelidikan beliau ini berkaitan dengan kitaran semula medium perak di dalam filem x-ray terbuang yang boleh dijadikan zarah nano yang boleh diaplikasikan dalam produk antibakteria.

"Sementara itu, pingat perak diraih Profesor Madya Dr. Md. Maksudur Rahman Khan dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA); Dr. Andri Kusbiantoro dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (FKASA) dan Profesor Madya Dr. Arun Gupta dari FKKSA.

"Manakala pingat gangsa diraih penyelidik Dr. Mohd. Hasbi Ab. Rahim, Dr. Jolius Gimbun, Dr. Mohammad Dalour Hossen Beg dan Dr. Ghazi Faizal Najmuldeen," ujarnya.

Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang sumbang bahan bacaan

Posted: 05 Nov 2013 10:39 AM PST

A. RAHIM Omar (empat dari kanan) bersama guru-guru selepas program penyampaian sumbangan buku untuk Pusat Sumber Sekolah di SK Pelindung, Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 5 Nov. - Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC) dan W. R Grace Specialty Chemicals (M) membekalkan bahan bacaan pusat sumber sekolah (PSS) kepada dua buah sekolah rendah di daerah ini sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

Pensyarah Kanan PSDC, A. Rahim Omar berkata, sekolah terpilih ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pelindung, Beserah dan SK Cenderawasih, Kuantan.

Menurutnya, usaha ini membantu kelangsungan agenda pendidikan negara serta memupuk amalan membaca bahan bacaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah rendah.

''Antara strategi ialah dengan menyediakan pelbagai bahan bacaan bermutu bagi merangsang minat membaca sekali gus mampu menyemarakkan lagi amalan membaca di kalangan pelajar,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian bahan bacaan di SK Pelindung, Beserah dekat sini baru-baru ini.

A. Rahim menambah, para pelajar perlu menjadikan membaca satu budaya dengan memanfaatkan melalui buku-buku yang disumbangkan itu

"Dengan membaca, pelajar akan menjumpai perkataan baharu yang menambahkan lagi pengetahuan diri.

"Selain itu mereka juga dapat menambah ilmu pengetahuan yang boleh digunakan bukan sahaja pada masa kini tetapi juga akan datang," katanya.

Menurut beliau, pelbagai pendekatan menarik dan bersesuaian perlu diambil oleh pihak sekolah dan ibu bapa bagi menyemarakkan lagi amalan membaca dalam kalangan pelajar.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kubu Pas semakin retak

Posted: 05 Nov 2013 10:39 AM PST

Oleh Zulkiflee Bakar
pengarang@utusan.com.my

TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat memorandum sokongan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional pada majlis perjumpaan kaum Tiong Hwa tersebut di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah, baru-baru ini.

SEBELUM ini, Pas begitu mendabik dada kononnya, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau merupakan salah satu daripada dua kubu terkuatnya di Kedah, selain DUN Tokai.

Bagaimanapun, keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau kelmarin membuktikan, hakikatnya kawasan itu bukanlah kubu kuat Pas.

Selama ini Pas bertahan hampir lima penggal di situ kerana Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak. Politik damai yang beliau pelopori telah membolehkan Allahyarham diterima oleh seluruh lapisan masyarakat di Sungai Limau.

Malah apa yang menarik bukan sahaja ahli Pas menyokong Allahyarham, malah bekas Menteri Besar Kedah itu turut meraih undi daripada penyokong Barisan Nasional (BN) dan atas pagar.

Keadaan itulah yang memungkinkan Sungai Limau dianggap kubu Pas tetapi apabila Azizan kembali ke rahmatullah, kekuatan Pas di situ tergugat. Sebab itulah sepanjang kempen PRK DUN Sungai Limau, Pas cuba memainkan sentimen Allahyarham Azizan.

Bagaimanapun, pengundi-pengundi khususnya orang Melayu tidak mudah terperangkap dengan helah tersebut apatah lagi ada antara pemimpin Pas yang turun berkempen di situ pernah menyusahkan Allahyarham ketika Allahyarham menjadi Menteri Besar.

Kesudahannya, Pas yang bercita-cita untuk memperolehi majoriti sekurang-kurangnya 2,000 berbanding 2,774 undi yang diperolehi oleh Allahyarham dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ternyata hampa apabila hanya mendapat 1,084 undi.

Berikutan keputusan itulah, ketika singgah minum pagi di sebuah warung di Yan Kechil, kelmarin penulis terdengar sekumpulan penyokong tegar Pas bersungut.

''Orang dah cakap ambik (ambil) umpan saja, bukannya makan mata kail, menang pun kalau majoriti macam tu buat malu saja, awatlah (kenapa) depa (mereka) ni tak pandai sangat'' kata salah seorang daripada mereka.

Penulis percaya, perbuatan itu berkisar dengan perolehan undi Pas memandangkan, parti itu begitu yakin bahawa pengundi-pengundi Cina akan terus menyebelahi mereka seperti PRU-13.

Tetapi sekali lagi, ramalan Pas meleset apabila pengundi Cina membuat keputusan memilih BN.

Bagaimanapun BN tidak boleh selesa dengan keadaan itu kerana sudah ada cakap-cakap sebelum hari pengundian bahawa pengundi Cina mungkin akan memberikan undi mereka kepada BN dalam usaha untuk menjaga hubungan dengan kerajaan negeri yang dipimpin oleh parti itu.

Bagi mereka, Sungai Limau hanyalah pilihan raya kecil dan bukannya pilihan raya umum, oleh itu tidak rugi apa-apa jika tindakan menyokong BN dilakukan.Namun begitu apa yang menjadi tumpuan bagaimana peningkatan undi orang Melayu kepada BN yang diwakili oleh UMNO. Ternyata orang Melayu semakin bimbang dengan corak politik Pas terutamanya sekali hubungannya dengan DAP.

Faktor ini menjadi penyumbang terbesar kepada perolehan undi BN, justeru biar pun kalah BN hakikatnya berjaya 'meretakkan' satu lagi kubu Pas di Kedah.

Perolehan undi majoriti 1,084 undi oleh calonnya, Mohd.Azam Abdul Samat membuktikan Sungai Limau tidak boleh lagi diiktiraf sebagai kubu Pas. Ia memandangkan dalam senario politik sekarang, mana-mana parti yang menguasai majoriti di bawah 1,500 undi, bila-bila masa sahaja boleh tumbang dalam pilihan raya.

Mengulas kejayaan ini, Exco Pemuda UMNO Mohd.Rafiq Naizamohideen berkata, ia menunjukkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat pusat dan Datuk Mukhriz Tun Mahathir di peringkat negeri.

''Walaupun BN tidak berjaya merampas kerusi DUN itu yang merupakan kubu kuat Pas, kejayaan mengurangkan majoriti Pas daripada 2,774 undi kepada 1,084 undi iaitu pengurangan sehingga 1,690 undi adalah kejayaan besar buat BN,'' katanya ketika dihubungi.

Pencapaian tersebut adalah hasil kerja keras jentera BN khususnya dari seluruh negara ketika jentera tempatan dilihat tidak banyak membantu.

Selain kehadiran anggota Majlis Tertinggi termasuk anggota Kabinet yang sanggup turun padang membantu calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim, penghargaan tertinggi perlu diberikan kepada kepimpinan sayap UMNO.

Kegigihan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Naib Ketua Puteri UMNO Zahida Zarikh Khan yang 'berkampung' di Sungai Limau berjaya menambah jumlah undi yang diperolehi oleh BN.

Ketiga-tiga mereka sanggup meredah semua kawasan di DUN tersebut biar pun terpaksa mengharungi lumpur dan batas sawah semata-mata untuk menemui pengundi.

Ketekunan itu ditambah pula dengan kesungguhan Mukhriz yang ternyata mempunyai pengaruh cukup besar dalam kalangan pengundi. Kehadiran beliau di kawasan-kawasan kubu kuat Pas disambut mesra. Keadaan itulah juga yang membolehkan BN menambah undi atas faktor 'aura Mukhriz'.

Malah kejayaan BN merentap peluang Pas untuk memperolehi lebih banyak undi majoriti dianggap pengiktirafan rakyat kawasan itu terhadap kepimpinan Mukhriz.

Semua keadaan ini harus memberi peringatan kepada Pas bahawa mereka masih 'berkuasa' di Sungai Limau kerana sokongan pengundi tegar mereka dan sedikit sumbangan pengundi atas pagar, tetapi orang Melayu semakin meninggalkan parti itu.

Bagaimanapun, BN sebenarnya boleh mencapai kemenangan jika tidak berlaku 'opera politik' dalam dalam pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat bahagian.

Biarpun masing-masing berhujah bahawa tiada persengketaan sesama mereka, namun semua itu hanyalah 'wayang politik' dan sikap hipokrit 'darjah tertinggi' hingga menyebabkan BN gagal meraih undi yang mencukupi sebagai persediaan untuk menampung undi yang tidak diperolehi memandangkan Pas mempunyai pengundi tetap mereka.

Berdasarkan satu sumber, jentera pilihan raya yang dikendalikan oleh individu tertentu tidak melancarkan kempen seperti mana yang diharapkan, biarpun di hadapan semua orang, mereka berdegar-degar berjanji akan memastikan kemenangan BN.

Dalam soal ini, BN perlu menjalankan siasatan rapi untuk memastikan pemimpin dan penyokong mereka yang bersedia menjadi 'duri dalam daging' dan 'gunting dalam lipatan' dikenakan tindakan sekeras-kerasnya.

Sebenarnya, Pas juga mempunyai masalah dalaman termasuklah sabotaj terhadap percetakan risalah calon mereka, malah semua orang tahu ada antara pemimpin utama mereka tidak 'berlaga angin'.

Tetapi biar pun kita mengetahui bahawa mereka juga bersikap hipokrit namun sikap itu tidak sampai menyebabkan Pas kalah. Sebaliknya, mereka bersedia mengenepikan persengketaan tersebut demi memastikan parti mencapai kemenangan. Bagaimanapun dalam UMNO ia berbeza, persengketaan berlanjutan sehingga rela melakukan perbuatan yang memungkinkan BN tewas.

Kesimpulannya, keputusan di Sungai Limau membuktikan BN bukanlah parti yang ditolak oleh rakyat termasuklah oleh sebahagian pengundi Cina, justeru perbaikilah kelemahan. Kemenangan pasti akan diperolehi jika sindrom pemimpin UMNO bersedia menjadi pengkhianat kepada parti sendiri dihapuskan, strategi politik lapuk ditinggalkan, jentera tempatan diperkasakan dan hanya kelompok pengundi yang tahu mengenang budi sahaja diutamakan.

Jika ini dapat dilakukan sudah pasti bukan sahaja di Sungai Limau malah di mana-mana juga kawasan, BN mampu mencapai kemenangan.

Inisiatif S2A untuk memperkasa sains

Posted: 05 Nov 2013 10:39 AM PST

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my

Mohd Yusoff Sulaiman
Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT

PEMBENTANGAN Bajet 2014 masih menjadi perdebatan hangat bukan sahaja di kalangan ahli politik malahan rakyat dan juga pihak industri yang mempunyai kepentingan dan pelaburan di Malaysia.

Pihak industri rata-ratanya menyambut baik apa yang dibentangkan Perdana Menteri tetapi ada pula pihak yang cuba memanipulasi dan mencipta isu dengan mendakwa banyak perkara diabaikan kerajaan termasuk dasar untuk sains dan teknologi.

Golongan ini seolah-olah cuba memperbodohkan rakyat malahan pihak industri dengan menggambarkan Bajet 2014 itu muktamad dan apa yang tidak dinyatakan dikira telah ditinggalkan sepenuhnya oleh kerajaan.

Untuk dasar-dasar jangka panjang seperti sains dan teknologi, tidak semestinya semua perancangan dimasukkan dalam bajet tahunan kerana pelaksanaannya akan mengambil masa beberapa tahun sementara hasil atau impaknya akan dirasai antara 10 ke 15 tahun dari sekarang.

Ini bermakna, keputusan dasar jangka panjang yang dibuat oleh pemimpin generasi kini akan mula dinikmati oleh generasi akan datang, iaitu anak-anak kecil yang masih di bangku sekolah.

Menyedari masa depan negara bakal dipengaruhi kadar pembangunan sains, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Inisiatif Sains Untuk Tindakan (S2A) sempena majlis sambutan ulang tahun ke-20 Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) pada 1 November lalu.

S2A adalah inisiatif terbaharu untuk meningkatkan penggunaan sains dan teknologi dalam pembangunan industri, mewujudkan kesejahteraan rakyat serta urus tadbir sains, teknologi dan industri yang mengikut Model Baharu Ekonomi (MBE).

Inisiatif S2A adalah berdasarkan kepada tiga teras utama iaitu Sains untuk Industri, Sains untuk Kesejahteraan dan Sains untuk Tadbir Urus.

Sains untuk Industri menggalak dan memberikan ganjaran kepada usaha mengambil risiko terutama dalam kalangan syarikat milik kerajaan (GLC) serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya mengambil peranan lebih besar dalam membangunkan industri-industri baharu.

Ini termasuk meningkatkan pertumbuhan syarikat-syarikat permulaan berasaskan teknologi di kalangan saintis dan usahawan muda sementara kerajaan pula akan menyediakan pemangkin bagi membolehkan usaha-usaha berasaskan teknologi tinggi ini berjaya.

"Kerajaan akan mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif bagi usahawan dan syarikat-syarikat untuk meneroka dan melabur dalam usaha yang berasaskan teknologi tinggi, membina keupayaan untuk memenuhi keperluan tempatan dan mewujudkan peluang-peluang untuk mengeksport produk dan perkhidmatan," kata Najib.

Sains untuk Kesejahteraan pula memberi tumpuan kepada meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui penguasaan dan aplikasi sains, teknologi dan inovasi dengan mengukuhkan sistem pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk generasi muda.

Seterusnya, Sains untuk Tadbir Urus memberi tumpuan kepada pemantapan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam dan swasta dalam usaha menyediakan persekitaran yang kondusif dan merangsang pembangunan sains secara berterusan.

Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT, Mohd Yusoff Sulaiman menjelaskan, Bajet 2014 mungkin tidak memberi penekanan jelas kepada sains dan teknologi tetapi inisiatif S2A membuktikan kerajaan tidak mengabaikannya dan mempunyai perancangan yang melangkaui tahun 2020.

"Dasar jangka panjang seperti sains dan tekonologi ambil masa 10 ke 15 tahun baru nampak impaknya, untuk itu kita kena ada strategi berterusan dan mampan. Keputusan perlu dibuat sekarang untuk polisi, strategi dan pelan tindakan antara kerajaan dan industri.

"Penekanan S2A adalah tindakan dan pelaksanaan. Oleh itu, adalah amat penting bagi sektor swasta serta kerajaan, ahli akademik, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat untuk bekerjasama ke arah kejayaan pelaksanaan inisiatif ini," katanya.

Tambahnya, fokus utama adalah dalam aspek pelaksanaan kerana ramai melihat banyak dasar dan perancangan yang baik oleh kerajaan mempunyai masalah untuk dilaksanakan.

Beliau turut memaklumkan pihak industri juga mahu melihat struktur lebih kemas untuk sains dan teknologi khususnya dalam pengurusan peruntukan mahupun modal insan yang bertindih dalam banyak agensi atau jabatan kerajaan.

"Untuk melaksanakan inisiatif ini, perlu ada perkongsian kerajaan dan industri. Kita sudah bincangkan dan semua bersetuju pihak swasta mengambil peranan utama selaku peneraju dengan perkongsian 60:40 bersama kerajaan.

"Kita akan kenal pasti dari sekarang sektor-sektor yang kita ada kekuatan untuk bersaing dengan kuasa besar. Lihat sahaja kisah kejayaan sektor aeroangkasa, perkapalan dan elektronik, semuanya bermula dengan keputusan yang dibuat sekitar 1990-an dan tahun 2000," jelasnya.

Beliau memaklumkan, bayangan MIGHT untuk S2A, sumbangan sains dan teknologi sebagai penggerak ekonomi lebih besar dalam tempoh 10 ke 15 tahun dari sekarang kerana impak sains dan teknologi sudah kelihatan kini seperti dalam perkhidmatan melalui internet.

Menurut beliau, Malaysia juga bakal berdepan banyak cabaran dalam tempoh 10 ke 15 tahun akan datang, bukan sahaja dari China, India dan Eropah malahan negara-negara ASEAN sendiri dengan bermulanya perjanjian Kawasan Dagangan Bebas ASEAN pada 2015.

"Saya berharap negara dapat mencapai satu posisi kukuh yang boleh bersaing malah mengatasi negara-negara terbabit dengan mencari bidang khusus yang memberikan kelebihan kepada Malaysia melalui perkhidmatan, pengeluaran, kapasiti mahupun kebolehan.

"Untuk itu, kita juga perlu tingkatkan sistem pendidikan negara agar anak-anak kecil bersedia, lebih penting lagi suka kepada sains dan teknologi. Kita khuatir jika semuanya cenderung kepada bidang seni dan bidang popular lain seperti perundangan sahaja," ujarnya.

Mohd Yusoff juga mahu menjadikan subjek sains dan teknologi popular seperti subjek lain dalam pendidikan agar anak-anak muda tertarik, khususnya dalam bidang fizik, kimia dan biologi.

Selain itu, beliau menegaskan isu penguasaan bahasa Inggeris di kalangan graduan yang dibangkitkan pihak industri perlu ditangani segera untuk mengelakkan dinding komunikasi menjejaskan peluang kemahiran mereka diaplikasikan dalam bidang kerja berkaitan.

"Untuk masa depan negara, semua kelengkapan ini perlu ada, kita perlu kepakaran dalam bidang-bidang sains dan teknologi. Negara boleh gunakan kepakaran mereka ini untuk mencipta produk dan perkhidmatan baharu malahan meningkatkan sektor sedia ada agar lebih efisien, tingkatkan kualiti dan turunkan kos.

"Industri, rakyat dan tadbir urus perlu melibatkan sains dan teknologi. Malaysia bukannya teruk sangat, kita sebenarnya ada banyak kejayaan dalam bidang ini. Mungkin kedudukan negara akan lebih tinggi kelak selepas isu-isu berbangkit dapat diatasi melalui inisiatif S2A," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Stigma hidup dengan HIV

Posted: 05 Nov 2013 05:02 AM PST

Stigma dan diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan HIV berlaku dalam semua masyarakat di seluruh dunia.

SEHINGGA kini, pelbagai langkah telah dilakukan sebagai usaha untuk mengekang penularan jangkitan HIV termasuklah kempen-kempen tanpa had dan juga ubat-ubatan yang dibekalkan oleh kerajaan secara percuma.

Antaranya ialah program rawatan HAART (Highly Active Anti-Retroviral Therapy), jarum suntikan percuma, terapi gantian metadon, ujian saringan pasangan yang bakal berkahwin dan sebagainya.

Pada awal-awal kes yang melibatkan HIV, tidak dapat tidak stigma masyarakat terhadap individu atau kelompok yang hidup dengan virus ini adalah amat tinggi.

Diskriminasi iaitu perlakuan yang membeza-bezakan atau memulaukan orang yang hidup dengan HIV amat menebal kerana pada waktu itu takdir bagi yang menerima virus ini dalam hidup mereka hanyalah maut.

Mereka digambarkan umpama bangkai bernyawa yang hanya menunggu masa menemui ajal dan sudah tentu masyarakat akan menolak golongan ini dalam kehidupan bermasyarakat kerana ditakuti terjangkit dengan virus berkenaan.

Sedangkan HIV tidak akan berjangkit selagi masyarakat mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menolak aktiviti berisiko tinggi seperti perkongsian jarum suntikan dan amalan seks yang tidak selamat.

Malah perlu diingatkan HIV juga dijangkiti akibat penularan daripada suami kepada isteri, ibu kepada bayinya, atau mungkin akibat proses pemindahan darah, yang sama sekali tidak dijangka oleh penghidapnya.

Siapa pula yang boleh menjangkakan keadaan sekarang apabila mereka yang hidup dengan HIV kini kelihatan lebih sihat dengan ubat-ubat yang ada malah mampu pula melahirkan anak yang bebas daripada virus ini apabila pasangan yang hidup dengan HIV ini mengikut pelbagai prosedur doktor yang diperlukan sebelum mendapat zuriat.

Stigma berterusan

Namun, dalam tempoh lebih kurang 27 tahun sejak pertama kali kes HIV dikesan, apa yang paling menyedihkan masih lagi terdapat stigma atau diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan HIV dalam kalangan masyarakat .

Biarpun seharusnya dengan pelbagai jenis maklumat yang dijajakan, sekurang-kurangnya memberi sedikit sebanyak pengetahuan yang membolehkan mereka berfikir dengan rasional dan menerima kehadiran golongan yang hidup dengan HIV ini dengan tangan terbuka.

Menurut Norasid Md. Said, 39, dari sebuah Felda di Negeri Sembilan dan sekarang ini bertugas sebagai sukarelawan petugas program pertukaran jarum yang telah didiagnosis menghidap HIV sejak tahun 2003, stigma dan diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan HIV masih berlaku.

Norasid yang menerima virus berkenaan akibat perkongsian jarum suntikan, kini telah tujuh tahun berumah tangga dan mempunyai tiga orang anak berumur lima, empat dan dua tahun.

Saya hendak bekerja dan memohon menjadi pengawal keselamatan dan pihak majikan meminta saya melakukan pemeriksaan kesihatan dan saya melakukannya di klinik yang saya buat pemeriksaan HIV.

Lepas pemeriksaan, majikan kata mereka akan hubungi saya tetapi menunggu sekian lama tidak juga menerima jawapan. Saya ingatkan mereka tidak mengambil saya bekerja kerana status saya yang pernah masuk penjara, tetapi selepas disiasat baru saya tahu pihak doktor dari klinik itu sendiri memberitahu pihak majikan yang saya ada HIV," jelas Norasid yang sukarela tampil memperkenalkan diri sebagai orang yang hidup dengan HIV.

Bukan itu sahaja, dia berkata, masih ada di kampung-kampung yang mengasingkan kubur mereka yang mempunyai sejarah pengguna dadah di satu kawasan yang dikhususkan dalam satu barisan.

Apabila jenazah dikebumikan pastinya akan memberi keaiban kepada keluarga mereka atas sejarah kesilapan yang lalu kerana penduduk kampung menggambarkan mereka yang menagih dadah pastinya ada HIV.

Tentang soal stigma, saya sendiri pun cuba memberi contoh yang terbaik kerana keadaan diri saya yang kelihatan sihat, anak-anak dan isteri juga bebas daripada HIV.

Saya sekarang cuba bergaul dengan masyarakat yang boleh menerima saya dan cuba memberi maklumat yang perlu diketahui masyarakat mengenai HIV, ramai yang menerimanya dan ramai pula yang tidak percaya.

Dalam keadaan seperti ini perlunya pihak media atau mereka yang berpengaruh membawa isu ini kepada masyarakat bagi memberi maklumat yang lebih jelas," ujarnya.

Mengenai dirinya, Norasid memberitahu, keluarga dan mertuanya bersikap terbuka mengenai keadaan dirinya dan sudah mula menerimanya secara perlahan-lahan.

Dia mengakui, memang kekhilafan masa lalu memakan dirinya dan ramai daripada masyarakat menyatakan penyakit yang ada dalam dirinya ini dicari sendiri.

Norasid memberitahu, biarpun adanya kekesalan lalu namun apa yang menyedihkan apabila ramai yang menyuruh isteri meninggalkannya.

Saya berusaha pertahankan rumah tangga saya dan cuba menjadi ketua keluarga yang terbaik untuk membuktikan kepada orang ramai saya mampu berbuat demikian.

Mengenai pergaulan pula kita sebenarnya tidak tahu apa yang terkandung di dalam hati individu, mungkin dia cepat-cepat basuh tangan selepas bersalam dengan kita kerana takut `terjangkit.. itu kita tidak tahu," kata Norasid.

Apa pun baginya kekuatan agama dan berpegang teguh kepada ajaran Islam adalah perkara yang perlu ada dalam diri agar sentiasa kuat.

Paling terbaharu menimpa Norasid apabila dia berkongsi cerita mengenai pengalamannya dalam laman sosial Facebook bersama rakan-rakan mengenai satu persoalan berkaitan masalah sosial.

Apabila Norasid berkongsi cerita dan kemudian menceritakan mengenai status dirinya, semua rakan-rakan di laman sosial tidak lagi membalasnya.

Saya berharap orang ramai lebih memahami perihal kami. Banyak maklumat mengenai HIV telah disebarkan dan bagaimana sebenarnya virus ini dijangkiti.

Orang ramai perlu faham apa yang orang yang hidup dengan HIV ini alami dan tanggung. Dekati dan kenali mereka, cuba selami jiwa anak-anak kecil yang terpaksa menanggung HIV seumur hidup mereka begitu juga dengan ibu-ibu dan wanita-wanita yang tidak pernah pun meminta penyakit ini ada dalam badan mereka.

Sekiranya ingin diberi bantuan oleh badan-badan agama seperti pihak Zakat dan Baitulmal, masalah golongan ini sebenarnya tidak sama seperti individu miskin lain kerana golongan ini miskin dan berhadapan dengan krisis kesihatan," jelas Norasid.

Takut orang tahu

Disahkan positif HIV pada usia 37 tahun, wanita berusia 45 tahun ini, mengabdikan dirinya untuk kerja-kerja sukarela dan menjadi petugas di sebuah rumah amal di Kuala Lumpur.

Saya diberhentikan kerja kerana saya asyik cuti sakit. Badan saya sakit, lemah dan berat mula susut dan kuman sudah mula masuk ke dalam paru-paru.

Mula-mula saya cuba menafikan yang saya mempunyai virus ini dalam badan kerana saya takut untuk mengakui yang saya HIV positif sedangkan saya hanya menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki warga asing sahaja.

Saya takut apa yang masyarakat pandang saya sekiranya mereka tahu saya HIV positif. Saya sendiri berasa hina dan jijik dengan keadaan diri saya apatah lagi orang luar," kata Maznah (bukan nama sebenar) ketika ditanya mengenai kisahnya.

Dia berkata, sampai sekarang kawan-kawan tidak tahu kenapa dia diberhentikan kerja dan telah sembilan tahun mengasingkan diri daripada rakan-rakan karibnya.

Maznah berkata, selagi dia mengasingkan diri dan masyarakat tidak tahu status sebenarnya, dia akan dapat meneruskan kehidupan bersama anak angkatnya yang dibela sejak berusia dua tahun yang juga disahkan HIV positif.

Apa yang sedihnya, guru-guru yang mengetahui status anak saya yang kini berusia sembilan tahun, tidak menggalakkannya mengambil bahagian dalam sebarang acara sukan.

Mungkin kerana tidak mahu reaksi negatif daripada ibu bapa lain, namun saya sebenarnya simpati dengan nasib anak saya itu," jelas Maznah yang mengakui menerima sokongan daripada keluarga dan adik-beradiknya.

Dalam pada itu Maznah memberitahu, dirinya sebenarnya tertekan dengan rahsia yang disimpan sejak sekian lama itu.

Sekiranya masyarakat boleh menerima keadaan kami ini, barulah rasanya saya rela menonjolkan diri kerana saya tidak mahu dihina dan dipulau oleh masyarakat sekeliling," jelas Maznah yang telah berumahtangga dengan pasangan baru sejak lima tahun lalu. - ROSMAH DAIN

Hijrah perkasa rumah tangga

Posted: 05 Nov 2013 05:02 AM PST

Oleh ROSMAH DAIN

Anak-anak perlu dididik sejak dari kecil lagi agar sentiasa menghormati ibu bapa dan berbuat baik dengan orang tua. - Gambar hiasan

Isu-isu kekeluargaan merupakan satu perkara yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan mereka yang bergelar suami dan isteri terutama dalam mempereratkan hubungan dengan anak-anak.

Hanya menerusi hubungan kekeluargaan yang erat dan mesra membentuk satu generasi yang kukuh dan kuat pada masa akan datang.

Menurut Kaunselor Keluarga terkenal, Hushim Salleh, ibu bapa perlu memperkasakan dahulu rumah tangga mereka agar ahli-ahli di dalamnya berada dalam keadaan kedudukan yang baik dan saling hormat-menghormati.

Kata Hushim, penting dalam sebuah keluarga, ibu bapa bukan hanya sekadar memberi makan dan minum kepada anak-anak, sebaliknya mereka harus menyalurkan 'tindakan' dalam bentuk zahir kepada anak-anak.

"Ini maksudnya, anak-anak bukan sahaja dimanjakan dengan duit tetapi mereka sebenarnya memerlukan sentuhan kasih sayang, pelukan dan perlunya ada komunikasi antara kedua-dua belah pihak," jelasnya.

Tambah Hushim, setiap ibu dan bapa perlu kreatif dalam menarik minat anak-anak duduk di rumah. Ini kerana ada sesetengah anak-anak yang enggan pulang ke rumah kerana keadaan rumah yang selalu tegang dan tidak ceria.

Di sini Hushim menjelaskan, ibu bapa boleh mencetuskan aktiviti yang ceria di rumah, bukan bermakna membuat aktiviti sukan tetapi beramah mesra dengan anak-anak.

"Sekiranya ibu dan bapa mempunyai sikap humor, itu lagi bagus kerana anak-anak akan sentiasa berasa selesa dan gembira berada di rumah. Pada hujung minggu dan cuti sekolah bawa mereka melakukan aktiviti riadah, ini pastinya menjadikan hubungan anak, ibu dan bapa bertambah erat.

"Apa yang penting ibu bapa juga jangan beza-bezakan anak. Layan mereka sama rata biar siapapun mereka dan bagaimana kedudukan mereka. Ini termasuklah memberikan hadiah, mengingati hari ulang tahun mereka dan sebagainya.

"Begitu juga dengan anak-anak, mereka juga perlu menghormati ibu bapa dan berbuat sesuatu untuk mengeratkan hubungan dengan orang tua mereka dan memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada keduanya," jelasnya.

Hushim menambah dalam zaman teknologi maklumat (IT) seperti sekarang kemudahan Internet dan teknologi boleh merapatkan hubungan keluarga.

Katanya, laman sosial boleh digunakan untuk berhubung dan bertanya khabar ahli keluarga, begitu juga dengan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan lain-lain.

Keadaan ini amat mudah katanya, namun tidak ramai yang menggunakannya untuk berhubungan dengan keluarga sendiri melainkan melakukannya untuk rakan-rakan semata.

"Hubungan kekeluargaan sebenarnya penting bermula daripada bagaimana cara ibu dan bapa itu mengekalkan hubungan kasih sayang antara mereka sendiri.

"Sebagai suami perlunya menjadi ketua keluarga yang boleh membimbing dan prihatin dengan keperluan isteri dan anak-anak. Begitu juga isteri, perlu bersedia menjalankan tanggung jawab sebagai isteri dan ibu dengan penuh tanggungjawab," katanya.

Sementara itu Hushim turut menyentuh mengenai penambahbaikan diri suami dan isteri itu termasuk dalam penampilan dan berhias diri.

Ini ujarnya, agar memberikan pandangan yang lebih menyenangkan kepada kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri agar sentiasa ceria dan sejuk mata memandang.

"Apa pun dalam kita mempersoalkan mengenai kepentingan wujudnya sebuah keluarga itu, apa kata bermula Maal Hijrah ini sebagai ketua keluarga, suami yang tidak pernah mengimamkan solat jemaah di rumah mula melakukannya.

"Biarpun mengimamkan hanya sekali-sekala, impaknya amat nyata kerana menerusi solat berjemaah dapat melahirkan dan menyatukan ahli-ahli keluarga dan memperlihatkan anak-anak semakin menghormati anda sebagai bapa dan ketua keluarga," nasihatnya mengakhiri bicara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Bimbang banjir lumpur berulang

Posted: 05 Nov 2013 10:39 AM PST

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusangroup.com.my

Penduduk, Halim Abdul Rahman (kanan) dan Sallehuddin Ahmad menunjukkan longkang yang dipenuhi lumpur sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk berhampiran di Hulu Klang, Selangor, semalam.

AMPANG 5 Nov.-Penduduk yang tinggal di beberapa kawasan perumahan berdekatan Kemensah, Hulu Klang di sini hidup dalam kebimbangan selepas dikejutkan dengan kejadian banjir lumpur minggu lalu.

Mereka mendakwa, kejadian itu berpunca daripada kerja-kerja tanah dan pembersihan oleh pemaju projek perumahan berhampiran kediaman mereka.

Pemaju projek didakwa gagal menyediakan kolam takungan yang sempurna ketika kerja-kerja itu dilaksanakan.

Sambil mempersoalkan bagaimana Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membenarkan projek berkenaan diteruskan, penduduk mendakwa kejadian itu jelas sekali melanggar syarat-syarat pembangunan ditetapkan pihak berkuasa tempatan.

Penduduk Taman Tropika Kemensah, Datuk Seri Dr. Sulaiman Abdullah berkata, pelanggaran syarat itu jelas dilihat apabila air yang sepatutnya mengalir ke sungai berhampiran beralih ke longkang tepi rumah penduduk.

Menurutnya, kegagalan mematuhi syarat ditetapkan itu telah menyebabkan pada hari kejadian, Jalan 5/ L5 yang merupakan laluan utama ke beberapa kawasan perumahan di situ dipenuhi banjir lumpur.

"Selain Tropika Kemensah, jalan tersebut menjadi laluan utama ke Prima Ukay, Prima Villa, Tiara Kemensah , Persona Villa dan Desaku Apartment.

"Selepas kejadian minggu lalu penduduk hidup dalam kebimbangan dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga takut kejadian sama berulang," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata, selepas kejadian itu pihaknya ada bertanyakan MPAJ mengenai status keselamatan penduduk di situ.

"Kami dimaklumkan kawasan di situ selamat. Namun kami masih ragu-ragu mengenainya," katanya.

Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi mendapati kesan banjir lumpur di Jalan 5/J5 masih kelihatan, selain longkang tepi rumah penduduk.

Difahamkan, kejadian banjir lumpur itu ekoran hujan lebat kira-kira hampir tiga jam sehingga menyebabkan tanah merah di tapak projek dibawa air hujan hingga melimpah ke jalan utama perumahan tersebut.

Utusan Malaysia yang turut dibawa meninjau ke kawasan tapak projek mendapati jarak tapak projek berkenaan hanya kira-kira 10 meter dari kediaman penduduk.

Mahu kerja-kerja tanah dihentikan - Penduduk

Posted: 05 Nov 2013 10:39 AM PST

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) diminta segera mengarahkan pemaju projek menghentikan kerja-kerja pembangunan yang menyebabkan banjir lumpur di kawasan perumahan mereka.

Ini bagi membolehkan siasatan secara terperinci dan menentukan status keselamatan penduduk di situ dijalankan.

Seorang penduduk, Halim Abdul Rahman, 50, berkata, kegagalan pemaju projek menyediakan kolam takungan yang sempurna menyebabkan air terus mengalir ke longkang berhampiran rumah penduduk.

"Sebelum kerja-kerja bermula pada Julai lalu, air yang mengalir dalam longkang jernih, hari ini dipenuhi lumpur merah," katanya.

Turut meluahkan kebimbangan, Sallehuddin Ahmat, 46,.

Katanya, pihak berkuasa tempatan perlu segera bertindak sebelum kejadian lebih buruk berlaku.

"Pihak MPAJ perlu memantau kerja-kerja pembangunan yang dilakukan pemaju projek.

''Kebimbangan kami berasas, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

"Kami tidak berani meninggalkan rumah dalam tempoh panjang, tambahan pula jarak tapak projek dengan rumah kami hanya kira-kira 10 meter sahaja," katanya.

Seorang lagi penduduk, Norehsan Mahmud, 54, berkata, ketiadaan zon penampan antara tapak projek dengan kawasan kediaman antara yang turut menimbulkan kebimbangan penduduk.

"Saya musykil dengan kelulusan yang diberi MPAJ terhadap projek ini dan berharap pemaju ada usaha untuk mengelakkankejadian lebih buruk berlaku," katanya.

Peniaga akur tutup Pasar Raja Bot

Posted: 05 Nov 2013 10:39 AM PST

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusangroup.com.my

OPERASi Pasar Raja Bot masih berjalan seperti biasa sebelum pasar berkenaan ditutup bagi tujuan pembersihan bermula 11 November ini. - UTUSAN/FAIRUZ IZYANA AYUB

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Rata-rata peniaga Pasar Raja Bot dekat sini akur dengan arahan penutupan sementara pasar tersebut untuk tujuan pembersihan ekoran menjadi lokasi pembiakan tikus tertinggi di ibu negara.

Tinjauan Utusan Malaysia di pasar yang lebih sinonim dengan nama Pasar Chow Kit itu mendapati, peniaga- peniaga tersebut bersedia namun meminta pihak berkaitan menimbang semula tempoh penutupan itu.

Mereka berpendapat, tempoh tiga hari penutupan sementara itu terlalu lama dan boleh menjejaskan operasi perniagaan.

Seorang peniaga daging, Ahmad Saliman, 63, berkata, biarpun belum ada arahan agar mereka menutup sementara gerai masing-masing tetapi persediaan telah dibuat.

"Saya sudah mula membersihkan kawasan sendiri secara berperingkat kerana pembiakan tikus di sini tidak dinafikan terutamanya pada waktu malam tikus akan berkeliaran di sekitar gerai.

"Sebelum ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ada membuat program menangkap tikus yang menawarkan RM1 bagi seekor tikus yang ditangkap tetapi saya tidak lagi mendengar mengenai program itu," katanya ketika ditemui hari ini.

Khamis lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengarahkan DBKL menutup sementara operasi pasar itu berkuat kuasa selepas Deepavali ekoran menjadi tempat pembiakan tikus.

Terbaharu, Tengku Adnan memaklumkan notis pembersihan pasar itu akan dikeluarkan kepada peniaga esok sebelum kerja-kerja pembersihan dilaksanakan bermula 11 November ini.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Mohamad Main, 48, berpendapat, tempoh penutupan sementara itu terlalu lama dan dikhuatiri akan menjejaskan perniagaan mereka.

"Kita memang akan menutup seperti diminta, tetapi kalau boleh kurangkan tempoh itu kerana peniaga akan bermasalah sekiranya tiga hari berturut-turut gerai tidak dibuka.

"Malah, peniaga sendiri akan bekerjasama dengan DBKL dan pihak lain untuk mempercepatkan proses pembersihan di kawasan ini," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Seronok bantu orang

Posted: 05 Nov 2013 05:02 AM PST

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar JEFRI IRAN

WALAU tampak garang, Qieyla sebenarnya sangat mesra orangnya.

SEBELUM memasuki dunia insurans, gadis ini tidak pernah tahu apa yang dimaksudkan dengan perkataan tersebut, apatah lagi memahami hakikat kewujudan insurans dan kepentingannya.

Perkara ini diakui sendiri Noor Shakila Shafiee, 25, yang kini bergelar perunding insurans sejak tiga tahun lalu.

"Terus terang Qieyla katakan memang tak pernah ambil tahu pun kepentingan insurans tetapi selepas belajar dan bekerja dalam bidang ini barulah nampak ia memang sangat bermanfaat.

"Walaupun lebih kepada insurans kemalangan diri, yang memang jarang orang berminat tetapi ia tetap ada kelebihannya.

"Pernah Qieyla uruskan satu kes yang mana pada masa itu pelanggan nak tuntut insurans yang dia ambil untuk pihak suami yang terkorban dalam kemalangan.

"Masa itu baru Qieyla terasa pentingnya insurans ini. Memang ramai akan kata duit tidak akan boleh beli nyawa seseorang itu tapi sekurang-kurangnya pemegang polisi itu tidak membebankan pewaris dan ahli keluarga," cerita gadis yang selesa dipanggil Qieyla ini.

Sebagai ejen insurans memang tidak dinafikan dia perlu tampil dengan penuh yakin untuk menambah keyakinan pelanggan.

Ujar Qieyla lagi, walau bekerja di bahagian pengurusan, ramai pemegang insurans selesa berinteraksi dengannya sama ada pelanggan yang datang sendiri ke pejabat mahupun yang menghubungi dalam talian.

"Qieyla memang seronok dapat membantu seberapa ramai yang mahu tahu manfaat insurans ini. Apabila berinteraksi dengan ramai orang daripada pelbagai golongan masyarakat ia memberikan satu latihan pada diri sendiri untuk menjadi seorang yang sabar dan berhemah.

"Kalau dulu memang tidak berapa yakin untuk berkomunikasi, tapi selepas menambah ilmu dan pengalaman kini rasa lebih yakin dan bersemangat," ujarnya yang hadir ke studio Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Melalui inisiatif sendiri, Qieyla berusaha mendapatkan maklumat mengenai insurans menerusi bacaan buku dan Internet.

Selebihnya dia lebih suka berkongsi dengan rakan-rakan yang lebih berpengalaman dalam bidang tersebut.

Berkenalan dunia model

Selain insurans, Qieyla juga mula berjinak-jinak dengan bidang peragaan sebagai model sambilan.

Semuanya bermula dengan hobi dan perkenalan dengan seorang jurugambar yang mahu membuat sesi fotografi.

"Qieyla ingat lagi, masa itu mula fotografi dekat Tasik Titiwangsa. Itu pun curi-curi pergi waktu rehat. Bermula dari itu Qieyla banyak menerima tawaran dari jurusolek dan jurugambar lain.

"Sepanjang dua tahun dalam bidang ini memang banyak pengalaman yang Qieyla dapat walaupun hanya buat secara sambilan. Paling tidak boleh lupa apabila ada sesi fotografi yang memerlukan Qieyla beraksi di depan orang ramai.

"Memang kekok dan malu tapi Qieyla cabar diri sendiri melakukan sesuatu yang baru dan lain daripada lain. Hasilnya, kini semakin yakin dan sedar jadi model memang perlu perhatian daripada orang lain, kalau tidak janganlah jadi model," ujar Qieyla berseloroh.

Sejak menceburi bidang peragaan, Qieyla semakin memahami bahawa bidang ini bukanlah sekadar mengejar glamor tetapi sebenarnya ia menentukan cara membawa diri seseorang.

"Sebenarnya kena juga pandang dari banyak sudut. Macam Qieyla, apabila masuk dalam bidang ini secara tidak langsung dapat mengubah penampilan.

"Kalau dulu jarang hendak tengok fesyen di majalah tapi sekarang Qieyla sudah mula minat tetapi tidaklah sampai menjadi mangsa fesyen. Semuanya dilakukan secara berpada, asal selesa dan sedap mata memandang," katanya.

Eksklusif Wardrobe2u

Posted: 05 Nov 2013 05:02 AM PST

Skirt labuh corak kekotak yang mencetus kelainan.

SELALUNYA peniaga pakaian bermula dari dalam talian kemudian ke premis, tetapi bagi kami terbalik pula.

Selama tiga tahun ini saya menumpukan kepada rekaan tradisional semuanya dari rekaan saya sendiri dan tidak pernah diambil dari mana-mana pemborong," ujar Intan.

Menurut Intan, pada mulanya dia hanya menghasilkan pakaian muslimah, namun kebanyakan pelanggan mahukan dia menyediakan hijab sepadan.

Ketika menghasilkan hijab, apa yang penting bagi saya ialah kualiti dan rekaan yang lain daripada yang telah ada di pasaran.

Pelanggan di Wardrobe2u daripada golongan wanita berusia 24 hingga 50 tahun, jadi rekaan saya perlu menepati cita rasa golongan tersebut.

Boleh saya katakan di sini, setiap rekaan juga eksklusif dengan kuantiti yang terhad, bermakna kebarangkalian untuk pakaian anda sama dengan orang lain adalah kurang.

Satu lagi keistimewaan Wardrobe2u ialah daripada rekaan hinggalah ke pemilihan fabrik semuanya kami buat dengan teliti. Kami tidak mahu tangkap muat sahaja kerana bagi kami kualiti itu amat penting," katanya yang mengakui kebanyakan pelanggan terdiri daripada warga Putrajaya yang melakukan promosi dari mulut ke mulut.

Tambah Intan lagi, pelanggan wanita Islam sering menghadapi masalah mencari pakaian yang bersesuaian terutama untuk menghadiri majlis rasmi, jadi Wardrobe2u menjadi penyelesaiannya dengan menyediakan busana elegan namun tetap menutup aurat.

Wardrobe2u bukan sekadar menyediakan pakaian formal malah kami juga menyediakan pakaian untuk pengantin. Sesiapa yang mahu melihat sendiri keindahan gaun malam Wardrobe2u boleh berkunjung ke butik kami," ujarnya.

Wardrobe2u menawarkan pakaian daripada saiz XS hingga XXL, manakala harga jualan pakaian bermula daripada RM60 hingga RM550.

Apa yang pasti rekaan Wardrobe2u lain daripada yang lain dan setelah mencubanya baru terasa akan kelainan tersebut. Harga yang ditawarkan juga bertepatan dengan kualiti yang kami beri.

Untuk yang mahu melengkapi penampilan dengan aksesori, kami turut menyediakan beberapa pilihan pada mereka," ujar Intan yang dahulunya merupakan pegawai tadbir di sektor kerajaan.- NOOR FAZRINA KAMAL

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Hidup dalam kebimbangan

Posted: 04 Nov 2013 10:40 AM PST

KELUARGA BADRON MOHD. SAID
Kampung Melayu Gelang Patah

Penduduk membersihkan kesan lumpur di persekitaran rumah mereka akibat banjir kilat di Kampung Melayu Gelang Patah, Johor Bahru, baru-baru ini.

Saudara Pengarang,

PENDUDUK Kampung Melayu Gelang Patah kini hidup dalam kebimbangan memandangkan kawasan tersebut mudah dinaiki air ke paras pinggang dan dilanda banjir kilat setiap kali hujan lebat dalam tempoh sejam.

Banyak harta benda dan barangan rumah seperti perabot rosak dan musnah setiap kali kampung ini dilanda banjir kilat.

Dalam kejadian baru-baru ini, sebanyak 15 rumah terjejas selepas hujan lebat selama dua jam bermula pukul 3.30 petang.

Hampir pukul 9 malam barulah air surut sepenuhnya dan seperti kejadian sebelum ini, bukan sahaja rumah dimasuki air dan lumpur, malah banyak barangan dalam rumah yang rosak terutamanya peralatan elektrik.

Kadangkala kami terfikir sampai bila masalah ini perlu berlarutan. Justeru, kami berharap pihak yang berkenaan dapat menyelesaikan masalah ini kerana kami sudah serik hendak berhadapan dengan banjir kilat setiap kali hujan lebat.

Masalah banjir kilat di kampung ini dipercayai berpunca daripada pembangunan pesat terutama projek pembinaan perumahan di kawasan tersebut selain sistem perparitan sedia ada sudah lama dan tidak berfungsi dengan baik.

Banjir kilat yang terbaharu itu bukan sahaja merosakkan harta benda, malah barangan persekolahan anak-anak kami.

Membeli barangan baharu bukannya murah kerana kebanyakan penduduk terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Difahamkan, beberapa pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri telah menghulurkan bantuan awal termasuk menyediakan makanan kepada mangsa yang terjejas, malah ada pihak membuka bilik operasi di Masjid Al-Falah bagi memastikan setiap bantuan diterima.

Kami sangat berharap agar masalah diselesaikan dengan segera.

Baiki segera longkang rosak Taman Desa Sri Ara

Posted: 04 Nov 2013 10:40 AM PST

KAK ROHANI
Taman Desa Sri Ara, Pontian

Keadaan longkang yang rosak di belakang rumah penduduk menyebabkan aliran air tersekat di Taman Desa Sri Ara, Kayu Ara Pasong, Pontian, baru-baru ini.

Saudara Pengarang,

SAYA mewakili pemilik tujuh buah rumah kos rendah di Taman Desa Sri Ara, Kayu Ara Pasong, Pontian merayu pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi membaiki longkang yang rosak di bahagian belakang rumah kami.

Masalah tersebut menyebabkan aliran air tersekat dan jika hujan lebat berlaku limpahan air sehingga ke dalam bahagian rumah dan merisaukan kami.

Kami juga bimbang disebabkan air tidak mengalir dengan baik boleh mendatangkan masalah penyakit kepada penduduk tempatan mahupun dalam kalangan pekerja asing yang menyewa di situ.

Masalah kerosakan longkang sudah diajukan kepada pihak berkenaan, namun tiada sebarang tindakan diambil menyebabkan kerosakan semakin hari bertambah teruk dan boleh menimbulkan soal keselamatan terutama kepada kanak-kanak.

Oleh yang demikian, kami berharap keluhan ini dapat diberikan perhatian sewajarnya memandangkan kami sudah tidak tahan lagi untuk menghadapi masalah yang tidak diatasi ini.

Kami sudah tidak tahu lagi ke mana mahu mengadu, diharap rintihan ini dapat didengar oleh pihak berkuasa supaya dapat dibina longkang baharu memandangkan taman ini telah berusia lebih 14 tahun.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved