Selasa, 6 Ogos 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


4 rumah di Kampung Sungai Bedil hangus terbakar

Posted: 06 Aug 2013 10:43 PM PDT

KUCHING 7 Ogos - Empat buah rumah di Kampung Sungai Bedil, dekat sini musnah dalam satu kebakaran pagi ini.

Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat negeri, Tan Min Chai berkata empat jentera dari Balai Petra Jaya, Tabuan dan Padungan dengan 38 anggota terlibat dalam operasi memadam kebakaran yang turut dibantu oleh Unit Gerak Cepat Bermotosikal (RIM).

"Bomba mendapat panggilan pada 7.55 pagi, dan Balai Bomba Petra Jaya yang terletak 7 kilometer dari lokasi kebakaran tiba di tempat kejadian 8.06 pagi.

"Apabila tiba di tempat kebakaran, dua buah rumah sedang terbakar, sebelum api merebak ke rumah ketiga. Tiga rumah musnah 100 peratus, manakala rumah keempat musnah hampir 70 peratus," katanya kepada Bernama.

Menurutnya mengikut penduduk di sekitar tempat kejadian, api dikatakan berpunca dari dapur salah sebuah rumah, namun Bomba akan menyiasat punca sebenar kejadian.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya. - BERNAMA

Peniaga parah ditembak dua lelaki

Posted: 06 Aug 2013 09:34 PM PDT

KULIM 7 Ogos - Seorang peniaga cedera parah akibat ditembak seorang daripada dua lelaki ketika berada dalam rumahnya di Taman Pondok Labu, Lunas, dekat sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Suptritendan Chin Su Song berkata, kejadian kira-kira pukul 8 malam itu berlaku ketika mangsa yang berusia 26 tahun beristirehat bersama keluarganya.

Katanya, secara tiba-tiba dua lelaki bertopi keledar terus masuk ke bahagian ruang tamu rumah mangsa.

"Salah seorang suspek melepaskan satu das tembakan dan mengenai bahagian belakang bahu kiri mangsa. - UTUSAN

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Sukan SEA ujian Harimau Muda

Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

Ong Kim Swee

SEPANG - Berjaya atau gagalnya siri pendedahan skuad bola sepak Harimau Muda selama empat bulan di Slovakia dari 16 Mac hingga 30 Julai lalu, hanya dapat ditentukan sekiranya berjaya mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA XXVII di Myanmar, Disember ini.

Sekalipun hanya menang tiga kali dan seri empat kali dan kalah selebihnya daripada 17 perlawanan di negara Eropah Timur itu, jurulatihnya, Ong Kim Swee berkata, hanya pencapaian pada temasya serantau dwi tahunan berkenaan yang akan menjadi indeks prestasi utamanya (KPI) dan pasukan.

Harimau Muda A memulakan siri persahabatan di Slovakia dengan diikat Druztevnik Velke Ludince 0-0 sebelum mengakhirinya dengan dibelasah FC ViOn Zlate Moravce 1-5 selain seri 1-1 dan 0-0 dengan Bawah 19 Tahun Slovakia dan Norway sebelum menewaskan Slavia Prague, SC Wiener Neustadt dan FK Pohrone

"Pendedahan di Slovakia cukup baik, namun bagi menentukan sama ada itu membawa pulangan baik atau tidak, hanya pada Sukan SEA. Jika kita berjaya kekalkan pingat emas kita, persiapan kita harus diteruskan dan amat baik tetapi jika tidak layak ke separuh akhir pun bermakna sia-sia," katanya.

Kim Swee yang ditemui setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini semalam menambah, Pestabola Merdeka di Kuantan dari 5 hingga 15 September ini masih menjadi sebahagian persediaan penting pasukannya walaupun keutamaan masih diberikan kepada Sukan SEA.

Katanya, hal ini berikutan beberapa tonggak Harimau Muda A yang berkemungkinan besar terpaksa dikecualikan daripada Pestabola akibat tercedera di Slovakia seperti Izzaq Farris Ramlan, Nurridzuan Abu Hassan, Fandi Othman dan Amer Saidin.

"Saya percaya kami sudah bersedia untuk Pestabola Merdeka akan datang apabila semua pemain kembali melaporkan diri pada 12 Ogos. Masih ada tonggak yang cedera, namun saya harap umpamanya Gary Steven Robbat sempat pulih dan yang lain macam Nik Shahrul Azim Halim, Zubir Azmi dan K. Reuben boleh dipanggil ke kejohanan ini.

"Saya juga akan membuat penilaian pada Piala Malaysia (mulai 20 Ogos ini) dan jika ada empat atau lima pemain belia yang bagus prestasi semasanya, akan dipanggil masuk Harimau Muda A.

"Masing-masing ada tugas dan KPI atau sasaran tersendiri. Bagi saya khabar angin seperti ini tidak baik sebaliknya yang mustahak bagi saya ialah tugas saya untuk kekalkan emas Sukan SEA," katanya, mengulas isu itu yang meletus ekoran kekalahan teruk skuad negara dengan tiga kelab pada siri persahabatan di Jepun.

Sementara itu, ketua pasukan, Irfan Fazail percaya, dia dan rakan sepasukan sudah memberikan yang terbaik sepanjang pendedahan di Slovakia yang menemukan mereka dengan pasukan yang lebih bagus malah mendapati banyak peningkatan diraih dari awal hingga akhir perlawanan.

"Satu pendedahan yang baik apabila menentang pasukan lebih bagus di Slovakia. Peningkatan kami dicapai pada soal keyakinan masing-masing untuk bermain secara sepasukan mahupun individu. Bagi Pestabola, inilah persediaan awal yang baik memandangkan lawan yang dijemput itu turut akan bermain pada Sukan SEA," katanya.

Hanya Radojko hantar borang ke FAM

Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Hanya Radojko Avramovic dan seorang jurulatih dari Brazil pernah menghantar permohonan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), demikian kata bekas Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad.

Selain daripada itu, beliau tidak pasti jika ada permohonan baru telah dihantar kepada Setiausaha Agung yang baru, Datuk Hamidin Mohd. Amin, selepas dia meninggalkan badan induk bola sepak negara itu pada penghujung Jun tahun lalu.

Jelasnya, ura-ura yang memperkatakan Radojko berminat untuk mengendalikan Harimau Malaya memang tepat, namun segalanya kini terserah kepada FAM dan tidak ada niat untuk campur tangan.

"Seingat saya hanya dua orang sahaja menghantar permohonan mereka kepada saya iaitu bekas jurulatih Singapura, Radojko Avramovic dan seorang jurulatih dari Brazil, semasa menjadi Setiausaha Agung FAM.

"Selain daripada mereka berdua, seingat saya tidak ada lagi yang lain termasuk Alex Miller yang dikatakan telah hantar permohonan kepada saya dan saya rasa perkara ini tidak perlu diperbesarkan kerana sampai masa nanti pasti lebih ramai akan memohon," katanya ketika dihubungi, semalam.

Usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan kesahihan daripada Hamidin juga menemui jalan buntu apabila beliau menafikan ada menerima permohonan daripada Miller.

"Tidak ada setakat ini, kami belum terima apa-apa permohonan rasmi daripada Miller setakat ini dan sedia menerima jika beliau betul-betul berminat," ujar ringkas Hamidin ketika dihubungi.

Apa yang diperjelaskan oleh Azzuddin dan Hamidin pasti menimbulkan sedikit kekeliruan kerana berdasarkan sumber yang bekerja rapat dengan ejen kepada Miller, jurulatih yang berasal dari Scotland itu mengesahkan telah menghantar permohonan secara rasmi kepada FAM.

Selain pernah bekerja sama dengan Gerard Houllier dan Rafael Benitez selama sembilan tahun, jurulatih berumur 64 tahun itu pernah menjadi penolong pengurus pasukan kebangsaan Scotland dari tahun 1993-1999) dan menguruskan tiga kelab Scotland, Hibernian, Aberdeen dan St. Mirren.

Pada 8 April lalu, Utusan Malaysia berjaya mendapatkan maklumat Radojko atau lebih dikenali sebagai Raddy berminat menjadi jurulatih Harimau Malaya dengan menghantar permohonan ke FAM pada 2 April.

Punca utama Raddy yang dilabel sebagai jurulatih paling berjaya dalam sejarah bola Singapura itu masih berminat untuk bertugas di Asia Tenggara adalah kerana dia masih mempunyai anak yang bertugas di Singapura dan selesa tinggal di sini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


India tuduh Pakistan tembak tenteranya

Posted: 06 Aug 2013 10:10 AM PDT

SRINAGAR, India 7 Ogos - India hari ini menuduh tentera Pakistan membunuh lima anggota tenteranya di Kashmir, beberapa hari selepas bersedia untuk menyambung semula rundingan damai.

Walaupun tentera Pakistan menafikan sebarang penglibatan dalam serangan itu, tentera India berkata lima anggotanya terbunuh petang semalam di sebuah pangkalan yang terletak kira-kira 200 kilometer di selatan Srinagar.

Tentera Pakistan menyerang pangkalan India, melanggar gencatan senjata itu dan membunuh lima anggota tentera kami," kata seorang pegawai kanan India yang enggan menyatakan namanya. - AFP

Lolos daripada Abu Sayyaf

Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT

Gambar bertarikh 7 Mac lalu menunjukkan Chong Wei Jie (kiri) dan sepupunya, Chong Wei Fei ketika dalam tahanan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina. - Ihsan The Star

MANILA 6 Ogos - Seorang ahli perniagaan Malaysia yang dijadikan tebusan oleh kumpulan Abu Sayyaf, berjaya melarikan diri selepas ditawan selama sembilan bulan.

Ketua polis wilayah Sulu, Abraham Orbita berkata, pasukan polis peronda menemukan mangsa yang dikenali sebagai Chong Wei Jie, 25, berjalan seorang diri dalam keadaan letih dan lesu di kampung Pasil di Indanan, di wilayah Sulu kira-kira pukul 7 pagi ini.

Orbita berkata, mangsa yang merupakan penolong pengurus ladang kelapa sawit, berjaya melarikan diri daripada tawanan kumpulan militan Abu Sayyaf tiga hari lalu, selepas mendapati ikatan pada kaki dan tangannya longgar.

Namun katanya, sepupu mangsa yang merupakan pengurus ladang kelapa sawit, Chong Wei Fei, 33, mati dalam tahanan akibat sakit yang tidak diketahui.

"Mangsa melihat badan sepupunya menggeletar sebelum berhenti bernafas," katanya.

Wei Jie dibawa ke Hospital Wilayah Sulu untuk menerima rawatan sebelum dipindahkan ke Zamboanga City untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut Orbita, kedua-dua mangsa bersama beberapa pekerja ditahan oleh lima lelaki berpakaian tentera, dua daripadanya bersenjatakan raifal M-16, ketika mereka sedang memeriksa rumah sarang burung di sebuah ladang kelapa sawit di Lahad Datu, Sabah pada 13 November lalu berdekatan Kampung Manakayan.

Anggota militan tersebut mengarahkan kesemua pekerja menyerahkan telefon bimbit dan barangan berharga sebelum melepaskan mereka, manakala Wei Fei dan Wei Jie dibawa ke Sulu menerusi Laut Celebes menggunakan bot laju.

"Militan Abu Sayyaf pada mulanya meminta wang tebusan sebanyak AS$230,000 (RM741,200) daripada keluarga mangsa.

"Namun jumlah tersebut dikurangkan kepada AS$46,000 (RM148,240) selepas ahli keluarga mangsa tidak mampu membayar jumlah yang diminta," katanya.

Militan Abu Sayyaf terkenal dengan kekejaman memenggal kepala tebusan, serangan bom, penculikan dan peras ugut.

Kumpulan berkenaan disenarai sebagai pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat, yang membantu tentera Filipina untuk menghapuskan militan tersebut. - AP/AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Hassan Ali Basari dipenjara 7 tahun

Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT

KOTA KINABALU 6 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, hukuman penjara maksimum mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan, ke atas Koperal Detektif Hassan Ali Basari (gambar), 61, kerana menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan pengganas di Sabah.

Hakim P. Ravinthran memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap 2 Mac lalu.

Beliau berkata, walaupun Seksyen 130M turut membawa hukuman denda jika sabit kesalahan, hukuman itu tidak akan dikenakan.

Hassan didapati bersalah melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Cawangan Khas Lahad Datu antara Januari dan 2 Mac tahun ini.

Ravinthran berkata, beliau menjatuhkan hukuman penjara maksimum ke atas Hassan kerana tertuduh bukan orang awam biasa.

''Anda ialah pegawai Cawangan Khas di Lahad Datu dan anda terima maklumat ini (mengenai pencerobohan di Kampung Tanduo). Jadi anda berada dalam kategori berbeza kerana anda wajib mendedahkan maklumat seumpama itu.

''Oleh itu, hanya sedikit sahaja penghargaan patut diberikan kepada perkhidmatan anda yang lama (38 tahun) dalam pasukan Polis Diraja Malaysia,'' katanya.

Dalam penghakimannya, Ravinthran berkata, pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tiga fakta yang dikemukakan dalam perbicaraan peringkat kes pendakwa selama empat hari dari 24 Jun lalu.

Beliau berkata, saksi pertama yang dilindungi telah memberikan maklumat amat penting kepada Hassan pada Januari mengenai hasrat pasukan yang dipanggil Pasukan Tentera Diraja Sulu untuk memasuki Sabah yang Hassan gagal dedahkan kepada pegawai atasannya.

Beliau juga berkata, tiga transkrip panggilan telefon yang dipintas memperkukuhkan lagi niat Hassan untuk menyembunyikan maklumat pencerobohan oleh pasukan tentera berkenaan.

Walaupun pencerobohan itu tidak berlaku semasa Hassan diberitahu mengenai pencerobohan yang bakal berlaku itu oleh saksi yang dilindungi, Ravinthran berkata, pencerobohan itu akhirnya berlaku dan pasukan keselamatan boleh bersedia untuk mencegahnya daripada berlaku sekiranya Hassan memaklumkan perkara itu kepada pegawai atasannya.

Terdahulu, semasa meminta mahkamah menjatuhkan hukuman sebagai pengajaran, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan memberitahu, pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu telah meninggalkan titik hitam dalam sejarah Malaysia dan tertuduh menyumbang kepada perkara itu.

''Niat tertuduh untuk tidak memaklumkan pegawai atasannya telah menyebabkan anggota keselamatan kita cedera dan terbunuh semasa berjuang mempertahankan kedaulatan negara.

''Keluarga mereka telah kehilangan orang tersayang. Kerajaan membelanjakan banyak wang untuk memastikan keselamatan rakyat yang terjejas. Ini tidak termasuk kerosakan banyak harta benda.

''Ini adalah perbuatan khianat terhadap negara kerana sebagai anggota polis, beliau (Hassan) bertanggungjawab melindungi orang ramai. Oleh itu, beliau tidak setia kepada pasukan polis,'' kata Nordin.

Peguam Ram Singh berkata, pihak pembelaan akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Hassan kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan dan bersalaman serta memeluk anggota keluarganya yang menangis, sebelum dia dibawa keluar. - BERNAMA

Blackout 505: Shamsul didakwa

Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka, Shamsul Iskandar Mohd. Akin (gambar) dan dua lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menyertai perhimpunan Blackout 505, dua bulan lalu.

Shamsul Iskandar yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), 39; Timbalan, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, 36, dan Naib Ketuanya, Mohd. Nazree Mohd. Yunus, 29, masing-masing mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Shamsul bersama Khairul Anuar dan Mohd. Nazree didakwa menyertai perhimpunan yang diadakan di kawasan larangan, Masjid Ar-Rahman di Universiti Malaya antara pukul 12 tengah hari dan pukul 1.15 petang, 22 Jun lalu.

Mereka bertiga didakwa mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh dibebaskan dengan bon jaminan RM2,000 tanpa cagaran dan menetapkan 23 September depan bagi sebutan semula kes.

Mahkamah turut menetapkan 11, 12 dan 13 Disember ini sebagai tarikh perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Huda Aini manakala kesemua tertuduh diwakili peguam A. Jeyaseelen dan Yusmadi Yusoff.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Cik Puan Muda rai anak yatim

Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

CIK Puan Muda Pahang, Julita Aishah Abdul Latif menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim pada majlis berbuka puasa di Kuala Lipis, Pahang, kelmarin. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD

KUALA LIPIS 6 Ogos - Seramai 360 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam al-Ihsan di sini menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri daripada Datuk Seri Cik Puan Muda Pahang, Julita Aishah Abdul Latif, di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini semalam.

Isteri Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah itu turut berbuka puasa bersama golongan itu dan ketua-ketua jabatan kerajaan di daerah ini.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long; ADUN Cheka, Datuk Foong Koong Fuee dan Pegawai Daerah Lipis, Datuk Mohamad Noor Abdul Rani.

Abdul Rahman dalam ucapannya berkata, sumbangan Cik Puan Muda Pahang dalam program itu membawa keceriaan kepada anak-anak yatim terbabit dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

"Saya berharap syarikat korporat dan orang perseorangan turut beramal dengan membantu meringankan beban anak yatim ini menyambut Hari Raya Aidilfitri termasuk golongan asnaf lain," katanya.

Jelasnya, setiap sumbangan yang dihulurkan dapat menceriakan golongan itu serta mereka yang tidak berkemampuan meraikan Aidilfitri dalam suasana gembira.

Dalam pada itu, seorang anak yatim, Fairuz Nazurah Nazri, 16, berkata, sumbangan bernilai RM100 amat bermakna untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

"Sumbangan ini meringankan beban ibu saya yang bekerja sebagai tukang sapu di sebuah sekolah menengah di sini yang menanggung enam adik-beradik selepas ayah meninggal dunia pada Mei lalu akibat komplikasi buah pinggang," katanya.

Rakannya, Nurul Aina Nordin, 16, terharu dengan sumbangan tersebut yang akan digunakan untuk menampung perbelanjaan persekolahan selepas hari raya nanti.

"Nilai RM100 ini walaupun kecil, tetapi cukup besar maknanya untuk tujuan perbelanjaan persekolahan selepas saya kehilangan ayah pada 2003 akibat barah," katanya.

Peniaga rugi RM100,000 rumah terbakar

Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT

ANGGOTA bomba memeriksa rumah mangsa kebakaran di Kampung Paya Rajin, Jerantut, Pahang, kelmarin.

JERANTUT 6 Ogos - Tinggal dua hari lagi umat Islam akan menyambut ketibaan 1 Syawal, sebuah keluarga di Kampung Paya Rajin di sini terpaksa melupakan kemeriahan perayaan itu setelah kedai runcit dan rumah mereka musnah dalam kebakaran semalam.

Kebakaran berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari ketika peniaga, Nik Sop Hassan, 38, menjual daging di Pasar Jerantut manakala isterinya pula keluar untuk membeli persiapan hari raya.

Nik Sop berkata, dia bergegas pulang sebaik sahaja dihubungi isterinya namun sejurus tiba mendapati rumah dan kedai runcit di hadapannya telah musnah terbakar.

Katanya, dia menganggarkan kerugian dialaminya sebanyak RM100,000.

"Saya sedih kerana persiapan raya terutama baju raya dan kuih-muih musnah. Ini termasuklah barangan kedai runcit, wang tunai RM3,000 dan sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ milik anak saudara.

"Saya pasrah dengan takdir Allah serta menganggapnya sebagai satu ujian di bulan Ramadan tetapi bersyukur kerana semua anak dan ibu terselamat," katanya ketika ditemui di sini.

Anak Nik Sop, Nik Nur Hidayatul Shahira Nik Sop, 15, berkata, semasa kejadian dia berada di dalam bilik air dan sebaik sahaja keluar terkejut mendapati api sedang marak di kedai runcit di hadapan rumah mereka.

"Saya tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang kerana api marak dengan cepat. Saya hanya mampu menyelamatkan empat lagi adik dan nenek.

"Selepas keluar dari rumah, saya menghubungi ibu yang keluar membeli barangan untuk persiapan hari raya serta pihak bomba untuk mendapatkan bantuan," ujarnya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris meluangkan masa melihat keadaan mangsa dan menyampaikan sumbangan untuk meringankan bebanan mereka.

Pemandu bas beri alasan elak disaman

Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT

MOHD. Sharif Jamal Abidin (kiri) beramah mesra dengan penumpang bas ketika mengedarkan risalah maklumat berkaitan hak penumpang bas ekspres kepada orang ramai di Terminal Kuantan Sentral, semalam.

KUANTAN 6 Ogos - Para pemandu bas ekspres memberi alasan kesesakan lalu-lintas di sekitar ibu negeri ini menjadi punca mengapa mereka gagal mematuhi jadual perjalanan yang ditetapkan sebelum ini.

Pengurus Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Wilayah Timur, Mohd. Sharif Jamal Abidin berkata, perkara itu merupakan antara alasan diberikan oleh mereka, selain kerosakan bas bagi mengelak daripada dikenakan tindakan.

Menurutnya, pengendali bas yang dikenal pasti tetap akan disiasat di bawah Seksyen 22 Akta SPAD 2010 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda minimum RM1,000 dan maksimum RM500,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

"Penguatkuasaan itu bagi memastikan syarikat terbabit memberi perkhidmatan terbaik kepada penumpang.

"Kita mahu penumpang mendapat hak mereka terutama perkhidmatan membabitkan tambang, keselesaan dan keselamatan mereka ketika dalam perjalanan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas mengedarkan risalah maklumat berkaitan hak penumpang bas ekspres kepada orang ramai dalam memberi kesedaran tentang kadar tambang dan kemudahan perkhidmatan yang sepatutnya diterima di Terminal Kuantan Sentral di sini.

Mengulas lanjut Mohd. Sharif berkata, sehingga kini, terdapat 16 kes dikesan di Pantai Timur yang kebanyakannya gagal mematuhi jadual perjalanan ditetapkan.

Dalam pada itu beliau memberitahu, anggota SPAD diletakkan di semua stesen bas sepanjang musim perayaan Aidilfitri, bermula awal bulan ini sehingga 18 Ogos depan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Nikmat raya bersama-sama

Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT

Dr. Siva

KEPELBAGAIAN kumpulan etnik dengan amalan keagamaan yang berbeza-beza membolehkan setiap warga di Malaysia tanpa mengira batasan etnik, ras dan kepercayaan bersama-sama meraikan perayaan etnik dan kumpulan agama yang berlainan ini. Malaysia merupakan bumi bertuah.

Setiap tahun, masyarakat Islam menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri selepas berakhirnya Ramadan dan bermulanya bulan Syawal dalam kalendar Islam. Tarikh mencerap anak bulan Syawal yang juga penetapan Hari Raya Aidilfitri 2013 adalah pada 7 Ogos 2013 dan mengikut kalendar Islam, 1 Syawal 1434 (tarikh Hijrah) dijangka pada 8 Ogos 2013 (tarikh Masehi).

Saya masih ingat bagaimana pada waktu merentasi zaman ini, rakan-rakan akan diajar untuk berpuasa dan bagaimana masing-masing bersungguh-sungguh melaluinya tanpa merasai keletihan. Mokhtar Abdul Manaf, anak kepada Imam Masjid Tanjong Malim ketika itu yang menetap di belakang rumah saya sering mengajak saya bermain badminton sebagaimana kelaziman yang dilakukan ketika bukan bulan Ramadan.

Malahan yang akan awal-awal menghantar lemang dan rendang adalah nenek beliau yang sudah berumur sekitar 70-an ketika itu. Rumah Mak Long pula popular untuk membuat dodol yang akan dikacau oleh hampir semua yang tinggal di taman perumahan itu.

Nostalgia ini barangkali tidak dirasai oleh generasi baharu melainkan di kawasan perkampungan walaupun ia sudah semakin suram di Tanjong Malim, kampung saya. Hanya di pasar lambak hari Sabtu, saya masih boleh melihat penjual lemang dan dodol yang agak popular dalam kalangan pengunjung terutama mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Uniknya perayaan Aidilfitri di kawasan perkampungan adalah masing-masing boleh merasai bahang beraya seawal berpuasa kerana kemeriahan di bazar Ramadan yang menjual pelbagai jenis makanan tradisional hingga yang sudah dimodenkan.

Begitu juga dengan pencarian malam Lailatulqadar yang dikatakan lebih baik daripada seribu bulan. Amalan malam tujuh likur untuk menyinari kampung dengan lampu pelita menjadi satu kemestian kala itu. Kemeriahan Ramadan dan menyambut kedatangan Syawal amat bermakna dengan amalan seperti ini.

Di belakang kawasan perumahan kami juga terletaknya tanah perkuburan orang Islam dan kami turut menyaksikan komuniti setempat datang membersihkan tanah perkuburan di samping menghadiahkan bacaan tahlil kepada yang telah meninggalkan mereka, baik pada hari pertama syawal atau sebelumnya.

Marhaban di malam raya juga adalah satu kewajipan, bertandang dari rumah ke rumah menyaksikan interaksi yang berpanjangan selepas sembahyang Isyak di madrasah taman ini selepas pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri. Ia kemudian disertai dengan sembahyang berjemaah di masjid pada pagi raya.

Gerombolan kenderaan yang menjadikan kawasan persekitaran masjid padat menandakan masing-masing pulang beraya bersama sanak-saudara.

Kunjungan dari rumah ke rumah; dari taman ke taman menandakan ketinggian amalan fitrah manusia dilahirkan untuk kenal mengenali antara satu sama lain; keakraban hubungan yang mempamer usaha berterusan meningkatkan hubungan bukan sahaja sesama ummah tetapi juga hubungan dengan masyarakat setempat yang berlainan agama dan amalan ritual mereka.

Adakah sambutan ini masih berterusan atau sudah berubah kerana perubahan persekitaran, masa dan kumpulan rakan yang barangkali sudah mempunyai konsep pulang ke bandar kerana ketiadaan kampung. Adakah generasi baru sudah luntur nilai perkongsian yang ditonjolkan melalui amalan beraya bersama kerana kesibukan bekerja dalam mengejar kebendaan yang turut menjadi faktor yang menyumbang kepada kehidupan individualistik?

Bagaimana dengan pelajar; apakah bentuk pendedahan yang diberikan. Sewaktu saya belajar di Sekolah Menengah Teknik, Cheras, setiap tahun berkumandang lagu Dendang Perantau yang dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan lagu-lagu lain sepanjang bulan Ramadan baik di kamar yang diikongsi dalam sekitar 20 orang ataupun bilik mandi dan uniknya di malam terakhir sebelum masing-masing pulang ke kampung, kesemuanya yang tinggal di asrama akan berkumpul di tengah padang selepas Isyak; bersalaman, memohon maaf sebagai tanda silaturrahim sesama kita.

Adakah masih wujud amalan seperti ini dalam menghidupkan semangat kepelbagaian yang menjadi teras kekuatan negara ini?

Hari ini kita melihat ada segelintir yang cuba melahirkan perasaan syak wasangka dan curiga mencurigai antara kaum yang amat membimbangkan terutama melalui medium pendekatan lain iaitu media sosial.

Saya masih tertanya-tanya kenapa ketika kita membesar dalam ruang yang sama tetapi tempoh masa yang berbeza sudah mengubah segalanya? Adakah persekitaran yang mengubah kita atau kita juga menyumbang kepada kedaifan tersebut secara dominan?

Kalau di Tanjong Malim ada Anuar, Azri, Zuraidi, Mokhtar, Bagio, Zulzambrin, Sopii, Azmi, Amin, Razwin, Yusri, Enal, Azizuddin, Nin dan Ah Leng yang boleh beraya bersama, bermain apa sahaja baik takraw ataupun layang-layang, mencari ikan sepat atau ikan laga dan toman; bermain polis dan pencuri, berjaga sewaktu pencuri mengancam taman kami, membantu menjadi penanggah sewaktu musim kenduri kahwin yang masakannya dilakukan secara gotong-royong, saling sokong antara satu sama lain; adakah masih wujud generasi ini baik di tempat saya sendiri atau di tempat lain?

Apakah mereka yang pulang beraya di kampung dapat terus menikmati amalan tradisi ini atau akan dibiarkan pupus kerana mahu dilihat gah dengan aksi peredaran zaman?

Walaupun persekitaran berubah dan individu juga sudah berlainan, ini tidak bermakna kita boleh mengetepikan amalan yang sebenarnya membawa kita bersama.

Setiap warga wajar mengisi ruang perayaan dengan amalan yang membolehkan ia dirai bersama; memahami kepentingannya dan menghormati setiap pengisian kerana ia mempunyai maksud dan makna tersendiri baik bersifat tersurat mahupun tersirat.

Semangat perayaan adalah antara langkah yang boleh diambil untuk menyemai semula nilai kehidupan dalam satu keluarga besar. Jika ada nilai menerima, hormat dan faham antara satu sama lain, ia sudah boleh menjadi jambatan perhubungan kerana asasnya adalah sifat berkompromi dan berkorban demi kesinambungan generasi yang kaya dengan nilai susila acuan Malaysia.

Semoga perayaan kali ini akan membawa lembaran baru kepada semua warga Malaysia, khususnya masyarakat Islam agar keharmonian yang terbina sekian lama akan terus diraikan di bawah kesederhanaan dan ruang tengah tidak dicacatkan oleh golongan yang tidak faham erti perpaduan dalam perbezaan sesama manusia.

Bagi yang masih tidak memahami pengertian beraya, elok memecahkan dinding yang menjadi tembok penghalang untuk mempelajarinya kerana kepelbagaian perayaan juga adalah tembok utuh yang membangunkan setiap warga bersama. Ia boleh dimulakan dengan ucapan - Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian

Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

Universiti Sains Malaysia.

Politik pecah belah ummah patut ditangani

Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT

Oleh ESPUTRA MUKHTAR
PENULIS adalah penganalisis politik.

TINGGAL sehari dua lagi menjelang Syawal. Semoga Ramadan yang dilalui membawa keinsafan untuk kelangsungan hidup yang lebih baik supaya kehidupan lebih terasa indah dan harmoni. Ramadan yang penuh rahmat dan keberkatan sepatutnya menjadi permulaan baru (turning point) bagi yang tiada kesedaran untuk bersatu sesama ummah.

Ramadan dan Syawal sepatutnya mampu menghimpunkan kemesraan sesama Islam. Lalu Islam menjadi kuat dan berimej tinggi. Kita sesungguhnya mencari kesejahteraan duniawi dan ukhrawi.

Sepanjang Ramadan banyak tazkirah atau ceramah Ramadan baik di masjid atau surau mahupun di premis-premis jabatan. Ertinya ia melebihi kekerapan berbanding pada bulan-bulan hijrah yang lain. Kandungan ceramah menjurus kepada kebesaran bulan suci Ramadan. Bulan yang menjanjikan pahala berganda atas setiap kebajikan dilakukan.

Semua akur dan insaf mendengar setiap patah apa yang ustaz atau ustazah pertuturkan. Lengkap dengan sandaran nas-nas al-Quran dan al-hadis. Kudus jiwa melihat suasana. Senang hati menikmati ukhuwah yang terbina.

Dalam tazkirah atau kuliah-kuliah Ramadan tidak pernah tersebut pun kalimah atau istilah kafir mengkafir sesama Islam. Tidak ada jua pun ungkapan yang menyebut umat Islam harus 'terpisah' hanya atas perbezaan fahaman politik.

Sebaliknya umat Islam diseru mengeratkan hubungan silaturrahim sesama sendiri. Malah antara syarat dosa terampun adalah tidak memutuskan silaturrahim sesama manusia. Ertinya memutuskan silaturrahim boleh menjauhkan seseorang dari pintu syurga.

Malangnya bagi seseorang yang melakukan banyak ibadat, bersedekah, berusaha gigih sehingga kaya raya tetapi terselit prasangka buruk terhadap sesama umat Islam hanya kerana perbezaan politik.

Di Kelantan hal ini masih wujud. Seorang rakan memberitahu, beliau terkejut besar apabila rakan karibnya sejak lama tiba-tiba secara serius menegurnya di dalam masjid: "Buat apa kamu datang sembahyang di masjid?" Terpinga-pinga dia mendengar pertanyaan demikian. Rupa-rupanya jika menganut parti lain (yang tidak berlabelkan Islam) tidak perlu datang sembahyang di masjid sebabnya seolah-olah ibadat sembahyang berjamaah itu tidak diterima Tuhan. Masya-Allah!

Di sesetengah masjid masih kelihatan sikap berpuak-puak kerana perbezaan politik. Ada yang kelihatan kurang bertegur sapa kerana berbeza fahaman politik. Di dalam masjid terdapat kelompok-kelompok kecil di beberapa sudut yang bercakap tentang politik. Kelihatan mulut-mulut yang 'mencebik' dan 'ketawa sinis'. Sesuaikah suasana begitu berlaku di dalam rumah ibadat?

Tertanya-tanya kita ke mana haluan sebenar ukhuwah sesama kita umat Islam. Di dalam masjid atau surau penuh dengan para jumaah. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan. Ramai yang datang menunaikan sembahyang sunat tarawih selain sembahyang fardu yang lain.

Sembahyang berjamaah berimamkan satu dan berkiblatkan yang sama. Segala rukun yang dilakukan imam diikut secara serentak oleh semua jamaah - qiam, rukuk, sujud sehinggalah memberi salam ke kanan dan ke kiri. Mengaminkan doa bersama. Namun alangkah terkilan apabila bersurai sudah terbentuk kelompok atau individu yang tidak mampu bertegur sapa. Puncanya mereka berlainan anutan fahaman politik. Lebih jauh meninggalkan masjid berbunyi pula tohmahan dan tuduhan pihak itu dan ini tidak Islamik, kurang agama, jahil, fasik, taughut dan macam-macam.

Peliknya pihak yang mendakwa lebih Islamik, lebih alim, lebai dan warak itu boleh pula berpelukan dengan pihak-pihak yang ternyata tidak boleh menerima hatta untuk sekadar menyebut Islam adalah agama rasmi negara.

Malah ada yang mencabar - "langkah mayat aku dahulu jika mahu wujudkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam".

Persoalannya kenapa sesama umat Rasulullah (SAW) tidak mampu menghimpun perasaan ingin bersatu, mesra dan penuh muhibah, sebaliknya sedia terima pihak yang jelas 'menolak' Islam.

Sampai bila tidak ditemui titik persefahaman dan persamaan atas nama umat Islam. Umat yang sama-sama mengucap dua kalimah syahadat. Umat yang menurut perintah rasul dan ajaran bersandarkan segala sunnah.

Tidak terfikir kepada kita betapa jurang perpecahan sesama Islam semakin luas. Situasi begini memberi ruang kepada pihak-pihak tertentu memperlekeh dan mempermainkan Islam. Ekoran perpecahan umat Islam berasaskan fahaman politik ini, ada pihak yang semakin berani mencuba-cuba 'pasaran' bagi mempersendakan Islam. Tidak malukah kita? Relakah kita?

Parti-parti politik di Malaysia termasuk UMNO, Pas lahir lama selepas zaman Rasulullah. Pas juga sebuah parti politik. Bukan pun lahir semasa zaman Rasulullah. Jadi tidak perlu 'bertopengkan' agama atau 'bersalutkan' slogan Islam semata-mata untuk meraih pengaruh.

Sesebuah parti politik sepatutnya menjadi elemen siasah yang boleh membina kekuatan, memegang kuasa dan menentukan hala tuju jelas demi kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

Apa yang penting ialah kemampuan mentadbir urus negara atau negeri sebagaimana yang diberikan rakyat pada setiap pilihan raya. Ertinya, bukti kemampuan dan kesan manfaat yang dinikmati rakyat adalah lebih penting daripada berjanji dan berceramah saban waktu.

Jangan pula dek kerana tidak berupaya membawa pembangunan dan kemajuan kepada kehidupan rakyat, cuba-cuba pula mahu mengalih isu dengan menuduh segala perancangan dan pembangunan Kerajaan Persekutuan 'tidak ada roh Islam'.

Apakah menyediakan segala kemudahan bagi rakyat termasuk menyediakan tempat- tempat ibadat yang selesa tidak menepati 'roh' Islam?

Sayangnya di Kelantan kecenderungan 'menebalkan' jurang perpecahan sesama Islam atas nama parti politik ini masih terasa. Ada-ada saja dakwaan dan tohmahan yang boleh menyakitkan hati dan menyentuh perasaan pihak-pihak yang tak sehaluan politik.

Majlis-majlis ceramah, kuliah agama terus memainkan sentimen melalui sindiran dan kata-kata sinis yang tidak menyedapkan telinga penyokong-penyokong parti yang bertentangan.

Tidak kurang juga terdapat selitan isu-isu yang berbentuk fitnah, mengapi-apikan perasaan benci terhadap Kerajaan Persekutuan, mencemuh pemimpin-pemimpin tertentu dan memperkatakan hal-hal yang mengelirukan. Persoalannya sampai bilakah begini?

Patut pun, khabarnya Kerajaan Persekutuan tidak lagi berminat untuk menumpukan pembangunan fizikal di Kelantan. Sebaliknya lebih berminat menyusuri minat rakyat negeri itu mengikuti kuliah, ceramah dan bimbingan rohani saban waktu.

Semua pihak sepatutnya akur dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya umat Islam ketepikan perbezaan ideologi politik bagi membina sebuah negara Malaysia yang lebih kukuh dan cemerlang.

Penyatuan ummah akan mengembangkan syiar Islam dan mengukuh perpaduan dan menjadikan umat lebih berjaya selain menjadi contoh bagi kalangan negara-negara Islam di dunia. Elok jika diketepikan mana-mana individu atau tokoh yang kelihatan masih ghairah menjadi 'juara' perpecahan. Mereka yang dimaksudkan sebagai 'juara' ini adalah kalangan yang merasakan diri mereka masih berpengaruh dan pantang mendengar ajakan untuk bersatu sesama umat Islam.

Kalangan mereka ini akan menjadi 'sihat secara tiba-tiba' apabila bercakap tentang penolakan untuk bersatu sesama umat Islam hanya atas asas berlainan fahaman politik. Ada antara mereka kelihatan semacam 'dendam tak sudah' terhadap penyokong parti yang bertentangan dengan parti mereka.

Sempena Ramadan yang dilalui dan Aidilfitri yang bakal menjelma, kenapa tidak terdetik di hati sesama kita untuk mencantum kasih sayang, memupuk kesedaran bagi membina kehidupan yang indah, segar dan menepati ajaran Islam yang sebenar. Semoga keinsafan kita akan membawa kehidupan yang lebih dirahmati dan diberkati. Insya-Allah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


'Suami kuat merajuk'

Posted: 06 Aug 2013 04:11 AM PDT

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
pengaranghiburan@utusan.com.my
Gambar ROSNI MASRI

DERAIAN ketawa yang bergema di sebuah banglo di pinggir bandar Kota Bharu semasa pertemuan dengan Datuk Malek Noor, 58, dan isteri, Datin Dr. Wan Asma Wan Ismail, 53, menjelaskan segala-galanya tentang kebahagiaan pasangan 'comel' ini.

Setiap gerak geri dan kerlingan manja yang terzahir antara kedua-duanya membuktikan perkahwinan pada umur 'sangat matang' bukanlah kekurangan, bahkan berupaya membina ikatan dan perhubungan yang lebih utuh berbanding pasangan muda.

Meskipun ada kajian menyatakan tempoh lima tahun pertama adalah saat kritikal yang menentukan masa hadapan mana-mana pasangan suami isteri dalam kategori berkenaan, Malek dan Asma boleh dianggap sudah 'melepasi' tempoh ujian itu kerana perkahwinan mereka tidak berasaskan material atau kehendak duniawi.

Hakikatnya, usia pernikahan yang baru mencecah setahun empat bulan setelah diikat dengan sekali lafaz pada 12 Mac tahun lalu itu hanyalah sekadar satu kiraan masa untuk hitungan masyarakat umum.

"Saya rasa kami macam sudah 10 tahun kenal. Sedangkan saya tidak pernah minat atau tahu secara mendalam individu bernama 'Malek Noor' sebelum itu. Ini mungkin jawapan Allah kepada doa saya yang sering tertanya siapakah jodoh saya yang sebenarnya.

"Suami saya ini sangat humble dan gentleman. Saya rasa amat serasi dengannya dan sikapnya yang suka ketawa melengkapkan diri saya. Hanya dia satu-satunya lelaki yang memanggil saya 'ayang' (sayang)," kata Asma, pakar kanak-kanak di Hospital Pakar Perdana KPJ di Kota Bharu, Kelantan.

Wanita berkulit putih yang berasal dari Machang ini mempunyai tujuh orang anak hasil perkongsian hidup dengan bekas suami pertamanya. Beliau berkahwin dengan Malek setelah tujuh tahun menjanda.

Perkahwinan mereka telah dilangsungkan di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) kira-kira empat bulan selepas pertemuan kali pertama juga di tempat yang sama.

Asma berkata, beliau sangat bersyukur kerana ketujuh-tujuh anaknya iaitu Dr. Siti Noor Munirah Ibrahim, 31; Dr. Siti Noorlali Aiza, 29; Siti Nooraini Aisyah, 26; Siti Noormaisarah Hanun, 25; Muhammad Yusuf Hafiz, 22; Muhammad Yusuf Haris, 17 dan Siti Noormasyitah Balqis, 12, menerima Malek dengan baik.

Mega bertuah kerana dapat bertemu beliau dan Malek yang menunaikan rutin mingguan pulang ke rumah isterinya itu di Cherang, Kota Bharu baru-baru ini.

Bekas jaguh bina badan Asia tersebut berulang alik dari kediamannya di Ampang Hilir, Kuala Lumpur ke Kota Bharu selama beberapa hari setiap minggu memandangkan isterinya tidak berapa menggemari suasana hiruk pikuk di ibu kota dengan udara yang tercemar.

MALEK diterima dengan penuh kasih sayang dalam keluarga besar Dr. Wan Asma.

Malek yang masih menjadi pengarah dan pengerusi kepada beberapa buah syarikat di Kuala Lumpur memberitahu, beliau juga lebih suka kepada suasana tenang di negeri seperti Kelantan dan sudah merancang untuk terus menetap di sana akhir tahun ini.

"Sekarang apabila balik ke Kota Bharu, saya banyak menghabiskan masa di rumah sahaja dan di kedai kopi milik bekas pembantu yang juga sahabat baik saya, Nik Mahmod Nik Yusuf di Kampung Sungai Keladi.

"Isteri saya mempunyai tanggungjawab besar sebagai doktor pakar kanak-kanak. Jadi, masa kami bersama agak terhad. Lebih-lebih lagi apabila masih tinggal berjauhan.

"Saya sangat memahami dan sedar betapa khidmatnya diperlukan di sini. Kalau terpaksa makan seorang diri kerana isteri sibuk di hospital atau on call pada tengah malam, itu bukan masalah besar kerana saya sudah lama hidup bujang," akuinya.

Bagaimanapun Malek yang menyukai masakan dari 'air tangan' isterinya terutama ikan asam pedas dan gulai ayam mengakui menelefon Dr. Wan Asma dari Kuala Lumpur lapan sehingga 10 kali setiap hari untuk bertanya khabar.

"Bukan kerana saya cemburu, tetapi hati saya sentiasa rasa perlu untuk menghubunginya. Allah beri perasaan cinta untuk saya menjaga isteri saya. Malah sebenarnya perasaan sayang saya kepada isteri makin menebal lebih daripada hari-hari pertama kami berkahwin," katanya.

Mendengar jawapan Malek tersebut, Dr. Wan Asma secara bergurau mendedahkan suaminya yang dibahasakan 'abang' itu suka merajuk terutama jika panggilan telefon tidak dijawab.

"Pernah satu ketika saya tidak perasan panggilannya sudah masuk beberapa kali. Apabila tersedar serta cuba menelefonnya semula, dia tidak mengangkat telefon sehinggalah keesokan hari.

"Apabila saya tanya abang merajuk lagi ke? Dia menjawab 'ya'. Tetapi dengan bunyi hilaian ketawa kecil. Saya sudah tahu perlu memberi dia masa untuk 'sejuk' kerana itulah pesanannya dari awal perkahwinan lagi jika saya mendapati dia merajuk atau diam tiba-tiba," katanya.

Ketika ditanya tidakkah beliau sendiri cemburu apabila Malek selaku figura yang dikenali ramai dan mempunyai banyak peminat terutama wanita sering berada jauh dari mata, Asma berkata, beliau yakin suaminya seorang lelaki yang takutkan Allah.

KEHADIRAN Nik Nur Amalin Aishah, 4 tahun sebagai anak angkat menjadi penyeri kehidupan Malek dan isteri.

Lelaki yang 'ingat tuhan' tidak akan berbuat perkara yang melampaui batas.

"Perasaan cemburu itu memang ada. Tetapi saya percaya jika abang mahukan wanita yang lebih cantik, lebih muda, dia sudah dapat mencarinya dari dulu lagi sebelum mengenali saya," katanya.

Malek turut mengiyakan jawapan isterinya dan mengakui memang ada perempuan yang berani mengajaknya keluar makan atau dating. Namun katanya, beliau menolak dengan baik dan menjelaskan sudah beristeri.

Malah, katanya, beliau juga menolak jika ada peminat yang mahu mengambil gambar berdua bagi mengelak timbulnya sebarang tohmahan dan spekulasi.

"Saya ada ramai kenalan wanita di Facebook dan juga rakan perniagaan tetapi persahabatan kami bagi saya setakat itu sahaja.

"Saya beritahu sesiapa sahaja termasuk yang bertaraf 'datin' yang mengajak keluar 'minta maaf, saya sudah ada isteri dan saya hargai perkahwinan saya,'" katanya.

Malek yang 'berhijrah' dari kehidupan lamanya sejak 12 tahun lalu berkata, beliau bersyukur dengan kurniaan Allah yang tidak putus kepadanya terutama selepas dia mengambil anak perempuan rakannya Nik Mahmod iaitu Nik Nur Amalin Aishah, 4, sebagai anak angkat sejak usianya dua minggu.

Katanya, tuah datang berturut-turut apabila beliau mendapat gelaran 'Datuk' daripada Sultan Pahang pada 2010, berpeluang mengerjakan ibadat umrah pada 2011 dan mendapat isteri pada 2012.

Jelasnya, pada tahun ini pula beliau dan Dr. Wan Asma dijangka akan berangkat ke Mekah menunaikan haji bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu.

"Saya sangat bersyukur kerana Allah pandang saya dan beri hidayah kepada orang macam saya.

"Sebab itu setiap malam saya bangun menunaikan solat sunat taubat, solat hajat dan solat sunat syukur mengenangkan nikmat yang Allah berikan.

"Saya amat takutkan Allah dan berharap orang lain juga mendapat hidayah seperti saya.

"Jangan bertangguh apabila ada niat untuk berubah kerana kita tidak akan sekali-sekali boleh menangguhkan saat kematian," katanya.

Dalam pada itu, ditanya persiapan sambutan Hari Raya pada tahun ini, Malek berkata, beliau dan isteri merancang untuk melawat semua keluarga adik-beradik isterinya yang berjumlah 17 orang di Tanah Merah, Machang dan lain-lain tempat.

Jelasnya, mereka juga akan mengadakan rumah terbuka di rumahnya di Cherang, Kota Bharu pada 17 Ogos ini dan menjemput semua yang mengenali datang memeriahkan majlis.

Pulanglah ibu, anakmu merinduimu

Posted: 06 Aug 2013 04:11 AM PDT

Oleh ROSMAH DAIN
Gambar WAHIDAH ZAINAL

SUDAH hampir setahun berlalu, mungkin doa anak-anak kecil ini untuk bertemu dan mengharapkan ibu mereka kembali ke pangkuan mereka belum lagi dimakbulkan Allah.

Seperti kanak-kanak lain yang mempunyai ibu dan bapa, sudah tentu mereka juga mahukan kasih sayang ibu lebih daripada segalanya.

Malangnya, hanya kerana menghadapi masalah dan berlakunya perselisihan faham dengan bapa anak-anak ini, si ibu keluar rumah sehelai sepinggang dan sanggup meninggalkan anak-anak yang masih kecil tanpa khabar berita.

Apa yang menjadi masalah, kini nenek mereka, Jariha Mohd. Ali, 75, terpaksa pula menjaga mereka kerana bapa mereka sibuk bekerja.

Dipanggil dengan nama timangan Aqil, 10, Suhada, 9, dan Nurul, 6, yang menetap di Kampung Baru, Kuala Lumpur, ketiga-tiga beradik itu dijaga oleh Jariha yang juga turut mengalami masalah kesihatan akibat kencing manis dan darah tinggi.

"Saya dah tua, banyak penyakit. Rasa penat juga hendak menjaga cucu-cucu ini tapi apakan daya, kalau nenek tak jaga, siapa lagi yang bertanggungjawab untuk menjaga mereka.

"Tidak sampai hati saya nak halau mereka balik ke rumah bila sejak pagi lagi mereka telah diletakkan di luar pintu rumah oleh bapa mereka. Mahu tidak mahu saya uruskan jugalah budak-budak ini," katanya yang nampak agak keletihan.

Begitupun bagi Jariha, menjaga tiga orang cucunya itu bukanlah satu masalah buat dirinya memandangkan semua mereka sudah besar dan boleh berdikari.

Cuma apa yang Jariha mahukan, menantunya itu pulang semula dan menjenguk anak-anaknya menjelang Aidilfitri ini.

"Perselisihan antara dia dan anak saya itu harap diketepikan dahulu demi anak-anak. Yang penting Aidilfitri ini nanti jenguklah anak-anak kerana mereka semua amat merindui ibu mereka," katanya.

Jariha bercerita, semenjak ketiadaan ibu, anak-anak itu sering bertanya mengenai ibu mereka.

"Anak-anak ini rapat dengan ibu mereka. Masa mula-mula ibu mereka pergi meninggalkan mereka, setiap hari bertanya di manakah ibu mereka berada.

"Apa yang saya boleh bagi tahu hanyalah ibu pergi sekejap sahaja, namun malangnya sehinggakan kini usahkan bertanya khabar, telefon pun tidak pernah.

"Kini sudah hampir setahun saya memberikan mereka harapan sehinggakan tidak tahu lagi apa yang bakal hendak dijawab apabila anak-anak ini bertanyakan mengenai ibu mereka," katanya.

Jariha memberitahu, sebelum ini dia sudah membuat susulan dan mencari di manakah ibu mereka berada, malah bertanya dengan kaum keluarganya namun tidak mempunyai jawapan yang tepat.

Jariha berkata, selalunya bila Aildilfitri ada juga cucu-cucunya itu berbaju baharu biarpun hanya sepasang, tetapi mereka amat gembira.

Kini, katanya tidak seorang pun daripada mereka menyebut untuk membeli baju baru. Malah pada 1 Ramadan dahulu mereka cukup seronok berpuasa dengan harapan ibu mereka akan kembali menjelang raya. Namun setelah beberapa hari mereka nampaknya semakin hampa," kata Jariha.

Apa pun nenek tua ini tetap cuba menghiburkan hari cucu-cucunya dengan membuat beberapa jenis kuih kegemaran mereka.

"Tidak seperti selalu mereka akan bertanya apakah kuih yang akan dibuat bersama ibu mereka, kali ini mereka semua tidak begitu. Malah rasanya mereka tiada rasa hendak meraikan hari raya seperti selalu," tutur Jariha.

Jariha berharap pada hari baik, bulan baik ini, ibu kepada cucu-cucunya itu akan segera kembali menemui anak mereka untuk melampiaskan rindu mereka selama ini terutamanya pada Aidilfitri nanti.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Kereta api tetap jadi pilihan

Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my

SEBAHAGIAN warga kota berasak-asak untuk menaiki kereta api bagi menyambut Aidlfitri di kampung halaman masing-masing di Stesen Sentral Kuala Lumpur, semalam. - utusan/NOORADZRENE MOHD. NOOR

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Walaupun negara ini memiliki rangkaian lebuh raya yang moden untuk memudahkan perjalanan, namun kereta api masih ada peminat tersendiri.

Sebahagiannya berasakan menaiki kereta api untuk menempuh perjalanan yang panjang adalah lebih selesa dan selamat, apatah lagi apabila tibanya musim raya kerana lebuh raya pasti akan penuh sesak dengan kereta, selain bas dan motosikal.

Stesen keretapi di KL Sentral dalam sehari dua ini memang penuh sesak dengan orang ramai yang mahu pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kelihatan wajah masing-masing begitu bersemangat untuk sampai ke destinasi dan menemui orang kampung. Apatah lagi semangat mereka disemarakkan lagi dengan seruan balik kampung oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad melalui lagu popular beliau 'Balik Kampung' menyebabkan bagai tidak sabar lagi untuk segera pulang dan menemui keluarga yang tersayang.

Bagi penuntut kursus Perbidanan di Kolej MAHSA Petaling Jaya, Nurul Wahidah Ishak, 26, beliau lebih menggemari menaiki kereta api untuk pulang beraya di Batu Gajah, Perak kerana hendak menikmati perjalanan yang lebih selesa dan selamat.

"Walaupun lebih cepat sampai dengan menaiki bas ekspres berbanding menaiki keretapi yang akan mengambil masa hampir tiga jam tetapi sedari dulu lagi saya lebih suka menaiki keretapi.

"Sebenarnya jika menaiki bas pun, kita akan menempuh kesesakan jalan yang teruk terutama ketika berada di lebuh raya, jadi saya rasa baiklah saya naik keretapi yang pasti perjalanannya adalah lebih lancar.

"Tidak seperti dahulu, keretapi hari ini jauh lebih selesa dan terdapat pelbagai kemudahan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Diana Zaidi, 12, dari Bentong, Pahang, meluahkan rasa teruja apabila dapat menaiki kereta api untuk pulang ke kampung di Kulim, Kedah.

"Masuk kali ini, sudah dua kali saya pulang ke kampung menaiki keretapi, memang seronok sebab saya rasa lebih selesa dan bebas bergerak apabila berada dalam keretapi.

"Tidak seperti dalam bas yang agak sempit dan bas kadang kala dipandu laju, saya takut. Tidak seperti kereta api walaupun laju tetapi seronok," katanya yang menempuh perjalanan jauh itu bersama ibu bapa dan dua adiknya.

Pekerja sebuah syarikat penerbitan swasta, Faris Abdullah, 30, pula berkata, dia memilih menaiki keretapi untuk pulang beraya di Butterworth, Pulau Pinang kerana suka dengan suasana pulang ke kampung beramai-ramai dengan penumpang lain.

"Pelbagai gelagat manusia yang boleh kita lihat di dalam kereta api. Di samping menaiki kereta api adalah pilihan terbaik untuk mengelakkan kesesakan di jalan raya.

"Perasaan tidak tertekan atau marah-marah apabila melihat ada pengguna jalan raya yang memandu tidak mengikut peraturan dan tidak bertimbang rasa," katanya.

Sementara itu, Pengurus Kanan Pemasaran KTM Intercity, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd. Noordin Kimi berkata, sehingga kini sebanyak 30,000 tiket kereta api ke semua destinasi seluruh negara telah habis dijual sempena musim Hari Raya Aidilfitri kali ini.

"Hanya tinggal 3,000 sahaja lagi tiket ke pelbagai destinasi antara bandar. Tiket ke Pantai Timur telah habis dan dijangka sehingga esok kesemua tiket-tiket ini akan habis terjual.

"Sehingga saat-saat akhir, tiket masih boleh dibeli tetapi hendaklah menghubungi talian hotline kami iaitu 1-300-885-862 bagi menempah tiket dan bagi mendapatkan pelbagai lagi maklumat mengenai perjalanan," katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia di Stesen KL Sentral mendapati orang ramai berpusu-pusu untuk menaiki perkhidmatan tren Ekspres Rakyat ke Butterworth yang berlepas pada pukul 4.15 petang selepas tiba dari Woodlands, Singapura.

Kesemua sembilan koc dengan 430 tempat duduk dipenuhi penumpang yang rata-ratanya umat Islam yang ingin pulang beraya. Terdapat juga pelancong asing yang memilih Pulau Pinang sebagai destinasi percutian.

Sehingga lewat malam, KL Sentral yang turut menjadi pusat persinggahan perkhidmatan perkhidmatan tren elektrik (ETS), KTM Komuter dan Express Rail Link (ERL) sesak dengan mereka yang ingin pulang ke kampung.

Jakim sambut baik cadangan tambah nilai khutbah

Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa berusaha memberi nilai tambah kepada penyediaan teks khutbah khususnya dalam menyentuh isu-isu semasa melalui pelbagai pendekatan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, sehubungan itu pihaknya mengalu-alukan cadangan dan maklum balas daripada pelbagai pihak dalam usaha mempertingkatkan keberkesanan penyampaian khutbah.

Menurutnya, antara kaedah terbaharu yang digunakan dalam penyampaian khutbah termasuk memaparkan isi kandungan teks khutbah melalui persembahan multimedia kepada para jemaah, khususnya di masjid-masjid di bawah Jakim.

"Jakim sentiasa peka dengan isu-isu semasa yang berlaku dalam setiap minggu dan berusaha menyampaikannya secepat mungkin kepada jemaah.

"Khutbah disusun berdasarkan bidang-bidang yang ditetapkan seperti kesihatan, pendidikan, hari-hari kebesaran Islam, hari kebesaran negara, masalah sosial, akidah dan sebagainya," katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap saranan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor agar menyelitkan keadaan semasa dan isu-isu setempat dalam teks khutbah Jumaat.

Menurut Tengku Adnan, pendekatan itu lebih efektif untuk menyedarkan masyarakat dan bagi mencegah gejala yang boleh membawa kemungkaran.

Othman menambah, selain memberi tumpuan untuk meningkat dan memantapkan akidah, kandungan khutbah juga mengandungi nasihat dan panduan kepada umat Islam dari pelbagai aspek kehidupan.

"Dalam penyediaan teks khutbah tersebut, Jakim telah membentuk pasukan penulis yang terdiri daripada ahli akademik dan ilmuwan dari pelbagai disiplin ilmu.

"Jakim juga menyiarkan khutbah secara langsung melalui televisyen pada setiap minggu yang mana manfaat boleh diterima oleh seluruh masyarakat dalam masa cepat dan tepat," katanya.

Alam Flora jamin kutip sampah ikut jadual sepanjang Aidilfitri

Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) memberi jaminan cuti perayaan Aidilfitri ini tidak akan menjejaskan operasi kerja-kerja pengutipan dan pembersihan sampah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Zain Hassan berkata, sebanyak 3,000 kakitangannya akan digerakkan bagi meneruskan operasi mengutip sisa buangan, pembersihan dan pemotongan rumput seperti biasa.

Menurutnya, Alam Flora memahami kebimbangan orang ramai berhubung tahap kebersihan sepanjang musim perayaan ini akibat daripada longgokan sampah yang tidak terurus selepas mereka pulang dari kampung halaman masing-masing.

"Daripada jumlah sisa yang dikutip sepanjang musim perayaan yang lalu, sebanyak 45 peratus merupakan sisa makanan dan diikuti oleh sisa pukal.

"Walaupun kerja-kerja akan dijalankan seperti jadual kerja ditetapkan, Alam Flora memahami berlakunya peningkatan sisa buangan secara mendadak terutama sepanjang Aidilfitri," katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Bagaimanapun, beliau meminta kerjasama semua pihak agar bersama-sama memastikan tahap alam sekitar di kawasan masing-masing terjaga dengan membuang sisa buangan di tempat sepatutnya.

"Kami juga akan memantau dari semasa ke semasa melalui skuad Flora serta menjalankan kerja-kerja pembersihan agar keadaan tidak menjadi kritikal sehingga menyusahkan masyarakat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Menteri Besar puji GAPPIN

Posted: 05 Aug 2013 12:14 PM PDT

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my

MOHAMED Khaled Nordin (dua dari kanan) memasukkan cek ke tabung GAPPIN sempena Majlis Persidangan Perwakilan Pertama Persekutuan Persatuan-persatuan India Berdaftar Negeri Johor di Good Hope Hotel di Skudai, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 5 Ogos - Penubuhan Persekutuan Persatuan-persatuan India Berdaftar Johor (GAPPIN) dilihat sebagai langkah baik dalam membantu menyuarakan masalah yang berlaku dalam komuniti India.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, gabungan lebih 150 persatuan itu juga membolehkan suara masyarakat India di negeri ini dikumpulkan bagi menyelesaikan sesuatu isu.

Dalam masa sama, tambah beliau, gabungan itu diharap dapat menyalurkan idea serta memberi jalan penyelesaian terbaik kepada kerajaan negeri dalam menangani masalah membabitkan masyarakat India.

"GAPPIN juga memainkan peranan penting sebagai rakan kepada kerajaan yang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan pertama perwakilan gabungan itu di Skudai, dekat sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi membantu urusan pentadbiran GAPPIN.

Mohamed Khaled berkata, gabungan persatuan itu membuktikan Malaysia masih memerlukan sistem berasaskan masyarakat dalam usaha memberikan pembangunan berasaskan kesaksamaan.

Beliau berkata, melalui gabungan itu, mereka akan membincangkan keperluan serta masalah yang dihadapai dan perkara sama turut berlaku dalam persatuan masyarakat Melayu serta Cina.

"Formula ini masih relevan dan berkesan bagi Malaysia yang hidup berbilang bangsa. Pencapaian bagi setiap masyarakat adalah berbeza dan sebab itu pembangunan yang dilaksana perlu mengikut kesaksamaan dan bukan kesamarataan," katanya.

Orang Asli tidak dilupakan sempena Aidilfitri

Posted: 05 Aug 2013 12:14 PM PDT

HALIMAH Mohamed Sadique (tengah) bersama anak-anak yatim yang diraikan dalam Majlis Ihya Ramadan Parlimen Tenggara di Dewan Kejora, Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor, baru-baru ini.

KULAIJAYA 5 Ogos - Parlimen Tenggara tidak pernah mengabaikan mana-mana pihak, termasuk masyarakat Orang Asli yang turut sama menerima bantuan sepanjang Ramadan ini.

Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, bantuan tersebut diberikan kepada anak-anak yatim, golongan ibu tunggal, fakir miskin, termasuk Orang Asli yang bukan beragama Islam.

Beliau berkata, bantuan tersebut berupa barangan keperluan harian, membaik pulih rumah yang rosak, pakaian, kuih-muih dan duit raya.

"Sumbangan ini bukan sahaja diberikan oleh Parlimen Tenggara, malah turut mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan, antaranya Felcra, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) serta dermawan.

"Kali ini, kita turut membawa seramai 85 anak yatim membeli-belah termasuk baju kurung, baju Melayu dan kasut di sebuah kompleks beli-belah di Kluang," katanya kepada Utusan Malaysia dalam Majlis Ihya Ramadan Parlimen Tenggara di Dewan Kejora, Bandar Tenggara di sini, baru-baru ini.

Dalam majlis itu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut menyumbangkan sebanyak RM100 seorang kepada 86 anak yatim dan wang tersebut dimasukkan ke dalam tabung akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) mereka.

Halimah berkata, bantuan tersebut tidak diberikan secara bermusim sempena Ramadan dan Aidilfitri, sebaliknya dilakukan secara berterusan bagi memastikan kebajikan golongan tersebut terjaga.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved