Isnin, 21 November 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Syabas Malaysia!

Posted:

Syabas Malaysia!

Syabas Malaysia!


Pemain-Pemain Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. – Bernama


JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; 'ibu' kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.

Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.

Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan.

Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.

Bermula dari saat itu, perlawanan berlangsung agak seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada waktu sebenar permainan, malah 30 minit tambahan pun tidak berkesudahan.

Setiap kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak pernah mengecewakan dan semalam dia membuktikan keupayaannya sekali lagi, komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga.

Dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar; salah seorang anggota skuad yang menjuarai temasya Vientianne dua tahun lalu melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan pingat emas buat kali pertama sejak 1979 yang mana ketika itu turut dilakar di Jakarta.

Tangisan para penyokong Laskar Garuda adalah difahami. Bukan saja tewas di bumi sendiri, malah sudah dua dekad tidak mengecapi kejayaan sejak mereka menang di Manila 1991.

Indonesia mungkin telah meraih 170 pingat emas (setakat pukul 12 tengah malam semalam dan jumlah itu dijangka terus bertambah pada hari terakhir hari ini), namun terlepas pingat emas bola sepak sudah tentu sesuatu yang mendukacitakan.

Andai mampu merangkul 200 emas sekali pun, luka mereka tidak akan terubat

Bagi kontinjen negara pula, sasaran baru 60 pingat emas yang diletakkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dua hari lalu sepatutnya dalam jangkauan jika petinju kita, Muhamad Farkhan Mohd. Harun mampu meraih pingat emas ke-59 kita.

Malangnya, dia ditumbangkan secara kontroversi oleh peninju tuan rumah, Alex Tatontos di Palembang.

Terdahulu Malaysia, dipimpin Fatehah Mustapa, membuktikan kejaguhannya dalam arena berbasikal trek yang tiada tolok bandingnya dengan menambah empat pingat emas di Velodrom Ramawangun. Begitu juga dengan gadis- gadis kolam renang kita yang menyapu bersih kesemua lima emas dipertandingkan dalam sukan renang berirama di Pusat Akuatik Kompleks Jakabaring.

Kontinjen negara dijangka tidak akan menambah pungutan pingat emas untuk menggenapkan angka 60 kerana hanya tinggal sukan paragliding yang bukan merupakan sukan harapan pada hari terakhir temasya .

Ia sudah lebih daripada memadai, syabas diucapkan!

Full content generated by Get Full RSS.

'Amukan' basikal hasil 4 emas

Posted:

'Amukan' basikal hasil 4 emas

'Amukan' basikal hasil 4 emas


Fatehah Mustapha meluru dari belakang untuk memintas pelumba Filipina, Apryl Epperinger bagi memenangi emas acara pecut wanita akhir, Jakarta, semalam.


JAKARTA - Pelumba negara 'mengamuk' pada hari terakhir acara basikal trek di Velodrom Rawamangun di sini, apabila menghasilkan empat pingat emas, semalam.

Watak utama di sebalik kejayaan besar skuad basikal negara diterajui ratu pecut wanita Fatehah Mustapa yang memenangi dua pingat emas, masing-masing dalam acara pecut individu dan berpasukan bersama Ju Pha Som Net.

Ia merupakan pingat emas ketiga Fatehah setelah juga memenangi pingat emas dalam acara 500 meter ujian masa individu wanita pada hari pertama saingan.

Dua lagi pingat emas semalam diraih Idros Yunos dalam acara pecut individu lelaki manakala Muhamad Hafiz Mohd. Sufian memenangi Omnium.

Selain kilauan emas, pingat perak berjaya diraih oleh Mohd. Fattah Amri Zaid (pecut individu lelaki) dan Muhamad Adiq Husainie Othman dalam acara 30 kilometer perlumbaan mata.

Pingat emas acara tersebut dimenangi pelumba Filipina, Renee Mier Lohn.

Dua emas yang dimenangi Fatehah semalam berakhir dengan pelumba itu rebah, sebaik acara melepasi garisan penamat dalam acara pecut berpasukan.

Menurut Fatehah dia terjatuh kerana amat keletihan.

"Sebelum acara ini bermula lagi saya memang berasa tidak sihat.

"Namun kerana mahu memberikan pingat emas kepada negara, saya cuba memberikan yang terbaik dan saya amat gembira kerana akhirnya berjaya mencapai apa yang saya impikan walaupun dalam keadaan terlalu penat," kata Fatehah.

Sementara itu, Muhamad Hafiz yang memenangi acara Omnium berkata, kejayaan membawa pulang emas mungkin rezeki untuk isteri dan bakal anak sulungnya.

"Ia pingat emas yang mengejutkan kerana ini adalah aksi pertama saya dalam acara Omnium. Sebelum ini saya hanya menyertai acara pecut, 1 kilometer dan keirin.

"Pingat emas ini mungkin hadiah buat anak sulung saya yang dijangka lahir pada Januari ini," katanya.

Skuad basikal trek negara menamatkan saingan dengan tujuh pingat emas keseluruhan. - Utusan

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Nazri minta polis siasat segera

Posted:

Nazri minta polis siasat segera

Nazri minta polis siasat segera


MOHAMED Nazri Abdul Aziz melihat rakaman kejadian melalui telefon bimbit mangsa keganasan wanita, Wan Nur Arzrin Abd Rahman (kanan) di Stesen Sentral Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 21 Nov. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta supaya pihak berkuasa menjalankan siasatan segera berhubung aduan seorang wanita telah dipukul oleh bapa saudaranya, minggu lepas.

Katanya, beliau telah mengarahkan setiausahanya untuk berhubung dengan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh mengenai laporan yang dibuat sebelum ini dan menjalankan siasatan serta-merta.

"Saya amat berdukacita kerana dalam tahun 2011, perkara sebegini boleh berlaku. Ini menunjukkan bahawa lelaki yang buat perkara itu cukup rendah akal budinya.

"Mana boleh kita lakukan perbuatan yang begitu teruk terhadap wanita," katanya kepada pemberita selepas mengedarkan risalah Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-kanak di Stesen KL Sentral di sini, hari ini.

Selain beliau, kempen itu turut disertai lebih 10 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), pembangkang dan Bebas, yang bersama-sama mengedarkan risalah berkaitan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri mengingatkan masyarakat di negara ini supaya lebih bersikap prihatin terhadap gejala keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak.

"Di Malaysia, kita masih ada pemikiran iaitu "jangan jaga tepi kain orang" di mana saya rasa ia salah sekiranya melibatkan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kita perlu jadikan ia masalah kita dan lebih prihatin," katanya.

Sementara itu, wanita berkenaan, Wan Nur Arzrin Abd Rahman, 29, hadir sendiri di majlis ini apabila mengetahuinya melalui akhbar dan sempat bertemu dengan Mohamed Nazri dan menceritakan kejadian yang menimpanya ketika berada di Jakarta, Indonesia.

Dalam kejadian 12 November lepas, beliau mendakwa bapa saudaranya telah memukul beliau dalam lif akibat berlaku perbalahan kecil ketika mereka sekeluarga selesai menghadiri majlis pertunangan sepupunya di Bogor, Indonesia.

Akibat kejadian itu, beliau mendakwa agak cedera teruk di mana lengan kanannya patah dan urat saraf menjadi lemah akibat kecederaan itu.

"Saya mungkin perlu masa kira-kira tiga bulan untuk pulih semula. Saya tidak sangka perkara ini boleh berlaku hanya bermula dari perkara kecil dan saya dipukul teruk.

"Apa yang saya kesalkan, masih belum ada tindakan walaupun aduan telah dibuat di Jakarta dan juga sejurus tiba di KLIA (Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Sepang) pada 13 November. Tapi saya berharap selepas jaminan yang dibuat oleh Datuk Seri (Mohamed Nazri) perkara ini akan diberi perhatian," kata Wan Nur Arzrin, seorang peniaga. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Seludup dadah didalangi 8 warga Iran melalui kontena

Posted:

Seludup dadah didalangi 8 warga Iran melalui kontena

Seludup dadah didalangi 8 warga Iran melalui kontena


NOOR Rashid Ibrahim (kiri) memegang sebahagian dadah jenis syabu yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.


KUALA LUMPUR 21 Nov. - Penyeludupan dadah bernilai hampir RM27 juta didalangi lapan warga Iran yang dibongkar polis dalam dua serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, kelmarin dan dua minggu lalu, dikesan dibawa masuk ke negara ini menerusi kontena di Pelabuhan Klang.

Kejayaan itu juga merupakan kali ketiga Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket dadah antarabangsa yang menggunakan pelabuhan untuk menyeludup dadah, tahun ini.

Kali pertama pada 25 Mac lalu dengan rampasan 81.4 kilogram syabu bernilai RM16.1 juta di Pelabuhan Barat dan kedua pada 18 April lalu, melibatkan rampasan heroin bernilai RM37.8 juta di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.

Rampasan kelmarin turut mencatat kejayaan terbesar polis tahun ini bagi dadah gred tulen bernilai tinggi yang dipercayai untuk pasaran tempatan serta luar negara.

Menurut Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Taman D'Alpina itu, kelmarin, sebanyak 124.9 kilogram dadah jenis methamphetamine dirampas.

"Dadah itu disimpan di dalam tiga buah peti kayu yang telah diubah suai dan diisi dengan pelbagai barangan perhiasan rumah. Suspek juga berani meletakkan peti-peti itu di luar rumah berkenaan.

"Kita percaya ia diseludup masuk menerusi kontena dari Pelabuhan Klang berdasarkan peti yang berisi barangan perhiasan itu.

"Kita masih siasat bagaimana dadah itu berjaya bolos dan diseludup menerusi kontena mana," ujarnya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Noor Rashid memberitahu, kejayaan itu bermula hasil maklumat orang awam yang curiga dengan kelibat enam warga Iran di rumah tersebut bersama beberapa peti kayu papan lapis di situ.

"Berikutan itu, polis melakukan serbuan dan menahan enam warga Iran," ujarnya.

Dalam kes kedua, dua minggu lalu, beliau berkata, polis menahan dua lagi warga Iran di Jalan Kampung Pandan, di sini, seterusnya membawa kepada penemuan 14.2 kilogram dadah jenis syabu.

Katanya, dadah itu yang siap diproses ditemui disembunyikan dalam kontena berisi palet batu marmar di Jalan Ulu Klang, Ampang, Selangor.

"Hasil pemeriksaan kita menemui dadah-dadah itu di dalam lapisan 'polyboard' yang diselitkan di celah kepingan batu marmar," jelasnya.

Tambahnya, kesemua lapan suspek dalam kedua-dua kes itu berusia 29 hingga 51 tahun.

Katanya, selain dadah, polis turut menyita wang tunai berjumlah RM137,400 dipercayai hasil dari jualan dadah, selain beberapa kenderaan mewah seperti Lexus, Mercedes Benz, BMW serta MG Rover.

Selain itu itu, beliau memberitahu, kejayaan polis mengesan aktiviti penyeludupan dadah antarabangsa itu merupakan bukti negara serius menangani pengedaran dadah di dalam negara.

"Dasar terbuka yang diamalkan kerajaan ternyata telah diambil kesempatan oleh pelbagai pihak dan PDRM memandang serius perkara ini dengan melakukan pelbagai usaha termasuk jalinan kerjasama di dalam atau luar negara," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


22 maut di Dataran Tahrir

Posted:

22 maut di Dataran Tahrir

22 maut di Dataran Tahrir


Seorang penunjuk perasaan membaling semula peluru pemedih mata ke arah polis di Dataran Tahrir, Kaherah, semalam. - REUTERS


KAHERAH 21 Nov. - Pertempuran antara penunjuk perasaan dengan anggota pasukan keselamatan di Dataran Tahrir yang masuk hari ketiga semakin memburuk hari ini, dengan angka korban meningkat kepada 22 orang.

Kejadian itu berlaku apabila polis dan anggota tentera menggunakan belantan, gas pemedih mata dan tembakan peluru burung bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang menuntut peralihan kuasa pihak tentera kepada kuasa rakyat.

Tentera Mesir dilapor turut membakar khemah penunjuk perasaan di dataran tersebut.

Ia merupakan hari kedua keganasan berlaku di ibu negara ini, selepas satu perarakan anti tentera secara aman yang dilakukan Jumaat lalu.

Pegawai di rumah mayat berkata, lebih 20 maut semalam dan dua lagi kelmarin menjelang pilihan raya pertama negara ini, dalam keganasan terburuk sejak kejatuhan rejim Hosni Mubarak.

Pilihan raya perundangan akan diadakan pada 28 November ini.

Pegawai berkata, sekurang-kurangnya empat penunjuk perasaan ditembak mati semalam.

Menurut kenyataan agensi berita MENA, Kementerian Kesihatan melaporkan seramai 10 terbunuh semalam, sementara 1,700 yang lain cedera sepanjang hujung minggu lalu dalam pertempuran.

Terdahulu, Dr. Mohammed Fatuh yang bertugas di Dataran Tahrir berkata, tiga mayat dengan kesan tembakan dibawa ke hospital sementara di dataran tersebut.

Pasukan perubatan sebelum itu melaporkan empat kematian, satu akibat terkena tembakan peluru hidup serta tiga kerana sesak nafas terhidu gas pemedih mata.

Wartawan AFP malam tadi berkata, penunjuk perasaan di sebatang jalan dilihat melempar batu dan bom petrol ke arah kereta perisai tentera serta polis rusuhan sebelum polis tentera membalas dengan melepaskan tembakan. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Amir Kuwait tidak akan pecat Perdana Menteri

Posted:

Amir Kuwait tidak akan pecat Perdana Menteri

Amir Kuwait tidak akan pecat Perdana Menteri


Penunjuk perasaan mengibarkan bendera sambil berdiri di atas meja Speaker Parlimen Kuwait pada 16 November lalu. - REUTERS


KUWAIT CITY 21 Nov. - Amir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah menegaskan, beliau tidak akan tunduk kepada tuntutan penunjuk perasaan yang mendesak agar Perdana Menteri dipecat dan Parlimen dibubarkan.

Beliau turut menyifatkan tindakan menyerbu Parlimen oleh pembangkang minggu lalu sebagai 'hari hitam' dalam sejarah negara.

"Apa yang berlaku amat luar biasa. Hari di mana Ahli-ahli Parlimen dan penunjuk perasaan menyerbu Parlimen adalah 'hari hitam' buat kita," katanya semasa bertemu editor-editor dalam ulasannya yang diterbitkan hari ini.

Aktivis muda diketuai Ahli Parlimen pembangkang menyerbu Parlimen Kuwait Rabu lalu selepas bertempur dengan polis semasa satu perhimpunan yang menuntut pembubaran Kabinet serta pemecatan Perdana Menteri, Sheikh Nasser Mohammad al-Ahmad Al-Sabah atas dakwaan rasuah.

"Berdasarkan Perlembagaan, saya yang melantik dan memecat Perdana Menteri serta menteri-menteri.

"Walaupun jika saya mahu beliau (Sheikh Nasser) meletak jawatan, saya tidak akan lakukannya kerana desakan pihak pembangkang," katanya seperti yang dipetik akhbar Al-Jarida.

Sheikh Nasser yang juga ahli keluarga pemerintah, didesak meletak jawatan ekoran dakwaan rasuah serta tuduhan beliau memindahkan dana awam ke akaunnya di luar negara, dua dakwaan yang dinafikan kerajaan.

Di bawah undang-undang Kuwait, Amir mengetuai Parlimen, kerajaan dan badan kehakiman negara. Amir juga mempunyai hak mutlak untuk melantik serta memecat anggota Kabinet dan membubarkan Parlimen.

Sheikh Sabah berkata, kira-kira 40 individu termasuk Ahli Parlimen bakal dikenakan tindakan undang-undang kerana menyerbu Parlimen dan beliau berikrar mereka yang terlibat tidak akan diampunkan. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Salim mengaku khalwat

Posted:

Salim mengaku khalwat

Salim mengaku khalwat

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

PULAU PINANG 21 Nov. - Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya hari ini mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini, April lalu.

Pengakuan itu dibuat oleh Salim, 51, dan Nur Diayana Norslan, 30, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya sebaik sahaja pertuduhan tersebut dibacakan semula kepada mereka.

Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 19 April lalu, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas pertuduhan itu.

Salim yang memakai kemeja putih dan berseluar hitam dilihat gelisah manakala Nur Diayana yang memakai jubah hijau menangis teresak-esak selepas membuat pengakuan berkenaan di kandang tertuduh.

Nik Bukhari Hashimy bagaimanapun menetapkan 19 Disember ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap mereka berdua yang tidak diwakili peguam syarie.

Mengikut pertuduhan yang dikemukakan oleh Ketua Pendakwa Syarie, Mohd. Zulkhairi Aziz, pasangan tersebut yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 5 pagi, 16 April lalu di bilik bernombor 224 di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini.

Salim yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa mengikut Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana didakwa di bawah Seksyen 27(b) enakmen sama.

Jika sabit kesalahan, setiap tertuduh boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Sebaik sahaja prosiding selesai, Salim dilihat keluar bersendirian dan kemudian disusuli Nur Diayana yang berlari ke arah sebuah kereta Alza putih yang telah menunggunya di luar mahkamah.

Pada 21 Jun lalu, Salim mengemukakan semakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Nik Bukhari yang membenarkan perbicaraan kes khalwat diteruskan walaupun beliau mempunyai satu lagi kes di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Bagaimanapun pada 15 September lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Mohammad Zamri Roslan membenarkan perbicaraan kes khalwat itu diteruskan setelah membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya semakan tersebut dibatalkan.

Full content generated by Get Full RSS.

AC Mizal, Shafnie dinasihat selesai kes luar mahkamah

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 21 Nov. - Hakim Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang dekat sini hari ini menasihatkan pengacara dan pelakon AC Mizal serta bekas isterinya, Shafnie Zainuddin menyelesaikan tuntutan pengubahan nafkah dua anak lelaki mereka di luar mahkamah.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Memahami kehidupan kelawar

Posted:

Memahami kehidupan kelawar

Memahami kehidupan kelawar

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my


SEBAHAGIAN daripada peserta termasuk pelajar Sekolah Menengah Damansara Damai dan beberapa sekolah menengah daerah Temerloh bergambar selepas perasmian MyBats Camp 2011 di Lanchang, Pahang, baru-baru ini.


TEMERLOH 21 Nov. – Industri filem Hollywood menggambarkan Batman atau lelaki kelawar sebagai hero dan penyelamat bandar Gotham apabila keluar menentang penjenayah pada waktu malam.

Namun, dalam dunia realiti, kewujudan kelawar adalah sebaliknya, binatang yang aktif waktu malam ditakuti dan digeruni apabila spesies mamalia itu sering kali dikaitkan dengan perkara-perkara yang menyeramkan.

Hakikatnya kelawar sebenarnya memainkan peranan penting dalam ekosistem dan ia perlu dilindungi dan dipulihara demi kepentingan biodiversiti.

Mamalia itu yang tergolong dalam order chiroptera boleh ditemui di merata-rata tempat di seluruh dunia.

Terdapat 1,200 spesies dan negara ini juga merupakan pusat utama bagi kepelbagaian kelawar dunia yang mana 118 spesies mamalia boleh terbang serta mendiami dalam pelbagai jenis hutan, paya bakau, gua serta kawasan perumahan.

Daripada jumlah tersebut, 72 spesies kelawar terdapat di hutan Rezab Hidupan Krau yang terletak dalam Hutan Simpan Kekal Krau di Lanchang, di sini menjadikan antara kawasan habitat hidupan mamalia cukup unik.

Menyedari faedah dan sumbangan besar yang disumbangkan oleh kelawar, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil inisiatif melaksanakan program meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan kelawar.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Abd. Rasid Samsudin, haiwan itu merangkumi hampir suku daripada spesies mamalia di dunia.

''Menerusi kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Pelajaran, Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) dan Zoo Negara, Perhilitan menganjurkan program Mybats Camp 2011 di Institut Biodiversiti Bukit Rengit, Lanchang baru-baru ini.

''Melalui program ini, kesedaran terhadap kepentingan melindungi dan pemuliharaan kelawar terhadap orang awam dimulakan di kalangan pelajar sekolah menengah yang membabitkan pelajar tingkatan dua dan empat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Seramai 80 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Damai, Kuala Lumpur dan pelajar beberapa sekolah menengah daerah itu menyertai kem tersebut selama empat hari sempena Hari Kelawar Sedunia.

Mereka dibawa meneroka Hutan Simpan Krau bagi menjejaki dan memahami kehidupan kelawar dari dekat.

Sementara itu, beberapa pelajar yang ditemui berkata, kem tersebut sangat berguna apabila mereka didedahkan mengenai peranan dan habitat sebenar kelawar dalam ekosistem dan proses biodiversiti negara.

Pelajar SMK Damansara Damai, Farah Diana Mohd. Fauzi, 16, berkata, usaha penyelidikan oleh Perhilitan dapat menambah maklumat mereka mengenai kelawar.

''Kem ini dapat mendedahkan kami mengenai kepentingan untuk membantu usaha memulihara spesies mamalia ini yang mempunyai peranan yang penting dalam proses ekosistem.

''Daripada penerangan yang disampaikan dapat difahami bahawa kelawar mempunyai peranan tersendiri sebagai habitat terhadap flora dan fauna perlu terus dikekalkan dalam biodiversiti hutan Simpan Krau," katanya.

Seorang lagi pelajar SMK Lanchang, Chow Yen Kien, 16, memberitahu, usaha Perhilitan mengadakan kem tersebut dapat memberi banyak pengetahuan mengenai kelawar.

Katanya, sebelum ini, dia juga mempunyai persepsi negatif dan takut terhadap kelawar.

Pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Hua Lian, Noraeni Iskandar, 16, berkata, kelawar juga merupakan sumber biologi yang berpotensi dan turut menyumbang kepada bidang perubatan, makanan, ekopelancongan, pendidikan dan sumber genetik.

''Seperti lebah dan burung, kelawar yang memakan buah dan manisan adalah sama penting dalam memelihara ekosistem seperti penyebaran biji serta pendebungaan untuk kepentingan generasi hutan dan hidupan liar di masa depan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Menghapuskan tanggapan negatif terhadap kelawar

Posted:

Menghapuskan tanggapan negatif terhadap kelawar

Menghapuskan tanggapan negatif terhadap kelawar


Pelajar yang menyertai MyBats Camp 2011 menunjukkan kemahiran mereka menggunakan bahan terbuang sebagai alat muzik ketika mengadakan persembahan di Lanchang, baru-baru ini.


TEMERLOH 21 Nov. - Pendedahan mengenai kepentingan melindungi kehidupan kelawar menjadi titik permulaan untuk menghapuskan pandangan negatif masyarakat terhadap mamalia tersebut.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Unggah Embas berkata, kelawar juga memainkan peranan penting bagi mengekalkan warisan semula jadi hutan hujan tropika yang begitu unik sejak wujud 130 juta tahun lalu.

''Hutan hujan tropika di negara ini merupakan teras biodiversiti yang begitu penting kerana kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna.

''Hutan semula jadi negara kita mempunyai beribu-ribu spesies tumbuhan dan menjadi habitat kepada lebih 600 spesies burung, 286 mamalia, 140 ular serta 80 spesies cicak," katanya ketika berucap merasmikan Mybats Camp di sini baru-baru ini.

Katanya, negara perlu mengambil langkah-langkah konservasi biodiversiti sebagai salah satu keutamaan dalam mencapai pembangunan yang lestari.

Sehubungan itu, tambahnya, masyarakat setempat perlu melibatkan diri dalam aktiviti konservasi biodiversiti dan untuk meningkatkan kesedaran itu ia perlu dimulakan di peringkat pelajar sekolah.

Beliau memberitahu, media massa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjadi saluran penting untuk membantu pihak berkuasa meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan kelawar dalam kehidupan harian manusia.

Katanya, pendedahan dan pengalaman yang diperolehi oleh para pelajar dapat mencetuskan minat di kalangan mereka untuk mengenali spesies itu dengan lebih dekat.

Full content generated by Get Full RSS.

Bantu pulih penagih dadah

Posted:

Bantu pulih penagih dadah

Bantu pulih penagih dadah

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com


LAU Lee (berdiri empat dari kiri) melihat sukarelawan mengadakan demonstrasi membuat kraf tangan di Rumah Komuniti Antidadah Jerantu di Kampung Melayu, Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 21 Nov. – Rumah Komuniti Antidadah Jerantut yang diwujudkan di Kampung Melayu di sini akan berfungsi membantu bekas penagih dadah supaya tidak kembali terjebak dalam gejala itu.

Pengerusi rumah tersebut, Abdullah Awang Berahim berkata, golongan itu akan dibantu dengan bantuan masyarakat sekeliling, sekali gus mewujudkan komuniti yang harmoni.

Menurutnya, mereka akan diberi latihan membuat pelbagai jenis kraf tangan supaya boleh berdikari dan menerima bantuan daripada sudut psikologi.

''Penagih dadah di bawah orang kurang pengawasan (OKP) akan menjalani rawatan kaunseling oleh petugas Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), sukarelawan dan pendakwah agama selain diberi latihan kemahiran vokasional.

''Sehubungan itu, kita akan membuka pusat mencuci kereta, perkhidmatan memotong rumput atau bersesuaian untuk melatih mereka menjadi lebih bertanggungjawab dalam mencari rezeki, sekali gus menghindarkan mereka daripada kembali terjebak dengan gejala tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di kampung tersebut di sini, hari ini.

Majlis perasmian rumah itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee.

Menurut Abdullah, sejak rumah komuniti itu mula beroperasi tahun lalu, seramai 200 bekas penagih datang untuk mendapatkan bantuan perkhidmatan rawatan kaunseling dan latihan kemahiran.

Katanya, Pejabat Daerah Jerantut menyediakan rumah kosong kakitangan kerajaan di kampung itu untuk digunakan sepenuhnya oleh masyarakat setempat bagi membantu bekas penagih kembali ke pangkuan masyarakat.

''Ia juga berperanan sebagai pusat khidmat yang bermatlamat menggerak serta memperkasa komuniti setempat dalam proses pemulihan penagih dadah di kalangan penduduk, khususnya belia," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Persatuan tunggal – Realiti atau khayalan?

Posted:

Persatuan tunggal – Realiti atau khayalan?

Persatuan tunggal – Realiti atau khayalan?

Oleh HASNURUL MOHAMED
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

INDUSTRI hiburan tanah air dilihat memerlukan sebuah persatuan yang proaktif bagi membela nasib lebih 3,000 artis yang mencari rezeki dalam industri tersebut.

Walaupun terdapat banyak persatuan termasuk Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) yang menaungi 12 persatuan di bawahnya seperti Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) dan Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia (Penyiar), tetapi fungsi setiap persatuan yang sedia ada itu dikatakan belum benar-benar memuaskan.

Justeru, ada yang mencadangkan, ditubuhkan sahaja sebuah persatuan baru dan mewajibkan semua artis menjadi ahli.

Cadangan untuk menubuhkan sebuah persatuan baru bagi semua artis di Malaysia diilhamkan oleh Presiden Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez dan idea itu bukanlah satu perkara yang baru tetapi telah lama bermain dalam benak insan seni berkenaan.

Jika persatuan baru itu diwujudkan dan seluruh warga dalam industri diwajibkan menjadi ahlinya, itu akan memudahkan dan melancarkan pengurusan artis terutamanya berkaitan dengan kebajikan.

Persoalannya, apakah akan ada perbezaan jika persatuan bayang-bayang itu direalisasikan? Apakah kebaikan-kebaikan yang boleh dinikmati oleh ahlinya?

Jawapan Freddie mudah iaitu masalah artis yang menjadi mangsa ditipu penganjur pertunjukkan pentas dapat diselesaikan.

Pada hakikatnya, bukan semua artis di Malaysia menjadi ahli kepada persatuan. Alasan mereka, tidak nampak faedah ataupun kebaikan yang boleh diperoleh sekiranya menjadi ahli kepada mana-mana persatuan.

Justeru, sehingga ke hari ini, hasrat untuk menubuhkan satu persatuan sahaja untuk semua yang terbabit dalam industri hiburan tanah air masih belum kesampaian.

Sebenarnya, cadangan penubuhan satu persatuan itu mungkin boleh dicapai jika semua pihak bersatu hati.

Tetapi sekiranya tiga persatuan artis iaitu Karyawan, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lirik (Papita) enggan mencapai kata sepakat, mungkin idea penubuhan satu persatuan sekadar cakap kosong pihak yang mencadangkan.

Demi kebaikan semua artis dan karyawan tanah air, apakah caranya untuk tiga presiden persatuan, Freddie Fernandez, Harun Salim Bachik dan Datuk M. Daud Wahid, duduk semeja bagi membincangkan tentang isu penubuhan satu persatuan baru tanpa mengheret persoalan agenda peribadi.

Bukan memaksa secara semberono – Freddie

MENGULAS mengenai cadangan untuk mewujudkan hanya satu persatuan untuk artis di negara ini, Freddie mengajak semua pihak melihatnya secara objektif.

Katanya, dia bukan memaksa untuk menerima idea itu secara semberono.

Katanya, objektif penubuhan persatuan yang baru itu juga bukan bertujuan memecah belahkan artis tanah air atau pun mematikan sahaja persatuan-persatuan sedia ada.

Sebaliknya, di dalam persatuan baru itu kelak, akan diwujudkan biro-biro bagi menggerakkan semua agenda yang selama ini, dilakukan secara berasingan oleh persatuan.

"Yang baru ini bersifat menyatukan semua pihak yang terbabit dalam industri hiburan. Saya tahu ada yang terfikir, cadangan datang daripada saya sebab saya mahu menduduk kerusi presiden.

"Soal pemimpin atau presiden persatuan baru itu nanti, biarlah diisi oleh orang lain di kalangan artis sendiri kerana hanya seorang artis sahaja yang memahami masalah yang dihadapi oleh artis lain," ujarnya.

Beliau berkata, melalui satu persatuan, ia akan memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan di samping memudahkan persatuan berurusan dengan kerajaan.

Merenung lebih jauh kebaikan bernaung di bawah satu persatuan, Freddie berkata, ia boleh menjimatkan kos operasi dan sekali gus, kedudukan kewangan persatuan menjadi lebih kukuh.

"Apabila berlaku penjimatan kos operasi, kedudukan dari segi kewangan persatuan akan menjadi lebih kukuh. Dari situ, duit yang ada dalam persatuan boleh digunakan ke arah pengurusan pentadbiran yang lebih cekap.

"Selain itu, persatuan yang ada pejabat, boleh mengupah khidmat kalangan profesional untuk melaksanakan segala program yang diatur oleh persatuan untuk ahli-ahlinya.

"Bukannya ada persatuan tetapi tiada pejabat. Mana mungkin artis meletakkan kepercayaan kepada apa yang dinamakan sebagai persatuan tetapi lebih kepada istilah 'ada macam tiada," katanya.

Di bawah persatuan yang baru itu kelak, Freddie yakin kebajikan ahli akan lebih terjamin kerana akan diwujudkan skim pencen dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), seperti mana yang dinikmati oleh kakitangan sektor swasta lain.

"Artis tiada pencen tetapi mereka juga membayar cukai pendapatan. Poin saya di sini ialah, di bawah persatuan baru nanti, kita wujudkan skim pencen atau skim KWSP.

"Semua ahli diwajibkan mencarum kepada KWSP dan mereka juga akan diberikan insurans perlindungan selain daripada hak-hak untuk mendapatkan royalti hasil karya seni mereka dipelihara.

"Saya percaya, artis yang berhadapan dengan masalah undang-undang mahu nasib mereka dibela. Justeru, khidmat guaman juga diwujudkan andai kata persatuan baru ini menjadi realiti," katanya.

Daud tolak bubar persatuan

Persatuan-persatuan artis sedia ada tidak berpecah, jadi tidak perlu ada satu persatuan baharu, kata Presiden Papita, Datuk M. Daud.

Beliau dengan lantangnya tidak setuju jika penubuhan persatuan yang baru menuntut pembubaran persatuan sedia ada.

Katanya, walaupun perlu ada anjakan dan sifat kerjasama antara persatuan namun menubuhkan satu persatuan yang baru bukan satu jaminan untuk menyelesaikan pelbagai masalah.

Daud berkata, persatuan-persatuan yang ada tidak berpecah sebaliknya ada gabungan.

"Kita tidak pernah berpecah tetapi salah pendapat sahaja. Tidak perlu ada satu persatuan yang baru. Persatuan yang ada, kita perbaiki.

"Maka itulah, apabila kita mahu menubuhkan satu persatuan yang baru, perlukah persatuan yang lama dibubarkan? Itu saya tidak setuju.

"Kita tidak boleh ubah sejarah penubuhan sesuatu persatuan dan sayang jika persatuan yang paling tua seperti Seniman, dibubarkan," katanya yang hanya bersetuju untuk wujudkan gabungan demi menaikkan semula martabat industri.

Daud berkata, semua persatuan menjaga kebajikan ahli-ahlinya kerana persatuan yang sedia ada hari ini, mempunyai pengkhususan keahlian.

"Pada pandangan saya, biarlah persatuan sedia ada menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Tidak perlu mengusutkan keadaan dengan cadangan penubuhan satu persatuan yang baru.

"Kalau penubuhan persatuan baru disebabkan persatuan yang ada berada dalam keadaan pecah belah, saya tidak setuju dengan kenyataan itu.

"Sebab kita sememangnya sudah bersatu cuma dari segi pengurusan sahaja yang berbeza," katanya.

Pada hemat Daud, sukar untuk meletakkan semua persatuan di bawah satu bumbung kerana setiap persatuan mempunyai pengkhususan.

"Sama seperti Papita, keahlian kita berbeza. Pengkhususan Papita kepada ahli muzik, penyanyi, penggubah lagu dan lirik.

"Saya tidak mahu hilangkan sejarah penubuhan Papita atau Seniman. Kalau jangan dibubarkan, itu saya setuju. Kita bukan hendak berlawan.

"Kalau ada yang tampil dengan kertas kerja mengenai penubuhan satu persatuan baru, mungkin saya akan duduk untuk sama-sama melihatnya," kata Daud mengakhiri perbualan.

Satu matlamat sama landasan – Harun

Bagi Presiden persatuan artis tertua dalam negara, Seniman, Harun Salim Bachik berpendapat, penyatuan semua artis di bawah satu persatuan adalah baik jika matlamat perjuangan adalah atas landasan yang sama.

Namun katanya, itu agak sukar untuk dicapai kerana akan wujud unsur kepentingan peribadi atau pun bercanggah pandangan dengan apa yang ingin diperjuangkan untuk ahli.

"Apakah perlu ada satu lagi persatuan baru sedangkan persatuan sedia ada pun ini pun tidak diendahkan?

"Apabila satu persatuan menganjurkan sesuatu acara, persatuan-persatuan lain tidak memberi sokongan. Itulah keadaan yang berlarutan melanda persatuan-persatuan di negara kita.

"Jadi, saya tidak berapa hendak nampak apakah kebaikan yang ada jika persatuan baru diwujudkan.

"Setakat nak buat persatuan sahaja, rasanya kita fokus kepada menambah ahli dalam persatuan sedia wujud," kata Harun secara jujur.

Sama ada sukar diterima atau tidak, Harun berkata, tiada sesiapa pun yang dapat memberi jaminan jika penubuhan satu persatuan yang baru itu dapat menyelesaikan segala masalah yang melanda industri dan warganya.

"Lainlah kalau persatuan itu dapat melakukan aktiviti bersama-sama dengan seluruh warga artis dan pengkarya tanah air tetapi ini akan timbul masalah kerana dalam industri, ada penyanyi, pelakon dan senang cakap, ada pekerja belakang tabir dan sebagainya.

"Mungkin cadangan itu relevan tetapi kalau nak dibubarkan semua persatuan yang telah wujud sebelum ini hanya semata-mata untuk tubuhkan satu persatuan yang baru, apakah itu langkah yang cerdik?" soal Harun.

Katanya lagi, jika alasan untuk menubuhkan satu persatuan yang baru adalah atas nama perjuangan, dia juga tidak nampak apakah yang mahu diperjuangkan kerana persatuan sedia ada hari ini, masih memperjuangkan kebajikan ahli-ahlinya.

"Melainkan berjuang untuk menduduki kerusi dalam persatuan. Lain-lain, saya tidak nampak," kias Harun dengan makna yang cukup dalam.

Harun mencadangkan, jika perlu untuk menarik golongan artis berpersatuan, ia mungkin boleh dilakukan jika persatuan-persatuan digabungkan, bukan dibubarkan.

Full content generated by Get Full RSS.

Satu bumbung bukan mudah

Posted:

Satu bumbung bukan mudah

Satu bumbung bukan mudah


Rosyam Nor


HASRAT untuk mewujudkan satu persatuan sahaja bagi dianggotai oleh seluruh warga artis tempatan merupakan satu cadangan yang bagus.

Namun, ia bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan kerana untuk menubuhkan sesebuah persatuan itu, ia banyak 'politik'.

Begitulah pandangan peribadi penulis lirik yang tidak asing lagi, Habsah Hassan ketika diminta mengutarakan pendapatnya tentang cadangan mewajibkan semua artis termasuk komposer dan penulis lirik menjadi ahli kepada satu persatuan baru yang akan ditubuhkan kelak.

"Seperti yang saya katakan, ia satu idea yang bagus tetapi bukan mudah untuk dilaksanakan sebab banyak 'politik'.

"Lagipun, susah untuk mencari pemimpin yang tidak memikirkan tentang imbuhan sahaja, sebaliknya melakukan kerja secara ikhlas," katanya secara terus terang.

Habsah berkata, sesetengah persatuan yang ada hari ini berfungsi dengan baik.

Bagaimanapun katanya, masih ada persatuan yang bercakaran sesama sendiri kerana masing-masing dengan matlamat yang berbeza.

Justeru katanya, perlu direnung kembali, apakah fungsi persatuan kepada artis jika persatuan yang sepatutnya memudahkan artis bersatu tetapi gagal berbuat demikian.

"Kalau persatuan itu boleh memudahkan artis di Malaysia bersatu dengan satu agenda supaya suara mereka semua mudah didengari, maka idea penubuhan persatuan baru ini jangan ditolak.

"Malangnya, tiada siapa pun yang mahu berbuat sesuatu tentang masalah persatuan-persatuan yang kini tujuan dan kehendaknya tidak seiring.

"Itu yang menyebabkan ahlinya bertelagah dan mereka kurang yakin dengan persatuan tersebut. Jadi, ini yang menyebabkan mereka kurang aktif," katanya.

Rosyam Nor tolak cadangan

Sebagai ahli Seniman, aktor Rosyam Nor berkata, dia tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan persatuan baru.

Jelasnya, persatuan tidak diperlukan kerana persatuan yang sedia ada pun masih belum berfungsi dengan sepenuhnya.

"Saya rasa tidak perlu ada satu persatuan yang baru sedangkan persatuan yang ada hari ini pun tidak menarik untuk dianggotai oleh artis-artis baru.

"Pada pandangan saya, persatuan yang ada ini, buatlah kerja masing-masing dan mereka yang menjawat jawatan sebagai ahli jawatankuasa, jalankanlah kerja.

"Cari artis-artis baru untuk tambah keahlian dan itu lebih bagus daripada wujudkan satu lagi persatuan baru," cadang Rosyam.

Bawa perubahan - Zed

Walaupun menjawat jawatan sebagai ahli jawatan kuasa Seniman, Zed Zaidi mempunyai pendiriannya tersendiri dalam isu penubuhan persatuan baru.

"Kalau persatuan baru itu nanti boleh menjadi payung kepada semua artis, mengapa tidak ia diberikan sokongan?

"Apa yang kita tengok pada persatuan hari ini ialah ketidakseimbangan yang berlaku. Artis-artis senior sahaja yang menjadi ahli kepada satu-satu persatuan manakala artis baru atau muda, menjauhkan diri.

"Artis muda juga artis dan boleh masuk menjadi ahli tetapi kalau tidak ditekankan panduan kepada artis muda ini tentang hala tuju persatuan berkenaan, macam mana mahu menarik golongan itu berpersatuan?

"Maka itulah, jika persatuan-persatuan sedia ada boleh menerima cadangan dan teguran daripada golongan artis muda, mungkin kita tidak perlukan satu persatuan baru," katanya.

Lindung artis - Jehan

Jehan Miskin bersetuju jika seluruh warga kerja dalam industri hiburan bersatu di bawah satu bumbung.

Katanya, cadangan menubuhkan satu persatuan yang baru boleh diterimanya tetapi dengan syarat, persatuan berkenaan perlu jelas hala tuju .

"Lagi banyak persatuan yang wujud dalam industri, lagi banyak berlaku perpecahan di kalangan artis atau pengkarya seni.

"Elok jika semua bernaung di bawah satu persatuan sahaja tetapi matlamat, persatuan itu pula, mesti jelas dan telus," katanya.

Beliau berkata, sudah tiba masanya kebajikan artis di Malaysia dibela dengan adil dan saksama, bukan pilih kasih.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Agenda bumiputera tetap diperjuangkan

Posted:

Agenda bumiputera tetap diperjuangkan

Agenda bumiputera tetap diperjuangkan




TERDAPAT kebimbangan mengenai nasib orang Melayu dan bumiputera sekarang berikutan berakhirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB). Pengenalan Model Baru Ekonomi (MBE) dan penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) pula dikatakan tidak berkesan bagi membantu kaum ini terutama dalam meningkatkan pegangan ekuiti dalam syarikat korporat yang dilihat masih lagi kecil.

Dalam satu pertemuan dengan pihak media yang turut dihadiri wartawan Utusan Malaysia, MOHD. RIDZWAN MD. IMAN, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL dan NIZAM YATIM di Kuala Lumpur, semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, DATUK SERI MUSTAPA MOHAMED menyifatkan segala kebimbangan itu adalah tidak berasas.

UTUSAN: Apakah berasas tuduhan bahawa dasar terbaru kerajaan telah meminggirkan orang Melayu dan bumiputera?

MUSTAPA: Ini adalah tidak benar. Agenda untuk memastikan bahawa orang Melayu dan bumiputera juga dapat menyertai kemajuan ekonomi akan terus diperjuangkan.

Sebab itu salah satu tujuan diperkenalkan MBE adalah untuk memperjuangkan prinsip keterangkuman. Prinsip ini merujuk kepada komitmen kerajaan untuk memastikan faedah pembangunan dinikmati oleh semua pihak di negara kita dan dalam konteks ini agenda memperjuangkan nasib bumiputera masih lagi relevan kerana ramai bumiputera yang kini hidup di bawah paras kemiskinan dan tidak mendapat kemudahan-kemudahan tertentu yang disediakan oleh kerajaan.

Terdapat juga bumiputera yang memerlukan bantuan dalam bidang keusahawan dan sebab itu kerajaan telah menubuhkan Teraju. Jadi kita ingin tekankan bahawa memang telah menjadi perjuangan pentadbiran kerajaan sekarang dan UMNO untuk mengangkat martabat dan kedudukan orang Melayu serta bumiputera. Ini termasuk dalam bidang perusahaan kecil dan besar yang diberi perhatian oleh Teraju manakala dalam bidang pendidikan dan keusahawan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Kita tahu bahawa dari segi pegangan ekuiti orang Melayu dan bumiputera, kita masih belum mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh DEB, maka kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan pegangan ekuiti ini.

Apakah komen dengan kritikan pelbagai pihak terhadap Teraju yang dianggap kurang berkesan untuk membangunkan ekonomi bumiputera?

Teraju baru ditubuhkan, sudah pasti ada beberapa perkara yang perlu diperkemaskan lagi tetapi dengan komitmen tinggi yang ditunjukkan kerajaan dan dengan bimbingan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri kita yakin Teraju mampu memperjuangkan agenda membangunkan ekonomi bumiputera.

Bagi mempermudahkan lagi kerja-kerja Teraju kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2 bilion kepadanya. Antara tumpuan Teraju adalah untuk membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera. Ia bersama-sama SME Corp sedang mengenal pasti kira-kira 1,000 PKS bumiputera yang boleh diangkat martabat mereka supaya mereka dapat berkembang menjadi syarikat yang lebih besar dan menembusi pasaran global.

Adakah Datuk Seri bersetuju dengan cadangan supaya Teraju diketuai oleh seorang menteri?

Sebenarnya, Teraju telah diberikan satu kedudukan yang istimewa kerana ia melaporkan terus kepada Perdana Menteri. Terdapat juga satu lembaga yang ditubuhkan bagi memantaunya yang diketuai oleh Perdana Menteri dan dianggotai oleh menteri-menteri tertentu yang ada kaitan dengan agenda untuk memajukan penglibatan bumiputera dalam pelbagai bidang.

Oleh itu pada masa ini, kita rasa tidak berbangkit isu Teraju perlu diketuai oleh seorang menteri kerana Perdana Menteri sendiri yang mengawasi dan memantau dengan teliti kemajuan Teraju.

Terdapat kebimbangan penubuhan Teraju hanya akan menguntungkan golongan bumiputera yang rapat dengan ahli politik tertentu sahaja?

Pendekatan membangunkan bumiputera dalam MBE ini berbeza kerana kerajaan akan memberikan perhatian kepada syarikat dan individu yang layak berasaskan meritokrasi.

Kalau dulu mungkin pemilihan yang dibuat itu ada kelemahannya, tetapi di tahun- tahun mendatang ini, pemilihan akan lebih telus dan berasaskan kepada meritokrasi. Ini bermakna syarikat yang akan dipilih untuk dibangunkan termasuk oleh Teraju merupakan syarikat yang benar-benar layak untuk memastikan bahawa mereka boleh berjaya dalam dunia korporat.

Apa pandangan dengan dakwaan kaum lain bahawa DEB hanya menguntungkan orang Melayu dan bumiputera?

Sebenarnya DEB sudah berakhir dan sekarang ini yang ada adalah semangat DEB dalam MBE. DEB dan semua dasar-dasar kerajaan telah memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia dan ini tidak harus dipertikaikan.

Dalam pelajaran umpamanya, kerajaan telah membuka ruang kepada universiti swasta untuk ditubuhkan dan ini telah membolehkan rakyat Malaysia daripada semua kaum untuk mengikuti pengajian di peringkat lebih tinggi.

Dalam bidang ekonomi, walaupun mungkin bumiputera mendapat beberapa faedah daripada DEB, tetapi ia dikongsi bersama oleh rakan-rakan kita kaum lain, umpamanya seorang kontraktor bumiputera mendapat projek, dia kena beli barang keperluan pembinaan daripada syarikat yang dimiliki bukan bumiputera.

Begitu juga dalam bidang pekerjaan profesional, tidak semestinya semuanya 100 peratus adalah bumiputera.

Kita harap rakyat Malaysia akan faham bahawa kita perjuangkan kepentingan semua kaum, tetapi oleh kerana golongan bumiputera masih lagi ketinggalan, maka harus ada usaha-usaha khusus yang tersusun untuk kita memajukan kepentingan ekonomi mereka termasuk ditubuhkan Teraju.

Adakah kerajaan serius membangunkan taraf hidup golongan muda bumiputera berusia 21 hingga 35 tahun?

Untuk golongan muda, dua perkara telah diberi penekanan iaitu pendidikan dan pekerjaan. Peluang pendidikan, ia disediakan seluas-luas oleh kerajaan termasuk menerusi penubuhan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Kita menjanjikan setiap rakyat Malaysia yang dapat masuk universiti akan mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan juga pemberian biasiswa khususnya untuk bumiputera oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Mengenai peluang pekerjaan, walaupun keadaan ekonomi dunia lembap kita berusaha memastikan kadar pertumbuhan ekonomi negara antara lima dan enam peratus serta kadar pengangguran yang rendah.

Peluang pekerjaan ini adalah yang berkualiti. Ini boleh dicapai berikutan pelaburan baru yang sedang kita usahakan adalah pelaburan berkualiti yang akan menjana peluang pekerjaan yang memerlukan khidmat individu profesional dan yang berkemahiran tinggi.

Projek permulaan (EPP) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri juga bakal mewujudkan 389,000 peluang pekerjaan. Berikutan kurangnya publisiti untuk membolehkan golongan muda tahu peluang pekerjaan banyak yang disediakan kerajaan maka Pemuda BN juga telah menganjurkan karnival kerjaya.

Apakah mesej Datuk Seri kepada perwakilan UMNO yang akan membahaskan usul ekonomi?

Kita perlu beri kepercayaan kepada pemimpin kita Datuk Seri Najib. Kepada orang Melayu dan bumiputera jangan bimbang kerana kerajaan amat peka dengan kepentingan mereka. Kita tahu mereka masih lagi terkebelakang dalam beberapa bidang termasuklah dalam sektor korporat dan sebab itulah ditubuhkan Teraju.

Dalam erti kata lain, agenda untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan bumiputera akan terus segar dalam UMNO dan kerajaan. Kita juga berharap mereka akan mengambil peluang sepenuhnya daripada program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Full content generated by Get Full RSS.

EAS medan percaturan China-AS?

Posted:

EAS medan percaturan China-AS?

EAS medan percaturan China-AS?

DATUK DR. MAHANI ZAINAL ABIDIN,
Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS)


Pemimpin-pemimpin negara ASEAN dan Asia Pasifik pada sesi bergambar sempena Sidang Kemuncak Asia Timur 2011 di Bali, Indonesia pada 19 November lalu. - BERNAMA


Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) Keenam pada 19 November 2011 di Bali, Indonesia ada kelainannya tersendiri. Walaupun ada tujuh belas pemimpin EAS, kehadiran Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah menjadikan perjumpaan satu yang diperhati secara dekat oleh dunia. Apakah hasil yang boleh kita harapkan daripada sidang kemuncak ini? Adakah perhubungan politik dan ekonomi Asia-Pasifik akan berubah ekoran daripadanya?

Pada asasnya, EAS adalah sidang kemuncak mengeni isu strategik. Justeru, EAS sudah pastinya tidak akan menghasilkan Perjanjian Perdagangan Bebas serantau dalam masa terdekat. Namun, EAS masih dianggap sebagai sidang kemuncak yang terpenting di kalangan negara ASEAN dan Asia Pasifik.

Agak terlalu awal untuk meminta hasil mesyuarat yang nyata kerana kita perlu menyelami isu kandungan Deklarasi EAS itu sendiri untuk menghargai kepentingannya dalammemastikan keamanan dan kemakmuran serantau.

EAS bermula di Kuala Lumpur pada tahun 2005. Selepas Krisis Kewangan Asia pada tahun 1998, kerjasama ASEAN +3 (China, Jepun dan Korea Selatan) atau APT, ditubuhkan bagi mengukuhkan integrasi ekonomi di kalangan negara ASEAN dan tiga rakan dagangan rapatnya.

Tujuannya adalah untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi lebih mapan serta meningkatkan keupayaan menangani krisis di masa depan. Keanggotaan kumpulan ini diperluaskan dengan kemasukan India, Australia dan New Zealand dan kumpulan baru ini dikenali sebagai EAS (East Asian Summit).

Mandat EAS adalah sebagai forum dialog mengenai isu-isu strategik iaitu isu keselamatan, politik dan ekonomi untuk mencapai "keselamatan bersama, kemakmuran bersama dan kestabilan bersama". Ia adalah satu platform yang unik yang membincangkan gabungan ketiga-tiga isu-isu ini sekali.

Setakat ini, institusi kerjasama atau integrasi serantau yang sedia ada hanyalah untuk perkara-perkara tertentu sahaja, contohnya: Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) untuk isu ekonomi, Forum Serantau ASEAN (ARF) dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) untuk isu keselamatan, dan APT untuk isu-isu ekonomi dan kerjasama rantau Asia Timur.

Pada sidang kemuncak ASEAN di Hanoi tahun lalu, pemimpin-pemimpin ASEAN bersetuju menjemput Amerika Syarikat dan Rusia untuk menyertai EAS. EAS yang diperluaskan ini telah menarik minat dunia kepada rantau Asia Pasifik. Sejak itu, banyak pendapat diberi mengenai keahlian baru yang mampu mempengaruhi arah perbincangan dan hasil mesyuarat tahunan EAS. Selama ini, agenda-agenda mesyuarat EAS berpaksikan isu yang diketengahkan oleh ASEAN. Tapi ini mungkin berubah.

Perdana Menteri China Wen Jiabao telah berulang kali menegaskan bahawa ASEAN harus terus berperanan sebagai pemandu utama EAS. Ini mungkin disebabkan peranan ASEAN yang tidak agresif amat disenangi dan dianggap tidak mengancam kepentingan negara China. Jika ASEAN tidak memainkan peranan utama, mungkin China harus berdepan dengan ahli-ahli EAS yang boleh mengasak dan menekannya dalam persidangan EAS nanti.

Bagaimanapun, peranan ASEAN sebagai pemacu EAS tidak mungkin berterusan tanpa perubahan. Keahlian EAS sekarang terdiri daripada kuasa-kuasa besar dunia yang boleh mencabar norma, prinsip dan amalan dalaman ASEAN seperti prinsip-prinsip kesaksamaan, konsensus dan saling menghormati di antara satu sama lain. Jika prinsip- prinsip lazim ASEAN yang berkecuali ini berubah arah, maka kita akan melihat ASEAN yang berbeza.

Keahlian Amerika Syarikat dalam EAS telah banyak dibahaskan sebagai titik tolak percaturan politik di Asia Timur. Ini disebabkan oleh peralihan dasar hubungan luarnya yang diperkenalkan oleh Presiden Obama di mana Amerika Syarikat kembali berkecimpung di rantau ini.

Sepanjang tempoh 'pengunduran' Amerika Syarikat dari Asia selama pentadbiran George W. Bush, ramai penganalisis berpendapat bahawa China menggunakan "kekosongan" ini dan meluaskan peranan dan pengaruhnya di rantau ini terutamanya di ASEAN.

Langkah Amerika Syarikat menempatkan tenteranya di Australia membuktikan kebimbangannya. Oleh itu, penglibatan semula Amerika Syarikat melalui EAS dilihat sebagai pengimbal balas pengaruh serantau China yang terhasil daripada peningkatan kuasa ekonomi dan ketenteraannya.

Amerika Syarikat sudah pasti akan membawa isu-isu sensitif ketenteraan termasuk kebebasan pelayaran di Laut China Selatan yang sering ditonjolkan berikutan penglibatan aktif tentera China di kawasan tersebut. Sudah pasti, isu ini tidak akan disambut baik oleh China.

Washington akan disambut baik sekiranya ia dapat memenuhi objektif utama EAS dalam mengukuhkan keamanan dan kestabilan Asia Timur. Amat penting bagi kuasa-kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat mengimbangi kedudukan dan pengaruh masing-masing serta mengelakkan persaingan kuasa yang boleh memudaratkan Asia Timur. EAS seharusnya dijadikan landasan untuk mengeratkan jaringan kerjasama keselamatan dan kesejahteraan serantau ke satu tahap di mana konflik di rantau ini tidak akan berlaku.

Amerika Syarikat sedar bahawa penglibatannya adalah sensitif. Penolong Setiausaha Negara Amerika bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Kurt Campbell berkata "ia (EAS) adalah sangat penting bagi Amerika Syarikat dan untuk berjaya, apabila kita menjadi ahli, kita perlu dengar, perlu peka tentang cara mereka berinteraksi sesama sendiri, dan kita juga perlu menyedari peranan kita sebagai pendatang baru".

Dengan kehadiran empat kuasa-kuasa besar dunia - Amerika Syarikat, China, Rusia dan India - ASEAN perlu memainkan peranannya yang tersendiri melalui penetapan agenda perbincangan EAS. Ada negara-negara ahli EAS yang akan cuba menggerakkan perbincangan di luar topik-topik biasa kepada perkara-perkara yang lebih kompleks dan sensitif.

Ada juga yang berpendapat bahawa perbincangan perlu tertumpu kepada topik-topik yang tidak kontroversial untuk meningkatkan keyakinan ahli-ahli EAS sebelum membawa isu-isu yang lebih berbentuk konfrontasi ke meja persidangan. Cara ini adalah selaras dengan 'budaya' forum-forum yang diterajui ASEAN.

Agenda utama EAS adalah lima perkara - kewangan, pendidikan, tenaga, pengurusan bencana alam dan pencegahan virus selesema burung. Tetapi, EAS perlu bergerak ke arah kerjasama serantau yang lebih erat dan ini bermakna isu-isu sensitif tidak boleh dipandang ringan dan sebaliknya perlu juga dibawa ke meja rundingan termasuklah langkah-langkah ke arah kerjasama keselamatan maritim.

Isu perbalahan serantau di Laut China Selatan tidak akan terlepas dibincangkan di EAS. Persoalannya, mampukah EAS mencadangkan kod tatacara maritim serantau sebagai satu cara untuk penyelesaian secara aman kepada pertikaian ini?

Amerika Syarikat mungkin mencadangkan beberapa agenda tambahan di bawah isu-isu keselamatan tradisional dan bukan tradisional termasuk bantuan kemanusiaan dan bencana, operasi keamanan, dan anti-terorisme. Ini berbeza pula dengan China yang mahu menumpukan kepada isu pertumbuhan ekonomi dan perkembangan infrastruktur yang lebih inklusif, selaras dengan Pelan Induk Kesinambungan Infrastruktur ASEAN sebagai komponen penting bagi pertumbuhan serantau.

Hakikatnya, EAS mampu membentuk architecture rangkaian kerjasama rantau Asia Timur. Ia satu forum yang strategik yang boleh membina keyakinan dan pencegahan konflik serantau. Kejayaan EAS akan bergantung kepada keupayaannya membentuk keamanan dan kestabilan geopolitik Asia Timur, rantau yang kini diuar-uarkan sebagai pusat pertumbuhan global baru. Tetapi kita juga perlu realistik kerana EAS tidak akan berupaya menjadi institusi seperti G-20 yang boleh membuat keputusan yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahlinya.

Kerjasama ekonomi EAS masih lemah dan kurang menyerlah, tidak seperti proses APT yang telah berjaya membentuk kerjasama ekonomi serantau melalui inisiatif Chiang Mai dan Pasaran Bon Asia (Chiang Mai initiative and Asian Bond Market). EAS tidak mungkin melahirkan penyelesaian yang konkrit mengenai kegawatan pasaran kewangan global semasa.

Kita harap EAS tidak akan menjadi sebuah forum yang penuh omong-omong kosong sahaja atau pentas untuk kuasa dunia bercatur. Penglibatan ASEAN dengan rakan-rakan kongsi utamanya akan mengubah landskap perhubungan serantau.

EAS boleh menjadi satu laluan penting kepada generasi-generasi akan datang untuk membincangkan isu-isu merentas sempadan seperti langkah mengatasi bencana alam, perubahan iklim dan memastikan makanan cukup. Ia penting untuk mengimbangkan kuasa-kuasa dunia dari bersaing di Asia Pasifik. Masa depan kita bergantung kepada kerjasama dan persefahaman, bukan persaingan dan konflik. EAS adalah jawapannya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Sukar kawal kencing

Posted:

Sukar kawal kencing

Sukar kawal kencing

Oleh SHOLINA OSMAN
Gambar IRWAN MAJID


VIBRANCE Kegel Device, alat peranti untuk menguatkan otot lantai pelvis.


Kajian oleh Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat mendapati kira-kira 30 peratus wanita pernah mengalami kesukaran mengawal kencing.

Kajian sama yang dilakukan di Malaysia menunjukkan wanita di negara ini juga berdepan dengan situasi yang sama.

Kesukaran mengawal kencing sebenarnya bukan sahaja memalukan, malah sering membuatkan kaum wanita berada dalam keadaan serba-salah.

Sebenarnya masalah ini berpunca daripada otot lantai pelvis yang lemah.

''Kehamilan, melahirkan bayi, berat badan berlebihan, usia tua dan tabiat merokok biasanya akan menyebabkan kaum wanita terdedah kepada masalah seperti ini,'' kata Presiden Continence Foundation Malaysia, Dr. Peter Ng.

Katanya, wanita yang memiliki otot lantai pelvis yang kuat akan memberikan pelbagai kelebihan kepada mereka.

''Ia yang membolehkan seseorang wanita itu melalui tempoh mengandung dengan selamat kerana dapat menanggung tambahan berat bayi dan kelahiran juga akan berjalan dengan lancar,'' katanya.

Selain itu, katanya, otot lantai pelvis yang kuat juga akan membuatkan seseorang wanita yang sudah putus haid mampu mengawal kencing.

Secara keseluruhan ia juga turut membantu meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan wanita serta meninggikan keyakinan diri.

''Kaum wanita juga akan memiliki pengalaman seksual yang lebih tinggi dan hubungan yang sihat dengan pasangan mereka,'' katanya.

Menurut Dr. Ng, masalah otot lantai pelvis yang lemah tidak semestinya bersifat kekal. sebaliknya ia masih boleh diatasi terutama melalui senaman Kegel.

Katanya, senaman Kegel yang diperkenalkan oleh Dr. Arnold Kegel sekitar tahun 1940-an telah terbukti mampu menguatkan dan mengentalkan otot lantai pelvis yang lemah antaranya disebabkan faktor penuaan, melahirkan anak dan sebagainya.

Senaman itu melibatkan pergerakan regangan dan merehatkan otot lantai pelvis yang kadang kala juga dipanggil otot Kegel.

Untuk menjadikan senaman itu berkesan, satu alat peranti canggih yang dikenali sebagai Vibrance Kegel Device telah diperkenalkan.

Pengarah Pembangunan Pemasaran Bioinfinity (M) Sdn. Bhd., Ng Shea Kang, berkata, ia merupakan peralatan sokongan bagi senaman Kegel yang merupakan pilihan yang selamat untuk menguatkan otot lantai pelvis.

Selain itu, katanya, alat peranti ini paling berkesan untuk menyokong senaman Kegel kerana ia dapat menentukan sama ada otot yang betul telah diberikan senaman.

''Pengguna dapat merasai getaran maklum balas bio yang lembut dengan menghasilkan rangsangan positif terhadap otot,'' katanya.

Katanya, alat peranti itu direka untuk meningkatkan kekuatan pengecutan otot vagina, menguatkan otot cerut pundi kencing, membantu memperbaiki kualiti kehidupan, menambah baik postur tubuh, mencantikkan tona otot abdomen dan mengembalikan bentuk badan.

''Peranti yang mesra pengguna ini direka dengan mengutamakan aspek keselamatan dan keselesaan,'' tambahnya.

Selain itu, ia berbentuk kompak, ringan dan sesuai bagi golongan wanita yang sentiasa bergerak cergas kerana mereka bebas untuk menggunakannya pada bila-bila masa tanpa rasa malu,'' katanya.

Malah jelasnya, alat peranti ini yang berharga RM598 ini boleh didapati daripada ahli urologi dan pakar ginekologi di seluruh negara yang mampu dimiliki berbanding pembedahan yang mungkin mendatangkan komplikasi.

Full content generated by Get Full RSS.

IJN bimbing urus diabetes

Posted:

IJN bimbing urus diabetes

IJN bimbing urus diabetes

Oleh SHOLINA OSMAN
Gambar NOORADZRENE MOHD NOOR


Pesakit dibenarkan menikmati makan tengah hari di dalam hidangan buffet yang disediakan sempena Kempen Makan dan Uji di Institut Jantung Negara.


SETIAP pesakit diabetes perlu menjaga kawalan gula dalam darah kerana ia menentukan paras kesihatan masing-masing.

Sehubungan itu, setiap pesakit perlu memahami dengan jelas setiap makanan yang telah diambil.

Ini penting supaya setiap apa yang dimakan tidak akan meningkatkan paras gula dalam darah atau terlalu rendah kerana ia akan memberikan kesan tidak baik terhadap pesakit diabetes.

Berikutan itu, Institut Jantung Negara (IJN) telah berkerjasama dengan Novo Nordisk Pharma (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Johnson & Johnson menganjurkan Kempen Makan dan Uji sebagai cara untuk mengawal penyakit diabetes baru-baru ini.

Kira-kira 50 pesakit diabetes telah menghadiri majlis yang pertama kali dianjurkan oleh IJN.

Penasihat Diabetes IJN, Siah Guan Jian memberitahu, IJN mengambil pendekatan berbeza dalam mendidik pesakit diabetes kali ini supaya mereka tidak dibebankan dengan ceramah sepanjang masa.

''Cara ini memberi peluang kepada pesakit untuk menjaga sendiri pemakanan di samping tidak melupakan ubat yang telah ditetapkan untuk diambil setiap hari,'' katanya.

Katanya, setiap pesakit yang mendaftar akan melalui ujian darah untuk mengukur kandungan gula dalam darah masing-masing.

Selepas itu pesakit dibenarkan menikmati makan tengah hari yang disediakan.

''Kita memberikan peluang pesakit ini untuk makan dengan sepuas-puasnya,'' katanya.

Bagaimanapun katanya, selepas itu semua pesakit akan menjalani ujian gula dalam darah masing-masing.

Beliau memberitahu, semua pesakit tersebut akan melihat sendiri perbandingan kandungan gula masing-masing pada sebelum dan selepas makan di dalam bengkel.

Daripada situ, katanya, pesakit akan dapat menilai sendiri mana makanan yang sesuai dengan diri mereka supaya kandungan gula stabil.

''Sebelum itu pesakit juga telah digalakkan memberikan anggaran paras gula yang mereka jangkakan selepas mereka makan,'' katanya.

Beliau memberitahu, secara tidak langsung latihan amali untuk pengambilan makanan yang sepatutnya kepada pesakit kencing manis seperti yang dianjurkan itu lebih menarik dan tidak membosankan.

Tambahnya, kaedah itu lebih memberi peluang kepada pesakit untuk menjalankan uji kaji pada diri sendiri supaya dapat mengawal pemakanan agar kandungan gula sentiasa stabil.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved