Isnin, 21 November 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Pembeli Alam Prima tertekan

Posted:

Pembeli Alam Prima tertekan

Pembeli Alam Prima tertekan

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my


Seorang pembeli rumah di pangsapuri Alam Prima menunjukkan kawasan letak kereta di pangsapuri itu yang ditakungi air akibat terbiar sejak lebih setahun lalu. –Utusan/Hafiz


SHAH ALAM 21 Nov. - Isu projek rumah gagal disiapkan oleh pemaju dalam tempoh yang ditetapkan bukan lagi satu perkara baru tetapi di sebalik pelbagai usaha 'pencegahan' yang diambil oleh kerajaan, ia masih berlaku.

Apabila berlaku masalah itu, golongan yang terpaksa menanggung kesengsaraan tentunya pembeli dan keadaan menjadi lebih memeritkan apabila pemaju berjanji menyelesaikan masalah secepat mungkin tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh.

Paling menyedihkan, kebanyakan pembeli yang terjebak dengan kemelut itu adalah mereka yang pertama kali membeli rumah.

Akibatnya, bukan sahaja impian mereka untuk mendiami rumah idaman berkecai atau tertangguh tetapi juga mereka terpaksa hidup dalam keadaan tertekan kerana dibebani dengan masalah kewangan.

Inilah kemelut yang turut melanda pembeli rumah di Pangsapuri Alam Prima, Seksyen 22, di sini sejak lebih setahun lalu.

Rumah yang dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada tahun 2007 dan dijanjikan siap pada tahun lalu itu masih gagal diduduki oleh pembeli sehingga hari ini.


Pembeli pangsapuri Alam Prima yang terbengkalai berkumpul bagi mendesak pemaju menyiapkan segera projek itu.


Selepas gagal memenuhi tarikh siap yang sepatutnya, pembeli berkata, SPNB berjanji pula akan menyerahkan kunci rumah pada Jun lepas, namun ia tetap gagal dikotakan.

Rata-rata pembeli mengakui sangat tertekan dengan keadaan itu kerana mereka harus membayar balik pinjaman bank antara RM700 sehingga RM1,300, di samping perlu membayar sewa rumah yang diduduki sekarang.

Harapan mereka untuk hidup lebih selesa di kediaman sendiri masih tidak kesampaian dan mereka kini harus lagi menanti dan terus menanti.

Beberapa pertemuan sudah diadakan dengan pihak pemaju tetapi masalah itu masih tidak dapat diselesaikan juga.

Full content generated by Get Full RSS.

'Kami mahu kunci sebelum akhir tahun'

Posted:

'Kami mahu kunci sebelum akhir tahun'

'Kami mahu kunci sebelum akhir tahun'

SHAH ALAM 21 Nov. - Pembeli pangsapuri Alam Prima di Seksyen 22 di sini mendesak pemaju projek tersebut menyerahkan kunci rumah mereka selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Seorang pembeli, Ahmad Salimi Nong berkata, dia sudah tidak sanggup untuk menunggu, apatah lagi apabila melihat pangsapuri itu sudah hampir siap sepenuhnya kecuali beberapa perkara kecil.

"Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) perlu menyiapkan rumah kami dan kami tidak mahu lagi mendengar janji-janji daripada pemaju tetapi gagal dipenuhi.

"Sudah banyak kali mesyuarat diadakan dan pemaju berjanji akan menyerahkan kunci rumah, namun sehingga hari masih belum berlaku," katanya ketika ditemui di sini.

Ahmad Salimi berkata, dia dan pembeli juga tidak sanggup untuk membayar ansuran rumah itu setiap bulan dan pada masa yang sama, perlu juga menjelaskan sewa rumah yang didiami sekarang.

"Ia sangat membebankan, memandangkan kami bukan terdiri daripada orang yang senang," katanya.

Seorang lagi pembeli, Ramlee Muhammad, 36, berkata, dia merasa yakin untuk membeli rumah itu memandangkan pemajunya adalah syarikat milik kerajaan.

"Saya sangat berharap SPNB yang sering dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih rumah terbengkalai di seluruh negara agar segera memenuhi janji mereka agar kami dapat menduduki rumah kami secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, Razali Salleh, 28, pula berkata, secara fizikal, rumah tersebut boleh dikatakan siap, namun dapat dilihat beberapa perkara asas seperti jalan dan kemudahan lif masih belum dilengkapkan.

Dia berkata, akibat terbiar bagi satu tempoh yang agak lama, beberapa masalah lain dilihat mula berlaku termasuk kawasan letak kereta yang kini dipenuhi air dan sudah menjadi seperti kolam.

"Melihat kepada situasi itu, saya semacam kurang yakin yang kami dapat menduduki rumah terbabit dalam masa terdekat ini.

"Saya kini sudah ada dua orang anak tetapi rumah yang dibeli semasa anak sulung saya masih kecil ini masih belum dapat diduduki. Situasi ini sangat menyedihkan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Sharinah menang RM68,000

Posted:

Sharinah menang RM68,000

Sharinah menang RM68,000

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
Lpengarang@utusan.com.my


Dr. Siti Hasmah Mohd Ali menyampaikan Anugerah Wanita Inspirasi Tun Dr. Siti Hasmah Institut Pengurusan Wanita (WIM) 2011 kepada Sharinah Mohd Nor (dua dari kiri) di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, malam tadi.Turut hadir Napsiah Omar (kanan) dan Siew Yong Gnanalingam. – Bernama


KUALA LUMPUR 21 Nov. – Pemilik sebuah galeri seni yang cacat anggota dipilih sebagai penerima Anugerah Wanita Inspirasi Tun Dr. Siti Hasmah Institut Pengurusan Wanita (WIM) 2011 pada satu majlis yang diadakan di Hotel Shangri-La di sini malam ini.

Sharinah Md. Nor, 49, pemilik Sarina Art Gallery menerima hadiah bernilai RM68,000 meliputi wang tunai RM10,000 daripada WIM, RM20,000 sumbangan amal daripada Etiqa Insurans dan Takaful, set barang kemas mutiara Rafflesia bernilai RM15,000 dan trofi.

Walaupun cacat anggota, Sarinah menganggap anugerah yang diterima sebagai pembakar semangat untuknya terus menempa kejayaan pada masa akan datang.

"Syukur dengan anugerah ini, cuma yang menyedihkan ialah kejayaan saya pada malam ini tidak dapat dikongsi bersama ibu yang meninggal dunia dua bulan lepas.

"Kepada ibu bapa yang mempunyai anak cacat anggota, jangan berasa rendah diri, dedahkan mereka pada masyarakat, biar mereka bersekolah sama seperti orang lain supaya mereka tidak berasa kekurangan," katanya.

Ibu kepada empat anak itu mengetepikan empat calon lain yang tersenarai sebagai finalis.

Mereka ialah Pengasas dan Presiden Pertubuhan Bantuan Makanan dan Kebajikan Penampang (Permak), Datuk Elizabeth Maurice, 56; Ketua Jururawat Jabatan Pergigian Gerik yang juga Ketua Wanita MIC Bahagian Sungai Siput, Perak, Saroja Kunjuraman, 54.

Dua lagi ialah Pengarah Eksekutif PJ Live Arts, Choong Lai Ling, 40, dan Presiden Persatuan Kebajikan Wanita India Daerah Kuantan, Saressa Muniandy, 40.

Terdahulu ikon anugerah itu, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali ketika berucap pada majlis itu berkata, anugerah tersebut merupakan penghargaan kepada mereka yang sebelum ini berusaha mengecapi kejayaan dan kini berkongsi petua itu dengan orang lain.

"Saya harap penerima anugerah ini akan menjadi contoh terbaik kepada mereka yang turut berdepan cabaran dan kesukaran dalam kehidupan," katanya.

Turut hadir ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Pengerusi Lembaga WIM, Tan Sri Napsiah Omar dan Pengerusi Jawatan Kuasa Pengelola majlis, Puan Sri Siew Yong Gnanalingam.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved