Jumaat, 21 Jun 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


20 GRO dicekup polis dalam serbuan di Kepong

Posted: 21 Jun 2013 03:47 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 Jun - Sekumpulan 20 gadis pelayan pelanggan (GRO) tidak sempat mengutip tip daripada pelanggan masing-masing apabila kelab yang menjadi tempat mereka bekerja tiba-tiba diserbu polis di Jalan Ambong Kanan, Kepong malam tadi.

Sebelum serbuan, GRO tempatan serta warga Thailand dan Vietnam yang berusia antara 24 hingga 32 tahun itu sedang leka mengutip tip daripada pelanggan sambil menari atau menjual minuman keras.

Bagaimanapun kehadiran sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 11.45 malam itu memaksa mereka meninggalkan pelanggan masing-masing dan cuba melarikan diri menerusi pintu belakang. Kesemua mereka bagaimanapun berjaya ditangkap.

Ketua Operasi D7, Asisten Supritendan Shahrul Nizam Jaafar berkata, premis itu pernah diserbu beberapa kali sebelum ini dan memaksa pihak pengurusannya menukar nama kelab untuk mengelirukan pihak berkuasa.

Sebelum ini polis mengesan pusat hiburan itu menggunakan GRO tempatan sahaja namun sejak kebelakangan ini mereka mendapatkan khidmat warga asing sebagai taktik untuk menarik perhatian pelanggan.

Hasil siasatan kita juga mendapati terdapat aktiviti kalungan bunga di kalangan pelanggan untuk menempah gadis. Malah kita percaya terdapat aktiviti khidmat seks dengan bayaran antara RM120 sehingga RM450," katanya selepas mengetuai serbuan itu.

Tambah beliau, dalam serbuan itu sebanyak 11 warga Thailand dan seorang Vietnam ditahan kerana menyalahguna pas lawatan sosial. Kesemua mereka masuk ke negara ini lebih dari 20 kali.

Lapan lagi GRO tempatan turut ditahan untuk direkod. Mereka ini dipercayai tidak menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan dan hanya bertugas sebagai pelayan," katanya.

Shahrul Nizam berkata, pemilik kelab iaitu lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an turut ditahan dan kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Kepong untuk diambil keterangan. - UTUSAN ONLINE

Tiga maut dalam dua nahas berasingan

Posted: 21 Jun 2013 03:37 AM PDT

KUBANG PASU 21 Jun - Seorang pemandu kren maut setelah kereta dipandunya terhumban ke dalam kolam berhampiran belukar di Kampung Padang Asun di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu, Mohamad Hazwan Abdul Hamid, 24, yang memandu kereta jenis Proton Wira dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terhumban ke dalam kolam.

Difahamkan anak keenam dari tujuh beradik itu dalam perjalanan dari rumahnya di Teluk Tenggiri ke tempat kerja di pekan ini.

Menurut bapa mangsa, Abdul Hamid Abdullah, 65, dia mengejutkan anaknya kira-kira pukul 6.45 pagi sebelum keluar untuk ke tempat kerja pada pukul 8 pagi.

Katanya, Hazwan tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, cuma malam semalam anaknya itu membelikan mi goreng.

Saya makan mi goreng selepas solat isyak dan Hazwan ketika itu sudah tidur. Pagi ini selepas bersiap Hazwan tidak bercakap banyak terus pergi kerja," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Jitra hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Ibrahim Mohd. Yusof berkata, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam kolam.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat lemas.

Sebelum itu, dua lelaki terbunuh selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh pokok di di Kilometer 12, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Changlun menuju ke Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 10 malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Teh Eng Chuwan, 47, cuba mengelak sebuah kenderaan lain menyebabkan ia terbabas sebelum merempuh sebatang pokok.

Mangsa yang merupakan ahli perniagaan maut di tempat kejadian sementara penumpang kereta berkenaan, Chung Yoke Kyon, 28, meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Jitra.

Kedua-dua lelaki tersebut dikatakan dalam perjalanan menuju ke Thailand untuk bercuti di situ. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Amukan Kelantan

Posted: 21 Jun 2013 10:44 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN dan ISWAN SHAFIQ MAT ISA
sukan@utusan.com.my

Pemain Terengganu, Ismail Faruqi (kiri) hampir terjatuh akibat diasak pemain Kelantan, Dickson Nwakaeme dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi. - utusan/Shaifudin Mohd Nor

KUALA LUMPUR - Selangor mencerahkan peluang untuk memburu kedudukan tiga teratas Liga Super apabila menumbangkan ATM 2-1 di Stadium Shah Alam, semalam.

Namun aksi di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu lebih mencuri tumpuan apabila Kelantan mengamuk belasah pasukan tuan rumah 4-0.

K. Gurusamy muncul wira Selangor apabila memastikan tiga mata buat Selangor apabila jaringannya pada minit terakhir masa kecederaan memastikan Red Giants terikat sama 33 mata dengan ATM.

Namun perbezaan jaringan masih memihak kepada ATM untuk kekal pada tangga ketiga Liga Super.

ATM tempang apabila beraksi dengan 10 pemain setelah Marlon Alex James diperintah keluar padang pada minit ke-35 kerana menerima kad kuning kedua.

Selangor memanfaat peluang tersebut dan mendahului lima minit kemudian hasil jaringan menakjubkan Mohd. Amri Yahyah yang bijak meloloskan diri daripada kawalan pemain ATM, Irwan Fadzli Idrus, sebelum melepaskan rembatan yang gagal diselamatkan Farizal Harun.

ATM masih mampu bangkit menyamakan kedudukan sebelum tamat babak pertama menerusi penalti Bruno Martelotto, setelah pemain Selangor, Adam David Griffiths mengkasari Christie Jayaseelan di dalam kotak penalti.

Di Kuala Terengganu, hasrat Terengganu untuk menebus kehampaan setelah tersingkir pada separuh akhir Piala FA bukan sahaja tidak kesampaian tetapi dimalukan dengan kekalahan 0-4 kepada Kelantan.

Disaksikan hampir 10,000 penyokong sendiri dalam aksi pertama pada sebelah malam, Terengganu dibolosi seawal minit ke-11 menerusi Mohd. Badhri Radzi yang meledak sepakan lambung.

Kelantan semakin garang pada babak kedua apabila menggandakan kelebihan jaringan pada minit ke-46 hasil percubaan Dickson Nwakaeme.

Nwakaeme kemudian menjadi pencetus kepada gol ketiga Kelantan apabila melakukan hantaran kemas yang mudah disempurnakan Md. Norfarhan Muhamad pada minit ke-49.

Pemain sayap, Mohd. Faiz Subri melengkapkan malam derita skuad Penyu apabila rembatan derasnya gagal diselamatkan penjaga gol, Md. Sharmiza Yusof pada minit ke-55.

Hamidin Setiausaha Agung baharu?

Posted: 21 Jun 2013 10:44 AM PDT

KUALA LUMPUR - Ketika Datuk Azzuddin Ahmad hanya menunggu masa untuk memulakan tugasnya bersama Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), nama Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin terus disebut sebagai calon pilihan untuk mengisi kerusi panas Setiausaha Agung FAM.

Hamidin yang ditanya mengenai khabar angin tersebut di sini semalam, bagaimanapun tidak mengiyakan perkara itu.

Menurutnya, biarlah persoalan itu disebut sendiri oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah.

"Itu cuma khabar angin (dilantik Setiausaha Agung FAM yang baharu), saya tidak boleh pengesahannya kerana itu semua terletak dalam bidang kuasa Presiden FAM.

"Minta maaf kerana saya tidak boleh menjawab persoalan anda, hanya Tuanku sahaja yang boleh menjawab namun baginda tidak dapat hadir hari ini.

"Saya tahu ramai wartawan datang mahu mendapatkan kesahihan daripada saya namun saya tidak boleh bercakap apa-apa, " katanya selepas taklimat dan perbincangan khas perlawanan akhir Piala FA di sini semalam.

Difahamkan Azzudin bakal berpindah pejabat barunya pada 1 Julai ini dan kekosongan jawatan itu akan diisi oleh Hamidin setelah mendapat perkenan Sultan Ahmad Shah.

Selain Hamidin, seorang lagi yang turut disebut-sebut adalah Pengarah Eksekutif Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Windsor Paul John.

Jika Hamidin menggantikan Azzuddin, beliau perlu melepaskan beberapa jawatannya di FAM seperti Naib Presiden dan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan selain Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang disandangnya sejak 1995.

Hamidin antara orang lama di FAM dan berpengalaman luas dalam bola sepak.

Beliau turut mendapat sokongan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Penduduk bimbang gajah liar

Posted: 21 Jun 2013 10:44 AM PDT

Oleh M.RIZAL NOR
utusanpahang@utusan.com.my

sekumpulan penduduk menunjukkan tanaman sawit yang dirosakkan oleh kumpulan gajah liar di Kampung Som, Jerantut, semalam. - UTUSAN/ M. Rizal Nor

JERANTUT 21 Jun - Penduduk Kampung Som di sini sekali lagi dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan gajah liar yang mengancam nyawa dan tanaman mereka.

Seorang penduduk, Ishak Mukim Mat Ali, 76, berkata, beliau amat terkejut melihat kumpulan gajah berkenaan berada di hadapan rumahnya baru-baru ini.

"Saya terdengar bunyi bising di luar rumah kira-kira pukul 1 pagi dan bangkit daripada tidur untuk melihat apa yang berlaku.

"Saya membuka pintu dan mengambil lampu suluh untuk melihat sekeliling dan sangat terkejut apabila sekumpulan gajah berada kira-kira 30 meter dari rumah saya.

"Lebih 10 ekor gajah berada di depan rumah dan haiwan itu memusnahkan tanaman di sekitar rumah saya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, kehadiran kumpulan gajah liar ke kampung tersebut bukanlah kali pertama malah sudah berulang kali sejak 2009.

"Jika dihitung sejak 1 Jun lalu sudah hampir 10 kali kumpulan gajah itu masuk ke kebun penduduk. Kejadian kali ini menyebabkan kami kerugian besar sehingga RM50,000 apabila banyak tanaman rosak," ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Azman Zainuddin, 56, berkata, dia terkejut apabila melihat tanaman getah dan kelapa sawitnya musnah.

Tambahnya, hanya 15 pokok kelapa sawit yang tinggal daripada jumlah asalnya sebanyak 160 pokok.

Sebanyak 350 pokok getah musnah dan yang tinggal hanya 50 pokok sahaja di tanah seluas dua ekar miliknya," jelasnya.

Sehubungan itu, penduduk di kampung berkenaan merayu agar Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil tindakan segera demi menjaga periuk nasi mereka.

JAIP sentiasa kesan pengikut ajaran sesat

Posted: 21 Jun 2013 10:44 AM PDT

KUANTAN 21 Jun - Usaha membanteras ajaran dan fahaman sesat termasuk Syiah terus menjadi keutamaan kepada pihak berkuasa agama negeri ini bagi memelihara akidah seluruh umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, soal akidah tidak boleh dikompromi dan sebab itu pihak berkuasa serius menangani sebarang bentuk pengembangan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

"Dalam taklimat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kepada saya kelmarin, mereka mempunyai unit khas yang sentiasa celik dan mempunyai inisiatif bagi membanteras sebarang ajaran yang bercanggah dengan akidah Islam.

"Tak kiralah Al-Arqam, Syiah, Tuhan Harun atau sebagainya, apa sahaja yang tidak bertepatan dengan ASWJ dan mazhab Shafie, kita akan tangani. Akidah tidak boleh ambil mudah bagi menjaga masa depan generasi muda kita," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini kelmarin.

Bagaimanapun katanya, ancaman akidah di Pahang secara umumnya tidak berlaku secara serius namun ini bukan bermakna pihak berkuasa boleh leka dalam isu ini.

"Cubaan membawa fahaman salah ini sentiasa ada walaupun tidak agresif seperti suatu ketika dulu. Mereka ini saya tengok cuba menggunakan strategi mendampingi orang yang berpengaruh dan kaya.

"Namun JAIP cepat mengesan gerakan mereka seperti yang dibuktikan dalam menangani kes kumpulan pengikut Tuhan Harun baru-baru ini.

"Begitu juga Syiah, satu ketika cuba masuk ke negeri ini, tetapi JAIP cepat beri penerangan di lokasi sasaran mereka seperti pusat pengajian, masjid dan kampung," jelasnya.

Tambah Syed Ibrahim, ini dapat dilakukan kerana JAIP mempunyai struktur yang lengkap bagi menangani isu ini walaupun pada masa sama diakui ruang untuk menambah baik sentiasa perlu diusahakan.

"Orang yang bawa ajaran sesat ini sentiasa cari peluang, jadi ini cabarannya kepada kita," tegasnya.

Pembinaan PPRT jadi komitmen kerajaan BN

Posted: 21 Jun 2013 10:44 AM PDT

Wan Rosdy Wan Ismail (kanan) menyampaikan hadiah kepada salah seorang penduduk dalam pertandingan kediaman terbersih sempena majlis kesyukuran kemenangan Barisan Nasional di Kampung Beletik, Kuala Lipis, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 21 Jun - Pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan rumah mesra rakyat di negeri ini akan diteruskan secara berperingkat-peringkat bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri telah membelanjakan wang yang cukup banyak setiap tahun untuk melaksanakan projek kediaman bagi keselesaan golongan berkenaan.

Beliau berkata, secara purata, projek PPRT yang diluluskan oleh kerajaan negeri di setiap buah kampung dianggarkan sebanyak 10 unit dan agihan dilaksanakan mengikut keutamaan, manakala pemohon yang telah didaftarkan dalam e-Kasih perlu bersabar menunggu giliran.

"Kerajaan negeri bukan sahaja melestarikan projek PPRT dan rumah mesra rakyat malah turut membaik pulih kediaman untuk golongan miskin.

"Penduduk amat bertuah kerana mempunyai kerajaan Barisan Nasional (BN) yang prihatin dan sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran kemenangan BN bersama-sama penduduk di Kampung Beletik di sini kelmarin.

Yang hadir sama, Ketua Kampung Beletik, Nazaha Mohd. Yusof; Ketua Kampung Lubuk Kulit, Mazlan Jali dan Ketua UMNO Cawangan Beletik, Zainal Abidin Mohd. Ali Hanafiah.

Sempena majlis berkenaan, Wan Rosdy turut menyampaikan hadiah kepada lima pemenang kediaman terbersih dan wang tunai RM100 kepada empat murid yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 di kampung berkenaan.

Menurut beliau, kerajaan negeri memberi jaminan penduduk miskin yang membuat permohonan rumah PPRT dan bantuan kebajikan lain menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan dipertimbangkan selari dengan aspirasi aku janji BN.

Terdahulu, Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai meminta JKKK mengenal pasti keperluan infrastruktur yang perlu dinaik taraf khususnya jalan kampung untuk memudahkan penduduk membawa hasil pertanian ke bandar selain pelajar ke sekolah.

"Boleh dikatakan semua jalan kampung di kawasan ini sudah disambung ke kawasan projek pertanian dan kediaman, manakala usaha membaik pulih laluan yang rosak akan diteruskan berasaskan laporan JKKK," ujarnya.

Tambahnya, projek kemudahan asas khususnya di luar bandar akan direalisasikan secara berperingkat-peringkat kerana kerajaan negeri mempunyai mekanisme perancangan yang teliti untuk kebajikan dan keselesaan penduduk.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Mahkamah Rayuan benarkan Khairy buat pembelaan

Posted: 21 Jun 2013 10:44 AM PDT

PUTRAJAYA 21 Jun - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (gambar) membuat pembelaan dalam kes saman yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya bagi menuntut RM100 juta atas dakwaan memfitnah.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Ketua Pemuda UMNO itu.

Kuorum berkenaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mengetepikan perintah yang menghalangnya membuat pembelaan dalam kes tersebut.

Mahkamah kemudian memerintahkan kes saman RM100 juta terhadap Khairy atas dakwaan memfitnah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam satu ceramah politik di Lembah Pantai, hampir lima tahun lalu, didengar di hadapan seorang hakim lain.

Hakim Mohamed Apandi dalam keputusan itu menyatakan, perintah Mahkamah Tinggi yang menghalang Khairy daripada membuat pembelaan adalah salah di sisi undang-undang.

Khairy diwakili oleh peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah manakala Datuk Sulaiman Abdullah mewakili Anwar.

Rentetan rayuan itu bermula apabila Hakim Siew Kheng pada 29 Jun tahun lalu mengarahkan Khairy memfailkan beberapa dokumen untuk tujuan perbicaraan.

Khairy turut diingatkan bahawa jika beliau tidak mematuhi arahan berkenaan, mahkamah akan mengeluarkan perintah menghalangnya daripada membuat pembelaan dalam saman tersebut.

Pada 13 Ogos tahun lalu, Hakim Siew Kheng membuat perintah tersebut selepas Khairy dan peguamnya tidak mematuhi arahan supaya memfailkan beberapa dokumen.

Permohonan Khairy untuk mengetepikan perintah itu turut ditolak pada 26 November tahun lalu.

Kes itu belum dibicarakan selepas Mahkamah Rayuan pada 24 Disember tahun lalu membenarkan permohonan Khairy untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan hari ini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa, ekoran ceramah itu, defendan telah mengucapkan dan menyebabkan penerbitan satu rakaman klip video dalam beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com. yang menerbitkan sebuah artikel bertajuk 'Anwar and kin no threat' yang mengandungi kata-kata fitnah.

Plaintif mendakwa, kata-kata tersebut menyinggung dan merupakan fitnah dengan niat memperkecilkan diri beliau sebagai bekas Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Perdana Menteri.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan perintah injunksi.

Bayar ganti rugi 'mahram' sangkut

Posted: 21 Jun 2013 10:44 AM PDT

Oleh UMAVATHI RAMAYAH

HASRAT seorang pekerja syarikat soal selidik untuk mengerjakan ibadah umrah beberapa bulan lalu tidak kesampaian apabila 'dipermainkan' oleh sebuah agensi pelancongan yang menawarkan pakej ibadah itu.

Pada 4 Januari lalu, Noorizan Ismail, 40, telah membuat tempahan serta membuat pembayaran sebanyak RM5,640 kepada agensi pelancongan tersebut untuk mengerjakan umrah pada 9 Februari lalu.

Ketika menghadiri kursus pertama lagi, Noorizan telah memaklumkan kepada syarikat tersebut yang dia tidak akan menyertai rombongan itu sekiranya dia ditemani 'mahram sangkut' iaitu bukan mahram sebenarnya.

Ini kerana mengikut syarat baharu, kerajaan Arab Saudi mewajibkan wanita yang berusia 45 tahun ke bawah tidak boleh menunaikan umrah seorang diri sebaliknya perlu ditemani mahram yang sah.

Perkara itu turut ditekankannya ketika dia menghadiri kursus kedua dan kursus perdana yang dianjurkan oleh syarikat tersebut.

Namun agensi berkenaan hanya meminta Noorizan perbanyakkan doa tanpa memberi sebarang jawapan.

Tiba hari untuk jemaah umrah mengambil peralatan umrah termasuk telekung dan sebagainya, wanita itu terkejut apabila namanya ditulis sebagai mahram kepada seorang lelaki tidak dikenali yang pergi bersama ibu dan kakaknya.

Lelaki itu bukanlah mahram wanita berkenaan, malah mereka tidak saling mengenali pun, sebaliknya diatur oleh syarikat pelancongan itu.

Apabila bertanya kepada pihak yang bertanggungjawab, mereka seolah-olah lepas tangan dan memaklumkan akan memperkenalkan kepada mahram itu setibanya di lapangan terbang.

Noorizan bagaimanapun tidak sedap hati sehingga dia membatalkan hasrat untuk mengerjakan ibadat itu sehari sebelum penerbangan.

Dia juga telah menghubungi syarikat itu beberapa kali untuk mendapatkan wangnya kembali tetapi seolah-olah panggilannya itu tidak diendahkan.

Kecewa dengan tindakan agensi pelancongan itu, dia memfailkan aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di ibu negara dan kes itu didengar di hadapan Presidennya, Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin, baru-baru ini.

Ketika pembelaan, wakil agensi pelancongan itu menyatakan, tindakan Noorizan mengambil keputusan untuk tidak mengikuti rombongan itu pada saat-saat akhir dan meminta wang dikembalikan bukanlah satu tindakan bijak.

Ini kerana wanita itu tidak pernah mengemukakan surat pembatalan secara bertulis sebelum ini.

Setelah mendengar penjelasan kedua-dua pihak, Zul Hasnan Najib mengarahkan agensi pelancongan terbabit membayar RM3,189 kepada wanita berkenaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Demonstrasi antikerajaan terbesar

Posted: 21 Jun 2013 10:44 AM PDT

Seorang polis antirusuhan melepaskan tembakan peluru getah bagi menghalang tindakan penunjuk perasaan melontar batu semasa bantahan antikerajaan di Belem, Brazil, kelmarin. - Reuters

RIO DE JANEIRO 21 Jun - Lebih sejuta penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan utama di sekitar 80 bandar di Brazil, semalam, sekali gus menjadi demonstrasi antikerajaan terbesar dalam minggu ini.

Tunjuk perasaan itu diadakan sebagai menggesa kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik dan menamatkan skandal rasuah yang semakin berleluasa di negara ini.

Tunjuk perasaan yang pada mulanya berlangsung secara aman itu kemudiannya bertukar ganas di beberapa bandar, menyebabkan pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata, semburan lada dan peluru getah ke arah penunjuk perasaan.

Sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan maut di Sao Paulo selepas sebuah kereta merempuh ke arah orang ramai yang sedang berhimpun.

Di bandar raya ini, dianggarkan 300,000 penunjuk perasaan berhimpun di pusat bandar dan dilaporkan berlaku pertempuran kecil antara penunjuk perasaan golongan belia dengan pasukan keselamatan.

Seramai 40 orang turut cedera akibat terkena peluru getah yang dilepaskan oleh pasukan keselamatan.

Menurut seorang penunjuk perasaan yang merupakan pelajar universiti, Fernanda Szuster, demonstrasi itu dijangka berlarutan sehingga esok.

Di Brasilia, pasukan polis berusaha menyekat kemaraan penujuk perasaan daripada mencerobohi bangunan Kementerian Luar.

Demonstrasi yang berlaku di Brazil mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak ekoran banyak agenda antarabangsa bakal berlangsung di negara ini, termasuk Kejohanan Piala Dunia 2014 dan Sukan Olimpik 2016. - AP

100,000 penduduk diarah berpindah

Posted: 21 Jun 2013 10:44 AM PDT

Arus deras Sungai Cougar akibat hujan lebat, mengakibatkan rumah-rumah di tebingnya rosak di Canmore, Alberta, Kanada, kelmarin. - AFP

CALGARY, Kanada 21 Jun - Seramai 100,000 penduduk diarah berpindah selepas hujan lebat yang mengakibatkan banjir besar dan runtuhan lumpur melanda barat Kanada, semalam.

Menurut seorang pegawai kerajaan bandar Calgary, runtuhan lumpur menyebabkan Lebuhraya Trans-Kanada ditutup sekali gus memutuskan hubungan pusat peranginan Banff dan Canmore.

Hujan lebat serta banjir besar berlaku sehingga ke seluruh selatan Alberta menyebabkan sekurang-kurangnya seorang wanita yang dilihat berpaut pada treler terkorban.

"Pemindahan itu akan berlaku secara berperingkat dalam tempoh beberapa hari akan datang dan dilaporkan bahawa terdapat 12 komuniti berada dalam kawasan kecemasan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pengurusan Agensi Kecemasan, Bruce Burrell memberitahu, aras air di sungai Bow yang meningkat dijangka tidak akan surut sehingga tengah hari esok.

"Hal ini juga bergantung kepada sejauh mana keadaan banjir itu melanda, kerana ada kawasan bandar yang langsung tidak boleh dimasuki," katanya dalam satu sidang akhbar.

Selain itu, pegawai alam sekitar Kanada, Patricia Neely berkata, amaran hujan bagi kawasan yang terjejas sudah dikeluarkan dan menganggarkan hujan turun sebanyak 100 milimeter atau lebih dalam tempoh dua hari.

Pihak kerajaan juga menasihatkan agar orang ramai yang memiliki bot supaya turut sama membantu penduduk yang terkandas. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Peluang TPP kepada usahawan Melayu

Posted: 21 Jun 2013 10:44 AM PDT

Oleh DR. SUFIAN JUSOH
sufianjusoh@gmail.com
PENULIS ialah Perunding Perbadanan Harta Intelek Malaysia berkaitan Penilaian Harta Intelek. Beliau juga Felo Kanan dan Perunding Luar, World Trade Institute, University of Bern, Switzerland.

Bahagian Akhir

Sekarang ini sudah terbit bibit kebimbangan terhadap hakcipta yang dimiliki oleh Tan Sri P. Ramlee yang akan tamat tempoh dalam masa 10 tahun lagi. Keluarga Allahyarham P. Ramlee semestinya beroleh manfaat hasil daripada tempoh masa perlindungan hakcipta yang lebih panjang.

Manfaat yang sama akan dapat dirasai oleh semua yang terlibat dalam industri yang berkaitan. Manfaat ini bukan hanya dirasai oleh orang asing tetapi yang penting, ia dapat membantu mengembangkan industri berkaitan pengetahuan di Malaysia sesuai dengan hasrat kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

Apatah lagi dengan inisiatif kerajaan untuk mengiktiraf serta memberi pembiayaan kepada perniagaan berasaskan harta intelek melalui penilaian harta, yang mana tempoh masa hakcipta yang lebih lama sudah tentu akan meningkatkan nilai harta intelek yang terbabit.

(b) Paten dan Ubat-ubatan

Terdapat maklumat yang mengatakan bahawa terdapat cadangan untuk melanjutkan tempoh masa paten bahan farmasi dari tempoh 20 tahun kepada satu masa yang lebih panjang. Cadangan ini diperkatakan akan meningkatkan harga ubat-ubatan dan mengurangkan daya saing industri ubat-ubatan generik di Malaysia.

Adalah diperhatikan bahawa terdapat kebenarannya kerana ubat-ubatan yang dilindungi oleh paten selalunya lebih mahal daripada harga ubat-ubatan generik.

Bagaimanapun, perlu juga ditarik perhatian bahawa paten bagi ubat-ubatan akan hanya dilanjutkan sekiranya terdapat kelewatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa harta intelek dan pihak berkuasa farmasi di sesuatu negara. Dan tempoh masa lanjutan, jika diteliti FTA di antara Singapura dan AS, tidak akan melebihi dari tiga tahun, bermakna tempoh perlindungan paten hanyalah dilanjutkan secara maksimum kepada 23 tahun, berbanding dengan tempoh biasa iaitu 20 tahun.

Di bawah FTA di antara Singapura dan AS contohnya, terdapat syarat-syarat yang ketat sebelum setiap permohonan diluluskan.

Secara realitinya, Malaysia tidak mempunyai satu industri farmasutikal yang mampu mengeluarkan ubat-ubatan yang dipatenkan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hanya mampu mengeluarkan ubat-ubatan generik untuk pasaran tempatan.

Oleh yang demikian, mungkin perlu difikirkan secara serius mengenai dasar berkaitan dengan industri farmasutikal. Sekiranya kita ingin terus berharap kepada industri generik maka kita sudah pasti akan mempertahankan status quo.

Namun terdapat ubat-ubatan yang dipatenkan yang menjadi keperluan masyarakat dan terdapat kemungkinan di mana syarikat farmasutikal luar akan menghadkan kemasukan ubat-ubatan yang penting ke negara kita hanya kerana dasar paten kita yang tidak disenangi.

Kebanyakan ubat-ubatan berpaten adalah ubatan-ubatan untuk membantu menyembuhkan penyakit kronik seperti kanser berbanding dengan penyakit-penyakit yang lebih umum.

Dasar paten ini juga akan mempengaruhi kadar pencapaian penciptaan dan inovasi dalam sektor kajian serta pembangunan berkaitan farmasutikal di Malaysia. Mereka yang terlibat dalam sektor ini akan berubah arah ke negara lain yang didapati memberi perlindungan yang lebih baik.

Kekurangan kemasukan industri berkaitan kajian dan pembangunan akan mengurangkan daya saing Malaysia dalam industri farmasutikal dan usahawan Melayu akan sukar atau tidak menceburi bidang ini kerana kekurangan pengiktirafan.

(c) Industri Perkhidmatan

Dasar perindustrian Malaysia yang menyasarkan industri perkhidmatan akan menjadi pemangkin terpenting ekonomi negara. Industri perkhidmatan termasuk industri perkhidmatan profesional seperti khidmat guaman dan perakaunan, perkhidmatan perhotelan dan katering, pembinaan dan lain-lain. Industri perkhidmatan mempunyai kadar nilai tambah yang tinggi dan dapat membawa pulangan yang besar kepada mereka yang terlibat dalam industri berkaitan.

Salah satu kesan daripada FTA seperti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) ialah pembukaan pasaran. Ini bermakna setiap negara yang menandatangani FTA seperti TPP akan terpaksa membuka pasaran kepada pembekal perkhidmatan dari Malaysia sebagaimana negara kita kemudiannya perlu membuka industri perkhidmatan kepada negara anggota FTA dan TPP yang lain.

Ini bermakna manfaat yang diperolehi adalah secara timbal balik dan bukan sebelah pihak sahaja. Ini juga bermakna TPP akan membuka pasaran yang lebih luas kepada pembekal perkhidmatan dari Malaysia dan bukan hanya kepada pembekal perkhidmatan ke Malaysia sahaja.

Ini adalah satu cabaran yang besar kepada usahawan Melayu dan Bumiputera yang ingin maju dan berdaya saing dalam bidang ini. Untuk berdaya saing, usahawan Melayu dan Bumiputera tidak lagi boleh berpeluk tuboh dan berpuas hati setakat dengan pencapaian sedia ada tetapi perlu meningkatkan kemahiran, pengetahuan, inovasi dan ilmu berkaitan untuk berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Tidak kurang anak Melayu yang boleh menembusi pasaran antarabangsa dengan membekalkan perkhidmatan kepada masyarakat antarabangsa, termasuk penulis sendiri. Tidak kurang syarikat yang diterajui oleh anak Melayu seperti Axiata, Alam Maritim dan Scomi yang berdaya saing dan berkecimpung di bidang masing-masing di pasaran global.

Usahawan Melayu perlu mengambil peluang ini kerana industri perkhidmatan adalah berasaskan pengetahuan dan tidak memerlukan modal yang besar berbanding dengan pengeluaran barangan serta membolehkan usahawan Melayu mengukir nama di persada antarabangsa.

Justeru, usahawan Melayu perlulah melengkapkan diri dengan kemahiran bertutur dan berkomunikasi di dalam pelbagai bahasa, di samping kemahiran pengurusan dan inter-personal untuk membolehkan pemasaran yang berkesan. Industri perkhidmatan perlu dilihat sebagai satu peluang untuk usahawan Melayu dan Bumiputera untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan usahawan dari negara-negara lain.

(d) Kontrak Kerajaan

Kontrak bekalan kerajaan adalah satu bidang yang amat sensitif tetapi lumayan dan ini merupakan crown jewel yang ingin direbut oleh pelbagai pihak termasuk dari negara-negara TPP. Adalah tidak menghairankan terdapat tidak sedikit rasa kerisauan dan ketakutan kalangan usahawan Melayu dan Bumiputera yang telah sekian lama mendapat beberapa keistimewaan daripada kontrak-kontrak kerajaan.

Namun demikian, perlulah difahami bahawa kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya membuka kontrak kerajaan untuk dibida tanpa had oleh semua peniaga dan pembekal dari negara anggota TPP.

Persepsi bahawa pasaran akan terbuka tanpa had adalah satu tanggapan yang salah. Malaysia boleh membina satu sistem di mana peniaga luar negara cuma akan diberi peluang membida projek tertentu dan bernilai tinggi atau memerlukan kemahiran tinggi sahaja. Kerajaan masih boleh meneruskan sistem sedia ada seperti menghadkan bidaan kepada usahawan Bumiputera untuk projek dalam lingkungan nilai yang tertentu.

Dengan terbukanya pasaran kontrak kerajaan di Malaysia, usahawan kita juga akan dapat membuat bidaan di pasaran kontrak kerajaan di negara-negara anggota TPP yang lain. Di samping itu, usahawan Melayu dan Bumiputera sepatutnya merebut peluang untuk menjalinkan kerjasama dengan pembekal dari luar negara bagi membida kontrak kerajaan di Malaysia dan di negara-negara lain.

Antara faedah lain hasil daripada TPP berkaitan dengan kontrak kerajaan adalah peningkatan kadar ketelusan dalam proses pembidaan dan ini akan dapat mengurangkan ketirisan dan persepsi rasuah atau salah laku dalam kalangan pihak pemberi kontrak.

Penutup

Secara keseluruhan, TPP merupakan suatu FTA yang melibatkan banyak negara (11 negara setakat 1 Jun 2013) yang membawa banyak kebaikan jangka panjang kepada usahawan Melayu dan Bumiputera. TPP adalah satu perkara baru kepada banyak pihak dan sudah pastilah terbit pelbagai persoalan serta banyak pihak yang merasa takut menerima kenyataan bahawa telah tiba masa untuk usahawan Melayu dan Bumiputera bersaing di pasaran global.

Usahawan Melayu dan Bumiputera tidak boleh menafikan kenyataan ini dan seharusnya menerima hakikat sekiranya mereka masih tidak bersedia, mereka akan tenggelam dihanyutkan oleh arus globalisasi yang tidak dapat dibendung lagi.

Oleh yang demikian penulis ingin mengusul agar usahawan Melayu dan Bumiputera mengambil inisiatif seperti yang berikut:

n Sentiasa berinteraksi atau berdialog dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta kementerian berkaitan untuk memberi buah fikiran dan juga mencadangkan bidang-bidang ekonomi yang seharusnya diletakkan di atas meja rundingan sebagai sebahagian daripada offensive interest Malaysia dan membawa faedah kepada negara kita. Offensive Interest bermakna apa yang kita mahukan daripada negara-negara yang berunding dengan Malaysia.

n Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan usahawan Melayu dan Bumiputera bagi bersiap sedia serta membolehkan mereka mengenal pasti bidang-bidang yang mereka boleh berdaya saing di peringkat global.

n Meningkatkan kadar kemahiran tertentu bagi membolehkan mereka bersaing dengan usahawan dari luar.

n Mengenal pasti bidang-bidang tertentu yang memerlukan bantuan teknikal yang boleh dipohon dari negara-negara TPP yang lebih maju.

Sesungguhnya TPP boleh dijadikan sebagai batu loncatan yang seterusnya dapat menyediakan peluang kepada usahawan Melayu dan Bumiputera untuk lebih maju, meningkatkan daya saing, pengetahuan dan nilai tambah dengan menjadi jaguh di pasaran global dan bukan selamanya menjadi jaguh kampung semata-mata.

Inilah masanya untuk berbangga bahawa 'Melayu Boleh'. Inilah masanya untuk berubah, jika tidak, sudah pasti kita akan selamanya menjadi bangsa yang ketinggalan.

Presiden mesti berwibawa menentukan hala tuju Angkasa

Posted: 21 Jun 2013 10:44 AM PDT

Oleh HUSSAINI AMRAN
pengarang@utusan.com.my

PERSIDANGAN Kebangsaan Tahunan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) Ke-29 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini bakal menyaksikan peralihan kuasa kepimpinan tertinggi badan itu.

Sebanyak 2,661 perwakilan dari 2,531 koperasi di seluruh negara yang menghadiri persidangan itu akan memilih Presiden Angkasa yang baharu bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum. Kelmarin, beliau mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 2009.

Lima calon yang menawarkan diri untuk bertanding mengisi jawatan Presiden Angkasa ialah Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah (Koperasi Pekebun Kecil Daerah Lipis Berhad); Naib Presiden Angkasa, Datuk Jamal Abdullah (Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad); Dr. Ariffin Mansor (Koperasi Maahad Tahfiz Tijarah Gombak Berhad); Mohd. Said Mohd. Kadis (Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad) dan Abd. Latip Ismail (Koperasi Pulara Perak Berhad).

Pertandingan turut dibuka untuk salah satu daripada empat jawatan Naib Presiden Angkasa. Calon-calon bagi jawatan tersebut ialah bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom (Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad); Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi (Koperasi Wawasan Malaysia Berhad); Armi Zainudin (Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad) dan Mustapa Kamal Maulut (Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad).

Persoalan yang mungkin kerap bermain di minda para perwakilan adalah siapakah yang akan bergelar Presiden Angkasa keempat? Setiap calon yang bertanding pasti mempunyai gaya kepemimpinan dan kelebihan tersendiri. Jawatan Presiden sememangnya amat penting kerana penyandangnya memegang tanggungjawab yang besar dalam menentukan hala tuju Angkasa.

Mohd. Ali dalam pertemuan dengan Utusan Malaysia di Pejabat Presiden Angkasa, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya kelmarin berkongsi panduan yang boleh digunakan para perwakilan dalam memilih calon yang difikirkan layak sebagai penggantinya.

Dalam pemilihan Presiden kali ini, beliau menasihatkan perwakilan menilai kewibawaan dan kredibiliti setiap calon. Katanya, latar belakang calon khususnya dari segi pendidikan perlu diambil kira.

"Sebaik-baiknya beri keutamaan kepada calon yang berpendidikan tinggi, sekurang-kurangnya berkelulusan ijazah," ujarnya.

Keupayaan calon dalam memastikan kesinambungan proses transformasi Angkasa turut disentuh oleh Mohd. Ali. Beliau telah menerajui agenda memperkasakan badan puncak koperasi negara itu sehingga ke peringkat global dan amat berharap segala perancangan yang dibuat sejak empat tahun lalu dapat diteruskan.

"Mesti ada kesinambungan. Presiden yang baharu mesti ada pengalaman dalam kepimpinan tertinggi Angkasa. Seseorang yang mempunyai pengalaman sedemikian lebih memahami hasrat dan gagasan yang kita aturkan untuk Angkasa.

"Saya sendiri banyak menimba pengalaman berharga daripada Presiden Angkasa yang pertama, Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Abdul Hamid. Di bawah era Ungku Abdul Aziz, saya memegang jawatan Timbalan Presiden mulai 1994 sehingga dilantik sebagai Presiden pada 2009 bagi menggantikan penyandang ketika itu, Datuk Abdul Rahim Bakar yang meninggal dunia.

"Pada pemilihan Presiden kali ini, saya berharap proses peralihan kepimpinan berjalan lancar seperti yang berlaku sebelum ini," katanya.

Mohd. Ali berpandangan, sesiapa sahaja yang memegang jawatan Presiden Angkasa hendaklah memiliki kepakaran dan bersikap amanah dalam menguruskan badan itu. Jelas beliau, kriteria itu menepati prinsip kepimpinan Islam seperti yang ditegaskan oleh Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya:

"Apabila sesuatu amanah itu disalahgunakan (disia-siakan), maka tunggulah saat kehancuran." Para sahabat bertanya: "Bagaimana amanah itu disalahgunakan wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu diberikan (diserahkan) kepada bukan ahlinya atau bukan orang yang layak, maka tunggulah saat kehancuran."

Kepada barisan kepimpinan Angkasa yang baharu, Mohd. Ali berpesan agar mereka tidak melupakan jati diri Angkasa sebagai badan puncak koperasi negara yang fungsi utamanya ialah membantu koperasi-koperasi yang bernaung di bawahnya.

"Sentiasa amalkan prinsip berjemaah dan fokus dalam setiap program yang dilakukan. Pastikan program-program itu merangkumi semua bidang yang diceburi koperasi-koperasi ahli.

"Kegiatan perniagaan yang dijalankan Angkasa mesti memberi kesan positif kepada masyarakat dan tidak bertembung dengan bidang perniagaan mana-mana koperasi di bawah Angkasa," jelasnya.

Beliau turut berharap Angkasa meneruskan kerjasama yang sedia terjalin dengan Perikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) Asia Pasifik khususnya dalam inisiatif mewujudkan rangkaian pasar raya di beberapa negara di rantau ini.

Kalah dan menang merupakan adat pertandingan. Kepada calon-calon yang tidak terpilih, Mohd. Ali menasihatkan mereka menerima keputusan yang dibuat para perwakilan dengan hati terbuka.

"Masih ada harapan untuk mereka pada pemilihan akan datang. Cuma kita berharap, kempen bagi pemilihan selepas ini dilakukan secara berhemah dan jangan menggunakan kaedah yang tidak beretika," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Kahwin muda ketika masih belajar

Posted: 21 Jun 2013 10:44 AM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

KELUARGA besar Badhrulhisham dan isteri, Noorzaimen bersama anak-anak dan cucu di Kuantan.

KESEDERHANAAN yang dimiliki gadis kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan ini benar-benar meruntun jiwa kelakian Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Datuk Ir. Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz untuk menyuntingnya sebagai suri hidup kira-kira 30 tahun yang lalu.

Perkenalan yang diaturkan seorang teman ketika sama-sama menuntut di University of Boulder, Colorado, Amerika Syarikat itu terus diikat dengan jalinan suci apabila mereka memutuskan untuk berkahwin ketika masing-masing berada di tahun dua pengajian.

Menurut Badhrulhisham, 50, beliau mengambil keputusan pulang ke Malaysia bagi memohon restu kedua belah keluarga untuk berkahwin walaupun usia perkenalannya dengan gadis idaman terlalu singkat.

"Saya seorang anak yang mementingkan keluarga. Walaupun jarak kami dipisahkan beribu-ribu batu, saya sanggup pulang ke pangkuan keluarga untuk melahirkan hasrat hati mendirikan rumah tangga pada usia yang cukup muda iaitu 20 tahun.

"Saya jelaskan kepada ibu bapa kenapa saya perlu berkahwin pada usia yang cukup muda, antaranya ialah saya mahu kehidupan saya lebih teratur di rantau orang," ujarnya kepada S2.

Selain itu, katanya, faktor utama yang tidak dapat disangkalnya adalah dia begitu tertarik dengan isteri, Datin Noorzaimen A.Kadir, 50, yang memiliki sikap peramah dan amat mengambil berat terhadap rakan-rakan di sekelilingnya.

''Kesederhanaannya dalam banyak hal membuatkan saya merasakan amat senang untuk mendekatinya," katanya.

Mengulas alam rumah tangganya, anak kelahiran Kluang, Johor itu berkata, kesibukan bekerja bukanlah alasan tidak dapat meluangkan masa untuk bersama isteri dan anak-anak.

"Sebagai suami, saya sentiasa 'mencuri' waktu untuk bersama isteri dan anak-anak. Ini kerana jadual harian saya amat ketat termasuk hujung minggu.

"Kadang-kadang semasa hari bekerja, sengaja saya buat 'lunch date' dengan isteri. Biasanya kami bertemu di restoran atau gerai yang jaraknya di tengah-tengah antara rumah dan tempat kerja," jelasnya yang akan memasak untuk isteri sekiranya mempunyai masa terluang.

Pasangan ahli akademik ini juga tidak lokek untuk berkongsi kebahagiaan mahligai perkahwinan mereka.

Menurut Badhrulhisham, suami isteri perlu mengambil berat apa yang disukai dan tidak disukai pasangan.

"Jangan beranggapan dia patut tahu semua perkara melibatkan kita. Ini kerana kita akan lebih kecewa dan makan hati jika berdiam diri.

"Bila dah tahu apa yang disukai dan tidak disukai, kita perlu meraikan dan menghormatinya. Terima dan cuba perbaiki kekurangan masing-masing," katanya.

Beliau juga berkata, apabila masing-masing keluar bekerja atau menunaikan peranan masing-masing, mempercayai pasangan itu penting supaya kita dapat bekerja dengan tenang.

"Dalam masa yang sama, kita harus bersikap benar dengan diri sendiri dan setia terhadap pasangan serta menjaga hukum-hukum syarak dalam pergaulan terutama ketika bersama rakan sekerja," tambah Badhrulhisham sambil menekankan bahawa kita perlu berwaspada agar pintu-pintu fitnah kekal tertutup rapat.

Bagi Noorzaimen pula, dugaan ketika belajar di negara orang terutama dalam aspek pergaulan dan keselamatan membuatkannya tidak berfikir panjang untuk menerima lamaran Badhrulhisham.

"Ketika itu, dugaan kami lebih kepada rasa tanggungjawab sebagai seorang muslim dalam menjaga pergaulan mengikut syariat Islam.

"Tinggal di negara orang seperti Amerika yang sangat bebas pergaulannya, membuatkan kami risau, apatah lagi kami pula sangat jauh dari ibu bapa. Jadi, kami perlu bijak menjaga batas pergaulan.

"Selain itu, memikirkan keselamatan diri sebagai pelajar perempuan di sana yang kadangkala memerlukan bantuan rakan lelaki dalam beberapa perkara membuatkan saya memutuskan untuk berkahwin awal.

"Daripada menyerahkan kepercayaan itu kepada lelaki bukan muslim di sana, potensi untuk kita bergantung harap kepada lelaki muslim adalah lebih diterima akal," jelasnya.

Bertuahnya pasangan ini apabila mereka dikurniakan tujuh cahaya mata yang turut cemerlang di dalam pelajaran.

Momen terindah pasangan muda ini adalah apabila Noorzaimen disahkan mengandung anak sulung yang kini merupakan seorang jurutera ketika hampir menamatkan pengajian pada Disember 1984.

Noorzaimen juga sanggup melepaskan kerjaya sebagai pensyarah untuk menjadi suri rumah sepenuh masa agar anak-anak mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang.

"Tuntutan membesarkan anak pada zaman sekarang memang sangat mencabar dan memperoleh anak-anak sebelum memulakan kerjaya merupakan satu pengalaman yang cukup berharga," kata Noorzaimen.

Menurutnya, melihat sendiri anak-anak membesar di hadapan mata, ia sangat memberi kepuasan kepadanya dan suami, sekali gus memberi ketenangan kepada suaminya untuk keluar bekerja.

Katanya, beliau sangat menyanjungi sikap suaminya yang merupakan seorang yang pendiam, bertanggungjawab dan serius.

"Saya menyenangi sikap sepertiitu kerana bagi saya, ada aura sifat bertanggungjawab di situ. Ternyata hingga kini, dia memang seorang yang sangat bertanggungjawab," jelasnya sambil menasihatkan pasangan di luar sana supaya mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing.

Noorzaimen kini aktif menjalankan kerja-kerja sukarela sebagai tenaga pengajar untuk kelas pengajian al-Quran.

Dalam pada itu, pasangan suami isteri ini juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan seperti dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan dalam hal ini, kedua-duanya terlibat sama dalam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Malu dengan sikap ego isteri

Posted: 21 Jun 2013 10:44 AM PDT

KEJAYAAN seorang isteri adalah kebanggaan setiap suami, begitu juga sebaliknya. Tidak mudah untuk melakar kejayaan kerana ia memerlukan pengorbanan yang tinggi.

Terasa masa yang diperuntukkan sebanyak 24 jam sehari tidak mencukupi kerana terlalu asyik mengejar cita-cita yang belum kesampaian.

Harus diingat tidak semua kebahagiaan itu bermula dengan kejayaan dan tidak semua penderitaan itu suatu penyeksaan sebab segalanya terkandung hikmah yang perlu difikirkan.

Minggu ini, apa kata kita berkongsi cerita Zaid (bukan nama sebenar ) mengenai sikap angkuh dan sombong isterinya Zarina (bukan nama sebenar) kerana mempunyai kedudukan tinggi di pejabat.

Begini cerita Zaid.

"Saya seorang pegawai bank dan ayah kepada dua orang anak. Isteri saya merupakan seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan. Kami telah 15 tahun bernikah.

"Disebabkan jawatan tinggi dan selalu mementingkan pangkatnya, isteri saya, Zarina melupakan tanggungjawabnya menguruskan rumah tangga kami.

"Insan kerdil tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan sebagai seorang suami menjadi tanggungjawab saya menegur sikap Zarina yang kurang disenangi rakan-rakan sepejabatnya kerana sikapnya yang ego kerana kedudukannya.

"Sebagai seorang isteri yang berjawatan tinggi, Zarina semestinya tidak terlepas daripada berhadapan dengan mereka yang senior daripadanya.

"Tidak semua idea yang dilontarkan mendapat respons kerana ia memerlukan tempoh masa tertentu untuk dikaji sebelum diluluskan. Tetapi tidak bagi Zarina.

"Saya bercakap berdasarkan pengalaman bekerja sebagai ketua jabatan di sebuah syarikat. Kerana tidak mahu dia terus hanyut dengan egonya itu, saya terpanggil untuk berbincang dengan Zarina setelah menerima aduan daripada beberapa pemanggil misteri yang tidak senang dengan sikap egonya sehingga wujud jurang antara pekerja dan ketua.

"Saya jelaskan kepada isteri, bahawa kita bekerja dengan manusia yang berperasaan, bukannya kita bekerja dengan robot yang diprogramkan untuk mendengar dan mengikut telunjuk sesiapa sahaja.

"Cara dan gaya kita berurusan perlu ada pertimbangan, jangan sampai terlepas cakap sehingga menyinggung emosi sesama sendiri. Sekali kita hilang rasa hormat terhadap orang lain, jangan harap orang akan menghormati kita walaupun kita seorang yang berjawatan tinggi.

"Kesimpulannya jauhi sikap 'hidung tinggi' kerana Allah murka kepada hamba-Nya yang sombong di atas muka bumi ini. Sayangnya nasihat saya tidak dipedulikan Zarina. Dia terus dengan caranya.

"Pada masa yang sama, saya terus mendapat aduan dan panggilan misteri mengutuk isteri saya dan caranya melayan kakitangan bawahan.

"Anak-anak sering menjadi tempat isteri melepaskan geram dan marah apabila berhadapan dengan kerenah atau masalah di pejabat. Sesekali boleh saya bersabar dengan sikapnya tetapi lama-kelamaan kesabaran saya juga hilang kerana egonya di pejabat terbawa-bawa hingga ke rumah.

"Pada suatu hari, anak saya meminta emaknya sediakan sarapan walaupun kami mempunyai pembantu rumah. Oleh sebab terlalu letih untuk bangun awal kerana pulang lewat malam dari pejabat, Zarina memarahi pembantu rumah kami dengan alasan tidak tahu melayan kerenah anak-anak.

"Kasihan anak kecil yang disisihkan emaknya kerana terlalu mementingkan diri sendiri.

"Akhirnya, saya yang sediakan sarapan untuk anak-anak walaupun dihalang oleh pembantu rumah kami yang setia dan faham perangai Zarina yang garang.

"Pada suatu hari, saya sekali lagi menerima panggilan misteri daripada seorang wanita yang mendakwa dia rakan sepejabat isteri saya. Dia mahu berjumpa dengan saya dan berbincang tentang suatu perkara.

"Kami berjumpa dan saya membawa kedua-dua anak saya yang sering ditinggalkan emak mereka kerana terlalu sibuk mengejar kerjaya, yang entah bila akan selesai.

"'Sebenarnya saya faham masalah En. Zaid dan saya ingin membantu. Hujung minggu kami sekeluarga akan berkelah dan saya cadangkan En. Zaid dan keluarga ikut sama, bawa anak-anak.

"Beri saya masa untuk berbincang dengan isteri saya dan akan saya maklumkan kemudian," jawab saya dengan harapan tidak menghampakan permintaannya.

"Setelah berbincang, Zarina tidak dapat ikut sama kerana sibuk dengan mesyuarat. Saya bawa anak-anak dan akhirnya saya temui kebahagiaan yang selama ini saya inginkan.

"Seorang wanita yang berkerjaya dan memiliki ciri-ciri seorang emak untuk anak-anak saya menumpang kasih jika ditakdirkan menjadi kenyataan.

"Perkara tersebut sampai ke pengetahuan Zarina yang marah seperti orang hilang akal. Dengan nada bersahaja, saya nasihatkan isteri kesayangan saya bahawa jika tidak mahu kehilangan sesuatu yang disayangi sama ada kerjaya, keluarga atau apa sahaja, kita hendaklah berlaku adil dan bertimbang rasa.

"Panjang juga saya berleter... dia menangis dan merayu minta diberi peluang kedua. Saya katakan kepadanya, jika berlaku sesuatu di dalam rumah tangga kami, jangan salahkan saya.

"Mulai dari hari itu, Zarina telah berubah menjadi isteri idaman saya. Dia mula mengutamakan kami dalam hidupnya. Saya sangat gembira dan bersyukur kepada Allah dengan perubahan ini.

"Kehadiran wanita misteri itu telah membuka ruang buat Zarina berubah. Saya amat berterima kasih kepadanya. Sehingga kini, kami masih berkawan dan dia menjadi sebahagian daripada keluarga kami.

"Saya berdoa agar perubahan Zarina akan kekal selamanya. Sejak perubahan itu, saya tidak lagi menerima aduan dan panggilan misteri mengutuk sikap isteri saya. Alhamdulillah.

"Ini secara tidak langsung membuktikan yang dia juga telah mengubah cara dia melayan pekerja bawahan di pejabatnya. Saya benar-benar bersyukur dan moga Allah membahagiakan kami sekeluarga hingga ke syurga." sebak Zaid menamatkan ceritanya.

Begitulah kehendak Allah, tiada ada masalah yang tidak dapat diselesaikan jika kena caranya. Saya mengucapkan syabas kepada Zaid kerana bertindak bijak menangani masalah rumah tangganya dengan Zarina.

Kisah Zaid dan Zarina adalah contoh terbaik yang boleh dijadikan teladan oleh pasangan suami isteri. Moga Allah akan permudahkan urusan hidup Zaid sekeluarga.

Menutup kata pesanan ikhlas, saling lengkap melengkapi antara suami isteri adalah jalan terbaik membina hubungan kasih antara suami isteri dalam perkongsian hidup menuju ke syurga.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Floria Putrajaya 2013 bermula

Posted: 21 Jun 2013 10:44 AM PDT

Oleh HAKIMI ISMAIL
kota@utusan.com.my

ABDUL Razak Abd. Manan dan cucu saudaranya, Ahmad Uazir kelihatan tertarik melihat dekorasi yang turut menghiasi tapak Floria Putrajaya 2013 di Putrajaya semalam. - UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN

PUTRAJAYA 21 Jun - Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria Putrajaya) 2013 kini bersedia sepenuhnya untuk menerima kunjungan peminat bunga-bungaan.

Pengarah Jabatan Landskap dan Taman Perbadanan Putrajaya (PPj), Mohammad A. Shukor berkata, Floria Putrajaya 2013 yang bermula esok hingga 30 Jun itu semestinya akan memukau pengunjung dengan kreativiti dan keunikan hiasan seni reka taman yang mengandungi lebih 400,000 bunga terdiri daripada pelbagai spesies.

Katanya, bertemakan Bunga Orkid-Khazanah Tropika, Floria Putrajaya 2013 dijangka menarik lebih sejuta pengunjung sekali gus mengatasi rekod sebelumnya iaitu sekitar 800,000 pengunjung.

"Tema orkid pada penganjuran kali ini amat bertepatan kerana merupakan tanaman hiasan yang amat popular di Malaysia ekoran kesesuaian iklimnya yang panas dan lembap sepanjang tahun.

"Selain mudah ditanam dan dibiak bunga jenis ini menjadi pilihan utama penggemar flora di negara ini kerana saiz, struktur dan bunganya yang pelbagai, orkid juga digunakan secara meluas dalam industri landskap di negara ini," katanya semasa lawatan media ke tapak Floria Putrajaya 2013 di Persisiran Tasik, Presint 2 di sini hari ini.

Menurut Mohammad, selain orkid, Floria Putrajaya 2013 turut mempamerkan beberapa jenis bunga lain seperti bonsai, heliconia dan bunga kertas untuk tatapan pengunjung.

"Sehubungan itu, saya menyeru orang ramai terutama penggemar landskap taman dan bunga-bungaan datang beramai-ramai ke Floria Putrajaya 2013 bagi menyaksikan sendiri keindahan yang bakal dipamerkan," katanya.

Sementara itu, katanya, Floria Putrajaya 2013 turut menampilkan sebanyak 23 peserta antarabangsa dari 18 buah negara terdiri daripada pereka taman dan penggubah bunga yang akan mempamerkan taman dalaman, taman luaran dan taman orkid.

"Floria Putrajaya 2013 bukan sahaja mempamerkan keindahan dan keceriaan warna bunga dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di negara ini, malah menambah keindahan Putrajaya yang telah dirancang dan dibina dengan reka bentuk yang begitu unik dan rapi.

"Ini dapat menonjolkan identiti Putrajaya sebagai sebuah bandar dalam taman dan bandar bunga-bungaan, selain membuktikan komitmen PPj membangun dan memajukan pusat pentadbiran ini sebagai bandar raya contoh yang ceria dan bertenaga dalam semua aspek," katanya.

Dalam pada itu, katanya, jerebu yang melanda negara dijangka tidak memberi kesan kepada jumlah kedatangan pengunjung ke Floria Putarajaya 2013.

"Floria Putrajaya mempunyai daya tarikan yang tersendiri, malah ada di antara yang hadir ke sini adalah pengunjung tetap, jadi saya tidak fikir masalah jerebu akan memberi kesan kepada kedatangan pengunjung.

"Lagi pun masalah jerebu di Putrajaya tidak serius seperti di Johor, malah mereka yang hadir ke sini juga akan dapat menghirup udara segar melalui oksigen yang dilepaskan oleh pelbagai jenis bunga-bungaan yang dipamerkan," katanya.

Ketua Wanita UMNO Kapar terus berkhidmat walau hidap kanser

Posted: 21 Jun 2013 10:44 AM PDT

Noh Omar (duduk, kiri) mengatakan sesuatu kepada Noorliza Ahmad (duduk, dua dari kanan) sewaktu melawatnya di Meru, Klang kelmarin.

KLANG 21 Jun - Penderitaan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kapar, Noorliza Ahmad yang menghidap sejenis penyakit kanser sejak lima tahun lalu tidak mematahkan semangatnya untuk terus memberikan khidmat kepada masyarakat setempat.

Noorliza, 46, meluahkan keinginannya untuk terus memberikan khidmat kerana merasakan masih banyak lagi tanggungjawab yang belum dilunaskan, antaranya menarik anak muda untuk menjadi pelapis pemimpin pada masa akan datang.

"Kami bukan sekadar menarik golongan ini untuk berjuang bersama, tetapi berkongsi maklumat tentang apa sahaja supaya sedar perkara sebenar yang mereka perlu perjuangkan.

"Kami tidak mahu mereka 'diculik' oleh pemimpin parti pembangkang yang sentiasa cuba untuk mempengaruhi golongan muda bagi memenuhi kepentingan mereka," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Noh Omar di kediamannya di Meru semalam.

Dalam kunjungan itu, Noh menyerahkan sumbangan RM10,000 kepada Noorliza sebagai tanda penghargaan dan ingatan terhadap jasa dan perjuangan beliau sepanjang berkhidmat bersama UMNO.

Yang hadir sama, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar dan Pengerusi BN Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil.

Menceritakan tentang penyakitnya, ibu kepada lapan orang anak itu tidak menyangka bahawa keputusan pemeriksaan kesihatan yang dijalani di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 2008 mengesahkan bahawa beliau menghidap kanser di tahap empat.

Noorliza berkata, meskipun doktor telah mengesahkan penyakit itu, perkara tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan berjuang bersama-sama dengan rakan wanita yang lain.

"Bagaimanapun, keadaan kesihatan bertambah teruk pada tahun lalu apabila ketika itu saya berada di Pulau Carey. Tiba-tiba kaki kiri saya tidak boleh bergerak. Sejak itu saya terpaksa memperlahankan aktiviti politik atas faktor kesihatan.

"Walaupun kini tidak lagi aktif, saya masih menerima kunjungan rakan-rakan untuk bertanya pendapat dan ada sesetengah penduduk datang berjumpa untuk meminta bantuan. Saya tidak kisah dan akan menyalurkan bantuan mengikut kemampuan," katanya.

Sampah di jalan sunyi terus dibakar

Posted: 21 Jun 2013 10:44 AM PDT

longgokan sampah yang dibuang individu tidak bertanggungjawab di lorong berdekatan jejantas ke Stesen LRT Cheras, Kuala Lumpur bukan sahaja bertambah tetapi turut dibakar tanpa menghiraukan keadaan berjerebu sekarang. - UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM

KUALA LUMPUR 21 Jun - Ketika seluruh negara dilanda kebimbangan akibat jerebu, terutama di selatan Semenanjung yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras bahaya, namun ada pihak yang tidak mengendahkannya.Di sebatang lorong di Jalan Chan Sow Lin, yang bersebelahan dengan Lebuh Raya Maju (MEX), pihak itu masih membakar sampah yang dibuang di situ secara haram seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia semalam.

Tinjauan semula Utusan Malaysia ke lokasi itu kira-kira pukul 5.50 petang hari ini mendapati, sampah-sarap tersebut sedang terbakar, dipercayai bermula kurang 30 minit sebelumnya.

Malah, asap ekoran pembakaran haram tersebut juga jelas kelihatan dibawa angin ke Apartmen Suria, Cheras yang terletak dalam lingkungan satu kilometer dari lokasi tersebut.

Asap akibat pembakaran itu turut mengganggu pejalan kaki yang menggunakan jejantas untuk menyeberangi MEX ke Stesen LRT Cheras.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan tindakan pihak bertanggungjawab yang membuang sampah menggunakan lori pada waktu malam sebelum membakarnya secara sesuka hati sehingga menjejaskan alam sekitar.

Pelbagai jenis sampah dibuang di lokasi tersebut termasuk bahan binaan, kaca, tilam, tayar dan kayu yang dibiarkan menjadi timbunan seperti bukit kecil.

Malah, orang ramai yang ditemui juga kesal kerana selain tidak mengetahui 'pemilik' sampah itu, tindakan tegas juga tidak pernah diambil biarpun bomba sudah berulang kali memadam kebakaran di situ.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Situasi jerebu sentiasa dipantau

Posted: 20 Jun 2013 11:33 AM PDT

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
fikri.rosly@utusan.com.my

PELAJAR memakai penutup hidung dan mulut ketika pulang dari sekolah sesi pagi berikutan jerebu dan IPU tidak sihat yang melanda bandar raya Johor Bahru, semalam.

NUSAJAYA 20 Jun - Semua pihak diminta tidak panik dengan keadaan jerebu yang bertambah buruk hari ini terutamanya di daerah Muar.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin menggesa rakyat supaya menjaga kesihatan dengan mengurangkan aktiviti di luar rumah.

Beliau berkata, pencemaran udara merentasi sempadan dari Sumatera, Indonesia itu memasuki fasa bahaya apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar melepasi bacaan 300 pagi ini dan pemantauan 24 jam akan dilakukan sebelum tindakan susulan diambil.

"Jika keadaan IPU melebihi 300 selepas 24 jam, saya harap jawatankuasa tindakan jerebu kebangsaan dapat membuat keputusan sewajarnya sama ada hendak mengarahkan sebarang perkara yang diperlukan seperti (keadaan jerebu) yang pernah berlaku dulu. Singapura juga mengalami keadaan sama dengan IPU melebihi 300 dan meminta penduduknya tidak keluar.

"Kita juga berharap Indonesia meningkatkan tindakan untuk menghentikan (pembakaran hutan) kerana ia berlaku setiap tahun. Banyak negara yang terlibat dan saya percaya akan lebih banyak tekanan dan tindakan kepada negara yang menjadi punca (jerebu)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bacaan IPU di Muar mencecah 383 setakat pukul 11 pagi dan gagal mendapat sebarang bacaan setakat pukul 3 petang dipercayai akibat kegagalan peralatan berikutan jerebu yang tebal, manakala IPU di Pasir Gudang adalah 249, Larkin Lama (204) dan Kota Tinggi (283).

Jabatan Pendidikan negeri juga mengeluarkan pekeliling mengarahkan 211 buah sekolah rendah dan menengah membabitkan 76,940 pelajar di daerah Muar dan Ledang supaya ditutup sehinggalah keadaan jerebu reda ke paras yang tidak membahayakan kesihatan.

Mohamed Khaled memberitahu, bilik gerakan jerebu akan dibuka di kawasan yang terjejas teruk dan penduduk diingatkan supaya tidak memburukkan keadaan dengan melakukan pembakaran terbuka.

Pihaknya didapati bersalah melakukan pembakaran terbuka boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menteri Besar turut meminta orang ramai supaya membantu memadamkan kebakaran kecil dan melaporkan kes-kes pembakaran terbuka selain mengurangkan aktiviti di luar rumah dan memakai topeng penutup hidung.

Beri tips urus kewangan

Posted: 20 Jun 2013 11:33 AM PDT

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my

ABU Hassan Alshari Yahaya (kiri) bersama Ahmad Maslan menunjukkan sisipan yang ditawarkan oleh bank dalam program Kesedaran dan Pendidikan Kewangan, baru-baru ini.

PONTIAN 20 Jun - Sebut sahaja hutang, pasti ramai yang mengeluh kerana masalah itu membelenggu hampir setiap individu.

Hakikatnya untuk memiliki barangan diingini, tidak semua mampu membelinya secara tunai dan pilihan yang ada adalah dengan cara berhutang.

Namun, jika perkara ini tidak diuruskan dengan baik, masalah yang lebih besar pasti akan menanti peminjam termasuk diisytiharkan bankrap.

Bagi membantu rakyat menyelesaikan masalah tersebut, kerajaan memperkenalkan pelbagai program dan antaranya mewujudkan Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) yang ditubuhkan oleh Bank Negara pada 2005 bagi menyediakan khidmat nasihat, bantuan dan pengurusan aduan kepada orang ramai.

Antara perkhidmatan yang diberikan adalah perbankan, insurans takaful dan pembiayaan yang disediakan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), maklumat mengenai kredit peribadi melalui Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Menurut Penolong Gabenor Bank Negara, Abu Hassan Alshari Yahaya yang ditemui Utusan Malaysia dalam Program Kesedaran dan Pendidikan Kewangan di Benut di sini baru-baru ini, LINK juga memberikan pendedahan dan kesedaran tentang jenayah kewangan seperti skim cepat kaya dan pelaburan haram.

Beliau berkata, sejak ditubuhkan, LINK menerima lebih 1.4 juta pertanyaan dan aduan daripada orang ramai menerusi pelbagai saluran.

Pada tahun lalu, BNM membantu seramai 409,468 individu dan usahawan manakala pada suku tahun pertama tahun ini pula, seramai 104,668 mendapat manfaat menerusinya.

"Ini menunjukkan LINK berjaya menepati objektif dan matlamat bagi memberikan kesedaran dan pendidikan kewangan kepada orang ramai supaya mereka dapat menguruskannya dengan baik.

"Seterusnya LINK telah melebarkan sayapnya mendekatkan perkhidmatan kepada masyarakat di kawasan luar bandar menerusi perkhidmatan bergerak atau MobileLINK dengan menggunakan sebuah bas khas," katanya.

Menurut Abu Hassan lagi, seramai 20,000 individu menerima manfaat menerusi perkhidmatan MobileLINK yang dilaksanakan di 72 buah mukim di seluruh negara tersebut.

Antara perkhidmatan yang disediakan MobileLINK adalah memberikan peluang kepada orang ramai membuka akaun, menyimpan dan mengeluarkan wang yang disediakan melalui pelbagai kaunter bank seperti Maybank, Bank Simpanan Nasional (BSN), AgroBank dan Bank Muamalat yang menawarkan pelbagai produk termasuk pembiayaan pelaburan, perniagaan, peribadi mahupun Sijil Simpanan Premium (SSP).

Dalam pada itu, orang ramai yang berkunjung ke program tersebut juga berpeluang mendapat khidmat nasihat dan membuat aduan tentang perbankan, insurans dan takaful bagi keluarga mahupun perniagaan.

"Pegawai dan kakitangan bank juga bersedia memberikan khidmat nasihat kepada pengunjung yang kurang arif mengenai sesuatu institusi kewangan, sekali gus merapatkan jurang perbankan dalam kalangan masyarakat di luar bandar," katanya.

Menurutnya, MobileLINK juga memberikan perkhidmatan kaunseling kepada individu yang menghadapi masalah pengurusan kewangan (hutang) serta mendidik mereka menanganinya.

Peranan tersebut dikendalikan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), merupakan agensi di bawah BNM yang telah memberi khidmatnya kepada 219,995 individu sejak ditubuhkan pada 2007.

Dalam tempoh tersebut, kata Abu Hassan, sebanyak 89,450 kes telah dibawa kepada Program Pengurusan Hutang (PPH) manakala hingga April lalu, 11,998 individu dirujuk kepada AKPK dengan 5,348 dibawa kepada PPH.

"BNM merasakan perlunya mereka yang menghadapi krisis hutang yang serius diberikan bantuan serta pertolongan supaya mereka dapat keluar daripada masalah yang boleh menjejaskan kehidupan seharian," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ketika merasmikan program tersebut berkata, bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan perbankan, BNM telah memperkenalkan 'Ejen Perbankan' pada 2012.

Menurutnya, Ejen Perbankan merupakan saluran baharu bagi pihak institusi kewangan berlesen menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan melalui ejen pihak ketiga seperti Pos Malaysia, stesen minyak, kedai runcit dan sebagainya.

"Kemudahan yang ditawarkan ialah transaksi penerimaan deposit, pengeluaran dan pemindahan wang, pembayaran bil dan bayaran balik pinjaman tanpa perlu pergi ke bandar bagi membuat urusan.

"Ini amat menepati slogan 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' agar orang ramai mudah untuk membuat urusan walaupun di mana sahaja mereka berada termasuk di kawasan luar bandar," katanya.

Beliau yakin langkah seumpama itu dapat menerapkan elemen 'celik' kewangan kepada orang ramai supaya tidak menyimpan wang di bawah bantal, tabung buluh dan tabung ayam, sebaliknya di tempat yang selamat.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, lebih banyak program seumpama itu akan diadakan tahun ini bagi memberi peluang rakyat merasa 'dekat' dengan bank pada setiap waktu.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved