Isnin, 26 September 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Semua diarah tutup mulut

Posted:

Semua diarah tutup mulut

Semua diarah tutup mulut

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


Mustafa Ali (tengah), Saifuddin Nasution (kanan) dan Anthony Loke Siew Fook pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, semalam. – utusan/Siti Rafeah Azanan


KUALA LUMPUR 26 Sept. – Semua pemimpin pakatan pembangkang diarah mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi isu pelaksanaan hukum hudud sehingga Rabu ini berkuat-kuasa serta merta.

Pada masa sama, pembangkang seperti biasa menyalahkan UMNO, Barisan Nasional (BN) dan akhbar Utusan Malaysia sebagai pihak yang bertanggungjawab membangkitkan isu hudud sehingga membawa persengketaan antara Pas dan DAP.

Pada satu sidang akhbar bersama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali (gambar), Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail dan wakil DAP, Anthony Loke Siew Fook menuduh UMNO, BN dan Utusan Malaysia yang mencetuskan isu hudud.

Bagaimanapun ditanya adakah UMNO, BN dan Utusan Malaysia yang mengarahkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mengeluarkan kenyataan, Saifuddin Nasution yang tiada jawapan berkata: "Jangan pula kata saya yang mengesahkan."

Terdahulu, Mustafa berkata, langkah mengarahkan seluruh pimpinan pembangkang mengunci mulut adalah bertujuan untuk mengelak isu berkenaan daripada terus diperalat oleh UMNO dan BN bagi melaga-lagakan Pas dengan DAP.

"Setelah beberapa hari isu ini dimainkan media dengan kenyataan yang pelbagai daripada semua pihak, kita membuat keputusan. Namun, kita tidak mahu salahkan orang yang membuat kenyataan kerana ia mungkin dibuat sebagai membalas kepada kenyataan terdahulu.

"Jadi kami telah memutuskan iaitu bermula sekarang (hari ini) sehingga 28 September ini tidak boleh ada lagi kenyataan yang dibuat oleh pimpinan Pas, PKR dan DAP berhubung isu hudud," katanya pada sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Pas di sini hari ini.

Menurut Mustafa, pembangkang hanya akan membuat pendirian rasmi berhubung isu hudud selepas mesyuarat khas pada Rabu ini dan pada masa yang sama, beliau memberi jaminan bahawa DAP tidak akan meninggalkan pakatan kerana isu tersebut.

Sementara itu, Siew Fook yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, DAP akan berusaha sedaya upaya untuk mencari formula terbaik bagi menyelesaikan pertelingkahan antara Karpal Singh dan Lim Guan Eng dengan Nik Abdul Aziz.

Katanya, walaupun pendirian DAP tetap tidak berubah dalam isu hudud tetapi ia tidak menghalang kedua-dua parti untuk berkerjasama seperti mana sudah dibuktikan kedua-dua parti itu sejak tiga tahun lalu.

Hudud: Pas dicabar tinggalkan DAP

Posted:

Hudud: Pas dicabar tinggalkan DAP

Hudud: Pas dicabar tinggalkan DAP

TANJONG KARANG 26 Sept. - Pas dicabar supaya meninggalkan pakatan dengan DAP sekiranya parti pembangkang itu mahu meletakkan matlamat menjadi negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Pas sepatutnya tidak perlu tunduk dengan ugutan DAP yang mahu meletakkan jawatan mereka beramai-ramai sekiranya Pas tetap dengan pendirian mahu melaksanakan perkara itu.

"Kenapa Pas perlu takut ugutan DAP jika mereka mahu laksanakan undang-undang hudud. Apa yang jelas kita lihat ialah DAP menentang agenda Pas dan ini bermakna tidak wujud kesepakatan dalam pakatan pembangkang itu sendiri.

"Justeru, jika Pas ini ada prinsip serta maruah, mereka sepatutnya keluar daripada pakatan pembangkang, bukannya tunduk kepada ugutan DAP," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dan menyampaikan sumbangan kepada 128 orang bakal haji kawasan Parlimen Tanjong Karang di sini hari ini.

Noh berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam yang menegaskan pemimpin-pemimpin kanan parti itu akan meletak jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadi negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Menurut Guan Eng, penegasan itu dibuat sebagai mengulangi pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini bahawa parti itu tidak akan menerima hudud atau idea membentuk sebuah negara Islam sekiranya mereka memperoleh kuasa ke Putrajaya.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang bagaimanapun yakin bahawa Pas tetap akan tunduk kepada ugutan DAP dengan melupakan hasrat mereka untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Mengambil contoh di Selangor, Pas sebenarnya amat bergantung kepada DAP untuk membolehkan parti itu terus menjadi kerajaan negeri pada hari ini.

Ini kerana katanya, bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimiliki Pas sebenarnya tidak cukup untuk parti itu mewujudkan kerajaan pimpinannya sendiri kerana hanya mempunyai lapan kerusi DUN dan bergantung kepada DAP yang mempunyai 13 kerusi dan 14 kerusi dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Maka sebab itu saya yakin isu hudud Pas ini hanya gimik politik untuk pilihan raya, begitu juga dengan ugutan DAP yang bersifat retorik semata-mata.

"Pas, DAP dan PKR masing-masing bergantung kepada kerusi yang dimenangi mereka untuk menubuhkan kerajaan negeri kerana tiga parti pembangkang ini masing-masing tidak mempunyai kerusi majoriti.

"Saya yakin Pas akan tunduk juga kepada ugutan DAP ini. Begitu juga dengan DAP yang bergantung harap kepada Pas untuk membolehkan mereka berkuasa," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Seorang maut lori rempuh rumah

Posted:

Seorang maut lori rempuh rumah

Seorang maut lori rempuh rumah

Oleh AZMAN MD. NOOR
pengarang@utusan.com.my

SIK 26 Sept. – Seorang terbunuh manakala tiga lagi cedera apabila sebuah lori pasir terbabas lalu melanggar dua kereta sebelum merempuh sebuah rumah di Jalan Bukit Tupai dekat Batu Lima, di sini hari ini.

Dalam kemalangan pukul 12.30 tengah hari itu, pemandu kereta, Abdul Rahman Jusoh, 56, yang berasal dari Kampung Bandar Hilir Mukim Teloi dekat sini meninggal dunia di lokasi kejadian manakala isterinya, Sarimah Wamin, 46, cedera ringan.

Pasangan tersebut dalam perjalanan pulang dari arah pekan Batu Lima apabila dirempuh lori yang datang bertentangan dari arah Parit Panjang.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Zaidong Mustapha berkata, lori yang dipercayai dipandu laju itu, cuba mengelak sebuah kenderaan pikap yang membelok ke kiri jalan namun merempuh dan menyeret kereta mangsa.

"Lori tersebut seterusnya merempuh rumah milik warga emas, Maimunah Noh, 70, yang terletak kira-kira 15 meter dari jalan raya sehingga terperosok ke dalam ruang tamu dan bilik tidurnya," katanya.

Katanya, pemandu lori berkenaan, Mat Ghazali Abdul Kadir, 46, dari Aman Jaya, Sungai Petani turut mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sik.

Selain itu, menurutnya, pemandu kenderaan pikap, Lim Eee How, 55, cedera di bahagian kepala.

Katanya, Maimunah pula bernasib baik kerana sempat lari menyelamatkan diri sebaik sahaja ternampak lori berkenaan meluru ke arah rumahnya.

Maimunah ketika ditemui bersyukur kerana terselamat daripada kejadian tersebut.

Katanya, semasa kejadian, dia sedang mengupas kelapa apabila terdengar bunyi dentuman kuat dan tiba-tiba ternampak lori pasir berkenaan menghala ke arahnya.

"Saya bingkas berundur untuk mengelak sebelum lori berkenaan merempuh rumah saya," katanya.

"Mujurlah kejadian itu berlaku pada waktu siang kerana jika waktu malam, tiga cucu saya yang setiap malam tidur di bilik berkenaan mungkin menjadi mangsa rempuhan," katanya.

Jurujual gagalkan cubaan ragut

Posted:

Jurujual gagalkan cubaan ragut

Jurujual gagalkan cubaan ragut

JOHOR BAHRU 26 Sept. - Seorang jurujual wanita nekad mengejar dan menendang motosikal ditunggang seorang lelaki yang meragut beg tangan miliknya menyebabkan suspek diberkas di Jalan Maju, Taman Pelangi, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 4.15 petang itu, mangsa, Cindy Tan, 52, dalam perjalanan ke sebuah kedai percetakan untuk menempah kad perniagaan dengan menaiki motosikal Yamaha Ego.

Katanya, tiba-tiba dia dihampiri sebuah motosikal Kawasaki KR150 dari arah belakang sebelum peragut berkenaan bertindak meragut beg tangannya yang diletakkan di bahagian letak kaki hadapan motosikal berkenaan.

"Saya terus kejar lelaki itu kira-kira 30 meter dan menendang dari tepi menyebabkan kami berdua terjatuh.

"Lepas itu saya terus bangun dan capai beg tangan saya dan lari ke dalam restoran berhampiran untuk mendapatkan bantuan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Cindy berkata, suspek yang cedera tidak dapat melarikan diri dan orang ramai yang melihat kejadian itu segera memberi bantuan sebelum menyerahkan lelaki tersebut kepada polis.

Katanya, kejadian ragut itu merupakan kali kedua menimpanya dengan kali pertama berlaku di Taman Megah Ria, dekat sini pada 2005.

"Dalam insiden pertama, suspek sudah ditangkap dan dijatuhi hukuman oleh mahkamah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

"Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Turki, Israel tidak akan berbaik - Erdogan

Posted:

Turki, Israel tidak akan berbaik - Erdogan

Turki, Israel tidak akan berbaik - Erdogan

WASHINGTON 26 Sept. - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, hubungan 'retak' antara negaranya dengan Israel tidak akan pulih buat selama-lamanya selagi rejim Yahudi itu terus menghalang flotila bantuan dan mengenakan sekatan ke atas Genting Gaza.

Erdogan berkata, Turki sangat bersabar dengan bekas sekutunya itu meskipun hubungan menjadi tegang selepas komando Israel menggempur flotila kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Mei tahun lepas.

"Saya boleh menyatakan dengan jelas dan terus-terang hubungan antara Israel dengan Turki sudah retak disebabkan isu yang ditimbulkan oleh Israel apabila flotila yang membawa bantuan kemanusiaan cuba masuk ke Gaza (pada tahun lalu).

"Flotila itu membawa aktivis kemanusiaan dari 33 negara dan diserang dari laut dan udara (oleh komando Israel)," kata Erdogan kepada program GPS CNN, semalam.

Katanya, Turki menuntut Israel memohon maaf, membayar ganti rugi dan menghapuskan sama sekali sekatan ke atas Gaza.

"Jika tuntutan itu tidak dipenuhi, hubungan Turki dengan Israel tidak akan pulih untuk selama-lamanya," tegas beliau.

Erdogan mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa kapal-kapal perang Turki boleh dikerahkan untuk melindungi kapal bantuan ke Gaza pada masa depan.

"Dalam situasi ini, demokrasi, hak-hak dan kebebasan hendaklah dipertahankan.

"Jika kamu terus berkeras untuk mewujudkan punca kekacauan, kamu sudah tentu akan menjadi semakin tersisih," katanya dalam satu kenyataan yang ditujukan kepada Israel. - AFP

Palestin masih perlukan 9 undi

Posted:

Palestin masih perlukan 9 undi

Palestin masih perlukan 9 undi


Presiden Palestin, Mahmoud Abbas melambai tangan kepada penduduk Palestin yang berhimpun di Ramallah, Tebing Barat bagi menyambut kepulangannya selepas berucap pada UNGA, kelmarin. - REUTERS


NEW YORK 26 Sept. - Permohonan Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara mula dibahaskan oleh Majlis Keselamatan PBB hari ini, tetapi dijangka menghadapi cabaran getir bagi memperoleh sembilan undi yang masih diperlukan untuk kelulusan.

Tanpa undi minimum tersebut dalam badan yang terdiri daripada 15 anggota itu, Amerika Syarikat (AS) akan terlepas daripada keperluan untuk menggunakan kuasa vetonya bagi menyekat permohonan Palestin.

Ketika perbincangan formal bermula, diplomat berkata, Palestin hanya dapat memastikan enam undi sokongan dalam Majlis Keselamatan iaitu daripada China, Rusia, Brazil, Lebanon, India dan Afrika Selatan.

Tiga negara anggota bukan tetap, Gabon, Nigeria dan Bosnia belum mendedahkan sama ada mereka akan mengundi untuk menyokong keanggotaan Palestin.

"Jika pengundian diadakan hari ini, Palestin tidak akan mendapat cukup undi yang diperlukan dan AS tidak perlu menggunakan kuasa vetonya," kata seorang diplomat Barat.

Lazimnya Majlis Keselamatan tidak mengambil masa melebihi 35 hari untuk mengkaji dan menilai permohonan bagi menganggotai PBB.

Pada Julai lalu, permohonan Sudan Selatan, negara anggota PBB ke-193 dan terbaru menyertai badan dunia itu, diluluskan dalam masa beberapa hari sebelum dibawa ke Perhimpunan Agung PBB (UNGA) untuk pengesahan. - Reuters

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Tiada unsur jenayah

Posted:

Tiada unsur jenayah

Tiada unsur jenayah

Oleh SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Mahkamah Koroner di sini hari ini memutuskan bahawa tiada unsur jenayah atau penglibatan pihak ketiga dalam kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed, April lalu.

Koroner Aizatul Akmal Maharani dalam keputusannya berpendapat, Ahmad Sarbaini jatuh secara tidak sengaja dari Aras 3 bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan dan meninggal dunia di tempat sama disebabkan nahas tersebut.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di Aras 1 bangunan SPRM tersebut yang terletak di Jalan Cochrane di sini pada 6 April lalu.

Menurut Aizatul, teori Allahyarham dibunuh disangkal berdasarkan keterangan saksi-saksi pakar yang menyatakan tiada kesan luka tangkis (kesan mempertahankan diri) di anggota badannya selain tiada langsung kesan pergelutan.

Koroner itu berpendapat sekiranya Allahyarham dipukul, pengsan dan kemudian dicampak ke luar tingkap pastinya tiada kesan melawan kejatuhan (break the fall) kerana tiada ciri-ciri sedarkan diri dan mengetahui ruang di sekelilingnya ketika jatuh (spatial).

Begitu juga dengan teori dia membunuh diri, menurut koroner itu, teori itu meleset sama sekali kerana ketiadaan tanda-tanda penting yang biasanya wujud dalam kes sedemikian.

Mengenai keadaan minda Allahyarham sebelum kejadian itu berlaku, ujar beliau, tiada siapa yang menjemput atau mengarahkan Allahyarham datang ke pejabat SPRM itu dan tiada seorang pun pegawai yang mengetahui kedatangannya.

''Tidak dapat dipertikaikan bahawa Allahyarham merupakan seorang pekerja, rakan, suami dan bapa yang baik, apabila dia membuat pengakuan menerima wang ehsan daripada dua ejen, saya berpendapat pengakuan itu telah menjejaskan pemikirannya.

''Keterangan rakan-rakan Allahyarham menunjukkan dia berada dalam keadaan tertekan dan risau sehingga mendorong lelaki itu ingin menukar pengakuannya semula,'' kata Aizatul dalam keputusan bertulisnya setebal 25 muka surat.

Menurut beliau lagi, pada masa yang sama Ahmad Sarbaini trauma dengan lokap polis setelah menyifatkan ia ibarat 'neraka dunia' ketika bercerita mengenai pengalaman ditahan di lokap Bukit Jalil kepada rakan-rakannya pada 5 April lalu.

Katanya, Ahmad Sarbaini telah terfikir mengenai kemungkinan ditahan semula kerana dia telah menyerahkan tugasnya kepada rakan kelab tenis pada 6 April lalu.

''Ketika tiba di pejabat SPRM pula saksi (yang terdiri daripada) pengawal keselamatan dan penyambut tetamu berkata Ahmad Sarbaini resah, memegang dan menggelengkan kepalanya,'' kata Aizatul.

Menurut Aizatul, keadaan menjadi parah apabila pegawai SPRM merampas telefon bimbit Allahyarham dan Penolong Penguasa SPRM, Kamal Awang Besar meminta Ahmad Sarbaini menunggu di bilik saksi yang menyebabkan Allahyarham mungkin berfikir dia ditahan sekali lagi serta bakal dimasukkan ke 'neraka dunia'.

Perbuatan itu katanya, menyebabkan Allahyarham ingin keluar dari bangunan itu dengan apa cara sekalipun dan Ahmad Sarbaini tidak menggunakan tangga serta lif kerana khuatir akan ditahan oleh pihak SPRM yang berada di situ.

Aizatul turut berpendapat, perbuatan Kamal meninggalkan Allahyarham bersendirian di dalam bilik saksi menunjukkan Kamal telah cuai dalam menjalankan tugas dengan cara mengingkari arahan pegawai atasannya untuk menjaga Allahyarham.

Koroner tersebut turut menyentuh mengenai beberapa isu berbangkit seperti gangguan kepada dua rakaman kamera litar tertutup (CCTV), DVR1 dan DVR2 di bangunan tersebut yang berlaku pada 5 April lalu.

Menurut Aizatul, tiada sesiapa yang sengaja memadamkan rakaman-rakaman tersebut kerana gangguan berlaku pada 5 April lalu sedangkan pada tarikh itu tiada seorang pun mengetahui yang Allahyarham akan datang pada keesokan harinya.

Bagi isu ungkapan ''bukan saya...orang saya'' yang didakwa diungkapkan oleh pegawai penyiasat SPRM, Abdul Ghani Ali kepada isteri Ahmad Sarbaini iaitu Masiah @ Maziah Manap, menurut Aizatul, ia isu yang kecil dan tidak banyak membantunya dalam mencari jawapan ke atas sebab kematian Allahyarham.

Prosiding hari ini turut dihadiri oleh ahli keluarga Allahyarham termasuk Masiah dan anak-anaknya. Bagaimanapun, Masiah enggan memberikan sebarang komen mengenai keputusan itu.

Pihak SPRM diwakili oleh peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah manakala peguam Awtar Singh mewakili keluarga Allahyarham.

Kesan titisan darah di ladang sawit

Posted:

Kesan titisan darah di ladang sawit

Kesan titisan darah di ladang sawit

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 26 Sept. – Cebisan tulang dan gigi ditemui oleh pasukan forensik polis berhampiran pokok kelapa sawit di dalam Ladang Gadong, Banting, iaitu tempat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi didakwa dibunuh dan dibakar pada 30 Ogos tahun lalu.

Ketua Bahagian Kimia, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Supritendan Soo Me Tong yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata, penemuan itu dibuat hasil panduan enam pakar patologi forensik dari tiga hospital yang mengetuai pencarian pada 14 September 2010.

Menurut saksi pendakwaan ke-48 itu, turut ditemui di lokasi yang sama adalah kepingan logam, sebatang kayu dan serpihan kayu terbakar, sehelai seluar dalam jenama Hush Puppies saiz M, seluar panjang jenama Snail Classic saiz M, cebisan kain guni dan stokin, sisa kebakaran berwarna biru, wayar hijau dan satu kod bar.

''Enam doktor dari Hospital Kuala Lumpur, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Melaka turut hadir. Peranan mereka untuk membantu mencari sisa-sisa tulang serta mengesahkan sama ada ia tulang atau bahan lain.

''Pencarian dibahagikan kepada empat zon dan setiap satu zon diketuai oleh salah seorang daripada mereka. Satu cebisan tulang ditemui di zon B, dua cebisan di zon C dan lebih 15 cebisan tulang serta gigi ditemui di zon D,'' katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd. Ghani.

Dalam kes ini, N. Pathmanabhan, 42, bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam hingga 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Menurut Me Tong, tempat yang dikatakan mayat-mayat mangsa dibakar itu ditutup dengan atap zink dan kayu-kayan, manakala permukaan atas tanah dipenuhi najis kambing semasa beliau dan pasukannya tiba di situ.

Selain membuat pencarian selepas mengalihkan kayu dan zink-zink tersebut, beliau turut melihat terdapat kesan-kesan layu pada pokok kelapa sawit berhampiran kawasan pembakaran itu.

Terdahulu, pegawai forensik polis itu memberitahu, beliau dan pasukannya turut menemui kesan-kesan titisan darah semasa membuat pemeriksaan dalam bangunan satu tingkat yang mempunyai lima bilik di dalam ladang tersebut pada 12 September 2010.

Di dalam bangunan tempat Sosilawati dan tiga lagi didakwa diikat, dipukul dan diserang itu, beliau turut menemui sebatang kayu kriket, satu tong berisi cecair bahan bakar, keratan wayar berwarna hijau dan dua puntung rokok.

Sementara enam kesan cap jari yang berjaya ditimbulkan ditemui pada almari, laci di dalam almari yang sama dan pada botol minuman Coca-Cola di dalam bilik ketiga.

Semasa pencarian itu dilakukan, beliau dan pasukannya mengikut pegawai penyiasat, Asisten Supritendan (ASP) Mohd. Ishak Yaakob dan pegawai soal siasat, Cif Inspektor N. Govindan sambil dipandu oleh dua tertuduh, Matan dan Kathavarayan serta seorang lagi pekerja ladang tersebut, U. Suresh.

''Kesan titisan darah yang diuji dan disahkan positif darah itu ditemui di luar dinding bilik pertama, kedua, ketiga dan kelima, pada kusyen dan sarung kusyen di depan bilik kedua dan pada televisyen di depan bilik ketiga.

''Sebatang kayu kriket dan dua puntung rokok ditemui di bilik ketiga, satu tong plastik berisi dua pertiga cecair bahan bakar serta beberapa keratan wayar hijau ditemui di bilik ke lima. Satu penyodok dijumpai di dalam pondok berhampiran bangunan itu,'' katanya.

Jelasnya, setiap bahan bukti termasuk sampel tanah di kawasan itu ditanda oleh beliau sendiri dengan tandatangannya serta tarikh hari tersebut sebelum dimasukkan ke dalam sampul dan diserah kepada pegawai penyiasat kes pada hari yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir yang masuk hari ke-34 hari ini bersambung esok.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Penduduk jangan jual tanah

Posted:

Penduduk jangan jual tanah

Penduduk jangan jual tanah

Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanktn@gmail.com

KUANTAN 26 Sept. – Penduduk sekitar Beserah, Sungai Ular dan Balok di sini dinasihatkan tidak menjual tanah mereka kepada pihak ketiga ekoran terpengaruh dengan isu yang dimainkan pihak pembangkang sejak pembinaan kilang Lynas di Gebeng, baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd. Hazmi Yusof berkata, mereka tidak perlu membuat keputusan melulu sehingga sanggup menjual tanah sendiri berikutan bimbang terkena radiasi daripada operasi kilang berkenaan.

" Dalam situasi itu, pihak ketiga akan muncul dan cuba mengambil kesempatan membeli dengan harga yang cukup murah.

" Ini kerana, perkara yang sama pernah berlaku pada tahun 1980-an ketika BASF Petronas dan beberapa kilang minyak dan gas mula beroperasi di kawasan perindustrian Gebeng," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir di majlis persaraan guru al-Quran dan fardu ain dan jamuan Aidilfitri di Sekolah Agama Masjid Jamek Beserah, di sini, semalam.

Menurut Mohd. Hazmi, ketika kilang-kilang ini hendak dibangunkan, parti pembangkang akan mula mempolitikkan isu radioaktif sehingga membimbangkan penduduk kampung.

"Bila ini terjadi, terdapat penduduk kampung yang kurang arif mengenai perkara ini akan sanggup menjual tanah milik mereka pada harga yang murah kepada pihak ketiga.

" Bagaimanapun, apabila isu ini reda, pihak tersebut kembali mengambil kesempatan menjual tanah yang dibeli itu dengan harga yang berlipat kali ganda sekali gus menyukar penduduk tempatan membelinya semula," jelasnya.

Tambahnya, sikap mereka yang suka mendengar agenda negatif pembangkang tidak akan berakhir jika minda mereka belum terbuka untuk menilai kebenaran.

" Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan pembangkang kerana mereka kini tidak mempunyai sebarang isu untuk dimainkan lagi.

"Justeru, saya mahu penduduk di kawasan berkenaan berfikir dengan sedalam-dalamnya sebelum membuat sesuatu tindakan termasuk dalam isu penjualan hartanah," ujarnya.

Pesta bakar lemang di Chini meriah

Posted:

Pesta bakar lemang di Chini meriah

Pesta bakar lemang di Chini meriah

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
nahar.latib@utusan.com.my


Abu Bakar Harun (baju kemeja biru kotak) bersama peserta membakar lemang pada Pesta Lemang di Chini,kelmarin.


PEKAN 26 Sept. – Syawal kini hampir sampai ke penghujungnya namun masih ramai lagi mengambil kesempatan untuk mengadakan rumah terbuka dan jamuan bagi meraikannya.

Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri dalam menganjurkan jamuan hari raya bagi mengeratkan hubungan sesama insan.

Berbeza pula dengan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini di sini apabila mereka membawa kelainan dalam menganjurkan pesta membakar lemang bagi memeriahkan jamuan Aidilfitri di kawasan itu.

Acara yang empat kali dianjurkan itu diilhamkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun yang berusaha mengetengahkan kaedah berbeza bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri di kawasannya.

Pesta bakar lemang yang menjadi pesta meriah hanya wujud di kawasan DUN Chini di sini dan menarik penyertaan bukan sahaja golongan muda tetapi juga warga emas.

Pada pesta ini juga terdapat cabutan bertuah bagi untuk peserta dan disajikan juga dengan persembahan nyanyian kugiran dari Chini.

Hampir 2,000 penduduk di sekitar Gugusan Felda Chini hadir pada pesta tersebut, bukan sahaja dari kalangan ahli UMNO, malah turut dihadiri dari pelbagai parti lain.

Lebih bermakna kehadiran 10 pasukan yang menyertai pertandingan bakar lemang dari seluruh Chini.

Seorang peserta, Rosli Yakob, 52 berkata, ia merupakan kali ketiga penyertaannya dalam pertandingan itu dan menyifatkan satu perkembangan baik bagi mengukuhkan hubungan sesama masyarakat.

"ADUN Chini sendiri menggalakkan supaya aktiviti seumpama itu diteruskan kerana ia mengeratkan hubungan silaturahim bukan sahaja kepada masyarakat peneroka tetapi juga penduduk kampung tradisional daripada pelbagai parti di kawasan ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam

Dia yang mewakili Felda Chini 1 berharap supaya agenda perpaduan itu diteruskan walaupun hanya satu pertandingan sahaja.

"Pertandingan itu dapat menyuburkan nilai-nilai murni seperti semangat kerjasama dan komitmen peserta yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian," katanya.

Sementara itu, wakil Felda Chini Timur 2, Shodi Jaafar, 52, berkata, pertandingan ini menjadi platform kepada masyarakat Chini berkumpul dan bersatu serta membentuk satu keluarga besar yang boleh dilihat ketika ini.

"Saya berharap supaya program seperti ini dapat diteruskan kerana ia membawa manfaat dan kebaikan kepada masyarakat di kawasan ini," katanya.

Tambahnya, paling utama ia lebih fokus kepada perpaduan masyarakat supaya hubungan sesama mereka dapat dikekalkan.

"Bukan sahaja dari kalangan ahli UMNO yang hadir, pesta ini malah ia juga merapatkan hubungan dari kalangan parti lain di sini," katanya.

Dalam pada itu, wakil Felda Chini 4, Anisah Man, 43, berkata, wanita juga turut sama menyertainya kerana mereka juga boleh membantu kerajaan dalam merapatkan hubungan masyarakat.

Tambahnya, ia memberi manfaat dan faedah kepada masyarakat selain menjadi contoh kepada generasi muda supaya meneruskan amalan itu pada masa depan.

"Diharap acara seperti ini dapat diadakan secara kerap, bukan sahaja pada hari perayaan sahaja tetapi juga untuk setiap masa," katanya.

Platform terbaik menyatukan masyarakat

Posted:

Platform terbaik menyatukan masyarakat

Platform terbaik menyatukan masyarakat

PEKAN 26 Sept. - Pesta membakar lemang yang diadakan di Felda Chini 3, di sini baru-baru ini merupakan platform terbaik untuk menyatukan masyarakat tanpa mengira umur, kaum dan politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun berkata, pesta bakar lemang adalah cara terbaik kerana ia bukan melibatkan satu golongan sahaja tetapi meliputi seluruh tempat di kawasan DUN Chini.

Katanya, walaupun agak pelik tetapi itulah cara terbaik bagi menyatukan masyarakat Chini untuk turut serta menyertai pertandingan bakar lemang tersebut.

"Pertandingan itu diadakan sehari sebelum majlis jamuan raya diadakan bagi membolehkan setiap pasukan dalam pesta bakar lemang itu menyiapkan makanan mereka sebelum dihidangkan kepada tetamu pada keesokannya," katanya di sini, baru-baru ini.

Katanya, pesta ini lebih ke arah pembentukan perpaduan dan mengukuhkan hubungan sedia ada yang terjalin sesama masyarakat di situ.

"Di sini kita dapat lihat bagaimana setiap peserta berganding bahu dan bekerjasama menyiapkan lemang mereka walaupun berdepan dengan suhu panas yang tinggi.

"Namun semua itu mereka tolak ke tepi kerana selain membakar lemang, peserta seronok dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat," katanya.

Abu Bakar berkata, bukan sahaja golongan muda yang turut serta dalam pesta itu tetapi juga warga emas dan wanita tidak ketinggalan turut menjayakannya.

"Niat saya menganjurkan pertandingan ini cuma satu iaitu melihat perpaduan dan kerjasama terus terjalin kukuh dan dipertahankan oleh masyarakat di kawasan ini.

"Melihat kepada keceriaan dan semangat mereka sudah cukup membuatkan saya terus bersemangat berbakti kepada masyarakat di sini," katanya.

Mengenai pesta tersebut, beliau memberitahu, sebanyak 10 pasukan menyertainya. Setiap pasukan mempunyai 30 peserta yang akan membakar 200 batang lemang.

Antara pasukan tersebut adalah Felda Chini 1, Felda Chini 2, Felda Chini 3, Felda Chini 4, dan Felda Chini 5.

Selain itu, Felda Chini Timur 1, Felda Chini Timur 2, Felda Chini Timur 3, dan Kilang Felda Perumahan Dara turut terlibat.

Katanya, pada tahun ini jumlah lemang yang dibakar adalah sebanyak 2,000 batang berdasarkan 200 batang bagi setiap pasukan.

Tambahnya, setiap pasukan perlu menyediakan lemang terbaik yang menepati cita rasa juri dan mempunyai cara tersendiri untuk menyediakannya.

Katanya, selama empat tahun program itu dianjurkan, sambutan yang diterima amat memuaskan kerana masyarakat DUN Chini memberi komitmen baik untuk menjayakannya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Pemacu transformasi ummah

Posted:

Pemacu transformasi ummah

Pemacu transformasi ummah


Raja Dr. Nazrin Shah menyampaikan Titah DiRaja sempena Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, semalam.


SEGALA puji tertentu bagi Allah Subhanahu Wata'ala yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagi Nya (pula) segala puji di akhirat, dan Dialah saja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

Hamba-Mu ini, dengan hati yang bening - ingatan yang hening, melafazkan seikhlas tutur dari denyut nadi - menzahirkan setulus kalam dari pancaran hati, kalimah kesyukuran yang setinggi-tingginya atas anugerah rahmat dari Mu jua Ya ALLAH, mengangkatkan martabat Hamba-Mu ini untuk menyempurnakan satu tanggung jawab fardu kifayah di pagi ini.

Dengan segala kerendahan sifat - kelemahan kudrat, hamba-Mu mohon mendapat petunjuk dan panduan dari Mu jua.

Selawat dan kesejahteraan ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, semulia-mulia kejadian. Demikian juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda yang merupakan bintang-bintang penunjuk mencernakan cahaya, seterusnya ke atas sekalian para Tabiin dan para ulama yang berperanan sebagai penyuluh daripada kegelapan. Semoga memperoleh ihsan daripada Allah SWT sehingga ke hari kebangkitan.

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi' Maka dengan lafaz ini berikrarlah kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana Undang-undang dan Perlembagaan Negeri yang telah disah dan dimasyhurkan dan yang akan disah dan dimasyhurkan di masa hadapan ini.

Dan lagi kami berikrar mengaku dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri."

Demikian lafaz ikrar sumpah jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara. Status Ketua Utama Negara bukan sekadar simbol hiasan. Status Ketua Agama Negara menuntut kepada penyempurnaan tanggung jawab besar memenuhi amanah.

Terkandung lima kata kunci dalam sumpah jawatan tersebut iaitu: Undang-undang, Perlembagaan Negeri, Agama Islam, Adil dan Aman. Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia ini, dianjurkan, menyusuli ketetapan yang diperkenankan dalam Persidangan Majlis Raja-Raja.

Menjunjung titah duli-duli yang maha mulia raja-raja, patik merafak sembah junjungan kasih setinggi-tingginya atas limpah perkenan duli-duli tuanku, memberikan pengiktirafan ke atas batang tubuh patik, menyempurnakan hasrat duli-duli tuanku, untuk patik menzahirkan titah diraja atas tema 'Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah'.

Setiap yang tersurat dizahirkan dari yang tersirat. Ketetapan Majlis Raja-Raja memperkenankan kelangsungan Kongres ini, perlu direnung secara tajam, diamati secara halus dan diselami secara mendalam.

Betapa keprihatinan yang tersirat dalam ruang minda Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja Melayu tentang senario semasa negara; senario semasa negara yang harus dirangkaikan dengan lima kata kunci yang terkandung dalam sumpah jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; senario semasa negara berkaitan Islam, survival ummah dan perpaduan ummah, soal keluhuran Perlembagaan, soal kedaulatan undang-undang, soal keadilan, soal keamanan; serta lebih utama keprihatinan duli-duli yang maha mulia itu, sebagai pewaris kepada tujuh wasiat yang telah diperkenankan kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu oleh sembilan Raja Melayu pada tarikh 5 Ogos 1957, lalu memberikan perkenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Perlembagaan Persekutuan secara nyata menetapkan kewajipan penting Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selaku Ketua Utama Negara untuk memelihara kesucian agama Islam pada setiap masa.

Tanggung jawab penting tersebut didukung bersama oleh sembilan Raja Melayu di negeri-negeri.

Tanggung jawab penting tersebut telah sekian lama diamanahkan kepada Raja-Raja Melayu dan Raja-Raja Melayu telah menyempurnakan amanah tersebut dengan memastikan kesucian Islam tidak ternoda, syiar Islam terus dikembangkan dan umat Islam dilindungi dari penyerapan fahaman lain hingga boleh dimurtadkan.

Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada negeri menggubal undang-undang untuk mempertahankan agama Islam dan penganutnya dari dipengaruhi unsur-unsur agama lain.

Islam mula berakar di negeri-negeri Tanah Melayu sejak kurun ke-14. Islam terpahat kukuh di persada sejarah negara. Islam telah tersebar di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu lebih awal dari Melaka.

Dengan pengislaman Raja Melaka dalam tahun 1409, Islam bertapak lebih kuat di alam Melayu, dijadikan agama rasmi Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1458) Kesultanan Melaka dianggap sebagai salah sebuah Kerajaan Islam yang ulung di Asia Tenggara, berperanan sebagai pusat penyebaran Islam di Nusantara.

Risalah Islam memberikan impak besar kepada jiwa dan minda masyarakat Melayu. Islam mengisi kandungan rohani, begitu serasi - begitu sebati dengan jiwa dan budaya Melayu.

Ajaran Islam diterima pakai sebagai asas yang mutlak dalam kehidupan umat Melayu di Malaysia. Islam mengubah anutan agama umat Melayu kepada satu agama wahyu yang ditanzilkan oleh Allah SWT.

Proses pengislaman di alam Melayu berlangsung dalam masa yang singkat dan merupakan tenaga terkuat yang mencorakkan kepercayaan, nilai dan sikap masyarakat.

Ajaran Islam cepat menyerap di kalangan umat Melayu kerana Islam merupakan satu keratan lapisan yang diletakkan atas sistem kepercayaan yang sedia wujud, memperlihatkan kebijaksanaan umat Melayu melakukan asimilasi, menyesuaikan sistem kepercayaan lama dengan yang baru.

Islam memberi dimensi baru kepada minda Melayu. Ia telah mencetuskan satu revolusi pemikiran di kalangan umat, berupaya menyemai nilai dan semangat keagamaan yang luhur. Islam telah merobah bukan sahaja struktur zahir masyarakat Melayu malah turut menyentuh struktur batinnya.

Berpalinglah pandangan hidup umat Melayu, gugur dari singgahsana alam seni dan mitos yang khayal, berpindah ke alam akal dan budi yang menuntut kepada gaya tertib yang lebih teratur, berjaya membina daya rasionalisme dan intelektualisme di kalangan umat, mengangkat adab dan susila serta kesedaran terhadap kemuliaan insan dan keagungan Tuhan.

Beberapa pengubahsuaian lantas berlaku dalam sistem pemerintahan dengan pengenalan identiti baru. Raja dan kerajaan diberi taraf baru, menghapuskan konsepsi lama yang menganggap Raja sebagai 'penjelmaan tuhan di bumi', status yang meletakkan Raja sama taraf dengan tuhan, beralih kepada konsepsi bahawa Raja adalah 'bayangan ALLAH di muka bumi (zillulah fi al-Ard)" . Hubungan batiniah Raja dengan para dewata ditinggalkan, di sebaliknya talian spiritual dirangkaikan dengan Allah dan Rasul serta kekudusan tokoh para aulia dan anbia.

Berdasarkan konsepsi baru ini, Raja hanya bertaraf wakil atau khalifah di bumi dengan sifat-sifat kemanusiaan. Kuasa Raja disandarkan dengan hukum kerana Raja juga tidak boleh mengingkari tuntutan syarak. Kemuliaan Raja dinilai dari sudut amal makruf Baginda menyempurnakan tanggung jawab, lantas menginsafkan Raja bahawa kuasa pemerintahan adalah satu amanah ILAHI yang sama sekali tidak boleh disalahgunakan.

Raja wajib menjunjung amanah pemerintahan dengan melaksanakan keadilan untuk kesejahteraan rakyat mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Islam dan Melayu adalah tunggak utama Tanah Melayu. Undang-undang Islam diguna pakai untuk mentadbir negeri-negeri di Tanah Melayu. Melaka telah mengkanunkan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka berdasarkan Hukum Syarak. Di Perak, Undang-Undang 99 juga digubal berdasarkan prinsip Hukum Syarak; Terengganu, Kelantan dan Kedah menyerap pengaruh Islam dalam pentadbiran masing-masing.

Selepas kejatuhan Melaka, kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Melayu meneruskan tradisi pemerintahan beraja yang kekal berpandukan undang-undang Islam sehingga munculnya penglibatan Inggeris dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu.

Inggeris telah memisahkan urusan pentadbiran negeri dengan agama Islam. Proses peralihan kepada sistem pentadbiran perundangan Inggeris telah dilakukan dari negeri ke negeri. Hal ehwal Islam ditadbirkan secara berasingan dengan penubuhan institusi-institusi khusus untuk urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Di Perak, pentadbiran Islam dipertanggungjawabkan kepada beberapa Orang Besar Negeri yang dilantik oleh Sultan. Salah seorang Orang Besar Delapan, Imam Paduka Tuan dilantik memegang jawatan Kadi.

Di pertengahan abad ke-19, terdapat gelaran-gelaran Imam Seri Raja Kota Lama Kanan, Imam Siraja Pakih Kota Lama Kiri, Imam Malaikat Amin Ketior, Imam Siraja Diraja Geronggong, Imam Seri Jidin Sayong, Imam Siraja Mahkota Bota, Imam SyakuI-Islam Pasir Salak dan Imam Siraja Dalam Istana Sultan.

Dalam abad ke-20, Majlis Orang Besar-Orang Besar dan ulama ditubuhkan untuk mengambil tanggung jawab mengurus tadbir hal ehwal Islam di Perak .

Amat ketara, urus tadbir berpaksikan Islam yang merangkumi aspek perundangan, toleransi, ekonomi dan sosial ketika itu, telah diterima sebagai cara hidup masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama di bumi ini .

Pengiktirafan tersebut selanjutnya diterjemahkan melalui kes Raman - lawan Laton, apabila Mahkamah Rayuan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu memutuskan bahawa Islam adalah 'lex loci of the land'.

Begitu ketara Inggeris mengakui hakikat bahawa Islam merupakan satu-satunya agama yang diiktiraf sebagai agama bagi negeri-negeri Tanah Melayu, berkedudukan tertinggi berbanding agama-agama lain.

Berasaskan hakikat tersebut, Hakim Abdul Hamid yang menganggotai Suruhanjaya Reid telah bersetuju dengan memorandum yang dikemukakan oleh Parti Perikatan supaya Islam dijadikan agama bagi Persekutuan Tanah Melayu.

Parti Perikatan adalah gabungan parti-parti politik yang mewakili masyarakat Melayu, masyarakat Cina dan masyarakat India, tiga kaum utama di kalangan penduduk Tanah Melayu.

Dengan pertimbangan bahawa sudah terdapat 15 negara di dunia ketika itu meletakkan agama dalam Perlembagaan mereka, Hakim Abdul Hamid mengakui bahawa Islam memiliki kedudukan istimewa di negeri-negeri Tanah Melayu dengan menyatakan:

"If in these countries a religion has been declared to be the religion of the State and that declaration has not been found to have caused hardships to anybody, no harm will ensure if such a declaration is included in the Constitution of Malaya.

''In fact in all the Constitutions of Malayan States a provision of this type already exists. All that is required is to transplant it from the State Constitution and to embed it in in the Federal".

Tradisi pengiktirafan Islam sebagai agama Negara telah diterjemahkan melalui persetujuan yang dicapai oleh kaum-kaum dan kumpulan-kumpulan agama yang menghuni Tanah Melayu untuk menerima Perkara 3(1), meletakkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan Perkara 3(2) untuk menjamin hak-hak, keistimewaan, kuasa prerogatif Raja-Raja di negeri-negeri.

Islam adalah 'Magna Carta', satu kontrak sosial yang tersirat, dan adalah komponen yang terkandung di dalam Perlembagaan, satu kontrak sosial yang tersurat di negara ini.

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang diperlengkap dan diperkukuh dengan beberapa peruntukan lain, telah memartabatkan Agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan; dan hakikat akan penerusan kedaulatan Raja-Raja Melayu di Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya di kenali sebagai Malaysia.

Adalah penting untuk Perlembagaan Persekutuan ditafsirkan secara menyeluruh untuk memastikan kesemua peruntukan yang terkandung di dalamnya adalah berikat dan berkuasa.

Perkara-perkara utama mengenai Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh ditafsir secara harfiah.

Ia perlu ditafsirkan secara holistik, dikaitkan dengan peruntukan-peruntukan lain yang berkaitan, demi memastikan, tujuan sebenar peruntukan-peruntukan tersebut tidak dimanipulasikan hingga menidakkan hak yang nyata kepada umat Islam.

Dalam kes Dato' Menteri Othman Baginda & Anor melawan Dato Ombi Syed Alwi bin Syed Idrus , Ketua Hakim Negara ketika itu, Yang Amat Arif Raja Azlan Shah memutuskan antara lain:

"In interpreting a constitution two points must be borne in mind. First, judicial precedent plays a lesser part than is normal in matters of ordinary statutory interpretation. Secondly, a constitution, being a living piece of legislation, its provision must be construed broadly and not in a pedantic way - with less rigidity and more generosity than other Acts" (see Minister of Home Affairs v Fisher (1979) 3 All ER 21)

Yang Amat Arif Raja Azlan Shah seterusnya menyatakan:

"It is in the light of this kind of ambulatory approach that we must construe our Constitution. The Federal Constitution was enacted as a result of negotiations and discussions between the British Government, the Malay Rulers and the Alliance Party relating to the terms on which independence should be granted. One of its main features is the enumeration and entrenchment of certain rights and freedoms. Embodied in these rights are the guarantee provisions of Article 71 and the first point to note is that, that right does not claim to be new. It already exists long before Merdeka, and the purpose of the entrenchment is to protect it against encroachment."

Segala yang terpahat di dalam Perlembagaan adalah dalam semangat menjunjung Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang secara tegas menetapkan antaranya, Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Tanah Simpanan Melayu diperuntuk dan dipertahankan, kedudukan istimewa Orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain dilindungi, kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah Negara kekal terjamin.

Perkara-perkara ini tidak boleh dipinda di dalam Perlembagaan semata-mata melalui suara majoriti dua pertiga ahli-ahli Dewan Rakyat atau ahli-ahli Dewan Negara tanpa perkenan Raja-Raja.

Perkara-perkara ini tidak boleh sewenang-wenangnya dijadikan modal politik untuk kepentingan politik. Perkara-perkara tersebut adalah prinsip asas, prinsip utama yang tidak boleh sama sekali diperdagangkan.

Islam adalah agama yang memiliki benteng perlindungan dan taraf keistimewaan mutlak di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Yang Arif Hakim Mohd. Noor Abdullah dalam penghakiman kes Meor Atiqulrahman Ishak dan yang lain - lawan - Fatimah Sihi dan yang lain, telah memberikan tafsiran berikut:

"... Peruntukan 'Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai' bermakna Islam adalah agama utama di antara agama-agama lain yang dianuti di negara ini. Islam bukan setaraf dengan agama lain, bukan duduk berganding bahu atau berdiri sama tegak.

''Ia duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran. Ini bermakna Kerajaan bertanggung jawab memelihara, menyemarak dan mengembangkan Islam seperti mana yang termampu dilakukan oleh Kerajaan sekarang, dan agama-agama lain hendaklah diatur suai dan di hala tuju ke arah yang menjamin supaya ia diamalkan dengan aman damai dan tidak menggugat kedudukan utama agama Islam...."

Setelah 54 tahun tanah air mencapai kemerdekaan, setelah 13 Raja Melayu secara bergilir bertakhta di singgah sana Ketua Utama Negara, setelah 12 kali pilihan raya umum dilangsungkan, dan setelah enam Perdana Menteri memimpin Kerajaan Persekutuan, pentafsiran Perlembagaan dengan perspektif yang menghormati sejarah penubuhan Malaysia, amatlah penting diperingatkan semula, malah wajib terus diperingatkan sepanjang masa.

Segala persetujuan yang telah dicapai wajib dihormati. Prinsip-prinsip asas terutama menyentuh Islam dan Melayu tidak boleh sama sekali dikompromikan.

Walau apa sekalipun alasan, walau apa muslihatnya, matlamat jangka pendek oleh mana-mana pihak, jangan sampai ke peringkat menggadaikan nasib ummah di hari ini dan di hari muka.

Ummah wajib berdiri teguh - berpendirian tegas, tidak berundur ke belakang walau setapak sekalipun. Pencerobohan-pencerobohan yang dilakukan di masa lalu, hari ini perlu dibayar dengan harga tinggi oleh ummah.

Abdullah Munsyi mencatatkan bahawa dalam adat resam Melayu, pengajian al-Quran diperkenalkan kepada anak sebelum mempelajari Bahasa Melayu; tetapi Raffles pada 1810 telah menganjurkan supaya pelajaran bahasa Melayu hendaklah diasingkan dari dasar pelajaran Al-Quran. Satu arahan yang pada hakikatnya merupakan senjata halus, memulakan pemisahan pengajian Islam dalam sistem pendidikan di kalangan ummah.

Muhammad Nejatullah Siddiqi, yang dianggap penulis paling berpengaruh di kalangan generasi pertama ahli Ekonomi Islam, menghuraikan bagaimana sistem pendidikan yang diwarisi di negara-negara Islam memisahkan pendidikan sekular dengan agama lalu menghindarkan peluang kepada umat Islam menguasai pengetahuan ekonomi.

Pelbagai muslihat yang dilakukan di masa lalu, hari ini telah menidakkan ummah kepada haknya; betapa kedaulatan Kesultanan Melayu Johor terhakis sepenuhnya dari lakaran sejarah Singapura dan betapa pula Kedaulatan Kesultanan Melayu Kedah di Pulau Pinang turut dipadam, dan betapa Melaka pada hari ini sudah tidak beraja lagi; dan betapa Hukum Kanun Melayu dihakis dari menjadi sumber undang-undang setelah diketepikan dengan penerimaan Common Law Inggeris.

Penghakisan martabat agama Islam di bumi ini bukanlah sesuatu yang tidak mungkin terjadi atau tidak dirancang secara tersirat baik dari dalam mahupun dari luar negara. Jika dihalusi, usaha-usaha pencerobohan terhadap Islam bukan sahaja tampak berlaku, tetapi berlaku dalam terang lagi bersuluh. Ia mungkin bermula dengan satu jamuan - satu nyanyian, satu perkhemahan - satu lawatan; ia mungkin bermula dengan segenggam garam - setahil emas, ia mungkin bermula dengan satu kalimah - satu ceramah.

Beta pernah menzahirkan peringatan bahawa pencerobohan besar bermula dari perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari sebuah surau, atau sebuah madrasah, atau sebuah masjid atau sebuah mimbar.

Ia bermula dari satu ungkapan, satu ucapan, satu khutbah, satu tazkirah atau satu doa; ia bermula dari pencerobohan kecil dan jika dalam menghadapi pencerobohan kecil, umat Islam masih belum insaf, masih berdegil dan masih sombong mempertahankan ego, masih memilih untuk bertelagah, maka umat Islam sebenarnya telah memberikan petanda yang salah; petanda seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat Islam dan terhadap institusi Islam.

Hari ini, kemusnahan ummah dan watan tidak lagi perlu menghadapi pencerobohan dari Alfonso de Alburque atau Raffles atau Francis Light atau Yamashita atau Mac Michael.

Pencerobohan-pencerobohan baru boleh berlaku melalui manipulasi fakta sejarah, melalui perbuatan mempersendakan lagu kebangsaan, melalui penghinaan bendera negara, melalui pelanggaran menghormati kalimah suci Allah yang sekian lama eksklusif kepada umat Islam. Keangkuhan semakin berlaku - toleransi umat Islam semakin dicabar.

Ummah kelihatan semakin dilemahkan, ia mungkin berpunca dari satu kenyataan, satu ungkapan. Ia mungkin berpunca daripada satu kekaburan dasar atau satu tafsiran yang salah; ia mungkin berpunca dari perlakuan rasuah atau perbuatan pecah amanah. Walau apa puncanya, ia laksana anai-anai yang semakin membesarkan busut - yang semakin mereputkan ummah.

Umat Islam wajib menghayati semangat "Bersatu teguh, bercerai roboh". Umat Islam wajib mengambil iktibar dari peristiwa penyatuan yang dicerminkan oleh kaum lain dalam mempertahankan maruah mereka.

Dua patah perkataan yang terselit di antara ribuan perkataan dalam sebuah novel, yang dianggap menghina kaum mereka, telah menyatupadukan warga berketurunan India Malaysia untuk membantah secara habis-habisan.

Meskipun tidak ada niat penulis novel untuk menghina mana-mana kaum, tetapi atas semangat mempertahankan maruah bangsa, warga Malaysia berketurunan India dari pelbagai kumpulan politik, baik yang bersama kerajaan mahupun yang tidak bersama kerajaan, para akademik dan pelbagai organisasi, bercantum tekad - bergabung usaha, bersatu suara - bersatu tindakan atas nama mempertahankan maruah.

Tuntutan mereka menghasilkan kejayaan. Semangat bersatu sedemikian atas nama maruah bangsa, sewajarnya dijadikan teladan. Islam akan terhakis apabila tanggung jawab terhadap urusan Islam gagal dipantau secara tegas. Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa, sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada perkara-perkara prinsip menyentuh akidah.

Hari ini nama suci Allah, dilaporkan telah digunapakai tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam - tanpa mengendahkan potensi yang boleh mengelirukan akidah anak-anak Islam - tanpa mempedulikan betapa terhirisnya perasaan ummah.

Nama suci Allah yang termaktub di dalam al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. Allah adalah kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam, kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.

Kalimah suci Allah bukan sekadar 'nama am' yang bermaksud 'Tuhan' walau apa bentuknya. Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut bila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan

bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas, Tuhan Maha Suci - Tuhan Maha Agung.

Allah adalah satu-satunya Tuhan berdasarkan Kalimah Syahadah yang dilafazkan:

"Bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah";

Amatlah bahaya jika prinsip asas agama diredakan untuk dijadikan bahan tolak ansur politik. Sesungguhnya insiden yang sedang berlaku, merupakan ujian besar kepada umat Islam di bumi ini.

Ujian yang mungkin sengaja diturunkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala terhadap umat Islam, menguji keikhlasan kepimpinan Islam di bumi ini; ujian Ilahi terhadap ketegasan umat Islam keseluruhannya, di kalangan ummah, ulama, barisan pemimpin, organisasi politik hatta Raja-Raja.

Ia adalah ujian terhadap ketegasan umat Islam untuk mempertahankan kalimah tauhid, Keesaan Ilahi, Allah yang "satu" lagi berkuasa di atas segalanya, Allah yang mengamanahkan kuasa di kalangan mereka yang telah ditentukan. Dalam menghadapi cabaran besar ini, berpegang dan yakinlah kepada kalam Allah mengikut yang terkandung dalam ayat 26 Surah Al Imran yang bermaksud:-

"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki; Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"

Berpeganglah kepada kebesaran Ilahi, dengan bersendikan keteguhan iman, untuk berani menegakkan yang hak, menentang perlakuan mungkar.

Yakinlah bahawa kuasa itu adalah amanah Allah, datangnya dari Allah, dan ALLAH akan memberi berkat, memberi petunjuk, memberi perlindungan dan memberi kemenangan kepada mereka yang memiliki kekuatan untuk mempertahankan kesucian kalam tauhid.

Hanya sanya kerana politik, umat Islam jangan sampai hilang pedoman untuk tidak menghalang sesiapa sahaja "mengALLAHkan" apa sahaja yang mereka anggap tuhan. Satu keredaan yang membuka jendela kepada proses yang berpotensi menyimpangkan akidah.

Sudah terlalu lama umat Islam di bumi ini, berfikiran selesa dengan status bangsa, status agama dan status sejarah. Sudah terlalu lama umat Islam berfikiran selesa sebagai pewaris kepada tanah air pusaka bangsa.

Sudah terlalu lama umat Islam berpendirian selesa sebagai penduduk majoriti di sebuah negara merdeka, sudah terlalu lama umat Islam bersandarkan keselesaan kepada tiang politik yang disifatkan kukuh. Keselesaan umat Islam telah mengulitkan mereka leka tidur di siang hari bermimpikan bahagia.

Hari ini segala-galanya telah berlalu. Tanpa sesuatu langkah strategik - langkah berani, umat Islam dibimbangkan sedang menghitung hari, berada di ambang untuk menghadapi nasib bermusafir kelana di rumah sendiri. Ada kalanya umat Islam yang berani bersuara tentang bangsanya dan umat Islam yang berpendirian tegas untuk mempertahankan kesucian agamanya, dianggap melakukan dosa kepada negara-bangsanya.

Ummah mengimpikan pencapaian ekonomi yang lebih baik, profesion pekerjaan yang lebih baik, taraf hidup yang lebih baik, urus tadbir negara yang lebih baik.

Ummah mengimpikan pemerintahan adil lagi saksama; pemerintahan yang berlandaskan undang-undang yang tidak dilaksanakan secara diskriminasi, melalui badan kehakiman yang berintegriti; pemerintahan yang menghormati kesaksamaan gender, keadilan sosial, menyediakan kemudahan pendidikan yang dapat membangunkan potensi insan.

Ummah mengimpikan negara yang bebas dari kekacauan dan persengketaan; negara yang mengagihkan kemakmuran secara saksama. Sesungguhnya masih ada jurang di antara menggapai harapan dengan realiti, lalu mencetuskan pelbagai reaksi - pelbagai kebimbangan - pelbagai keresahan.

Raja-Raja Melayu sejak zaman berzaman memiliki sifat prihatin terhadap kelangsungan bangsa dan kesucian agama, dua perkara yang begitu dekat di hati Raja-Raja Melayu.

Rekod-rekod perundingan membuktikan, semasa era pentadbiran Inggeris, Raja-Raja Melayu senantiasa mengingatkan Inggeris untuk memastikan berlakunya perimbangan terhadap pribumi dalam program yang diperkenalkan oleh Inggeris baik dari segi pendidikan, pertahanan, pekerjaan, penghijrahan, pembukaan tanah dan pelbagai perkara lagi.

Raja-Raja Melayu sangat prihatin terhadap masalah perpaduan ummah di hari ini.

Ummah kelihatan berada dalam babak yang begitu taksub untuk menang 'sorak' tanpa memikirkan kampung lamannya mungkin tergadai.

Raja-Raja sedang memerhatikan pendirian taksub kepimpinan politik di kalangan ummah, memilih untuk berpatah arang berkerat rotan, bergembira melihat yang kalah menjadi abu dan berpuas hati walaupun yang menang akan menjadi puntung-puntung arang; pimpinan politik di kalangan umat Islam hari ini tidak lagi menghayati semangat biduk berlalu kiambang bertaut.

Dalam suasana pimpinan politik di kalangan umat Islam tidak lagi mahu bersepakat, umat Islam perlu mempunyai platform penyatuan yang kukuh - platform penyatuan yang bebas dari politik berparti.

Majlis Agama Islam (MAJLIS) di bawah payung naungan Raja-Raja perlu berada di barisan hadapan memenuhi peranan kritikal ini. Roh Islam wajib dikembalikan. Islam itu adalah sumber kekuatan perpaduan yang amat hebat.

Islam berperanan sebagai penentu identiti, sebagai peta spiritual di dalam hidup, memberikan panduan dan makna, tujuan dan harapan, serta berperanan sebagai faktor tersangat penting untuk membina perpaduan. Dalam konteks negara ini, Islam memberikan identiti ummah dan identiti negara.

Islam adalah benteng pertahanan kekuatan ummah, benteng pertahanan yang gagal ditembusi oleh setiap kuasa yang pernah melakukan penjajahan politik, penjajahan budaya, penjajahan ekonomi di bumi ini.

Islam tidak wajar dilihat melalui lensa politik, kerana lensa politik boleh berubah. MAJLIS adalah institusi bukan politik, institusi yang bertanggung jawab secara langsung kepada Raja-Raja sebagai Ketua Agama Negeri.

Majlis Agama Islam diwujudkan melalui Undang-undang Tubuh Negeri sebagai Pihak Berkuasa Utama Negeri mengenai hal ehwal Islam selepas Raja Pemerintah. Institusi ini hendaklah berstatus bebas sebebasnya dari pengaruh dan campur tangan politik berparti; dan Raja pada setiap masa wajib memastikan takhta kekal di atas politik kepartian.

Majlis Agama Islam Negeri berada dalam kedudukan yang boleh memenuhi dua peranan secara bijaksana untuk memastikan kelangsungan Islam dan survival umat Islam di negara ini.

Dalam perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan dalam perkara-perkara yang tidak menderhaka kepada Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu, 'MAJLIS' wajiblah memenuhi peranan pelengkap, bekerjasama erat dengan kerajaan yang dipilih secara demokratik; tetapi dalam apa juga usaha yang bercanggah dengan semangat asal Perlembagaan dan berunsur menderhakai Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu, 'MAJLIS' wajib secara tegas - secara lantang, berpegang kepada prinsip, menolak serta menentang; serta segera menyembahkan kepada perhatian Raja-Raja cadangan-cadangan alternatif demi mempertahankan syiar Islam - demi menjamin ummah tidak berakhir dengan nasib berdagang di bumi sendiri.

Peranan MAJLIS kini semakin kritikal dan masa tidak memihak kepada umat Islam kerana kekayaan ekonomi dan kekayaan intelek masih belum memihak kepadanya.

Majlis Agama Islam wajib keluar dari kepompong pendekatan yang usang dan berani mencabar tradisi yang jumud. Dalam mendukung tanggung jawab besar terhadap ummah, 'MAJLIS' perlu melakukan perekayasaan, membawa minda keluar dari sangkar kurungan ciptaan Inggeris, mencelikkan pandangan untuk berupaya merangka rancangan dan tindakan yang lebih substantif.

Hassan Al Bana dalam Usul Ishrin menggariskan Islam ialah sistem yang syumul merangkumi seluruh aspek hidup, Islam adalah negara dan watan, pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan, rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang, ilmu dan kehakiman; Islam merangkumi material dan harta benda, usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan fikrah, akidah yang benar dan ibadat yang sah.

Insan yang menerima Islam sebagai pegangan agamanya, memiliki ikatan dan komitmen yang mendalam kepada Tuhan Maha Pencipta. Islam adalah Addin, satu cara hidup yang lengkap dan berkesinambungan, mengaitkan kehidupan di alam dunia dan di alam akhirat, perlu dibincangkan secara berintegrasi tanpa memisahkan komponen duniawi dengan komponen ukhrawi.

'MAJLIS' wajib menghayati tafsiran sedemikian dalam hasrat melakukan transformasi peranan, transformasi agenda dan transformasi pendekatan.

Justeru, peranan MAJLIS harus diluaskan, dimerdekakan dari minda lama yang dengan sengaja disempitkan oleh Inggeris. Peranan MAJLIS hendaklah ditakrifkan secara bijak, disuntik dengan tenaga pemikiran dan tenaga pelaksana berwibawa untuk menghasilkan idea bernas dan program dinamik.

Selagi tindak tanduk MAJLIS tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan, Negara hendaklah mengiktiraf MAJLIS sebagai institusi strategik, berpotensi menyempurnakan tanggung jawab fardu kifayah, berperanan sebagai benteng terakhir dan terpenting untuk menjamin kelangsungan Islam dan survival ummah walau apa pun senario politik yang berlaku di dalam negara.

MAJLIS perlu menimbangkan empat platform untuk diberikan fokus utama untuk berperanan lebih berkesan dalam membela nasib ummah.

Pertama: menyemak dan menghalusi dasar-dasar negara dan pelaksanaan dasar agar tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan tidak bertentangan dengan wasiat Raja-Raja Melayu.

Kedua: mengenal pasti, memantau, membantu dan memperlengkap usaha-usaha Negara untuk

membangunkan taraf ekonomi, taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi ummah.

Ketiga: menerokai usaha untuk membangunkan modal insan dan modal sosial di kalangan ummah agar tidak tercicir dan ketinggalan dengan menyuntik perisian dan komponen latihan yang lebih relevan dengan keperluan guna tenaga semasa dalam institusi-institusi pendidikan agama di semua peringkat terutama di luar bandar.

Keempat: Memaksimumkan kegunaan infrastruktur agama Islam sedia ada seperti masjid dan surau, dipelbagaikan aktiviti dan dibangunkan sebagai pusat pembangunan kecemerlangan ummah.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Posted:

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

PENGANJURAN Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia tepat pada masanya dalam menangani tuntutan globalisasi serta perkembangan teknologi maklumat.

Pada masa yang sama, Awang menjunjung kasih kerana Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu memberi komitmen padu bagi menjayakan program tersebut yang sudah tentu memberi impak besar kepada umat dan dunia Islam.

Pihak-pihak terlibat sudah tentu akan mengambil perhatian sewajarnya atas peringatan Seri Paduka Baginda semasa titah perasmian kongres yang mahukan majlis-majlis agama Islam melaksanakan transformasi secara holistik bagi meneruskan kecemerlangan sistem penyampaian perkhidmatan.

Ia perlu supaya institusi agama dapat berada pada landasan kukuh.

Awang turut tersentuh hati apabila Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pada majlis yang sama mengingatkan bahawa Islam kini mula dijadikan instrumen bagi meraih pengaruh dan kuasa sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada prinsip-prinsip menyentuh akidah.

Pada masa yang sama umat Islam berdepan dengan pencerobohan bentuk baru termasuklah melalui manipulasi fakta sejarah dan perlanggaran penggunaan kalimah Allah.

Kita berharap pertemuan dua hari ini akan membolehkan 1,000 peserta kongres melakar strategi bagi membolehkan agensi agama Islam memacu pendidikan, membangun sosioekonomi dan memperkasa undang-undang syariah serta dalam menangani isu-isu semasa yang berkaitan dengan ummah.

Awang - Terima kasih.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Gementar Siti dalam teruja

Posted:

Gementar Siti dalam teruja

Gementar Siti dalam teruja

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ihsan WHAT'S UP ENTERTAINMENT


SELEPAS 16 tahun bergelar penyanyi, impian Siti Nurhaliza untuk memiliki album Inggerisnya tercapai.


TEMPOH 16 tahun yang dilalui oleh penyanyi pujaan ramai ini bukanlah satu masa yang singkat sehingga dia berjaya menjadi satu entiti dalam dunia hiburan tanah air.

Pelbagai pengalaman pahit dan manis selain kejayaan luar biasa semuanya sudah dilakar oleh figura unggul bernama Datuk Siti Nurhaliza ini.

Barangkali rekod pencapaiannya dalam bidang seni sukar sekali untuk ditandingi sehingga gelaran penyanyi nombor satu negara terus menjadi miliknya.

Selama bergelar penyanyi, Siti Nurhaliza sudah merakamkan 14 buah album solo yang merangkumi genre pop dan tradisional di mana hampir kesemuanya mencatatkan penjualan yang membanggakan.

Justeru, penghibur kesayangan ramai yang mesra disapa Siti ini nampaknya sudah bersedia untuk mencatatkan satu lagi rekod buat dirinya.

Selepas sekian lama memendam rasa untuk muncul dengan sebuah album Inggeris, akhirnya mimpi Siti bertukar realiti apabila album Inggeris pertamanya, All Your Love sudah mula menjengah pasaran sejak 22 September lalu.

Mahu atau tidak, harus diakui, berita tentang kelahiran album Inggeris pertama Siti sememangnya sesuatu yang cukup luar biasa.

Alasannya cukup mudah. Ia adalah kerana ia milik Siti Nurhaliza, nama yang cukup besar pengaruhnya dan sudah pasti apabila Siti lahir dengan album Inggeris, ia pasti mendapat perhatian ramai.

Namun, mengapakah hanya selepas 16 tahun, Siti memberanikan diri dengan merakamkan album Inggeris sedangkan dia boleh melakukannya ketika dia sedang meniti zaman kegemilangan sebagai penyanyi tersohor rantau Nusantara.

Apakah kerana pertuturan bahasa Inggerisnya yang sering dijadikan bahan jenaka menjadi halangan untuk Siti merakamkan album dalam bahasa itu sebelum ini?

Sambil menghela nafas yang panjang dalam nada yang cukup berhemah, Siti tidak pernah melihat kekurangan itu sebagai satu masalah seandainya dia mahu merakamkan album Inggeris.

Sebaliknya kata Siti, tempoh 16 tahun sudah cukup membekalkan semangat yang cukup tinggi untuk lahir dengan album Inggeris perdananya.

Malah, penyanyi yang mula menempa nama menerusi lagi Jerat Percintaan ini juga mengambil sikap optimis apabila dalam usianya 32 tahun itu masih belum terlewat untuknya muncul dengan album Inggeris.

"Kelahiran All Your Love bukanlah untuk menunjukkan dan membuktikan kepada semua pihak bahawa saya sebenarnya mampu menyanyikan lagu-lagu bahasa Inggeris dengan baik.

"Sebaliknya saya mahu mencabar diri saya kerana perjalanan sebagai anak seni selama 16 tahun yang telah banyak mematangkan saya untuk muncul dengan album Inggeris.

"Saya juga percaya peluang ini hadir tepat pada masanya dan apabila kepercayaan itu diberikan kepada saya, mengapa tidak untuk saya meneruskan niat yang sekian lama terpendam ini untuk direalisasikan," kata biduanita muda negara ini ketika dihubungi Mega, baru-baru ini.

Reaksi

Dalam pada penyanyi wanita unggul negara ini teruja dengan kelahiran All Your Love, Siti juga tidak mampu menyembunyikan kegusaran menantikan reaksi daripada masyarakat dan peminat setianya terhadap album tersebut.

Bukan Siti tidak yakin dengan penerbitan album itu tetapi dia cukup bimbang apabila ada pihak yang bagaikan sengaja mahu mencari kesilapannya.

Anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang ini juga cukup sedar bahawa ada yang meletakkan harapan tinggi melangit selain mahu mencari kesempurnaan dirinya apabila muncul dengan album Inggeris.

Sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang seni, Siti mempunyai pandangannya sendiri berhubung isu tersebut.

Baginya, sebagai seorang anak Melayu dan dibesarkan di dalam persekitaran yang hampir kesemuanya bertutur dalam bahasa Melayu, Siti tidak mampu mengubah dirinya menjadi seperti orang Barat.

"Adakah kerana saya lahir dengan album Inggeris, saya perlu menyanyi dan bertutur dalam slanga seperti orang Barat? Saya selesa menjadi diri saya sendiri dan bagaimana saya menyanyi itu adalah cara saya.

"Kalau diperhatikan kepada penyanyi Barat seperti Shakira dan Celine Dion sewaktu mula-mula mereka muncul dengan album Inggeris, mereka menyanyi dengan penyampaian tersendiri.

"Begitu juga dengan penyanyi dari Jepun, Korea dan Taiwan yang berhadapan dengan situasi serupa tetapi mereka boleh diterima dengan baik dan seadanya.

"Dengan kelahiran All Your Love juga ia adalah satu keberanian buat saya dalam menyahut cabaran yang saya sendiri mahukan. Kalau asyik fikirkan kata-kata orang, memang kita tidak boleh maju dan ke mana-mana," ujar Siti panjang lebar.

Impian

Berbicara lanjut tentang All Your Love yang mendapat hak pengedaran daripada Warner Music International itu, impian itu barangkali tidak akan terlaksana jika anak tirinya, Muhammad Adib atau lebih dikenali sebagai Adib tidak lahir dengan idea tersebut.

Apatah lagi, Adib juga memiliki minat yang cukup mendalam terhadap bidang muzik membuatkan Siti tidak mempunyai masalah untuk meneruskan cita-citanya itu bagi melengkapkan profil seninya sebagai seorang penyanyi.

Menerusi Adib kata Siti, dia telah dipertemukan dengan penerbit dan komposer dari Australia, Brian B dan Christian Alexander yang bertanggungjawab menerbitkan album All Your Love di bawah syarikat, What's Up Entertainment Sdn. Bhd.

Hanya menjalani rakaman album di ibu negara selama dua minggu sahaja sekitar pertengahan tahun ini, Siti yang kini cukup popular dengan lagu Falling In Love itu melahirkan rasa puas hatinya terhadap pembikinan album tersebut.

Apa yang penting baginya adalah untuk memastikan penerbit juga berpuas hati dengan dirinya sendiri terutama aspek vokal.

"Saya sendiri tidak mempunyai masalah untuk merakamkan album Inggeris ini kerana saya sudah membuat persediaan dengan mendengar melodi dan menghayati liriknya terlebih dahulu.

"Daripada situ, barulah penghayatan itu datang dan Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Apa yang penting bagi saya adalah untuk memastikan penerbit sendiri berpuas hati dengan rakaman saya.

"Brian sendiri tidak mempunyai sebarang masalah dengan penyampaian saya untuk setiap lagu dalam album ini. Malah, dia juga tidak lokek untuk mengajar saya dari segi sebutan," ujar pemilik trofi Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik sebanyak 11 kali ini penuh teruja.

Siti Nurhaliza tidak kisah

Posted:

Siti Nurhaliza tidak kisah

Siti Nurhaliza tidak kisah

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my

APABILA nama Datuk Siti Nurhaliza tidak dicalonkan untuk mana-mana kategori dalam Anugerah Industri Muzik Ke-18 (AIM 18) yang diumumkan baru-baru ini, pelbagai spekulasi mula timbul.

Ada yang mengatakan zaman penyanyi itu sudah berlalu apabila nama-nama baru mula mendominasi anugerah muzik paling berprestij negara itu.

Barangkali rezeki tidak berpihak kepada Siti tahun ini apabila lagu Astana Jiwa tidak berjaya membolosi senarai akhir AIM 18 walaupun lagu tema drama bersiri Suria Di Cordoba itu dicalonkan pada peringkat awal.

Tetapi, bagi empunya diri, dia sedikit pun tidak kisah dengan perihal itu sebaliknya melihatnya dari sudut yang positif.

"Jujurnya saya tidak mempunyai masalah apabila tidak dicalonkan tahun ini kerana saya sendiri tiada produk untuk dicalonkan walaupun difahamkan Astana Jiwa layak ke peringkat awal.

"Janggal atau tidak itu, bagi saya biasa sahaja. Mungkin peminat lebih merasakan perasaan itu kerana saya dicalonkan untuk AIM setiap tahun sejak tahun 1997," ujar Siti tanpa selindung.

Sudah pasti kata Siti, selagi dia aktif dalam dunia nyanyian dan merakamkan album, selagi itu dia akan terus mencalonkan karyanya di AIM.

Kerana bagi Siti, kemenangan dalam anugerah kebanggaan karyawan seni tempatan itu bukanlah untuk dirinya sahaja tetapi juga untuk mereka yang terlibat di belakang tabir dalam pembikinan album dan lagu-lagunya.

"Memang seronok apabila setiap penat lelah kita dibayar dan diiktiraf oleh juri tetapi kegembiraan itu berganda apabila melihat mereka di belakang tabir menerima pengiktirafan.

"Saya tetap mahu melihat karya-karya saya di masa akan datang dicalonkan dan seterusnya memenangi kategori lain yang belum pernah dimenangi sebelum ini seperti Muzik Video, Rakaman Album dan Kulit Album Terbaik," ujarnya dalam nada cukup optimis.

Sesungguhnya bukanlah satu masalah besar apabila Siti tidak dicalonkan dalam AIM tahun ini kerana rekod yang dicipta oleh penyanyi bersuara emas ini dalam sejarah AIM barangkali sukar dipadam oleh sesiapa.

Bukan sekadar omongan kosong, tetapi sepanjang menyertai AIM sejak tahun 1997, Siti dan setiap albumnya yang layak dipertandingkan telah menerima 71 pencalonan.

Daripada jumlah itu, sudah 34 buah trofi menjadi milik Siti dan karyawan yang terlibat dalam menghasilkan album serta lagu-lagu nyanyiannya.

Kalau ada yang tidak tahu, Siti juga sebenarnya pernah tewas di gelanggang AIM apabila gagal membawa pulang sebarang trofi pada tahun 1998 walaupun dicalonkan untuk tiga kategori.

Sudah pasti rekod yang paling membanggakan untuk Siti apabila memenangi kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik sebanyak 11 kali.

Menerusi kategori itu, Siti pernah menjulang trofi itu sebanyak lapan tahun berturut-turut dari tahun 1999 hingga 2006.

Dominasi Siti berjaya dipecahkan oleh Jaclyn Victor pada tahun 2007 namun, Siti kembali merampas gelaran itu pada tahun 2008 sehinggalah 2010.

Bukan itu sahaja, Siti juga menjadi satu-satunya artis tempatan yang memenangi gelaran tertinggi dalam AIM iaitu Album Terbaik sebanyak lima kali.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved