Jumaat, 14 Jun 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Saya tidak mahu pulang'

Posted: 14 Jun 2013 11:14 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Wan Zack (kiri) menyatakan pendiriannya mahu terus menimba pengalaman bersama Ryukyu sekali pun hangat dikaitkan dengan sebuah pasukan tempatan sejak akhir-akhir ini.

KUALA LUMPUR - 'Dalam setandan pisang yang rosak, masih ada yang elok' mungkin itu kata bidalan yang paling sesuai untuk menggambarkan pemain muda kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu, Wan Zack Haikal Wan Noor, yang membuktikan bukan semua pemain bola sepak negara 'lemah mental' di perantauan.

Setelah hangat digembar-gembur akan meninggalkan Ryukyu, Wan Zack akhirnya tampil menyatakan pendiriannya akan terus kekal bersama kelab yang berpangkalan di Jepun itu.

Jelas anak muda berusia 22 tahun terbabit, dia masih mempunyai kontrak dengan kelab yang berpangkalan di Okinawa tersebut dan akan terus kekal di sana selama mana yang boleh, semuanya hasil perbincangan dengan jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee.

"Saya masih menghormati kontrak saya yang masih ada selama dua tahun dengan Ryukyu dan tidak akan terpengaruh dengan tawaran-tawaran lumayan sebegini.

"Perkara ini saya telah bincang dengan penuh mendalam bersama Kim Swee bagi merangka hala tuju saya dalam bola sepak bagi beberapa tahun mendatang.

"Seandainya saya terpaksa balik sekali pun (ke Malaysia), saya hanya akan pulang untuk beraksi bersama Harimau Muda, bukan dengan mana-mana pasukan lain," katanya ketika dihubungi, semalam.

Isu pemulangan Wan Zack ke tanah air menjadi sensasi selepas dikhabarkan terdapat sebuah kelab dalam saingan Liga Malaysia mahu menebus kontrak pemain sayap Ryukyu itu bagi musim depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad juga berasa kecewa dengan tindakan kelab berkenaan kerana boleh mengganggu program pembangunan pemain muda yang dirancang FAM.

Malah, Kim Swee berasakan cukup serik untuk mencadangkan mana-mana pemain muda negara beraksi di luar negara jika trend ini berterusan pada masa akan datang.

Menyentuh aksinya di Ryukyu, Wan Zack mengakui biarpun baru hanya sekali bermain sepanjang berada di sana, dia tetap yakin akan diberikan lebih banyak ruang selepas pulih daripada masalah kecederaan.

"Peluang saya untuk bermain masih lagi ada jika sudah pulih daripada kecederaan nanti biarpun mungkin perbezaan bahasa menjadi sedikit halangan.

"Saya akui masalah komunikasi ada mengganggu saya di sini terutama dengan pakar perubatan namun Ryukyu sudah mengetahui permasalahan itu dan akan cuba menyelesaikannya secepat mungkin," katanya.

Laluan mudah buat Chong Wei

Posted: 14 Jun 2013 11:14 AM PDT

Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
norzie.khasbi@utusan.com.my

LEE CHONG WEI

KUALA LUMPUR - Tiada apa yang mengejutkan apabila Datuk Lee Chong Wei meneruskan kemaraan ke separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Indonesia, semalam.

Namun, ada sedikit kemusykilan selepas tiada seorang wakil perseorangan dan beregu lelaki China menempatkan diri pada kedudukan empat terbaik.

Turun dengan reputasi pilihan pertama, Chong Wei, juara 2011, 2010, 2009 dan 2007 itu melangkah mudah ke separuh akhir selepas menyingkirkan jaguh Thailand, Boonsak Ponsana 21-10, 21-7 hanya dalam masa 27 minit.

Kemenangan tersebut bakal menemukan jaguh No. 1 dunia itu dengan pemain tuan rumah, Dionysius Hayom Rumbaka yang melakar kejutan terbesar di Jakarta semalam apabila membenam pemain No. 3 dunia, Du Pengyu dari China 21-15, 15-21, 21-9.

Kekalahan Pengyu, 22, menyusul dua hari selepas rakan senegaranya yang juga pemain No. 2 dunia, Chen Long disingkirkan seorang lagi pemain tuan rumah, Tommy Sugiarto 18-21, 16-21 pada pusingan pembukaan.

Malah semalam, China turut mengalami kejutan besar dalam saingan beregu lelaki apabila juara Olimpik dan dunia, Fu Haifeng-Cai Yun tunduk 18-21, 13-21 kepada Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan.

Kekalahan pemain-pemain utama China itu menimbulkan tanda tanya, apakah mereka cuba bermain wayang dengan enggan menunjukkan kekuatan sebenar menjelang Kejohanan Dunia di Guangzhou, 5-11 Ogos ini.

Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock sebelum ini mendedahkan, China tidak akan menunjukkan kekuatan sebenarnya pada Terbuka Indonesia mahupun Terbuka Singapura minggu depan sebagai permainan psikologi sebelum Kejohanan Dunia.

Seu Bock turut menegaskan, Chong Wei sendiri tidak akan bermain berhabis-habisan untuk memburu kejuaraan kelimanya di Jakarta, bermakna kejayaan melangkah ke separuh akhir pada kejohanan bernilai AS$700,000 (RM2.18 juta) itu dilakar tanpa perlu mengerah permainan 100 peratus.

Justeru, apakah akan ada kejutan turut menimpa Chong Wei hari ini atau dia tetap mampu meluncur ke perlawanan akhir, sesuatu yang menarik untuk ditunggu peminat badminton. Satu lagi separuh akhir hari ini akan menemukan Tommy dan pemain Jerman, Marc Zwiebler.

Saya tidak fikir pemain-pemain China akan mendedahkan semua kekuatan mereka sekarang, jadi kita juga kena pandai main strategi. Kita akan cuba (menang Terbuka Indonesia) tetapi tidak mengharap sangat," kata Seu Bock sehari sebelum anak buahnya memulakan kempen di Jakarta.

Sementara itu, Chong Wei menjadi wakil tunggal Malaysia meneruskan kemaraan selepas beregu campuran utamanya, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying gagal menyaingi jaguh tuan rumah yang juga juara All England dua kali, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir 15-21, 16-21.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


SYM perkenal model baharu skuter EVO 250i

Posted: 14 Jun 2013 11:14 AM PDT

Fabian Ong Ghee Seong (dua dari kiri) bergambar bersama pengurusan dan peminat motosikal ketika melancarkan Evo 250i di Permatang Pauh, semalam.

PERMATANG PAUH 14 Jun - Syarikat pengeluar motosikal jenama Sanyang Motor (SYM) di negara ini, MFORCE Bike Holdings Sdn. Bhd. menyasarkan jualan sebanyak 50,000 buah motosikal keluarannya untuk tahun ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Fabian Ong Ghee Seong berkata, ia termasuk sasaran untuk menjual 360 unit skuter terbaharu keluaran syarikat itu iaitu EVO 250i yang dilancarkan hari ini.

Menurutnya, sepanjang Januari hingga Mei tahun ini, pihaknya berjaya menjual 21,775 unit motosikal SYM pelbagai model dan ia meningkat 181 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

"Sehingga kini motosikal SYM telah telah menguasai lapan peratus pasaran motosikal di seluruh negara dengan pasaran terbesar adalah dari model moped seperti Joyride 110, Bonus110 SR dan E-Bonus110.

"Sejak diperkenalkan empat tahun lalu, jualan motosikal SYM telah berkembang 2,074 peratus iaitu 1,655 unit pada 2009 dan meningkat kepada 34,322 unit pada tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan motosikal terbaru itu di Pusat Konvensyen Sunway Carnival di Seberang Jaya di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Urusan MFORCE Bike Holdings, Leo Tan Leah Heah dan Pengarah Urusan Malaysian Formula Bikes Sdn. Bhd., Arifuddin Mohamed Shah.

Tambah Fabian, model baharu EVO 250i tersebut dijangka mampu menarik minat pembeli berikutan harganya yang kompetitif, selain ciri-ciri istimewa yang dimiliki berbanding jenama lain.

Jelasnya, model baharu itu didatangkan dengan tiga warna iaitu hitam metalik, kelabu metalik yang dijual pada harga RM17,750 serta putih mutiara untuk edisi istimewa pada harga RM18,250.

"Model baharu ini juga lebih sporty dan mempunyai reka bentuk ergonomik serta dilengkapi dengan ciri-ciri dan spesifikasi seperti lampu hadapan auto sensor dan lampu kabus cahaya.

"Selain itu motosikal ini juga dilengkapi penyaman udara panas, USB adaptor dan ruang penyimpanan yang luas iaitu sebanyak 45 liter," ujarnya.

Kata Fabian, dengan pengenalan model baharu bagi menggantikan model 250cc sedia ada itu, para pengedar SYM dijangka dapat meningkatkan jualan mereka.

Tambah beliau, SYM juga bercadang memperkenalkan satu lagi model moped terbaru yang dilengkapi dengan ciri-ciri moden bagi menyaingi pasaran model itu pada penghujung Ogos ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Seorang maut, 2 cedera kebakaran Maahad Tahfiz

Posted: 14 Jun 2013 10:29 PM PDT

SUNGAI PETANI 15 Jun - Seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu dekat sini, maut manakala dua rakannya cedera dalam satu kebakaran di asrama Maahad berkenaan, awal hari ini.

Mangsa yang maut ialah Aiman Nurhakim Yahya, 13, yang merupakan penuntut tahun satu yang memulakan pengajian awal tahun ini.

Mangsa yang cedera ringan ialah Meor Amirul Meor Mohd. Ghazali, 16, dan Mohamad Muaz Halim, 14.

Seorang pelajar yang terselamat, Mohammad Iszuddin Mohd. Iszam, 14, berkata, sewaktu kejadian pukul 2 pagi itu, dia sedang tidur bersama rakan-rakannya sebelum dikejutkan seorang rakannya yang menyedari api mulai marak.

"Bila terjaga, saya terus kejutkan empat lagi rakan yang tidur di tingkat atas termasuk Aiman yang tidur di bahagian hujung bilik. Semua rakan yang lain sudah bangun dan keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.

"Kami sangka Aiman juga sudah keluar rupa-rupanya dia masih berada di dalam.

Api marak dengan dengan cepat kerana bahagian atas rumah adalah papan, kami tidak sempat nak lakukan apa-apa untuk membantu Aiman," katanya ketika ditemui Bernama di tempat kejadian hari ini.

Sementara itu, Pengetua (Mudir) Mantab Zamri Arshad berkata, Mantab beroperasi kira-kira tiga tahun lalu, dan jumlah pelajar yang masih menuntut ialah seramai 20 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun.

"Sebelum ini mereka tinggal di bangunan yang sama dengan bangunan pejabat dan kelas, namun dipindahkan ke sebuah rumah yang dibeli di kawasan berhampiran pada awal tahun ini kerana bilangan pelajar hampir 40 orang.

"Memandangkan pelajar kini 20 orang, kami bercadang untuk memindahkan mereka kembali ke bangunan asal dalam minggu ini. Dengan kejadian yang meragut nyawa salah seorang pelajar di sini, pelajar diberi cuti dan waris mereka akan dimaklumkan untuk membawa anak-anak pulang sementara urusan penginapan baharu diselesaikan," katanya yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Penaung Mantab, Anuar Md. Isa, yang juga imam masjid Kampung Masjid berkata, rumahnya terletak tidak jauh daripada asrama itu dan dia yang terjaga dari tidur setelah terdengar bunyi bising, tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak dengan cepat.

"Sebelum pelajar-pelajar ditempatkan di asrama berkenaan, beberapa pengubahsuaian sudah dilakukan termasuklah memasang sistem pendawaian elektrik yang baharu. Namun, saya difahamkan punca kebakaran dipercayai disebabkan berlakunya litar pintas.

"Kita berasa sedih dengan peristiwa yang berlaku dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Zamri di talian 012-5661613 atau menyalurkan sumbangan terus ke akaun Bank Islam Maahad Tahfiz Al-Barakah 07043011030975.

Dalam pada itu, jenazah Aiman Nurhakim yang dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat, dijangka dibawa pulang oleh keluarganya ke rumah mereka di Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang untuk dikebumikan. - BERNAMA

Mangsa culik diselamatkan

Posted: 14 Jun 2013 11:14 AM PDT

Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 14 Jun - Tempoh 10 hari yang dilalui seorang pemuda berusia 25 tahun umpama mimpi ngeri apabila dia dikurung dan hanya diberi makan ala kadar selepas diculik sekumpulan lelaki.

Anak seorang ahli perniagaan berasal dari Terengganu itu datang ke ibu negara bersama rakannya namun, dia diculik sebaik sahaja tiba berdekatan kawasan Plaza Tol Gombak dekat sini pada pukul 3 petang, 3 Jun lalu.

Sepanjang 10 hari diculik, mangsa dikurung di sebuah kondominium di Selayang. Mata dan tangannya turut diikat bagi mengelak dia melarikan diri.

Walau bagaimanapun hasil kecekapan pihak polis, kes itu berjaya diselesaikan apabila pemuda itu diselamatkan selepas polis menahan lima lelaki yang terlibat dalam penculikan tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, mangsa diselamatkan selepas polis menyerbu sebuah unit di Kondominium Symphony Heights, Selayang awal pagi semalam setelah menahan lima suspek dalam tiga serbuan semalam.

Beliau berkata, tangkapan pertama dilakukan kira-kira pukul 12.30 tengah malam di tempat letak kereta di kondominium berkenaan iaitu seorang lelaki berusia 28 tahun.

"Hasil soal siasat ke atas suspek, polis menahan tiga lelaki berusia antara 23 hingga 28 tahun di kawasan yang sama pada pukul 2.30 pagi.

"Selang 15 minit kemudian polis menyerbu sebuah unit di kondominium tersebut dan menahan seorang lagi suspek berusia 27 tahun sebelum menyelamatkan mangsa yang berada dalam keadaan lemah dalam sebuah bilik," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Mohd. Adnan memberitahu, polis turut merampas dua buah kereta jenis Perodua Myvi dinaiki mangsa dan Mitsubishi Pajero, beberapa bilah parang serta pelbagai jenis telefon bimbit.

"Polis dimaklumkan suspek ada meminta wang tebusan sebanyak RM500,000 daripada keluarga mangsa namun kita masih menyiasat sama ada wang tebusan itu sudah atau belum dibayar.

"Mangsa mengalami kecederaan ringan di bahu dan dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan," katanya.

Menurut Mohd. Adnan, pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan berhubung kes ini sebelum dihantar kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

"Kesemua suspek yang tidak bekerja kini ditahan reman sehingga 19 Jun depan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Bekas Presiden Pakistan ditahan atas tuduhan membunuh

Posted: 14 Jun 2013 10:02 AM PDT

ISLAMABAD 15 Jun - Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf secara rasmi ditahan kerana dipercayai membunuh walaupun memperolehi ikat jamin dalam dua kes semasa pemerintahannya pada 1999-2008, kata seorang peguam, semalam.

Musharraf merupakan bekas ketua tentera Pakistan ketika pemimpin pemberontak utama di wilayah barat daya Baluchistan, Akbar Bugti, terbunuh dalam satu operasi tentera pada Ogos 2006.

"Beliau secara rasmi ditahan dalam kes pembunuhan Bugti. Sebuah mahkamah anti-keganasan telah memerintahkan beliau direman selama 14 hari, kata peguam beliau Ahmed Raza Kasuri. - AFP

Feri terbakar di Laut Aegean

Posted: 14 Jun 2013 10:01 AM PDT

ATHENS 15 Jun - Sebuah feri yang membawa 248 penumpang terbakar di timur Laut Aegean, Greece semalam, tanpa menimbulkan bahaya segera, kata pengawal pantai.

"Berlaku kebakaran di cerobong. Terdapat empat kapal berhampiran dan beberapa bot pengawal pantai yang akan tiba di lokasi tidak lama lagi, kata jurucakap pengawal pantai.

Kebakaran membabitkan feri Nissos Mykonos berlaku ketika ia sedang berlayar dari Piraeus ke pulau Samos. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Prosiding siasatan RCI Sabah disambung

Posted: 14 Jun 2013 11:14 AM PDT

KUALA LUMPUR 14 Jun - Prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (RCI) akan disambung semula selama lima hari bermula 17 hingga 21 Jun ini.

Menurut Setiausaha RCI itu, Datuk Saripuddin Kasim (gambar), prosiding akan dijalankan di Mahkamah Persekutuan di Kompleks Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada pukul 9.30 pagi.

"Setakat ini, sebanyak 107 saksi telah selesai memberikan keterangan di hadapan RCI itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Saripuddin, pada Mac lalu, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memperkenan pelanjutan masa RCI di Sabah selama enam bulan dari 21 Mac hingga 20 September 2013.

Pada 21 September tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyerahkan watikah pelantikan kepada pengerusi dan anggota jawatankuasa RCI di Putrajaya.

Suruhanjaya terbabit dianggotai, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong; bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof. Datuk Dr. Kamaruzzaman Ampon; dan bekas Peguam Besar Sabah, Tan Sri Herman Luping.

Yang turut menganggotai suruhanjaya itu ialah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk K.Y Mustafa; bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin Poy Wu serta Saripuddin selaku Setiausaha suruhanjaya.

Melalui penubuhan suruhanjaya itu, kerajaan komited untuk menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah kerana isu itu mampu menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian rakyat negeri itu.

Dengan penubuhan suruhanjaya itu juga, kerajaan mengharapkan rakyat Sabah akan mengambil manfaat daripadanya untuk bersama-sama kerajaan mencari strategi serta pendekatan terbaik bagi menangani masalah PATI di negeri tersebut.

Mahkamah Tinggi Johor Bahru putuskan kes Dirang 28 Jun

Posted: 14 Jun 2013 11:14 AM PDT

JOHOR BAHRU 14 Jun - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 28 Jun ini keputusan kes pembunuhan kanak-kanak Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang yang mayatnya ditemui rentung dalam sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai pada tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman menetapkan tarikh tersebut hari ini selepas selesai mendengar keterangan Ketua Unit DNA Jenayah, Ibu Pejabat Jabatan Kimia, Dr. Seah Lay Hong yang merupakan saksi terakhir pihak pembelaan.

Beliau turut menetapkan 20 Jun ini untuk pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujah bertulis.

Lay Hong dalam keterangannya memberitahu, selepas menjalankan kajian terhadap laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pihaknya mendapati laporan itu menepati piawaian serta garis panduan yang ditetapkan.

Beliau berkata, berdasarkan laporan ujian DNA itu pihaknya mendapati ia konsisten dengan sampel DNA tertuduh, Muidin Maidin, 27.

''Saya tidak mempertikaikan laporan yang dikemukakan kerana ia mengikut garis panduan yang ditetapkan dan ia menunjukkan terdapat 'mix profile' (campuran profil) DNA di bahagian dubur dan kemaluan.

''Kebarangkalian bahawa DNA itu milik tertuduh adalah sangat tinggi,'' katanya.

Lay Hong memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap Muidin yang didakwa membunuh Dirang, 5, di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai di sini antara pukul 11.30 pagi, 1 Mac dan 12 tengah malam, 2 Mac 2012.

Tertuduh yang bekerja sebagai buruh kontrak didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Dirang dilaporkan hilang pada 1 Mac tahun lalu, ketika membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam sebelum disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dan dibakar pada 12 Mac tahun lalu.

Misteri kehilangan Dirang terjawab apabila laporan Jabatan Kimia mengesahkan ujian DNA ke atas mayat rentung yang dijumpai di sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini pada 8 Mac tahun lalu adalah milik mangsa.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Johor, Umar Saifuddin Jaafar dan Timbalan Pendakwa Raya, Jasmee Hameeza Jaafar manakala tertuduh diwakili peguam-peguam bela, Mohd. Daud Ismail dan Mohamad Abd. Kadir.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Perubahan aliran trafik Kuantan

Posted: 14 Jun 2013 11:14 AM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

Peta cadangan laluan sehala di Bandar Kuantan yang dijadual bermula pada 22 Julai ini.

KUANTAN 14 Jun - Aliran lalu lintas membabitkan lapan jalan utama di bandar Kuantan akan diubah daripada dua hala kepada sehala bagi mengurangkan kesesakan bermula 22 Julai ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, cadangan perubahan aliran lalu lintas telah diluluskan pelaksanaannya pada 5 Jun lalu dan akan melalui tempoh percubaan selama tiga bulan yang bakal berakhir 21 Oktober ini.

"Sehubungan itu, notis pemakluman selama sebulan akan dikeluarkan Isnin ini kepada orang ramai, peniaga-peniaga, pemilik-pemilik premis serta operator teksi dan bas.

"Dalam tempoh percubaan ini, pembahagi jalan dan tiang-tiang lampu akan dikekalkan termasuk papan tanda jalan serta arah akan diperbanyakkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Muhammad Safian, sebanyak empat lampu isyarat akan ditutup iaitu di Jalan Tanah Putih-Jalan Besar-Jalan Penjara; Jalan Penjara-Jalan Mahkota; Jalan Penjara-Jalan Haji Abdul Rahman-Jalan Mat Kilau dan Jalan Tun Ismail-Jalan Beserah.

"Jalan dua hala yang dijadikan sehala pula akan dilaksanakan secara berperingkat. Bagi fasa ini, jalan yang terlibat ialah Jalan Penjara, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Tun Ismail, Jalan Beserah, Jalan Teluk Sisek dan Jalan Besar.

"Justeru, saya menasihati orang ramai supaya peka terhadap tanda jalan, amaran dan maklumat yang dipasang di bahu-bahu jalan," jelasnya sambil memberitahu pelaksanaan ini melibatkan kos sebanyak RM4 juta.

Sebarang cadangan atau aduan boleh dikemukakan kepada pihak Sekretariat Bahagian Jalan, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan atau Bahagian Perhubungan dan Kemasyarakatan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di talian 09-5121555/666 atau laman sesawang MPK www.mpk.gov.my.

Persiap digesa susun program yang mampu beri impak positif

Posted: 14 Jun 2013 11:14 AM PDT

Noraini Man memotong riben sebagai tanda perasmian Rumah Persiap Kompleks Penjara Bentong sambil diperhatikan oleh Abdul Aziz Abdul Razak (kanan) dan Rosnani Mohamed di Kompleks Perumahan Penjara di Bentong, kelmarin.

BENTONG 14 Jun - Kepimpinan Persatuan Isteri, Anak-Anak dan Anggota Wanita Penjara (Persiap) peringkat cawangan perlu menyusun program yang mampu memberikan impak positif kepada ahli meliputi pelbagai aspek termasuk kemahiran dan kebajikan.

Yang Dipertuanya, Datin Seri Noraini Man berkata, selain itu, program yang dijalankan Persiap diharap dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain dan mewujudkan suasana harmoni.

"Di peringkat majlis tertinggi Persiap, kami cuba untuk memperluaskan lagi program ilmu dan kebajikan ke semua peringkat terutama di cawangan.

"Antara pendekatan dijalankan termasuk turun padang bertemu dengan ahli persatuan atau ahli keluarga mereka yang berdepan masalah kesihatan," kata Noraini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Rumah Persiap Kompleks Penjara Bentong di sini semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Persiap Penjara Bentong, Rosnani Mohamed dan Pengarah Penjara Bentong, Abdul Aziz Abdul Razak.

Menurut Noraini, setiap masalah dihadapi ahli-ahlinya itu akan direkodkan dan dipantau dari semasa ke semasa sebagai tanda keprihatinan.

Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan setiap ahli yang terdiri daripada isteri kakitangan perlu memahami peranan mereka bagi membantu kerjaya suami masing-masing.

Katanya, memandangkan suami berdepan cabaran dan tekanan ketika bertugas, maka isteri perlu bijak memainkan peranan serta berusaha memastikan itu tidak berterusan.

"Justeru, menerusi penglibatan ahli dalam aktiviti persatuan dilihat salah satu cara untuk membantu suami masing-masing kerana ilmu dan kemahiran diperoleh semasa mengikuti aktiviti boleh diaplikasikan ketika berada di rumah.

"Dalam masa sama, ini mewujudkan suasana sihat dalam persekitaran kawasan kediaman kakitangan kerana digerakkan dengan aktiviti yang pelbagai," katanya.

Masih banyak tanah tidak dimajukan

Posted: 14 Jun 2013 11:14 AM PDT

JERANTUT 14 Jun - Pemilik tanah terbiar di kampung tradisional di daerah Jerantut diminta mengusahakan kawasan berkenaan untuk pembangunan sektor pertanian dan pelancongan berasaskan produk makanan yang boleh dikomersialkan bagi menambah pendapatan keluarga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, masih banyak tanah terbiar di kawasan luar bandar tidak dimajukan sedangkan kerajaan negeri menawarkan pelbagai kemudahan agar tanah berkenaan diusahakan dengan projek pertanian.

"Sikap membiarkan tanah masing-masing amat merugikan semua pihak, malahan membantutkan hasrat kerajaan negeri menggalakkan lebih banyak pengeluaran makanan komersial yang menjana pendapatan," katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Menurut Ahmad Shukri, kerajaan negeri menerusi pelbagai agensi sedia menawarkan bimbingan teknikal serta kemudahan tertentu agar tanah terbiar dapat dimanfaatkan untuk pertanian komersial.

Justeru, katanya, pemilik berkenaan dan belia boleh memajukan tanah terbiar menerusi sistem perladangan kontrak dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), koperasi peladang dan persatuan belia yang sudah terbukti berjaya di tempat lain.

"Tanaman komersial yang dimajukan secara maksimum amat penting ke arah membantu menjamin bekalan makanan negara mencukupi, selain mengurangkan pergantungan kepada bahan makanan diimport," katanya.

Beliau menambah, golongan belia termasuk siswazah menganggur wajar tampil menerajui sektor pertanian komersial kerana hasil yang diperoleh agak lumayan berbanding mereka yang bercita-cita semata-mata untuk makan gaji.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


'Kenapa DAP singkir saya?'

Posted: 14 Jun 2013 11:14 AM PDT

Oleh KASTHURI JEEVENDRAN
pengarang@utusan.com.my

KELANTANGAN bercakap dan enggan mengikut telunjuk sesiapa dengan menolak amalan 'gosok kasut' golongan 'tokong' mungkin antara punca mengapa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai dari DAP, Ying Lee Ha atau lebih dikenali sebagai Jenice Lee tidak dicalonkan semula pada pilihan raya umum baru-baru ini.

Ini sehingga memaksa dirinya berdepan dengan pelbagai kemelut dan drama.

Jenice mendakwa, 'kumpulan tokong' itu sangat berkuasa sehingga tidak ada sesiapa yang boleh melawan mereka. Andai sesiapa bertindak berdepan dengan mereka, maka hayat mereka akan habis di situ sahaja. Bukan sahaja ahli-ahli akar umbi menghambakan diri mereka kepada kumpulan itu, bahkan hampir semua penyokong. Mereka juga tidak sedar akan krisis dalaman DAP.

Dan 'Dinasti Lim' itu sendiri umpama 'Tuhan'.

Mungkin di mata kasar, Jenice dianggap pengkhianat oleh DAP kerana bertindak bertanding tiket Bebas bagi mempertahankan kerusi DUN berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Namun hakikatnya, sifat bersih dan lurus bendul yang dipertahankan beliau menyebabkan dirinya ditendang keluar parti.

Jenice mendedahkan kepada penulis baru-baru ini bagaimana sikapnya yang begitu mengikut prinsip parti yang selama ini menjadi slogan retorik DAP sebagai punca dirinya tidak disukai.

Malah 'sekumpulan' pemimpin tertinggi itu bertindak merancang secara berbulan-bulan untuk 'menghapuskan' beliau terus dari kawasan Teratai.

Dan pada saat-saat akhir pula sebelum PRU, beliau dipalitkan dengan tuduhan yang langsung tidak masuk akal kononnya pembantunya terlibat dengan penyelewengan wang. Dia kemudian dipanggil, disoal siasat dan kemudian digantung keahlian tanpa Jenice sendiri mengetahuinya.

Jenice juga sering digelar sebagai 'syaitan' oleh kumpulan pemimpin ini kerana terlalu menyusahkan segelintir mereka dalam DAP.

Juga beliau beberapa kali diberi amaran kerana dipercayai menyokong kem Rainbow yang diketuai Datuk Theng Chang Kim di Selangor. Namun jika mahu dirinya selamat, beliau dinasihatkan untuk menyokong kem United yang didakwa diketuai oleh Tony Pua dan Teresa Kok.

Apabila kem Rainbow menang besar, Jenice antara yang menerima kecaman. Walaupun beliau merupakan anak didik kepada kumpulan yang menyokong kem United, namun prinsip ketelusan yang diajar kepadanya menjadi pegangan.

Walaupun menjadi ADUN, beliau tidak pernah sesekali berminat dengan mana-mana projek atau mengambil 'sesuatu' daripada pihak pemaju seperti segelintir ahli majlis di kawasannya. Ini sehinggakan pegawai di Majlis Perbandaran Ampang Jaya mengagumi prinsip beliau. Sikap ini pula menyusahkan sekumpulan ahli majlis lain.

"Ada beberapa orang ahli majlis pernah membuat aduan tentang saya kepada parti. Soalnya, adakah salah untuk berpegang kepada prinsip ketelusan? Salah kerana mahu bersih? Saya dipilih oleh rakyat kerana mempercayai saya namun saya rasa sikap saya ini menyusahkan sesetengah pemimpin dalam DAP," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur.

Tambah Jenice, beliau sendiri pernah beberapa kali bertemu dengan Pengerusi Disiplin DAP, Tan Kok Wai untuk membuat aduan tentang ahli majlis yang cuba menyeleweng wang rakyat untuk kepentingan mereka. Namun aduan beliau dipandang 'serong' serta dianggap ADUN trouble maker.

Dakwa beliau, sebelum beberapa bulan menjelang PRU lepas, iaitu bermula Oktober, beberapa mesyuarat 'rahsia' yang dihadiri oleh seorang pemimpin DAP bersama beberapa ahli majlis telah membincang serta merancang strategi untuk menjatuhkan beliau sekali gus mengeluarkan dirinya dari Teratai dan Selangor.

Melalui mesyuarat itu yang berlangsung hampir empat bulan, mereka berjaya menggunakan pelbagai taktik seperti memujuk Persatuan Penjaja dan Persatuan Penduduk untuk membuat aduan secara bertulis kepada ibu pejabat DAP selain membuat demonstrasi kononnya beliau telah gagal dalam menunaikan tanggungjawab beliau.

Ironinya, kumpulan ini kemudian akan bertindak menyalahkan MCA dan Barisan Nasional sebagai dalang mengadakan demonstrasi menentangnya.

Kadang-kala dalam mesyuarat atau ceramah dan makan malam bersama penduduk Teratai, satu dua pemimpin DAP akan tampil membuat kenyataan secara terbuka bahawa Jenice mungkin akan digugurkan kerana tidak mencapai standard DAP sebagai ADUN. Jenice mengakui beliau sendiri pernah terdengar kenyataan seumpama itu.

Namun demikian, kumpulan itu tidak berjaya merosakkan nama beliau seperti yang dirancang kerana sokongan terhadap dirinya masih kukuh berikutan sifat telus dan rajin beliau. Tidak akan ada sesiapa di Teratai yang tidak mengenalinya kerana beliau juga 'YB' yang mula bekerja seawal 6 pagi sehingga tengah malam setiap hari. Kadang kala terlajak ke subuh andai terdapat mesyuarat.

Kumpulan ini kemudian mula menggunakan cara lain, dengan menyebar khabar angin kepada pihak media khususnya media Cina bermula Mac tahun ini. Ujian terakhir beliau sebelum PRU-13 adalah walaupun rata-rata mereka yang dicalonkan telah dimaklumkan dari awal akan bertanding,

namun bagi kerusi DUN Teratai, sehari sebelum penamaan calon, baharulah Setiausaha Agung, Lim Guan Eng mahu membuat pengumuman bahawa Jenice digugurkan bersama beberapa ADUN lain termasuk Ronnie Liu dan M.Manoharan.

"Saya beberapa kali cuba bercakap dengan Guan Eng dan Lim Kit Siang sebelum itu kerana masalah-masalah yang dihadapi disebabkan kumpulan ini namun tidak pula dilayan. Pengerusi DAP, Karpal Singh juga tidak mempunyai masa untuk saya.

"Bagaimana pemimpin-pemimpin yang saya sanjung tinggi ini enggan mendengar saya, bagaimana mereka boleh menjatuhkan hukuman tanpa mendengar penjelasan saya?

"Lupakah mereka saya adalah antara ahli yang telah bekerja dari bawah, saya bertungkus lumus demi parti yang saya sayangi ini? Saya kerja siang malam sebelum kejayaan besar pada PRU-12 lalu, saya pernah ditangkap kerana sering turun ke jalanan.

''Saya pernah diherdik, dikutuk, hilang kawan, khabar -khabar angin juga disebar untuk memalukan keluarga saya dan macam-macam lagi namun semuanya seolah-olah sudah di lupai," ujarnya dengan linangan airmata.

Menurut Jenice, beliau pernah meminta penjelasan daripada pemimpin DAP Selangor apabila kepimpinan tertinggi enggan melayan namun jawapan mereka juga mengecewakan.

"Antaranya, mereka kata saya tidak popular selain dibenci dalam kalangan penduduk Teratai. Tetapi yang peliknya survey Merdeka Centre yang dibuat pada awal tahun ini menunjukkan saya lebih popular di Teratai berbanding bekas Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat. Kemudian mereka memberi alasan lagi, akar umbi tidak menyokong saya lagi, walhal sembilan cawangan tampil menyokong saya sehingga ada yang dipecat baru-baru ini.

"Mereka juga memberi alasan saya tidak mempunyai hubungan baik dengan ahli DAP lain di Selangor malah tidak langsung disukai oleh mereka. Tetapi jika sedemikian, mengapa pula pada pemilihan parti saya mendapat undi tertinggi? Alasan yang sungguh 'bodoh' oleh mereka sebenarnya demi menghapuskan saya selamanya,"katanya.

Jelas Jenice, beliau hanya bertanding sebagai calon bebas bukan dengan niat menghancurkan DAP tetapi kerana mahu menegakkan keadilan. Ini kerana penyandang ketika ini, Tiew Way Keng juga pernah didakwa dengan penyelewengan ketika beliau masih menjadi Ahli Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

"Atas kapasiti apa dia dipilih? Dia tidak pernah berbuat apa-apa di Teratai. Bagaimana kes yang terpalit pada dirinya? Bagaimana DAP boleh memilihnya sedangkan dengan saya dituduh mempunyai masalah moral sehingga tidak layak menjadi calon?

"Guan Eng, Kit Siang dan Karpal pernah meminta saya menarik diri di hadapan media, bukan berjumpa dengan saya sendiri. Saya sebenarnya telah dilayan dengan cara paling hina, saya adalah ahli DAP yang setia tetapi hanya kerana sekumpulan pemimpin yang sangat pentingkan diri, saya jadi begini.

"Sekiranya mereka fikir saya akan putus asa, mereka silap. Saya membuat keputusan untuk mencabar keputusan DAP di mahkamah. Saya tidak mahu prinsip yang didukung oleh parti selama ini diperkotak-katikkan oleh kumpulan ini sesuka hati, saya ulang sekali lagi. Saya sayang parti saya dan masa depan dalam parti ini, saya akan kembali kepada DAP tidak lama lagi," ujarnya.

Sebelum ini, Jenice telah memfailkan tuntutan kes pemecatannya sebagai ahli DAP ke mahkamah berikutan kegagalan pemimpin tertinggi DAP yang menerajui barisan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) termasuk Guan Eng menghantar surat rasmi dan membuktikan beliau layak dipecat.

Kata beliau, pemecatannya pada 20 April lalu juga tidak sah kerana kesemua jawatan dalam CEC termasuk yang dipegang Guan Eng tidak diiktiraf Pendaftar Pertubuhan (ROS) ekoran kemelut pemilihan jawatankuasa itu Disember lalu.

Jihad Perlembagaan ubah kejahilan rakyat

Posted: 14 Jun 2013 11:14 AM PDT

Oleh RAHISAM RAMLI
PENULIS ialah Pensyarah Kolej UniversitiIslam Melaka (KUIM) dan sedang mengikuti pengajian PhD di UKM.

ISU yang melibatkan kebebasan bersuara, kebebasan untuk berhimpun dan hak asasi manusia banyak diwarnai dengan konflik pentafsiran undang-undang. Kegagalan mentafsirkan undang-undang mengikut objektif dan kehendak perundangan boleh mewujudkan ketidakstabilan dan mencetuskan pertikaian.

Apabila suasana ini berlaku maka jurang perbezaan pandangan tidak lagi menjadi rahmat kepada manusia sebagai mana kita mengiktiraf dan menghormati pandangan orang lain. Kita sering diingatkan perbezaan pandangan bukan hak untuk melanggar prinsip kemanusiaan apatah lagi dalam konteks Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama.

Perlembagaan adalah teras kehidupan. Perlembagaan bukan bahan gurauan atau mainan Perlembagaan bersifat hidup, memerlukan pentafsiran yang benar-benar memahami kehendak amalan setempat. Penganalisis undang-undang Prof. Salleh Buang menyatakan perlembagaan memerlukan kaedah pentafsiran tersendiri sesuai dengan sifatnya tanpa terkongkong oleh kaedah pentafsiran biasa.

Menariknya dalam hal ini beliau menegaskan amalan dan adat resam yang telah sebati, menjadi darah daging sejarah Perlembagaan negara menjadi landasan pentafsiran perlembagaan, bukan sekadar literal semata-mata. Maknanya jihad Perlembagaan perlu ambil kira the spirit of the law bukan sekadar the letter of the law.

Dalam konteks Malaysia, Perlembagaan menjadi dasar hidup bersama secara aman dan damai dalam kepelbagaian kaum dan bangsa dan bersatu dalam kepelbagaian. Sebaliknya kejumudan boleh membantutkan usaha sebarang pembaharuan yang hendak dilakukan. Almarhum Dr. Said Ramadhan al-Butiy pernah menyatakan kesal dengan sikap umat Islam yang masih bersikap tertutup, sedangkan mereka amat memerlukan idea baru untuk berubah. Dengan kata lain, pemikiran jumud terbentuk kerana kejahilan yang sekali gus merencatkan pemikiran untuk berijtihad dalam kerangka cabaran umat Islam masa kini.

Menurut Pensyarah Undang-Undang dan Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd. Aziz, sudah sampai masanya rakyat memahami sistem pemerintahan dan politik negara. Saranan ini sama ada memperlihatkan rakyat negara ini masih jahil dalam hal ehwal perlembagaan negara kita sendiri.

Sedangkan kita sudah melahirkan ramai graduan, ahli korporat, para pemimpin dan cerdik pandai masih belum memadaikah untuk menjelaskan kepentingan perlembagaan? Atau isi-isi perlembagaan itu kurang dipedulikan kerana kita lebih cenderung merasionalkan sesuatu krisis secara emosional? Mungkin kedua-dua sebab itu ada perkaitannya. Adalah lebih baik kita meneruskan jihad perlembagaan sebagai simbol dan manifestasi kesungguhan untuk menguasai, bukan sekadar faham dan membaca perlembagaan tetapi menjadi nadi setiap kali kita berhujah dengan isu-isu negara.

Kejahilan dalam perlembagaan menyebabkan kita diasak dengan gejala murtad. Masih ingatkah lagi kita pada kisah yang mengharukan apabila seorang ayah bernama Bokhari Md. Tahir, "kehilangan" anak mereka bernama Nor Aishah pada 1997? Selain isu murtad lihat apakah tindakan susulan untuk menyelamatkan akidah Islam dari sudut perlembagaan? Cukupkah kejahilan Melayu-Islam digemparkan lagi hingga perlu perhimpunan sejuta untuk menyelamatkan akidah umat Islam pada tahun 2011. Selepas perhimpunan itu ke mana Melayu-Islam? Persoalan-persoalan sebegini masih memerlukan kajian mendalam agar kita dapat mencari mekanisme untuk melakukan jihad perlembagaan selepas krisis PRU-13 yang sering mengguna pakai hal berkaitan perundangan.

Perkara 153 masih menjadi isu yang dicetuskan untuk memperkukuhkan hak istimewa orang Melayu di Malaysia yang hidup bersama dengan kaum-kaum lain. Namun realitinya hak istimewa itu menjadi cabaran besar dalam suasana Melayu yang sudah mendapat pendidikan sehingga peringkat tertinggi mempunyai perspektif pada sisi lain. Ini kerana Melayu bukan lagi kaum lemah yang perlu "tongkat" dalam menguruskan kehidupan tetapi jihad Melayu beralih kepada menterjemahkan hak istimewa itu kepada perundangan yang sifatnya merentas kaum dan bukannya dalam kepompong Melayu sebelum zaman kemerdekaan.

Isu kejahilan perlembagaan sebilangan rakyat ini terserlah apabila kes menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam media sosial. Zaini Hassan (2013) menulis dalam ruangan Cuit di Utusan Malaysia menjelaskan jahilnya rakyat kita mengenai Perlembagaan sendiri. Apatah lagi Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat.

Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Beliau melontarkan persoalan, adakah orang dalam bidang guaman dan undang-undang, siapa yang boleh bercakap mengenai bab Perlembagaan ini? Larangan menghina bukan kepada YDPA semata-mata, tetapi sesiapa sahaja tidak boleh dihina dengan apa cara sekalipun. Perlembagaan juga menghormati hak individu tetapi puncanya masih berbalik kepada tanggungjawab untuk memberi pendidikan tentang perlembagaan kepada semua rakyat.

Keseriusan untuk menangani kejahilan dalam aspek hal ehwal perlembagaan negara turut mendapat perhatian dalam Seminar Institusi Raja (SIRaj) yang dianjurkan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) pada 5-6 Jun 2013 lalu. SIRaj menetapkan 7 resolusi untuk menangani segala isu yang ingin melemah atau merosakkan institusi raja. Antaranya ialah usaha mempertingkat kefahaman berhubung sebarang perkara berkaitan institusi berkenaan, khususnya melibatkan Perlembagaan, adat-istiadat dan adab raja-raja Melayu.

Institusi pendidikan perlu memulakan dasar mengajar perlembagaan pada para pelajar dengan lebih awal. Jika ini mampu dilaksanakan kita akan melahirkan ramai rakyat mampu memahami dan menghayati perlembagaan sebagai objektif hidup bernegara. Jihad perlembagaan memerlukan kita memahami perlembagaan dari aspek the spirit of the law bukan lagi sekadar the letter of the law.

Jihad perlembagaan boleh merubah kejahilan rakyat yang dengan sewenang-wenangnya menghasut orang lain untuk mewujudkan ketegangan. Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang mengandungi huraian menghasut perlu dipelajari. Ini kerana menghasut adalah jenayah yang mencetuskan ketegangan rakyat maka setiap orang jangan membiarkan perbuatan menghasut menjadi darah daging hingga sukar dibanteras seperti mana sukarnya membasmi perbuatan rasuah. Tidak salah jika memulakan langkah ini dengan membeli buku-buku perlembagaan walaupun peringkat permulaan ia sukar difahami tetapi jangan khuatir kerana alah bisa tegal biasa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Konsert Enjoy Jakarta malam ini

Posted: 14 Jun 2013 01:16 AM PDT

KUALA LUMPUR 14 Jun - Konsert Enjoy Jakarta 2013 yang bertujuan untuk mempromosikan pelancongan Jakarta dan budaya sekitarnya bakal diadakan bertempat di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, malam ini.

Konsert percuma yang bakal bermula pada pukul 8.30 malam ini akan menampilkan penyanyi popular Rossa, kumpulan Ungu dan pasangan pengacara popular Sarah Sechan dan Hedi Yunus.

Konsert yang akan diserikan dengan kehadiran 30 penari dan 20 pemuzik latar itu juga akan menampilkan legenda rock Malaysia, iaitu Amy Search.

Jelas Rossa, konsert malam ini nanti bukan berbentuk hiburan sahaja, tetapi ia juga bertujuan untuk memperkenalkan pelbagai budaya di Jakarta.

"Saya berharap rakyat Malaysia akan hadir ke konsert ini dan berhibur sambil mencipta kenangan indah bersama kami.

"Selain itu juga, harapan saya adalah konsert ini akan dapat menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk melawat Jakarta," katanya disini, hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kurang dikenali

Posted: 13 Jun 2013 11:49 PM PDT

Oleh GARRET DAWUM
garret.dawum@utusan.com.my
Gambar SYEFRY MONIZ

SEBULAN lagi dia bakal menyambut ulang tahun ke-32. Walaupun begitu, dia tetap tenang menghadapi peningkatan usia dengan sifat mesra dan manjanya yang cukup disenangi oleh sesiapa sahaja.

Melihat pada sikapnya itu ditambah dengan cara percakapannya yang manja sudah tentu bagi yang tidak mengenali Dayang Nurfaizah akan menyangka dia lebih muda daripada usia sebenarnya.

Gadis kelahiran Sarawak ini beruntung kerana mempunyai saiz tubuh yang kecil, ditambah pula dengan bakat semula jadi iaitu mempunyai vokal yang unik dan kelasnya yang tersendiri.

Kalau teman sebaya lain diulit bahagia atau sekurang-kurangnya pernah mengalami pahit manis berkasih sayang, gadis ini yang mesra disapa Dayang mengakui dirinya belum pernah mengenal cinta.

Jika tak silap, memang jarang sekali gosip cintanya ditulis dimana-mana akhbar. Hakikatnya, dia memang jarang dikaitkan dengan mana-mana individu jika berbicara tentang soal cinta.

Menjawab persoalan itu, Dayang memberitahu dia akan sentiasa bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan sekiranya jodoh sudah berada di depan mata.

"Kalau jodoh sudah ada, kenapa tidak? Siapa tidak mahu berkahwin. Tetapi, saya memang tidak pernah sasarkan diri saya bila untuk berkahwin dan mendirikan rumah tangga.

"Secara jujurnya, kalau ada, adalah. Kalau nak mendirikan masjid tu biarlah serius. Dengar macam-macam cerita lagi, Dayang takut.

"Buat masa sekarang, nyanyian menjadi fokus saya untuk orang melihat siapa diri saya yang sebenarnya," katanya penuh keayuan.

Pastinya ramai akan memberi tanggapan penyanyi yang pernah menyerlah menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta itu begitu memilih hingga sukar berteman.

"Kawan memang ramai sebab saya suka berkawan. Dalam ramai kawan-kawan saya itu saya tidak pernah ada perasaan cinta dan kerana itu, saya masih tidak mempunyai teman istimewa sehingga kini.

"Untuk pengetahuan semua, saya sedia untuk berkawan dengan sesiapa saja asalkan jujur serta ikhlas," ujarnya.

Tidak bertemu jodoh dan berstatus solo tidak pernah dianggap memberi tekanan. Sebaliknya Dayang menyerahkan soal jodoh kepada Yang Maha Esa apatah lagi pada masa ini, tumpuannya lebih terarah kepada kerjaya dan keluarga.

"Saya memang bawa ayah dan ibu saya untuk tinggal bersama saya di sini (Kuala Lumpur). Mereka akan datang dua minggu sekali dari Kuching untuk bersama saya.

"Saya tidak mahu mereka sendirian di sana (Kuching, Sarawak) tanpa adanya saya sebagai anak di sisi. Saya ingin merasa bahagia bersama mereka," kata Dayang dengan manja.

Dalam pada itu, Dayang turut mendedahkan bahawa keluarga terutama ibubapanya masih menganggap dia seperti anak kecil lagi.

"Mungkin sebab itu, Dayang susah untuk berkawan dengan orang baru terutama yang baru dikenali.

"Keluarga juga masih anggap saya seperti budak-budak. Kalau nak tahu, ibubapa saya pasti akan terkejut kalau tahu saya ada teman lelaki," jelasnya.

Tidak terasa impak

KEPEKATAN bahasa Sarawaknya ketika berbual bersama penulis membuatkan diri terasa berada di negeri Bumi Kenyalang. Nama Dayang yang dulu sangat hangat kini dilihat semakin sepi dalam dunia hiburan tanah air.

Bukanlah kerana merajuk mahu pun terasa hati, tetapi kata Dayang, dia masih lagi di dunia seni dan sibuk menjalani kehidupannya sebagai anak seni.

"Saya tidak pernah berhenti dan masih lagi ada persembahan walaupun jarang dilihat menerusi kaca televisyen. Saya uruskan kerjaya saya dengan teratur dan penuhi semua undangan nyanyian.

"Tahun ini juga tahun yang sibuk buat saya kerana saya sedang berusaha mengumpul bahan untuk album terbaru. Mungkin tahun lalu saya lebih memberi fokus terhadap konsert dan tahun ini pula saya akan sibuk dengan pembikinan album baru.

"Pada saya, nama saya yang agak terbelakang kini tidak dirasa impaknya kerana saya boleh dikatakan sentiasa aktif dalam bidang nyanyian cuma mungkin jarang keluar menyebabkan ramai yang beranggapan sedemikian," katanya.

Tambah Dayang, dia tidak akan pernah menghilangkan diri dalam dunia hiburan dan akan sentiasa berada di persada seni.

"Semua orang tahu dan sudah mengenali saya. Jadi saya akan terus bertapak di situ (dunia hiburan) bagi memenuhi semua kehendak peminat saya dan yang pasti saya akan berikan yang terbaik," jelas Dayang.

Mengulas lanjut mengenai perancangan untuk pengeluaran album terbarunya, Dayang memberitahu kali ini dia akan menggunakan strategi sama seperti penyanyi lain dengan mengeluarkan beberapa single terlebih dahulu sebelum mengeluarkan album penuh.

"Setakat ini, saya sudah mengeluarkan single baru, Bisikan Rindu untuk soundtrack drama terbaru, Dahlia. Lagu ini adalah hasil ciptaan Manusia Putih dan saya amat berpuas hati dengan penghasilan lagu ini.

"Selain itu, saya juga masih mencari beberapa material yang sesuai untuk single lain," katanya yang bakal mengadakan showcase khas di The Vanue, Pavillion, Kuala Lumpur, pada pukul 8.30 malam, 23 Jun ini.

Kata Dayang, kemampuannya tidak boleh dibataskan kepada satu jenis lagu sahaja walaupun umum mengetahui kelunakan dan kemerduan suaranya amat sinonim dengan lagu berentak pop R&B.

Malah penyanyi yang memulakan kariernya pada 1999 ini seolah-olah mahu mengisytiharkan bahawa dirinya bukan penyanyi R&B.

"Saya tidak mahu orang anggap saya hanya boleh membawa satu jenis lagu sahaja.

"Saya juga memiliki kelebihan dalam membawakan pelbagai jenis lagu lain, terutama irama pop Melayu asli. Saya memang meminati lagu berentak pop," katanya.

Kebolehan dan bakat yang dimilikinya itulah membuka peluang kepadanya menerima banyak tawaran daripada syarikat korporat untuk mengadakan persembahan, selain mudah diterima peminat pelbagai peringkat usia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Oleh ZAINU

Utusan Online - Keluarga

Posted:

Utusan Online - KeluargaIkuti berita penuh untuk ruangan Keluarga menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga Utusan Online - Keluargahttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga Problem Parsing :
Error #: -1072896760
Description: An invalid character was found in text content.
In file: file:///E:/utusan/html/today/Utusan_Malaysia.Keluarga.xml
Source line: ke_01.1.jpg500374ke_01.small.jpg90100
ZAMZURI Anuar dan isterinya, Haslinda Ahmad melayan kerenah anak-anak pada waktu senggang di rumah mereka di Taman Hijrah, Kangar, Perlis.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


'Kg. Myanmar' perlu dibersih

Posted: 13 Jun 2013 11:16 AM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusan.com.my

Pasar Harian Selayang yang menjadi tempat warga asing, terutamanya dari Myanmar mencari rezeki. - UTUSAN/Farid Janudin

KUALA LUMPUR 13 Jun - Melangkah masuk ke kawasan Pasar Harian Selayang yang bersempadan antara ibu negara dan Selangor di bahagian utara terasa seperti berada di sebuah perkampungan di Myanmar.

Mana tidaknya, boleh dikatakan setiap sudut kawasan tersebut termasuk yang berniaga di dalam pasar dipenuhi warganegara itu, baik yang muda hinggalah ke pertengahan umur.

Warga tempatan yang sering berurusan di situ menyifatkan pekerja asing tersebut seolah-olah tidak berkurangan biarpun serbuan sering dilakukan oleh pihak berkuasa.

Begitu juga keadaannya dengan Pasar Borong Kuala Lumpur yang terletak di seberang jalan. Perasaan tidak selamat sering menghantui warga tempatan setelah beberapa kali melihat pergaduhan sesama warga Myanmar sehingga ada yang meragut nyawa.

Difahamkan, biarpun jarang orang tempatan terlibat dengan pergaduhan tersebut, lagak warga Myanmar yang seperti 'abang besar' yang mengancam dan mengganggu ketenteraman warga tempatan di situ amat menggusarkan mereka.

Malah, tinjauan wartawan Utusan Malaysia di pasar tersebut juga dibuat dengan berhati-hati kerana terasa gerak-geri kami seolah-olah diperhatikan oleh 'samseng-samseng' Myanmar, mungkin kerana mereka menyangka kami pegawai imigresen.

Ketika mahu merakamkan gambar sekitar kawasan itu juga, kami terpaksa berpura-pura untuk mengambil gambar longkang yang berada di sekitar kawasan itu terlebih dahulu.

Namun, gambar bahagian dalam pasar tidak berani dirakamkan memandangkan pengunjung tidak begitu ramai ketika itu.

Baru-baru ini, sebanyak 21 daripada 102 warga Myanmar yang diperiksa dalam operasi oleh Jabatan Imigresen di Pasar Harian Selayang ditahan kerana mereka melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki dokumen sah, salah guna permit kerja dan menetap lebih masa.

Bagaimanapun dalam operasi bermula pukul 3 pagi itu, beratus-ratus warga terbabit yang dipercayai menjadi pembantu kedai di pasar tersebut berjaya melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran trak pihak berkuasa.

Malah mereka sanggup membahayakan nyawa dengan melarikan diri ke arah jalan raya sebelum menyusup ke dalam semak dan kawasan lombong berdekatan.

Ingatkan mereka ini negara kita - Orang ramai

Posted: 13 Jun 2013 11:16 AM PDT

KEDAI-KEDAI ini bukan sahaja menggajikan pekerja asing, malah sebahagiannya didakwa diusahakan oleh mereka.

KUALA LUMPUR 13 Jun - Orang ramai yang sering berurusan di sekitar Pasar Borong Selayang meminta pihak berkuasa lebih tegas dalam menangani kebanjiran warga asing terutamanya dari Myanmar yang memonopoli kawasan itu.

Seorang peniaga tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Adam, 25, berkata, warga Myanmar yang sering menimbulkan kekecohan perlu diberi peringatan agar tidak lagi berlagak samseng.

Katanya, operasi perlu lebih kerap diadakan bagi memberi amaran kepada warga Myanmar agar menghormati undang-undang negara.

"Kalau sebagai majikan, sudah tentu kami pun akan berasa susah apabila mereka tidak bekerja ketika tempahan pelanggan terlalu banyak.

"Tetapi, apabila memikirkan soal keselamatan, kita pula menjadi takut kepada mereka. Memang patut pendatang asing ini diambil tindakan yang sewajarnya," katanya yang hanya mengupah warga tempatan untuk bekerja dengannya.

Ketakutan warga tempatan kepada warga asing itu amat jelas apabila mereka yang ditemubual enggan wajah mereka dirakamkan.

Seorang penduduk Kampung Lembah Indah yang berdekatan dengan pasar itu, Mahmud Rashid, 51, berkata, tindakan pihak berkuasa yang melakukan operasi di sekitar itu wajar dipuji kerana lambakan warga asing semakin membimbangkan mereka.

"Seolah-olah kita pula yang berada di tempat mereka sehingga perlu berhati-hati untuk berurusan.

"Malah, anggota polis yang sering meronda di kawasan ini pun mereka tidak takut dan saya pernah mendengar cerita ada polis yang digertak oleh mereka," katanya.

Bagaimanapun, Mohamad Puteh, 58, pula berkata, populasi warga terbabit tidak pernah menunjukkan tanda berkurangan selepas pihak berkuasa membuat serbuan.

"Memang patut serbuan sering dilakukan tetapi saya lihat macam tiada perbezaan langsung sebelum dan selepas operasi," katanya.

Tambahnya, kebanyakan gerai-gerai sementara yang dibuka di tepi jalan juga dimonopoli peniaga asing termasuk dari Indonesia dan Bangladesh.

Keselamatan Pasar Harian Selayang ditingkatkan

Posted: 13 Jun 2013 11:16 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 Jun - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengetatkan kawalan keselamatan di Pasar Harian Selayang bagi mengawal pergerakan orang ramai termasuk warga asing yang berurusan di situ.

Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, langkah tersebut meliputi pembaikan pagar di sekeliling pasar dan menutup pintu-pintu pagar kecil yang terdapat di situ.

Menurutnya, pasar tersebut selepas ini hanya akan memiliki satu pintu masuk dan satu pintu keluar yang akan dilengkapi dengan pejabat kawalan imigresen.

"Ketika ini, pasar tersebut telah dilengkapi dengan lapan kamera litar tertutup (CCTV) dan kami bercadang untuk menambah enam unit lagi, masing-masing di pintu masuk dan keluar.

"Dengan memagar seluruh kawasan pasar itu, kami berharap dapat mengekang orang luar yang cuba membuat kacau di dalam premis serta sekitar pasar tersebut, malah bahagian atas pagar itu akan dipasang kawat duri" katanya ketika ditemui.

Ujar beliau, proses menaik taraf keselamatan pasar tersebut dijangka akan mengambil masa satu hingga dua bulan, sebelum Jabatan Imigresen menubuhkan pejabat mereka di situ.

"Kerja-kerja tersebut kini dalam proses mengeluarkan tender kepada kontraktor dan kami berharap dapat dilaksanakan secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, Ahmad Phesal berkata, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) juga akan menubuhkan sebuah pejabat di situ untuk memastikan kualiti barangan yang dijual.

"Mereka juga akan membantu kami mengawal penjualan barangan tersebut yang hanya boleh dijalankan oleh peniaga yang berlesen sahaja," katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa DBKL mengeluarkan lesen perniagaan kepada warga Myanmar untuk beroperasi di pasar tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Pusat jual-jualan barangan terpakai

Posted: 13 Jun 2013 11:16 AM PDT

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
editor.johor@utusan.com.my

Pusat perniagaan jualan barangan terpakai di Simpang Empat Benut, Pontian yang mula mendapat perhatian daripada pengunjung tempatan dan luar Johor.

PONTIAN 13 Jun - Simpang Empat Benut kini begitu sinonim dengan pusat penjualan pelbagai barangan terpakai atau second hand yang mula beroperasi mulai pukul 9 malam hingga 2 pagi.

Pelbagai barangan dengan harga serendah RM1 hingga ratusan ringgit yang dibawa khas dari Singapura dijual di sini bagi memenuhi permintaan pelbagai lapisan masyarakat.

Antara barangan tersebut termasuk kasut, barangan elektrik, pakaian, langsir, pinggan mangkuk, basikal, permainan kanak-kanak, beg tangan dan aksesori wanita yang sentiasa memeriahkan suasana malam di kawasan perniagaan tersebut sejak sedekad lalu.

Menurut pengasas pusat perniagaan tersebut, Ali C. Ain, 45, sambutan yang diberikan oleh orang ramai telah menyuntik semangatnya dan lima peniaga lain untuk terus berusaha mempelbagaikan barangan pada setiap masa.

Katanya, permintaan barangan terpakai berjenama seperti produk kulit dan kasut terus menjadi daya tarikan orang ramai terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum.

Para peniaga akan mengambil barangan di Singapura pada Ahad dan Rabu bagi memastikan kedai mereka sentiasa menawarkan 'barangan panas' yang menjadi rebutan ramai.

"Kedai kami merupakan penyeri malam bagi Simpang Empat Benut yang menjadi laluan penting keluar dan masuk ke Lebuh Raya Utara-Selatan.

"Kini keadaan semakin meriah dengan adanya Pusat Perdagangan Baharu Benut, sekali gus menyumbang kepada suasana malam yang lebih menarik selepas mereka pergi membeli-belah mahupun selepas makan malam," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Ali memberitahu, perniagaan mereka turut menarik perhatian masyarakat di luar Pontian yang memberikan sokongan dengan sama-sama turun ke Simpang Empat sebelum meninggalkan tanah di penghujung benua Asia itu.

Pembeli katanya, tidak perlu bimbang kerana para peniaga bersedia memberikan harga berpatutan dengan nilai barangan dijual agar mereka tidak merasa hampa apabila berkunjung ke sini.

"Jangan merasa segan dan malu untuk membeli barangan terpakai ini yang sebenarnya masih boleh digunakan mengikut kesesuaian seperti basikal kanak-kanak, basikal orang dewasa, radio, televisyen, periuk nasi dan sebagainya," katanya.

Bagi Abd. Latif Rostam, 64, yang telah 20 tahun menjual pelbagai barangan terpakai di situ, sambutan diberikan penduduk amat membanggakan.

Menurutnya, pusat perniagaan tersebut mudah ditemui memandangkan terletak di persimpangan yang menjadi laluan dari Simpang Renggam dan Batu Pahat ke Pontian sebelum ke Johor Bahru.

Dia yakin masih ada pelanggan berminat untuk membeli produk terpakai termasuk barangan elektrik yang masih boleh berfungsi dengan baik sekiranya pandai memilih.

"Kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran orang ramai yang ingin mendapatkan pelbagai barangan termasuk yang 'antik'.

''Walaupun kini terdapat banyak tempat menjual barangan terpakai, namun Simpang Empat Benut tetap mempunyai tarikan tersendiri memandangkan kedudukannya yang strategik bagi menarik orang ramai," katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan, Norazuan Abu, 33, mengakui kerap mengunjungi pusat perniagaan itu bagi mendapatkan barangan yang masih elok dan 'baharu tiba' seperti kasut, barangan elektrik dan permainan kanak-kanak.

"Ada barangan yang masih cantik dan molek dipakai seperti kasut sukan, kasut untuk bekerja dengan harga yang mungkin tidak mampu dibeli ketika di luar, namun di sini boleh dibeli dengan harga RM15 hingga RM40," katanya.

Bagi Ishak Abu Bakar, 42, kawasan jualan tersebut seolah-olah telah menjadi tempat wajib persinggahan baginya apabila berada di situ.

"Tidak semua masyarakat luar bandar seperti kami ini mampu membeli barang baharu, namun dengan adanya pusat seperti ini memberikan kami banyak pilihan untuk membelinya mengikut kemampuan masing-masing," katanya.

Minda Jalin, 25, pekerja sebuah kilang di Rengit pula sering berkunjung bersama rakan-rakannya bagi mendapatkan barangan keperluan harian diminati seperti beg tangan, barangan elektrik dan kelengkapan dapur yang masih boleh digunakan memandangkan harga yang ditawarkan adalah cukup 'menarik' berbanding yang baharu.

Dia mengakui pusat perniagaan Simpang Empat Benut mudah dikenali serta kelihatan 'hidup' pada waktu malam hingga awal pagi kerana masih dikunjungi oleh ramai pelanggan.

Jailani Munajat, 50, juga tidak akan melepaskan peluang untuk singgah ke tempat tersebut sambil melihat barangan yang dijual serta bertemu pelbagai lapisan masyarakat.

Menurutnya, kehadiran ramai pengunjung dari Melaka, Kuala Lumpur, Muar, Batu Pahat dan Johor Bahru ke Pontian juga tidak ketinggalan melihat suasana malam di Pekan Benut.

"Kawasan ini juga bolehkan dikatakan sebagai mini uptown Benut yang menawarkan pelbagai barangan terpakai termasuk perabot yang masih cantik dan elok digunakan," katanya.

26 anggota IPD Muar naik pangkat

Posted: 13 Jun 2013 11:16 AM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

MUAR 13 Jun - Seramai 26 anggota Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar dinaikkan pangkat berkuat kuasa awal bulan ini ekoran prestasi cemerlang.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supritendan Sahadan Jaafar berkata, daripada jumlah berkenaan, tiga anggota dinaikkan pangkat dari sarjan kepada sarjan mejar, sarjan (14) dan koperal (9).

Sahadan berkata, upacara pemakaian pangkat itu disempurnakan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Sharif di Ibu Pejabat Kontinjen Johor pada 7 Jun lalu.

"Kenaikan pangkat ini adalah bagi menghargai khidmat cemerlang serta bakti yang dicurahkan anggota berkenaan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat terutama di daerah Muar selama ini.

"Kenaikan pangkat ini untuk menghargai jasa cemerlang mereka dalam membantu PDRM menjaga keamanan negara. Kita harap pengiktirafan ini dapat menaikkan lagi semangat anggota lain untuk terus bekerja keras, sekali gus memberi perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya perkembangan kes seorang penjual tiket feri yang ditembak mati di taman permainan di Taman Sri Temiang, 6 Jun lalu, Sahadan berkata, setakat ini belum ada tangkapan dilakukan pihaknya.

"Siasatan masih dijalankan dan kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian berkenaan supaya tampil ke balai polis berhampiran," katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa, Tee Chai Heng, 51, maut selepas terkena satu das tembakan di belakang kepalanya.

Mayatnya ditemui dalam keadaan terlentang tanpa baju oleh jirannya selepas terdengar bunyi letupan dari taman permainan berkenaan yang terletak kira-kira 30 meter dari rumahnya.

Siasatan awal pihak polis menjumpai sebutir kelongsong peluru pistol 9 milimiter (mm) jenis automatik di tempat kejadian, namun senjata yang digunakan tidak dijumpai.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved