Isnin, 12 Ogos 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Bukan sengaja reka alasan'

Posted: 12 Aug 2013 11:41 AM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Lee Chong Wei mengucup anaknya, Kingston Lee ketika tiba di KLIA, Sepang dari Guangzhou, semalam. Turut menyambut kepulangan beliau adalah isterinya, Wong Mew Choo dan Presiden Kehormat BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh (kiri). - UTUSAN/ZAINI HUSIN

SEPANG - Tiada niat mahu mencipta alasan, tetapi pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui suhu gelanggang yang panas melampau penyebab utama dia mengalami kekejangan otot sehingga mengganggu rentak permainannya sebelum tewas kepada Lin Dan dalam aksi akhir Kejohanan Dunia di Guangzhou kelmarin.

Chong Wei yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam berterus terang bahawa suhu gelanggang yang mencecah 34 darjah celsius akibat pendingin hawa ditutup, menyebabkan penghidratan dan kekejangan otot sehingga memaksa dia menarik diri ketika kedudukan 20-17 pada set ketiga.

Menurut Chong Wei, dia tidak boleh berbuat apa-apa tentang perkara tersebut (sabotaj) apabila pendingin hawa di Gimnasium Tianhe tiba-tiba ditutup pada set kedua dan keadaan panas serta tidak berangin merubah sepenuhnya perjalanan perlawanan.

"Dia (Lin Dan) beraksi di gelanggang sendiri, jadi saya tidak boleh komen apa-apa, kelebihan jelas sekali dimiliki olehnya, cuma saya perlu belajar dari kesilapan," katanya sebaik tiba di KLIA dan disambut oleh isterinya, Datin Wong Mew Choo dan anak mereka, Kingston Lee semalam.

Jelasnya, dia memang kecewa kerana tidak memperoleh gelaran kejuaraan Dunia tetapi tidak ada dalam kamus kariernya untuk mengalah malah akan cuba lagi untuk Kejohanan Dunia 2014 Copenhagen tahun depan.

"Saya memang kecewa tewas di peringkat akhir semalam (kelmarin), namun saya berharap tahun depan nasib saya lebih bagus," kata Chong Wei Chong Wei, 30, yang menghadiahkan kejuaraan kelima buat Lin Dan yang menang 16-21, 21-13-, 20-17.

Ditanya mengenai tahap kesihatannya setakat ini, Chong Wei berkata, dia tidak mengalami sebarang kecederaan kelmarin cuba hanya kekejangan otot kerana selepas pendingin hawa dimatikan dia berdepan dengan detik sukar, kerap berpeluh seterusnya menyebabkan badannya kekurangan air.

"Kali pertama saya berasa kekejangan otot ini adalah ketika hendak memulakan aksi di set penentuan, tetapi saya tahan sebelum mengalaminya semula sewaktu mendahului permainan 11-10. Saya bertahan lagi sehingga Lin Dan mendapat 19 mata, saya duduk sebentar dan cuba bangun lagi.

"Saya sedar ketika dia mendapat 20 mata, saya akan tewas perlawanan tersebut, saya berusaha untuk bangun tetapi tidak boleh akhirnya saya terpaksa menarik diri dan kalah. Saya dengar selepas perlawanan tamat Lin Dan juga mengalami masalah kekejangan otot" katanya.

Mengenai reaksi Lin Dan yang datang kepadanya, Chong Wei berkata, di dalam gelanggang mereka memang seteru utama tetapi di luar mereka bersahabat baik.

"Perlawanan semalam adalah yang paling sukar buat saya sehingga masuk hospital tetapi saya tidak akan menyerah kalah kerana impian saya adalah untuk beraksi sehingga Sukan Olimpik 2016 Rio, aksi keempat saya di temasya tersebut.

"Saya juga tidak sabar untuk berehat dan kembali ke gelanggang semula," kata Chong Wei.

Penyenggaraan jadi punca?

Posted: 12 Aug 2013 11:41 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Lionel Messi (dua dari kanan) dikatakan mengalami kecederaan ketika menjalani latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat lalu akibat keadaan padang yang dikatakan tidak sempurna.

KUALA LUMPUR - Kira-kira 16 hari sebelum aksi Malaysia dan Barcelona, petanda kecil perlawanan ini tersebut akan menimbulkan musibah sudah kelihatan apabila pegawai kelab Catalan itu tidak berpuas hati dengan mutu rumput Stadium Nasional Bukit Jalil.

Namun, tiada siapa mengambil serius kebimbangan yang disuarakan Barcelona walaupun masalah rumput di Stadium Nasional yang menggunakan jenis Marimo Paspalum sejak tahun 2005 bukanlah satu isu baru.

Ini kerana saban tahun seperti melibatkan perlawanan akhir Piala Malaysia, Piala FA atau perlawanan persahabatan antarabangsa, pasti ramai pemain, pemerhati dan peminat mempersoalkan kualiti rumput berkenaan yang memakan kos RM1.2 juta.

Berdasarkan pandangan sebuah syarikat yang berpengalaman dalam urusan penyenggaraan rumput, NZ Sports Turf Institute, jenis rumput yang dipilih iaitu Marimo Paspalum adalah yang terbaik.

Namun, wakil syarikat tersebut yang enggan namanya disiarkan hairan mengapa keadaan padang di Stadium Nasional masih mengalami kerosakan tiap kali selepas digunakan.

Menurutnya, masalah mutu rumput Stadium Nasional mungkin penyelengaraan yang tidak betul dan menjadi penyebab utama rumput mudah tercabut.

Sepatutnya penggunaan rumput jenis Marimo Paspalum ini tidak memberikan sebarang masalah kerana lebih baik daripada sesetengah jenis rumput yang lain namun apa yang boleh dipersoalkan bagaimana cara mereka menyelenggara.

Masalah ini mungkin ada kaitan dengan sistem perparitan yang tidak sempurna atau cara selenggara yang tidak sempurna iaitu mengenai soal penggunaan baja dan penjagaan.

Kedua-dua masalah ini cukup berkait kerana jika sistem perparitan bermasalah dan air bertakung di dalam padang, kekuatan akar rumput akan terjejas lantas menyebabkan mengapa rumput ini mudah tercabut.

Negara kita kerap mengalami hujan dan jika sistem perparitan tidak berjalan dengan sempurna serta banyak masalah, tidak mustahil perkara ini menjadi penyumbang utama kerosakan padang, " kata wakil berkenaan.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, daun rumput jenis ini yang terlalu lembut mudah terdedah kepada masalah serangan penyakit dan serangga sehingga menjejaskan kualiti yang ada pada rumput dan timbul penumpang tumbuhan-tumbuhan lain.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, yang melawat Stadium Nasional pada 7 Jun lalu memberi bayangan rumput jenis baru akan menggantikan rumput sedia ada sekarang dan akan ditutup selama enam bulan selepas berakhir saingan Piala Malaysia pada 3 November ini.

Ekoran itu, dia mencadangkan penggunaan jenis rumput cowgrass menjadi alternatif terbaik sebagai pengganti kepada Marimo Paspalum kerana lebih tahan lasak dan kos penyelengaraan yang murah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Toyota tumpu bangunkan kereta hibrid

Posted: 12 Aug 2013 11:41 AM PDT

Oleh JOHARDY IBRAHIM
ekonomi@utusan.com.my

KILANG Primearth EV Energy yang mengeluarkan bateri hibrid pasang palam untuk Toyota di Shizuoka, selatan Tokyo, Jepun.

MUNGKIN ramai sudah mengetahui, tetapi Nagoya adalah bandar di mana Kiichiro Toyoda memulakan perniagaannya pada 1937, menjadi apa yang dikenali dunia hari ini sebagai Toyota Motor Corp, dan paling terbaru pada 1993, permulaan kepada 'Projek G21'.

Empat tahun kemudian, pengeluar kereta Jepun tersebut melancarkan produk rahsia kepada dunia pada Disember 1997, dikenali sebagai hibrid Prius hari ini.

Toyota Prius, yang merupakan kereta hibrid paling laris di dunia, kini memasuki generasi ketiga.

Prius mewakili kira-kira 2.9 juta unit daripada 5 juta kereta hibrid yang dijual oleh Toyota di seluruh dunia hingga ke hari ini. Kewujudan Prius memberi sumbangan istimewa kepada industri automotif global iaitu mendidik mengenai kepentingan alam sekitar dan paling utama, kesan pemanasan global.

Bagi yang tidak peka, isu pemanasan global adalah isu yang benar dan mendesak, kesan akibat pencemaran yang mengundang bahaya kepada manusia sejagat. Namun, kita tidak boleh serta-merta menukar kepada kenderaan yang tidak mengeluarkan asap kerana prasarana belum disediakan secukupnya.

Ini bermakna tempoh peralihan diperlukan bagi kita untuk meleraikan diri daripada kebergantungan terhadap bahan api fosil dan inilah apa fungsi Toyota Prius kepada kita. Manusia mungkin tidak akan berhenti menjadi pengguna kepada bahan api fosil tetapi kita tentunya boleh mengurangkan kebergantungan tersebut.

Toyota juga telah meluaskan model keluarga hibrid Prius merangkumi kenderaan pelbagai guna alfa Prius dan kompak hatchback Prius C, yang dikenali sebagai Aqua di Jepun.

Sebagai perintis kepada pengeluaran besar-besaran kenderaan hibrid, Toyota kini semakin hampir kepada kenderaan sifar pelepasan asap menerusi penggunaan teknologi hibrid pasang palam (plug-in) yang terdapat di dalam Prius.

Perbezaan antara hibrid dan hibrid pasang palam ialah anda kini boleh mengecas pasang palam untuk jarak yang lebih lagi khusus menggunaka kuasa elektrik, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada enjin pembakaran dalaman (ICE) yang sesuai untuk perjalanan dekat atau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Hibrid-hibrid Toyota yang lain termasuk model seperti Toyota Crown Hybrid, Toyota Estima Hybrid, Toyota Alphard Hybrid dan Lexus GS450h, yang sangat bertenaga menggunakan enjin V6.

Keupayaan diperluaskan lagi jarak perjalanan bagi hibrid pasang palam Prius adalah disebabkan pek bateri yang lebih padat bateri Li-ion 80kg 4.4kWh berbanding bateri Ni-MH 42kg 1.3kWh.

Meskipun pek bateri Li-ion kini lebih berat, ia memerlukan tiga setengah pek bateri Ni-MH untuk menyaingi pek bateri Li-ion yang mengakibatkan kesan tanggungan berat bateri pada kenderaan.

Walau bagaimanapun, sebagaimana kebanyakan bentuk baharu teknologi, disebabkan oleh kekurangan skala ekonomi, pengguna belum boleh menikmati kos per-unit yang lebih rendah untuk bateri Li-ion setakat ini, bergantung sepenuhnya kepada masa dan penggunaan lebih besar bagi membantu menurunkan harganya.

Namun, hibrid pasang palam nyata menjadi langkah maju ke hadapan bagi Toyota, membolehkan kita sekurang-kurangnya mengguna pakai dan menikmati pengalaman pemanduan lancar, senyap dan bebas asap kenderaan elektrik (EV) bersama enjin petrol sebagai sandaran jika prestasi dan jarak tambahan diperlukan.

Motor elektrik hibrid pasang palam kini lebih bagus daripada segi penyaluran kuasa, membolehkan pengguna bergerak lebih jauh dan pantas dalam mod EV, berbanding sebelum ini. Sekali gus bermakna pengguna tidak perlu mengisi minyak secara kerap.

Satu penambahbaikan ialah pada fungsi nyalaan enjin Start/Stop Prius yang hampir tiada langsung gegaran dan berupaya menyambung kepada ICE dengan lancar, yang memberikan rasa kepuasan tinggi. Sebenarnya, keadaan itu menyebabkan pemandu sukar membezakan sama ada masih menggunakan bateri elektrik atau enjin petrol.

Toyota nyata memiliki wawasan masa depa, malah meneroka kemungkinan menyatupadukan hibrid pasang palam ke dalam kehidupan harian.

Bukan sahaja teknologi pasang palam boleh menyimpan dan menggunakan kuasa elektrik, tetapi boleh juga digunakan untuk tujuan lain dalam keadaan yang memerlukan seperti semasa bencana alam, hibrid tersebut boleh berfungsi sebagai jana kuasa.

Menurut Toyota, hibrid pasang palam itu memiliki keupayaan untuk membekalkan tenaga bagi rumah sehingga tiga hari, mula-mula dengan tenaga bateri dan diikuti kemudiannya menggunakan enjin kereta.

Selain rumah, Toyota juga aktif meneroka kemungkinan untuk merubah cara pengguna menggunakan kenderaan. Lazimnya orang akan mencari laluan terbaik untuk pergi dan balik dari destinasi menggunakan unite GPS, sebaliknya alat itu memberikan pengguna laluan paling jimat bahan api, menggabungkan penggunaan pengangkutan awam dan berjalan kaki.

Seandainya kita benar-benar mahu memelihara alam sekitar, akan wujud isu pelupusan sisa, yang mana Toyota telah menyatakan bahawa bateri Ni-MH yang diguna di dalam Prius kini dileburkan menjadi bahan besi wajar selepas tamat hayat penggunaannya.

Selain itu, Toyota kini melihat kaedah-kaedah untuk menggunakan semula bateri-bateri berkenaan sejurus tamat kegunaannya bagi mengurangkan sisa dan tenaga yang diperlukan untuk melupuskannya.

Dengan mod pengangkutan sifar asap di ambang pintu kehidupan kita, kebergantungan manusia terhadap bahan api fosil tidak ragu-ragu lagi akan dikurangkan dan seterusnya menggalakkan pembangunan teknologi penjimatan tenaga lain terutama sumber-sumber tenaga diperbaharus seperti tenaga solar dan angin.

Naza Kia lancar Picanto versi baharu

Posted: 12 Aug 2013 11:41 AM PDT

Kia Picanto bakal masuki pasaran Malaysia pada suku keempat tahun ini.

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Naza Kia Malaysia Sdn. Bhd., merancang untuk melancarkan versi baharu Kia Picanto pada suku keempat tahun ini, kata Ketua Pegawai Operasi, Datuk Hafiz Syed Abu Bakar.

Beliau berkata, sebagai permulaan, syarikat menyasar untuk menjual 400 unit Kia Picanto versi baharu itu dalam sebulan.

"Pasaran kami ialah pembeli kereta pertama kali dan kami berharap dapat melancarkannya paling awal pada pertengahan Oktober.

"Kami masih mengkaji harga tetapi menjangka dalam lingkungan RM55,000 hingga RM65,000," katanya kepada Bernama.

Hafiz berkata, bagi Picanto baharu ini, Naza Kia akan menampilkan transmisi auto dan manual.

"Sebelum ini, kami tidak menawarkan versi manual, jadi Picanto akan menjadi yang pertama.

"Kami percaya, terutamanya di kawasan luar Lembah Klang, permintaan bagi kereta manual masih kukuh berikutan harga dan penggunaan bahan api," katanya.

Semasa ditanya sebab Naza Kia mengambil masa yang lama untuk membawa kereta segmen A ke pasaran tempatan, Hafiz berkata: ''Semasa kami memulakan rancangan pemulihan tiga tahun, perkara pertama yang kami fikirkan ialah model lebih kecil seperti kereta segmen A Picanto adalah yang terakhir kami bawa masuk.

"Ini kerana sebelum ini imej jenama Kia adalah rendah dan jika kami memulakan rancangan pemulihan kami dengan membawa kereta segmen A, harga kami tidak akan menarik.

"Itulah sebabnya bila kami buat rancangan pemulihan tiga tahun, kami mula dengan segmen D, jadi bila sudah cukup kuat jenamanya, barulah kami bawa masuk segmen A, iaitu Picanto," jelas beliau.

Hafiz berkata, antara ciri-ciri yang ditawarkan oleh Picanto ialah enjin 1.2 kelas casis, rim 14 hingga 15 inci dan penggunaan bahan api yang boleh mencapai sehingga 16-17 kilometer seliter.

Mengenai prospek, Hafiz berkata, syarikat akan menampilkan kenderaan pelbagai guna (MPV) tahun depan. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Wanita melecur di muka disimbah asid dilapor stabil

Posted: 12 Aug 2013 11:02 PM PDT

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Seorang wanita yang melecur 10 peratus di mukanya akibat disimbah asid di Jalan Ampang, dekat sini Sabtu lepas dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata polis menemu bual mangsa di Hospital Kuala Lumpur semalam dan mendapati keadaannya stabil namun mangsa belum melakukan pembedahan mata kerana menunggu pakar mata untuk menjalani pemeriksaan.

Beliau memberitahu Bernama hari ini mangsa tidak mengenal pasti suspek yang menyimbah asid itu kerana insiden berlaku di waktu malam.

Dalam kejadian itu, wanita berusia 31 tahun itu melecur 10 peratus di mukanya termasuk mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki yang menunggang motosikal. - BERNAMA

Wanita cedera ditembak di stesen minyak

Posted: 12 Aug 2013 08:59 PM PDT

OLeh ZAMZURINA AHMAD

KUANTAN 13 Ogos - Seorang wanita cedera selepas dipercayai ditembak seorang lelaki dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Haji Ahmad di sini kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Janda beranak empat itu yang berada di dalam sebuah kereta jenis Toyota Alphard hanya cedera ringan akibat terkena serpihan kaca daripada cermin kenderaan tersebut. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Petisyen: Pas kemuka bantahan awal kedua

Posted: 12 Aug 2013 11:41 AM PDT

KOTA BHARU 12 Ogos - Pas sekali lagi mengemukakan bantahan awal terhadap petisyen yang difailkan Barisan Nasional (BN) bagi mencabar keputusan kerusi Parlimen Bachok dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bantahan itu dikemukakan semasa Mahkamah Pilihan Raya di sini sepatutnya mendengar perbicaraan serentak kedua-dua petisyen itu selama sembilan hari bermula hari ini.

Berikutan itu, Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim menetapkan 18 Ogos ini untuk keputusan bantahan tersebut.

Pada 10 Julai lalu, Hakim Zamani menolak bantahan awal yang dikemukakan pihak responden daripada Pas bagi membatalkan kedua-dua petisyen yang difailkan calon BN masing-masing dengan kos RM30,000.

Dalam prosiding hari ini, peguam Mohd. Ilyas Mohd. Noor yang mewakili pempetisyen dalam hujah balasnya berkata, isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak responden telah dibangkitkan pada bantahan awal dahulu dan memohon mahkamah membatalkan bantahan awal kali kedua itu dengan kos sebanyak RM80,000.

Peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili responden dalam hujahnya berkata, pihaknya mengemukakan sekali lagi bantahan awal berikutan terdapat isu-isu baharu yang tidak dibangkitkan pada bantahan awal pada 10 Julai lalu.

Dua didakwa salah guna wang lebih RM646,683

Posted: 12 Aug 2013 11:41 AM PDT

PETALING JAYA 12 Ogos - Seorang bekas pengurus sumber manusia dan rakannya seorang pelajar warga Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menyalahgunakan wang lebih RM646,683 empat bulan lalu.

Loh Mee Kee, 33, dan Ezechukwu Izuchukwu Samuel, didakwa melakukan perbuatan itu dengan menyalahgunakan RM7,080 yang dikreditkan ke dalam akaun CIMB di empat buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Petaling Jaya di sini, 19 April lalu.

Bagi lima lagi pertuduhan, wanita itu dan lelaki warga asing terbabit didakwa melakukan perbuatan yang sama dengan masing-masing melibatkan wang RM7,080, RM21,825, RM203,566, RM203,566 dan RM203,566.

Perbuatan itu didakwa berlaku di cawangan CIMB SS2, CIMB Seksyen 14, di sini dan tiga buah mesin ATM di Petaling Jaya antara 19 April dan 1 Mei lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang boleh dipenjara sehingga lima tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Yahya mencadangkan Mee Kee diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan manakala Samuel tidak ditawarkan jaminan kerana tidak mempunyai pasport antarabangsa ketika ditahan.

Peguam M. Tharuma yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon agar jumlah tersebut dikurangkan kerana Mee Kee kini tidak mempunyai pekerjaan dan mempunyai tanggungan.

Hakim Yasmin Abdul Razak yang mendengar kes Mahkamah Majistret itu membenarkan wanita tersebut diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan.

Beliau turut mengarahkan pihak pendakwaan mendapatkan pengesahan pasport bagi Samuel yang merupakan pelajar sebuah kolej swasta itu.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 10 September ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Elakkan akidah terpesong - MB

Posted: 12 Aug 2013 11:41 AM PDT

Oleh ALI MAHMOOD
utusanktn@gmail.com

BENTONG 12 Ogos - Umat Islam diingatkan agar berpegang teguh kepada ajaran al-Quran, hadis dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk memastikan akidah mereka tidak terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, selain daripada pegangan tersebut adalah salah dan boleh memesongkan akidah mereka.

"Kalau lain daripada al-Quran dan hadis Rasulullah, tidak ada disebut dalam al-Quran, tidak ada disebut dalam hadis tentang sesuatu perbuatan itu, jangan ikut. Ini pesan Rasulullah dan selagi berpegang kepada kedua-dua ini kita tidak akan sesat.

"Jadi kita tidak faham kenapa ajaran yang menyeleweng dan sesat ada pengikut," katanya selepas menghadiri majlis kesyukuran bersama masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Masjid Sultan Ahmad Shah Simpang Pelangai di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut Adnan berkata, umat Islam kini menghadapi pelbagai cabaran serta dugaan dari dalam dan luar yang memerlukan umat Islam bersatu menghadapi cabaran tersebut.

Beliau turut kesal terdapat kalangan mereka memperlekehkan ajaran Islam berlandaskan al-Quran dan hadis yang banyak memberi pengajaran serta panduan kepada umatnya.

"Saya berharap mereka (umat Islam) yang sesat kembali ke pangkal jalan dan berpegang kepada ajaran al-Quran dan hadis.

"Selama ini kita berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kita tidak dapat menerima bagaimana orang boleh terima ajaran macam ini (selain al-Quran dan hadis)," ujarnya.

Sentiasa pantau cegah penyakit berjangkit

Posted: 12 Aug 2013 11:41 AM PDT

KUANTAN 12 Ogos - Jabatan Kesihatan negeri sentiasa mengambil langkah memantau terhadap penyakit berjangkit sepanjang musim perayaan ini bagi mencegah merebaknya wabak yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai.

Pengarahnya, Dr. Norhizan Ismail berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dan pemeriksaan di semua premis atau kawasan berisiko seperti di gerai makan, pusat beli-belah dan kediaman.

Katanya, notis telah dihantar kepada semua hospital dan klinik di negeri ini supaya memaklumkan kepada jabatan jika terdapat kes berkaitan penyakit berjangkit.

Menurut beliau, pihaknya tidak mahu terlepas pandang perkara berkaitan penyakit berjangkit kerana bagi langkah pencegahan adalah penting untuk memastikan tidak menjadi ancaman kepada orang awam.

"Setiap individu berisiko dijangkiti penyakit demam denggi melalui yang disebarkan nyamuk aedes dan lebih buruk lagi mampu menjangkiti ramai orang jika tidak melakukan sebarang tindakan pencegahan.

"Oleh itu, kita melaksanakan langkah insentif yang lebih menyeluruh untuk mengekang penyakit ini supaya tidak menular pada musim perayaan nanti," katanya kepada pemberita ketika melakukan operasi kesihatan dan nyamuk aedes di premis dan tapak projek sekitar bandar ini baru-baru ini.

Operasi melibatkan 40 pegawai kesihatan serta kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tertumpu di kawasan perumahan berisiko tinggi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes seperti di Taman Union, Taman Pertama serta Taman Anda termasuk premis makanan dan tapak projek di sini.

Norhizan berkata, penyakit seperti demam denggi mudah dijangkiti terutama pada musim perayaan apabila kebanyakan rakyat di beragama Islam pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidilfitri.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya mengadakan pemeriksaan secara berkala di kediaman persendirian, kompleks kerajaan termasuk tapak projek pembinaan bagi memastikan semua pemilik mematuhi arahan dengan tidak membiarkan kawasan itu menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Selain itu, beliau meminta masyarakat bekerjasama dalam memerangi wabak berkenaan dan tidak meletakkan tanggungjawab itu di bahu kerajaan semata-mata.

"Aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan dan taman permainan boleh dijadikan kegiatan riadah mingguan untuk menghalang penyebaran wabak denggi," katanya.

Lapan mangsa ribut terima bantuan

Posted: 12 Aug 2013 11:41 AM PDT

Ahmad Nazlan Idris (lima dari kanan) bersama mangsa ribut Kampung Sempadan yang menerima bantuan kecemasan di pejabat Parlimen Jerantut, Jerantut, Pahang, baru-baru ini.

JERANTUT 12 Ogos - Sebanyak lapan mangsa yang terlibat dalam kejadian ribut di Kampung Sempadan di sini pada 3 Ogos lalu menerima bantuan kecemasan dana bencana alam sebanyak RM4,000 yang disampaikan Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris baru-baru ini.

Kejadian ribut itu berlaku ketika umat Islam sedang melakukan persiapan juadah berbuka puasa menyebabkan kediaman mereka rosak akibat bencana tersebut.

Sebanyak dua rumah penduduk rosak teruk di bahagian bumbung termasuk atap dan dinding manakala dua kereta juga rosak akibat dihempap bumbung.

Enam rumah penduduk lagi mengalami kerosakan kecil dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Menurut Ahmad Nazlan, dua mangsa yang rumah dan kereta masing-masing mengalami kerosakan menerima bantuan kecemasan bernilai RM800, manakala selebihnya menerima RM400.

"Kita membantu mangsa ribut di kampung itu dengan menghulurkan bantuan dana kecemasan buat permulaan bagi membaik pulih rumah masing-masing.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini juga akan memberi bantuan selepas penilaian kerosakan dilakukan," katanya kepada pemberita ketika melawat rumah mangsa ribut di kampung tersebut di sini.

Menurutnya, kerajaan negeri prihatin dengan kesukaran dialami mangsa berkenaan dan mereka perlu bersabar dengan dugaan itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


4,979 rakyat Palestin di penjara di Israel

Posted: 12 Aug 2013 10:27 AM PDT

TEL AVIV 13 Ogos - Kira-kira 5,000 rakyat Palestin berada di penjara di Israel kerana kesalahan berkaitan keselamatan.

Menurut kumpulan hak asasi manusia Israel, BTselam dan persatuan penyokong tahanan Palestin Addameer, sehingga bulan Jun lalu jumlah keseluruhan banduan di penjara Israel adalah seramai 4,979 orang.

Mereka terdiri daripada lapan orang ahli parlimen yang kebanyakan dari pergerakan Hamas yang menganggap Israel sebagai musuh dan organisasi pengganas," ujarnya.

Katanya lagi, mereka juga termasuk 15 orang wanita dan 238 orang kanak-kanak di mana 44 orang adalah terdiri remaja di bawah umur 16 tahun. - dpa

26 tahanan veteran Palestin akan dibebaskan

Posted: 12 Aug 2013 10:26 AM PDT

BAITULMAQDIS 13 Ogos - Israel mengumumkan akan membebaskan 26 tahanan veteran Palestin menjelang rundingan damai Rabu ini, tetapi pada masa sama menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat Palestin dengan meluluskan pembinaan penempatan baru.

Beberapa pegawai Israel mengkritik pembebasan banduan dan rakyat Palestin mengecam pelan penyelesaian, manakala Kesatuan Eropah (EU) menggesa kedua-dua pihak untuk mengelakkan tindakan yang boleh menjejaskan rundingan semula selepas tiga tahun.

Satu jawatankuasa khas menteri mengumumkan lewat semalam bahawa kerajaan Israel telah meluluskan 26 tahanan yang akan dibebaskan menjelang rundingan tersebut, menurut satu kenyataan daripada pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Jadilah insan yang mulia!

Posted: 12 Aug 2013 11:41 AM PDT

Oleh Selvarani P. Kovil Pillai
PENULIS ialah Pensyarah di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.

Sebahagian daripada orang ramai yang terdiri daripada pelbagai bangsa ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Seri Perdana, Putrajaya, baru-baru ini. - utusan/Mohd. Ismail Isnin

PERKAUMAN sudah menjadi satu perkataan yang biasa dalam kalangan masyarakat Malaysia kini. Orang perseorangan, media, dan pihak tertentu dituduh dan dikatakan bersikap perkauman. Namun, sebelum kita menuding jari pada orang lain, marilah kita tanya pada diri kita sendiri, - "Adakah saya bersifat perkauman?''

Di bulan Ramadan yang sangat mulia pada rakan-rakan Melayu, adakah kita bersalaman dengan mereka dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Adakah kita memanggil atau menghantar mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk bertanyakan khabar. Kita harus tanya pada diri sendiri, adakah saya sayang pada manusia sejagat, apakah pendirian saya terhadap pada perpaduan antara kaum ataupun, saya hanya pentingkan diri sendiri, dan keluarga sahaja?

Memang lumrah kehidupan, semua orang sibuk mencari nafkah untuk hidup. Ayah dan ibu bekerja siang dan malam untuk memberi yang terbaik untuk keluarga. Anak-anak ditinggalkan di rumah asuhan kerana mahu menambahkan pendapatan untuk keluarga.

Namun kita lupa satu perkara asas dalam hidup untuk menghormati dan menunjukkan kasih sayang kepada orang lain tanpa menghiraukan warna kulit, agama dan bangsa. Bila azan kedengaran, ada yang merungut bising, tapi bila perayaan Tahun Baru Cina, kita tidak kisah pula dengan bunyi mercun dan bunyi gong yang mengiringi tarian singa. Tatkala Thaipusam pula, dengan bunyi-bunyian alat muzik tradisional, kita berarak di jalan raya, trafik menjadi perlahan kerana memberi laluan untuk perarakan, ramai merungut bila kaum lain menjalankan ibadah atau adat resam mereka.

Pada tahun 70an, tidak ada beza Cina, India dan Melayu. Yang beza cuma lelaki dan perempuan. Kita hidup bersama. Bila Hari Raya, kita pergi ke rumah kawan-kawan Melayu untuk makan rendang dan ketupat, raya Cina, kita menziarahi, rumah rakan-rakan Cina, sambil makan kacang, buah oren dan tidak lupa untuk mengutip ang pau, Ketika Deepavali pula, kita pergi ke rumah kawan-kawan beragama Hindu, makan tosei dengan kari ayam. Masa itu tidak ada sentimen perkauman. Lagi hebat, kawan-kawan Melayu yang tinggal di estet boleh berbahasa Tamil dengan begitu fasih, lagi fasih daripada anak-anak India di bandar sekarang.

Kini, semua itu tinggal kenangan, saban hari, pemimpin bercakap pasal perpaduan, malah diwujudkan laman web "Saya anti- perkauman", namun nasi bagaikan sudah menjadi bubur, sikap perkauman kini telah begitu menebal. Sikap perkauman itu kini sudah disemai dalam hati anak-anak dan generasi muda di sekolah sudah mula menampakkan sifat perkauman yang tebal.

Lepas sekolah sahaja, ada kumpulan pelajar India bergaduh dengan dengan kumpulan pelajar Melayu. Kumpulan pelajar Melayu pula menunggu untuk menerkam kumpulan pelajar Cina. Kini sekolah pula menjadi tempat membiaknya semangat perkauman. Dan sikap perkauman ini dibawa ke kem-kem Khidmat Negara, di mana berlaku pergaduhan antara pelatih yang pelbagai kaum. Mereka lupa bahawa darah yang mengalir di setiap tubuh itu berwarna merah, tiada darah Melayu, tiada darah Cina dan darah India.

Jadi apakah yang harus kita lakukan untuk mengembalikan zaman kegemilangan perpaduan kita itu, keadaan di mana semua kaum hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama. Sebenarnya setiap agama itu baik, mengajar kita hidup bersatu- padu, tiada agama yang mengajar kita untuk hidup bermusuhan. Jika seseorang itu hidup bersendirian dan bersikap bermusuhan dengan agama lain, maka pastinya orang tersebut tiada pegangan agama yang teguh. Kalau rakyat Malaysia ada agama, ada budaya, pasti mereka tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh mengugat kesejahteraan masyarakat.

Politik juga merupakan salah satu senjata yang seringkali menggunakan sentimen perkauman untuk kepentingan. Namun kita sebagai masyarakat berakal tidak harus terpengaruh dengan tipu dakyah mereka yang sengaja menimbulkan pelbagai sentimen untuk kepentingan diri sendiri. Kita orang yang berakal haruslah mempunyai prinsip hidup yang mengutamakan kesejahteraan manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Malah kita harus menghormati warga asing seperti orang Bangladesh atau Indonesia yang datang bekerja untuk kesenangan kita.

Di bulan yang mulia ini, kita perlu membuka mata kita dan minda supaya kita dapat menjadi rakyat Malaysia yang mementingkan perpaduan, mementingkan kesejahteraan. Tanpa kesejahteraan, kita tidak dapat mengecapi kemajuan. Hanya tinggal tujuh tahun lagi untuk mencapai wawasan 2020, tetapi kita pula sibuk berpolitik siang dan malam, sambil melaga-lagakan pelbagai kaum di Malaysia. Tempoh hari, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala telah menulis sebuah artikel yang bertajuk "Time and tide waits for no man." (Star, 8 Julai 2013, di mana beliau menyeru masyarakat Malaysia melupakan kemelut pilihan raya yang lepas, sibuk berbicara pasal perdamaian (reconciliation) dan terus bekerja keras untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

Memang tidak dapat dinafikan, seringkali berlaku beberapa insiden yang boleh melemahkan dan menyebabkan kita kehilangan semangat untuk terus maju namun seperti yang dikatakan oleh Idris, masa dan pasang surut tidak menunggu sesiapa, kini kita telah melangkah ke bulan Ogos dan tinggal ¼ bulan lagi untuk sampai ke gerbang tahun 2014 dan tujuh tahun lagi untuk sampai ke 2020.

Kita sebagai manusia biasa telah diberi anugerah oleh Tuhan untuk memberi yang terbaik untuk keluarga, bangsa dan negara. Pertamanya, kita harus menyemai rasa cinta kita kepada negara Malaysia, biarlah cinta pertama itu kembali berputik lagi. Semangat untuk mencintai tanah air, tempat lahir kita. Kita lahir di bumi Malaysia, dan seharusnya bangga menjadi rakyat Malaysia. Sungguhpun banyak rakan yang telah bermigrasi ke negara seperti Australia dan Singapura demi kepentingan pelajaran dan masa depan mereka. Biarlah, itu pilihan mereka. Namun kita yang masih di Malaysia seharusnya, terus berusaha untuk memajukan negara. Dalam pada itu, semangat kemalaysiaan itu harus tebal dan bukan semangat kemelayuan, kecinaan dan keindiaan, kita sama-sama harus menghadapi ombak dan badai demi kemajuan negara yang tercinta.

Baru-baru ini saya terbaca sebuah kisah di internet di mana seorang rakyat Malaysia berbangsa India yang sedang menunggu untuk membayar di kaunter bayaran di sebuah pasar raya telah menunjukkan teladan yang harus dicontohi oleh semua rakyat Malaysia. Ketika itu azan kedengaran, sudah tiba waktu untuk berbuka puasa. Ketika itu, cuma ada satu kaunter yang dibuka, dan orang ramai sedang berbaris untuk membuat pembayaran. Kebetulan pekerja di kaunter tersebut merupakan seorang perempuan Melayu. Bila tiba giliran Raven Murugesan untuk membayar. Dia pun bertanya sama ada perempuan Melayu itu berpuasa. Selepas membuat pembayaran, Raven terus membuka bekas plastik biskut dan menghulurkan biskut dan air minuman yang dibelinya kepada perempuan Melayu tersebut. Dia meminta kebenaran kepada orang yang berdiri di belakangnya supaya memberi sedikit masa untuk perempuan Melayu itu untuk berbuka puasa. Perempuan Melayu itu makan biskut tersebut dan minum air yang diberi oleh Raven. Dalam 30 saat itu, dia sudah habis berbuka puasa dan kembali ke kaunter untuk terus melayani pelanggan lain. Sambil itu, air matanya bercucuran di pipi terharu dengan perbuatan Raven yang nampak kecil tetapi begitu mulia. Sikap sensitif itu telah meninggalkan kesan yang mendalam pada diri perempuan Melayu tersebut dan pelanggan-pelanggan lain yang sedang menunggu giliran untuk membayar.

Kita tidak perlu menjadi Mother Teresa untuk menunjukkan kasih sayang kepada manusia sejagat, sekadar ber hati perut, sudah memadai. Kita tidak perlu menderma berjuta- juta ringgit untuk kebaikan sekadar sekeping roti dan seteguk air untuk yang memerlukan sudah cukup bererti bagi seseorang insan.

Di bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita sebagai rakyat Malaysia melupakan segala perasaan perkauman, kebencian sesama kaum, dan terus fokus kepada kebenaran, kesejahteraan manusia sejagat tanpa menghiraukan perbezaan warna kulit, agama dan bangsa. Di hari yang mulia ini, kita menghulurkan bantuan kepada keluarga miskin tidak kira kaum, kita berbaik dengan saudara asing kita, orang Afrika, Bangladesh dan orang-orang yang yang datang ke negara ini untuk belajar dan mencari makan. Kita menghormati mereka dan berkongsi berkat kita bersama mereka.

Dalam pada itu, janganlah kita lupa membantu ibu-ibu tunggal serta anak-anak yatim piatu yang tiada keluarga. Pada suatu hari nanti, bila kita sudah meninggal dunia dan mayat kita berada dalam keranda, biarlah orang di sekitar keranda kita itu menitiskan air mata mengenangkan segala perbuatan dan kebajikan yang kita telah buat kepada manusia sejagat ibarat, "harimau meninggalkan belang, manusia meninggalkan nama."

Perkahwinan bukan eksperimen

Posted: 12 Aug 2013 11:41 AM PDT

Oleh Mohd. Radzi Mohd. Zin
pengarang@utusan.com.my

Sebahagian daripada 20 pasangan pengantin memotong kek perkahwinan ketika majlis persandingan beramai-ramai pada majlis Ijab Kabul Mega sempena Festival Belia Putrajaya 2013 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya, pada Mei lalu. - Gambar hiasan

PERNIKAHAN dan perkahwinan adalah antara kemuncak dan sisi manis dalam kehidupan setiap insan. Secara fitrahnya, tidak ada individu yang tidak mahu mempunyai pasangan hidup untuk berkongsi kegembiraan hidup berkeluarga dan mengembangkan zuriat.

Malah, Islam sendiri amat menggalakkan umatnya berkahwin sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Kahwinilah wanita penyayang lagi subur. Sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya kamu (umat Muhammad) berbanding umat-umat lain". (riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Dalam zaman moden dan canggih sekarang, kebanyakan pasangan yang mendirikan rumah tangga adalah hasil pilihan sendiri. Bukan seperti zaman dahulu di mana ibu bapa menentukan jodoh anak-anak.

Malangnya statistik yang dilaporkan oleh Bernama, Sabtu lalu bahawa terdapat purata tiga kes penceraian bagi setiap jam dalam kalangan pasangan Muslim di negara ini, ternyata menggusarkan.

Menurut Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Prof. Madya Datin Noor Aziah Mohd. Awal, maklumat itu diperolehi daripada kajiannya terhadap statistik penceraian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) 2011.

Katanya, secara purata, terdapat 70 kes penceraian dilaporkan sehari, 2,000 kes sebulan dan 25,000 kes setahun di seluruh negara.

Di mana silapnya? Walhal perkahwinan itu rata-rata adalah atas dasar suka sama suka. Realitinya ramai pasangan yang bercinta bertahun-tahun lamanya sehingga dikatakan sudah mengenali luar dalam hati budi satu sama lain.

Inilah yang perlu kita perhalusi bagi mencari jalan bagaimana dapat menyelamatkan rumah tangga yang dibina daripada berakhir dengan perceraian. Para suami harus faham yang isteri dan anak-anak itu adalah amanah Allah dan mereka akan dipertanggungjawabkan tentangnya di akhirat kelak.

Sukar untuk memahami bagaimana rumah tangga yang dibina dengan kasih sayang yang dipupuk sejak bertahun-tahun semasa bercinta itu kasihnya boleh pudar hanya selepas dua atau tiga tahun usia perkahwinan?

Bayangkan kesedihan yang ditanggung oleh ibu bapa apabila penat lelah mengurus majlis perkahwinan masih belum hilang, rumah tangga anak mereka sudah berantakan sehingga membawa kepada perceraian. Lebih malang, jika perceraian itu berpunca daripada hal atau perkara kecil dan remeh temeh.

Perkahwinan bukan suatu eksperimen, sebaliknya ia adalah permulaan kepada satu episod baharu membina kehidupan dengan pasangan masing-masing mengecapi kebahagiaan dan nikmat yang Allah kurniakan semasa hayat.

Ini sebagai mana ditegaskan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (al- Rum: 21)

Untuk itu, amat penting kepada mereka yang mahu mendirikan rumahtangga mengikuti nasihat Rasulullah SAW dalam memilih jodoh. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Ringkasnya, untuk menjamin kebahagiaan hidup dunia dan akhirat, hendaklah kita mencari jodoh orang yang mempunyai pengetahuan agama. Jangan kita diperdayakan dengan rupa paras yang cantik semata-mata sekiranya individu tersebut tidak pernah mencecah dahinya ke tanah untuk solat.

Sememangnya hidup berumahtangga tidak sunyi daripada wujudnya perselisihan faham dan kadang kala pertengkaran. Cuma suami dan isteri perlu mengamalkan sikap tasamuh atau bertolak ansur. Perkara yang kecil jangan diperbesarkan. Jangan kerana tidak bubuh belacan dalam masakan (seperti dialog filem Seniman Bujang Lapuk) menjadi punca pertengkaran sehingga membawa perceraian.

Tidak ada manusia yang sempurna. Justeru, kita perlu bersedia menerima kekuatan dan kelemahan yang ada pada pasangan masing-masing. Sepatutnya, setiap suami isteri melihat dan mencari kekuatan yang ada pada pasangan masing-masing untuk menambah ceria dan bahagia hidup berumah tangga. Janganlah kemanisan berpacaran yang wujud semasa bercinta terhenti apabila selesai majlis akad nikah. Sepatutnya, rasa cinta dan kasih itu makin membara selepas kita sah bergelar suami dan isteri.

Ini antara aspek yang perlu diperbetulkan dalam majoriti golongan muda Islam. Sepatutnya, rasa kasih dan cinta sejati itu dicurahkan selepas menjadi suami isteri. Bukannya semasa menjadi pasangan kekasih waima sudah bertunang sekalipun.

Islam sebagai agama yang sesuai dengan fitrah membenarkan perceraian jika itu adalah penyelesaian terbaik selepas semua proses rundingan dan sulh (perdamaian) menjadi buntu.

Allah SWT pula ada berfirman yang maksudnya: Dan bergaullah dengan mereka (isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci (disebabkan tingkah lakunya) janganlah pula kamu terburu-buru menceraikannya, kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu. (an-Nisa': 19)

Bagaimanapun, dalam kebanyakan perceraian, anak-anak dan bekas isteri menjadi mangsa akibat bekas suami mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah. Ini menunjukkan pentingnya kefahaman agama itu bukan sahaja pada saat kita mencari jodoh. Sebaliknya, ia juga mustahak ketika berlaku perceraian supaya kehidupan bekas isteri dan anak-anak tidak terabai gara-gara liatnya bekas suami membayar nafkah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Sajian Nasi segera

Posted: 11 Aug 2013 08:47 PM PDT

3. Nasi yang telah hampir masak dibiarkan seketika.

Menyambung bicara, beliau berkata, nasi segera yang disertakan sambal itu nyata mengecewakan dan tidak dapat dijamah kerana tidak menyelerakan.

Nasi seperti digam dan melekit, menyebabkan beliau terfikir sesuatu perlu dilakukan supaya sesiapa juga yang berada dalam situasi sepertinya mempunyai pilihan lain untuk menikmati makanan orang Melayu di mana juga mereka berada.

"Saya kemudian berbincang dengan kakak saya mencari idea bagaimana sekiranya inovasi dilakukan supaya menghasilkan nasi segera yang boleh disediakan dalam tempoh yang singkat," katanya.

Selepas pulang ke tanah air, beliau mula menjalankan penyelidikan. Menerusi usaha penyelidikan bertungkus lumus, selama tiga tahun Dr. Khalid, berjaya menghasilkan sebuah mesin memproses nasi yang akhirnya membuka laluan kepada penghasilan makanan nasi segera atau beliau namakan sebagai Nasgera, dipercayai produk pertama seumpamanya di negara ini.

Mesin berkenaan kata beliau membantunya mengurangkan kandungan kanji dalam beras sehingga ke tahap antara 50 dan 60 peratus menggunakan proses tertentu yang beliau enggan dedahkan.

Mesin tersebut, yang dinamakan converter atau 'mengubah beras' dengan mengurangkan kandungan kanji atau karbohidratnya sangat sesuai untuk semua jenis beras tempatan mempunyai kapasiti 16 kilogram (kg)

Nasi segera tersebut pada mulanya dihasilkan secara kecil-kecilan dengan kapasiti (kg) tetapi beliau berbangga dengan usaha tersebut yang kini sudah membina tapak kejayaan.

Tanpa menoleh ke belakang, dengan azam yang kukuh dan semangat membara apabila melihat potensi pasaran yang luas, beliau menubuhkan syarikat Masdar Safi Sdn. Bhd. pada 2009 yang menjadi penggerak kepada pengeluaran Nasgera berskala besar. Menerusi syarikat terbabit, Dr. Khalid menjalankan penyelidikan dan menggunakan kemudahan di Technology Park Malaysia (TPM), Bukit Jalil.

Seperti kelaziman produk makanan segera yang lain, nasi segera tersebut hanya perlu direndam di dalam air panas selama dua minit.

Menurut Dr. Khalid, konsep makanan amat mudah iaitu nasi yang telah dimasak, dikeringkan dan pengguna hanya perlu mencampurkan dengan air panas.

Bagi memudahkan pengguna, produk berkenaan datang dalam bentuk mangkuk yang dilengkapi sudu dan satu lagi dalam bentuk paket.

Harga runcit yang disyorkan bagi nasi dalam mangkuk ialah RM3.80 manakala paket berharga RM4.80.

Menggunakan konsep yang sama, syarikat terbabit juga mengeluarkan bubur nasi selepas kejayaan mengeluarkan nasi segera tersebut.

Bubur nasi tersebut yang baru masuk pasaran ditampilkan dengan tiga perisa iaitu ayam, ikan bilis dan sayur-sayuran dan harganya ialah RM2.80 dan RM2.90.

Dalam pada itu, menurut Dr. Khalid beliau sedang dalam perancangan nasi segera vegetarian masala dan briyani serta buttered rice chicken yang dijangka dikeluarkan tidak lama lagi.

Selain produk berkenaan, Masdar Safi sebelum ini menghasilkan beras berkarbohidrat rendah dan sesuai bagi mereka yang mementingkan kesihatan. Produk D-rice telah mengalami proses mengurangkan antara 30 dan 40 peratus kanji setiap 100 gram beras.

Pasaran

Mengulas mengenai pencapaiannya ketika ini, Dr. Khalid yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Masdar Safi berkata, sebanyak sembilan tan beras tempatan telah digunakan sejak pengeluaran produk syarikat berkenaan. Sebagai contoh bagi menghasilkan 24,000 karton bubur, sebanyak satu tan beras digunakan.

Beliau Dr. Khalid memberitahu, sejak permulaan daripada peringkat penyelidikan sehingga setakat ini, beliau telah melabur kira-kira RM750,000

Kilang utama syarikat berkenaan beroperasi di Bercham Ipoh manakala kerja-kerja pembungkusan produk terletak di Balakong.

Produk berkenaan kata beliau telah dijual di 500 kedai runcit seluruh Semenanjung selain pasaran besar selain agen-agen pengedar terpilih.

"Saya juga mengadakan kerjasama dengan Malaysian Bussiness Outlet (BMO) untuk membawa masuk produk ke luar negara," katanya.

Beliau juga telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan syarikat Khalifah Production untuk memasarkan produk Nasgera di dalam dan luar negara yang akan syarikat berkenaan akan bertindak sebagai sayap pemasaran menggunakan watak animasi Aqil sebagai maskot rasmi.

"Saya menyasarkan untuk memperoleh antara 10 dan 20 peratus market share dengan pengguna sasaran di kalangan mereka yang berumur antara 18 dan 50 tahun manakala produk nasi kepada mereka yang berumur dalam lingkungan 20-an," kata Dr. Khalid.

Beliau juga bercadang mempromosi Nasgera di kalangan pelajar dan mahasiswa universiti selain memperkukuhkan pasaran di kalangan mereka yang gemar mengadakan aktiviti luar seperti perkhemahan, pengembaraan, dan pelancongan terutama di kawasan makanan tempatan yang halal sukar diperoleh.

Selain telah memperoleh sijil halal, beliau juga bercadang mengadakan kerjasama dengan chef terkemuka untuk mencari perisa sesuai bagi menambah tiga yang sedia ada serta mencari pasaran di kalangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). - LAUPA JUNUS

Resipi kejayaan penternak keli

Posted: 11 Aug 2013 08:47 PM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
agro@utusan.com.my
Gambar AZLAN HADI ABU BAKAR

Hasilkan pelet sendiri untuk kurangkan kos makanan

PENINGKATAN harga makanan ikan mendorong Ibrahim Ahmad, 51 pengusaha ternakan ikan keli menjalankan pelbagai uji kaji bagi menghasilkan makanan terbaik untuk ikan peliharaannya.

Berbekalkan sedikit pengetahuan yang diperoleh ketika menghadiri beberapa kursus anjuran Jabatan Perikanan, Ibrahim berjaya menghasilkan makanan ikan sendiri.

Bermula dengan penggunaan campuran hampas kacang soya, tepung gandum, sedikit minyak masak, ikan baja, PKC (palm kernel cake) dan sedikit sayuran kini Ibrahim mampu berbangga dengan resipi ciptaannya sekurang-kurangnya untuk kegunaan sendiri.

Selain bahan-bahan tersebut, roti yang telah luput tarikh serta hampas kelapa juga turut digunakan bagi memastikan kadar protein yang tinggi diperolehi ikan yang diternak.

Dalam pada itu sayuran seperti daun ubi kayu juga turut digunakan bagi meningkatkan kandungan fiber di dalam manakan yang dihasilkan.

Menurut Ibrahim, makanan ikan yang diproses sendiri lebih menjimatkan kerana bahan-bahan yang digunakan ditentukan sendiri mengikut bajet dan keperluan.

"Selain bahan-bahan tersebut saya juga menggunakan jagung dan juga ubi kayu bagi memudahkan pelet terbentuk (melekat).

"Dua bahan tersebut mampu menjadikan pelet yang diproses tidak terlerai ketika diadun," katanya ketika ditemui di ladang projek ternakan ikan keli dan tilapia yang diusahakan di Padang Keladi, Durian Tunggal, Melaka baru-baru ini.

Beliau dikunjungi oleh wakil Jabatan Perikanan dan pertubuhan media yang mengikuti program Kembara Media Perikanan 2013 anjuran jabatan tersebut ke beberapa projek di sekitar Johor, Negeri Sembulan dan Melaka baru-baru ini

Jelasnya, makanan ikan yang diproses sendiri mampu menjimatkan kos penyediaan makanan dari 40 hingga 60 peratus.

Justeru penyediaan bahan makanan dari bahan-bahan tersebut mampu mengurangkan kos tersebut.

Ladang ternakan ikan keli Ibrahim kini mengeluarkan hasil sekitar satu tan seminggu kerana permintaan yang tinggi diterima olehnya.

Manakala pengeluaran bagi ikan tilapia mencecah 200 kg seminggu menjadikan kos penyediaan makanan ikan amat tinggi.

Malah, bagi menampung permintaan yang tinggi, serta kerja-kerja yang ada, Ibrahim mengambil tiga orang pekerja bagi memudahkannya menyelia ladang ternakan ikan tersebut.

Biarpun harga makanan ikan sentiasa meningkat, sebagai penternak, dia tidak boleh menaikkan harga ikan sesuka kerana terikat dengan perjanjian selain akan menimbul rasa kurang senang di kalangan pembeli.

Apa yang boleh dilakukan olehnya adalah mencari alternatif lain bagi menampung kos harga makanan ikan yang semakin meningkat.

"Kini saya hanya membeli makanan ikan untuk permulaan sahaja (starter), setelah itu ikan akan diberi makanan yang diproses sendiri," katanya.

Ibrahim yang memiliki latar belakang kontraktor binaan sebelum ini kelihatan tidak kekok menguruskan ladang ternakan ikan keli berikutan minatnya yang mendalam terhadap bidang tersebut sehingga mampu bergelar pengusaha ternakan keli dikenali di sekitar Melaka.

Sehingga kini, hampir 16 buah sekolah di sekitar Durian Tunggal, Melaka mengambil stok ikan keli daripadanya berikutan proses ternakan yang dilakukan olehnya lebih menyakinkan serta halal.

Ujarnya, terdapat sesetengah pengusaha ternakan ikan yang menggunakan tepung yang diproses daripada darah bagi mempercepatkan tumbesaran ikan.

Biarpun tepung tersebut dikatakan memiliki kadar protein yang tinggi namun status halalnya diragui kerana ada kemungkinan campuran darah khinzir juga turut digunakan," katanya.

"Jabatan sentiasa melakukan pemeriksaan dengan mengambil sampel ikan untuk dianalisis sebanyak dua kali dalam setahun untuk memastikan ikan yang dihasilkan memenuhi piawaian ditetapkan.

Sehingga kini, Ibrahim telah menyertai hampir 12 kursus yang dianjurkan oleh pihak jabatan, dan masih terus berhubung dengan pegawai yang terlibat dalam usaha menambah baik mutu ternakannya.

Melihatkan perniagaan yang semakin berkembang maju, Ibrahim berhasrat untuk menambah kolam pengeluaran yang sedia ada bagi menampung permintaan orang ramai terhadap ternakannya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Mahu jadikan taman perumahan bersih tahun ini

Posted: 11 Aug 2013 11:26 AM PDT

Oleh NOR AZAN FITRIAHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my

Datuk Abdul Latiff Bandi

Johor sasar 1,756 'kawasan hijau'JOHOR BAHRU 11 Ogos - Sebanyak 1,756 taman perumahan di negeri ini disasarkan untuk menjadi 'kawasan hijau' atau kawasan bersih menjelang hujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abdul Latiff Bandi berkata, sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri itu mampu dicapai kerana pada waktu ini 82 peratus atau 1,440 kawasan taman perumahan adalah kawasan hijau.

Beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan, terdapat 312 taman berada pada paras memuaskan manakala empat lagi taman berada pada paras merah ekoran kebersihan di kawasan itu tidak memuaskan.

"Kawasan merah ini berlaku kesan kutipan sampah yang tidak teratur dan tidak mengikut jadual ditetapkan. Kesemuanya melibatkan kawasan taman perumahan lama.

"Masalah ini juga kadangkala berpunca daripada sikap penduduk yang tidak mengambil peduli tentang kebersihan dan ada juga kawasan industri yang mengambil kesempatan membuang sampah di taman-taman perumahan bagi menjimatkan kos operasi mereka," katanya semasa ditemui, di sini baru-baru ini.

Abdul Latiff berkata, pihak SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) juga telah mengadakan perbincangan dengan para kontraktor bermasalah yang terlibat dengan kutipan sampah berjadual di kawasan merah dan perkara itu akan diselesaikan segera.

Beliau berkata, sekiranya pihak kontraktor berkenaan gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik selepas itu, kontrak mereka akan ditamatkan dan diganti dengan kontraktor lain.

"Selain itu, pemantauan secara berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan semuanya berjalan lancar dan kita optimis sasaran kawasan hijau yang ditetapkan akan dapat direalisasikan," katanya.

Kerajaan cari pendekatan atasi pemaju rumah gagal

Posted: 11 Aug 2013 11:26 AM PDT

Mohamed Khaled Nordin (kanan) beramah mesra dengan orang ramai pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Johor Bahru, Johor, semalam.

JOHOR BAHRU 11 Ogos - Kerajaan negeri akan mencari pendekatan terbaik bagi mengatasi masalah pemaju perumahan yang didapati gagal mematuhi syarat ditetapkan bagi membina rumah mampu milik di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, satu pasukan khas yang ditubuhkan baru-baru ini telah mengenal pasti syarikat-syarikat pemaju yang didapati gagal membina rumah bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana itu.

"Di Johor, kita telah letakkan syarat pemaju untuk membina rumah kos rendah dan mampu milik, tetapi kebanyakan daripadanya lebih memberi fokus kepada projek perumahan mewah yang lebih menguntungkan.

"Justeru, kita akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menghubungi syarikat-syarikat ini untuk mendapatkan kepastian sama ada mereka akan membina rumah kos rendah dan mampu milik atau sebaliknya," katanya semasa ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, di sini hari ini.

Ditanya adakah pemaju perumahan yang gagal membina rumah mampu milik bakal dikenakan denda dan berapa banyak syarikat yang telah dikenal pasti, beliau enggan mendedahkan.

Kepada soalan sama ada syarikat pemaju berkenaan sengaja tidak mahu membina rumah mampu milik yang disyaratkan, Menteri Besar berkata: "Biasalah syarikat pemaju lebih suka bina rumah mewah untuk dapat untung lebih."

Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri mempunyai strategi tersendiri bagi mengatasi masalah rumah mampu milik termasuk membinanya di atas tanah kerajaan dan agensi-agensi milik kerajaan.

Kat beliau, pihaknya pada masa sama akan cuba mengatasi masalah populasi kaum yang tinggal di dalam kawasan bandar dan salah satu daripadanya dengan membina lebih banyak rumah mampu milik di kawasan-kawasan yang sesuai.

Beliau turut mengalu-alukan usaha kerajaan Pusat untuk memperluaskan Rumah Transit bagi membantu golongan muda yang bujang dan baru mendirikan rumah tangga untuk memiliki rumah di kawasan bandar.

Pihaknya juga akan menyediakan tapak yang telah dikenal pasti bagi membolehkan kerajaan membina Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk disewa kepada golongan sasar.

"Kerajaan negeri akan terus memberikan keutamaan dalam aspek perumahan termasuk rumah mampu milik di kawasan bandar memenuhi keperluan masyarakat pada masa akan datang," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Bantah pencemaran bunyi, asap

Posted: 11 Aug 2013 11:26 AM PDT

Oleh OTHMAN YAHAYA
utusanpenang@utusan.com.my

BUTTERWORTH 11 Ogos - Lebih 80 orang penduduk yang mendiami kawasan perumahan dan rumah kedai di Jalan Mawar, Taman Mawar di Jalan Raja Uda, Bagan mengadakan demonstrasi aman membantah pencemaran asap dan bunyi bising di hadapan sebuah premis mengubahsuai enjin kereta di sini hari ini.

Mereka yang mewakili lebih 1,000 penduduk sekitar kawasan berkenaan menggesa pemilik pusat berkenaan yang telah beroperasi hampir lapan tahun supaya menutup premisnya serta-merta.

Protes secara aman itu juga ditujukan kepada beberapa pihak seperti Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen kawasan berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng serta Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang tidak prihatin dengan masalah mereka.

Wakil penduduk, Tan Ching Lee berkata, tiada sebarang tindakan diambil oleh pemimpin dan pihak berkuasa walaupun lebih 10 bantahan dan aduan telah dibuat oleh mereka.

"Sejak awal pembukaan perniagaan itu sekitar April 2004 lagi, kita tidak bersetuju dan telah membuat bantahan secara bertulis kerana lokasinya tidak sesuai.

"Tapi sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil menyebabkan kami tidak lagi selesa mendiami kawasan ini," katanya.

Penduduk mula berkumpul sekitar pukul 9 pagi di hadapan premis berkenaan sambil memakai penutup mulut dan hidung serta menutup telinga masing-masing sebagai simbolik tidak tahan dengan pencemaran yang berlaku sambil memegang sepanduk bertulis 'Kembalikan taman yang aman dan tenang serta udara nyaman dan bersih'.

Seorang penduduk, Tan Cheng Woi, 53, berkata, kehidupan beliau dan keluarganya terganggu kerana premis itu mengeluarkan asap mengandungi karbon monoksida yang berbahaya kepada kesihatan.

"Proses mengubahsuai enjin kenderaan di premis itu mengundang masalah pencemaran yang semakin teruk sejak kebelakangan ini kerana dilakukan secara terbuka.

"Keadaan ini membuatkan premis perniagaan kami di sini kurang dikunjungi kerana asap yang berlebihan mengundang masalah pernafasan," katanya.

Seorang suri rumah, P. Jolthy, 48, berkata, premis tersebut sering mengeluarkan bunyi bising semasa proses mengubahsuai enjin dijalankan.

"Pencemaran bunyi yang berlaku kadang-kala berlarutan hingga ke awal pagi hingga mengganggu waktu tidur. Sepatutnya pihak berkuasa mengambil tindakan untuk mengatasinya, namun mereka hanya berdiam diri," katanya.

Seorang peniaga, Lim Guai Wang, 49, berkata, pembukaan premis itu turut menjadikan laluan di situ terganggu kerana kereta yang ingin diubahsuai diletakkan sesuka hati.

Sehubungan itu, mereka berharap pihak berkuasa tempatan, ahli Parlimen serta ADUN terbabit bertindak segera untuk menyelesaikan perkara itu termasuk mengarahkan premis berkenaan dipindahkan.

Agro bazaar K-Shoppe sediakan biskut raya sepanjang Syawal

Posted: 11 Aug 2013 11:26 AM PDT

KEDAI Agro Bazaar milik Zakiah Yaakob di Kepala Batas Pulau Pinang yang menjual pelbagai jenis biskut raya sesuai untuk dijadikan hidang rumah terbuka.

KEPALA BATAS 11 Ogos - Biarpun sudah empat hari berlalu, kemeriahan lebaran masih terasa malah ramai yang mengambil peluang untuk mengadakan rumah terbuka serta menjamu rakan-rakan.

Di samping hidangan lemang serta ketupat, biskut raya sama ada tradisional atau moden juga menjadi pilihan untuk dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung.

Menyedari hakikat itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah mewujudkan Agro bazaar K-Shoppe khas menjual biskut raya.

Salah satu Agro bazaar yang menyediakan hampir 100 jenis kuih dan biskut raya adalah ZBY Cekal Niaga yang terletak di bangunan kedai bersebelahan Hotel Seri Malaysia Kepala Batas di sini.

Menurut pemiliknya, Zakiah Yaakob, pelbagai jenis biskut raya dijual di kedai itu yang dihasilkan sendiri oleh usahawan yang berdaftar dengan FAMA selain pengusaha kecil-kecilan.

"Produk yang dipasarkan di kedai ini adalah keluaran usahawan bimbingan FAMA dan rasanya dijamin berkualiti kerana ia dipantau oleh agensi tersebut.

"Dengan menjual produk tersebut di Agro Bazaar K-Shoppe ia dapat membantu usahawan memasarkan produk mereka dan dijual dengan harga yang amat berpatutan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Zakiah, pihak FAMA sendiri memilih kedainya sebagai lokasi pelancaran Karnival Aidilfitri FAMA yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Shariful Azhar Othman dan turut dihadiri Pengarah FAMA negeri, Habibah Sulaiman.

Jelasnya, pada musim perayaan jualan biskut dan kuih raya di kedainya meningkat sehingga 200 peratus atau tiga kali ganda daripada biasa kerana ramai suri rumah yang kesuntukan masa untuk menyediakan biskut raya sendiri.

Katanya, selain biskut raya, kedai itu turut menjual hampir 200 produk keluaran usahawan FAMA serta makanan sejuk beku yang mendapat permintaan tinggi.

"Kebanyakan produk yang dihantar ke sini diproses segar menggunakan tangan menjadikan ia lebih berkualiti dan rasanya juga terjamin.

"Selain itu keutamaan kami adalah produk keluaran muslim yang disahkan halal kerana ia bukan sahaja mendapat permintaan tempatan malah ada yang dihantar ke luar negara," ujarnya.

Kata Zakiah lagi, produk sejuk beku yang dihantar juga kadang kala ditambah stok sehingga tiga kali sebulan kerana mendapat permintaan yang tinggi terutama daripada pelanggan tetapnya.

Jelasnya, usaha FAMA untuk membuka lebih banyak Agrobazar K-Shoppe perlu disokong dan usahawan bumiputera harus mengambil peluang yang ada kerana ia menjanjikan pendapatan lumayan.

Bomba: Orang ramai perlu serius elak kebakaran

Posted: 11 Aug 2013 11:26 AM PDT

ARAU 11 Ogos - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri menasihatkan orang ramai supaya lebih serius dalam mengambil langkah keselamatan di rumah masing-masing bagi mengelak kejadian kebakaran.

Pengarahnya, Mohd. Fadzil Haroon berkata, ini penting kerana kebakaran boleh berlaku sama ada ketika penghuni berada di dalam rumah atau pun tiada kerana pulang berhari raya di kampung halaman.

''JBPM tidak mahu kelalaian akan menyebabkan keseronokan menyambut hari raya bertukar menjadi suasana yang sedih kerana kehilangan harta benda atau nyawa," katanya di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, ini kerana dalam Ops Raya dari 11 Ogos hingga 26 Ogos tahun lalu sahaja, dua kes kebakaran bangunan, belukar (lima) dan lain-lain (20) telah dilaporkan berlaku.

Sehubungan itu katanya, bagi yang akan meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung, mereka perlu mencabut atau menanggalkan semua peralatan elektrik yang ada di dalam rumah.

''Pastikan juga gas ditutup atau kepala gas terus dicabut," katanya.

Selain itu, katanya, orang ramai juga diingatkan supaya elakkan daripada membuat penyambungan atau membebankan litar elektrik ketika sibuk membuat pelbagai persiapan di musim raya.

Mohd. Fadzil berkata, suri rumah juga perlu berhati-hati supaya tidak meninggalkan dapur ketika sedang memasak.

Katanya, cara memasang lampu pelita minyak tanah di malam raya juga perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak mengundang kepada kebakaran.

Beliau berkata, pastikan jarak antara pelita itu diletakkan tidak terlalu dekat dengan tepi rumah atau pun dengan bahan mudah terbakar.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved