Jumaat, 17 Januari 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Tok Gajah menang lagi

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

Oleh Shahrinnahar Latib
nahar.latib@Utusan.com.my

Penyerang Pahang, Azamuddin Mohd Akil (kiri) dijatuhkan pemain Lions Muhammad Zulfahmi (kanan) pada pertandingan merebut Piala Sumbangsih di Stadium Darul Makmur malam tadi. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN - Matias Ruben Conti meraikan hari jadi yang ke-24 dengan penuh bermakna apabila menjadi penjaring gol kemenangan untuk membantu Pahang merangkul Piala Sultan Ahmad Shah dengan menewaskan LionsXII 1-0 di Stadium Darul Makmur semalam.

Conti layak dilabel sebagai 'hero ' Tok Gajah kerana pada musim lalu, dia turut menjadi watak penting kepada kejayaan Pahang menjuarai Piala Malaysia.

Kali ini jaringan tunggalnya pada minit ke-57 sudah cukup menjulang skuad kendalian Ronald Smith selepas menyambar bola muntah penjaga gol LionsXII, Izwan Mahbud bagi memastikan Pahang memulakan musim 2014 dengan langkah kanan.

Kali terakhir Tok Gajah menjuarai kejohanan itu pada 1993.

Sememangnya pasukan Pahang layak meraih kejuaraan apabila menguasai sebahagian besar permainan, malah boleh menang dengan gol lebih besar cuma dihampakan oleh ketumpulan Conti sendiri selain kekebalan Izwan.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sambil diiringi oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Disaksikan kira-kira 30,000 penyokong setia, Tok Gajah sedikit kecewa apabila bekas pemain import Kelantan, Dickson Nwakaeme terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-14 kerana masalah kecederaan dan digantikan dengan Conti.

Conti tidak menunggu terlalu lama untuk cuba merobek pertahanan LionsXII pada minit ke-22 namun sepakan guntingnya tersasar jauh daripada gawang lawan sebelum empat minit kemudian.

Walaupun diasak bertubi-tubi, Lions XII mampu mencari ruang untuk melancarkan serangan pada minit ke-29 apabila larian solo Khairul Amri dari tengah padang berjaya menyusup masuk ke dalam kotak penalti Pahang.

Mujur penjaga gol, Khairul Azhan Mohd. Khalid pantas menepis keluar bola percubaan penyerang berusia 28 tahun berkenaan.

Lawan sekali lagi mencemaskan penyokong tuan rumah apabila Muhammad Sufian Anuar melepaskan rembatan jarak jauh yang melepasi palang gol Pahang pada minit ke-37.

Memasuki babak kedua, Pahang dilihat memberikan banyak ruang kepada pemain muda, Abdul Malik Mat Ariff untuk bergerak di bahagian tengah yang jelas menjadi kunci kepada serangan-serangan Tok Gajah.

Hasilnya, melalui gerakan satu-dua bersama Azidan Sarudin, pemain bertubuh kecil itu berjaya meloloskan diri secara berseorangan ke dalam kotak penalti LionsXII.

Dengan tamatnya perlawanan Sumbangsih bermakna, Liga Malaysia 2014 kini dibuka secara rasmi.

Kemenangan semalam turut memberikan tiga mata buat Pahang dalam saingan liga.

Chong Wei tagih bantuan rakan-rakan

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

Lee Chong Wei membalas pukulan pemain China, Du Pengyu pada suku akhir kejohanan Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam.

KUALA LUMPUR - Datuk Lee Chong Wei mengharungi perlawanan yang mudah semalam untuk melangkah ke separuh akhir kejohanan badminton Siri Super Premier Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, namun ada sesuatu yang bermain di fikirannya sebelum berdepan jaguh Denmark, Jan O Jorgensen hari ini.

Semalam, pemain No. 1 dunia itu menerima dua khabar gembira. Pertama, dia tidak menghadapi banyak masalah untuk menundukkan bintang muda China, Du Pengyu 21-9, 21-15 dan kedua, seandainya layak ke final esok, dia tidak perlu menentang pemain No. 2 dunia, Chen Long yang telah mengalahkannya dalam empat pertemuan terakhir mereka kerana jaguh China itu tersingkir di suku akhir semalam.

Chen Long, yang memegang rekod pertemuan 8-7 ke atas Chong Wei ditunjukkan jalan keluar oleh naib juara All England 2010 yang juga pilihan kelima, Kenichi Tago dari Jepun 18-21, 21-9, 10-21.

Sejurus menyingkirkan Pengyu dan mencerahkan peluang untuk memburu kejuaraan ke-10, Chong Wei, juara 2013, 2012, 2011, 2010, 2009, 2008, 2006, 2006 dan 2005 menyuarakan kebimbangan mengenai ketiadaan pemain-pemain yang mampu memberi sokongan kepadanya.

"(Liew) Daren dan (Chong) Wei Feng tidak bermain dengan baik tetapi saya masih mempercayai mereka.

"Tahun ini adalah tahun penting buat kita. Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Piala Thomas bakal menanti, saya tidak boleh memenangi kejuaraan berpasukan bersendirian, mereka ini kena segera menunjukkan peningkatan.

"Mereka kini berada di bawah tekanan hebat, tetapi kami ada tempoh rehat dan boleh bersatu semula," kata Chong Wei.

Katanya lagi, pemain-pemain pelapis negara yang lain bukan saja gagal memberi tentangan kepada pemain utama, malah bergelut untuk melepasi pusingan kelayakan dan itu membuktikan mereka berada dalam kelas yang jauh berbeza.

Chong Wei, 31, turut menambah, keadaan tidak begitu baik buat Malaysia, apatah lagi negara seperti Jepun juga sudah melahirkan ramai pemain berkualiti. Selain Tago, yang baharu berusia 24 tahun, mereka juga sudah memiliki Kento Momota, pemain berusia 19 tahun yang memaksa pilihan ketiga, Jorgensen berhempas pulas sebelum tewas 22-24, 20-22.

"Saya belum pernah berjumpa dengan Momota, tapi saya tengok pemain Jepun itu memang sangat berbakat. Mungkin selepas Tago, Momota akan mengambil alih tempatnya," ujarnya lagi.

Sementara itu, Chen Long mengakui, masalah kesihatan sejak awal kejohanan antara sebab dia gagal memberikan permainan terbaik di Kuala Lumpur.

"Saya tidak memberikan persembahan 100 peratus, mungkin saya demam kerana di Korea Selatan cuacanya sejuk apabila tiba di sini, cuaca panas," katanya pemain No. 2 dunia itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Tempoh reman `Sultan Melaka' dilanjutkan tiga hari

Posted: 17 Jan 2014 07:26 PM PST

MELAKA 18 Jan. - Mahkamah Majistret di sini melanjutkan tempoh tahanan reman selama tiga hari ke atas seorang lelaki yang mendakwa sebagai pewaris takhta Kesultanan Melaka, dikenali sebagai Raja Noor Jan Shah bagi membantu siasatan polis.

Perintah tahanan itu dilanjutkan sehingga Isnin ini bagi membolehkan polis menyiasat lelaki itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Hasutan 1948. - UTUSAN ONLINE

Pencuri profesional China kebas berlian RM5.2j

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

Seorang wanita bersama kanak-kanak dipercayai warga China yang dirakam melalui kamera litar tertutup dalam kes kecurian berlian bernilai RM5.2 juta.

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Kumpulan yang disyaki mencuri berlian bernilai RM5.2 juta di sebuah galeri barang kemas eksklusif di Bukit Bintang semalam dipercayai pakar dalam aktiviti jenayah berkenaan.

Sumber berkata, kumpulan yang terdiri daripada seorang lelaki, tiga wanita termasuk seorang yang sedang sarat mengandung serta seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan 12 tahun itu juga merupakan warga China.

"Kumpulan ini adalah pakar dalam kerja-kerja mencuri sebegini malah berdasarkan maklumat, mereka tahu apa yang hendak dicuri dan dalam kes berlian ini, mereka sememangnya mahu mencuri berlian bernilai RM5.2 juta itu meskipun terdapat barang kemas lain.

"Tindak-tanduk kumpulan ini bukan seperti orang kebanyakan dan itu dapat menutup rasa curiga pekerja premis itu tentang jenayah yang dilakukan suspek.

"Kanak-kanak yang ditugaskan mencuri berlian itu pula dilihat telah dilatih dan dia tahu berlian yang mana satu mahu ambil. Berdasarkan keterangan pekerja premis serta rakaman kamera litar tertutup, kami dapati mereka ini adalah pencuri profesional," katanya di sini, hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan, sebentuk cincin 'Yellow Diamond' bernilai RM5.2 juta (AS$700,000) dicuri seorang kanak-kanak perempuan di sebuah galeri jualan barang kemas eksklusif di Bukit Bintang.

Galeri yang berpangkalan di London itu baru dibuka November lalu dan berdasarkan rekod, barangan kemas yang dipamerkan di situ sememangnya bernilai tinggi serta menjadi pilihan golongan kenamaan termasuk mendiang Puteri Diana dan Kate Middleton.

Difahamkan, kes seumpama itu yang melibatkan barang kemas mencecah nilaian jutaan ringgit adalah pertama kali terjadi di negara ini.

Tambah sumber, polis kini sedang giat mengesan kesemua suspek berkenaan dan antara yang dilakukan adalah memeriksa kesemua hotel berdekatan premis terbabit.

"Kita telah mendapat gambar suspek dan menyerahkan kepada hotel-hotel berdekatan untuk mengesan mereka.

"Kita percaya mereka masih belum keluar dari negara ini dan polis juga melakukan pemantauan rapi di keseluruhan pintu masuk negara," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, polis telah menubuhkan pasukan khas yang diketuai beliau sendiri untuk menyiasat kes itu.

"Kita kini dalam proses mengedar gambar suspek dan polis juga sedang menyiasat adakah kumpulan ini terlibat dalam kes-kes kecurian lain," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Letupan kuat gegarkan Kabul

Posted: 17 Jan 2014 09:56 AM PST

KABUL 18 Jan. - Setu letupan kuat yang dipercayai dilakukan oleh pengebom berani mati menggegarkan Kabul, petang semalam.

Kejadian letupan itu berlaku berhampiran sebuah restoran Taverna du Liban yang sering dikunjungi warga asing dan kawasan penempatan perumahan kedutaan di Wazir Akbar Khan.

"Terdapat letupan berhampiran restoran Lubnan di Wazir Akbar Khan, dan tembakan," kata Sayed Gul Agha Hashemi, ketua polis cawangan jenayah Kabul. - AFP

Letupan gegarkan kota Bangkok

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

Beberapa penunjuk perasaan antikerajaan membantu rakan mereka yang cedera akibat letupan di Bangkok, Thailand, semalam. - REUTERS

BANGKOK 17 Jan. - Lebih 36 orang cedera hari ini apabila satu letupan berlaku ketika penunjuk perasaan antikerajaan berarak di ibu negara ini, kejadian keganasan terbaharu terhadap pergerakan yang cuba menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

Polis berkata, sebutir bom tangan dilemparkan dari sebuah bangunan ke arah penunjuk perasaan yang sedang berarak berdekatan Universiti Chulalongkorn di pusat bandar ini.

Jumlah kecederaan itu disahkan oleh Pusat Perubatan Erawan, di sini.

Jurucakap pergerakan tersebut, Akanat Promphan berkata, letupan itu berlaku hanya kira-kira 30 meter daripada lokasi pemimpin penunjuk perasaan Suthep Thaugsuban berarak, namun dia tidak cedera.

Sehingga kini, tiada pihak tampil bertanggungjawab ke atas kejadian tersebut.

Liputan televisyen menunjukkan beberapa orang terlantar di atas jalan ketika ambulans membawa mereka yang cedera dari tempat kejadian ke hospital.

Penunjuk perasaan juga dilihat mencari penyerang di kawasan kejadian tersebut.

Laman web Bangkok Post melaporkan, ketua tentera Thai, Prayuth Chan-ocha melahirkan kebimbangan beberapa serangan melibatkan demonstrasi antikerajaan itu sejak beberapa hari lalu, didalangi kumpulan bersenjata.

Timbalan jurucakap tentera, Winthai Suwaree berkata, Prayuth turut bimbang berhubung keselamatan di lokasi demonstrasi tersebut.

"Ketua tentera Thailand meminta semua pihak terbabit tidak bertindak terburu-buru bagi mengelak berlakunya keadaan huru-hara,'' katanya.

Dalam pada itu, Menteri Luar, Surapong Tovichakchaikul berkata, sudah tiba masanya 'kawalan' di Bangkok dirampas daripada penunjuk perasaan.

"Kerajaan akan mengambil tindakan tidak lama lagi. Sudah tiba masanya tindakan ini diambil. Kita perlu melakukan sesuatu,'' katanya kepada wartawan. - REUTERS/AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


30 pelajar asing kemuka tuntutan

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

Oleh UMAVATHI RAMAYAH

PARA pelajar seharusnya merujuk terlebih dahulu dengan Kementerian Pendidikan bagi memastikan sama ada kursus yang ditawarkan di kolej swasta itu diiktiraf atau sebaliknya. - Gambar Hiasan

BERGELAR mahasiswa baik di kolej atau universiti awam mahupun swasta adalah impian setiap pelajar. Keghairahan inilah yang dijadikan oleh sesetengah pengurusan dan pengusaha kolej untuk menabur janji-janji manis supaya golongan remaja memilih institusi pengajian tinggi (IPT) mereka sebagai tempat melanjutkan pelajaran.

Sekalipun banyak isu serta pendedahan telah dipaparkan oleh pihak media bagi menyedarkan orang ramai, namun masih banyak pelajar yang tersalah langkah sehingga 'terperangkap' dengan IPT yang hanya mahu mengaut keuntungan.

Begitu nasib 30 pelajar dari Nepal dan India yang datang ke Malaysia untuk menikmati kehidupan sebagai mahasiswa di sebuah kolej antarabangsa di ibu negara, namun akhirnya menyedari mereka ditipu oleh kolej berkenaan.

Tipu helah kolej tersebut terbongkar selepas pelajar-pelajar yang mengikuti kursus Cruise Management dan dijanjikan kerja dalam bidang tersebut dalam tempoh lapan bulan menemui jalan buntu.

Malah latihan praktikal yang pada awalnya dijanjikan dengan hotel bertaraf empat atau lima bintang pun tidak ditepati apabila mereka dihantar menjalani latihan tersebut di restoran-restoran biasa.

Seorang daripada pelajar terbabit, Tamrakar Sujan, 32, dari Nepal, berkata, dia telah membuat pembayaran berjumlah RM24,000 secara beransur-ansur sebanyak tiga kali antara 1 Ogos 2012 dan 20 November 2012 kepada kolej tersebut.

Tamrakar berkata, curiga dengan kolej tersebut, kumpulan pelajar tersebut telah membuat pemeriksaan dengan Kementerian Pendidikan dan rekod mendapati kursus yang ditawarkan itu tidak didaftarkan.

"Dengan sijil diploma yang tidak didaftar ini, adalah sukar untuk kami mendapatkan peluang pekerjaan lebih baik," katanya ketika ditemui S2.

Ekoran tidak puas hati dengan kolej tersebut, kesemua 30 pelajar terbabit termasuk lima perempuan membuat laporan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di tingkat 16, Putra Place di ibu negara, baru-baru ini.

Mereka masing-masing menuntut kira-kira RM24,000 seorang iaitu meliputi wang pengajian serta bayaran-bayaran lain.

Presiden TTPM, Bernard John Kanny yang mendengar kes tersebut bagaimanapun meminta kedua-dua pihak hadir semula pada 17 Februari ini serta mengarahkan pihak kolej terbabit tampil dengan saksi bagi menangkis dakwaan berkenaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Rungutan penduduk terbela

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

Oleh HERMAN HAMID
utusanktn@gmail.com

ADNAN Yaakob menerima baucar bantuan persekolahan daripada Tengku Zulkifli Tengku Ahmad (kanan) dalam majlis penyerahan bantuan tersebut di Yayasan Pahang di Kuantan, Pahang, kelmarin.

KUANTAN 17 Jan. - Lori membawa muatan bijih besi tidak lagi menggunakan jalan di Kampung Selamat, Gebeng dan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk ke Pelabuhan Kuantan berikutan aduan yang diterima daripada penduduk.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, keputusan itu adalah persetujuan bersama selepas pertemuan dengan wakil Persatuan Pengusaha Bijih Besi Pahang bagi mengatasi masalah kerosakan jalan dan debu di kawasan berkenaan.

''Selepas ini lori bijih besi hanya akan menggunakan jalan lencongan Sungai Ular. Hal-hal lain kita akan uruskan kemudian termasuk bantuan yang boleh diberikan kepada penduduk.

''Kerajaan negeri juga pada masa sama mahu mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan seperti soal kapasiti muatan dan memastikan muatan lori ditutup dengan kanvas yang sempurna," katanya selepas mengadakan pertemuan tersebut di Yayasan Pahang di sini semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Persatuan Pengusaha Bijih Besi Pahang, Datuk Tengku Zulkifli Tengku Ahmad.

Dalam majlis itu, Adnan turut menerima sumbangan daripada persatuan tersebut iaitu baucar bantuan persekolahan untuk anak-anak mangsa banjir negeri ini yang keseluruhannya berjumlah RM350,000.

Sementara itu, Adnan berkata, dengan persetujuan itu semua pihak akan dapat manfaat bersama terutama penduduk yang sebelum ini merungut terpaksa melalui jalan tersebut dalam keadaan berdebu dan ada kalanya berlumpur.

''Aktiviti perlombongan bijih besi juga mempunyai sumbangan kepada ekonomi setempat dan yang penting kita boleh capai penyelesaian yang beri manfaat kepada semua pihak. Malah pengusaha juga memberi sumbangan dalam kerja-kerja mencuci jalan yang berdebu akibat dilalui lori mereka dengan mempunyai kontraktor tetap yang dilantik," jelasnya.

Tambah Adnan, kerajaan negeri juga akan mengadakan perbincangan dengan agensi penguatkuasaan terlibat dalam menangani aduan orang ramai akibat aktiviti itu.

''Apa pun saya yakin pihak persatuan pengusaha prihatin kepada masalah-masalah yang diadukan penduduk akibat aktiviti perlombongan," jelasnya.

PPDNKK pantau harga barang secara berterusan - Shahiruddin

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

SHAHIRUDDIN Ab. Moin (dua dari kanan) bersama para pelajar Polisas mendengar penerangan daripada Khor Chooi Beng (kiri) di Kilang BASF Petronas Chemicals di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang, semalam.

KUANTAN 17 Jan. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri sentiasa turun padang membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada peniaga yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barang.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, proses pemantauan harga barang dilakukan secara berterusan bagi memastikan kepentingan pengguna terbela.

"Selepas ini kita akan lebih agresif setelah menerima arahan Kerajaan Pusat supaya melipatkan gandakan kerja-kerja penguatkuasaan bagi mengheret peniaga tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

"Sebelum arahan ini keluar pun kita sebenarnya telah bergerak dari semasa ke semasa kerana sedar kesusahan yang perlu ditanggung pengguna jika peniaga menaikkan harga barang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas lawatan PPDNKK negeri bersama kira-kira 50 pelajar Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas) ke Kilang BASF Petronas Chemicals di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengurus Besar Operasi Teknikal BASF Petronas Chemicals, Datuk Ir. Khor Chooi Beng.

Shahiruddin berkata, dalam Ops Harga sehingga 15 Januari lalu, 8,500 premis perniagaan diperiksa.

"Daripada jumlah itu, 37 pemilik premis dikompaun kerana tidak meletakkan tanda harga dan 14,000 barangan dirampas manakala jumlah kompaun dikenakan RM5,000," katanya.

Sementara itu, beliau meminta kerajaan supaya segera memperluaskan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di setiap daerah.

Katanya, KR1M banyak membantu golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan barangan keperluan tanpa mengenepikan kualiti barangan.

"KR1M adalah yang terbaik dan mendapat sambutan rakyat kerana menawarkan harga yang cukup murah. Sudah sampai masanya kerajaan memperluaskan kedai ini di seluruh kawasan di negeri ini," katanya.

BAC agih bantuan kepada 40 keluarga mangsa banjir

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmai.com

NOR Hisham Usai Taib (duduk, tiga dari kiri) dan Badrul Hisham Mad Yassin (lima dari kanan) bersama para penerima bantuan mangsa banjir sumbangan Brahim's Airline Catering di Kampung Bukit Betong, Kuala Lipis, Pahang, kelmarin.

KUALA LIPIS 17 Jan. - Anggota sukarelawan Brahim's Airline Catering (BAC) yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, Selangor menyumbangkan bantuan bernilai RM2,500 kepada 40 mangsa banjir di Kampung Bukit Betong, dekat sini semalam.

Bantuan berkenaan diagihkan kepada setiap ketua keluarga mangsa iaitu lapan orang di Kampung Telang diikuti Kampung Bukit Betong (16), Kampung Chegar Perah (enam), Kampung Seberang Jelai (lima), Kampung Aur Gading (tiga) dan Kampung Beralas (dua).

Sumbangan berupa barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, makanan kering dan air mineral disampaikan oleh Pegawai Eksekutif Modal Insan BAC, Nor Hisham Usai Taib dan disaksikan oleh Pengerusi Eksekutif syarikat tersebut, Datuk Ibrahim Ahmad Badawi.

Ibrahim ketika ditemui berkata, kehadiran 20 sukarelawan BAC untuk membantu serta berkongsi kesedihan yang dihadapi mangsa banjir daerah itu.

"Kita terpanggil menghulurkan sumbangan tersebut setelah terbaca keperitan mangsa banjir di sini menerusi media dan terus mengaturkan penghantaran bantuan menerusi sukarelawan BAC.

"Kehadiran kami juga untuk mendekatkan hubungan antara BAC dengan pemimpin serta penduduk setempat dan usaha ini akan diteruskan menerusi bantuan tertentu jika mereka mengalami musibah yang sama pada masa akan datang," katanya.

Yang hadir sama, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Lipis, Badrul Hisham Mad Yassin dan Ketua Kampung Bukit Betong, Badra Isa Abdul Hamid.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Jangan hanya jadi 'juara' seorang

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

Oleh ZULKIFLI JALIL dan TERMIZI CHE ANUAR
pengarang@utusan.com.my

"KALAU nak jadi juara, kita tak boleh seorang (secara solo). Yang cantiknya melalui agensi pelaksana. Ibarat lagu dan irama, kita sebagai pemegang polisi mesti seiring. Kalau tidak, agensi kerajaan 'tikam kita dari belakang'."

Sama ada Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia, Sheikh Nafiq Alfirdaous ini berseloroh ketika bercakap dengan kami dalam pertemuan santai di restoran mamak dekat Jalan Yap Kwang Seng, Kuala Lumpur kelmarin, atau kami salah dengar.

Tetapi Exco Pemuda berusia 32 tahun itu nampaknya serius.

Secara jujur, penulis jarang mendengar aktiviti-aktiviti yang digerakkan oleh Exco-Exco Pemuda yang baru diangkat penggal baharu 2013-2016, setelah menang pemilihan Oktober tahun lalu. Kelibat yang ketara menonjol hanyalah ketuanya, Khairy Jamaludin.

Malah untuk biro aduan komuniti pun, seingat penulis ada satu dua nama sahaja yang masih melekat di kepala. Mereka begitu agresif dan aktif menggerakkan biro itu antaranya Datuk Subahan Kamal dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (itu pun semasa beliau mengetuai Putera UMNO).

Selepas Subahan dan Abdul Azeez, tidak ada nama yang 'kuat'. Kalau ada pun, cuma suam-suam kuku. Meneruskan sahaja legasi, menyelesaikan isu yang sama, 'Lombok yang sama', statik sahaja.

Namun, Sheikh Nafiq nampaknya ada visi untuk menggalas tanggungjawab biro. Dan yang sebenarnya biro aduan itu sendiri memiliki aura yang paling dekat dengan rakyat. Itu pun jika berupaya dikendalikan dengan berkesan.

Bagi Sheikh Nafiq, Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO perlu ada suntikan transformasi dalam membantu rakyat yang semakin terhimpit akibat cabaran kehidupan harian mereka kini.

"Ada satu kes melibatkan anak perempuan sebuah keluarga di negara ini yang berkahwin tanpa restu keluarga di Turki. Kemudian tak balik dan biro ini diminta oleh keluarga terbabit untuk membawa balik anak mereka. Tapi dari segi umur, anak mereka sudah lebih 19 tahun. Ini bukan bawah umur dan kalau kita pergi ke sana pun, ia akan melibatkan prosedur undang-undang di Turki. Jadi, kami fikir kami kena timbang-timbangkan kes yang datang kepada kami," katanya lagi.

Atas faktor itu, Sheikh Nafiq dalam pertemuan sejam itu mahu bironya melihat masyarakat dari perspektif yang luas. Dia sendiri melihat kerajaan ada bermacam instrumen dari sekolah rendahnya, sekolah menengah, sekolah agama, sekolah asrama penuh sehinggalah ke pusat-pusat pengajian tinggi serta institusi orang kurang upaya.

"Tapi tak mungkin bahagian penerangan dan fungsi agensinya tidak memanjangkan (suatu program atau rancangan kerajaan) sehingga ke pengetahuan masyarakat. Yang kedua, kementerian berkenaan sendiri dilihat proaktif dalam menangani isu-isu perumahan. Kita ada PR1MA, Skim Rumah Pertamaku, cuma kelihatannya tidak sampai (ke pengetahuan luas akar umbi). Mungkin disebabkan kekangan tenaga kerja," katanya.

Bertitik-tolak dari situlah Sheikh Nafiq terfikir untuk mengambil pendekatan melantik wakil masyarakat daripada pelbagai latar belakang menganggotai jawatankuasa tertinggi bironya.

"Ada doktor, jurutera, pemimpin belia, mahasiswa dari dalam dan luar negara, pensyarah kanan serta pengetua kolej termasuklah ahli politik," katanya.

Pendekatan baharu seterusnya yang akan digerakkan pihaknya adalah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan 10 badan bukan kerajaan (NGO) berpengaruh pada akhir bulan ini. Antaranya Persatuan Peguam Syarie Malaysia, SukaGuam, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yayasan Sukarelawan Siswa, Yayasan Salam dan beberapa lagi untuk fasa pertama ini.

"Di dalam MoU itu kita akan bersama-sama terlibat dan tidak mahu sekadar one man show. Kita mahu bersama-sama NGO supaya masyarakat tahu kewujudan UMNO yang prihatin melalui Biro Pemuda ini," katanya.

Sheikh Nafiq juga menarik perhatian mengenai kajian permasalahan di India dan Amerika Syarikat yang pihak berkuasanya berdepan lebih banyak masalah masyarakat.

"Dalam hal ini, saya merancang mewujudkan portal komuniti. Portal ini, seperti yang kita selalu dengar, rakyat bantai sesuatu isu di Facebook yang (komennya) tidak membina. Jadi, apa yang kita buat, kita merakyatkan masalah mereka dan komuniti akan memberi jalan penyelesaian," kata beliau.

Kata Sheikh Nafiq lagi: "Bukan hanya mengadu bahkan mereka juga akan undi terhadap masalah yang dihadapi itu dengan bersama-sama mencari jalan penyelesaian. Kemudian kita akan bagi status sama ada perkara itu wajar diambil tindakan, menghubungkan masalah itu dengan agensi yang terlibat contohnya pihak berkuasa tempatan (PBT). Kita akan hantar surat kepada mereka.

"Portal berkenaan akan menjadi medium dengan memberikan bukan sahaja aduan malahan keluarkan laporan untuk Khairy melihat apa sebenarnya yang berlaku. Contohnya di Johor Bahru apa masalahnya sebab masalah ini tak serupa seperti mana di Kedah," katanya.

Pihaknya juga merancang menghantar laporan kepada Khairy mengenai rungutan pelajar yang tidak mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan yang menghadapi masalah dalam permohonan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Saya suka terlibat dalam portal ini kerana orang ramai sendiri dapat menyatakan masalah mereka. Pertama, saya mahu didik masyarakat yang sebenarnya ada ramai yang mahu membantu mereka. Kami juga mengambil pendekatan mesra. Ada seorang hamba Allah beritahu, 'dalam Pemuda UMNO semua nak jadi juara tapi jangan pula sampai bertindih dengan agensi lain.'

"Jadi, kenapa tidak semasa sidang akhbar, Ketua Pengarah agensi terlibat turut dipanggil sama. Jadi, orang tidak akan bantai agensi (kerajaan). Bila nampak agensi, orang akan lihat pada imej (positif) pemerintah (kerajaan) pula," katanya.

Sheikh Nafiq yang turut terlibat dalam memujuk penduduk di tujuh penempatan setinggan di Kempas, Pulai, Johor sekitar 2005 supaya menerima perpindahan ke unit-unit Projek Perumahan Rakyat (PPR), susulan tuntutan pembangunan Iskandar Malaysia, percaya kaedah turun padang masih lagi relevan dalam politik tanah air.

"Setelah mereka duduk di PPR ini yang ansuran bulanannya cuma RM123 dengan dilengkapi tiga bilik air dan tiga bilik tidur, wah! mereka ubah suai pula sehingga kelihatan macam kondominium.

"Dan apabila kami kami dikunjungi Pemuda PAP dari Singapura, ada anggota delegasinya cukup kagum dengan konsep rumah PPR ini. Kata mereka di Singapura tidak akan ada macam ini. Malah kata mereka, susah nak dapat kerajaan seperti ini yang cukup ambil berat rakyatnya," kata Sheikh Nafiq.

Pembangkang hanya bijak mengambil kesempatan

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

Oleh Zulkeflee Bakar

KETIKA penulis bertemu dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek di Seremban, kelmarin, beliau melahirkan rasa kecewa dengan sikap pakatan pembangkang yang terus mengambil kesempatan bermain politik dalam isu kenaikan harga barang.

Seperti mana kata beliau, pekerjaan yang paling mudah dalam dunia ini ialah mencari kesilapan orang. Sememangnya itulah sikap pembangkang, ketika kerajaan bertungkus lumus mencari kaedah bagi mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkatkan, pembangkang pula mencari jalan bagaimana mereka boleh memanipulasikan keadaan bagi meraih sokongan politik.

Bagi pakatan pembangkang, mereka membentangkan pelbagai hujah bagi menunjukkan kononnya kalaulah mereka memerintah keadaan negara ini akan menjadi jauh lebih baik berbanding berada di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Walaupun pembangkang memahami kenaikan harga barang dipacu oleh beberapa faktor namun perkara itu sengaja dilupakan kerana mereka tidak ikhlas dalam membela nasib rakyat, apa yang pembangkang fikirkan dalam kepala mereka 24 jam ialah berpolitik sepanjang masa.

Atas sebab itulah, dalam menghadapi situasi ini adalah perlu kerajaan khususnya melalui kementerian yang diterajui Hasan perlu memberi penjelasan sebaik-baiknya kepada rakyat supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

Corak penerangan yang jelas dan menyakinkan perlu diberikan kepada rakyat supaya mereka tidak menuding jari dengan membuat kesimpulan mudah bahawa kerajaan gagal mengawal kenaikan harga barang dan paling malang menuduh kerajaan tidak menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya umum lalu.

Sememangnya, pembangkang tidak pernah berubah dan tidak akan berubah dengan politik persepsi, fitnah, adu domba dan tohmahan mereka. Dari semasa ke semasa apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan menjadi sasaran serangan mereka.

Justeru kerajaan perlu bersedia menghadapi situasi ini dan tidak harus mengharapkan pembangkang berubah. Pakatan pembangkang di Malaysia tidak matang berbanding parti-parti pembangkang di negara lain.

Jika di luar negara, pembangkang akan menerima kekalahan mereka dalam pilihan raya kemudian bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan yang dipilih oleh rakyat bagi sama-sama membangunkan negara.

Kalau ada kelemahan dalam tindakan kerajaan mereka akan memberi pandangan dan teguran secara berhemah dan ikhlas. Apa yang penting bagi mereka ialah kestabilan negara tidak diganggu gugat oleh permainan politik sepanjang masa.

Bagi mereka, merebut kuasa politik hanya terhad semasa pilihan raya berlangsung sahaja, apabila pilihan raya berakhir, maka ia waktu bekerja demi kepentingan negara tanpa mengira siapa juga yang menang.

Tetapi keadaan ini tidak berlaku di Malaysia kerana pakatan pembangkang sudah diserap oleh politik kebencian dan mahu merebut kuasa semata-mata.

Apa yang akan terjadi kepada negara akibat tindakan mereka tidak dipedulikan. Sebab itulah apabila pilihan raya umum berakhir, pembangkang tidak akan mahu menerima keputusan dengan fikiran dan hati terbuka, pelbagai tuduhan mereka lemparkan.

Bagi pembangkang, apa juga isu yang boleh menjejaskan imej kerajaan seolah-olah satu rahmat, sebab itulah mereka 'bergembira' apabila rakyat mengeluh kenaikan kos sara hidup dan kerajaan terpaksa melakukan tindakan tidak popular untuk menjaga ekonomi negara bagi jangka masa panjang. Pembangkang bukannya tidak faham situasi ini, tetapi pemimpin-pemimpin mereka sengaja memanipulasikannya dengan niat politik.

Pemimpin-pemimpin mereka mengadakan sidang akhbar dan bercakap di atas pentas-pentas forum untuk menyerang kerajaan. Dan ia disokong pula melalui serangan dalam media-media sosial.

Berikutan itu kerajaan BN tidak boleh lagi menggunakan pendekatan yang dilihat ketinggalan dalam berhadapan dengan politik pembangkang termasuklah melalui media sosial dan laman blog. Mahu tidak mahu, kita harus mengakui pembangkang mempunyai 'pasukan' yang cukup hebat dalam soal ini, sebab itulah dalam sekelip mata sahaja sesuatu isu itu mampu ditaburkan melalui internet.

Lagi pun pembangkang ada 'kelebihan' kerana untuk memburuk-burukkan kerajaan, mencari salah kerajaan dan menghentam orang memang senang, apatah lagi apa yang mereka tohmahkan itu pula 'bersesuaian' dengan kehendak rakyat yang tidak mendapat maklumat yang tepat.

Dalam berhadapan situasi ini, penyampaian maklumat yang tepat melalui pelbagai saluran perlu dilakukan dengan memastikan kerajaan mempunyai cukup kelengkapan bagi berhadapan serangan pembangkang.

Pada masa ini, pembangkang mungkin berasa gembira kerana usaha untuk meracuni rakyat dengan menunjukkan kononnya kerajaan sedang menyusahkan hidup mereka hampir berhasil. Di mana-mana sahaja kita mendengar rakyat mengeluh namun kita percaya keadaan itu tidak akan berterusan. Ia memandangkan kerajaan sudah, sedang dan akan melakukan pelbagai tindakan bagi mengurangkan beban rakyat.

Tetapi apa yang penting ialah penyampaian maklumat kepada rakyat supaya mereka tidak terus terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

Sememangnya seperti mana kata Hasan, akhirnya segala temberang pembangkang akan terbongkar tetapi biarlah kebenaran itu dapat diserlahkan oleh kerajaan sebelum politik putar belit pembangkang menjadi 'virus' dalam pemikiran rakyat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Scha Al-Yahya kongsi gambar imbasan bayi bersama peminat

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

Oleh GARRET DAWUM
pengarang@utusan.com.my

GAMBAR imbasan bayi seperti yang disiarkan dalam laman instagram Scha Al-Yahya, semalam.

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Pasangan pelakon dan pengacara, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari mengesahkan desas-desus yang mengatakan mereka bakal menimang cahaya mata di laman instagram masing-masing.

Sekeping gambar imbasan bayi mereka dalam usia sekitar hampir empat bulan juga dikongsi bersama peminat di laman berkenaan.

Scha dalam perkara berkenaan mengucapkan syukur dengan rezeki yang dikurniakan.

"Terima kasih buat semua yang selalu mendoakan kami dan moga semuanya berjalan lancar, amin," kata Scha dipetik melalui laman instagramnya yang disiarkan sekitar pukul 4 petang tadi.

Sebelum ini, Scha dan Awal ada menyatakan hasrat untuk menimang cahaya mata memandangkan kedua-dua mereka sudah bersedia untuk bergelar ibu dan bapa.

Pasangan pelakon selebriti popular ini diijabkabulkan pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman, Putrajaya Lakeside.

Hubungan Penn, McQueen tidak serius

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

Dylan Penn

OS ANGELES - Model jelita, Dylan Penn dilaporkan menjalin hubungan dengan aktor siri drama The Vampire Diaries, Steven R. McQueen.

Berita itu dikukuhkan lagi apabila Penn membawa McQueen menghadiri satu majlis amal kelolaan bapanya, aktor veteran Sean Penn, di sini baru-baru ini.

Menurut sumber kepada laman web hiburan Us Weekly, pasangan itu kelihatan mesra dan saling menunjukkan minat antara satu sama lain.

"McQueen dilaporkan cuba bersikap budiman apabila dia menawarkan diri untuk mendukung Penn yang mengalami sakit kaki kerana memakai kasut tumit tinggi," jelas sumber itu.

Penn sebelum ini pernah digosip dengan bintang filem Twilight, Robert Pattinson pada September lalu.

Model berusia 22 tahun itu mula rapat dengan McQueen, 27, sejak November lalu selepas dilihat berparti bersama.

Bagaimanapun, ada sumber menyatakan bahawa hubungan mereka sekadar suka-suka sahaja dan tidak serius.

"Penn dan McQueen sekadar ingin berhibur dan hubungan mereka tidak lebih daripada itu," ujar sumber itu. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Berlapar dua hari bila lamaran ditolak

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI

KELUARGA bahagia Hareedaven (tengah) dan Srividya bersama anak mereka, Ahrment Dev.

KISAH percintaan yang mendapat tentangan daripada ibu bapa bukanlah perkara asing dalam masyarakat, namun bagi yang merasai sendiri pengalaman itu, pastinya ia menjadi antara cabaran terbesar dalam hidup mereka.

Bagi pengasas syarikat pengangkutan dan penghantaran, Sri Herambaya Movers Sdn. Bhd., Hareedaven Sangaran, 38, dan pasangannya, Srividya Mathavan, 31, yang mendirikan rumah tangga pada 2005, pengalaman percintaan yang mendapat tentangan keluarga sebenarnya menjadi ikatan 'simpul mati' perkahwinan mereka sehingga kini.

Mengimbas kembali detik perkenalan mereka, Hareedaven yang dikenali dengan nama S. Deva pertama kali bertentang mata pada 1996.

"Pada ketika itu, saya mengunjungi sebuah rumah ibadat di Johor Bahru sebelum bertentang mata dengan Srividya yang merupakan seorang penari tradisional.

"Pada ketika itu, saya akui sudah terpikat dengan dirinya, namun tidak tahu bagaimana hendak memulakan perkenalan kami.

"Apa yang mampu saya lakukan hanyalah curi-curi menjelingnya dan berharap dia sedar akan kehadiran saya di situ," katanya yang bekerja di sebuah syarikat penghantaran cepat ketika itu.

Menurutnya, bagi meluahkan perasaan terhadap wanita pilihan, dia memberanikan diri menghantar sepucuk surat sebagai tanda perkenalan.

Namun, respons yang diharapkan tidak 'menjadi' apabila suratnya tidak dilayan kerana pada waktu tersebut, Srividya masih bersekolah.

"Selama setahun lamanya saya berusaha untuk memikat hatinya sebelum dia mula menerima dan bermula dari situ, kami menyulam perasaan cinta selama kira-kira lapan tahun.

"Dalam tempoh tersebut, kami menjalinkan hubungan cinta secara sembunyi kerana bimbang perkara tersebut mendapat tentangan daripada pihak keluarga.

"Namun apa yang paling dikhuatiri saya berlaku pada 2005 sewaktu saya melamar dia kerana pada waktu itu, lamaran saya ditolak oleh bapanya," katanya sambil mengakui peristiwa itu merupakan memori paling pahit dalam hidupnya.

Mujur perasaan cinta yang disulam selama lapan tahun antara mereka tetap utuh dan setelah lamarannya ditolak, Srividya bertindak mengurung dirinya dalam bilik selama dua hari tanpa makan dan minum.

"Pada waktu itu, setelah bapa saya menolak lamaran Hareedaven, saya berasa amat sedih dan merajuk sebelum mengurung diri di dalam bilik selama dua hari.

"Mujurlah selepas itu, bapa saya bersetuju dengan hubungan kami, namun memberi syarat supaya saya menamatkan pengajian terlebih dahulu pada waktu itu.

"Kira-kira enam bulan selepas itu, barulah hubungan kami mendapat restu bapa dan kami melangsungkan perkahwinan pada 19 Februari 2005," jelas Srividya yang kini menjadi suri rumah sepenuh masa.

Hareedaven yang fasih berbahasa Melayu turut menjelaskan majlis perkahwinannya adalah saat yang paling bahagia bagi dirinya kerana segala usaha dan masa yang telah diluangkan sebelum ini berbaloi.

Pasangan yang sudah berkahwin kira-kira sembilan tahun ini dikurniakan seorang anak lelaki, Ahrment Dev yang kini berusia enam tahun.

Hareedaven berkata, rahsia keharmonian rumah tangga mereka adalah pasangan suami isteri harus sentiasa menyemai sifat kasih dan sayang seolah-olah zaman bercinta dahulu agar perasaan tersebut tidak pudar ditelan masa.

Isteri risau suami dikelilingi GRO

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

BUKAN namanya rumah tangga jika tidak diuji. Ia pula ada pelbagai, ada yang mudah diatasi, yang sukar dan paling menyakitkan hati yang terpaksa memendam rasa dan makan hati.

Dalam sesetengah kes, ada pasangan yang berdepan dengan kerenah suami disebabkan pekerjaannya yang memerlukan dia berbuat begitu. Contohnya, ahli perniagaan yang terpaksa bersaing dengan peniaga lain untuk mendapatkan tender atau bisnes.

Berhibur di kelab malam, coffee house dan trip ke luar negara menjadi agenda penting dalam kehidupan mereka, jika tidak melepaslah bisnes.

Dalam rumah tangga persefahaman, tolak ansur, kejujuran dan saling hormat-menghormati menjadi faktor utama kebahagiaan.

Pun begitu ia tidak semudah yang dikatakan, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya mereka yang merasanya sahaja yang tahu.

Begitu kata Lina (bukan nama sebenar) dalam pertemuan dengan saya baru-baru ini. Dalam kehidupan ini katanya, kemewahan tidak dapat menjamin bahagia dalam rumah tangga jika hati tidak tenang.

Ingin tahu kenapa? Kita ikuti kisah yang diceritakan oleh Lina kepada saya untuk iktibar kita bersama.

"Saya berusia lewat 50-an, mempunyai empat orang anak, seorang lelaki dan tiga perempuan. Tiga sudah bekerja seorang masih menuntut di universiti.

"Syukur Alhamdulillah, kehidupan saya agak mewah kerana mempunyai seorang suami yang berjawatan tinggi, ada kedudukan. Semua yang saya dan anak-anak inginkan boleh diperoleh dengan mudah.

"Kami telah berkahwin selama 27 tahun. Sepanjang tempoh itu hidup saya tidak tenang, selalu berfikir tentang perkara negatif yang mungkin dibuat oleh suami di belakang saya walaupun saya tahu dia tidak berbuat demikian.

"Namun naluri seorang isteri amat kuat, selalu saya syak wasangka dan buruk sangka terhadapnya terutama apabila dia berada di luar negara.

"Memang saya bahagia sebab hidup mewah, sarat dengan kasih sayang dan anak-anak sentiasa menyokong saya, tetapi saya selalu susah hati. Bimbang jika suami akan berubah hati dan mencari perempuan lain.

"Saya kenal suami saya, dia bukan kaki perempuan tetapi kedudukannya menjadikan dia diintai ramai wanita termasuk gadis yang masih remaja yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO).

"Begitulah kehidupan ahli perniagaan ternama, sentiasa menjadi tumpuan dan buruan gadis yang ingin hidup mewah.

"Bertemu klien, melepak di coffee house, kelab malam dan kelab dangdut menjadi amalan suami. Sudah tentu GRO ini akan menjadi peneman.

"Pernah beberapa kali saya menasihatinya supaya mengubah cara hidup dan bekerja secara lebih berhemah tetapi alasan yang diberikan tetap sama, semuanya bergantung pada klien. Jika tidak, bisnes tak masuk.

"Saya tidak ada masalah untuk memahami kerjanya itu tetapi kadang-kadang apabila tertekan saya menjadi tidak seronok dan mula berfikir yang bukan-bukan.

"Masalahnya ialah setiap kali suami bercerita tentang pertemuannya dengan klien di kelab-kelab semuanya mesti ada GRO. Muda-muda dan cantik-cantik belaka. Malah saya juga selalu membaca mesej dan WhatsApp yang dikirim oleh mereka kepada suami dengan kata-kata yang menggugat kesabaran saya sebagai isteri.

"Ayat-ayat cinta seperti I miss you, I love you sudah menjadi lumrah dalam setiap mesej atau WhatsApp yang dihantar. Kadang-kadang saya terasa hati tetapi kata suami, dia tidak hairan dengan kata-kata itu, sebab itu ayat cari makan golongan GRO tersebut.

"Saya faham dengan gaya hidup suami tetapi ada kalanya, hati isteri juga tersentuh dengan kata-kata seumpama tersebut, itu belum termasuk gambar-gambar seksi yang dikirim oleh gadis-gadis itu kepada suami melalui telefon.

"Semuanya dengan niat menggoda. Saya tidak tahu kenapa gadis sekarang terlebih berani untuk meraih kemewahan...,saya juga pelik mengapa klien perlu menggunakan GRO untuk mendapatkan bisnes.

"Bila difikirkan saya menjadi sedih dan tidak boleh tidur malam. Dalam usia yang semakin tua ini, hati mudah tersentuh. Walaupun saya tahu suami tidak seperti apa yang saya sangka, naluri saya tetap terasa.

"Pernah beberapa kali saya nasihatkan suami supaya tidak lagi melakukan urusan bisnes seperti itu tetapi nampaknya masih tidak ada perubahan.

"Suami selalu beritahu saya supaya bersabar kerana dia tidak pernah berubah hati terhadap saya. Tetapi sebagai isteri saya pasti semua pembaca faham dengan apa yang saya alami.

"Anak-anak juga memberi sokongan kepada saya dan yakin ayah mereka tidak berubah hati. Kata mereka, GRO itu hanya cari makan mama, jangan susah hati.

"Saya terfikir juga, kalau suami hendak buat jahat sudah tentu dia akan buat di peringkat awal lagi, tetapi sehingga kini setelah 27 tahun hidup bersama, saya tidak nampak sikapnya berubah terhadap saya lebih-lebih lagi apabila bercakap tentang GRO ini.

"Saya berdoa agar suami tidak akan berubah hati dan menjaga keharmonian rumah tangga yang kami nikmati sekarang sehingga ke akhir hayat kami.

"Saya selalu berdoa agar dalam masa terdekat, suami akan terbuka hatinya untuk berubah dan menukar cara hidup kepada yang lebih baik dan bersih di sisi Allah SWT.

"Mudah-mudahan Allah akan makbulkan doa saya ini, '' begitu Lina menamatkan ceritanya dengan air mata bergenang.

Saya faham dengan perasaan Lina yang inginkan perubahan dalam hidupnya ke jalan yang lebih diredai oleh Allah SWT.

Bersabarlah Lina. Insya-Allah akan ada perubahannya kelak dan jangan lupa bersyukur dengan kehidupan mewah yang Allah kurniakan kepada Lina dan keluarga selama ini.

Banyakkan bersabar dan berdoa selalu agar dalam masa terdekat Allah akan buka pintu hati suami untuk berubah dan mengubah cara hidupnya. Ingat, Allah bagi kita kemewahan dan Dia akan uji dengan cara lain. Inilah yang sedang Lina hadapi.

Menutup kata, pesanan saya, jangan resah apabila di dalam kesusahan kerana ia akan membuatkan anda merasa hampa, sebaliknya banyakkan berdoa dan bersyukur kerana di situ ada jalan menuju ketenangan.

Salam

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Selesai 90% masalah banjir kilat

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

Nor Hisham Ahmad Dahalan

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Cadangan pembinaan sebuah kolam tadahan banjir seluas 1.2 hektar di Batu 23, Jalan Batu Arang-Rawang, Selangor tetap diteruskan walaupun mendapat bantahan penduduk dan pengusaha ternakan di situ.

Pegawai Daerah Gombak, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahalan berkata, pembinaan kolam berdekatan Sungai Gong yang menjadi punca banjir itu akan dijalankan dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, tanah tersebut merupakan milik kerajaan dan tidak melibatkan sebarang pengambilan tanah persendirian.

"Saya telah berjumpa dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim minggu lalu dan persetujuan telah diberikan bagi meneruskan projek tersebut.

"Bagaimanapun jumlah peruntukan bagi projek itu masih belum ditentukan.

"Kertas kerja mengenai projek tersebut juga telah dihantar ke Jabatan Pengairan dan Saliran untuk tindakan seterusnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai bantahan beberapa penduduk dan pengusaha ternakan di Batu 23, Jalan Batu-Arang di sini mengenai cadangan pembinaan kolam tadahan di kawasan itu yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini.

Dalam laporan itu, mereka mendakwa lokasi yang dicadangkan itu bukan sahaja tidak sesuai kerana terletak di kawasan tanah tinggi tetapi juga bukan kawasan yang menjadi punca kejadian banjir.

Nor Hisham berkata, mereka yang menyuarakan bantahan itu terdiri daripada peneroka haram di kawasan itu

"Kolam tersebut dijangka dapat menyelesaikan 90 peratus masalah banjir di Rawang," katanya.

HORAS bakal cetus panik kepada rakyat Selangor - Swan

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

SHAH ALAM 17 Jan. - Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (Swan) menyifatkan pengumuman kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mahu melaksanakan projek HORAS (Hybrid Off River Augmentation System) hanya akan menambahkan lagi kekeliruan selain mencetuskan suasana panik di kalangan pengguna air di negeri ini.

Presiden Swan, Aldric Loong Kim Yew berkata, pengumuman projek itu oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat seolah-olah mengakui kenyataan daripada pelbagai pihak termasuk Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) sebelum ini mengenai kekurangan bekalan air membabitkan kawasan Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurutnya, kebimbangan pengguna mengenai status bekalan air itu turut ditambah lagi dengan keputusan kerajaan negeri untuk memberikan kelulusan bagi pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 sedangkan sebelum ini kerajaan negeri menyatakan loji tersebut tidak diperlukan.

"Masih terlalu awal untuk dirumuskan sama ada projek HORAS ini adalah satu realiti atau sekadar cakap-cakap kosong sahaja," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 13 Januari lalu, Abdul Khalid dilaporkan menerusi portal berita telah mengarahkan Pengawal Selia Air Selangor, Datuk Mohamad Roslan Sakiman untuk memulakan projek HORAS di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 juta liter sehari.

Menurut Abdul Khalid, dengan adanya projek itu rakyat Selangor tidak akan terlalu bergantung kepada projek Loji Rawatan Air Langat 2 sebagai jaminan atau kepastian bahawa pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan mendapat bekalan air berterusan.

Selain itu, Abdul Khalid turut menyatakan sistem tersebut melibatkan penakungan air hujan dari Sungai Selangor di kawasan bekas lombong di Bestari Jaya.

Dalam pada itu, Kim Yew berkata, pihaknya akan menganjurkan persidangan meja bulat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 23 Januari ini bermula pukul 9 pagi bagi membincangkan serta mencari rumusan terbaik bagi merungkaikan kekeliruan dan keresahan rakyat berhubung isu bekalan air.

Nelayan Kuala Langat terima sumbangan

Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST

Sulaiman Karli (tengah) beramah mesra dengan sebahagian nelayan yang menerima bantuan kewangan bagi tujuan baik rumah mereka di Kuala Langat, Selangor, semalam. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS

KUALA LANGAT 17 Jan. - Sebanyak 26 nelayan menerima bantuan kewangan RM10,000 setiap seorang bagi membolehkan mereka membaik pulih rumah sekali gus dapat menyediakan suasana kediaman lebih selesa.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Karli berkata, dengan sumbangan tersebut diharapkan nelayan terbabit dapat menjadikan kehidupan keluarga masing-masing lebih harmoni dan ceria.

"Sebelum ini kerajaan ada membuat kempen Satu Rumah Satu Komputer dan kini kita berazam untuk mewujudkan masyarakat di kawasan ini mempunyai sebuah rumah bagi setiap keluarga.

"Terdapat rumah yang dihuni oleh tiga generasi iaitu datuk, anak dan cucu dan keadaan sebegini menyebabkan rumah yang didiami semakin sempit sehingga kurang selesa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan tersebut di sini hari ini.

Menurut Sulaiman, kebanyakan nelayan terbabit memiliki rumah tetapi tidak mempunyai modal untuk membaik pulih bahagian yang rosak seperti bumbung dan lantai.

"Kita banci dan melihat sendiri rumah kesemua nelayan sebelum mendaftarkan mereka untuk menerima bantuan.

"Saya harap bantuan yang disampaikan ini mampu menjadi perintis kepada projek perumahan untuk rakyat miskin yang lain sebagai nilai tambah kepada projek mesra rakyat dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Hobi beri pulangan lumayan

Posted: 16 Jan 2014 10:14 AM PST

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my

PELBAGAI kostum menarik disediakan Sab Collection Rental Shop di Johor Bahru.

JOHOR BAHRU 16 Jan. - Bermula dengan hobi mengumpul pakaian khas atau kostum, Sabariah Abd. Satar tidak menduga minatnya itu memberi pulangan lumayan apabila mendapat perhatian rakan yang berminat untuk menyewa bagi menghadiri majlis makan malam yang menetapkan tema tertentu.

Memulakan langkah awal dengan mengumpul pakaian tradisional Melayu termasuk baju kurung songket yang dipakai ibunya sewaktu majlis perkahwinan, koleksi songket beliau semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Sabariah berkata, koleksi tersebut dikumpul sama ada dengan membeli atau menempah yang kemudiannya disimpan dalam almari khas tanpa dipakai.

Menurut Sabariah, obsesi terhadap kostum makin menjadi-jadi kerana beliau mempunyai satu lagi hobi iaitu melancong.

Gabungan dua hobi saya iaitu melancong dan mengumpul kostum memberikan idea untuk mendapat pelbagai jenis pakaian yang diperoleh dari dalam dan luar negara.

Apatah lagi rakan-rakan pernah bertanyakan sama ada boleh atau tidak mereka menyewa koleksi kostum untuk dipakai bagi menghadiri majlis tertentu.

Justeru, saya terfikir untuk mewujudkan perniagaan sewaan kostum dan koleksi saya semakin bertambah setiap kali saya melancong," katanya yang kini merupakan Pengarah Urusan Sab Shop Costume Rental.

Terletak di deretan rumah kedai di belakang @Mart Tampoi, premis milik Sabariah itu kini menempatkan hampir 400 pasang kostum daripada pelbagai etnik dari seluruh negara, watak adiwira, karakter filem popular, watak cerita dongeng dan sebagainya.

Jelas beliau, kostum-kostum tersebut diperoleh ketika melancong ke beberapa negara di Asia dan Eropah.

Ada di antaranya saya beli ketika melancong jika harganya berpatutan. Jika harganya terlalu mahal, saya akan menempah dengan tukang jahit khas di Jakarta, Indonesia.

Saya hanya perlu memberi rekaan kostum tersebut kepada tukang jahit itu, maka akan terhasillah kostum yang diingini dengan kos yang jauh lebih murah, katanya.

Sementara itu, Sabariah berkata, ada kalanya dia mengubah sedikit kostum yang ditempah mengikut cita rasanya namun elemen asal masih dikekalkan supaya tidak menyimpang jauh daripada kostum sebenar.

Contohnya pakaian matador dari Sepanyol, jika dibeli di sana, harganya mencecah harga ribuan ringgit tetapi setelah menggunakan khidmat tukang jahit tersebut, kosnya hanya RM500, katanya.

Tambah Sabariah, koleksi kostum miliknya disewakan pada harga RM150 sepasang merangkumi hiasan kepala, baju, seluar, kasut dan juga aksesori lain.

Menariknya, beliau tidak mengenakan sebarang deposit kepada penyewa kerana mahu semua orang mampu menyewanya dan kelihatan menawan dengan koleksi pakaian yang dimilikinya.

"Saya rasa puas apabila penyewa kelihatan kacak bergaya atau cantik menawan memakai pakaian saya dengan lengkap. Sebab itu saya hanya kenakan caj yang murah.

"Lebih menggembirakan jika kostum saya itu dipilih sebagai pakaian terbaik dalam sesebuah majlis," katanya.

Bekas model itu berkata, koleksi kostum yang dimilikinya boleh dilihat di laman Facebook Sab Shop Costume Rental.

MDT sudah keluar notis

Posted: 16 Jan 2014 10:14 AM PST

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

LEDANG 16 Jan. - Majlis Daerah Tangkak (MDT) sudah pun mengeluarkan notis pemberitahuan kesalahan (PH14) kepada pemilik kilang produk kecantikan yang terbakar di Kampung Sengkang, Disember lalu, berikutan dakwaan mencemar alam sekitar.

Setiausaha MDT, Sulaiman Ismail berkata, notis itu sebagai tindakan susulan dan maklum balas mengenai aduan penduduk mengenai kilang berkenaan bagi membolehkan siasatan dilakukan.

"Siasatan mendapati kilang itu mempunyai lesen jenis kilang syampu atau kosmetik dari MDT. Laporan siasatan Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan mendapati kawasan kilang yang terbakar itu adalah sebuah gudang menyimpan barang pembungkusan.

"Bahan yang terbakar dalam kebakaran pada 29 Disember lalu adalah kayu palet, botol plastik, kotak pembungkusan, tong plastik dan tong berisi air campuran syampu serta sabun," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sebelum ini kira-kira 1,000 penduduk di kampung tersebut merungut dan bimbang berikutan kilang tersebut yang terbakar 29 Disember lalu menghasilkan bau kurang menyenangkan dipercayai bahan kimia selepas beberapa hari insiden itu berlaku.

Mereka khuatir pencemaran bau tersebut merupakan hasil daripada bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan dan bau berkenaan dapat dihidu kerana jarak antara kilang dengan rumah penduduk hanya kira-kira 20 meter, tidak seperti peraturan yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu 100 meter.

Sementara itu, Sulaiman turut memaklumkan bahawa bau busuk atau masam yang dihidu penduduk kampung adalah dari kawasan tepi pagar longkang kilang berkenaan yang berpunca daripada air jirusan jabatan bomba ketika memadamkan kebakaran yang mengalir dan melimpah ke atas jalan.

"Air itu bercampur dengan syampu dan meninggalkan mendapan di atas jalan, longkang serta tanah. Ia dipercayai menyebabkan bau busuk dan masam bagaimanapun MDT sudah mengarahkan pemilik kilang supaya membersihkan mendapan yang tertinggal dengan segera bagi memastikan tiada lagi bau busuk," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved