Selasa, 7 Januari 2014

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


UMP, Kolej KLIA tandatangani MoU

Posted: 07 Jan 2014 10:14 AM PST

Oleh SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFIN
utusanktn@gmail.com

Mashitah Mohd. Yusof (dua kiri) bertukar dokumen dengan Nazaruddin Mohd. Nordin (dua kanan) pada majlis menandatangani MoU di Kolej KLIA Sepang, Selangor, baru-baru ini.

KUANTAN 7 Jan. - Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersama Kolej Profesional dan Pengurusan KLIA (Kolej KLIA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi meluaskan jaringan kerjasama dalam bidang keselamatan serta kesihatan pekerjaan.

Sebanyak tiga dokumen ditandatangani iaitu berkaitan perkhidmatan bagi mengkaji, mencadang dan menyediakan Pelan Tindakan Penambahan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dalam sektor perlombongan dan kuari.

Selain itu, MoU itu melibatkan kajian mengenai kos kemalangan di tempat kerja bagi sektor perkhidmatan utiliti antara UMP dan konsultan KLIA.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UMP, Prof. Dr. Mashitah Mohd. Yusof berkata, persefahaman itu bakal membawa dimensi baharu yang lebih kompetitif dalam mewujudkan hubungan dua hala.

"Menjadi hasrat UMP untuk menjajarkan kewujudannya pada koordinat strategik dalam memberi nilai tambah kepada bidang berkaitan kepakaran dan kebitaraan yang dimiliki di universiti ini.

"UMP amat mengalu-alukan kesediaan Kolej KLIA untuk tampil sebagai rakan strategik terkini bagi memacu hala tuju dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di Malaysia," katanya yang berucap dalam majlis tersebut di Kolej KLIA Sepang, Selangor, baru-baru ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kolej KLIA, Kamarulzaman Musa; Pengarah Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMO), Ir. Dr. Ahmad Rasdan Ismail dan Pensyarah Fakulti Teknologi UMP, Dr. Norazura Ismail.

Tambah Mashitah, sebagai sebuah universiti, aktiviti akademik yang dijalankan tidak terhad kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi turut meliputi penyelidikan dan perundingan.

Katanya, sejajar dengan perubahan masa dan peredaran zaman, perhatian khusus diberikan terhadap usaha memperkasakan aktiviti penyelidikan dalam bidang OSH melalui Pelan Strategik UMP 2011-2015.

Beliau percaya, komitmen tinggi kedua-dua pihak akan membolehkan ikatan strategik itu dilaksanakan melalui penerokaan dalam bidang kerjasama yang berpotensi untuk dikembangkan.

Dalam pada itu, Naib Presiden Kanan KLIA Premier Holding Sdn. Bhd., Ir. Nazaruddin Mohd. Nordin berkata, pihaknya yakin hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak dapat diperluaskan dari semasa ke semasa.

"Antaranya, termasuklah perkongsian ilmu bagi bidang kajian, perkongsian tenaga pengajar, fasiliti dan penawaran program atau kursus sedia ada," ujarnya.

Beliau berharap, usaha itu akan menjadi inisiatif dalam menyediakan platform terbaik kepada sektor pengajian tinggi negara.

PSDC menang Anugerah PSMB 2013 kategori Penyedia Latihan

Posted: 07 Jan 2014 10:14 AM PST

Khairur Rizal Ramli (tengah) bersama pengurusan dan warga kerja PSDC yang memenangi trofi Anugerah PSMB sempena majlis perjumpaan meraikan kejayaan PSDC di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

KUANTAN 7 Jan. - Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC) mengungguli Anugerah Pembangunan Sumber Manusia (PSMB) 2013 bagi kategori Penyedia Latihan sekali gus mengulangi kejayaan yang pernah dicapai pada 2010.

Penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem kepada Pengerusi Majlis Pengurusan PSDC, Datuk Lahuree Sudiran dalam satu majlis di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Pengarah Eksekutif PSDC, Khairur Rizal Ramli berkata, objektif penganugerahan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada organisasi yang telah memberi sumbangan besar dalam pembangunan sumber manusia.

Menurutnya, Anugerah Pembangunan Sumber Manusia yang dahulunya dikenali sebagai Anugerah Pembangunan Tenaga Mahir mula diperkenalkan pada tahun 1993.

"Di samping itu, anugerah ini dapat merangsang majikan-majikan memperbaiki dan memperkukuhkan pembangunan sumber manusia serta meningkatkan kesedaran dan penglibatan majikan dalam aspek berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurutnya, anugerah itu bertepatan dengan peranan PSDC kerana sejak ditubuhkan pada 17 Jun 1994 sehingga hari ini, pihaknya bertanggungjawab memberi latihan kemahiran kepada pekerja-pekerja industri khususnya di negeri ini.

Katanya, kini PSDC telah berusia lebih daripada 15 tahun penubuhannya dan sepanjang jangka waktu tersebut, PSDC berjaya melatih 29,700 tenaga mahir dan separuh mahir di pelbagai peringkat.

"Lebih 80 peratus sudah bekerja dalam pelbagai jawatan sama ada di sektor swasta atau kerajaan seperti juruteknik, pembantu juruteknik, pendawai elektrik dan pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan," katanya.

Pahang tumpu pembangunan IKS

Posted: 07 Jan 2014 10:14 AM PST

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUANTAN 7 Jan. - Kerajaan negeri akan terus memberikan tumpuan kepada usaha membangunkan sektor industri kecil dan sederhana (IKS) yang merupakan pemangkin kepada pergerakan ekonomi yang lebih besar di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, oleh yang demikian, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi memberikan fokus kepada sektor berkenaan.

Menurutnya, antara jawatankuasa terlibat ialah SME Corp. Malaysia, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP).

"Selain itu, SME Corp. juga telah memperkenalkan Program Peningkatan Keupayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera (Beep) bagi membantu melahirkan PKS Bumiputera yang dinamik dan berdaya saing.

"Pada tahun lalu sahaja, sebanyak 19 syarikat telah dibantu membabitkan 29 projek perniagaan seperti membuat roti, sabun dan kerepek. Jumlah ini melibatkan kos keseluruhan kira-kira RM3 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Pensijilan Persekitaran Berkualiti 5S di bawah program Beep kepada syarikat Mama Bake di Taman Teknologi Pahang di sini semalam.

Yang turut hadir Pengarah SME Corp. negeri, Masnani Bashirun.

Shahiruddin berkata, beliau berharap setiap pemilik syarikat melalui program Beep itu dapat menguruskan perniagaan mereka dengan baik seterusnya mampu bersaing dengan kaum lain di negara ini.

"Kita sebagai orang Melayu ambillah sikap yang kita (Melayu) mesti jadi macam orang Cina dalam gelanggang perniagaan, kita juga harus mampu melaksanakannya dan jangan mudah berputus asa," katanya.

Beliau dalam pada itu berharap, agensi-agensi kerajaan di negeri ini dapat mempermudahkan cara dalam membantu usahawan bumiputera dan bukan bertindak kejam sehingga boleh membunuh peniaga Melayu itu sendiri.

"Apa yang perlu kita buat adalah permudahkan cara, buat pemantauan rapat, dengar rintihan dan masalah mereka (usahawan) seterusnya kita bantu mereka menjalankan perniagaan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Lelaki tumbuk ibu dipenjara 18 bulan

Posted: 07 Jan 2014 10:14 AM PST

Amirullah (tengah) yang diiringi anggota polis dibawa keluar dari bangunan Mahkamah Majistret Seremban, semalam selepas dijatuhi hukuman penjara 18 bulan atas tuduhan memukul ibu kandungnya. - UTUSAN/Abd. Razak Aid

RASAH 7 Jan. - Gara-gara bertindak kasar dengan menumbuk ibu kandung sendiri sehingga lengan kiri mangsa retak, seorang lelaki menerima balasan hari ini apabila dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret Seremban di sini.

Amirullah Sendreng, 24, dijatuhi hukuman tersebut setelah mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan ibunya, Roslina Hassan, 54, cedera parah.

Anak keenam daripada lapan adik-beradik itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah No. 29, Jalan 10, Taman Desa Rhu di sini pada pukul 7.40 pagi, 9 Jun tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Sara Afiqah Zulkipli mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh sempat menasihati tertuduh supaya berjumpa dan memohon maaf kepada ibunya atas perbuatan tersebut.

"Emak kamu yang melahirkan kamu. Kalau tiada emak kamu, kamu tidak akan lahir ke dunia ini. Jumpa emak kamu dan minta maaf," katanya.

Ibu tertuduh bagaimanapun tidak hadir di mahkamah.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh dipercayai mengamuk kerana tidak berpuas hati selepas mangsa membenarkan kenalan bapanya masuk ke dalam rumah lalu mengeluarkan kata-kata kesat dan memukul wanita itu dengan tangan.

Tidak cukup dengan itu, tertuduh turut menampar, menumbuk dan menendang mangsa sehingga menyebabkan wanita itu cedera di tangan kiri.

Johan Raja Lawak, isteri menang saman

Posted: 07 Jan 2014 10:14 AM PST

KUALA LUMPUR 7 Jan. - Pelawak, Johan Raja Lawak dan isteri, Ozlyn Wati hari ini berjaya dalam tuntutan saman mereka terhadap syarikat penerbitan filem, Juara Film Production Sdn. Bhd. dan pengarah filem, Mohd. Javed Mohd. Nizar berhubung insiden cedera di dahi selepas dibaling dengan gelas kaca, empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Su Geok Yiam, memutuskan demikian selepas membenarkan saman dikemukakan oleh Johan atau nama sebenarnya, Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz, 30, dan pelakon, Ozlyn Wati atau nama sebenarnya, Rozlinawaty Ismail, 33.

Bagaimanapun, jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh Mohd. Javed dan Juara Film Production selaku defendan kepada pasangan itu akan ditaksirkan oleh mahkamah pada 23 Januari ini.

Hakim Geok Yiam turut menolak dengan kos tuntutan balas pihak defendan yang difailkan pada 18 Ogos 2010 bagi menuntut ganti rugi RM2 juta daripada pasangan itu.

Johan dan Ozlyn Wati yang diwakili peguam-peguam Zahrin Ishak dan Suhaimi Saad tidak hadir ke mahkamah hari ini kerana sedang mengerjakan ibadah umrah.

Defendan juga tidak hadir namun diwakili peguam Baljit Singh.

Pada 18 Julai 2010, Johan selaku plaintif pertama dan Ozlyn Wati plaintif kedua memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta daripada Mohd. Javed yang dinamakan sebagai defendan pertama dan Juara Filem Production defendan kedua.

Menurut pernyataan tuntutan, pihak plaintif mendakwa, mereka bekerja dengan pihak defendan dalam sebuah drama televisyen bertajuk Bisikan Arwah genre seram yang penggambarannya dijalankan di Sikamat, Negeri Sembilan.

Menurut pihak plaintif, pada pukul 7.25 petang, 10 Mei 2010, Johan menerima berita ibunya meninggal dunia akibat ketumbuhan otak dan kedua-dua mereka pulang ke Ampang selepas mendapat kebenaran daripada defendan kedua.

Selepas selesai urusan pengebumian ibu plaintif pertama, pasangan suami isteri itu memutuskan pulang ke lokasi pengambaran bagi mengelakkan gangguan masa dan kos jika mereka tidak hadir.

Semasa dalam perjalanan, kedua-dua plaintif mendakwa, cuba menghubungi defendan pertama namun panggilan tidak dijawab.

Setibanya di lokasi pengambaran pada pukul 4 petang, 11 Mei 2010, tiada sebarang aktiviti di lokasi pengambaran dan defendan pertama juga tiada di situ.

Pada pukul 6 petang, pihak plaintif mendakwa, pembantu Mohd. Javed mengarahkan mereka bertemu dengan pengarah drama itu di sebuah restoran di Taman Pulai 2, Sikamat Seremban berhubung pindaan skrip drama itu.

Bagaimanapun pihak plaintif mendakwa, setibanya mereka di restoran berkenaan, Johan diherdik oleh seorang krew penerbitan bernama Halim menyebabkan dia terpinga-pinga dan meminta penjelasan apa sebenarnya yang berlaku.

Pihak plaintif mendakwa, Mohd. Javed yang berada di situ turut menjerit memarahi Johan dan mencapai satu gelas kaca mengandungi air dan membaling tepat ke arah muka Johan sehingga gelas itu pecah lalu menyebabkan kecederaan dan pendarahan ke atas mukanya.

Pergaduhan kemudian berlaku antara Johan dan pengarah tersebut serta Halim.

Ozlyn Wati yang turut mendakwa dipukul dalam kejadian itu bagaimanapun berjaya membawa Johan masuk ke dalam kereta untuk pergi ke sebuah pusat rawatan di Seremban.

Berikutan itu, pihak plaintif antara lain menuntut ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi khas untuk perbelanjaan kos rawatan dan perbelanjaan sampingan serta kenyataan maaf terhadap mereka secara terbuka menerusi akhbar dan televisyen tempatan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


34 ahli ISIL maut bertempur penentang kerajaan

Posted: 07 Jan 2014 11:46 AM PST

BEIRUT 8 Jan. - Sebanyak 34 orang ahli kumpulan bersenjata dari Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) terkorban selepas bertempur dengan tentera penentang kerajaan, semalam.

Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, kejadian itu berlaku selepas pertempuran antara kedua-dua belah pihak di daerah Jabal Zawiya, wilayah Idlib.

Ahli kumpulan ISIL dan kumpulan yang dikenali sebagai Jund al-Aqsa, telah dibunuh oleh penentang kerajaan sejak beberapa hari lepas, kata kumpulan pemantau yang berpangkalan di Britain. - AGENSI

Komander paksa kanak-kanak pakai letupan diburu

Posted: 07 Jan 2014 10:22 AM PST

KANDAHAR 8 Jan. - Polis Afghanistan semalam, mencari seorang komander kumpulan Taliban yang didakwa memaksa seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun untuk memakai baju letupan bagi membantutkan serangan berani mati di wilayah Helmand.

Kementerian Dalam Negeri berkata kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Spozhmai itu ditahan sebelum meletupkan bahan letupan tersebut di pondok kawalan polis di daerah Khanashin.

Bercakap dalam sidang media semalam, Spozhmai berkata dia dipaksa oleh abangnya sendiri untuk menjalankan misi membunuh diri tetapi menarik diri pada saat akhir. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Festival Troppfest SEA beri lonjakan TMM 214

Posted: 07 Jan 2014 02:48 AM PST

GEORGETOWN 7 Jan. - Tropfest South East Asia (Tropfest SEA), edisi sulung festival filem pendek terbesar dunia bagi Asia, akan memberi lonjakan kepada Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

Lebih 10,000 penonton dijangka menghadiri Hari Festival Tropfest SEA 2014 di Esplanade di sini pada 25 Januari ini menampilkan kumpulan White Shoes dan The Couples Company yang berpusat di Jakarta serta kumpulan rock cello tempatan, Paladin.

Pengarah Urusan Tropfest SEA, Joe Sidek berkata, 12 finalis filem yang terpilih daripada lebih 180 penyertaan filem pendek dari sembilan negara Asia Tenggara akan turut diumumkan pada festival berkenaan.

"Menghimpunkan finalis ini ke Pulau Pinang untuk mengetengahkan karya mereka dan memberi mereka peluang meneroka pasaran global, menandakan permulaan fasa baharu perjalanan Tropfest SEA mereka yang begitu mengujakan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tropfest SEA, disokong oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan Malaysia Major Events, satu cabang Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCeb) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Antara 12 finalis terkemuka adalah Laek arahan Mony Kann Darung dari Kemboja, Chicken arahan Yihwen Chen dari Malaysia, Rice arahan Ines Sothea dari Kemboja, The Strange Detective arahan Chan Kean Wah dari Malaysia, Rice Border Love arahan Supawit Buaket dari Thailand dan Moth in Twilight arahan J.E. Tiglao dari Filipina.

Sebagai tambahan kepada pendedahan di seluruh dunia, juara Tropfest SEA 2014 akan menerima hadiah wang tunai RM32,800 tajaan Tropfest SEA dan kunjungan ke Los Angeles untuk bertemu beberapa peneraju industri perfileman dengan ditaja Motion Picture Association.

- BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Menghormati 'roh' Putrajaya

Posted: 07 Jan 2014 10:14 AM PST

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

Pemandangan meriah Putrajaya semasa sambutan ambang Tahun baru 2014, baru-baru ini. - BERNAMA

MEMANG tidak ada permohonan untuk membuka Hard Rock Cafe di Putrajaya. Jadi, tidak ada isu.

Namun, sekurang-kurangnya nada prihatin umat Islam begitu terserlah dalam isu ini.

Syabas dan terima kasih kita ucapkan kepada Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat yang begitu pantas mengekang isu ini dari berlarutan.

Tetapi satu hal yang perlu kita renung-renungkan, Putrajaya sejak dulu memang menjadi perhatian ramai.

Putrajaya adalah sebuah metropolis yang strukturnya dipahat oleh tangan-tangan manusia yang menghasilkan satu kehidupan tersendiri. Di situlah pusat baharu kerajaan Malaysia dan semua perkara berhubung dengan kerajaan bermula.

Putrajaya - dalam bahasa Melayu adalah 'putera yang berjaya', memberi tanggapan mengukuhkan kejayaan anak Diraja - Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia pertama. Menamakan metropolis Persekutuan yang baharu selepas Tunku adalah tanda penghormatan yang mulia di pihak Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam kesungguhan untuk mengingatkan rakyat Malaysia - sumbangan Tunku jangan diketepikan.

Putrajaya dibina untuk memanfaatkan insan dengan alam semulajadi. Seseorang harus menikmati pandangan bandar itu dari atas bukit kegunaan awam, untuk dapat melihat Perdana Putra yang seluas lima ekar, merupakan bangunan pentadbiran utama.

Seni bina Bangunan Perdana Putra contohnya 'amat sesuai digambarkan sebagai bertenaga, mencerminkan kekayaan Malaysia masa lampau, kini dan peranan negara di masa depan dalam dunia yang semakin kecil'. Ini merupakan tempat di mana gabungan batu-bata granit dan cantuman kaca mampu membentukkan struktur-struktur dan permukaan bangunan. Seni bina ini mempamerkan gabungan unsur-unsur Melayu dan Moorish serta norma senibina moden dan artifak, untuk membentuk satu paparan pusat pentadbiran yang berkekalan.

Putrajaya bukan 'calang-calang' destinasi. Pusat ini begitu dekat sekali dengan rencah politik tanah air. Suatu ketika di pihak Pas mungkin menggunakan faktor perbelanjaan sebagai senjata politik menentang pentadbiran Dr. Mahathir kerana didakwa 'berbelanja terlalu mewah' untuk Putrajaya. Ini mendorong Presidennya, Allahyarham Datuk Fadzil Noor bertindak, sehinggakan beliau mencadangkan mungkin Putrajaya harus dilelongkan 'untuk menjaga kebajikan rakyat'. Itu adalah tahun 1998. Sejak itu beribu-ribu rakyat Malaysia datang dari dekat dan jauh melawat Putrajaya. Langsung bantahan politik yang melaungkan isu 'mahal' itu kebuntuan dan akhirnya senyap. Penjelasannya - tempat kediaman Perdana Menteri adalah warisan awam.

Barangkali yang cukup 'arif' dengan Putrajaya adalah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Anwar, yang tidak berpeluang menikmati keseronokan menduduki dan bekerja di pusat pentadbiran itu, sebelum kejatuhannya pada 1998, selaku Menteri Kewangan berkuasa dalam pengagihan kerja dan pembiayaan. Walaubagaimanapun, beliau secara terang-terang tidak mengambil tindakan untuk mempercepatkan pembinaan kediaman TPM di Putrajaya. Sebaliknya mengambil tindakan yang cepat untuk menyiapkan kediaman baharu PM, Seri Perdana.

Di kemuncak perbalahan politik-undang-undang antara Dr. Mahathir dan Anwar selepas 2 September 1998, pengkritik-pengkritik Anwar amat suka menegaskan bahawa kelengahan membina kediaman TPM, disengajakan. Ini kerana Anwar yakin beliau akan menduduki Seri Perdana dalam masa terdekat. Penegasan ini tidak pernah disahkan kepastiannya. Namun, ia telah dijadikan satu gurauan politik yang kuat untuk orang baru.

Putrajaya, yang tercetus ideanya oleh Dr. Mahathir pada 1993, dilaksanakan pada 1995 dan sedia untuk diduduki separa pada awal 1999, telah direncanakan rekod perjalanan yang begitu baik oleh para pengganti Mahathir serta wakil rakyatnya di situ. Ahli Parlimennya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempunyai rekod cemerlang ketika menubuhkan UMNO Bahagian Putrajaya yang ketika itu cuma mempunyai 800 pengundi.

Pada Mac 2004, Putrajaya dijadikan kawasan Parlimen terbaharu dengan pengundi berdaftar seramai 5,986 orang, atas usaha Tengku Adnan, bekas Menteri di Jabatan Perdana merangkap Setiausaha Eksekutif UMNO, yang telah menjadikan seluruh kawasan itu platform prestasi terbaik dari segi perpaduan dan sokongan kepada BN. Dan apabila pilihan raya umum tahun dilangsungkan dalam tahun berkenaan, Tengku Adnan menang ke atas calon Keadilan.

Masa beredar. Pembangkang terus mencuba menakluki Putrajaya, sehinggakan dijadikan modal sepanduk, poster dan risalah utama kempen pilihan raya.

Pada 2008, dengan 81 peratus pengundi yang keluar, Tengku Adnan tetap gah mengekalkan kerusinya dengan memperoleh 4,038 undi. Lawannya, Mohamad Noor Mohamad dari Pas, sempat lagi mendapat 1,304 undi.

Pada pilihan raya umum 5 Mei tahun lepas, ketika pengundi Putrajaya - sebahagian besarnya para pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam - tidak kenal Datuk Husam Musa secara peribadi, sebahagiannya pula hanya pernah dengar namanya tapi cukup maklum dia tidak ada jasa atau sumbangan kepada penduduk Putrajaya, Husam masih mampu meraih kira-kira 4,000 undi.

Berbanding 9,943 undi yang diperoleh penyandangnya, jumlah 4,402 undi itu dianggap sesetengah pihak 'masih boleh diracun' lagi dalam empat tahun mendatang ini.

Putrajaya sangat indah dan berfungsi. Menjadi tuan rumah kepada banyak acara peringkat kebangsaan dan perjumpaan 1 juta belia.

Berkata seorang guru al-Quran dari Mashhad, Iran, Mohammad Mashmoul, 31, ketika menyertai Tilawah Al-Quran ke-55 peringkat kebangsaan tahun lepas. Putrajaya, katanya, adalah sebuah tempat pemerintahan yang indah di dunia.

"Saya baharu pertama kali berkesempatan datang ke Malaysia dan hari ini saya berpeluang melihat Putrajaya yang selama ini hanya mampu didengari sahaja di Iran," ujar Mohammad.

Dari Seri Perdana, dengan menggunakan kamera digital, seseorang boleh menangkap gambar yang menjiwai seni pemandangan malam. Dihiasi dengan lampu-lampu dan bulan seakan-akan terapung merentasi langit malam, masjid dan kaki langit Moorish bersatu dalam warna-warna lembut, seseorang boleh merasai diberkati dan bersyukur - kerana diselubungi dalam persekitaran indah dan landskap menyerlah.

Bangunan pertama dibina di Putrajaya adalah Masjid Putra. Pejabat Perdana Menteri dibina di sisi masjid itu, dikatakan simboliknya semua keputusan kerajaan dibuat mendahulukan Islam. Masjid kedua, Masjid Besi yang dikenali kini Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dibina berdepan Istana Kehakiman - simboliknya semua keputusan hakim dibuat secara adil dan saksama berlandaskan prinsip-prinsip keadilan Islam.

Putrajaya - di mana segala isu boleh 'dinyalakan'. Di mana api yang kecil, menjadi begitu berbahaya nyalaannya yang sukar dipadam dalam masa singkat.

Tidak perlu 'dicuba-cuba' kontroversi, hatta 'konon sekecil kuman Hard Rock Cafe' di pusat pentadbiran ini.

Kelak, pasti segera mengundang 'semut menghurung gula'.

Prestasi pendidikan kita merosot?

Posted: 07 Jan 2014 10:14 AM PST

Oleh Tan Sri Alimuddin Mohd Dom

Ramai pelajar kita yang belajar di luar negara dan mendapat anugerah cemerlang. Asasnya sudah tentu dibina sejak dibangku sekolah lagi. - Gambar hiasan

BEBERAPA orang rakan guru yang sedang berkhidmat bertanya kepada penulis, betulkah prestasi pendidikan di negara kita kian merosot? Pertanyaan mereka mungkin merujuk keputusan kajian Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Jawatankuasa Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) yang meletakkan negara dalam kumpulan sepertiga bawah dalam kalangan negara Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD). Kenyataan itu turut terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

Baru-baru ini pula Laporan Bank Dunia menyatakan prestasi pelajar merosot akibat sistem pendidikan kita yang terlalu berpusat.

Sebagai pesara guru yang pernah berkhidmat lebih 35 tahun dalam bidang pendidikan, penulis menyangkal kenyataan rakan-rakan tersebut.

Ini disebabkan untuk menilai pencapaian pendidikan tidak boleh hanya melalui kajian yang ringkas dan melibatkan responden dalam bilangan yang kecil. Kajian yang komprehensif perlu merujuk kepada latar belakang sejarah, perbezaan lokaliti sekolah, kedudukan masyarakat majmuk, sistem pentadbiran negara dan dasar pendidikan kebangsaan.

Oleh itu penilaian terhadap keberkesanan pendidikan tidak mencukupi hanya bersandarkan kepada keputusan dua kajian iaitu PISA dan TIMMS sahaja.

Terdapat puluhan lagi kajian yang dilakukan oleh banyak badan antarabangsa. Ini termasuk dalam kalangan negara-negara OECD iaitu Organisation for Economic Co-operation and Development atau kajian pembangunan pendidikan oleh UNESCO, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Di antara kajian itu ialah Student to Teacher Ratio by Country 2010' dilakukan oleh Institute for Statistics, UNESCO. Kajian ini membuat perbandingan nisbah bilangan guru dengan pelajar di peringkat sekolah rendah terhadap 207 buah negara. Hasil kajian itu mendapati negara kita mempunyai nisbah 1 guru kepada 13 pelajar. Kedudukan negara berada di peringkat yang sangat baik jika dibandingkan dengan negara lain malah termasuk di beberapa negara maju.

Kajian lain ialah National IQ Scores 2010' iaitu menilai tahap dan pencapaian inteligen pelajar berasaskan analisis IQ oleh Richard Lynn, Tatu Vanhanen dan Jelte Wicherts yang merupakan pakar psikologi dan sains politik. Kajian ini dilakukan dalam kalangan pelajar di 187 negara. Negara kita berada dalam kedudukan yang baik iaitu tempat ke-15 dengan jumlah skor 92 berbanding dengan negara yang berada di tangga pertama mendapat skor 108.

Kajian HDI atau Human Development Index 1975-2005' merupakan program pendidikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengukur tahap pembangunan melibatkan indikator kesejahteraan kehidupan, pencapaian pendidikan dan kadar pendapatan tahunan. Kajian ini meletakkan negara di tangga ke-63 daripada 159 negara di seluruh dunia. Analisis statistik daripada kajian ini membolehkan setiap negara mewujudkan kerangka rujukan dalam bidang ekonomi dan sosial untuk berbagai kegunaan.

Selain itu, GGG Index atau The Global Gender Gap Index 2008' yang dibentangkan dalam World Economic Forum. Kajian ini dilakukan dengan kerjasama Universiti Harvard dan Universiti California, Berkeley. Ia melihat sejauh mana peluang dan tahap pencapaian pendidikan berdasarkan perbezaan jantina dalam kalangan 130 buah negara. Hasil kajian itu tidak mengecewakan kerana meletakkan negara dalam kedudukan pertengahan daripada keseluruhan negara yang dikaji itu.

Dalam kajian Budget Expenditures 2013 Country Ranks melalui sumber rujukan CIA World Factbook 2013 didapati negara kita menduduki tempat ke-44 daripada 162 negara yang dinilai. Kajian ini menilai jumlah bajet tahunan negara yang diperuntukan untuk bidang pendidikan. Bajet 2012 berjumlah RM75 bilion di mana 21% daripadanya diperuntukkan bagi bidang pendidikan. Sudah tentu bajet yang besar itu akan memberi impak terhadap perkembangan sektor pendidikan. Tidak banyak negara yang menyediakan peruntukan terbesar untuk pendidikan seperti yang diamalkan oleh negara kita.

Baru-baru ini dalam kenyataan akhbar Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Dr. Faridah Abu Hassan menyatakan bahawa kajian PISA atau Programme for International Student Assessment, tahun 2012 membuat penilaian membabitkan empat bidang iaitu Matematik, Sains, Bacaan dan Penyelesaian Masalah.

Menurutnya persampelan kajian ini melibatkan 164 buah sekolah dan responden seramai 5,729 orang pelajar Tingkatan 2 hingga 5. Kajian yang bermula tahun 2000 akan diadakan setiap tiga tahun sekali.

Sementara itu, kajian TIMMS atau Trends in International Mathematics and Science Study dilakukan oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement memberi fokus kepada isi kandungan kurikulum.

Kajian ini menguji apa yang hendak diajar dan apa yang dipelajari oleh pelajar bagi mata pelajaran Matematik dan Sains yang diadakan setiap empat tahun sekali. Responden kajian terdiri daripada pelajar dalam satu kelas sahaja di Tingkatan 2 melibatkan 150 buah sekolah yang dipilih secara rawak.

Ternyata bahawa persampelan kedua-dua kajian PISA dan TIMMS tersebut adalah terlalu kecil jika dibandingkan bilangan sekolah yang berjumlah 10,000 buah dan pelajarnya mencecah hampir 5.4 juta orang. Tambahan pula kita mempunyai berbagai jenis sekolah dan kedudukan lokaliti yang berbeza di seluruh negara.

Dalam situasi lain perbandingan pencapaian pendidikan antara sebuah negara dengan negara lain boleh dipersoalkan kerana setiap negara mempunyai dasar dan matlamat pendidikannya yang berbeza dan tersendiri.

Baru-baru ini pula Pengarah Bank Dunia bagi Asia Tenggara, Ulrich Zachau menyatakan sistem pendidikan kita yang terlalu berpusat dalam mengawal pengambilan guru dan rancangan perbelanjaan menyumbang kepada prestasi buruk pelajar dalam pengajian mereka.

Menurut laporan Bank Dunia sistem berpusat di mana Kementerian Pendidikan menetapkan perbelanjaan, pengambilan tenaga pengajar, sukatan pelajaran dan buku teks menyebabkan prestasi sesebuah sekolah sukar untuk diakses.

Sesungguhnya pentadbiran secara berpusat bukanlah suatu yang baharu. Sistem ini diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan dan turut melibatkan semua kementerian. Penulis berpendapat dengan wujudnya Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah berupaya mengurangkan kerenah birokrasi malah memudahkan sistem penyampaian, penyaluran peruntukan dan penyediaan segala keperluan sekolah.

Sistem pentadbiran berpusat diperlukan kerana pendidikan mempunyai peranan besar dalam pembangunan negara dan untuk merealisasikan agenda nasional seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Natijahnya kualiti pendidikan kita tidak merosot. Setiap tahun ribuan pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kini tumpuan tidak hanya di negara penutur jati Bahasa Inggeris tetapi beralih ke negara lain seperti Perancis, Jerman, Mesir, Russia, Korea Selatan dan Jepun.

Ramai yang menerima anugerah dan mencapai keputusan cemerlang dalam pengajian mereka. Justeru kejayaan dan kecemerlangan itu sudah tentu asasnya telah dibina ketika di bangku sekolah lagi!

PENULIS ialah Pengerusi Yayasan Guru

Malaysia Berhad dan Pengerusi Lembaga

Pengarah Universiti UniSZA.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Ketawa treapi percuma

Posted: 06 Jan 2014 10:52 PM PST

Sebahagian daripada warga emas yang mengikuti sesi terapi ketawa yang dikendalikan oleh Dr. Dhilip Kumar di Hospital Pantai Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hakikat ini dapat dirasai ketika saya melangkah masuk ke dewan besar Hospital Pantai Kuala Lumpur (HPKL), baru-baru ini, apabila apabila suasana hening tiba-tiba dipecahkan dengan gelak ketawa lebih 80 warga emas dan kanak-kanak miskin dari Lighthouse Children Welfare Home Association Kuala Lumpur.

Biarpun masih tidak pasti punca gelak ketawa mereka, saya turut terkesan dengan aura ceria dan gembira yang memenuhi seluruh dewan.

Ada di antara mereka nampak begitu teruja dan terhibur dengan aktiviti yang dinamakan 'terapi ketawa', dikendalikan oleh doktor dalan perubatan semulajadi, Dr. Dhilip Kumar.

Terapi ini mengajak peserta yang terlibat sama ada kanak-kanak dan warga emas, ketawa beramai-ramai sambil melakukan gaya dan perilaku yang mencuit hati.

Mereka dikehendaki berdiri dalam gaya bebas dan berselerak sambil mengikut gaya suara suara intonasi ketawa yang dilakukan oleh Dr. Dhilip.

Pelbagai gaya dan intonasi suara semasa ketawa telah dikeluarkan masing-masing sepuas hati yang menyebabkan keseluruhan peserta teruja dan gembira.

Bermula dengan ketawa secara perlahan sehinggalah sedikit demi sedikit ketawa mereka bertukar semakin kuat menyebabkan kesemua peserta geli hati dengan diri masing-masing.

Percayalah, dengan hanya melakukan aktiviti ketawa secara beramai-ramai ini selama sejam, kanak-kanak dan warga emas tersebut kelihatan lebih gembira dan ceria selepas sesi tersebut selesai.

Mengulas lanjut mengenai kelebihan ketawa, Dr. Dhilip berkata, ketawa ialah satu kualiti hebat tersimpan dalam diri manusia yang apabila dilepaskan akan mengubah keseluruhan hidup seseorang individu menyebabkan mereka merasai kebahagiaan.

Terapi ini juga untuk memulihkan banyak penyakit berkaitan dengan perut.

Ketawa yang kuat secara berdekeh-dekah seeloknya dilakukan sekurang-kurangnya tiga atau empat kali sehari.

"Melalui terapi ketawa yang diperkenalkan di India pada tahun 1997, ternyata ia memberi kesan yang baik kepada individu dari aspek kesihatan dan emosi mereka.

"Ia kini bukan sahaja diamalkan di India, malah semakin popular di seluruh dunia terutamanya di hospital-hospital di Eropah dan Amerika Syarikat.

"Di Malaysia, terapi ini masih baru lagi sejak ia diperkenalkan oleh Kevala Centre lima tahun lepas.

"Bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup sihat melalui terapi ketawa kami sedang berusaha meluaskan kelebihan terapi ini kepada orang ramai di luar sana," katanya.

Tambah Dr. Dhilip, apabila seseorang ketawa kadar hormon stres seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun.

Disebabkan hormon-hormon inilah yang memberi tekanan terhadap sistem ketahanan tubuh yang boleh mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kesihatan yang tidak baik. Satu kajian mendapati bahawa ketawa membantu mengurangkan stres dan meningkatkan fungsi ketahanan tubuh.

"Aktiviti terapi ketawa adalah satu bentuk senaman yang dengan pernafasan yang mempunyai kebaikan kepada paru-paru dan jantung yang keseluruhannya mempunyai 12 langkah.

"Setiap langkah yang dilakukan menggunakan keseluruhan tenaga yang terdapat dalam tubuh sambil diiringi dengan gelak ketawa daripada peserta.

"Contohnya aktiviti yang memerlukan peserta menepuk tangan sambil ketawa kuat berfungsi menggerakkan keseluruhan organ dalam badan, pergerakan dengan tangan 'teh tarik' untuk meningkatkan tahap pernafasan dalam badan dan aktiviti menggoyang dan menggerakkan badan sambil ketawa membantu menyeimbangkan perjalanan darah dalam badan," ujarnya.

Dr. Dhilip menambah, kajian juga menunjukkan mereka yang banyak ketawa dalam kehidupan mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, selain mereka akan kelihatan lebih bertenaga dan gembira.

Katanya, ketawa tidak kira tempat dan keadaan yang sedang dilalui.

Ketawa secara beramai-ramai dengan rakan-rakan ketika bercerita perkara yang melucukan atau ketawa berseorangan semasa menonton cerita kartun mahupun adegan dalam televisyen yang menghiburkan adalah sesuatu yang memberi kesan positif dalam diri walaupun ia berlaku secara spontan dan tanpa diduga.

"Kajian juga menunjukkan hasil terapi ketawa yang berulang sebanyak 100 kali, ibarat seperti jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal.

"Dengan ketawa juga membantu menghilangkan kesakitan walaupun ia hanya sementara. Berdasarkan kajian pesakit kanser yang melalui terapi ketawa membantu menghilangkan seketika perasaan sakit yang dilami mereka," katanya.

Beliau juga menambah, dengan ketawa seseorang akan mempunyai kemahiran sosial yang lebih baik dan lebih yakin untuk berhadapan dengan orang disekelilingnya.

Seorang yang mudah untuk ketawa akan lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab sekiranya sering ketawa.

Sementara itu, Pengarah HPKL, Anwar Anis berkata terapi ketawa yang pertama kali dianjurkan oleh hospital tersebut bertujuan meraikan anak-anak yatim dan warga emas bersempena sambutan Krismas baru-baru ini.

"Kami ingin meraikan dan berkongsi kegembiraan dengan golongan ini yang mempunyai kesihatan baik dan melalui hari-hari yang penuh ceria.

"Seseorang mempunyai kesihatan dan jiwa yang baik mereka juga akan mempunyai jiwa dan minda yang bagus.

"Kami juga menyedari kebanyakan golongan ini adalah insan yang banyak menghabiskan masa berseorangan di rumah dan ini adalah masa sesuai untuk menghiburkan mereka," jelasnya. - SITI AISHAH YUSOFF

Tidak puas di tempat tidur

Posted: 06 Jan 2014 10:52 PM PST

EJAKULASI pramatang (PE) merupakan kegagalan seksual yang paling biasa berlaku dalam kalangan lelaki dan disifatkan sebagai kesukaran untuk mengawal pancutan air mani.

Berbeza dengan disfungsi erektil (ED) iaitu ketidakbolehan untuk menegangkan zakar bagi golongan Adam, PE kini dikenal pasti sebagai satu keadaan yang memerlukan sokongan dan bantuan perubatan oleh pelbagai pertubuhan kesihatan global seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Persatuan Urologikal Amerika (AUA), dan Persatuan Antarabangsa Ubat-Ubatan Seksual (ISSM).

Ini memandangkan rawatan terhadap PE yang efektif dan mampu menambah baik kawalan ejakulasi pramatang, bakal meningkatkan kepuasan seksual serta kualiti keseluruhan kehidupan suami dan pasangan mereka.

Hasil daripada kajian kaji selidik yang dijalankan secara meluas oleh Menarini, sebuah syarikat biofarmaseutikal yang bertapak di Itali, mendedahkan bahawa masalah ejakulasi pramatang menyebabkan tekanan emosi dan kekecewaan yang serius terhadap golongan lelaki dan pasangan mereka.

Kajian dilakukan terhadap 3,500 responden dari sembilan negara di Asia Pasifik termasuk Australia, China, Hong Kong, Malaysia dan Thailand, pada pertengahan tahun lalu.

Menurut Pengurus Besar Menarini Malaysia, Cheah Chor Eng, kaji selidik ini mendedahkan kesan sebenar kepuasan seksual terhadap pasangan masing-masing. Paling membimbangkan apabila begitu ramai pasangan kecewa dengan kehidupan seksual mereka.

Lebih penting kaji selidik ini juga menunjukkan sejauh mana ejakulasi pramatang memberi kesan kepada pasangan, sama ada secara peribadi dan tahap perhubungan mereka.

Dalam pada itu Perunding Pembedahan Urologikal di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur dan Profesor Madya Pembedahan Klinikal Universiti Monash Malaysia (Kampus Sunway), Prof. Dr. George Lee berkata, kesan ejakulasi pramatang ke atas lelaki dan pasangan mereka boleh menjadi begitu serius terhadap hubungan personal seseorang.

"PE membawa stigma yang besar kepada golongan lelaki sekali gus menghalang mereka daripada mengambil sebarang tindakan atas keadaan berkenaan.

"Menerusi kajian ini kami berharap golongan lelaki akan dapat menghapuskan stigma berkenaan dan berbincang mengenai masalah PE," jelasnya.

Sementara itu Perunding Kanan Pakar Urologi dan Ketua Unit Urologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Zulkifli Md. Zainuddin pula menegaskan, PE adalah situasi keadaan yang benar-benar memerlukan rawatan dan ditangani menerusi rundingan perubatan.

"Ejakulasi pramatang sama seperti isu kesihatan seksual lain yang boleh dirawat dengan jayanya. Adalah penting bagi seorang lelaki yang mengalami masalah ini berjumpa dengan doktor dan mengambil langkah serius untuk merawatnya demi menambah baik kehidupan seksual dan pasangan mereka," katanya.

Laporan kaji selidik ini kini boleh diakses di laman web yang baharu dilancarkan iaitu www.ControlPE.com.my. kaji selidik ini dijalankan oleh Kantar Health dan dibiayai oleh Menarini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Taman rekreasi tidak terurus

Posted: 07 Jan 2014 10:14 AM PST

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

LEE Lam Thye (hadapan) melihat kesan runtuhan batu ke dalam longkang sehingga menyebabkan aliran air di taman rekreasi di Jalan Perkasa, Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur tidak berfungsi dengan sempurna.

KUALA LUMPUR 7 Jan. - Sebuah taman rekreasi yang menjadi tumpuan warga kota untuk beriadah di Jalan Perkasa, Taman Maluri, Cheras dekat sini memerlukan perhatian daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia ekoran beberapa kemudahan di taman tersebut tidak diselenggara dengan baik dan telah rosak.

Ujarnya, sebelum ini, DBKL telah menggantikan semua peralatan bersenam yang usang dengan baharu namun ia menjadi mangsa kegiatan vandalisme selain tidak sesuai digunakan oleh warga emas.

"Pagar untuk kemudahan sukan futsal juga rosak dan perlu diganti. Saya berharap DBKL mempunyai peruntukan untuk membaik pulih dan menyelenggara taman ini dengan baik.

"Taman rekreasi ini sememangnya dikunjungi penduduk pada waktu pagi untuk bersenam. Saya juga sering datang ke sini untuk beriadah," katanya ketika tinjauan bersama Utusan Malaysia di taman rekreasi itu di sini hari ini.

Lam Thye berkata, beliau turut kesal dengan sikap segelintir pihak bertanggungjawab yang merosakkan kemudahan selain membuang sampah secara sesuka hati di kawasan tersebut.

"Papan tanda untuk panduan senaman turut dicabut, dikoyak dan diconteng oleh individu yang saya sifatkan sebagai nakal," katanya.

Menurutnya, sistem perparitan yang tersumbat di taman rekreasi itu juga perlu dibaik pulih dengan segera kerana dibimbangi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

"Taman yang berusia kira-kira 30 tahun ini dahulunya terbiar dan kotor, namun telah dibaik pulih oleh pihak DBKL selain ditanam dengan pokok-pokok hiasan.

"Bagaimanapun, sikap segelintir pengunjung terutama yang datang pada waktu malam dan merosakkan kemudahan di taman ini amat dikesali," katanya.

Kolam tadahan atasi banjir di Rawang

Posted: 07 Jan 2014 10:14 AM PST

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusan.com.my

NOR Hisham Ahmad Dahalan (kiri) menunjukkan lokasi cadangan untuk membina kolam tadahan banjir di Rawang semalam. - UTUSAN/ZAINI HUSIN

RAWANG 7 Jan. - Sebuah kolam tadahan banjir seluas tiga ekar akan dibina di Batu 23 Jalan Batu Arang-Rawang, di sini bagi mengatasi masalah banjir kilat baru-baru ini.

Pembinaan kolam berdekatan Sungai Gong yang menjadi punca banjir itu akan dijalankan sebaik sahaja mendapat kelulusan kerajaan negeri Selangor.

Pegawai Daerah Gombak, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahalan berkata, beliau akan menemui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim esok bagi mendapatkan kelulusan dan segera membina kolam tadahan di atas tanah seluas 10 ekar itu.

"Setelah mengenal pasti kawasan untuk membina kolam tersebut hari ini, saya akan berusaha untuk menjadikan Rawang sebagai kawasan bebas banjir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia setelah meninjau kawasan cadangan bagi kolam tadahan tersebut, di sini, hari ini.

Dalam kejadian banjir pada 24 Disember lalu, hujan lebat selama tiga jam menyebabkan banjir kilat di Kampung Sungai Bakau dekat sini, dengan lebih 20 buah rumah dimasuki air sedalam 0.5 meter ekoran air sungai berdekatan melimpah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, seramai 100 penghuni di kawasan terlibat terjejas selain empat buah kereta turut ditenggelami air.

Kejadian itu juga mengakibatkan ribuan pengguna jalan raya yang melalui Jalan Batu Arang berhampiran Pusat Beli-Belah Aeon Rawang terkandas untuk ke tempat kerja kira-kira pukul 7 pagi.

Nor Hisham berkata, kolam tersebut dijangka dapat menyelesaikan 90 peratus masalah banjir di Rawang.

"Kolam dan tanah ini adalah milik kerajaan dan kita akan tuntut di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara untuk membinanya dan saya rasa kita tidak akan menerima bantahan daripada mana-mana pihak," katanya.

Nor Hisham juga meminta beberapa pemaju hartanah di sekitar Rawang supaya segera membina kolam-kolam perangkap lumpur di tapak projek masing-masing bagi mengelak air bertakung dan aliran tersekat.

Kemeriahan Tahun Baharu Cina mula dirasai di Jalan Petaling

Posted: 07 Jan 2014 10:14 AM PST

DERETAN tanglung yang dipasang memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada hujung bulan ini di Jalan Petaling, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR 7 Jan. - Kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina mula dirasai di sekitar Jalan Petaling di sini apabila kebanyakan bangunan di kawasan tersebut telah dihiasi dengan tanglung berwarna merah.

Suasana itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran pengunjung serta pelancong asing untuk membeli-belah.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan itu hari ini mendapati, banyak gerai serta kedai menjual pelbagai barangan yang menjadi tumpuan pengunjung.

Antaranya termasuklah kedai menjual pakaian yang menawarkan harga menarik dan berpatutan kepada pelanggan.

Gerai yang menjual cenderamata pula menjadi pilihan pelancong untuk membeli barangan sebagai kenangan di negara ini.

Selepas penat membeli-belah, beberapa pengunjung turut singgah ke gerai air kacang soya untuk melepaskan dahaga.

Sementara itu, penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga meronda di sekitar Jalan Petaling bagi mengesan kegiatan peniaga haram.

Jalan Petaling sememangnya dikenali sebagai lokasi popular yang menjual barangan pada harga murah selain pelbagai jenis makanan kaum Cina.

Langkah menaik taraf imej Jalan Petaling sejak beberapa tahun lalu berjaya memberi wajah baharu kepada kawasan tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Undang padah buat pengguna

Posted: 06 Jan 2014 11:03 AM PST

A. AZIZ ALI
Kempas, Johor Bahru.

JALAN di Persiaran Kempas Baru, Johor Bahru yang rosak akibat tumpahan simen ternyata membahaya dan menyusahkan pengguna laluan berkenaan.

Saudara Pengarang,

SAYA ingin membuat aduan berhubung jalan raya di kebanyakan di negara ini, tidak terkecuali di daerah Johor Bahru.

Selain masalah jalan rosak dan berlubang yang sering dihadapi oleh pengguna, masalah jalan rosak akibat tumpahan simen turut menghantui orang ramai.

Situasi tersebut bukan sahaja menyusahkan pengguna, malah boleh membahayakan nyawa mereka kerana permukaan jalan yang tidak rata akibat simen yang tumpah mengeras.

Sebagai contoh jalan yang rosak akibat tumpahan simen adalah di Persiaran Kempas Baru, Johor Bahru iaitu di simpang masuk ke Jalan Banjaran Utama dan Jalan Lurah 18.

Lebih membahayakan jalan tersebut berbukit, ditambah lagi dengan permukaan jalan yang bersimen itu, sudah pastinya sangat menyusahkan orang ramai yang melalui kawasan tersebut.

Masalah tersebut boleh dilihat di kawasan-kawasan lain di daerah ini, antaranya di persimpangan lampu isyarat berhampiran Pasar Raya Mydin di Tampoi, Johor Bahru.

Jalan rosak akibat tumpahan simen ini tidak akan berlaku sekiranya pemandu lori yang membawa muatan simen berkenaan lebih peka dan mengambil langkah sepatutnya bagi memastikan bahan tersebut tidak jatuh ke atas jalan raya.

Justeru, pihak berwajib diharap agar tidak memandang ringan masalah ini dan dapat membaiki jalan tersebut bagi keselesaan pengguna jalan raya.

Taman Rekreasi Kesang dibangunkan semula

Posted: 06 Jan 2014 11:03 AM PST

SULAIMAN ISMAIL
Setiausaha Majlis Daerah Tangkak.

Saudara Pengarang,

MAKLUM balas Taman Rekreasi Taman Kesang berikutan artikel aduan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 25 Disember lalu.

Pada 9 Jun 2008, Daerah Ledang telah diisytiharkan dengan kawasan Kesang termasuk di dalam daerah Ledang.

Justeru, Majlis Daerah Tangkak (MDT) secara tidak langsung telah mengambil alih taman rekreasi tersebut daripada Majlis Perbandaran Muar.

Antara kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut ialah 12 buah gerai, tandas, surau, tiga pondok rehat, gelanggang futsal, taman permainan, tempat meletak kenderaan dan replika beca.

Pembukaan Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) pada 2006 adalah antara masalah utama yang menyebabkan pengunjung semakin kurang menggunakan laluan asal ke medan selera tersebut iaitu Jalan Muar-Kesang-Melaka.

Justeru, ramai peniaga mengalami kerugian besar akibat tiada sambutan daripada pengunjung dan menyebabkan medan selera tersebut tidak beroperasi lagi.

Terdapat banyak kerosakan pada struktur bangunan dan kemudahan seperti pintu, tingkap, saluran paip dan saliran tersumbat akibat vandalisme.

Kawasan tersebut juga sentiasa dinaiki air terutama ketika musim banjir.

Pihak MDT bercadang untuk membaik pulih bangunan dan kawasan tersebut dan membuka peluang semula kepada peniaga yang berminat.

Kos membaik pulih tersebut menelan belanja kos sebanyak RM350,000, namun tiada peruntukan untuk tujuan berkenaan tetapi MDT akan cuba untuk memohon peruntukan daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menampung kos pembaikan itu.

Jabatan Kesihatan turut telah membuat siasatan hasil daripada aduan ini dan mendapati sampah-sarap seperti tilam, karpet, papan dan bumbung asbestos telah dibuang di kawasan tersebut oleh orang ramai.

Untuk makluman, MDT telah melantik kontraktor pembersihan, Nuris Enterprise untuk membersihkan kawasan bangunan gerai, surau, tandas dan kawasan lapang serta membersihkan parit dan memotong rumput.

Namun, terdapat orang yang tidak bertanggungjawab membuang sampah dapur di kawasan jalan hadapan dan pihak kontraktor telah mengutip dan membersihkannya setiap kali berlaku perkara tersebut.

Pihak MDT ada menyediakan dua unit tong sampah berkapasiti 240 liter untuk digunakan di kawasan gerai dan diuruskan oleh pihak kontraktor.

Bagaimanapun, pihak MDT telah berbincang dengan pihak kontraktor agar sama-sama membantu melupuskan longgokan sampah-sarap tersebut dan telah dilaksanakan pada hari itu.

Sehubungan itu, pihak kami memohon kerjasama daripada orang ramai dan penduduk setempat agar bersama-sama dalam menjaga kebersihan terutama di tempat awam.

MDT menerusi Jabatan Perancangan Bandar dan Landskap telah menerima dua permohonan daripada orang awam dan syarikat persendirian untuk membangunkan semula Taman Rekreasi Kesang dan antara cadangan itu adalah membuka pasar karat.

Kumpulan peniaga pasar karat di Tanjung Gading telah membuat permohonan untuk menjadikan Taman Rekreasi Kesang sebagai tapak perniagaan mereka yang baharu bagi menggantikan tapak lama yang terletak di hadapan rumah persendirian.

Berdasarkan cadangan pemohon, penempatan semula pasar karat yang menjual barang-barang antik bertujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung, namun aktiviti pasar karat ini hanya dijalankan pada waktu hujung minggu sahaja.

Kedua, cadangan bersepadu Taman Rekreasi Kesang iaitu pemohon berhasrat untuk membangunkan semula kawasan rekreasi sebagai kawasan penginapan calet yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kolam renang, zoo mini dan kemudahan lain.

Pembangunan akan memberi tumpuan kepada menaik taraf kawasan sedia ada dan melibatkan pembinaan calet dengan kos pembinaan ditanggung sendiri oleh pemohon.

Selain itu, pemohon berhasrat untuk menjadikan kawasan rekreasi ini sebagai hentian rehat dan rawat terutamanya bagi pengguna Lebuh Raya AMJ.

Pemasangan beberapa papan tanda besar dari jalan utama ke medan selera tersebut boleh menarik minat orang ramai ke kawasan berkenaan, selain menghiasi persekitaran dengan landskap lebih menarik.

Bagaimanapun, hingga kini pihak MDT masih lagi dalam proses pertimbangan memandangkan kawasan tersebut terdedah kepada banjir dan kos membaik pulih kawasan tersebut yang tinggi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Perlu jadi pengguna

Posted: 06 Jan 2014 10:52 PM PST

Pengasas Aura White, Feena Azmir bersama suaminya berhati-hati memilih duta untuk mempromosi produk mereka.

Pengasas Aura White Beauty, Nur Furyna Azmir (Feena) melantik dua selebriti untuk mengemudi proses promosi produk-produknya jelas membantu. Bagaimanapun menurut Feena, ini tidak bermakna dia hanya mahu mengambil kesempatan untuk melariskan produknya sahaja.

Percaya duta seharusnya menjadi pengguna, Feena berkata sebelum memilih duta untuk produk yang diwakili dia akan memastikan duta itu mengalami perubahan yang dimaksudkan.

"Saya mahu mereka jadi pengguna dan bukan semata-mata duta.

"Sebab itu sebagai permulaan kami akan bekalkan mereka dengan produk tersebut untuk mereka cuba dahulu, dan bila mereka sendiri yakin secara automatik duta yang dipilih ini akan lebih natural untuk menerangkan kepada pengguna lain," katanya.

Kami percaya duta yang dilantik pihak Aura White Beauty ini bukan sekadar bersetuju untuk wang tetapi mereka benar-benar yakin dengan produk kami. Sebab itu kami lebih selesa sebenarnya untuk mengekalkan duta yang ada bagi memastikan bukti produk ini benar-benar jelas.

"Kami masih mengekalkan Hanez Suraya sebagai duta beberapa produk kami, kami mahu pengguna tidak keliru.

"Kehadiran produk terbaharu kami, AuraMen pula memerlukan saya memilih duta di kalangan selebriti lelaki. Pada mulanya agak sukar untuk memilih, namun saya lihat Izzue begitu terbuka untuk mencuba yang akhirnya dia mengakui keberkesanan produk ini," katanya.

DUta atau auta?

Posted: 06 Jan 2014 10:52 PM PST

Izzue Islam pada majlis pelantikannya sebagai duta AuraMen untuk produk Aura White Beauty.

KEWUJUDAN ratusan produk kecantikan di pasaran kini, membuatkan para peniaga mula mencari pelbagai alternatif untuk melariskan jualan mereka. Bercakap soal produk kecantikan, ia tidak hanya terbatas kepada penggunaan luaran sahaja, kini terdapat juga suplemen kecantikan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Antara pendekatan paling rasional kini, adalah dengan menggunakan khidmat selebriti popular. Pembabitan artis popular secara tidak langsung dilihat dapat mempercepatkan lagi pengenalan produk kecantikan ini di kalangan pengguna terutamanya wanita. Nampaknya, usaha ini bukan lagi eksklusif memandangkan penggunaan khidmat selebriti bagi melariskan produk kini semakin menjadi-jadi.

Jika dilihat pengaruh yang dimiliki golongan selebriti ini tidak dinafikan kuasa mereka agak kuat untuk menyakinkan peminat. Mungkin atas faktor itu juga para peniaga dilihat mengambil kesempatan ke atas para selebriti ini untuk memastikan produk mereka diterima tanpa diragui.

Sementara itu, di kalangan selebriti pula menjadi duta ke atas satu-satu produk boleh disifatkan sebagai antara kejayaan dalam karier mereka. Bohonglah untuk peminat tidak mengetahui bahawa setiap urus niaga yang melibatkan soal penjenamaan ini bakal memberi kelebihan buat artis pujaan mereka. Dengan jumlah wang yang diterima mereka sebagai duta, persoalan yang timbul kini adalah tanggungjawab yang dipikul para selebriti ini.

Memang nampak mudah untuk mereka menerima tawaran sebagai duta, tetapi pernah atau tidak mereka terfikir impak penggunaan produk tersebut ke atas peminat masing-masing yang hanya membeli atas dasar sokongan.

Tidak dinafikan ada di kalangan selebriti ini memang mengambil berat soal ini. Bagaimanapun dengan pertumbuhan ratusan produk kecantikan, kini para selebriti dilihat semakin rambang mata untuk hanya menurut permintaan pihak peniaga.

Pernah kita dikejutkan dengan penyerbuan pihak berkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke atas sebuah kilang pemprosesan produk kecantikan berasaskan makanan tambahan. Tiada apa yang lebih menakutkan, produk itu lebih mengutamakan pengambilan seorang duta yang juga selebirti terkenal sebelum mendapat kelulusan pihak KKM.

Melalui peristiwa ini apa yang boleh disimpulkan pemilihan duta dilihat menjadi elemen penting untuk pemasaran produk. Namun ini tidak bermakna sebagai selebriti mereka terlepas untuk mengetahui produk itu sedalamnya sebelum bersetuju menjadi duta.

Malah tidak masuk akal sebenarnya mereka dipilih menjadi duta apabila pengetahuan mengenai produk tersebut langsung tidak diambil berat. Lebih melucukan, apabila kebanyakan selebriti ini hanya menjadi duta ke atas produk tersebut tanpa menggunakannya. Jika dilihat ini merupakan satu tindakan yang kurang adil buat peminat mereka, apabila sudah diadu domba dengan pelbagai cerita serta dibuktikan dengan kecantikan artis itu sendiri sesiapa juga akan percaya yang produk berkenaan mujarab.

Membincangkan perkara ini secara mendalam, setiap selebriti yang menjadi duta ke atas mana-mana produk seharusnya bertindak jujur dengan peminat mereka. Jika benar produk yang digunakan itu berkesan, maka tidak salah untuk mereka menjadi pengantara buat peminat dan produk itu sendiri. Namun jika mereka hanya mengambil kesempatan ke atas populariti yang diraih, ini seharusnya dihentikan.

Bukan sahaja ia membodohkan peminat itu sendiri, tetapi intigriti yang seharusnya ditanam dalam diri setiap manusia itu juga tidak mengecualikan sesiapa termasuk selebriti. Mungkin ini nampak ringan namun sebenarnya, ini dipanggil penipuan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Perlis dapat dua depot bekalan

Posted: 06 Jan 2014 11:03 AM PST

Oleh SHOLINA OSMAN
utusanperlis@utusan.com.my

SHAHIDAN Kassim (barisan belakang, tengah) bersama para pelajar dalam Majlis Penyampaian Bantuan Pakaian Sekolah di Dewan Sivik, Arau, Perlis, kelmarin.

ARAU 6 Jan. - Perlis bakal mewujudkan sebuah lagi depot bekalan sebagai persediaan untuk memastikan segala barang keperluan mencukupi untuk mangsa banjir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, ini menjadikan Perlis mempunyai dua depot bekalan.

''Depot bekalan yang sedia ada terletak di Titi Tinggi yang mana akan ditambah lagi satu tidak lama lagi," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyampaian bantuan baju sekolah Parlimen Arau di Dewan Sivik di sini semalam.

Seramai 80 pelajar miskin dari tingkatan satu hingga tiga bagi Parlimen Arau menerima bantuan baju sekolah.

Shahidan berkata, bangunan depot bekalan baharu itu akan disewa daripada pihak swasta.

Katanya, pihaknya tidak bercadang untuk membina bangunan baharu memandangkan bangunan ini sebagai depot sahaja.

''Depot bekalan yang sedia ada iaitu sebuah dewan akan diperbaiki supaya dapat digunakan sebagai persediaan musim banjir," katanya.

Jelasnya, keperluan barangan di depot bekalan pula akan ditambah berdasarkan arahan Jabatan Meteorologi.

''Biasanya arahan akan dikeluarkan tiga hari sebelum bencana berlaku supaya dapat mengambil langkah berjaga-jaga," katanya.

Shahidan berkata, ini penting supaya depot bekalan boleh bersiap sedia dengan barangan keperluan.

Selain itu, Shahidan juga mencadangkan supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri menjadikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) sebagai setor bekalan hadapan.

Raja Muda Perlis tinjau Stadium Carrow Road

Posted: 06 Jan 2014 11:03 AM PST

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kiri) diiringi oleh Tengku Azizan Tengku Ahmad (kiri) dan Chris Bailey (kanan) meninjau Stadium Carrow Road di Norwich, United Kingdom, baru-baru ini.

NORWICH 6 Jan. - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meninjau Stadium Carrow Road di sini sempena lawatan kerja tiga hari ke England baru-baru ini.

Ketibaan baginda yang juga peminat utama sukan bola sepak di stadium berusia kira-kira 70 tahun itu disambut oleh Ketua Operasi Kelab Bola Sepak Norwich City, Chris Bailey yang kemudiannya memberi taklimat mengenai pembangunan stadium serta kelab bola sepak berkenaan.

Turut menyertai baginda dalam tinjauan itu ialah Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin dan bekas pemain bola sepak Perlis, Tengku Azizan Tengku Ahmad yang kini menetap di England.

Stadium Carrow Road yang boleh menampung kira-kira 27,000 penonton terletak di lokasi strategik dan berhampiran dengan stesen kereta api Norwich.

Sepanjang berada di England, baginda turut menghadiri beberapa aktiviti, termasuk menghadiri majlis penganugerahan The Name In Science yang diterima Naib Canselor UniMAP sempena Oxford Summit of Leaders serta melakukan lawatan kerja ke kilang Lotus di Norwich. - BERNAMA

e-pembelajaran mulai Jun ini

Posted: 06 Jan 2014 11:03 AM PST

Oleh OPAT RATTANACHOT
utusankedah@utusan.com.my

BANDAR BAHARU 6 Jan. - Kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah akan melaksanakan program e-pembelajaran di seluruh sekolah rendah di negeri ini secara berperingkat bermula Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi, Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi Kedah, Datin Norsabrina Mohd. Noor berkata, pelaksanaan program tersebut bertujuan meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum dalam murid sekolah rendah agar setanding dengan negeri-negeri lain.

Beliau berkata sebagai permulaan, Sekolah Kebangsaan (SK) Relau di sini dipilih sebagai sekolah perintis program tersebut.

"Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pada dasarnya telah bersetuju dengan rancangan ini. Kerajaan negeri berpendapat bahawa kita perlu memperkasakan penduduk negeri ini dalam bidang teknologi maklumat dan salah satunya adalah melalui institusi sekolah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah sekitar daerah ini baru-baru ini.

Norsabrina yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu berkata, program e-pembelajaran yang diperkenalkan tersebut juga dijangka meningkatkan lagi keupayaan murid sekolah dalam bidang teknologi maklumat dan perkembangan terkini.

"Sebelum ini ada sesetengah sekolah telah mengguna pakai sistem e-pembelajaran tetapi atas inisiatif sendiri dan juga sumbangan daripada persatuan-persatuan. Selepas ini kita berharap program tersebut dapat dijalankan secara menyeluruh termasuk di sekolah-sekolah luar bandar," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved