Sabtu, 31 Mei 2014

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Tiga maut, 600 dipindahkan akibat banjir di Iran

Posted: 31 May 2014 11:21 AM PDT

TEHRAN 1 Jun - Tiga wanita maut ekoran banjir yang melanda wilayah Khorasan di tenggara Iran, manakala seramai 600 penduduk dipindahkan akibat kejadian tanah runtuh di wilayah Golestan, menurut laporan Bulan Sabit Merah Iran semalam.

Pekerja keselamatan menyelamatkan para penduduk selepas mereka terperangkap akibat banjir teruk dan tanah runtuh akibat hujan lebat melanda negara ini sejak minggu lalu.

Gabenor wilayah Golestan, Hassan Sadeqloo berkata, jumlah kemusnahan di wilayah berkenaan dianggar sebanyak AS$49 juta. (RM 157.6 juta). - AFP

Gempa bumi 6.2 skala Ritcher landa Mexico

Posted: 31 May 2014 11:20 AM PDT

MEXICO CITY 1 Jun - Gempa bumi berukuran 6.2 skala Ritcher melanda pantai Mexico semalam, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa bumi itu berlaku kira-kira 295 kilometer dari barat daya bandar Puerto Vallarta dengan kedalaman 10 kilometer.

Tiada kematian atau kerosakan dilaporkan berikutan gegaran tersebut. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Natijah hubungan Malaysia-China

Posted: 31 May 2014 11:19 AM PDT

DR. AZMI HASSAN

CHINA amat menghargai pendekatan berhemah dan sederhana Malaysia yang tidak menyebelahi mana-mana pihak kuasa besar. - REUTERS

Tidak dapat dinafikan bahawa Beijing menaruh harapan yang tinggi terhadap pengaruh Kuala Lumpur terutama sekali yang melibatkan isu geopolitik rantau Asia Pasifik supaya masyarakat antarabangsa dapat mentafsirkan keadaan sebenar kebangkitan China. Kuala Lumpur mempunyai peranan kritikal kerana perspektif lazim terhadap kehadiran China adalah satu fenomena yang harus di geruni oleh setiap negara.

Bermula dari era 1970-an dimana dunia di selubungi oleh ketaksuban Perang Dingin dan Asia Tenggara pula di ancam oleh pengaruh ideologi komunis, Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, telah merintis hubungan diplomatik dengan China pada tahun 1974.

Hubungan Malaysia-China adalah yang pertama bagi sebuah negara ASEAN dan ini telah membuka laluan kepada China untuk menjalin hubungan diplomatik dengan negara ASEAN yang lain. Pendirian Malaysia sentiasa dihargai oleh China kerana ia merupakan pemangkin kepada hubungan ASEAN-China pada ketika ini. Malaysia juga telah memainkan peranan utama dua dekad lepas ketika mempromosi kepentingan diadakan dialog ASEAN-China.

Semalam 31 Mei 2014 merupakan ulangtahun ke 40 hubungan diplomatik diantara Malaysia-China yang mula dimeterai oleh Tun Abdul Razak dan Perdana Menteri China Zhou Enlai di The Great Hall of the People, Dataran Tiananmen yang bersejarah.

Jika empat dekad yang lepas Malaysia telah merintis dan mewarnai hubungan ASEAN-China, tidak keterlaluan jika di andaikan untuk dekad akan datang peranan Kuala Lumpur telah berubah merentasi rantau Asia Tenggara. Sebab itu Beijing cuba mengekal dan juga sedaya upaya meningkatkan hubungan diplomatik dengan Malaysia kerana pengaruh Kuala Lumpur sudah merentasi geopolitik dunia yang melibatkan kuasa besar lain.

Tambahan pula Malaysia bakal menjadi pengerusi ASEAN dan besar kemungkinan akan menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2015, yang memberi implikasi kepentingan kepada China. Memang benar sebelum ini dua negara sekutu China iaitu Kemboja pada tahun 2012 dan kini Myanmar menduduki kerusi pengerusi, tetapi kerana kekangan pengaruh kedua-dua negara tersebut dalam ASEAN, manfaat geopolitik sepenuhnya tidak diperolehi oleh China.

Kepimpinan China yang diterajui oleh Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang dianggap pemimpin generasi kelima dalam era Parti Komunis China (CCP) dan mengamalkan pendekatan berbeza berbanding dengan pemimpin sebelum ini. Satu perkara yang ketara adalah sejak kedua-duanya dilantik pada tahun lepas, banyak bentuk kerjasama dengan negara asing telah diperhalusi dan kadang kala dipertingkatkan.

Perkongsian erat

Malaysia tidak terkecuali dalam pemerhatian pemimpin tertinggi China kerana pada bulan Oktober tahun lepas, Presiden Xi semasa melakukan lawatan rasmi ke Malaysia telah menaiktaraf hubungan dua hala kedua-dua negara kepada status Perkongsian Strategik Komprehensif. Memang benar dikalangan anggota ASEAN yang berpengaruh, Thailand dan Indonesia juga mempunyai hubungan dua hala yang serupa tetapi Malaysia dinilai mepunyai ciri yang lebih signifikan kerana ianya melampaui batasan ekonomi.

Lazimnya perkongsian strategik komprehensif China dan negara lain hanya berkisar kepada kerjasama ekonomi kedua-dua negara kerana itu adalah pemangkin kepada senario kebangkitan China. Contoh yang paling nyata adalah perkongsian China dengan Kesatuan Eropah (EU) yang telah dijalinkan sedekad lepas pada tahun 2003.

Walaupun pada ketika ini perkongsian China-EU dikatakan berjaya kerana EU merupakan rakan dagang terbesar bagi China tetapi perkongsian ini dianggap statik kerana hanya berkisar pada hal ehwal perdagangan. Perkongsian dalam bidang lain umpamanya sosial, budaya, pendidikan, kemanusiaan dan pertahanan berada dalam tahap yang paling minimum.

Interaksi rakyat dengan rakyat diantara China dan EU ditakrifkan tidak terbentuk kerana fokus perkongsian hanya tertumpu kepada sifat berdagang. Keadaan ini berlaku kerana tidak ujud naluri kepercayaan diantara satu sama lain yang menghindarkan berlakunya perkongsian dalam bidang lain.

Presiden Xi sendiri telah mengutarakan beberapa tatacara perkongsian strategik dengan Malaysia seperti meningkatkan hubungan komunikasi bukan sahaja diantara pemimpin tetapi juga rakyat. Beliau juga menyarankan supaya kerjasama dalam bidang teknologi termaju seperti angkasa lepas dimanfaatkan oleh Malaysia kerana China mempunyai kepakaran setara Amerika Syarikat (AS) dan Rusia.

Paling menarik Presiden Xi juga mengalu-ngalukan perkongsian yang lebih erat dalam bidang pertahanan dan keselamatan diantara kedua-dua negara. Perkongsian sebegini paling ketara ujud dalam keadaan paling minimum jika Thailand dan Indonesia diambil sebagai contoh terdekat dalam ASEAN yang mempunyai status perkongsian strategik komprehensif.

Tiga minggu selepas lawatan Presiden Xi, Malaysia dan China telah memeterai persefahaman pertahanan untuk mengadakan latihan ketenteraan ketiga-tiga cabang tentera iaitu darat, udara dan laut. Persefahaman ini terlaksana sempena lawatan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ke Beijing pada bulan Oktober lepas.

Wujudnya kesangsian terhadap kebangkitan China terutama sekali di rantau Asia adalah kerana tidak ada sifat kepercayaan di antara pihak yang terlibat. Walaupun China mempunyai hubungan ekonomi yang erat dengan negara terlibat tetapi ketandusan perkongsian dalam bidang lain telah membuahkan suasana yang tidak sihat.

Tuntutan

Kesan yang paling ketara adalah keadaan geopolitik Laut China Selatan. Malaysia, Vietnam, Filipina, Brunei dan China terlibat secara langsung dalam tuntutan bertindih yang melibatkan gugusan Kepulauan Spratly dan Paracel. Tetapi pendekatan yang diambil oleh Malaysia berbanding dengan Vietnam dan Filipina apabila berhadapan dengan China jauh berbeza.

Paling terkini apabila China melabuhkan pelantar cari gali minyak di kawasan maritim Paracel yang juga dituntut oleh Vietnam, konfrantasi fizikal wujud diantara kedua-dua negara. Begitu juga Filipina telah mengambil pendekatan konfrantasi dengan China dalam isu yang melibatkan Beting Scarborough dan Thomas Kedua.

Malaysia juga mempunyai masalah serupa terutama sekali melibatkan Beting Serupai yang terletak hanya 80 kilometer dari Bintulu. Sudah beberapa kali Pengawal Pantai China (CCG) menceroboh perairan negara di beting tersebut, tetapi Kuala Lumpur tidak mengamalkan pendekatan konfrantasi seperti Hanoi atau pun Manila.

Tidak eloknya amalan konfrantasi di Laut China Selatan adalah lambat laun ianya akan melibatkan kuasa besar yang berminat seperti AS. Jika ini berlaku ia mampu menggangu kestabilan rantau Asia Pasifik.

China amat menghargai pendekatan berhemah dan sederhana dasar luar Malaysia yang tidak menyebelahi mana-mana pihak kuasa besar. Beijing merasa sangsi dan kurang senang ketika lawatan Presiden Barack Obama ke Tokyo, Seoul dan Manila baru-baru ini. Memang benar ketiga-tiga negara tersebut adalah sekutu kuat AS, tetapi kesan dari lawatan tersebut telah menyinggung perasaan China. Berbeza pula dengan lawatan Presiden Obama ke Kuala Lumpur, ia tidak membawa reaksi negatif daripada Beijing.

Penghargaan China terhadap Malaysia dikatakan berada pada kemuncaknya ekoran dari peristiwa kehilangan pesawat penerbangan MH370. Walaupun kerajaan China menerima tekanan yang hebat dari rakyatnya supaya meletakkan kesalahan kepada kerajaan Malaysia, Beijing tidak pernah menunding jari kepada Kuala Lumpur. Malah ketika perbincangan diantara Najib dan Perdana Menteri China dua hari lepas, Li telah menegaskan isu MH370 tidak mampu mengeruhkan hubungan baik yang sedia ada malah akan memperkukuhkan hubungan ke tahap yang lebih tinggi.

Sudah begitu jelas isu MH370 tidak menjejaskan hubungan kerajaan dengan kerajaan diantara kedua-dua negara. Menjadi harapan hubungan rakyat dengan rakyat bukan sahaja akan pulih seperti sedia kala tetapi menuju ke tahap yang lebih baik. Hubungan baik ini sudah terbukti kerana 1.7 juta rakyat China melawat Malaysia pada tahun 2013. Malah ketika pertemuan dengan Najib semalam, Presiden Xi mengkiaskan kepercayaan rakyat China bahawa jika persahabatan telah terjalin selama 40 tahun, kesangsian sudah tidak lagi wujud.

Rakyat negara China merasa begitu selesa ketika berada di Malaysia kerana mereka di layan dengan baik dan berhemah oleh rakyat tempatan. Masih belum terlambat untuk mencapai sasaran pelawat seramai 2 juta kerana tahun 2014 bukan sahaja ulang tahun ke 40 hubungan diplomatik tetapi juga tahun Pertukaran Persahabatan Malaysia-China. Ini adalah manifestasi realpolitik hubungan Malaysia-China yang sepatutnya menjadi contoh negara lain.

- Penulis ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM.

Jangan salahkan Jakim

Posted: 31 May 2014 11:19 AM PDT

PADA 24 Mei lalu, umat Islam di negara ini dikejutkan dengan pengesahan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bahawa Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi dikesan dalam dua sampel coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk yang mempunyai sijil pengesahan halal.

Pengesahan itu dibuat susulan penyebaran gambar keputusan ujian oleh KKM mengesan kandungan DNA babi dalam dua produk coklat keluaran Cadbury Confectionary Malaysia Sdn. Bhd. (Cadbury) di laman-laman media sosial sehari sebelum itu.

Berikutan pengesahan oleh KKM itu, Jakim menjadi sasaran kemarahan umat Islam yang mempersoalkan bagaimana jabatan itu boleh terlepas pandang perkara tersebut. Apatah lagi, ujian tersebut dijalankan oleh KKM pada 27 Februari lalu.

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut wartawan Mingguan Malaysia, AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI telah mewawancara Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), DATUK OTHMAN MUSTAPHA bagi mendapatkan penjelasan sebenar. Masyarakat mempersoalkan kenapa Jakim lambat bertindak sedangkan kami tidak menerima laporan. Kalau ada laporan pada 20 Februari lalu, pada hari itu juga kita sudah bertindak tetapi kita cuma tahu pada 23 Mei lalu dan pada 24 Mei lalu kita terus ambil tindakan," katanya menjelaskan keadaan sebenar.

MINGGUAN: Boleh Datuk terangkan prosedur pensijilan halal oleh Jakim?

OTHMAN: Mengikut prosedur operasi standard (SOP), kita ada empat tahap. Yang pertama, syarikat perlu membuat permohonan dalam talian menerusi sistem e-halal. Mereka perlu mengisytiharkan semua bahan ramuan termasuk pembekal dan status ada sijil halal atau tidak. Sekiranya ramuan itu diimport dari luar negara, kita akan melihat kepada pengiktirafan halal daripada 57 badan dari 23 negara yang diiktiraf oleh Jakim.

Kita bukan hanya teliti bahan ramuan tetapi bahan mentah kepada ramuan itu. Sebagai contoh, nasi lemak ada sambal. Kita akan periksa ramuan dalam sambal itu sama ada halal atau tidak. Bukan semudah itu kita berikan sijil halal.

Selepas ujian makanan, kita akan buat audit di kilang. Audit ini bukan hanya melibatkan bahan ramuan tetapi kita akan tengok proses pembuatan produk berkenaan, peralatan yang digunakan serta kebersihan persekitaran dan pekerja. Kita wajibkan juga keperluan lain. Mereka mesti ada eksekutif halal di kilang dan mulai tahun ini, kita wajibkan syarikat-syarikat multinasional ada sistem jaminan halal dan jawatankuasa halal dalaman. Ini menjadi keperluan dalam pensijilan halal oleh Jakim.

Selepas auditor puas hati, baharu laporan diangkat kepada panel penilaian dan sekiranya panel penilaian berpuas hati, baharu kita keluarkan sijil halal.

Selepas itu, kita akan buat pemeriksaan mengejut sekurang-kurangnya setahun sekali untuk setiap syarikat. Kalau syarikat yang berisiko, kita akan buat secara kerap dan kalau ada aduan, kita akan pergi serta merta untuk pemantauan.

Keempat-empat bahagian ini adalah daripada pasukan berlainan daripada Jakim bagi menjaga impartiality (tidak memihak) dan mengelak unsur penyelewengan.

Kalau prosedur pensijilan ini sudah sebegitu ketat, bagaimana dua produk coklat Cadbury boleh terlepas?

OTHMAN: Isu ini kecoh dan meresahkan masyarakat apabila maklumat keputusan ujian makmal KKM dibocorkan dalam media sosial termasuK Facebook pada 23 Mei lalu sedangkan kami tidak tahu. Kuasa yang diberikan kepada makmal itu adalah memastikan bahan dalam sesuatu produk sama dengan yang tercatat di bungkusan. Namun, apabila dikatakan ditemui porcine pada coklat tersebut, itu sudah menjangkau peringkat kami. Apabila dikatakan ada DNA babi, masyarakat sudah tidak tuju kepada KKM tetapi kepada Jakim sedangkan kami tidak dilaporkan mengenai penemuan itu.

Pada 24 Mei, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan penemuan berkenaan. Pada hari itu juga, saya terus panggil mesyuarat dengan semua pegawai dan kita terus ambil keputusan menggantung pengesahan halal dua produk itu sehingga siasatan siap dilakukan.

Masyarakat menyalahkan Jakim dan mendakwa pihak Datuk lambat bertindak dalam isu ini? Apa komen Datuk?

OTHMAN: Kajian dibuat oleh KKM pada 27 Februari lalu tetapi keputusan ujian itu hanya diketahui pada 23 Mei lalu dengan cara sedemikian. Kalau ada laporan pada 20 Februari, pada hari itu juga kita sudah bertindak tetapi kita cuma tahu pada 23 Mei lalu dan pada 24 Mei lalu kita terus ambil tindakan. Masyarakat perlu diperjelaskan keadaan ini.

Kami memberikan sijil halal kepada Cadbury sejak 2004. Kita buat pemeriksaan berkala dan di samping itu ada eksekutif halal untuk menyemak perjalanan kilang itu sama ada mematuhi pensijilan halal atau tidak. Jawatankuasa dalaman di Cadbury pun laksanakan tugas sama. Kali terakhir kita buat pemeriksaan di kilang Cadbury ialah pada 20 Februari lalu tetapi Cadbury masih patuh pada sijil halal.

Kenapa tidak ada penyelarasan antara KKM dengan Jakim? Kenapa KKM tidak memaklumkan kepada Jakim mengenai penemuan DNA babi dalam dua produk coklat itu?

OTHMAN: Kita sudah ada mesyuarat penyelarasan sejak 2011 lagi. Apa sahaja penemuan oleh KKM yang ada kaitan dengan halal, ia mesti dirujuk dengan Jakim terlebih dahulu, Mungkin KKM terlupa, sebab itu jadi kecoh seperti ini. Sepatutnya KKM lapor kepada Jakim terlebih dahulu dan selepas kita duduk berbincang baharu kita boleh buat pengumuman.

Kenapa KKM mengambil masa yang lama untuk maklumkan kepada Jakim mengenai keputusan ujian itu sedangkan isu tersebut amat besar?

OTHMAN: Itu kena tanya KKM sendiri. Kita baharu terima laporan hari ini (Khamis) dan itu pun tidak lengkap. Macam mana hendak buat kerana kita hanya tahu pada 23 Mei lalu.

Kenapa Jakim perlu membuat ujian semula terhadap sampel produk coklat Cadbury? Adakah keputusan ujian yang dijalankan oleh KKM tidak boleh digunapakai oleh Jakim?

OTHMAN: KKM hanya diberikan kuasa di bawah Akta Makanan 1983. Kalau bab halal ini, tindakan diambil mengikut Akta Perihal Dagangan 2011. Sebab itu, kami tidak boleh ambil keputusan ujian daripada KKM. Dari segi perundangan, hanya pegawai Jakim mempunyai kuasa untuk ambil sampel dihantar ke makmal dan untuk di bawa ke mahkamah. Bagi makmal KKM, Jabatan Standard Malaysia hanya memberikan akreditasi tidak sampai kepada ujian procine tetapi hanya untuk proses makanan berasaskan daging dan susu.

Jabatan Kimia merupakan satu-satunya jabatan yang diberikan akreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia untuk menjalankan ujian sampai ke DNA babi. Manual pensijilan halal Malaysia juga menetapkan hanya ujian oleh Jabatan Kimia digunapakai untuk pensijilan halal dan pendakwaan di mahkamah.

Sekiranya ada pihak membuat tuntutan di mahkamah, Kerajaan akan pakai ujian oleh Jabatan Kimia sahaja. Malah, KKM perlu merujuk kepada Jabatan Kimia untuk ujian semula. Sebab itu kita buat ujian balik.

Proses mengambil sampel ini perlu dibuat mengikut peraturan ketat, bukan boleh ambil ikut suka hati. Hanya orang tertentu yang dilantik dari Jakim boleh ambil sampel dan ia mesti diambil dari kilang, bukan di tengah jalan atau di kedai. Kita tunggu ujian makmal diberikan oleh Jabatan Kimia yang dijangka Rabu ini. Kalau kita dapat lebih cepat, kita akan beritahu masyarakat.

Sampel yang diambil oleh KKM adalah yang ada di pasaran. Kita tidak tahu apa yang berlaku di luar sana. Sebagai contoh, seekor ayam yang disembelih secara halal dan diberikan pensijilan keluar ke restoran dan dimasak dicampur dengan babi. Adakah kita hendak salahkan rumah sembelihan atau salahkan orang yang beri sijil halal sebab ia sudah di luar kawalan.

Sekiranya ujian oleh Jabatan Kimia menunjukkan dua produk coklat itu mengandungi DNA babi, apakah tindakan yang boleh diambil terhadap Cadbury?

OTHMAN: Kalau dalam kes Cadbury ini terbukti ada penyelewengan dan campuran DNA babi, kita orang pertama yang akan ambil tindakan sebab kita ada peruntukan undang-undang. Namun, kita perlu siasat dengan lebih terperinci supaya tindakan kita berdasarkan lunas undang-undang dan ada kesan.

Tindakan undang-undang boleh diambil dibawah Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011. Jika disabitkan dengan kesalahan di mahkamah, syarikat berkenaan boleh didenda maksimum RM5 juta.

Ada pihak mahu memfailkan saman terhadap syarikat Cadbury ekoran penemuan DNA babi pada dua produk keluaran syarikat terbabit? Adakah tindakan ini wajar bagi memberikan pengajaran kepada syarikat tersebut?

OTHMAN: Kalau maklumat (kandungan DNA babi) itu tidak sah, Cadbury akan saman mereka balik. Saya yakin imej Cadbury sudah jatuh dengan gembar-gembur dalam isu ini. Kalau keputusan ujian itu positif, terpulang kepada pihak berkenaan untuk ambil tindakan tersebut.

Selepas insiden ini, adakah Jakim bercadang untuk memperketatkan proses pengeluaran sijil halal?

OTHMAN: Kita sudah ada SOP dan kita akan terus ikut prosedur ini. Cuma kita akan minta kilang perkukuhkan sistem jaminan halal. Halal bukan hanya tanggungjawab Jakim tetapi peranan industri pun penting. Kalau ada sistem jaminan halal di peringkat dalaman, mereka boleh buat pemeriksaan dan semakan lebih awal sebelum hantar kepada kami.

Jakim diiktiraf sebagai badan utama dalam memberikan pengesahan halal di dunia. Sejauh mana isu ini menjejaskan kedudukan Malaysia sebagai hab halal dunia?

OTHMAN: Memang memberikan kesan kalau sudah jadi isu besar sebegini. Pengguna di luar pun pertikai Jakim sekarang. Kalau kita sudah ada sistem dan ikut sistem tetapi jika berlaku juga, sudah di luar kawalan kita. Dalam kes ini, kita terpaksa tangani isu ini untuk menghilangkan keresahan dan mengembalikan kepercayaan masyarakat.

Jakim agak berbeza dengan badan-badan lain sebab kita di bawah kerajaan tetapi di negara-negara lain, mereka sama ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat persendirian buat sijil halal sebab mereka berada di negara minoriti umat Islam.

Kita sebagai badan kerajaan mempunyai sistem yang teratur, SOP dan peraturan. Mereka banyak mencontohi Jakim untuk membangunkan sistem mereka. Sekarang, negara-negara di Timur Tengah pun merujuk kita untuk membangunkan sistem halal sebab mereka tidak ada sistem sebelum ini. Kita bimbang isu sebegini akan memberikan imej buruk kepada negara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Galaxy S5 mempunyai 10 sensor

Posted: 31 May 2014 06:05 AM PDT

GALAXY S5 mempunyai 10 sensor membantu pengguna dalam kehidupan seharian.

TEKNOLOGI telefon pintar phablet dan tablet terus melangkah maju dengan penambahan beberapa fungsi yang dapat membantu pengguna dalam kehidupan seharian mereka.

Antara tambahan yang terdapat dalam Galaxy S5 ialah sensor kadar degupan jantung, cap jari dan tekanan atmosfera.

Samsung Galaxy S5 yang dilancarkan baru-baru ini oleh Samsung Electronics Co. Ltd menambah fungsi sensornya kepada 10 jenis menjadikan ia antara peranti yang terawal memperkenalkan teknologi tersebut.

Menerusi aplikasi S Health, pengguna dapat mengira kadar degupan jantung mereka sama ada ia berada dalam keadaan normal atau sebaliknya. Sungguh mudah, hanya menghalakan kamera belakang ke jari dan aplikasi tersebut akan membuat pengiraan.

Selain itu, peranti terbaharu ini juga menjadi telefon pintar pertama yang mampu membuat bacaan tersebut sekali gus membantu pengguna mengesan kesihatan mereka.

Menariknya, ia terdiri daripada sensor nadi dan LED merah. Apabila LED merah bersinar di hujung jari pengguna, sensor tersebut akan mengira berapa cepat sel-sel darah merah mengalir ke saluran dan mengukur nadi pengguna dengan jumlah bilangan denyutan dalam seminit.

Sejurus itu, keputusan akan terus ditunjukkan pada paparan skrin telefon dan boleh disimpan. Melalui simpanan data itu, mereka dapat membuat perbandingan kadar semasa degupan jantung pada bila-bila masa, seperti sebelum dan selepas melakukan senaman serta mengesan kesihatan harian.

Teknologi sensor cap jari telah membawa perubahan baharu kepada tahap keselamatan dan kebolehgunaan telefon pintar. Apa tidaknya, ia bukan sahaja melindungi paparan skrin utama telefon, malah dapat digunakan untuk menutup fail-fail peribadi mengikut kehendak pengguna.

Bukan itu sahaja, ciri-ciri cap jari pengguna akan disimpan dalam bentuk templat ke ruang yang selamat serta ditampilkan dengan kekunci unik yang berbeza bagi setiap peranti.

Manakala, sensor lain yang terdapat dalam Galaxy S5 pula ialah sensor tekanan atmosfera yang dapat mengira jumlah kalori terbakar ketika mendaki gunung berdasarkan pengiraan tekanan udara.

Menerusi teknologi Hall Sensor, pengguna boleh menjimatkan kuasa bateri apabila mereka membalikkan pelindung telefon. Paparan cahaya skrin juga boleh dikurangkan atau dilebihkan secara automatik melalui sendor RGB manakala sensor pergerakan pula membolehkan pengguna berinteraksi dengan telefon mereka dengan hanya menggerakkan tangan tanpa perlu menyentuhnya.

Selain itu, sensor jarak pula akan menutup skrin ketika telefon sedang digunakan dan sensor giro pula membolehkan pengguna membaca mesej dengan mencondongkan skrin telefon ke atas atau ke bawah.

Antara lain ialah meter pecutan yang menjalankan fungsi serupa dengan alat pengukur langkah dan menyediakan ciri-ciri lain berkaitan dengan kecergasan. Akhir sekali, sensor geomagnetik 8 pula boleh mengukur ketepatan kardinal. - DHIYA'ZULHILMI DAUD

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Dunia papan selaju Eddie

Posted: 31 May 2014 06:05 AM PDT

Oleh Aida Rizmariza Kamaruddin
Gambar Amir Hafiz Abd. Rahman

KALI pertama dia melihat papan selaju adalah ketika berumur 12 tahun. Jelas Zaidy Zailani atau lebih mesra dengan panggilan Eddie Tiga Swagger, 33, sejak dari hari itu perasaan untuk mempelajari teknik mainan ini terus menjadi ketagihan. Tanpa panduan daripada mereka yang profesional, Eddie akhirnya menguasai teknik asas permainan papan selaju melalui tontonan pita video. Memandangkan permainan papan selaju tidak begitu popular seperti sukan lain, bagi Eddie ada sebab mengapa dia meminati sukan ini.

"Kalau ikutkan pada tahun 1996 sukan ini masih sangat baharu, saya juga masih berada di bangku sekolah ketika itu.

"Pada mulanya saya melihat rakan sekolah saya membawa papan selaju, memang saya teruja kerana saya tahu pada waktu itu harga papan selaju sangat mahal dan sekali gus menjadikan sukan ini agak mewah," katanya.

Berbeza dengan zaman sekarang menurut Eddie, kekurangan informasi mengenai video aktiviti ini menyebabkan mereka terpaksa berusaha sendiri dalam memahami teknik permainan papan selaju ini.

"Dahulu mana ada YouTube, jadi kami hanya berpandukan pita video sahaja.

"Kalau ikutkan dengan kekurangan itu, saya dan kawan-kawan sangat berbangga untuk menguasai teknik asas permainan ini dalam masa lapan bulan sahaja," katanya.

Melihat perkembangan permainan papan selaju di negara ini akui Eddie ada perasaan bangga untuk mengetahui beberapa nama besar dalam dunia permainan ini berasal dari Malaysia.

"Macam saya memang saya tidak berminat untuk masuk mana-mana pertandingan, cuma saya jadikan permainan ini sebagai hobi saya.

"Tetapi memang ada kawan-kawan saya yang sudah mampu bawa nama Malaysia ke persada dunia hanya dengan permainan ini," katanya.

Ada nada sedih yang mahu dibawa bicara Eddie walaupun sudah melepasi sedekad permainan ini dikenali dirinya. Eddie menjelaskan kekurangan sokongan pihak berwajib terus memperlihatkan permainan papan selaju seperti dianaktirikan.

"Kalau ikutkan memang waktu mula-mula permainan ini popular, kita masih kekurangan kemudahan seperti lokasi.

"Bagaimanapun sehingga kini perkembangan itu semakin baik, cumanya masih ada yang perlu diambil berat pihak berwajib," katanya.

AKTIVITI papan selaju tidak berbahaya jika dilakukan mengikut teknik yang betul.

Tidak bahaya

Satu persepsi yang menyebabkan permainan ini lambat berkembang adalah dalam soal keselamatan. Digelar sukan ekstrem, namun kata Eddie permainan ini tidaklah berbahaya seperti yang disangka.

"Memang ibu bapa saya juga pada awalnya agak gusar dengan ketagihan saya terhadap permainan ini.

"Tetapi jangan risau setiap teknik kalau dibuat dengan betul tidak akan bahaya. Tolong cuba memahami kehendak anak-anak dan janganlah terus membantah kerana aktiviti ini juga seperti sukan lain," katanya.

Menolak sukan ini hanya untuk golongan tertentu, jelas Eddie dengan kelebihan teknologi kini sesiapa juga mampu belajar permainan papan selaju kini. Malah dia turut sarankan agar permainan ini tidak menerima diskriminasi dari sesiapa juga.

"Sesiapa juga boleh bersukan dengan permainan ini, memandangkan ia bermula di jalanan jadi memang terbuka untuk sesiapa juga.

"Saya harap mereka yang terus mahu melabelkan permainan ini sebagai tidak sesuai, harus mencubanya dahulu," katanya.

Sibuk dengan nyanyian

Baru sahaja melancarkan single berjudul Opss! Aku Dah Ter, menurut Eddie fokus kali ini adalah untuk memastikan kumpulan Tiga Swagger terus diterima di setiap lapisan masyarakat.

"Kami sebenarnya sudah menyiapkan 12 lagu, bagaimanapun kami ada strategi.

"Setakat ini single pertama kami sudah diterima semua stesen radio," katanya.

Menjadi penyanyi hip hop pertama di dunia yang ditaja jenama fesyen Volcom jelas Eddie dia tahu rezeki ini hadir kerana pengetahuannya dalam permainan papan selaju.

"Selalunya Volcom hanya menaja kumpulan atau penyanyi yang membawakan genre heavy metal atau rock sahaja. Bila mereka memilih saya , memang ini satu kelebihan untuk mengenakan pakaian mereka.

"Selain itu juga saya menjadi duta buat beberapa jenama lain seperti Dc Shoes Malaysia, Crazee Causa Skateboard, HomebaseJB dan Rapalastore," katanya.

2NE1 hebat di pentas

Posted: 31 May 2014 06:05 AM PDT

Bersama Noona Kha-dijah
ijah_pg@yahoo.com

KUMPULAN 2NE1 seronok mengadakan konsert di Malaysia.

SEBELUM ini kumpulan 2NE1 pernah berkunjung ke Malaysia dan kehadiran mereka kali ini adalah untuk menjayakan konsert 2NE1 2014 World Tour All Or Nothing di Stadium Negara, Sabtu lalu.

Kira-kira 4,000 penonton hadir untuk menyaksikan aksi-aksi menarik daripada anggota 2NE1 yang terdiri daripada CL, Minzy, Dara dan Bom.

Kumpulan yang sedia terkenal dengan penampilan seksi itu memulakan persembahan menerusi lagu Crush dan pada persembahan selama dua jam lebih itu, 2NE1 mendendangkan kira-kira 25 buah lagu. Antara lagu pilihan mereka adalah Missing You, Don't Stop The Music, Ugly, I Were You, I Love You, Lonely dan Come Back Home yang dinyanyikan dalam dua versi termasuk akustik.

Menariknya kebanyakan lagu-lagu daripada kumpulan ini turut dinyanyikan bersama oleh penonton yang rata-rata adalah peminat tegar.

Tidak dinafikan selain pilihan lagu yang menarik, persembahan 2NE1 tampak bertenaga dengan iringan lapan penari lelaki dengan gerak tari yang diilhamkan oleh dua pengarah kreatif iaitu Travis Payne dan Stacy Walker yang pernah mengarahkan koreografi untuk bintang terkenal dunia iaitu Michael Jackson untuk konsert .

Di antara anggota 2NE1, ketua kumpulan CL atau Lee Chae-rin turut mengadakan persembahan solo menerusi lagu The Baddest Female dan MTBO.

Selain itu, konsert 2NEI turut diserikan dengan persembahan artis jemputan iaitu kumpulan Winner yang turut mendendangkan dua buah lagu.

Memandangkan persembahan yang dijayakan oleh 2NE1 dan Winner mendapat sorakan gemuruh daripada penonton, kumpulan tersebut masing-masing berjanji akan datang lagi ke sini untuk mengadakan persembahan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Polis yakin selesai kes rompak bank

Posted: 30 May 2014 12:49 PM PDT

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

BUKIT MERTAJAM 30 Mei - Polis yakin dapat menyelesaikan kes rompakan beberapa buah bank di Pulau Pinang dalam masa terdekat selepas meneliti pelbagai bukti mengenai kejadian itu.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya mendapati penjenayah terbabit menggunakan modus operandi yang sama dalam enam kejadian rompakan yang berlaku di seluruh negeri itu sepanjang tahun ini.

"Melalui bantuan orang awam serta rakaman kamera litar tertutup saya yakin pihak polis akan memberkas penjenayah terbabit dalam masa terdekat.

"Kita telah mengenal pasti modus operandi penjenayah termasuk kejadian terbaharu di Sungai Dua dekat George Town petang semalam mengakibatkan kerugian kira-kira RM60,000," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang semalam, dua penjenayah mengugut akan membakar bank yang dirompak dengan mencurahkan minyak petrol ke lantai sebelum melarikan wang tunai sambil seorang rakan mereka menunggu di luar bank itu.

Dalam pada itu, Abdul Rahim mengucapkan tahniah kepada bekas Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Azman Abd. Lah yang bersara selepas menabur bakti selama empat tahun di daerah tersebut.

Tempat Azman digantikan Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd. Noor.

Pada majlis itu juga, Azman dan isteri diarak menaiki jip yang ditarik oleh pegawai kanan polis termasuk Abdul Rahim dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah.

Rusli dalam ucapan aluannya berkata, tanggungjawab yang dipikul sebagai Ketua Polis Daerah adalah sesuatu yang mencabar dan akan berusaha untuk mengenali segenap aspek daerah SPT dan Pulau Pinang.

"Saya mengharapkan kerjasama dan tunjuk ajar daripada semua termasuk Ketua Polis Negeri dan rakan-rakan serta pegawai di IPD ini untuk mencapai misi dan visi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menurunkan indeks jenayah.

"Saya juga berharap dapat bekerjasama dengan Timbalan Ketua Polis Daerah dan anggota di semua balai polis di daerah ini untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik," ujarnya.

Kerajaan DAP tidak tepati konsep CAT

Posted: 30 May 2014 12:49 PM PDT

MUHAMAD Farid Saad menunjukkan bangunan parkir Bukit Bendera yang gagal disiapkan mengikut jadual menimbulkan keraguan sama ada dapat disiapkan atau tidak pada 31 Ogos ini.

PULAU PINANG 30 Mei - Kegagalan kerajaan negeri menyiapkan bangunan parkir di Bukit Bendera pada tarikh yang ditetapkan dianggap sebagai satu monumen kegagalan DAP dalam menepati konsep cekap, telus dan akauntabiliti (CAT) yang dilaung-laungkan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad berkata, kerajaan negeri tidak telus dalam menyatakan punca sebenar projek itu gagal disiapkan mengikut jadual setelah dua kali ditunda tarikh akhirnya.

Alasan mereka mengatakan kelewatan projek berpunca daripada bongkah batu besar sememangnya tidak dapat diterima dengan akal kerana seperti yang semua sedia maklum, projek ini dibangunkan di atas tapak bangunan parkir asal yang diruntuhkan akibat tidak menepati spesifikasi.

"Adakah sebelum ini ketika bangunan asal dibina, bongkah batu ini tidak dijumpai dan mengapa ketika pembinaan kali kedua, tiba-tiba bongkah batu ini wujud," soal Muhamad Farid ketika mengadakan tinjauan ke tapak pembinaan projek berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) kelmarin mengenai tarikh baharu penyiapan projek iaitu pada 31 Ogos ini.

Muhamad Farid berkata, masalah bongkah batu besar boleh ditangani lebih awal semasa bangunan yang pertama dibina dan tindakan kerajaan negeri mengumumkan masalah berkenaan sebagai punca kelewatan adalah alasan semata-mata bagi menutup kelemahan mereka.

Dalam pada itu, beliau berkata, jika kontraktor gagal menyiapkan projek atas sebab munasabah, maka lanjutan masa layak diberikan tetapi tidak boleh diberikan untuk kali kedua atas sebab yang sama dan jika masih lagi gagal menepati jadual penyiapan, kontraktor berkenaan sepatutnya dikenakan penalti Liquidated and Ascertained Damages (LAD) oleh kerajaan negeri.

"Setakat ini tiada pula apa-apa pengumuman berkaitan penalti LAD diberikan kepada kontraktor terbabit dibuat oleh kerajaan negeri dan semua ini menimbulkan persoalan sama ada terdapat keistimewaan diberikan kepada kontraktor berkenaan," tegas Muhamad Farid.

Beliau berkata, pembinaan tingkat ke enam dan tujuh bangunan itu masih di fasa awal manakala tingkat lapan masih belum dimulakan sama sekali dan ini menimbulkan persoalan sama ada ia mampu disiapkan pada 31 Ogos seperti yang diumumkan PDC.

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, Muhamad Farid turut mempersoalkan tindakan PDC yang mengumumkan penangguhan tarikh penyiapan bangunan berkenaan melalui Timbalan Pengurus Besar 1 PDC, Iskandar Basha Abdul Kadir baru-baru ini.

Muhamad Farid memberitahu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Georgetown baru-baru ini menyatakan bahawa Iskandar Basha telah meletak jawatan sebagai Pengerusi PDC pada 6 Ogos tahun lalu dan pada 7 Januari lalu telah melepaskan jawatan sebagai Pengurus Besar PDC.

Bagaimanapun, menurut kenyataan berkenaan, Iskandar Basha masih dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan pembinaan bangunan parkir itu.

"Jika sekiranya Pengerusi dan Pengurus Besar yang baharu telah dilantik, mengapa mereka ini tidak membuat kenyataan akhbar mengenai kelewatan menyiapkan bangunan tersebut pada 28 Mei lalu dan atas kapasiti apa Iskandar Basha masih dipertanggungjawabkan berkenaan isu ini," tegasnya.

Menurut Muhamad Farid, apa yang berlaku membuktikan kerajaan negeri gagal menunjukkan CAT sehingga wang rakyat diuruskan secara sambil lewa dan tidak bijak.

Empat tahun bergantung air bukit

Posted: 30 May 2014 12:49 PM PDT

Zainul Abu Rahim (kanan) dan Ahmad Yusof (kiri) menunjukkan air kotor yang digunakan oleh penduduk untuk kegunaan harian di Perumahan Desa Keda Gulau, Sik, Kedah, baru-baru ini.

SIK 30 Mei - Kira-kira 40 keluarga di perumahan Desa Keda Gulau dekat sini terpaksa bergantung kepada sumber air bukit ekoran masalah bekalan air di kawasan tersebut sejak empat tahun lalu.

Penduduk mendakwa, mereka terpaksa menggunakan air bukit walaupun dikhuatiri tercemar bagi kegunaan harian, termasuk mandi, membasuh pakaian dan lain-lain.

Pengerusi Pasukan Perancang Pelaksanaan Projek (4P) Desa Keda Gulau, Zainur Abu Rahim berkata, masalah itu harus diatasi segera kerana dibimbangi memudaratkan penduduk.

"Penduduk minta pihak berkaitan melakukan sesuatu dan tidak membiarkan mereka menggunakan air bukit yang kotor itu setiap hari," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Katanya, bagi menggelakkan keadaan itu, penduduk terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk membeli paip dan membuat takungan air di kawasan hutan berdekatan.

Salah seorang penduduk, Ahmad Yusof, 43, berkata, meter air di rumahnya terpaksa dibuang bagi mengelak dikenakan bayaran RM6 sebulan.

"Sebelum ini, pihak berkenaan mendakwa penduduk di perumahan Desa Keda Gulau akan memperoleh bekalan air seperti yang dinikmati oleh penduduk di tempat-tempat lain, malangnya bila meter dipasang, air tidak mengalir ke rumah seperti dikehendaki hingga sekarang," katanya.

Menurutnya, air yang digunakan oleh penduduk ketika ini bakal terdedah dengan pelbagai risiko, termasuk kencing tikus dan lain-lain.

"Sampel air yang kami ambil dari bukit untuk kegunaan harian tidak pernah dibuat kajian oleh mana-mana pihak, termasuk Jabatan Kesihatan sendiri," katanya.

Seorang suri rumah, Suraya Bahari, 31, pula memberitahu, dia kesal dengan sikap pihak terbabit yang seolah-olah tidak mengambil sebarang tindakan untuk membantu penduduk.

"Ada penduduk menghidap penyakit kulit bila guna air dari bukit itu dan kawasan ini juga terdapat banyak babi berkubang," katanya lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Rekaan eksklusif harga mampu milik

Posted: 30 May 2014 12:49 PM PDT

SETIAP rekaan menampilkan ciri-ciri eksklusif dengan menggabungkan rekaan moden dan kerongsang bertatahkan batu swarovski.

Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi. Bagi anda yang sentiasa sibuk dengan pekerjaan mahupun pelajaran, pasti tidak mahu membuat persiapan hari raya pada saat akhir.

Oleh itu, persediaan awal sebelum Ramadan harus diselesaikan segera agar sambutan hari raya kali ini dapat berjalan dengan lancar.

Bagi anda yang ingin kelihatan menonjol di hari raya atau sewaktu menghadiri majlis perkahwinan rakan-rakan, sudah pasti mahu bergaya dengan koleksi pakaian yang tampak mahal dan eksklusif.

Penggunaan fabrik seperti songket, crochet dan crepe yang digandingkan bersama kerongsang bertatahkan batu swarovski sudah pasti melengkapkan gaya anggun dan mewah yang diidamkan.

Nur Liyana Abdul Rahman, seorang pereka muda yang memiliki butik dalam talian, Leeyana Rahman Collection bakal melancarkan koleksi pakaian terbaru sesuai untuk menyambut hari lebaran mahupun bagi menghadiri majlis-masjlis istimewa.

Menurut pereka muda ini, keistimewaan rekaannya terletak pada hiasan aksesori moden yang dihadirkan bersama ciri-ciri rekaan tradisional menjadikan ia berbeza dengan rekaan lain yang ada di pasaran sekarang.

"Antara ciri keistimewaan rekaan ini adalah saya banyak bermain dengan warna. Kebanyakan koleksi baju kurung moden dan mini kurung yang dihasilkan menggunakan tema warna terang dan ceria, sesuai dengan cita rasa orang muda.

"Walaupun pakaian ini kelihatan mewah, namun harganya berpatutan kerana kami mensasarkan golongan pertengahan sebagai pelanggan utama. Justeru, koleksi ini merupakan koleksi pakaian mampu milik yang boleh digayakan oleh semua orang," katanya. - FATIEHAH / RASHID MAHFOF

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


169 lokasi sampah haram di Johor

Posted: 30 May 2014 12:49 PM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
utusanjohor@utusan.com.my

AB. Rahim Md. Noor (tiga dari kiri) memasang papan tanda amaran pembuangan sampah di Bukit Flora, Batu Pahat,Johor, baru-baru ini. - UTUSAN/MUHAMAD AIMY AHMAD

BATU PAHAT 30 Mei - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) mengenal pasti kira-kira 169 kawasan di negeri ini menjadi lokasi pembuangan sampah haram oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab. Rahim Md. Noor berkata, kebanyakan lokasi tersebut dijadikan 'jalan mudah' untuk pembuangan sampah membabitkan sisa industri, sampah pukal serta sisa makanan yang tidak dibuang di tempat sepatutnya.

Bagaimanapun, kebanyakan kawasan itu sudah ditutup pihaknya dengan bantuan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing dan empat kertas siasatan telah dibuka PPSPPA.

"22 daripada kawasan tersebut adalah di Batu Pahat tetapi PPSPPA dengan kerjasama SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) dan PBT telah berjaya menyelesaikan sebahagian besar masalah itu sehingga pertengahan bulan ini.

"Kami menyasarkan kesemua kawasan pembuangan sampah haram itu akan bebas daripada sebarang kegiatan terbabit menjelang penghujung September depan," katanya ketika memasang papan tanda amaran pembuangan sampah di Bukit Flora di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ab. Rahim berkata, mana-mana individu yang ditangkap melakukan kegiatan tersebut akan didakwa mengikut Seksyen 71, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Katanya, individu yang didapati bersalah bakal berdepan denda antara RM10,000 sehingga RM100,000 atau penjara enam bulan sehingga lima tahun.

Sementara itu, PPSPPA turut memandang serius tindakan segelintir pemandu yang membuang sampah keluar dari kenderaan mereka ketika berada di atas jalan raya.

"Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mengenal pasti alamat pemilik kenderaan dan mengambil tindakan undang-undang mengikut Undang -Undang Kecil PBT sebagai pengajaran kepada orang awam," kata Ab. Rahim.

Polis Muar nafi kasari orang awam

Posted: 30 May 2014 12:49 PM PDT

MUAR 30 Mei - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar hari ini menafikan laporan sebuah portal berita propembangkang yang mendakwa anggotanya memukul seorang lelaki Cina semasa mendapat rawatan di hospital, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, laporan itu tidak benar dan pihaknya kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak berkenaan yang sepatutnya merujuk kepada IPD terlebih dahulu.

"Tiada kejadian seumpama itu berlaku di Muar. Sebaliknya, dalam kes berasingan polis membantu pengurusan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) menahan seorang pesakit mental di hospital ini 20 Mei lalu.

"Apa yang berlaku ialah pada pukul 8 malam itu, seorang lelaki Melayu berusia 25 tahun ditahan semasa cuba lari daripada ditahan di wad. Berlaku pergelutan kerana dia mahu melepaskan diri dan pergelutan ini didakwanya sebagai dikasari polis," katanya dalam sidang akhbar di IPD Muar, di sini hari ini.

Baru-baru ini portal berita MalaysiaKini melaporkan berita tersebut dan mendakwa pihak polis memukul lelaki berkenaan.

Azman berkata, kejadian tersebut bermula apabila sepasukan polis peronda berada dalam HPSF untuk melakukan rondaan cegah jenayah dan ketika itu, lelaki berkenaan tiba-tiba masuk ke dalam kereta polis.

Katanya, lelaki itu meminta anggota terbabit membawanya keluar dari HPSF dan tiba-tiba beberapa kakitangan HPSF muncul dan meminta bantuan polis menahannya kerana dia perlu mendapatkan rawatan susulan di wad psikiatri.

"Melihat kehadiran tiga kakitangan hospital, lelaki itu terus keluar dari kereta peronda polis sebelum melarikan diri menyebabkan anggota polis dan kakitangan itu mengejarnya sebelum berlaku pergelutan," katanya.

Pergelutan itu katanya, mengakibatkan anggota polis dan beberapa kakitangan hospital cedera ringan, sebelum lelaki itu berjaya ditahan dan diserahkan kepada kakitangan HPSF untuk rawatan selanjutnya.

Katanya, siasatan mendapati lelaki berkenaan mempunyai rekod masalah mental dan untuk itu pihaknya tidak mengambil sebarang tindakan susulan.

"Tiada kes polis memukul orang awam seperti yang didakwa portal berita tempatan. Kejadian itu tidak berlaku dan pihak terbabit sepatutnya mendapatkan pengesahan untuk mendapatkan kepastian," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Zambry bangga pencapaian Siew Keong

Posted: 31 May 2014 08:52 AM PDT

TELUK INTAN 31 Mei - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyifatkan strategi serta taktikal jentera yang digunakan Barisan Nasional (BN) sebagai faktor utama mendorong kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan kali ini.

Beliau berkata, pendekatan yang direncanakan supaya calon BN, Datuk Mah Siew Keong bersikap rendah diri dan tidak bertindak membidas lawan seperti diamalkan pihak pembangkang membuahkan hasil.

Katanya, pergerakan jentera yang seiring dan mengelakkan perselisihan juga berjaya membantu memantapkan strategi parti.

"Saya kata pada Siew Keong supaya tidak terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang selalu menghentam lawan di pentas ceramah, sebaliknya amalkan sikap rendah diri. Itu sebenarnya yang rakyat tengok.

"Ini merupakan pendekatan berbeza yang kami amalkan. Akhirnya membuahkan kejayaan kepada parti, ini kemenangan yang cukup bermakna," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry memberitahu kekalahan DAP pada PRK kali ini merupakan tamparan serta pengajaran kepada parti itu supaya tidak bersikap angkuh.

Katanya, DAP terlalu angkuh sehingga yakin memenanginya tanpa menghiraukan calon BN.

"Sejak awal lagi mereka telah mempertontonkan kehebatan dengan membawa penceramah yang hebat-hebat, seolah-olah kami tidak boleh buat apa-apa. Bala tentera mereka hebat menghentam calon kami.

"Walau bagaimanapun hasilnya berbeza apabila pendekatan dan strategi yang kami amalkan lebih memberi kesan. Meskipun majoriti hanya 238 undi sahaja tetapi mengambil kira kekalahan 7,600 undi pada pilihan raya umum lalu, ini pencapaian yang menakjubkan," jelas beliau. - UTUSAN ONLINE

Perdana Menteri bersyukur BN menang PRK Teluk Intan

Posted: 31 May 2014 07:18 AM PDT

KUALA LUMPUR 31 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan malam ini. - UTUSAN ONLINE

BN menang PRK Teluk Intan

Posted: 31 May 2014 06:42 AM PDT

TELUK INTAN 31 Mei - Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 238 undi.

Calon BN, Datuk Mah Siew Keong meraih 20,157 undi manakala calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud meraih 19,919 undi. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


8 penyamun warga asing ditahan

Posted: 30 May 2014 12:49 PM PDT

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com

HAMZAH Alias (kanan) memeriksa dokuman seorang warga Indonesia ketika operasi cegah jenayah di Ladang Gadees, Jempol, Negeri Sembilan, kelmarin.

JEMPOL 30 Mei - Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun yang aktif menjalankan kegiatan jenayah di sekitar daerah ini menerusi penahanan lapan suspek termasuk tiga wanita warga Indonesia, di sini semalam.

Kesemua suspek yang merupakan pekerja ladang berusia 25 hingga 55 tahun itu diberkas dalam operasi selama lapan jam bermula pukul 11.30 malam semalam di sebuah rumah kongsi dekat ladang kelapa sawit Serting Hilir Tiga, di sini.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Hamzah Alias berkata, operasi itu dibuat bagi mengesan pekerja asing bermasalah berikutan peningkatan kes samun melibatkan warga asing di daerah ini.

"Ketika serbuan, kesemua mereka cuba melarikan diri namun tidak berjaya. Pemeriksaan mendapati kesemua warga asing itu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Kita juga menemui senjata tajam seperti sabit dan pisau serta dua buah motosikal disyaki dicuri," katanya ketika ditemui selepas operasi.

Jelas Hamzah, pihaknya percaya dapat menyelesaikan dua kes samun di daerah itu dengan penahanan lapan suspek terbabit.

"Semasa soal siasat bagi kes samun di Ladang Gadees dan Felda Palong Tiga baru-baru ini, mangsa yang diikat dan diacu parang mendakwa suspek adalah warga asing," katanya yang turut menyiasat sama ada suspek turut terlibat dalam kes jenayah lain.

Sebanyak lima premis telah diperiksa dalam operasi yang disertai oleh enam pegawai dan 35 anggota itu.

Tambah Hamzah, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian jenayah diminta menyalurkan ke bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah di talian 06-4582 222 bagi membantu siasatan.

MPAG perkenal pelekat letak kereta hibrid

Posted: 30 May 2014 12:49 PM PDT

MURAD Husin (dalam kereta) menampal pelekat letak kereta hibrid di pekarangan pejabat Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka (MPAG), Melaka, semalam.

ALOR GAJAH 30 Mei - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) memperkenalkan pelekat letak kereta hibrid yang membolehkan pengguna kereta berteknologi hijau meletakkan kenderaan mereka secara percuma di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan berkenaan.

Yang Dipertuanya, Murad Husin berkata, usaha itu bagi menghargai pemandu kenderaan yang secara tidak langsung menyokong usaha kerajaan negeri ke arah mencapai matlamat negeri teknologi hijau.

Menurutnya, MPAG kini mempergiatkan kempen alam sekitar termasuk menggalakkan pengguna berkemampuan untuk memiliki kereta hibrid yang bebas daripada pelepasan gas karbon dioksida dan meminimumkan penggunaan bahan bakar.

"Pelekat letak kereta hibrid dan elektrik ini merupakan inisiatif dan insentif pihak MPAG kepada pengguna kenderaan mesra alam khususnya yang bermastautin di negeri ini.

"Pelekat kereta ini melayakkan pemohon untuk meletakkan kenderaan mereka secara percuma tanpa menggunakan kupon gores di seluruh kawasan pentadbiran MPAG," katanya selepas majlis pelancaran pelekat kereta itu di pekarangan pejabat MPAG di sini hari ini.

Murad berkata, pengguna kenderaan hanya perlu datang ke MPAG dan membawa geran untuk memohon pelekat berkenaan dengan bayaran RM10 sahaja bagi menikmati kemudahan tempat letak kereta percuma selama setahun.

Sementara itu, beliau turut menyeru masyarakat untuk mengamalkan konsep 3R (reduce, reuse, recycle) bagi membantu melestarikan alam sekitar selain mengurangkan kesesakan di tapak pelupusan sampah.

"Pelupusan sampah di negeri ini masih menggunakan cara tradisional dan sekiranya konsep 3R ini diamalkan secara meluas, kesesakan sampah di tapak pelupusan dapat dikurangkan sehingga 50 peratus atau lebih lagi," katanya.

Peniaga tidak lagi jual coklat Cadbury

Posted: 30 May 2014 12:49 PM PDT

MUSTAPA Md. Noor menunjukkan simbol pangkah pada peti coklat Cadbury sebagai tanda tidak lagi dijual kepada pengguna di kedainya di Alai, Melaka, kelmarin.

MELAKA 30 Mei - Sebahagian besar peniaga dan peruncit beragama Islam di sekitar bandar raya ini mengambil langkah prihatin dan tidak lagi menjual produk coklat Cadbury jenis kacang hazel serta buah badam selepas dikesan mengandungi asid deoksiribonukliek (DNA) babi.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa pasar raya mini dan kedai runcit di bandar raya ini mendapati kebanyakan peniaga dan peruncit menyedari peranan masing-masing.

Seorang pengusaha pasar raya mini, Mustapa Md. Noor, 51, berkata, dia tidak teragak-agak untuk menghentikan penjualan produk tersebut kerana bimbang akan terus dibeli terutamanya oleh pengguna beragama Islam.

Menurutnya, walaupun hanya dua jenis produk coklat itu yang disahkan mengandungi DNA babi, dia mengambil keputusan untuk tidak menjual langsung sebarang produk keluaran Cadbury kerana masih sangsi.

"Sejurus mengetahui berita tentang coklat ini mengandungi DNA babi yang dilaporkan dalam akhbar beberapa hari lalu, saya segera menutup peti coklat berkenaan dan menunggu ia ditarik semula oleh pihak pengeluar," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Jelas Mustapa yang menjalankan perniagaan keluarganya itu, kes sedemikian pertama kali dialaminya dan amat mendukacitakan kerana produk tersebut sememangnya laris di pasaran.

"Perkara membabitkan halal haram sememangnya sensitif bagi pengguna Islam tetapi kenapa baru kini dihebohkan," tegasnya.

Tambahnya lagi, dia turut menyarankan agar produk lain terutama berkaitan tenusu turut dikaji semula kerana bimbang mengandungi bahan sama malah pihak pengeluar juga perlu lebih sensitif dengan isu membabitkan makanan ini.

Sementara itu, seorang peruncit, Saufian Jamaludin, 26, memberitahu, dia amat terkejut dengan berita bahawa dua produk Cadbury itu mengandungi DNA babi memandangkan produk tersebut mempunyai logo halal.

Jelasnya, prihatin dengan perkara itu, dia mengambil tindakan untuk menyimpan semua produk keluaran Cadbury yang dijual di kedainya agar tidak dibeli para pengguna.

Katanya, memandangkan perkara itu amat sensitif bagi pengguna beragama Islam, dia pasti tidak akan lagi mengambil produk Cadbury daripada pihak pengeluar selepas ini.

"Diharap juga perkara seperti ini tidak lagi berlaku kepada produk-produk makanan lain yang telah mempunyai sijil halal kerana majoriti pengguna di negara ini adalah beragama Islam," tegasnya.

Sementara itu, tinjauan ke beberapa pasar raya dan kedai runcit bukan Islam pula mendapati produk tersebut masih dijual seperti biasa dan tidak diletakkan sebarang tanda atau peringatan oleh pengusahanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Fasa baharu Malaysia-China

Posted: 30 May 2014 12:49 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Pengebom berani mati Malaysia

Posted: 30 May 2014 12:49 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kanak-kanak dibunuh kejam dipercayai akibat dendam

Posted: 30 May 2014 12:49 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved