Ahad, 16 Mac 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Malaysia bangkit ikat Korea

Posted: 16 Mar 2014 11:20 AM PDT

Oleh SAYED HESHAM IDRIS
sukan@utusan.com.my

Pemain-pemain Malaysia meraikan jaringan gol penyamaan kedua dalam perlawanan dengan Korea Selatan yang berkesudahan seri 2-2 dalam kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh semalam. - UTUSAN/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN

IPOH - Dua gol menerusi pukulan penalti sudut membantu skuad negara bangkit untuk mengikat juara Asia empat kali, Korea Selatan 2-2 pada kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah di sini semalam yang turut disaksikan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Shahril Saabah memulakan kebangkitan skuad negara yang ketinggalan 0-2 pada babak pertama menerusi jaringannya pada minit ke-58 untuk kedudukan 1-2. Faizal Shaari memastikan skuad negara berkongsi mata hasil jaringan penyamaan pada minit ke-65.

Sebelum itu, skuad Muhammad Dharma Raj Abdullah, yang turun dengan penuh semangat ke padang Stadium Azlan Shah setelah mengalahkan Afrika Selatan 3-2 dalam perlawanan pembukaan Khamis lalu, bermula hambar apabila ketinggalan dua gol pada babak pertama.

Korea Selatan yang membariskan skuad terkuatnya pada kejohanan kali ini mudah membolosi pintu gol skuad negara pada minit ke-10 menerusi jaringan padang Oh Dae Keun.

Juara Asia empat kali itu terus mengukuhkan kedudukan 2-0 pada minit ke-30, sekali lagi menerusi Dae Keun yang menahan bola dan membuat kuisan untuk menewaskan penjaga gol muda negara, Hafizuddin Othman.

Skuad negara cuba bangkit pada babak kedua dengan beberapa asakan namun tidak menjadi sebaliknya hampir dikejutkan dengan gol ketiga Korea Selatan pada minit ke-38, namun Hafizuddin lebih bersedia menampan percubaan pemain lawan susulan daripada pukulan penalti sudut.

Kelemahan meraih gol menerusi pukulan sudut yang menjadi masalah sebelum ini ternyata berjaya diperbaiki apabila menerusi dua situasi itu berjaya menghasilkan gol penyamaan.

Ia bermula pada ke-58 apabila Shahril Saabah bijak melakukan pukulan yang menewaskan penjaga gol lawan Lee Myung Ho untuk kedudukan 1-2.

Pada minit ke-65, Malaysia memperoleh satu lagi pukulan sudut penalti dan Faizal Shaari melakukan tolakan kemas untuk gol penyamaan.

Sementara itu, dalam perlawanan awal, Australia meneruskan pesta gol apabila membelasah Kanada 6-0 setelah mengalahkan China 7-0 dalam aksi pembukaan kejohanan Khamis lalu.

Pasukan juara bertahan itu mendahului 3-0 pada babak pertama menerusi Glenn Simpson (m-10), Jeremy Hayward (m-26) dan Nicholas Budgeon (m-35).

Australia meneruskan penguasaan pada babak berikutnya untuk menambah tiga lagi gol menerusi Rusell Ford (m-46) dan dua jaringan Jacob Whetton (m-54 dan m-64).

Harimau Muda A berpesta gol

Posted: 16 Mar 2014 11:20 AM PDT

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Harimau Muda A terus mempamerkan aksi cemerlang apabila mencatatkan kemenangan selesa 5-2 ke atas Redlands United dalam perlawanan kedua Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland di Cleveland, Australia semalam.

Walaupun ketinggalan seawal minit ke-15, menerusi jaringan Rhys Meredith anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee tidak panik dan menyamakan kedudukan menerusi Mohd. Amirul Hisyam Awang Kechik hanya tiga minit kemudian.

Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris meletakkan pasukan negara di hadapan pada minit ke-25 namun Redlands hanya memerlukan 10 minit untuk menyamakan semula kedudukan menerusi sepakan penalti Graham Fyfe.

Skuad kendalian Kim Swee meneruskan rentak cemerlang apabila Mohd. Ferris Danial Mat Nasir menjaringkan gol ketiga pada minit ke-79 sebelum pasukan lawan terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain apabila James Donnelly dibuang padang dua minit kemudian.

Jaringan keempat Harimau Muda hadir menerusi sepakan penalti D. Saarvindran pada minit ke-82 sebelum Mohd. Ridzuan Abdunloh menjaringkan gol kelima ketika perlawanan berbaki seminit.

Kim Swee ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, pasukannya mempamerkan corak permainan yang lebih kemas berbanding perlawanan sebelumnya, selain berjaya menyempurnakan peluang-peluang yang dihasilkan dengan baik.

Meskipun berjaya menjaringkan lapan gol dalam dua perlawanan pertama namun beliau masih tidak berpuas hati kerana pada masa sama pasukannya dibolosi lima gol, setelah sebelum ini seri 3-3 dengan Moreton Bay United dalam perlawanan pertama.

Pada separuh masa pertama kami terikat 2-2 tetapi pada separuh masa kedua berjaya mencari tiga gol menerusi corak permainan pantas yang dipamerkan selain berjaya mengawal rentak permainan bagi memastikan kemenangan.

Saya masih tidak berpuas hati kerana dalam dua perlawanan ini kami sudah dibolosi dengan lima gol. Jumlah ini sangat besar dan tidak boleh berlaku lagi kerana adalah mustahil untuk setiap perlawanan pemain dapat menjaringkan gol yang banyak.

Selepas ini saya akan lakukan sedikit perubahan di beberapa posisi bagi bagi memantapkan pasukan selain memberi peluang kepada para pemain yang belum beraksi," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Tutor bantu tingkatkan peratusan kelulusan UPSR

Posted: 16 Mar 2014 11:20 AM PDT

Mohamad@Zaaba Bujang (kiri) menerima replika cek tajaan Tutor dan e-paper Utusan Malaysia PIBG daripada Linda Ema Judin sambil diperhatikan Sabtuyah Hailen (tengah) serta pelajar menunjukkan akhbar Tutor di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

PETRA JAYA 16 Mac - Sekolah Kebangsaan (SK) Gita, Jalan Semarak di sini menyasarkan peningkatan peratusan kelulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan bantuan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor tahun ini.

Guru Besarnya, Mohamad@Zaaba Bujang berkata, pihaknya berharap dengan bahan bantu mengajar seperti Tutor dan inisiatif lain yang dibuat dapat melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Katanya, setakat ini sekolahnya mendapat peratus kelulusan UPSR sebanyak 60 peratus dengan 2.47 gred purata sekolah.

"Saya melihat Tutor dapat membantu pelajar terutama yang akan menduduki UPSR nanti.

"Melalui penggunaan Tutor, kita berharap dapat melihat kesan positif dalam masa beberapa bulan lagi," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Naib Yang Dipertua PIBG sekolah, Sabtuyah Hailen dan Eksekutif Jualan Zon Sarawak, Linda Ema Judin.

SK Gita melanggan Tutor dan e-paper Utusan Malaysia bernilai RM2,383 selama enam bulan bagi kegunaan pelajarnya terutama yang akan menghadapi UPSR nanti.

Mohamad berkata, inisiatif yang diambil oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah yang menaja Tutor berkenaan amat dialu-alukan demi meningkatkan prestasi anak-anak.

Sementara itu, Sabtuyah berkata, pihaknya melihat akhbar Tutor berkenaan dapat menjadi bahan bantuan untuk guru mengajar pelajar.

Katanya, sekolah lain yang melanggan Tutor sebelum ini dilihat menunjukkan kesan yang baik kepada pelajar mereka.

Terap minat pelajari Sains, Matematik

Posted: 16 Mar 2014 11:20 AM PDT

Sebahagian daripada pelajar yang sederhana prestasi akademik mereka daripada sekolah-sekolah angkat YPC mengikuti Program Minat Sains dan Matematik di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ramai murid menganggap Sains dan Matematik merupakan subjek yang susah hingga ada yang fobia dan kurang minat untuk mempelajarinya.

Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, minat terhadap subjek Sains dan Matematik perlu diterapkan pada awal sesi persekolahan dan perlu dilaksanakan secara berterusan.

"Jika minat telah ada, ia akan berkembang dan mudah untuk pelajar mengikuti pembelajaran seterusnya, walaupun telah naik ke tingkatan lebih tinggi. Tetapi keadaan akan menjadi sukar jika minat tidak ada dan kita tidak prihatin dengan masalah ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berhubung dengan sasaran kerajaan untuk merealisasikan sasaran 40:60 untuk nisbah sastera terhadap sains dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menurut Syed Ali, kita juga tidak boleh terlalu bergantung harap kepada pihak sekolah sahaja, sebaliknya ibu bapa, PIBG, ahli masyarakat dan badan-badan NGO perlu berkerjasama dan menyumbang ke arah penyelesaian masalah ini.

Selaras dengan itu, Biro Latihan dan Pendidikan YPC telah melaksanakan program Minat Sains dan Matematik di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Seramai 400 orang murid yang prestasi akademiknya sederhana dan bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Pusat Menengah Rendah (PPMR) daripada sekolah-sekolah angkat YPC telah menyertai program ini.

Objektif utama program ini adalah untuk menerapkan nilai minat terhadap Sains dan Matematik melalui kaedah pembelajaran yang mudah dan menyeronokkan.

Beberapa orang guru subjek yang mahir dan berpengalaman terlibat untuk menjayakan program itu.

"Program Minat Sains dan Matematik merupakan satu pendekatan baharu YPC dan kita fokus kepada murid sederhana.

"YPC cuba mewujudkan persekitaran belajar yang seronok dan menarik minat mereka. Alhamdulillah, usaha ini berjaya dan kita akan teruskan," ujarnya.

Tegas Syed Ali, perkara utama yang perlu dilihat dan dinilai secara serius adalah isu tidak minat.

"Sekiranya ini boleh ditangani dengan lebih berfokus dan konstruktif, sasaran kerajaan 40:60 nisbah sastera terhadap sains boleh dicapai walaupun mengambil masa yang panjang," katanya.

Dari sudut psikologi, ujar beliau, kelemahan seseorang murid boleh diubah, minat mereka boleh dibentuk dan keyakinan boleh ditingkatkan.

"Yang penting guru-guru subjek perlu menggunakan kaedah yang betul dan wujudkan rasa seronok dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan," cadang beliau.

Tambahnya, di sekolah biasanya ada kumpulan murid cemerlang, baik dan sederhana justeru kaedah atau latihan untuk murid cemerlang tidak sesuai digunakan untuk murid sederhana.

"Faktor ini boleh menyebabkan murid jadi bosan dan hilang minat belajar. Oleh itu, kaedah yang betul dan seronok perlu dilaksanakan pada awal sesi persekolahan dan berterusan," terang Syed Ali.

Jika ini dapat dilakukan, katanya, minat dan keyakinan murid yang sederhana dapat ditingkatkan, walaupun memerlukan masa untuk berubah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Empat pelajar hilang semasa turun Gunung Bubu

Posted: 16 Mar 2014 11:31 PM PDT

IPOH 17 Mac - Empat pelajar Sekolah Menengah Vokasional Padang Rengas dipercayai sesat ketika dalam perjalanan turun dari Gunung Bubu, Ulu Kenas dekat Kuala Kangsar, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ismail Darus berkata, kehilangan pelajar terbabit yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun itu disedari oleh guru pengiring kira-kira pukul 2.30 petang.

Katanya, pihaknya menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.16 malam. - UTUSAN ONLINE

Siasatan tumpu rampasan, keganasan dan sabotaj - Polis

Posted: 16 Mar 2014 03:32 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SEPANG 16 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pesawat MH370 disiasat di bawah Seksyen 130 (C) Kanun Keseksaan kerana rampasan, keganasan, kesalahan sabotaj dan Akta Kesalahan Penerbangan...
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pesawat MH370 tidak terbang berhampiran Australia

Posted: 16 Mar 2014 06:49 PM PDT

SYDNEY 17 Mac - Kerajaan Australia tidak mempunyai maklumat yang menunjukkan pesawat MH370 yang hilang sejak 10 hari lalu, memasuki ruang udara berdekatan negara ini selepas pesawat itu dipercayai terbang berhampiran kawasan barat Perth, kata Perdana Menteri Tony Abbott.

Bagaimanapun Abbott berkata, semua agensi yang berkaitan akan membantu memberikan maklumat yang mungkin dapat membantu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat itu.

"Tiada data yang menunjukkan pesawat itu menghampiri Australia," katanya. - AFP

MH370 dikhuatiri jadi mangsa serangan siber

Posted: 16 Mar 2014 06:48 PM PDT

LONDON 17 Mac - Bekas penasihat Kementerian Dalam Negeri Britain, Dr. Sally Leivesley mendakwa, pesawat MH370 yang hilang sejak 10 hari lalu dikhuatiri menjadi mangsa rampasan melalui serangan siber yang pertama di dunia.

Portal berita theweek.co.uk yang memetik kenyataan Leivesley berkata, penggodam mungkin menggunakan telefon bimbit untuk mengubah kelajuan dan altitud pesawat sehingga menyebabkan ia terhempas. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Tambah hasil sungai di Pahang

Posted: 16 Mar 2014 11:20 AM PDT

Shafik Fauzan Sharif (depan, tiga dari kiri) melepaskan anak ikan dalam Majlis Pelepasan Benih Udang Galah dan Ikan Air Tawar di Jeti Nelayan Kampung Sungai Soi, Kuantan, baru-baru ini. Turut kelihatan Adnan Hussain (kiri) dan Norhayad Ahmad. - utusan/MAHATHIR ALI

KUANTAN 16 Mac - Jabatan Perikanan negeri menyasarkan untuk melepaskan kira-kira 500,000 ekor benih udang galah dan pelbagai jenis ikan ke dalam sungai menjelang akhir tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, sasaran itu dibuat selepas pihaknya berjaya melepaskan sebanyak 750,000 ekor benih udang galah dan pelbagai jenis ikan tahun lalu.

Antara spesies benih ikan yang telah dilepaskan adalah seperti kelah, baung, ketutu, temoleh dan sebarau. Semua ikan itu dilepaskan di seluruh negeri termasuk di Sungai Tembeling, Sungai Penor, Sungai Belat dan Sungai Pahang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelepasan Benih Udang Galah dan Ikan Air Tawar di Jeti Nelayan Kampung Sungai Soi di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Adnan Hussain dan Pegawai Daerah Kuantan, Datuk Norhayad Ahmad.

Menurut Shafik Fauzan, untuk tahun ini sahaja, kira-kira 121,000 ekor benih udang galah dan ikan sudah dilepaskan bagi mengekang kepupusan sumber bekalan di sungai.

Langkah itu juga untuk memberi peluang kepada penduduk setempat menambah pendapatan dengan menjual hasil tangkapan ikan sungai," katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru syarikat-syarikat korporat untuk membuat program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan melepaskan anak-anak ikan dan udang galah di sungai di seluruh negeri ini.

CSR yang tidak semestinya membabitkan artis-artis atau program yang besar-besar sebaliknya mereka boleh menyumbang benih-benih ikan untuk dilepaskan ke dalam sungai.

Saya rasa setakat ini tiada lagi syarikat korporat yang buat CSR seperti ini. Jabatan Perikanan mungkin boleh membantu syarikat korporat dalam mendapatkan benih ikan," katanya.

Kawat bantu penduduk kurang berkemampuan

Posted: 16 Mar 2014 11:20 AM PDT

JERANTUT 16 Mac - Seramai 30 penduduk kurang berkemampuan di enam buah kampung di Mukim Tembeling Tengah menerima sumbangan hamper makanan daripada Kelab Warisan Anak Tembeling (Kawat), di Kampung Labu dekat sini kelmarin.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris dalam majlis pertemuan dengan 500 ahli Kawat yang turut dihadiri Presiden Kawat, Wan Abdul Halim Wan Umar.

Penerima sumbangan itu terdiri daripada penduduk Kampung Labu, Kampung Merting, Kampung Jong Berlabuh, Kampung Ulu Retang, Kampung Chebong dan Kampung Lubok Payung.

Bercakap kepada pemberita, Wan Abdul Halim berkata, sumbangan berkenaan antara peranan pertubuhan itu dalam menzahirkan keprihatinan pihak berkemampuan kepada penduduk yang kurang berkemampuan di pedalaman Hulu Tembeling.

Sebagai pertubuhan yang membela kebajikan dan pendidikan kawasan Tembeling, kita sedaya upaya mengumpul dana lalu menghulurkan sumbangan berkenaan agar penduduk yang kurang mampu lebih selesa seperti insan lain," katanya kepada pemberita di Kampung Labu, kelmarin.

Wan Abdul Halim yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut berkata, sehingga ini Kawat sudah memperuntukkan dana bantuan sebanyak RM80,000 kepada penduduk yang kurang berkemampuan termasuk murid sekolah rendah di pedalaman Tembeling sejak tahun lalu.

Kita juga menyumbangkan bantuan yang sama kepada etnik Orang Asli di Pos Sungai Kucing, Hulu Tembeling yang terdiri daripada 40 orang saudara baharu Islam termasuk menerapkan syiar Islam dalam kalangan belia dan kanak-kanak di situ," katanya.

Sementara itu Ahmad Nazlan berkata, Kawat merupakan pertubuhan yang boleh membantu kerajaan negeri melestarikan pemahaman dasar pembangunan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan.

Komitmen ini selari dengan peranan Kawat yang menjaga kebajikan penduduk termasuk pendidikan di kawasan Hulu Tembeling kerana ahli organisasi ini merupakan penduduk kawasan berkenaan," katanya.

Tambahnya, usaha yang dilaksanakan oleh Kawat merupakan tanggungjawab sosial untuk meringankan beban penduduk yang mempunyai tanggungan yang ramai termasuk warga emas yang uzur.

GWGF agih bekalan air kepada peneroka Jengka

Posted: 16 Mar 2014 11:20 AM PDT

KUALA KRAU 16 Mac - Warga peneroka menghargai sumbangan Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) yang prihatin menyediakan lima lori untuk digunakan bagi mengagih bekalan air bersih ke rancangan Felda Wilayah Jengka.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar berkata, tindakan cepat pihak GWGF yang diketahui banyak membantu warga Felda telah melegakan penduduk yang kini gelisah akibat masalah gangguan bekalan air.

Kami amat menghargai sumbangan GWGF ini yang sebelum ini membantu warga Felda ketika berhadapan bencana seperti banjir dan kebakaran," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas langkah GWGF menyediakan lima buah lori tangki bagi membekalkan air bersih kepada lebih 10,000 penduduk di 12 rancangan Felda Wilayah Jengka yang berhadapan gangguan bekalan air akibat kerja-kerja menaik taraf.

Sementara itu, penerokawati Felda Siantan Jengka 19, Hanisah Sabran, 52, berkata, keprihatinan GWGF menyediakan lima lori tangki air setiap hari untuk membantu penduduk merupakan sesuatu tindakan yang sangat terpuji.

Ini kerana bukan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin seperti GWGF yang akan segera turun padang tanpa berlengah membantu warga Felda setiap kali ada musibah.

Sesetengah NGO hanya sibuk mahu meraih laba politik sahaja, bukan mahu membantu kami ketika kesusahan," tegasnya.

Seorang penerokawati, Rohana Majid, 50, pula mengakui berasa mendapat perhatian apabila GWGF turun padang membantu mengatasi masalah bekalan air di rancangan Felda Wilayah Jengka.

Kelibat lima lori tangki GWGF itu melegakan banyak pihak terutama institusi masjid, sekolah dan mereka yang akan mengadakan majlis kenduri perkahwinan," katanya.

Bagi Salima Abdul Rahman, 53, perkhidmatan lori yang disediakan GWGF selama sebulan di Wilayah Jengka sangat membantu mengurangkan tekanan penduduk yang mengalami masalah bekalan air.

Katanya, masalah bekalan air di Felda Wilayah Jengka tidak dapat dielakkan berikutan projek menaik taraf bekalan air dengan menukar saluran paip baharu lebih berkualiti sejak awal tahun lepas.

Sementara itu Timbalan Presiden GWGF, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, pihaknya memperuntukkan sebanyak lebih RM200,000 menyediakan lima lori berserta pemandu berkhidmat di sini selama sebulan.

Katanya, tumpuan lori tangki ini adalah di rancangan Felda yang dianggap kritikal di samping memastikan tempat-tempat strategik lain turut diberi perhatian sekiranya mendapat permintaan pemimpin setempat.

GWGF yang diterajui Tan Sri Rozali Ismail sangat peka dengan sebarang permasalahan yang berlaku terutama yang membabitkan warga Felda di seluruh negara," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Tahu batas diri

Posted: 16 Mar 2014 06:51 AM PDT

Oleh RASDAN AHMAD
rasdan_utusan@yahoo.com

NAMANYA kini meledak gara-gara drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Ternyata lakonan mantap dengan gandingannya, Sharnaaz Ahmad mendapat perhatian.

Bagaimanapun dalam pujian khalayak terhadap gandingan watak Mastura dan Jebat yang dilakonkan, ada juga yang mengaggap lakonan kemesraan itu begitu keterlaluan.

Namun si empunya diri, Nelydia Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen mempunyai alasan sendiri.

Sebagai pelakon kata Nelydia lakonan dalam drama tersebut merupakan tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon malah memenuhi tuntutan skrip yang diadaptasi daripada novel menggunakan judul yang sama.

Saya kaji watak Mastura bukan sahaja melalui skrip tetapi juga naskah novelnya. Ternyata watak tersebut sememangnya begitu.

Sekiranya ada yang kurang senang dengan apa yang saya lakukan melalui watak tersebut, ternyata saya sudah membawa watak Mastura dengan berjaya," katanya.

Memulakan langkah ke dalam industri seni tempatan pada usia 13 tahun, ketika itu dia memainkan peranan sebagai Melissa dalam siri drama popular, Spa Q.

Sejak itu nama Nelydia mula dikenali dan menjadi pilihan penerbit dan muncul dengan beberapa drama antaranya Chef Cinta, Datin Wannabe dan Setia Hujung Nyawa.

Dan akui Nelydia, watak Mastura dalam Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu berlainan daripada watak-watak yang pernah didukungnya selama ini.

Watak ini agak sukar kerana menjadi wanita yang ingin mendapatkan perhatian seorang jejaka. Sekiranya saya tidak menampakkan kemesraan itu maka saya gagal membawakan watak tersebut.

Saya harap penonton akan faham keadaan itu. Biarpun keserasian saya dengan Sharnaaz memang cukup ketara, saya juga tahu batas-batasnya," ujar anak kacukan Melayu-Siam ini.

Sudah biasa membawakan watak gadis yang lurus bendul, Nelydia yang bakal menginjak usia 20 tahun Julai nanti memberitahu:

Saya sebenarnya inginkan watak wanita lasak atau aksi. Bagi saya watak seumpama ini memang jarang boleh dilakukan oleh pelakon wanita lain.

Jika diberi peluang saya akan kaji dan mempelajari apa yang sepatutnya seperti ilmu mempertahankan diri bagi menjayakan watak seumpama itu."

Kami masih bersama

Mengubah bicara kepada hal berkaitan hubungannya dengan Qi Razali yang dikatakan sedikit berantakan ekoran lakonan mesranya dengan Sharnaaz, Nelydia mengakui hubungan mereka tidak terjejas seperti yang disangkakan.

Hubungan kami seperti biasa, tiada yang lebih dan tiada yang kurang ketika ini namun buat masa ini saya tidak mahu bercakap lebih mengenai hal ini.

Kami berdua mahu menumpukan perhatian dan berjaya dengan kerjaya masing-masing dulu. Kalau semua sudah stabil dan sudah dapat apa yang diingini dalam industri, barulah kami fikir tentang fasa seterusnya.

Buat masa ini ikhlas saya katakan yang kami berdua tidak pernah terfikir bila kami ingin menamatkan zaman bujang. Bagi saya ini luar bidang kuasa saya," jelasnya.

Malah Nelydia bersyukur kerana buah hatinya itu memahami kerjayanya dan dia sendiri faham terhadap apa yang sepatut dan tidak sepatutnya dilakukan ketika menjayakan watak yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Walaupun ada yang kata lakonan saya dengan pelakon lelaki lain agak mesra tapi kena faham itu hanyalah lakonan sahaja. Apa yang penting bagi saya adalah niat kita sendiri.

Kalau kita berniat baik maka baiklah jadinya dan sekiranya ada niat lain atau niat yang tidak elok maka tidak eloklah jadinya," katanya lagi.

Tidak mesra media

Ditanya mengenai sifatnya yang dilihat seolah-olah kurang mesra dengan pihak media Nelydia menolak dakwaan itu dan menganggap itu sekadar salah faham.

Memang saya ada juga terdengar benda ini, saya minta maaf kepada wartawan-wartawan sekiranya saya tidak dapat memenuhi permintaan kalian semua.

Saya cukup sibuk dengan penggambaran beberapa drama sebelum ini malah untuk menghabiskan tempoh penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta pun saya ambil masa selama empat bulan.

Saya harap janganlah perbesarkan lagi isu-isu seumpama ini. Bagi saya wartawan dan artis saling memerlukan, tanpa wartawan artis juga tak ke mana-mana," ujar anak jati Kelantan ini.

Dia yang kini berehat buat sementara waktu daripada sebarang aktiviti penggambaran juga dalam persiapan untuk menghabiskan pengajiannya dalam bidang psikologi di sebuah kolej di ibu kota yang sebelum ini tertangguh dek kekangan masa.

Persediaan untuk masa depan kena ada. Saya tidak boleh mengharapkan lakonan semata-mata. Ketika ini ya, saya diminati dan mendapat banyak tawaran berlakon.

Tetapi nasib saya selepas ini masih lagi belum diketahui, jadi bidang pengajian juga menjadi keutamaan bagi saya ketika ini kerana itulah bekalan saya untuk masa depan," jelasnya lagi.

Doakan MH370

Dalam pada itu, isu mengenai kehilangan sebuah pesawat milik MAS, MH370 juga turut menarik perhatian Nelydia yang nyata terkejut dengan kejadian tersebut.

Sebenarnya pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid itu adalah kenalan saya. Saya kenal dia sebelum ini di Shah Alam, Selangor. Bagi saya kita semua sama-sama berdoa kepada Allah agar semua mangsa berada dalam keadaan selamat. Diharapkan segala keajaiban hadir tidak lama lagi.

Jangan berhenti berharap kerana Allah yang menentukan segala penyelesaiannya kerana Dia maha mengetahui. Doa adalah senjata kita," ujarnya.

Aweera kesempitan wang?

Posted: 16 Mar 2014 06:51 AM PDT

KALAU tengok gayanya memang tidak ada siapa yang dapat menduga apa yang sedang berlaku kepada vokalis kumpulan Mojo ini. Tak pasti pula Syed sama ada teruk sangat masalah Aweera terutama soal kewangan.

Bukan apa nak jadi artis ini bukan mudah. Kalau pelakon pun boleh tak ada job berbulan-bulan apatah lagi penyanyi. Bukan tentu ada show tiap-tiap minggu yang boleh dijadikan sumber pendapatan tetap.

Syed yang mendengar kisah Aweera ini pun rasa pelik. Bukan apa, khabarnya Aweera selalu meminta pertolongan daripada seorang VIP yang berpengaruh sejak akhir-akhir ini.

Mula-mula Syed sangsi juga kenapa Aweera kerap sangat menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada VIP tersebut. Ingatkan nak minta bantuan apa, rupa-rupanya setelah disiasat khabarnya Aweera selalu minta bantuan wang ringgit daripada VIP tersebut.

Kenapa sampai macam itu sekali? Yang tukang sampai cerita ini pun bukan calang-calang orang tetapi berpengaruh di Malaysia. Khabar yang disampaikan pada Syed, penyanyi ini hidup susah.

Betul ke Aweera susah? Apabila Syed tengok balik apa yang berlaku tak mustahil juga Aweera kesempitan wang. Kalau ikutkan sebelum ini pun namanya pernah panas setelah diisytihar muflis.

Tak pasti pula muflis kerana apa sebab setahu Syed tak ada sesiapa pun yang mengetahui apa yang telah berlaku kepadanya sebelum ini.

Kata sumber Syed, VIP tersebut memang kurang senang dengan sikap meminta-minta Aweera kepada dirinya. Bukan beliau tak biasa tolong orang yang dalam kesempitan tapi biarlah betul dan elok caranya.

Jangan pula ada yang pandang negatif dan melabelkan mereka bukan-bukan sudahlah. Sebab Syed kenal sangat dengan VIP ini yang tak lokek membantu sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa prejudis.

Mungkin Aweera patut berusaha mempelbagaikan kerja untuk tambah pendapatan. Tak semua artis hidup mewah dan beruntung. Kadang-kadang kena usaha dua kali ganda.

Syed: Meminta pada yang sudi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


FOTOGRAFI SENI BINA

Posted: 16 Mar 2014 06:51 AM PDT

FOTOGRAFI Seni Bina (Architectural photography) merakamkan subjek bangunan yang mempunyai nilai artistik kepada perakam dan penontonnya.

Komposisi, garis tuju (leading line), bentuk dan corak antara rangkuman dalam keseluruhan rakaman fotografi ini.

Fotogafi Seni Bina terbahagi dalam tiga faktor iaitu luaran(exterior), dalaman (interior) dan keperincian (detail). Ia tidak semestinya merakamkan keseluruhan binaan bangunan.

Perincian pula khusus tertumpu bagaimana kreativiti seorang jurufoto melihat dari sudut rakamannya.

Hasil rakaman tidak perlu disunting terlalu banyak kerana ia bergantung kepada kecekapan pemerhatian jurufoto dan penggunan peralatan fotografi itu sendiri.

Peluang bereksperimentasi untuk fotografi seni bina membolehkan teknik dan sudut komposisi yang banyak boleh diaplikasikan bergantung kepada ciri- ciri dan identiti pengenalan sebuah binaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


MH370: Patriotisme dan politik benci

Posted: 16 Mar 2014 11:20 AM PDT

Oleh Zulkiflee Bakar

SEKUMPULAN mahasiswa dan mahasiswi Universiti Tun Hussien Onn mengikuti laporan terkini berhubung kehilangan pesawat MH 370 semasa sidang Dewan Rakyat berhenti rehat di lobi Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sekarang adalah waktu-waktu yang sukar bagi Malaysia. Seluruh dunia memberi tumpuan berikutan kehilangan pesawat MH370. Ketika ini rakyat Malaysia perlu bersatu dan menyokong usaha-usaha kerajaan dalam melaksanakan operasi mencari dan menyelamat.

Lupakan soal perbezaan politik sebaliknya sama-sama mendoakan kejayaan usaha tersebut."

Demikianlah pandangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika berbual-bual dengan wartawan Malaysia di Mauritius pada Selasa lalu.

Beliau menjadi wakil kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menangguhkan lawatan ke Mauritius berikutan peristiwa pesawat berkenaan.

Sememangnya gesaan Mustapa tepat pada masanya memandangkan ketika ini media barat terus melakukan serangan kiri dan kanan, depan dan belakang kepada Malaysia.

BBC London contohnya, setiap hari menjadikan berita tentang kehilangan pesawat ini sebagai tajuk utama tetapi semuanya dari sudut yang memperlekehkan Malaysia.

Malah walaupun diberi peluang membuat liputan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), BBC merendah-rendahkan pasukan itu apabila menganggap pegawai dan anggota TUDM dalam pesawat tersebut hanya menjenguk dari tingkap sahaja bagi mencari MH370, maksudnya TUDM tidak menggunakan sebarang peralatan untuk berbuat demikian.

Tetapi dalam soal media barat ini, ia bukanlah perkara baru apabila mereka menyerang Malaysia, namun apa yang lebih dikhuatirkan adalah bagaimana sebahagian daripada rakyat negara kita seolah-olah semakin luntur semangat patriotisme.

Seruan pemimpin-pemimpin negara kita termasuklah Mustapa supaya kita bersatu dalam isu MH370 boleh diibarat seperti mencurah air ke atas daun keladi kepada mereka.

Ini memandangkan bagi sesetengah ahli politik pembangkang, peristiwa kehilangan pesawat itu dijadikan peluru untuk menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) apatah lagi ketika ini kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sedang berlangsung.

Mereka cuba meracuni fikiran rakyat apabila mendakwa kelewatan mengesan pesawat itu disebabkan kononnya ada kaitan dengan penyelewengan peruntukan dalam pembelian aset kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan.

Walaupun mereka mengetahui kerajaan benar-benar perlu berhati-hati dalam menangani isu MH370 khususnya dalam membuat pengumuman perkembangan terbaru seperti mana yang dilakukan oleh Najib kelmarin, tetapi sesetengah pemimpin pembangkang tidak mempedulikan soal itu.

Tetapi dalam masa sama mereka jugalah yang bersedia menyerang habis-habisan jika kerajaan tersilap membuat pengumuman yang boleh memalukan negara ini.

Oleh kerana ada dalam kalangan pemimpin pembangkang mempolitikkan isu ini maka ia diambil kesempatan oleh penyokong-penyokong mereka untuk turut berbuat demikian. Bacalah komen-komen dalam portal berita pro pembangkang, sudah pasti kita akan mendapati bagaimana politik kebencian akhirnya menyebabkan mereka semakin terhakis semangat patriotisme.

Pelbagai komen, tohmahan dan fitnah dilemparkan malah lebih biadab lagi ada pula menjadikan peristiwa kehilangan pesawat MH370 bahan lawak. Dalam memperkatakan soal ini, cuba berfikir sejenak jika peristiwa seumpama ini yang menjadi tumpuan dunia berlaku di negara lain, adakah rakyatnya akan bersikap seperti mana sesetengah rakyat Malaysia?

Beberapa peristiwa besar sebelum ini termasuk serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York membuktikan rakyat Amerika Syarikat bersatu menyokong pemerintah negara itu. Walaupun mereka mengetahui ada kelemahan dari segi perisikan negara itu namun mereka tidak mengambil kesempatan untuk menyerang pemerintah. Soal perbezaan politik diketepikan, tumpuan utama ialah bersatu keganasan dan menentang pencerobohan.

Tetapi lihatlah apa yang berlaku di Malaysia. Kita sukar untuk bersatu sehingga pengganas menceroboh negara ini pun seperti di Lahad Datu, Sabah mahu dipolitikkan.

Keadaan ini amat bahaya kepada negara kerana akibat politik kepartian, semangat untuk bersatu semakin luntur, sebaliknya politik kebencian semakin disemarakkan.

Sebahagian rakyat kita sudah tidak dapat membezakan yang mana harus dilihat dari sudut politik dan yang mana pula tidak boleh. Bagaimanapun apa yang berlaku sekarang semuanya dilihat dari sudut politik bukan sahaja dalam kes pesawat MH370 tetapi juga dalam perkara lain termasuklah keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi pemimpin pembangkang.

Politik kebencian yang ditiupkan oleh pembangkang sejak penghujung 1998 mula membuahkan hasil dan ini adalah satu petanda buruk kepada negara. Ia terbukti apabila dari semasa ke semasa sebahagian rakyat semakin ghairah melakukan perbuatan yang mengugat keharmonian kaum dan agama serta bersedia memperlekehkan negara sendiri.

Dalam isu MH370 ini pula, politik kebencian diiringi pula dengan politik taksub sehingga kejadian pesawat itu dikaitkan dengan keputusan mahkamah beberapa jam sebelum pesawat itu hilang.

Penulis yang pulang ke Kedah semalam dimaklumkan pada Jumaat lalu dalam khutbahnya, seorang khatib di sebuah masjid di Permatang Pauh secara terbuka membuat kesimpulan bahawa kehilangan pesawat itu adalah pembalasan Allah.

Alangkah jahilnya khatib tersebut yang begitu mudah membuat kesimpulan sedemikian tanpa usul periksa akibat hati dan minda sudah dibutakan dengan politik kepartian.

Apa pun, kita percaya dan yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik kepada penumpang dan anak kapal pesawat MH370. Biarlah puak yang mahu melihat ia dari sudut politik berbuat demikian kerana kelompok seumpama itu sudah tersongsang minda dan penglihatan mereka sebab itulah yang buruk mereka pertahankan dan yang baik mereka persendakan.

Kongres bincang isu perumahan

Posted: 16 Mar 2014 11:20 AM PDT

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

Wawancara bersama Raduan Che Ros (kiri) dan Ahmad Darus mengenai Kongres Kediaman Suara Hati Rakyat, di Putrajaya, baru-baru ini. - UTUSAN

APAKAH nasib bumiputera pada masa depan kerana kebanyakan mereka tidak mampu membeli rumah terutama di bandar-bandar kerana harganya yang melambung tinggi?

Golongan majoriti berkenaan sudah pasti akan merempat di negara sendiri dan hanya mampu melihat kaum lain dan rakyat asing berlumba-lumba membeli rumah.

Itulah senario yang bakal terjadi kerana agensi kerajaan tidak mampu menyediakan rumah mampu milik yang mencukupi bagi keperluan isi rumah berpendapatan sederhana dan rendah yang mendapat gaji di bawah RM4,000 sebulan yang rata-ratanya adalah bumiputera.

Masih ramai golongan itu yang tidak mempunyai kediaman sendiri walaupun kerajaan menerusi Program Perumahan Rakyat telah menyediakan lebih 63,000 rumah di seluruh negara sejak 1998 sehingga kini.

Bumiputera juga tidak boleh mengharapkan pemaju swasta membina rumah mampu milik kerana pihak berkenaan kini lebih ghairah untuk membina kediaman mewah yang memberikan keuntungan lumayan.

Dianggarkan rumah mampu milik yang dibina hanya mampu menampung 60 peratus daripada permintaan manakala rumah mewah yang ditawarkan dalam pasaran pula adalah 200 peratus daripada keperluan.

Berikutan itu, badan pemikir dianggotai 2,500 profesor iaitu Majlis Profesor Negara (MPN) akan menganjurkan Kongres Kediaman Suara Hati Rakyat bagi membincangkan isu berkenaan yang boleh disifatkan sudah berada pada tahap kronik.

Kongres dua hari yang dijangka diadakan pada 16 dan 17 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur akan dihadiri 1,000 peserta yang terlibat secara langsung dalam industri perumahan.

Antaranya, Perbadanan PR1MA Malaysia, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera (MTEB).

Hasil resolusi kongres berkenaan akan diserahkan kepada Kementerian Perumahan dan Kesejahteraan Rakyat untuk tindakan selanjutnya.

Setiausaha Agung MPN, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata, antara isu yang akan dibincangkan adalah fenomena peminggiran kaum tertentu daripada kawasan-kawasan tertentu terutama bandar.

Beliau berkata, keghairahan pemaju membina rumah yang berharga tinggi di luar kemampuan majoriti rakyat terutama bumiputera menjadikan tahap pemilikan rumah di kalangan golongan itu adalah rendah.

Situasi ini memberi gambaran seolah-olah pembinaan rumah dibuat berasaskan kehendak pasaran dan keuntungan semata-mata serta berdasarkan permintaan daripada kalangan tertentu pembeli sahaja seperti spekulator.

Ini adalah satu keadaan tidak sihat apabila perumahan ini menjadi satu sumber perniagaan ataupun pelaburan bagi mengaut keuntungan bukan untuk menentukan rakyat mempunyai tempat kediaman sempurna.

Sebagai rakyat kita memang berbangga apabila nampak banyak kawasan perumahan yang cantik dan kondominium tinggi di Malaysia. Cuma kita tertanya-tanya, milik siapakah kediaman berkenaan kerana rata-rata rakyat tidak mampu membelinya, itu yang kita sedih.

Sudah sampai masanya kerajaan memperkenalkan harga siling kediaman kerana harga rumah sekarang tidak menggambarkan nilai sebenar hartanah berkenaan sebaliknya semakin meningkat jika ada permintaan," ujarnya kepada Utusan Malaysia di Putrajaya, baru-baru ini.

Beliau berkata, harga rumah yang tinggi bukan sahaja menekan golongan bumiputera malah turut memberi kesan kepada generasi muda yang baharu bekerja atau mereka yang ingin memulakan hidup berkeluarga.

Mereka ini mendapati terlalu susah untuk membeli dan memiliki rumah. Satu kajian di Johor baru-baru ini mendapati hanya 20 peratus responden yang mampu membeli rumah yang dibina di kawasan mereka.

Selain harga rumah mahal, golongan ini juga sukar mendapat pinjaman kerana bank lebih mengutamakan untuk mengaut keuntungan dan bukannya membantu rakyat," katanya.

Menurut beliau, satu lagi isu yang akan diberi perhatian ketika kongres adalah kurangnya penghayatan Dasar Perumahan Negara (DPN) di kalangan pihak-pihak yang bertanggungjawab meluluskan projek perumahan.

Antara kandungan DPN sedia ada adalah menggalakkan pihak swasta membina rumah kos sederhana bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga RM3,999 sebulan.

Pemberian kelulusan untuk projek perumahan yang berharga tinggi adalah di luar kemampuan kebanyakan rakyat yang betul-betul memerlukan dan tidak selari dengan aspirasi untuk mengutamakan kepentingan rakyat.

Dulu ada dasar setiap kawasan perumahan mesti ada rumah kos rendah. Kini polisi berkenaan tidak lagi dikuatkuasakan," ujarnya.

Katanya, sudah tiba masanya diwujudkan satu dasar yang jelas berhubung keperluan membina rumah bagi memenuhi kehendak rakyat berpendapatan sederhana dan rendah serta diwujud sama kerangka perundangan yang akan memastikan dasar terbabit dipatuhi.

Dalam pada itu, Ketua Kluster Kejuruteraan, Teknologi dan Alam Bina MPN, Prof. Datuk Dr. Ahmad Darus turut mengulas mengenai inti pati DPN yang menyentuh mengenai perlunya disediakan kawasan perumahan yang mempunyai persekitaran selamat, sihat dengan kemudahan awam yang lengkap.

Tidak banyak pemaju yang mematuhi dasar ini. Mereka sekarang membina rumah dan bukannya kediaman. Takrif kediaman adalah lebih luas kerana ia bukan sahaja merujuk kepada tempat tinggal malah meliputi kemudahan di sekitarnya serta aspek-aspek keselamatan untuk kesejahteraan rakyat," katanya.

Tambah beliau, satu lagi isu yang akan dibincangkan ketika kongres adalah pembinaan rumah mampu milik di tempat yang tidak strategik.

Beliau berkata, kesan daripada tindakan sedemikian menyebabkan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah, baik kakitangan kerajaan atau swasta terpaksa membeli rumah yang kedudukannya jauh daripada kawasan bandar atau tempat kerja.

Ini menimbulkan beberapa masalah termasuk kos pengangkutan yang tinggi, masa yang terbuang dan risiko terdedah kepada kemalangan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Syyy... ini rahsia histeria

Posted: 16 Mar 2014 06:51 AM PDT

SEBELUM didedahkan rahsia histeria, kita sambung sebuah lagi kisah misteri. Ia berlaku di Sekolah Menengah Datuk Bentara Dalam, Segamat, Johor yang suatu ketika dahulu terkenal dengan kes histeria. Lebih-lebih lagi sekitar 1960-an dan 1970-an.

Menurut guru-guru yang saya temu bual, kejadian histeria berkumpulan sering berlaku sewaktu dijalankan latihan sukan, sukantara, hari sukan sekolah, merentas desa dan hampir dengan hari peperiksaan.

Misterinya, bukan saja pelajar perempuan, malah beberapa orang pelajar lelaki juga menjadi mangsa. Bertambah aneh, pelajar-pelajar yang kerasukan ini akan melarikan diri ke padang dan merebahkan diri berhampiran tiang gol di tepi padang. Mereka kemudian menekapkan muka ke tanah, seterusnya memakan rumput serta tanah, seperti seekor khi***r! Ada juga pelajar yang bertutur dalam bahasa Jepun dan Inggeris semasa histeria.

Sebahagian lagi pelajar berlari ke sebatang pokok atau sebuah tempat yang terletak satu kilometer dari sekolah. Semuanya angkara diganggu makhluk-makhluk menakutkan seperti seorang tua yang hodoh, daif dan melambai-lambaikan tangan ke arah mereka. Begitu juga lembaga yang bermata merah dan bertaring.

Mengapa gangguan ini berlaku? Ada pihak yang mengatakan, sekolah itu dibina di atas tanah tempat tentera-tentera Jepun membunuh dan menyeksa mangsanya. Antara tempat seksaan itu ialah pokok yang menjadi tumpuan mangsa-mangsa histeria. Dikatakan juga pokok itu merupakan tempat tinggal hantu-hantu itu.

Misteri dan

rahsia histeria

Apa itu histeria? Secara ringkasnya, histeria bagi perubatan Barat ialah penyakit jiwa. Ia suatu bentuk reaksi terhadap tekanan yang dialami oleh seseorang atau sekumpulan individu yang menganggap mereka tidak mampu mengatasi tekanan tersebut. Histeria ialah salah satu jalan yang dipilih bagi melegakan tekanan mental dan jiwa yang ditanggung.

Ia boleh dilihat dari banyak sudut seperti model keseimbangan (fizikal dan emosi), personaliti, budaya dan banyak lagi. Bagi masyarakat Melayu pula, histeria ialah kerasukan. Ia berpunca daripada gangguan makhluk ghaib jahat iaitu hantu, syaitan, jin dan bunian.

Jadi, mana satu yang benar? Misteri atau emosi?

Jawapannya: Dalam kes di atas, guru-guru yang saya temu bual mendedahkan, sebenarnya banyak kejadian mass-hysteria berlaku ketika berlangsungnya acara sukan kerana ketika itu pelajar-pelajar berada dalam keadaan tertekan akibat letih, lapar dan terpaksa bersaing.

Kedua, pada era 1960-an dan 1970-an, semua pelajar diwajibkan memakai seluar pendek, skirt dan tidak dibenarkan bertudung. Ini menyebabkan pelajar-pelajar perempuan (terutamanya yang kuat pegangan agama) berasa tertekan. Sudahlah diwajibkan memakai skirt, dikenakan denda kalau memakai tudung. Ketika sukan pula mereka terpaksa memakai pakaian mendedahkan aurat.

Depresi emosi dan mental yang berganda ini menyebabkan mereka melepaskannya dalam bentuk histeria. Untuk pengetahuan anda, sebahagian besar kes histeria di sekolah-sekolah lain juga berlaku pada hari yang berkaitan dengan sukan.

Bagaimana pula dengan histeria semasa diadakan program qiamullail di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa? Sebenarnya kejadian ini bukannya akibat qiamullail, sebaliknya kerana tekanan perasaan dan ketakutan untuk menghadapi UPSR. Sebab itulah, sebahagian besar kes-kes histeria berlaku pada waktu-waktu menjelangnya peperiksaan.

Tentu anda tertanya-tanya, kalau begitu, bagaimana dengan mass-hysteria yang berlaku tidak pada waktu sukan dan peperiksaan? Jangan terkejut, ini semua berkaitan dengan emosi.

Terdapat kes yang dua kumpulan pelajar bermusuhan. Apabila seorang anggota kumpulan A sudah tidak tertahan dengan tekanan serta permusuhan, dia melepaskannya melalui

gejala-gejala histerikal. Dalam masa yang sama, pelajar ini mahukan perhatian dan sokongan emosi daripada rakan lain.

Apabila pelajar pertama dirasuk, rakan-rakannya mula ketakutan, dan mengambil jalan untuk turut histeria, sebagai tanda sokongan. Kumpulan musuhnya mula ketakutan, lalu dijangkiti. Begitu juga dengan pelajar lain, sedangkan mereka tidak nampak pun hantu yang diceritakan.

Sementara itu, salah seorang gadis yang saya temui memberitahu, dia akan diserang histeria selepas diajak berjalan oleh seorang tua. Bagaimanapun, sampai di suatu tempat, dia ditinggalkan begitu saja.

Sebenarnya, gadis yang saya temui ini hidup dalam kesedihan dan kemurungan. Sewaktu kecil dia tinggal bersama datuknya. Bagaimanapun, ketika sedang seronok bermanja, dia terpaksa tinggal bersama kedua-dua ibu bapanya selepas datuknya itu berpindah. Sejak itulah dia menjadi murung, kesunyian dan terasa ditinggalkan. Banyak kes histeria mempunyai gejala dan punca yang hampir serupa.

Tentu anda bertanya lagi, mengapa perempuan yang sering histeria? Jawapan mudah, antaranya perempuan mempunyai jiwa yang lemah, suka memendam perasaan dan mahukan perhatian. Bebanan perasan itulah yang dilepaskan dalam bentuk histeria.

Ini berbeza dengan lelaki. Semangat mereka kuat, ego lelaki tinggi, tidak suka berkongsi masalah dan tidak gemar meluahkannya dalam bentuk fizikal. Itulah sebabnya mereka sukar diserang histeria.

Jangan lupa, perempuan ada period. Perubahan hormon mengakibatkan emosi perempuan bercelaru, lebih-lebih lagi yang senggugut.

Banyak kes histeria berlaku di asrama. Mengapa? Antara puncanya ialah perpindahan. Pelajar terlibat berasa sedih kerana teringatkan kampung dan keluarga. Keadaan bertambah teruk apabila mereka gagal menyesuaikan diri dengan persekitaran dan sahabat baru, bermusuhan dan tiada tempat mengadu.

Ayah makin miang

Posted: 16 Mar 2014 06:51 AM PDT

SEBENARNYA nak cerita malu, tapi kalau tak luahkan isi hati ini, rasanya kami boleh jadi sakit jiwa, sebab kami dah tak tahan lagi dengan perangai ayah semakin tua makin menjadi-jadi miang keladinya, sampaikan satu sekolah tempat ayah mengajar dah tahu. Tapi ayah langsung tak malu bercinta kalah orang muda, semakin di nasihati semakin dia tunjukkan perangai buruknya pada kami.

Bayangkan ayah boleh bercinta dengan kekasihnya dalam telefon depan emak dan kami semua, supaya kami dengar. Hinggakan saudara mara yang mendengar pun geleng kepada. Itu cerita Fatin Najwa dalam e-mel pendek dan seterusnya ketika kami berbual panjang beberapa kali di telefon baru-baru ini.

Seingat saya sejak dulu ayah suka kerja di daerah lain jauh dari rumah kami, ayah balik seminggu atau dua minggu sekali, ayah tak beri emak ikut, susah katanya, sebab kami bersekolah, dan emak bekerja. Jadi ayah suruh emak duduk rumah.

Balik sesekali bukan ayah lekat kat rumah, sibuk bergayut di telefon awam, dia tak guna telefon rumah, sebab tak mahu emak dengar. Bila cuti sekolah ayah balik rumah, sebab dia guru dan dia ambil berat pelajaran kami sambil keluar masuk buat panggilan telefon.

Saya tahu ayah ada sahabat pena. Bukan itu saja, kekasih pun ada yang satu sekolah, satu jabatan dengan kerani sekolah pun ada. Dalam adik-beradik saya bertiga, sayalah paling berani tegur perangai ayah. Kakak-kakak tak berani, katanya berdosa cakap kasar dengan ayah, tapi mereka selalu kutuk di belakang ayah, tak berdosa?

Saya jenis tak suka cakap belakang, saya nampak perangai ayah tak betul saya tegur walaupun saya selalu kena tengkeng. Emak pun saya nasihatkan, jangan merungut dan menangis di belakang ayah, kalau tak suka perangai ayah cakap depan-depan, tapi kata emak sabar, satu hari nanti ayah berubah. Malangnya sekarang umur ayah dekat 60 tahun bukannya berubah, malah menjadi-jadi miangnya hinggakan isteri orang pun dia layan.

Peliknya, si isteri orang ini Qas umur dah lebih 40 tahun, ada anak tiga orang, dia tak rasa malu langsung setiap hari datang sekolah, konon hantar dan ambil anak, bukan anaknya tahun satu dah tahun tiga nak hantar lagi ke? Tujuan sebenarnya nak goda ayah. Peliknya suami Qas tak marah, sanggup biarkan isterinya duduk di sekolah hingga tak masak di rumah.

subahat

Saya rasa suaminya tak marah sebab dia izinkan isterinya pergi makan angin tiga malam ke Genting siap bergambar dengan ayah. Takkan dia tak tanya isterinya pergi mana, tinggalkan anak dan dia siap ambil cuti jaga anak-anak di rumah.

Mulanya saya tak tahu perangai ayah tapi guru sekolah tempat ayah mengajar beritahu, mereka tak mahu bersubahat. Untuk kepastian, saya intip ayah. Saya selidik siapa Qas dan suaminya. Memang tak boleh nafikan. Akibatnya emak dapat penyakit jantung.

Saya pernah curi tengok telefon ayah tertinggal ketika dia mandi. Terkejut berok bila saya tengok gambar-gambar ghairah Qas tak berbaju berlengkar atas katil dengan ayah. Saya tau Qas ambil gambar tu, sebab ayah memang tak pandai gunakan telefon canggih.

Emak selalu menangis, tapi tak berani tanya ayah. Dia selalu cerita perangai ayah, bila saya naik angin, emak suruh saya sabar, berdosa lawan ayah. Jadi apa sebenarnya emak mahu? Saya beritahu emak, perangai ayah semakin buruk berpunca daripada sikap emak, sebab terlalu takut dan puji ayah setengah mati, hinggakan ayah selalu ugut nak terajang emak.

Kerana dah tak tahan perangai buruk ayah, ada seorang dua guru telefon kakak dan saya suruh emak datang, tapi kami tak beri, sebab emak sakit jantung. Saya pernah lihat kereta ayah di rumah Qas. Bila mereka keluar, saya tanya anak Qas mana emak dan ayahnya.

Kata anaknya emaknya keluar, ayahnya pergi kerja. Saya tanya lagi mereka tahu tak emaknya isteri orang tak boleh berjalan dengan suami orang. Berdosa. Bila emaknya balik, mereka beritahu ayah saya dan Qas, apa lagi, ayah mengamuk sakan tuduh saya campur urusannya. Saya mengaku sebab nak sedarkan ayah tak baik buat skandal dengan isteri orang, akibatnya teruk saya kena penampar dan penumbuk ayah.

Saya bukan budak kecil, dah 22 tahun. Tetapi kena pukul sebab cuba nasihatkan ayah. Sejak itu perangai ayah bertambah teruk lagi, seolah-olah mencabar saya dan emak, apa kami boleh buat kalau dia berasmara dengan kekasihnya di telefon. Ayah langsung tak ada perasaan segan silu. Lebih menyedihkan ayah sudah lupa solat. Jangan kata solat lima waktu, solat Jumaat pun dia tak buat, asyik keluar makan dan shopping dengan Qas.

Saya tahu ayah ada banyak duit, sebab dia tak tanggung lagi makan minum kami, semua emak uruskan. Jadi duit lebihannya dia belikan telefon canggih, laptop untuk kekasihnya dan anak-anaknya. Peliknya suami Qas tak marah. Ini bukan kali pertama Qas ada skandal dengan suami orang. Dia cerita keseronokannya dalam FB, dia bangga kerana dapat ayah jauh lebih baik daripada kekasih lamanya.

Ayah tak tahu guna telefon canggih, tapi Qas suruh belajar. Nak hantar SMS tulisan halus mata ayah dah kabur kerana penyakitnya. Tapi ayah tak malu dia guna kanta pembesar untuk taip dan baca SMS. Saya pernah sindir ayah, kalau mata dah kabur ingatlah diri dah tua tak payah SMS lagi, belajarlah pergi ke masjid.

Sekarang ayah makan ubat double steam cell supaya nampak muda, kulit cerah dan lawa. Ayah tak tahu pasal benda-benda tu, tapi Qas suruh ayah makan supaya ayah kekal muda dan dia boleh kikis duit ayah lagi. Itu cerita FatinNajwa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Emmet hiasi karpet merah Hollywood

Posted: 16 Mar 2014 06:51 AM PDT

Oleh Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah

JENAMA kasut, Emmett mungkin tidak sepopular Jimmy Choo. Namun, koleksi rekaan Zul Mohd ini mendapat tempat di hati selebriti Hollywood. Jika tahun lepas, beberapa selebriti Hollywood bersetuju untuk memperagakan kasut dan tas tangan rekaan anak Malaysia itu selepas diperkenalkan melalui media sosial.Antaranya pelakon yang pernah membintangi drama bersiri CSI: Crime Scene Investigation, Lauren Mayhew; pemenang tempat kedua American Next Top Model, Kiara Belen dan selebriti fesyen, Kimora Lee Simmons.

Lebih membanggakan personaliti TV dan pengacara acara karpet merah Anugerah Akademi Ke-86 atau Oscar 2014, Krystin Burtt pada 2 Mac lalu turut menggayakan kasut tumit tinggi dan tas tangan jenis clutch rekaan Zul Mohd.

Saya gembira kerana Krystin bersetuju menggayakan kasut saya walaupun kami hanya berhubung melalui media sosial. Alhamdulillah, kasut saya digayakan di dalam acara karpet merah Oscar 2014.

Selain mahu mengembangkan nama Emmet di luar negara, saya juga berharap dapat mengharumkan nama Malaysia di sana. Siapa sangka artis Hollywood sebenarnya menggemari rekaan anak tempatan.

Apa yang penting kita hasilkan sesuatu yang berkualiti, selesa dan mengikut trend di sana," ujarnya yang pernah menghasilkan rekaan kasut yang dipakai antaranya oleh isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah, penyanyi, Datuk Sheila Majid dan Ana Rafali.

MAS tetap di hati Shahana

Posted: 16 Mar 2014 06:51 AM PDT

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Shahana

PENGALAMAN berkhdmat sebagai pramugari di syarikat Malaysia Airlines System (MAS) hampir sepuluh tahun memberikan peluang kepada Nor Shahana Sakir meneroka lebih 15 buah negara.

Nor Shahana yang kini bekerja sebagai jurusolek bebas dan peniaga online tidak akan melupakan pengalamannya sepanjang bertugas dengan MAS.

Ramai yang membuat tanggapan negatif tentang kerjaya kru penerbangan. Tak kenal maka tak cinta. Selalunya mereka yang membuat spekulasi ini sama ada tak pernah pun naik kapal terbang atau tak cuba mengenali kru penerbangan dalam penerbangan sebagai seorang insan dan bukannya pekerja yang hanya melayan kemahuan dan keselesaan penumpang.

Kami juga memastikan keselamatan penumpang ketika dalam penerbangan. Bayangkan sewaktu penumpang tidur, kru berjaga dan mengawasi persekitaran di dalam kapal," ujarnya yang mempunyai pengalaman bekerja dengan pesawat Boeing 737, Boeing 777, Boeing 747 dan Airbus A330.

Tambah Nor Shahana, pramugari dilatih untuk mahir dan cekap mengendalikan peralatan keselamatan di dalam pesawat, mengawal dan mengendalikan situasi kecemasan dalam penerbangan.

Bahkan pramugari turut diberi latihan dan panduan untuk menangani keadaan jika kapal terbang terhempas atau ditching (terhempas di air) dan bagaimana hidupkan transmitter atau pisahkan raft daripada kapal.

Semuanya masih dalam ingatan sehingga kini walaupun sembilan tahun sudah berlalu. Kami juga dilatih untuk sentiasa sopan dan ramah mesra kepada penumpang. Cabaran dalam bidang ini ialah berjauhan daripada keluarga dan berserah sahaja kepada Allah hidup dan mati bila berada di dalam pesawat," katanya yang berharap pesawat MH370 dan kotak hitam ditemui segera.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Memancing toman, dapat buaya

Posted: 16 Mar 2014 02:49 AM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK

MUAR 16 Mac - Disangka mata kail tersangkut ikan toman, tetapi rupa-rupanya seekor buaya!

Itulah pengalaman yang dilalui seorang pemancing, Kalit Morsid, 55, semasa memancing bersama empat rakannya di sebatang sungai di Kampung Parit Bugis, pukul 8.30 pagi ini.

Pemotong kelapa sawit berkenaan sebelum itu meninggalkan pancingnya pukul 5 petang semalam, sebelum datang pagi ini untuk melihatkan hasilnya di sungai tersebut.

Mulanya, Kalit menyangkakan mata kailnya disambar ikan toman kerana kawasan tersebut menjadi tumpuan spesies berkenaan, tetapi berasa tidak sedap hati apabila pancing yang diangkatnya terlalu berat.

"Saya rasa pancing disentap dan ingatkan ikan toman seberat lima atau enam kilogram, tetapi apabila cuba menarik 'ikan' tersebut, alangkah terkejutnya apabila timbul muncung buaya dan bahagian mulutnya terkena kail," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. - UTUSAN ONLINE

Jangan libat parti politik dalam pencarian MH370 - Zahid

Posted: 16 Mar 2014 01:43 AM PDT

HULU LANGAT 16 Mac - Semua pihak jangan mengaitkan soal kepartian politik dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi pencarian pesawat itu melibatkan nyawamanusia dan soal politik perlu diketepikan.

"Ini adalah soal keselamatan, kerajaan sudah berusaha sebaik mungkin (mencari MH370), jadi ketepikan soal politik dan mari sama-sama berdoa dan membantu," katanya pada sidang media selepas program sepetang bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Kajang, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

PBS: Guru tidak perlu masukkan data secara dalam talian

Posted: 16 Mar 2014 12:54 AM PDT

HULU LANGAT 16 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu , guru-guru tidak perlu lagi memasukkan data sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) secara dalam talian selepas ini.

Sebaliknya beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, data sistem PBS itu hanya perlu disimpan sendiri oleh guru sebagai rekod dalam usaha kerajaan meringankan beban guru. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved