Rabu, 22 Januari 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Mayat bayi ditemui di dalam tandas masjid di Kangar

Posted: 22 Jan 2014 10:32 PM PST

KANGAR 23 Jan. - Mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai baharu dilahirkan ditemui di dalam tandas lelaki di Masjid Alwi di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, mayat dijumpai seorang jemaah masjid kira-kira pukul 7 pagi.

Beliau berkata, tiada kesan darah pada mayat yang menunjukkan bayi itu dilahirkan di tempat lain tetapi diletakkan di situ.

Mayat yang juga tidak dibaluti sebarang kain telah dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, Mohd. Sokri Hussin yang turut berada di tempat kejadian melahirkan rasa sedih dengan perkara tersebut dan meminta pihak yang terbabit agar tampil untuk bertanggungjawab. - BERNAMA

Kes bunuh Nursyafiqah: Tiada unsur dera seksual - Polis

Posted: 22 Jan 2014 10:25 PM PST

Oleh ROSALINDA MD.SAID

KUALA TERENGGANU 23 Jan. - Polis menafikan wujud unsur penderaan seksual dalam kes Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah, dua tahun, yang ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah kosong di Taman Permint, Seberang Paka di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner, K. Manoharan berkata, buat masa ini pemeriksaan fizikal ke atas mayat mangsa tidak menunjukkan unsur-unsur rogol atau liwat.

"Perkara ini tidak tepat dan perlu pengesahan serta laporan lanjut daripada bahagian toksikologi," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Manoharan, punca kematian juga belum boleh dipastikan setakat ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Lebih banyak akan disiasat?

Posted: 22 Jan 2014 11:32 AM PST

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

PETALING JAYA - Siasatan ke atas salah laku rasuah dan mengatur keputusan perlawanan yang membabitkan pasukan Kuala Lumpur boleh diibaratkan sebagai episod pertama kepada lebih banyak kes yang akan dibongkar satu persatu selepas ini.

Itu bayangan awal yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufek Abdul Razak walaupun beliau tidak mengulas lanjut pasukan mana akan disiasat berhubung dengan kes mengatur perlawanan Liga Malaysia musim lalu.

Dalam masa sama, Taufek juga memberi amaran, dalang di sebalik isu itu sudah hampir dikenal pasti dan mereka tidak akan dibiarkan terlepas.

"Akan ada lagi kes-kes baharu selepas isu yang membabitkan pasukan Kuala Lumpur selesai, tunggu 28 Januari ini, semua persoalan akan terjawab.

"Tidak mungkin jerung akan terlepas kali ini, kami sudah mempunyai bukti yang cukup dan siapa ikan jerung, siapa ikan bilis...kita ada bayangan terhadap hukuman yang akan dikenakan," demikian komen ringkas Taufek yang ditemui di Wisma FAM semalam.

Apa yang pasti, petanda awal sukan bola sepak akan kembali mengulangi tragedi gejala rasuah terbesar pada 1994 seolah-olah hampir pasti berlaku jika ada penglibatan beberapa pasukan lagi seperti diuar-uarkan oleh Taufek.

Sebelum ini lima pemain dan tiga pegawai pasukan Kuala Lumpur termasuk ketua jurulatih, Stanislav Lieskovsky, digantung seumur hidup daripada aktiviti bola sepak dan didenda RM20,000 oleh FAM.

Semalam, tiga daripada sepuluh pemain Kuala Lumpur telah menemui beliau selepas Jawatankuasa Tatatertib pada 7 Januari lalu memutuskan untuk memanggil baki pemain skuad warga kota yang masih belum disoal siasat.

Namun, Taufek mengakui tiada sebarang maklumat dapat dikongsikan kepada pihak media buat masa ini tetapi akan cuba memastikan nasib kesemua 17 pemain diketahui pada 28 Januari ini.

"Pada hari ini kami telah panggil Ahmad Dashila Tajudin, Hishamudin Othman dan Badrul Hisyam Azmi untuk memberi keterangan kerana mereka tidak terlibat dengan perlawanan Piala FA pada hari semalam, ini akan disusuli seramai tiga orang lagi pada Jumaat ini (esok).

"Selepas kami menyelesaikan siasatan dengan memanggil empat lagi pemain terakhir pada Selasa depan, kami akan cuba mendapatkan keputusan pada hari yang sama jika semua pemain memberikan kerjasama.

"Jika tidak, saya terpaksa mencari hari lain untuk membuat keputusan, bukan sahaja berkaitan sepuluh pemain ini tetapi membabitkan tujuh pemain yang kami belum memberikan apa-apa keputusan sebelum ini," katanya lagi.

Menyentuh kekecohan membabitkan segelintir penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) ke atas peminat Perak di luar stadium semasa perlawanan antara kedua-dua pasukan itu pada Sabtu lalu, Taufek mengatakan beliau masih belum menerima sebarang laporan daripada komisioner perlawanan.

Kien Keat-Boon Heong tidak akan dipisahkan

Posted: 22 Jan 2014 11:32 AM PST

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Koo Kien Keat (kanan) dan Tan Boon Heong masih mendapat kepercayaan BAM biarpun peminat badminton semakin hilang keyakinan terhadap mereka ekoran prestasi yang terus merudum.

KUALA LUMPUR - Prestasi buruk pada Terbuka Malaysia minggu lalu tidak akan mendorong Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memisahkan beregu lelaki utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dalam masa terdekat ini.

Menurut jurulatih beregu lelaki negara, Pang Cheh Chang gandingan Kien Keat-Boon Heong dijangka akan terus beraksi sekurang-kurangnya dalam tempoh jangka masa pendek.

"Khidmat mereka masih lagi diperlukan, terutama dalam empat kejohanan utama termasuk Piala Thomas 2014 di New Delhi untuk menambah sengat dalam barisan beregu lelaki negara," katanya semalam.

Malah, pada ketika peminat sudah mula hilang keyakinan dengan pasangan itu, Cheh Chang sebaliknya yakin mereka masih boleh kembali kepada tahap prestasi terbaik sebelum ini.

"Sesuatu yang positif jika kita mempunyai tiga beregu lelaki termasuk Hoon Thien How-Tan Wee Kiong dan Goh V Shem-Lim Khim Wah kerana akan memberi kelebihan kepada skuad negara terutama di empat kejohanan besar termasuk Piala Thomas," kata bekas pemain badminton negara itu lagi.

Sabtu lalu, Mesyuarat Majlis, BAM telah memutuskan untuk membekukan penyertaan Kien Keat-Boon Heong dalam mana-mana kejohanan antarabangsa bagi membolehkan kajian menyeluruh dilakukan setelah mereka terkandas pada pusingan pertama Terbuka Malaysia.

Dalam pada itu, pemain beregu campuran negara, Goh Liu Ying akan membuat keputusan pada Jumaat ini sama ada akan menjalani pembedahan terhadap lututnya yang cedera.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Permohonan bebas dua wanita ditolak

Posted: 22 Jan 2014 11:32 AM PST

Oleh AZHARI ZAINOODDIN
utusanpenang@utusan.com.my

Zuzita Ahmad (kanan) dan Ooi Hooi Ling ketika dihadap ke mahkamah berhubung pertuduhan menculik bayi di Mahkamah Sesyen di Pulau Pinang, semalam.- BERNAMA

PULAU PINANG 22 Jan. - Dua wanita yang menghadapi tuduhan menculik dan memperdagang seorang bayi berusia tujuh bulan terpaksa meringkuk lebih lama di dalam lokap setelah Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan mereka untuk dibebaskan dengan jaminan.

Hakim Zul Hazmi Abdullah memutuskan demikian selepas peguam Choo Hueay Ting yang mewakili kedua-dua tertuduh iaitu Zuzita Ahmad, 43, dan Ooi Hooi Ling, 37, memohon budi bicara mahkamah agar membenarkan jaminan terhadap kedua-dua anak guamnya itu.

Timbalan Pendakwa Raya, S. Selvarajini sebelum itu membantah jaminan diberi atas alasan kedua-dua tertuduh berdepan dengan pertuduhan yang tidak dibenarkan jaminan.

Pada prosiding hari ini, mahkamah turut menetapkan perbicaraan kes tersebut pada 24 Februari ini.

Zuzita yang bekerja sebagai kerani dan Hooi Ling sebagai pembantu kedai mengaku tidak bersalah atas tuduhan menculik bayi tersebut daripada jagaan neneknya di Blok 2-3-1 Lorong Lembah Ria 1, Taman Happy Valley, Air Itam, di sini pada pukul 3.30 petang, 12 Disember tahun lalu.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Kedua-dua wanita itu turut didakwa memperdagang bayi terbabit bagi maksud eksploitasi untuk mendapatkan wang di Surau Rumah Panjang Tanjung Tokong pada pukul 5 petang, hari yang sama.

Bagi pertuduhan kedua itu, tertuduh-tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 yang membawa hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 20 tahun serta denda.

Wanita didakwa pecah amanah RM15,000

Posted: 22 Jan 2014 11:32 AM PST

SHAH ALAM 22 Jan. - Seorang bekas kerani eksekutif wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan pecah amanah wang lebih RM15,000 milik majikannya, tahun lalu.

Shazreela Yahya, 34, yang ketika itu bekerja di sebuah syarikat insurans didakwa melakukan perbuatan tersebut melibatkan wang kira-kira RM15,385 di syarikat SAG Risk Management Sdn. Bhd., Persiaran Raja Muda Musa, di sini.

Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh ibu empat anak itu antara pukul 11 pagi, 15 April 2013 dan pukul 2 petang, 29 Ogos 2013.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Asma Nadiah Abd. Rahman yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan agar wanita itu diikat jamin RM7,000 bagi semua pertuduhan dengan dua penjamin.

Hakim G. Ramesh bagaimanapun memerintahkan tertuduh yang diwakili peguam, V. Shalini Devi diikat jamin RM9,000 untuk semua pertuduhan dengan dua penjamin.

Mahkamah turut mengarahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan dan menetapkan sebutan semula kes pada 14 Februari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


16 notis tunjuk sebab dikeluarkan

Posted: 22 Jan 2014 11:32 AM PST

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

Shahiruddin Ab. Moin (tengah) menimbang ikan sambil melihat tanda harga bagi ikan dan makanan laut di sebuah restoran ikan bakar ketika operasi pemeriksaan harga di Tanjung Lumpur, Kuantan, kelmarin. UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN 22 Jan. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri mengeluarkan sebanyak 16 notis tunjuk sebab kepada peniaga hasil pemeriksaan ke atas 12,337 premis di seluruh negeri ini sempena Ops Harga 2014 yang dilancarkan baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, daripada pemeriksaan ke atas pemborong, peruncit dan pengusaha restoran serta medan selera itu mendapati kebanyakan kes berkaitan tanda harga dan menggunakan alat timbang tidak sah.

"Operasi yang dilaksanakan pada setiap hari dari pagi hingga malam bermula 1 Januari itu memfokuskan tiga perkara iaitu penandaan harga, pengeluaran notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan pemeriksaan alat penimbang dan sukat.

"Ops Harga 2014 ini menyasarkan lokasi seperti pasar basah, kedai runcit termasuk di restoran dan akan berterusan sehingga kita mendapati harga barangan kembali stabil," katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi pemeriksaan di sebuah restoran di sini semalam.

Menurut Shahiruddin, peniaga yang diberikan notis perlu mengemukakan sebab dalam tempoh tujuh hari dan jika didapati bersalah akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan selanjutnya.

"Sehingga semalam, penguat kuasa PPDNKK negeri telah mengenakan kompaun sebanyak RM5,300 dengan nilai rampasan bernilai RM28,285.

"Kesalahan tersebut dikenal pasti berlaku di beberapa daerah di negeri ini seperti Kuantan, Temerloh, Jerantut, Raub, Bera dan Rompin," jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, masyarakat perlu menyedari hak mereka sebagai pengguna dan harus bijak terutama membuat perbandingan harga, kualiti dan perkhidmatan yang ditawarkan sebelum membuat pembelian bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa peniaga yang tidak beretika.

"Peniaga jangan sesekali cuba mengambil kesempatan dan pengguna juga perlu tahu hak mereka dengan bertanya mengenai harga dengan membuat perbandingan sebelum pembelian," jelasnya.

68 PATI termasuk bayi ditahan di Kuantan

Posted: 22 Jan 2014 11:32 AM PST

Warga asing dikumpulkan untuk pemeriksaan oleh Jabatan Imigresen Pahang dalam operasi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) di Kuantan, kelmarin.

KUANTAN 22 Jan. - Jabatan Imigresen negeri menahan seramai 68 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang bayi berumur 15 bulan dalam Ops 6P Bersepadu yang diadakan dua buah kawasan pembinaan di sekitar daerah ini bermula awal pagi semalam.

Kesemua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal melebihi tempoh masa, bekerja menggunakan pas pelawat dan memiliki pas lawatan kerja sementara palsu.

Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Razali Ahmad berkata, dalam operasi pertama selama dua jam bermula dari pukul 1 pagi itu, seramai 172 warga asing diperiksa di sebuah tapak projek perumahan di Bukit Rangin di sini.

"Hasil pemeriksaan kita menahan 37 PATI yang berumur lingkungan 20 hingga 46 tahun yang merupakan warganegara Indonesia, India, Myanmar dan Bangladesh. Bayi itu pula ditahan bersama ibunya yang juga merupakan PATI," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam operasi kedua pula, seramai 89 warga asing telah diperiksa dalam operasi yang diadakan di tapak pembinaan di kawasan Kampung Tiram di sini.

"Hasil pemeriksaan kita telah menahan seramai 31 PATI yang terdiri daripada warganegara Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Nepal dan Pakistan.

"Ketika pemeriksaan, beberapa PATI juga didapati cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan oleh pihak kami," katanya.

Tambah beliau, kesemua PATI yang berumur lingkungan 18 hingga 46 tahun itu ditahan dalam operasi yang diadakan bermula pukul 10 pagi hingga 12.30 tengah hari semalam.

Katanya, PATI yang ditahan ini disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Perkara 39(b) Peraturan Imigresen 1963.

"Kesemua PATI yang ditahan kini ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Ajil, Terengganu untuk tindakan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, katanya, operasi itu membabitkan 25 anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri, 20 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan lapan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Kawasan pembinaan tumpuan operasi cegah aedes

Posted: 22 Jan 2014 11:32 AM PST

KUANTAN 22 Jan. - Sebanyak 11 pemaju hartanah dikenakan kompaun oleh Jabatan Kesihatan daerah berikutan kawasan tapak pembinaan mereka dikesan mempunyai tempat pembiakan nyamuk aedes dalam operasi yang dijalankan semalam.

Pegawai Kesihatan daerah, Dr. Amirullah Mohd. Arshad berkata, daripada jumlah tersebut, lima pemaju diberi notis mengikut Seksyen 8 bagi melakukan kerja-kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi pembiakan nyamuk aedes dalam tempoh tiga hari.

"Jika mereka gagal mematuhi notis berkenaan, kawasan pembinaan mereka perlu ditutup dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Tindakan adalah mengikut Akta Pemusnahan Serangga Membawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000). Kami amat memandang serius perkara ini kerana bimbang kes demam denggi akan terus meningkat di daerah Kuantan.

"Ini memandangkan terdapat peningkatan ketara dalam tempoh 20 hari bagi bulan Januari berbanding tempoh sama tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan mengejut di 24 kawasan pembinaan sekitar daerah ini di sini semalam.

Menurut Dr. Amirullah, operasi yang bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang itu membabitkan seramai 100 pegawai dan kakitangan.

"Antara kawasan yang diperiksa adalah Taman Satelit, Lorong Air Putih, Taman Serukun, Pasar Balok dan Tanjung Lumpur.

"Sehubungan itu, kami meminta kerjasama penduduk memastikan kawasan kediaman dan sekitar bersih sekali gus dapat mengelakkan nyamuk aedes membiak," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


China luluskan 12 kawasan zon bebas baharu

Posted: 22 Jan 2014 09:30 AM PST

BEIJING 23 Jan. - China telah meluluskan beberapa kawasan zon bebas semalam, selepas pembukaan tapak zon bebas yang pertama di Shanghai, dalam usaha mempertingkatkan ekonomi di negara ini.

Agensi berita tempatan Xinhua melaporkan, sebanyak 12 kawasan zon bebas akan dibuka di negara ini tidak lama lagi.

Tapak zon bebas itu termasuk di bandar Tianjin berhampiran Guangdong di selatan negara yang terletak berhampiran Hong Kong. - AFP

Imelda kritik layanan Filipina terhadap bekas presiden Gloria

Posted: 22 Jan 2014 09:28 AM PST

MANILA 23 Jan. - Bekas Wanita Pertama Filipina Imelda Marcos semalam, menziarahi bekas Presiden Filipina Gloria Arroyo yang ditahan di sebuah hospital tentera dan mengkritik rawatan yang disediakan kerajaan sebagai zalim dan tidak adil.

Marcos berkata dia sedih dengan keadaan Arroyo, tahap kesihatan yang menurun kerana masalah kelenjar tiroid dan sakit belakang yang dihadapi ketika dalam tahanan.

"Sangat zalim dan tidak adil," kata balu kepada Presiden Ferdinand Marcos yang digulingkan kerajaan pada tahun 1986. - DPA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Isteri Amar Asyraf kini hamil tiga bulan

Posted: 22 Jan 2014 04:31 AM PST

Oleh GARRET DAWUM

SHAH ALAM 22 Jan. - Isteri pelakon Amar Asyraf Zailuddin, 28, iaitu Arna Salleh, 29, kini hamil tiga bulan setengah.

Menurut Amar Asyraf, kehamilan isterinya sudah diketahui sejak November lalu.

``Cuma dia muntah-muntah di awal pagi dan akan baik selepas itu. Jika waktu malam, masa tidur dia tiba-tiba akan terjaga. Bukan untuk apa, hanya untuk muntah.

"Masa itulah saya akan berjaga-jaga. Isteri saya juga risau dan takut jika saya tidur lebih awal kerana dia sentiasa terbayangkan sesuatu," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran drama 3 Dara Pelamin 1, di sini hari ini.

Pasangan itu berkahwin pada 7 Jun lalu dan majlis pernikahan mereka berlangsung di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Bertindak secara profesional

Posted: 22 Jan 2014 11:32 AM PST

PESURUHJAYA DATUK MUSTAFAR ALI ialah Pengarah Siasatan SPRM.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berfungsi sebagai sebuah suruhanjaya bebas sejak 1 Januari 2009 telah, sedang dan akan mengambil pelbagai inisiatif bagi memastikan ia bertindak secara profesional. Dengan moto 'Amanah, Adil, Tegas' dan diperkukuh dan ditekankan dalam Aspirasi SPRM yang berteraskan pendekatan bebas, telus dan profesional.

SPRM sedar orang ramai meletakkan harapan yang tinggi sebaik sahaja ia dinaik taraf sebagai sebuah suruhanjaya bebas. Malah keperluan ini turut ditekankan dalam Misi dan Kod Etika SPRM.

Justeru, perubahan nama daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada SPRM lima tahun lalu beserta perubahan struktur SPRM dengan melibatkan mekanisme check and balance melalui lima badan bebas SPRM turut meletakkan di kedudukan penuh mencabar bagi memenuhi misi sebagai badan tunggal memerangi rasuah di negara ini.

SPRM juga ingin berkongsi bahawa tidak ada laporan tohmahan atau dakwaan rasa tidak puas hati atau sebagainya mengenai layanan ketika siasatan dijalankan sepanjang 2013 berbanding 28 tohmahan sekitar 2008. Ini memperlihatkan sudah ada penurunan ketara sepanjang lima tahun lalu. Bagaimanapun SPRM sentiasa bekerja keras untuk meningkatkan tahap profesionalisme.

Dalam menjalankan semua tindakan penyiasatan dan operasi, SPRM sentiasa berpegang kepada pendekatan bebas, telus dan profesional.

SPRM juga sentiasa menekankan keperluan pegawai-pegawai penyiasat menjalankan kerja-kerja siasatan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Tindakan ini juga antara fokus dalam inisiatif yang dirangka di bawah program transformasi.

Dalam mempertahankan integriti dan profesionalisme kerja-kerja siasatan, pegawai-pegawai SPRM bertindak tanpa mengira ideologi politik dan sentiasa bersikap neutral atau berkecuali.

Penyiasatan dilakukan tanpa mengira kedudukan seseorang sama ada individu yang disiasat itu ahli politik kerajaan atau pembangkang, kenamaan atau sebaliknya. Rasuah bukan kerana siapa yang melakukannya tetapi kerana kesan buruk dan keji yang boleh dibawa akibat rasuah.

Sejak dibentuk lima tahun lalu, SPRM dipantau oleh lima badan bebas. Kelima-lima badan bebas ini ialah Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen daripada komponen parti kerajaan dan pembangkang, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Aduan, Panel Penilaian Operasi, dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah. Kelima-lima badan itu bertindak sebagai mekanisme check and balance (semak dan imbang) terhadap perjalanan SPRM dalam melaksanakan fungsi dan peranannya.

Ahli-ahli badan bebas ini mewakili masyarakat dan terdiri daripada bekas pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli-ahli politik terdiri parti kerajaan dan pembangkang, golongan profesional daripada kalangan ahli perniagaan dan sektor korporat, ahli akademik, peguam dan personaliti yang disegani.

Baru-baru ini, tulisan Bisik-bisik Awang Selamat mendakwa ada segelintir pegawai SPRM dikatakan keterlaluan dalam menjalankan siasatan, selain mendakwa "tertuduh" tidak dibenarkan ditemani oleh keluarga dan mengambil ubat untuk penyakit yang dihidapi seperti kencing manis dan jantung.

Selain itu, tulisan itu mendakwa "melayan tertuduh seolah­olah sudah bersalah tetapi apabila siasatan menunjukkan tertuduh tidak bersalah, tiada usaha dilakukan bagi membersihkan nama (tertuduh)." Awang Selamat juga mengatakan dalam penulisannya terdapat beberapa pegawai penyiasat yang mengaku mereka penyokong pembangkang dan teruja untuk bertindak ke atas para pegawai menteri.

Tulisan itu juga mendakwa SPRM agresif menyiasat kes­kes pemimpin kerajaan dan penjawat awam, tetapi tidak berani bertindak ke atas pemimpin pembangkang.

Ingin ditegaskan bahawa SPRM terus-menerus berusaha memperbaiki tahap profesionalisme dan sudah pasti akan melakukan pembetulan dan mengambil tindakan sewajarnya jika semua dakwaan tersebut benar-benar berlaku.

Sebarang maklumat, rungutan atau dakwaan boleh disalurkan kepada Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme atau Jawatankuasa Aduan yang akan menyiasat sebarang salah laku pegawai dan staf SPRM.

Menjawab beberapa soalan dibangkitkan itu, ingin dijelaskan bahawa pegawai-pegawai penyiasat sentiasa diarah mematuhi SOP yang ditetapkan. Ini termasuklah membenarkan orang yang ditangkap berkomunikasi dengan saudara-mara atau kawan untuk memberitahu di mana dia berada dan berunding dengan pengamal undang-undang pilihannya.

Kebenaran ini tertakluk kepada peruntukan Seksyen 28A(8) Kanun Acara Jenayah iaitu ia tidak mengakibatkan pemusnahan keterangan, rakan sejenayah melarikan diri atau sebab-sebab keselamatan saksi-saksi dan sebab-sebab tertentu yang boleh menjejaskan siasatan. Sekiranya kebenaran ditangguhkan, pegawai-pegawai SPRM hendaklah merekodkan alasan-alasan mengapa kebenaran tidak diberikan dengan seberapa segera.

Jadi, tidak timbul soal SPRM melarang mana-mana individu yang ditahan reman daripada bertemu dengan anggota keluarga. Diharap masyarakat khususnya pengadu dan media faham tentang peruntukan ini. Arahan untuk seseorang ditahan reman dikeluarkan oleh mahkamah.

Sebelum seseorang itu hendak ditahan reman, suspek akan dibawa untuk menjalani pemeriksaan perubatan. Ini bagi memastikan kesihatan suspek dalam keadaan baik. Dalam menjalankan operasi penyiasatan, SPRM sentiasa menekankan aspek perikemanusiaan yang dipandu oleh SOP dan peruntukan undang-undang. Suspek atau saksi yang diambil keterangan tentunya akan diberi kemudahan rawatan dan ubat-ubatan jika memerlukan.

Ketika ditahan reman dan keterangan diambil, gerak-geri suspek dirakam menerusi kamera, yang juga sebahagian daripada pembaharuan dibawa susulan program transformasi SPRM sejak 2011. Pernah ada laporan media dua tahun lalu yang mendakwa suspek dan anaknya diberi layanan tidak baik ketika berada di premis SPRM. Rakaman video menunjukkan sebaliknya.

SPRM juga dari semasa ke semasa membuat kenyataan rasmi jika siasatan membabitkan individu 'ternama' atau siasatan yang menjadi perhatian umum didapati tiada kes. Perkara ini memang diamalkan walaupun tidaklah dalam kesemua kes. Amalan ini akan diteruskan bila keadaan memerlukan.

Pada Mei 2012, Pengerusi PPO SPRM, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, ketika itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 'bersih daripada tuduhan' berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Pada 2010, Hadenan juga mengumumkan Jabatan Peguam Negara telah memutuskan menutup fail siasatan terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (bekas Menteri Besar Kelantan) dan Datuk Dr. Wee Ka Siong (bekas Timbalan Menteri Pelajaran dan kini Timbalan Presiden MCA).

Ketiga-tiga kes ini pernah dibawa oleh media sehingga menerima reaksi berbeza daripada kedua-dua parti kerajaan dan pembangkang.

Memang menjadi dasar SPRM untuk tidak menghebahkan kes-kes yang sedang disiasat kepada orang ramai, khususnya yang membabitkan pemimpin politik atau personaliti tertentu selaras dengan Seksyen 29(4) Akta SPRM.

Kadangkala SPRM tersepit antara keperluan media massa yang ingin 'berita panas' dan kepentingan awam. Kadangkala maklumat mengenai siasatan orang ternama ini terlepas kepada umum. Dan apabila disiarkan oleh media massa, walaupun adakalanya SPRM meminta jasa baik wartawan tidak menyiarkan, kadangkala permintaan SPRM tidak mendapat 'layanan' sewajarnya. SPRM menjadi sasaran. SPRM juga menghormati kebebasan media.

Dalam keadaan tertentu, ada juga pihak mengharapkan SPRM menyiarkan kes-kes berprofil tinggi yang disiasat. Oleh itu, perkara ini juga menjadi pertimbangan SPRM berlandaskan aspek perundangan dan peraturan.

Tidak dapat dinafikan SPRM berhadapan beberapa kekangan dalam memastikan fungsinya disempurnakan dengan sebaik mungkin. SPRM sedaya upaya berusaha untuk meningkatkan tahap profesionalisme dengan dibantu oleh lima badan bebas, yang dianggotai lebih 40 tokoh ternama dan disegani.

Kami mengaku kami belum lengkap sepenuhnya. Tetapi dari sehari ke sehari SPRM berupaya memperbaiki kualiti pendekatan mencegah rasuah. Cadangan penambahbaikan perkhidmatan SPRM sentiasa dialu-alukan.

Kesamaran tuntutan China

Posted: 22 Jan 2014 11:32 AM PST

PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM.

Gambar bertarikh 26 Mei 2011 yang diterbitkan oleh akhbar dalam talian, PetroTimes Vietnam menunjukkan dua kapal peninjau marin China meronda di luar pesisir pantai Vietnam.

TUNTUTAN China terhadap sebahagian besar kawasan Laut China Selatan dianggap sebagai keterlaluan dan kadang-kala tidak logik kerana ia tidak berasaskan lunas undang-undang antarabangsa.

Sebab itu Beijing begitu berat untuk membawa kes tuntutan mereka supaya diteliti oleh Tribunal Antarabangsa Mengenai Undang-Undang Laut (ITLOS) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Lebih merumitkan keadaan adalah tuntutan tersebut bertindih dengan tuntutan oleh lima negara lain iaitu Taiwan, Vietnam, Filipina, Brunei dan juga Malaysia.

Pemilikan Kuala Lumpur terhadap beberapa pulau di gugusan Kepulauan Spratly umpamanya adalah berasaskan kepada Konvensyen PBB Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) dan sebab itu garis sempadan adalah begitu jelas.

Tuntutan Beijing pula yang hanya berasaskan sejarah lampau adalah begitu samar sekali sehinggakan garis had sempadan tuntutan mereka tidak dapat ditentukan dengan jelas oleh mana-mana pihak termasuk China sendiri. Apa yang dapat dipastikan adalah tuntutan China itu merangkumi hampir 80 peratus luas keseluruhan Laut China Selatan.

Jika had tuntutan sempadan adalah begitu samar sekali tetapi tingkah laku China apabila berhadapan dengan isu ini adalah begitu jelas. Perang dengan Vietnam Selatan yang meletus pada 1974 dan kali kedua dengan Filipina pada 1995 mempamerkan sikap Beijing tanpa berselindung akan mempergunakan kekuatan tentera untuk memenuhi tuntutan mereka.

Beijing juga tanpa segan-silu mampu menggunakan kaedah tersirat seperti mengeluarkan pasport yang mempamerkan Laut China Selatan adalah milik mereka sepenuhnya. Malah bukan sahaja sebahagian besar Laut China Selatan digambarkan oleh Beijing sebagai hak mereka, Taiwan juga secara tersurat adalah sebahagian daripada China.

Memang benar pendirian sedemikian adalah dasar rasmi Beijing, tetapi memaparkan gambaran sedemikian di dalam pasport sudah pasti mengundang kontroversi.

Vietnam dan Filipina enggan mengiktiraf pasport baru China dengan mengeluarkan visa negara masing-masing secara berasingan daripada pasport sementara Taiwan pula mengemukakan bantahan diplomatik.

Ada pihak yang berpendapat bahawa isu pasport tersebut adalah perkara remeh dan tidak perlu diperbesarkan tetapi perlu diberi perhatian bahawa pasport adalah satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh sesebuah kerajaan dan tiada bantahan memberi persepsi bahawa kandungan pasport adalah sesuatu yang diiktiraf kebenarannya.

Jika pasport dianggap sebagai strategi remeh dan samar Beijing tetapi jika dikaitkan dengan peraturan yang membenarkan polis tempatan wilayah pentadbiran Hainan memeriksa, merampas dan menghalau kapal-kapal asing yang menceroboh kawasan perairan di wilayah itu, maka implikasi peraturan ini adalah begitu besar sekali.

Peraturan ini dianggap signifikan dan mempunyai kaitan dengan pasport baharu China kerana wilayah Hainan adalah pihak yang dipertanggungjawabkan oleh Beijing untuk mentadbir dan seterusnya menguatkuasakan undang-undang di wilayah milik China di Laut China Selatan. Wilayah ini termasuklah beberapa pulau Spratly milik Malaysia.

Lebih membimbangkan adalah mulai 1 Januari 2014, satu lagi peraturan baharu mula diperkenalkan iaitu semua aktiviti penangkapan ikan di Laut China Selatan yang dibuat dalam wilayah milik mereka perlu memohon kebenaran daripada pihak berkuasa China.

Implikasi peraturan perikanan ini agak besar kepada semua negara yang terlibat termasuk Kuala Lumpur kerana ia turut melibatkan wilayah milik Malaysia yang termaktub dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ). Manila dan Hanoi adalah antara yang paling awal membuat bantahan kepada Beijing kerana perundangan baharu ini bakal mencetuskan perbalahan yang lebih serius.

Ketika Mesyuarat Menteri Luar ASEAN di Bagan, Myanmar minggu lepas, pertubuhan tersebut telah mengambil pendirian bersama dalam membantah pengenalan peraturan perikanan China. Kenyataan bantahan itu berjaya mendapat persetujuan semua negara ASEAN setelah mesyuarat didesak oleh Manila dan Hanoi. Tambahan pula peraturan perikanan ini bertentangan dengan hasrat Deklarasi Kod Tatacara Laut China Selatan (DoC) yang dipersetujui oleh ASEAN dan China.

Memang benar peraturan perikanan yang dikuatkuasakan oleh pentadbiran wilayah Hainan lebih memberi kesan kepada Filipina dan Vietnam kerana wilayah tuntutan dua negara ASEAN ini adalah paling hampir dengan Hainan.

Sebab itu Beijing lebih memberi perhatian istimewa kepada kawasan tuntutan berhampiran Hainan kerana ia lebih mudah diuruskan berbanding dengan Kepulauan Spratly yang sukar dikuatkuasakan kerana masalah jarak yang jauh. Pertembungan di antara Manila dan Beijing di Beting Scarborough pada tahun lepas jelas mempamerkan kesungguhan China di wilayah pertikaian yang berhampiran dengan Hainan. Dalam peristiwa ini Manila terpaksa mengalah dan melepaskan kawalan kawasan tersebut kepada Beijing.

Sedikit demi sedikit China mula memperkuatkan tuntutan mereka dengan menggunakan alasan menguatkuasakan peraturan tetapi sebenarnya strategi tersebut lebih mempergunakan kekuatan tentera laut mereka untuk menakutkan negara lain.

Kuala Lumpur masih belum terasa bahang strategi Beijing kerana EEZ Malaysia di Laut China Selatan masih jauh dari jangkauan pusat pentadbiran wilayah Hainan. Tetapi senario sebegini tidak akan kekal lama kerana Beijing sedang giat memperkukuhkan armada tentera laut mereka.

Kapal pengangkut jet pejuang China pertama iaitu Liaoning yang telah berjaya menjalani ujian latihan di Laut China Selatan baru-baru ini adalah manifestasi jelas hasrat sebenar mereka untuk memiliki sebahagian besar wilayah pertikaian tersebut.

Begitu juga dengan kapal peronda pengawal laut China yang sering melakukan rondaan berhampiran dengan Beting James dalam wilayah EEZ Malaysia juga menimbulkan kemusykilan apakah Beijing akan menguatkuasakan peraturan perikanan dalam wilayah EEZ Malaysia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Misteri duit hilang

Posted: 21 Jan 2014 10:11 PM PST

MACAM menjadi-jadi pula kes sihir melibatkan rumah tangga. Kalau minggu lepas menemu bual seorang sahabat lama yang berkongsi kisah ibu mentua 'membomoh' anak sendiri. Minggu ini sekali lagi kisah yang sama tetapi tak serupa melanda Maisarah, 40-an (bukan nama sebenar) juga tentang ibu mentua.

Pengakuan Maisarah direkodkan menerusi emel sahaja kerana dia tinggal jauh di utara tanah air dan sukar baginya untuk melapangkan masa untuk ditemui di Kuala Lumpur.

Cerita Maisarah bermula sejak tahun 2000 ketika itu usianya 30 tahun dan ibu bapanya sudah mula risau anak dara mereka masih belum bertemu jodoh.

"Saya ketika itu sudah lebih lima tahun bekerja sebagai pramugari. Kerjaya saya di awan biru mungkin menyukarkan saya mencari jodoh, lalu saya serahkan kepada ibu bapa untuk memilih calon suami saya," katanya.

Rupanya Maisarah memang telah dirisik beberapa penduduk kampung. Ramai yang berkenan dengan Maisarah yang mempunyai bentuk tubuh ramping, tinggi lampai dan cantik.

Tambahan lagi kerjaya Maisarah sebagai pramugari, memang menjadi kebanggaan penduduk di kampungnya.

"Daripada tiga calon yang datang merisik, emak dan abah akhirnya menerima pinangan seorang pemuda kampung yang berkhidmat sebagai pegawai kerajaan.

"Menjamin masa depan kata mereka. Saya akur sahaja kerana bagi saya pilihan ibu bapa itulah yang terbaik dan semuanya direstui mereka," imbasnya lagi.

Tanpa mengambil masa yang panjang, Maisarah dan Azfar (bukan nama sebenar) dijodohkan dalam satu suasana meriah namun sederhana.

Mentua Maisarah, Halimah (bukan nama sebenar) adalah orang yang paling teruja dan bersemangat dengan perkahwinan tersebut.

"Saya dapat rasakan saya seorang menantu yang bertuah kerana disayangi ibu mentua. Dia memang bangga dengan kerjaya saya, malah sesiapa sahaja yang dijumpainya pasti diceritakan tentang kerjaya saya.

"Selepas berkahwin, saya ajak suami berpindah ke Kuala Lumpur. Suami yang bekerja kerajaan mudah bertukar tempat kerja mengikut yang dikehendaki. Akhirnya kami membeli sebuah kediaman tidak jauh dari pusat bandar dan menetap di situ hinggalah saya bersalin anak sulung," imbas Maisarah lagi.

Duit hilang

Dijadikan cerita, sejak berpindah rumah baharu dia kerap mengalami masalah kehilangan duit.

Boleh dikatakan berpuluh kali Maisarah perasan duit simpanan di rumah hilang. Awalnya dia menyangka, dia telah menggunakan duit tersebut tanpa disedari tetapi makin lama makin banyak pula duit yang hilang walau Maisarah memang pasti duit itu ada di tempat yang diletakkan.

"Takkan saya mahu mengesyaki suami, dia juga mempunyai duitnya sendiri, anak kami lagilah tidak mungkin kerana masih bayi dan saya juga tidak mempunyai pembantu rumah. Nak kata rumah dimasuki pencuri pun memang tiada tanda-tanda rumah dipecah masuk.

"Disebabkan makin kerap duit hilang, akhirnya saya memasang perangkap. Saya letakkan duit dalam bantal saya dan mahu lihat siapa yang menggunakan bantal tersebut. "Mahu tak mahu saya mula berfikir yang bukan-bukan dan membuat andaian semua ini angkara makhluk halus, kerana duit tersebut hilang juga walau saya telah memasang perangkap siap dengan video yang dihalakan ke bantal tersebut," cerita Maisarah.

Untuk memastikan kesahihan tersebut, Maisarah telah mengundang seorang perawat Islam ke kediamannya. Sementara ustaz membaca doa, Maisarah dan keluarga berkumpul di tengah rumah. Ustaz turut menyediakan air doa dan garam untuk memagar kediaman daripada gangguan makhluk halus.

"Ustaz tersebut berkata, memang ada makhluk yang datang mengambil duit saya atas arahan seseorang. Saya amat teruja untuk mengetahui angkara siapa tetapi ustaz tidak mahu memberitahu dan dia hanya meminta saya berikhtiar sahaja.

"Saya ikuti sahaja saranan ustaz tersebut hinggalah pada satu hari saya pula yang mengalami penyakit gangguan di mana saya sukar tidur, sering mimpi buruk dan sering berdebar-debar.

"Pemeriksaan doktor mendapati saya sihat dan akhirnya saya merujuk kes saya pada seorang pengamal perubatan alternatif. Kini sudah hampir 10 tahun saya mengalami sakit misteri yang akhirnya menyusahkan saya untuk bekerja. Saya akhirnya berhenti kerja dan hasil berubat menemui beberapa maklumat yang memang mengejutkan saya dan suami.

"Ada yang memberitahu bahawa ibu mentua saya membela toyol dan dia memang mahukan harta saya. Saya juga pelik, asal saya pulang ke kampung ibu mentua, seluruh badan saya akan terasa hangat pijar seperti baru dilumur cili.

"Lebih memeritkan kaki saya juga sukar untuk berjalan dan apabila dipaksa berjalan umpama berjalan di atas paku tajam. Bukan itu sahaja, saya mengalami batuk-batuk selama hampir setahun walau pelbagai ubat batuk saya ambil. Akhirnya saya berubat dengan pengamal perubatan Islam dan kini semakin sihat," cerita Maisarah panjang lebar.

Walau sudah berhenti kerja dan keadaan kesihatan pula seakan tidak mengizinkan dia bergerak aktif, dia memang tidak tahu duduk diam.

Maisarah mula mendaftarkan diri ke kelas solekan dan mengambil tugas menyolek pengantin pada setiap hujung minggu.

"Demi anak, saya kuatkan semangat. Saya tidak mahu menyusahkan sesiapa. Mujurlah suami saya memahami, namun dia juga tidak mampu berkata apa-apa hanya memberikan sokongan moral pada supaya tabah mengharungi kehidupan ini," ujarnya yang kini bergiat aktif sebagai jurusolek dan meneruskan kehidupannya seadanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Flat Pekeliling tinggal kenangan

Posted: 21 Jan 2014 11:59 AM PST

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Selepas dibuka kira-kira 45 tahun lalu, Flat Pekeliling di Jalan Tun Razak di sini bakal hilang dari pandangan orang ramai apabila kerja-kerja merobohkan baki lima blok perumahan itu akan dimulakan esok.

Merupakan antara flat tertua di Kuala Lumpur, ia dibina oleh kerajaan bertujuan membantu golongan setinggan dan perantau yang berhijrah dari desa untuk memulakan hidup di ibu kota pada penghujung tahun 60-an.

Dianggarkan 12,000 penghuni pernah mendiami flat yang mengandungi 11 blok itu sebelum mereka dipindahkan ke kawasan berhampiran antaranya Perumahan Awam Desa Rejang di sini pada 2005.

Pemindahan itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja merobohkan flat tersebut dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi tujuan pembangunan projek komersial.

Dengan sejarahnya yang panjang, tidak hairanlah, banyak penghuninya menyimpan pelbagai kisah pahit manis semasa tinggal di flat yang mempunyai hanya satu bilik tidur dan satu bilik air itu.

Salah seorang bekas penghuni, Ismail Shaari, 52, yang kini merupakan Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Awam Desa Rejang berkata, dia tidak akan melupakan bangunan tersebut yang strategik dengan banyak kemudahan.

Di Flat Pekeliling agak senang untuk kami ke mana-mana kerana di sekitarnya terdapat hentian teksi, bas, sistem transit aliran ringan dan KL Monorel.

Saya pernah berniaga makanan di kawasan itu apabila diberi peluang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyewa gerai dengan hanya RM30 sebulan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Perumahan Awam Desa Rejang di sini hari ini.

Bekas anggota tentera itu menceritakan, dia hanya perlu membayar sewa rumah sebanyak RM94 sebulan, berbanding RM124 sebulan apabila dipindahkan ke perumahan baharu yang terletak kira-kira 7 kilometer dari flat itu.

Kalau diberi pilihan, saya lebih suka tinggal di Flat Pekeliling kerana anak-anak saya juga membesar di flat tersebut. Apakan daya, demi memajukan kawasan tersebut, terpaksalah akur dengan arahan untuk berpindah," katanya.

Bagi Wan Normah Long, 49, dia mula memohon kepada DBKL untuk mendapatkan penempatan di Flat Pekeliling kerana menghadapi kesulitan kewangan pada tahun 1996.

Saya tidak teragak-agak untuk membuat permohonan kerana mendapat tahu sewanya amat murah berbanding di tempat lain," katanya.

Mengenai kisah menarik di flat itu, Wan Normah berkata, dia pernah melihat tiga kes bunuh diri melibatkan individu yang terjun dari tingkat atas flat itu.

Sementara itu, Suwaibah Abdul Halim, 47, memberitahu, pada mulanya dia menumpang di rumah kakaknya di flat tersebut setelah berumah tangga pada tahun 1988.

Apabila saya dikurniakan seorang cahaya mata, kakak saya membuat keputusan untuk berpindah dan mahu kami sekeluarga tinggal di situ bagi menggantikan tempatnya" ceritanya.

Kosong, terbiar umpama rumah hantu

Posted: 21 Jan 2014 11:59 AM PST

PEMANDANGAN dari bahagian luar Flat Pekeliling di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD NOR
KEADAAN berselerak di tingkat bawah Flat Pekeliling yang terbiar sejak enam tahun lalu.
DINDING flat diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Flat Pekeliling yang dikosongkan oleh penduduk sejak enam tahun lalu berada dalam keadaan terbiar dan usang.

Kerja-kerja merobohkan blok-blok bangunan flat itu bermula secara berperingkat-peringkat sejak 2005 untuk memberi laluan kepada pembangunan projek komersial, Tamansari.

Bagaimanapun, sehingga kini masih ada lima blok yang belum dirobohkan ekoran beberapa masalah teknikal.

Akibat dibiarkan bertahun-tahun lamanya, bangunan itu menjadi sarang penagih dadah serta merupakan kawasan 'panas' bagi aktiviti jenayah.

Tinjauan Utusan Malaysia di sini hari ini mendapati kawasan tersebut amat kotor dan tidak terurus, namun percaya dengan tindakan pemaju yang akan membangunkan tempat itu.

Terdapat longgokan batu-bata serta kayu dan sampah di dalam kelima-lima blok flat tersebut.

Suasana di dalam bangunan tersebut, ibarat memasuki rumah hantu kerana keadaannya yang gelap dengan pelbagai peralatan berselerak di sana sini.

Selain itu, terdapat contengan pada dinding bangunan.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa tumbuhan seperti pokok yang sudah mula tumbuh di celah dan atas bangunan tersebut.

Perkara yang membimbangkan, ada juga cebisan kaca yang berselerak di permukaan kawasan bangunan dan tindakan menghalang orang awam daripada memasuki kawasan tersebut merupakan keputusan yang sangat tepat.

Sementara itu, barang-barang yang dipercayai milik bekas penghuni juga masih kelihatan antaranya bantal, beg, kasut dan pakaian.

Tidak habis di situ, pintu-pintu rumah juga didapati pecah dan hanya dibiarkan tersadai di atas balkoni flat tersebut.

Sudah sampai masanya untuk bangunan itu dirobohkan supaya proses membangunkan semula kawasan tersebut dapat dimulakan dengan segera.

Penduduk rayu batal projek

Posted: 21 Jan 2014 11:59 AM PST

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

SELAYANG 21 Jan. - Gabungan Persatuan-Persatuan Penduduk Templer Park dan ahli Kelab Golf Perangsang Templer (PTGC) berharap kerajaan negeri tidak meluluskan projek pembangunan komersial di atas tanah seluas 79 hektar di kawasan itu.

Pengerusinya, Datuk Mukhtar Ismail berkata, isu pembangunan di kawasan terbabit akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Selangor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada bulan depan.

Beliau berkata, pihaknya telah berbincang dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Mohd. Azizi Mohd. Zain dan pihak Jabatan Perancang MPS hari ini dan mereka akan membangkitkan perkara itu semasa mesyuarat tersebut untuk keputusan muktamad.

Kami meminta supaya perancangan untuk menukar syarat kawasan rekreasi kepada kawasan komersial tidak akan diluluskan.

Kami juga berharap ia akan diberi pertimbangan sewajarnya selepas mendengar bantahan kami. Lagipun, MPS telah dua kali menolak permohonan mengubah syarat tersebut setelah didesak oleh pemilik tanah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat tersebut bersama kira-kira 30 penduduk Templer Park di Bangunan MPS di sini, hari ini.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Ir. Iskandar Abdul Samad; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Templer, Zaidy Abdul Talib.

Pada Februari tahun lalu, Utusan Malaysia melaporkan kira-kira 1,600 ahli PTGC terkejut dengan penjualan tanah bernilai RM1.24 bilion oleh kerajaan negeri kepada sebuah syarikat pemaju perumahan untuk dilaksanakan pembangunan bercampur-campur.

Sebelum ini, sebanyak 4,000 penduduk dari kawasan tersebut membantah Cadangan Pindaan Guna Tanah Bagi Blok Perancangan (BP) 9.1 di atas tanah lapang dan utiliti itu kepada perumahan dan perniagaan.

Mereka membantah kerana pindaan tersebut akan menjadikan kawasan Templer Park berdensiti tinggi berbanding yang dijanjikan sebelum ini.

Dalam pada itu, Mukhtar memberitahu, Templer Park yang dihadiahkan Sultan Selangor, Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah pada 1954 adalah kawasan tadahan air yang dikhuatiri akan terjejas sekiranya pembangunan tersebut dilaksanakan.

Menurut Jabatan Perancang MPS, kawasan PTGC akan dikekalkan sebagai kawasan rekreasi hingga tahun 2020 mengikut perancangan asal selain ia telah digazetkan oleh MPS pada 2010," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Azizi berkata, pihaknya akan mengemukakan segala bantahan penduduk Taman Templer termasuk pertubuhan bukan kerajaan sebelum ini untuk dibangkitkan semasa mesyuarat dengan Menteri Besar itu nanti.

Jika keputusan mesyuarat meluluskan projek tersebut, maka pihak pemaju perlu mematuhi segala syarat-syarat pembangunan oleh MPS," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Dua dunia Vina Farhana

Posted: 21 Jan 2014 10:11 PM PST

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar SHEFRY MONIZ

SEPERTI biasa soalan lazim yang saya akan ajukan kepada gadis penghias muka depan MEGA ialah tentang kerjaya mereka dan seperti biasa juga jawapan yang diterima memang berbeza-beza.

Namun jawapan yang diterima daripada personaliti minggu ini, Noorfarhana R. A. Rahman benar-benar mengejutkan.

Masakan tidak, si cantik tinggi lampai berusia 18 tahun ini bekerja sebagai pegawai pengurusan jenazah.

Gadis kelahiran Kuala Lumpur yang selesa disapa Vina ini, langsung tidak kekok menceritakan skop tugasan yang biasanya digeruni oleh sesiapa sahaja.

Dia malah begitu teruja berkongsi tugasan yang memang nyata berbeza daripada kebanyakan kerjaya untuk gadis sepertinya.

"Kita sering mendengar tentang kematian pendatang dari negara luar dan kemudian jenazah mereka akan dihantar pulang ke negara asal. Kebetulan saya bekerja di satu-satunya syarikat pengurusan jenazah milik bumiputera, sebagai pegawai yang menguruskan dokumentasi seperti sijil mati, urusan di kedutaan, pembelian tiket kapal terbang, pengawetan mayat dan memastikan jenazah selamat tiba ke pangkuan ahli keluarga di tanah air mereka," ujar Vina membuka bicara.

Menurut Vina, kes kematian yang dirujuk padanya berlaku boleh dikatakan setiap hari.

Setiap kes yang diterima perlu diuruskan dalam tempoh 24 jam dan sebelum dihantar mayat mesti diawet walaupun hanya perlu diterbangkan ke Sabah dan Sarawak.

"Kalau jenazah Islam, kami mempunyai ustaz dan ustazah yang akan menjalankan proses mandi, kafan dan proses mengawet mayat.

"Memang menjadi syarat jenazah yang hendak diterbangkan perlu diawet dengan cara mengeluarkan semua darah mereka dan digantikan dengan cecair formalin bagi memastikan jenazah tidak membusuk. Setelah sampai ke negara asal jenazah hanya perlu terus dikebumikan" cerita Vina penuh teruja.

Ketika ditanya tiadakah perasaan takut atau seram terlibat dalam perniagaan ini, bagi Vina ini semua dilakukan kerana minat dan didorong perasaan ingin tahu.

"Tunang saya yang mendedahkan pada perniagaan ini dan saya pula makin lama makin minat. Rasa takut tiada pula sebab tunang saya biasa ceritakan pengalaman dia sejak dulu lagi.

"Saya tidaklah sampai tiada selera makan setelah tengok mayat, semuanya biasa sahaja dan kerjaya seperti ini memang memberi keinsafan pada saya. Bagi saya, sebagai manusia kita semua akan menempuh kematian dan akan ada orang yang menguruskan kita kelak.

"Mati tidak mengira usia, bayi, remaja, tua dan muda semua boleh mati. Kadang-kadang ketika kita sedang gembira, kita tidak tahu ada yang berduka akibat kehilangan ahli keluarga, sebab itu saya kata terlibat dalam dunia pengurusan jenazah memang mematangkan saya," ujarnya panjang lebar.

Vina mengakui berasa amat bertuah kerana terlibat dalam dunia pengurusan jenazah, malah selepas ini dia akan mendalami ilmu dalam bidang pengawetan mayat dengan mendapatkan lesen dan berkursus di Filipina untuk tujuan tersebut.

Vina dan gadis litar

Dalam pada itu, ramai yang tidak mengetahui Vina juga aktif dalam dunia peragaan yang sudah tentu jauh menyimpang dengan kerjaya yang disandang sekarang.

Sebagai model dia pernah menjadi gadis penyeri untuk majlis pelancaran enderaan mewah seperti Maserati, Ferrari dan menjadi gadis liatar (gridgirl)bagi pelumba Formula One (F1) di litar Sepang.

Bagi Vina tidak sukar membahagikan masa kerana sejak tingkatan dua dia sudah mula melakukan kerjaya sambilan.

"Kalau waktu sekolah dulu ketika rakaman untuk drama saya bawa buku nota, kalau ke kelas pula ada ketikanya saya bawa skrip. Saya memang boleh bahagikan masa dan kini sementara tamat sekolah, sambil bekerja mengurus mayat saya lakukan kerja sambilan seperti model dan gadis litar.

"Ada yang beranggapan gadis litar ini seksi, tetapi bagi saya sebagai gadis litar yang membawa nama Petronas kami memang perlu menjaga diri kami. Malah kami turut mempunyai penjaga yang akan memantau pergerakan dan keselematan kami.

"Lagipun kerjanya mudah, kami hanya perlu memayungi pelumba, duduk, bergaya dan apabila pelumba panas kami hidangkan air kepada mereka.

"Sebenarnya saya terlibat dalam dunia litar ini pun kerana tunang saya yang juga meminati sukan bermotor," cerita Vina lagi.

Bagi Vina dia tidak kisah mengalami sunburn malah menganggap dirinya bertuah kerana dapat mengenali pelumba hebat dan mengiringi pemenang untuk mengambil hadiah di podium.

Harapan Vina

Vina mengakui memang tidak suka membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Sebab itu segala ruang yang ada diambil peluang bagi menambah pengalaman dan pengetahuan.

Dia juga tidak mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang yang tidak diminatinya, sebaliknya Vina sudah jelas hala tuju dan kini menunggu peluang untuk merealisasikan matlamat dirinya.

Kerjaya sambilan sebagai model dan gadis litar juga adalah ruang baginya untuk mengasah skil komunikasi dan menambah keyakinan diri.

"Saya mahu mencuba semua bidang kerana mahu lihat dimana potensi saya sebenarnya," kata Vina mengakhiri bicara.

Gaya celoreng

Posted: 21 Jan 2014 10:11 PM PST

Camouflageatau celorengbakal menjadtrend popular pada 2014.

MIRABELLEOFFICIAL ditubuhkan pada Julai 2013 sebaik sahaja Amirah Suaidah Haris Fadzilah, 24, atau Eamy menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Melaka dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan pengkhususan dalam bidang Sumber Manusia.

Secara ringkasnya, kata gadis kecil molek ini, kedai dalam Instagram ditubuhkan kerana minat yang mendalam dalam bidang perniagaan, fesyen dan bidang kecantikan.

Minat dan kesungguhan Eamy dibuktikan, walau hanya beroperasi menerusi laman sosial tersebut dia kini mempunyai pengikut sebanyak 10,581 dalam masa tujuh bulan sejak akaun mula diwujudkan.

Bagi Eamy, sebagai peniaga fesyen dalam talian dia harus sentiasa peka dengan perubahan fesyen di luar dan dalam negara.

Eamy tidak menafikan, artis dan selebriti adalah antara penentu trend yang menjadi ikutan kebanyakan peminat fesyen.

Sebagai contoh, trend camouflage atau juga dikenali sebagai fesyen menggunakan kain motif celoreng antara yang menjadi perhatian di Instagram MirabelleOfficial.

Menurut Eamy, trend ini bermula dari Amerika Syarikat dan Eropah kemudian berkembang sehingga ke seluruh dunia bermula sejak awal tahun 2013.

"Camouflage digunakan pada mulanya oleh pemburu-pemburu di hutan supaya kelihatan samar atau tidak kelihatan terhadap haiwan lalu memudahkan aktiviti pemburuan.

Selepas itu, trend ini berkembang apabila pereka-pereka pakaian menambahkan corak dan warna supaya pakaian tersebut kelihatan lebih menarik serta menyerlah apabila berada di tempat awam.

"Untuk koleksi camouflage, saya menjanjikan corak kain dan warna yang menarik serta kualiti pakaian yang berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Kesemua koleksi camouflage dijual bawah harga RM50 untuk setiap helai," ujar Eamy yang hadir ke studio Utusan Malaysia baru-baru ini.

camouflage dan Instagram

Menurut Eamy, trend camouflage mula menjadi ikutan pada tahun 2013, di mana ketika itu ramai peniaga dalam talian dan pemilik butik-butik berjenama menghasilkan pelbagai corak dan rekaan bagi memenuhi permintaan pasaran yang agak tinggi.

"Pada pandangan saya, celoreng atau camouflage ini dilihat sebagai sesuatu yang baharu dan menarik malah mempunyai golongan peminat yang tersendiri.

"Instagram merupakan satu cabang atau peluang untuk memperkenal produk kepada pelanggan dengan lebih dekat dan mudah. Selain itu, ia juga boleh menjadi batu loncatan atau permulaan bagi seseorang untuk memasuki bidang perniagaan dan meningkatkan skil jualan dan pemasaran.

Alhamdulillah setakat ini semua pelanggan saya memberi kerjasama dan maklum balas yang positif

Harapan saya agar perniagaan ini terus dikenali ramai dengan produk-produk yang menepati citarasa pelanggan dan mengikut peredaran masa," jelasnya. - NOOR FAZRINA KAMAL

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Kompaun RM500 'biak' aedes

Posted: 21 Jan 2014 11:59 AM PST

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
utusanjohor@utusan.com.my

Ayub Rahmat (dua dari kanan) melihat replika nyamuk aedes sempena pelancaran Ops Gempur 2014 di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 21 Jan. - Pemilik yang didapati bersalah membiarkan premis mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes akan dikompaun RM500 dan diambil tindakan mahkamah sekiranya ingkar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, mana-mana pihak yang ingkar boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM10,000 dan penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, negeri ini mencatatkan peningkatan kematian akibat demam denggi pada 2013 iaitu sebanyak 24 kematian berbanding hanya satu pada tahun sebelumnya.

"Pihak kesihatan juga mengeluarkan 3,756 kompaun yang berjumlah RM1.8 juta dan hingga kini hanya 60 peratus sahaja pesalah telah membuat pembayaran.

"Ini adalah satu kesalahan yang serius dan mereka yang ingkar bakal dikenakan tindakan mahkamah," katanya semasa melancarkan Ops Gempur 2014 di Taman Sri Bahagia, di sini hari ini.

Johor Bahru mencatatkan kes denggi tertinggi pada tahun lalu iaitu sebanyak 59 peratus diikuti Batu Pahat (10 peratus), Kulaijaya dan Kluang (sembilan peratus), Kota Tinggi, Ledang dan Pontian (tiga peratus), Muar dan Segamat (dua peratus) manakala Mersing (satu peratus).

Ayub berkata, tanggungjawab mencegah denggi bukan hanya terletak di bahu kerajaan, sebaliknya setiap individu perlu memainkan peranan dalam memastikan kawasan sekitar khususnya premis mereka bebas daripada pembiakan nyamuk aedes.

"Hingga kini, kesedaran dan penglibatan tentang pencegahan denggi oleh masyarakat masih rendah dan ini harus diperbaiki bagi memastikan tiada lagi individu menjadi mangsa," katanya.

Imigresen Johor tahan 148 PATI

Posted: 21 Jan 2014 11:59 AM PST

Pekerja asing menunjukkan kad pengenalan masing-masing setelah diarahkan oleh pegawai imigresen dalam Operasi 6P Bersepadu di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru, semalam. - Utusan/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 21 Jan. - Jabatan Imigresen negeri menahan seramai 148 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Operasi 6P Bersepadu yang dijalankan di negeri ini hari ini.

Timbalan Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Johor, Masri Adul berkata, dalam operasi yang bermula pukul 12 tengah malam itu, pihaknya membuat pemeriksaan ke atas 1,211 warga asing, kebanyakannya di rumah kongsi kawasan tapak pembinaan.

Beliau berkata, operasi tersebut dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Zon Barat di Kluang dan Muar, Zon Timur (Kota Tinggi), Zon Selatan (Pontian dan Nusajaya), Zon Tengah (Johor Bahru dan kawasan sekitarnya).

"Seramai 148 warga asing termasuk 14 wanita ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

"Daripada jumlah tersebut, 94 yang ditahan adalah warga Indonesia, Nepal (23), Bangladesh (13), Kemboja (9), Myanmar (5) dan Pakistan (4). Kesemua mereka dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nanas, Pontian untuk tindakan selanjutnya," katanya selepas operasi berakhir kira-kira pukul 6 pagi di Taman Mutiara Rini, Skudai di sini.

Masri berkata, operasi tersebut bukan sahaja tertumpu kepada PATI, sebaliknya turut mengesan majikan, ejen dan individu persendirian yang didapati melakukan kesalahan di bawah kedua-dua akta berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan, kebanyakan warga asing tersebut hanya membawa salinan pasport dan mendakwa pasport asal disimpan oleh majikan.

"Ada dakwaan mengatakan majikan memegang pasport tersebut kerana pekerja asing berhutang dengan mereka. Namun, kita akan siasat perkara ini terlebih dahulu," katanya.

Seramai 200 anggota penguat kuasa termasuk Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terlibat dalam operasi tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved